CTU231 Perakaunan Zakat

28
CTU231 Perakaunan Zakat Oleh: Ust Razizi bin Tarmuji razizi.uitm.edu.my

description

CTU231 Perakaunan Zakat. Oleh : Ust Razizi bin Tarmuji. Topik – topik yang akan dipelajari. Definisi Zakat Syarat zakat Jenis zakat Asas perakaunan zakat Kaedah pengiraan zakat. Definisi. Bahasa : Berkat , tumbuh , bersih dan baik - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of CTU231 Perakaunan Zakat

Page 1: CTU231 Perakaunan Zakat

CTU231Perakaunan ZakatOleh: Ust Razizi bin Tarmuji

razizi.uitm.edu.my

Page 2: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Topik –topik yang akan dipelajari

Definisi ZakatSyarat zakatJenis zakatAsas perakaunan zakatKaedah pengiraan zakat

Page 3: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

DefinisiBahasa: Berkat, tumbuh, bersih dan baikIstilah: mengeluarkan sebahagian harta yang

wajib kepada golongan yang berhak berdasarkan kaedah dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak

Page 4: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Dalil wajib zakatAyat al-Quran:

Maksudnya: Dirikan Solat dan bayarlah zakat

(Al-Baqarah: 110)

Page 5: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka…

(Al-Taubah: 103)

Page 6: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Hadis:Sabda Rasulullah saw: Islam ditegakkan di

atas lima dasar: Syahadah bahawa tiada Tuhan selain dari Allah dan Muhammad adalah RasulNya, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji bagi sesiapa yang berkemampuan.

(Mutaffaq Alaih)

Page 7: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Hikmah diwajibkan zakat1. Kesucian Rohani - Orang-orang yang mengeluarkan

zakat, jiwa mereka akan terdidik dengan baik, sifat rahim dan penyayang akan terpupuk di sanubari mereka. Keyakinan dan kepercayaan mereka kepada Allah semakin teguh. Penerima zakat pula bebas dari sifat dengki.

2. Merapatkan Jurang Perbezaan Di Antara Kaya Dan Miskin

3. Mengurangkan Kadar Kemiskinan4. Bekalan Di Akhirat5. Meningkatkan ekonomi negara- menambah produktiviti 6. Mencipta peluang pekerjaan

Page 8: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

SYARAT-SYARAT UMUM WAJIB ZAKAT

1. Islam – hanya diwajibkan ke atas orang Islam sahaja2. Sempurna milik – Milik yang sah dan bertanggungjawab ke

atas harta sepenuhnya serta boleh digunakan pada bila-bila masa. Pinjaman, harta wakaf, dan harta haram tidak wajib, tidak tertakluk atau memenuhi syarat ini.

3. Cukup nisab – kadar atau nilai minima yang menentukan harta itu wajib dikeluarkan zakat atau sebaliknya.

4. Cukup haul – setahun mengikut bulan Qamariah iaitu 354 hari.5. Harta berkembang – Harta yang berpotensi untuk berkembang

dan bertambah. Harta itu sendiri tidak dikenakan zakat namun hasil dapatan daripadanya,  pemilik mendapat faedah terus, seperti hasil daripada sewaan rumah atau bangunan, hasil daripada pelbagai jenis pengangkutan, hasil daripada ternakan binatang, hasil sampingan seperti susu dari binatang ternakan, hasil daripada pengeluaran madu.

Page 9: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Asnaf-asnaf zakat

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Surah At-Taubah:60

Page 10: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Asnaf zakat1. Fakir: Seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau

menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya

2. MiskinSeorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha atau pendapatan dari sumber-sumber lain yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang dibawah tanggungannya.

3. Amil-Amil yang menguruskannya: iaitulah pegawai-pegawai yang membantu pemerintah mengutip dan mengagihkan zakat.

4. Muallaf yang dijinakkan hatinya: Mereka orang yang baharu memeluk islam yang dijangka dengan memberikan zakat kepada mereka akan menguatkan lagi islam mereka.

5. Hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri: iaitu hamba mukatab (المكاتب) yang telah berakad dengan tuan yang memiliki mereka untuk membayar secara ansuran.

6. Orang-orang yang berhutang: hutang untuk keperluan diri dan keluarga7. Orang-orang yang berada pada fisabilillah: perang dan dakwah8. Ibnu Sabil: Orang yang terputus bekalan dalam musafir yang diharuskan.

