Dalil Bina Insan

5
Sekarang, adalah penting untuk difahami terlebih dahulu hakikat manusia itu supaya pendekatan yang betul dalam aktiviti mahupun program latihan dapat dibuat dengan sebaik-baiknya. Contoh yang terbaik telahpun ditunjukkan oleh baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, dengan berpandukan kepada panduan yang terbaik yakni Al- Qur’an Al-Karim. Cuma mungkin disebabkan kurangnya kefahaman, maka ramai yang gagal melihat contoh-contoh yang sebenarnya telah ditinggalkan oleh Rasulullahsallallahu ‘alayhi wasallam untuk diikuti oleh umat Islam pada hari ini. Untuk memahami hakikat manusia itu, maka sudah tentu kita perlu merujuk kepada Yang Maha Mengetahui, yakni AllahSubhanahu wa ta’ala. Dia adalah Pencipta segala sesuatu, Dia-lah yang mencipta manusia. Maka, sudah tentu apa sahaja yang diberitakan kepada kita oleh Allah Subhanahu wa ta’ala melalui Al-Qur’an adalah yang paling tepat dan paling benar, serta tidak ada yang lebih benar daripadanya. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam Surah Al-Hijr ayat 28-29 yang lebih kurang maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sungguh Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.’ Manusia terdiri daripada dua entiti yakni entiti fizikal dan spiritual. Sepertimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam Al-Qur’an, manusia itu diciptakan daripada tanah liat yang hina, kemudian barulah ditiupkan roh ke dalamnya. Manusia bukan semata-mata makhluk fizikal, tetapi manusia juga adalah makhluk spiritual. Apabila hakikat ini gagal difahami, maka apa yang berlaku adalah proses latihan dan pembangunan insan akan hanya tertumpu ke arah memuaskan kehendak fizikal manusia semata-mata. Sedangkan di antara entiti fizikal dan spiritual, yang lebih penting serta lebih mencirikan seseorang manusia itu adalah elemen spiritualnya. Ayat dalam Surah Al-Hijr di atas menjadi dalil yang cukup jelas. Manusia itu diciptakan daripada tanah liat yang hina. Namun, manusia itu menjadi mulia dengan sebab roh yang ditiupkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala ke dalam tubuh manusia itu, lantas diperintahkan kepada para malaikat untuk sujud sebagai tanda hormat kepada manusia. Perhatikan, bahawa para malaikat tidak diarahkan untuk sujud kepada tubuh manusia yang terbina daripada tanah liat itu, tetapi para

description

dalil bina insan

Transcript of Dalil Bina Insan

Page 1: Dalil Bina Insan

Sekarang, adalah penting untuk difahami terlebih dahulu hakikat manusia itu supaya pendekatan yang betul dalam aktiviti mahupun program latihan dapat dibuat dengan sebaik-baiknya. Contoh yang terbaik telahpun ditunjukkan oleh baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, dengan berpandukan kepada panduan yang terbaik yakni Al-Qur’an Al-Karim. Cuma mungkin disebabkan kurangnya kefahaman, maka ramai yang gagal melihat contoh-contoh yang sebenarnya telah ditinggalkan oleh Rasulullahsallallahu ‘alayhi wasallam untuk diikuti oleh umat Islam pada hari ini. Untuk memahami hakikat manusia itu, maka sudah tentu kita perlu merujuk kepada Yang Maha Mengetahui, yakni AllahSubhanahu wa ta’ala. Dia adalah Pencipta segala sesuatu, Dia-lah yang mencipta manusia. Maka, sudah tentu apa sahaja yang diberitakan kepada kita oleh Allah Subhanahu wa ta’ala melalui Al-Qur’an adalah yang paling tepat dan paling benar, serta tidak ada yang lebih benar daripadanya.

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam Surah Al-Hijr ayat 28-29 yang lebih kurang maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sungguh Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.’”

