Penggunaan baja dan amalan pertanian islamik untuk produktiviti getah dan sawit matang
· dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan...
Transcript of · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan...
1
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN BIMBINGAN DAN LATIHAN GAP
KANDUNGAN M/S
1.0 PENDAHULUAN 2
2.0 TUJUAN 2
3.0 OBJEKTIF 3
4.0 BIDANG TUMPUAN 3
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN 5
6.0 CARTA ALIRAN PERGERAKAN BORANG LATIHAN GAP 6
7.0 PERBELANJAAN 8
8.0 PEMANTAUAN 8
9.0 LAPORAN 8
10.0 PENUTUP 8
11.0 LAMPIRAN 9
2
1.0 PENDAHULUAN
Amalan Pertanian Baik (GAP) merupakan faktor terpenting bagi memastikan
tanaman getah dan sawit mencapai tempoh keremajaan dan meningkatkan
produktiviti. Pelaksanaan dan pengamalan GAP yang betul dan mengikut
norma-norma yang sesuai serta teknologi-teknologi yang disyorkan perlu
diterapkan kepada semua pekebun kecil.
Bagi memastikan pelaksanaan dan pengamalan GAP tersebut berterusan,
pendekatan Bimbingan dan Latihan GAP diperkenalkan mulai tahun 2012 di
bawah Program Pengembangan dan Pemindahan Teknologi. Melalui
pendekatan ini, penyampaian maklumat dan pengetahuan kepada pekebun
kecil berdasarkan GAP yang digariskan adalah lebih terperinci, fokus dan
menjurus ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan.
2.0 TUJUAN
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil dalam
melaksanakan dan mengamalkan segala bentuk GAP yang bersesuaian
ke arah mencapai keremajaan 4½ tahun dan produktiviti 2,000
kg/hektar/tahun bagi getah menjelang akhir tahun 2020.
2.2 Mengamal dan membudayakan segala bentuk GAP yang bersesuaian ke
arah mencapai keremajaan 2½ tahun dan produktiviti 20 MT/hektar/tahun
bagi sawit menjelang akhir tahun 2020.
2.3 Meningkatkan pendapatan pekebun kecil kepada
RM4,000/bulan/keluarga menjelang akhir tahun 2020.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pengetahuan dan teknik yang tepat berkenaan Amalan
Pertanian Baik (GAP) bagi tanaman getah dan sawit.
3.2 Memberi kesedaran dan menimbulkan minat kepada pekebun kecil untuk
mengamal dan membudayakan GAP.
3
3.3 Memastikan pekebun kecil mengamal dan membudayakan GAP secara
berterusan.
4.0 BIDANG TUMPUAN
4.1 Bidang tumpuan Amalan Pertanian Baik (GAP) adalah:
4.1.1 GAP 1: Penanaman dan Penyelenggaraan
4.1.2 GAP 2: Pembajaan
4.3.1 GAP 3: Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks
4.3.2 GAP 4: Penorehan dan Penuaian
4.3.3 GAP 5: Strategi Pemasaran Hasil
4.2 GAP 1: Penanaman dan Penyelenggaraan
4.2.1 Kebun disiapkan dengan sempurna sebelum penanaman seperti
pembersihan kawasan, perparitan, penyediaan teres, lubang
tanaman dan lain-lain.
4.2.2 Bahan tanaman yang berkualiti seperti benih 2 tingkat daun keras
dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih
diterima.
4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang
disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk mengekalkan
kepadatan yang disyorkan.
4.2.4 Kawasan kebun diselenggara dengan sempurna supaya tidak
mengganggu tumbesaran pokok.
4.3 GAP 2: Pembajaan
4.3.1 Jenis baja yang sesuai perlu digunakan bagi memastikan
tumbesaran pokok yang ditanam.
4.3.2 Kadar, kaedah dan kekerapan membaja hendaklah mengikut syor
yang telah ditetapkan.
4
4.3.3 Membaja hendaklah mengikut masa yang sesuai. Membaja tidak
digalakkan pada masa kemarau, ranggasan daun atau hujan yang
berterusan.
4.4 GAP 3: Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks
4.4.1 Bentuk rangsangan terdiri daripada:
4.4.1.1 Cecair seperti MORTEX.
4.4.1.2 Gas seperti RRIMFLOW, REACTORRIM dan G-FLEX.
4.4.2 Penggunaan bahan rangsangan lateks hendaklah mengikut
pengesyoran bagi memastikan tiada kesan sampingan yang boleh
menjejaskan pertumbuhan pokok serta berlakunya ’kering kulit’.
