cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan...

24
SMK SERI TANJONG, MELAKA PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI SMK SERI TANJONG MELAKA cÜÉy|Ä cÜÉy|Ä cÜÉy|Ä PPU MERCU IPT GERBANG

Transcript of cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan...

Page 1: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

SMK SERI TANJONG, MELAKA

PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI

SMK SERI TANJONG MELAKA

cÜÉy|Ä

cÜÉy|Ä

cÜÉy|Ä

PPU

MERCU

IPT

GERBANG

Page 2: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

PPU MERCU GERBANG IPT

1 Kata-kata Aluan Pemangku GPK PPU

2 Kata-kata Aluan GPK Pentadbiran SMKST

3 Kata-kata Aluan Pengetua SMKST

4 Jentera Penggerak PPU

5 Pelan Operasi PPU

10 Tenaga Akademik PPU

14 Prasarana PPU

15 Pakej Mata Pelajaran PPU

16 Program Kecemerlangan PPU

18 Pencapaian PPU ( STPM 2007 )

19 Kemasukan Ke IPTA

20 Harapan Dan Cabaran PPU

21 Penghargaan

UNIVERSITI PROFIL PROGRAM PERSEDIAAN

Kandungan :

Page 3: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Pemangku Guru Penolong Kanan Program Persediaan Universiti

En. Borhan b. Md. Nor

Profil PPU 1

Bismillahhirrahmannirrahim, Assallammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan rahmat-Nya dapat saya melakarkan bait-bait tinta kata alu-aluan dalam Profil Program Persediaan Universiti SMK Seri Tanjong ini sebagai satu panduan dan hala tuju dalam memartabatkan tingkatan enam ke mercu yang lebih tinggi lagi.

Profil Program Persediaan Universiti menjadi panduan kepada masyarakat, pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang program ini. Di dalamnya terkandung semua maklumat tentang Program Persediaan Universiti SMK Seri Tanjong sama ada dari segi infrastruktur, tenaga pengajar, kursus yang ditawarkan dan semua data-data akademik yang berkaitan dengan program. Semuga dengan segala keistimewaan dan maklumat yang terkandung dalam profil ini nanti akan menjadi daya penarik kepada masyarakat amnya dan pelajar khususnya.

Selain dari meningkatkan martabat tingkatan enam, tenaga pengajar juga menghadapi cabaran untuk menyakinkan masyarakat terutama para pelajar bahawa saluran terbaik untuk melangkahkan kaki ke universiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa tingkatan enam merupakan pilihan terakhir pelajar haruslah dihapuskan. Masyarakat harus disedar dan dibuktikan bahawa pelajar yang melangkah ke tingkatan enam juga mendapat kemudahan dan pengiktirafan setaraf dengan kolej-kolej yang ada di Malaysia. Selain itu, melalui tingkatan enam juga akan dapat melahirkan individu yang berkeyakinan tinggi, intelektual serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas pertama dalam memacu pembangunan Negara.

Atas kesedaran dan tekad membawa perubahan, barisan tenaga penggerak Program Persediaan Universiti Smk. Seri Tanjong telah melangkah kehadapan dan mengambil pendekatan proaktif bagi merubah sistem operasi pengajaran dan pembelajaran dalam tingkatan enam. Bersesuaian dengan perubahan ini nama tingkatan enam juga haruslah dinaikkan taraf kepada Program Persediaan Universiti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan penggerak, barisan pentadbir dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta semua pihak yang terlibat di atas usaha dan sokongan padu dalam menentukan kejayaan melahirkan sebuah Program Persediaan Universiti. Diharapkan segala usaha dan kepayahan yang dilalui dalam memperkasakan tingkatan enam mendapat restu dan rahmat dari Allah.

“ SMK Seri Tanjong Sekolah Cemerlang Menjelang 2010 ” Sekian, terima kasih.

