DADAH

42
Opiat Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin. JENIS-JENIS OPIAT.

description

Masyarakat Melandani Tanpa Dadah

Transcript of DADAH

OpiatDadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

JENIS-JENIS OPIAT.1.Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.2. Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorikCara Mengunakan :Menelan, menyuntikNama Jalanan :M, White Powder, Monkey, MorphoMorfin Mentah.Bentuk blok / serbuk.Bertanda 999.Mengandungi 70% 90% morfin.Juga dipanggil Heroin No.1Bes Morfin.Seperti serbuk kopi halus.Mengandungi 60% 70% morfin.Pil-pil Morfin.Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid.Pil kecil berwarna putih / coklat pucat.

3.Heroin.

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.Cara Menggunakan :Menyuntik, menghidu, menghisapNama Jalanan :Fit, Fun, tepung, cik putih, barang, Penang pink4.Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.Cara Menggunakan :Menelan, menyuntikNama Jalanan :Ubat batuk5.Opiat Sintetik.

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine, dipipanone dan dextropropoxyphene. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini methadonedigunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.Cara Mengunakan :Menelan, MenyuntikNama Jalanan :Fizzies, Dollies

StimulanStimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan kokain.Jenis-jenis Stimulan1. Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin sepertimethamphetamine(ice/syabu) dan Methylenedioxy methamphetamine adalah dadah yang sangat berbahaya.Cara Mengunakan :Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (chasing the dragon)

2.Methamphetamine

Syabu / IceMethaphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.Contoh methaphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk chasing the dragonCara Menggunakan :Menghisap, menyedut (chasing the dragon)Nama Jalanan :Ice3.Kokain

Serbuk KokainKokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Pokok Koka Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cocaine SnortingCara Menggunakan :Menyuntik, menghidu, menghisapNama Jalanan :Coke, Crack, Snow, FlakeKokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain Crack adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk granusles. Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.4. MDMA

Tablet yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy) Methylenedioxy- methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.Cara Menggunakan :MenelanNama Jalanan :Ecstasy, XTC

Ganja

Pokok GanjaKanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok cannabis sativa.Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Daun GanjaJenis-jenis Ganja/Kanabis1.Kanabis HerbaKanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok genus kanabis yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.Kandungan THC : 0.25% 8%Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish

HashishResin getah kanabisKandungan THC : 4% 12%Cara Menggunakan : Menghisap3. Minyak HashishMinyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Iamenyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.Kandungan THC : Sehingga 60%Cara Menggunakan : Menghisap

Bong Alat untuk menghisap ganja Menghisap ganja menggunakan Bong buatan sendiri Bong menggunakan botol HalusinogenHalusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandanganvisual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaanubat-ubatan ini sukar dibuktikan.Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan hippies pada tahun 1960-1970. Kini ia digunaoleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen1. Ubat Depresen

BarbituratesUbat Depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini bertindak dalamsistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

TranquilizerContoh ubat sedative ialah barbiturates manakala contoh tranquilizer ialah erimin-5,rohypnol dan valium.

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam diskoErimin-5 sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna club drugsuntuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.Penagih heroin juga menganggap erimin-5 sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram herointinggi.Rohypnol sejenis sedative yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malambukan sahaja sebagai club drugs, bahkan juga sebagai rape drugs oleh perogol. Rohypnol boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.2. AlkoholAlkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam.Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilangkeseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.3. GHB

GHBGamma-Hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau gamma-hydroxybutyric acid tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drugs kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.Cara Menggunakan : MenelanNama Jalanan : G, Grieviuos bodily Harm, Liquid Ecstasy4. Ketamin

KetaminKetamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara smoked atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada DadahPergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yangwujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenispergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:1. Pergantungan secara fizikalPergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akanmenimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadahyang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantunganfizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.2. Pergantungan secara psikologikalPergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian ataumengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.Daya tahanDaya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksaditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina,badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya denganserta-merta.Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila : Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman. Daya tahan meningkat. Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :a)Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannyab)Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkinmenyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkanpernafasan dan membawa maut.c)Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannyad)Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaandadah & aktiviti penagihSebab-sebab Seorang Mengambil DadahStatistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :Akibat Penagihan DadahKesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :* kesan kepada penagih* kesan kepada keluarga* kesan kepada masyarakat* kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulanpenagih, pengedar dan penjenayah. Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan. Pitam, pengsan, & berperasaan ganas Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untukmerawatnya. Rumah tangga menjadi porak peranda. Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga. Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samunPerpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan beliadengan dadah. Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.Kos tersebut termasuklah : Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi. Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya. Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiridaripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan DadahTanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatanpenagihan dadah adalah : Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah. Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga. Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah,sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga. Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah. Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkantanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan

Undang-undang Dadah MalaysiaAkta Dadah Berbahaya 1952TafsiranPengedaran Dadahtermasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport, menyimpan,menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa,menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang ituadalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja.Akta Dadah Berbahaya 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawahakta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.Akta Rawatan/Pemulihan 1983 Pindaan 1988Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalanipengawasan selama 2 tahun atauDiletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahunSeksyen 3Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyenSeksyen 4Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jamOrang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir padamasa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang ituselama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.Seksyen 5Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai PerubatanKerajaan.Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyenSeksyen 6Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh PegawaiPerubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dantidak lebih 3 tahun.Seksyen 7Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6Seksyen 8Jagaan yang sah disisi undang-undang :1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan LanjutanSemasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatukesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.Akta Dadah BerbahayaAkta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui : Mengesan Membeku Merampas aset pengedarAkta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :Seksyen 39Seksyen 6Akta Langkah-langkah Pencegahan khasKategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah keranakekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpulmaklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3Proses Siasatan :Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatanpengedaran dadah.