Dasar Pendidikan Malaysia

download Dasar Pendidikan Malaysia

of 12

description

ptk dg44

Transcript of Dasar Pendidikan Malaysia

Aspek Kompetensi Professional

Soalan Latihan Aspek Kompetensi ProfessionalPerkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan dari Perspektif Sejarah

1. Laporan ini telah dijadikan Akta Pelajaran 1961A) Penyata Cheeseman

B) Penyata Barnes

C) Penyata Rahman Talib

D) Penyata Razak

1a. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1949 untuk menyatukan semua sekolah vernakular iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina dan Tamil, hasilnya satu laporan disediakan, laporan tersebut ialah :

A) Laporan Barnes

B) Laporan Fenn-Wu

C) Laporan Cheeseman

D) Laporan Rahman Talib 2. Laporan Razak dan Rahman Talib telah menunjukkan terdapatnya manifestasi terhadap sekolah wawasan pada hari ini. Bagaimanakah perpaduan dapat dicapai melalui sekolah wawasan itu ?

A) memerlukan persefahaman,tolak ansur dan kerjasama

B) kesepakatan dan pemupukan nilai budaya antara kaum

C) menentukan dasar yang jelas tentang sekolah wawasan

D) memerlukan infrastruktur yang mencukupi,selesa dan sesuai

3. Antara matlamat pendidikan yang terkandung dalam Laporan Kabinet 1979 ialah Pembentukan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih menerusi sistem pendidikan

Strategi yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat di atas

A) memberi penekanan ke atas pendidikan Islam dan silang budaya

B) mewajibkan gerak kerja kokurikulum dan aktiviti luar ke atas semua pelajar

C) memberi tumpuan ke atas pendidikan moral, agama, disiplin dan ko kurikulum

D) memberi tumpuan yang lebih semasa pengajaran pembelajaran dalam semua bidang

4. Persamaan objektif yang ketara yang cuba dicapai oleh Penyata Razak, Laporan Rahman Talib (1960) dan Laporan Kabinet (1979) ialah

A) meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kurikulum

B) memupuk perpaduan kaum melalui sistem pendidikanC) menghasilkan tenaga kerja mahir untuk membangunkan negara

D) menubuhkan sekolah-sekolah teknik dan vokasional.

Matlamat penting dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberikan sumbangan kepada kemakmuran masyarakat dan negara

Antara strategi yang telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan adalah:

I. menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama

II. menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin

III. memperluas pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978

IV. mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin

V. menambahkan peruntukan bagi meningkatkan bilangan sekolah wawasan

A) I, II dan III sahaja

B) II, III dan IV sahaja

C) I, II, III dan IV sahaja

D) I, III, IV dan V sahaja

Sistem persekolahan yang sama bagi semua Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa pengantar di semua peringkiat persekolahan

Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang mengandungi kandungan yang sama dan bercorak kebangsaan.

Penyataan di atas bertepatan dengan

E) Penyata Razak 1956

F) Akta Pelajaran 1961G) Laporan Kabinet 1979H) Laporan Rahman Talib 19605. Mengapakah wujudnya sekolah berbagai-bagai aliran di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British? A. Permintaan daripada penduduk di Tanah Melayu B. Sikap penjajah Britisah yang cuba memecahkan perpaduan kaum di Tahan Melayu melalui sistem pendidikan penjajah C. British ingin mengambil hati penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui sistem pendidikan yang mesra penduduk D. Penjajah British ingin memberikan peluang pendidikan yang luas kepada penduduk Tanah Melayu6. Oleh sebab negara ini amat memerlukan tenaga rakyat mahir pada peringkat pertengahan demi pembangunan negara, maka adalah diperakukan agar pengeluaran tenaga rakyat pada peringkat ini dipertingkatkan. *

Pernyataan di atas terkandung dlm Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

Antara yg berikut, yg berikut, yg manakah cara yg diambil oleh pihak kerajaan utk merelisasikan cadangan itu?