Kata-kata Aluan

Page 4: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Tanjong, Melaka

Pn. Rosni bt. Leman

Profil PPU 2

Bismillahhirrahmannirrahim, Assallammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayah-Nya, dapat kita merealisasikan satu lagi impian untuk melengkapkan kemudahan pembelajaran di peringkat tinggi. Terima kasih diucapkan kepada barisan tenaga pengajar Program Persediaan Universiti (PPU) kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan sepatah dua kata dalam profil Program Persediaan Universiti SMK Seri Tanjong ini. Penerbitan Profil PPU ini secara tidak langsung membuktikan tahap kesungguhan dan penumpuan khusus yang diberikan oleh tenaga pengajar Program Persediaan Universiti SMK Seri Tanjong. Ini merupakan semangat yang perlu ada dalam kalangan guru-guru dan melalui semangat kerja berpasukan yang jitu kita akan dapat menghadapi segala rintangan dalam merealisasikan impian supaya menjadi kenyataan. Saya amat berbangga kerana guru-guru dan pelajar-pelajar PPU telah berusaha dengan gigih untuk mencapai satu tahap pembelajaran yang setaraf dengan sebuah kolej. Profil yang diterbitkan ini, dapat memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat dan pelajar segala imput dan kemudahan yang ditawarkan di sini. Masyarakat dan pelajar boleh menilai tahap pembelajaran, tenaga pengajar, kemudahan infrastruktur dan operasi pembelajaran apabila membaca profil PPU ini dan seterusnya boleh membuat satu keputusan yang tepat bagi meneruskan pengajian dalam tingkatan enam. Saya berharap agar semua pihak dapat menjadikan profil ini sebagai satu panduan dan terjemahan kepada program yang ditawarkan dan sekali gus dapat meningkatkan kembali martabat tingkatan enam dalam kalangan pelajar. Akhir kata, saya berharap agar Program Pesediaan Universiti SMK Seri Tanjong akan menjadi contoh dan berjaya seperti yang di hasratkan oleh tuan Pengetua.

“ SMK Seri Tanjong Sekolah Cemerlang Menjelang 2010 ” Sekian, terima kasih.

Kata-kata Aluan

Page 5: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Pengetua SMK Seri Tanjong, Melaka

Pn. Shaleha bt. Abdol

Profil PPU 3

Bismillahhirrahmannirrahim, Assallammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t, dengan keizinan dan rahmat-Nya dapat saya rakamkan catatan kenangan buat tatapan dan panduan dalam profil Program Persediaan Universiti SMK Seri Tanjong. Idea menjenamakan semula tingkatan enam lahir dari kesedaran bahawa tingkatan enam perlu diperkasakan dan mendapat kembali tempatnya di hati para pelajar selepas ia malap begitu lama. Ini dikuatkan lagi apabila ada usaha dari Kementerian Pelajaran Malaysia menstrukturkan semula perjawatan guru-guru tingkatan enam kepada tahap yang lebih tinggi. Penstrukturan perjawatan yang dibuat perlulah diisi dengan penambahbaikan operasinya. Melalui peperiksaan STPM, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Ia merupakan saluran utama yang membekalkan pelajar ke universiti selain daripada program matrikulasi. Berlandaskan situasi ini, tingkatan enam juga perlu dinaik taraf seperti matrikuluasi sama ada dalam sistem pengurusannya ataupun dalam menjalankan operasinya. Pembelajaran yang dijalankan hendaklah menggunakan kaedah yang berbeza, kemudahan yang disediakan juga hendaklah mencapai tahap sebuah kolej dan tenaga pengajarnya juga mestilah mempunyai kepakaran dan ilmu yang tinggi dan mampu menulis bahan-bahan ilmiah yang baik. Saya yakin dengan kualiti pendidikan, tenaga pendidik, sokongan PIBG, dan bantuan ibu bapa penjaga yang kita ada serta koleksi kejayaan yang telah berjaya dilakarkan, Program Persediaan Universiti SMK Seri Tanjong akan menjadi realiti dan seterusnya menjadi role model kepada institusi pendidikan yang lain. Justeru adalah menjadi harapan agar semua warga kerabat SERI akan terus bekerjasama dalam mencipta impian supaya menjadi kenyataan. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tenaga-tenaga penggerak Program Persediaan Universiti SMK Seri Tanjong. Semoga Allah memberkati dan meredhai segala usaha yang kita jalankan. Insya Allah.

“ SMK Seri Tanjong Sekolah Cemerlang Menjelang 2010 ” Sekian, terima kasih.

