dah susun

download dah susun

of 28

description

3rf3rg3gvwefds3gfrqw

Transcript of dah susun

program bina insan guru fasa 1 siri 2/2013

program bina insan guru fasa 1 siri 2/2013WAJ 3101

PENGENALANProgram Bina Insan Guru(BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang wajib diikuti oleh setiap pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Selain itu, program ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang unggul, berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan dan falsafah Pendidikan Guru. Bagi menjayakan program BIG ini, pelatih-pelatih guru yang bakal mendidik anak bangsa di Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai penguasaan Ilmu dalam pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Setiap pelatih guru hendaklah mempunyai penghayatan yang mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan kerana melalui aktiviti-aktiviti ini, para pelatih guru dapat mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri selaras dengan hasrat negara. Sebagai seorang guru, kekuatan dan kemantapan dalam segala aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang cemerlang. Apabila lahirnya guru yang cemerlang, maka lahirlah murid-murid, masyarakat dan bangsa yang bertamadun serta mempunyai nilai etika, estetika dan moral yang tinggi. Hal ini demikian kerana guru yang cemerlang mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar dan masyarakat. Sesungguhnya, Bina Insan Guru telah menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa dan bangsa dan juga negara.

MATLAMAT Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak yang mulia , nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan yang tinggi serta aura sebagai seorang guru yang berkualiti dan profesional sejajar dengan prinsip Rukun Negara, falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah Pendidikan Guru. Di samping itu, program ini juga merupakan suatu usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasakan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru merupakan arkitek yang membina bangsa.OBJEKTIFSetelah tamat program ini, para pelatih guru diharapkan akan dapat mencapai objektif berikut. Membina profesionalisme guru permulaan Membentuk sahsiah guru permulaan. Membentuk kepimpinan guru permulaan Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani, dan sosial.

KERTAS KERJA

LAPORAN SEBELUM BIG

Perjumpaan Pertama.LAPORAN BINA INSAN GURU 1Tarikh: 10 Februari 2010 Tempat: Bilik GERKO Institut Pendidikan Guru Kampus DarulamanKehadiran: Semua peserta BIG (PISMP SEM 1) Sebelum aktiviti BIG dijalankan, terdapat beberapa perjumpaan yang kami telah lakukan. Perjumpaan pertama merupakan perjumpaan rasmi para peserta program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 Siri 1 pada kali ini.Perjumpaan dimulakan dengan sesi mengambil kehadiran oleh En. Yusri Bin Yusoff yang merupakan pensyarah penyelaras BIG pada kali ini. Syukur Kehadiran bagi pelatih PISMP seratus-peratus hadir tetapi ada beberapa peserta dilihat sebagai suatu sikap kurang mementingkan masa kerana ada yang datang setelah bermulanya perjumpaan Bina Insan Guru ini.Perjumpaan ini telah dimulakan oleh penyelaras BIG, Encik Yusri Bin Yusoff diberi penghormatan untuk memulakan sesi taklimat. Beliau telah memberikan peringatan bahawa Bina Insan Guru adalah satu aktiviti wajib dan merupakan elemen penting yang diberi penilaian bagi seorang pelatih sebelum menjadi guru. Beliau juga mengingatkan supaya para peserta sentiasa peka dan mengambil perhatian serius terhadap perjumpaan mahupun sesi taklimat seperti ini. Selain itu, beliau juga telah menekankan agar para pelatih meningkatkan penyertaan dan penglibatan semasa dalam aktiviti BIG. Akhir sekali, beliau memberi peringatan kepada semua bakal peserta BIG supaya sentiasa berada dalam kawasan perkhemahan dan tidak sekali-kali berada di tempat lain sepanjang tempoh empat hari tiga malam di kawasan perkhemahan.

Selepas sesi taklimat, Encik Yusri Bin Yusoff mengingatkan supaya para pelatih PISMP membuat refleksi berkenaan BIG bermula pada hari ini (10 Mac 2013). Ini adalah selaras dengan keperluan di mana pelatih PISMP dikehendaki menyediakan dokumentasi dalam fail BIG masing-masing. Beliau kemudiannya menerangkan apa yang sepatutnya dilakukan. Para peserta dikehendaki melantik ahli jawatankuasa dan membentuk beberapa kumpulan. Kesemuanya perlu dibuat untuk melancarkan perjalanan program BIG pada kali ini. Akhir sekali, beliau mengingatkan supaya Ahli Jawatankuasa (AJK) Peralatan yang telah dilantik perlu membuat permohonan peminjaman peralatan dengan segera dan mendapatkan senarai barang barang yang perlu digunakan kepada setiap ketua ketua AJK.Taklimat diteruskan dengan taklimat daripada En Mohd Nashri B Yaakub. Beliau menyarankan agar nama kumpulan yang disenaraikan perlu berbilang kaum supaya dapat mengeratkan perpaduan kaum. Sebagai persediaan bukti untuk dokumentasi dalam penulisan refleksi, para pelatih seharusnya mengambil gambar. Beliau turut mengingatkan dan menekankan bahawa hanya dengan disiplin yang tinggi dapat menjamin kejayaan dalam Bina Insan guru. Akhir sekali, Encik Mohd Nashri B. Yaakub menyarankan agar setiap pelatih menyediakan senarai semak masing-masing supaya kes lupa peralatan tidak berlaku. Ini adalah kerana, sebarang kejadian lupa peralatan tidak akan diterima sebagai alasan kerana BIG pada kali ini akan dibuat di luar kawasan IPG.Selepas itu, taklimat diteruskan lagi dengan penerangan bahawa program BIG adalah penting dan wajib untuk semua pelatih. Kegagalan pelatih dalam program BIG akan mengakibatkan mereka gagal secara keseluruhan program pengajian. Beliau turut menekankan bahawa elemen paling penting dalam BIG adalah nilai kerjasama dan untuk memastikan adanya kerjasama, perlunya ada ketua. Semua tugasan dan tanggungjawab haruslah dilakukan berdasarkan panduan dan arahan ketua. Selain itu, para peserta haruslah mendidik diri mereka dengan nilai patuh kepada masa. Penilaian dalam aktiviti BIG dijalankan oleh pensyarah melalui borang penilaian yang akan diserahkan kepada semua fasilitator.Selepas sesi taklimat berakhir, Encik Mohd Nashri B. Yaakub sebagai Kem Komandon BIG pada kali ini mengambil alih. Beliau mengingatkan semua pelatih supaya menyediakan dan membawa pakaian yang sesuai dengan aktiviti air yang akan dijalankan. Beliau juga mengingatkan bahawa kembara pada kali ini bersifat ala-komando dan para peserta harus bersiap sedia. Turut diingatkan juga supaya para peserta sentiasa mementingkan kebersihan dan keselamatan sepanjang BIG. Sesi pelantikan pengerusi dan naib pengerusi telah dijalankan melalui undian. Daripada undian tersebut, tugas penghulu telah dipertanggunjawabkan oleh peserta yang bernama Muhammad Khairul Arif Bin Muhd Radzi dari kelas TESL menjadi penghulu, manakala Nur Izzati Binti Ridzuan akan menjadi naib pengerusi. Selepas sesi pelantikan pengerusi, semua peserta pun bersurai dan kembali ke kolej kediaman.Sesi kali ini tamat dalam sekitar jam 6.00 petang.

