Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau...

103
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan “Kawal atau Dikawal” Nurussalam Aziz 14/5/2014 Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara-cara lain sebelum mendapat izin daripada Nurussalam Aziz.

Transcript of Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau...

Page 1: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang

Kepada Bebas Kewangan

“Kawal atau Dikawal”

Nurussalam Aziz 14/5/2014

Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara-cara lain sebelum mendapat izin daripada Nurussalam Aziz.

Page 2: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

1 | M u k a s u r a t

Dari

Kepompong Hutang Kepada

Bebas Kewangan

"Kawal atau Dikawal"

Nurussalam Aziz

Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda boleh menjadi apa sahaja dengan mudah sekira anda tahu caranya.

Page 3: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

2 | M u k a s u r a t

Catatan _____________________________________________________________________ Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara-cara lain sebelum mendapat izin daripada Nurussalam Aziz. Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi setiap individu dan tiada jaminan dikeluarkan dalam menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, tips, idea dan cadangan untuk dijadikan panduan asas sahaja kerana ia di tulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Penulis buku ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan. Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam buku ini. Penulis secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atau risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada buku ini.

Page 4: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

3 | M u k a s u r a t

Penghargaan _____________________________________________________________________ Sebagai pembuka kata, dengan lafaz bismillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi saya kekuatan dan dorongan dalam menjayakan penulisan buku saya ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada umi tersayang saya yang telah melahirkan saya di dunia ini. Sesungguhnya tiada sebarang hitungan yang dapat menyamai pengorbanan seorang ibu. Tidak dilupakan ayahanda saya iaitu Allahyarham Wan Abdul Aziz B. Ahmad yang mengajar saya erti berdikari di dalam hidup ini. Tidak ketinggalan juga isteri yang banyak bersabar dalam menempuh dugaan demi dugaan di dalam kehidupan bersama. Tanpa isteri tersayang, rasanya saya takkan setabah ini untuk melakukan sesuatu yang mustahil di dalam kehidupan. Seperti yang di kata, perempuanlah yang akan menaikkan dan menjatuhkan seorang lelaki. Maka isteri saya tergolong di kalangan isteri yang ingin melihat kejayaan yang positif dari saya. Begitu juga, anak-anak iaitu Anas, Asyraf, Alif dan Aneesa yang menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk menjadikan saya lebih giat bekerja serta lebih kreatif dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada ibu dan ayah mertua yang banyak menolong serta menjadi pendorong dalam kehidupan saya untuk menjadi lebih maju. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada mentor-mentor saya yang banyak membantu dalam merealisasikan cita-cita saya sebagai seorang penulis, memantau kewangan dan banyak memberi kata-kata semangat yang ekstrem untuk menjadikan hala tuju kewangan saya lebih baik dan menarik. Terima kasih juga kepada mentor-mentor pasif yang mengajar secara seminar dan banyak memberi semangat untuk terus maju serta berdaya saing. Tidak dilupakan juga kepada pihak bank yang banyak memberi dugaan supaya saya belajar apa itu kewangan dan menjadikan diri ini lebih celik kewangan berbanding dahulu. Jika tidak kerana tekanan dari pinjaman-pinjaman yang saya lalui dengan bank, rasanya saya tidak akan menjadi sebaik seperti sekarang. Terima kasih juga diucapkan kepada Sharizal Ithman yang banyak berkongsi pengalaman dan tips kewangan supaya saya menjadi lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan. Tidak ketinggalan juga Ahmad Farizal yang menjadi pembuka jalan untuk saya menjadi lebih berjaya. Sifat ingin berkongsi menjadi pencetus untuk saya lebih maju ke hadapan. Kepada kawan-kawan dan para pembaca blog saya yang banyak memberi sokongan secara langsung atau tidak, ribuan ucapan terima kasih dari saya. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada anda semua iaitu pembaca buku saya. Terima kasih.

Page 5: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

4 | M u k a s u r a t

Testimonial _____________________________________________________________________ "Jarang saya menjumpai buku kewangan yang disokong oleh hadis dan terjemahan al-

Quran sebagai panduan dalam perancangan kewangan peribadi." Iskandar Basir, Pengurus Cawangan Bank Islam.

“Buku ini telah membuka minda pemikiran saya, ia berdasarkan pengalaman getir

yang dilalui oleh penulis dalam perjalanan kewangan beliau. Ia memberi satu penerangan yang mudah difahami melalui fakta dan informasi yang amat relevan, apa

yang harus ‘dibuat’ dan ‘dielakkan’ lalu menjadikan saya amat berharap menemui buku ini lebih awal untuk menjadi panduan kepada kehidupan kewangan saya

terdahulu. Walaupun begitu, buku ini masih memberi panduan dan pengetahuan yang berguna untuk menjadikan masa hadapan yang lebih baik kepada saya dan

menghalang saya dari melakukan kesilapan kewangan seperti waktu dahulu.” Faisal, Pengaturcara Universiti Antarabangsa.

"Ternyata buku ini di tulis dari hati kerana ia perkongsian dari jatuh bangun saudara

Nurussalam Aziz dalam kewangan peribadi. Tidak disangka buku ini wujud dan di tulis oleh anak tempatan sendiri."

Nurzamir Zakaria , Penganalisis Kanan Richworks International.

"Cara buku ini di tulis merangkumi kepada pelbagai lapisan umur dan latarbelakang kewangan. Buku ini amat sesuai untuk dipraktikkan dan mudah difahami oleh orang

yang tidak mempunyai pendidikan dalam bidang kewangan." Bashasunnahar B. Puasa, Penyelia Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor.

“Buku ini tentang pengalaman sebenar bagaimana penulis memperbetulkan

kesilapannya daripada terus membazirkan gaji bulanan ke tempat-tempat yang salah. Dan uniknya, ianya berlandaskan hadis dan al-Quran sebagai asas dalam pengurusan

kewangan peribadi.” Farizal Hassan, Pemaju Kanan Multimedia.

Page 6: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

5 | M u k a s u r a t

Isi Kandungan _____________________________________________________________________ Pengenalan BAHAGIAN PERTAMA: Bagaimana Saya Terperangkap dalam Kepompong Hutang

Tiada Ilmu Dalam Kewangan Hutang Peribadi Kad Kredit Kereta dan Motosikal Lain - lain Perangkap Yang Mungkin Menjerat Anda

BAHAGIAN KEDUA: Bagaimana Saya Keluar dari Kepompong Hutang

Menambah Ilmu Pengetahuan Tentang Kewangan Peribadi Bagaimana Saya Berfikir Penstrukturan Hutang Membayar Hutang Apabila Tiba Waktunya Fokuskan Membunuh Hutang Anda Pindahan Jumlah Hutang Kad Kredit Pindahkan Hutang Lain Ke Dalam Kad Kredit Menggunakan Wang Bonus Sebagai Penghapus Hutang Menggunakan Kenaikkan Gaji Bulanan Untuk Membayar Hutang Lapuk Memindahkan Banyak Hutang Kepada Satu Hutang Membuat Pinjaman Tanpa Faedah Dengan Keluarga

BAHAGIAN KETIGA: Bagaimana Saya Membina Tembok Pertahanan

Menguruskan Hutang, Tunai dan Simpanan Menguruskan Dana Kecemasan Menjadikan Aktiviti Menyimpan Sebagai Tabiat Mencari Sumber Inspirasi Mencari Mentor Membuat Cetakan Biru atau Blueprint Pengurusan Kewangan Resepi Daripada Para Bilionair

BAHAGIAN KEEMPAT: Bagaimana Saya Menyerang

Membina Minda Pelabur Mula Mencipta Rangkaian Berjinak-jinak Dengan Pelaburan Berisiko Rendah Mula Berjinak-jinak Dengan Hartanah Membina Kuasa Faedah Berkompaun Pelaburan Pasaran Saham Pelaburan Emas dan Perak

BAHAGIAN KELIMA: Amalan Rohaniah yang Saya Buat Berkaitan Rezeki

Percaya dan Bertawakal Kepada Allah Berbuat Baik Kepada Ibu dan Bapa Mendoakan Rezeki Kepada Penghutang Solat Sunat Dhuha Solat Sunat Tahajud Kehebatan Sedekah Kehebatan Mengeluarkan Zakat Terjemahan al-Quran Mengenai Rezeki Petikan Hadis Mengenai Rezeki

Kata - Kata Akhir

Page 7: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

6 | M u k a s u r a t

Mengenai Penulis Lampiran Untuk Dikongsi

Page 8: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

7 | M u k a s u r a t

Pengenalan Suatu ketika dahulu, saya merupakan seorang yang tidak mengambil endah dengan kewangan peribadi. Namun, setelah dicengkam oleh kepompong hutang peribadi maka saya mula membuat satu keputusan untuk keluar daripada hutang yang ada sekarang. Malahan apabila mengetahui pelbagai ilmu tentang kewangan, saya mula menjadi seorang yang ingin lebih maju iaitu menjadi seorang multijutawan. Sekira asasnya saya tidak tahu, bagaimana saya ingin mengubahnya. Saya tidak mahu memperdagangkan masa depan saya tanpa mengetahui cara mengawal hutang saya. Pada pendapat saya, sekiranya saya tidak tahu mengawal hutang saya maka hutang tersebut akan mengawal saya. Tanpa mengetahui cara mengurus hutang saya, bagaimana saya ingin pergi lebih jauh untuk mengurus kewangan syarikat saya. Dengan pengurusan peribadi yang sistematik, maka saya akan boleh pergi kepada sesuatu yang lebih besar. Sekiranya saya gagal menguruskan kewangan peribadi, maka bagaimana saya ingin pergi ke langkah seterusnya. Prinsip yang mudah! Inilah yang mendorong saya untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai kewangan peribadi. Saya tidak mahu menghabiskan seumur hidup saya bekerja keras untuk melangsaikan hutang dan bekerja dengan orang lain. Biarlah hutang saya selesai dengan lebih cepat dan saya dapat hidup dengan pendapatan pasif. Dengan itu, menjadikan saya seorang yang bebas kewangan. Bagi saya, tiada yang mustahil selagi saya hidup kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Terpulang kepada diri sendiri untuk mencarinya. Setelah saya mengambil keputusan untuk lebih maju dalam pengurusan kewangan, saya banyak menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk menjadikan diri saya setakat ini. Buku, kewangan peribadi, seminar, blog, forum dan kelas-kelas kewangan merupakan langkah awal untuk menjadikan saya lebih berjaya. Alhamdulillah, semuanya menjadi makin positif untuk masa hadapan. Dengan pengalaman yang saya ada, tidak salah sekiranya saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana saya keluar dari kepompong hutang dan bebas seperti seekor rama-rama. Semuanya dari pengalaman saya dahulu dan pencapaian saya dimasa hadapan. Selamat mencuba dan selamat membaca. Walaupun saya tidak memiliki sebarang sijil dalam bidang kewangan, ia tidak menghalang saya daripada membina kekayaan dari sudut yang saya ketahui. Setiap matlamat mestilah ada jalannya. Saya berpendapat adalah lebih baik kewangan dinilai dari hasilnya atau dengan kata lain dari aset yang dikumpul dari pengalaman sendiri. Ia boleh diibaratkan mencipta kapal dari kesilapan dan belajar untuk mengatasi kesilapan tersebut. Walaupun teori adalah bagus, teori tetap teori. Pengalaman akan membezakan antara seseorang itu belajar daripada teori atau belajar daripada kesilapan. Oleh itu, setiap kekayaan saya bermula dari pengalaman saya sendiri. Mungkin ada sesetengah pengalaman saya itu, tidak memberi kesan yang sama kepada anda. Ini kerana pemikiran, fokus, ilmu, kekuatan dalaman dan orang sekeliling anda berbeza dengan saya. Saya belajar daripada orang yang telah berjaya dan setentunya saya belajar daripada mereka. Saya mempunyai cetakan biru (blueprint) daripada orang yang telah berjaya malahan mereka dari golongan jutawan atau multijutawan. Semakin saya membina kekayaan, maka makin berbeza pemikiran saya terhadap kewangan. Satu perbezaan yang ketara ialah pemikiran yang berbeza di antara golongan kaya, menengah dan miskin. Perbezaan pemikiran inilah yang mencipta dan menjadi laluan yang saya pilih. Orang kaya selalu 'mengawal' manakala orang menengah dan miskin selalunya 'dikawal'. Terpulang kepada anda untuk berada di pihak yang mana. Saya sudah memilih dan

Page 9: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

8 | M u k a s u r a t

melangkah selangkah demi selangkah untuk mencapai matlamat yang ingin saya capai. Setiap kejayaan mestilah dibina dari kesilapan dan jatuh bangunnya.

Page 10: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

9 | M u k a s u r a t

Cara Buku Ini Disusun Secara mudahnya buku ini disusun secara pecahan di mana anda boleh membaca mengikut kesesuaian anda. Ini kerana buku ini menceritakan secara khusus pada setiap pecahan bahagian secara jelas. Anda boleh mulakan dari bahagian pertengahan, pengakhiran atau bermula dari bahagian pertama. Namun begitu, saya amat sarankan sekiranya anda membaca dari bahagian permulaan supaya mendapat pendedahan bagaimana saya keluar dari kepompong hutang kepada terbang bebas tanpa hutang yang negatif. Ini supaya anda dapat mendalami bagaimana peritnya saya dahulu dalam menangani hutang dan kemudiannya saya berubah kepada yang lebih positif. Anda boleh menconteng atau membuat garisan pada bahagian-bahagian yang penting untuk diingati. Gunakan sebarang alatan yang mampu menarik mata anda apabila ingin mengambil bahagian-bahagian yang penting dalam buku ini. Pen merah atau pen penyerlah menjadi saranan saya kepada anda. Secara ringkasnya buku ini mempunyai enam bahagian. Ia dimulakan dengan bahagian pertama iaitu Bagaimana Saya Terperangkap dalam Kepompong Hutang, bahagian kedua iaitu Bagaimana Saya Keluar dari Kepompong Hutang, bahagian ketiga iaitu Bagaimana Saya Bertahan, bahagian keempat iaitu Bagaimana Saya Menyerang, bahagian kelima iaitu Amalan Rohaniah yang Saya Buat Berkaitan Rezeki dan bahagian yang terakhir iaitu Kata-Kata Akhir. Bahagian pertama banyak menceritakan bagaimana saya melakukan kesilapan dalam nilai kewangan peribadi saya. Saya menceritakan secara jelas dan jujur tanpa berselindung dengan kesilapan saya terdahulu. Saya amat mengharapkan anda tidak mengulangi kesilapan kewangan seperti saya dahulu. Bahagian kedua pula berkisar bagaimana saya bangun dan keluar dari kepompong hutang. Ia bukanlah satu penyelesaian secara petik jari, tapi untuk menerangkan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Mungkin pendekatan penyelesaian saya tidak sesuai untuk anda tapi mungkin ia membuka perspektif anda dengan jalan penyelesaian yang telah berjaya saya lakukan. Bahagian ketiga saya akan menceritakan teknik-teknik yang saya pakai untuk bertahan dari cengkaman hutang. Ia lebih menceritakan bagaimana saya membuat batu asas kepada simpanan. Saya mengambil perspektif bertahan dahulu sebelum saya menfokuskan kepada teknik menyerang. Bahagian keempat pula saya akan menceritakan teknik-teknik menyerang yang dilakukan oleh saya. Apabila sudah mempunyai tapak asas yang agak kuat, setentunya saya dapat menfokuskan kepada teknik menyerang dengan jayanya. Mungkin teknik-teknik ini tidak menjadi pilihan anda tetapi ia menceritakan bagaiman saya menyerang dengan teknik ini. Bahagian kelima lebih merujuk kepada apa yang saya lakukan dari sudut Islam dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengambil ayat-ayat daripada terjemahan al-Quran dan hadis. Semoga ia menjadi panduan kepada umat Islam seluruhnya. Bahagian keenam merupakan penutup kepada buku ini. Ia lebih kepada kata-kata akhir daripada saya dan saya juga memberi satu bonus berupa lampiran yang mungkin boleh dipraktikkan dalam mengawal kewangan peribadi anda.

Page 11: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

10 | M u k a s u r a t

BAHAGIAN PERTAMA Bagaimana Saya Terperangkap dalam Kepompong Hutang

"Orang berjaya menyelesaikan masalah dan mengawal kehidupannya, orang yang lemah akan lari dari masalah dan dikawal kehidupannya."

Nurussalam Aziz

Page 12: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

11 | M u k a s u r a t

Tiada Ilmu Mengenai Kewangan Boleh dikatakan ketika saya masih muda, istilah kewangan agak janggal dan jarang sekali didengar. Memang betul, semasa muda saya lebih menghabiskan masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang biasa budak-budak sebaya saya lakukan. Bermain bolasepak, bermain permainan arked 20 sen, berjalan-jalan di hujung minggu, menangkap ikan di parit-parit dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh budak-budak kebanyakkan. Sebab itu, saya hanya menjadi budak biasa-biasa sahaja pada waktu itu. Selepas meningkat dewasa atau lebih tepat lagi remaja. Saya masih melakukan aktiviti-aktiviti yang sama seperti orang yang biasa-biasa sahaja. Boleh dikatakan tiada hala tuju dan hanya bersuka ria menikmati alam remaja. Untuk mencari ilmu tentang kewangan di masa hadapan, mungkin satu mimpi yang paling ngeri pada ketika itu. Maklumlah apabila di sebut tentang kewangan, saya hanya memandang itu hanyalah untuk orang bank ataupun akauntan yang lebih tahu dan pandai. Namun, ternyata andaian saya silap. Bukan sahaja silap, tetapi amat silap. Ternyata tanpa ilmu kewangan, saya amat lemah dalam bidang ini. Boleh dikatakan hanya tahu menghabiskan duit tetapi bukannya menjana duit yang lebih baik. Boleh dikatakan juga saya tidak membesar dalam persekitaran yang mengambil kisah tentang ilmu kewangan maka menjadikan saya tidak tahu ke mana hala tuju saya pada waktu itu. Apa sahaja masalah yang timbul mengenai wang, akan saya jadikan pinjaman berhutang sebagai pilihan nombor satu. Tanpa ilmu, anda dan saya hanyalah tong kosong sahaja. Hanya kuat berdendang tapi isinya tiada. Inilah kesilapan saya yang paling besar di dalam hidup iaitu tidak belajar tentang ilmu kewangan. Dan sekiranya anda juga tidak belajar tentang ilmu ini, maka anda juga akan sesat seperti saya dahulu. Tetapi kerana anda sudah membaca malahan lebih baik sekiranya terus membeli buku ini, ia akan menjadikan peningkatkan ilmu tentang kewangan anda ke tahap yang lebih baik dari sebelum ini. Lagi baik, anda akan dapat membandingkan diri anda dan saya untuk dijadikan sebagai kayu ukur dalam kewangan diri sendiri. Sebolehnya-bolehnya, saya akan mencuba untuk mengelakkan anda dari melakukan kesilapan-kesilapan yang saya telah lakukan dan lalui sebelum ini. Ini kerana pengalaman kewangan saya adalah perit dan menjadikan kewangan saya seperti telur di hujung tanduk yang berada di puncak bangunan pencakar langit. Tinggi betul risiko saya bukan? Kalau anda tidak ingin menjadi seperti saya, anda harus membaca dan membaca tentang ilmu kewangan supaya anda lebih baik dari sekarang. Jadikan ilmu kewangan anda hari ini adalah lebih baik dari semalam dan jadikan ilmu kewangan anda hari esok lebih baik dari hari ini. Eh, hari esok adalah lebih baik dari hari ini? Mustahil bukan? Segalanya tidak mustahil sekiranya anda terus membaca buku saya ini. Akan saya ceritakan masalah dan penyelesaiannya secara berperingkat -peringkat. Ini supaya anda dapat melihat kesilapan kewangan yang saya hadapi dahulu dan bagaimana saya menanganinya. Sekarang anda sudah boleh menyandarkan diri sambil menghirup secawan kopi yang sungguh sedap aromanya. Di dalam buku Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert T.Kiyosaki, banyak menceritakan perbezaan kewangan seseorang. Malahan, beliau menyatakan sekiranya anda seorang yang kaya tetapi tidak pandai menguruskan kewangan, maka kewangan itu tidak bertahan lama. Semestinya anda biasa dengar jutawan-jutawan segera di Malaysia yang kisahnya terpampang di surat khabar mahupun berita di televisyen. Sepatutnya mereka akan senang dengan sejumlah duit yang dimiliki secara durian runtuh. Tetapi sejuta kali sayang, kebanyakkan daripada mereka akan jatuh ke tahap asal malahan ada yang menjadi lebih teruk kurang dari setahun. Duit yang dapat, akan dibelanjakan sesuka hati tanpa ada hala tuju yang sebenar.

Page 13: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

12 | M u k a s u r a t

Boleh dikatakan ketika itu, pelbagai kehendak yang berupa tsunami akan muncul. Semua nampak ingin di beli dan semuanya nampak menarik. Anda tidak percaya? Percayalah kerana keadaan ini memang banyak terjadi. Ini jelas menyatakan bahawa ramai orang belum bersedia untuk berada dalam golongan orang kaya kerana mereka tidak mempunyai ilmu untuk mengawal jumlah wang yang banyak. Dengan mempunyai ilmu dan cetakan biru tersendiri, ia memungkinkan anda tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan. Anda mungkin biasa melihat orang miskin yang miskin kewangannya. Anda beranggapan bahawa mereka ini miskin kerana tidak memiliki kemewahan yang dapat ditonjolkan. Anda beranggapan bahawa mereka yang bekerja di kerusi-kerusi empuk adalah kaya raya, malahan jika melihat slip gaji mereka ada yang mencecah belasan malahan puluhan ribu ringgit. Adakah anda percaya kalau saya katakan kebanyakkan daripada mereka adalah lebih miskin daripada orang yang anda lihat miskin luarannya. Cuba anda lihat jumlah perangkaan mereka yang muflis ataupun bankrap, mereka adalah dari golongan yang anda lihat miskin atau yang anda lihat sebagai golongan profesional. Anda tidak tahu? Biar saya ceritakan kepada anda, puluhan ribu yang bankrap adalah dari golongan profesional. Ini menunjukkan tanpa ilmu kewangan, anda tidak mampu mengawal wang yang ada. Sekiranya wang yang ada perolehi sekarang tidak dapat anda kawal, bagaimanakah keadaannya apabila anda memiliki wang yang lebih banyak. Anda terkejut? Nampaknya saya sudah menjana sel-sel di dalam otak anda untuk berfikir. Jika anda ingin berjaya dalam kewangan, maka anda haruslah belajar tentang ilmu kewangan. Mudah bukan? Jadi mulalah mengurus kewangan anda! Sekiranya kewangan diri sendiri anda tidak dapat di urus, bagaimana anda ingin mengurus sesuatu yang lebih besar. Baca dan carilah mentor yang sebaiknya. Cuba belajar dari orang yang berjaya. Untuk menjadi seorang yang berjaya maka belajarlah dari orang yang sudah berjaya. Golongan bawahan dan menengah adalah golongan yang selalunya kurang mempelajari ilmu kewangan, mungkin mereka sibuk dengan mencari duit untuk menampung kehidupan seharian ataupun ilmu kewangan tidak penting bagi mereka. Bagaimana anda ingin mengawal kewangan sekiranya anda tidak tahu menguruskannya. Ini seperti memberi orang lain menguruskan keluarga anda. Nampak seperti tidak logik, tapi itulah kenyataan apabila melibatkan pengurusan kewangan. Lihat disekeliling anda mahupun diri anda sendiri. Apabila anda dapat kenaikkan gaji mahupun bonus, adakah kewangan anda makin berubah? Adakah hutang anda makin berkurangan atau semakin bertambah? Selalunya menjadi sama mahupun makin teruk. Ini kerana apabila kenaikkan gaji setiap tahun, maka anda sudah bercita-cita untuk meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih selesa atau lebih berjaya supaya dapat ditunjukkan kepada orang lain mahupun kepuasan sendiri. Seperti pepatah melayu dahulu, makin besar periuk maka makin besarlah keraknya. Selalunya kerak tidak dimakan sendiri, selalunya di buang di dalam tong sampah mahupun menjadi rezeki kepada ayam. Dahulu, saya lalui kehidupan tanpa sebarang ilmu kewangan malahan lebih teruk apabila saya mendengar ilmu kewangan dari pihak yang tidak sepatutnya. Saya mendengar nasihat kewangan dari penjual insurans, penjual pinjaman malahan dari orang yang tidak berjaya dalam kewangan. Ini adalah satu konsep yang silap untuk anda mengambil nasihat kewangan dari mereka. Sebagai contoh, anda meminta nasihat dari penjual insurans untuk menceritakan tentang kewangan. Setentunya penjual insurans tersebut akan menceritakan dari sudut kewangan yang bertemakan insurans. Saya tak salahkan mereka kerana memang kerja mereka adalah menjual insurans. Kalau mereka menceritakan dari sudut lain, setentunya anda tidak akan membeli insurans dari mereka. Begitu juga sekiranya anda meminta nasihat dari pihak bank. Seboleh-bolehnya mereka akan menawarkan anda mengambil pinjaman-pinjaman dari bank yang mereka bekerja. Saya juga

Page 14: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

13 | M u k a s u r a t

tidak salahkan mereka kerana mereka mendapat komisen hasil dari pengambilan pinjaman oleh anda. Itu adalah kebiasaan untuk orang yang bekerja dengan pihak bank. Saya juga ada mengambil nasihat daripada orang yang memang tidak selayaknya bercerita perihal kewangan. Pelbagai teori-teori hebat yang diberikan dan setentunya teori-teori tersebut berdasarkan kejayaan yang di bina oleh orang lain. Setentunya anda pernah berjumpa dengan orang-orang sebegini. Saya juga tidak salahkan orang-orang sebegini kerana mereka penyedap cerita sahaja tetapi isinya tiada. Kalau saya bercerita orang-orang yang anda tidak sepatutnya menerima nasihat tentang ilmu kewangan, setentunya akan berjela-jela dan menyebabkan anda terlena membaca buku ini. Boleh saya katakan bahawa saya menyalahkan diri sendiri kerana tidak belajar tentang ilmu kewangan. Sekiranya saya belajar tentang ilmu kewangan, maka saya akan lebih mahir tentang kewangan. Seharusnya saya belajar dari seseorang yang mempunyai rekod kewangan yang bagus. Ini mudah sahaja, lihat orang sekeliling anda dan siapakah yang mempunyai kewangan yang baik dari tahun ke tahun. Belajar dari mereka bagaimana kewangan mereka di bina dan lebih maju dari tahun ke tahun. Namun begitu, saya nasihatkan anda supaya tidak melihat kejayaan seseorang itu dari kereta yang di pandu mahupun rumah yang mereka diami. Tapi anda haruslah melihat apakah simpanan dan aset yang mereka ada. Nah, saya sudah memberi sedikit tips untuk anda berjaya dalam kewangan. Mudah bukan? Biar saya ceritakan lebih lanjut kenapa anda harus mencari orang yang tahu atau pakar tentang ilmu kewangan. Sekiranya anda sakit, siapakah anda cari? Setentunya doktor. Sekiranya kereta anda rosak, siapakah anda cari? Setentunya mekanik kereta. Sekarang anda boleh faham konsepnya, anda harus mencari orang yang selayaknya dalam bidang mereka. Sekiranya mereka penjual produk atau pemberi pinjaman, anda janganlah bertanya kepada mereka kerana selepas itu anda akan membeli atau mengambil pinjaman dari mereka. Selepas itu, kewangan anda akan makin hangus seperti saya dahulu. Rakyat malaysia amat kurang mengambil berat tentang ilmu kewangan, namun ramai yang ingin kaya. Pelik bukan? Ingin kaya tetapi tidak ingin belajar tentang ilmu kewangan. Sesuatu yang amat luar biasa bagi saya sekarang, tetapi dahulu saya tergolong dalam orang yang seperti ini. Ada juga orang menganggap dengan belajar ilmu kewangan, ia seperti mengejar dunia semata-mata. Inilah yang biasa saya dengar dan pelajari dahulu. Tanggapan ini mula berubah apabila saya belajar tentang ilmu kewangan. Pada pandangan saya, adalah lebih baik anda berjaya dalam ilmu kewangan kerana selepas itu anda akan menjadikan kewangan anda lebih positif. Saya pernah mendengar satu kata-kata dari seseorang "Apabila anda berfikiran positif mengenai kewangan, anda akan dilingkari dengan suasana kewangan yang positif. Apabila anda berfikiran negatif mengenai kewangan, anda akan berada dalam radius negatif di dalam kewangan". Oleh itu, anda boleh memilih untuk berada di pihak mana, positif atau negatif. Anda dapat memberi nilai kewangan yang positif kepada keluarga terdekat, keluarga jauh, kawan-kawan malahan orang lain yang tidak anda kenal. Saya lebih suka menjadi orang yang memberi daripada orang yang meminta. Nah, mungkin pandangan anda mula berubah sedikit demi sedikit. Jadilah orang yang tangannya di atas, bukannya orang yang tangannya di bawah. Sekurang-kurangnya belajarlah ilmu kewangan supaya ilmu itu dapat anda perturunkan kepada anak-anak dan cucu-cucu anda nanti. Setentunya anda akan gembira apabila melihat mereka tidak gundah gulana dengan kewangan. Saya juga biasa mendengar orang yang menyatakan sekiranya anda kaya, anda akan menjadi sombong atau jahat. Dan setentunya anda akan menggunakan cara yang tidak elok untuk berada dalam kelompok orang yang kaya raya. Pada pandangan mereka, menjadi kaya adalah salah dan sesuatu yang negatif. Anda haruslah mengubah persepsi ini, wang dan kaya tidak salah. Itu adalah sikap dan hati manusia, berapa ramai golongan bawahan dan menengah yang mempunyai sikap yang tidak baik disekeliling anda dan adakah mereka kaya raya? Sebagai contoh, anda anggap

Page 15: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

14 | M u k a s u r a t

wang itu sebagai pisau. Maka pisau itu boleh menolong mempercepatkan kerja seharian anda atau anda melakukan sesuatu yang negatif dengannya. Jadi anda yang membuat pilihan dengan pisau tersebut, bukannya orang lain. Itulah contoh yang mungkin membuatkan anda bersikap lebih positif tentang kewangan. Anda sudah makin positif bukan? Itulah kenapa saya amat menekankan tentang ilmu kewangan dan ia berada tahap paling atas selepas ilmu agama saya. Tanpa ilmu pada kewangan, anda mudah di tipu dan anda tidak tahu apakah langkah-langkah yang betul untuk menjadikan nilai kewangan menjadi lebih positif. Belajarlah untuk berubah dan tiada istilah sudah terlambat untuk diri sendiri. Biar lambat dari tiada membuat perubahan langsung. Jangan salahkan takdir kerana itu adalah sikap orang yang berputus asa. Tanamkan dalam diri yang ada orang lain lagi susah dari anda dan ada dikalangan mereka yang amat berjaya. Saya teringat satu potongan ayat al-Quran dan mungkin juga anda biasa dengar petikan ayat al-Quran ini.

..."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri

mereka sendiri"... Surah ar-Ra'ad, ayat 11

Itulah apa yang agama saya iaitu Islam memberi panduan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Jadi apa yang harus saya dan anda lakukan ialah mengubah diri sendiri menjadi positif. Selepas anda menjadi seorang yang positif, anda akan memberi pandangan positif kepada orang yang terdekat dengan anda. Dengan itu orang terdekat anda akan menjadi positif. Kesan positif ini akan berkembang dengan sesuatu yang kecil iaitu bermula dengan anda dan saya. Maka positifkan diri anda dari sekarang dan setentunya dari sudut kewangan yang ingin saya sarankan. Ingat, mulakan sifat positif itu dari anda dan bukannya bermula dari orang lain. Kuatkan sikap positif kewangan supaya dapat mengelak sifat negatif kewangan. Ini kerana sikap negatif kewangan akan hilang apabila sikap positif sudah tertanam dalam diri sendiri dan dengan itu anda akan memberi impak positif kewangan kepada orang lain. Bermula dari anda dan akhirnya akan membesar kepada orang sekeliling. Beberapa ilmu pengurusan kewangan yang sepatutnya saya belajar dari dahulu melibatkan beberapa bahagian. Sekiranya anda berpegang kepada beberapa tips ini, ia memudahkan anda menguruskan masalah kewangan anda. 1. Melihat kadar faedah atau kadar keuntungan yang dikenakan kepada anda

Dahulu saya tidak mengenali apa itu caj-caj yang dikenakan kepada setiap pinjaman yang saya ambil. Boleh dikatakan saya hanya mementingkan bank mana yang boleh memberi pinjaman kepada saya. Jadi, anda haruslah mula bertanya dan membandingkan kadar faedah atau kadar keuntungan oleh beberapa bank kepada nilai pinjaman anda. Ini supaya anda tahu bahawa itulah murah atau mahalnya nilai yang bank akan ambil dari pinjaman anda. Kadar faedah ini boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu kadar rata (flat rate), kadar tahunan (yearly rests), kadar bulanan (monthly rests) dan kadar harian (daily rests). Saya akan menunjukkan secara ringkas sahaja bagaimana caj dikenakan berdasarkan kadar faedah anda. Ini kerana setiap bank mempunyai kadar kiraan yang berlainan antara satu sama lain kerana bersandarkan pakej pinjaman yang mereka berikan. Secara kasar ia di kira berdasarkan apa yang saya tulis di bawah.

Kadar rata merupakan kadar faedah yang sudah di kira daripada bayaran prinsipal dan kadar. Kadar pembayaran bulanan adalah sama dari permulaan pinjaman sehinggalah nilai pinjaman anda selesai.

Kadar tahunan merupakan kadar faedah yang dikira pada jumlah baki pada setiap

tahun.

Page 16: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

15 | M u k a s u r a t

Kadar bulanan pula merupakan kadar faedah yang dikira pada jumlah baki pada

setiap bulan.

Kadar harian lebih kepada pengiraan kadar faedah di kira pada jumlah baki pada setiap hari. Selalunya bayaran bulanan boleh dimanipulasi oleh anda.

Saya sarankan kepada anda cubalah memilih kadar harian dahulu dan kemudian bulanan dan seterusnya tahunan. Ini kerana kadar harian di kira berdasarkan setiap hari dan anda boleh menambah atau mengurangkan nilai bayaran pinjaman anda setiap bulan. Ia lebih memberi anda kuasa memanipulasi kadar bayaran pinjaman anda. Namun begitu, jangan tertipu dengan kadar harian tetapi dikira secara bulanan yang dikenali sebagai compounded monthly. Sebenarnya ia lebih kepada kadar faedah yang dikira secara bulanan. Namun begitu, amat sukar untuk memiliki kesemua pinjaman secara kadar faedah harian kerana tidak semua pinjaman menggunakan kadar ini. Pengiraan ini amat melecehkan dan kurang memberi keuntungan kepada pihak bank. Tetapi sekiranya anda bijak menggunakan overdraf, ia boleh menjadi satu alat yang anda boleh membeli segala barangan dengan kaedah kadar faedah harian. Nah, sekarang saya sudah memberi tips lagi kepada anda. Kalau anda tidak dapat mengelak dari berhutang untuk membeli keperluan maka carilah cara untuk mengurangkan kadar faedah yang paling rendah yang dikenakan kepada anda.

"Hutang kita akan lebih cepat selesai dibayar sekiranya jumlah

hutang itu tidak banyak dan pembayarannya di bawah kawalan kita".

Aziz CFP Ini tips kepada anda tentang perbezaan kadar rata dan kadar harian supaya anda lebih memahami bagaimana kedua-dua kadar faedah ini berfungsi dan boleh dijadikan sebagai perbandingan. Kadar rata merupakan satu pengiraan yang tetap manakala kadar faedah harian merupakan satu pengiraan yang fleksibel. Sebagai contoh anda ingin membuat pinjaman perumahan yang berjumlah RM200,000 dan dua bank berbeza memberi dua jenis kadar faedah yang berbeza (kadar rata dan kadar harian). Ia dikira dengan kadar faedah sebanyak 10% dan tempoh pinjaman adalah 30 tahun (360 bulan). Sila lihat rajah dibawah untuk penerangan ringkas.

