d - TAJUK 1 Edited

18
Prinsip Perakaunan KBSM Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 1 TAJUK 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN (e) Pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan. Dari segi undang-undang perniagaan, pemilik merupakan pihak yang bertanggung-jawab memastikan penyata disediakan. Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam penyediaan Penyata Kewangan. Tugas-tugas yang dipertanggungjawab kepada pihak-pihak di bawah adalah tertakluk kepada saiz sesuatu perniagaan. i) Akauntan Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain; Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain. ii) Pengurus Kewangan Mengurus pelaporan kewangan supaya berjalan lancar. Menyediakan akaun bulanan dan penyediaan laporan kepada pihak atasan. Menyediakan akaun tahunan. iii) Pengurus Akaun Menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa dengan bimbingan akauntan. Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain. Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: menyatakan pihak yang bertanggungjawab atas penyediaan Penyata Kewangan 1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan

Transcript of d - TAJUK 1 Edited

Page 1: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 1

TAJUK 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

(e) Pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan. Dari segi undang-undang perniagaan, pemilik merupakan pihak yang

bertanggung-jawab memastikan penyata disediakan. Terdapat beberapa

pihak yang terlibat dalam penyediaan Penyata Kewangan.

Tugas-tugas yang dipertanggungjawab kepada pihak-pihak di bawah adalah

tertakluk kepada saiz sesuatu perniagaan.

i) Akauntan

• Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem

belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

• Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk

dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan

berkanun dan badan-badan lain.

ii) Pengurus Kewangan

• Mengurus pelaporan kewangan supaya berjalan lancar.

• Menyediakan akaun bulanan dan penyediaan laporan kepada pihak

atasan.

• Menyediakan akaun tahunan.

iii) Pengurus Akaun

• Menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan

sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa

dengan bimbingan akauntan.

• Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan

pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain.

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• menyatakan pihak yang bertanggungjawab atas

penyediaan Penyata Kewangan

1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan

Page 2: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 2

• Menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu.

• Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej

perisian komputer yang standard.

Page 3: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 3

(c) Perkembangan Sistem Perakaunan

(i) Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional

Falsafah Perakaunan Islam Sistem kewangan berasaskan Syariah Islam telah berkembang dan menjadi

bahagian yang penting dalam sistem kewangan antarabangsa. Namun, ianya masih

dalam proses perkembangan dan memerlukan usaha supaya dapat berdaya saing

dalam persekitaran kewangan global. Dalam banyak aspek, kewangan Islam masa

kini masih lagi bergantung kepada standard pengawalseliaan dan perakaunan

konvensional.

Sumber perakaunan Islam adalah berlandaskan Al Quran dan Sunnah.

Semua aspek perakaunan melibatkan kaedah dan aktiviti yang dibenarkan oleh

syarak. Contohnya, larangan melibatkan riba dalam amalan perakaunan Islam.

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Menerangkan perkembangan sistem dan falsafah perakaunan

berasaskan kebertanggungjawaban (accountability), amanah dan

integriti.

• Membezakan falsafah perakaunan Islam dan konvensional

berasaskan konsep pendedahan dan konsep penemuan

(disclosure vs discovery).

• Menerangkan falsafah kos sejarah dan pelaporan nilai saksama

(historical and fair value reporting) dalam sistem perakaunan.

• Menerangkan perkembangan proses perakaunan secara

berkomputer.

• Menjelaskan maksud profesional.

• Mengenal pasti ciri-ciri akauntan sebagai pemimpin.

• Menyenaraikan tanggungjawab akauntan sebagai pemimpin.

• Mengenal pasti kewujudan kod etika profesion perakaunan.

M l i k l k d ik f i k

1.2 Sejarah Perakaunan

Page 4: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 4

Dalam sistem perakaunan Islam, peraturan perakaunan memberi penekanan kepada

aspek akhlak dan etika berpandukan konsep hisbah. Oleh itu, seseorang akauntan

atau Muhtasib perlu memiliki sifat-sifat amanah, benar, bertanggungjawab, adil dan

berakhlak mulia dalam menjalankan tugas-tugasnya sesuai sebagai pemegang

amanah. Perakaunan Islam juga mengambil kira faktor halal haram, kesan moral

dan sosial.

