Bagaimana Anda Mengatasi Masalah Beg Sekolah Yang Berat Berisi Buku
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176...
Transcript of DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176...
- 1 -
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA
(BIDANG KUASA RAYUAN)
RAYUAN JENAYAH NO.B-05(M)-196-07/2015 (IDN)
ANTARA
EKO FERIYANTO ... PERAYU (Pasport no: A4110723)
LWN
PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN
(Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-175-09/2013
Pendakwa Raya
lwn
Eko Feriyanto)
KORAM
TENGKU MAIMUN TUAN MAT, HMR
MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR
ZAMANI A.RAHIM, HMR
- 2 -
PENGHAKIMAN MAHKAMAH
Pendahuluan
[1] Perayu, seorang warganegara Indonesia, telah disabitkan dan
dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas
pertuduhan pindaan seperti yang berikut:-
“Bahawa kamu pada 22 Februari 2013, lebih kurang
jam 6.43 pagi di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1
(CPP 1), Balai Ketibaan Antarabangsa, Aras 3,
Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di dalam Daerah
Sepang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah
didapati mengedar dadah berbahaya iaitu
Methamphetamine seberat 1824 gram dan dengan itu
kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah
Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang
sama.”.
[2] Terkilan dengan keputusan tersebut, Perayu telah memfailkan
rayuan ke Mahkamah ini. Kami telah mendengar rayuan ini pada
31.10.2016 dan di akhir penghujahan pihak-pihak, kami mendapati
rayuan bermerit. Oleh itu, kami telah membenarkan rayuan Perayu
dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Kini kami
menzahirkan alasan-alasan terperinci keputusan kami.
- 3 -
Ringkasan Kes Pendakwaan
[3] Naratif kes pendakwaan bolehlah diringkaskan seperti berikut:-
(a) Pada 22.2.2013, Perayu ialah salah seorang penumpang
penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (“KLIA”).
(b) Pada jam 6.43 pagi, tarikh yang sama, Pegawai Kastam
Mohd Sahazrul bin Mohd Sahar (SP6) melihat Perayu
menolak troli menghampiri Mesin Pengimbas D di
Cawangan Pemeriksaan Penumpang I (“CPP I”), KLIA .
(c) SP6 meminta Perayu mengimbas kesemua bagasi yang
dibawanya. Perayu membawa 3 bagasi iaitu:-
(i) 1 (satu) beg tarik warna kelabu berjenama ‘Swiss
Polo’ (P6) yang diletakkan di atas troli;
(ii) 1 (satu) beg silang warna hitam berjenama ‘Palazzo’
(P70); dan
(iii) 1 (satu) beg galas warna hitam bercampur kelabu
berjenama ‘X’ (P8) yang digalas oleh Perayu.
(d) Pegawai Kastam (Solehuddin Isa) yang bertugas di mesin
pengimbas ketika itu mendapati imej berwarna hijau yang
- 4 -
mencurigakan di bahagian tengah dasar beg tarik (P6).
(e) Setelah diperiksa, tag beg tarik tersebut tertulis No.
0232809734 atas nama EKO/FERIYANTOMR iaitu Perayu.
Beg tarik itu juga berada di dalam keadaan berkunci.
(f) SP6 mengarahkan Perayu untuk pergi ke Kaunter
Pemeriksaan D bagi pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan
lanjut dilakukan oleh SP6 dengan dibantu oleh Pegawai
Kastam Kanan Mohd Nazri bin Shafie (SP7).
(g) SP6 meminta Perayu membuka kunci dan nombor
kombinasi beg tarik. Perayu dilihat mengambil anak kunci
beg dari dalam beg silang yang dibawanya. Beg tarik itu
berjaya dibuka.
(h) SP6 mendapati ada pakaian-pakaian wanita di dalam beg
tarik tersebut. Setelah beg dikosongkan, SP6
mengarahkan Perayu untuk mengimbas beg tersebut sekali
lagi.
(i) Hasil imbasan mendapati imej hijau tadi masih lagi
kelihatan pada lantai bahagian tengah di bahagian dalam
dasar beg tarik.
(j) SP6 mengarahkan Perayu untuk memasukkan semula
- 5 -
barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg
tersebut ke Pejabat Kastam CPP 1 dengan diiringi oleh
SP6, SP7 dan Solehudin Isa.
(k) Pemeriksaan seterusnya telah dilakukan oleh SP7 dengan
disaksikan oleh Muhamad Ardy bin Ismail SP9 (IO),
Syarizal bin Mat Zahit (SP5), Kamarol Zaman bin Mohd
Daud (SP4) dan Perayu sendiri. Setelah melihat dan
mendapati bahagian lantai beg tidak selari dan tidak rata,
SP7 telah membuka bahagian lantai beg tersebut dengan
menggunakan pemutar skru.
(l) Setelah lantai beg dikeluarkan, SP7 menjumpai satu
bungkusan yang dibalut dengan cellotape berwarna coklat
mengandungi serbuk kristal putih. Ujian awal mendapati
bahan tersebut adalah positif dadah jenis
Methamphetamine.
(m) Pemeriksaan lanjut dibuat ke atas beg silang dan beg galas
yang dibawa oleh Perayu tetapi tidak menjumpai apa-apa
barang salah.
(n) Perayu dan kesemua bagasi yang dibawanya kemudiannya
diserahkan kepada SP9 untuk tindakan dan siasatan lanjut.
- 6 -
Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan
[4] Di akhir kes pendakwaan, Yang Arif Hakim Bicara memutuskan
bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima
facie terhadap Perayu dan Perayu telah diperintahkan untuk membela
diri atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.
