dasar

8
UNIT 6: DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA TUGASAN: Falsafah dan dasar pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pendidikan di Malaysia. Bincangkan hubungkaitan dan kepentingannya dalam pembangunan pendidikan negara. Aktiviti: Anda perlu mencari maklumat dari sumber perpustakaan dan internet. http://moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf 6.1 Berdasarkan Rajah 6.1 di bawah, berikan keterangan mengenai hubungan di antara falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN DASAR PENDIDIKAN SISTEM PENDIDIKAN -Memperkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. -Mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. -Mengeratkan perpaduan pelbagai kaum. -Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara. -Menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik. -Budaya Melayu, Cina dan India. -Sistem pendidikan seperti pendidkan prasekolah, pendidkan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepas menengah. -Prasekolah, pendidikan rendah dan menengah. KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 1

description

dasar falsafah pendidikan malaysia

Transcript of dasar

Page 1: dasar

UNIT 6: DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

TUGASAN: Falsafah dan dasar pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pendidikan di Malaysia. Bincangkan hubungkaitan dan kepentingannya dalam pembangunan pendidikan negara.

Aktiviti: Anda perlu mencari maklumat dari sumber perpustakaan dan internet. http://moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf

6.1 Berdasarkan Rajah 6.1 di bawah, berikan keterangan mengenai hubungan di antara falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN

DASAR PENDIDIKAN

SISTEM PENDIDIKAN

-Memperkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

-Mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

-Mengeratkan perpaduan pelbagai kaum.

-Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara.

-Menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

-Budaya Melayu, Cina dan India.

-Sistem pendidikan seperti pendidkan prasekolah, pendidkan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepas menengah.

-Prasekolah, pendidikan rendah dan menengah.

KPF

3012

: Per

kem

bang

an P

endi

dika

n di

Mal

aysi

a: F

alsa

fah

dan

Das

ar

1

Page 2: dasar

DasarInovasi

DasarSolusi

DasarKebajikan

DasarKawalan

DASAR-DASAR

PENDIDIKAN

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.2 Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentingan dasar-dasar pendidikan di Malaysia.

Rajah 6.2: Dasar-dasar pendidikan di Malaysia

Dasar Pendidika

n

Keterangan Contoh

Kebajikan -Usaha memperbaiki kebajikan danperkhidmatan dalam pendidikan

Pinjaman Buku Teks

Solusi Penyelesaian masalah• Memberi tumpuan kepada aspek sosial danekonomi• Tujuan: Mengatasi masalah yang timbul.

1 Murid, 1 Sukan

KawalanMendisiplin• Pencegahan, pengajaran, peringatan• Amaran lisan, amaran bertulis,penahanan, pemindahan, pemecatan.

Akta, peraturan, undangundang,disiplin, kod etika, tatatertib

Inovasi -Membawa pembaharuan dalamPendidikan.

Pengiktirafanpencapaian sekolah menerusi penjenamaanSekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi

KPF

3012

: Per

kem

bang

an P

endi

dika

n di

Mal

aysi

a: F

alsa

fah

dan

Das

ar

2

Page 3: dasar

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

Tinggi6.3 Bincangkan bagaimanakah dasar-dasar pendidikan memberikan pengaruh

terhadap pembangunan insan dan negara.

-Sistem pendidikan mulanya berteraskan daripada ibu bapa dan ahli kelurga. Ibu bapa akan mengajar semua kemahiran yang dimiliki Selain menerapkan nilai agama.

-Pendidikan semasa era penjajahan kurang signifikan dalam pembangunan modal insan kerana hala tuju pendidikan ini tidak memberi peluang kepada masyarakat melayu untuk mengembangkan kebolehan selain pendidikan bersifat bebas hingga berlaku perbezaan jurang dalam pendidikan hingga membantutkan pembangunan modal insan.

-Pada zaman pascamoden, rakyat diseru pendidikan mampu melahirkan modal insan iaitu penubuhan universiti untuk mengeluarkan tenaga pelatih.

selain itu, kerajaan memperkenalkan j-Qaf untuk memahirkan pelajar dalam tulisan jawi, Al-quran, Bahasa Arab dan fardhu ain untuk melahirkan insan yang cemerlang akdemik dan sahsiah.

-Sistem kolonial telah mempengaruhi pembangunan negara iaitu sistem pendidkan kolonial telah mengurangkan kadar bita huruf di tahap minimum. Pengurangan ini telah membantu pembangunan negara kerana petani menerima pendidkan 4 tahun persekolahan rendah.

-Mampu membasmi kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan menyediakan pendidikan kepada semua anggota.

-Kelahiran sumber tenaga yang membantu pembangunan negara dengan pendidikan bercorak kemahiran.

KPF

3012

: Per

kem

bang

an P

endi

dika

n di

Mal

aysi

a: F

alsa

fah

dan

Das

ar

3

Page 4: dasar

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 (DPK)

Bagaimanakah objektif DPK dapat dilaksana & dicapai?

Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:"Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi.

Apakah DPK?

Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.

Bagaimanakah DPK dibentuk?

Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

Apakah objektif DPK?

-Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu

.-Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.

KPF

3012

: Per

kem

bang

an P

endi

dika

n di

Mal

aysi

a: F

alsa

fah

dan

Das

ar

4

Page 5: dasar

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.5 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Bagaimanakah objektif dasar MBMMBI dapat dilaksana & dicapai?

-Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

-Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi

- Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun

-Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015.

Apakah MBMMBI?

Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

Bagaimanakah MBMBI dibentuk?

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.

Apakah objektif MBMMBI?

memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa dan memperkukuh Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu.

KPF

3012

: Per

kem

bang

an P

endi

dika

n di

Mal

aysi

a: F

alsa

fah

dan

Das

ar

5

Page 6: dasar

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.6 Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)

Bagaimanakah objektif 1M1S dapat dilaksana & dicapai?

-Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

-Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah.

-Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

Apakah dasar 1M1S?

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Bagaimanakah dasar 1M1S dibentuk?

Pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) di semua sekolah bermula 2011 adalah inisiatif Kementerian Pendidikan ke arah itu yang mendapat sokongan padu guru, murid dan ibu bapa. Kementerian Pendidikan komited untuk memastikan 1M1S dapat terus dilaksanakan dengan berkesan melalui pelbagai perancangan jangka pendek dan panjang membabitkan sekolah, guru serta murid. Dasar itu dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan.

Apakah objektif dasar 1M1S?

Meningkatkan kecergasan jasmani, Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni, Memupuk perpaduan di antara kaum, Membentuk budaya sukan di kalangan murid, Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal dan Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

KPF

3012

: Per

kem

bang

an P

endi

dika

n di

Mal

aysi

a: F

alsa

fah

dan

Das

ar

6