Info:

Sejarah Perkembangan Perakaunan Islam Sejarah perakaunan Islam melalui 3 peringkat iaitu:

1. Zaman Keagungan / Zaman Awal

(a) Zaman Rasulullah

Urusan keluar masuk wang direkodkan.

Melaksanakan kewajipan membayar zakat.

Nilai mata wang mengikut harga semasa.

(b) Zaman Umar Al Khatab

Kementerian khusus ditubuhkan untuk menguruskan hal-hal perakaunan.

Prinsip keseimbangan atau catatan bergu dipraktikkan dengan meluas dalam

pengurusan Baitulmal dengan menggunakan istilah Al-Hisab.

Penggunaan wang dinar dan dirham bertujuan mengelakkan daripada amalan

riba dan penindasan.

Peringkat awal mereka menggunakan dinar emas dan dirham perak.

(c) Zaman Umaiyyah dan Abasiah

Islam berada di puncak ketamadunan

Islam menjadi pusat rujukan ilmu pengetahuan, perluasan kuasa, kaedah

percukaian, perdagangan antarabangsa, pengurusan. Baitulmal yang menjadi

faktor kepada perkembangan perakaunan.

2. Zaman Kemerosotan

(a) Pertengahan abad ke-5 Hijrah, perpecahan empayar dan umat Islam.

Ulamak dan pemimpin berebut kuasa untuk memerintah dan saling menjatuhkan

antara satu sama lain.

Masing-masing hanya mementingkan harta sedangkan ajaran Islam sudah tidak

diambil perhatian, menyebabkan terputusnya prinsip-prinsip Islam termasuklah

perakaunan dan perekonomian.

(b) Lewat abad 18 -19M, pengaruh barat terhadap dunia Islam

Empayar Osmaniah di bawah pemerintahan Kamal Atartuk dipengaruhi Barat.

Barat melakukan perluasan kuasa khususnya ke negara-negara Islam

Barat mahu mengaut keuntungan ekonomi di negara yang dijajah.

Page 5: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 5

Falsafah Perakaunan Konvensional Konsep perakaunan konvensional menekankan ciri-ciri tertentu kepada amalan

perakaunan iaitu mengambil kira perkara yang hanya boleh diukur dengan nilai

kewangan. Sehubungan itu, dalam membuat keputusan perniagaan, pengurus

biasanya akan membuat keputusan perniagaan berdasarkan keuntungan semata-

mata. Prestasi syarikat lazimnya dikaitkan dengan keuntungan yang dicapai tanpa

menekan kepada cara dan punca keuntungan. Lebih tinggi keuntungan akan

menggambarkan prestasi kerja pengurus yang lebih baik.

Maka adalah tidak mustahil bagi seseorang pengurus untuk membuat

tindakan perniagaan tanpa mengambil kira kesannya terhadap masyarakat dan alam

sekitar. Kes pembukaan pusat hiburan tanpa kawalan, pembalakan di lereng bukit,

mengaut keuntungan yang berlipat ganda melalui penipuan terhadap pengguna

adalah hasil daripada nilai dan pandangan manusia terhadap faktor keuntungan itu.

Konsep Pendedahan vs Konsep Penemuan (Disclosure vs Discovery)

Bagi tatacara pelaporan maklumat perakaunan, konsep pendedahan menyatakan

bahawa semua maklumat penting perlu didedahkan iaitu tidak ditinggal atau

disembunyikan. Ianya berkait dengan kerelevanan dan kematerialan.

Di samping itu, ia memerlukan kejujuran dalam pembentangan laporan

perakaunan. Kesemua nilai yang dilaporkan dalam penyata kewangan sepatutnya

merupakan nilai yang sememangnya sepatutnya dilaporkan. Pendedahan maklumat

tambahan yang tidak dapat didedahkan pada permukaan penyata tetapi relevan

(c) Kejatuhan Islam di tangan Barat

Zaman kebangkitan Eropah menyebabkan Islam jatuh.

Musnahnya Pusat Sumber Baitul Hikmah di Sepanyol

Harun Al-Rasyid menggalakkan kedatangan orang luar ke Baghdad.

