Ctu Siap Compile

download Ctu Siap Compile

of 21

Transcript of Ctu Siap Compile

CTU 553PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Nasif Sidquee bin Pauzi, Pensyarah Hubungan Etnik (CTU 553), atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.

Selain itu, kami berharap bahawa semua maklumat dan data yang telah dikumpul ini dapat membantu menambahkan pengetahuan sesiapa sahaja yang akan mengakses mengenai Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik serta topik yang berkaitan. Ianya akan menjadi penghormatan besar kepada kami jika digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang. Akhir sekali, kami ingin memohon maaf atas sebarang kesilapan dan kelemahan dalam projek ini. Sekian terima kasih dan Wassalam "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus

1.0 PENGENALAN1|Page

CTU 553Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak merdeka seiring perubahan struktur ekonomi iaitu daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian. Langkah ini bertujuan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi supaya negara tidak terlalu bergantung kepada satu atau dua komoditi sahaja. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggantikan dasar import di mana sumber-sumber tempatan digunakan sebagai input dalam kegiatan perindustrian. Namun, perubahan ini tidak lama dan dasar ini kemudiannya diganti dengan dasar yang berorientasi eksport pada tahun 1970-an. Pada waktu itu sebahagian besar modal, kepakaran, peluang pekerjaan dan kesampaian barangan ke pasaran antarabangsa adalah bergantung kepada pelaburan asing. Perubahan ini menghasilkan pertumbuhan pesat dalam sektor pembuatan sehingga menjadi penyumbang utama dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan telah mengambil alih sektor pertanian. Pada waktu itu, berlakunya kemerosotan pekerja dalam sektor pertanian namun berlaku peningkatan pekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan kerana sektor perindustrian merupakan sektor utama yang menawarkan peluang pekerjaan. Pertumbuhan sektor perindustrian adalah seiring dengan sektor perbandaran yang membantu membekalkan buruh. Kesan daripada kebanyakkan kilang-kilang didirikan dibandar, maka ia telah menggalakkan penghijrahan tenaga buruh dari kampung kebandar. Akibatnya penduduk bandar telah meningkat dengan pesatnya sehingga menjadikan lebih separuh daripada penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar. Kesimpulannya, perkembangan pesat sektor perindustrian telah mengubah struktur masyarakat Malaysia daripada masyarakat desa kepada masyarakat bandar. Selain itu, taraf hidup masyarakat Malaysia juga semakin meningkat kesan daripada penghijrahan ini dimana pelbagai kemudahan dan infrastruktur dibina untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan masyarakat.

2.0 PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN PENJAJAHAN.

2|Page

CTU 553Sistem Residen yang diperkenalkan oleh penjajah British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke-19 menandakan perubahan dari segi politik dan juga bidang ekonomi dan sosial. Melalui sistem Residen telah berjaya memulihkan kekacauan yang tercetus akibat daripada perebutan kuasa dalam kalangan pembesar Melayu dan pergaduhan anatara kongsi gelap Cina. Apabila penjajah British telah berjaya campur tangan di dalam politik masyarakat Melayu, maka membolehkan ekonomi Tanah Melayu berkembang dengan pesat dan memberi peluang kepada British untuk mengubah ekonomi di Tanah Melayu iaitu dari kegiatan pertanian sara diri kepada kegiatan ekonomi yang bercorak komersial secara beransur-ansur. Pihak British mendapat modal tempatan daripada saudagar di Negeri-Negeri Selat dan juga mereka membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan di dalam sektor ekonomi yang sedang berkembang. Selain itu, berlakunya revolusi perindustrian di peringkat antarabangsa di mana mereka memerlukan bahan mentah oleh negara perindustrian di Barat. Pembukaan Terusan Suez (1869) yang memendekkan jarak dan masa pelayaran turut menjadi faktor perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Dalam pada itu, kedudukan Negeri-Negeri Melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah menarik minat kuasa Barat khususnya British untuk meluaskan pengaruh mereka. Hal ini juga telah membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah serta penemuan beberapa sumber galian yang lain seperti emas, arang batu, bauksit dan bijih besi. Pada masa ini juga, British telah membawa masuk tenaga buruh dari luar iaitu China dan India secara besar-besaran untuk bekerja dalam sektor perlombongan dan perladangan. Kesan daripada pembukaan lombong bijih timah dan perladangan ini telah membawa kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya, jalan kereta api dan penggunaan kapal wap. Kemudahan bekalan air dan elektrik juga disediakan. Namun semua kemudahan ini hanya tertumpu di kawasan yang berhampiran dengan pusat perusahaan tersebut.