Perjumpaan Kedua.PERJUMPAAN PELATIH PISMP KALI KE 2Tarikh: 20 FebruariTempat: Cafe AsramaMasa: 5.00 7 .00 petangPerjumpaan kali kedua ini adalah menjurus kepada pelantikan AJK semasa kursus Bina Insan Guru. Walaubagaimanapun, kehadiran dilihat kurang memuaskan memandangkan masih terdapat pelatih yang masih tidak menghargai masa dengan betul.Pelantikan AJK ini telah dibuat oleh pengerusi dan naib pengerusi. Para peserta diminta mencalonkan peserta yang boleh menjadi ahli jawatankuasa. Daripada pelantikan ini, berikut merupakan ahli jawatankuasa bertindak dalam kursus BIG untuk PISMP.Pengerusi : Muhammad Khairul Arif Bin Muhd RadziNaib pengerusi : Nur Izzati Bt. RidzuanSetiausaha : Feffah KuilinNaib setiausaha : Wong Siaw YihBendahari : Nur Shafini Bt. Mohamad NorAjk Makanan : Nur Rohazirah Bt. RoslanAjk Pengangkutan : Muhammad Saufik B. Ahmad IsmailAjk Peralatan : Mohd Al Hafiz B. Mohd SabriAjk Kebajikan & Keselamatan : Mohamad Zabidi B. Mohamad AliAjk Buku Program : Abdul Wafi B. Abdul HalimAjk Kerohanian Dan Moral : Muhamad Riduan B. MuhamadAjk Dokumentasi : Muhammad Alif Firdaus B. IsmailAjk Persiapan Tempat : Floyid Bin JanainAjk Protokol : Piong Siy SiewAjk Pengacaraan & Teks Ucapan : Abdul Malik B. MoksinTugas-Tugas Khas: Fakrullah Amri B. Amsani Selepas pelantikan ajk bertindak, setiap ketua AJK terus memilih anak buah untuk menolong mereka melaksanakan tugas. Saya telah dipilih dibawah AJK Peralatan. Senarai AJK Peralatan adalah seperti berikut :Ketua : Mohd Al HafizPenolong Ketua : Monica Anak MangohAhli Ahli : 1. Hamilia binti Taha2. Muhammad Azimin3. Shafil B. Salam4. Aida Illyana 5. Anis Farzana

LAPORAN SEMASA BIG

HARI PERTAMA PROGRAM BIGHari :ISNIN Tarikh: (18 Mac 2013)