I Mempelbagaikan kursus di politeknikII Membina Maktab Rendah Sains MARA yg lebih banyakIII Membuka peluang belajar di politeknik kpd mereka yg sudah bekerjaIV menawarkan kursus di politeknik kpd pelajar lepasan SPMA. I dan ll sahaja

B. II dan IV sahajaC. III dan IV sahajaD. I dan lll sahaja7. Laporan Barnes mendapat tentangan yg hebat drp masyarakat Cina & India di Tanah Melayu keranaA. masyarakat Melayu menerimanya dgn terbukaB. akan berlaku peluasan pengaruh bahasa InggerisC. bahasa & budaya masyarakat Cina & India akan terhakisD. masyarakat Cina & India tidak boleh lagi menggunakan kurikulum dr negara China & India8. Dasar pihak British terhadap bidang pendidikan pada zaman penjajahannya di Tanah Melayu ialahA. menggalakkan penduduk Tanah Melayu bersekolah B. menggalakkan penduduk tanah melayu menguasai kemahiran ketukangan C. enggan mencampuri urusan meningkatkan pemikiran masyarakat peribumi D. membantu penduduk Tanah Melayu menguasi ilmu pengetahuan dgn berkesan9. * 2 jenis sekolah menengah ditubuhkan, iaitu sekolah vokasional & sekolah akademik ** Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar *

Pernyataan di atas terkandung dlm

A. Laporan RazakB. Laporan BarnesC. Laporan Rahan TalibD. Laporan Jawatankuasa Kabinet

10. Pada umumnya, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 menekankan hal mewujudkanA. integrasi kaumB. persaingan antara kaum dlm bidang pelajaran C. sekolah yg berteraskan kehendak peredaran masa D. pembangunan guna tenaga manusia untuk jangka pendek dan jangka panjangAkta Pendidikan 1996 dan Pindaan 2002 Bahagian 4

1. Apakah Tujuan utama Akta Pendidikan 1996?A) Untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia

B) Menjayakan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju

C) Menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang perlu dalam dunia

D) Memastikan pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2. Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996 memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan dan menyenggara tadika. Seksyen ini membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.

Pernyataan di atas dapat direalisasikan dengan cara

A) semua tadika akan diambilalih oleh kementerian

B) semua tadika akan menggunakan sukatan pelajaran yang sama

C) semua tadika akan mempunyai kemudahan infrastruktur dan sukatan pelajaran yang sama

D) semua guru tadika akan menjalani kursus perguruan yang sama dengan menggunakan kurikulum yang sama

3. Satu daripada perkara yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 dengan ialah

A) Akta Pendidikan 1996 berlandaskan hasrat wawasan2020 dan Falsafah Pendidikan Negara

B) Seksyen 18 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan yang sama

C) Seksyen 19 Akta Pendidikan1996 memperuntukkan semua murid di sekolah perlu menduduki peperiksaan tanpa kecuali

D) Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 memperjelaskan tentang sistem pendidikan merangkumi semua peringkat dan jenis sekolah termasuk sekolah ekspatriat

4. Seksyen 21, Akta Pendidikan 1996 memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan dan menyenggarakan prasekolah.

Implikasi daripada pelaksanaan seksyen tersebut ialah

II. pendidikan prasekolah diinstitusikan sebagai sebahagian daripada pendidikan formal

III. semua prasekolah menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang dikeluarkan oleh kementerian pendidikan

IV. kementerian pendidikan menyediakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak di luar bandar

V. semua prasekolah swasta wajar menyelaraskan kurikulum mengikut ketetapan menteri pendidikan

VI. semua kanak-kanak mesti mengikuti pelajaran di prasekolah sebelum masuk tahun 1

A) I, II dan III sahaja

B) I, II dan IV sahaja

C) II, III dan V sahaja

D) III, IV dan V sahaja

5. Mengikut Akta Pendidikan 1996, kanak-kanak yang mencapai umur 6 tahun pada pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan, kanak-kanak tersebutA) perlu didaftarkan di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid sekolah rendah sehingga tamatB) Ibu bapa bebas untuk menentukan hak asasi anak mereka sama ada hendak didaftar di sekolah rendah atau tidak

C) Kanak-kanak pintar cerdas berumur 6 tahun tidak perlu dihantar ke sekolah rendah dan tunggu untuk memasukki sekolah menengah

D) Sebelum ke tahun 1, sekolah rendah, kanak-kanak adalah wajib menghadiri prasekolah kelolaan kerajaan

