Cutting tool
Click here to load reader
-
Upload
md-hafizi-mohamad -
Category
Education
-
view
2.219 -
download
6
description
Transcript of Cutting tool
Modul 2 :- CUTTING TOOLS, APPLICATION AND
MAINTENANCE
Prepared by :- Md hafizi bin mohamad
Tek. Baikpulih badan kenderaan
KUCHING
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Objektif
Alatan MemotongPemilihan Alatan
1
2
3
4
1. Nyatakan alatan-alatan memotong.
2. Terangkan mengenai alatan memotong.
3. Terangkan kegunaan alatan-alatan memotong.
Objektif Pembelajaran
Dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang pembuatan dan penghasilan sesuatu projek, peranan alat tangan adalah sangat penting untuk kerja kerja asas seperti :-◦Menanda ◦Memotong◦Memegang ◦Menguji◦Mengukur
Pengenalan
Alatan tangan mestilah sesuai dengan bahan dan tujuan alat digunakan.
Kriteria pemilihan alatan tangan ialah :1. Kesesuaian alatan tangan dengan
bahan.2. Kemahiran mengendalikan alatan.3. Kemudahan mendapatkan alatan.4. Faktor keselamatan semasa
menggunakan alatan.
PEMILIHAN ALATAN
Alatan memotong
Alat memotong merupakan alat yang digunakan untuk memotong atau menipiskan benda kerja semasa proses pembuatan.
Contoh alat alat pemotong ialah seperti dibawah:-
1. Gergaji Besi (Hacksaw)2. Kikir (File)3. Pahat (Chisel)4. Mata Gerudi (Twist Drill)5. Tap and Dies6. Snips
Gergaji besi
Ia digunakan untuk memotong logam atau benda kerja kepada saiz yang dikehendaki.
Mata GergajiNat Kepak
Hulu
Bingkai
Terdapat 2 jenis iaitu jenis tetap dan jenis boleh laras
Bingkai Boleh Laras – boleh dilaraskan mengikut panjang bilah mata gergaji.a. Bingkai jenis sangkutb. Bingkai jenis tiub
Bingkai Tetap – hanya boleh memegang bilah gergaji yang sama saiz
Bilah Mata Gergaji
Mata gergaji diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi, keluli aloi tungsten dan keluli aloi molibdenum
Terdapat 3 jenis utama iaitu :
i) All Hard Blade Jenis ini dimana ia dikeraskan ( Hardened ) secara keseluruhannya.
Diperbuat dari logam Keluli Alat dan sesuai untuk memotong logam yang keras sifatnya seperti Pancalogam, Besi Tuang dan sebagainya.
ii) Flexible blade ( Jenis Liuk ) Dikeraskan ( Hardened ) pada bahagian giginya sahaja dan
sifatnya tidak mudah patah. Pekerja yang kurang mahir digalakkan mengguna jenis ini.
iii ) High Carbon Steel Dikeraskan keseluruhannya dan sesuai untuk memotong logam
seperti Alloy, besi Tuang dan lain lain.
Bilah Mata Gergaji
Gred gigi
Gred gigi gergaji besi dikira bilangan gigi dalam satu inci (Teeth per inchi ). Jika grednya kasar bermakna bilangan dalam seinci adalah kurang dan sebaliknya pula.
Kategori gred gigi gergaji besi seperti berikut :
i) Kasar ( Coarse ) Bilangan gigi dalam seinci diantara 14
hingga 18 TPI dan sesuai untuk memotong logam yang
nipis.
ii) Halus ( Fine ) Bilangan gigi dalam seinci diantara 24
hingga 32 TPI dan sering digunakan bagi memotong
logam yang tebal.
Semasa mengunakan gergaji beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi mengelakkan mata gergaji dari patah :-
I. Pilih mata gergaji yang sesuai dengan benda kerja
II. Mata gergaji dipasang ke depanIII. Ketegangan mata gergaji sesuai mengikut jenis
pemotonganIV. Benda kerja diapit ragum dengan kemasV. Kelajuan pemotongan sesuai mengikut jenis
logamVI. Tekanan dikenakan semasa gergaji ditolak ke
depan dan diangkat sedikit semasa gergaji ditarik kebelakang
Penjagaan Gergaji Besi
Selepas kerja menggergaji selesai, semua bahagian gergaji perlu dibersihkan.
Longgarkan sedikit bilah bagi mengurangkan regangan ke atas bilah mata gergaji.
Simpan di tempat yang selamat seperti almari dengan cara menggantungnya.