Jenis Pinjaman Pinjaman Kadar Rata Pinjaman Kadar Harian Jumlah RM200,000 RM200,000 Kadar Faedah 10% 10%** Tempoh Pinjaman 30 tahun (360 bulan) 30 tahun (360 bulan)** Berdasarkan rajah di atas, anda nampak saya meletakkan tanda ** pada kadar harian. Tanda ** selalu digunakan oleh bank untuk menyatakan bahawa 'mengikut terma dan syarat'. Ia juga menyatakan bahawa pada bahagian ini boleh berubah dan tidak tetap. Seperti yang anda ketahui, pinjaman kadar rata adalah tetap cara pembayarannya. Sekiranya penyata pembayaran mengatakan sebulan anda harus membayar RM900 maka itulah pembayaran yang harus anda bayar sehingga pinjaman itu selesai. Berbeza pula dengan pinjaman kadar harian yang membolehkan pembayaran anda berubah kadar faedah (ia diselaraskan dengan kadar konvensional BLR - Base Lending Rate mahupun kadar islamik BFR - Base Fixed Rate dengan cara penambahan atau pengurangan kadar faedah tersebut). Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda membayar jumlah RM900 tetapi dengan cara pembayaran dua kali sebulan (RM450 pertengahan bulan dan RM450 hujung bulan), anda boleh menjimatkan tempoh pinjaman satu atau dua tahun. Kalau didasarkan pada rajah di atas

Page 17: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

16 | M u k a s u r a t

maka tempoh pinjaman anda akan selesai 28 tahun ataupun 29 tahun. Jumlah yang sama tetapi dengan sedikit manipulasi, anda sudah dapat membuat penjimatan pada tempoh pinjaman. Menarik bukan! Pada Bahagian Empat (Bagaimana Saya Menyerang), saya ada menyatakan kelebihan yang mungkin menyesakkan nafas anda. Sekiranya anda seorang yang lemah semangat ataupun ada penyakit darah tinggi, rasanya anda harus membuat persiapan untuk mengalami kejutan apabila membaca pada bahagian tersebut. Namun begitu, setiap sesuatu ada risikonya. Oleh itu saya akan nyatakan secara mudah untuk anda lebih memahami. Sila lihat berdasarkan rajah di bawah.

Pinjaman Kadar Rata Pinjaman Kadar Harian Kelebihan Kelebihan Pembayaran sama pada setiap bulan (anda yang tidak gemarkan perubahan dalam pembayaran bulanan)

Pembayaran boleh menjadi lebih murah setiap bulan dari kadar rata (anda yang gemarkan pembayaran bulanan fleksibel)

Tidak risau tentang kenaikkan atau penurunan kadar BLR atau BFR

Selalunya kadar faedah yang dikenakan adalah lebih rendah daripada kadar rata

Banyak bank yang menawarkan konsep pinjaman ini

Kadar pembayaran bulanan boleh menjadi lebih rendah daripada kadar rata

Tempoh pembayaran boleh menjadi lebih singkat daripada kadar rata

Dapat mengurangkan pembayaran caj keuntungan sekiranya anda bijak memanipulasinya dan mengawalnya

Kekurangan Kekurangan Tidak dapat mengurangkan kadar pembayaran bulanan

Kadar pembayaran akan naik sekiranya kadar BLR atau BFR naik

Tempoh pembayaran tidak dapat dipendekkan malahan ada pihak bank yang akan mengenakan penalti sekiranya anda ingin membuat pembayaran awal

Risau tentang kenaikkan kadar BLR atau BFR

Pembayaran caj keuntungan yang tidak dapat dikawal atau dimanipulasi

2. Tahu apa itu Aset dan Liabiliti

Dahulu, boleh dikatakan aset dan liabiliti adalah asing kepada saya. Pada pemahaman saya, apa yang saya beli dan boleh dijual adalah aset. Namun apabila saya belajar tentang ilmu kewangan, pandangan saya mula berubah. Secara ringkasnya boleh saya simpulkan bahawa aset yang memberi anda wang manakala liabiliti yang akan menghabiskan wang. Mudah bukan? Tetapi kenapa ramai orang selalu kehilangan wang? Ini disebabkan mereka tidak tahu menilai apakah itu aset dan liabiliti. Banyak orang beranggapan bahawa apabila membeli rumah untuk diduduki adalah aset tapi sebenarnya ia bukanlah sebenar-benar aset kerana anda harus membayar dengan duit anda sendiri. Sekiranya anda tidak mampu membayar rumah tersebut, maka dengan mudah tindakan undang-undang akan dikenakan kepada anda dan seterusnya rumah tersebut akan dilelong. Tetapi sekiranya anda membeli rumah dan sewakan kepada orang lain, itu adalah aset anda tetapi sekiranya tiada penyewa maka anda harus mencari penyewa baru atau membayarnya sebelum ada penyewa baru yang menjadi pilihan. Tapi memilih untuk menyewa kepada orang lain adalah lebih bagus kerana orang lain yang membayar bakal aset anda. Ini berdasarkan kaedah Guna Wang Orang Lain atau lebih dikenali dengan Others People Money (OPM). Rumah tersebut akan menjadi aset anda sepenuhnya apabila anda sudah selesai membayarnya atau dengan kata lain anda tidak terikat dengan pihak lain. Ia akan

Page 18: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

17 | M u k a s u r a t

menjadi pendapatan yang berpanjangan selagi ada penyewa yang membayarnya. Menarik bukan? Begitu juga sekiranya anda mempunyai kenderaan. Ia adalah liabiliti tetapi sekiranya ia memberi wang kepada anda maka ia adalah aset anda. Sebagai contoh anda menyewakan kenderaan kepada syarikat atau orang lain. Ia menjana wang kepada anda maka ia adalah aset anda. Namun begitu, barangan yang susut nilai juga adalah liabiliti kerana anda tidak akan dapat mengandakan atau mendapat kembali jumlah yang anda labur. Sebagai contoh, andai kata anda menyewakan kenderaan dan rumah kepada orang lain. Pada pandangan anda, manakah yang memberi nilai aset yang positif. Setentunya rumah kerana nilai rumah selalunya naik 4 atau 5 peratus setahun malahan ada yang lebih manakala nilai kereta selalunya akan turun 10 peratus setahun malahan ada yang lebih. Jadi sekiranya anda ada sejumlah wang, carilah rumah dahulu sebelum membeli kenderaan. Tapi anda perlu tahu berapa jumlah yang anda boleh ambil sebagai komitmen hutang. Ini akan saya ceritakan pada bab yang lain. Anda boleh menggunakan Aliran Penyata Nilai Kewangan (Contoh 1) pada bahagian Lampiran sebagai contoh untuk menilai aset dan liabiliti anda.

"Orang kaya mengumpul aset. Orang miskin dan kelas menengah mengumpul liabiliti yang mereka sangka adalah aset".

Robert T.Kiyosaki Anda juga boleh senaraikan aset dan liabiliti anda berdasarkan rajah di bawah. Aset Liabiliti

↗ (wang masuk) Yang memenuhkan poket anda

Pemikiran anda yang menjana wang

Pemikiran anda yang menghabiskan wang ↘

(wang keluar) Yang membocorkan poket anda

Hartanah yang dibayar oleh orang lain

Hartanah yang dibayar sendiri

Pengangkutan yang dibayar oleh orang lain

Pengangkutan yang dibayar sendiri

Pinjaman yang menjana wang

Pinjaman yang menghabiskan wang

Orang-orang yang menjana wang kepada anda

Orang-orang yang menghabiskan wang anda

Syarikat yang menjana wang kepada anda

Syarikat yang menghabiskan wang anda

3. Faham itu Kehendak dan Keperluan

Setiap daripada saya dan anda mempunyai kehendak dan keperluan yang berlainan. Boleh saya katakan keperluan adalah yang anda amat perlukan dan merupakan keperluan asas seperti rumah, kenderaan, pakaian dan sebagainya. Kehendak pula lebih kepada apa yang anda inginkan seperti rumah besar, kenderaan mewah, pakaian berjenama dan sebagainya. Pada waktu remaja lagi saya mempunyai kehendak, ada sesetengahnya yang baik dan ada sesetengahnya menjerat kewangan saya. Ada yang saya capai dan ada saya lepaskan apabila saya belajar dan mendalami tentang ilmu kewangan.

Sebagai contoh, dahulu memang saya memerlukan sebuah kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja (keperluan). Namun saya menggunakan dorongan membeli kenderaan dengan memiliki kenderaan kehendak saya. Ini memang memberi kepuasan tetapi kepuasan itu adalah sementara apabila sesuatu yang dibeli itu diluar kemampuan saya. Tidak salah untuk

Page 19: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

18 | M u k a s u r a t

memiliki kehendak tetapi biarlah kehendak itu berada di dalam kemampuan anda. Lagi bagus sekiranya anda tahu yang barangan kehendak anda dapat di beli tanpa menggunakan wang saku atau wang gaji anda. Terasa ganjil bukan, tetapi anda boleh lakukan sekiranya anda mahu dan tahu. Nampaknya fikiran anda memberontak untuk mengetahui apakah caranya bukan? Teruskan membaca wahai para pembaca sekalian.

Jadi anda boleh mulakan melihat apakah keperluan anda dan kawallah kehendak anda. Sekiranya anda tidak mampu mengawal kehendak anda, maka kewangan anda tidak dapat diurus dengan jayanya. Ingat, orang kaya tidak membeli kehendak dengan wang gaji mereka tetapi mereka mendapat wang untuk membeli kehendak yang mereka idamkan selama ini.

"Saya sentiasa kagum melihat begitu banyak barang yang tidak

saya perlukan". Socrates

4. Tahu apa itu Pendapatan Pasif dan Pendapatan Aktif

Anda mesti biasa mendengar yang ibu bapa akan menyatakan belajar rajin-rajin nanti akan mendapat gaji besar. Ya, ini istilah yang selalu di tanam dalam diri seorang anak-anak. Anda juga biasa di ajar menabung untuk menanam sifat menyimpan dari kecil. Itulah yang biasa anda dan saya dengar dengan menganggap nasihat itu sesuatu yang membosankan untuk dilakukan. Namun sekiranya anda tahu apa itu pendapatan pasif dan pendapatan aktif, mungkin tanggapan anda mula berubah sedikit demi sedikit.

Boleh saya simpulkan bahawa pendapatan pasif adalah pendapatan yang anda tidak perlu bekerja untuk mendapat wang darinya. Sebagai contoh, wang royalti, dividen dari simpanan, duit sewa, wang pencen dan pelbagai lagi. Ada pendapatan pasif yang menjana wang anda setiap tahun, bulanan malahan ada yang harian. Anda hanya perlu kreatif dan sedikit usaha untuk menjana pendapatan pasif anda. Dengan kata lain, anda buat sekali dan anda akan dibayar selagi anda hidup. Malahan ada yang dapat dipindahkan kepada keluarga anda. Menarik bukan? Pendapatan aktif pula sesuatu yang anda harus bekerja untuk mendapatkan wang darinya. Sebagai contoh mudah, apa yang anda lakukan sekarang iaitu bekerja. Tidak kira anda bekerja sendiri mahupun anda bekerja dengan orang lain.

Boleh dikatakan dahulu saya hanya mengejar pendapatan aktif tetapi bukannya pendapatan pasif. Sekiranya dahulu saya membina pendapatan pasif lebih awal maka saya tidak akan terlalu bergantung kepada pendapatan aktif. Sifir kewangan adalah mudah, sekiranya pendapatan pasif anda banyak maka anda tidak hiraukan berapa wang gaji yang anda dapat sebagai pendapatan aktif. Ini akan menjadikan anda bekerja kerana minat tetapi bukanlah kerana wang yang anda akan mengejarnya setiap tahun demi tahun. Itulah lumrah bagi kebanyakkan kelas bawahan dan menengah, amat takut sekiranya kehilangan kerja kerana mereka tidak mempunyai pendapatan pasif yang kuat ataupun tiada langsung.

Orang kaya menjadikan pendapatan pasif untuk membayar segala kehendak dan keperluan hidup mereka. Jadi, lagi cepat anda membina pendapatan pasif maka makin cepatlah anda tergolong di kalangan orang kaya. Ayuh, mulakan sekarang dan mungkin anda akan melangkau ke bab menyerang. Tapi biarlah asasnya anda tahu dahulu, jangan jadikan bangunan anda tidak kuat tapaknya tapi ingin membina bangunan pencakar langit.

"Untuk membolehkan kita menikmati kebanyakkan benda dalam

hidup ini, kewangan kita perlulah terurus". Azizi Ali

Page 20: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

19 | M u k a s u r a t

Ingin saya kongsikan kepada anda tentang kelebihan dan kekurangan pendapatan aktif dengan pendapatan pasif berdasarkan rajah dibawah:

Pendapatan Aktif Pendapatan Pasif Kelebihan Kelebihan Anda boleh menjana wang apabila ilmu pengetahuan dalam bidang semakin meningkat ataupun anda bertukar tempat kerja

Wang bekerja untuk anda

Bekerja sekali, pendapatan berulang-ulang kali

Kekurangan Kekurangan Apabila anda sudah tidak mampu menjana wang

Bergantung kepada tempat pelaburan atau kerja yang anda lakukan untuk memberi pendapatan

Anda bekerja untuk wang Satu persoalan yang ingin saya anda tanya kepada diri sendiri. Sekiranya anda sudah tidak mampu menjana pendapatan aktif, bagaimanakah situasi anda untuk menjana wang dalam kehidupan seharian? 5. Kenali Hutang Positif vs Hutang Negatif

Boleh dikatakan saya (dahulu) dan anda hanya mengenali hutang. Tapi tahukah anda bahawa hutang secara asasnya boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu hutang positif dan hutang negatif. Boleh dikatakan pada waktu dahulu, saya hanya mengumpul hutang yang negatif dan kerana itulah hidup saya sengsara setelah hutang itu menjerut saya. Ia umpama kepompong yang membalut saya pada satu ketika dahulu. Namun saya masih bersyukur kerana masih belum disenarai hitam dari sudut kewangan. Saya mempunyai prinsip yang paling mudah iaitu hutang harus dibayar, jadi saya akan berusaha supaya hutang itu tidak tertangguh walaupun hanya sebulan. Ini kerana apabila anda sudah menangguh selama sebulan, maka pada bulan hadapan anda harus membayar dua kali ganda hutang tersebut. Setentunya ia menjadi bebanan hutang yang semakin berat. Jadi, sekiranya anda tidak mampu membayar penuh hutang pada bulan tersebut, sekurang-kurangnya bayarlah hutang tersebut sebanyak 80 peratus dari nilai hutang tersebut. Namun begitu, saya amat sarankan sekiranya anda dapat membayar hutang tersebut tepat pada waktunya.

Kembali kepada dua pecahan hutang yang saya nyatakan sebelum ini. Secara ringkasnya, hutang positif merupakan hutang yang memberi nilai yang positif kepada hidup anda. Sebagai contoh, hutang membeli hartanah. Ini kerana anda mengetahui bahawa nilai hartanah akan naik secara konsisten sekiranya tepat lokasinya. Malahan, kadang-kadang ada yang naik secara mendadak kerana lokasi tersebut berada di dalam kategori 'lokasi panas' iaitu lokasi yang mempunyai banyak permintaan tetapi jumlah hartanah adalah sedikit. Jadi hutang seperti ini mempunyai sudut yang amat positif untuk nilai kewangan anda. Membuat hutang untuk melabur adalah sesuatu yang positif, tetapi saya kurang sarankan kerana ia amat bergantung kepada kadar keuntungan pelaburan. Sekiranya anda ingin bermain dengan hutang pelaburan, pastikan hutang tersebut mempunyai tempoh yang kurang dari 5 tahun dan kadar faedah yang dikenakan adalah kurang dari kadar keuntungan dari pelaburan. Sebagai contoh, sekiranya kadar keuntungan setahun pinjaman anda adalah 3% maka carilah kadar keuntungan pelaburan yang memberi pulangan sebanyak 8% setahun. Maka anda melihat bahawa hutang yang sebegini memberi

Page 21: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

20 | M u k a s u r a t

sudut yang positif dalam kewangan anda. Kadang-kadang hutang positif ini boleh menjadi mimpi ngeri kepada anda apabila anda tidak mampu membayarnya. Dengan automatik, hutang tersebut akan berbalik kepada hutang yang negatif. Sebagai contoh, anda memiliki sebiji rumah yang disewa dan tiba-tiba penyewa ingin keluar dari rumah tersebut. Maka anda harus membayar hutang rumah sewa tersebut sehingga ada penyewa baru yang ingin menyewanya. Memandangkan lokasi rumah sewa anda bukanlah lokasi yang 'panas' malahan 'sejuk', ia mengambil masa 6 bulan untuk penyewa baru menyewanya. Maka 6 bulan itulah waktu hutang positif anda menjadi hutang negatif anda.

Seperti saya dahulu, saya amat gemar mengutip hutang-hutang negatif di dalam hidup saya. Hutang peribadi yang agak tinggi kadar faedahnya, telah selamat saya ambil untuk dijadikan bebanan hutang. Bukan satu malahan tiga! Wang tersebut hanya dihabiskan begitu sahaja tanpa membuat sebarang pelaburan yang akan meningkatkan nilai positif kepada hutang tersebut. Sebelum anda membuat sebarang pinjaman, fikir sejenak adakah hutang tersebut positif atau negatif. Sekiranya anda sudah berhutang, berusahalah untuk melangsaikan hutang negatif tersebut secepat yang mungkin. Lagi cepat anda bayar maka makin positiflah penyata aliran kewangan anda.

Boleh dikatakan hanya berbekalkan 3 hutang peribadi yang bersifat negatif, ia telah melambatkan kehidupan positif kewangan saya selama 10 tahun. Ini kerana saya gagal mengawal bebanan hutang tersebut sebelum ini. Setelah saya membuat kata putus untuk mengubah kawalan hutang negatif ini, saya dapat melangsaikannya kurang dari 5 tahun. Sekiranya anda bertanya kepada saya adakah saya sudah bebas dari berhutang. Tanpa perlu berfikir panjang, saya akan memberi jawapan ini kepada anda. Saya hanya bebas dari hutang negatif, namun saya masih menyimpan hutang positif di dalam hidup saya.

"Hutang akan menentukan lukisan masa depan anda".

Nurussalam Aziz 6. Tetapkan Matlamat Kewangan Bermula dengan RM1

Setiap dari saya atau anda mempunyai matlamat kewangan yang berbeza. Janganlah anda tergolong dalam kelompok yang tidak mempunyai matlamat kewangan. Ini amat merugikan untuk masa hadapan anda malahan keluarga anda. Selalunya apabila saya bertanya kepada seseorang yang saya kenali, apakah matlamat hidup beliau. Kebanyakkan daripada mereka akan menjawab nak berjaya dalam hidup dan ada juga yang berkata ingin berjaya di dunia dan akhirat. Namun begitu, apabila saya bertanya apakah usaha beliau ke arah matlamat tersebut. Hah, disini anda akan lihat riak muka mereka akan berubah. Ada jawapan yang tersekat di halkum malahan ada juga yang hanya menjawab acuh tak acuh. Ini menunjukkan bahawa mereka bukanlah memasang matlamat tapi hanya angan-angan kosong sahaja. Anda bersetuju dengan pendapat saya? Sekiranya anda tidak menulis sebarang matlamat dalam kewangan anda, nampaknya anda sudah pun gagal sebelum anda bermula. Ini kerana dengan mempunyai matlamat kewangan yang di tulis, ia memberi satu peringatan tentang matlamat-matlamat yang harus dicapai terlebih dahulu. Ia boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu:

Matlamat jangka pendek: kurang dari 2 tahun Matlamat jangka sederhana: 2 hingga 5 tahun Matlamat jangka panjang: lebih daripada 5 tahun

Saya boleh memberikan satu tips kepada anda iaitu tumpukan sepenuh tenaga dan mental kepada matlamat jangka pendek. kemudian matlamat jangka sederhana dan panjang akan menyusuri kepada anda. Satu kajian di Amerika Syarikat terhadap para graduan yang

Page 22: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

21 | M u k a s u r a t

menyatakan bahawa para graduan yang mencatat matlamat mereka lebih berjaya dalam kewangan berbanding yang tidak menulis matlamat kewangan. Malahan matlamat kewangan mereka di tulis ketika dibangku sekolah lagi dan ternyata para graduan yang menulis matlamat kewangan adalah amat sedikit. Dahulu memang saya seorang yang tiada langsung matlamat kewangan, hanya memasang angan-angan ingin menjadi orang yang berjaya dan dapat hidup dengan selesa. Namun kini, matlamat kewangan saya hanya satu iaitu menjadi seorang 'multijutawan' yang dapat menolong orang lain. Ya, seorang ' multijutawan'! Sebelum matlamat saya tercapai, saya haruslah merangka bagaimana untuk mencapainya. Mudah sahaja, buat peringkat demi peringkat. Apakah nilai kewangan yang harus capai sebelum bergelar multijutawan, sudah tentu jutawan. Bagaimana mahu jadi jutawan, mulakan dari kalangan yang mempunyai nilai kewangan beratus-ratus ribu. Begitulah selepas itu iaitu puluhan ribu, ribuan, ratusan dan puluhan. Malah anda boleh bermula dengan RM1.

Pada jadual di bawah, saya menolong anda bagaimana untuk menjadi seorang jutawan. Anda boleh aplikasikan jadual ini untuk sebarang matlamat yang anda ingin capai seperti wang simpanan, wang pelaburan, nilai hartanah, lain-lain pelaburan mahupun pelaburan unit amanah. Anda hanya perlu memotong jumlah tersebut apabila sudah tercapai. Tapi pastikan anda tidak menggunakan wang tersebut selagi matlamat anda tidak tercapai. Ayuh, mulakan matlamat anda dengan RM1!

JUTAWAN

1,000,000 Ratusan Ribu

100,000 Puluhan Ribu

10,000 Ribuan 1,000

Ratusan 100

Puluhan 10

900,000 90,000 9,000 900 90 9 800,000 80,000 8,000 800 80 8 700,000 70,000 7,000 700 70 7 600,000 60,000 6,000 600 60 6 500,000 50,000 5,000 500 50 5 400,000 40,000 4,000 400 40 4 300,000 30,000 3,000 300 30 3 200,000 20,000 2,000 200 20 2

BERMULA DENGAN RM1

"Semalam adalah pengalaman, hari ini adalah kehidupan dan esok adalah perancangan".

Eckhart Tolle Untuk anda lebih memahami tentang jadual di atas, ingin saya memberi sedikit contoh untuk anda jadikan sebagai panduan. Katakan, anda sudah menyimpan RM1 selama 10 hari. Maka anda ada simpanan sebanyak RM10. Jadi anda boleh memotong RM1 hingga RM10.

Ratusan 100

Puluhan 10

90 9 80 8 70 7 60 6 50 5 40 4 30 3

Page 23: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

22 | M u k a s u r a t

20 2 Bermula dengan RM1

Jadi, semakin banyak simpanan anda maka makin banyak nombor didalam jadual di atas akan dipotong. Simpanan ini menentukan berapa jumlah untuk anda mengumpul pendapatan pasif anda atau lebih dikenali nanti dengan panggilan Tabung Bebas Kewangan anda. Selamat mencuba! 7. Anda mengawal wang atau anda di kawal oleh wang?

Pernah satu ketika saya mengambil cuti pada waktu orang lain bekerja dengan satu tujuan iaitu ingin melihat gelagat manusia. Di dalam pemikiran, saya hanya ingin melihat gelagat manusia bekerja di Kuala Lumpur. Dengan permulaan memandu kereta yang menuju ke stesen komuter, saya melihat gelagat-gelagat manusia yang bekerja. Boleh dikatakan hampir kesemuanya tidak ceria, berlumba-lumba mengejar masa dan tahap tekanan memandu yang semakin meninggi. Dan setentunya ia boleh menjadikan seseorang itu mudah mendapat tekanan tinggi untuk lima ke enam tahun kemudian. Di dalam hati terdetik sesuatu, adakah kehidupan harian yang sebegini yang ingin saya tempuhi setiap hari? Dengan senyuman yang sedikit sumbing, setentunya saya tidak mahu. Dengan menghayati lagu-lagu yang berkumandang, saya tersenyum sendirian. Setelah sampai ke stesen komuter, saya menikmati sarapan pagi bersama isteri tersayang. Sekali lagi sambil menikmati hidangan pagi, saya melihat pula gelagat-gelagat manusia yang berkejaran supaya tidak terlepas dengan komuter yang datang bersilih ganti. Ada yang membawa anak-anak kecil, ada yang berpakaian sehabis cantik dan hensem, ada yang berpakaian separa kemas dan pelbagai lagi gelagat manusia yang saya lihat. Adakah ini cara yang ingin saya pilih? Setentunya tidak kata suara hati yang memberontak.

Setelah selesai bersarapan, kucupan isteri di tangan sebagai tanda hormat dan kasih sayang hinggap sebagai perpisahan untuk isteri pergi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja yang berwibawa. Saya meneruskan perjalanan dengan menaiki komuter untuk sampai ke stesen yang lebih sibuk iaitu KL Central. Di dalam komuter, saya masih melihat gelagat-gelagat manusia yang menunggu dengan sabar untuk sampai ke destinasi yang dituju. Ada yang berdiri dan ada juga yang duduk. Setelah beberapa minit melihat, saya mengeluarkan senaskah buku kewangan sebagai mengisi masa lapang di dalam komuter tersebut. Setelah hampir setengah jam, destinasi yang dituju telah sampai. Dengan berjalan penuh santai, saya melihat kembali gelagat manusia yang berpusu-pusu dengan tujuan yang sama iaitu ingin sampai ke pejabat dengan masa yang ditetapkan. Alangkah bosannya hidup sebegini. Setelah merayau untuk beberapa jam, saya mengambil keputusan untuk pergi ke tempat yang lebih padat kadar manusianya iaitu stesen Masjid Jamek. Dengan berbekalkan kad Touch n Go, saya menetap destinasi yang kedua untuk saya tuju.

Disini saya boleh melihat gelagat manusia yang berada dalam lingkungan umur sekitar awal 20an sehingga 60an. Rata-ratanya berpakaian kemas untuk ke pejabat. Di dalam diri bertanya lagi, adakah saya ingin bekerja untuk orang lain sehingga umur yang sebegitu lanjut? Kenapa saya harus bekerja hingga di usia yang sepatutnya tidak perlu berkejar-kejaran sebegitu. Alangkah bagusnya saya mempunyai wang yang mencukupi untuk usia yang sebegitu. Adakah pakcik yang saya lihat itu, bekerja kerana wang atau kerana minat? Pada pengamatan saya setentunya wang kerana tanpa wang, bagaimana pakcik tersebut ingin meneruskan kehidupan di dalam taraf hidup yang semakin meninggi. Dalam hati terdetik, saya tidak mahu hidup sebegini diusia tua saya. Biar saya tidak dikawal oleh telunjuk wang tetapi biarlah wang mengikuti arahan saya. Hari itu saya pulang dengan satu cabaran, ingin mengubah sesuatu yang ada penyelesaiannya. Setiap sesuatu perkara, ada

Page 24: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

23 | M u k a s u r a t

caranya. Setelah memerah otak untuk beberapa ketika, saya mendapat satu kesimpulan. Menanam benih sebanyak yang mungkin dari sekarang dan tuailah bila sampai waktunya.

Oleh itu, saya mula membuat beberapa perkara supaya saya tidak lagi dikawal oleh wang tetapi saya yang mengawal wang. Saya mulakan dengan beberapa cara yang mungkin anda boleh praktikkan juga di dalam mengawal kewangan anda.

Aliran Kewangan Bulanan (Contoh 1 dan 2) pada bahagian Lampiran sebagai contoh untuk menguruskan hutang.

Menambah pendapatan sampingan supaya saya dapat mempercepatkan penyelesaian hutang-hutang negatif di dalam kehidupan.

Mula membaca risiko-risiko pelaburan yang ada dan melabur di dalam risiko yang saya boleh hadapinya dengan pulangan yang kompetitif.

Menghadiri beberapa seminar kewangan supaya menjadikan diri sendiri lebih celik kewangan dan mengetahui selok-belok kewangan yang senantiasa berubah-ubah.

Mencari beberapa mentor yang dapat mengajar saya secara lebih peribadi. Hutang Peribadi Hutang peribadi adalah satu hutang yang di buat untuk kepentingan peribadi atau untuk orang lain tetapi anda haruslah menanggung hutang tersebut. Dengan kata lain, liabiliti itu adalah tanggungjawab anda dan bukannya orang lain. Setentunya ia akan memberi nilai komitmen hutang dalam akaun kewangan anda. Nampaknya anda sudah mula belajar apa itu hutang peribadi. Saya mula terperangkap dengan hutang ini apabila mula terasa tekanan kewangan. Ya, sebelum itu saya sudah bekerja selama 2 tahun di satu negeri yang tidak tinggi kos hidupnya. Boleh dikatakan mewah. Eh bukan mewah, tetapi amat mewah. Saya boleh makan sebanyak 7 kali untuk satu hari. Banyak bukan? Itulah saya ceritakan betapa mewahnya saya makan walaupun hanya bergaji biasa-biasa sahaja. Namun disebabkan saya ni spesis susah naik berat badan tetapi mudah turun berat badan, maka saya masih kekal hensem pada waktu itu. Anda tidak percaya? Percayalah! Boleh dikatakan pada ketika itu, saya menjadi amat mewah walaupun dengan potensi selera makan saya yang besar, saya masih menjadi bank bergerak kepada kawan-kawan saya. Malahan sekiranya terjadi kes-kes yang memaksa saya mengeluarkan wang sebanyak RM500, saya masih mampu tersenyum malahan tidak kisah dengan nilai tersebut. Harus di ingat, pada waktu itu saya baru berumur 21 tahun. Amat muda dan mentah. Jadi, anda boleh bayangkan betapa mewahnya hidup saya pada waku itu. Namun, segalanya berubah apabila projek saya telah tamat di utara tanahair. Maka saya harus pulang ke ibu pejabat iaitu di Kuala Lumpur. Saya terkenang bait-bait lagu ini " Kuala Lumpur, Kuala Lumpur..menyinari hidupku. Kota yang penuh dengan cabaran". Tenyata ada betulnya lirik lagu ini. Jadi apabila balik ke Kuala Lumpur, ternyata kos hidup adalah amat tinggi. Semua benda harus di potong, di ikat, di perah sebanyak mana yang mungkin supaya cukup untuk menerima gaji baru di bulan hadapan. Dan begitulah setiap bulan yang dilalui selama beberapa tahun. Boleh dikatakan saya dapat menurunkan berat badan 6 kg dalam masa 2 minggu tanpa mengamalkan jamu atau ubat kurus. Untuk menceritakan kepada anda betapa peritnya kewangan saya ketika itu, saya hanya mampu melihat orang lain makan di restoran. Malahan sekiranya saya melepasi restoran makanan segera, saya hanya mampu mencium bau asap makanan yang keluar dari corong asap di dapurnya. Ada sesekali saya amat teringin makan di restoran makanan segera tersebut, maka dengan segeralah duit saya tidak mencukupi untuk bulan tersebut. Malah, keadaan kewangan saya lagi ditekan apabila majikan saya membuat pembayaran secara acuh tak acuh. Gaji lambat malahan gaji di bayar separuh adalah keadaan yang akan

Page 25: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

24 | M u k a s u r a t

saya hadapi pada setiap bulan. Bukannya saya tidak boleh minta kerja di tempat lain, tetapi pada waktu itu kepompong untuk keluar dari syarikat tersebut amat menebal atau boleh dikatakan saya takut akan perubahan. Maka saya mula berfikir untuk mendapatkan duit dengan cara berhutang. Cepat dan Mudah! Tetapi saya bukanlah mengambil hutang peribadi tersebut untuk bersuka ria atau menghabiskan ke tempat lain, tapi saya jadikan duit kecemasan dalam menguruskan kehidupan peribadi. Malahan apabila pembayaran hutang peribadi sudah saya miliki, saya mula ingin membuat perniagaan yang bergantung kepada orang lain. Dengan kata lain, saya hanya ingin makan untung sahaja. Inilah kesilapan besar saya iaitu menyerahkan wang saya kepada orang lain untuk orang itu melakukan perniagaan untuk saya. Dengan ilmu yang cetek, tenyata saya menjadi satu hidangan yang besar kepada buaya yang rakus untuk menyambar duit yang berada disekeliling saya. Saya hanya menyerah diri tanpa tahu bahawa saya di tipu sebulat-bulatnya. Ya, saya yang menanggung hutang tetapi orang lain yang menikmati habuannya. Sehingga buku ini di tulis, saya belum mendapat petanda bahawa duit itu akan dibayar walaupun telah bermulut manis setelah sekian lama. Tapi saya masih bernasib baik kerana tidak semua hutang peribadi itu habis dibaham, hanya setengah darinya sahaja. Selebihnya, saya simpan buat modal untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dibenak saya pada ketika itu, lebih baik saya melanjutkan pelajaran secara separuh masa kerana pengalaman kerja saya meningkat dan taraf pendidikan saya juga meningkat. Maka bermula mencari universiti-universiti yang menerima pelajar secara separuh masa atau dengan lebih tepat lain, pada hujung minggu sahaja. Setelah meneliti beberapa universiti, maka saya memilih satu IPTS yang sealiran dengan taraf pendidikan diploma saya. Namun begitu, yuran keseluruhan iaitu 4 tahun tidak cukup dengan sisa-sisa dari pinjaman peribadi saya itu. Saya mula mencari jalan, ternyata jalan yang saya pilih masih silap kerana tidak menambah ilmu kewangan saya ketika itu. Saya mula menambah lagi satu hutang peribadi iaitu PTPTN. Pada umur awal 20-an, saya sudah memiliki dua hutang peribadi yang melebihi RM30 ribu ringgit sahaja. Rasanya masih sikit kot pada pengamatan saya ketika itu. Bila melihat orang lain bergaya dengan kenderaan masing-masing, saya mula menginginkan sesuatu yang memang saya idamkan dari waktu sekolah menengah dahulu. Sebuah motosikal yang amat tinggi nilai susutnya malahan sekiranya nilai jualan untuk sebuah motosikal itu adalah baru, ia sudah mengjangkau puluhan ribu atau lebih tepat lagi kurang dari RM 30 puluh ribu. Tetapi hanya mempunyai sesaran enjin seperti motor jalanan biasa iaitu 125cc sahaja. Mungkin anda terfikir-fikir apakah motosikal tersebut. Dengan rela hati saya tidak ingin membebankan sel-sel otak anda, Aprilia 125 RS Extrema adalah nama motosikal tersebut. Motosikal buatan Itali yang ternyata bagus kualitinya tapi agak tinggi untuk menjaga makan minumnya. Begitu juga dengan Yamaha TZM, nilai jualan yang hanya belasan ribu ringgit tetapi bersesaran lebih tinggi iaitu 150cc dan ia adalah buatan Jepun. Bagaimana saya membeli motosikal tersebut? Mudah sahaja, menambah lagi pinjaman peribadi. Seperti yang saya kata sebelum ini, mudah dan cepat! Boleh dikatakan pada waktu itu, tekanan hidup agak berkurangan kerana saya ada membuat dana kecemasan yang sebenarnya bukan kecemasan tetapi lebih kepada dana yang akan saya ambil secara sedikit demi sedikit setiap bulan. Dengan ilmu kewangan yang boleh dikatakan tiada, maka lama kelamaan duit ini habis. Itulah kenapa saya memberi tekanan kepada ilmu kewangan dari awal bab lagi supaya menunjukkan betapa pentingnya ilmu kewangan dikaca mata saya dan di harap pada kaca mata anda juga. Anda pasti teringat kan bahawa saya sudah memiliki dua pinjaman peribadi dan pinjaman belajar (PTPTN). Berapakah nilai hutang saya untuk 3 pinjaman tersebut? Masih belum

Page 26: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

25 | M u k a s u r a t

mencapai ratusan ribu lagi nilai hutang peribadi saya ketika itu pada umur 20-an. Rasanya anda sudah faham bahawa kesilapan saya ini amat mudah iaitu bermula dengan pinjaman peribadi. Di harap anda tidak mengikut jejak saya ini, kalau anda sudah mengambil pinjaman peribadi seperti saya maka teruskan membaca pada bab selepas ini kerana saya ada menceritakan bagaimana saya menyelesaikan hutang peribadi saya dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Nampaknya dengan pemberian nilai kredit yang mudah oleh pihak bank, maka mudahlah nilai hutang saya bertambah. Walaupun ketika itu, saya mengejar untuk menaikkan nilai gaji saya maka dengan itu juga saya mengejar untuk menaikkan nilai hutang saya. Malahan menjadikan hutang tersebut makin meninggi, yang paling menyedihkan pula apabila hutang itu saya tidak jadikan sebagai hutang yang positif. Tetapi lebih kepada hutang yang negatif dan akan mencekik nilai kehidupan saya di masa hadapan. Mengikut statistik dari Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dari tahun 2007 sehingga 2013, seramai 18,053 kes (15.50 peratus) yang melibatkan jumlah kes kebankrapan di Malaysia. Itu adalah satu statistik yang terlibat dengan nilai kebankrapan dan bukannya orang yang terlibat dengan pinjaman peribadi. Nampaknya saya tidak menyumbang kepada statistik dari MdI. Sekiranya anda ada, cubalah membayar hutang tersebut supaya nama anda tidak berada dalam senarai hitam.