Barat menguasai keseluruhan umat Islam dan akhirnya segala ilmu Islam telah

berpindah kepada Barat atau dimusnahkan.

3. Zaman Kebangkitan Semula

(a) Abad 20

Kebangkitan semula Islam

Pengkajian perakaunan diperhebatkan apabila masyarakat sedar akan masalah

riba yang membelenggu.

Seminar dan persidangan mula diadakan untuk memberi pendedahan tentang

pelbagai ajaran Islam khususnya dalam ekonomi.

Page 6: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 6

kepada nilai perniagaan secara keseluruhan biasanya dibuat dalam nota kepada

Penyata Kewangan (notes to the account). Antara perkara yang didedahkan dalam

nota kepada Penyata Kewangan ialah kaedah-kaedah perakaunan yang digunakan

bagi menilai inventori, mengira susut nilai dan mengiktiraf hasil.

Perkara-perkara lain yang perlu didedahkan adalah perubahan dalam

anggaran perakaunan, instrumen kewangan dan liabiliti luar jangka. Konsep ini

bukan sahaja mengutamakan pendedahan segala maklumat penting, tetapi

memerlukan juga maklumat atau data berkenaan disusun dengan teratur supaya

senang dibaca dan difahami. Sehubungan dengan itu, pendedahan semua

maklumat tentang syarikat akan membolehkan pengguna maklumat kewangan

melihat semua perkara yang perlu dalam membuat keputusan dan perancangan

berkaitan dengan firma itu.

Konsep penemuan pula menyatakan maklumat hanya didedahkan sekiranya

perkara itu dibangkitkan atau dipersoalkan oleh pihak lain atau pihak luar.

Contohnya, dari segi hasil jualan, penjual sepatutnya mendedahkan keadaan

sebenar barangan jualan dengan jujur supaya sebarang kekurangan didedahkan

kepada pembeli. Tanggungjawab untuk “menemui” kekurangan tersebut tidak

sepatutnya dipindahkan kepada pembeli. Namun mengikut peruntukan undang-

undang berasaskan “Caveat Emptor" (Buyers Beware), pihak penjual tidak

bertanggung jawab sehinggalah kekurangan ditemui oleh pembeli. Oleh itu, konsep

pendedahan seharusnya bermula dengan tatacara aktiviti perniagaan dilakukan dan

bukan hanya mengenai tatacara maklumat didedahkan dalam penyata kewangan.

(ii) Falsafah Pelaporan Kos Sejarah dan Nilai Saksama

(Historical and Fair Value Reporting)

Kos sejarah Kos sejarah ialah kos sebenar, iaitu kos yang telah benar-benar berlaku. Sebarang

kos selain kos sejarah adalah subjektif dan maklumat perakaunan menjadi butir

anggaran semata-mata. Bagi tujuan membuat keputusan tentang rancangan dan

tindakan pada masa hadapan, pihak pengurusan perlu terlebih dahulu mengetahui

prestasi masa lalu yang sebenar. Untuk mengukur prestasi masa lalu, angka

pengukurnya tidak lain dan tidak bukan ialah kos sejarah.

Page 7: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 7

Nilai Saksama Nilai Saksama merupakan anggaran nilai terhadap harga pasaran yang realistik dan

munasabah. Dalam perakaunan, nilai saksama digunakan sebagai anggaran

kepada harga pasaran bagi aset (atau liabiliti) sekiranya (apabila) nilai pasaran

sebenar tidak dapat ditentukan. Sungguhpun begitu, persetujuan di antara kedua-

dua belah pihak yang berurusniaga hendaklah dicapai.

Konsep pelaporan berasaskan nilai saksama. Nilai berasaskan kos sebenar masih digunakan sebagai nilai untuk direkodkan ke

dalam jurnal sama seperti mengikut konsep kos sejarah. Namun pada tarikh

penyata kewangan disediakan, kesemua nilai atau angka di dalam buku perlu

disemak untuk memastikan nilai di dalam buku perakaunan adalah nilai saksama.

