Dari Pengasingan Ke Penyatuan

5
Dari Pengasingan ke Penyatuan Sebelum merdeka, Dasar pecah dan perintah telah dilaksanakan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Dasar ini telah mengakibatkan proses segregrasi atau pengasingan etnik di Tanah Melayu lalu mengukuhkan pegangan ekonomi dan politik oleh British. Oleh itu, Malaysia mengutamakan integrasi iaitu penyatuan dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di negara ini. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Segregasi juga boleh berlaku melalui ( i ) pengasingan tempat tinggal, ( ii ) pengasingan pekerjaan, ( iii ) pengasingan sistem persekolahan dan pendidikan, ( iv ) perbezaan kepercayaan dan agama, ( v ) fahaman politik yang berbeza dan ( vi ) penggunaan akhbar yang berbeza.( Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi, 2014:3 ). Jika dilihat kepada sejarah di mana tanah melayu masih berada dalam gengaman British, dasar pecah dan perintah dilaksanakan lalu menyebabkan segregrasi dalam kalangan pelbagai etnik di mana kuasa British atas tanah Melayu bertambah kukuh disebabkan tiada

description

sejarah ,malaysia

Transcript of Dari Pengasingan Ke Penyatuan

Dari Pengasingan ke Penyatuan

Sebelum merdeka, Dasar pecah dan perintah telah dilaksanakan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Dasar ini telah mengakibatkan proses segregrasi atau pengasingan etnik di Tanah Melayu lalu mengukuhkan pegangan ekonomi dan politik oleh British. Oleh itu, Malaysia mengutamakan integrasi iaitu penyatuan dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di negara ini.Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Segregasi juga boleh berlaku melalui ( i ) pengasingan tempat tinggal, ( ii ) pengasingan pekerjaan, ( iii ) pengasingan sistem persekolahan dan pendidikan, ( iv ) perbezaan kepercayaan dan agama, ( v ) fahaman politik yang berbeza dan ( vi ) penggunaan akhbar yang berbeza.( Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi, 2014:3 ).Jika dilihat kepada sejarah di mana tanah melayu masih berada dalam gengaman British, dasar pecah dan perintah dilaksanakan lalu menyebabkan segregrasi dalam kalangan pelbagai etnik di mana kuasa British atas tanah Melayu bertambah kukuh disebabkan tiada perpaduan dapat dicapai oleh penduduk tanah melayu. Pengalaman segregasi yang pernah dilalui juga turut dirasai oleh penduduk di Afrika Selatan dimana undang-undang yang dikenali sebagai Dasar Aparteid menyebabkan berlakunya segregasi antara penduduk di Afrika Selatan itu.Integrasi pula adalah satu proses yang amat kompleks dalam tahap- tahap hubungan etnik dan boleh dilihat dari darjah kedekatan bermula dengan hubungan yang terpisah sehinggalah mencapai tahap hubungan yang sebati ( amalgamasi ) Ting (1987). Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan.

Cabaran Dalam Memupuk Integrasi di MalaysiaPerpecahan dalam masyarakat ialah punca utama yang menghalang proses integrasi di Malaysia. Antara faktor-faktor pencetus perpecahan dalam masyarakat adalah prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan etnosentrisme. Faktor-faktor ini secara tidak langsung membantutkan proses integrasi di Malaysia dan menyumbang dalam pembentukan konflik-konflik dan menggalakkan berlakunya perpecahan.Konflik-konflik ini juga dapat dilihat wujud akibat berlakunya perbezaan di antara kumpulan masyarakat dan juga etnik di Malaysia ini. Jika diperhatikan, perbezaan antara kumpulan masyarakat dan etnik lahir akibat wujudnya jurang yang besar dalam bentuk ekonomi, sosial, politik dan juga agama dan budaya di Malaysia ini.Jika dilihat kepada faktor ekonomi, penguasaan atau dominasi oleh sebilangan kaum telah merumitkan lagi proses integrasi di Malaysia di mana ia telah menyumbang kepada perbezaan pendapatan, pekerjaan, dan kemahiran kerja antara kaum-kaum di Malaysia. Situasi ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan jurang pendapatan dan juga menyebabkan kurangnya interaksi antara kaum lalu menebalkan semangat perkauman.Seterusnya ialah jurang sosial, atau perbezaan kedudukan lokasi kelas oleh kaum-kaum di Malaysia. Akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah oleh British sebelum merdeka telah melahirkan kedudukan lokasi yang berbeza dan berlakunya pemisahan fizikal antara kaum dan etnik di Malaysia. Situasi telah menyebabkan sesetengah kaum seperti cina duduk di bandar, melayu di kampung dan india di estet-estet. Ini telah mnyebabkan lahirnya kelas sosial seperti golongan atasan, pertengahan dan juga bawahan di Malaysia akibat wujudnya jurang pendapatan yang lahir akibat dasar British ini. Contohnya, kaum Cina yang tamat kontrak di lombong mempunyai duit atau modal untuk memulakan perniagaan mereka di bandar dan kaum melayu yang berada kampung hanya mampu mngamalkan sistem sara diri seperti bercucuk tanam untuk keperluan harian sahaja. Jurang kelas sosial ini akan membantutkan proses interaksi antara kaum.Selain dari itu, sistem pendidikan yang berasingan juga merumitkan masalah sosial di mana lahirnya sistem vernakular. Contoh, kaum cina akan menghantar anak mereka ke sekolah cina dan menggunakan Bahasa Mandarin. Ini akan mnyebabkan kadar interaksi antara kaum berkurangan kerana gagal untuk bertutur dalam Bahasa ibunda dan mengakibatkan kurangnya sikap patriotik kepada Negara. Dari sudut politik, politik perkauman akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan semangat perkauman jika satu etnik diberikan lebih kepentingan tanpa mengambil kepentingan semua kaum. Tambahan pula, parti politik akan cuba menggunakan isu perkauman dalam mengapi-ngapikan keadaan untuk mempeolehi undi semasa pilihan raya.( Straits Times, 1 ogos 1996). Contohnya kontrak sosial iaitu persetujuan yang dicapai semasa merdeka dalam merangka perlembagaan. Isu yang kerap dipolitikkan ialah keistimewaan orang melayu dan kedudukan agama islam. Ini akan mnyemarakkan lagi isu perkauman dan menghalang perpaduan antara kaum. Setiap kaum mempunyai budaya, agama dan istiadatnya dan bahasanya yang tersendiri. Perkara ini menyumbang besar dalam pengasingan antara kaum kerana akan berlakunya pilih kasih atau keutamaan diberikan kepada anggota dari kaum yang sama dalam bidang pekerjaan, dalam mencari sahabat, teman hidup. Konflik juga akan berlaku apabila, kaum yang lain tidak mengambil kira kepentingan kaum lain seperti waktu rehat untuk orang Islam dalam menunaikan solat semasa bekerja.