Dasar Kokurikulum & Sukan

download Dasar Kokurikulum & Sukan

of 8

Transcript of Dasar Kokurikulum & Sukan

  • 7/23/2019 Dasar Kokurikulum & Sukan

    1/8

    Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan DKS-JPWPL:Januari2013

    1

    (Bil : DKS-JPWPL:Januari 2013)

    Dasar Kokurikulum Dan SukanJabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

    1. Penyediaan Draf Awal oleh Unit Kokurikulum Dan Unit Sukan,

    Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan.

    Tarikh : 931 Januari 2012

    2. Pembentangan Draf Awal Peringkat Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,

    Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan.

    Tarikh : 21 Februari 2012Tempat : Bilik Mesyuarat Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

    Hadir : Semua Staf Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

    3. Pembentangan Draf Dalam Mesyuarat Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,

    Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

    Tarikh : 27 Februari 2012

    Tempat : Bilik Seminar Raflesia, Kompleks Ujana Kewangan Labuan

    Hadir : Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Pengerusi Teknik Dan

    Pembangunan Sukan dan Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Kokurikulum

    4. Pemurnian Pertama Dasar Kokurikulum Dan Sukan

    Tarikh : 9 Ogos 2012

    Tempat : Bilik Mesyuarat SK Pekan Dua

    Hadir : Penolong Kanan Kokurikulum

    5. Pemurnian Kedua Dasar Kokurikulum Dan Sukan

    Tarikh : 3 Januari 2013

    Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

    Hadir : Penolong Kanan Kokurikulum

    6. Pembentangan Untuk Pengesahan Dasar Kokurikulum Dan Sukan

    Dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi,

    Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

    Tarikh : 7 Januari 2013

    Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

    7. Majlis Pelancaran Dasar Kokurikulum Dan Sukan

    Dalam Majlis Perhimpunan Guru 1Labuan

    Tarikh : 19 Januari 2013

    Tempat : Dewan Persidangan, Kompleks Ujana Kewangan Labuan

  • 7/23/2019 Dasar Kokurikulum & Sukan

    2/8

    Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan DKS-JPWPL:Januari2013

    2

    Dasar Kokurikulum Dan SukanJabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

    FUNGSI DAN PERANAN KOKURIKULUM DAN SUKAN

    Unit Kokurikulum Dan Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan sebagai

    perancang, pelaksana, pemantau dan penilai sebarang perkara yang berkaitan dengan

    kokurikulum dan sukan sekolah.

    Peranan dan fungsi ;

    Melaksanakan dasar sedia dan dasar baru kokurikulum Kementerian Pelajaran

    Malaysia yang terkini.

    Membida peruntukan dengan Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian dan

    Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Menyediakan program dan aktiviti peringkat negeri untuk guru dan murid.

    Menyedia pasukan negeri untuk penyertaan ke peringkat kebangsaan dan

    antarabangsa

    Menyedia pelaporan.

    MISI PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN

    Memberi ruang dan peluang kepada semua murid menjalankan kegiatan kokurikulum

    dan sukan di semua peringkat.

    VISI KOKURIKULUM DAN SUKAN

    Pelaksanaan kegiatan kokurikulum dan sukan di sekolah seimbang dengan keperluan

    akademik.

    DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM & SUKAN

    Dasar 1 : Tenaga Pengajar

    Dasar 2 : Penyertaan Murid

    Dasar 3 : Hari Rabu Hari Kokurikulum

    Dasar 4 : Dasar Sukan

    Dasar 5 : Penyertaan Aktiviti Peringkat Negeri, Kebangsaan Dan Antarabangsa

    Dasar 6 : Penilaian Kokurikulum Dan SukanDasar 7 : Penghargaan

  • 7/23/2019 Dasar Kokurikulum & Sukan

    3/8

    Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan DKS-JPWPL:Januari2013

    3

    DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

    1.1.Guru Penolong Kanan Kokurikulum adalah orang yang dipertanggungjawabkan

    sepenuhnya membantu Guru Besar / Pengetua memastikan semua aktiviti kokurikulum

    dan sukan di peringkat sekolah dilaksanakan serta mengurus penyertaan murid/pasukan

    sekolah ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

    1.2.Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti Kokurikulum & Sukan dikenali

    dengan gelaran

    1.2.1. Guru Penasihat/Pemimpin (guru kelab/persatuan/permainan)

    1.2.2. Guru Pegiring (jika mengiring murid menyertai aktiviti sekolah/negeri)

    1.2.3. Jurulatih /guru pembimbing kokurikulum dan sukan sekolah,

    1.2.4. Jurulatih Utama Kokurikulum/Sukan Negeri (JU)

    1.2.5. Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Kokurikulum Negeri (PTPK)