Abdullah bin Ja’far, Rasulullah SAW bersabda: “Allah akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang berhutang (yang ingin melunasi hutangnya) sampai dia melunasi hutang tersebut selama hutang tersebut bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Allah." Riwayat Ibnu Majah.

Tips saya kepada anda ialah jangan gunakan pinjaman peribadi untuk kegunaan yang tidak membawa sebarang makna dalam meningkatkan kewangan anda. Sekiranya anda meminjam untuk mempercepatkan peningkatan modal simpanan, anda haruslah mencari pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang amat sedikit. Amat malang untuk pekerja swasta kerana pihak bank selalunya menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi daripada pekerja kerajaan. Sekiranya anda ingin mengambil pinjaman untuk sesuatu yang susut nilai, maka amat tidak digalakkan. Kad Kredit Mengikut statistik dari Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dari tahun 2007 sehingga 2013, seramai 4,875 kes (4.18 peratus) yang melibatkan jumlah kes kebankrapan di Malaysia. Namun begitu, kajian daripada Legal Affair Division di Pejabat Perdana Menteri pada 2003 pernah mengeluarkan kenyataan bahawa 26,500 orang (25 peratus) dari jumlah 106,000 orang yang diisytihar bankrap adalah berpunca dari kad kredit sejak 20 tahun sebelum itu. Ini pernah menunjukkan kad kredit pernah menjadikan statistik bankrap rakyat Malaysia antara yang tertinggi satu ketika dulu. Saya masih bersyukur walaupun saya boleh dikatakan agak mudah mengambil pinjaman peribadi, tetapi saya tidak senang berbelanja dengan kad kredit. Satu ketika dahulu, kad kredit emas dan platinum pernah menghiasi dompet saya yang tidak seberapa tebal ini. Saya hanya berbelanja apabila saya mampu untuk membeli secara tunai dan menggunakan kad sebagai penyelamat dari saya membawa tunai yang banyak untuk membeli barang tersebut. Boleh dikatakan kad kredit dijadikan sebagai kad debit kerana saya selalu membayar lebih dari jumlah yang saya gunakan. Itupun saya bayar sebelum sampai tarikh akhir pembayaran. Ini mungkin disebabkan saya pernah mendengar cerita dari kawan-kawan yang sudah menggunakan kad kredit di mana had kredit yang sudah penuh. Bukan satu kad, malahan ada daripada kawan-kawan saya memiliki 3 kad yang sudah penuh had kreditnya.

Page 27: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

26 | M u k a s u r a t

Melihat kehidupan kawan-kawan yang sengsara dengan kad kredit ini menjadikan saya amat berhati-hati untuk menggunakan kad kredit sebagai perbelanjaan. Saya tidak mahu menjadi sengsara seperti mereka, setiap bulan akan menerima surat penyata kad kredit yang tidak tahu bila penghujungnya dan melarikan diri apabila mendapat panggilan daripada pihak bank. Saya sungguh bersimpati kepada mereka pada waktu itu. Langit tidak selalunya cerah dan sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah perumpamaan yang boleh digunakan kepada penggunaan kad kredit yang akhirnya menjerat saya dalam hutang yang berjumlah ribuan ringgit. Pada waktu itu, bakal isteri saya menyatakan ada seseorang ingin menumpang kami untuk balik ke pejabat mereka. Saya masih teringat situasi itu walaupun kejadian itu berlaku 7 tahun dahulu (2007). Kejadian tersebut berlaku di pasaraya Tesco Puchong. Dua orang perempuan membuat reaksi sedih untuk pulang ke pejabat mereka yang tidak jauh dari pasaraya Tesco tersebut. Dengan perasaan kasihan, saya menolong menghantar mereka ke pejabat mereka. Mereka amat pandai berkata-kata dan bermain dengan perasaan saya yang mudah untuk menolong orang lain dalam kesusahan. Ternyata mereka umpama buaya yang sudah lama menunggu untuk mendapatkan hasil habuan mereka. Mereka langsung tidak kasihan dan bersyukur di atas pertolongan kami. Mereka menyatakan ada barang yang ingin di ambil di atas pejabat dan memerlukan pertolongan kami untuk mengambilnya. Mereka menyatakan yang rumah mereka amat berdekatan dan memohon jasa baik kami menghantar mereka ke rumah mereka yang tidak jauh dari situ. Saya dan bakal isteri terus naik tanpa berfikiran negatif kepada mereka. Agak terkejut juga kerana di atas pejabat tersebut masih ada orang yang bekerja. Mereka menyambut kami dengan baik sekali dan untuk memendekkan cerita, kami terjerumus di dalam skim gores dan menang. Mungkin ketika waktu itu saya dan bakal isteri masih mentah tentang skim-skim penipuan ini dan ternyata ilmu penipuan ini saya bayar dengan harga ribuan ringgit. Saya mendapat beberapa peralatan elektrik, vakum dan bermacam-macam lagi. Tapi saya masih bersyukur kerana ada sesetengah barangan tersebut masih dapat saya gunakan sehingga sekarang. Alhamdulillah, walaupun saya di tipu tapi saya masih dapat menggunakan barang yang tidak setimpal dengan harganya. Pada waktu itu saya masih belum sedar yang saya dan bakal isteri sudah ditipu secara terang-terangan. Saya tersedar yang diri ini ditipu apabila melihat operandi yang sama disiarkan di televisyen. Itupun jangka waktu kes saya sudah mengjangkau 4 bulan dari tarikh berita itu disiarkan. Ternyata anda boleh membuat tuntutan ini di Tribunal sekiranya anda ditipu oleh skim-skim gores dan menang ini. Nasihat saya, elakkan dari membawa kad kredit dan kad debit apabila berjalan-jalan atau sembunyikan kad tersebut dari pengamatan mata buaya-buaya yang berkeliaran untuk mencari mangsa. Hanya masa sahaja yang akan menentukan siapa mangsa mereka selepas ini. Walaupun kejadian tersebut menjadikan satu pengalaman hitam di dalam hidup saya, mempunyai kad kredit tidak salah sekiranya anda tahu menggunakan dan mengawalnya. Jangan jadikan tabiat membayar minima dan berbelanja dengan kad kredit dengan sewenang-wenangnya. Ada yang menyatakan bahawa kad kredit merupakan syaitan kepada kewangan, ada yang fobia apabila melihat kad kredit, ada yang menganggap ia merupakan satu alat yang memudahkan dan ada yang masih dirantai dengan hutang kad kredit di dalam kehidupan mereka. Sekiranya anda amat fobia dan akan terkena SAWan apabila mendengar perkataan kad kredit, maka saya sarankan kepada anda supaya menjauhinya. Namun sekiranya anda bijak mengurus dan mengawal kad kredit tersebut, maka anda boleh menjadikan kad itu sebagai koleksi di dalam dompet anda. Semuanya terpulang kepada anda dan sebagai umat islam saya mengharapkan anda menggunakan kad kredit yang bersifat islamik supaya mengelak dari terjadinya riba. Saya teringat akan petikan daripada al-Quran berkenaan riba ini.

Page 28: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

27 | M u k a s u r a t

"Orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual-beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. Orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu dan urusannya kepada Allah, Orang yang mengulangi, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

Surah al-Baqarah, ayat 275

"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu

berbuat dosa." Surah al-Baqarah, ayat 276

"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba jika kamu orang yang beriman."

Surah al-Baqarah, ayat 278

"Maka jika kamu tidak melaksanakannya, maka ketahuilah bahawa Allah dan rasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat,

maka bagimu pokok asal hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya" Surah al-Baqarah, ayat 279

Anda akan ditimpa masalah yang besar sekiranya anda tidak menghubungi bank anda untuk membuat sebarang pengubahsuaian di atas ketidakmampuan anda untuk membuat bayaran minima. Langkah membiarkan dengan tidak membuat pembayaran tetap malahan bayaran minima akan menyebabkan kadar faedah berganda dikenakan terhadap anda. Anda juga harus memeriksa perbelanjaan harian, mingguan malahan bulanan anda untuk mengetahui aliran perbelanjaan anda. Ia untuk memudahkan anda membajet perancangan bulanan anda. Ingat, jangan abaikan pembayaran bulanan bil kad kredit anda! Untuk mengelak anda terjerat dengan kesilapan dalam penggunaan kad kredit, ada beberapa perkara yang harus tahu iaitu:

Jangan biarkan bil anda tertunggak (kadar faedah berganda akan dikenakan terhadap anda iaitu faedah atas faedah)

Harus tahu bagaimana kadar faedah dikira ke atas tunggakan anda (kadar faedah digandakan setiap hari iaitu penggunaan kadar faedah secara harian)

Kadar maksimum yang boleh dikenakan kepada anda sekiranya anda ada bayaran tertungak (15 peratus - 18 peratus)

Jangan mudah tertarik dengan istilah-istilah yang hebat (baca cetakan halus yang selalunya ada istilah-mengikut terma dan syarat)

Tahu bila tarikh penyata dan tarikh akhir pembayaran (pihak bank dapat mengenakan pelbagai caj kepada anda sekiranya anda terlewat membayar jumlah tertunggak walaupun hanya 1 hari)

Penawaran yang mungkin sesuai dengan anda (ada kad kredit yang menawarkan mata ganjaran, diskaun atau pengembalian tunai)

Kereta dan Motosikal Pada masa kini, kenderaan bermotor menjadi salah satu keperluan asas dalam kehidupan. Dahulu, memiliki kereta adalah sesuatu yang sukar untuk dimiliki kerana mahal nilainya dan kadar pinjaman yang tidak mudah seperti sekarang. Kalau dilihat disekeliling anda, bilangan kereta teramatlah banyak yang menyebabkan kadar kesesakan lalulintas. Kalau anda pernah

Page 29: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

28 | M u k a s u r a t

melihat cerita-cerita arahan seniman P.Ramlee, anda boleh membandingkan Kuala Lumpur dahulu dengan sekarang. Amat jauh perbezaannya dan seringkali saya akan bertanya kepada allahyarham ayah saya dan ayah mertua tentang lokasi yang dipaparkan dalam cerita-cerita tersebut. Dengan kadar kesesakkan yang melampau di ibukota, maka ada yang mengambil alternatif dengan membeli motosikal. Boleh dikatakan motosikal menjadi satu alternatif yang digemari kerana boleh mengelak dari kesesakkan jalanraya dan dapat menjimatkan kos pengangkutan. Namun begitu, risiko kemalangan dari motosikal adalah amat tinggi. Ini kerana sedikit kesilapan, penunggang mahupun pembonceng mempunyai risiko cedera yang amat tinggi dan kadang-kadang boleh membawa maut. Kadang-kadang kemalangan itu berpunca daripada kecuaian sendiri tetapi kecuaian orang lain juga menjadi penyumpang kepada kelompok penunggang motosikal. Saya pernah mendengar bahawa penunggang motosikal ini diumpamakan seperti mentimun dan kenderaan lain adalah durian. Kalau mentimun melanggar atau dilanggar oleh durian, maka mentimunlah yang menanggung kecederaannya. Saya pernah menceritakan bahawa saya pernah memiliki dua buah motosikal iaitu Yamaha TZM dan Aprilia RS 125 Extrema. Kedua-dua motosikal ini adalah kenderaan kehendak saya yang sudah lama saya inginkan iaitu dari sekolah menengah lagi. Namun begitu, saya pernah juga memiliki sebuah motosikal yang menjadi keperluan asas iaitu Kriss 120. Tapi sayangnya, motosikal tersebut dicuri oleh pencuri yang amat mahir dalam bidangnya. Motosikal ini banyak berbakti kepada saya kerana saya menggunakan semaksimum kudratnya. Walaupun terasa amat ralat tentang kehilangan motosikal tersebut, namun saya redha dengan ketentuan Allah. Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. Yamaha TZM adalah kenderaan pertama saya dan saya banyak berhabis wang dalam menjadikan ia sebuah replika Aprilia RS 125. Memandangkan motosikal (TZM) ini mempunyai kadar kecurian yang amat tinggi pada waktu itu, ia menjadikan saya tidak tenang dengan berita tersebut. Ia menjadikan saya tidak tenang pada setiap hari kerana pada waktu itu saya hanya menyewa di sebuah flat. Saya tidak mengambil waktu yang agak lama, kurang dari setahun motosikal itu telah selamat dijual. Oleh itu, saya mula memikirkan apa yang saya harus buat dengan hasil jualan motosikal tersebut. Setelah berfikir untuk beberapa hari, saya mengambil keputusan untuk membeli kereta. Saya beranggapan dengan membeli kereta dari awal maka apabila berkahwin, saya tidak perlu bersusah payah untuk membeli kereta lagi. Itulah kesalahan saya apabila ingin menjadi peramal masa depan. Ini menjadikan kewangan saya amat goyah pada ketika itu kerana keputusan itu adalah salah sama sekali. Ini kerana kewangan saya sebenarnya tidak membenarkan saya memiliki sebuah kereta. Itulah kesilapan saya apabila tidak tahu menguruskan kewangan peribadi dan ditambah pula tiada ilmu dalam kewangan. Kos penyelenggaran antara motosikal dan kereta adalah amat jauh sekali. Ditambah pula apabila membeli kereta, ia akan datang dengan pakej kos parking, tol dan minyak yang agak tinggi. Selain itu juga apabila ada kos-kos yang datang secara bulanan mahupun tahunan. Ini memang memeritkan tapi alang-alang membeli kereta, biarlah bergaya ala sport. Seperti kata orang, biar papa asal bergaya. Dengan jiwa muda yang ada, setentunya pelbagai modifikasi yang dilakukan. Daripada rim sukan, ekzos malahan enjin akan dipasang dengan pelbagai aksesori. Itulah jiwa muda, ada saja yang ingin ditonjolkan kepada orang lain walaupun sebenarnya sesuatu yang ingin ditonjolkan itu tiada makna kepada orang lain. Hanya membakar wang di dalam saku saya sahaja tetapi tiada erti kepada orang lain. Saya lupa untuk membeli kereta sebagai keperluan asas. Saya juga lupa sekiranya saya memodifikasi sebuah kenderaan untuk menjadi jelmaan kenderaan lain, ia tetap dipanggil sebagai nama kenderaan asalnya. Trend anak muda ketika itu ialah menjelma wira kepada mitsubishi evolution, kancil dengan kembarnya iaitu daihatsu mira dan tidak lupa juga

Page 30: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

29 | M u k a s u r a t

menaiktaraf enjin kepada enjin yang lebih berkuasa. Ada yang bertukar kepada turbo, supercharge, v-tec dan pelbagai lagi perkara yang membakar wang anda. Ini menjadikan anda amat jauh untuk bebas kewangan mahupun menjadi seorang jutawan. Mana tidaknya, wang yang dilaburkan bukannya sedikit. Dari 4 angka hinggalah kepada 5 angka dan kemudian kenderaan tersebut akan dijual kerana sudah puas menderanya, kemudian membeli kereta baru untuk dimodifikasikan lagi. Maka pusingan modifikasi ini tidak akan habis sehinggalah anda sudah tiada duit untuk dibakar. Tidak lupa juga yang membeli kenderaan dengan kadar bayaran bulanan yang semaksimum yang mungkin iaitu akan bertanya kepada pihak bank berapakah had kredit yang dapat diambil. Lagi tinggi lagi bagus! Itu kebiasaan pemikiran yang dimiliki oleh orang bawahan dan kelas menengah. Malahan mempunyai hanya satu punca rezeki sahaja iaitu gaji. Ini merupakan satu amalan yang amat berbahaya dalam sistem kewangan. Anda boleh menggunakan Aliran Kewangan Bulanan (Contoh 1 dan 2) pada bahagian Lampiran sebagai contoh untuk menguruskan hutang anda. Lain-lain Perangkap Yang Mungkin Menjerat Anda 1. Multilevel Marketing (MLM)

Saya akui ramai orang yang terlibat dengan MLM, ada yang berjaya malahan ramai yang terasa seperti ditipu. Mungkin anda biasa berjumpa dengan mereka, mungkin mereka adalah kawan-kawan anda, saudara anda malahan mungkin dari kalangan adik beradik anda. Saya akui anda mungkin akan memandang satu sudut yang negatif apabila disapa oleh seseorang yang mengakui agen MLM. Adakah anda tahu ada juga MLM yang sah dan berjaya di dalam perniagaan? Ya ada tapi tidak banyak. Oleh itu saya akan memberi beberapa tips untuk anda jadikan sandaran apabila didatangi oleh agen MLM. Tipsnya ialah:

Apakah produk yang ditawarkan? Apakah keuntungan berlipatkali ganda? Adakah bersandarkan kepada men'rekrut' orang dibawah anda? Adakah memberi pelbagai pakej yang akan bersandarkan kepada keuntungan

semata-mata? Adakah produk itu mendapat pengiktirafan, sekiranya ada maka tunjukkan hitam

putihnya (bukti yang sahih). Adakah mereka seperti memberi tekanan untuk anda mengambil/menjadi orang

bawahan mereka?

Sekiranya banyak daripada mereka memberi seperti tips yang saya senaraikan, maka lebih baik anda hindarkan. MLM yang berjaya tidak perlu memaksa anda kerana mereka sudah mempunyai sistem yang berjaya. Ambillah masa untuk berfikir dan bagilah jawapan yang terbaik untuk menolak pelawaan mereka. Awas sekiranya mereka mengajak anda untuk menaiki kenderaan mereka, ini memberi kuasa mutlak kepada mereka untuk mengawal anda.

2. Skim Cepat Kaya atau Skim Gores dan Menang

Boleh dikatakan sudah ramai orang yang tertipu dengan skim cepat kaya mahupun skim gores dan menang. Bukan hanya orang biasa-biasa malahan ada golongan yang terpelajar terperangkap dengan skim-skim sebegini. Biasanya skim-skim begini menawarkan jumlah pelaburan yang terlalu berlipatkaliganda. Sebagai contoh, sekiranya anda melabur RM1,000, anda akan mendapat keuntungan RM10,000. Dan pelbagai cara akan ditunjukkan kepada supaya anda percaya. Ilmu ini mudah sahaja, sekiranya apa yang ditawarkan kepada anda itu terlalu bagus maka syarikat-syarikat pelaburan lain akan gulung tikar kerana skim yang ditawarkan oleh mereka terlalu bagus. Selain itu juga, anda jangan

Page 31: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

30 | M u k a s u r a t

terlalu tamak apabila ditawarkan skim-skim sebegini kepada anda. Ia lebih kepada indah khabar dari rupa.

Jadi, anda beringatlah sebelum terkena. Mereka selalunya bertukar-tukar taktik untuk memerangkap anda tapi hanya satu yang masih belum berubah. Memancing anda dengan jumlah keuntungan yang terlalu tinggi hingga ke syurga malahan menjadikan kocek anda penuh dengan sepantas kilat. Hati-hati kerana akhirnya poket mereka yang penuh dan bukannya poket anda.

Dari sumber yang diberikan oleh bank negara pada tahun 2014, terdapat 143 syarikat yang disenaraikan namun hanya 70 syarikat (senarai yang boleh dimuat turun) yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ia dipecahkan kepada beberapa jenis aktiviti iaitu:

36 syarikat melibatkan aktiviti tidak berlesen 21 syarikat melibatkan pelaburan emas 13 syarikat melibatkan perniagaan matawang asing

Anda boleh melihat laman seSAWang BNM untuk mengetahui lebih lanjut mengenai nama syarikat/individu, laman seSAWang dan tarikh dimasukkan dalam senarai berjaga-jaga. Sila lihat pautan ini: http://bit.ly/1dPsfcV

3. Bitcoin dan Phishing Scams

Dengan peredaran sistem maklumat yang semakin pesat, terdapat juga individu, syarikat malahan program yang berada di dalam kategori berhati-hati. Pelbagai program baru akan dipaparkan bersandarkan kepada isu semasa seperti emas, kejatuhan matawang dan saham. Mungkin anda terdengar tentang isu baru iaitu matawang digital iaitu Bitcoin. Pada 2 Januari 2014, Bank Negara Malaysia ada mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Sehingga kini, BNM masih belum mengiktiraf matawang Bitcoin untuk digunakan di Malaysia. BNM juga menyatakan bahawa urusniaga Bitcoin tidak akan dikawal selia dan diurusniagakan di Malaysia. Oleh itu, saya mengharapkan anda tidak mencuba untuk menggunakan matawang digital ini kerana terdapat banyak lagi pilihan yang ada di dalam Malaysia sendiri. Anda boleh melihat pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kenyataan BNM tentang Bitcoin. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_announcement&pg=bm_announcement_all&ac=276&lang=bm.

Terdapat satu kegiatan yang dinamakan sebagai mencuri maklumat kewangan atau lebih dikenali dengan nama Phishing Scams. Ia merupakan kegiatan mencuri maklumat kewangan yang menggunakan medium e-mel, telefon, laman sosial dan pelbagai lagi. Oleh itu, elakkan memberi, mendedahkan atau menulis secara terperinci tanpa melihat orang yang memintanya.

Kegiatan ini akan menghantar e-mel bahawa akaun bank anda mempunyai masalah dan memerlukan anda memberi maklumat terperinci sehingga kata kunci rahsia anda. Ada yang menghantar surat melalui emel yang menyatakan bahawa mereka mempunyai banyak wang dan ingin menggunakan akaun bank anda sebagai perantara. Ada juga yang menyatakan anda telah memenangi sejumlah wang dari peraduan-peraduan yang ditawarkan malahan ada sesetengahnya anda tidak pernah mengambil bahagian dalam peraduan tersebut. Pelik bukan?

Kegiatan ini juga ada membuat panggilan dengan bertanya secara terperinci mengenai kad kredit anda. Secara jujurnya, lebih baik anda tidak mendedahkan kepada orang yang membuat panggilan tersebut. Adakah anda tahu bahawa nombor didepan kad kredit adalah

Page 32: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

31 | M u k a s u r a t

nombor standard untuk kad kredit sesuatu bank. Dengan memperolehi nombor sekuriti dibelakang kad kredit anda, maka mereka mempunyai kuasa untuk menggunakan kad kredit anda sesuka hati. Mungkin anda boleh menonton video yang diberikan oleh BNM sebagai pengajaran dan dikongsikan kepada orang lain. Sila lihat pautan ini. http://bit.ly/17xcXbt Adakah anda tahu bahawa pautan https://... adalah lebih baik tahap sekuritinya daripada http://... Ini adalah amat bersesuaian sekiranya anda melakukan sebarang transaksi pindahan wang.

4. Memberi Hutang Kepada Orang Lain

Anda biasa memberi hutang kepada orang lain? Sekiranya ada, maka berapa mudahkan anda mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan? Boleh dikatakan amat mudah untuk meminjam tetapi amat berat untuk membayar apa yang dipinjam. Ini merupakan kebiasaan manusia yang suka meminjam. Antara anda sedar atau tidak. Saya tidak terkecuali dari menghadapi situasi sebegini. Kadangkala ada yang membayar tanpa perlu diminta, ada yang perlu diminta baru dibayar, ada yang perlu dipujuk untuk dibayar malahan ada yang dimarah apabila ingin mengambil kembali wang yang pernah dipinjamkan. Itulah lumrah yang saya selalu hadapi sebelum-sebelum ini. Bagaimana peminjam ini berjaya mendapatkan wang daripada saya? Mudah sahaja, mereka akan menceritakan masalah yang mereka hadapi dan dengan penuh bersungguh-sungguh akan cuba melangsaikan hutang itu secepat yang mungkin. Selalunya akan menceritakan akan mendapat gaji atau mendapat pendapatan yang lain dalam masa terdekat. Nasihat saya, kebarangkalian anda tidak akan dapat wang yang dipinjam dalam masa yang diberitahu. Malahan ada sesetengahnya akan mencipta berjuta alasan apabila sampai waktunya.

Mereka tidak akan memahami masalah yang anda hadapi. Pada pemikiran mereka, hanya mereka yang bermasalah. Saya akui pada satu-satu ketika itulah duit yang saya perlukan tetapi saya berikan kepada orang lain kerana saya beranggapan mereka lebih memerlukan. Tetapi apabila diselidik kembali, mereka sebenarnya menjadikan anda sebagai bank yang bergerak. Jadi, disini saya menyarankan kepada anda beberapa tips untuk mengelakkan anda dari terjebak dari perangkap peminta hutang tegar. Antaranya ialah:

lihat rekod sejarah penghutang (ini boleh bertanya kepada kawan-kawan pejabat atau sanak saudara). Sekiranya rekod sejarah pembayaran adalah bagus maka risiko untuk pinjaman tidak dibayar adalah rendah.

memberi sejumlah wang yang anda ikhlas tanpa mengharapkan bayaran itu dikembalikan. Walaupun jumlah yang dipohon adalah jauh berbeza dari yang jumlah anda berikan kepada mereka.

tidak memberi langsung kepada peminjam wang sekiranya anda khuatirkan risiko bayaran tidak dikembalikan.

membuat perjanjian hitam putih dan besertakan saksi. Dalam Islam ada menyarankan perjanjian hutang atau pembelian tangguh yang sebegini. Sila lihat pada bahagian Lampiran berkenaan contoh Perjanjian Hutang yang saya praktikkan. Saya bersandarkan kepada terjemahan al-Quran di dalam surah Al-Baqarah iaitu:

“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah waktu sehingga dia mampu. Dan bersedekah (sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Surah al-Baqarah, ayat 280

Page 33: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

32 | M u k a s u r a t

“Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk masa yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (apa yang di tulis itu), dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangkan sedikit pun dari hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu merencanakan, maka hendaklah walinya merencanakan dengan jujur, dan disaksikan dengan dua orang saksi dari orang lelaki (di antaramu). Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatinya. Jangan saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar, sampai tempoh masa pembayarannya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan penyaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (tulislah mu’amalah itu) kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu (jika) kamu tidak menuliskannya. Dan saksikanlah apabila kamu berjual beli dan janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah dari kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah, Allah mengajarmu dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” Surah al-Baqarah, ayat 282

“Jika kamu dalam perjalanan(dan bermuamalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Akan tetapi, jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan penyaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Surah al-Baqarah, ayat 283

Sekarang saya ingin memberi tips tambahan kepada anda. Sekiranya ada peminjam ingin meminjam dalam jumlah wang yang banyak, saya sarankan anda membuat satu perjanjian dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak didepan peguam. Ini menjadikan penjanjian itu lebih profesional malahan boleh digunakan ke muka pengadilan sekiranya perlu. Harus diingat, ini memberi satu kuasa mutlak kepada anda di samping memberi satu komitmen yang bukan boleh dibuat main-main kepada para peminjam anda. Ingin saya nyatakan juga bahawa pinjaman terhadap seseorang yang sudah melebihi 5 tahun, adalah tidak boleh dituntut secara mahkamah. Disebabkan itulah saya menyarankan anda membuat perjanjian hitam putih dan disokong oleh bukti-bukti yang berkait.

5. Tidak Sedar Bahawa Diri Sendiri Bergelut Dengan Kewangan

Boleh dikatakan dahulu saya tidak dapat menerima hakikat bahawa saya bergelut dengan masalah kewangan. Saya cuba sedaya upaya untuk menyangkal fakta itu. Pada pemahaman saya, ia boleh diselesaikan dengan mencari kerja yang memberi pulangan gaji yang lebih

Page 34: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

33 | M u k a s u r a t

tinggi. Saya tidak cuba mencari punca dan tanda yang saya boleh selesaikan untuk menghapuskan kemelut kewangan saya.

Ia membuatkan saya berada di dalam kategori kais sebulan makan sebulan. Tetapi apabila ada satu amaun yang baru menjengah jendela gaji saya pada bulan tersebut, maka saya akan kekurangan duit pada bulan tersebut. Ia menyebabkan saya mudah marah, tertekan dan kadangkala terasa seperti kekurangan oksigen kerana mencari penyelesaian kepada masalah kewangan yang saya hadapi.

Saya mula menunding kepada orang lain kerana memburukkan lagi keadaan seperti kenaikkan kos barangan, tidak dinaikkan gaji, kos sara hidup yang semakin meninggi, syarikat tidak memberi gaji yang setimpal dan bermacam-macam lagi. Walhal, masalah ini berpunca dari diri saya sendiri iaitu tidak mengukur di poket sendiri. Ketahui punca masalah dan cuba selesaikannya adalah satu jawapan yang terbaik kepada permasalahan ini. Melarikan diri dari masalah kewangan adalah penyelesaian yang sementara dan setentunya ia akan menjadi lebih buruk lagi jika saya tidak menghadapinya.

Beberapa panduan yang mungkin dijadikan contoh untuk menandakan anda bergelut dengan kewangan yang haru biru. Beberapa contohnya ialah:

Setiap wang gaji anda banyak dihabiskan untuk pinjaman merupakan salah satu tanda bahawa anda sedang bergelut dengan masalah kewangan. Anda cukup tertekan pada setiap bulan malahan sekiranya terdapat sesuatu pertambahan yang menuntut wang dari anda, ia mula menganggu jiwa dan fikiran anda. Anda sering dihantui dengan pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, premium insurans yang tinggi dan pinjaman tetap dimana jumlahnya adalah amat tinggi dan anda sudah ditekan oleh hutang tersebut.

Mula membayar kad kredit seminima yang mungkin juga menandakan anda ada masalah di dalam kewangan. Malahan lagi teruk sekiranya anda sudah tidak mampu membayar kadar minima tersebut. Ia diibaratkan anda mengisi air (membuat hutang) di dalam gelas tetapi sedikit sahaja yang anda minum (membayar hutang). Kemudian anda tambah lagi air tetapi anda masih minum sikit sahaja air tersebut. Akhirnya air tersebut akan penuh dan melimpah. Itu akan menandakan kad kredit anda akan penuh dan tidak boleh digunakan lagi.

Membeli barangan asas secara kredit merupakan petanda bahawa kewangan anda adalah negatif. Bukannya kerana anda menggunakan kad kredit untuk mendapatkan ganjaran tetapi anda sudah kekurangan duit untuk membeli barangan asas tersebut secara tunai. Barangan asas dikategorikan sebagai barangan yang wajib anda beli untuk kegunaan seharian seperti ikan, ayam, daging, sayur, beras dan lain-lain lagi.

Sebahagian besar di kalangan kita tidak mahu atau tidak tahu mencari penyelesaian masalah kewangan peribadi sehingga ia benar-benar menjerut diri.

6. Gaya Hidup Yang Tidak Terkawal 'Biar papa asal bergaya' merupakan satu pepatah yang biasa anda dengar. Secara ringkasnya ia menceritakan bahawa satu cara hidup yang ingin ditonjolkan kepada orang lain walaupun dengan secara benarnya seseorang itu masih belum mampu. Ada satu lagi pepatah yang berlawanan dengan pepatah yang pertama tadi iaitu 'ukur baju di badan sendiri'. Ia lebih menceritakan bahawa anda harus berbelanja mengikut poket anda sendiri tanpa disandarkan kepada orang lain. Dua pepatah melayu ini merupakan satu peringatan supaya anda berhati-hati dengan gaya hidup anda.

Merujuk kajian kes daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Program Pengurusan Kredit (PPK), seramai 68,550 daripada 100,871 orang (74.1%)

Page 35: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

34 | M u k a s u r a t

golongan berkahwin yang dirujuk gagal dalam pengurusan kewangan dan hutang. Diikuti golongan bujang seramai 14,069 orang (15.2%), bercerai seramai 4,144 orang (4.5%) dan kematian pasangan seramai 1,727 orang (1.9%). Manakala seramai 12,391 orang (4.3%) berada dalam golongan lain-lain.

Anda mungkin biasa mendengar kehidupan bermula di usia 40 tahun dan selalunya ia bersandarkan kepada kaum lelaki. Namun begitu, kajian daripada AKPK adalah bertentangan dengan istlah ini. Sepanjang tahun 2013, lelaki berusia melebihi 40 tahun adalah golongan yang paling tinggi iaitu seramai 39,220 orang (42.4%), golongan 30 hingga 40 tahun seramai 36,916 orang (39.9%) dan golongan umur 20 hingga 30 tahun 16,336 orang (17.7%).

Sejumlah 92,472 orang dari Program Pengurusan Kredit jika dikadarkan kepada kaum lelaki dan perempuan boleh dibahagikan kepada 60,359 (65.3%) golongan lelaki dan 29,725 (32.1%) golongan wanita.

Dari segi purata gaji, individu berpendapatan kurang RM24,000 setahun (kurang RM2,000 sebulan) merekodkan jumlah yang tertinggi iaitu seramai 48,647 orang (52.6%), berpendapatan kurang RM36,000 setahun (kurang 3,000 sebulan) iaitu seramai 17,389 orang dan berpendapatan melebihi RM40,000 setahun (melebihi RM3333.33 sebulan) iaitu seramai 14,428 orang.

Kemungkinan anda sudah pening apabila melihat statistik yang pelbagai dari PPK dan juga AKPK. Untuk memudahkan anda, 22.8% faktor utama masalah kewangan yang dihadapi adalah berpunca dari kelemahan merancang kewangan dan setentunya ia melibatkan gaya hidup. Ini kerana ia merangkumi corak perbelanjaan, ketiadaan dana kecemasan dan pengurusan pinjaman. Ini adalah berdasarkan kajian daripada AKPK dan PPK, ia belum menunjukkan kadar sebenar yang menghadapinya secara realiti. Ini sebilangan orang yang menggunakan khidmat kaunseling percuma ini dan sekiranya anda lihat, golongan atasan atau tangga gaji yang besar tidak menggunakan khidmat percuma ini. Mengapa ya?

Saya boleh menyatakan bahawa kos sara hidup biasanya didatangkan dengan kadar perbelanjaan besar yang ditanggung oleh rakyat Malaysia seperti pinjaman perumahan, kenderaan dan kad kredit. Golongan bawahan dan menengah akan dihimpit dengan ketidakmampuan untuk membayar hutang apabila kadar inflasi dan kos sara hidup meningkat. Untuk masyarakat Malaysia, dengan penarikkan subsidi kepada bahan-bahan asas seperti minyak, gula, gas, tarif elektrik dan ditambah pula dengan komitmen hutang yang tidak sistematik, boleh menjuruskan golongan ini mendapat anugerah bankrap dan bukannya jutawan, hartawan atau sesuatu yang positif.

