DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI...
Transcript of DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM DI...
1
DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM
DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
PERMOHONAN SEMAKAN NO: 10000-003-0034-2014
ANTARA
ZALELA BINTI ABD AZIZ …PEMOHON
DAN
KAHARUDIN MD SALEH … RESPONDEN
DI HADAPAN:
YA DATO’ HUSSIN BIN HARUN PENGERUSI
YA DATUK HAJI MOHAMAD BIN HAJI ABDULLAH AHLI PANEL
YA DATO’ HAJI YUSOF BIN MUSA AHLI PENEL
Pada : 10 November 2014
ALASAN PENGHAKIMAN
Permohonan
[1] Dalam kes ini, YA Hakim Bicara memohon semakan atas keputusannya
sendiri sebagai Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang mengeluarkan satu
perintah harta sepencarian dalam kes 10300-017-0397-2010 bertarikh 12 Ogos
2014 berkaitan bidangkuasa tuntutan harta sepencarian selepas berlaku
perceraian.
[2] Kami telah menerima Permohonan Semakan tersebut dari Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah, YA Tuan Mawardi bin Che Man melalui surat
bertarikh 5/9/2014.
2
[3] Dalam surat tersebut, YA Hakim memohon semakan kepada Mahkamah
Rayuan Syariah ini terhadap suatu penghakimannya yang membenarkan tuntutan
harta sepencarian di Selangor walaupun perceraian pihak-pihak berlaku di
Melaka.
[4] YA Hakim bicara menyatakan alasan semakan ini dibuat adalah kerana:
(a) Setelah meneliti semula peruntukan seksyen 122 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUUKIS) dan Arahan
Amalan No 6 Tahun 2003 serta kes Noh bin Atan lawan Shakila
binti Mohamed, telah timbul kekhilafan terhadap isu bidangkuasa di
dalam kes ini memandangkan pihak-pihak telah disahkan bercerai di
Negeri lain (Melaka).
Fakta Kes
[5] Plaintif dan Defenden telah bernikah pada 6 Mac 1995 dan telah bercerai
di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah pada 1 Januari 2009 dan telah disahkan
bercerai talaq satu kali pertama oleh Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah,
Melaka pada 2 Februari 2009 melalui kes Saman No : 04001-054-0006-2009.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 7 orang cahaya mata.
[6] Pada 15 Disember 2010, Plaintif telah memfailkan tuntutan harta
sepencarian terhadap harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan Plaintif
dengan Defendan melalui Peguam Syarienya, Tn. Haji Amli Bin Haji Embong
dari Tetuan Amli & Associates. Harta yang menjadi tuntutan Plaintif di dalam
3
kes ini adalah melibatkan satu tak alih iaitu sebuah rumah teres satu tingkat yang
beralamat di 37, Jalan M24, Taman Merdeka, Batu Berendam, 75350 Melaka.
Saman dan Pernyataan Tuntutan berjaya diserahkan kepada Defendan melalui
Peguam Syarienya, Pn. Siti Marlina Binti Shikh Ibrahim dari Tetuan Lina &
Associates pada 11 Februari 2011. Pembelaan dan Tuntutan Balas telah
difailkan oleh Defendan pada 7 April dengan membuat tuntutan balas bagi
aset/harta alih seperti yang berikut :
a. Perabot dan peralatan rumah seperti ;
i. 3 buah penghawa dingin jenis Mitsubishi.
ii. Sebuah almari pakaian ( 5 pintu).
iii. 2 keping tilam Vono.
iv. 1 set perhiasan kayu jati.
v. Sebuah TV Sony 29 inci.
vi. Set peralatan pinggan mangkuk.
vii. Set peralatan memasak.
viii. Set perabot rotan.
ix. Sebuah peti ais.
b. Dua buah kenderaan, iaitu ;
i. Sebuah kereta Nissan Sunny, No. Pendaftaran MAP 4651.
ii. Sebuah van Vanette, No. Pendaftaran NBJ 5875
[7] Pada 12 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Syariah telah membuat keputusan
kes harta sepencarian seperti yang berikut;
4
(1) Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif berdasarkan seksyen 122
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003;
(2) Mahkamah mengisytiharkan bahawa harta/aset di bawah ini adalah
harta sepencarian di antara Plaintif dan Defenden iaitu ;
(a) Rumah teres satu tingkat yang beralamat di 37, Jalan M24,
Taman Merdeka, Batu Berendam, 75350 Melaka (selepas ini
dikenali sebagai rumah tersebut);
(b) Perabot dan perkakas rumah yang terdiri daripada
i. 3 buah penghawa dingin jenis Mitsubishi.
ii. Sebuah almari pakaian (5 pintu).
iii. 2 keping tilam Vono.
iv. 1 set perhiasan kayu jati.
v. Sebuah TV Sony 29 inci.
vi. Set peralatan pinggan mangkuk.
vii. Set peralatan memasak.
viii. Set perabot rotan.
ix. Sebuah peti ais.
