CTU101

download CTU101

of 14

Transcript of CTU101

MAQASID AL SYARIAH

BY : NURUL ATHIRAH, NURFARHANA, NUR AIN NAZIRAH, NUR AZUANA

Pengertian SyariahSyariah dalam bahasa arab memiliki 2 makna : i. ii. sumber air makna yang diasaskan oleh orang Arab sendiri. pembawaan yang jelas dan lurus merujuk di dalam firman Allah SWT yang bermaksud : Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama, maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) ( Al Jathiyah : 18 ) Dari segi istilah pula, syariah bermaksud segala hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk hambaNya melalui perantaraan Rasul. Menurut kamus dewan edisi ketiga, syariah bermaksud hukum islam.

Skop syariah : Fiqh atau fikahFiqh : Keilmuan atau kefahaman mengenai hukum-hakam syariah yang bersifat amali yang difahami melalui dalil-dalil yang terperinci. Fiqh dibahaskan dalam empat bidang iaitu : Fiqh ibadah Hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ia merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya Fiqh muamalat Hukum hakam syariat yang mengatur urusan manusia berkaitan harta. Fiqh munakahat Hukum hakam berkaitan kekeluargaan. Fiqh jinayat Undang undang jenayah seperti hukuman hudud, qisas, takzir dan lain-lain. Fiqh ialah satu pecahan daripada syariah yang luas. Secara umum ia bermaksud kefahaman tentang sesuatu manakala secara khusus ialah pemahaman secara mendalam. Kesimpulannya, fiqh merupakan satu disiplin ilmu untuk memahami isi isi syariat itu sendiri.

Skop syariah: HukumSetiap individu Muslim yang mukalaf perlu memahami bahawa kehidupan mereka seharian tertakluk kepada peraturan tertentu seperti hukum taklifi yang mengandungi lima hukum. Hukum taklifi ialah ketentuan Allah SWT yang menuntut mukalaf melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan atau berbentuk pilihan untuk melakukan atau tidak melakukan suatu perbuatan. Hukum taklifi ini terbahagi kepada : i. Wajib - tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti . Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa dan jika dilaksanakan akan mendapat pahala. Sunat perbuatan yang dituntut oleh syarak dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan

ii.

iii. Haram - tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti. Sekiranya seseorang mukallaf itu melakukannya, dia akan berdosa. iv. Harus - diberi pilihan sama ada untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan. v. Makruh - perkara yang mana lebih afdhal (utama) ditinggalkan dari dilakukan atau apa yang dituntut oleh syarak kepada setiap mukallaf supaya ditinggalkan

Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil syarak iaitu al-Quran, assunnah, ijma', qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid

Skop syariah: undang - undangUndang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. (sumber wikipedia ) Menurut kamus dewan edisi ketiga, undang undang bermaksud sesuatu peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Merujuk kepada undang undang islam, ia bermaksud ketetapan syariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang undang di negara berkenaan. (Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid (Dr. ), 1992, hal. 7) Melalui proses perundangan ini, segala syariah Islam yang datang daripada Allah s.w.t. dapat direalisasikan sebagai satu sistem kehidupan yang lengkap bagi sesebuah masyarakat. Ia juga menjadi terjemahan bagi ungkapan al Quran dan al Sunnah sebagai panduan hidup manusia .

PELAKSANAAN MAQASID AL SYARIAH

DEFINISI MAQASID AL SYARIAHDefinisi Maqasid : Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu. Kesimpulannya, Maqasid al Syariah bermaksud :

Matlamat matlamat yang ingin dicapai oleh syariat Islam demi kepentingan umatmanusia. Pada pandangan al-Syatibi, Allah SWT menetapkan syariatNya untuk memberikan kebaikan (maslahah) kepada manusia dan mengelakkan kerosakan (mafsadah) daripada menimpa. Lima prinsip asas yang penting bagi maqasid al Syariah ialah : i. ii. iii. iv. v. Memelihara agama Memelihara nyawa Memelihara akal Memelihara maruah Memelihara harta

MEMELIHARA KESUCIAN DAN KEPERCAYAAN AGAMAMenjaga agama merupakan perkara yang paling utama dan ditegaskan menurut susunan maqasid syariah. Setiap individu diwajibkan menyebarkan agama dan menjaganya daripada ancaman musuh. Firman Allah SWT yang bermaksud: Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216) Islam mengajak manusia beriman kepada tuhan yang Satu iaitu Allah SWT seperti dalam firman Allah yang bermaksud : "Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan (meminta) Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai denganNya (al Ikhlas : 1-3 )

Dan Islam juga mengajak manusia menjauhi tiga perkara berikut : i. Khurafat kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep Tauhid dan Syariat. ii. Syirik perbuatan menyekutukan Allah SWT dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak, sekutu bagi Allah. iii. Bidah Dari segi bahasa ialah nama bagi suatu yang baru diadakan. Menurut istilah pula ialah satu jalan atau satu cara perbuatan yang diada-adakan dalam agama, tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah dan sahabatnya.

MEMELIHARA NYAWASetiap individu diwajibkan untuk menjaga keselamatan diri masing-masing daripada segala jenis ancaman. Islam melarang keras perbuatan-perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri mahupun orang lain. Firman Allah SWT : Barang siapa yang membunuh seseorang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka sekan-akan dia telah membunuh semua manusia. Barang siapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia. (al- Maidah : 32) Larangan menghilangkan nyawa Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (al - Baqarah:178)

Larangan mencederakan anggota badan Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaannya dan jenis anggota yang dicederakan. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Maidah: 45)

Selain itu, Islam juga melarang seseorang yang tidak menghargai nyawanya membunuh diri. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya, Allah Maha Penyayang kepadamu. ( an Nisa : 29 ) Walau apa juga alasan dan caranya, membunuh diri hukumnya haram dan perbuatan ini tergolong dalam perbuatan syirik

MENJAMIN KEMURNIAN FIKIRAN DAN KEWARASAN AKALAkal fikiran adalah keistimewaan yang dianugerah oleh Allah SWT kepada manusia. Manusia diberi status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi dengan menggunakan akal fikiran, dan menjaga serta memeliharanya dengan sebaik mungkin. Cara berfikir seharusnya selaras dengan tuntutan Islam yang menyuruh umatnya agar berfikir akan perkara yang baik, sentiasa berfikiran positif dan mengelak daripada anasir yang negatif. Kesihatan akal berkait rapat dengan gaya pemakanan yang diambil oleh individu. Makanan yang tidak baik untuk akal seharusnya dielakkan. Dalam firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung. ( al-Maidah : 90 ) Dalam surah ini Allah melarang keras hambaNya daripada minum arak kerana ternyata arak memberikan keburukan kepada akal.

Syariah islam juga telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut ilmu. Akal akan bertindak balas melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-Alaq : 1-5) Islam mewajibkan setiap individu menghidupkan dan melatih akal mereka dengan ilmu pengetahuan . Dua kategori ilmu yang wajib dipelajari ialah : i. Fardhu ain ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam yang baligh dan berakal. Fardhu kifayah perkara yang wajib dilakukan oleh sesebuah komuniti masyarakat islam yang baligh dan berakal. Hanya dilaksanakan oleh segolongan daripada mereka dan lepaslah kewajipan terhadap yang lainnya.

ii.

SEKIAN TERIMA KASIH