Keperluan ini dibuat supaya nilai yang akan dilaporkan dalam penyata

kewangan dapat memberi gambaran terkini mengenai nilai perniagaan. Kesemua

item yang dilaporkan berdasarkan kos sejarah perlu diselaraskan jika tidak lagi

merupakan nilai saksama. Contohnya jika terdapat item aset atau liabiliti yang tidak

menunjukkan nilai saksama, pelarasan perlu dibuat kepada nilai sejarah item

tersebut walaupun aset atau liabiliti ini tidak dicadangkan untuk dijual. Konsep ini

sama dengan konsep penilaian semula tetapi sekarang menjadi kelaziman yang

perlu dilaksanakan pada setiap tarikh penyediaan penyata kewangan.

(iii) Proses perakaunan (Manual dan Berkomputer) Dalam proses perakaunan secara manual, media penyimpanan maklumat adalah

buku-buku perakaunan seperti Jurnal, Buku Tunai dan Lejar secara fisikal. Kesemua

catatan dan rekod dibuat secara bertulis. Penyediaan akaun dalam sistem manual

agak rumit kerana banyak kerja tulis menulis, pindah memindah daripada dokumen

ke jurnal, lejar, Imbangan Duga dan seterusnya penyediaan Penyata Kewangan.

Pelbagai kesilapan juga boleh berlaku.

Dalam proses perakaunan berkomputer pula, media penyimpanan maklumat

adalah media elektronik seperti disket, cakera optik dan katrij digunakan.

Penyediaan akaun adalah mudah dan cepat kerana program telah diaturcarakan.

Pengiraan, pemindahan dan penyemakan ketepatan data boleh dilakukan secara

automatik (berkomputer). Dokumen-dokumen perniagaan seperti resit, invois dan

sebagainya juga boleh dihasilkan. Pengeposan dan penyediaan Imbangan Duga

serta Penyata Kewangan disediakan secara automatik.

Page 8: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 8

(d) Perakaunan Sebagai Profesion

(i) Maksud Profesional

Profesional merujuk kepada sesuatu profesion atau pekerjaan ikhtisas yang

dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran tertentu dan terlatih

dalam bidang-bidang yang diceburi.

(ii) Akauntan Sebagai Pemimpin

Akauntan adalah seseorang yang mengkhusus dalam bidang perakaunan.

Tugas seorang akauntan sekarang merangkumi sebagi penasihat

perniagaan. Justeru itu, akauntan bukan lagi hanya sebagai seorang

pelaksana proses tetapi perlu membuat keputusan. Dalam urusan

pembuatan keputusan, akauntan harus memikirkan kesan setiap keputusan

yang dibuat bukan hanya kepada prestasi perniagaan atau organisasi, tetapi

juga kepada pekerja, masyarakat dan persekitaran. Akauntan perlu bertindak

sebagai seorang pemimpin yang berakauntabiliti kepada pihak dalaman

perniagaan dan pihak awam. Seorang akauntan mempunyai tanggungjawab

yang besar. Oleh itu mereka perlu mempunyai ciri-ciri sebagai seorang

pemimpin seperti akauntabiliti, jujur, amanah, komited dan berintegriti.

Tanggungjawab seorang akauntan secara umumnya adalah seperti berikut:

• menyediakan Penyata Kewangan.

• membuat keputusan.

• merancang belanjawan.

• merancang pelan strategik dan taktikal.

• berurusan dengan pasaran kewangan.

• juruaudit dalaman.

• penasihat dan perancang percukaian.

(iii) Keperluan Kod Etika Profesion Perakaunan

Seorang akauntan yang baik perlu mematuhi beberapa kod etika yang

berkaitan dengan profesionnya ketika menjalankan tugas. Etika profesional

bagi seorang akauntan adalah berdasarkan Kod Etika untuk Akauntan

Profesional (Code of Ethics for Professional Accountants) yang dikeluarkan

oleh International Federation of Accountants (IFAC) menyatakan bahawa

etika adalah mengenai prinsip, nilai dan kepercayaan yang memberi kesan

Page 9: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 9

pada pengaruh, pertimbangan dan tingkah laku. Ianya melangkaui

pematuhan undang-undang, syarat-syarat dan peraturan. Dengan kata lain

etika adalah melakukan perkara yang betul dalam apa jua keadaan.

