Dasar campur tangan british di nnm

9
DASAR CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI- NEGERI MELAYU MOHAMMAD SYAZWAN BIN JID JAMAL

Transcript of Dasar campur tangan british di nnm

Page 1: Dasar campur tangan british di nnm

DASAR CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-

NEGERI MELAYU

MOHAMMAD SYAZWAN BIN JID JAMAL

Page 2: Dasar campur tangan british di nnm

PENDAHULUAN Pada akhir abad ke -19, British berusaha

untuk campurtangan secara langsung di NNM dengan menggunakan pelbagai alasan antaranya perebutan takhta dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina.

Setelah berjaya ,British memperkenalkan pelbagai dasar bertujuan mengukuhkan kedudukan mereka contohnya pengenalan Sistem Residen

Page 3: Dasar campur tangan british di nnm

ISI 1 Keadaan huru-hara yang disebabkan oleh

Perang Saudara di negeri-negeri Melayu seperti  di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan . Perkembangan tersebut menyebabkan pemodal Eropah mendesak kerajaan British supaya campurtangan untuk memulihkan keamanan. Hal ini akan membantu kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar.Malahan masalah di negeri-negeri Melayu yang lain menyebabkan Kerajaan British di London mengarahkan Andrew Clarke terlibat secara langsung bagi menyelesaikan konflik raja-raja Melayu.

Page 4: Dasar campur tangan british di nnm

ISI 2 Di samping itu masalah kongsi gelap

Cina antara puak Hai San dan Ghee Hin  turut menyumbang ke arah perubahan dasar campur tangan British di Tanah Melayu. Kedua-dua puak seringkali terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan kegiatan perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk malahan pergaduhan kongsi gelap menyebabkan  kemusnahan banyak peralatan di lombong bijih timah.

Page 5: Dasar campur tangan british di nnm

ISI 3 British ingin menguasai sumber

mineral yang bernilai untuk pasaran antarabangsa tyang terdapat di Tanah Melayu. Selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan- bahan mentah begitu tinggi bagi menampung kadar permintaan yang semakin meningkat . Britain amat memerlukan bahan mentah khasnya bijih timah dan getah. Olehitu British di Tanah melayu bertindak menguasai sumber-sumber bahan mentah tersebut.

Page 6: Dasar campur tangan british di nnm

ISI 4 Campurtangan British secara langsung

di Tanah melayu juga didorong oleh perubahan dalam politik antarabangsa iaitu persaingan antara negara-negara barat untuk meluaskan wilayahnya khasnya di Tanah Melayu. Oleh itu, British bimbang dengan usaha-usaha pihak Eropah yang lain untuk menguasai Tanah Melayu. Pada ketika itu, kuasa-kuasa Eropah yang lain sedang giat mencari kedudukan di Asia Tenggara.

Page 7: Dasar campur tangan british di nnm

ISI 5 Perubahan politik di Britain

mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan tanah jajahan. 1874 Parti Konservatif menguasai parlimen England menyebabkan berlaku perubahan dasar luarnya. Andrew Clarke telah didesak supaya menjalankan dasar  yang lebih agresif terhadap Tanah Melayu .

Page 8: Dasar campur tangan british di nnm

ISI 6 Di samping itu pihak British

membangunkan pelbagai infrastruktur pengangkutan untuk memudahkan perhubunganmereka. Perdagangan anatara timur dengan barat semakin cepat dan singkat. Contohnya pembukaan Terusan Suez yang mampu memendekkan jarak perjalanan. Barangan dagangan dari Tanah Melayu akan mudah diangkut ke Negara Barat.

Page 9: Dasar campur tangan british di nnm

KESIMPULAN Campurtangan British secara langsung di

negeri-negeri Melayu telah mengakibatkan sistem politik  dan ekonomi tempatan mengalami perubahan yang ketara.Tujuan utama British campurtangan di Tanah Melayu ialah untuk menguasai sumber ekonomi .

Walaubagaimanapun campurtangan Barat menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terutama golongan pemerintah yang kehilangan hak dan kepentingan di Tanah Melayu.