Pada masa kini, jumlah hutang dengan KDNK adalah 85%. Ia merupakan satu hutang yang amat tinggi jika dibandingkan dari kalangan negara-negara Asean. Ia menandakan bahawa rakyat Malaysia berbelanja melebihi pendapatan dan setentunya ia adalah konsep berhutang selagi boleh. Bagaimana pula anda ingin membayar hutang tersebut apabila hutang melebihi pendapatan? Untuk golongan yang makan gaji, berapa peratuskah kenaikkan gaji anda setiap tahun? Persoalan ini dapat di jawab sekiranya anda ada pengetahuan mengenai pengurusan kewangan peribadi.

Adakah ada tahu apabila mengamalkan gaya hidup yang tidak terkawal boleh menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan iaitu penceraian. Ia berkait rapat antara satu sama lain apabila tiada pengurusan kewangan, bebanan hutang dan pemberian nafkah. Sebanyak 60% dari kes penceraian pasangan Islam yang diterima oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berpunca daripada masalah kewangan.

Page 36: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

35 | M u k a s u r a t

Rasanya daripada perangkaan dan statistik yang diberi, saya berharap anda tidak menyumbang di dalam statistik tersebut. Saya tidak salahkan anda sekiranya anda sudah menjadi penyumbang di dalam statistik tesebut. Ini kerana pengurusan kewangan peribadi tidak pernah diperkenalkan pada masa lalu di sekolah mahupun di universiti. Ini menjadikan anda dan saya tidak celik kewangan dalam menguruskannya. Dengan kesedaran yang ada kini, saya dapat melihat ada penambahbaikkan untuk mengajar pengurusan kewangan pada peringkat seawal murid Tahun Empat iaitu bermula pada tahun 2014 dan pada peringkat universiti pada tahun 2012. Keberkesanannya mungkin mengambil masa tetapi saya berharap pelbagai seminar dan kelas diadakan pada peringkat bawahan supaya menjadikan rakyat Malaysia lebih celik dalam pengurusan kewangan peribadi. Walaupun mereka mungkin tidak menjadikan mereka sebagai seorang jutawan, sekurang-kurangnya menghindarkan mereka dari dibelenggu oleh hutang pada masa hadapan kerana kekurangan ilmu pengurusan kewangan peribadi.

7. Menjadi Penjamin Anda tahu bukan sebelum ini saya banyak membuat pinjaman negatif dengan menggunakan pinjaman peribadi dan pinjaman PTPTN. Setentunya saya memerlukan seorang atau dua orang sebagai penjamin. Terima kasih kepada penjamin-penjamin saya kerana menolong saya ketika itu dan semestinya mereka amat berterima kasih kepada saya yang tidak menjadikan kehidupan mereka terganggu dengan hutang-hutang negatif yang saya kumpul. Adakah anda tahu sekiranya anda menjamin seorang penjamin kepada orang lain, sebenarnya risiko anda ialah akan menanggung hutang tersebut sekiranya peminjam tersebut gagal membayarnya. Oleh itu, saya menyatakan jangan, jangan dan jangan menjamin penjamin walaupun siapa yang ingin mendekati anda. Saya akan nasihatkan anda terus berlari secepat yang mungkin sekiranya ada peminjam yang ingin mendekati anda. Malah sekiranya anda berada dikalangan orang yang popular kepada peminjam untuk menjadi penjamin, adalah amat bagus anda terus berpindah ke planet Marikh atau ke mana sahaja yang akan menjadikan anda tidak popular kepada peminjam. Anda harus ingat iaitu semakin tinggi jumlah yang dipinjam oleh peminjam, maka makin tinggi risiko anda sebagai penjamin. Ini kerana sekiranya peminjam gagal membayar dan menghilangkan diri, pihak bank akan membuat panggilan berkali-kali kepada anda untuk bertanya tentang peminjam tersebut. Nama anda juga akan disenarai hitam dari mengambil sebarang pinjaman untuk diri sendiri. Dengan kata lain, menjamin penjamin akan mengheret nama anda ke seluruh bank dan Bank Negara Malaysia sekiranya peminjam itu gagal membayarnya. Adakah anda ingin selalu mengemaskini pembayaran yang dibuat oleh peminjam untuk mengelakkan nama anda berada di dalam keadaan senarai hitam selama bertahun-tahun malahan ada yang mencecah sehingga 20 tahun? Adakah anda ingin mengadai masa depan anda dengan menjadi penjamin kepada orang lain? Adakah ada orang lain yang akan menolong anda sekiranya nama anda berada dalam keadaan senarai hitam? Sekiranya jawapan anda adalah tidak, maka anda tidak harus menjadi seorang penjamin walaupun siapa status peminjam anda. Di antara pinjaman yang memerlukan penjamin ialah pinjaman kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan malahan ada juga pinjaman dari pihak ketiga. Di bawah ini merupakan keratan akhbar Sinar Harian mengenai penjamin kepada pembelian kereta.

Page 37: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

36 | M u k a s u r a t

Keratan akhbar Sinar Harian pada 6 April 2014

Page 38: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

37 | M u k a s u r a t

BAHAGIAN KEDUA Bagaimana Saya Keluar dari Kepompong Hutang

"Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan

hidup sebelum mati." Hadis Riwayat al-Hakim.

Page 39: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

38 | M u k a s u r a t

Alhamdulillah sekiranya anda masih mampu membaca buku ini sehingga ke helaian ini. Saya mengucapkan tahniah kepada anda dan sekiranya anda terus bermula pada helaian ini, nampaknya anda tidak sabar-sabar untuk mengetahui teknik-teknik penghapusan hutang yang saya telah lakukan. Secara jujurnya, saya akan menceritakan teknik-teknik penghapusan hutang. Ini kerana terdapat hutang-hutang saya yang menggunakan teknik penghapusan yang sama. Jadi untuk memudahkan anda tidak membaca secara berulang teknik tersebut, lebih baik saya terus kepada praktikalnya. Menambah Ilmu Pengetahuan Tentang Kewangan Peribadi Ini merupakan langkah positif pertama yang saya lakukan untuk menjadi seorang yang positif dalam kewangan peribadi. Ia bermula apabila saya bertemu dengan seorang kenalan yang sebelum ini mempunyai kad kredit yang meruncing had kreditnya dan ternyata kenalan saya itu dapat menyelesaikan hutang tersebut dengan jayanya. Saya tanpa segan silu mula untuk bertanya apakah yang beliau lakukan walaupun saya tidak mempunyai hutang kad kredit. Pada pemahaman saya, biar kita mengambil pengalaman orang lain untuk menjadi satu benteng yang akan mengelak saya dari melakukan kesilapan dan menjadi senjata untuk menyerang dikemudian hari. Janganlah malu untuk mencari ilmu! Dari sesi perjumpaan tersebut, maka beliau menyarankan saya membaca 2 naskah buku yang menjadi satu peralihan kewangan yang positif kepada beliau. Pada waktu itu, saya masih kedekut untuk membelanjakan wang untuk mencari ilmu tentang kewangan. Sesuatu yang tidak sepatutnya saya lakukan. Walaupun saya masih berkira-kira untuk membeli buku tersebut maka tanpa segan silu saya meminta kebenaran untuk memimjam dua naskah buku tersebut. Namun kenalan saya hanya memberi satu buku yang agak nipis sebagai permulaan untuk dijadikan snek bacaan saya. Kata beliau, buku tersebut adalah kunci dalam kewangan beliau dan beliau memberi peringatan supaya jangan hilangkan buku tersebut. Sekarang anda boleh melihat buku yang mempunyai nilai kepada pembaca adalah buku yang memberi perubahan dalam hidupnya. Adakah anda ingin tahu buku tersebut? Biar saya kongsikan kepada anda tanpa anda pinta. Buku tersebut bertajuk Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert T.Kiyosaki. Kurang dari seminggu buku tersebut saya selesaikan dan ternyata buku tersebut memberi impak yang amat positif di dalam hidup saya. Ternyata suis untuk mencari ilmu dalam diri saya sudah terpetik. Saya mula dahagakan ilmu kewangan dan setentunya saya meminta senaskah lagi buku tentang kewangan dari beliau. Kenapa saya pinjam dari kenalan saya itu? Biar saya menyatakan bahawa saya hanya membeli buku apabila saya rasa buku itu berkualiti kepada diri saya. Setentunya saya mula mencari buku tulisan Robert T.Kiyosaki itu namun hampa kerana stok sudah kehabisan. Boleh dikatakan setiap kali melintasi kedai-kedai buku maka setiap kali jugalah saya akan mengunjungi dan mencari buku tersebut. Akhirnya setelah sekian lama, saya dapat menjumpai buku tersebut dan secepat kilat saya membeli dan membaca untuk kali kedua. Maka bermulalah kehidupan saya mengejar buku-buku kewangan sebagai koleksi buku di perpustakaan di rumah. Ia juga merupakan salah satu buku yang amat saya sayang dan akan baca secara berulang-ulang kali tanpa jemu. Berkenaan buku kedua yang menjadi saranan kenalan saya itu, ia lagi membuka mata dan fikiran tentang kewangan. Tambahan pula ia merupakan tulisan anak tempatan dan pelbagai tips boleh digunapakai untuk situasi di Malaysia. Buku ini menjadikan saya berfikir dan berfikir lagi tentang masa hadapan. Ia menjadikan saya ingin mengubah kewangan saya kepada yang lebih baik. Rasanya anda mungkin kenal penulis buku Jutawan Dari Planet Jupiter iaitu Azizi Ali. Saya mula merasakan bahawa sebenarnya saya sudah terlalu lama membuat kesilapan dalam kewangan dan setentunya saya ingin mengubah keadaan tersebut.

Page 40: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

39 | M u k a s u r a t

Dengan berbekalkan 2 naskah buku tersebut, maka saya mula dahagakan ilmu kewangan dan setentunya saya membeli pelbagai buku tentang kewangan dan mula berjinak-jinak dengan forum yang berkisar tentang kewangan peribadi. Blog-blog persendirian juga mula saya dekati untuk menambah ilmu dalam bidang ini. Saya dedikasi ucapan terima kasih kepada kenalan saya itu iaitu Ahmad Farizal kerana memberi lampu suluh ketika saya berada di dalam kegelapan hutang. Dengan berbekalkan ilmu yang saya ambil dari buku-buku, blog dan forum, saya mula mempraktikan teori yang diceritakan. Namun begitu, saya tidak membuat secara membuta tuli tetapi saya membuat perbandingan setiap infomasi yang diperolehi daripada buku, blog dan forum. Dengan hanya membaca tanpa ada usaha adalah sesuatu yang sia-sia. Maka beberapa langkah-langkah penghapusan hutang saya terdiri dari pelbagai cara. Tanpa membebankan anda, saya berikan dengan rela hati untuk membawa perubahan di dalam kewangan anda. Insya'allah.

"Mencari ilmu pengetahuan adalah wajib bagi setiap orang Islam." Hadis Riwayat Ibnu Abdul Barr.

Dengan ilmu pengetahuan tentang kewangan, ia menyebabkan saya mengetahui beberapa perkara dalam pelbagai sudut iaitu:

mengetahui untuk mengurangkan kadar perbelanjaan bulanan dan menguruskan kewangan peribadi. Ia merupakan prinsip yang mudah iaitu semakin kurang hutang anda maka makin banyak duit yang dapat simpan.

mengetahui betapa bahayanya hanya bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja dan hanya mengejar pendapatan aktif. Dengan mewujudkan kepelbagai punca pendapatan yang dapat menolong saya, setentunya ia memberi saya lebih fokus. Disebalik itu juga, saya mula menambah punca pendapatan pasif yang hanya memerlukan saya bekerja sekali tetapi dapat pendapatan berulang-ulang kali.

mengetahui bagaimana untuk mengawal perbelanjaan bulanan dan memberi saya kuasa untuk membuat sebarang analisis supaya kewangan saya sentiasa dalam kawalan, meningkatkan taraf kewangan dan menguruskannya.

mengetahui kaedah-kaedah yang melibatkan teknologi yang dapat menolong dalam memudahkan dan meningkatkan dalam isu kewangan. Aplikasi-aplikasi yang wujud, laman sosial, forum dan laman seSAWang merupakan peralatan yang memudahkan kehidupan kewangan saya.

mengetahui kaedah yang lebih baik dan sistematik (smart way) dan bukannya dengan cara menggunakan kudrat yang maksimum dan membuta tuli (hard way). Ini akan memberi saya menguruskan masa yang lebih baik tanpa memerlukan komitmen yang berlebihan untuk menjana wang. Ia lebih kepada wang bekerja kepada saya dan bukannya saya bekerja untuk wang.

mengetahui pelbagai peralatan kewangan yang wujud di mana sebelum ini saya menganggap sebagai musuh utama di dalam kewangan saya. Dengan ilmu tentang peralatan-peralatan kewangan ini, ia menjadi senjata yang boleh menjana wang kepada saya dengan kadar yang boleh dikawal.

mengetahui bagaimana merangka matlamat kewangan secara pendek, sederhana dan panjang. Ia menjadi satu tolakkan spritual seumpama turbo apabila matlamat dan cara mencapainya jelas didepan mata.

mengetahui perihal hutang yang mana hutang negatif dan hutang positif. Mengetahui tentang hutang dan tahu memanipulasinya merupakan kejayaan yang terbesar di dalam pencapaian kewangan peribadi.

Sebenarnya, menambah ilmu pengetahuan tentang kewangan adalah aset yang terbesar nilainya. Anda mungkin terkejut dengan kenyataan saya ini, tapi itulah hakikat sebenar yang anda harus tahu. Kenapa saya berkata sedemikian? Ini kerana untuk anda melabur dalam

Page 41: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

40 | M u k a s u r a t

saham, apa yang anda harus tahu? Setentunya ilmu tentang saham. Untuk hartanah, IPO, pelaburan berisiko rendah dan sederhana, semuanya memerlukan ilmu untuk mengelakkan anda ditipu mahupun mendapat pulangan yang lebih baik. Saya memang selalu menambahkan ilmu kepada aset yang utama saya ini, bermula dengan forum, blog, buku, seminar, kelas dan pengajian secara terus. Ini mempercepatkan ilmu kewangan saya dalam pengurusan kewangan peribadi. Jadi, anda sudah boleh mula berkira-kira untuk memantapkan aset utama anda iaitu ilmu pengetahuan tentang bidang yang anda ingin ceburi. Dengan membeli buku merupakan satu langkah yang amat bijak untuk memantapkan ilmu dan kini terdapat juga buku elektronik yang lebih dikenali sebagai e-book. Ini menandakan bahawa anda mempunyai banyak sumber untuk memantapkan aset utama anda. Dengan permulaan membaca buku, pengetahuan yang kosong akan meningkat dari setingkat ke setingkat. Lebih banyak buku yang di baca maka makin meningkatlah ilmu pengetahuan anda. Buku juga merupakan satu pelaburan yang amat murah jika dibandingkan anda pergi ke seminar atau kelas. Tambahan pula, buku anda dapat menjadi sumber rujukan yang berulang-ulang kali. Ia juga merupakan kredit kepada anda kerana isi kandungan buku sudah dikawalselia oleh pihak berwajib. Bagaimana Saya Berfikir Donald J. Trumph ada menyarankan supaya 'berfikiran besar' (Think Big) untuk mencipta matlamat. Ini merupakan salah satu tips untuk membina kekuatan minda tanpa meletakkan satu sekatan dalam menuju ke arah matlamat yang ingin dicapai. Rehatkan badan anda dan lapangkan fikiran, fikirkan sejenak beberapa orang tokoh yang mencipta kejayaan dari bidang yang amat berlainan. Paling terdekat Mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang asalnya merupakan seorang doktor yang bertukar menjadi salah seorang Perdana Menteri yang mengubah Malaysia secara 360 darjah. Hasilnya Malaysia menjadi sebuah kuasa industri dalam tempoh yang agak singkat iaitu selama 20 tahun. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang bermula sebagai guru kemas lalu menukarkan sosio politik Kelantan dengan menjadi menteri besar yang amat disegani dan mencatat rekod sebagai diantara tokoh yang unggul di dalam dunia Islam keseluruhannya. Kalau ingin diceritakan dari sudut perniagaan, rasanya terlalu ramai para bilionair yang bermula dari sudut yang amat sukar malahan mungkin dikatakan mustahil untuk mereka pergi ke tahap yang begitu ekstrem. Jawapan hanya terletak dalam bagaimana mereka berfikir dan tindakan yang ambil untuk mencapai matlamat yang telah diingini.

"Saya pernah mengimpikan untuk menjadi seorang anggota Kabinet, bahkan menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun, saya tidak yakin mimpi saya akan menjadi kenyataan sehingga saat

saya berdiri di depan Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4".

Tun Dr. Mahathir Mohamad Di dalam buku Secrets of the Millionaire Minds tulisan T. Harv Eker ada menyatakan bahawa untuk membina dunia secara fizikal, ia harus disokong oleh 3 elemen iaitu kekuatan dunia mental, kekuatan dunia emosi dan kekuatan dunia spiritual. Secara ringkasnya anda boleh melihat pada rajah dibawah.

Mental (Input) Emotion (Input) Spiritual (Input) Physical (Output)

Page 42: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

41 | M u k a s u r a t

Apa rahsia yang saya dapat daripada kejayaan mereka ialah pemikiran tanpa kekangan dan tahu apa matlamat yang ingin dicapai. Namun begitu, kebanyakkan golongan menengah dan bawah mempunyai satu pemikiran yang menarik mereka untuk keluar dari zon selesa, takut untuk berhadapan dengan kritikan, pengalaman-pengalaman orang lain dari sudut yang negatif dan tidak mempunyai pendirian yang teguh untuk mencapai sesuatu. Semenjak itu, saya mencuba dan mencuba untuk mengubah pemikiran yang berada di dalam zon selesa kepada zon perubahan (positif) walaupun keselesaan itu sebenarnya tiada. Apabila saya mencipta satu tabiat yang positif, lama ke lamaan ia akan menjadi zon selesa yang positif kepada saya. Untuk mencapai sesuatu yang ekstrem, seharusnya saya mempunyai pemikiran dan usaha yang ekstrem. Saya selalu menolak diri ke arah yang lebih positif dan mencuba untuk meletakkan matlamat tanpa sebarang penghalang. Sebagai contoh, saya ingin memiliki aset hartanah yang mempunyai nilai melebihi RM1 juta. Akhirnya saya mampu mencapainya walaupun mempunyai gaji yang mustahil untuk pihak bank meluluskannya. Bagi saya, tiada apa yang mustahil selagi saya berusaha dan berusaha. Fokuskan matlamat, tetapkan pendirian dan binalah ilmu serta usaha untuk mencapainya. Penstrukturan Hutang Berapa ramai daripada anda yang menulis hutang yang anda ada berserta jumlahnya. Mungkin ramai yang tahu hutang yang dimiliki, tetapi berapa ramaikah daripada anda tahu berapa baki hutang yang tinggal pada setiap bulan. Anda boleh tanyakan kepada diri sendiri, berapakah nilai baki hutang anda. Rasanya tidak ramai yang ambil kisah dengan jumlah baki pinjaman kerana tidak ramai yang fokus kepada penghapusan hutang. Tanpa membuat senarai hutang beserta baki hutang yang tinggal, bagaimana anda ingin membuat penilaian yang harus anda hapuskan dulu? Itulah bergunanya apabila anda membuat senarai dan dengan itu anda dapat membuat penstrukturan hutang yang lebih tersusun. Lagi baik sekiranya anda tahu berapa jumlah kadar faedah yang dikenakan kepada anda dan kadar faedah tersebut berada di dalam kategori yang mana iaitu kadar tahunan, bulanan, harian ataupun tetap. Ia umpama anda mengetahui segala informasi tentang musuh anda dan anda ingin menghapuskannya. Sudah tentu musuh anda pada ketika ini adalah hutang anda. Dengan mengetahui segala informasi tentang hutang anda maka anda akan tahu mengenai musuh hutang anda yang mana satu harus dihapuskan dahulu. Di samping menjadi anda lebih celik kewangan dalam pinjaman, anda juga menjadi lebih pakar dalam pengurusan hutang anda. Sekiranya anda ingin mengelak dari berlaku kesilapan dalam penstrukturan hutang maka lebih baik anda mencari seseorang yang tahu menguruskan kewangan. Seperti saya nyatakan sebelum ini, untuk berada dalam kedudukan hutang yang selamat. Kadar hutang anda haruslah berada di dalam lingkungan 40 peratus dari jumlah keseluruhan wang yang diperolehi pada setiap bulan. Sekiranya lebih, maka anda harus melakukan sesuatu untuk menjadikan jumlah peratusan tersebut makin sedikit dari bulan ke bulan, ataupun tahun ke tahun. Dengan cara ini, anda lebih fokus dan mempunyai matlamat dalam penghapusan hutang anda. Ia juga memberi gambaran kepada anda tentang hutang anda. Membayar Hutang Apabila Tiba Waktunya Ini merupakan sesuatu yang biasa dilakukan untuk penghutang yang mengambil pinjaman daripada bank. Namun begitu, ada juga sesetengah penghutang mengambil mudah apabila melibatkan pinjaman yang tidak berkait rapat dengan bank sebagai contoh pinjaman kredit, pembelian barangan secara hutang kedai, PTPTN dan lain-lain lagi. Adakah anda tahu bahawa ada sesetengah daripada pinjaman ini akan memberi bala yang memungkinkan pinjaman anda tertolak apabila anda tidak membayarnya secara rekod yang tidak baik.

Page 43: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

42 | M u k a s u r a t

Ada sesetengah pinjaman yang tidak berkaitan dengan bank ini akan memungkin nama anda akan dipaparkan pada CTOS atau CCRIS. Mungkin anda tidak tahu bukan? Silap-silap anda hanya tahu apabila anda mengetahui pinjaman bank ditolak disebabkan anda tersangkut disebabkan hutang-hutang sebegini. Ini pernah diceritakan oleh kawan saya yang bekerja disebuah bank tempatan. Dia menyatakan ada seorang pelanggan ditolak pinjaman perumahan hanya kerana terdapat hutang yang tertangguh dengan sebuah syarikat pembelian secara kredit. Jumlahnya tidak banyak, kurang dari 2 ribu sahaja. Nah, sekarang anda sudah lihat jumlah hutang tertangguh yang sedikit boleh menyebabkan pinjaman anda tertolak secara tanpa budi bicara. Dari dahulu lagi, saya mengambil jalan yang tradisional dan membosankan ini sebagai satu teknik penghapusan hutang saya. Walaupun teknik ini amat membosankan tetapi ia memberi saya beberapa kelebihan iaitu dari segi:

Rekod pembayaran yang konsisten kepada mana-mana pemberi pinjaman ataupun bank. Ini kerana rekod pembayaran yang tersusun akan memberi anda satu rekod yang baik dimata mereka. Ia mencerahkan peluang anda sekiranya anda perlu membuat pinjaman untuk menghapuskan hutang lapuk atau hutang yang negatif.

Memberi satu komitmen dan disiplin kepada diri sendiri tentang hutang yang dipikul. Ini menjadikan anda seorang yang tidak pentingkan diri sendiri malahan bersyukur kepada pemberi pinjaman yang menolong anda ketika waktu susah.

Mengelak dari anda terbeban dengan pembayaran pada bulan hadapan. Sekiranya anda sudah menangguhkan pembayaran selama sebulan dan ingin membayar dua kali ganda pada bulan hadapan, ia bukanlah satu perkara yang mudah apabila melibatkan amaun yang tinggi.

Saya melakukan teknik ini bermula dari saya mula berhutang lagi dan teknik ini jugalah yang memberi saya satu kredit yang positif dalam rekod kepada pihak bank. Oh ya, saya ingin memberi satu tips lagi sekiranya anda ingin membuat pinjaman. Perelokkan rekod pembayaran anda paling kurang 6 bulan hingga ke 1 tahun sekiranya anda berhajat ingin membuat sebarang pinjaman. Ini menjadi satu tanda ukur kepada penilaian rekod pembayaran hutang anda di mata pihak bank malahan boleh dijadikan dokumen sokongan kepada pihak bank. Diharap pihak bank tidak akan mengorek rekod lama anda apabila rahsia ini mereka ketahui dari pembacaan buku saya. Setentunya saya tidak suka apabila ia berlaku kepada anda. Mudah-mudahan tidak. Fokuskan Membunuh Hutang Anda Nampaknya kali ini anda harus menjadi agak kejam kepada hutang anda. Anda tidak perlu takut sekiranya anda membunuh hutang anda, Anda tidak akan ditangkap mahupun akan meringkuk di dalam penjara. Ini pembunuhan yang positif untuk kewangan anda dan kewangan negara. Teknik ini saya gunakan untuk mempercepatkan pembayaran hutang saya. Ia adalah sesuatu yang mudah iaitu hutang lain anda akan membayar secara minima dan konsisten tetapi berbeza dengan hutang yang ingin anda bunuh dengan cepat. Anda harus membayar lebih dari kadar yang telah ditetapkan. Adalah lebih baik penambahan pembayaran itu melebihi 50 peratus dari kadar yang ditetapkan. Namun begitu, saya akan memberi sedikit tips supaya anda faham dengan teknik ini. Sekiranya anda mempunyai beberapa hutang, jadi anda boleh mulakan pada hutang yang mempunyai jumlah nilai hutang yang paling sedikit tetapi jumlah kadar faedah yang tinggi seperti kad kredit. Dan setelah hutang itu telah selesai, maka anda fokuskan pula kepada hutang yang lain dengan menggunakan teknik yang sama. Di samping anda akan mendapat rebat, ia juga memendekkan jumlah tahunan yang harus dibayar dan mengurangkan jumlah yang harus anda pikul setiap bulan.

Page 44: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

43 | M u k a s u r a t

Sekiranya anda mempunyai situasi hutang yang berbeza, anda mungkin boleh menggunakan teknik yang kedua ini. Sebagai contoh, anda mempunyai 2 hutang iaitu hutang pertama mempunyai jumlah nilai hutang yang tinggi dan jumlah kadar faedah juga adalah tinggi tetapi hutang kedua pula mempunyai jumlah nilai hutang yang rendah dan jumlah kadar faedah yang rendah. Jadi, mana satu yang harus anda bunuh terlebih dahulu? Saya amat menyarankan anda membayar hutang kedua. Ini kerana walaupun ia mempunyai nilai kadar faedah yang rendah tetapi ia mempunyai amaun yang sedikit. Dengan kata lain, hutang mana yang cepat anda langsaikan. Teknik 'snowball' atau bebola salji ini banyak diajar oleh pakar-pakar penghapusan hutang. Bebarapa orang yang banyak mengajar mengenai teknik ini ialah Dave Ramsey (luar negara) dan KC Lau (tempatan). Sebagai contoh, anda ada hutang A yang dibayar RM600 sebulan dan hutang B yang dibayar RM200 sebulan. Jadi anda harus membayar hutang B lebih dari jumlah yang sepatutnya seperti RM400 malahan mungkin RM600. Apabila hutang B sudah selesai, amaun yang sepatutnya anda bayar tadi dipindahkan kepada hutang A. Jumlah bayaran hutang A + bayaran hutang B (walaupun sudah selesai) = bebola salji yang optimum. Konsep Bebola Salji:

Jenis Hutang Jumlah Sebenar (bulanan) Jumlah Yang Dibayar Hutang A (RM 6,000) RM 600 RM 600 (bayaran minima) Hutang B (RM 2,000) RM 200 RM 400 atau lebih

Langkah 1: Hutang A bayar seminima dan Hutang B bayar semaksima

Jenis Hutang Jumlah Sebenar (bulanan) Jumlah Yang Dibayar Hutang A (RM 6,000) RM 600 RM 600 + (RM 400 atau lebih) Hutang B (RM 2,000) - -

Langkah 2: Hutang A dibayar dari bulanan A + jumlah Hutang bulanan B (dah selesai)

Jenis Hutang Jumlah Sebenar (bulanan) Jumlah Yang Dibayar Hutang A (RM 6,000) - - Hutang B (RM 2,000) - -

Langkah 3: Hutang A + B selesai maka ada wang untuk melabur Sekiranya anda mempunyai kadar bayaran bulanan yang sama antara hutang pertama dan kedua, maka anda boleh fokuskan kepada hutang yang memberi anda nilai rebat. Ini menunjukkan betapa pentingnya anda tahu kadar faedah dan jumlah hutang anda. Ini akan mempecepatkan masa anda dari dikawal oleh hutang dan memberi anda masa untuk mengawal hutang yang ditanggung selama ini. Pindahan Jumlah Hutang Kad Kredit Mungkin anda biasa dengar dengan istilah 'balance transfer' kad kredit. Adakah anda tahu betapa pentingnya kaedah pindahan hutang ini? Adakah anda tahu bahawa setelah anda pindahkan hutang kepada kad kredit dari bank yang lain, anda tidak akan dikenakan kadar faedah buat beberapa bulan malahan ada yang sehingga 12 bulan. Ini merupakan bonus kepada anda! Teknik ini mengunakan kaedah flip flop iaitu anda mencuri masa yang tidak dikenakan kadar faedah untuk membayar hutang prinsipal anda pada kadar 100% tanpa melibatkan sebarang kadar faedah. Bagus bukan? Maka anda boleh lakukan kaedah ini secara kerap kali dan memungkinkan anda akan dikenakan kadar faedah yang amat rendah. Ini merupakan contoh iklan pindahan baki dari beberapa bank di Malaysia (2014).

Page 45: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

44 | M u k a s u r a t

Jenis Kad Kadar Faedah Terbaik

Jumlah Minima

Jangkamasa Maksimum

Maybank Program Pindahan Baki 0% RM1,000 36 bulan Bank Islam Plan Pindahan Baki 0% RM1,000 24 bulan Maybank Kad Islamik Ikhwan 0% RM1,000 36 bulan AEON Plan Pindahan Baki 0% RM1,000 6 bulan HSBC Plan Pindahan Baki 0% RM1,000 6 bulan RHB Islamik 'Smart Move' 0% RM1,000 9 bulan Public Bank Pindahan Baki 0% RM 3,000 24 bulan AffinBank Plan Pindahan Baki 0% RM 5,000 24 bulan BSN Program Pindahan Baki 0.3% RM 500 36 bulan Standard Chartered Visa Translucent 0.88% RM1,000 12 bulan OCBC Pindahan Baki 2% RM1,000 12 bulan Standard Chartered Plan Pindahan Baki 2.99% RM1,000 36 bulan UOB Bayaran Tetap Pindahan Baki 3.3% RM1,000 12 bulan RHB 'Smart Move' 4% RM1,000 24 bulan Maybank Amex Program Pindahan Baki 4.5% RM1,000 36 bulan Ambank 'AmTransfer' 4.99% RM1,000 36 bulan CIMB Plan Pindahan Baki 5.99% RM1,000 12 bulan Alliance Bank Plan Pindahan Baki 6% RM1,000 24 bulan Citibank Plan Pindahan Baki 6.99% RM1,000 12 bulan Hong Leong Pindahan Baki 6.99% RM1,000 12 bulan UOB Pindahan Baki 7.77% RM1,000 18 bulan Public Bank Pindahan Baki 8% RM1,000 36 bulan Citibank Ready Credit Pindahan Baki 9.9% RM1,000 36 bulan

Sumber daripada laman sesawang savemoney.com.my Mungkin ada daripada sesetengah daripada anda sudah melompat apabila melihat jadual di atas. Sabar dulu wahai para pembaca, ada beberapa kriteria yang harus tahu walaupun tawaran 0% adalah amat menarik sekali. Antara kriteria-kriteria yang harus anda teliti adalah:

Jenis pelan pindahan baki Jenis kadar faedah Tempoh waktu kadar terendah Jenis caj yang dikenakan terhadap anda

Anda boleh melihat secara terperinci contoh pengiraan daripada pihak bank ataupun daripada kertas iklan yang diberi. Sebagai contoh di bawah merupakan pelan pindahan baki daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 2014.

Page 46: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

45 | M u k a s u r a t

Contoh edaran kertas daripada Bank Simpanan Nasional (BSN)

Ia boleh dilakukan untuk menghapuskan hutang pada satu kad kredit sahaja ataupun untuk beberapa kad kredit yang anda miliki. Untuk hutang kad kredit yang pelbagai, teknik ini akan mengabungkan hutang kad kredit anda menjadi satu dan anda akan flip flop hutang tersebut sehingga selesai. Mudah bukan? Pada masa buku ini di tulis, Bank Negara Malaysia sudah memperketatkan undang-undang yang menyatakan bahawa setiap individu hanya dapat memiliki 2 kad kredit sahaja. Ini memberikan anda sedikit kekangan untuk melakukan teknik recycle. Tetapi hanya 2 kad kredit pun, anda masih boleh lakukan teknik flip flop. Tiada masalah! Begitu juga dengan tanda aras gaji, ia mula dinaikkan kepada tangga gaji permulaan iaitu RM2,000. Ini disebabkan jumlah hutang isi rumah di Malaysia sudah meningkat dan untuk mengelak terjadinya kadar inflasi yang tinggi, maka Bank Negara Malaysia mengambil pendekatan untuk memperketatkan pelbagai sudut dari kad kredit hinggalah nilai pinjaman. Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana teknik flip flop berfungsi iaitu hutang kad kredit 1 dipindah kepada kad kredit 2. Kemudian baki kad kredit 2 akan dipindahkan kepada kad kredit 1. Apa yang anda perlukan ialah mengisi borang melakukan pindahan baki. Tetapi dengan kekangan sekarang yang hanya membenarkan anda memiliki 2 kad kredit, maka anda haruslah mencari bank yang memberi pulangan yang terbaik kerana selalunya pindahan baki tanpa faedah adalah bersifat promosi.

Baki Kad Kredit 1 ↔ Baki Kad Kredit 2 Atau anda juga boleh melakukan teknik flip flop dengan merujuk kepada tarikh pembayaran (due date) kad kredit dan tarikh penyata (statement date). Dengan tempoh 20 hari, anda berada di dalam jangkamasa kadar faedah adalah 0% iaitu anda tidak dikenakan sebarang kadar faedah. Namun begitu, ada sedikit had iaitu anda harus membayar keseluruhan hutang pada tarikh pembayaran iaitu hari terakhir pembayaran. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana teknik ini berfungsi.

Page 47: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

46 | M u k a s u r a t

Kad Kredit 1 (20 hari) ↘

Kad Kredit 2 (20 hari) ↘ Kad Kredit 1 (20 hari) Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana kaedah recycle berfungsi. Ia memberi anda tempoh masa untuk mendapat kadar faedah yang terendah dari kadar faedah biasa kad kredit (1.5% sebulan = 18% setahun) atau tiada kadar faedah langsung (terpulag kepada bank). Apakah kelebihan recycle jika dibandingkan dengan teknik flip flop? Anda bayangkan sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM10,000, dengan teknik recycle, setiap pindahan baki anda di beri tempoh 6 bulan tanpa dikenakan kadar faedah. Sekiranya ada 4 kredit, anda diberi tempoh masa 2 tahun malahan sebenarnya tiada tempoh masa kerana teknik ini merupakan teknik recycle. Ia akan dipindahkan secara pusingan membulat.