2.1 Identifikasi Kaum Mengikut Petempatan dan Pekerjaan.

3|Page

CTU 553Walaupun ekonomi Tanah Melayu berkembang dengan pesat, namun penjajah British terus membiarkan orang Melayu kekal dalam kegiatan pertanian tanpa diberi peluang untuk diserapkan dalam kegiatan ekonomi moden. Penjajah British lebih mementingkan jaminan supaya jentera ekonomi bergerak cekap dan terartur. Mereka merasakan struktur masyarakat Melayu yang sedia ada tidak perlu di ubah. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh British telah membentuk kawasan petempatan yang berbeza antara ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu. Sebahagian besar orang Melayu kekal di kampung untuk meneruskan aktiviti pertanian dan perikanan. Orang Cina pula lebih tertumpu kepada sektor perlombongan dan perniagaan dan mereka menetap di bandar. Kaum India pula menetap di ladang getah dan bekerja sebagai penoreh getah. Hal ini menyebabkan masyarakat Melayu ketinggalan dalam sektor ekonomi moden di bandar. Manakala masyarakat ukan Melayu dapat melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi moden.

2.2 Ketidakseimbangan Ekonomi Antara Kaum Dasar Pecah dan Perintah yang dijalankan oleh pihak British tidak membantu masyarakat Melayu dalam sektor ekonomi. Malah ia mewujudkan jurang kemiskinan dalam kalangan masyarakat semakin meluas. Hal ini kerana, aktiviti ekonomi moden lebih banyak tertumpu di kawasan bandar dan di kawasan Pantai Barat Tanah Melayu kerana terdapat sistem pengangkutan yang baik. Pola perbezaan ekonomi mengikut kaum ini menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu selepas merdeka. Pada waktu ini, kaum Melayu sangat ketinggalan kerana aktiviti pertanian tradisional yang diwakili oleh orang Melayu tidak diberi perhatian oleh pihak British dan mereka tidak diberi peluang menerima kemudahan serta informasi bagi memajukan aktiviti pertanian. Peluang pekerjaan juga gagal diwujudkan berbanding pertumbuhan penduduk di Tanah Melayu.

2.3 Ketidakseimbangan Ekonomi Bandar dengan Luar Bandar.

4|Page

CTU 553Meskipun pihak British terlibat dalam membangunkan ekonomi Tanah Melayu, tetapi usaha tersebut hanya dijalankan untuk memelihara kepentingan mereka. Ini dapat dibuktikan, dimana aktiviti ekonomi banyak dibangunkan di kawasan yang banyak sumber bahan mentah seperti bijih timah dan getah, disamping wujudnya sistem pengangkutan yang baik. Kesan daripada aktiviti ini, negara mewarisi struktur ekonomi yang disebut Dwiekonomi. Dwiekonomi ialah keadaan ekonomi yang bersifat moden dan pesat membangun di kawasan bandar, lombong, ladang dan kawasan perdagangan disepanjang Pantai Barat Tanah Melayu, dan pada masa yang sama, ekonomi yang bersifat tradisional dan sara diri serta berpusat dikawasan luar bandar terus wujud. Keadaan ini menyebabkan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang antara wilayah. Pembangunan dan pertumbuhan bandar-bandar lebih tertumpu disepanjang Pantai Barat seperti di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor khasnya di sekitar kawasan pengeluaran bijih timah dan getah.

3.0 USAHA PEMULIHAN EKONOMI SELEPAS MERDEKA

Keadaan ekonomi selepas merdeka ialah mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi modenisasi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan ekonomi kepada eksport barang seperti pembuatan tekstil dan getah. Pada akhir 1960 an, pembanguna ekonomi diasakan kepada pembanguna teknologi dan peralihan dari industri gentian import dasar kepada industri berorentasikan ekonomi eksport. Menjelang 2000, Malaysia mula memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi berteraskan Kekonomi.Secara keseluruhan, ketidak seimbangan pembangunan ekonomi di Malaysia yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum. Oleh itu, dasar integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembanguna Lima Tahun, Dasar Isu Ekonomi Baru dan lain-lain.