4.4.3 Penggunaan rangsangan lateks yang betul mampu meningkatkan
g/t/t pokok sehingga 60%.
4.5 GAP 4: Penorehan dan Penuaian
4.5.1 Kaedah penorehan dan penuaian yang betul akan menjamin hasil
yang diperolehi disamping meningkatkan jangka hayat pokok.
4.5.2 Torehan ganti, torehan lewat dan torehan berganda perlu
diamalkan bagi memastikan bilangan hari menoreh dapat
ditingkatkan ke tahap optimum.
4.5.3 Penggunaan alat pelindung hujan adalah digalakkan bagi
kawasan yang menghadapi kekerapan hujan yang tinggi untuk
membolehkan pekebun kecil menjalankan aktiviti penorehan.
4.6 GAP 5: Strategi Pemasaran Hasil
4.6.1 Pekebun kecil digalakkan membuat jualan hasil secara
berkelompok bagi memastikan peningkatan hasil ke arah jaminan
harga ladang yang terbaik.
4.6.2 Melalui pemasaran secara berkelompok juga, kuasa penawaran
harga meningkat dan seterusnya dapat mengurangkan manipulasi
harga oleh pembeli.
5
4.6.3 Pekebun kecil digalakkan mengeluarkan produk yang lebih
berkualiti seperti getah krip, lateks dan Ribbed Smoke Sheet
(RSS) bagi mendapatkan tawaran harga yang lebih tinggi.
4.6.4 Membantu pekebun kecil mengeluarkan jenis produk berasaskan
pacuan pasaran semasa.
4.6.5 Membantu pekebun kecil untuk membentuk AJK bagi konsep
jualan secara berkelompok.
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN
5.1 Bimbingan dan Latihan GAP yang ditetapkan perlu dilaksanakan oleh
PPK kawasan secara hands-on di kebun bersama pekebun kecil secara
berterusan. Ia bertujuan untuk memastikan pekebun kecil dapat
memahami dan menghayati kaedah perlaksanaan GAP secara betul dan
teratur.
5.2 Setiap PPK perlulah melaksanakan latihan GAP kepada semua pekebun
kecil di dalam bantuan tanam semula dan minimum 50 pekebun kecil
matang.
5.3 Bagi memudahkan pelaksanaan GAP di lapangan berikut merupakan
kaedah pelaksanaan GAP bagi tanaman getah dan sawit mengikut
peringkat-peringkat yang ditetapkan :
Bil. Peringkat
Tanaman Peringkat Pelaksanaan Borang
1. Getah Muda
Kelulusan permohonan tanam
semula sehingga TS18A bantuan
pertama.
PGM01
Kelulusan bantuan pertama
sehingga TS18A bantuan ke-2. PGM02
Kelulusan bantuan ke-2 sehingga
TS18A bantuan ke-3. PGM03
Kelulusan bantuan ke-3 sehingga
TS18A bantuan ke-4. PGM04
Kelulusan bantuan ke-4 sehingga
TS18A bantuan ke-5. PGM05
6
Kelulusan bantuan ke-5 sehingga
TS18A bantuan ke-6. PGM06
2. Getah Matang Penyeliaan kebun matang PGMT
3. Sawit Muda
Kelulusan permohonan tanam
semula sehingga TS18A bantuan
pertama.
PSM01
Kelulusan bantuan pertama
sehingga TS18A bantuan ke-2. PSM02
Kelulusan bantuan ke-2 sehingga
TS18A bantuan ke-3. PSM03
Kelulusan bantuan ke-3 sehingga
TS18A bantuan ke-4. PSM04
4. Sawit Matang Penyeliaan kebun matang PSMT
6.0 CARTA ALIRAN PERGERAKAN BORANG LATIHAN GAP
6.1 PRA TANAM SEMULA (LAMPIRAN 1)
6.1.1 Satu salinan TS27 dihantar kepada PRS.
6.1.2 Ketua Stesen agih salinan TS27 tersebut mengikut PPPK terlibat.
6.1.3 PPPK daftar profil pekebun dan kebun dalam sistem e-P3.
6.1.4 Ketua Stesen buat pengesahan dan cetak borang PGM01/PSM01
melalui sistem e-P3 dan edar borang tersebut kepada PPPK.
6.1.5 PPPK buat penandaan (√) pada Borang PGM01/PSM01 setiap
kali bimbingan dan latihan GAP dilaksanakan.
