BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan Bab ini memberi fokus ...
dapatan kajian 1
description
Transcript of dapatan kajian 1
A.JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI
a)perindustrian
Hasil kajian menunjukkan Pekan Kamunting mempunyai pelbagai jenis kegiatan
ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan pekan ini.Kegiatan perindustrian ini
tertumpu di kawasan Kamunting Raya .Kegiatan ekonomi ini dibahagikan kepada
industri ringan,industri desa dan industri berat.Jenis-jenis industri di Kamunting boleh
dibahagikan kepada 2 iaitu industri berasaskan sumber dan industri bukan berasaskan
sumber seperti dalam jadual berikut:
Industri Jenis Industri Produk Nama Kilang
Industri berasaskan sumber
Industri getah Tayar,sarung tangan getah,dan alat-alat perubatan
Silverstone,Rusch,Latex
Industri bukan berasaskan sumber
Industri kelengkapan pengangkutan,automotif
Piston Izumi
Industri tekstil dan pakaian
Kain,baju dan seluar
KTI
PERDAGANGAN
PERINDUSTRIAN
PENGANGKUTAN
Di samping itu,di kawasan kajian ini juga terdapat ramai pekerja asing yang datang untuk
bekerja di sini.Contohnya dari Nepal,Vietnam dan Indonesia.Antara jawatan yang ditawarkan ialah
operator pengeluaran,pengurus,kerani dan lain-lain lagi.Graf di bawah menunjukkan bilangan
industri berasaskan sumber dan industri bukan berasaskan sumber.Berbanding dengan
Singapura kegiatan perindustrian yang utama ialah elektronik,pembaikan kapal dan
pemprosesan getah Saya rasa amat teruja dan gembira apabila melihat hasil keluaran dari
kawasan kajian.
b)Perdagangan
Hasil kajian saya menunjukkan penduduk di pekan Kamunting banyak melakukan
kegiatan perdagangan.Sektor perdagangan melibatkan perniagaan
borong,runcit,restoran,import dan eksport.Jadual menunjukkan kegiatan ekonomi dalam
sektor ini:
Jenis Perdagangan Keterangan Nama kedai Barang dijual
Runcit Kedai runcitPasar miniPasar raya
D’MART Beras,roti,tepung,gula dan garam
Borong Perniagaan yang dijual secara pukal kepada individu,peruncit
Ceria 99MF MART
Alat-alat tulis,alat ganti kenderaan dan barangan dapur.
atau pemborong
Kebanyakan kaum Melayu di kawasan kajian melakukan perdagangan secara
runcit.Kaum Cina pula banyak membuka restoran-restoran manakala kaum India pula
banyak berniaga barang-barang tekstil seperti kain dan sutera.Carta pai di bawah
menunjukkan peratus bilangan kaum yang melakukan kegiatan perdagangan.
Berbanding dengan negara Singapura mereka banyak mengeksport barang termsuk
elektronik,bahan kimia dan bahan bakar mineral.Di samping itu,Singapura juga turut
mengimport barangan seperti makanan .Saya sangat gembira dengan perdagangan yang
dilakukan oleh penduduk di Pekan Kamunting.
c)Pengangkutan
Hasil kajian saya menunjukkan pekan Kamunting mempunyai pelbagai jenis
pengangkutan untuk kemudahan penduduk bagi mencari rezeki dan bersiar-siar dengan
keluarga.Pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pengangkutan
darat,pengangkutan air dan pengangkutan udara.Tetapi kesemua penduduk di pekan
Kamunting menggunakan pengangkutan darat.Pengangkutan darat ialah pengangkutan
yang bolh bergerak di atas jalan raya dan di atas landasan kereta api.Contoh penggunaan
pengangkutan darat di atas jalan raya ialah bas ekspres,teksi dan kereta.Jadual di bawah
menunjukkan destinasi yang hendak dituju serta tambangnya sekali:
Jenis Kenderaan Destinasi Tambang
Bas Ekspres Kamunting-TaipingKamunting-Bukit GantangKamuting-Kota Bharu
RM 2.00RM 4.00RM 33.00
Teksi Kamunting-TaipingKamunting-Bukit GantangKamunting-Kota Bharu
RM 6.00RM 10.00RM 100.00
Contoh penggunaan pengangkutan darat di atas landasan kereta api ialah kereta api
ekspres dan kereta apu harian.Berbanding Singapura,penduduk mereka lebih gemar
menggunakn kereta api bawah tanah kerana ia cepat dan tiada pencemaran.Di Singaoura
kemudahan pengangkutan yang diberikan cukup lengkap berbanding di pekan
Kamunting.Contohnya bas ekspres di sana dua tingkat berbanding di sini hanya satu
tingkat.Walau bagaimanapun,saya tetap berbangga dengan tempat tinggal saya.