Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

9
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi. Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri. d) Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan- pertimbangan terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru,

description

dlm

Transcript of Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Page 1: Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di

antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan

satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan

melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang

apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh

pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang

sebenar aktiviti komunikasi.

Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh

berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu,

pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk

membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran

dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat

latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar.

Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

d) Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap

bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi.

Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan

pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan

pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara

intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah

boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah

kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan

bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan,

kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.

e) Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran

dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Page 2: Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya

hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga

mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun

cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang

berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa.

Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan

individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan

perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses

pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan

dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya

sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai

latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-

pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka

seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka.

f) Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan

pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan

dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu

yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan

oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi

minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan

mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru

hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para

pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang

menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

Pengajaran Bahan-Bahan Pembelajaran

Page 3: Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Pengolahan bahan-bahan pengajaran bermaksud membuat adaptasi atau menyesuaikan

semula bahan-bahan pengajaran itu dengan membetulkan segala kesilapan yang terdapat di

dalamnya, memperjelaskan aspek-aspek yang kurang dapat difahami, menambah aspek-aspek

yang kurang ditekankan dan membuang aspek-aspek yang tidak penting dan yang tidak

berkaitan. Semua ini bertujuan menjadikan bahan-bahan tersebut lebih sempurna sifatnya dan

sesuai serta bertepatan dengan keperluan pelajar dan pengajaran yang direncanakan.

Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir

dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang

selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa

Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang

terdapat dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan

bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.

a) Inspirasi dan kreativiti

Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan

daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat

memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea

baru dan sebagainya.

b) Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat eluang berinteraksi sesame sendiri dan

menguasai kecekaan berbahasa.

c) Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna

Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif

pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.

d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikal

Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-

pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja

dalam konteks dan situasi yang bermakna.

Page 4: Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

e) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi

Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar

pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam

kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi

psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama

dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.

Aktiviti ini bukan sahaja dapat dilihat daripada aspek tanda baca dan tatabahasa murid-murid,

malah murid-murid boleh menjadi lebih kreatif dan efektif.

Penggunaan sastera boleh diaplikasikan dalam kemahiran menulis. Bahan sastera yang sesuai

digunakan dalam kemahiran ini adalah bahan sastera prosa dan puisi.

f. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahan-

bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan pengajaran yang

senang kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan

yang seumpamanya.

PROSES MENGOLAH BAHAN PENGAJARAN

Page 5: Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Proses mengolah bahan bermaksud membuat adaptasi, perubahan, dengan membaikpulihkan

isi dan keadaan bahan pengajaran sebelum bahan tersebut digunakan. Melalui proses ini,

aspek-aspek yang kurang difahami akan diperjelaskan, perkara-perkara yang kurang penting

akan digugurkan atau dibuangkan dan sekiranya terdapat hal-hal yang tidak lengkap akan

ditambahkan. Proses ini memerlukan guru-guru untuk memberikan perhatian terhadap

beberapa perkara berikut:

a. Inspirasi dan kreativiti

Bahan-bahan yang digunakan boleh memberikan galakan kepada pelajar untuk mencetuskan

idea-idea yang kreatif dan bernas.

b. Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Sekiranya bahan yang digunakan mengandungi dialog, guru perlulah menjadikan dialog

tersebut bersifat komunikatif iaitu penggunaan bahasa yang betul dan membolehkan pelajar

berinteraksi sesama sendiri, di samping menguasai kecekapan berbahasa.

c. Menjadikan aktiviti pembelajaran relevan dan berguna

Bahan-bahan pengajaran perlu disesuaikan supaya berkaitan dengan objektif pembelajaran,

berfaedah dan dapat diaplikasikan oleh pelajar apabila pelajar menguasainya.

d. Memberikan contoh yang praktikal

Page 6: Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Bahan-bahan pengajaran sebaik-baiknya mengandungi contoh-contoh yang praktikal yang

boleh mempercepatkan kefahaman pelajar, di samping mereka dapat menyesuaikannya

dengan situasi sebenar.

e. Memenuhi keperluan pelajar

Bahan-bahan pengajaran yang digunakan sebaik-baiknya dapat memenuhi keperluan para

pelajar sama ada dari segi luaran (contohnya: dapat membantu pelajar dalam kerjaya mereka

kelak) dan dari segi psikologi (contohnya: minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan

sebagainya).

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak

membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-

bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan

oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,

1997 : 293):

Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil

karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah pancaran

dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre.

Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya.

Page 7: Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian

ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai

makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat.