D20121061191_KRB3063

11
1 PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU TAJUK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ANIDA FAZURA BT MUHAMMAD ZAKUAN D20121061191 PUSAT PEMBELAJARAN: EL- Group UPSI 02 (A142PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. Seri Lanang Jaya B. Haji Rohani TARIKH SERAH: 18 APRIL 2015 PEMARKAHAN TUGASAN 1

description

pendidikan

Transcript of D20121061191_KRB3063

  • 1

    RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015

    KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

    TAJUK

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK

    ANIDA FAZURA BT MUHAMMAD ZAKUAN D20121061191

    PUSAT PEMBELAJARAN: EL- Group UPSI 02 (A142PJJ)

    NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. Seri Lanang Jaya B. Haji Rohani

    TARIKH SERAH: 18 APRIL 2015

    PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

    PEMARKAHAN

    TUGASAN 1

  • 2

    ISI KANDUNGAN

    1

    Pengenalan

    2

    Pemikiran Novel Ranjau Sepanjang Jalan

    3

    Estetika Dan Seni Kepengarangan Dalam Novel

    4

    Nilai Budaya Dan Pegangan Hidup

    5

    Penutup

    6

    Rujukan

  • 3

    PENGENALAN

    Tamadun sesuatu bangsa adalah warisan daya cipta bangsa itu yang dapat dikesani dan

    dihayati melalui karya-karya terdahulu yang ternukil oleh bijak pandai seperti karyawan, seniman,

    pemikir, ahli falsafah dan ilmuan bangsa itu sendiri (Hassan Ahmad 2005). Karya Agung dalam

    konteks dunia Melayu boleh ditakrif sebagai karya yang nilainya tahan zaman, iaitu yang kekal

    sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu Melayu. Semuanya lahir dalam kesepaduan

    bentuk, bahasa dan gaya penceritaan yang luar biasa. Ini dapat kita lihat dan rasakan apabila kita

    mengkaji cara atau kaedah berfikir dan bercerita yang digunakan, samaada secara sedar, spontan

    atau secara terancang bagi menyampaikan sesuatu ilmu, konsep, pandangan hidup, mesej dan lain-

    lain.

    Novel Ranjau Sepanjang Jalan , merupakan satu karya dari Shahnon Ahmad yang banyak

    menyentuh soal kemiskinan, kedaifan hidup dan perjuangan keluarga petani di Kampung Banggul

    Derdap, Sik Kedah. Berlatar belakang kampung halaman, Shahnon Ahmad membawa kita

    menginsafi dan menghayati keperitan hidup dalam kemiskinan golongan petani pada masa itu

    agar generasi sekarang akan sedar dan insaf bagaimana susah payahnya untuk mendapatkan sesuap

    nasi. Melalui novel ini penulis berjaya mencipta satu plot yang penuh kreatif dan permainan emosi

    yang berjaya menyentak akal fikiran kelompok masyarakat sekarang yang mana petani dahulu

    sanggup berjuang untuk mencari sesuap nasi untuk diri sendiri malahan seluruh lapisan masyarakat

    setempat pada masa itu.

    Shanon Ahmad adalah salah seorang pengarang yang tidak perlu diperkenalkan lagi

    dalam kesusasteraan Melayu. Beliau bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang

    Jalan atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera. Ranjau Sepanjang Jalan adalah

    sebuah karya Agung yang dianggap sebagai kemuncak daripada kegiatan penulisan novel

    Shahnon Ahmad. Shanon Ahmad adalah seorang penulis berbakat, serius dan mempunyai

    falsafahnya sendiri. Shahnon bukan sahaja menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya untuk

    bersastera semata- mata, tetapi beliau adalah seorang peneroka yang sentiasa mencuba

    memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam fikiran untuk

    memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai

    seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran. (318pp)