[5] Pada intipatinya, alasan-alasan yang dinyatakan oleh Yang Arif
Hakim Bicara dalam mencapai keputusannya ialah seperti berikut:-
(a) Dadah berbahaya yang menjadi hal perkara pertuduhan
didapati berada di bawah jagaan dan kawalan Perayu;
(b) Berdasarkan berat dadah yang menjadi hal perkara
pertuduhan iaitu 1,824 gram Methamphetamine; anggapan
pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah
Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) adalah terpakai;
(c) Terdapat keterangan yang boleh dibuat inferen bahawa
dadah yang menjadi hal perkara pertuduhan adalah
bertujuan untuk diedarkan sebagaimana yang ditakrifkan di
bawah seksyen 2 ADB 1952, dan
(d) Analisis ahli kimia mengesahkan bahawa dadah berbahaya
yang menjadi hal perkara pertuduhan ialah dadah
berbahaya yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama
- 7 -
kepada ADB 1952.
Kes Pembelaan
[6] Perayu telah memberikan keterangan atas sumpah. Pembelaan
Perayu bolehlah diringkaskan seperti berikut:-
(a) Perayu ialah seorang warganegara Indonesia.
(b) Perayu bekerja di stesen (pam) minyak dengan gaji
sebanyak 1 juta 500 ribu rupiah semenjak tahun 2005.
Perayu juga bekerja sambilan sebagai penjual telefon
bimbit di Roxy Jakarta dengan pendapatan sebanyak 1 juta
rupiah sebulan.
(c) Perayu telah pergi ke Maldives pada 17.2.2013 untuk
mengambil baju-baju atas permintaan kawannya yang
bernama Agus Hasanah. Agus Hasanah ialah kawannya
semenjak sekolah menengah atas lagi. Baju-baju itu
dikatakan untuk diberikan kepada Jerry, seorang berbangsa
Afrika yang berada di Malaysia.
(d) Tiket penerbangan Perayu untuk ke Maldives ditanggung
sepenuhnya oleh Agus Hasanah manakala hotel telah
ditempah oleh Jerry. Perayu pernah berjumpa dengan
Jerry sebelum ini.
- 8 -
(e) Agus Hasanah memberitahu Perayu bahawa seorang
bernama Patricia akan menunggunya di hotel tempat di
mana dia menginap untuk memberikan baju-baju tersebut
kepadanya dan dia dikehendaki membawa baju-baju
tersebut untuk diberikan kepada Jerry yang tinggal di
Malaysia. Perayu menyatakan Jerry mempunyai ketinggian
lebih kurang 170 cm, badan berisi, rambut botak dan
berjanggut.
(f) Perayu mengatakan bahawa Patricia telah menyerahkan
kepadanya satu beg (Eks. P6) beserta 2 (dua) anak kunci
semasa di Dermaga sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur.
Perayu turut menggambarkan rupa bentuk Patricia semasa
memberi keterangan, iaitu berbadan besar, berkulit hitam
dan berasal dari Afrika seperti Jerry.
(g) Semasa menerima beg tersebut daripada Patricia, Perayu
ada membuka beg tersebut dan mendapati di dalamnya
mengandungi baju-baju wanita yang baru, lebih kurang 20
helai.
(h) Perayu menafikan yang dia mempunyai pengetahuan
mengenai kewujudan dadah di dalam beg tersebut.
(i) Perayu juga menafikan terdapat barang milikannya di
- 9 -
dalam beg tersebut dan menafikan beg tersebut hanya
mengandungi 6 helai baju.
(j) Perayu ada memberitahu pihak Kastam bahawa beg
tersebut adalah kepunyaan Jerry dan pihak Kastam telah
menyemak telefon bimbitnya setelah diberitahu perkara itu.
(k) Reaksi Perayu ialah biasa sahaja sebelum dadah
berbahaya dijumpai di dalam beg tersebut kerana dia yakin
bahawa beg tersebut hanyalah mengandungi baju-baju
wanita sebagaimana yang diberitahu oleh Agus Hasanah
kepadanya.
Keputusan Di akhir Kes Pembelaan
[7] Di akhir perbicaraan kes, Yang Arif Hakim Bicara telah
memutuskan bahawa pembelaan Perayu telah gagal menimbulkan
keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Oleh
itu, Perayu didapati bersalah, disabitkan dan dijatuhkan hukuman
gantung sampai mati seperti yang diperuntukkan oleh undang-
undang.
[8] Alasan-alasan utama Yang Arif Hakim Bicara apabila
memutuskan bahawa Perayu telah gagal menimbulkan keraguan
munasabah terhadap kes pendakwaan bolehlah diringkaskan seperti
berikut:-
- 10 -
(a) Pembelaan Perayu adalah merupakan sesuatu yang
difikirkan kemudian (“afterthought”), sukar dipercayai dan
tidak kredible;
(b) Pembelaan Perayu bahawa dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai isi kandungan beg tersebut adalah
suatu penafian kosong semata-mata;
(c) Anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952
telah gagal dipatahkan oleh Perayu; dan
(d) Doktrin kebutaan disengajakan (“wilful blindness”) adalah
terpakai terhadap Perayu.
Rayuan
[9] Peguambela terpelajar Perayu telah mengemukakan pelbagai
alasan untuk mencabar keputusan Yang Arif Hakim dalam Petisyen
Rayuan. Namun, di hadapan kami, alasan penting yang dikemukakan
ialah seperti berikut:-
(a) Yang Arif Hakim Bicara terkhilaf apabila memutuskan
bahawa pembelaan Perayu ialah sesuatu yang difikirkan
kemudian (“afterthought”) dan penafian kosong semata-
mata;
(b) Yang Arif Hakim Bicara terkhilaf apabila memutuskan
- 11 -
bahawa Perayu mempunyai pengetahuan terhadap
kandungan beg (P6);
(c) Yang Arif Hakim Bicara terkhilaf untuk memutuskan bahawa
walaupun Notis Alcontara telah diberikan, pihak
pendakwaan gagal untuk membuat siasatan dan
menyangkal versi Perayu.