Kata-kata Aluan

Page 6: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Jentera Penggerak PPU :

Profil PPU 4

Pengetua : Pn. Shaleha bt. Abdol

GPK 1 : Pn. Rosni bt. Leman

Pemangku GPK PPU : En. Borhan b. Md. Nor

Pemangku GPK Koku : En. Khalid b. Bujang

Jabatan Bahasa :

Pn. Rosni bt. Adom

Pn. Zunita bt. Zulkifli Stork

En. Jumali b. Rasikun

Pn. Raisah bt. Brahim

Pn. Syarimah bt. Samsudin

Pn. Marina bt. Hashim

Pn. Rajesvary Seeny

Pn. Norshin Yeo Abdullah

Unit Pengajian Am :

Unit Bahasa Melayu Dan Sastera Melayu :

Unit MUET :

Jabatan Teknik :

Tn. Hj. Suhaimi b. Ismail

Pn. Amilia bt. Shafie

Pn. Norazlinda bt. Omar

Pn. Norihan bt. Bakar

Unit Pengajian Perniagaan :

Unit Ekonomi :

Jabatan Kemanusiaan :

Tn. Hj. Harun b. Hashim

En. Jumali b. Rasikun

Unit Sejarah :

En. Hishamudin b. Harun

Unit Sains Sukan :

Pn. Normah bt. Zainal

En. Chan Thian Chwee

Unit Geografi :

Pn. Rossnita bt. Sardi

Page 7: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Pelan Operasi PPU :

Profil PPU 5

Pendahuluan :

1. Mewujudkan satu sistem pentadbiran tersendiri yamg bersesuaian dengannya atau

setaraf dengan sistem pentadbiran di kolej.

2. Menjadi sekolah perintis ekoran perancangan Penstrukturan Semula Tingkatan Enam

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Meningkatkan minat dan keyakinan dalam kalangan ibu bapa dan pelajar mengikuti

program Pra-Universiti.

4. Mengubah paradigma untuk pentadbir guru dan pelajar.

5. Membantu visi SMKST Menjadi Sekolah Cemerlang Menjelang 2010 dan Melaka

Maju Tahun 2010.

Penjenamaan Baru :

Tingkatan 6 akan dikenali sebagai Program Persediaan Universiti ( PPU ).

Skop Pelan Operasi :

KURIKULUM :

1. Proses Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) :

• Penggunaan sistem kuliah dan tutorial untuk semua subjek.

• Kuliah akan diadakan di Dewan Kuliah Utama ( DKU ) manakala tutorial di bilik

tutorial.

• Pengajaran dan pengajaran dijalankan dalam bentuk syarahan dan pembentangan

kertas kerja.

• Pelajar diwajibkan dan bebas mengakses maklumat/membuat ulangkaji sewaktu

tiada kuliah di bilik-bilik khas.

• Peruntukan waktu kuliah dan tutorial ialah dua waktu ( 1 jam 10 minit ).

2. Jadual Waktu :

• Jadual waktu guru yang mengajar subjek sama diselaraskan supaya kuliah dapat

subjek tersebut dapat dijalankan secara tersusun.

• Waktu rehat yang berbeza dengan pelajar lain.

• Mewujudkan jadual anjal.

Page 8: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Pelan Operasi PPU :

Profil PPU 6

3. Pengukuhan :

• Mengadakan sesi Eksplorasi ( selepas waktu persekolahan dan merit akan

diambilkira )

• Sesi Eksplorasi mengikut jadual ( 1.30 pm - 3.30 pm ). Guru yang terlibat tertakluk

kepada jadual.

• Adakan lebih banyak kelas tambahan /tuisyen yang diajar oleh guru lain/luar

supaya pelajar merasa kelainan dalam proses mencari ilmu

• Mengadakan bengkel teknik menjawab soalan yang dikendalikan oleh guru-guru

pakar dari sekolah-sekolah lain.

4. Sistem Peperiksaan :

• Berdasarkan sistem di IPTA (sistem semester) supaya pelajar dapat merasai

suasana peperiksaan di universiti

• Ujian bulanan digantikan kepada Peperiksaan Pra Semester manakala Peperiksaan

Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun digantikan kepada Peperiksaan Akhir

Semester 1 dan 2.

• Penilaian juga pada kertas projek (30%) dan ujian bertulis (70%).

• Peperiksaan selaras daripada JPN berjalan seperti biasa.