Bebas dari alatan berat yang lain.
Kikir (FILE)
Kikir diperbuat daripada keluli bermutu tinggi yang dikeraskan
Kegunaan :-Untuk memotong,menipiskan dan melicinkan permukaan benda kerja serta membentuk.
kikir
BAHAGIAN-BAHAGIAN KIKIR
Panjang Kikir diukur dari hujung hingga ke bahunya. Ukuran panjang biasanya antara 100 mm sehingga 400 mm.
Langkah penjagaan kikir
Kikir akan rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik dan berikut adalah panduan penjagaan kikir:-
I. Kikir perlu dipasang dengan hulu yangg sesuai
II. Gunakan kikir yang sesuai mengikut jenis bahan kerja
III. Gunakan untuk mengikir sahajaIV. Jangan biarkan kikir terkena minyak atau
airV. Kerak besi yang melekat pada kikir perlu
dibersihkan dengan mengunakan berus kikir
Kikir boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan saiz,bentuk gigi dan gred pemotong. KIKIR
GRED GIGI PEMOTONG•Kasar•Sederhana•Halus
JENIS GIGI PEMOTON
G•Gigi selari•Gigi bersilang•Gigi lengkung •Gigi parut
BENTUK•Rata tirus•Rata lurus•Separuh bulat•Bulat•Segiempat sama•Segitiga
SAIZ•Berdasarkan panjang kikir
Jenis gigi pemotong dan kegunaannya
Jenis gigi pemotong kegunaannya
Gigi selari • Untuk kerja kekemasan
Gigi bersilang • Untuk kerja am • Dapat mengikir dengan
cepatGigi lengkung • Untuk mengikir logam
lembut seperti aluminium
Gigi parut • Untuk mengikir benda kerja yang lembut seperti timah dan kayu
GIGI SELARI
gigi selari dipotong condong pada sudut 65 darjah hingga 85 darjah pada permukaan kikir. Kikir jenis ini biasanya
digunakan untuk kerja – kerja penyudahan.
GIGI BERSILANG
gigi junam di potong pada sudut 45 manakala gigi dongak dipotong pada sudut 70
darjah hingga 80 darjah. Kikir jenis
ini digunakan untuk kerja – kerja am.
Dengan menggunakan kikir
ini logam dapat dibuang dengan
cepat.
GIGI LENGKUNG
kikir jenis gigi lengkung digunakan untuk mengikr logam yang sembut seperti
aluminium dan kuprum ( tembaga ), kerana klerak – kerak bahan tersebut tidak mudah melekat pada
gigi kikir.
GIGI PARUT
kikir jenis gigi parut digunakan untuk
membuang bahan – bahan yang lembut
dengan cepat. Bahan – bahan yang sangat
lembut seperti timah dan kayu boleh dikikir
dengan kikir parut. Bentuk gigi ini
membolehkan bahan yang dipotong keluar
dengan mudah.
GRED gigi pemotong
Paling kasar (Coarse)Kasar (Bastard)
Sederhana (Medium)Halus (Fine)
Sangat halus (Extra Fine)
Bentuk kikir dan kegunaannya
Bentuk kikir kegunaannya
Rata tirus • Untuk kerja am
Rata lurus • Untuk kerja kekemasan
Separuh bulat • Untuk kerja kekemasan
Bulat • Untuk membesarkan lengkung atau bulatan
Segi empat sama
• Untuk membesarkan lubang berbentuk segiempat
Segitiga • Untuk mengikir dan membuat kekemasan pada sudut dalam yang tajam
KAEDAH MENGIKIR
MENGIKIR BERAT
TUJUAN ADALAH UNTUK MENGIKIR DENGAN CEPAT HUJUNG KIKIR DIGENGGAM KUAT TEKANAN YANG DIKENAKAN DI ATAS KIKIR ADALAH KUAT
MENGIKIR RINGAN
PERINGKAT PERTENGAHAN MENGIKIR DENGAN TUJUAN MENIPISKAN PERMUKAAN LOGAM HUJUNG KIKIR DIPEGANG ATAU DITEKAN DENGAN JARI TEKANAN YANG DIKENAKAN DI ATAS KIKIR ADALAH KUAT
KAEDAH MENGIKIR
KAEDAH MENGIKIR
MENGIKIR LAYANG
Dilakukan semasa kerja penyudah dengan tujuan merata serta melicinkan permukaan logam.Tekanan yang dikenakan ke atas kikir juga ringan.