Hari ini merupakan hari pertama Program Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 1. Pada pagi ini seawal jam 7.30 pagi kami sudah mula berkumpul di depan bilik Gerko untuk sesi pendaftaran nama peserta. Selepas selesai sesi pendaftaran, kami diarahkan oleh jurulatih untuk berkumpul berbaris bertiga-tiga. Jurulatih memberikan sedikit Taklimat dan kata-kata semangat kepada kami semua. Selesai taklimat semua peserta di bahagikan kepada dua kumpulan untuk menaiki bas. Kelas Pendidikan Pemulihan 2 dan kelas TESL bas satu . Kemudian, kumpulan pendidikan Pemulihan 1 dan PPC(Program Pelajar Cemerlang) menaiki bas kedua. Sebelum semua peserta bertolak, kami telah diberi telur seorang sebiji sebagai barang amanah. Barang amanah ini mestilah dijaga sehingga akhir Program Bina insan Guru.Alhamdulilah, kami semua tiba dengan selamat di tapak Kem iaitu di Kampung Teluk Nipah, Kuala Muda, Kedah pada pukul 12.30 tengah hari. Setibanya di sana, kami telah diberi arahan oleh ketua jurulatih iaitu Tuan Azman, untuk mendirikan khemah. Mendirikan khemah pada pagi itu merupakan aktiviti utama kami. Setiap khemah terdiri daripada 1 khemah besar bagi peserta lelaki dan 5 buah khemah di luar perkarangan rumah Pak Darus. Untuk peserta perempuan dan selebihnya tidur di bawah rumah Pak Darus. Tapak kawasan Kem BIG ini sangat luas dan sangat selesa. Sebelum mendirikan khemah, jurulatih kami memberikan tunjuk ajar dan bimbingan tentang caracara mendirikan khemah dan ikatan yang boleh digunakan untuk mengikat khemah supaya khemah itu tidak roboh.Selesai mendirikan Khemah, pada pukul 1.45 petang, semua Peserta di minta untuk menguruskan diri , makan tengah hari dan bersiap sedia untuk solat zuhur bagi yang muslim dan peserta bukan islam melakukan aktiviti moral. Kemudian, semua peserta BIG Fasa 1 Siri 1 dikumpulkan semula pada pukul 2.45 petang untuk sesi LDK , di mana kami belajar mengenai ikatan dan simpulan tali. Antara ikatan dan simpulan tali yang kami pelajari ialah simpulan tindih kasih, simpulan manuk, ikatan 8, simpulan nelayan, simpulan bunga geti, ikatan seraya, ikatan balak dan banyak lagi. Semua peserta berjaya menguasai beberapa ikatan dan simpulan yang diajar oleh jurulatih dan seterusnya membantu mengajar kawan - kawan yang lemah dalam ikatan dan simpulan tali. Sesungguhnya, setiap orang harus menguasai jenis jenis ikatan ini bagi memudahkan kerja kerja mengikat rakit yang bakal dibina nanti. Selepas belajar sesi ikatan dan simpulan tali, kami berehat untuk makan tengah hari.Selain itu pelbagai aktiviti yang jurulatih lakukan sebagai contoh membuat pertandingan tali paling panjang menggunakan ikatan simpulan nelayan. Kami semua sangat teruja dan gembira.Tepat pukul 4 petang pula, kami semua diminta berbaris beramairamai untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu water confident. Tujuan water confident adalah untuk meningkatkan keyakinan diri. Di mana, kami sebagai bakal guru harus berani dan yakin dengan segala perkara. water condfident di mana saya diminta turun ke dalam air dan disuruh melakukan beberapa pergerakan secara berpasangan. Kemudian, kami telah melakukan aktiviti Water Confident dari persisir pantai hingga ke tengah-tengah laut. Selepas semua peserta berjaya melakukan water Confident dengan mengapungkan diri, jurulatih memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk menyelamatkan diri dengan betul.. Dalam aktiviti ini kami telah diajar cara menyelamat diri di dalam air dengan menggunakan baju atau jaket keselamatan. . Aktiviti lebih menarik lagi apabila kami di suruh berenang daripada aras rendah hingga aras tinggi. Aktiviti seperti water confident adalah penting kerana melalui aktiviti ini akan dapat memberi keyakinan kepada seseorang semasa di dalam laut. Oleh sebab itu, aktiviti ini dilakukan terlebih dahulu oleh perenang sebelum mereka berenang. Manakala aktiviti menyelamat pula adalah satu bonus kepada saya dan sahabat-sahabat kerana berpeluang mempelajari teknik yang betul untuk menyelamatkan diri. Ini penting kerana kita mungkin tidak pandai berenang tetapi kita boleh menyelamat dari pantai menggunakan jaket keselamatan. Pada pendapat saya, aktiviti ini sangat berguna dan menyeronokkan. Semasa aktiviti ini selain dapat mengurangkan tekanan saya juga dapat mengetahui asas dan teknik berenang yang betul. Selesai aktiviti air yang pertama iaitu water confident, aktivii ini tamat kira-kira pada pukul 6.30 petang. Semua peserta dikehendaki membasuh balik jaket keselamatan yang di pakai. Sementara itu, terdapat ahli kumpulan( )yang bermasak pada petang itu menyediakan minuman petang untuk peserta-peserta lain. Usai minum petang, semua peserta di kehendaki mengurus dan mengemas diri untuk persiapan solat jamak maghrib dan isyak. Solat jamak Maghrib dan isyak dimulakan pada pukul 7.30 malam. Selepas selesai solat, semua peserta muslim dan muslimat mendengari tazkirah daripada peserta yang betugas untuk menyampaikan tazkirah dan jurulatih iaitu ustaz nazir juga berkesempatan menyampaikan tazkirah. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Selesai soalat dan tazkirah semua peserta islam dan bukan islam bersiap sedia untuk hidangan makan malam. Pada malam pertama, kumpulan yang bertugas untuk memasak adalah Tutti fruti antara menu masakan pada malam itu adalah singgang ikan , sayur campur, nasi dan buah pisang.semua peserta makan dengan gembira dan sangat lapar. Seterusnya, selesai waktu makan malam, tepat pukul 9 malam, semua peserta dikehendaki berkumpul di depan tapak perkhemahan. Ketua Jurulatih menyuruh kami semua berbaris bertiga-tiga dan memulakan pengiraan bermula dari kanan. Selesai itu, aktiviti pada malam itu adalah ICE breaking yang di kelola oleh Jurulati En Hj Rahim. Aktiviti pada malam pertama sangat seronok di mana semua peserta di kehendaki mengenal ahli kumpulan masing-masing. Kami diberi arahan untuk melukis wajah ahli kumpulan dan mengetahui maklumat dirinya sebagai contoh, asal, tarikh lahir , hobi dan juga matlamat hidup. semua peserta sangat teruja dan sangat kelakar. Aktiviti ini dijalankan untuk mengeratkan silaturahim antara kumpulan. Aktiviti ini tamat pada pukul 12. 30 dan semua peserta kelihatan letih . oleh itu, semua peserta di benarkan untuk tidur. Sementara itu, bagi peserta yang berkawal pada tengah malam dikehendaki menjalankan tugas.Saya adalah salah seorang peserta yang di kehendaki menjaga malam dari pukul 12.30 hingga 3 pagi. Tugas ini sangat mencabar fizikal dan mental saya. Walau bagaimanapun, saya tetap menyahut cabaran biar pun letih saya turut perintah kerana untuk mencari pengalaman menjaga malam bukan senang. Kawalan malam adalah salah satu tugas yang sangat penting kerana, pada waktu malam lah, selalunya banyak perkara aneh berlaku. Alhamdulillah giliran jagaan malam saya berjalan dengan lancar. Tepat pukul 3 pagi peserta-peserta yang berjaga malam dari pukul 12.30 pagi hingga 3 pagi dikehendaki mengejutkan peserta-peserta yang jaga malam dari pukul 3 hingga 5.itu sahaja aktiviti yang berlaku pada hari pertama.