4.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

5|Page

CTU 5534.1 Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan bersepadu yang memberi penekanan terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada ketika ini diketuai oleh Dato Abdul Razak bin Dato Hussein iaitu Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Ia berperanan menyelaras dan menjayakan segala program pembangunan luar Bandar Matlamat Rancangan Malaya Pertama adalah untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya jurang pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar dirapatkan. Selain itu, adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan di kalanagan penduduk luar bandar dan juga tidak lupa untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya negara tidak terlalu bergantung kepada getah dan bijih timah. Terdapat beberapa sektor dan aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya ialah sektor Ekonomi. Aktiviti ekonomi adalah seperti pembukaan tanah baru untuk kegiatan pertanian, pengalakkan penanaman semula getah oleh pekebun kecil getah secara ladang dan mempelbagaikan perusahaan melombong bijih timah. Aktiviti sektor Sosial pula pelbagai perkhidmatan diberikan perhatian seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan.Sektor Awam pula memberi tumpuan kepada pembangunan insfratuktur seperti balai polis, tentera, pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan. Agensi lain pula adalah, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), bermatlamat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar disamping meningkatkan hasil pertanian negara dan berperanan dalam pembukaan tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian dan menyediakan penempatan baru yang dilengkapi denga kemudahan asas. Kesimpulannya, Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis semasa zaman darurat menyebabkan sejumlah perbelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan negara. Keadaan ini juga disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia.

4.2 Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

6|Page

CTU 553Tujuan utama Rancangan Malaya Kedua adalah merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar, mengurangkan kadar kemiskinan dan juga meningkatkan taraf hidup rakyat. Selain itu, terdapat juga beberapa agensi yang berperanan penting di dalam Rancangan Malaya Kedua ini. Antaranya ialah FELDA, berperanan dalam mengiatkan program pembukaan tanah dan juga mempelbagaikan hasl pertanian negara bagi mengurangkan pergantungan terhadap getah dan bahan makanan import. Selain itu, FAMA yang berperanan dalam membantu petani mengatasi masalh pasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan para petani. Akhir sekali, terdapat juga Bilik Gerakan Negara yang bertujuan menyelaraskan kegiatan pembangunan di peringkat negeri, daerah dan kampung. Buku Merah pula bertujuan menyimpan kandungan program, perlaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian.4.3 Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) adalah bersifat bersepadu dan merangkumi semuabidang ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomin dalam sektor pertanian dan perindustrian. Terdapat pelbagai Agensi dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Antaranya ialah FELDA, pembukaan tanah semakin pesat dan kemunculan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara. Kedua FELCRA, membantu FELDA membangunkan ekonomi kawasan luar Bandar. Ketiga MARA, pada tahun 1966 RIDA digantikan dengan nama MARA. Keempat BANK, Bank Bumiputera ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan. Kelima, PERNAS, Perbandanan Nasional Berhad ditubuhkan untuk mengakatifkan bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan. Keenam MARDI, menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian kecuali getah.Ketujuh MIDA, Malaysian Industrial development Authority ditubuhkan pada tahun 1967. Kesimpulannya, Rancangan Malaysia Pertama membantutkan peningkatan ekonomi negara. Ini kerana berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 membuktikan masalah perpaduan masih belum dapat dibendung.4.4 Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975)

7|Page

CTU 553Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum di negara ini yang kebanyakannya dikuasai oleh kaum Cina dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu. Oleh sebab itu, kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat utama DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia mengikut fungsi ekonomi. Matlamat RMK-2 adalah untuk meningkatkan nilai ditambah dan eksport, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyebarkan kegiatan perkilangan di kawasan negeri yang kurang maju. Antara usaha yang diambil untuk membasmi kemiskinan adalah mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor bagi mengurangkan kadar pengangguran, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah, memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur dan yang terakhir, mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum. DEB menetapkan pelbagai program dalam beberapa sektor ekonomi seperti perdagangan, perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, perumahan dan pelajaran. Melalui usaha ini, setiap kaum akan mendapat faedah dan agihan ekonomi yang lebih adil. Pusat pertumbuhan ekonomi juag diwujudkan di luar bandar melalui pembukaan rancangan tanah yang bersepadu seiring dengan penubuhan agensi pembangunan wilayah seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Beberapa agensi lain juga ditubuhkan untuk mempercepat pencapaian matlamat DEB seperti Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Kerajaan Malaysia juga berjaya menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974. Selain itu, kadar kemiskinan luar bandar telah menurun kepada 21.6% dan kadar penyertaan Bumiputera dalam sektor bandar mencapai 30%. Pencapaian lain termasuk penubuhan Suruhanjaya UNESCO di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Malaysia mempelopori penubuhan ASEAN, mata wang baru Malaysia digunakan, Syarikat Penerbangan Malaysia ditubuhkan, Dasar Ekonomi Baru diumumkan, Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Bandaraya dan Rancangan Buku Hijau dilancarkan.4.5 Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