Manusia terdiri daripada dua entiti yakni entiti fizikal dan spiritual. Sepertimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam Al-Qur’an, manusia itu diciptakan daripada tanah liat yang hina, kemudian barulah ditiupkan roh ke dalamnya. Manusia bukan semata-mata makhluk fizikal, tetapi manusia juga adalah makhluk spiritual. Apabila hakikat ini gagal difahami, maka apa yang berlaku adalah proses latihan dan pembangunan insan akan hanya tertumpu ke arah memuaskan kehendak fizikal manusia semata-mata. Sedangkan di antara entiti fizikal dan spiritual, yang lebih penting serta lebih mencirikan seseorang manusia itu adalah elemen spiritualnya. Ayat dalam Surah Al-Hijr di atas menjadi dalil yang cukup jelas. Manusia itu diciptakan daripada tanah liat yang hina. Namun, manusia itu menjadi mulia dengan sebab roh yang ditiupkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala ke dalam tubuh manusia itu, lantas diperintahkan kepada para malaikat untuk sujud sebagai tanda hormat kepada manusia. Perhatikan, bahawa para malaikat tidak diarahkan untuk sujud kepada tubuh manusia yang terbina daripada tanah liat itu, tetapi para malaikat hanya diarahkan untuk sujud setelah roh yang mulia ditiupkan ke dalam tubuh badan manusia itu.

Oleh sebab itu jugalah, kita boleh saksikan dengan jelasnya pada hari ini bahawa tubuh fizikal manusia itu ada yang baik, dan ada yang tidak baik. Ada yang elok, ada yang cacat. Sedangkan AllahSubhanahu wa ta’ala itu Maha Adil. Hal ini sudah tentu membayangkan kepada kita bahawa keadaan fizikal itu tidak penting. Seandainya fizikal manusia itu penting, sudah tentu Allah Subhanahu wa ta’alamenciptakan semua manusia itu dalam keadaan fizikal yang sama, ataupun setidak-tidaknya memberikan pilihan kepada setiap manusia itu untuk menentukan keadaan fizikalnya sendiri. Begitu juga kalau kita fikirkan, bahawa apabila manusia itu meninggal dunia, keadaan mayat itu ada pelbagai. Ada yang boleh disemadikan dengan baik. Namun, ada juga mayat yang mungkin sudah hancur dek kerana mati dalam kebakaran. Mungkin ada juga mayat yang dibakar sehingga menjadi abu, menurut kefahaman dan kepercayaan sesetengah agama. Mungkin ada juga mayat yang hancur ketika dalam kemalangan. Nah, kalau difikirkan, bagaimanakah proses soal jawab malaikat di dalam kubur itu boleh berlaku seandainya mayat telah dibakar menjadi abu dan tidak ditanam langsung di dalam tanah? Sudah tentu, hal ini menunjukkan bahawa setelah meninggal dunia, elemen fizikal itu langsung tidak penting. Sebaliknya, yang akan dihadapkan untuk

Page 2: Dalil Bina Insan

dinilai dan dihisab di hadapan pengadilan AllahSubhanahu wa ta’ala adalah elemen spiritual manusia.

Hakikat tentang elemen spiritual manusia ini sememangnya tidak mampu untuk diketahui dengan sepenuhnya. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam Surah Al-Israa’ ayat 85 yang lebih kurang maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, ‘ Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit.’” Walau bagaimanapun, Al-Qur’an dan Al-Hadith telah memberikan manusia dengan panduan dan pengetahuan yang memadai untuk manusia menguruskan dirinya dengan baik serta memenuhi maksud dan tujuan penciptaannya. Di dalam Al-Qur’an, elemen spiritual manusia ini disebut dengan beberapa istilah penting, seperti al-qalb (hati), an-nafs (jiwa), ar-ruh (roh) dan al-‘aql (intelek). Elemen-elemen spiritual itulah yang penting untuk dibangunkan terlebih dahulu kualitinya.

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi turut menyebut di dalam tafsirnya bahawa segala tindak tanduk anggota tubuh manusia berpunca daripada jiwa yang baik. Apabila jiwa manusia berkualiti, maka segala perilaku dan tindakan manusia itu juga akan menjadi berkualiti. Namun, jika sebaliknya jiwa manusia itu tidak berkualiti, maka sudah tentu tindakan serta perilakunya juga turut menjadi tidak berkualiti. Penerangan ini selari dengan apa yang telahpun dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Justeru, apa yang penting dalam proses membina kualiti insan adalah membina kualiti spiritual seseorang insan itu. Nah, berdasarkan beberapa ayat Al-Qur’an, termasuklah ayat yang telah dinyatakan di atas, kita memahami bahawa roh manusia itu adalah suci dan mulia. Maka, mengapakah perlu dilakukan pembinaan kualiti spiritual? Jawapannya, kerana spiritual manusia itu telah dikotori dan dikurangi kualitinya kerana sikap dan tindak tanduk manusia itu sendiri.