(d) Yang Arif Hakim Bicara terkhilaf apabila memutuskan
bahawa doktrin kebutaan disengajakan (“wilful blindness”)
terpakai terhadap Perayu; dan
(e) Kegagalan Yang Arif Hakim Bicara membuat dapatan jelas
mengenai anggapan yang terpakai terhadap Perayu telah
memprejudiskan Perayu. Yang Arif Hakim Bicara telah
menggunakan anggapan-anggapan di bawah seksyen-
seksyen 37(d), 37(da) dan juga milikan sebenar
berdasarkan takrif seksyen 2 ADB 1952 tanpa menyatakan
anggapan yang mana satu sebenarnya terpakai kepada
Perayu.
Analisis dan Keputusan Mahkamah Ini
Alasan (a) dan (b)
[10] Yang Arif Hakim Bicara dalam Alasan Penghakimannya di muka
surat 28, Jilid I, Rekod Rayuan membuat kesimpulan seperti berikut:-
- 12 -
“Meneliti kepada Pembelaan tertuduh, didapati yang isi
pembelaannya adalah bersifat penafian semata-
mata dan sukar untuk dipercayai serta
keterangannya tidak “credible”. Semasa
memberikan keterangan, tertuduh telah menafikan
bahawa beliau mempunyai pengetahuan dan
kewujudan dadah di dalam beg P6 tersebut.”.
(Penekanan ditambah).
[11] Peguambela terpelajar Perayu berhujah dan kami bersetuju
bahawa sesungguhnya pembelaan Perayu tidak boleh dalam apa jua
keadaan sekalipun dikatakan sebagai suatu penafian semata-mata.
Perayu telah memberikan penjelasan yang terperinci dan munasabah
mengapa dia tidak berada dalam kedudukan untuk mengetahui
bahawa beg tersebut sebenarnya mengandungi dadah berbahaya
yang menjadi hal perkara pertuduhan. Pembelaan yang dikemukakan
oleh Perayu bukanlah sesuatu yang tiba-tiba dibangkitkan atau timbul
semasa pembelaan, malah ia telah dikemukakan kepada saksi-saksi
di peringkat kes pendakwaan lagi.
[12] Intipati pembelaan Perayu ialah “pembawa ikhlas” (“innocent
carrier”). Dalam mempertimbangkan sama ada pembelaan tersebut
telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes
pendakwaan, fakta atau keterangan relevan yang pada lazimnya
diambilkira oleh mahkamah, antara lain, ialah –
- 13 -
(a) sama ada beg/bekas yang mengandungi dadah berbahaya
itu, apabila dilihat dengan mata kasar, kelihatan biasa, tidak
diubahsuai dan tidak menampakkan sesuatu yang
mencurigakan;
(b) sama ada Perayu telah memberikan kerjasama penuh
semasa dia ditahan dan semasa bagasinya diperiksa oleh
pihak berkuasa;
(c) sama ada Perayu berada dalam keadaan biasa; tidak
menunjukkan perasaan cemas atau takut atau cuba
melarikan diri apabila dia diminta oleh pihak berkuasa untuk
membuat imbasan dan apabila beg/bekas tersebut didapati
mengandungi dadah berbahaya;
(d) sama ada Perayu memberikan reaksi terkejut atau
terperanjat selepas diberitahu bahawa terdapat dadah di
dalam beg/bekas yang dibawanya; dan
(e) sama ada apabila dadah berbahaya telah dijumpai di dalam
beg/bekas yang dibawanya, Perayu dengan kadar yang
seberapa segera yang praktikal telah memaklumkan
kepada pihak berkuasa orang atau orang-orang yang pada
fikirannya bertanggungjawab meletakkan dan/atau
memasukkan dadah berbahaya di dalam beg/bekas
- 14 -
tersebut tanpa pengetahuannya.
[13] Ini adalah merupakan “a fact sensitive inquiry” yang perlu
dilaksanakan oleh Mahkamah untuk menentukan sama ada
berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan, pembelaan
tersebut telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah
terhadap kes pendakwaan dan/atau pembelaan tersebut wajar
diterima oleh mahkamah.
[14] Peguambela terpelajar telah menarik perhatian kami secara
terperinci kepada beberapa aspek keterangan yang dihujahkan,
apabila dilihat secara keseluruhan, secara jelas menunjukkan bahawa
Perayu di dalam kes ini tidak mempunyai pengetahuan mengenai
dadah yang terkandung di dalam beg (Eks. P6).
[15] Pada hemat kami, aspek-aspek keterangan tersebut perlu
dirujuk secara terperinci bagi membolehkan satu kesimpulan dibuat
mengenai pembelaan “pembawa ikhlas” yang dikemukakan oleh
Perayu.
Fakta (a): bahawa jika dilihat dengan mata kasar, beg (Eks. P6) adalah kelihatan biasa, tidak diubahsuai dan tidak mencurigakan.
[16] Fakta yang relevan ialah seperti berikut:-
(i) Semasa pemeriksaan balas SP5 (Pegawai Imbasan)
(Rujuk muka surat 14, Jilid 2, Rekod Rayuan)
- 15 -
S: Jika kamu lihat dari pandangan mata kasar, beg itu
kelihatan biasa dan tidak diubah suai?
J: Ya.
Fakta (b): bahawa Perayu telah memberikan kerjasama penuh
semasa ditahan di KLIA.