(c) Dua buah kenderaan yang terdiri dari kereta Nissan Sunny,
No.Pendaftaran MAP 4651, dan van Vanette, No. Pendaftaran
NBJ 5975 ; dan
(3) Mahkamah memerintahkan bahawa Plaintif berhak terhadap rumah
tersebut adalah dengan kadar bahagian sebanyak 20% dan bahagian
Defenden sebanyak 80% berdasarkan nilaian ketika pihak-pihak
5
bercerai pada 1 Januari 2009 setelah ditolak hutang yang masih ada
ketika itu.
(4) Mahkamah memerintahkan bahawa perabot dan dan perkakas rumah
seperti di para 2 (b)(i hingga ix) hendaklah dinilai dengan kadar
semasa berdasarkan susut nilai ketika penceraian pihak-pihak pada 1
Januari 2009 dengan bahagian Plaintif adalah sebanyak 60% dan
bahagian Defenden adalah sebanyak 40%.
(5) Mahkamah memerintahkan bahawa kereta Nisan Sunny No.
Pendaftaran MAP 4651 hendaklah dinilai dengan kadar semasa
berdasarkan susut nilai ketika penceraian pihak-pihak pada 1 Januari
2009 dengan bahagian Plaintif adalah sebanyak 60% dan bahagian
Defenden adalah sebanyak 40%.
(6) Mahkamah memerintahkan bahawa keuntungan bersih dari jualan
kenderaan van Vanette, No. Pendaftaran NBJ 5975 hendaklah
dibahagikan dengan kadar bahagian Plaintif adalah sebanyak 60%
dan bahagian Defenden adalah sebanyak 40%.
(7) Mahkamah memerintahkan bahawa kos bagi kes ini ditanggung oleh
masing-masing.
6
Penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah
[8] Berdasarkan surat tersebut, kami telah memanggil rekod prosiding kes
berdasarkan seksyen 68(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003. Kami hanya mendapati satu isu sahaja dalam semakan ini iaitu sama ada
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor berbidangkuasa mendengar tuntutan
harta sepencarian yang pihak-pihak dalam kes ini telah bercerai di Negeri
Melaka.
[9] Isu yang berkaitan perceraian dan tuntutan harta sepencarian boleh dilihat
di bawah seksyen 122(1) Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Seksyen tersebut berbunyi;
(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan
lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian
untuk memerintah supaya apa-apa asset yang diperolehi oleh
pihak-pihak itu dalam amsa perkahwinan dengan usaha bersama
mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana asset
yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan
dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau
supaya mana-mana asset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi
antara pihak-pihak itu.
(2) …………………………….
(3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan
lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian,
memerintah supaya apa-apa asset yang diperolehi dalam masa
perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada
perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya asset itu
7
dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya
mana-mana asset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara
pihak-pihak itu.
[10] Secara literalnya, peruntukkan di atas memberi kuasa kepada Mahkamah
yang membenarkan lafaz talaq atau membuat perintah perceraian membuat
perintah berkaitan harta sepencarian. Persoalannya apakah peruntukkan tersebut
secara eksklusifnya menghadkan mahkamah-mahkamah lain dari membuat
perintah berkaitan harta sepencarian? Jika di rujuk kepada seksyen 23(10)
Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, kita akan dapati perintah
berkaitan dengan harta sepencarian juga boleh dibuat oleh mahkamah yang
membenarkan perkahwinan poligami atau memerintahkan pendaftaran
perkahwinan poligami. Begitu juga Arahan Amalan No 5 Tahun 2003 yang
membenarkan tuntutan harta sepencarian difailkan sebelum bercerai, selepas
bercerai ataupun selepas kematian.