Tanggungjawab Akauntan Awam (Akauntan Berdaftar): 1. Melakukan kerja-kerja pengauditan rekod-rekod kewangan bagi

memastikan rekod perakaunan itu mematuhi piawaian perakaunan yang

ditetapkan dan memenuhi keperluan Akta Syarikat 1965.

2. Melakukan kerja dalam bidang percukaian iaitu sebagai penasihat dan

perancang percukaian.

3. Melakukan kerja-kerja kesetiausahaan bagi sesebuah perniagaan seperti

mengurus pendaftaran perniagaan dan syarikat baharu serta mengurus

pembaharuan lesen perniagaan.

Tanggungjawab Akauntan Pengurusan Bertindak sebagai perancang, pengawal dan pengurus kewangan organisasi

tempat bertugas. Oleh itu, mereka bertanggung jawab menyediakan

belanjawan dan perancangan kos.

Tanggungjawab Akauntan Biasa Berkhidmat dalam organisasi kerajaan atau industri:

1. Merekod urus niaga dan menyediakan penyata kewangan.

2. Menyelia atau mengurus kakitangan bawahan.

3. Menjalankan kerja-kerja dalam bidang sistem maklumat perakaunan

organisasi.

4. Melakukan kerja-kerja sebagai juru audit dalaman.

Page 10: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 10

(a) Pengenalan kepada :

(iv) Koperasi Koperasi merupakan badan atau pertubuhan yang dibentuk bersama oleh

sekumpulan individu untuk menggalakkan kepentingan sosial dan ekonomi ahli-

ahlinya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Ciri-ciri koperasi ialah seperti berikut:

1. Tujuan

Sebuah organisasi yang menjalankan perniagaan untuk memperoleh

keuntungan tetapi matlamat utamanya adalah untuk memberi kebajikan

kepada anggota. Koperasi menjaga kepentingan anggota-anggota dan

memberi perkhidmatan ekonomi kepada mereka untuk meningkatkan taraf

hidup dan kebajikan anggota-anggotanya.

Contoh : Koperasi Sekolah – menyediakan perkhidmatan jualan alat tulis dan

jualan pakaian unit beruniform.

2. Penubuhan

Koperasi didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi di bawah Ordinan

Koperasi Malaysia 1984 (Pindaan 1995). Yuran pendaftaran penubuhan

tidak dikenakan. Perkataan ”Koperasi” dan ”Berhad” mesti menjadi

sebahagian daripada namanya.

3. Liabiliti Koperasi dan para ahlinya menanggung liabiliti terhad. Koperasi mempunyai

taraf perundangan sendiri dan terpisah daripada anggotanya. Koperasi boleh

membeli aset, mengikat perjanjian, mendakwa dan didakwa atas namanya.

4. Modal Koperasi mendapat modal melalui sumbangan saham oleh setiap anggota.

Harga saham adalah tetap seperti yang telah dinyatakan dalam Undang-

Undang Kecil Koperasi.

1.3 Bentuk Organisasi

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Menyenaraikan ciri-ciri koperasi.

• Membanding dan membezakan ciri-ciri setiap organisasi

perniagaan dari segi milikan, sumber modal dan liabiliti.

Page 11: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 11

5. Kuasa dan Keahlian Semua anggota mempunyai satu undi dan hak atau suara yang sama tidak

kira jumlah saham yang dimilikinya. Setiap anggota tidak boleh memiliki lebih

daripada 20% daripada jumlah modal sesebuah koperasi.

6. Pentadbiran dan Kawalan

Koperasi ditadbir oleh satu Anggota Lembaga Koperasi (ALK). ALK ini dilantik

dalam mesyuarat agung tahunan koperasi menerusi pengundian. Mesyuarat

agung tahunan ini mesti diadakan setiap tahun. ALK bertanggungjawab

menggubal dasar, membuat perancangan dan menetapkan matlamat

koperasi itu.

7. Dividen kepada anggota

Dividen akan dibayar berdasarkan kepada jumlah modal saham yang

disumbangkan oleh anggota sekiranya koperasi memperoleh keuntungan.