[17] Fakta yang relevan ialah seperti berikut:-
(i) Semasa pemeriksaan utama Perayu (SD1)
(Rujuk muka surat 23, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Adakah kamu mengikut arahan Pegawai Kastam?
J: Betul.
(ii) Semasa pemeriksaan balas SP6 (Pegawai Imbasan)
(Rujuk muka surat 14, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Setuju bahawa kali pertama kamu lihat OKT dan
sehingga ke kaunter pemeriksaan OKT memberi
kerjasama penuh?
J: Ya.
(iii) Semasa pemeriksaan semula SP2 (Pegawai Serbuan)
(Rujuk muka surat 23, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Pada kesemua masa material. OKT telah memberi
kerjasama penuh?
J: Setuju.
(iv) Semasa pemeriksaan balas SP2 (Pegawai Serbuan)
(Rujuk muka surat 23, Jilid 2, Rekod Rayuan)
- 16 -
S: Beg kelabu tersebut kelihatan normal pada
pandangan kasar?
J: Setuju.
(v) Semasa pemeriksaan utama Perayu (SD1)
(Rujuk muka surat 41, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Adakah kamu mengetahui terdapat ruang
tersembunyi di dalam beg tersebut?
J: Tidak.
S: Bagaimana keadaan beg tersebut semasa kamu
terima?
J: Macam biasa.
Fakta (c): bahawa Perayu kelihatan normal dan tenang semasa
diarahkan oleh SP6 untuk membawa beg (Eks. P6) ke
Mesin Imbasan.
[18] Fakta yang relevan ialah seperti berikut:-
(i) Semasa pemeriksaan utama SP5 (Pegawai Imbasan)
(Rujuk muka surat 10, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Apa yang berlaku selepas itu?
J: …Setelah sampai di kaunter pemeriksaan D, saya
mengarahkan beliau untuk membuka beg berwarna
kelabu Swiss Polo dan beliau telah mengeluarkan 2
buah kunci untuk membuka beg tersebut.
- 17 -
S: Apakah reaksi OKT pada masa itu?
J: Dia biasa dan tenang sahaja.
(Rujuk muka surat 11, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Untuk imbasan kali kedua adakah kamu sendiri lihat di
skrin?
J Saya bersama Encik Solehudin dan Encik Nazri.
….
S: Bagaimana reaksi OKT pada masa itu?
J: Dia masih biasa dan tenang sahaja
(ii) Semasa pemeriksaan balas SP5 (Pegawai Imbasan)
(Rujuk muka surat 14, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Sepanjang masa OKT bereaksi tenang dan normal?
J: Ya.
(iii) Semasa pemeriksaan utama Perayu (SD1)
(Rujuk muka surat 43, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Sebelum kamu dimaklumkan bahawa terdapat
dadah, apa reaksi kamu?
J: Biasa sahaja. Kerana saya tahu di dalam beg itu
cuma baju perempuan (baru) kesemuanya.
Fakta (d): bahawa Perayu terkejut dan hampir pitam selepas
dadah berbahaya dijumpai di dalam beg (Eks. P6)
[19] Fakta yang relevan ialah seperti berikut:-
- 18 -
(i) Semasa pemeriksaan utama Perayu (SD1)
(Rujuk muka surat 43, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Apabila kamu sampai di Pejabat Kastam, apa yang
berlaku?
J: Selepas itu Pegawai Kastam menimbang dan
mengoyak sedikit untuk menunjukkan kepada saya
bahawa itu adalah dadah. Setelah mereka
menunjukkan bahawa itu adalah dadah, reaksi saya
langsung pucat dan hampir mahu pitam.
S: Kenapa?
J: Kerana saya terkejut kerana di dalam beg terdapat
barang ini kerana perjanjian Agus Hasanah Cuma
menghantar baju sahaja. Saya terkejut kerana di
dalam beg ini terdapat dadah.
(ii) Semasa pemeriksaan balas SP2 (Pegawai Serbuan)
(Rujuk muka surat 23, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Setuju masa material sehingga kamu memotong
bungkusan itu, baru OKT berubah dari keadaan
biasa sehingga nak pengsan?
J: Reaksi dia cemas dan tergamam.
S: Kamu telah berikan dia air untuk minum, kerana dia
nak pengsan?
J: Setuju.
- 19 -
[20] Di samping itu, terdapat juga keterangan yang boleh
menunjukkan bahawa Perayu telah memaklumkan kepada SP9
tentang fakta-fakta penting berikut :-
(a) bahawa Perayu tidak mengetahui terdapat dadah
berbahaya di dalam beg (Eks. P6) dan dia telah ditawarkan
kerja oleh Agus Hasanah, kawannya semenjak di sekolah
menengah lagi, untuk membawa pakaian dari Maldives ke
Malaysia;
(b) kewujudan penama Jerry dan Agus Hasanah dan nombor
telefon Nokia mereka (Eks. P29);
(c) bahawa semua kos tiket kapal terbang dan penginapan
hotel dibayar oleh Agus Hasanah dan Jerry; dan
(d) Seorang perempuan berbangsa Afrika, Patricia, telah
menyerahkan beg (Eks. P6) kepada Perayu di Maldives.
[21] Keterangan menunjukkan bahawa SP9 telah memeriksa telefon
yang dirampas daripada Perayu, termasuklah handphone blackberry
(Eks. P7B). Perayu telah memeriksa beg (Eks. P6) dan mendapati
hanya pakaian-pakaian wanita yang terdapat di dalam P6 tersebut,
sebelum dia bertolak ke Malaysia dengan kapal terbang.