Peruntukkan seksyen 23(10) Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
adalah seperti yang berikut:
“10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan
supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah
mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada
perkahwinan—
(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran
nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau
8
(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi
oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha
bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-
mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.”.
dan Arahan Amalan No 5 Tahun 2003 adalah seperti yang berikut:
Masa Dibolehkan Membuat Tuntutan Harta Sepencarian
“......masa membuat tuntutan harta sepencarian dibolehkan samada
semasa tuntutan perceraian atau selepas perceraian ataupun selepas
kematian mana-mana pihak. Mahkamah dalam hal ini boleh
menerima mana-mana tuntutan harta sepencarian yang dibuat
selepas kematian mana-mana pihak dalam tuntutan tersebut dan
rujukan hendaklah dibuat kepada mana-mana kes yang telah
diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi.”.
[11] Berdasarkan peruntukan seksyen 23(10) EUUKIS dan No 5 Tahun 2003
tersebut, bolehlah disimpulkan bahawa seksyen 122 EUUKIS hanya
memperuntukkan kuasa kepada mahkamah yang membenarkan perceraian atau
membuat perintah perceraian membuat perintah berkenaan dengan harta
sepencarian dan dalam masa yang sama tidaklah menghalang kuasa mahkamah
membuat perintah berkaitan dengan harta sepencarian berdasarkan peruntukan-
peruntukan lain yang sedia ada.
[12] Kami bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa asas utama tuntutan
harta sepencarian boleh didengar dan diputuskan apabila pihak yang menuntut
tersebut memenuhi peruntukan seksyen 2 dan 4 EUUUKIS 2003 iaitu ;
Seksyen 2 - “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya
bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu.
9
Seksyen 4 - Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata
selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang
tinggal dalam Negeri Selangor dan bagi semua orang Islam
yang bermastautin dalam Negeri Selangor tetapi tinggal di
luar Negeri itu.
[13] Persoalan seterusnya berkaitan dengan Arahan Amalan No 6 Tahun 2003
serta kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed(1998) Jurnal Hukum JLD. XII
Bhg. 1 Rabiul Awwal 1419H/ Jun 1988M. Arahan Amalan No 6 Tahun 2003
menetapkan tuntutan harta sepencarian hendaklah dituntut di Mahkamah yang
berbidangkuasa dalam negeri di mana perintah perceraian atau pengesahan
perceraian di keluarkan. Namun demikian Arahan Amalan tersebut juga dengan
jelas merujuk kepada kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed dalam
menerima atau menolak tuntutan tersebut. Arahan Amalan Mahkamah Syariah
No. 6 Tahun 2003 memperuntukkan seperti yang berikut:
Penentuan Mahkamah Yang Berbidangkuasa Membicarakan Kes-kes
Harta Sepencarian
“…………tuntutan harta sepencarian hendaklah dituntut di
Mahkamah yang berbidangkuasa dalam negeri di mana perintah
perceraian atau pengesahan perceraian dikeluarkan. Mahkamah
dalam hal ini bolehlah merujuk kepada penghakiman kes Noh bin
Atan lwn. Shakila binti Mohamed (1998) Jurnal Hukum JLD. XII
Bhg. 1 Rabiul Awwal 1419H/ Jun 1988M sebagai panduan sebelum
membuat apa-apa keputusan sama ada menerima atau menolak
tuntutan harta sepencarian yang dituntut di negeri yang berkuasa
mengeluarkan perintah perceraian atau pengesahan perceraian.’
10
[14] Kami bersetuju dengan dapatan YA Hakim Bicara bahawa Arahan Amalan
itu tidak boleh dipakai secara tersendiri kerana ia merujuk secara khusus kepada
kes Noh Bin Atan lwn. Shakila Binti Mohamed. Oleh itu, sebelum mengguna
pakai Arahan Amalan tersebut adalah wajar penelitian dibuat terhadap isu utama
yang berbangkit di dalam kes tersebut.
[15] Dalam kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed, Mahkamah Rayuan
Syariah Wilayah Persekutuan telah mengulas selain daripada isu perceraian
berlaku di negeri Selangor adalah seperti berikut;
Rumah yang dikatakan menjadi harta sepencarian terletak di Selangor
dan tidak disebutkan ada halangan atau kesusahan dia membuat
permohonan di Selangor dan pendaftaran keputusan Mahkamah
membahagikan harta sepencarian perlu dibuat di Selangor. Tambahan
pula ini akan lebih sesuai untuk pihak kena tuntut-bekas isteri yang
jelas bermastautin di Selangor. Sungguhpun suami telah diarahkan
tinggal di Kuala Lumpur, tidak jelas sama ada dia bermastautin di
Kuala Lumpur. Namun perkara ini tidak dibincangkan dalam kes ini.