5. Dokumentasi Peperiksaan :

• Mewujudkan satu sistem dokumentasi yang lengkap dan kemas serta mudah

diselenggara oleh guru-guru PPU.

• Prestasi pelajar perlu disampaikan kepada ibu bapa/penjaga.

6. Persediaan Peperiksaan :

• Setiap guru perlu menyediakan set soalan / jurnal peperiksaan STPM dan modul

untuk latihan intensif.

• Menetapkan tarikh tamat sukatan supaya set-set soalan/jurnal peperiksaan STPM

boleh digunakan secara sistematik.

• Mewujudkan study leave tetapi pelajar wajib hadir ke sekolah dan manfaatkan masa

di sekolah.

Page 9: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Pelan Operasi PPU :

Profil PPU 7

KOKURIKULUM :

1. Merit untuk ke IPTA :

• Memastikan pelajar menjawat jawatan tertinggi bagi setiap gerakerja kokurikulum.

2. Penglibatan pelajar :

• Mendapatkan data/bancian bagi memastikan setiap pelajar menjawat jawatan

tertinggi.

• Terlibat secara langsung dalam pengurusan Sukan Sekolah (Ujian Tara, Saringan

dan Raptai Sukan).

• Menggalakan penyertaan sebarang aktiviti kokurikulum anjuran JPM dan NGO

tetapi yang lebih bersifat ko akademik.

• Majlis Perwakilan PPU.

3. Dokumentasi :

Buku Kokurikulum :

• Menggunakan kaedah Penilaian Kokurikulum seperti biasa.

Sijil :

• Sijil penyertaan/penghargaan diberikan kerana penting untuk mereka jadikan tiket

menyambung pelajaran kelak. Sijil hanya diberi kepada mereka yang benar-benar

layak sahaja.

• Gerbang IPT/ Hari Graduasi.

4. Aktiviti Luar :

• Mengadakan Lawatan Sambil Belajar / Program Berkembar ke IPTA.

• Mewujudkan Alumni PPU SMK Seri Tanjong, Melaka.

Page 10: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Pelan Operasi PPU :

Profil PPU 8

HAL EHWAL PELAJAR (HEP) :

1. Penampilan Pelajar :

• Pakaian yang berbeza dengan pelajar lain contohnya warna kain/seluar ( berwarna

hitam ) dan tali leher yang berbeza untuk menunjukkan mereka pelajar pra-U.

2. Kepimpinan Pelajar :

• Kepimpinan pelajar mesti terdiri daripada pelajar tingkatan 6 terutamanya dalam organisasi/AJK Tertinggi begitu juga dengan persatuan/kelab dan badan kokurikulum yang lain agar mereka dapat pengalaman menjadi pemimpin.

3. Disiplin Pelajar :

• Menguatkuasakan sistem merit dan dimerit.

4. Peranan Kaunselor :

• Keperluan kaunselor khas yang dapat menguruskan hal kaunseling dan program yang lebih efektif seperti kerjaya, biasiswa, kursus motivasi dan sebagainya

Page 11: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Pelan Operasi PPU :

Profil PPU 9

INFRASTRUKTUR / PRASARANA :

1. Dewan Kuliah :

• Harus ada sebuah dewan kuliah yang boleh menampung jumlah pelajar yang ramai

contoh 3 kelas sekaligus untuk pelajar ini supaya mudah bagi proses P&P

dijalankan dan lengkap dengan semua peralatan untuk P&P seperti LCD,

komputer, penghawa dingin, video, radio, televisyen dan lain-lain.

• Mewujudkan satu perpustakaan mini untuk sudut jurnal di bangunan utama PPU.

2. Bilik Tutorial :

• Kelas dianggap sebagai sesi tutorial di mana guru boleh menjalankannya tanpa

waktu tertentu samada pagi, tengahari, petang atau malam. Kelas juga mesti

dilengkap dengan peralatan BBM untuk kemudahan P&P dijalankan.

3. Bangunan :

• Keadaan yang ada sekarang sudah cukup strategik, iaitu dengan mengasingkan

mereka daripada pelajar-pelajar lain cuma dari segi keceriaan dan ketrampilan

bangunan itu belum menampakkan ciri-ciri pelajar pra-U.

• Mesti ada ruang dan sudut-sudut info yang lebih akademik untuk mereka tatap

pada waktu senggang.