↗ Baki Kad Kredit 1 ↘ Baki Kad Kredit 4 Baki Kad Kredit 2

↖ Baki Kad Kredit 3 ↙ Anda usah risau, pada satu hari nanti Bank Negara Malaysia akan melonggarkan kekangan ini apabila negara Malaysia mengalami kerancakkan ekonomi seperti pada era 90-an. Pada waktu sekarang, anda hanya boleh menggunakan apa yang ada untuk melakukan perubahan. Daripada tiada langsung pergerakan positif, biar bergerak sedikit walaupun temponya agak perlahan dan terbatas. Walaupun konsep pindahan baki boleh menjadi salah satu cara untuk pengurangan hutang anda, tanpa ilmu dan disiplin pembayaran yang baik memungkinkan anda akan terjerat dengan kadar bayarannya. Pastikan anda tahu caj yang dikenakan dan pembayaran secara tetap. Tips pindahan baki mempunyai nilai yang positif kerana mempunyai kadar faedah yang lebih rendah daripada caj kadar faedah yang biasa dikenakan oleh kad kredit, ia memberi anda tempoh masa tanpa faedah untuk anda menghapuskan hutang secepat mungkin, memudahkan anda mengumpul banyak hutang kad kredit ke dalam satu bil kad kredit sahaja dan menguruskan hutang kad kredit secara sistematik. Pindahkan Hutang Lain Ke Dalam Kad Kredit Anda biasa mendengar istilah 'cash advance' yang ada pada kad kredit? Ini merupakan satu teknik yang menarik apabila anda ingin menghapuskan hutang lain secara memindahkan hutang tersebut kepada kad kredit. Anda tahu bukan ada sesetengah pinjaman memberi anda rebat apabila penyelesaian awal dapat dilakukan. Maka inilah gunanya 'cash advance'. Harus diingat, lagi besar nilai kredit yang diberi maka makin besarlah peluang anda untuk mempercepatkan penyelesaian hutang anda. Selalunya jumlah yang dapat dikeluarkan secara 'cash advance' ini adalah 75% dari jumlah had kredit anda. Sebagai contoh, anda mempunyai hutang pinjaman peribadi sebanyak RM4,000 dan nilai had kredit dari kad kredit anda adalah RM6,000. Jadi anda keluarkan wang dari kad kredit di kaunter bank (caj yang dikenakan hanya pada satu pengeluaran) dan selesaikan hutang peribadi tersebut. Sekarang hutang peribadi anda sudah dimasukkan ke dalam kad kredit, maka anda pindahan nilai hutang tersebut secara 'balance transfer' kepada kad kredit yang lain. Maka, gunakan teknik flip flop supaya anda tidak akan dikenakan kadar faedah pada hutang tersebut. Setelah hutang pada kad kredit anda menjadi kosong, maka anda cari pula hutang pinjaman yang lain pula. Menarik bukan?

Page 48: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

47 | M u k a s u r a t

Biasanya setiap pengeluaran dari kad kredit ini dilakukan, anda akan dikenakan antara RM30 sehingga RM50 untuk setiap transaksi. Sekiranya melakukan pengeluaran di mesin ATM, had setiap pengeluaran adalah RM1,500 setiap transaksi. Jadi anda boleh bayangkan betapa banyak caj yang akan dikenakan sekiranya pengeluaran itu melebihi dari RM1,500. Sebagai contoh, anda ingin membuat pengeluaran dari mesin ATM sebanyak RM15,000 maka anda harus melakukan sebanyak 10 kali. Maka sekiranya setiap transaksi pengeluaran adalah RM30, ia bersamaan RM30 x 10 = RM300. Malahan setiap transaksi hanya dihadkan RM1,500 untuk satu hari, maka anda harus berulangalik ke mesin ATM sebanyak 15 kali. Memang melecehkan dan kadar caj yang dikenakan adalah amat tinggi bukan? Usah risau, ada jalan penyelesaian yang lebih mudah iaitu anda harus pergi ke kaunter dan mengisi slip pengeluaran. Sekarang anda dikenakan RM30 untuk 1 transaksi yang berjumlah RM15,000. Murah dan menjimatkan bukan? Inilah kelebihan anda apabila anda mengetahui kelemahan yang ada pada setiap musuh anda dan anda menjana aset terpenting anda iaitu pengetahuan dalam kewangan. Nampaknya anda sudah tersenyum kerana melihat satu permainan yang menarik mengenai kad kredit ini. Menggunakan Wang Bonus Sebagai Penghapus Hutang Anda mungkin pernah mendapat bonus tahunan dari syarikat yang anda bekerja. Selalunya ke manakah wang tersebut? Adakah habis dibelanjakan atau anda cuba mempercepatkan pembayaran hutang? Selalunya wang tersebut akan habis dibelanjakan kepada sesuatu yang diingini. Teknik ini walaupun agak pedih tapi sebenarnya ia memberi anda kepuasan apabila melihat jumlah hutang anda semakin berkurangan. Secara tidak langsung ia menjadikan anda seorang yang berdisiplin dan ingin menyelesaian pembayaran hutang secepat mungkin, maka anda boleh menggunakan duit bonus tersebut secara 100% untuk penyelesaian hutang. Paling sedikit, biarlah 50% dari duit bonus tersebut adalah untuk membayar hutang lapuk anda. Ini memberi anda satu pemotongan masa untuk penghapusan hutang anda. Itulah pentingnya dengan mendapat bonus dari syarikat, orang lain mungkin bonus kerana dapat menukar kepada hutang yang baru tetapi anda pula menjadi bonus kepada seorang yang lebih bebas hutang kewangan. Saya teringat kepada satu pepatah melayu iaitu "Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian". Ini mungkin satu pepatah yang hanya perkataan sahaja tetapi tidak bagi saya. Sekiranya matlamat anda hanya untuk 2 hingga ke 3 tahun pertama adalah penyelesaian hutang lapuk, maka anda gunakan segala sumber kewangan yang dapat hanya dengan satu tujuan iaitu menyelesaikan hutang secepat yang mungkin. Teknik ini tidak dapat saya gunakan setiap tahun kerana syarikat tempat saya bekerja tidak memberi bonus secara konsisten. Namun begitu, sekiranya ada bonus yang diterima, ia juga adalah bonus kepada saya untuk mempercepatkan hutang saya dihapuskan secara total. Kuatkan semangat, pejamkan mata dan bayarkan hutang lapuk anda. Anda akan lebih gembira apabila hutang itu tidak akan merantai anda lagi dan dapat buang hutang tersebut ke dasar lautan yang paling dalam. Mungkin anda akan tersenyum sekiranya anda dapat bayangkan situasi tersebut berlaku kepada diri anda sendiri. Saya pernah mengalami saat-saat sebegitu dan saya amat menghargai waktu-waktu sebegitu. Anda bila lagi? Menggunakan Kenaikkan Gaji Bulanan Untuk Membayar Hutang Lapuk Saya atau anda mungkin ada kenaikkan setiap tahun, tapi adakah anda terasa perubahan dalam pengurangan nilai hutang atau ia semakin bertambah. Boleh dikatakan ramai daripada golongan menengah dan rendah mengabaikan aspek membayar hutang lapuk dengan

Page 49: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

48 | M u k a s u r a t

kenaikkan gaji. Ada daripada anda akan mendapat kenaikkan gaji dalam lingkungan puluhan ringgit, ada yang ratusan ringgit, ribuan ringgit malahan puluhan ribu ringgit. Namun, sekiranya anda berada dalam golongan kenaikkan gaji puluhan ribu ringgit, anda setentunya tidak akan membaca buku saya ini. Jadi dimanakah kategori kenaikkan gaji anda? Puluhan, ratusan atau ribuan? Atau anda tiada kenaikkan gaji setiap tahun? Berbalik kepada tips ini, saya ada menggunakan kenaikkan gaji bulanan unuk membayar hutang lapuk atau digunakan untuk menyimpan. Sebagai contoh, sebelum ini anda menerima gaji dalam lingkungan RM1,000 sebulan. Apabila 1 tahun bekerja, anda mendapat kenaikkan sebanyak RM200 sebulan. Jadi,gunakan RM200 itu sebagai membayar hutang lapuk atau menyimpan (buat dana kecemasan). Mungkin juga anda ingin merasa sedikit kenaikkan itu, anda boleh ambil 50% dari jumlah kenaikkan. Dalam kes tadi, maka anda hanya membayar hutang lapuk atau menyimpan sebanyak RM100, baki lagi RM100 anda menaik nilai dalam gaji lama anda. Jadi, anda ada RM1,100 untuk dibelanjakan secara berhemah. Di bawah ini saya membuat satu jadual perbezaan RM100 dengan RM200. Tambahan RM100 sebulan Tambahan RM200 sebulan

Bulan 1 100 200 Bulan 2 200 400 Bulan 3 300 600 Bulan 4 400 800 Bulan 5 500 1,000 Bulan 6 600 1,200 Bulan 7 700 1,400 Bulan 8 800 1,600 Bulan 9 900 1,800

Bulan 10 1,000 2,000 Bulan 11 1,100 2,200 Bulan 12 1,200 2,400

Sekiranya anda melihat jadual tersebut, anda sendiri dapat melihat perbezaan dengan menyimpan dengan jumlah yang banyak maka hutang anda akan lebih cepat diselesaikan. Dan sekiranya anda gunakan nilai kenaikkan itu untuk menyimpan maka lebih banyak wang yang anda dapat kumpul. Ini adalah asas untuk melihat berapa cepat hutang anda berkurangan atau berapa jumlah simpanan anda cepat terkumpul. Mudah bukan? Memindahkan Banyak Hutang Kepada Satu Hutang Mungkin anda biasa mendengar teknik yang saya ingin kongsikan kepada anda. Sekiranya ada, baguslah kerana ia menandakan anda belajar juga ilmu kewangan. Biar saya terangkan kepada anda yang tidak tahu mengenai teknik ini. Selalunya teknik ini digunakan apabila anda sudah tidak mampu untuk menampung bayaran bulanan hutang dan dalam masa yang sama menstruktur hutang anda supaya anda mempunyai masa dalam penyelesaian hutang. Sebagai contoh, anda mempunyai pelbagai hutang yang mempunyai faedah agak tinggi. Jadi, anda akan membuat satu hutang untuk menyelesaikannya dengan kadar faedah yang rendah. Sebagai contoh, hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi mempunyai nilai faedah yang tinggi iaitu sekitar 6 peratus hingga 13 peratus. Jadi anda gunakan rumah yang dibiayai semula atau lebih dikenali dengan refinance. Selalunya pada waktu saya menulis buku ini, kadar faedah dalam lingkungan 4 peratus - 5 peratus dan kadar BFR/BLR adalah 6.6 peratus. Namun harus diingat, anda hanya membiayai semula pinjaman rumah sekadar untuk membayar hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi, tidak lebih daripada itu.

Page 50: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

49 | M u k a s u r a t

Lagi elok sekiranya jumlah bulanan untuk hutang tersebut tidak melebihi 40 peratus dari gaji anda. Kenapa saya tidak sarankan anda mengambil lebih jumlah pembiayaan semula itu? Menjadi lumrah manusia apabila ada duit lebihan, anda akan lari dari landasan asal untuk menyelesaikan hutang. Selalunya anda akan membeli barangan 'kehendak' anda. Tapi jangan lupa bahawa duit lebihan itu juga adalah duit hutang, bukannya duit simpanan anda. Jadi ia akan memberi nilai komitemen anda setiap bulan dan setentunya tempoh pinjaman tersebut amatlah panjang. Ada sesetengah orang berkata, hutang sampai anda mati. Membuat Pinjaman Tanpa Faedah Dengan Keluarga Anda ingat kembali, setiap pemberi pinjaman akan melihat rekod pembayaran hutang anda sebelum ini. Jadi, begitulah sekiranya anda ingin membuat pinjaman dengan keluarga sendiri. Dengan rekod pembayaran yang bagus, maka anda mempunyai kredit yang bagus kepada keluarga anda sendiri. Anda sendiri tahu bahawa dengan membuat pinjaman dengan keluarga, anda tidak akan dikenakan sebarang kadar faedah. Namun begitu, jangan pula akan menyalahgunakan kebaikkan keluarga anda untuk menangguh pembayaran hutang tanpa kadar faedah itu. Sekiranya anda hendak lakukan juga, maka itulah kali terakhir anda dapat membuat pinjaman tanpa faedah dengan keluarga anda. Pinjaman ini dapat dilakukan berdasarkan berapa jumlah yang keluarga anda ingin pinjamkan. Satu ribu, 2 ribu, belasan ribu atau puluhan ribu? Semuanya terpulang kepada keluarga anda. Adakah anda tahu, sekiranya anda membuat pinjaman kenderaan selama 7 tahun. 2 tahun pertama merupakan satu nilai yang amat tinggi untuk membayar kadar faedah pinjaman tersebut. Jadi, sekiranya anda membuat pinjaman dengan keluarga untuk membeli kereta atau motosikal, maka anda dapat mempercepatkan bayaran bulanan anda malahan kadar bayaran juga bertambah rendah kerana tanpa kadar faedah. Menakjubkan bukan?

Page 51: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

50 | M u k a s u r a t

BAHAGIAN KETIGA Bagaimana Saya Membina Tembok Pertahanan

"Kekalkan pemikiran anda yang positif kerana pemikiran anda menjadi percakapan, Kekalkan percakapan anda yang positif kerana percakapan

anda menjadi kelakuan, Kekalkan kelakuan anda yang positif kerana kelakuan anda akan menjadi tabiat, Kekalkan tabiat anda yang positif

kerana tabiat anda akan menjadi nilai diri, Kekalkan nilai diri anda yang positif kerana nilai diri anda akan menjadi matlamat anda."

Mahatma Gandhi

Page 52: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

51 | M u k a s u r a t

Mungkin anda menganggap bahawa terus menyerang adalah satu teknik yang paling bagus dalam isu kewangan. Namun begitu, bagaimana pula apabila masalah kewangan itu menyerang anda. Adakah anda boleh bertahan? Atau mampukah anda untuk bertahan? Saya mengambil pendekatan bahawa sebelum menyerang, harus membina tapak untuk bertahan dengan kuat. Paling kurang pun, mampu menangkis kembali serangan dari permasalahan ketidakcukupan wang. Saya memulakan pertahanan secara berperingkat-peringkat iaitu dengan langkah yang pertama. Untuk membuat langkah pertama iaitu pelaburan, anda harus menitikberatkan beberapa profil pelaburan iaitu:

Berapakah umur anda? Apakah status diri anda? Berapakah penerimaan risiko anda tentang kehilangan wang? Bagaimanakah anda ingin minda dan emosi ditekan? Berapa cepatkah dan jumlah pulangan yang ingin dicapai? Berapa kuatkah kewangan anda? Apakah latarbelakang kewangan anda? Berapa banyakkah masa anda untuk diluang? Berapa tinggikah tahap pengetahuan anda dalam pelaburan?

Dengan mengetahui jenis profil pelaburan anda maka anda akan mengetahui bagaimana anda ingin melabur. Tidak semua tahap pelaburan bersesuaian dengan anda kerana kemungkinan anda tidak mempunyai jenis profil pelaburan seperti Warren Buffet ataupun Peter Lynch.

"Lain orang perlukan penyelesaian atau jawapan yang berbeza... dan orang yang terbaik untuk memberikan jawapan adalah diri

mereka sendiri." Milan Doshi

Menguruskan Hutang, Tunai dan Simpanan Sebelum menyerang, anda haruslah bermula dengan memasang kekuda iaitu mula menguruskan hutang yang anda ada. Ia dimulakan dengan menyenaraikan hutang yang anda miliki, jumlah baki yang ada, kadar faedah dan jumlah bulanan untuk hutang tersebut diselesaikan. Anda juga mula mengambil kira hutang yang manakah memberi kadar rebat sekiranya anda melakukan penyelesaian awal. Untuk mengelak anda dikawal oleh hutang, setentunya anda harus mengawal hutang. Alangkah indahnya apabila anda mengawal hutang. Umpama seorang jeneral (anda) yang mengarahkan bala tentera (pengurusan) melakukan pelbagai strategi supaya pihak musuh (hutang) tidak dapat mara untuk menyerang. Apabila kelemahan musuh sudah diketahui, ketika itulah bala tentera akan menyerang habis-habisan. Ia boleh dikatakan strategi yang sistematik dan bukannya strategi membuta tuli mahupun 'hentam keromo'. Aliran Kewangan Bulanan 1 dan 2 (lampiran) boleh digunakan sebagai satu platform untuk menguruskan hutang yang membelenggu kewangan anda selama ini. Kemudian, anda mula menguruskan aliran tunai supaya anda dapat mengesan dan menambahbaikkan aliran tunai supaya lebih positif. Dengan pengurusan tunai, gaji yang masuk setiap bulan dapat anda semak dan pantau untuk mengelakkan ruang-ruang pembaziran kewangan. Ia memudahkan anda merekodkan apa yang tetap, boleh dikurangkan atau dihapuskan (pembaziran) dari aliran tunai anda. Dengan pengawalan tunai yang mantap, ia menjadikan anda lebih positif untuk penyelesaian hutang-hutang terdahulu. Saya melakukan dengan membuat penolakkan terhadap simpanan (sekurang-kurangnya 10%), perbelanjaan harian, bil-bil semasa dan diikuti hutang-hutang yang tetap. Perbelanjaan dikira untuk sebulan dan dibahagikan kepada setiap hari. Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan harian anda adalah RM300 untuk sebulan. Pada bulan April, ia hanya mempunyai 30 hari.

Page 53: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

52 | M u k a s u r a t

Jadi apabila RM300 dibahagikan kepada 30 hari bersamaan dengan RM10 untuk satu hari. Jadi, sehari anda haruslah membelanjakan wang kurang atau cukup-cukup RM10. Sekiranya terdapat lebihan baki pada hari tersebut, maka anda boleh letakkan di dalam tabung simpanan. Aliran Kewangan Harian (lampiran) boleh digunakan untuk memantau aliran tunai yang masuk dan keluar secara harian ataupun setiap hari. Dengan wujudnya telefon pintar atau smartphone, maka ia didatangkan juga dengan pelbagai aplikasi. Terdapat aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam telefon anda yang berkaitan pengurusan aliran tunai. Antaranya adalah Daily Expenses Manager, Expenses Manager dan Mobills Financial Manager. Sebenarnya terdapat pelbagai aplikasi lagi mengenai pengurusan aliran kewangan anda, pilih dan gunakan adalah jalan yang terbaik. Daripada ketiga aplikasi yang saya nyatakan, saya hanya menggunakan aplikasi Daily Expenses Manager kerana amat mudah dan antaramuka yang lebih mesra pengguna. Di dalam aplikasi tersebut, anda boleh mengawal duit masuk dan duit keluar, pecahan setiap kategori yang ingin dimasukkan, sejarah aliran kewangan secara bulanan dan peringatan tentang pembayaran. Sekiranya anda tidak memiliki telefon pintar, ada jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Biar saya memberi anda tips yang mudah iaitu gunakan buku 555 ataupun buku bersaiz poket. Anda boleh lakukan sendiri dengan memotong helaian kertas yang mempunyai banyak garisan pada saiz poket dan kepilkan untuk dijadikan sebagai sebuah buku. Mudah, menjimatkan dan praktikal. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Apabila anda sudah menguruskan hutang dan tunai, anda akan mempunyai kuasa untuk menentukan jumlah simpanan yang anda mahukan. Ia merupakan teknik bertahan iaitu menyimpan untuk melawan kadar inflasi yang selalunya akan naik setiap tahun. Sekiranya anda masih menyimpan wang di bawah bantal, almari dan tabung secara tahunan, maka anda harus mengubah teknik yang anda gunakan kerana teknik itu salah sama sekali. Dengan meletakkan ditempat yang tidak bercambah, nilai wang tersebut akan hilang apabila kadar inflasi datang menyerang. Mungkin anda tertanya-tanya apakah inflasi dan mengapakah ia boleh menganggu simpanan anda yang berada di bawah bantal. Dalam istilah ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikkan tanda harga barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi negara dari tahun ke tahun. Ia menyebabkan matawang hanya dapat membeli barangan atau membayar perkhidmatan dalam jumlah yang lebih mahal dari sebelumnya. Sebagai contoh, pada tahun 60-an, sebungkus nasi lemak boleh dikatakan sebanyak 1 sen. Kini, sebungkus nasi lemak sudah mencecah sehingga RM2. Kemungkinan pada 2060, sebungkus nasi lemak boleh mencecah sehingga RM10 sebungkus. Secara negatifnya, kesan inflasi dapat dilihat pada pengurangan pada nilai sebenar matawang dan pengurangan nilai pelaburan atau simpanan. Apabila terjadinya hiperinflasi (kadar inflasi yang terlalu tinggi), akan terjadinya ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran dari sudut barangan dan perkhidmatan. Ia menyebabkan satu masalah yang amat berbahaya kerana memberi kesan terhadap ekonomi negara, masyarakat dan individu. Sebagai contoh untuk menunjukkan kesan yang melampau apabila terjadinya hiperinflasi, kadar matawang Zimbabwe yang berjumlah 1 trilion hanya mampu membeli 3 biji telur ayam. Nah, mungkin anda tidak percaya dengan kenyataan ini. Jawapannya cukup mudah, anda hanya perlu membandingkan kadar tukaran matawang Malaysia dengan matawang Zimbabwe. Dengan RM2 (matawang Malaysia) bersamaan dengan ZWR 6,101,295,206,211,071.00 (matawang Zimbabwe versi ketiga). Matawang versi ketiga sudah tidak sah diperlakukan di seluruh dunia. Kini negara Zimbabwe mengeluarkan matawang versi yang keempat iaitu ZWD. Nilai matawang ini naik secara mendadak dan kini boleh digunakan di seluruh dunia. ZWD 1 bersamaan RM0.00906. Sudah tidak panjang nombornya seperti matawang Zimbabwe versi ketiga bukan?

Page 54: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

53 | M u k a s u r a t

Ini menunjukkan betapa pentingnya anda menyimpan wang anda dalam konteks pelaburan yang dapat melebihi kadar inflasi di Malaysia. Aliran Penyata Nilai Kewangan (lampiran) boleh digunakan sebagai tanda aras untuk menilai simpanan anda melebihi dari kadar inflasi negara. Setiap daripada kita, ingin menjadi kaya dan lebihan wang dengan lebih cepat. Lagi cepat, lagi bagus. Sekiranya ramai yang tidak memiliki sikap sebegini, skim cepat kaya akan lupus dari muka bumi ini. Malangnya, itu adalah mustahil untuk berlaku. Prinsip dunia pelaburan adalah anda perlu menyimpan lebih untuk melabur lebih. Prinsip ini merangkumi dengan beberapa petua asas iaitu:

Berapa cepatkah anda perolehi wang tersebut? (lagi cepat lagi bagus) Berapa banyak anda boleh simpan? (10% adalah had minima) Berapa pulangan keuntungan anda dari pinjaman yang diambil? (lagi tinggi nilai

keuntungan adalah lebih bagus) Berapa baguskah pelaburan anda? (pulangan dari pelaburan)

Adakah anda tahu setiap orang mempunyai masalah kewangan sekiranya mereka tidak tahu menguruskannya walaupun mereka merupakan golongan yang mempunyai wang terlampau sedikit mahupun wang yang terlampau banyak. Cuma perbezaanya ialah golongan wang terlampau sedikit perlu menguruskan kewangan dan membinanya. Hal ini berbeza dengan golongan wang terlampau banyak yang hanya perlu menguruskan kewangannya. Golongan manakah yang lebih baik pada pandangan anda? Beberapa kelebihan apabila anda menguruskan kewangan ialah:

Dapat menyelidiki sekiranya anda ada membuat perbelanjaan lebih dari amaun yang sepatutnya.

Mengetahui perbelanjaan anda adalah keperluan atau kehendak. Dapat membuat perancangan untuk masa hadapan. Dapat menilai kebocoran perbelanjaan anda. Dapat membuat pecahan untuk setiap bahagian kewangan yang anda rasa perlu

(simpanan, dana kecemasan, perbelanjaan dan lain-lain lagi). Menguruskan Dana Kecemasan Di dalam konsep pertahanan, menguruskan dana kecemasan adalah sesuatu yang amat penting malahan boleh dikatakan paling utama. Ia boleh dianggap sebagai tembok untuk menghalang serangan musuh. Boleh dikatakan apabila anda membaca buku kewangan, dana kecemasan akan selalu dititikberatkan. Terdapat pelbagai versi untuk jumlah simpanan dana kecemasan, ada yang menyatakan 3 bulan, ada yang menyatakan 6 bulan malahan tidak keterlaluan sekiranya ada yang menyatakan selama 1 tahun atau 12 bulan. Saya hanya boleh menyimpulkan bahawa dana simpanan ini hanyalah terpulang kepada anda untuk mempunyai dana simpanan kecemasan. Ia terpulang kepada anda untuk berada dalam situasi selamat apabila kejadian seperti diberhentikan dari kerja, pembelian sesuatu secara kecemasan, mengekalkan pelaburan-pelaburan yang sudah dimiliki dan memberi anda berada dalam posisi 'bersedia' apabila masalah kewangan melanda. Jadi semakin banyak anda membuat dana kecemasan, maka makin tebal tembok pertahanan anda. Saya boleh menyarankan bahawa dana kecemasan paling minima adalah 6 bulan. Ada yang beranggapan bahawa dana kecemasan dikira dari gaji yang diperolehi. Sekiranya gaji bulanan adalah RM3,000 maka untuk membuat dana kecemasan selama 6 bulan adalah RM18,000. Ini adalah amat tidak bertepatan kerana dana kecemasan di ukur dari jumlah perbelanjaan anda setiap bulan. Sebagai contoh, gaji anda adalah RM3,000 tetapi jumlah perbelanjaan anda adalah RM1,500 sebulan. Maka anda harus membuat dana simpanan kecemasan sebanyak RM9,000 (RM1,500 x 6 bulan).

Page 55: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

54 | M u k a s u r a t

Selepas mengetahui apakah itu dana kecemasan dan berapakah jumlah yang harus di simpan, anda mungkin tertanya-tanya dimanakah ia harus di simpan. Sebaiknya, ia haruslah di simpan di dalam akaun yang mempunyai kecairan tinggi iaitu boleh dikeluarkan dalam jangkamasa yang singkat. Untuk masyarakat bumiputera, anda bertuah kerana boleh menyimpan dalam pelbagai pelaburan yang bersifat risiko rendah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), syer di Lembaga Tabung Haji mahupun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Ini kerana pelaburan-pelaburan ini mempunyai tahap kecairan yang tinggi di samping memberi pulangan dividen yang amat baik jika dibandingkan simpanan di akaun biasa. Mungkin anda biasa mendengar kisah Nabi Yusuf yang mentafsir mimpi seorang Raja pada zaman dahulu yang diceritakan di dalam al-Quran.

Yusuf berkata: "Supaya kamu bercucuk tanam selama 7 tahun sebagaimana biasa, maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan."

"Kemudian setelah itu akan datang 7 tahun yang sangat sulit, yang

menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya, kecuali sedikit daripada apa yang kamu simpan."

"Kemudian setelah itu akan datang tahun di mana manusia diberi

hujan dan pada masa itu mereka memerah anggur." Surah Yusuf, ayat 47-49.

Kisah mimpi ini boleh dikaitkan dengan persediaan anda dalam sudut kewangan di mana perlunya membuat simpanan sebelum datangnya waktu kesulitan yang memaksa anda menggunakannya. Sekiranya anda tiada dana simpanan kecemasan, bagaimana anda ingin menyelesaikan keadaan yang memerlukan anda membayar sejumlah wang dengan kadar yang segera. Sekarang anda nampak betapa pentingnya dana kecemasan dalam kehidupan kewangan anda. Sebelum membuat sebarang pelaburan, seharusnya anda membina dana kecemasan terlebih dahulu. Ia boleh dilakukan dengan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji yang diterima untuk dana kecemasan. Lagi banyak peratusan untuk membuat dana kecemasan maka makin cepat anda dapat melakukan sebarang pelaburan. Sekiranya anda hanya memfokuskan kepada teknik menyerang iaitu hanya membuat pelaburan tanpa membina dana kecemasan, ia memungkinkan anda akan mengeluarkan pelaburan anda ketika keadaan ekonomi peribadi dalam situasi tidak menentu. Jadi, setentunya anda tidak ingin itu berlaku kepada diri anda. Ia boleh diumpamakan seperti memasang tali pinggang sebelum memandu kenderaan untuk menuju ke destinasi yang diingini. Menjadikan Aktiviti Menyimpan Sebagai Tabiat Seperti yang anda tahu, membuat tabungan sebagai simpanan amat membosankan. Ini kerana anda harus memperuntukkan sebahagian peratusan dari keseluruhan gaji (paling minima 10%) yang diterima ke tabung simpanan. Aktiviti menabung ini pula menjadi rutin anda setiap bulan. Apabila dana kecemasan anda sudah bina, maka anda ingin mengetahui apakah langkah seterusnya. Nasihat saya mudah sahaja, simpan dan menyimpan lagi. Jadikan aktiviti menyimpan sebagai satu tabiat atau rutin bulanan anda. Kali ini fokuskan simpanan itu sebagai satu matlamat untuk mencapai sesuatu. Satu tips yang boleh diberikan ialah membayar sebahagian amaun untuk diri sendiri dahulu (pay yourself first) sebelum melakukan pembayaran-pembayaran yang lain.

Page 56: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

55 | M u k a s u r a t

Sekiranya anda mempunyai beberapa hutang yang tinggi kadar faedahnya maka adalah lebih sesuai anda menghapuskan hutang tersebut dahulu. Namun harus diingat, untuk menjadi kaya dengan cepat bergantung kepada berapa cepat anda membina pendapatan pasif anda. Oleh itu, berapa cepat anda menanam simpanan anda maka makin cepatlah anda boleh melabur. Ini kerana konsep mempunyai hutang yang tinggi dan membuat simpanan yang tinggi adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Akan ada satu bahagian yang harus dihapuskan untuk membina satu bahagian. Boleh dikatakan saya ada satu tips untuk anda menyimpan dan menjadikan ia sebagai sesuatu yang rutin. Saya mengaplikasikan satu amaun yang akan saya belanjakan untuk setiap bulan. Untuk memudahkan anda, saya memberi satu amaun iaitu belanja bulanan adalah RM300 manakala pada bulan tersebut mempunyai 30 hari. Jadi, setiap hari anda boleh membelanjakan RM10 sahaja. Anda mempunyai 3 pilihan iaitu belanja lebih dari itu (anda dikira berhutang), habiskan jumlah itu setiap hari (anda tiada simpanan) dan gunakan kurang dari jumlah yang diberi (anda akan dapat menyimpan). Setiap lebihan wang pada hari itu, anda masukkan ke dalam beberapa tabung khas. Itulah rutin anda setiap hari, cuba berjimat dari jumlah bajet yang ditetapkan. Ini menjadi sebagai kayu ukur untuk melihat kekuatan anda dalam mengubah tabiat anda. Daripada berusaha kepada menjadi tabiat, selepas itu anda akan mencapai matlamat anda. Sekiranya saya boleh melakukannya, kenapa tidak anda? Ia boleh dikatakan hidup dalam kadar hidup yang sebenar dan mengamalkan berjimat cermat. Ini untuk mengawal nafsu 'kehendak' yang wujud di dalam diri anda. Sebelum mendapat gaji yang baru dihujung bulan, sila buka tabung anda dan masukkan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) atau lain-lain simpanan yang mempunyai kecairan tinggi. Anda akan dapat melihat bagaimana anda mengawal aliran wang setiap bulan dan dipenghujung tahun, anda akan melihat konsep sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Anda bertambah seronok apabila melihat wang yang di simpan 10% sebulan dan ditambah dengan simpanan 'tabung' yang anda lakukan. Ini akan mempercepatkan proses menyimpan dan memberi impak yang positif kepada kewangan anda. Ia bertepatan dengan istilah setiap ringgit yang di simpan bersamaan dengan setiap ringgit yang diperolehi. Ini bertepatan dengan lebih mudah anda mengawal tabiat menyimpan daripada anda mencari bagaimana ingin memperolehi lebihan wang. Mencari Sumber Inspirasi Mungkin anda mempunyai sumber inspirasi dalam kewangan anda. Bagi saya, sumber inspirasi merupakan satu kekuatan untuk saya berusaha lebih maju dan membina kekuatan untuk lebih berjaya. Secara jujurnya, sumber inspirasi yang utama saya ialah membaca buku dari kisah-kisah biografi orang yang telah berjaya. Ini kerana kebanyakkan dari orang-orang yang berjaya datangnya dari golongan perantau, orang yang susah malahan ada yang melarat. Ini menjadi kayu ukur di dalam diri saya sendiri untuk terus maju. Sekiranya mereka boleh berjaya, kenapa saya tidak boleh? Mereka yang berjaya ini lebih susah daripada saya pada satu ketika dahulu, tetapi kini mereka sudah menjadi orang yang ternama dan kaya. Apa rahsia mereka? Dari pembacaan bukulah menjadi penguat semangat saya untuk kekal kuat dan ingin berjaya. Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar, Boon Siew (Honda), Tony Fernandes, Robert Kuok adalah sebahagian daripada tokoh-tokoh tempatan yang memberi sumber inspirasi kepada saya. Kalau ingin ditambah dengan senarai tokoh-tokoh dari luar negara, rasanya anda akan kepenatan membaca nama-nama mereka.

Page 57: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

56 | M u k a s u r a t

Adakah anda tahu bahawa beberapa celebriti Hollywood merupakan seorang geladangan (tidak mempunyai tempat tinggal) sebelum mereka terkenal. Di antaranya ialah Daniel Craig (pelakon James Bond), Steve Jobs (pengasas Apple), Jim Carrey, Halle Berry, Tyler Perry, Dr. Phill, Kelly Clarkson, Steve Harvey, Lil Kim dan Jennifer Lopez. Selain daripada buku biografi tokoh-tokoh terkenal, saya juga mengambil filem-filem sebagai sumber inspirasi saya. Selalunya, filem ini berdasarkan daripada cerita sebenar. Mungkin diadun pada beberapa bahagian untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik. Beberapa filem yang menarik untuk dilihat adalah: The Billionaire (Top Secret) merupakan satu filem dari Thailand. Beliau bercita-cita

untuk menjadi bilionair supaya dapat menyelesaikan hutang keluarga yang berhijrah ke Amerika Syarikat kerana kekangan hutang. Beliau merupakan anak muda (26 tahun pada 2011) yang dapat memasarkan "Tao Kae Not" iaitu rumpai laut goreng di stokis-stokis 7-eleven. Beliau mempunyai satu falsafah yang bagus iaitu:

"Jangan hilangkan keberanian anda, tanpa mengira apa yang terjadi. Ini kerana apabila anda sudah berputus asa, permainan ini akan tamat." Top.

The Aviator merupakan cerita wayang dari Hollywood. Ia mengisahkan seorang pemuda (Howard Hughes) yang mempunyai keberanian luarbiasa untuk menongkah arus dan mengambil risiko yang tinggi untuk melakukan sesuatu. Beliau apabila melakukan sesuatu tanpa banyak soal seperti menjadi penerbitan filem, bidang penerbangan dan seorang usahawan. Dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio.

The Pursuit of Happiness merupakan cerita wayang Hollywood yang menyentuh hati dan mengisahkan seorang pemuda (Chris Gardner) betapa teruknya kesilapan yang dibuat dalam kehidupan hingga melibatkan penceraian keluarga. Namun beliau bangun kembali dan menjadi seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai firma broker yang bernilai multijutaan dolar. Dilakonkan oleh Will Smith.

Cast Away merupakan cerita wayang dari Hollywood yang mengisahkan seorang pemuda (Chuck Nolan) yang bekerja dengan FedEx. Dalam penerbangan untuk menghantar barangan menggunakan kapal terbang, ia telah ditimpa dengan ribut yang buruk dan terhempas di sebuah pulau seorang diri. Selama 4 tahun, beliau berdikari untuk hidup dan berusaha untuk keluar dari pulau tersebut. Dilakonkan oleh Tom Hanks.