HARI KEDUA PROGRAM BIGHari :SELASATarikh: (19 MAC 2013)

Hari ini kami peserta BIG fasa 1 siri 1 meneruskan lagi program dengan aktiviti yang pertama adalah memulakan dengan solat subuh pagi berjemaah bagi peserta islam dan bagi bukan islam melakukan aktiviti moral. Selesai aktiviti kerohanian, kami semua sarapan pagi dan sarapan pada pagi selasa ini, di siapkan oleh kumpulan___ Setelah habis sarapan, kami semua menerima arahan untuk berkumpul di depan Pantai. Aktiviti utama pada hari ini adalah mendaki. Kami semua akan mendaki bukit dan akan melakukan aktiviti memasak survival di dalam hutan. Ketua jurulatih memberikan sedikit taklimat tentang keselamatan dan pembahagian kumpulan. Untuk aktiviti memasak survival setiap kumpulan mestilah membawa barang , bahan dan alat-alat memasak. Pergerakan untuk pergi ke bukit itu melalui dua jalan . jalan yang pertama adalah dengan melalui jalan raya. Kumpulan yang melalui jalan raya adalah kumpulan yang membawa barang dan alatan yang berat. Sementara itu, jalan kedua adalah dengan mendaki bukit. Kumpulan yang mendaki bukit membawa barang-barang yang sederhana berat. Oleh itu, perjalanan kami semua berjalan dengan lancar kerana adanya cara yang sistematik. Saya tergolong dalam kumpulan yang pertama iaitu menggunakan jalan raya kerana membawa barang-barang yang berat. Semasa dalam perjalanan saya berasa sangat letih dan seronok. Semua ahli kumpulan saling bantu-membantu. Semasa perjalanan, ada beberapa orang peserta yang tidak larat, oleh itu, jurulatih yang mengikuti kami, memberi kebenaran untuk berehat.Perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Sesampainya di sana, kami semua terkejut dengan keadaan bukit yang cerun menyebabkan beberapa orang rakan saya tergelincir ketika ingin menaiki bukit itu. Namun, kerjasama yang utuh antara satu pasukan dengan pasukan yang lain jelas terbukti apabila masing masing menghulurkan bantuan kepada rakanrakan yang jatuh tergelincir daripada bukit tersebut. Selain daripada Jungle Trekking, kami di kehendaki memasak dan aktiviti ini di namakan masakan Survival .kami dikehendaki memasak dengan menggunakan bahan yang diberikan oleh jurulatih mengikut ahli kumpulan. Aktiviti ini memang menyeronokkan. Antara bahan yang diberi adalah, telur, kubis, bawang, cili, air dan beras. Kami telah bekerjasama menyediakan makanan untuk hidangan tengah hari kami. Di sini, saya mendapati bahawa ia merupakan satu pengalaman yang baru memasak di dalam hutan menggunakan hanya satu sahaja tempat memasak. Selepas selesai menjamu selera, kami meneruskan perjalanan kami balik ke tempat perkhemahan. Dalam perjalanan balik pula, kami diminta untuk bertukar jalan dengan kumpulan yang lagi satu. Kumpulan 1 akan pulang melalui hutan dan kumpulan 2 akan pulang dengan melalui jalan raya. Dalam merentasi hutan yang tebal, pelbagai ujian dan cabaran yang kami tempuhi, ada di antara sahabat-sahabat saya yang jatuh semasa menuruni bukit kerana terlalu curam. Ini merupakan pengalaman saya yang ketiga mendaki bukit.Sampai sahaja semua peserta-peserta BIG, kami semua diminta untuk mengurus diri dan mengemas segala barang dan alatan yang diberi. Selesai mengemas tepat pada pukul 5.30 petang bagi yang muslim solat jamak asar dan zuhur. Semua ahli pada masa itu kelihatan sangat penat. Selesai solat, semua peserta diminta bersiap sedia untuk makan petang. Selesai makan petang , aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti membina istana pasir. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan membuat istana pasir juga ada tujuannya iaitu untuk menguji daya kreativiti dan semangat berpasukan dalam menyiapkan tugasan.Aktiviti diteruskan semula selepas solat jamak maghrib dan isyak juga tazkirah. Aktiviti pada malam itu adalah membuat rakit. Sebelum itu, jurulatih meminta beberapa orang ahli dari setiap kumpulan untuk membuat Refleksi Diri untuk aktiviti darat pagi tadi iaitu jungle Trekking. Dalam aktiviti ini, kami duduk dalam kumpulan masing masing dan menceritakan mengenai pengalaman dan apa yang kami perolehi daripada pendakian kami ke puncak. Antara perkara yang di kongsikan oleh rakanrakan ialah berkenaan dengan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan pasukan terutamanya dalam membawa barang barang keperluan untuk mendaki bukit tersebut dan semangat setia kawan yang jelas terbukti dalam diri masing masing apabila masingmasing bergerak mendaki bukit dalam satu pasukan dan bukannya secara individual. Pada akhir sesi refleksi diri itu, jurulatih memuji sikap berpasukan kami dalam melaksanakan aktiviti yang diarahkan dan memberitahu bahawa kumpulan BIG kami kali ini ibarat satu keluarga iaitu sanggup menghadapi segala rintangan. Sebelum aktiviti membuat rakit bermula, Ketua Jurulatih membahagikan kumpulan untuk berakit oleh sebab ada ahli kumpulan yang kekurangan tenaga lelaki. Selesai pembahagian kumpulan, maka bermulalah pula sesi untuk membuat rakit. Setiap kumpulan bertungkuslumus menyediakan peralatan untuk membuat rakit seperti mengepam tayar, mengikat batang paip dan menyediakan pendayung. Segala jenis ikatan yang telah diperkenalkan oleh jurulatih pada hari pertama BIG kami aplikasikan sepenuhnya untuk mengikat rakit tersebut. Saya rasa sangat bertuah kerana ada antara ahli kumpulan saya yang begitu cekap dan handal tentang mengikat tali. Ikatan dan simpulan tali yang utama kami gunakan untuk mengikat rakit ialah ikatan balak, ikatan seraya dan simpulan manuk. Pada detik inilah, saya dapat merasakan bahawa kumpulan kami mengalami beberapa kesukaran untuk membuat rakit kerana saiz tayar getah untuk dijadikan pelampung rakit tidak sama saiz dan bilangan tali untuk mengikat rakit pula tidak mencukupi kerana terdapat kumpulan yang mengambil tali lebih daripada yang sepatutnya. Di samping itu, kami mengalami masalah untuk membina rakit kerana terdapat percanggahan idea mengenai reka bentuk rakit kami pada peringkat awal. Lantaran itu, rakit yang diikat pada awal awal lagi terpaksa kami buka kembali dan akhirnya membuat rakit yang sama reka bentuk dengan kumpulan lain. Kami bekerjasama menyiapkan ikatan walaupun penat petang tadi tidak reda lagi. Sesi membina rakit mengambil masa yang agak lama kerana kami ingin memastikan rakit yang kami bina itu bena benar kukuh, selamat dan boleh digunakan untuk aktiviti berakit keesokkan harinya. Akhirnya, tepat pukul 3.30 pagi rakit kami siap dibina sepenuhnya. Saya berasa gembira tetapi perasaan risau tetap ada di hati kerana saya bimbang rakit itu tidak dapat bertahan lama di air ataupun ikatan yang kami buat tidak cukup kuat untuk menampung beban yang berada di atas rakit. Walau bagaimanapun, esok adalah hari penentu bagi semua peserta BIG fasa satu siri satu.