PERSONALIA :

1. Penampilan Guru PPU :

• Penampilan guru adalah seperti seorang pensyarah, adalah lebih baik guru memakai ‘blazer’ sewaktu mengajar dalam bilik tutorial atau dewan kuliah untuk menampakkan kekemasan seorang guru pra-U.

Page 12: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Nama : PN. ROSNI BT. ADOM Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), 1988, UM Sarjana Pendidikan (IT), 2000, UKM Pengalaman Mengajar : 19 tahun Subjek PPU : Pengajian Am

Nama : JUMALI B. RASIKUN Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), 1997 Institusi : UM Pengalaman Mengajar : 10 tahun Subjek PPU : Pengajian Am dan Sejarah

Nama : PN. ZUNITA BT. ZULKIFLI STORK Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Linguistik (Kepujian), 1993 Institusi : UKM Pengalaman Mengajar : 15 tahun Subjek PPU : Pengajian Am

Profil PPU 10

Nama : EN. BORHAN B. MD. NOR Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan PBMP (Kepujian), 2000 Institusi : UPM Pengalaman Mengajar : 21 tahun Subjek PPU : Bahasa Melayu

Nama : EN. KHALID B. BUJANG Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), 1993 Institusi : UKM Pengalaman Mengajar : 12 tahun Subjek PPU: Bahasa Melayu

Tenaga Akademik PPU :

Page 13: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Nama : PN. SYARIMAH BT. SAMSUDIN Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan PBMP (Kepujian), 2002 Institusi : UPM Pengalaman Mengajar : 6 tahun Subjek PPU : Bahasa Melayu

Nama : PN. RAISAH BT. BRAHIM Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan PBMP, (Kepujian), 1995 Institusi : UPM Pengalaman Mengajar : 14 tahun Subjek PPU : Kesusasteraan Melayu

Nama : PN. MARINA BT. HASHIM Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL, (Kepujian), 1999 Institusi : UPM Pengalaman Mengajar : 19 tahun Subjek PPU : MUET

Nama : PN. S. RAJESVARY a/p P. SEENY Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sains, (Kepujian), 1976 Institusi : University Of London Pengalaman Mengajar : 29 tahun Subjek PPU : MUET

Nama : PN. NORSHIN YEO ABDULLAH Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL, (Kepujian), 2002 Institusi : UPM Pengalaman Mengajar : 22 tahun Subjek PPU : MUET

Profil PPU 11

Tenaga Akademik PPU :

Page 14: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Profil PPU 12

Nama : TN. HJ. HARUN BT. HASHIM Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), 1991 Institusi : USM Pengalaman Mengajar : 26 tahun Subjek PPU : Sejarah

Nama : PN. NORMAH BT. ZAINAL Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), 1987, USM Sarjana Pendidikan Komputer 2002 UKM Pengalaman Mengajar : 21 tahun Subjek PPU : Geografi

Nama : EN. CHAN THIAN CHWEE Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sastera, (Kepujian), 1992 Institusi : USM Pengalaman Mengajar : 28 tahun Subjek PPU : Geografi

Nama : PN. ROSSNITA BT. SARDI Kelulusan Akademik : Ijazah Muda Sosiologi Dan Antropologi (Kepujian), 1995 Institusi : UM Pengalaman Mengajar : 12 tahun Subjek PPU : Geografi Dan Bahasa Melayu

Nama : EN. HISHAMUDDIN B. HARUN Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, (Kepujian), 2004 Institusi : UPSI Pengalaman Mengajar : 15 tahun Subjek PPU : Sains Sukan

Tenaga Akademik PPU :

Page 15: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Profil PPU 13

Nama : PN. AMILIA BT. SHAFIE Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian), 1995 Institusi : UUM Pengalaman Mengajar : 14 tahun Subjek PPU : Pengajian Perniagaan

Nama : PN. NORAZLINDA BT. OMAR Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian), 2002 Institusi : USM Pengalaman Mengajar : 6 tahun Subjek PPU : Ekonomi

Nama : PN. NORIHAN BT. BAKAR Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian ), 1993 Institusi : UIAM Pengalaman Mengajar : 14 tahun Subjek PPU : Ekonomi

Nama : TN. HJ. SUHAIMI B. ISMAIL Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Tani (Kepujian), 1989 UPM Sarjana Pendidikan Keusahawanan 2002, UKM Pengalaman Mengajar : 14 tahun Subjek PPU : Pengajian Perniagaan

Tenaga Akademik PPU :

Page 16: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Profil PPU 14

Bilik Pentadbiran GPK PPU terletak di tingkat 1, Bangunan Blok O bersebelahan dengan Bilik Tutorial 4. Bilik ini digunakan oleh GPK PPU untuk merancang, mengendali dan mengurus segala aktiviti pelajar.