[22] Perlu juga diambil perhatian bahawa terdapat keterangan yang
- 20 -
menunjukkan bahawa beg (Eks. P6) mengandungi pakaian-pakaian
baru wanita dengan tag dan terdapat pakaian-pakaian yang terdapat
di dalam P6 tersebut telah tidak disenaraikan dalam Borang Bongkar
(Eks. P26) dan “Borang Penyerahan Barang-Barang Kes” (Eks. P27).
[23] Keterangan yang relevan ialah seperti berikut:-
(i) Semasa pemeriksaan balas SP9 (Pegawai Penyiasat).
(Rujuk muka surat 28 – 29, Jilid 2 Rekod Rayuan).
S: Setuju apabila kamu menyemak pakaian baju di dalam
beg kelabu tersebut P6, ia dipenuhi dengan pelbagai
baju perempuan?
J: Setuju.
S: Setuju bahawa apabila kamu semak tadi, masih ada
baju baru yang bertag?
J: Ya, saya setuju.
S: Senarai bongkar dan senarai borang penyerahan
tidak lengkap kerana tidak mencatatkan kesemua
item-item baju yang dirampas daripada beg P6.
Setuju?
J: Setuju.
(ii) Semasa pemeriksaan utama Perayu (SD1)
(Rujuk muka surat 40 – 41, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Apa yang terdapat di dalam beg tersebut?
- 21 -
J: Saya dapati di dalam beg itu ada baju wanita (baru)
kesemuanya.
S: Boleh kamu anggar berapa helai baju wanita (baru)
itu?
J: 20 helai.
Rujuk saksi kepada P19 – gambar 5 dan gambar 6
S: Saksi pendakwaan mengatakan cuma ada 6 helai
baju di dalam beg tersebut?
J: Tidak betul.
S: Di dalam beg P6 adakah barang-barang peribadi
kamu di dalam beg tersebut?
J: Tidak ada.
S: Selain daripada pakaian baru wanita, adakah kamu
dapat lihat barang-barang lain di dalam beg
tersebut?
J: Tiada.
[24] Mengenai isu bahawa beg (Eks. P6) mempunyai tag atas nama
Perayu, penjelasan berikut telah diberikan oleh Perayu:-
Semasa pemeriksaan semula Perayu (SD1)
(Rujuk muka surat 63, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Kamu mengaku ke dadah itu kamu yang punya?
J: Tidak.
- 22 -
S: Mengapa kamu mengaku, bila check in beg, kamu
mengakui semua isi beg itu. Kenapa kamu cakap macam
itu?
J: Kerana jika nak masuk di dalam bagasi pesawat harus
menggunakan nama saya. Saya hanya mengakui tag
bagasi itu mempunyai nama saya sahaja. Saya tidak
mengakui semua kandungan di dalam milik saya.
[25] Pada hemat kami, sekiranya Y.A Hakim Bicara menumpukan
mindanya terhadap keterangan dan keadaan yang dinyatakan di atas
dan menilai keterangan secara menyeluruh dan objektif, beliau akan
mencapai kesimpulan yang berlainan iaitu pembelaan Perayu,
sesungguhnya adalah munasabah, disokong oleh keterangan, bukan
sesuatu yang direka-reka atau difikirkan kemudian dan telah
menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
[26] Perlu diambil perhatian bahawa fakta-fakta yang berkaitan
dengan pembelaan Perayu telah dikemukakan kepada saksi-saksi
pendakwaan dan ia bukanlah merupakan suatu penafian kosong
semata-mata atau sesuatu yang difikir kemudian. Dalam kes Chai
Tee Keiong v Public Prosecutor [2014] 2 MLJ 264, Mahkamah ini
menegur hakim bicara dalam kes tersebut yang telah gagal
menimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh Perayu bersama-
sama dengan penyataan beramaran dan melabelkan pembelaan
Perayu sebagai “penafian kosong” dan sebagai “suatu yang telah
- 23 -
difikirkan kemudian”. Mahkamah menyatakan:-
“[57] With respect, it was an unfair criticism mounted
against the defence of the appellant. It was simply
against the weight of the evidence. It was, in our
judgment, neither a defence of 'bare denial' nor an
'afterthought' defence. The defence of the appellant
was advanced or put at the appropriate time when
the prosecution witnesses gave their evidence. This
was not the case where the defence was raised for
the very first time at the defence stage. In fact, the
defence was put or suggested to the relevant
prosecution witnesses during the trial proper. That
being the case, the defence of the appellant cannot
be branded as a 'bare denial' or a 'recent invention'
or an 'afterthought'. The need to cross-examine and to
put your case across is a sound rule of law. It allows the
opposite party to explain and defend.”. (Penekanan
ditambah).”.
Alasan (c): Walaupun Notis Alcontara telah diberikan, pihak
pendakwaan gagal untuk membuat siasatan dan menyangkal
versi pembelaan.
[27] Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Perayu telah
memberitahu SP9 bahawa dalam telefon bimbit beliau tertera nama
Jerry dan Agus Hasanah. Perayu juga telah memaklumkan kepada
SP9 bahawa Agus Hasanah atau “Endot” telah mengirimkan wang ke
Western Union dan dalam Eks. P38A, di item no.11, terdapat alamat
- 24 -
dan nombor telefon Agus Hasanah.
[28] Adalah tidak diragukan bahawa butir-butir terperinci mengenai
Agus Hasanah telah diberikan oleh Perayu kepada SP9 iaitu nama
penuh, alamat dan nombor telefon bimbit. Malangnya, SP9 (Pegawai
Penyiasat) tidak membuat siasatan yang bersunggguh-sungguh
untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh Perayu tersebut.
[29] Keterangan relevan ialah seperti berikut:-
“Semasa pemeriksaan balas, SP9 menyatakan:-
(Rujuk muka surat 30, 31 dan 32, Jilid 2, Rekod Rayuan)
S: Setuju bahawa OKT juga telah memberitahu berkenaan
nombor telefon Agus dan Jerry ada di dalam
handphone Nokia?