HARI KETIGA PROGRAM BIGHari: RabuTarikh: (10 April 2013) Hari ini merupakan hari yang ketiga Program BIG fasa satu siri satu , semua peserta bangun seawal 5.30pagi untuk solat subuh dan aktiviti kerohanian. Aktiviti kami hari ini dimulakan dengan sesi senaman dan regangan pagi barulah disusuli dengan aktiviti air. Sebelum aktiviti air yang kedua iaitu berakit dimulakan, Ketua Jurulatih memberikan taklimat dan nasihat kepada semua peserta supaya berhati-hati.Aktiviti berakit dimulakan dengan memastikan segala ikatan pada rakit di ikat dengan betul. Selepas itu, semua peserta diminta menyapu lumpur ke muka untuk mengelakkan daripada muka terbakar. Pergerakan rakit dimulakan dengan satu-satu kumpulan agar tidak berlanggar sesama sendiri. Cuaca pada masa itu sangat terik . Suatu kepuasan yang kami dapat rasakan apabila rakit yang kami bina semalaman itu berjaya diapungkan dan bertahan lama dalam air tasik. Ketika aktiviti berakit itu, kami didedahkan dengan pelbagai jenis terjunan daripada rakit oleh jurulatih kami iaitu terjunan secara biasa, dari belakang dan secara twist. Ini merupakan pengalaman baru yang saya dapat pelajari dalam Program BIG ini kerana selama ini saya memang tidak pernah berenang apatah lagi melakukan terjunan di tengah-tengah laut. Sesungguhnya, aktiviti berakit ini memerlukan kesabaran yang tinggi, azam yang tidak pernah luntur, semangat berpasukan yang kuat dan daya usaha yang gigih untuk sampai ke garis penamat. Segala penat lelah saya dapat rasai sepanjang aktiviti berakit ini. Dari titik itu, saya menyedari bahawa untuk sampai ke suatu puncak kejayaan, seseorang itu haruslah memberikan sepenuh penuhnya daya usaha dan berkorban tenaga barulah kejayaan yang di perolehi itu bermakna dan dapat memberikan suatu kepuasan kepada diri sendiri. Sesungguhnya, pengorbanan dan segala lelah penat kami akhirnya membuahkan hasil yang baik. Aktiviti berakit tamat pada pukul 2.00 petang. Selepas tamat aktiviti berakit semua peserta di kehendaki mengemas segala barang-barang dan peralatan. Seterusnya, semua peserta mengurus diri siap sedia untuk solat jamak zuhur dan asar.