Kadar dividen yang boleh dibayar tidak boleh melebihi 10% mengikut Ordinan

Koperasi Malaysia. Namun begitu, ALK boleh memohon daripada Ketua

Pendaftar Koperasi untuk membayar dividen yang melebihi 10%.

(b) Perbezaan diantara (i) Milikan Tunggal, (ii) Perkongsian, (iii) Syarikat Berhad dan (iv) Koperasi. Jadual berikut menunjukkan perbandingan ciri-ciri organisasi perniagaan dari segi

milikan, sumber modal dan liabiliti.

Milikan

Tunggal

Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi

1. Milikan Dimiliki oleh

seorang

peniaga sahaja

Dimiliki oleh 2

hingga 20 orang

pekongsi

Bilangan

minimum

pemegang saham

2 orang

Bilangan minimum

anggota 50 orang

2. Sumber modal

Modal

disumbangkan

oleh pemilik

Modal

disumbangkan

oleh setiap

pekongsi

Modal

disumbangkan

oleh pemegang

saham

Sumbangan

saham oleh

anggota

3. Liabiliti Liabiliti tidak

terhad

Liabiliti tidak

terhad

Liabiliti terhad

kepada jumlah

saham yang

dilaburkan.

Liabiliti terhad

kepada

sumbangan

saham anggota

Page 12: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 12

(d) Sub Bidang Perakaunan

Secara umumnya, sub bidang perakaunan terdiri daripada :

(i) Perakaunan Kewangan Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas

kerana melibatkan proses maklumat kewangan perniagaan direkod, dikelas,

dirumus, ditafsir dan dihubungkan.

Perakaunan kewangan adalah berkaitan dengan pelaporan prestasi

perniagaan (untung atau rugi) dalam sesuatu tempoh perakaunan, pelaporan

kedudukan kewangan, aliran masuk dan aliran keluar tunai yang berkaitan

dengan operasi perniagaan itu. Objektif utama dalam perakaunan kewangan

adalah untuk menyediakan maklumat-maklumat perakaunan kepada

pengguna yang berkepentingan.

(ii) Perakaunan Pengurusan Perakaunan pengurusan mengkhusus kepada penyediaan maklumat-

maklumat untuk kegunaan dalaman perniagaan seperti pihak pengurusan

dan kakitangan. Maklumat ini digunakan untuk perancangan, kawalan,

pembuatan keputusan dan pengurusan syarikat. Contoh laporan perakaunan

pengurusan adalah belanjawan dan laporan prestasi.

1.4 Perakaunan dan Simpan Kira

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

• Membezakan perakaunan kewangan dan perakaunan

pengurusan dengan tepat.

• Membezakan perakaunan dengan pengauditan serta percukaian

dengan tepat.

• Menghubungkaitkan perakaunan dengan pengauditan serta

percukaian dengan betul.

• Menyenaraikan kepentingan sistem maklumat perakaunan

dengan tepat dan betul.

Page 13: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 13

(iii) Audit Audit ialah satu proses sistematik untuk memperoleh dan menilai bukti secara

objektif mengenai pernyataan tentang kegiatan kewangan. Tujuannya adalah

untuk menentukan kesesuaian antara pernyataan tersebut dengan kriteria

yang ditetapkan (pematuhan) serta menyampaikan kepada pengguna yang

berkepentingan.

Pengauditan melibatkan aktiviti pemeriksaan dokumen-dokumen

perniagaan bagi mengesahkan urus niaga yang direkod itu sebenarnya telah

berlaku. Di samping itu, pengauditan juga bertujuan untuk mengesahkan

rekod perakaunan yang telah disediakan itu mengikut piawaian dan peraturan

perakaunan yang diterima umum. Biasanya, pengauditan ini dilakukan oleh

juruaudit bertauliah. Pada akhir kerja-kerja pengauditan, juruaudit perlu

mengeluarkan laporan dan memberi pendapat ke atas akaun-akaun yang

telah diperiksa dengan menyatakan laporan kewangan yang diterbitkan

kepada umum itu adalah memberi gambaran yang benar dan saksama (true

and fair view).