Dalam salah sebuah hadithnya Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam ada menyebut bahawa setiap bayi yang lahir itu adalah ibarat kain putih yang bersih; keadaan ini sudah tentu menggambarkan keadaan spiritual setiap bayi yang berada dalam keadaan fitrah. Keadaan fitrah spiritual setiap manusia itu adalah keadaan yang berada dalam ketaatan serta pengabdian yang menyeluruh kepada Pemiliknya, yakni Allah Subhanahu wa ta’ala. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam Surah Al-A’raaf ayat 172 yang lebih kurang maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab, ‘Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi.’...”. Semua roh manusia ketika berada di alam roh dahulu telah bersaksi dan mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhan. Persaksian itu bermaksud tunduk dan patuh kepada segala aturan, arahan dan ketetapan Allah Subhanahu wa ta’ala.

Walau bagaimanapun, manusia itu pelupa. Dalam Al-Qur’an, manusia turut digelar insaan. Istilah insaandalam bahasa Arab berasal daripada kata akarnya yakni nasiya yang bermaksud ‘lupa’. Apabila menjalani kehidupan di dunia, manusia lupa akan perjanjiannya. Namun, Allah Subhanahu wa ta’alayang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang itu mengutus di kalangan manusia para rasul beserta kitab-kitab untuk mengingatkan manusia. Namun, harus difahami juga bahawa kehidupan di dunia ini adalah satu ujian daripada Allah Subhanahu wa ta’ala untuk para hamba-Nya. Maka, manusia diberikan pilihan sama ada untuk mengikuti panduan dan membaiki kualiti spiritualnya, atau untuk terus mengotori dan merosakkan kualiti spiritualnya. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam Surah As-Syams ayat 7-10 yang lebih kurang maksudnya: “Demi

Page 3: Dalil Bina Insan

jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

Jelas bagi kita, yang paling penting dalam membina kualiti insan adalah membina kualiti spiritualnya terlebih dahulu. Pembinaan kualiti spiritual sudah tentu adalah dengan cara mengembalikan jiwa itu kepada keadaan fitrahnya yang sangat mulia itu. Hal ini bermaksud, mengembalikan jiwa kepada pengabdian yang menyeluruh kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Untuk melaksanakan hal tersebut, antara pra-syarat terpenting adalah ilmu. Ilmu yang dimaksudkan pula, sudah tentu adalah ilmu yang paling penting yakni ilmu ‘aqidah. Pemahaman dan pegangan terhadap ‘aqidah yang benar akan membolehkan seseorang itu melaksanakan ‘ibadah, yakni pengabdian kepada Allah, dengan benar dan baik. Oleh sebab itulah Imam Ghazali r.a. pernah menyatakan: “Tidak sah sesuatu ‘ibadah, melainkan setelah mengenali Yang Disembah (Tuhan).” Itulah yang terpenting dalam melaksanakan program-program latihan. Yang harus diutamakan adalah pembinaan jiwa, pengukuhan hubungan dengan AllahSubhanahu wa ta’ala sebelum pengukuhan hubungan dengan manusia dan alam.

Akhirnya, adalah penting untuk ditekankan bahawa pembinaan kualiti insan, yang berpandukan kepada pandangan alam Islam yang benar, haruslah dilaksanakan dengan meletakkan kehidupan di alam abadi sebagai matlamat. Kehidupan di dunia ini hanyalah seketika, dan hanyalah diciptakan semata-mata sebagai tempat persinggahan sementara untuk manusia mencari sebanyak mungkin ruang dan peluang untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, seterusnya meningkatkan kualiti spiritualnya untuk dihadapkan kepada-Nya kelak. Pembinaan kualiti insan yang bertujuan untuk hal dunia ini semata-mata pasti akan menimbulkan keadaan yang tidak harmonis kerana, sepertimana yang telah disebut tadi, jiwa manusia yang fitrahnya adalah untuk mengabdikan diri semata-mata kepada AllahSubhanahu wa ta’ala pasti akan memberontak. Pembinaan kualiti insan yang memfokus kepada elemen fizikal semata-mata pasti sia-sia; kerana sepertimana yang telah disebutkan juga, elemen fizikal manusia bukanlah yang terpenting. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam Surah As-Syu’ara ayat 88-89 yang lebih kurang maksudnya: “(yakni) pada hari (ketika) harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.