Selepas selesai solat dan minum petang, kami diberi arahan untuk berbincang tentang malam kebudayaan. Kkumpulan saya memilih untuk membuat persembahan campuran iaitu dalam satu persembahan ada sajak, nyanyian , dan yang paling istimewa adalah puppet Socks iaitu persembahan wayang kulit dengan menggunakan tangan. Melalui malam kebudayaan ini setiap peserta dapat menonjolkan bakat masingmasing. Sementara tunggu malam kebudayaan, kami semua dihidangkan dengan makanan yang istimewa. Pada malam terakhir selalunya akan buat BBQ dan semestinya ada kambing bakar, ayam bakar, jagung bakar , sosej, udang salut tepung dan sebagainya. Sambil-sambil makan, kami juga ditayangkan satu video berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung.Tibalah masanya dinantikan, tepat pukul 12 tengah malam, semua peserta bersiap sedia untuk mempersembahkan persembahan mereka. Apabila tibanya giliran kumpulan kami semua kumpulan ketawa dan terhibur dengan persembahan puppet sock. Dalam persembahan kami, kami telah menyampaikan mesaj kepada semua peserta supaya jangan pernah putus asa dalam mengharungi dugaan kehidupan. Semua kumpulan telah membuat persembahan yang terbaik. Semua jurulatih dan peserta bersuka ria dan sangat seronok dan pada saat ini, hati saya sangat terharu melihat sahabat-sahabat kerana hari ini merupakan malam terakhir penyeksaan , malam terakhir penderitaan dan malam terakhir kebahagian. Pada malam terakhir itu juga, kami telah diberi kejutan , En Rahim adalah salah seorang daripada jurulatih kami, tuan rahim telah membeli kek untuk menyambut hari lahir seorang peserta BIG. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup manis bagi mereka. Semua peserta terharu kerana hari esok adalah hari penamat. Terasa baru semalam sampai. Masa berjalan begitu cepat sebab itu kita mesti menghargai setiap detik dalam hidup kita. Hari esok , adalah hari yang dinantikan.

HARI KEEMPAT PROGRAM BIGHari: KhamisTarikh: 11 April 2013

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Program BIG Siri1 /2013. Aktiviti pagi seperti biasa solat dan aktiviti kerohanian. Selesai solat sarapan pagi. Selepas selesai sarapan pagi semua peserta diminta berada dalam khemah untuk slot LDK yang tergendala. Selepas itu kami semua dikehendaki untuk membuat refleksi berkaitan dengan pengalaman BIG. Selepas itu, majlis penutupan berlangsung yang dirasmikan oleh pengarah. Selepas itu, kami menurunkan khemah mengemas segala peralatan, mengemas segala barang-barang memasak dan menyusun segala peralatan yang telah digunakan. Ajk peralatan diminta mengumpulkan semua alat dan barang-barang setempat, dan mengira kuantiti barang-barang yang di bawa pada hari pertama. Semasa memantau dan mengira semua peralatan, di dapati ada satu alat pendayung hilang. Pendayung itu hilang semasa melakukan aktiviti berakit. Oleh itu, kami semua terpaksa menggantikannya kerana harga pendayung tersebut mencecah puluhan ringgit. Dengan itu, kami semua diberi peringatan oleh Ketua komander supaya berhati-hati dan sentiasa peka akan situasi. Sebelum bersurai kami semua sempat melakukan aktiviti LDK iaitu membuat refleksi. Pada masa itu Tuan Hj Rahim meminta kami menulis borang penilaian dan borang refleksi diri. Seusai itu, kami semua diminta berkumpul dan berbaris bertiga-tiga kerana ketua jurulatih ingin memberikan taklimat. Sejurus kemudian, kami semua dibenarkan bergerak untuk pulang ke Institut Perguruan darulaman. Saya sempat mengucapkan terima kasih kepada kesemua jurulatih dan sempat memberikan cenderahati kepada mereka. Saya merasakan BIG kali ini sangat bermakna buat saya.