Mencari Mentor Seperti yang pernah saya kisahkan kepada anda, saya bermula dengan menimba ilmu kewangan dari buku iaitu Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert T.Kiyosaki dan Jutawan Dari Planet Jupiter dari Azizi Ali. Bermula dari detik itu, saya mula membeli senaskah demi senaskah untuk menimba ilmu dan boleh saya katakan bahawa pada ketika itu saya dahagakan ilmu kewangan. Dari senaskah buku ke senaskah buku, bersilih ganti untuk mencari sebanyak mana pengurusan kewangan dan apa sahaja yang menarik untuk di baca. Dari pembacaan, saya mula menstrukturkan kewangan saya dan mula bermain-main dengan peralatan kewangan. Lama-kelamaan, saya merasakan buku sahaja tidak memadai untuk menjadikan kewangan saya semakin positif. Maka forum dan blog menjadi pilihan saya untuk mendapat ilmu dengan lebih banyak dan menjadikan graf pembelajaran sentiasa naik. Apabila sampai pada satu tahap, saya mula ketandusan ilmu kewangan dan semestinya saya ingin menambah ilmu itu lagi. Pada satu ketika, ia boleh dikatakan bahawa ilmu tentang kewangan mulai tepu, tambahan pula saya merasakan lebih baik saya mencari mentor atau seseorang yang boleh menjadi sumber rujukan apabila terlibat dalam masalah kewangan. Untuk memudahkan anda, akan saya ceritakan bagaimana saya memilih mentor peribadi saya.

Page 58: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

57 | M u k a s u r a t

1. Melihat Dari Buku Yang Di Tulis

Saya memilih mentor berdasarkan buku yang di tulis. Semakin banyak buku yang di tulis, adalah lebih baik pada pengamatan saya. Ini berdasarkan kredibiliti seorang penulis buku dan pengajar tentang kewangan. Dari penulisan mereka, anda boleh menganggap mereka adalah lebih baik daripada anda. Dari penulisan buku juga, anda akan mengetahui adakah ilmu yang ingin disampaikan oleh penulis menepati cara mentor anda berada ditahap permulaan, pertengahan atau terbaik.

2. Kejayaan Yang Pernah Di Capai Ini merupakan salah satu kriteria untuk melihat seorang mentor dari sudut kejayaan mereka yang bijak menguruskan kewangan. Sebagai contoh, sekiranya mentor yang anda cari adalah seorang pelabur saham. Maka setentunya anda akan bertanya apakah kejayaan yang dikumpul dalam pelaburan saham. Ini supaya anda mengetahui bahawa mentor anda tidak bercakap kosong sahaja tetapi mempunyai sesuatu yang memberi nilai kepada anda. Saya sudah melalui beberapa fasa dengan memilih beberapa orang mentor yang sudah mencapai tahap jutawan.

3. Ilmu Yang Ditawarkan Setentunya saya selalu meminta tips daripada mentor saya untuk memberi pandangan dari semasa ke semasa. Ia juga bertujuan untuk mengemaskini info-info yang terbaru mengenai kewangan dan isu semasa dunia yang memberi nilai negatif kepada saya. Ini untuk mengelakkan nilai positif yang wujud dalam kewangan peribadi saya, menjadi negatif apabila terdapat isu-isu kewangan dunia berlaku secara sedar atau tidak. Sebagai contoh, saya akan bertanya apakah cara yang saya lakukan sebelum ini betul atau tidak. Ini memberi mentor-mentor saya membandingkan kaedah yang terbaik untuk dilakukan. Ia juga untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan yang berlaku secara sedar atau tidak. Ini kerana saya tidak mahu membuang wang di atas sesuatu pengalaman yang boleh diajar oleh seseorang yang mengalaminya terlebih dahulu. Di samping itu juga, ia boleh menjadi sebagai batu loncatan dan jalan pintas untuk mempercepatkan kejayaan saya dalam kewangan. Dengan mengurangkan kesilapan kewangan, saya akan tahu apa yang perlu dilakukan, apa yang perlu dielak, apa yang perlu disusun dan pelbagai lagi yang memberi nilai kewangan yang positif ke atas saya.

4. Lihat Latarbelakang Kewangan dan Aset Boleh dikatakan sebelum saya mengambil mentor yang berbayar, saya lebih menjurus kepada mencari guru kewangan yang percuma dari alam internet. Saya berpendapat bahawa mentor yang berbayar ini hanya membuang duit sahaja. Itu adalah pendapat saya dahulu dan ternyata pendapat saya dahulu adalah salah sama sekali. Ini kerana saya menjadi tepu ilmu kewangan apabila infomasi yang diterima dari guru-guru internet adalah sama sahaja, ia mempunyai satu tahap di mana saya merasakan ilmu itu berlegar pada tahap itu sahaja. Ada juga yang menyedihkan apabila seseorang yang mengaku ingin menolong saya berada dalam golongan yang ingin mengambil komisyen yang banyak dari saya. Dengan kata lain, saya hanya akan mengkayakan mereka dan bukannya mengkayakan poket saya nanti. Saya tidak memandang mentor saya berdasarkan kelulusan akedemik tetapi jumlah wang dan aset yang dimiliki oleh mereka. Sijil akedemik merupakan satu bonus pada pendapat saya. Begitu juga guru-guru kewangan yang ingin menawarkan nasihat kewangan kepada saya, setentunya saya akan melihat latarbelakang kewangan mereka.

Page 59: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

58 | M u k a s u r a t

Malah yang lebih teruk apabila ada penasihat kewangan dari wakil jualan dan mereka pun tidak membeli apa yang ditawarkan kepada anda. Sekiranya mereka sendiri tidak membeli untuk pelaburan, kenapa mereka menawarkan kepada anda? Sudah tentu kerana pelaburan yang ditawarkan akan mengkayakan poket mereka dengan komisyen. Namun begitu, selalunya nasihat kewangan yang baik adalah berbayar dan kewangan yang terbaik memerlukan anda membayar dengan harga yang mahal. Pada pendapat saya, sekiranya anda membayar RM3,000 untuk mendapatkan pulangan simpanan atau pengurangan hutang berjumlah RM30,000 adalah sesuatu yang baik. Tapi setentunya lebih baik sekiranya anda membayar dengan harga RM3,000 untuk mendapatkan simpanan atau pengurangan hutang yang berjumlah RM1 juta. Saya membuat pengiraan yang mudah iaitu sekiranya saya membayar seorang mentor RM3,000, saya memerlukan mentor tersebut memberi pulangan sekurang-kurangnya RM30,000 (1000% dari jumlah yang dibayar atau 10% dari jumlah yang diperolehi). Sekiranya mendapat pulangan yang lebih tinggi dengan bayaran yang sedikit, itu merupakan bonus kepada saya. Pulangan itu tidak semestinya dari penambahan wang tapi pengurangan hutang juga adalah sesuatu yang positif.

5. Mengajar Bukannya Menyuruh Saya lebih gemar belajar dari hanya menerima suruhan apabila melibatkan kewangan. Sekiranya anda hanya menerima sahaja apa yang diberitahu oleh mentor anda, itu adalah sesuatu yang tidak baik kerana ia bukan mengajar anda. Itu hanya membuatkan anda hanya seorang yang tidak belajar apa-apa dan pengakhirannya anda tidak tahu kenapa anda harus berbuat seperti yang disuruh. Memang kita ketahui, ada mentor yang berbesar hati untuk mengajar anda secara terperinci dan ada juga mentor yang hanya memberi sebahagian sahaja tetapi selebihnya anda harus kaji dari apa yang diberi. Oleh itu, terpulang kepada anda untuk memilih mentor anda. Saya memilih kedua-duanya, ini kerana setiap mentor mempunyai kelebihan yang tersendiri dengan pengalaman yang mereka ada. Saya teringat akan satu falsafah China yang menyatakan bahawa:

"Sekiranya anda memberi seekor ikan pada seseorang maka anda harus memberinya makanan setiap hari. Sekiranya anda memberi

pancing dan mengajarnya maka anda menolong seseorang itu seumur hidupnya"

Lao Tze.

Dengan mengajar beberapa pegangan dalam kewangan secara asas, ini memberi satu batu asas di dalam kewangan saya. Ia seumpama mengajar anda membawa kenderaan dan selebihnya terpulang kepada anda untuk memandu laju atau secara berkhemah. Seorang mentor yang bagus akan senantiasa memastikan anda berada dilandasan yang betul. Namun begitu, setiap mentor mengalami pengalaman yang berbeza antara satu sama lain dan mempunyai resepi yang tersendiri untuk berada ditahap sekarang. Mungkin ada daripada sesetengah mentor yang memaksa anda keluar daripada zon selesa yang anda berada selama ini.

Membuat Cetakan Biru atau Blueprint Pengurusan Kewangan Saya membuat penambahbaikkan cetakan biru saya berasaskan kaedah '6 tabungan'. Ia diasaskan oleh mentor antarabangsa saya iaitu T. Harv Eker. Secara asasnya, ia dipecahkan kepada:

Page 60: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

59 | M u k a s u r a t

Tabung Bebas Kewangan (FFA - Financial Freedom Account) Tabung Keperluan (NEC - Necessity) Tabung Simpanan Jangka Panjang untuk Simpanan dan Perbelanjaan (LTSS - Long

Term Saving and Spending) Tabung Pembelajaran (EDU - Education) Tabung Sedekah (GIVE - Charity) Tabung Berbelanja (PLAY)

Sekiranya ingin dipecahkan kepada peratusan, ia adalah fleksibel. Tetapi beliau menyarankan ia dibuat pecahan seperti berikut:

Tabung Bebas Kewangan - 10 peratus Tabung Keperluan - 55 atau 50 peratus Tabung Simpanan Jangka Panjang untuk Simpanan dan Perbelanjaan - 10 peratus (5

peratus simpanan dan 5 peratus perbelanjaan) Tabung Pembelajaran - 10 peratus Tabung Sedekah - 5 atau 10 peratus Tabung Berbelanja - 10 peratus

Saya juga mempunyai mentor tempatan iaitu Azizi Ali yang menyarankan saya membuat pecahan seperti berikut:

Simpanan - 10 peratus (sama atau lebih daripada 10 peratus) Insurans - 5 peratus (sama atau kurang daripada 5 peratus) Pinjaman - 40 peratus (sama atau kurang dari 40 peratus)

Saya mengambil pendekatan yang lebih mudah iaitu mengabungkan kedua-dua teknik ini sebagai merekabentuk cetakan biru saya sendiri tanpa mengabaikan konsep asal iaitu: Tabung Bebas Kewangan - 10 peratus merupakan simpanan, lagi tinggi peratusan

adalah lebih baik. Tabung Keperluan - 55 atau 50 peratus tetapi jumlah pinjaman bank berada diparas

40 peratus atau kurang. Tabung Simpanan Jangka Panjang untuk Simpanan dan Perbelanjaan - 10 peratus (5

peratus simpanan dan 5 peratus perbelanjaan) dan insuran berada pada bahagian perbelanjaan.

Tabung Pembelajaran - 10 peratus Tabung Sedekah - 5 atau 10 peratus Tabung Berbelanja - 10 peratus

Kunci kepada cetakan biru ini ialah menjadikan simpanan bulanan sebagai tabiat dan berapa cepatkah anda ingin hidup dengan pendapatan pasif. Saya mengambil pendekatan yang agak ekstrem apabila menurunkan peratusan di tabung keperluan ke paras 30 peratus dan menaikkan peratusan di tabung bebas kewangan ke paras 30 peratus. Ini bertepatan dengan kata-kata daripada mentor antarabangsa saya iaitu:

"Lagi banyak jumlah wang yang dimasukkan ke dalam tabung

bebas kewangan, lagi cepat anda menjadi bebas kewangan" T. Harv Eker.

Oleh kerana kesedaran saya betapa pentingnya cetakan biru ini, saya mula mengajar bagaimana konsep tabung ini berfungsi kepada orang ramai sebagai tapak di dalam pengurusan kewangan. Dengan kewujudan One Little Deeds yang dikawal selia oleh NurussalamAziz Solutions, diharap memudahkan sedikit benih ilmu (deeds) yang berkembang dan dapat menjadi pokok yang dapat membuahkan hasil yang baik untuk dituai. Ia merupakan pelengkap untuk anda membuat sistem pertahanan di samping membuat tapak untuk menyerang dengan pecahan peratusan yang lebih bersistematik. Malahan yang lebih

Page 61: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

60 | M u k a s u r a t

baik, cetakan biru ini datangnya daripada mentor yang bergelar jutawan dan saya sendiri menjadi bahan ujikajinya. Adakah berjaya? Ya, memang berjaya untuk diri saya. Sekiranya anda merasakan cetakan biru ini belum mencukupi, mungkin saya harus memperkenalkan seorang lagi mentor tempatan saya yang menggunapakai sistem perbankan secara ekstrem. Kalau cetakan biru berasaskan tabung ini anda tidak boleh bertahan dan berdisiplin, rasanya amat susah untuk anda pergi ke tahap yang ekstrem. Adakah anda bersedia membuat perubahan dan keluar dari zon selesa anda? Hanya anda mampu menjawabnya.

"Sekiranya anda tidak membesar (berkembang), anda akan mati" T. Harv Eker.

Resepi Daripada Para Bilionair 1. Li Ka-Shing

Adakah anda kenal seorang bilionair Hong Kong iaitu Li Ka-Shing? Beliau mempunyai satu cetakan biru yang menjadi resepi kejayaan beliau iaitu:

"Tidak kira berapa banyak wang yang anda dapat, senantiasa ingat

untuk bahagikan kepada 5 bahagian sewajarnya. Sentiasa menjadikan diri anda berguna"

Li Ka-Shing. Antara pecahannya ialah 30 peratus untuk keperluan hidup, 20 peratus (networking) untuk belanja seseorang yang lebih pandai, kaya dan menolong perjalanan karier anda, 15 peratus untuk pembelajaran yang berupa pembelian buku, menghadirkan diri ke kursus latihan dan seminar, 10 peratus untuk hadiah kepada diri sendiri seperti bercuti untuk membuka minda dan 25 peratus untuk membuat dana dan kembangkan dana tersebut. Antara nasihat beliau adalah hidup boleh diubah. Karier boleh disusun atur dan kejayaan boleh disediakan. Perubahan harus bermula dari sekarang. Apa sahaja yang terjadi dahulu harus ditinggalkan. Semua orang melakukan kesilapan. Apa yang penting, belajar daripada kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut. Peluang baru sentiasa ada di luar sana.

2. Zong Qinghou Beliau merupakan seorang bilionair dari negara tanah besar China yang hidup diparas 20 yuan sehari. Beliau hidup dengan cara hidup yang berbeza daripada multibilionair yang lain dengan pemakaian yang biasa, makan tofu dan makan sayur-sayuran bersama pekerja di kantin pekerja dan rakan kongsi.

"Apabila anda miskin, anda harus berfikir untuk menjadi lebih baik"

Zong Qinghou. Beliau mengamalkan cara hidup yang mudah dan seperti kebanyakkan pekerja beliau dalam etika pemakanan dan pemakaian. Beliau beranggapan bahawa:

"Orang lain tidak tahu sekiranya saya memakai pakaian yang berharga 1000 yuan (160 dolar amerika) atau 100 yuan (16 dolar

amerika), jadi kenapa saya harus berbelanja ke atas pakaian." Zong Qinghou.

Page 62: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

61 | M u k a s u r a t

BAHAGIAN KEEMPAT Bagaimana Saya Menyerang

“Katakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui.” Surah az-

Zumar, ayat 9.

Page 63: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

62 | M u k a s u r a t

Membina Minda Pelabur Untuk menyerang, anda seharusnya mempunyai pemikiran untuk menyerang. Apabila sistem pertahanan anda sudah kuat, anda mampu menyerang habis-habisan kerana anda sudah tahu bahawa pertahanan anda berada dalam sistem yang kuat malahan mencapai tahap kebal dari serangan hutang yang tidak baik. Saintis-saintis barat sebenarnya berlumba-lumba untuk mengkaji otak manusia untuk mengetahui bagaimana kecerdikan pada diri boleh berlaku. Ini menyebabkan pelbagai teori atau kajian yang terhasil. Saya cuba membuat penerangan secara ringkas mengenai kajian atau teori yang telah dilakukan iaitu: 1. Kajian Split Brain (Robert Sperry) Roger Sperry (1965) berjaya membuat pembedahan Split-brain Beliau berjaya mengasingkan 2 bahagian otak iaitu Hemisfera Otak Kiri (HOKI) dan

Hemisfera Otak Kanan (HOKA). Fungsi HOKI merujuk kepada menulis, nombor, berhujah, pertuturan, kemahiran

saintifik dan kawan tangan kanan (kritis). Fungsi HOKA merujuk kepada melihat dengan akal, bentuk 3D (visualise),

kemahiran melukis, imaginasi, kemahiran muzik dan kawalan tangan kiri (kreatif).

2. Kajian Pelbagai Kecerdikan (Dr Gardner) Dr Gardner menyatakan bahawa otak manusia dikawal oleh tiga bahagian iaitu: Otak kiri yang mengawal kepintaran linguistik, logik matematik dan

interpersonal. Otak kanan yang mengawal muzikal, spatial, kreativiti dan imaginasi. Otak separa sedar (old brain) yang mengawal kepintaran intrapersonal iaitu

bertindakbalas, melawan, melarikan diri ataupun tidak bergerak dalam membuat keputusan.

3. Kajian Gelombang (Robert Ernstein) Robert Ernstein (1978) menjalan kajian membandingkan pergerakan gelombang otak

kiri dan otak kanan dan ia boleh dipecahkan kepada beberapa jenis gelombang iaitu: Gelombang Beta (peringkat minda sedar yang merupakan gelombang otak yang

sangat aktif untuk menyelesaikan masalah, berfikir, mengemukakan pendapat dan menganalisis. Ia dikira dengan julat 17-39 hertz. Membuat keputusan terburu-buru dan kurang tepat.)

Gelombang Alfa (peringkat beristirehat dan merupakan gelombang otak yang tenang. Ia dikira dengan julat 8-17 hertz. Keputusan paling tepat dalam menyelesaikan banyak masalah.

Gelombang Theta (peringkat paling beristirehat dan merupakan gelombang otak yang paling khusyuk dan meditasi. Ia dikira dengan julat 4-7 hertz. Apabila berada di dalam keadaan tidur-tidur ayam atau separa sedar.)

Gelombang Delta (peringkat lelap. Ia dikira dengan julat 1-3 hertz. Apabila berada dalam keadaan tidur atau tidak sedar.)

4. Kajian konsep otak disusun (Paul MacLean) Paul MacLean (1950) yang menyatakan bahawa otak mempunyai susunan dan fungsi

yang berbeza-beza. Ia disusun dengan cara: Otak Neokorteks yang berfungsi untuk mengawal dan melaksanakan aktiviti

intelek. Kebolehan melihat sebab dan akibat, proses deduksi dan rumusan. Kebolehan melihat hubungan antara maklumat dan kebolehan visual.

Sistem Limbix yang berfungsi untuk perlakuan emosi, motivasi, mood, dorongan seks, penafasan dan tekanan darah.

Page 64: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

63 | M u k a s u r a t

Reptilian Kompleks (Medula ablogata) yang berfungsi untuk mengawal perlakuan secara rutin, irama dan automatik.

Manakala, melalui tokoh-tokoh Islam ada pula yang menyatakan tentang ilmu pengetahuan. Di antara tokoh-tokoh tersebut ialah: 1. Kajian Ibnu Khaldun Abdul Rahman b. Muhammad (Ibnu Khaldun) (732 Hijrah atau 1332) yang

menjelaskan bahawa manusia dikurniakan akal fikiran yang membolehkan mereka berfikir untuk mengatur dan mengolah sumber alam bagi memenuhi keperluan manusia.

Ia berasaskan kepada dua sumber iaitu: Ilmu Akal - ciptaan manusia Ilmu Wahyu - jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu ilmu

akal. Merupakan pengetahuan dari Allah SWT. Beliau juga menyatakan keupayaan akal yang membezakan darjat di antara manusia

dalam berfikir dan membuat keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan. 2. Kajian Epistemologi (Imam Al-Ghazali) Abu Hamid B. Muhammad (Imam Al-Ghazali) (450 Hijrah atau 1058) telah

membahagikan sains dan ilmu pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Allah semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia.

Mungkin anda melihat begitu banyak hasil-hasil kajian mengenai otak dan pendapat tentang ilmu. Ini bertujuan untuk menyedarkan anda bahawa anda harus mengawal minda untuk membuat keputusan dan di samping itu juga dengan ilmu pengetahuan, anda akan menjadi semakin cerdik. Itulah aset yang paling penting untuk membina diri anda kerana ia akan membuat keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan. Banyak kajian yang menyatakan bahawa sekiranya anda mampu mengawal otak kiri (kritis) dan kanan (kreatif), maka ia akan membentuk otak separa sedar yang mantap dalam membuat keputusan. Orang yang berjaya, bijak untuk membina otak kiri dan kanan serta membuat keputusan dengan memberi keputusan dari otak separa sedar. Selepas itu, ia akan mengerakkan anggota badan yang lain untuk menuju ke arah kawalan pemikiran tadi. Saya bermula dengan seorang yang lebih menjurus kepada otak kanan dan sebab itulah saya menyambung pelajaran dalam bidang kreatif. Namun, disebabkan saya mengalami kekusutan kewangan pada masa lampau. Ia menyebabkan saya mula membina aset di sebelah kiri pula. Ternyata otak sebelah kiri terpaksa membina sel dengan cepat kerana saya membuat penambahan ilmu secara ekstrem dalam bidang kewangan. Ternyata teori ini benar kerana dengan keseimbangan antara otak kiri dan kanan, ia memberi logik kepada otak separa sedar untuk maju ke hadapan walaupun kekadang ia membantah. Kemudian, apabila disambungkan pula ilmu akal dan ilmu wahyu yang menyebabkan saya percaya apa yang dijanjikan oleh Allah SWT. Setiap ilmu yang saya dapat (ilmu akal) akan saya ikatkan dengan ilmu wahyu (al-Quran dan hadis). Dengan kata mudah, saya boleh katakan ilmu didunia ini, saya gunakan untuk membina istana di Syurga. Insya’allah.

“Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Surah al-Mujadalah, Ayat 11.

Membina Minda Kewangan

Page 65: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

64 | M u k a s u r a t

Di dalam buku Increase Your Financial IQ tulisan Robert T. Kiyosaki ada menyatakan bahawa untuk membina minda kewangan haruslah berasaskan kepada 5 elemen yang penting iaitu: Minda kewangan 1: Mendapatkan lebih banyak wang Minda kewangan 2: Melindungi wang Minda kewangan 3: Membajet wang Minda kewangan 4: Mempergunakan (leverage) wang Minda kewangan 5: Memperbaiki pengetahuan berkenaan kewangan

Secara asasnya beliau beranggapan bahawa ramai orang boleh membina banyak wang tetapi kurang pengetahuan untuk melindungi wang tersebut. Malahan lebih teruk apabila ramai yang tidak tahu untuk membajet wang dan tidak tahu Mempergunakan (leverage) wang. Di dalam era yang serba moden ini, memperbaiki pengetahuan berkenaan kewangan adalah kemestian kerana peraturan wang sudah berubah sama sekali. Oleh itu, untuk memulakan pelaburan yang anda ingini setentunya anda harus tahu peraturan permainan pelaburan tersebut. Tanpa mengetahui selok belok permainan pelaburan yang selalunya dipecahkan kepada tiga iaitu risiko rendah, sederhana dan tinggi, peluang untuk anda mendapatkan lebih banyak wang adalah tipis dan peluang untuk kehilangan wang adalah tinggi. Membina minda kewangan bukanlah dibina dengan sekelip mata. Ia merupakan proses yang melibatkan kerugian dan kesilapan yang membentuk seseorang untuk lebih berjaya. Orang yang berjaya belajar dari kesilapan dan memperbaiki kesilapan yang lalu, ia merupakan satu proses yang normal di dalam kehidupan. Saya boleh simpulkan seperti bayi yang mengalami proses membalikkan badan, memajukan badan, bertatih, berjalan dan berlari. Seharusnya akan ada ketika bayi tersebut akan jatuh dan mengambil pengajaran dari kesilapan yang menyebabkan dia jatuh. Selalunya bayi itu akan memperbaiki lagi dan lagi supaya dia dapat mencapai matlamat iaitu berlari. Tetapi haruslah langkah itu bermula secara berperingkat-peringkat dengan cara yang sepatutnya. Adalah mustahil sekiranya bayi yang dilahirkan terus boleh mencapai tahap berlari. Begitu juga dalam ilmu pelaburan, anda harus mengalami proses meniarap, bertatih, berjalan dan berlari. Untuk mengaitkan bagaimana anda ingin mencuba-cuba untuk bermain dengan pelaburan yang berisiko sederhana dan tinggi, anda boleh menggunakan Tabung Simpanan Jangka Panjang untuk Simpanan. Sekiranya anda jatuh daripada permainan pelaburan ini, bukanlah keseluruhan kewangan anda jatuh tapi hanya 5 peratus daripada jumlah yang sebenar. Jadi usaha untuk bangun kembali adalah tidak terlalu susah kerana melibatkan jumlah wang yang minima. Orang kaya tidak mengenal erti putus asa, setiap masalah ada jalannya. Mungkin anda biasa merungut tentang kenaikkan harga rumah yang melonjak terlalu tinggi, pasaran saham yang jatuh menjunam, pelaburan yang tidak mendatangkan hasil malahan terjerat dalam hutang yang digunakan untuk pelaburan. Jadi, itulah guna mempunyai minda kewangan yang baik kerana anda akan tahu untuk mengunakan sistem dengan keadaan yang terjadi. Ia lebih mudah membina sistem untuk diri sendiri daripada cuba untuk melawan sistem yang telah wujud untuk berubah mengikut kehendak anda. Setiap sistem yang dibina oleh manusia akan mempunyai kelemahan yang tersendiri dan dari situlah anda membentuk sistem untuk mengambil kelemahan tersebut untuk dijadikan kelebihan kepada anda. Untuk menjadi seorang yang berjaya, anda haruslah mempunyai fikiran seperti orang yang berjaya. Ini kerana anda hanya menunggu menggunakan akal untuk mencari wang sahaja. Orang yang kaya boleh hilang sekelip mata wangnya dari kocek sekiranya tidak mempunyai fikiran yang mampu melindungi wangnya.

Page 66: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

65 | M u k a s u r a t

"Janganlah berfikiran bahawa anda perlu menjadi seorang kaya sebelum boleh menjadi seorang pelabur. Anda PERLU BELAJAR untuk menjadi seorang pelabur jika anda ingin

menjadi seorang yang kaya." Warren Buffet.

Sebelum anda menjurus kepada pelaburan, ada beberapa perkara yang harus anda titikberatkan iaitu ada tiga jenis kategori pelabur iaitu melabur untuk keuntungan modal, melabur hanya untuk aliran tunai atau melabur untuk keuntungan modal dan aliran tunai. Jadi, apakah kategori anda? Mula Mencipta Rangkaian Adalah amat penting untuk membina rangkaian yang meliputi pengurus bank, jurunilai, perunding hartanah, peguam, ejen insuran, perunding percukaian dan sahabat yang mampu melebarkan kekayaan anda. Namun harus diingat, rangkaian anda merupakan orang yang senang untuk dihubungi, anda percayai dan memberi nasihat yang benar-benar menolong anda. Sebagai contoh, pilihlah peguam yang benar-benar melindungi aset anda dan bukannya yang ingin melenyapkan aset anda. Ramai orang berkata bahawa untuk melihat anda dimasa hadapan maka lihatlah siapa yang selalu berada bersama anda dan bagaimanakah keadaan sekeliling anda. Sebagai contoh, walaupun pada masa ini anda belum ada sebuah hartanah dan amat inginkan sebuah hartanah maka anda harus berkawan dengan orang yang membina portfolio hartanah. Ini akan memberi gambaran dan semangat bagaimana untuk mencapai matlamat dalam membeli sebuah hartanah yang mungkin bermula dengan flat kos rendah. Begitu juga apabila anda dikelilingi oleh kawan-kawan yang negatif, peratusan yang memungkinan anda akan mengikut jejak mereka adalah tinggi. Mungkin tidak seteruk mereka tetapi akan ada terkesan walaupun sedikit. Oleh itu, mulalah membina rangkaian yang positif untuk anda berada pada kedudukkan yang positif.

Rasullah SAW bersabda “Aidaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersolat seratus

rakaat”. Hadis Riwayat Ibnu Abdul Barr. Ini bertujuan untuk berkongsi kelebihan seseorang untuk manfaat kepada anda. Anda juga tahu bahawa kita tidak akan tahu semua perkara dan akan mengambil masa yang panjang untuk belajar, untuk memendekkannya belajarlah dari orang lain yang mempunyai kepakaran dalam bidangnya yang tersendiri. Walaupun anda tidak akan menjadi seperti rangkaian anda, sekurang-kurangnya anda akan tahu ilmu tersebut walaupun hanya peringkat luarannya sahaja. Sekiranya anda mula berminat, maka anda boleh mendalaminya untuk mengetahui lebih lanjut tentang ilmu tersebut. Hebat bukan? Berjinak-jinak Dengan Pelaburan Berisiko Rendah Untuk membuat pelaburan, anda seharusnya mempunyai ilmu tentang pelaburan. Ilmu ini bukannya anda dengar bersandarkan dari penceritaan orang lain tetapi anda sendiri faham tentang porfolio pelaburan tersebut. Tetapi untuk pelaburan yang berisiko rendah, anda tidak perlu bersusah payah untuk memahami porfolio pelaburan tersebut. Cukup sekadar memahami konsep pelaburan dan sejarah keuntungan yang diberi. Saya berpendapat bahawa pelaburan berisiko rendah adalah satu pelaburan yang tidak memerlukan anda mengambil tahu tentang syarikat tersebut dan memantaunya setiap minggu atau bulan. Cukup untuk beberapa tempoh, terdapat pulangan yang diterima. Seperti yang kita

Page 67: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

66 | M u k a s u r a t

ketahui bahawa setiap pelaburan yang berisiko rendah akan memberi pulangan yang rendah. Kita masih bersyukur kerana di Malaysia masih mempunyai beberapa pelaburan yang memberi pulangan yang baik dengan risiko yang rendah. Antara pelaburan berisiko rendah yang wujud di Malaysia adalah: 1. Koperasi dan Bank Koperasi

Di Malaysia mempunyai jumlah koperasi yang cukup banyak, ini menunjukkan bahawa anda mempunyai banyak peluang untuk melabur. Anda haruslah menjadi ahli kepada koperasi tersebut dan ada sesetengah koperasi yang anda tidak dapat menganggotainya walaupun anda mempunyai wang seperti Koperasi Tentera (anda haruslah tentera atau bekas tentera), Koperasi Felda (anda haruslah peneroka dan anak peneroka), Koperasi Guru (anda haruslah guru atau bekas guru) dan bermacam-macam lagi yang menjadikan mustahil untuk anda menganggotainya. Tetapi anda janganlah bersedih hati kerana ada juga koperasi yang bersifat bank koperasi iaitu Bank Rakyat, Bank Persatuan dan Bank Angkasa (dalam proses pengaktifan) yang membenarkan anda membeli syer-syer yang ditawarkan dengan syarat-syarat yang sedikit longgar.

Nama koperasi Kedudukan tahun sebelumnya 2013 2012 2011 2010 2009 2008

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad 1 1 1 2 2 2 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)

2 2 2 1 1 1

Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad 3 4 4 - - 3 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad 4 5 5 3 3 4 Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad 5 17 8 10 9 5 Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad 6 3 3 4 4 8 Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) 7 6 7 7 6 6 Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

8 13 10 6 8 9

Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad 9 8 9 9 11 13 Koperasi Serbausaha Makmur Berhad 10 7 12 5 5 7

Indeks 10 koperasi terbaik Malaysia

Secara asasnya, sesebuah koperasi diukur berdasarkan 3 kriteria iaitu penentuan koperasi berjaya (penentuan nisbah koperasi, penentuan faktor kewangan dan penentuan faktor bukan kewangan), penentuan perolehan koperasi dan penentuan faktor-faktor lain.

Sebagai contoh, Bank Rakyat merupakan bank koperasi yang memberi satu pelaburan yang mempunyai risiko rendah tetapi mempunyai pulangan yang amat baik. Ini dapat dilihat dengan rekod pemberian dividen yang kompetatif. Anda boleh melihat sejarah pemberian dividen oleh Bank Rakyat.

Dengan hanya pembelian syer serendah RM500, anda sudah mampu mendapat pulangan yang baik. Walaubagaimanapun, ada beberapa sekatan ke atas penambahan syer di dalam bank koperasi ini seperti penerimaan pulangan dividen akan didebitkan ke akaun simpanan dan bukannya ke dalam penambahan nilai syer, jumlah syer yang sudah penuh dan mempunyai senarai yang cukup panjang untuk penambahan modal. Maka tidak hairanlah Bank Rakyat menjadi satu bank koperasi yang terbaik di Malaysia.

Tahun Kadar dividen keseluruhan % 2013 15 2012 18 2011 20

Page 68: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

67 | M u k a s u r a t

2010 15 2009 15 2008 15 2007 20 2006 15 2005 15.5 2004 15 2003 15 2002 15 2001 15 2000 15 1999 15 1998 8 1997 20

Sejarah Pemberian Dividen oleh Bank Rakyat

Bank Persatuan juga memberi pulangan yang agak baik namun masih belum dapat menandingi pulangan dividen dari Bank Rakyat. Buat masa sekarang, rekod pemberian dividen Bank Persatuan berada dikelompok 6% hingga 10%. Berita baiknya Bank Persatuan ini masih mempunyai kekosongan syer yang masih banyak. Ini mungkin disebabkan pemberian dividen yang masih belum melepasi kadar 10% ke atas. Tetapi tidak salah untuk menyimpan amaun yang sedikit sambil memantau perkembangan semasa bank koperasi ini.

Tahun Dividen % 2012 6 2011 6 2010 6.5 2009 10

Sejarah Pemberian Dividen oleh Bank Persatuan

Beberapa kelemahan ketara dalam koperasi dan bank koperasi ialah kecairan pengeluaran yang rendah. Ini menjadikan ramai pelabur berkira-kira untuk melabur sekiranya pulangan yang diberi berada di tahap yang biasa-biasa sahaja. Namun harus diingat, terdapat juga koperasi yang mempunyai rekod yang tidak baik dan seterusnya akan ditutup.

2. Tabung Haji (TH)

Secara ringkasnya Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah Institusi Kewangan Islam di Malaysia yang mempunyai dana melebihi RM 41 bilion. Ia bermula pada tahun 1963 dalam menyediakan depo perkhidmatan dan operasi haji serta pelaburan. Beberapa sektor bidang pelaburan yang diceburi ialah perladangan, pembangunan hartanah dan pembinaan, kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas, perkhidmatan perlancongan dan makanan halal.

Beberapa anak syarikat yang bernaung di bawah Tabung Haji ialah TH Properties Sdn. Bhd., TH Travel and Services Sdn. Bhd., TH Hotel and Residence Sdn. Bhd., Theta Edge Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, BIMB Holding Sdn. Bhd. dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Tahun Dividen % Bonus % Dividen + Bonus 1995 9.5 9.5 1996 9.5 9.5

Page 69: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

68 | M u k a s u r a t

1997 9.5 9.5 1998 8.0 8.0 1999 8.0 8.0 2000 5.5 5.5 2001 3.25 3.25 2002 3.5 3.5 2003 4.0 4.0 2004 4.3 4.3 2005 4.5 4.5 2006 4.75 4.75 2007 5.0 2.0 7.0 2008 9.5 9.5 2009 9.5 9.5 2010 9.5 9.5 2011 8.0 8.0 2012 6.5 1.5 8.0 2013 6.0 2.0 8.0

Sejarah Pemberian Dividen oleh TH

Berdasarkan jadual di atas, anda dapat melihat TH sudah mempunyai rekod yang panjang dan dana yang banyak untuk menarik ramai pelabur. Tambahan pula, dana tersebut banyak disumbangkan oleh bakal-bakal haji. Simpanan ini sudah dibuat potongan zakat simpanan secara automatik oleh pihak Tabung Haji.