PENJAGAAN KIKIR
1.Selepas kerja mengikir,kikir hendaklah dibersihkan dengan ‘File Brush’ dan ‘File Card’ terutama di bahagian celah giginya.
2.Semasa menyimpan kikir hendaklah diasingkan dari alatan keras yang lain kerana ia boleh merosakkan giginya sekiranya bertindih.
3.Jangan sesekali kikir dijadikan penukul untuk menukul benda lain.
4.Sebaiknya kikir hendaklah digantung dan disimpan dengan selamat.
Pahat logam
Terdapat dua jenis iaitu :-1. Pahat kerja kayu2. Pahat kerja logamPahat kerja kayu mempunyai dua jenis:-I. Pahat pelubangII. Pahat perautPahat kerja logam diperbuat daripada keluli
bermutu tinggi yang dikeraskan serta dibajakan supaya lebih kuat dan tajam.
Saiz pahat diambil kira mengikut ukuran lebar mata.
Digunakan untuk memotong dan memahat logam dan ia juga boleh menghasilkan garis pandu
JENIS Pahat logam
Terdapat empat jenis pahat logam yang biasa digunakan dan kegunaannya :-
Jenis pahat kegunaan
Pahat mata rata Untuk memotong bahagian yang lebar dan untuk kerja am
Pahat mata melintang (anjung)
Untuk memotong celahan yang tidak dapat dipotong olah pahat mata rata
Pahat mata bulat Untuk memotong bahagian penjuru yang berbentuk lengkuk atau bulat
Pahat mata bentuk intan
Untuk memotong penjuru dalam yang berbentuk tajam dan bersegi (V)
JENIS Pahat logam
PAHAT MATA RATA
PAHAT MATA MELINTANG (ANJUNG)
PAHAT MATA BULAT
PAHAT MATA INTAN
PENJAGAAN Pahat logam
1. Kepala pahat jika diketuk ( Digunakan selalu ) akan menjadi lembut dan ini menyebabkan terjadi seperti ‘Kepala Cendawan'. Keadaan ini merbahaya kerana serpihan kepala tadi mungkin terpelanting semasa kerja memahat. Oleh itu, ianya perlu dibuang (dicanai) supaya kembali kepada bentuk asal.
PENJAGAAN Pahat logam
2. Mengasah mata pahat Mata pahat juga akan menjadi lembut @ tumpul bila selalu digunakan. Ianya perlu diasah menggunakan ' Griding Stone machine ' dengan batu pengasah jenis ' Alminium Oxide '. Semasa mengasah, pastikan ‘Clear goggle’ dipakai untuk keselamatan mata. Selepas mengasah ( Panas ), celupkan mata pahat ke dalam minyak untuk menyejuk serta mengekalkan ketahanannya. ( Kekuatan mata - baja )
PENJAGAAN Pahat logam
3. Pahat perlu disimpan secara berasingan dengan alatan lain ditempat yang khas secara menegak
bersambung…….
GERUDI
Gerudi ialah satu alat atau mesin untuk membuat lubang pada permukaan logam.
Gerudi ini juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang sengat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik.
Gerudi dibuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida.
Gerudi PintalGerudi BenamGerudi PusatGerudi Lurah LurusGerudi RataGerudi Melubang Senggat
JENIS-JENIS GERUDI
Digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am.
Hujung matanya berbentuk kon dan di canai supaya dapat menghasilkan sudut pemotongan dan sudut kelegaan.
Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya.
GERUDI PINTAL
Gerudi Pintal Lubang MinyakGerudi Pintal Pendek Dan PanjangGerudi Pintal Sudut Helixs Rendah
Dan Sudut Helixs Tinggi.Gerudi Pintal Tiga Lurah atau Empat
Lurah
JENIS-JENIS GERUDI PINTAL
Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh turun sampai ke tepi pemotong, Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan lebih cepat dan sempurna.
Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan kerja-kerja pengeluaran.
GERUDI PINTAL LUBANG MINYAK
Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu mudah untuk memusatkan kerja
Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang dalam.
Kedua-dua jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.
GERUDI PINTAL PENDEK DAN PANJANG
Bentuknya lebih kurang sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliksnya sama ada lebih kecil ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa.
Keistimewaan gerudi ini ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan,logam liat dan dapat menghasilkan lubang yang dalam.
Manakala bagi sudut pendek pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik, gentian, asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.
GERUDI PINTAL SUDUT HELIXS Rendah dan SUDUT HELIXS TINGGI
Kegunaannya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti lubang teras pada tuangan.
Selain itu,lurah dan bilangan matanya boleh memotong dengan lebih banyak.