  • 4

    1. PEMIKIRAN (ISI DAN MESEJ)

    Novel Ranjau Sepanjang Jalan, hasil nukilan Dato Prof Shahnon Ahmad dilihat cuba

    untuk mengenengahkan isu kemiskinan yang berlaku di dalam kehidupan sebuah keluarga yang

    menjalankan aktiviti tani dimana ianya berlatar belakangkan kampung halamannya sendiri yang

    iaitu Kampung Banggul Derdap,Sik Kedah. Dalam novel ini, Shahnon Ahmad cuba untuk

    membawa kita menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan petani

    pada masa dahulu agar generasi sekarang sedar dan insaf bagaimana susah payahnya untuk

    mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel ini, Shahnon juga berjaya mencipta satu plot yang penuh

    kreatif dengan permainan emosi dimana ianya berjaya menyentak akal fikiran kelompok

    masyarakat sekarang yang mana beliau berjaya memaparkan kehidupan petani dahulu yang

    sanggup berjuang mencari sesuap nasi untuk diri sendiri malahan perjuangan seluruh lapisan

    masyarakat setempat pada masa itu untuk mendapatkan rezeki yang halal.

    Sebagai contoh, dalam menggambarkan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya yang

    bergantung kepada tanaman padi,mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Plot

    novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana ianya menggambarkan keadaan padi yang

    sedang menanti masak dan secara tiba-tiba diserang oleh ketam yang banyak. Serangan ketam

    yang banyak itu, telah memusnahkan sawah padi dan ditambah pula Lahuma telah menderita

    ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Keadaan

    ini menyebabkan Lahuma tidak mampu lagi untuk bekerja mengerjakan sawah untuk menyara

    keluarganya akibat dari luka tercucuk duri nibung tersebut.Ini menyebabkan isterinya Jeha

    terpaksa menjadi pengganti kepada Lahuma untuk menyara keluarga. Cukup signifikan jalan cerita

    yang diolah oleh Shahnon Ahamd sehingga cerita yang disampaikan dapat menyentuh hati

    pembaca.

    Semangat tidak mudah putus asa atau mengalah bagaikan nadi untuk meneruskan

    kesinambungan hidup. Menyelami semangat Lahuma, Jeha, Sanah dan Milah, mereka bagai

    disatukan dalam jasad yang sama. Semangat yang berkobar-kobar dan kental Lahuma dalam

    mengusahakan sawah empat belas relung meresap ke jiwa Jeha, Sanah dan Milah. Ini terbukti

    dengan kematian Lahuma, Jeha meneruskan kerja di baruh dengan semangat yang gigih. Semangat

    yang kental ini juga diresapi oleh Sanah dan Milah apabila Jeha menjadi gila dan di rawat di

  • 5

    Hospital Tanjung Rambutan. Semangat yang kental ini wujud hasil dari pertarungan antara

    manusia dan alam demi meneruskan kelestarian hidup. ( 348 pp)

    2. ESTETIKA DAN SENI KEPENGARANGAN

    Sesebuah karya sastera haruslah mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Nilai

    estetika dan kepengarangan ini boleh terdiri daripada tahap rendah dan tinggi. Nilai estetika

    seharusnya dapat dinikmati sebagai nikmat ketika membaca,menghayati dan memahami setiap

    hasil karya. Justeru, sentuhan rasa dan fikir dapat dirasakan oleh pembaca dengan melihat

    kecerdasan dan jalinan keindahan bahasa seseorang pengarang. Luahan hati dan getar jiwa seni

    pengarang melalui kata-kata dan bayangan alam budaya kehidupan masyarakat adalah amat

    penting dalam menghasilkan sesuatu karya. Nilai seni ini akan dapat dirasakan oleh pembaca yang

    cekap menangkap dengan mata akal dan mata fikir terhadap hasil seni sesuatu sastera.

    Istilah keindahan (indah) merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika

    kesusasteraan melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya melayu menurut V.I.

    Braginsky ( 1994: 16). Beliau merumuskan terdapat tiga elemen yang dinyatakan dengan jelas

    dalam karya-karya satera menerusi penggantian perkataan indah dengan kata-kata yang seerti.

    Aspek pertama adalah bersangkut paut dengan asal usul keindahan,atau sumbernya. Aspek kedua

    ialah estetika Islam yang membezakan keindahan mutlak daripada keindahan fenomena dan aspek

    ketiga ialah estetika atau keindahan tersembunyi tetapi bentuk iaitu susunan kata yang

    baik,makna yang berlapis-lapis akan menyerlahkan lagi keindahannya sehingga dapat dihayati

    oleh pembaca.