Bilik Pentadbiran GPK PPU :

Bilik tutorial digunakan untuk guru dan pelajar berbincang secara dua hala persoalan-persoalan yang dikemukan dalam sesi kuliah. Cara ini sesuai dengan penstrukturan semula T6 dan cara belajar berasaskan kuliah dan tutorial.

Bilik Tutorial :

Dewan Kuliah Utama ( DKU ) teletak di tingkat 1, Bangunan Blok O ( PPU ). Dewan ini digunakan untuk Kuliah pelajar PPU dan boleh memuatkan seramai lebih kurang 80 orang pelajar. Selain itu, dewan ini juga digunakan untuk seminar, kursus, taklimat, forum, mesyuarat dan peperiksaan.

Dewan Kuliah Utama ( DKU ) :

Prasarana PPU :

Page 17: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Pakej Mata Pelajaran PPU :

Profil PPU 15

1. Pakej PPU Ekonomi ( PPUE ) :

Subjek Wajib :

1. Pengajian Am 2. Ekonomi 3. Bahasa Melayu 4. MUET

Subjek Pilihan :

1. Sejarah 2. Geografi 3. Sains Sukan

Syarat Pakej :

Kepujian dalam mata pelajaran : • Bahasa Melayu

• Matematik

• Matematik Tambahan

• Prinsip Akaun

• Ekonomi Asas

• Sejarah

• Geografi

• Sains Sukan

• Sains Lulus :

• Bahasa Inggeris.

2. Pakej PPU Perniagaan ( PPUP ) :

Subjek Wajib :

1. Pengajian Am 2. Pengajian Perniagaan 3. Bahasa Melayu 4. MUET

Subjek Pilihan :

1. Sejarah 2. Geografi 3. Sains Sukan

Syarat Pakej :

Kepujian dalam mata pelajaran : • Bahasa Melayu

• Matematik

• Matematik Tambahan

• Perdagangan

• Ekonomi Asas

• Sejarah

• Geografi

• Sains Sukan

• Sains Lulus :

• Bahasa Inggeris.

3. Pakej PPU Sastera ( PPUS ) :

Subjek Wajib :

1. Pengajian Am 2. Ekonomi 3. Bahasa Melayu 4. MUET

Subjek Pilihan :

1. Sejarah 2. Geografi 3. Sains Sukan

Syarat Pakej :

Kepujian dalam mata pelajaran : • Bahasa Melayu

• Kesusasteraan Melayu

• Matematik

• Sejarah

• Geografi

• Sains Sukan

• Sains Lulus :

• Bahasa Inggeris.

Page 18: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Program Kecemerlangan PPU :

Program Ke Gerbang IPT :

Program Eksplorasi Berkumpulan Dan Individu :

Profil PPU 16

Program ini adalah program sepanjang tahun. Penganugerahan galakan pelajar akan diadakan setiap selepas ujian atau peperiksaan. Penerima anugerah akan menerima sijil mengikut jenis galakan yang diterima. Majlis penganugerahan akan disempurnakan oleh tetamu VIP dan pelajar yang dirai bersama ibubapa akan minum bersama VIP yang dijemput.

Galakan Perdana : ( Untuk Pelajar PPU )

Dianugerahkan kepada pelajar PPU Semester 2 dan 3 yang akan menduduki peperiksaan STPM.

a. Anugerah Perdana : Kelayakan : Mencapai kelayakan masuk ke Universiti ( NGMP minima 2.5 point dan Prinsipal Pengajian Am)

b. Sijil Perdana : Kelayakan : Mencapai Syarat Sijil Penuh Lulus Pengajian Am dan salah satu dari berikut : i. Prinsipal E + E + E ii. Prinsipal A + E / B + D / C + C

Program ini adalah program sepanjang tahun. Pelajar PPU diwajibkan

untuk mengadakan Sesi Ekplorasi Berkumpulan dan Individu bermula jam

1.30 petang hingga 3.30 petang setiap hari kecuali Jumaat. Sesi Eksplorasi

berkumpulan adalah mengikut jadual dan guru yang terlibat tertakluk

kepada jadual.