3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KWSP diwujudkan untuk melindungi pekerja-pekerja swasta dengan mengambil sebahagian potongan daripada gaji pekerja dan tambahan daripada pihak majikan. Tujuannya untuk menyediakan satu dana persaraan kepada pekerja-pekerja swasta di mana amat berbeza dengan kakitangan kerajaan yang mempunyai pencen. Ia dipecahkan kepada 2 akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2.

Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan untuk 2 keadaan iaitu pelaburan unit amanah (keuntungan dan prinsipal akan dimasukkan kembali) dan anda sudah mencapai tahap umur yang dibenarkan. Akaun 2 pula lebih fleksibel iaitu untuk melanjutkan pengajian, menyelesaikan pinjaman rumah, mengurangkan pinjaman rumah dan pernah satu ketika ia boleh digunakan untuk membeli sebuah komputer.

Wang simpanan yang di simpan dalam dana KWSP ini haruslah dibuat potongan zakat pada setiap tahun ataupun dari jumlah yang dikeluarkan. Ini kerana terdapat perbezaan pendapat mengenai cara pembayaran zakat KWSP.

Di bawah ini merupakan satu senarai yang amat panjang untuk meihat kadar dividen yang diberikan oleh pihak KWSP.

Tahun Kadar Dividen (%)

1952 sehingga 1959 2.50 1960 sehingga 1962 4.00

1963 5.00

Page 70: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

69 | M u k a s u r a t

1964 5.25 1965 sehingga 1967 5.50 1968 sehingga 1970 5.75

1971 5.80 1972 sehingga 1973 5.85 1974 sehingga 1975 6.60 1976 sehingga 1978 7.00

1979 7.25 1980 sehingga 1982 8.00 1983 sehingga 1987 8.50 1988 sehingga 1994 8.00

1995 7.50 1996 7.70

1997 sehingga 1998 6.70 1999 6.84 2000 6.00 2001 5.00 2002 4.25 2003 4.50 2004 4.75 2005 5.00 2006 5.15 2007 5.80 2008 4.50 2009 5.65 2010 5.80 2011 6.00 2012 6.15 2013 6.35

Sejarah Pemberian Dividen oleh KWSP 4. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Pada 2 Januari 1990, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah melancarkan satu dana untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur bumiputera. Ia merupakan satu unit amanah saham untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang rendah. ASB merupakan satu platform unit amanah yang amat berisiko rendah dan di samping itu juga terdapat beberapa kelebihan yang tidak ada pada unit amanah lain. Disini saya senaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan ASB ini. Kelebihan • di jamin oleh kerajaan (risiko yang amat rendah) • kadar dividen yang baik (10% – 7%) • kadar bonus yang baik (6% – 1%) • kadar kecairan yang tinggi • tidak melibatkan kos pembelian dan penjualan • boleh dijadikan sebagai sijil (untuk overdraf mahupun cagaran kepada bank)

Kekurangan • tidak mengikut shariah (2013 - lebih 30% tidak patuh shariah) • simpanan tidak di bayar zakat • terdapat perbezaan fatwa iaitu HARUS dan HARAM

Page 71: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

70 | M u k a s u r a t

Tahun Dividen Bonus Jumlah Dividen +

Bonus Setelah dikenakan zakat

simpanan (2.5) 2014 7.70 1.00 8.70 6.20 2013 7.75 1.15 8.90 6.40 2012 7.70 1.25 8.95 6.45 2011 7.65 1.25 8.90 6.40 2010 7.50 1.25 8.75 6.25 2009 7.30 1.25 8.50 6.00 2008 7.00 1.75 8.75 6.40 2007 8.00 1.00 9.00 6.50 2006 7.30 1.25 8.55 6.05 2005 7.25 1.75 9.00 6.50 2004 7.25 2.00 9.25 6.75 2003 7.25 2.00 9.25 6.75 2002 7.00 2.00 9.00 6.50 2001 7.00 3.00 10.00 7.50 2000 9.75 2.00 11.75 9.25 1999 8.50 1.50 10.00 (+2 b. istimewa) 9.50 1998 8.00 2.50 10.50 8.00 1997 10.25 1.25 11.50 9.00 1996 10.25 3.00 13.25 10.75 1995 10.00 3.00 13.00 10.50 1994 9.50 4.50 14.00 11.50 1993 9.00 4.50 13.50 11.00 1992 7.50 5.00 12.50 10.00 1991 8.50 4.00 12.50 10.00 1990 8.00 6.00 14.00 11.50

Sejarah Pemberian Dividen oleh ASB selepas ditolak zakat 5. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Pada 29 November 2010, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) telah melancarkan satu dana untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur bumiputera. Ia merupakan satu unit amanah saham yang berlandaskan shariah dan membuat pelaburan yang lebih tertumpu kepada hartanah-hartanah komersil yang terletak dipelbagai lokasi utama di Malaysia.

Kadar dividen akan diberi dua kali setahun yang menyasarkan tanda aras 6 peratus setahun. Kadar bayaran untuk membuka akaun baru ialah sebanyak RM 500 bersamaan 500 unit saham. Wang dividen akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan (Maybank) secara terus dan anda haruslah menambah dana syer secara manual dengan mengunjungi cawangan Maybank yang berdekatan.

Di antara hartanah-hartanah komersial yang disewakan ialah CP Tower di Petaling Jaya, 26 Boulevard di Putrajaya, Wisma Consplant di Subang Jaya, Tesco Setia Alam dan Kompleks Industri Shah Alam.

Bulan & Tahun Dividen setiap ½ tahun Dividen Tahunan

Mac 2011 2.17 5.42 September 2011 3.25

April 2012 3.25 6.5 October 2012 3.25

Mac 2013 3.25 7.5

Page 72: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

71 | M u k a s u r a t

October 2013 3.25 + 1.00 (bonus) April 2014 3.3

Sejarah Pemberian Dividen oleh AHB

Berdasarkan jadual di atas, anda dapat melihat AHB ini belum mempunyai rekod yang belum kuat untuk menarik ramai pelabur. Tambahan pula, hartanah tersebut bukanlah milik anda secara mutlak. Simpanan ini sudah dibuat potongan zakat simpanan secara automatik oleh pihak PHB.

6. Amanah Saham Bumiputera 2

Pada 02 April 2014, dana terbaru dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dikenali sebagai Amanah Saham Bumiputera 2 telah dilancarkan. Kepada sesiapa yang membeli dana ini bermula semalam sehingga 31 Disember 2014, pihak PNB akan memberi 10 unit secara percuma iaitu bersamaan dengan RM10. Ia menyasarkan untuk golongan yang berada dipertengahan umur iaitu 19 sehingga 34 tahun. Nampaknya unit amanah ini dilihat agak agresif jika dilihat pada tahap sasaran umur. Jika dilihat kepada Tahun Kewangan Berakhir, iaitu pada 31 Mac maka dividen akan dikeluarkan pada bulan April atau bulan 5 (dalam jangkaan). Ini memungkinkan para pelabur mempunyai dua pendapatan pasif dalam setahun (itupun kalau ASB sudah banyak dan ASB2 untuk tambahan). Bulan 1 dividen ASB dan bulan 5 dividen ASB2, nampak menarik bukan? Namun begitu, tidak dinyatakan kedua-dua dana ini adalah patuh shariah. Namun, harus di ingat.. unit amanah ini masih baru. Di harap pihak PNB akan mengambil berat tentang isu ini iaitu patuh shariah. PNB harus mengambil pendekatan untuk menawarkan unit amanah yang patuh shariah dengan pulangan dividen yang positif.

7. Deposit Tetap (Fixed Deposit)

Secara amnya, untuk rakyat Malaysia yang bukan bumiputera mempunyai pilihan untuk meletakkan pelaburan berisiko rendah ke dalam deposit tetap. Ini kerana pulangannya adalah jauh lebih baik daripada menyimpan tunai dalam akaun simpanan biasa. Namun begitu, deposit tetap juga mempunyai dua jenis iaitu konvensional dan Islamik.

Deposit tetap merupakan satu perjanjian dengan pihak bank yang memerlukan anda melihat pada pecahan keuntungan anda dengan bank (boleh ditawarkan jumlah peratusan), terikat dengan tempoh masa, mempunyai kadar waktu untuk matang dan jumlah keuntungan bergantung kepada tempoh perjanjian yang diikat. Oleh itu, anda boleh beranggapan bahawa deposit tetap ini amat kurang fleksibel jika dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan berisiko yang lain.

Namun begitu, deposit tetap adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sebanyak RM 250,000 pada sesebuah bank. Perlindungan ini adalah automatik tanpa melibatkan sebarang caj terhadap deposit tetap anda. Beberapa contoh untuk menunjukkan berapa kadar keuntungan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Jenis Bank Kadar keuntungan

(1 bulan) Kadar keuntungan

(12 bulan) Bank Rakyat - Makeen 0.268% 3.26% Affin Islamik GIA 0.251% 3.06% Public Bank Golden 50 Plus 0.255% 3.10% Jenis Bank Kadar keuntungan

(6 bulan) Kadar keuntungan

(12 bulan)

Page 73: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

72 | M u k a s u r a t

Bank Rakyat - 6 bulan 1.858% 3.75% Affin/Affin Islamik 1.617% 3.26% Jenis Bank Kadar keuntungan

(9 bulan) Kadar keuntungan

(12 bulan) Bank Rakyat - 9 bulan 2.874% 3.85% Jenis Bank Kadar keuntungan

(12 bulan) Bank Rakyat - 12 bulan 4.01% Affin/Affin Islamik GIA - 12 bulan 3.60%

Kadar keuntungan untuk deposit tetap

Saya pernah mendapat tawaran dari sebuah bank luar negara yang menawarkan kadar keuntungan sebanyak 7% setahun. Namun begitu, anda harus mempunyai wang sebanyak RM 200,000 untuk masuk dalam tawaran yang ingin diberi. Malahan, pihak bank tersebut membuat pecahan iaitu RM100,000 untuk unit amanah dan RM100,000 untuk simpanan dalam deposit tetap.

"Untuk mendengar nasihat mengenai pelaburan -

SENTIASA dengar daripada orang yang berpakaian sederhana tetapi KAYA dan bukannya Penasihat Kewangan

yang berpakaian MEWAH tetapi sebenarnya MISKIN." Sifu' See

Mula Berjinak-jinak Dengan Hartanah Anda mungkin boleh melihat senario sekarang bahawa nilai hartanah agak mengila sejak kebelakangan ini. Namun begitu, adakah anda ada membeli sebiji rumah untuk dibuat sebagai pelaburan sebelum ini (stabil dan dijangka) walaupun ia hanyalah sebuah flat kos rendah? Mungkin ramai daripada anda akan mengatakan tidak bukan? Semasa saya menulis buku ini, saya sudah memiliki dua buah hartanah yang mempunyai nilai melebihi 1 juta. Hartanah pertama saya merupakan sebuah teres dua tingkat yang saya duduki sehingga kini (kemungkinan akan disewa untuk mengubah daerah tempat tinggal) dan sebuah banglo dua setengah tingkat yang merupakan milikan bersama (isteri dan saya) yang memberikan nilai positif kepada aliran kewangan saya. Ya, saya sering mendengar daripada nasihat pakar-pakar hartanah yang menyatakan bahawa untuk membeli hartanah haruslah berpegang kepada 2 prinsip ini iaitu lokasi dan ilmu . Oleh itu, saya mula bermain-main dengan bidang hartanah di atas beberapa faktor iaitu: Nilai hartanah adalah kalis Inflasi Nilai hartanah sentiasa meningkat dan dapat dijangka Kaedah Guna Wang Orang Lain (Others People Money - OPM) Pulangan pelaburan adalah menakjubkan (Return of Investment – ROI) Urusan hanya sekali, dapat pulangan banyak kali Mencipta pendapatan pasif yang berterusan (jangka pendek dan panjang) Dapat memenuhkan kolum pada bahagian aset Sesuatu pelaburan yang dapat dikawal, dilihat dan disentuh

Ini memberi semangat yang positif untuk memenuhkan slot-slot pelaburan dan punca pendapatan pasif saya. Saya mengambil pendekatan yang mudah iaitu mempunyai nilai RM1 juta pada setiap pelaburan yang akan menjadi pendapatan pasif saya dikemudian hari. Bukanlah saya mengejar dunia semata-mata tetapi saya memilih untuk menjadi seorang manusia yang tangannya pada kedudukan memberi dan bukannya kedudukan menerima. Saya tidak mahu menjadi seorang yang 'dikawal' hidupnya tetapi saya yang 'mengawal' hidup sendiri berlandaskan cara hidup Islam. Untuk hartanah, saya memilih untuk memilih

Page 74: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

73 | M u k a s u r a t

berdasarkan nilai hartanah dan bukannya kuantiti hartanah. Sebagai contoh, saya lebih suka memiliki satu hartanah yang bernilai RM200,000 yang memberi pulangan RM1,000 sebulan daripada memiliki 5 hartanah yang berharga RM20,000 setiap satunya memberi pulangan sebanyak RM200. Ini memberi kuasa untuk 'mengawal' hartanah tersebut tanpa meletakkan terlampau banyak masa untuk menguruskannya. Hartanah menjadi satu daya tarikan kepada para pelabur di atas dua sebab iaitu: Boleh dijadikan sebagai pendapatan pasif yang berpanjangan dengan menerima sewa

setiap bulan. Menikmati peningkatan harga modal untuk dijual pada waktu yang diingini.

Beberapa keratan akhbar The Star mengenai hartanah. Keratan ini di ambil pada awal tahun 2014.

Keratan akhbar The Star (2014)

Page 75: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

74 | M u k a s u r a t

Keratan akhbar The Star (2014)

Mungkin apabila anda membaca buku ini, anda begitu teruja untuk membuat pelaburan hartanah. Untuk anda yang mempunyai wang, rasanya tidak perlu bersusah payah untuk menambah slot pada bahagian aset. Untuk sesiapa yang masih berfikir-fikir tentang keupayaan diri untuk membeli hartanah. Beberapa tips yang ingin saya berikan untuk menarik pihak bank adalah: Corak perolehan pendapatan anda setiap bulan (kontrak, tidak menentu atau tetap). Objektif anda (duduk sendiri atau disewa). Nilai komitmen hutang tidak melepasi 40% dari pendapatan. Kemampuan anda untuk membayar ansuran, penyelenggaraan, cukai tanah. cukai

pintu dan lain-lain kos lagi. Ilmu anda mengenai hartanah. Adakah anda tergolong pelanggan yang menguntungkan di mata pihak bank. Lokasi rumah anda.

Page 76: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

75 | M u k a s u r a t

Keratan akhbar The Star (2014)

Untuk memudahkan anda, disini saya senaraikan Pinjaman Secara Fleksibel (Flexi Loan) untuk memudahkan anda membuat perbandingan berdasarkan senarai yang diambil pada tahun 2014. Anda akan melihat pengurangan atau kenaikkan pada bahagian jumlah bayaran dan bayaran bulanan walaupun kadar faedah adalah kurang atau bertambah kurang dari 1 peratus. Semua pinjaman perumahan ini dikira berdasarkan jumlah pinjaman yang dipohon sebanyak RM450,000 dan tempoh pinjaman adalah 20 tahun.

Bank Kadar Faedah

Jumlah Bayaran Bayaran Bulanan

Alliance Bank 'SaveLink Home Loan' 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57 Alliance Bank 'SaveLink Option' 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57 Alliance Bank 'i-Wish Flexi' 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57 Ambank BBA Homelink 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57 Ambank Flexi 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57 Ambank Home Link 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57 Hong Leong Mortgage Plus 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57 Citibank FlexiHome 4.25% RM668,773.23 RM2,786.56 HSBC HomeSmart 4.25% RM668,773.23 RM2,786.56 Hong Leong KLIBOR 4.29% RM671,079.69 RM2,796.17 Affin Bank Solution Plus 4.3% RM671,657.00 RM2,798.57 CIMB Commodity 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69 CIMB Home Flexi 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69

Page 77: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

76 | M u k a s u r a t

Public Bank ABBA 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69 Public Bank HomeSave 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69 Public Bank Home-Term Equity 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69 RHB My1 Home Loan 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69

Sumber daripada laman seSAWang savemoney.my

Adakah anda masih ingat bahawa saya ada menyarankan kepada anda untuk mengambil pinjaman yang dikira secara kadar harian dan anda akan mempunyai banyak kelebihannya. Disini saya menyediakan satu contoh apakah yang terjadi sekiranya pinjaman perumahan dibayar secara tambahan dengan menggunakan kaedah pinjaman yang dikira secara kadar harian. Ia dikira berdasarkan jumlah pinjaman RM200,000 dan kadar faedah adalah 4.5 peratus setahun.

Bayaran Bulanan

Bayaran Secara Lebih

Jumlah Di Bayar

Penjimatan Kadar Faedah

Tempoh (Tahunan)

RM1,013.37 - RM364,813.20 - 30 RM1,013.37 RM500 RM276,698.35 RM88,114.85 16 RM1,013.37 RM1,000 RM250,679.14 RM114,134.06 11 RM1,013.37 RM1,500 RM237,976.79 RM126,838.41 8 RM1,013.37 RM2,000 RM230,416.12 RM134,397.08 7

Sumber daripada laman seSAWang savemoney.my Namun begitu, sebelum anda ingin membuat sebarang pinjaman daripada bank. Anda seharusnya menyelidik beberapa perkara sebelum pergi berjumpa dengan pihak bank yang diingini. Antaranya ialah: Berapakah komitmen anda? (anda harus tahu berapakah nilai pinjaman yang boleh

anda ambil dengan bertanya kepada pihak bank) Berapakah umur anda? (Semakin tua umur anda, semakin pendek tempoh pinjaman

yang boleh diambil) Adakah cukai peribadi anda berbayar? Adakah anda seorang yang bertanggungjawab kepada hutang anda? Memilih beberapa bank untuk memberi plan-plan pinjaman yang wujud. (Lagi

banyak, lagi bagus) Sentiasa bersiap sedia dari segala segi apabila berjumpa dengan pihak bank. Membuat penilaian kewangan anda dengan menyatakan aset dan liailiti. (dalam

bentuk hitam putih beserta dokumen sokongan) Mencuba untuk mendapatkan pengurangan kadar faedah. (tawar menawar dengan

pihak bank) Lokasi hartanah anda. (terdapat bank yang memilih kawasan hartanah)

Dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada sektor hartanah, mungkin anda mempunyai idea untuk memiliki hartanah pertama anda. Saya amat berharap anda memiliki hartanah yang merupakan aset dan bukanlah hartanah yang menjadi liabiliti anda. Mencari penyelesaian adalah lebih baik daripada mencipta alasan. Semoga berjaya! Membina Kuasa Keuntungan Berkompaun Jika anda ingin hidup dengan pendapatan pasif, maka membina kuasa keuntungan berkompaun adalah satu kemestian untuk wang bekerja untuk anda. Ia merupakan satu penambahan keuntungan daripada wang pokok. Namun begitu, keuntungan tersebut dibiarkan atau dimasukkan kembali untuk penambahan kepada wang pokok. Ia boleh diibaratkan mengunci peti besi wang pokok malahan wang keuntungan dimasukkan kembali untuk mempercepatkan penambahan wang pokok sehingga jumlah matlamat yang diingini sudah tercapai.

Page 78: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

77 | M u k a s u r a t

Saya ada menceritakan kepada anda bahawa saya ingin setiap bakul pelaburan saya berjumlah sekurang-kurangnya RM1 juta. Jadi itu matlamat saya yang ingin saya capai dan pada umur 50 tahun saya ingin mempunyai simpanan sebanyak itu. Adakah mustahil? Ya jika saya tidak tahu berapa jumlah harus di simpan dan tidak sekiranya saya tahu berapa jumlah yang ingin saya capai. Andaikan ketika ini saya berumur 30 tahun maka saya mempunyai baki 20 tahun untuk mencapai jutawan. Secara asas kiraan adalah:

RM1,000,000.00 / 240 bulan (20 tahun) = RM4,166.67 (sebulan)

Jumlah yang agak besar pada pemikiran saya dan setentunya saya tidak memiliki jumlah pendapatan sebanyak itu pada waktu buku ini di tulis. Jadi, bagaimana saya ingin mempercepatkan matlamat saya. Seperti yang saya beritahu, saya menggunakan kuasa keuntungan berkompaun untuk mempercepatkan jumlah RM1 juta dapat dicapai. Dua tips dalam permainan ini ialah simpanan yang tetap dan kadar keuntungan tahunan yang diperolehi. Sila lihat jadual dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Jumlah simpanan bulanan RM 4,166.67 (RM 50,000 setahun) Tahun Kadar

Keuntungan → 5% 10% 15%

1 RM50,000 RM52,500.00 RM55,000.00 RM57,500.00 2 RM50,000 RM107,625.00 RM120,000.00 RM123,625.00 3 RM50,000 RM165,506.25 RM187,000.00 RM199,668.75 4 RM50,000 RM226,281.56 RM260,700.00 RM287,119.06 5 RM50,000 RM290,095.64 RM341,770.00 RM387,686.92 6 RM50,000 RM357,100.42 RM430,947.00 RM503,339.96 7 RM50,000 RM427,455.44 RM529,041.70 RM636,340.95 8 RM50,000 RM501,328.21 RM636,945.87 RM789,292.09 9 RM50,000 RM578,894.62 RM755,640.46 RM965,185.90

10 RM50,000 RM660,339.35 RM886,204.51 ≥ RM1 juta 11 RM50,000 RM745,856.38 ≥ RM1 juta 12 RM50,000 RM835,649.20 13 RM50,000 RM929,931.66 14 RM50,000 ≥ RM1 juta

Simpanan setahun adalah RM50,000 dan akan dicampur dengan jumlah berdasarkan kadar keuntungan yang diperolehi pada setiap tahun. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi kadar keuntungan yang diperoleh maka makin cepat matlamat RM1 juta dapat dicapai dengan jayanya. Jadi, sekiranya anda ingin mencapai matlamat jutawan dengan lebih cepat maka anda harus mencari pelaburan yang memberi anda kadar keuntungan yang lebih tinggi dari kadar inflasi. Dari jadual di atas menceritakan bahawa dengan membina wang dari kadar keuntungan, maka anda dapat mempercepatkan capaian RM1 juta sehingga 6 tahun walaupun hanya 5 peratus kadar keuntungan yang diberi. Ini menunjukkan bagaimana wang bekerja untuk anda! Cara kedua pula merupakan satu kaedah yang menunjukkan berapa tahun anda capai RM1 juta berdasarkan jumlah simpanan yang di simpan. Kadar 10 peratus dijadikan sebagai penanda aras. Sila lihat jadual di bawah. Tahun Simpanan bulanan Kadar Keuntungan

% Jumlah Pulangan

30 RM500 (RM6,000 setahun) 10 ≥ RM1 juta 23 RM1,000 (RM12,000 setahun) 10 ≥ RM1 juta 21 RM1,500 (RM18,000 setahun) 10 ≥ RM1 juta

Page 79: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

78 | M u k a s u r a t

17 RM2,000 (RM24,000 setahun) 10 ≥ RM1 juta Ia menunjukkan dengan jelas bahawa sekiranya jumlah simpanan yang tetap akan mempercepatkan anda menjadi seorang jutawan dan dapat hidup dengan pendapatan pasif. Tentu anda amat gembira sekiranya anda sudah boleh bersara dari bekerja dengan orang lain. Anda mungkin mengatakan bahawa tidak mungkin anda dapat menyimpan sejumlah wang dengan begitu banyak pada masa sekarang. Ini ada tips untuk anda iaitu anda boleh membuat simpanan secara peratusan (jumlah peratusan bergantung kepada berapa cepat anda ingin bina matlamat pendapatan pasif) dan setentunya pendapatan anda akan naik secara berperingkat-peringkat. Mungkin pada tahun pertama, pendapatan anda hanya bermula RM900. Kemungkinan lagi 5 tahun, pendapatan anda sudah mencecah RM1,500. Jadi sudah tentu anda boleh menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak. Sekiranya pada tahun pertama anda sudah membuat simpanan sebanyak 30 peratus (RM270) maka pada tahun kelima anda harus mengekalkan jumlah simpanan iaitu sebanyak 30 peratus (RM450). Semakin tinggi jumlah pendapatan yang diperolehi maka makin banyak simpanan yang boleh dilakukan. Menarik bukan? Pelaburan Pasaran Saham Walaupun saya belum menjejaki ke alam permainan pelaburan saham, saya masih berminat ke atas pelaburan ini kerana ada bukti para jutawan yang lahir dari pelaburan saham seperti Warren Buffet. Seperti yang anda ketahui bahawa saya membina slot-slot pelaburan dari semasa ke semasa. Anda pun sudah tahu bahawa slot hartanah sudah saya capai dengan memiliki hartanah yang bernilai melebihi daripada RM1 juta. Saya selalu menjeling-jeling ke atas pelaburan saham kerana ia mempunyai tarikan yang tersendiri dan membenarkan saya bermain-main untuk menambahkan ilmu pelaburan. Saya akui terdapat ahli keluarga saya dan kenalan yang kerugian apabila bermain saham. Mungkin kecetekkan ilmu atau perasaan agak-agak yang menyebabkan mereka kerugian untuk menjana wang dari pelaburan ini. Anda pun dapat mengagak tabung manakah yang akan saya guna untuk bermain-main dengan pelaburan ini. Ya, setentunya tabung Tabung Simpanan Jangka Panjang untuk simpanan atau lebih dikenali dengan LTSS. Saham memerlukan anda belajar ilmu mengenai jenis saham yang harus dibeli dan waktu untuk membeli dan menjual (masa yang terbaik). Selain itu juga, kos-kos yang terlibat dengan saham seperti khidmat broker, duti setem, yuran pengendalian dan cukai keuntungan modal. Saya ada satu tips untuk anda iaitu anda boleh membuat dua portfolio pelaburan iaitu saham dan emas atau perak kerana ia saling bersangkutan antara satu sama lain. Apabila saham jatuh, harga emas dan perak akan naik. Begitulah sebaliknya terjadi apabila saham mulai kukuh kembali yang akan menyebabkan harga emas dan perak akan turun. Di samping itu juga, faktor utama yang memberi kesan kepada pasaran saham ialah ekonomi, politik, keganasan dan virus. Pasaran saham akan hidup apabila berlakunya krisis dan setentunya ia memerlukan anda bersedia dari segi mental, emosi dan kewangan. Beberapa nasihat Milan Doshi untuk anda berikan jawapan sekiranya anda ingin memperolehi duit daripada pasaran saham ialah: Berapa jumlah wang (pulangan jangkaan anda)? Berapa cepat anda ingin mencapainya? Berapa banyak modal yang anda ada untuk bertahan dari jangka waktu yang ingin

anda capai? Berapa tinggi risiko yang ingin ada hadapi? (Risiko tinggi, Pulangan tinggi) Berapa banyak pengetahuan anda tentang pasaran saham?

Page 80: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

79 | M u k a s u r a t

Berapa kerap masa yang ingin anda luangkan? Apakah sektor atau saham yang memberi kelebihan kepada anda? Apakah strategi pelaburan anda terhadap pasaran saham?

Mungkin satu hari nanti, anda akan membaca buku yang akan saya bercerita mengenai pelaburan saham pula. Kita tunggu dan lihat! Pelaburan Emas dan Perak Emas dan perak merupakan sejenis logam yang tidak terlalu fleksibel dan mempunyai jangka hayat yang amat panjang kerana logam ini kalis air, udara, karat dan ia juga boleh dibentuk mengikut kesesuaian pembuatnya. Ia selalu dikira berdasarkan ketulenan iaitu 999 adalah paling tinggi dan 24 karat (emas). Emas dan perak selalunya didagangkan secara: Fizikal (jongkong, bar, syiling, dinar, dirham, barang kemas) Digital (saham, ETFs, akaun simpanan, pasaran masa hadapan, sijil emas)

Mengapa emas dan perak menjadi salah satu aset pelaburan kerana ia merupakan logam yang tidak terjejas dengan inflasi, mempunyai harga komoditi yang tersendiri dan mempunyai nilai diseluruh dunia. Walaupun anda melihat kelebihan logam ini, ia tidak terkecuali mempunyai kekurangan iaitu terdapat kos simpanan (fizikal), risiko yang tinggi untuk dicuri, tidak tahu untuk memanipulasi logam ini dan terdapat banyak skim-skim yang menipu tentang logam ini terutamanya emas. Walaupun emas dan perak merupakan sesuatu yang boleh dijangka, diharap anda mengetahui tentang pelaburan ini sebelum melabur secara agresif.

“Kesemua kenaikkan emas adalah berdasarkan tanggapan orang ramai, ia bukan berdasarkan kiraan matematik. Apabila orang ramai

mula merasakan keselamatan dalam peningkatan ekonomi, ramai akan beralih arah dari emas dan kembali ke matawang. Itulah keadaan yang

akan terjadi apabila kebanyakkan daripada anda akan kehilangan wang pelaburan.” Dave Ramsey

Page 81: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

80 | M u k a s u r a t

BAHAGIAN KELIMA Amalan Rohaniah yang Saya Buat Berkaitan Rezeki

“Sesungguhnya seburuk-buruk makluk melata di sisi Allah ialah mereka yang tuli dan bisu, yang tidak menggunakan akalnya.” Surah al-Anfal,

ayat 22.

Page 82: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

81 | M u k a s u r a t

Percaya dan Bertawakal Kepada Allah Sebagai seorang Islam, saya wajib menunaikan suruhan dari Allah SWT. Namun dari sudut rezeki, saya amat mempercayai bahawa setiap rezeki seseorang itu sudah ditentukan dari dalam rahim lagi. Saya juga berpesan dan percaya kepada diri sendiri yang rezeki itu datangnya dari Pencipta iaitu Allah SWT. Saya teringat akan satu potongan ayat al-Quran mengenai hal ini.

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang

bertaqwa." Surah Thaha, ayat 132. Berapa kuatkah anda bertawakal tentang rezeki yang datangnya dari Allah SWT? Pada diri saya, saya beranggapan melebihi 100% malahan sepenuhnya. Allah SWT sudah menyatakan bahawa rezeki kita sudah dicatatkan ketika dalam rahim ibu lagi. Menjadi tugas kita untuk berusaha dan mencarinya sahaja. Disebabkan itulah saya dengan sedaya upaya mencari rezeki dengan cara yang halal walaupun ada ketika Allah memberi sedikit ujian dari pelbagai sudut untuk melihat ketaqwaan saya terhadapNya. Pada mulanya saya agak sangsi dengan rezeki dan apakah panduan saya tentang rezeki. Saya selalu membuat pelbagai kerja malahan mencari wang hingga satu tahap, saya berada di tahap mengejar wang. Lama kelamaan saya berbalik kepada jalan yang asal iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ, saya mula memetik terjemahan demi terjemahan al-Quran untuk dijadikan rujukan. Menjadi satu kesalahan kepada saya sekiranya ilmu itu saya gunakan untuk diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Dengan itu, anda boleh lihat terdapat banyak terjemahan ayat dari al-Quran di dalam buku ini. Saya juga sedaya upaya mencari petikan hadis yang sahih untuk melengkapkan lagi rujukan kepada saya malahan kepada anda. Saya amat gusar sekiranya petikan hadis saya adalah hadis daif (tidak kuat) dan menjadi amalan kepada anda. Seboleh-bolehnya saya mencari hadis yang sahih supaya tidak ada pertelingkahan di kemudian hari. Memang tidak salah, al-Quran dan hadis adalah pelengkap kepada kehidupan. Di dalamnya terdapat pelbagai panduan hidup, untuk buku ini saya hanya mengambil petikan berkaitan rezeki di dunia mahupun akhirat. Dengan mempunyai panduan yang sahih, menjadikan saya lebih bertawakal dan percaya untuk memberi kesedaran kepada anda tentang kewangan. Anda mungkin tertanya-tanya apakah kekuatan saya dalam menjadikan saya seorang yang kuat dan tabah dalam mengurus kewangan peribadi saya. Sudah tentu saya berpegang kepada al-Quran dan hadis. Sebelum ini, boleh dikatakan saya mencari–cari apakah pegangan saya dalam isu kewangan. Saya sering membaca buku tentang kewangan dan ada sesetengah daripada buku tersebut menjadi satu konflik kepada pegangan saya iaitu sebagai seorang Islam. Jadi, saya mengambil beberapa tafsiran dari al-Quran dan hadis yang menjadi pegangan saya dalam memberi nilai positif kepada kewangan saya dan mencampurkan dengan ilmu dari pakar-pakar kewangan di seluruh dunia. Ini menjadi satu kayu ukur untuk saya membuat satu keputusan yang padu mengenai jalan kewangan yang di pilih iaitu kewangan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Berbuat Baik Kepada Ibu dan Bapa Siapakah daripada anda yang pernah meminta doa daripada ibu bapa untuk berdoa tentang kehidupan kewangan anda? Siapakah daripada anda pernah kedekut dengan keluarga anda? Alhamdulillah, saya mengamalkan petua kekayaan dengan meminta supaya ibu bapa doakan kepada saya. Selain daripada itu, saya amat berterima kasih kerana tidak pernah putus-putus memberi wang saguhati kepada mereka.

Page 83: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

82 | M u k a s u r a t

Walaupun tidak seberapa, tapi itulah salah satu kesungguhan saya untuk mengucapkan ucapan terima kasih untuk pengorbanan ibu bapa saya pada satu ketika. Dengan sedikit usaha dan pengorbanan yang saya lakukan, saya boleh katakan bahawa salah satu kejayaan hidup saya berkat dari doa ibu bapa. Namun kini, pintu doa saya sudah menjadi satu kerana ayah saya sudah meninggal dunia pada beberapa tahun yang lepas. Saya selalu menyatakan apa yang ingin ibu saya doakan kepada saya dan dengan itu, Allah mempermudahkan apa matlamat yang ingin saya capai. Tangga-tangga menuju matlamat saya boleh dikatakan begitu senang untuk didaki. Seolah-olah ia datang tanpa perlu saya tercari-cari. Ia seperti selepas selesai satu langkah, langkah seterusnya akan datang dengan mudah. Saya cuma perlu dengan sedikit usaha untuk melangkahi anak-anak tangga matlamat saya. Itulah kenapa saya ingin kongsikan tips ini kepada anda. Namun begitu, sekiranya anda seorang perempuan yang sudah berkahwin. Anda boleh beritahu apa hajat anda dan memohon supaya suami anda mendoakannya. Ini kerana sesudah berkahwin (perempuan), maka suami anda harus diletakkan sebagai nombor satu dan ibu bapa anda adalah nombor dua. Ini bersesuaian kerana apabila seorang lelaki berkahwin, maka setiap tanggungan akan dipindahkan daripada seorang ayah (perempuan) kepada suami anda. Namun, sebaliknya terjadi kepada anak lelaki yang berkahwin. Lelaki tersebut haruslah meletakkan ibunya berada di nombor satu. Malahan ada satu petikan hadis yang menyatakan dengan jelas bahawa seorang lelaki haruslah mentaati ibunya dengan kiraan 3 kali dan selepas itu barulah ayahnya. Ini adalah tips untuk anda menyalurkan doa melalui orang lain untuk kejayaan kewangan anda malahan hidup anda. Mendoakan Rezeki Kepada Penghutang Mungkin bahagian ini anda merasa agak janggal kerana saya menyarankan anda berdoa kepada penghutang anda. Seperti pada bahagian terdahulu, saya ada menyatakan bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Jadi siapakah yang memberi rezeki dan membuka hati penghutang untuk membayar hutang anda? Setentunya Allah SWT! Jadi, mulakah doa anda kepada mereka dan mohonlah semoga penghutang anda diluaskan pintu rezeki dan dipermudahkan untuk membayar hutang anda. Insya'allah, dengan cara sebegini menjadikan anda lebih percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT dan menghilangkan kegusaran anda untuk mengutip hutang. Mungkin anda atau saya, pernah memberi tekanan kepada penghutang untuk mengutip kembali wang anda. Pernah bukan? Dahulu, saya sampai menekan hingga ke tahap yang tidak sepatutnya. Ini menjadikan saya amat tertekan kerana tidak dapat kembali wang yang dipinjamkan. Tidak salah meminta kembali wang anda kerana hutang wajib dibayar. Namun wang itu bukanlah hak anda, ia adalah hak Allah SWT. Anda mungkin biasa mendapat wang dari penghutang anda tetapi akhirnya wang itu hanya menyinggah sebentar kepada anda, kemudian ia menjadi wang orang lain. Mungkin menjadi milik saudara anda, pemilik kedai mahupun restoran, pihak klinik ataupun sesiapa sahaja yang mungkin anda tidak kenali. Ada sesetengah kes, anda diragut ataupun dirompak. Diharap kejadian seperti ini tidak terjadi kepada anda wahai pembaca buku saya yang budiman. Anda boleh mulakan doa pada bila-bila masa, ketika bangun tidur, selepas solat malahan ketika anda mahu tidur. Terpulang kepada anda bilakah waktu yang sesuai untuk anda. Mungkin anda boleh menambah dengan melakukan solat sunat tahajud pada malam hari ataupun awal pagi kerana pada waktu itu adalah waktu yang paling sesuai untuk diqabulkan doa oleh Allah SWT.