8|Page

CTU 553Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) (1976-1980) merupakan peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Isu perpaduan masih diberi perhatian sebagai salah satu daripada matlamat utama yang ingin dicapai melalui pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan usaha-usaha untuk menyusun semula masyarakat. Terdapat beberapa strategi dalam melaksanakan RMK-3, iaitu menggalakkan kemajuan pembuatan dan pembinaan, industri kecil dibantu dengan menambahkan kemudahan kredit dan perkhidmatan lanjutan, menggalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat bandar di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di bandar-bandar besar dan memperbanyakkan lagi kemudahan perumahan dan pengangkutan awam di kalangan miskin di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Sebanyak 28 bandar dibina di bawah rancangan KEJORA, KETENGAH dan DARA menjelang tahun 1980. Badan-badan berkanun seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), FELDA, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) meneruskan usahausaha pembangunan. Antara pencapaian yang berjaya dicapai dalam rancangan ini ialah berjaya menghasilkan jumlah pelaburan kasar untuk pembangunan yang bernilai RM48, 499 juta. Ekonomi Malaysia juga telah berkembang pada kadar 7.8% setahun. Di bawah dorongan RMK-3, pekerjaan di kalangan kaum Melayu dalam sektor ekonomi telah bertambah baik walaupun bilangannya masih kurang terutamanya di peringkat pengurusan dan eksekutif. Secara keseluruhan, program-program RMK3 juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat.

4.6 Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

9|Page

CTU 553RMK-4 dilancarkan ketika negara dilanda kemelesatan ekonomi. Namun begitu, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Penswastaan mula mendapat perhatian di Malaysia pada pertengahan tahun 1983. Antara objektif dasar penswastaan yang telah dilancarkan pada bulan Mac 1983 termasuk untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, pengagihan sumber secara cekap dan mempercepatkan pencapaian hasrat DEB. Antara projek penswastaan yang telah dilaksanakan ialah Lebuhraya Utara Selatan kepada Syarikat UEM Bhd, TV3 oleh Syarikat Televisyen Malaysia Berhad (STMB), Perkhidmatan Telefon kepada Syarikat Telekom Malaysia, Jabatan Pos, Desaru dan sebagainya. Antara strategi yang dilaksanakan di bawah RMK-4 ialah meningkatkan daya pengeluaran, pertanian, menambahkan dan mempelbagaikan asas perindustrian, memodenkan sektor kewangan dan perkhidmatan serta mempelbagaikan punca pertumbuhan. Rancangan ini juga mengutamakan sektor perusahaan berat di mana Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan.Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada tahun 1979. PNB diberi tanggungjawab untuk menguruskan pelaburan dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang diperkenalkan pada tahun 1981. Antara pencapaian yang berjaya dicapai dalam RMK-4 ialah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980. Kerajaan turut memberi keutamaan kepada kemajuan kemahiran pengetahuan, teknikal dan keusahawanan. Bagi tujuan ini, peranan institusi seperti Institut Latihan Perindustrian, Institut dan Sekolah-sekolah Vokasional, Pusat Latihan Belia serta universiti dan kolej telah dipergiatkan.

4.7 Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

10 | P a g e

CTU 553Matlamat RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara, mencapai objektif DEB dan mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi negara. Strategi yang dilaksanakan di dalam RMK-5 termasuklah peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hak milik syarikat perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Sektor pelancongan turut diberi perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel, menyediakan kemudahan pelancongan, menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Dalam tahun ini kerajaan telah melancarkan perkara-perkara seperti berikut, Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP) (1991-2020), Wawasan 2020 (1991-2020), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995). Tempoh pelaksanaan RMK-5 dan Rangka Rancangan Jangka Pertama (RRJP1) berakhir pada tahun 1990 dan juga menandakan berakhirnya DEB. Beberapa perubahan positif boleh dikesan terhadap matlamat DEB, iaitu pembasmian kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat tanpa mengira etnik. Dari segi menyusun semula masyarakat, matlamat untuk meningkatkan bilangan keahlian professional Bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain dalam sektor guna tenaga negara menunjukkan impak yang positif.