REFLEKSI KENDIRI

Syukur Alhamdulilah, kerana Tuhan telah memberkati perjalanan Program Bina Insan Guru Siri 1/2013 ini dengan sempurnanya sehingga kini ia dapat didokumentasikan ke dalam bentuk penulisan. Sesungguhnya, Program Bina Insan Guru yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di KG. Telok Nipah, Kuala Muda, Kedah ini memberikan banyak input yang berguna kepada saya untuk membina nilainilai sahsiah keguruan, meningkatkan daya ketahanan dan fizikal saya dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial sebagai bekalan untuk menjadi seorang guru yang gemilang suatu masa kelak. Sepanjang Program Bina Insan Guru ini, saya menempuhi pelbagai cabaran, dugaan dan halangan yang diberikan oleh kesemua jurulatih dalam setiap aktiviti. Saya menyedari bahawa aktivitiaktiviti yang didedahkan kepada kami bukanlah hanya untuk berseronok sematamata sebaliknya terdapat mesej penting yang ingin disampaikan melalui perlaksanaan aktiviti tersebut dan terpulang kepada diri individu itu sendiri untuk melihat, menilai, mengkaji dan mengaplikasikan mesej mesej yang ingin disampaikan itu.Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan program yang ulung ulung kali saya sertai dan ia merupakan pengalaman yang tiada ternilai harganya serta amat sukar diperolehi. Melalui program ini, saya dapat menyerap beberapa nilai murni untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan memberi peluang kepada saya untuk menilai kemampuan diri sebagai persediaan menjadi seorang guru yang proaktif, kreatif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi. Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Bina Insan Guru ini ialah aktiviti Water Confident, aktiviti Jungle Trekking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti berakit, masakan rimba, kawad kaki, BBQ dan malam kebudayaan yang pasti mempunyai motifnya yang tersendiri untuk para peserta nilai dan kaji.Dalam program ini, saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan mereka yang tidak sempat saya kenali sebelum ini. Seperti yang di sedia maklum. Kami terdiri daripada 84 orang peserta dan telah di bahagikan kepada 8 kumpulan. Saya tergolong dalam kumpulan 7 di mana, saya telah dapat mengenali ahli baru dalam kumpulan saya. Setiap satu kumpulan mempunyai 11 atau 10 orang ahli. Ahli kumpulan saya terdiri daripada. Akhmalianie(PL2), Fatin Farahin(PL1), Fatin Fakhirah(TESL), Ailin Wong(PL1), King Lin(PL1), Illy Nadhirah(PCC), Wong Chin Fee (PL2),Muhamad Alif Firdaus (TESL)dan Jamilliatul hayat(PCC) .Saya mendapati bahawa setiap ahli kumpulan memiliki personaliti yang tersendiri dan mampu menyerlahkan diri mereka dalam kumpulan dan secara tidak langsung berlaku persaingan yang sihat antara kumpulan- kumpulan yang dibentuk. Selain itu, kami melaksanakan tugasan yang diberikan bersamasama walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan. Namun begitu, motivasi yang tinggi dalam kalangan ahli kumpulan akhirnya membuahkan kejayaan yang membanggakan Tuntasnya, seorang bakal guru memang harus memiliki kemahiran komunikasi yang berkesan, dapat bersosial dengan baik dan bekerja secara ikhlas dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan tingkah laku.Selain itu, saya juga dapat membina keyakinan diri dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang di dalam program BIG ini. Antara aktiviti yang saya merasakan mencabar adalah aktiviti berakit dan mendaki iaitu Jungle Trekking. Sejujurnya, keadaaan saya sepanjang program BIG siri 1 ini tidak begitu baik kerana saya tidak berapa sihat. Saya didapati mempunyai masalah pada tulang belakang akibat sport Injury. Oleh itu, doktor telah memberikan surat pengecualian daripada BIG ini. Namun begitu, saya tetap kuatkan semangat untuk pergi menjalani bersama-sama rakan. Memang banyak perkara yang berlaku kepada saya semasa berakit saya tidak dapat bertahan lama duduk dan mendayung, tetapi syukur Alhamdulilah, dengan semangat rakan-rakan sekumpulan, saya terus bersemangat dan tabahkan hati. Sama juga semasa saya mendaki. Saya tidak kuat dan keadaan saya lemah, tetapi dengan bantuan dan dorongan sahabat lah saya terus maju sampai ke garisan penamat. Saya telah mencabar mental dan fizikal saya. Saya merasakan saya telah menang dan berjaya. Begitu susah hendak menghadapi rintangan begitu jugalah semasa kita jadi guru sebenar bagaimana kita akan berhadapan dengan pelbagai situasi dan masalah. Saya juga telah mencabar diri saya, jika jurulatih saya yang berumur 50 tahun dapat mendaki dan menuruni bukit dan dapat menempuhi rintangan di dalam hutan, kenapa tidak saya. Oleh itu, jurulatih-jurulatih tersebut sebagai pedoman saya untuk terus mara ke hadapan. Saya sangat terharu akan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan kepada saya.Selain itu, di dalam Program Big ini pula ialah saya dapat mengukur sejauh mana kebolehan diri saya dan seterusnya bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Misalnya dalam aktiviti Water Confident saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk belajar berenang dengan baik kerana saya memang tidak pandai berenang namun bantuan daripada rakan rakan dan jurulatih kami sendiri akhirnya telah saya berjaya juga mengatasi ketakutan saya berada di tengah-tengah laut. Menyedari hakikat bahawa seorang guru itu mungkin akan ditempatkan di manamana sahaja tak kira di bandar mahupun luar bandar, pendedahan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal guru untuk bersikap lebih yakin mengalas tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Bukan itu sahaja, sebagai seorang bakal guru saya harus berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh pihak atasan dengan sempurna dan jayanya.Seterusnya, dalam melakukan aktiviti, nilai bertolak ansur antara satu sama lain adalah sangat penting. Nilai ini dapat diterapkan apabila setiap malam kami satu kumpulan bergilirgilir berkawal di kawasan khemah daripada jam 12 hingga ke jam 5 pagi dan semasa aktiviti mengikat tali rakit. Meskipun, tugas berkawal malam ini amat memenatkan namun dengan adanya nilai bertolak ansur dalam kalangan ahli kumpulan yang bertugas mengikut jadual waktu sedikit sebanyak telah melancarkan perlaksanaannya. Seandainya, setiap daripada kami mementingkan diri dan tidak mahu bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan nescaya tugas ini akan mengalami kegagalan. Lantaran itu, saya percaya bahawa suatu hari kelak saya pasti akan diberi tugas oleh golongan atasan bersamasama dengan guru lain yang memerlukan kami bertolakansur supaya matlamat utama tercapai. Ini jelas menunjukkan bahawa Program BIG ini amat penting kepada kami sebagai bakal guru sebagai persediaan awal menghadapi alam perguruan yang pastinya mencabar kesabaran diri.Selain itu juga, semasa mengikat tali untuk membuat rakit juga kita mestilah bertolak ansur. Saya mendapati kumpulan saya begitu teruja dan bersemangat untuk melakukannya. Saya dan ahli kumpulan sering bertukar-tukar pendapat dan idea agar dapat menghasilkan rakit yang sebenar. Saya telah menggunakan segala kemahiran yang saya ada dalam ikatan. Alhamdulilah semua nya berjalan lancar. Apa yang paling seronok adalah apabila Ketua Jurulatih kata, kami punya rakit sangat kukuh. Itu merupakan perkara yang paling bahagia dalam hidu saya.Seterusnya, tentang kreativiti dan fleksibel seorang bakal guru. Kreativiti dan fleksibel ini diselitkan melalui persediaan malam kebudayaan di mana kami berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang meriah dan persembahan yang menarik bagi menjayakan malam kebudayaan tersebut. Dalam masa yang singkat, kami dikehendaki membuat persembahan kumpulan dengan tema Malam Ekspedisi berunsurkan pengajaran saya dan ahli kumpulan berbincang tentang persembahan dan akhirnya berjalan dengan lancar jua. Saya dan ahli kumpulan sangat seronok kerana dapat membuat satu persembahan yang dapat memberikan sambutan yang baik. Bukan kami sahaja, bahkan ramai kumpulan lain melakukan aktiviti yang sangat kreatif dan kritis . Ketika ini, saya mendapati bahawa setiap peserta BIG kreatif dalam memberi idea yang bernas demi menghasilkan sebuah persembahan yang baik. Bukan itu sahaja, nilai fleksibel dalam diri dapat diterapkan ketika kami mengadakan masakan rimba semasa Jungle Trekking iaitu kami menyesuaikan diri dengan suasana di dalam hutan yang tidak mempunyai apa-apa kemudahan. Situasi seumpama ini sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa sekiranya saya ditugaskan mengajar di kawasan pedalaman, saya harus menggunakan daya usaha dan kreativiti saya sendiri untuk menghasilkan alat bantu mengajar.Hal ini demikian kerana tidak semua kawasan pedalaman dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap, jadi saya harus mengasah pemikiran saya dari semasa ke semasa dengan idea idea dan pengalaman baru bagi membantu anak didik di daerah yang semakin dilupakan itu membawa mereka ke puncak kejayaan.