    Estetik juga merujuk kepada aspek kekuatan karya terhadap aspek susunan unsur struktur yang

    harmonis yang memiliki perasaan, pemikiran dan sebagainya. Setiap komposisi karya memiliki

    keindahannya tersendiri. Dan khalayak akan membina pula sikap estetiknya bagi menerima teks-

    teks tersebut. Keindahan yang lebih agung lagi ialah yang membawa manusia mencapai kebaikan,

    mengagung Allah Azzawajaalla. Gaya bahasa merupakan salah satu unsur estetika dalam

    penulisan. Pengguna gaya bahasa yang menarik dapat menjadikan hasil karya itu lebih bermutu.

    Menyoroti novel Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon telah menggunakan gaya bahasa yang menarik

  • 6

    dan menepati selera pembaca. Antara gaya bahasa yang digunakan ialah ayat puitis, perorangan,

    perlambangan, bahasa perbandingan dan lain-lain.

    Melalui Novel Ranjau Sepanjang Jalan, terdapat penggunaan beberapa ayat yang

    melambangkan kehalusan seni dalam penulisan. Di antara ayat-ayat yang penuh dengan nilai

    kecantikan dan kehalusan bicara ialah Baruh tebal dengan hutan menerung rumput bulu

    landak. Rapat- rapat tumbuh hinggakan air yang tergenang penuh sukar berolak. Pucuk-

    pucuk kayu merbau dan meranti yang jauh itu diamati bagaikan ada sesuatu di atas pucuk

    yang hendak menujah langit itu, Penggunaan baris-baris kata yang tersusun dengan nada yang

    halus dapat mententeramkan setiap jiwa yang membaca.

    Selain daripada itu Shahnon juga kerap menggunakan bahasa perbandingan untuk menjelaskan

    sesuatu keadaan dan perkara. Bahasa perbandingan yang digunakan ialah Langkah dan gerak-

    gerinya masih juga terketar-ketar dan takut bagaikan ada kepala yang berbintik-bintik

    kekuningan itu di mana-mana..(RSJ:56) Kepala binatang itu kembang berbintik-bintik

    kekuningan dan berlenggok-lenggok laksana batang anak lengkuas dipukul

    angin(RSJ:32). Bahasa perbandingan ini merupakan asam garam dalam penulisan novel dan

    cerpen kerana ia akan mengasyikkan pembaca dan dapat membentuk satu pemikiran yang boleh

    menambahkan lagi tahap

    Unsur perorangan merupakan satu kesimbolikan bahasa yang digunakan untuk menceritakan

    sesuatu .Unsur-unsur perorangan juga diselit dalam penghasilan novel sebagai menarik perhatian

    pembaca. Di antara unsur perorangan yang digunakan di dalam Ranjau Sepanjang Jalan ialah

    Dan tompokan awan hitam itu kemudian terpaut membendung air. Angin malam yang

    dingin menampar tubuhnya, Matahari timbul dengan beraninya. (312pp)

    Bukit yang penuh dengan rimba raya yang subur bagaikan sedang memagari kesemua

    bendang hak milik penduduk-penduduk Kampung Banggul Derdap. Penggunaan unsur

    unsur perorangan yang digunakan oleh Shahnon menunjukkan Shahnon seorang yang kritis dan

    bijak dalam menyusun kata-kata. Penggunan unsur ini merupakan asam garam dalam penulisan

    novel dan cerpen kerana ia akan mengasyikkan pembaca dan dapat membentuk satu pemikiran

    yang boleh menambahkan lagi tahap percambahan ilmuan para pembaca.

  • 7

    Kepengarangan pula ialah pencapaian penulis. Dalam seni sastera, keindahan berkait rapat

    dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran,

    imaginasi dan wawasan. Keindahan pengalaman bergantung kepada keunikan pengalaman;

    pengalaman itu luar biasa, belum pernah dialaminya, menarik dan memberinya kepuasan.

    Membaca adalah proses penambahan pengalaman. Pengalaman keindahan ialah apabila kita

    merasa kesan yang menarik, mengkagumkan, menyedihkan atau yang memeranjatkan. Seandainya

    pengalaman yang diberikan pengarang itu istimewa, maka pembacaan kita akan merasakan

    kenikmatan keseronokannya. Sebuah karya yang baik ialah elok ciptannya, tinggi seninya dan

    halus adunannya. Apabila kita membaca perasaan kita akan turut digoncangnya.