Antara aktiviti program ialah :

1. Ekplorasi mengikut subjek tertentu. ( Internet dan PSS )

2. Menyiapkan tugasan untuk pembentangan kertas kerja.

3. Latih tubi mengikut subjek tertentu. ( Kemahiran Teknik menjawab )

4. Menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

Page 19: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Program Kecemerlangan PPU :

Kelas Tuisyen PPU :

Program Motivasi Kecemerlangan PPU :

Profil PPU 17

Program ini adalah program sepanjang tahun. Dikendalikan oleh

kaunselor sekolah. Tujuan program adalah untuk meningkatkan keyakinan

dan jati diri sebagai pelajar PPU. Disamping itu ia juga bertujuan untuk

meningkatkan keupayaan pelajar PPU supaya mereka sentiasa bersedia

menghadapi cabaran sebagai pelajar PPU dan cemerlang dalam peperiksaan

STPM.

Antara program yang diatur ialah :

1. Hala Tuju Pelajar PPU.

2. Dialog pelajar PPU dengan pentadbir sekolah.

3. Kem Motivasi dan Kecemerlangan PPU.

4. Kaunseling dan khidmat bantu.

Program ini dijalankan dari bulan Mac hingga September. Dikendalikan

oleh guru berpengalaman. Mereka yang terlibat ialah guru yang pakar

dalam bidang masing-masing, guru penanda kertas dan ketua kumpulan

penanda kertas peperiksaan STPM. Kos untuk kelas tuisyen ini

sebahagiannya ditanggung oleh pelajar ( 40% ). Kelas akan diadakan

sebanyak 4 kali untuk setiap subjek.

Subjek-subjek tersebut ialah :

1. Pengajian Am. ( Kertas 1 dan 2 )

2. Bahasa Melayu. ( Kertas 1 dan 2 )

3. Sejarah. ( Kertas 1 dan 2 )

4. Ekonomi. ( Kertas 1 dan 2 )

5. Pengajian Perniagaan. ( Kertas 1 dan 2 )

6. Geografi. ( Kertas 1 dan 2 )

7. Kesusasteraan Melayu. ( Kertas 1 dan 2 )

8. MUET.

9. Sains Sukan. ( Kertas 1 dan 2 )

Page 20: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Profil PPU 18

Mata Pelajaran Calon A A- B+ B B- C+ C Lulus Penuh

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

Pengajian Am 65 2 3.08 2 3.08 4 6.15 7 10.77 11 16.92 15 23.08 16 24.62 57 87.69

Bahasa Melayu 63 4 6.35 5 7.94 7 11.11 9 14.29 12 19.05 9 14.29 10 15.87 56 88.89

Sastera Melayu 16 2 12.5 0 0.00 0 0.00 4 25.00 0 0.00 3 18.75 1 6.25 10 88.24

Sejarah 30 5 16.67 3 10.00 3 10.00 4 13.33 5 16.67 2 6.67 2 6.67 24 80.00

Geografi 20 0 0.00 0 0.00 0 0.00 4 20.00 4 20.00 5 25.00

2 10.00 15 75.00

Ekonomi 24 0 0.00 0 0.00 0 0.00 2 8.33 1 4.17 6 25.00

2 8.33 11 45.83

P. Perniagaan 25 0 0.00 1 4.00 0 0.00 3 12.00 6 24.00 2 8.00 5 20.00 17 68.00

Sains Sukan 15 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 2 13.33 1 6.67 5 33.33 8 53.33

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2007 PPU SMK SERI TANJONG, MELAKA

Sumber : Unit Peperiksaan Dan Penilaian

SMK Seri Tanjong, Melaka

Pencap

aian PPU ( ST

PM 20

07 ) :

Page 21: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Profil PPU 19

SMK Seri Tanjong, Melaka : Bilangan Kemasukan Pelajar PPU ke IPTA

Antara Tahun 2005, 2006 dan 2007 (anggaran)

0

5

10

15

20

25

30

35

Tahun 2005-2007

2005

2006

2007

Nota :

• Bilangan Kemasukan Pelajar PPU SMK Seri Tanjong, Melaka ke IPTA menunjukkan pola meningkat berterusan. Data menunjukkan daripada 17 orang pada tahun 2005 meningkat kepada 22 orang pada tahun 2006 iaitu penambahan sebanyak 5 orang atau peningkatan sebanyak 29.4%. Bilangan ini meningkat lagi pada tahun 2007 (anggaran) kepada 30 orang atau peningkatan sebanyak 36.4 % daripada tahun 2006.