4.8 Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

11 | P a g e

CTU 553Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN. Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Strategi pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian, meningkatkan pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini. 4.8.1 Strategi dan Pelaksanaan Program RMk-6 Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia Keenam (RMk-6). Antaranya, kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan di samping menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi negara. Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program penswastaan. Langkahlangkah yang lebih giat diambil bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamanya sektor pembuatan. 4.8.2 Pencapaian RMK-6 Prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) adalah memberangsangkan. Asas ekonomi yang kukuh ekoran daripada pelaksanaan dasar ekonomi makro yang teguh dan peningkatan daya saing negara telah menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan harga yang secara relatifnya lebih stabil. Ekonomi negara telah digerakkan oleh peningkatan pesat pelaburan swasta yang didorong oleh kemasukan pelaburan asing yang besar, tabungan dalam negeri yang tinggi dan kepesatan pelaksanaan program penswastaan.4.9 Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)

12 | P a g e

CTU 553RMK-7 disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategistrategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi. RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Dengan persaingan yang lebih besar daripada ekonomi yang baru muncul bagi mendapatkan sumber modal manakala buruh pula semakin berkurangan, tumpuan RMK-7 adalah untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti dan kecekapan terutamanya melalui inisiatif sektor swasta. 4.9.1 Strategi dan Pelaksanaan RMK-7 i. Membangunkan sektor perkhidmatan yang moden, dinamik dan berorientasi terbuka bagi membolehkannya bukan sahaja menjadi pemangkin utama pertumbuhan tetapi juga berpotensi untuk diekspot dalam perdagangan antarabangsa. ii. Memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara serta memajukan teknologi maklumat (IT) bagi membolehkan negara beralih daripada hanya sebagai pengguna produk multimedia kepada pembekal dan pemaju IT. iii. Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui kesedaran yang lebih tinggi terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga menekankan pertimbangan yang bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial.iv.

Menekankan usaha yang lebih gigih ke arah pengagihan pertambahan pendapatan dan kekayaan negara dengan saksama bertujuan mengekalkan kestabilan sosioekonomi yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat dan akhir sekali menangani masalah sosial yang semakin meningkat.

4.10 Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8: 2001-2005)

13 | P a g e

CTU 553Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. RMK-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta. 4.10.1 Pencapaian RMK-8 Semua sektor ekonomi negara menampakkan kemajuan termasuklah pengembangan sektor ekonomi baru seperti Sains, Teknologi dan Komunikasi (ICT). Dari segi sosial negara terus memperlihatkan kemajuan. Keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan, demikian juga dengan perkembangan prasarana dan utiliti. Pengurusan berhemat ekonomi makro bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan cekap serta usaha memperkukuhkan daya tahan sistem kewangan diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan. Strategi untuk menangani cabaran utama dalam tempoh Rancangan termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga manusia yang berkualiti dan meningkatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan. Tumpuan juga diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

4.11 Rancangan Malaysia Kesembilan

14 | P a g e

CTU 553Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan objektif utamanya ialah Mengukuhkan Perpaduan Nasional bertemakan Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. RMK-9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah tahun 2020. Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui kelima-lima teras dalam Rancangan ini. 4.11.1 Lima Teras RMK-9 i. Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.ii.

Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D).

iii.

Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara produktif Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.

iv.

Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup. Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.

v.

Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

15 | P a g e

CTU 553Kerajaan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.

5.0 SEKTOR PERINDUSTRIAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN NEGARA MAJU Kejayaan ekonomi yang memberangsangkan bukanlah dicapai secara kebetulan, tetapi ianya behasil daripada dasar dan program yang digubal secara pragmatik dan dilaksanakan dengan berkesan. Peralihan kepada industri berintensifkan modal dan teknologi serta menggalakkkan industri pembuatan berskala besar dijangka dapat menangani masalh kekurangan pekerjaan.

Kadar kemiskinan dalam kalangan penduduk termiskin dan kemiskinan pada keseluruhannya dapat dikurangkan. Peningkatan pendapatan akan dinikmati oleh semua kumpulan etnik.