    Meneliti setiap bab dalam novel ini, tergambar ketelitian Shahnon dalam menyusun plot-plot

    cerita dalam novel. Kebijaksanaan beliau menggunakan teknik monolog dan dialog dapat

    menghidupkan perjalanan plot cerita. Di antara teknik monolog ialah Nasi pemberian

    Tuhan,fikir Lahuma. Datuknya dulu pun bergantung hidup pada nasi juga. Dia juga

    serupa. Padi ditanam.Padi dijemur.Padi ditumbuk.Padi dimasak.Dan padilah yang

    menyambung hidup mereka sejak zaman-berzaman ini. (729 pp)

    3. NILAI BUDAYA DAN PEGANGAN HIDUP

    Shanon Ahmad merupakan seorang pengarang yang jujur,berterus terang dan tegas serta

    berani menyampaikan sesuatu yang difikirkannya melampau dalam nada dan gaya penulisan yang

    tegas dan ada kalanya secara halus dan kasar. Bercerita dari kisah dalam diri. Menulis dari

    pengalaman peribadi.Beliau melihat setiap isu dari sudut sejagat. Beliau merakam budaya dan

    pemerhati yang teliti dan kritis.

    Melalui karya Melayu tradisional terserlah gambaran jelas tentang budaya dan pandangan

    hidup orang Melayu. Penggunaan puisi dan peribahasa dalam karya Melayu berkaitan dengan

    kepekaan pengarangnya terhadap keindahan alam. Di samping itu dalam karya Melayu

    digambarkan sebagai masyarakat yang kuat berpegang pada adat dan mengamalkan cara hidup

    horamt menghormati dan sopan santun. Budaya mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.

    Segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh

  • 8

    ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan

    ahli antropologi sebagai fahaman determinism atau penentuan budaya.

    Di dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, terdapat cukup banyak gambaran tentang

    kehidupan dalam masyarakat, hubungan kekeluargaan dan alam sekitar. Pepatah berbunyi

    dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung ,itulah kelebihan yang ada pada karya agung ini

    kerana penggunaan bahasanya melambangkan ketulenan dan berjiwa kemelayuan yang hakiki.

    Meskipun penulis terlibat dan terdedah dengan pengaruh bahasa asing tetapi dalam karyanya

    Bahasa Melayu tetap menjadi keutamaan .Penggunaan bahasa yang mudah difahami dan sekali-

    sekala diselit dengan istilah dan perumpamaan menjadikan sesebuah penulisan itu berjaya. Jika

    diteliti setiap perkataan ,ayat, perenggan dan bab dalam novel ini , penulis masih lagi mengekalkan

    bahasa kedaerahan dan istilah-istilah tempatan. Penggunaan bahasa kedaerahan seperti { anak

    betina}, {bonggok}, {diliruhkan}, {menjuihkan mulut}, {kerabat} dan lain-lain lagi.

    Penggunaan bahasa dearah ini dapat memeperkenalkan keunikan rumpun bahasa Melayu yang

    mempunyai nilai keilmuan dan keluasan penggunaannya.

    Semangat yang kental, ketekunan dan ketabahan yang tinggi juga ditunjukkan oleh watak Jeha

    dalam novel ini. Ketekunan Jeha yang memikul tanggungjawab suami bukannya mudah

    memandangkan kesulitan dan cabaran yang dihadapinya pada masa dahulu. Seorang ibu tunggal

    kepada 7 orang anak gadisnya setelah kematian suaminya Lahuma yang mati terpijak duri nibong,

    sememangnya bukan mudah untuk membesarkan anak-anak dengan hasil usaha sebagai petani.

    Kasih sayang dan ketaatan kepada keluarga dan suami ditonjolkan dalam novel ini. Shahnon

    Ahmad menonjolkan sikap Jeha yang taat kepada suami, dikala suaminya Lahuma masih hidup

    hinggalah diakhir hayatnya. Jehalah yang merawat dan menjaga Lahuma walaupun pada masa itu

    kerja-kerja sawah harus diteruskan. Kasih sayang Jeha kepada suaminya tidak berbelah bagi

    sehinggalah Lahuma menghembuskan nafas terakhir akibat tanggungan penyakitnya yang tidak

    terubat.

    Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat, sementara menunggu padi masak mereka akan

    melakukan aktiviti sampingan. Ini tidak terkecuali kepada penduduk kampong Banggul Derdap,

    mereka akan melakukan aktiviti yang boleh menghiburkan sebagai mengisi masa yang terluang.