Page 84: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

83 | M u k a s u r a t

Solat Sunat Dhuha Boleh dikatakakan, saya sering melakukan solat dhuha di dalam kehidupan seharian saya dan saya juga menjadikan solat dhuha ini menjadi amalan harian. Solat sunat dhuha merupakan satu amalan yang sering saya lakukan sebagai satu cara saya berserah dan bertawakal kepada Allah SWT. Ia menjadi satu kunci rahsia dan usaha dalam cabang rezeki saya. Mungkin ada daripada anda masih samar-samar dengan cara solat sunat dhuha ini dilakukan. Secara asasnya solat ini dilakukan secara 2 rakaat. Namun begitu, solat ini boleh dilakukan secara gandaan iaitu 2 rakaat, 4 rakaat, 6 rakaat dan 8 rakaat. Setiap 2 rakaat akan diakhiri dengan salam. Malahan ada juga yang berpendapat solat dhuha 12 rakaat boleh dilakukan tetapi pendapat itu disandarkan kepada hadis yang daif atau tidak kuat. Jadi, lebih baik saya bersandarkan kepada hadis yang kuat dan sahih dalilnya. Kalau saya mempunyai masa yang amat suntuk, maka solat 4 rakaat sudah memadai dan jika tidak sibuk untuk mengejar urusan-urusan seharian, maka saya lebih suka membuat 8 rakaat. Ini kerana pada waktu solat, itulah waktu antara saya bertemujanji dengan Allah. Setentunya saya melakukan seikhlas dan sebaik yang mungkin. Yang paling penting, niat dan jadikan sesuatu yang baik sebagai amalan hingga ke akhir hayat. Niat solatnya adalah mudah iaitu:

"Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat, kerana Allah Ta'ala"

Sekarang anda tahu untuk melakukan solat sunat dhuha, tetapi adakah anda tahu waktu yang disyaratkan untuk melakukannya. Tanpa menyusahkan anda tercari-cari di merata-rata tempat, biar saya memudahkan anda. Secara ringkasnya solat dhuha adalah satu solat sunat yang dilakukan pada waktu matahari mula naik sehingga matahari mulai condong (beberapa waktu selepas waktu solat subuh dan beberapa waktu sebelum waktu solat zuhur). Jadikan lingkungan waktu 8 pagi hingga 1 petang adalah waktu yang sesuai untuk melakukan solat sunat dhuha iaitu kira-kira 30 minit selepas waktu subuh dan 30 minit sebelum waktu zohor. Namun begitu, saya sering melakukan pada waktu antara pukul 10 pagi hingga sebelum pukul 12 tengahari. Ini untuk mengelak dari perbezaan pendapat mengenai waktu yang paling tepat dan afdal untuk melakukan solat sunat ini. Saya sering melakukan solat dhuha ini dalam kiraan 4 rakaat iaitu 2 rakaat pertama dan 2 rakaat kedua. Ini kerana saya ada membaca petikan hadis ini iaitu:

"Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang, nanti Aku (Allah) akan mencukupkan pada

akhir harimu itu." Hadis Riwayat Abu Dawud. Namun begitu, tidak salahnya sekiranya anda ingin melakukan 2 rakaat, 6 rakaat mahupun 8 rakaat. Semuanya terpulang kepada anda untuk melakukannya. Kalau boleh jadikan solat sunat dhuha ini sebagai salah satu amalan harian anda. Insya'allah anda akan dapat merasa perbezaan rezeki anda antara sedar ataupun tidak. Tapi, anda janganlah terlupa untuk berdoa yang biasa dibaca selepas solat kerana sungguh indah kata-katanya. Doanya berbunyi begini:

"Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, keagungan itu keagungan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan

keberkatan itu keberkatan-Mu.

Ya Allah, jika rezekiku ada dilangit maka Engkau turunkanlah. Jika ada di dalam bumi maka Engkau keluarkanlah. Jika rezekiku

sukar maka Engkau mudahkanlah. Jika rezekiku jauh maka Engkau dekatkanlah. Sekiranya haram maka Engkau sucikanlah.

Page 85: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

84 | M u k a s u r a t

Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan, kekuasaan dan keberkatannya. Engkau limpahkanlah kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh."

Selepas doa itu, saya akan menyambung doa yang khusus ingin saya capai seperti menjadi seorang multijutawan yang dapat menolong orang lain, perniagaan yang halal dan berkembang dan bermacam-macam lagi. Semuanya terpulang kepada hajat anda kerana apa yang saya hendak, mungkin tidak sama dengan apa yang anda kehendaki. Mungkin anda telah berusaha dan bersusah payah dalam kehidupan kewangan anda, tiada salahnya untuk berikhtiar dengan cara lain pula. Dari sudut agama dan rezeki, saya hanya berpegang pada satu iaitu Allah yang memberi rezeki dan Allah juga yang menarik kembali rezeki. Manusia dan keadaan adalah medium pertengahan dari Allah SWT sahaja. Alhamdulillah. Semenjak saya kerap melakukan solat dhuha, pintu–pintu rezeki saya makin terbuka luas dan saya tidak merasa tertekan apabila kekurangan duit. Apabila kekurangan duit, ada sahaja rezeki yang datang dari punca yang saya tidak sangka. Sesungguhnya, kata–kata Allah itu pasti. Ternyata amalan ini bukanlah mendapat ganjaran di dunia sahaja malahan Allah telah memberi satu ganjaran yang besar di Akhirat nanti.

"Sesungguhnya di dalam syurga, ada pintu yang dinamakan pintu Dhuha, maka ketika datang hari kiamat memanggillah

(yang memanggil Allah), dimanakah orang yang selalu mengerjakan sembahyang atas Ku dengan sembahyang Dhuha ?

Inilah pintu kamu, maka masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat Allah". Hadis Riwayat Thabrani dari Abu

Hurairah. Kalau anda ingin tahu testimoni dari saya, saya boleh menyatakan beberapa perubahan yang berlaku apabila saya melakukan solat dhuha ini iaitu: saya akan diberi petunjuk kenapa saya tidak mendapat pekerjaan di syarikat tersebut

seperti syarikat tersebut akan mengalami masalah, kehidupan sosial syarikat yang saya tidak senangi, ada lagi syarikat yang lebih baik akan saya terima dan ia lebih baik dari syarikat yang saya mohon sebelum ini dan bermacam-macam lagi perkara yang positif akan berlaku.

Saya merasa tidak tertekan dengan rezeki kerana bagi saya Allah sahaja yang memberi atau menambah rezeki dan Allah juga yang menarik atau mengurangkan rezeki. Saya hanya perlu berusaha dan bertawakal sahaja kepada Allah.

saya mendapat pelbagai idea–idea yang lebih positif untuk memperluaskan pintu-pintu rezeki yang ada di sekeliling saya yang secara sedar mahupun tidak sedar.

Apa sahaja yang saya lakukan untuk menambah rezeki akan dipermudahkan tidak kira dari jalan–jalan mana yang saya pilih.

Para Ulama berpendapat, solat dhuha ni ialah salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW. Buktinya dalam sebuah hadis baginda SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur.” Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981

Page 86: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

85 | M u k a s u r a t

Jadi, sekiranya anda ingin menambah dan memperluaskan rezeki dari pintu–pintu yang halal, anda boleh menjadikan ini sebagai salah satu dari amalan harian anda.

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud

Solat Sunat Tahajud Secara ringkasnya solat tahajud dilakukan pada waktu malam dan ada pendapat yang menyatakan bahawa lebih afdal sekiranya solat itu dilakukan satu pertiga malam sebelum masuknya waktu subuh. Berbeza dengan solat sunat dhuha, solat sunat ini dapat dilakukan seberapa banyak yang mampu dan dilakukan dengan 2 rakaat pada satu salam. Selepas solat tahajud, ia akan diakhiri dengan solat penutup iaitu solat witir. Saya boleh menyatakan bahawa saya masih lagi berusaha untuk menjadikan solat sunat ini sebagai sesuatu yang rutin seperti solat sunat dhuha. Ia merupakan satu matlamat di dalam diri saya sebagai seorang muslim. Ternyata solat sunat ini merupakan satu jalan yang memberi peringatan kepada saya untuk mencapai apa yang dihajati. Ini bertepatan dengan petikan hadis seperti di bawah:

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawasannya Nabi bersabda: "Allah turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3 malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar " Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Di dalam petikan hadis tersebut, ia ada menyatakan dengan jelas bahawa anda boleh berdoa dan meminta seterusnya akan dikabulkan oleh Allah SWT. Ini merupakan janji oleh Maha Pencipta kita iaitu Allah SWT. Ia disokong pula dengan petikan hadis ini iaitu Rasullah SAW bersabda:

"Di waktu malam terdapat satu saat dimana Allah SWT akan mengkabulkan doa setiap malam.” Hadis Riwayat Muslim

Kehebatan Sedekah Sedekah merupakan satu ujian kepada setiap manusia dari salah satu sudut rezeki iaitu wang. Saya bertanya kepada anda, bila kali terakhir anda bersedekah? Berapakah jumlah yang anda sedekahkan? Di tabung-tabung masjid saya selalu melihat hanya not biru yang dimasukkan dan kadang-kadang dicelah not biru itu terselit beberapa keping not merah dan hijau. Itu keadaan yang biasa saya lihat dimana-mana masjid yang saya singgah untuk bersolat. Anda juga mungkin biasa membeli tiket wayang, tiket pertandingan bolasepak dan bermacam-macam tiket lagi. Selalunya tiket ini akan melebihi dari RM10 ringgit bukan? Sekarang saya ingin anda berfikir sejenak, apakah perasaan anda apabila sedekahkan RM10 kepada masjid atau membayar tiket yang berharga RM10? Tiket manakah yang anda rasa

Page 87: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

86 | M u k a s u r a t

berat untuk keluarkan wang RM10 itu, tiket sedekah atau tiket lain-lain anda. Namun sekiranya saya lihat perbandingan orang beratur untuk membeli tiket dengan not-not wang yang bermaustatin di tabung masjid, saya boleh simpulkan ramai orang berat tangannya untuk habiskan duit untuk sedekah. Mungkin anda tidak sebegitu, ini pandangan positif saya terhadap anda. Kenapa daripada kalangan kita terasa berat untuk bersedekah dengan jumlah yang melebihi RM1? Ramai daripada anda yang masih belum yakin bahawa rezeki itu datang dari Allah. Anda mungkin terasa apabila bersedekah, maka wang anda akan berkurangan. Pada hari ini, saya ingin mengubah perspektif anda tentang sedekah. Tidakkah Allah pernah janjikan dengan bersedekah, ia akan menyuburkan pintu rezeki anda. Nah, itu satu janji yang ditetapkan oleh Pencipta semua manusia dan makluk-makluk yang lain. Jadi mengapa kita terasa berat untuk bersedekah, sedangkan Allah akan membalasnya dengan berlipatkaliganda. Saya selalu melihat apakah rahsia orang-orang yang berjaya, selalunya mereka ada bersedekah. Dan selalunya jumlah wang yang amat besar! Tidak terkecuali juga orang bukan Islam, mereka selalu membuat derma untuk sesiapa yang mereka inginkan. Kenalan saya pernah menyatakan bahawa orang bukan Islam banyak memberi derma kepada orang-orang yang memerlukan. Nampak pelik bukan? Alhamdulillah, saya dahulu dikategorikan sebagai seorang yang selalu bersedekah RM1 pada hari Jumaat. Kadang-kadang bila tiada duit RM1, maka tiadalah sedekah pada hari tersebut. Tindakbalas daripada kejadian ini, selalunya menjadikan saya terasa kekurangan duit dan ada sahaja duit akan keluar daripada poket ini. Semakin saya kedekut untuk bersedekah, makin nipis poket ini. Kemudian, saya mula membuat satu jihad dalam hidup iaitu ingin bersedekah tanpa mengira jumlah wang yang saya ada. Dengan bersedekah secara ikhlas dan kadang-kadang saya meletakkan sedekah melebihi dari diri sendiri menjadikan beberapa kejadian yang positif di dalam hidup saya. Bukan sedikit positif malahan amat positif. Kadang-kadang tidak tahu wang itu datang dari mana, selalu sahaja terlebih setiap bulan. Rezeki juga datang tanpa di duga dari sumber yang tidak tahu mana arahnya. Sejak dari itu, saya mula mempercayai kuasa bersedekah. Dengan isu bersedekah, saya teringat akan potongan ayat al-Quran ini.

"Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-

gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!" Surah al-Hadid, ayat 11.

Alangkah hebatnya kuasa bersedekah, selain rezeki di dunia bertambah berlipatkaliganda, saham akhirat juga bertambah dengan banyaknya. Menarik bukan? Jadi, bukalah dompet anda dan mulalah bersedekah seikhlas yang mungkin. Semoga selepas ini rezeki anda dilipatgandakan dan janji Allah adalah pasti.

"Bersedekahlah, sekalipun dengan sebiji kurma" Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Mubarak dan lain-lain

Kehebatan Mengeluarkan Zakat Zakat merupakan salah satu cabang ibadah. Ia merupakan satu cara untuk umat Islam mensucikan harta dan sedekah kepada orang lain yang lebih memerlukan. Ia juga memberi maksud membersihkan harta dan mensucikan diri dari sifat kedekut atau bakhil. Setiap wang zakat yang dikeluarkan akan menjadi hak asnaf (8 golongan) dengan kadar yang ditentukan apabila cukup tempohnya. Ia bertepatan dengan firman Allah SWT iaitu:

Page 88: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

87 | M u k a s u r a t

"Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama orang yang rukuk." Surah al-Baqarah, ayat 43.

"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar,

lagi Maha Mengetahui." Surah at-Taubah, ayat 103.

Dan ia disambung dengan sabda Rasullah SAW yang bermaksud:

"Islam di bina di atas lima asas: menyaksikan tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan

menunaikan haji bagi sesiapa yang berkuasa melaksanakannya." Hadis Riwayat Bukhari

Secara ringkasnya, terdapat banyak jenis zakat diantaranya ialah zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah hanya dibayar dalam bulan Ramadhan dan sebelum solat Aidilfitri. Ia lebih menjurus kepada tanggungan individu semata-mata. Berlainan pula dengan zakat harta yang meliputi zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat saham atau pelaburan, zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat hasil pertanian dan zakat rikaz atau ma'din. Ia harus dikeluarkan sebahagiannya apabila cukup haul atau tempoh iaitu 1 tahun. Wang zakat itu akan disalurkan kepada 8 bahagian yang layak iaitu fakir, miskin, amil, mualaf (orang yang baru memeluk Islam), riqab (hamba yang menebuskan dirinya secara ansuran), Al-Gharimin (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu membayarnya), Fisabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan Ibnus sabil (musafir yang terputus bekalan semasa perantauan). Allah SWT berfirman tentang kelebihan berzakat iaitu:

"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar." Surah an-Nisaa', ayat 95. "(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya." Surah at-Taubah, ayat 88.

Dengan berzakat, semoga anda akan beroleh rahmat dari Allah SWT, menyelesaikan hak anda dengan memberi hak kepada orang lain, membersihkan hati dan harta daripada perkara yang membinasakan dan mendapat ganjaran berupa tempat tinggal di Syurga Firdausi. Terjemahan al-Quran Mengenai Rezeki

Page 89: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

88 | M u k a s u r a t

Beberapa terjemahan dari al-Quran yang boleh dijadikan panduan. Saya cuba sedaya upaya memilih petikan ayat-ayat yang boleh memberi kesedaran kepada anda bahawa di dalam al-Quran sudah menyatakan tentang rezeki. Beberapa terjemaha yang ada di dalam al-Quran adalah seperti berikut:

"Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh melaksanakan (hukum) Taurat, Injil dan al-Quran yang diturunkan kepada mereka dari

Tuhan mereka, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka ada golongan yang pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh

kebanyakan mereka." Surah al-Ma'idah, ayat 66.

"..., berilah kami rezeki dan Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki." Surah al-Ma'idah, ayat 114.

"...Marilah aku bacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhan kamu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan Dia dengan sesuatu, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu

membunuh anak-anak kami kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka;..." Surah al-

An'am, ayat 151)

"Barangsiapa melakukan amal yang baik, maka baginya sepuluh kali ganda pahala amalnya. Dan barangsiapa yang melakukan perbuatan yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang

dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)." Surah al-An'am, ayat 160)

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa

yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang

nyata bagimu.” Surah al-Baqarah, ayat 128.

“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang kafir dan mereka memandang hina orang yang beriman. Padahal orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang dikehendakiNya

tanpa batas.” Surah al-Baqarah, ayat 212.

"Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya ke jalan

Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah

menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.” Surah al-Baqarah, ayat 245.

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (ke jalan Allah)

sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang

kafir itu yang zalim.” Surah al-Baqarah, ayat 254.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir

benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai seratus

Page 90: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

89 | M u k a s u r a t

biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya), lagi Maha

Mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 261.

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan izin Allah mengikut ketetapan yang telah ditentukan waktunya.

Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki

pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.”

Surah ali-Imran, ayat 145.

“Dan juga mereka yang membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tidak bakhil dan kedekut, dan perbelanjaan mereka adalah betul-betul sederhana di antara kedua-dua cara.”

Surah al-Fuqran, ayat 67.

“Dan, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhil, maka merekalah orang-orang

yang berjaya.” Surah al-Hasyr, ayat 9.

“Allah memberikan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan kebun tanaman, serta bagi kamu

sungai-sungai.” Surah Nuh, ayat 12.

Petikan Hadis Mengenai Rezeki Beberapa petikan dari hadis yang boleh dijadikan sandaran. Saya hanya memilih petikan hadis yang sahih sahaja supaya ia tidak menjadi satu khilaf atau pertikaian pendapat dari mana–mana pihak. Beberapa petikan yang ada di dalam hadis adalah seperti berikut:

Hadis Abu Hurairah r.a, dia berkata , "Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah dimana yang diundang hanyalah orang-

orang kaya saja sementara orang-orang yang miskin tidak di undang. Dan barangsiapa yang tidak memenuhi undangan, maka

bererti ia telah berbuat derhaka kepada Allah dan rasul-Nya." Hadis Riwayat Muslim

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,

"Allah Taala telah berfirman: Hai anak cucu Adam, berinfaklah kalian, maka Aku akan gantikan kepadamu." Rasullah SAW bersabda, "Anugerah Allah itu penuh dan

deras." Ibnu Numair berkata, mal'aan adalah pemberian yang banyak dan mendatangkan keberkahan, tidak mungkin

terkurangi oleh apapun di waktu malam dan siang. Hadis Riwayat Muslim

Rasullah SAW bersabda, "Anak Adam berkata, 'Hartaku...

hartaku...! Tidak ada harta yang engkau miliki selain apa yang engkau makan dan itu tidak tersisa, selain yang engkau pakai

dan itu sirna, atau selain yang engkau sedekahkan dan itu berlalu. Selain dari tiga hal tadi, semuanya pergi dan

ditinggalkan untuk manusia yang lain." Hadis Riwayat Muslim, Ahmad Tarmizi dan Nasa'i

Page 91: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

90 | M u k a s u r a t

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata Rasullah SAW

bersabda,"Allah Taala berfirman (kepada malaikat pencatat amal): Bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan tidak

baik, maka janganlah kalian catat sebagai amalnya. Jika dia telah mengerjakannya maka catatlah sebagai satu keburukan. Dan bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan baik lalu

tidak jadi melaksanakannya, maka catatlah sebagai satu kebaikan. Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan

itu sepuluh kali lipat." Hadis Riwayat Muslim, 183

"Sesungguhnya Tuhan kalian 'Azza wa Jalla adalah Dzat Yang Maha Penyayang, Barangsiapa yang berniat hendak

melakukan sebuah kebaikan dan dia tidak jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu

kebaikan. Dan jika ia jadi mengerjakannya, maka di tulis baginya dengan sepuluh sehingga tujuh ratus kali lipat bahkan berlipat-lipat. Dan barangsiapa berniat hendak

melakukan sebuah kejahatan dan dia tidak jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu

kebaikan, Dan jika ia jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu kejahatan atau Allah akan

menghapuskannya. Dan tidak ada yang binasa di hadapan Allah kecuali orang yang binasa (barangsiapa yang

kejahatannya berlimpah hingga mengalahkan kebaikannya, maka dia adalah orang yang binasa)." Hadis Riwayat Al-

Bukhari Muslim, Tafsir Ibnu Katsir, 2/196

"Andai kata seseorang itu sudah memiliki dua lembah daipada emas, pastilah ia akan mencari yang ketiga (sebagai tambahan dari lembah yang sudah ada itu)." Hadis Riwayat

Al-Bukhari dan Muslim

"Tidak akan melarat siapa sahaja yang hidup dengan sederhana (dalam berbelanja)." Hadis Riwayat Ahmad dan

Thabrani

"Ada tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah secara rahsia atau terang-terangan, bersederhana ketika

waktu kaya dan miskin serta adil baik ketika tenang atau marah." Hadis Riwayat Bazar, Thabrani, Abu Naim dan

Baihaki

"Sebaik-baik harta yang baik itu, untuk manusia yang baik." Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani

"Rosaklah orang-orang yang memperbanyakkan harta,

kecuali yang mengkhususkannya untuk kepentingan hamba-hamba Allah (bahagian yang ditentukan), tetapi sedikit

sekali yang melakukan sedemikian." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Page 92: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

91 | M u k a s u r a t

KATA-KATA AKHIR

“Pengalaman mengajar saya banyak benda. Satu, dengarlah kata hati

tidak kira betapa bagusnya sesuatu itu di atas kertas. Dua, anda biasanya lebih baik dengan apa yang anda tahu. Ketiga, kadang-kadang pelaburan

yang terbaik adalah sesuatu yang anda belum lakukan.” Donald J. Trump

Page 93: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

92 | M u k a s u r a t

Mengenai Penulis Nurussalam Aziz digunakan sebagai nama pena dalam penulisan buku dan juga trademark kepada diri sendiri. Beliau belajar ilmu kewangan dari kegagalan dan berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik. Beliau memegang prinsip 'kawal atau dikawal' di dalam ilmu kewangan. Ia menyatakan dengan jelas bahawa untuk mengelak dari diri sendiri dikawal oleh wang maka diri sendiri haruslah mengawal wang tersebut. Untuk mengawal wang, ia haruslah datang dari ilmu kewangan. Beliau mempunyai matlamat yang jelas dalam pengumpulan aset iaitu menetapkan setiap bakul aset mempunyai nilai positif sekurang-kurangnya 1 juta. Pada waktu buku ini di tulis, beliau mempunyai aset hartanah yang bernilai melebihi 1 juta dengan hanya makan gaji. Walaupun beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Multimedia Komunikasi, ini tidak menghalang beliau untuk memberi khidmat nasihat dalam bidang kewangan. Beliau mempunyai impian supaya dapat mengajar orang lain tentang pengurusan kewangan peribadi supaya tidak mengikut jejak beliau pada satu masa dahulu. Beliau banyak menghadiri seminar kewangan dan ditunjuk ajar secara peribadi oleh golongan profesional kewangan mahupun jutawan. Beliau beranggapan dengan ilmu yang dikongsi akan memberi satu sinar baru kepada orang lain untuk berubah dan mengikut jejak langkah beliau sebagai salah seorang multijutawan yang dapat menolong orang lain.

“Sekiranya wang adalah harapan untuk anda bebas, anda tidak akan

kecapinya. Satu-satunya keselamatan seseorang di dunia ini ialah mempunyai gedung pengetahuan, pengalaman dan keupayaan.”

Henry Ford.

Page 94: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

93 | M u k a s u r a t

Lampiran Untuk Dikongsi Aliran Kewangan Bulanan (Contoh 1) ____________ (Bulan/Tahun) Aliran Kewangan Masuk (Positif)

Pendapatan Jumlah (RM) Peratusan (100%) Gaji bersih Pendapatan lain Jumlah Keseluruhan 100% Aliran Kewangan Keluar Simpanan dan Pelaburan (Positif)

Simpanan Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul (RM)

Peratusan (≥ 10%)

Dana Kecemasan (6 bln/1 thn) Dana Persaraan Dana Pengajian Anak-anak

Pelaburan Amanah Saham Bumiputera Tabung Haji Jumlah Keseluruhan Aliran Kewangan Keluar Insurans

Jenis Insuran Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul (RM)

Peratusan (max 5%)

Rumah Kereta Motosikal Diri Sendiri Jumlah Keseluruhan Aliran Kewangan Keluar Pinjaman

Jenis Pinjaman Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul (RM)

Peratusan (max 40%)

Rumah 1 Kereta Motosikal PTPTN Jumlah Keseluruhan

Page 95: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

94 | M u k a s u r a t

Aliran Kewangan Keluar Perbelanjaan Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM) Peratusan (%)

Bil Elektrik Bil Air Bil Indah Water Cukai Taksiran Cukai Pintu Penyelenggaraan Rumah Penyelenggaraan Kereta Penyelenggaraan Motor Bil Telefon Diri Sendiri Nafkah Isteri Nafkah Ibu Bapa Makan minum Anak - anak Petrol Kereta Petrol Motosikal Pengawal Jumlah Keseluruhan Aliran Kewangan Keluar Lain - lain

Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM) Peratusan (%) Sedekah Jumlah Keseluruhan Jumlah Aliran Masuk (RM) - Jumlah Aliran Keluar (RM) = Baki Positif / Negatif ______________________ - ______________________ = _________________

Page 96: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

95 | M u k a s u r a t

Aliran Kewangan Bulanan (Contoh 2) ____________ (Bulan/Tahun) Aliran Kewangan Masuk (Positif)

Pendapatan Jumlah (RM) Peratusan (100%) Gaji bersih Pendapatan lain Jumlah Keseluruhan 100% Aliran Kewangan Keluar Simpanan dan Pelaburan untuk Kebebasan Berhutang

Simpanan Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul (RM)

Peratusan (≥ 10%)

Dana Kecemasan (6 bln/1 thn) Dana Persaraan

Pelaburan ASB Tabung Haji AHB Jumlah Keseluruhan Aliran Kewangan Simpanan Jangka Panjang

Modal Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul (RM)

Peratusan (10%)

Modal Perniagaan Modal Saham Dana Kecemasan (6 bln/1 thn) Modal Unit Amanah Modal IPO Jumlah Keseluruhan Aliran Kewangan Perbelanjaan Jangka Panjang

Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul (RM)

Peratusan (10%)

Bercuti Pakaian Membeli Barangan Jumlah Keseluruhan

Page 97: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

96 | M u k a s u r a t

Aliran Kewangan Keluar Pembelajaran (Education) Jenis Pembelajaran Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul

(RM) Peratusan

(10%) Seminar Kelas - kelas Jumlah Keseluruhan Aliran Kewangan Keluar Sedekah (Charity)

Jenis Pembelajaran Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul (RM)

Peratusan (≥ 5%)

Pembinaan masjid Hari Jumaat Rumah Anak Yatim Jumlah Keseluruhan Aliran Kewangan Keluar Perbelanjaan

Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM) Peratusan (≤ 55%) Bil Elektrik Bil Air Bil Indah Water Cukai Taksiran Cukai Pintu Penyelenggaraan Rumah Penyelenggaraan Kereta Penyelenggaraan Motor Bil Telefon Diri Sendiri Nafkah Isteri Nafkah Ibu Bapa Makan minum Anak - anak Petrol Kereta Petrol Motosikal Pengawal Pinjaman Rumah 1 Pinjaman Kereta Pinjaman Motosikal Pinjaman PTPTN Insuran Rumah 1 Insuran Kereta Insuran Motosikal Insuran Diri Sendiri Dana Pengajian Anak-anak Jumlah Keseluruhan

Page 98: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

97 | M u k a s u r a t

Aliran Kewangan Harian (Contoh 1) ____________ (Bulan/Tahun)

Tarikh Jenis Wang Masuk Jenis Wang Keluar Jumlah (RM)

Page 99: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

98 | M u k a s u r a t

Jumlah Keseluruhan Jumlah Wang Masuk (RM) - Jumlah Wang Keluar (RM) = Baki Positif / Negatif ______________________ - ______________________ = _________________

Page 100: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

99 | M u k a s u r a t

Aliran Penyata Nilai Kewangan (Contoh 1) ____________ (Bulan/Tahun) Aset (Milik Anda) Kadar Kenaikkan (%) Jumlah (RM) Tunai Akaun Simpanan 1 Akaun Simpanan 2 Akaun Semasa 1 Syer Bank Rakyat Amanah Saham Bumiputera Amanah Hartanah Bumiputera Tabung Haji Unit Amanah EPF (KWSP) Aset Nilai Menaik Rumah 1 + (4 - 5% setahun) Aset Nilai Menurun Kereta - (10% setahun) Motosikal Jumlah Keseluruhan Liabiliti (Tanggungan Anda) Kadar Kenaikkan (%) Jumlah (RM) Pinjaman Berfaedah Peribadi 1 Rumah 1 Kereta 1 Motosikal Komputer Riba Pinjaman Tanpa Faedah Keluarga Kawan - kawan Jumlah Keseluruhan Jumlah Keseluruhan Aset - Jumlah Keseluruhan Liabiliti = Penyata Nilai Kewangan _____________________ - _______________________ = _____________________

Page 101: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

100 | M u k a s u r a t

Perjanjian Hutang (Contoh 1)

SURAT PERJANJIAN PINJAMAN (Perjanjian ini mempunyai 5 mukasurat)

Kami yang bertandatangan di bawah ini: Nama : .................................................................................................... Alamat : .................................................................................................... NRIC No : .................................................................................................... Selaku Pemberi Pinjaman, selepas ini disebut PIHAK PERTAMA. Nama : .................................................................................................... Alamat : .................................................................................................... NRIC No : .................................................................................................... Selaku Yang Meminjam, selepas ini disebut PIHAK KEDUA. 1. Bahawa Pihak Kedua bermaksud hendak meminjam sejumlah wang dari Pihak Pertama untuk ................................................................................................................ ................................................................... dan Pihak Pertama telah memasukkan wang yang dapat diteliti di bahagian Fasa 1. 2. Selanjutnya kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan Perjanjian Pinjaman mengenai wang di maksud di Fasa 1 nanti, yang diatur serta dengan mengguna ketentuan-ketentuan berikut: Fasa 1 : Jumlah Hutang Piutang (1) Nilai perjanjian hutang piutang yang disepakati oleh kedua pihak adalah wang sejumlah RM..................... ringgit sahaja (....................................................... Ringgit). (2) RM.................... (................................................................................... Ringgit) sudah dimasukkan ke akaun Pihak Kedua (Bank ........................ bernombor akaun ........................................) pada .................. jam .............. (Sila lihat Lampiran 1 - Bukti Pembayaran dilakukan kepada Pihak Kedua). Fasa 2 : Tarikh dan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman (1) Pinjaman ini berlaku bermula pada tarikh pengakhiran pembayaran yang dimasukkan oleh Pihak Pertama iaitu pada (.......................................letakkan tarikh). (2) Pihak Pertama dan Pihak Kedua telah bersetuju untuk mula membuat pembayaran dari tarikh ....................... dengan jumlah RM.................... sebulan dalam jangkamasa .........................bulan .......................tahun. Ini kerana Pihak Pertama tidak ingin membebankan (jumlah bayaran dan masa) Pihak Kedua dalam penyelesaian hutang pinjaman.

“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah waktu sehingga dia mampu. Dan bersedekah

Page 102: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

101 | M u k a s u r a t

(sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” Surah al-Baqarah, Ayat 280.

(3) Sekiranya Pihak Kedua sudah meninggal dunia, maka hutang ini harus dilangsaikan oleh isteri dan anak – anak Pihak Kedua. Begitu juga apabila Pihak Pertama meninggal dunia, Pihak Kedua harus menyambung pembayaran pinjaman tersebut kepada isteri Pihak Pertama. Dan sekiranya isteri Pihak Pertama meninggal dunia, pinjaman tersebut harus dibayar kepada anak – anak Pihak Pertama. Sekiranya pinjaman itu masih belum dilangsaikan apabila anak – anak Pihak Pertama meninggal dunia, maka Pihak Pertama mensyaratkan hutang tersebut didermakan kepada mana – mana rumah anak yatim yang dipersetujui oleh Pihak Kedua sekeluarga.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah SAW bersabda: “ Roh “orang mati “ yang beriman tergantung

(diawang-awangan) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”.

Fasa 3 : Cara Pembayaran Balik Hutang (1) Pihak Pertama mensyaratkan tempoh dan jumlah kepada Pihak Kedua dalam pembayaran hutang seperti yang termaktub dalam Fasa 2. (2) Pihak Pertama dan Pihak Kedua juga telah sepakat bahawa untuk memudahkan kedua belah pihak maka pembayaran dilakukan melalui Mesin ATM / Cash Deposit bank kepada : Bank: (........................................Nama Bank) No. Akaun : ....................................... Atas Nama Pihak Pertama : ....................................................................................... (3) Terkait dengan kegiatan ayat (2) Fasa 3, untuk setiap kali Pihak Kedua membuat pembayaran di Mesin ATM maka harus menyimpan bukti berupa slip/resit sebagai bukti pembayaran yang sah. Salinan slip/resit hendaklah diphotostat atau di imbas. Lalu diserahkan atau di emel kepada Pihak Pertama. Salinan yang asli di simpan oleh Pihak Kedua. Surat perjanjian ini dibuat di atas kertas secukupnya yang ditandatangani dan masing-masing dipegang oleh Pihak Pertama dan Pihak Kedua. Semoga Allah memberkati urusan ini dan memberi jalan mudah menyelesaikannya. Insya Allah.

Abdullah bin Ja’far, Rasulullah SAW bersabda: “Allah akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang berhutang (yang ingin melunasi hutangnya) sampai dia

melunasi hutang tersebut selama hutang tersebut bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Allah.” Riwayat

Ibnu Majah no. 240 Tarikh tandatangan: ……………………….. Tandatangan Pihak Pertama Tandatangan Pihak Kedua ………………………………….................. ……………………………………............ ( Nama Pihak Pertama ) ( Nama Pihak Kedua )

Page 103: Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan · PDF fileKepada . Bebas Kewangan "Kawal atau Dikawal" Nurussalam Aziz . Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

102 | M u k a s u r a t

Tandatangan Saksi I Tandatangan Saksi II …………………………………................ ……………………………………........... ( Nama Saksi Pertama ) ( Nama Saksi Kedua ) Tandatangan Saksi III (sekiranya Saksi I/II adalah perempuan) …………………………………............ ( Nama Saksi Ketiga ) Lampiran 1 ** Sila masukkan sebarang slip bank atau resit deposit tunai **