5.1 Peringkat Pertama (1957-1967)5.1.1 Pada tahun 1961, perkembangan sektor perkilangan lebih tertumpu kepada kegiatan

memproses bahan utama untuk dijadikan barang separuh siap seperti bijih timah dan getah. Industri ini telah menyumbang kira-kira 22% daripada nilai ditambah. Selain industri menghasilkan barang diproses, dua industri yang wujud ialah industri mengilang makanan, minuman, tembakau, barang kayu-kayan dan barang tanah liat serta industri jentera dan barang ganti, masing-masing menyumbang 42% dan 36%. Hampir kesemua syarikat perkilangan pada masa itu ialah syarikat kecil dengan 84% syarikat mempunyai kurang daripada 20 orang pekerja. 5.1.2 Dasar pertumbuhan sektor perkilangan semasa tahap penggantian import pada dekad 1960-an dicapai melalui empat strategi, iaitu pemberian taraf perintis kepada syarikat perkilangan baharu menurut Ordinan Industri Perintis 1985, perlindungan cukai dan tarif untuk menggalakkan industri perkilangan tempatan, penyediaan kemudahan kredit termasuk modal ekuiti kepada pemodal dan akhirnya penyediaan tapak kilang bagi memudahkan sektor swasta memiliki tanah. 5.1.3 Pada tahap pertama ini, penekanan turut diberikan kepada industri penggantian import yang ditubuhkan oleh anak syarikat kepada syarikat asing untuk mengeluarkan barang siap yang16 | P a g e

CTU 553menggunakan bahan yang diimport, dan kemudian dijual di pasaran tempatan untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi disamping menjimatkan pertukaran asing. 5.1.4 Pada tahap pertama, pelaburan asing dan peranan sektor swasta amat penting untuk

menggerakkan sektor perindustrian memandangkan sektor ini memerlukan modal dan tenaga pekerja yang besar. 5.2 Peringkat Kedua (1968-1980)

5.2.1 Strategi penggantian import telah digantikan dengan dasar perindustrian berorientasikan eksport mulai tahun 1968. Perubahan proses ini bukan sahaja didorong oleh keinginan untuk meningkatkan proses perindustrian di Malaysia, malah juga disebabkan kelemahan yang wujud dalam strategi penggantian import seperti tumpuan kepada pasaran tempatan agak terhad, corak pengkhususan etnik dan jurang pendapatan antara kaum. Selain itu, usaha menarik kemasukan syarikat dari luar untuk melabur di pasaran tempatan ekoran kenaikan harga minyak pada peringkat antarabangsa menyebabkan kos pengeluaran di negara maju semakin meningkat. 5.2.2 Tahap kedua ini dimulakan dengan pelaksanaan Akta Galakan Pelaburan 1968 bagi menggantikan Ordinan Industri Perintis 1958. Akta ini bukan sahaja menyediakan perintis malah juga menggalakkan penghasilan barang perkilangan, pertumbuhan kawasan perindustrian di kawasan luar bandar dan penggunaan sumber tempatan dalam proses pengeluaran barang tempatan 5.2.3 Dalam tempoh pelaksanaan strategi eksport ini, Akta Penyelarasan Perindustrian (ICA) diperkenalkan pada tahun 1975 bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Sektor perindustrian menjadi semkain penting dan maju. Sumbangan sektor ini kepada Keluaran Dalam Naegara Kasar (KDNK) ialan kira-kira 20% sepanjang tahun 1970-an.

5.3 Peringkat Ketiga (Selepas 1980-an)

5.3.1 Tahap ketiga berlaku seiring dengan penggubalan Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP1) yang menjadi dasar penting dalam sektor perindustrian perkilangan dan untuk menarik