    Keadaan ini digambarkan dalam ayat berikut : Bendang-bendang yang luas jauh mata

    memandang itu terhampar rata-rata dengan warna hijau yang serba subur. Sorak-sorai budak-

  • 9

    budak di hujung sana dan di hujung sini mulai kedengaran. Orang mulai tabuh gendang goyang

    pada waktu malam. Sekali sekala kesunyian malam itu dicacat dengan berdikir hingga tumpu

    subuh,(Shanon Ahmad,RSJ:175).

    Hidup bermasyarakat merupakan latar belakang kepada plot cerita dalam novel ini. Shahnon

    telah menonjolkan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam penghasilan novel. Nilai

    kemanusiaan seperti kasih sayang, kerjasama, tolong menolong, kesabaran dan persaudaraan

    menjadi teras dalam kehidupan di kampung pada zaman itu. Masyarakat Melayu yang kaya dengan

    sifat kesantunan dan keramahan dijelmakan oleh Shahnon dalam nevel ini. Kata bidalan yang

    berbunyi, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, cubit paha kiri paha kanan terasa juga.

    Peribahasa ini telah menjadi pegangan masyarakat melayu seperti yang diceritakan melalui watak-

    watak dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan.

    PENUTUP

    Kelebihan Shahnon Ahmad dalam menghasilkan novel Ranjau Sepanjang Jalan ialah

    kepada penggunaan bahasanya yang ringkas dan padat. Walaupun beliau menggunakan perkataan-

    perkataan yang biasanya digunakan oleh penulis lain,namun perkataan-perkataan itu dapat

    melengkapkan apa yang mahu disampaikan. Justeru, kita seolah-olah diberi gambaran yang jelas

    tentang peristiwa dalam novel tersebut. Shahnon Ahmad juga gemar menggunakan dialek Kedah

    dan bahasa daerah dalam setiap penulisannya tetapi penggunaannya tidaklah keterlaluan.

    Shanon Ahmad cukup sinonim dengan hasil-hasil penulisan beliau yang cukup bermutu

    dan banyak menyentuh hal-hal kehidupan, realiti masyarakat pada masa itu. Pemikiran, estetika

    dan seni kepengarangannya amat bernilai dan patut dihayati oleh generasi hari ini agar dapat

    menjadi panduan dan pengajaran. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin, namun

    jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana

    mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad

    juga ingin memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya

    mereka tidak akan kebuluran.

  • 10

    Beliau juga bijak dalam teknik penggunaan watak dimana watak yang dipaparkan begitu

    jelas dan berkesan.Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan pembaca dapat menyelami

    peristiwa itu seolah-olah benar-benar berlaku dan bukannya daripada cetusan idea pengarang.

    Watak yang digambarkan seolah-olah memaparkan perwatakan manusia sebenar dalam kehidupan

    sesebuah masyarakat. Di dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan

    betapa terbatasannya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang

    buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat

    mendalam dengan ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi

    bahaya keganasan dan kekejaman alam ini. Ketokohan Shahnon dalam mengangkat isu

    kemiskinan dengan berkesan dalam penulisan karya kreatif belum ada pengantinya sehingga ke

    saat ini. Betapa sukarnya untuk mencari penulis-penulis dalam kalangan generasi baru yang

    berjiwa kemiskinan atau memartabatkan nilai kemiskinan untuk disanjung di mata

    pena..wallahhualam.. (293 pp)

  • 11

    Rujukan

    Ranjau Sepanjang Jalan , Shanon Ahmad , Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    1997

    Penghayatan Karya Agung Melayu ( KRB3063 ) Dr seri Lanang Jaya,Prof Madya Dr

    Abd.Rahman bin Napiah ( Sakana )

    Amad Bahri Mardi, Tun Sri Lanang Tokoh Persuratan Melayu: Koleksi Esei Sejarah. Johor

    Bahru: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor.

    Amad Bahri Mardi, Tun Sri Lanang Pengarang atau Penyalin Sejarah Melayu?. Keratan Akhbar

    Mingguan Wasilah 17-23 Ogos 2008..

    Prof. Dr. Siti Hawa Haji Salleh, Kepengarangan Tun Sri Lanang.