6. Dalam Akta Pendidikan 1996, Sistem Pendidikan Kebangsaan meliputiI. Pendidikan Prasekolah

II. Pendidikan Rendah

III. Pendidikan Tinggi

IV. Pendidikan Swasta

A. I II dan lll sahaja

B. I, II dan IV sahaja

C. II, lll dan IV sahaja

D. I, lll dan IV sahaja

7. Antara yg berikut, yg manakah aspek yg diberikan penekanan dlm akta Pendidikan 1996? A.Mengawal selia pendidikan swastaB.Mengadakan kurikulum ala Malaysia C.Menekankan penguasaan pendidikan asasD. Mengadakan dua jurusan pendidikan peringkat menengah atas, iaitu jurusan akademik & jurusan vokasional8. Menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia ** Menyelaraskan pendidikan prasekolah ** Mengawal sistem pendidikan swasta *

Pernyataan di atas terkandung dalamA. Akta Pelajaran 1961B. Akta Pendidikan 1996C. Ordinan Pelajaran 1957D. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979Kurikulum Pendidikan Kebangsaan

1. Di antara berikut adalah peraturan-peraturan Pendidikan Pra sekolah 1997 kecualiA) Kurikulum ditentukan ketua pendaftar

B) Penilaian berdasarkan domain kognitif, afektif dan psikomotor

C) Bahasa sendiri boleh digunakan dengan syarat Bahasa Melayu diajar bersama

D) Kurikulum di semua pra-sekolah diselaraskan

2. Prasekolah swasta dikendaki mengikut perkara 22 Bahagian 4 yang telah ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. Bahagian ini menetapkan

A. Wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah

B) Tidak perlu guna Kurikulum Kebangsaan Prasekolah kerana Prasekolah swasta tidak tertakluk kepada akta

C) Perlu guna Kurikulum Kebangsaan apabila ada murid yang akan ke sekolah kebangsaan

D) Guna Kurikulum Kebangsaan hanya diarah berbuat demekian3. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan generasi yang seimbang dan harmonis selaras dengan wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan 2020

Oleh itu fungsi dan peranan guru dalam merealisasikan matlamat tersebut perlu dilihat dari segi

A) pembinaan potensi individu berasaskan aspek nilai

B) memupuk potensi individu melalui integrasi komponen kemahiran dan pengetahuan

C) mengembangkan potensi individu berasas kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

D) membentuk potensi individu ke arah melahirkan insan yang berketrampilan dan harmonis

Rajah 1

Rajah 1 di atas menggambarkan konsep insan seimbang yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Manakah antara faktor berikut yang menjadi kekangan utama ke arah pencapaian hasrat tersebut

A) Globalisasi

B) Orientasi peperiksaan

C) Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi

D) Kenaikan darjah secara otomatik (Automatic Promotion)

4. Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) berkongsi padang sekolah, tapak perhimpunan dan kantin, jenis sekolah ini ialah :

A) Sekolah Mesra

B) Sekolah Penyayang

C) Sekolah Wawasan

D) Sekolah Perpaduan

5. Cikgu X yang mengajar di sekolah menengah mengajar dengan berlandaskan kepada prinsip KBSM, dia sentiasa menekankan pendidikan bersepadu, tumpuan perkembangan pelajar yang diperlu diberi perhatian ialah

I. kognitif

II. psikomotor

III. afektif

IV. spiritual

A) I dan II sahaja

B) II dan III sahaja

C) I, ll dan lll sahaja

D) Il, lll dan IV sahaja

6. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan di semua sekolah adalah hasil daripada syor

A) Laporan Murad

B) Laporan Razak

C) Laporan Kabinet (1979)

D) Laporan Rahman Talib

7. Cikgu Salmah mengajar di sebuah kelas KBSM, dalam usaha ke arah membentuk insan hormonis dan seimbang, dia hendaklah menekan pada

I. perkembangan intelek

II. mementing emosi diri

III. perkembangan rohani

IV. kepatuhan kepada Tuhan

A) l dan ll sahaja

B) II dan lll sahaja

C) Ill dan IV sahaja

D) I, lll dan lV sahaja

8. Utk menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dgn lebih berkesan, guru2 haruslah

I memahami Falsafah Pendidikan NegaraII ingin meletakkan status guru di tempat yg muliaIII gemar mencetuskan semangat belajar di kalangan muridIV menghayati konsep yg ada dlm KBSR dan KBSMA. I dan ll sahajaB. Ill dan lV sahaja