[16] Dapat diringkaskan bahawa pertimbangan-pertimbangan lain yang ambil
kira dalam kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed ialah seperti yang
berikut:-
i. Rumah yang dikatakan menjadi harta sepencarian terletak di Selangor.
11
ii. Tidak disebutkan ada halangan atau kesusahan dia membuat
permohonan di Selangor dan pendaftaran keputusan Mahkamah
membahagikan harta sepencarian perlu dibuat di Selangor.
iii. Pihak kena tuntut iaitu bekas isteri (Shakila) yang jelas bermastautin di
Selangor.
iv. Tidak jelas sama ada dia (Noh) bermastautin di Kuala Lumpur atau di
negeri lain.
[17] Berdasarkan fakta-fakta dan pertimbangan dalam kes Noh bin Atan lwn
Shakila binti Mohamed tersebut, kami berpendapat keputusan Mahkamah Rayuan
Wilayah Persekutuan menolak rayuan Noh bin Atan selaku Pihak Yang Menuntut
adalah tepat bagi kes tersebut. Walau bagaimanapun kesimpulan bahawa kes Noh
bin Atan lwn Shakila binti Mohamed ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah
hanya berdasarkan kepada perceraian berlaku di Selangor adalah suatu
kesimpulan yang tidak tepat.
[18] Dalam kes Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed ini juga Mahkamah
Rayuan Syariah telah mengulas tentang tempat tuntutan yang boleh dibuat iaitu :
“ Tetapi jika dakwaan itu berkaitan dengan harta, sama ada harta alih atau
harta tak alih, sedangkan harta itu bukan berada di tempat pihak yang
didakwa, maka mahkamah yang berhak mendengar dakwaan tersebut ialah
mahkamah di mana harta yang dipertikai itu berada. Demikianlah menurut
pendapat sebahagian ulama dalam mazhab Maliki. Sedangkan sebahagian
daripada ulama lain berpendapat mahkamah yang berhak mendengar
12
dakwaan ialah mahkamah yang berada di pihak yang mendakwa. Terdapat
di dalam kitab "al-Hattab"
"Apabila sesuatu benda yang didakwa itu berada di negeri bukan
orang yang didakwa, maka kitab Ibn al-Majisyun: Dakwaan itu
hendaklah dikemukakan ke mahkamah di mana benda yang
dipertikai itu berada. Dan menurut Mitraf dan Asbagh pula:
Dakwaan itu hendaklah dikemukakan kepada mahkamah negeri
pihak yang didakwa.”
[19] Berdasarkan petikan rujukan tersebut, tuntutan sesuatu harta boleh dibuat
ditempat harta itu berada atau ditempat pihak mendakwa atau ditempat pihak
yang kena dakwa.
[20] Merujuk kepada kes semakan ini, persoalan yang timbul ialah apakah
timbul kesulitan bagi Plaintif jika menfailkan tuntutan harta sepencarian di negeri
yang telah memerintahkan perceraian iaitu di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri
Melaka. Dalam Islam, kesusahan dan kemampuan melaksanakan sesuatu perintah
Allah diambil perhatian oleh syarak. Halangan kepada kemampuan tersebut
disebutkan darurat.
Firman Allah Taala:
(61: التغابن )فاتقوا اهلل ما استطعتم
Maksudnya:’ Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan
kamu.’
Sabda Rasulullah s.a.w.
13
(.البخارى ومسلم ) اذا أ مرتكم بامر فأتوا منه ما استطعتم
Maksudnya: ‘Sekiranya saya perintahkan kamu melaksanakan sesuatu
perkara maka laksanakanlah menurut kesanggupan kamu’.