    1.2.6. Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Negeri (PTPS)

    1.2Semua guru adalah terlibat dan menjadi guru penasihat dalam :-

    1.2.1. Kelab dan Persatuan .

    1.2.2. Pasukan Badan Beruniform .

    1.2.3. Sukan dan Permainan .

    1.2.4. Kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh menteri.

    1.3 Semua guru penasihat perlu melaksanakan perkara-perkara berikut :-

    1.3.1. Memastikah semua bidang kokurikulum dan sukan dilaksanakan.

    1.3.2. Menggubal perlembagaan kelab dan persatuan yang ada di sekolah.

    1.3.3. Memastikan kelab dan persatuan berdaftar dengan badan induk.

    1.3.4. Mempunyai tauliah yang sah daripada badan induk.

    1.3.5. Melantik Jawatankuasa setiap unit di bawah kawalan.

    1.3.6. Mendaftar murid dengan badan induk.

  • 7/23/2019 Dasar Kokurikulum & Sukan

    4/8

    Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan DKS-JPWPL:Januari2013

    4

    1.3.7. Merekod kehadiran murid setiap perjumpaan/aktiviti.

    1.3.8

    Melaksanakan aktiviti harian,mingguan dan tahunan.

    1.3.9. Menyimpan rekod penglibatan dan pencapaian murid.

    1.3.10

    Menyediakan statistik lengkap yang sentiasa kemaskinidari segi jumlah

    dan peratus penglibatan murid mengikut kelab dan persatuan.

    1.3.11

    Menyediakan Pelaporan Tahunan.

    DASAR 2 : PENYERTAAN MURID

    2.1 Semua murid sekolah rendah Tahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) dan sekolah menengah(Tingkatan 1 6) diwajibkan menyertai kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :-

    2.1.1.Kelab dan Persatuan

    2.1.2.Pasukan Badan Beruniform

    2.1.3.Sukan dan Permainan

    2.2. Bilangan masa yang ditetapkan untuk sekolah rendah (mengikut SPI bil 2/2007)

    2.2.1. Tahun 3 dan 4, 60 minit seminggu

    2.2.2. Tahun 5 dan 6, 120 minit seminggu

    2.3. Bilangan masa yang ditetapkan untuk sekolah menengah (mengikut SPI bil 2/2007)

    2.3.1. Jurusan teknik dan vokasional - 120 minit seminggu

    2.3.2.Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Jurusan Lain

    - 180 minit seminggu .

    2.4 . Semua murid Tahun 3, digalakkan menyertai ketiga- tiga bidang di atas dengan

    kebenaran ibubapa.

    2.5. Semua murid diberikan kebebasanuntuk memilih kegiatan yang ingin disertai

    berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.

  • 7/23/2019 Dasar Kokurikulum & Sukan

    5/8

    Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan DKS-JPWPL:Januari2013

    5

    2.6. Semua murid diwajibkan hadir semasa kegiatan dijalankan:-

    2.6.1. Pasukan Badan Beruniform

    2.6.1.1 18 Kali perjumpaan atau lebih setahun

    (Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian pelajaran Malaysia)

    2.6.1.2 12 Kali perjumpaan atau lebih setahun(Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK),

    Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia)

    2.6.2. Kelab dan Persatuan - 12 kali perjumpaan atau lebih setahun

    2.6.3. Sukan dan permainan 12 kali perjumpaan atau lebih setahun.

    DASAR 3 : HARI RABU HARI KOKURIKULUM

    3.1. Semua kegiatan /aktiviti kokurikulum dijalankan pada hari Rabu di luar waktu

    pembelajaran dan pengajaran (PdP).

    3.2. Semua murid wajib memakai pakaian pasukan badan beruniform (PBB) lengkap

    mengikut unit masing-masing semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP)(SPI bil 8/2007).