Justeru ia boleh menyokong gerudi dengan lebih sempurna dan boleh menghasilkan permukaan lubang dengan lebih licin dan tepat.
GERUDI PINTAL TIGA LURAH ATAU EMPAT LURAH
BAHAGIAN GERUDI PINTAL
BAHAGIAN GERUDI PINTAL
Hujung MataPusat mataBibir pemotongLurahLengkang lurahJidarBatangPuting
HUJUNG MATA
Terdapat hujung mata dan bahagian hujungnya berbentuk kon.
Ia dicanai dengan sudut kandung 118 darjah,bibir pemotong membahagi dua sudut kandung .Masing-masing membentuk sudut 59 darjah dari paksi.
Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi.
PUSAT MATA
Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong.
Manakala fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk ke dalam permukaan logam.
BIBIR PEMOTONG
Fungsi bibir pemotong atau bibir pengerat ialah bertindak sebagai mata gerudi.
Ia diperbuat daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon.
Panjang bibir pemotong ini dibuat dalam saiz yang sama panjang.
LURAH
Fungsi lurah ialah:Untuk membentuk tepi
pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon.
Tujuan untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar.
Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai ke hujung mata.
Supaya memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.
LENGKANG LURAH
Lengkang lurah ialah merupakan tebing yang memisahkan lurah.
Ia juga dianggap sebagai tulang belakang gerudi dan lebih tebal di bahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap.
JIDAR
Maksud jidar ialah tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah.
Kegunaannya ialah untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel.
Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.
BATANG
Batang Lurus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi.
Batang tirus untuk gerudi besar yang mampunyai saiz lebih daripada 13 mm.
Ia dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz.
PUTTING
Putting ini berbentuk nipis, terletak dibahagian pangkal gerudi.Putting terdapat pada bahagian batang tirus sahaja.
Ia untuk memudahkan gerudi diputar kerana putting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin atau soket atau liang sendi.
Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dengan mudah dengan menggunakan alat perenggang
GERUDI BENAM
Gerudi tersebut mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan ia berbentuk kon.
Manakala sudut matanya ialah 900 hingga 1200.Gerudi benam digunakan khas untuk
menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau lubang rivet boleh dipasang.
Selain itu Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.
GERUDI PUSAT
Mata gerudi ini terdapat dikedua-dua hujungnya. Gerudi pusat biasanya mempunyai sudut pemotongan 600 sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar 600 dan 1200 di kedua-dua hujungnya.
Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada 3mm ke atas.
Fungsi gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja pemusatan sama ada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.
GERUDI RATA
Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai.
Sudut pemotonganya dicanai 900 dan sudut kelegaan pulaantara 50 hingga 120 bergantug pada jenis logam yang digerudi.
Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini kerana banyak terdapat kekurangan antaranya ialah lubang yang dihasilkan tidak berapa bulat, saiz tidak tepat tatal sukar dikeluarkan.
GERUDI MELUBANG SESENGAT
Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang senggat rata bagi menempatkan kepala skru Allen.
Selain itu ia digunakan untuk melicinkan permukaan bintik dan juga menyediakan tempat kedudukan nat, kepala pasak atau kengkangnya.
MESIN GERUDI
Fungsi mesin gerudi ialah: (a) menggerudi lubang(b) melulas (c)melubang benam(d)melubang sengat(e)membenang dalam(f) meratakan permukaan bintik.
JENIS-JENIS MESIN GERUDI
Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif.
Mesin gerudi tiangMesin gerudi jejarianMesin gerudi mudah alihMesin gerudi kerja khas
MESIN GERUDI TEKAN
Dinamakan mesin gerudi sensitif kerana hantarannya dibuat dengan tangan, jadi kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan merasa gerakkan pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi.
Mempunyai 2 jenis iaitu jenis meja dan jenis lantai.
Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz melebihi daripada 13mm.
MESIN GERUDI MEJA DAN LANTAI
MESIN GERUDI TIANG
Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif.
Digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukannya stabil.
Bentuk mesin ini hampir sama dengan bentuk mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat pembolehubah dan hantaran berkuasa aautomatik, dan pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear.
MESIN GERUDI JEJARIAN
Ia sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak ke luar atau kedalam dia atas lengan jejarian dan lengan ini dipasang diatas turus tegak mesin itu.
Ini membolehkan lubang yang terletak pada permukaan bersudut digerudi tanpa mengubah pengesetannya.