• PPU SMK Seri Tanjong, Melaka, pada landasan yang betul dalam melahirkan modal insan kelas pertama untuk pelajar kategori sekolah menengah luar bandar.

Kemasukan Ke IPTA :

Page 22: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Profil PPU 20

• Penstrukturan Semula Tingkatan Enam oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan perjawatan dalam penstrukturan tersebut menjadi kenyataan.

Pihak pengurusan Program Persediaan Universiti (PPU) SMK Seri Tanjong, Melaka mengharapkan :

• Pelan Operasi Tingkatan Enam dapat diubahsuai bersesuaian dengan keadaan sebenar di Intitusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ).

• Kemudahan infrastruktur perlu ditambah baik untuk keselesaan pelajar pra-universiti meluaskan daya keintelektualan mereka ( kemudahan ICT dan bahan rujukan sokongan ).

• Sokongan daripada masyarakat awam khususnya ibu bapa dan penjaga dengan menjadikan Program Persediaan Universiti menjadi saluran utama anak-anak mereka ke universiti.

Antara cabaran Program Persediaan Universiti :

• Penerimaan daripada masyarakat awam khususnya ibu bapa dan penjaga terhadap Program Persediaan Universiti sebagai saluran utama anak-anak mereka ke universiti.

• Minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terhadap Program Persediaan Universiti.

• Infrastruktur atau prasarana ke arah persediaan pelajar ke universiti di sekolah-sekolah belum cukup dan perlu ada usaha menambah baik bagi menjamin kesinambungan keintelektualan di negara kita.

• Sehingga kini, tiada pelan operasi, matlamat dan hala tuju yang jelas tentang Penstrukturan Semula Tingkatan Enam oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Harapan Dan Cabaran :

Page 23: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Profil PPU 21

• Tn. Hj. Mohamad b. Adam Mantan Pengetua SMK Seri Tanjong, Melaka

( Pencetus idea Pengoperasian Baru Tingkatan 6 di SMK Seri Tanjong, Melaka yang sekarang dikenali sebagai Program Persediaan Universiti atau PPU )

• En. Ghazali b. Ahmad Penyelaras Tingkatan 6 Jabatan Pelajaran Melaka

Pihak pengurusan Program Persediaan Universiti (PPU) SMK Seri Tanjong, Melaka mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada :

• Pihak Pentadbir SMK Seri Tanjong, Melaka

( Memberi kemudahan dan nasihat serta tunjuk ajar dalam pengoperasian baru PPU )

• Pn. Hjh. Rosni bt. Adom Penyelaras Bilik-bilik Khas Pusat Sumber SMK Seri Tanjong, Melaka

( Menyumbang idea yang bernas dalam penubuhan Dewan Kuliah Utama ( DKU ) untuk kegunaan pelajar PPU )

• Semua guru PPU

( Pelaksana pengoperasian baru PPU )

• Semua guru SMK Seri Tanjong, Melaka

( Memberi pandangan dan buah fikiran untuk menjayakan Program PPU )

“ Terima Kasih Semua ”

• En. Rahman b. Mat YDP PIBG SMK Seri Tanjong, Melaka

( Memberi sumbangan kemudahan ICT dan LAN ( Gentian Fiber Optik ) untuk capaian internet di Blok PPU )

Penghargaan :

Page 24: cÜÉy|Ä · PDF fileuniversiti ialah melalui tingkatan enam. Pandangan dan tanggapan bahawa ... serta berbudaya keusahawanan dan seterusnya menjadi warga kelas ... Semester 1 dan

Program Persediaan Universiti (PPU) SMK Seri Tanjong, Melaka

2008

Designed by : JR Design