J: Ya, saya setuju.
…
S: Dan dia juga telah memberitahu kamu bahawa
nombor telefon disimpan sebagai penama Jerry dan
nama Agus sebagai Endot, setuju?
J: Setuju.
…
S: OKT telah memberitahu bahawa semua perbelanjaan
untuk beli tiket, tempahan hotel semua telah
diuruskan oleh Agus dan Jerry?
J: Saya setuju.
- 25 -
…
S: Sila rujuk kepada P38 A di muka surat 2 dan 3 iaitu tag
mesej No. 11 di bahagian bawah, setuju tercatat
terdapat alamat nama Agus Hasanah, alamat beliau
dan nombor telefon beliau?
J: Saya setuju.
S: Adakah kamu membuat siasatan terhadap Agus
Hasanah?
J: Tidak.
…
S: Setuju di dalam penyataan kamu dan di dalam
rakaman percakapan OKT telah mengatakan
bahawa dia tidak tahu ada dadah di dalam beg
tersebut?
J: Saya setuju.”.
(Penekanan ditambah).
[30] Pada hemat kami, kegagalan SP9 untuk membuat siasatan
terhadap penama Agus Hasanah dan Jerry telah memprejudiskan
Perayu dan menafikan peluang Perayu untuk dilepas dan dibebaskan
atas pertuduhan yang serius ini.
[31] Dalam kes Phiri Mailese (Zambian) v Public Prosecutor
[2013] 5 MLJ 70, Mahkamah ini menyatakan di muka surat 790 –
791:-
- 26 -
“In addition if ‘Alcontara Notice’ has been given to the
prosecution at the earliest opportunity then onus will be
placed on the prosecution to disprove the accused’s
version. In Alcontara a/l Ambross Anthony v Public
Prosecutor [1996] 1 MLJ 209, Edgar Joseph JR FCJ
had this to say:
To resume our discussion regarding the important
point of misdirection as regard the burden of proof,
especially the burden on the defence, we must point
out, with respect, that it was wrong for the judge to
have criticised the defence for having failed to put to
the investigating officer, the name of Che Mat, or the
latter's telephone number or his place of abode, for
the simple reason that these particulars had been
disclosed in the cautioned statement of the appellant
made the day after his arrest so that the police had all
the time in the world to check their veracity. That
being the case, the onus was on the prosecution to
check on whether the appellant's version of the facts,
as they appeared in his cautioned statement and to
which we have referred, was true or false. In other
words, the onus was upon the prosecution to
disprove this important part of the appellant's version
of the facts. The defence were, therefore, under no
duty to put the matters aforesaid to the investigating
officer, having regard to their prior disclosure in the
cautioned statement. In holding to the contrary, the
judge had undoubtedly overlooked the material
portions of the cautioned statement touching on Che
- 27 -
Mat, reversed the onus, and placed it on the defence,
so that on this further ground also, the conviction had
to be quashed.
It is pertinent to note that the ‘Alcontara Notice’ must
have sufficient particulars in the right perspective and
not a vague notice where the prosecution will not be
able to advance their investigation to rebut the defence
story or version. It must also be given at the earliest
opportunity at the material time of the arrest or at least
upon counsel taking instruction from the accused to
conduct its defence. In addition the defence's version
should be put at the prosecution stage and the story
must be maintained at the defence stage. There will be
a duty placed on the judge even at the prosecution
stage to positively evaluate the story of the accused
relating to ‘Alcontara Notice’ before evaluating the
prosecution case and applying the maximum evaluation
as Alcontara case places the onus on the prosecution
to rebut or sufficiently explain that they have discharged
that onus. In the instant case evidence will show that
the defence has not given an ‘Alcontara Notice’ in the
right perspective; and ….”.
Alasan (d): Ketidakpastian Pemakaian Anggapan Terhadap Perayu
[32] Dalam alasan penghakimannya, Yang Arif Hakim Bicara
menyatakan di muka surat 27 - 28, Jilid I, Rekod Rayuan seperti
berikut:-
- 28 -
“Oleh itu jelas, Tertuduh telah mengedar dadah
tersebut berdasarkan keterangan bahawa dadah yang
ditemui itu adalah terjumlah kepada perbuatan
mengangkut atau membawa seperti mana yang
ditakrifkan dengan perkataan pengedaran di bawah
Seksyen 2 Akta dan juga pemakaian andaian
pengedaran di bawah Seksyen 37(da) Akta yang
sama.”
Di muka surat 30, Jilid yang sama Yang Arif Hakim
Bicara menyatakan:-
“Ia juga tidak berjaya mematahkan anggapan di
bawah Seksyen 37(d) Akta, di atas keterangan yang
tidak disangkal bahawa…. ”
Di muka surat 33, Jilid yang sama Yang Arif Hakim
Bicara menyatakan:-
“Melalui keterangan SP6 dan SP7 juga, adalah jelas
tertuduh juga mempunyai pemilikan terhadap dadah
yang dijumpai di dalam beg P6 serta pemilikan
secara langsung (actual possession) terhadap
dadah tersebut semasa kejadian…”
Di muka surat 34, Jilid yang sama Yang Arif Hakim
Bicara menyatakan:-
“Meneliti pula kepada berat dadah tersebut, ia dengan
sendirinya mencukupi dari segi undang-undang untuk
menganggap yang Tertuduh mengedar dadah
tersebut.”.
(Penekanan ditambah).