Keistimewaan terhadap mesin ini ialah: a) boleh menggerudi lubang yang lebih besar. b) mejanya besar dan turusnya lebih tinggi c) pemilihan kelajuan lebih luas d) tegap dan tidak bergegar
MESIN GERUDI MUDAH ALIH
Mesin ini mudah hendak bawa ke mana sahaja.Ia berfungsi untuk menggerudi lubang yang kecil
dan dikendalikan dengan kuasa elektrik.Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih,
iaitu:a) Jenis PistolJenis ini adalah ringan dan boleh dipegang
sebelah tangan. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan.
b) Jenis Kerja BeratJenis ini adalah lebih berat dan terpaksa
dipegang dengan kedua belah tangan. Ia digunakan untuk kerja-kerja berat.
MESIN GERUDI MUDAH ALIH
MESIN GERUDI KHAS
Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk pelbagai kegunaan, bergantung kepada mesin gerudi khas itu. Jenis-jenis mesin gerudi khas ialah:
Mesin Gerudi berbilang SpindalMesin Gerudi ReguMesin Gerudi TurretMesin Gerudi Kawalan Angka Berkomputer.
MEMERIKSA SAIZ GERUDI
Saiz gerudi boleh diuji dengan " Drill Gauge " dimana ia tersedia dengan ukuran saiz yang tertentu.
MEMERIKSA SUDUT MATA PEMOTONG GERUDI
Manakala sudut mata pemotong gerudi boleh diuji dengan Tolok Gerudi ( Drill Gauge ) selepas kerja mencanai mata dilakukan.
Pembenang dalam ialah satu set alat yang menyerupai skru mempunyai benang seperti bolt dan berflut tiga atau empat sebagai mata pemotong.
Ia digunakan untuk memotong bagi membentuk benang didalam lubang seperti nat.
TAP AND DIES
Terdapat dua jenis pembenang yang biasa digunakan untuk membuat benang iaitu :
1. Pembenang Luar (Tap) - digunakan untuk membuat benang
dibahagian luar seperti bolt
2. Pembenang Dalam (Dies) - digunakan untuk membuat
benang pada bahagian dalam seperti nut
Jenis pembenang
Jenis pembenang
DIES
TAP
Jenis pembenang DALAM
1. PEMBENANG TIRUS (TAPPER) Pembenang permulaan dimana matanya tidak berapa tajam. Binaan hujungnya kira kira 6 benang dibentuk tirus dihujung bagi menetapkan tegak pembenang dan memudahkan kerja mula membenang. 2. PEMBENANG KEDUA (PLUG) Binaan hujungnya kira kira tiga atau empat benang dibentuk tirus. Digunakan selepas pembenang tirus yang telah lulus dalam benda kerja. 3. PEMBENANG PEPAT (BOTTOMING) Binaan hujungnya serong untuk satu benang. Ia digunakan untuk membenang ke dalam lubang buta dan kerja penyudah membenang.
Jenis pembenang DALAM
Snip atau gunting kepingan logam digunakan untuk memotong kepingan logam.
Terdapat pelbagai saiz dan rekabentuk dihasilkan untuk memudahkan sesuatu kerja dilaksanakan.
Snip (gunting)
STRAIGHT SNIPS
OTHER NAMES: Flat blade snips, standard snips SIZE: 7 to 14in. MATERIAL: Steel USE: To make straight cuts in sheet metal
Snip (gunting)
Snip (gunting)
AVIATION SNIPS OTHER NAME: Compound action snips SIZE: 10in. MATERIAL: Steel and plastic USE: To provide improved leverage when
making straight or curved cuts in sheet metal
Snip (gunting)
CIRCLE SNIPS OTHER NAMES: Bent snips, curved snips SIZE: 7 to 14in. MATERIAL: Steel USE: To make internal or concave cuts in
sheet metal
Snip (gunting)
UNIVERSAL SNIPS SIZE: 11 to 14in. MATERIAL: Steel USE: To make straight or curved cuts in
sheet metal
Snip (gunting)
Ikat snip pada ragum meja dengan kemas di mana kedua-dua rahang terbuka.
Kikir bahagian pemotongan dengan cermat supaya sudut pemotongannya adalah 85°.
Jangan mengikir bahagian yang mempunyai permukaan rata.
Bersih dan tajamkan mata pemotong dengan menggosokkan bahagian yang mempunyai permukaan rata dengan batu asah.
Berhati-hati supaya tidak merosakkan bahagian mata pemotong di mana ianya menjadi bulat.
Mengasah Snip (gunting)
Bersedia untuk tajuk seterusnya
HAND TOOLS