(iv) Percukaian Bidang perakaunan yang melibatkan perundingan percukaian, perancangan

percukaian dan penyediaan penyata cukai (retan cukai). Mereka yang terlibat

dalam bidang ini mestilah mahir dalam bidang perakaunan.

(v) Sistem Maklumat Perakaunan Sistem maklumat perakaunan merupakan sistem untuk menjanakan

maklumat perakaunan sebagai sebahagian daripada sistem maklumat

keseluruhan.

Sistem maklumat perakaunan juga merupakan satu rangkaian

prosedur yang berhubungan antara satu maklumat perakaunan dengan satu

maklumat perakaunan yang lain. Contohnya maklumat perakaunan

kewangan dihubungkan dengan maklumat perakaunan pengurusan atau

percukaian. Sistem ini berperanan untuk memproses data-data perakaunan,

seterusnya menghubungkan data-data ini dengan sistem maklumat

pengurusan agar dapat digunakan oleh organisasi dalam proses pembuatan

keputusan.

Page 14: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 14

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara Perakaunan Kewangan dengan

Perakaunan Pengurusan:

Aspek PERAKAUNAN KEWANGAN PERAKAUNAN PENGURUSAN

Pengguna Melaporkan kepada pihak luaran

organisasi seperti pelabur, pemegang

saham, Jabatan Hasil dan pihak

perundangan.

Melaporkan kepada pihak dalaman

organisasi bagi melaksanakan

fungsi pengurusan seperti

perancangan, pengawalan,

penilaian prestasi dan pembuatan

keputusan.

Masa Merupakan ringkasan kepada aktiviti

yang telah lepas.

Lebih menumpukan kepada aktiviti

yang mempengaruhi keputusan

masa depan.

Tumpuan

laporan

Hanya data-data yang telah

diringkaskan yang dilaporkan dalam

laporan tahunan dan mewakili

keseluruhan organisasi.

Laporan adalah terperinci dan

melaporkan mengikut bahagian,

produk, pelanggan atau segmen.

Perundangan

Laporan perlu disediakan mengikut

Prinsip Perakaunan Yang Diterima

Umum. (Generally Accepted

Accounting Principles –GAAP)

Tidak perlu mengikut Prinsip

Perakaunan Yang Diterima Umum.

(Generally Accepted Accounting

Principles –GAAP)

Pematuhan Mempunyai mandatori iaitu mesti

dibuat secara terperinci.

(Akta Syarikat 1965 dan Piawaian

Pelaporan Kewangan (Financial

Reporting Standard))

Tiada mandatori iaitu mempunyai

pilihan untuk disediakan laporan

atau tidak.

Page 15: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 15

(a) Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan:

(vi) Konservatisme Prinsip ini adalah berkait rapat dengan polisi berhati-hati yang diamalkan

untuk melindungi perniagaan daripada segala kerugian yang mungkin

berlaku. Sehubungan dengan prinsip ini, segala kerugian yang dijangkakan

hendaklah diambil kira sebagai belanja dalam Penyata Pendapatan tetapi

segala keuntungan yang dijangkakan tidak boleh diiktiraf sebagai pendapatan

sehingga keuntungan ini telah diperoleh. Penggunaan konsep ini bagi

memastikan:

• aset dan hasil tidak terlebih nyata,

• liabiliti dan belanja tidak terkurang nyata,

• kerugian mesti direkod walaupun belum berlaku,

• keuntungan hanya direkod bila telah berlaku.

Contohnya, pihak pengurusan biasanya terlalu optimis mengenai

masa hadapan perniagaannya. Keadaan ini mungkin akan

memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kedudukan kredit

pelanggan mereka yang tertentu adalah sentiasa baik. Keadaan ini

akan menyebabkan untung terlebih nyata kerana peruntukan hutang

ragu yang rendah disediakan. Oleh itu, dalam keadaan ini konsep

konservatisme perlu digunakan. Peruntukan hutang ragu perlu

diwujudkan untuk meminimakan daripada berlakunya untung yang

terlebih nyata.

1.6 Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta

Ciri Kualitatif Penyata Kewangan

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

Menerangkan konsep dan prinsip perakaunan.