Page 11: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

JENIS-JENIS ZAKAT1. Zakat fitrah – Zakat Badan yang diwajibkan

kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kadarnya kira-kira 3 kg makanan ruji sesebuah negara.

2. Zakat harta benda – Satu pembayaran yang wajib dikenakan apabila sesuatu harta itu mencapai kadar dan tempoh yang telah ditetapkan oleh syarak.

Page 12: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

JENIS-JENIS HARTA WAJIB ZAKAT1. Zakat emas dan perak2. Zakat perniagaan3. Zakat pendapatan4. Zakat saham5.  Zakat simpanan6. Zakat pertanian7. Zakat maadin8. Zakat ternakan

Page 13: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

ASAS PERAKAUNAN ZAKATAsas penilaian berdasarkan harga semasaTempoh setahun Qamariah perlu digunakan yang tertakluk

kepada tempoh haul – iaitu 354 hari dalam setahun. Tahun Masihi 365 tahun biasa dan tahun lompat 366 hari.  Cara pengiraan bermula 1.1.2009 hingga 20 Disember 2009.

Tahun hasil pengeluaranBerdasarkan nisab yang telah ditetapkan sama ada 85

gram emas atau 595 gram perak.Dikenakan ke atas pendapatan bersih bukan pendapatan

kasar – ditolak semua perbelanjaan yang perluBagi zakat pendapatan perlu ditolak keperluan asasi yang

munasabah mengikut perkiraan semasa atau setempat.

Page 14: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Kadar Nisab terdahulu (Selangor)Bil Tahun Kadar Nisab (RM)

1 1990 2,900

2 1995 2,700

3 1998 2,900

4 2000 3,200

5 2003 3,400

6 2007 6,100

7 2008 6,400

8 2009 7,900

9 2010 9,000

10 2011 10,650 (Sabah: RM 10,500)

11 2013 13,000 (Sabah: RM13,000)

Kadar nisab berdasarkan purata harga 85 g emas pada tahun tersebut

Page 15: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

PENGIRAAN ZAKAT1. Zakat pendapatan2. Zakat simpanan3. Zakat perniagaan4. Zakat emas dan perak

Page 16: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

1. ZAKAT PENDAPATAN (al-mal al-mustafad) Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau

hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Maka ia merangkumi gaji, upah,royalti, komisyen, hasil sewaan rumah dll. Cara kira zakat:- Campurkan semua pendapatan untuk tempoh setahun Hijrah. Tolakkan keperluan perbelanjaan asasi:- Semua perkara yang melibatkan keperluan Dharuriyyah. Ini termasuk

makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, kos keselamatan dan pendidikan.

- Ini merangkumi keperluan diri, isteri, nak-anak, ibubapa. Kesemua tanggungan ini tidak terhad bilangannya dan tertakluk kepada hukum syarak

- Tolakkan pendapatan daripada pelbagai sumber yang dibenarkan seperti bagi perbelanjaan menunaikan haji yang diwajibkan, iaitu haji yang pertama. Penolakan untuk perbelanjaan mengubati diri dan tanggungan, termasuk juga kedua ibubapa. Jumlah yang tinggal adalah pendapatan bersih.

Page 17: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Contoh Pengiraan:-1 Pendapatan setahun ( RM 5000 x 12) RM60,000

2. Bonus ( 2 bulan gaji) RM 10,0003. Komisen agen takaful RM 5,000

Jumlah setahun Hijrah RM 75,000

1 Keperluan Diri RM 8,0002 Isteri RM 5,0003 Anak (seorang) RM 2,0004 Potongan KWSP RM 7,500

Jumlah setahun Hijrah RM 22,500

Maka pendapatan bersih: RM 75,000- RM 22,500 = RM52500Kadar Nisab semasa= RM 10,300 (Nisab semasa berdasarkan nilai 85 g emasMaka, wajib bayar iaitu RM52500 x 2.5% = RM 1312.50

Page 18: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

2. Zakat wang simpananKaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat: Simpanan Tetap Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi

daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), makawajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

Simpanan Biasa Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul

bagi simpanan tersebut.

Simpanan Dalam Satu Akaun Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak

faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

Simpanan Dalam Beberapa Akaun Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya

dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.

