cukur jambul

download cukur jambul

of 2

Transcript of cukur jambul

  • 7/23/2019 cukur jambul

    1/2

    egembiraan menyambut bayi dalam kalangan orang Melayu

    Labuan lazimnya akan diikuti dengan jemputan kepada

    keluarga, sahabat dan jiran tetangga untuk kenduri nasi

    kunyit sempena majlis bercukur jambul.

    Pada kebiasaan juga ibadah akikah akan diadakan

    sekali, dua ekor kambing untuk anak lelaki atau seekor

    kambing untuk anak perempuan akan disembelih dan

    dagingnya diagihkan, sebahagiannya dimasak untuk

    menjamu tetamu. enduri nasi kunyit akan disempurnakan

    dengan bacaan doa selamat. Nasi kunyit ialah nasi berwarna

    kuning yang dihidangkan dengan lauk pauk kenduri.

    ebiasaannya majlis cukur jambul ini meriah kerana

    ketika itulah bayi diperkenal kepada kebanyakan adik-

    beradik, saudara mara, rakan dan tetamu. ayi akan

    dipakaikan baju cantik dan diletakkan di atas tilam kecil

    atau di dalam buaian yang dihias indah. elengkapan untuk

    bercukur jambul disediakan di atas dulang berisi tiga

    mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras

    kunyit dan bertih!gunting.

    "ebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya

    dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk

    dijadikan penutup. #irnya diganti dengan air bersih biasa.

    iasanya badan kelapa akan dihias dengan melilitkan rantai,

    riben atau kain. etika adat bercukur jambul, bayi akan

    didukung bapa atau datuknya sambil hadirin berdiri

    mengeliling ruang tamu, berselawat dan berzanji. ayi yang

    didukung ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan

    bertih oleh hadirin secara bergilir-gilir dan kemudian

    menggunting sedikit rambut bayi itu untuk dimasukkan ke

    dalam kelapa berisi air. ilangan orang yang menggunting

    rambut bayi biasanya dalam angka ganjil. $a dilakukan

    secara bergilir juga, selepas selesai tetamu lelaki, pihak

    wanita pula mengambil alih.

  • 7/23/2019 cukur jambul

    2/2

    Menggunting itu hanya syarat kerana selepas itu kepala

    bayi akan dicukur sepenuhnya oleh bidan, bapa bayi atau

    sesiapa sahaja, biasanya selepas majlis selesai.

    esemua rambut yang dicukur akan dimasukkan bersama

    rambut yang digunting di dalam kelapa berhias itu. elapa

    berisi rambut itu digalakkan ditanam di halaman rumah

    bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai

    memperingati usia kelahiran anak itu kelak.