Akhir sekali, Program BIG ini banyak mendatangkan kebaikan kepada diri saya di mana seluruh kekuatan mental dan fizikal saya diuji sepenuhnya bermula daripada panasnya bahang matahari, kesejukkan air laut Pantai Merdeka, kepenatan meredah hutan, berkayak dan aktiviti lain yang mencabar telah dilalui. Sesungguhnya, pendedahan awal melalui aktivitiaktiviti yang diadakan dapat memberi gambaran kepada saya bahawa dunia perguruan merupakan bidang yang mencabar dan menyeronokkan. Bahkan, melalui program BIG ini saya juga dapat mengetahui dan mengukur kemampuan dan ketahanan fizikal dan mental saya dalam menghadapi sesuatu tugasan iaitu sama ada bersedia ataupun belum. Pengalaman dan pengetahuan yang baru ini penting sebagai bekalan kepada saya sekiranya saya ditugaskan di kawasan luar bandar kelak. Secara keseluruhannya, saya amat gembira dan menikmati perjalanan yang menyeronokkan sepanjang BIG ini. Pengisiannya amat bermakna sehingga banyak perkara yang dapat saya pelajari daripada program ini.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih-jurulatih yang banyak memberikan saya inspirasi dan juga motivasi. Setiap teguran, setiap kemarahan jurulatih kepada kami semua membawa kebaikan kepada kita semua. Saya tidak akan melupakan setiap denda dan seksa yang di lakukan oleh jurulatih-jurulatih kerana, dengan itu, saya terus cekal dan tabah. Saya juga tidak akan lupa akan ketua jurulatih iaitu En Azman yang banyak mengajar tentang erti kesyukuran. Setiap kali makan pasti Tuan Man akan pastikan semua peserta habis dan tidak ada seorang pun yang membazir. Dengan cara ini, kami semua dapat mendisiplinkan diri untuk menjadi guru yang berwibawa. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan BIG terima kasih kerana memahami saya dan membantu saya. Saya berharap, aktiviti ini dapat diteruskan dan jika boleh dipelbagaikan aktiviti seperti berkayak atau berakit adalah begitu baik kerana melaluinya juga kita dapat melatih semangat berpasukan dan memperoleh ilmu baru untuk diaplikasikan.

Cadangan Penambahbaikan

Dalam menjalani apa sahaja program pasti ada kekurangan dan kelebihan. Itu biasa kerana ia merupakan lumrah kehidupan. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan, ada sesuatu yang kita inginkan tetapi tak dapat tetapi ada satu yang kita tidak mahu tetapi kita dapat oleh itu, di sini saya ingin menyatakan cadangan penambahbaikan dalam Program Bina Insan Guru ini iaitu berkenaan dengan atur cara perjalanan program. Sepatutnya, kita mestilah mengikuti aktiviti yang telah di catatkan di dalam jadual .oleh sebab itu ada beberapa LDK tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Saya berharap agar hal ini dapat di perbaiki. Selain itu juga, semasa hari terakhir sepatutnya ada majlis penutup. Tetapi di sebabkan ada beberapa perkara yang berlaku, majlis penutup tidak dapat dijalankan. Seterusnya, berkaitan tentang infrastruktur seperti kemudahan tandas. Seperti yang sedia maklum. Peserta perempuan sangat ramai dan ini memberikan kesukaran kepada peserta perempuan untuk bersiap awal. Saya mencadangkan supaya tandas di bina lagi supaya perjalanan aktiviti berlangsung dengan cepat dan sistematik. itu sahaja cadangan saya, saya harap, kita semua dapat bekerjasama menjayakannya.

Penutup

Secara keseluruhannya, Program Bina Insan Guru Siri 1/2013 ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh empat kelas iaitu Kelas PL1, PL 2, Tesl dan PCC. Program Bina Insan Guru yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Kem Sri Kg. Kedah ini memberikan banyak kebaikan dan kesan positif kepada diri guru pelatih dalam membina sahsiah permulaan sebagai seorang guru di samping melengkapkan diri dengan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Melalui Program Bina Insan Guru inilah guru pelatih akan mengenali identiti diri dengan lebih dekat, mengasah bakat serta kebolehan diri dengan lebih baik dan mengatasi segala kelemahan serta kekurangan diri demi mencapai matlamat profesionalisme perguruan. Kesan positif yang dapat diterapkan melalui perlaksanaan aktiviti sepanjang Program Bina Insan Guru ini ialah kemahiran berkomunikasi secara berkesan, berani melontarkan idea dan peka kepada pandangan orang lain, yakin pada diri dan bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab, bertolakansur dalam menyelesaikan sesuatu tugasan serta memupuk kreativiti dan bersikap fleksible dalam apa jua keadaan sekalipun. Semoga Program Bina Insan Guru pada masa yang akan datang lebih mencabar dan menyelitkan lebih banyak mesejmesej penting untuk saya sebagai bakal guru lihat, kaji dan praktikkan dalam diri.

LAMPIRAN BUKU PROGRAM

20