Dasar Laissez
-
Upload
lethchumy-segar -
Category
Documents
-
view
315 -
download
2
Transcript of Dasar Laissez
SOALAN 2
Dasar laissez-faire Inggeris dalam pendidikan sebelum merdeka telah memberi
kesan kepada ketidakseragaman sistem pendidikan di Malaysia. Jelaskan
berserta contoh kesan – kesan tersebut.
Amalan dan dasar pendidikan negara pada zaman penjajah adalah sangat
berbeza. Peluang untuk bersekolah juga didapati tidak seimbang kerana kerajaan
British tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Pentadbiran pendidikan di Tanah
melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu “pecah dan perintah” serta
dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular yang juga
merupakan laissez-faire. Kerajaan British telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam
bidang pendidikan yang telah menyebabkan wujudnya lima jenis persekolahan dalam
zaman pemerintahan British. Jenis – jenis persekolahan tersebut ialah Sekolah
Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil, Sekolah
Vernakular Inggeris, Sekolah Agama Madrasah. Tiap – tiap sosial persekolahan itu
dibiarkan berkembang mengikut haluan sendiri.
Kesan daripada sosial persekolahan yang berbeza-beza pada zaman
pemerintahan Inggeris ini telah menimbulkan situasi rumit dalam usaha keseragaman
dan integrasi nasional. Kewujudan vernakularisme dalam pendidikan zaman British juga
telah menyebabkan jurang ekonomi dan sosial semakin ketara di kalangan penduduk
tanah Melayu pada masa itu. Pelajar daripada sekolah – sekolah tersebut mempunyai
nilai ekonomi dan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan pelajar
lepasan sekolah Vernakular Melayu, Cina dan Tamil.
Kerajaan British langsung tidak berhasrat memajukan bidang pendidikan semasa
memerintah tanah Melayu kerana beranggapan pendidikan untuk kaum Melayu
khususnya tidak mendatangkan faedah, sebaliknya kewujudan berpendidikan akan
menimbulkan kesedaran bagi mereka untuk menentang kerajaan.
Sistem pendidikan Inggeris ini memberi gambaran bahawa pemerintahan
colonial tidak berminat membangunkan rakyat melalui sistem pendidikan.
Persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi
pendidikan Inggeris yang mengabaikan soal pendidikan yang tunggal yang dapat
mendidik dan menyatukan anak – anak daripada semua kaum di tanah Melayu.
Kewujudan sistem pendidikan dalam zaman Inggeris ini telah mewujudkan
polarisasi di Tanah Melayu. Faktor seperti politik,ekonomi, sosiobudaya dan agama
pula telah merangsang lagi isu polarisasi di Tanah Melayu khususnya disebabkan oleh
sistem pendidikan British yang telah di amalkan. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat
menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang
kaum. Orientasi pendidikan yang sumbang ini telah menekan dan mengekalkan
tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.
Dasar laissez adalah dasar yang mengandungi banyak autonomi, lebih kepada
keputusan sendiri, tidak ada sebarang penyeliaan, tidak dapat menetapkan matlamat,
kekurangan interaksi serta pengurusan yang lemah. Ketua memberi kebebasan
sepenuhnya kepada ahli untuk membuat keputusan. Tambahan pula, ketua tidak
membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh
ahli. Ketua juga tidak menentukan tugas dan tanggungjawab ahli. Ketua tidak
menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan ahli. Selain itu, ketua memberi
tanggungjawab sepenuhnya kepada ahli dan kadangkala ahli mengambil tugas ketua.
Kesan daripada dasar tersebut, wujud masalah disiplin, kualiti kerja sangat
kurang. Kadar motivasi kendiri adalah sangat rendah. Interaksi antara ketua dan ahli
bebas atau tidak ada sempadan langsung. Selain itu, berlaku semangat kekitaan
sangat yang rendah.
Peluang untuk bersekolah juga didapati tidak seimbang kerana kerajaan british tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas.
Lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan british. Jenis – jenis persekolahan tersebut ialah sekolah vernakular melayu, sekolah vernakular cina, sekolah vernakular tamil, sekolah vernakular inggeris, sekolah agama madrasah
Vernakularisme menimbulkan situasi rumit dalam usaha keseragaman dan integrasi nasional.
Mempunyai nilai ekonomi dan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan pelajar lepasan sekolah vernakular melayu, cina dan tamil.
Menimbulkan kesedaran bagi mereka untuk menentang kerajaan.
Kerajaan british langsung tidak berhasrat memajukan bidang pendidikan semasa memerintah tanah melayu kerana beranggapan pendidikan untuk kaum melayu khususnya tidak mendatangkan faedah
Tidak berminat membangunkan rakyat melalui sistem pendidikan
Persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan inggeris
Telah mewujudkan polarisasi di tanah melayu
.Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka. Wujud masalah disiplin, kualiti kerja sangat kurang. Kadar motivasi
kendiri adalah sangat rendah
Kadar motivasi kendiri adalah sangat rendah. Interaksi antara ketua dan ahli bebas atau tidak ada sempadan langsung. Selain itu, berlaku semangat kekitaan sangat yang rendah
Peta minda