- 29 -
[33] Nampaknya, Yang Arif Hakim Bicara telah menggunapakai
(“invoked”) anggapan-anggapan di bawah seksyen-seksyen 37(d) dan
(da) dan juga pemilikan sebenar di bawah takrifan seksyen 2 ADB
1952 tanpa secara jelas menyatakan anggapan yang mana satukah
yang digunapakai untuk membuktikan elemen pengedaran. Pada
pandangan kami, keadaan demikian telah memprejudiskan Perayu
kerana Perayu tidak dapat memastikan dengan jelas anggapan-
anggapan yang digunapakai terhadapnya bagi membolehkan satu
pembelaan berkesan dikemukakan.
[34] Dalam hubungan ini, Mahkamah ini menyatakan dalam kes
Seyedalireza Seyedhedayatollah Ehteshamiardestani v Public
Prosecutor [2014] 6 MLJ 408 seperti berikut di muka surat 417 -
418:-
“If the learned trial judge had resorted to the
presumption in calling the defence, the law requires that
the learned trial judge apply the test of balance of
probabilities in considering whether the appellant had
rebutted the presumption (see Public Prosecutor v Ku
Yahya bin Ku Bahari & Anor [1999] MLJU 731;
[2002] 1 CLJ 113). We find no such application of the
test of balance of probabilities by the learned trial judge.
In our view, the approach of not electing or making a
finding on which presumption that was invoked but by
merely relying on the alternative, is most undesirable. It
reflects the uncertainty on the part of the trial judge to
- 30 -
make a finding. The trial judge ought to make the
necessary finding ie whether it was actual or presumed
possession and whether it was presumed or actual
trafficking based on the evidence before her. We are
further of the view that it is important that such a finding
be made as it impacts the burden placed on the
defence.
In this regard we echo the views of Augustine Paul J (as
His Lordship then was) in the case of Public
Prosecutor v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705;
[2000] 4 CLJ 649 :
It must first be observed that reliance on the
presumption provisions where there is available
evidence of the facts to be presumed will be
unfavourable to the accused. This is because where
the court relies on a statutory provision relating to a
presumption of law like the presumption provisions it
is bound to take the fact as proved until evidence to
the contrary is given, on a balance of probabilities, to
disprove it (see Public Prosecutor v Yuvaraj [1969]
2 MLJ 69; Nagappan Kuppusamy v Public
Prosecutor [1988] 2 MLJ 53). This results in a legal
burden being imposed on an accused person though
it is not illegal. Failure to discharge the burden, even
where a reasonable doubt as to guilt exists, will be
followed by conviction (see State v Mello & Anor
[1999] 1 LRC 215). However, if the court had acted
on the available evidence in proof of the relevant
ingredients without resorting to presumptions there is
only an evidential burden on an accused person to
raise a reasonable doubt. This indiscriminate use of
- 31 -
presumptions when there is evidence of the facts to
be presumed will be unfavourable to the accused as
it will place a heavier burden on him which could
have been avoided. Fairness to the accused
therefore demands that the presumption provisions
are used only when there is no evidence of the facts
to be presumed.
In the instant case, it is our judgment that the failure of
the learned trial judge to make a finding as to which
presumption was relied upon for possession and
trafficking and the failure to consider whether the
appellant had rebutted the presumption, amounts to a
misdirection by way of non-direction which has
prejudiced the appellant.”.
Alasan (e): Doktrin Kebutaan Disengajakan (“wilful blindness”)
Tidak Terpakai
[35] Pada pandangan kami, berdasarkan keterangan dan keadaan
yang wujud dalam kes ini, doktrin kebutaan disengajakan adalah tidak
terpakai terhadap Perayu. Fakta asas (“primary fact”) tidak
membolehkan Perayu mengesyaki dan/atau mencurigai bahawa beg
(Eks. P6) tersebut mengandungi dadah berbahaya yang menjadi hal
perkara pertuduhan kerana –
(a) apabila Patricia menyerahkan beg (Eks. P6), kepada
Perayu, Perayu telah memeriksa beg tersebut dan
mengambil gambar P6. Perayu tidak melihat atau
- 32 -
mengesyaki terdapat dadah berbahaya di dalamnya;
(b) Perayu melihat beg (Eks. P6) hanya mengandungi pakaian-
pakaian baru wanita; dan
(c) Beg (Eks. P6) kelihatan biasa dan tidak ada sesuatu
perkara yang boleh menimbulkan kecurigaan Perayu yang
akan mendorong beliau untuk membuat inkuiri lanjut. Tidak
terdapat apa-apa alasan bagi Perayu mengesyaki bahawa
“sesuatu yang tidak kena” dengan beg (P6) tersebut.
[36] Dalam kes Public Prosecutor v Herlina Purnama Sari [2017]
1 MLRA 499, Md Raus Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan
(sekarang Ketua Hakim Negara) telah menjelaskan doktrin ini dengan
terperinci seperti berikut:-
“Wilful blindness necessarily entails an element of
deliberate action. If the person concerned has a clear
reason to be suspicious that something is amiss
but then embarks on a deliberate decision not to
make further inquiries in order to avoid confirming
what the actual situation is, then such a decision is
necessarily a deliberate one. The key threshold
element in the doctrine of wilful blindness itself is
that of suspicion followed by (and couplet with) a
deliberate decision not to make further
investigations. Whether the doctrine of wilful blindness
should be applied to any particular case would be
- 33 -
dependent on the relevant inferences to be drawn by
the trial judge from all the facts and circumstances of
the particular case giving due weight, where necessary,
to the credibility of the witnesses. (see PP v. Tan Kok
An [1995] 4 MLRH 256)
45. The concept of "wilful blindness" had been
discussed in a number of local cases but it seems to
have had its genesis in the dissenting judgment of Yong
Pung How CJ (Singapore) in the case of Public
Prosecutor v. Hla Win [1995] 2 SLR 424. The doctrine
of "wilful blindness" can be summarised to be
applicable to a situation where the circumstances are
such as to raise suspicion sufficient for a reasonable
person to be put on inquiry as to the legitimacy of a
particular transaction. To put it another way if the
circumstances are such as to arouse suspicion, then it
is incumbent on a person to make the necessary
inquiries in order to satisfy himself as to the
genuineness of what was informed to him. Should he
fail to embark upon this course of action, then he will be
guilty of "wilful blindness". In other words he is then
taken to know the true situation. He then cannot be said
to have rebutted the presumption of knowledge or have
raised a reasonable doubt as to his knowledge of the
situation.”