6.1.6 PPPK perlu catat ‘AMAL’ pada ruangan catatan di Borang
PGM01/PSM01 sekiranya GAP diamalkan oleh pekebun kecil.
6.1.7 PPPK kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam sistem e-P3.
7
6.2 KEBUN DALAM BANTUAN (LAMPIRAN 2)
6.2.1 Satu salinan RISDA 7 dihantar ke PRS.
6.2.2 Ketua Stesen agih salinan RISDA 7 tersebut mengikut PPPK
terlibat dan tetapkan tahap pemantauan GAP di dalam sistem
e-P3.
6.2.3 Ketua Stesen cetak Borang PGM02/PSM02 – PGM06/PSM04
dan edar kepada PPPK.
6.2.4 PPPK buat penandaan (√) pada Borang PGM02/PSM02 –
PGM06/PSM04 setiap kali bimbingan dan latihan GAP
dilaksanakan.
6.2.5 PPPK catat ‘AMAL’ pada ruangan catatan di PGM02/PSM02 –
PGM06/PSM04 sekiranya GAP diamalkan oleh pekebun kecil.
6.2.6 PPPK kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam sistem e-P3.
6.3 GETAH DAN SAWIT MATANG (LAMPIRAN 3)
6.3.1 PPPK dikehendaki mengenalpasti sekurang-kurangnya 50 orang
pekebun kecil yang mempunyai kebun getah/sawit matang
termasuk penerima PPG serta SIPG dan mendaftarkan di dalam
sistem e-P3.
6.3.2 Ketua Stesen buat pengesahan dan cetak Borang PGMT/PSMT
melalui sistem e-P3 dan edar borang tersebut kepada PPPK.
6.3.3 PPPK dikehendaki untuk membuat penandaan (√) pada Borang
PGMT/PSMT setiap kali bimbingan dan latihan GAP
dilaksanakan.
6.3.4 PPPK catat ‘AMAL’ pada ruangan cacatan di Borang
PGMT/PSMT sekiranya GAP telah diamalkan oleh pekebun kecil
yang dipantau.
6.3.5 PPPK kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam sistem e-P3.
8
7.0 PERBELANJAAN
Penggunaan peruntukan dan perbelanjaan hendaklah mengikut peraturan
kewangan sedia ada. Perbelanjaan yang dibenarkan adalah:
7.1 Peralatan sokongan semasa latihan.
7.2 Makan dan minum semasa latihan.
8.0 PEMANTAUAN
Pemantauan dan semakan perlu dilakukan oleh PRN, PRD/PRJ/PRB dan
Ketua Stesen dengan kekerapan seperti berikut :
8.1 PRN - 1 kali/bulan
8.2 PRD/PRJ/PRB - 2 kali/bulan
8.3 Ketua Stesen - 4 kali/bulan
9.0 LAPORAN
9.1 Ketua stesen dikehendaki menghantar ‘Laporan Pelaksanaan Latihan
GAP’ yang dijana melalui sistem e-P3 setiap bulan ke Unit
Pengembangan PT bagi tujuan penyediaan laporan bulanan PT.
9.2 PT dikehendaki menyediakan rumusan Laporan Pelaksanaan Latihan
GAP Getah & Sawit Muda seperti format di Lampiran 4 dan Laporan
Pelaksanaan Latihan GAP Getah & Sawit Matang seperti format di
Lampiran 5 untuk dimajukan kepada PRN
9.3 PRN dikehendaki mengemukakan ke BPPT pada atau sebelum 05hb
setiap bulan.
10.0 PENUTUP
Melalui pendekatan latihan GAP ini, diharapkan pekebun kecil berjaya
mengurus kebun dengan betul dan dapat mencapai tempoh matang dalam
4 ½ tahun bagi getah dan 2 ½ tahun bagi sawit. Selanjutnya, produktiviti kebun
getah dan sawit meningkat dan seterusnya matlamat pendapatan keluarga
pekebun kecil ke tahap RM 4,000 sebulan dapat direalisasikan pada akhir
tahun 2020.
9
LAMPIRAN 1
CARTA ALIRAN PERGERAKAN
BORANG GAP GETAH/SAWIT MUDA(PRA TANAM SEMULA)
Lulus TS 27
Hantar satu salinan TS27 kepada PRS.
Agih salinan TS27 tersebut mengikut PPPK
terlibat.
Daftar profil pekebun dan kebun dalam sistem
e-P3.