    3.3. Sebelum atau selepas sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP), semua murid diwajibkan

    memakai pakaian pasukan badan beruniform (PBB) lengkap ATAU pakaian

    aktivitimengikut unit yang telah dijadualkan pada hari tersebut.

    3.4. Sebelum atau selepas sesi persekolahan semua guru diminta memakai pakaian pasukan

    badan beruniform (PBB) lengkap ATAU pakaian aktivitimengikut unit yang telah

    dijadualkan pada hari tersebut.

    3.5. Perhimpunan Khas Kokurikulum mesti diadakan pada hari Isnin minggu ketiga setiap

    bulan (mengikut jadual perhimpunan sekolah) atau hari Rabu (sebagai pilihan jika perlu)

    3.6. Pihak sekolah boleh membatal/menangguhkan perjumpaan/aktiviti atas arahan Pengarah,

    Pengetua dan Guru Besar sebab berikut :-

    Cuaca buruk ( hujan lebat, ribut petir, banjir dan sebagainya).

    Ada aktiviti utama yang berlangsung di sekolah.

    Cuti khas yang diumumklan oleh kerajaan.

    3.7. Notis/pengumuman mengenai hari perjumpaan/aktiviti hendaklah dibuat sekurang-

    kurangnya 2 hari lebih awal. Ini memberikan tempoh masa yang cukup kepada

    ibubapa/penjaga merancang pengangkutan dan makan anak/jagaan masing-masing.

  • 7/23/2019 Dasar Kokurikulum & Sukan

    6/8

    Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan DKS-JPWPL:Januari2013

    6

    3.8. Sekiranya hari perjumpaan/aktiviti hendak dibatalkan/ditunda, maka notis/pengumuman

    mengenai pembatalan mestilah dimaklumkan kepada muridsekurang-kurangnya 1

    hari sebelumhari perjumpaan/aktiviti. Pihak sekolah tidak dibenarkanmembuat

    pengumuman pada hari yang sama di mana perjumpaan/aktiviti akan diadakan, kerana

    pemberitahuan secara mengejut, akan menimbulkan masalah keselamatan, disiplin dan

    pengurusan pengangkutan murid-murid.

    Dasar 4 : DASAR SUKAN

    Sukan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Sukan Untuk Semua(SUS) dan Sukan

    Untuk Kecemerlangan (SUK)

    4.1. Sukan Untuk Semua (SUS) 1M1S

    4.1.1. Penglibatan murid Tahap Dua (tahun 4,5 &6) di Sekolah Rendah,

    dan Kelas Peralihan sehingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah

    adalah wajib.

    4.1.2. Murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan

    juga wajib mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

    4.1.3. Murid tahap 1 (Pra sekolah, tahun 1,2 & 3) adalah digalakan

    untuk menyertai aktiviti sukan & permainan.

    4.1.4. Sebarang ativiti latihan sukan di peringkat sekolah mestilah

    dijalankan pada waktu petang sebagai langkah Melindungi Masa

    Instruksional (MMI)

    4.1.5. Kejohanan Balapan & Padang peringkat sekolah mestilah

    dilaksanakan selepas Bulan Jun. Bagi aktiviti lain boleh

    dilaksanakan sepanjang tahun (cth merentas desa, sukantara dll)

    4.1.6. Masa yang diperuntukkan adalah 90 minit seminggu, minimum 12

    kali setahun (SM), 60 minit seminggu, minimum 12 kali

    setahun (SR).

  • 7/23/2019 Dasar Kokurikulum & Sukan

    7/8

    Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan DKS-JPWPL:Januari2013

    7

    DASAR 5 : AKTIVITI PERINGKAT NEGERI, KEBANGSAAN DAN

    ANTARABANGSA.

    5.1. Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat negeri, kebangsaan

    dan antarabangsa, sama ada di bawah kelolaan kementerian, jabatan dan agensi luar

    mestilah mendapat kelulusan pengarah.

    5.2. Permohonan untuk penyertaan mestilah sekurang-kurangnya

    5.2.1 Dua minggu sebelum tarikh program untuk peringkat negeri,

    5.2.2 Satu bulan untuk peringkat kebangsaan

    5.2.3 Tiga bulan untuk peringkat antarabangsa.

    5.3. Tujuan penyertaan mestilah atas dasar memberi peluang penyertaan, penglibatan dan

    pendedahan di kalangan murid dan bukannya atas tujuan sebagai memeriahkan ataumeramaikan acara/program.