[37] Dalam nada yang sama, dalam kes Sarumathi Rengasamy v
Pendakwa Raya (Rayuan Jenayah No. P-05-248-10/2013),
Mahkamah ini menjelaskan seperti berikut:-
- 34 -
[37] In Global-Tech Appliances, Inc. v SEBS.A.
179L Ed. 2nd 1167 (May 31, 2011), the United States
Supreme Court held that the doctrine of wilful blindness
had two basic components: “(1) the defendant must
subjectively believe that there is a high probability
that a fact exists; and (2) the defendant must take
deliberate actions to avoid learning of that fact”.
The Court stated that:
“Under this formulation, a wilfully blindness
defendant is one who takes deliberate actions to
avoid confirming a high probability of wrongdoing
and who can almost be said to have known the
critical facts. ………. By contrast, a reckless
defendant is one who merely knows of a substantial
and unjustified risk of such wrongdoing …… and a
negligent is one who should have known of a similar
risk but, In fact, did not…… .”.
[38] Similar observation was made by Glanville
Williams, cited in Sansregret v The Queen [1985] 1
S.C.R. 570, as follows:
“The rule that wilful blindness is equivalent to
knowledge is essential, and is found throughout the
criminal law. It is, at the same time, an unstable rule,
because judges are apt to forget its very limited
scope. A court can properly find wilful blindness
only where it can almost be said that the defendant
actually knew. He suspected the fact; he realized its
probability; but he refrained from obtaining the final
confirmation because he wanted in the event to be
able to deny knowledge. This, and this alone, is
- 35 -
wilful blindness. It requires in effect a finding that the
defendant intended to cheat the administration of
justice. Any wider definition would make the doctrine
of wilful blindness indistinguishable from the civil
doctrine of negligence in not obtaining knowledge.”.
(Penekanan ditambah).
[38] Sebelum kami membuat kesimpulan, kami ingin menyatakan
bahawa kebanyakan isu yang terlibat dalam rayuan ini adalah
berkisar kepada penemuan atau dapatan fakta oleh Yang Arif Hakim
Bicara. Kami sedar bahawa mahkamah yang mendengar rayuan
hendaklah perlahan dan berhati-hati dalam mengubah atau
campurtangan terhadap penemuan atau dapatan fakta yang dibuat
oleh hakim bicara. Dalam kes Bank Pertanian Malaysia Berhad v
Nora’rifah Darus [2014] 7 CLJ 631, Mahkamah ini menyatakan di
muka surat 640:-
“[18] At the outset we must say that the jurisdiction of
the appellate court to intervene with the finding of facts
by a trial Judge is well defined in catena of decisions by
our courts. It has been settled that an appellate court
can intervene with the finding of facts when the findings
are grounded entirely on speculations, surmises or
conjectures; when an inference made by a trial court
from its factual findings is plainly wrong, absurd or
illogical; where there is none or insufficient judicial
appreciation of evidence; when the findings of a trial
court run contrary to the admission of the parties to the
- 36 -
case, or fail to notice certain relevant facts which if
properly considered, will justify a different conclusion;
when the findings of fact are premised on the absence
of evidence, or are contradicted by the evidence on
record. (See Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin
@ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 (FC); Kyros
International Sdn. Bhd. v. Ketua Pengarah Hasil Dalam
Negeri [2013] 2 MLJ 650; Sundram Ramasamy v.
Arujunan a/l Arumugam & Anor [1994] 4 CLJ 300, SC;
Multar Masngud v. Lim Kim Chet and Anor [1982] CLJ
107 (FC); Choo Kok Beng v. Choo Kok Hoe and Ors
[1984] 2 MLJ 165b).”.
[39] Dalam rayuan ini, selepas kami menyemak keterangan dengan
teliti dan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak-
pihak, kami mendapati Yang Arif Hakim Bicara telah membuat
kesimpulan yang tidak disokong oleh keterangan dan/atau tidak
memberi keberatan sewajarnya kepada aspek-aspek tertentu
keterangan yang boleh menyokong versi pembelaan. Kesimpulan
Yang Arif Hakim Bicara bahawa pembelaan Perayu adalah penafian
kosong dan sesuatu yang difikirkan kemudian adalah tersasar dan
khilaf. Kami berpendapat keputusan Yang Arif Hakim tidak dapat
dipertahankan dan perlu diubah demi keadilan.
Kesimpulan
[40] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, kami berpendapat
bahawa sabitan yang dibuat oleh Yang Arif Hakim Bicara adalah tidak
- 37 -
selamat dan bertentangan dengan keberatan keterangan. Oleh itu,
kami sebulat suara membenarkan rayuan Perayu. Sabitan dan
hukuman Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Perayu
diperintah dilepas dan dibebaskan serta-merta.
Bertarikh: 5 Julai 2017 t.t.
(MOHD ZAWAWI BIN SALLEH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara Perayu: Selvi Sandrasegaram (Irwan Sumadi bersamanya) Tetuan Gooi & Azura No. 12-1 & 14-1 Jalan Serkut Taman Pertama Cheras 56100 Kuala Lumpur Peguamcara Responden: Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Putrajaya.