Buat pengesahan dan cetak borang
PGM01/PSM01 melalui sistem e-P3 dan edar
borang tersebut kepada PPPK.
Tanda (√) pada Borang PGM01/PSM01 setiap
kali bimbingan dan latihan GAP dilaksanakan
Catat ‘AMAL’ pada ruangan catatan di Borang
PGM01/PSM01 sekiranya GAP diamalkan oleh
pekebun kecil.
Kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam
sistem e-P3.
KETUA
STESEN
PPPK
PPPK
PPPK
PPPK
UNIT TS
KETUA STESEN
10
LAMPIRAN 2
CARTA ALIRAN PERGERAKAN
BORANG GAP GETAH/SAWIT MUDA (BANTUAN BERTURUT)
Lulus TS18A
Satu salinan RISDA 7 dihantar ke PRS
Agih salinan RISDA 7 tersebut mengikut PPPK
terlibat dan tetapkan tahap pemantauan GAP
dalam sistem e-P3.
Cetak Borang PGM02/PSM02 – PGM06/PSM04
dan edar kepada PPPK.
Tanda (√) pada Borang PGM02/PSM02 –
PGM06/PSM04 setiap kali bimbingan dan
latihan GAP dilaksanakan
Catat ‘AMAL’ pada ruangan catatan di Borang
PGM02/PSM02 – PGM06/PSM04 sekiranya
GAP diamalkan oleh pekebun kecil.
Kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam
sistem e-P3.
PPPK
KETUA STESEN
KETUA STESEN
PPPK
PPPK
UNIT TS
11
LAMPIRAN 3
CARTA ALIRAN PERGERAKAN
BORANG GAP GETAH/SAWIT MATANG
Kenalpasti 50 orang pekebun kecil getah matang
dan daftar dalam sistem e-P3
Buat pengesahan dan cetak Borang
PGMT/PSMT melalui sistem e-P3 dan edar
borang tersebut kepada PPPK.
PPPK
Ketua Stesen
Tanda (√) pada Borang PGMT/PSMT setiap kali
bimbingan dan latihan GAP dilaksanakan
PPPK
Catat ‘AMAL’ pada ruangan catatan di Borang
PGMT/PSMT sekiranya GAP diamalkan oleh
pekebun kecil.
Kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam
sistem e-P3.
PPPK
PPPK
PT : ……………………
BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI
GETAH
SAWIT
JUMLAH 0 0 0 0
BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI
GAP 1 : PENANAMAN & PENYELENGGARAAN
GAP 2 : PEMBAJAAN
0 0 0 0 0 0
GAP 1 : PENANAMAN & PENYELENGGARAAN
GAP 2 : PEMBAJAAN
0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0JUMLAH (GETAH & SAWIT MUDA)
LUAS
1. GETAH
JUMLAH
2 SAWIT
JUMLAH
Lampiran 4
LAPORAN PELAKSANAAN LATIHAN GAP GETAH & SAWIT MUDA BULAN ……………... TAHUN 2018
JENIS
TANAMAN
BILANGAN PK DIPANTAULUAS KEBUN DIPANTAU
(HEK)
BIL.JENIS
TANAMANGAP
BILANGAN BIMBINGAN &
LATIHAN GAP
BILANGAN PENGAMALAN
GAP
12
PT : ……………………
BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI
GETAH
SAWIT
JUMLAH 0 0 0 0
BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI
GAP 1 : PENANAMAN & PENYELENGGARAAN
GAP 2 : PEMBAJAAN
GAP 3 : PENGGUNAAN BAHAN RANGSANGAN LATEKS
GAP 4 : PENOREHAN & PENUAIAN
GAP 5 : STRATEGI PEMASARAN HASIL
0 0 0 0 0 0
GAP 1 : PENANAMAN & PENYELENGGARAAN
GAP 2 : PEMBAJAAN
GAP 4 : PENOREHAN & PENUAIAN
GAP 5 : STRATEGI PEMASARAN HASIL
0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0JUMLAH (GETAH & SAWIT MATANG)
LUAS
1. GETAH
JUMLAH
2 SAWIT
JUMLAH
Lampiran 5
LAPORAN PELAKSANAAN LATIHAN GAP GETAH & SAWIT MATANG BULAN ……………... TAHUN 2018
JENIS
TANAMAN
BILANGAN PK DIPANTAULUAS KEBUN DIPANTAU
(HEK)
BIL.JENIS
TANAMANGAP
BILANGAN BIMBINGAN &
LATIHAN GAP
BILANGAN PENGAMALAN
GAP
13