C. I, lll dan IV sahaja

D. II, III dan IV sahaja9. KBSR & KBSM diwujudkan pada tahun 1980-an kerana adanya kesedaran masyarakat tentangA. pentingnya kurikulum pendidikan yang lebih dinamikB. pentingnya ilmu pengetahuan pada masa yang akan datangC. perlunya mewujudkan semangat kebangsaan di kalangan rakyatD. perlunya keseimbangan pembangunan insan Nilai dan Sikap

Pernyataan-pernyataan di atas paling tepat menerangkan

A) Kod Etika GuruB) akauntabiliti guruC) Falsafah Pendidikan GuruD) Piagam Perkhidmatan Pengurusan

1. Cikgu L sanggup membelanjakan sebahagian besar wang gajinya untuk meningkatkan kecekapan ikhtisasnya dengan melakukan pengkajian dan penyelidikan di samping menghadiri kursus serta seminar bagi meningkatkan mutu pelajarannya

Tindakan yang dilakukan oleh Cikgu L menunjukkan keupayaan memiliki nilai akauntabiliti terhadap

A) pelajar

B) negara

C) ibu bapa

D) profesion

2. Manakah antara pernyataan berikut menggambarkan akauntabiliti guru dalam pengajaran dan pembelajaran?

I. Memahami dan menghayati etika profesion keguruan

II. Merancang kelas tambahan bagi murid semasa cuti sekolah

III. Meningkatkan tahap pengetahuan dan keyakinannyaIV. Menilai kemajuan murid secara adil dan saksamaA) I, ll dan lll sahajaB) I, ll dan IV sahajaC) II, lll dan IV sahajaD) I, lll dan IV sahaja3. Etika Profesion Perguruan merangkumi .....A) Tanggungjawab terhadap pelajar, ibubapa, rakan sejawat , masyarakat, dan negara

B) Tanggungjawab terhadap Kementerian Pelajaran, ibubapa, rakan professional dan masyarakat

C) Tanggungjawab terhadap keluarga, sekolah, masyarakat dan negara

D) Tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, dan negara

4. Manakah di antara kenyataan tentang tanggungjawab guru yang tidak terkandung dalam Etika Professional Perguruan

A) Tanggungjawab terhadap tugasB) Tanggungjawab terhadap pelajarC) Tanggungjawan terhadap ibubapa

D) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

5. Tanggungjawab terhadap pelajar merupakan satu daripada Kod Etika Profession Perguruan, yang mana satu merupakan tanggungjawab utama terhadap pelajar

A) merahsiakan maklumat sulit / ikhtisas pelajar

B) memastikan semua pelajar lulus dalam peperiksaan

C) menganjur kursus motivasi untuk pelajar yang hadapi masalah

D) melapor serta merta kepada pengetua sekiranya pelajar hadapi masalah6. Bagi menjalankan tugas dengan cekap seorang guru mesti sentiasa meningkatkan mutu pengajarannya.

Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan kemahiran yang harus diperolehi oleh seorang guru

A) membuat refleksi

B) meningkatkan status

C) mengendalikan aktiviti luar darjah

D) menjalin hubungan dengan rakan sejawat8. Guru Besar sekolah Z menghadapi masalah di kalangan guru-gurunya. Guru-guru di sekolah tersebut sering menolak kerja antara satu

sama lain. Mereka kurang mengamalkan nilai dan etika kerja seperti yang terdapat dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

Daripada situasi di atas, apakah langkah yang patut diambil oleh pihak pengurusan untuk mengatasi masalah tersebut ?

A) Mengkaji semula sistem pentadbiran dan pengurusan di sekolah tersebut.

B) Meminta guru-guru mengemukakan masalah dan cadangan yang mereka inginkan.C) Membentuk sekumpulan guru dan bermesyuarat untuk mengenal pasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah berkaitan dengan kerja mereka.

D) Mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan etika kerja,etika dalam perkhidmatan awam serta nilai-nilai murni di dalam pendidikan kepada guru-guru di sekolah tersebut.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui lawatan, seminar dan penyelidikan.

Mengelakkan diri daripada menggunakan kedudukan sosio-ekonomi ibu bapa.

Memberi sumbangan untuk meninggikan status moral dan budaya masyarakat.

PAGE 6

_1226665764.doc

Intelek Rohani

Ilmu Pengetahuan Insan yang Tanggungjawab

Dan Akhlak Mulia Seimbang dan Sumbangan

Kepada masyarakat

Kepercayaan

dan kepatuhan

Tuhan

Jasmani Emosi