17 | P a g e

CTU 553pelabur asing. Ini adalah selaras dengan tumpuan yang mula diberikan pada industri berat sejak awal 1980-an. 5.3.2 Matlamat PIP1 adalah untuk menjadi sektor perkilangan sebagai pemangkin penubuhan perindustrian negara dengan menyatukan perindustrian perngeluaran dan pemprosesan. 5.3.3 Perindustrian negara harus mengoptimumkan sumber asli yang terdapat di Malaysia. 5.3.4 Antara sektor sumber asli yang berpotensi adalah getah, kelapa, sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran galian bukan logam. Sektor industri bukan berasaskan sumber asli termasuklah barang elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus serta tekstil dan pakaian. 5.3.5 Dasar Industri Berat diperkenalkan untuk mengurangkan pergantungan Malaysia kepada negara luar, secara tidak langsung mewujudkan industri kecil dan sederhana dalam proses perindustrian. 5.3.6 Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) yang ditubuhkan pada 1980 bertanggungjawab memantau keperluan modal yang besar, pekerja yang mahir dan teknologi yang tinggi dalam industry berat. HICOM ditugaskan mengenal pasti dan menguruskan projek-projek berkaitan dengan industri berat. 5.3.7 Program-program yang dilaksanakan dalam tempoh PIP1 ini memberikan impak yang memberangsangkan kepada ekonomi negara dan membolehkan wujudnya ekonomi bidangan sekaligus memberikan sumbangan kepada proses penggantian import yang cekap dan menjamin sektor pengeluaran. 5.3.8 Golongan pengusaha yang mempunyai modal dan keupayaan beroleh keuntungan yang besar apabila menceburi bidang ini. Tidak dilupakan, golongan penduduk biasa tanpa mengira etnik juga mendapat faedah kesan daripada aktiviti ekonomi sebegini.

5.4 Pelan Perindustrian Kedua (1996-2005)

5.4.1 Pelan Induk Perindustrian Kedua (PIP2) merupakan lanjutan PIP1 yang merangkumi jangka masa 10 tahun iaitu sehingga penghujung Rancangan Malaysia Kelapan.

18 | P a g e

CTU 5535.4.2 Selaras dengan matlamat PIP1, pelan ini digubal untuk mewujudkan sektor perkilangan yang lebih luas, berdaya tahan dan berdaya saing pada peringkat antarabangsa. 5.4.3 Bagi mencapai matlamat ini, PIP2 merangka strategi pengilangan secara berintegrasi, iaitu peralihan daripada aktiviti pemasangan dan nilai ditambah rendah kepada aktiviti nilai ditambah tinggi dengan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D). 5.4.4 Penganjakan seluruh rantaian nilai ke tahap lebih tinggi dilakukan melalui pertumbuhan yang berteraskan produktiviti dan peningkatan tekonologi tinggi iaitu dengan memberi penekanan terhadap pengurusan terbaik dan penggunaan sumber secara berkesan. 5.4.5 PIP2 mengenal pasti lapan kumpulan industri iaitu elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian, industri kimia, pengangkutan, industri bahan, mesin dan kelengkapan, industri berasaskan sumber mentah dan pertanian, serta produk makanan 5.4.6 Kejayaan dalam dasar PIP2 ini membolehkan Keluaran Negara Kasar (KNK) perkapita berada pada harga semasa sebanyak 5.7% setahun kepada RM17, 687 pada tahun 2005. Pertumbuhan eksport juga kukuh dan meningkatkan rizab antarabangsa sebanyak dua kali

6.0 KESIMPULAN Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan kerana ianya saling mempengaruhi dan saling menentukan antara satu sama lain. Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia.

Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik. Antaranya ialah kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi dan penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik dapat diseimbangkan. Kini, berlakunya peralihan identifikasi sosioekonomi kaum dan pembentukan negara maju berasaskan pelaksanaan ekonomi negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan telah menyebabkan proses perpaduan terus berlangsung.

19 | P a g e

CTU 553Kekurangan dan kelemahan teori menyebabkan ia dikritik dan ditolak oleh banyak pihak. Namun dalam masyarakat yang baru merdeka dan ingin membentuk kemandirian ekonomi dan budaya, mereka menggangap ubat yang paling mujarab ialah melalui modenisasi dan menerima secara total faham globalisme. Pendefinisian yang jelas dan penilaian semula perlu dilakukan secara objektif terhadap sejauh mana wajarnya modenisasi dan globalisasi dalam pembinaan masyarakat Malaysia yang maju.

7.0 RUJUKAN i. ii. Zaid Ahmad, (2010), Hubungan Etnik di Malaysia (Edisi Kedua), Oxford Fajar Sdn Bhd Hamidah Ab Rahman, (2011) Pembangunan Ekonomi Dalam Hubungan Etnik

20 | P a g e

CTU 553iii.

Shamsul Amri, (1975) RMK Tujuan dan Perlaksanaanya: Satu Penilaian Teoritis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

iv. v.

Shamsul Amri Baharuddin (2007) Modul Hubungan Etnik. UPENA: Shah Alam Wan Muhammad Ali, (1977) Islam dan Modenisma. Angkatan Belia Islam Malaysia: Kuala Lumpur.

21 | P a g e