Menjelaskan dengan contoh konsep dan prinsip perakaunan.

• Menyenaraikan ciri-ciri kualitatif Penyata Kewangan.

Page 16: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 16

(vii) Asas Perakaunan Akruan Asas Perakaunan Akruan ialah istilah baru bagi konsep pemadanan.

(x) Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama Penyata Kewangan perlu memberikan maklumat yang tepat, tidak

mempunyai apa-apa kesilapan yang material serta dapat memberikan

gambaran benar dan saksama. (Rujuk muka surat 5)

(b) Ciri Kualitatif Penyata Kewangan: (i) Kebolehfahaman

Pengguna-pengguna maklumat harus dapat memahami kandungan

maklumat yang disampaikan kepada mereka. Melalui cara ini, maklumat

tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut keperluan

masing-masing.

(ii) Relevan Maklumat perakaunan mesti relevan dengan tujuan maklumat tersebut diberi

atau disediakan. Pemerolehan maklumat yang tidak relevan akan

menyebabkan keputusan yang tidak tepat diambil semasa membuat

perancangan. Oleh itu, maklumat-maklumat dalam penyata kewangan yang

berkaitan dengan peristiwa lalu selalunya tidak begitu relevan kerana

akauntan pengurusan lebih mementingkan aktiviti-aktiviti pada masa kini dan

masa hadapan.

(iii) Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan merujuk kepada maklumat yang bebas daripada ralat dan

kesilapan. Oleh itu, semua fakta perlu didedahkan berserta bukti yang kukuh.

Selain itu, sesuatu maklumat mesti bebas daripada sebarang

pengaruh dan tidak boleh disediakan bagi tujuan memenuhi kepentingan

pihak tertentu sahaja. Maklumat yang diperoleh mesti neutral, iaitu tidak

memihak kepada sesiapa pun dan disahkan oleh pihak lain, terutama pihak

luar seperti juruaudit.

Page 17: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 17

(iv) Kebolehbandingan Ciri ini penting kerana maklumat perakaunan akan digunakan sebagai asas

sesuatu perbandingan, misalnya maklumat dan data dalam laporan prestasi

jabatan-jabatan akan dibandingkan antara dua tempoh yang berlainan.

(v) Tepat Masa (Timeliness) Maklumat harus diperoleh pada masa maklumat tersebut diperlukan kerana

maklumat yang diperoleh lewat daripada tempoh yang ditetapkan tidak dapat

digunakan sebagai asas untuk bertindak.

Dalam perakaunan, maklumat perlu diperoleh dengan lebih kerap bagi

membolehkan aktiviti perancangan, pengawalan,pengukuran prestasi dan

pembuatan keputusan dijalankan pada masa yang ditetapkan.

LATIHAN

1. Dalam sesebuah perniagaan, siapakah yang terlibat dalam penyediaan penyata

kewangan?

2. Terangkan perkembangan sistem perakaunan Islam berasaskan

kebertanggungjawaban (accountability), amanah dan integriti.

3. Berikan perbezaan antara sistem perakaunan Islam dengan sistem perakaunan

konvensional.

4. Berikan perbezaan antara konsep kos sejarah dengan konsep nilai saksama.

5. Nyatakan bidang tugas seorang akauntan dalam sebuah oraganisasi perniagaan.

6. Nyatakan kepentingan kod etika profesion perakaunan dalam amalan harian seorang

akauntan.

7. Nyatakan perbezaan perniagaan perkongsian, syarikat berhad dan koperasi.

8. Bidang tugas seorang akauntan kewangan berbeza dengan bidang tugas seorang

akauntan pengurusan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan

tersebut?

Page 18: d - TAJUK 1 Edited

Prinsip Perakaunan KBSM 

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 18

9. Perakaunan, pengauditan dan percukaian adalah tiga bidang yang berbeza, tetapi

ketiga-tiga bidang ini masih ada persamaan. Bincangkan.

10. Penyata kewangan sepatutnya mudah difahami, relevan, boleh dipercayai dan boleh

dibandingkan. Senaraikan kepentingan ciri-ciri ini dalam penyediaan penyata

kewangan.