Page 19: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

ContohTarikh Wang masuk Wang Keluar Baki1.1.2006 RM 7,000.00 - RM 7,000.003.3.2006 RM 1,000.00 - RM 8,000.0012.5.2006 RM 5,000.00 - RM 13,000.003.6.2006   RM 3,000.00 RM 10,000.0028.6.2006 RM 1,000.00 - RM 11,000.0014.8.2006 Inst. RM 500.00 - RM 11,500.002.9.2006 - RM 5,000.00 RM 6,500.0010.10.2006 RM 2,000.00 - RM 8,500.003.12.2006 RM 1,000.00 - RM 9,500.00

Page 20: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

3. Zakat PerniagaanZakat perniagaan ialah zakat yang wajib

dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

Page 21: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Syarat wajib zakat perniagaanIslam. Sempurna Milik (kepunyaan mutlak). Genap setahun Perniagaan dijalankan (cukup

haul). Cukup Nisab (bersamaan nilai 85 g emas)Niat untuk berniagaPerniagaan yg halalHarta yg produktif- yg boleh menjana

keuntungan

Page 22: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Terdapat 2 kaedah mengira zakat perniagaan.Kaedah Model Berkembang (Growth Model). Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut,

sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Dalam istilah yang lebih ringkas ialah modal dicampurkan dengan keuntungan.

Ekuiti pemilik + liabiliti jangka panjang - aset tetap - aset bukan semasa +/- pelarasan = harga perniagaan yang tertakluk kepada pengiraan zakat.

Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital) Ia mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan, ditolak

dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Aset semasa - liabiliti semasa +/- pelarasan = harta perniagaan yang tertakluk kepada pengiraan zakat.

Page 23: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Kaedah II - Modal Berkembang (Growth Model) Sila penuhkan maklumat berikut:

A. Ekuiti Pemilik RM  

B. Campur: Liabiliti Jangka Panjang RM  

C. Tolak: Aset Tetap RM  

D. Totak: Aset Separuh Tetap RM  

E. Jumlah ( A + B - C - D) RM  

F. Peratusan (%) Milikan Muslim x A % RM

G. Nisab Senarai Nisab RM

H. Zakat yang wajib dibayar (2.5% x E) RM

0000000103000Reset

Page 24: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Nota: Anda boleh memilih mana-mana kaedah yang sesuai dengan bentuk perniagaan (nature of business). Jangan gunakan koma (,) untuk nilai RM. Contoh: 10000 bukan 10,000

Kaedah I - Modal Kerja (Working Capital) Sila penuhkan maklumat berikut:

A. Aset Semasa RM  

B. Tolak: Liabiliti Semasa* RM  

C. Jumlah ( A - B ) RM  

  * Jika liabiliti semasa > aset semasa, TIADA zakat dikenakan

D. Peratusan (%) Milikan Muslim x C % RM

E. Nisab Senarai Nisab   RM

F. Zakat yang wajib dibayar (2.5% x D) RM

00000103000Reset

Page 25: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Pelarasan Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti

berikut: 1. Ditolak Daripada Aset Semasa.

Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan:

Barang-barang Tidak Wajib ZakatHendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak.

Bukan Milik SempurnaBayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna.

Si Penghutang KewanganWang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam.

Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua KaliNilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan.

Aset Semasa Mestilah Yang ProduktifHutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak.

Tabung-tabung Yang Bersifat KebajikanTabung bagi tujuan kebajikan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat. 

Bagi Kategori Inventori / StokBarangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira.

Page 26: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

2. Dicampur Kepada Tanggungan SemasaMenurut pendapat Imam Syafie – Tidak ada syarat hutang dalam

menentukan sama ada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.:

Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:

Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors). Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon Cukai.Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang

tidak dibenarkan tolakan seperti berikut: Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu ‘financial loans’ dan

pengkelasan semula pinjaman berjangka. Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable). ‘Overdraf’. Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).

Page 27: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

4. Zakat emas dan perakMata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh

digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas (85 gram) atau perak (595 gram).

Barang kemas  yang dipakai tidak dikenakan zakat. Setakat mana? Pusat Zakat Selangor menjadikan adat kebiasaan tidak lebih 800 gram emas.

Page 28: CTU231 Perakaunan Zakat

razizi.uitm.edu.my

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak: Emas Perhiasan Wanita Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan

sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram manakala KL ialah 150 g

Contoh:(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

Emas Yang Disimpan Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada

dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya. Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang

dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram

Contoh:Timbangan emas x harga semasa x 2.5%90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112

Perak Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan

sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

Contoh:800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18