[21] Ulama’ telah membincangkan berkaitan isu kemampuan yang berkaitan
dengan kuantiti amalan dan jarak perjalanan. Dr. Naji Ibrahim al-Suwaid,
2005H/1426M, Fiqh al-Mumkin, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, Cet. 1, hal. 31
menyebutkan berkaitan isu kemampuan seperti berikut: أو هو , ما ميكن األقدام عليه : واملراد منه اصطالحا . املمكن لغة القدرة و االستطاعة
ناحية األكثر واألبعد وناحية األقل واألقرب : وهو يشمل ناحيتني . املقدور عليه من البشر ..بالنسبة للخطاب لدى املكلف
Maksudnya: ‘Perkataan Mumkin dari segi bahasa Arab bermakna
berkuasa dan berkemampuan. Maksud dari segi istilah adalah sesuatu
yang boleh dilaksanakan atau sesuatu yang diberi kemampuan ke atas
manusia. Kemampuan itu merangkumi dua dimensi iaitu dimensi kuantiti
banyak dan jarak jauh dan juga dimensi kuantiti sedikit dan jarak dekat
dinisbahkan arahan kepada mukallaf . ’
Kaedah Fiqh menyebutkan:
.اذا ضاق اتسع واذا اتسع ضاق
Maksudnya: ‘Sesuatu perkara apabila tersepit ia jadi luas, sesuatu perkara
apabila jadi luas ia kan sempit.’
14
[22] Dr. Muhammad Sidqi bin Ahmad al-Burnu, 2002H/1422H, al-Wajiz fi Idah
Qawa’id al-Fiqh al-Kulliyyah, Dar al-Risalah al-Alamiyyah, Damsyiq, Cet. 5,
hal. 230 menjelaskan makna kaedah tersebut seperti berikut:
أنه اذا ظهر ت مشقة ىف أمر فريخص فيه و يوسع فاذا : ن متقابلتان ومعنامها هاتان القاعدتا
.ألمر الى ما كان زالت املشقة عاد ا
Maksudnya: ‘Dua kaedah ini mempunyai makna bertentangan, dan
bermaksud bahawa apabila muncul masyaqqah atau kesulitan pada
sesuatu perkara maka diberi kelonggaran dan diluaskan. Maka apabila
hilang masyaqqah atau kesulitan maka kembali perkara itu kepada hukum
asal.’
[23] Al-Imam al-Sayuti, 1993M/1414H, al-Asybah wa al-Naza’ir, Dar al-Kitab
al-Arabi, Beirut, Cet. 2, hal. 172 menyebutkan berkaitan kaedah tersebut seperti
berikut:
وقد أجاب هبا ىف ( اذا ضاق األمر اتسع ) قول الشافعى رضى اهلل عنه , مبعىن هذه القاعدة .فولت أمرها رجال جيوز , فيما اذا فقدت املرأة ىف سفر : أحدمها : ثالثة مواضع
Maksudnya: ‘Semakan dengan kaedah ini ialah perkataan al-Syafie , iaitu:
(Jika sempit suatu hal , maka terjadi longgar). Beliau menggunakan
perkataan perkataan ini sebagai jawapan dalam tiga rempat:
Pertama:Jika seorang wanita tidak mendapatkan walinya di suatu
perjalanan, lalu ia menyerahkan urusannya (kewalian) kepada seseorang,
maka hal ini boleh.’
15
[24] Ini bererti apabila darurat telah menimpa seseorang atau jamaah, sekiranya
beramal dengan hukum asal yang disyariatkan dalam keadaan biasa akan
menyulitkan dan membebankan mereka untuk melaksanakannya. Oleh itu,
mereka diberi keringanan dan kemudahan selagi darurat itu wujud.
[25] Dalam kes ini Sekarang Plaintif bermastautin di Kg. Cheras Baru, Ampang,
Selangor bersama tujuh orang anaknya. Sekiranya dilihat dari segi jarak jauh,
sudah tentu menimbulkan kesulitan kepada Plaintif membuat permohonan di
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka. Bagi mempastikan berlaku kesulitan
ke atas Plaintif untuk memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah
Negeri Melaka, maka perlu dirujuk kepada perbicaraan di Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Selangor adakah isu ini ditimbulkan.
[26] Hakim Bicara dalam alasan penghakimannya ada menyebut berkaitan
kesusahan dan halangan bagi Plaintif untuk menfailkan tuntutannya di
Mahkamah Tinggi Syariah Melaka yang jarak dengan rumahnya lebih kurang 133
km, sedangkan jarak antara Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dengan
rumahnya hanya sekitar 35 km.
[27] Berdasarkan alasan-alasan tersebut, kami berpendapat Hakim Bicara telah
betul dalam keputusannya dan tidak ada sebab untuk kami campurtangan kerana
Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mempunyai bidangkuasa membicarakan kes
ini.
16