    5.4. Setiap 10 orang murid atau kurang mesti diringi oleh seorang guru

    pengiring/pembimbing (nisbah 10:1) dan sekiranya ada murid perempuan mesti diringi

    oleh guru perempuan.

    5.5. Murid mestilah mendapat kebenaran ibubapa/penjaga secara bertulis.

    5.6. Guru pengiring/pembimbing mesti menjaga kebajikan dan keselamatan murid termasuk

    perjalanan pergi dan balik ke tempat program.

    5.7.Pihak penganjur bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan sepanjang

    tempoh program dijalankan.

    5.8.Guru pengiring /pembimbing wajib bersama-sama murid sepanjang masa semasa aktiviti .

    5.9. Penyertaan dan penglibatan murid di peringkat negeri mestilah tidak melibatkan waktu

    pembelajaran dan pengajaran (PdP). Sekiranya melibatkan waktu tersebut, pihak

    pengelola/penganjur mestilah mendapatkan kebenaran pengarah.

    DASAR 6 : PENILAIAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM DAN SUKAN

    6.1. Penilaian pencapaian kokurikulum dan sukan murid wajib dibuat sepanjang tempoh

    persekolahan. Penilaian di sekolah rendah merangkumi tahun 4,5 dan 6 (Tempoh 3 tahun

    persekolahan) dan sekolah menengah merangkumi tingkatan 1-5 (Tempoh 5 tahun

    persekolahan), manakala penilaian untuk tingkatan 6 merangkumi tingkatan 1- 6 Atas

    (Tempoh 7 tahun persekolahan)

  • 7/23/2019 Dasar Kokurikulum & Sukan

    8/8

    Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan DKS-JPWPL:Januari2013

    8

    6.2. Penilaian kokurikulum dan sukan murid hendaklah dibuat berdasarkan garis panduan

    yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu penilaian markah 10% ke

    IPTA (Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian) dan Sistem (Pentaksiran Aktiviti Jasmani,

    Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK), Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kem.Pelajaran Malaysia .

    6.3. Sekolah hendaklah menyedia dan menyerahkan pelaporan bertulispencapaiankokurikulum dan sukan murid kepada ibubapa setiap akhir tahun.

    6.4. Sekolah hendaklah menyimpan rekod kokurikulum dan sukan murid dengan baik dan

    teratur untuk tujuan rujukan, pemantauan dan penilaian. Jika ada murid berpindah dari

    sekolah lain, pihak sekolah hendaklah mendapatkan rekod kokurikulum dan sukan dari

    sekolah asal murid tersebut. Pihak sekolah juga hendaklah membekalkan maklumat yang

    serupa jika ada murid yang berpindah ke sekolah lain.

    6.5.Sekolah mestilah membuat penilaian dan pengiraan bagi

    6.5.1 Gred Point Average (GPA) dan Cumulative Gred Point Average CGPA murid.

    6.5.2 Gred Purata Pencapaian Persatuan/Kelab.

    6.5.3 Gred Purata Pencapaian Kokurikulum Sekolah (GPS)

    DASAR 7 : PENGHARGAAN

    7.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama

    sekolah dan Jabatan Pelajaran melalui pelbagai kegiatan Kokurikulum & Sukan

    berbentuk :-

    Barangan, trofi, medal atau Wang Tunai

    Sijil Penghargaan

    7.2. Setiap kejayaan murid diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa mestilahdiumumkan dalam majlis sekolah seperti semasa perhimpunan mingguan atau

    perhimpunan Kokurikulum & Sukan (HRHK). Hadiah-hadiah dan sijil hendaklah

    dipamerkan pada ruang /sudut khas (Hall of Fame/galeri).

    7.3 Mewujudkan Anugerah Khas kepada murid/pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum

    dan sukan seperti Anugerah Kokurikulum & Sukan Sekolah dan Anugerah Gemilang

    Kokurikulum & Sukan Unit/Sektor/Jabatan.

    7.4. Setiap penglibatan dan pencapaian mestilah direkodkan .

    7.5. Penghargaan hendaklah diberikan kepada guru yang terlibat.