DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA.docx
-
Upload
rosmi-jisuk -
Category
Documents
-
view
62 -
download
12
Transcript of DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA.docx
DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA
Teknologi ialah satu ciptaan yang bertujuan untuk menambah baik
kehidupan manusia. Namun implikasi daripada peningkatan
teknologi dunia telah meningkatkan pencemaran dan juga bahan
buangan yang tidak baik kepada bumi. Aplikasi teknologi hijau
dilihat sebagai salah satu jalan penyelesaian yang digunakan di
kebanyakan negara untuk menangani isu teknologi dan alam sekitar
secara serentak. Teknologi Hijau ialah satu teknologi yang
membolehkan kita bertambah maju tetapi pada masa yang sama
meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar.
Malaysia tidak terkecuali daripada merancang strategi
mengurangkan kesan negatif teknologi kepada alam sekitar dengan
melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di Pejabat Tenaga Hijau
(GEO), Pusat Tenaga Malaysia (PTM), Bangi pada 24 Julai 2009.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’
Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Dasar Teknologi Hijau
yang dikendalikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
mampu menyediakan panduan dan memacu peluang baru untuk
perniagaan dan industri seterusnya membangunkan ekonomi
negara.
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan
sumbangan semula jadi, dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau perlu
memenuhi kriteria-kriteria berikut iaitu :-
•Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;
• Mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau
sifar;
• Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan
lebih baik untuk semua kehidupan;
• Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
• Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Dasar Teknologi Hijau Negara merangkumi unsur-unsur ekonomi,
alam sekitar dan sosial seperti yang digariskan oleh lima objektif
pembentukan dasar ini iaitu :-
• Untuk menyelaras pertumbuhan industri teknologi hijau dan
meningkatkan sumbangan teknologi hijau terhadap ekonomi negara;
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri teknologi hijau dan
meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan
teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau
di persada antarabangsa.
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam
sekitar untuk generasi akan datang; dan
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap
teknologi hijau dan menggalakkan penggunaan meluas teknologi
hijau.
Lima langkah bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara telah
dikenal pasti iaitu :-
• PERTAMA : mengukuhkan rangka kerja institusi, khususnya yang
membabitkan peringkat menteri;
• KEDUA : Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi
pembangunan teknologi hijau;
• KETIGA : Menggiatkan pembangunan modal insan menerusi
pemberian latihan dan program pendidikan dengan menyediakan
pakej kewangan serta insentif kepada pelajar untuk mengambil
subjek yang mempunyai kaitan dengan teknologi hijau;
• KEEMPAT : Menggalakkan penyelidikan dan inovasi teknologi hijau
menerusi pengkomersialan; dan
• KELIMA : Meneruskan usaha mempromosi dan meningkatkan
kesedaran awam terhadap teknologi hijau.
Dasar Teknologi Hijau Negara ini dibentuk berasaskan kepada empat
tonggak iaitu :-
• TENAGA : Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosi
kecekapan tenaga.
• ALAM SEKITAR : memulihara dan meminimumkan kesan kepada
alam sekitar.
• EKONOMI : meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi.
• SOSIAL : meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Bagi menjayakan pelaksanaan dasar ini, sebuah badan yang
berperanan memastikan dasar berjalan dengan lebih efektif telah
ditubuhkan iaitu Majlis Teknologi Hijau (GTC). GTC akan menjadi
penyelaras peringkat atasan iaitu peringkat menteri diikuti oleh
agensi kerajaan, sektor swasta dan pihak berkepentingan. Majlis
tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib
bin Tun Haji Abdul Razak dan Timbalan Pengerusi pula disandang
oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin
Mohd. Yassin. Bagi menyelaras pihak yang berkepentingan, Menteri
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chinn Fah Kui akan
dipertanggungjawabkan.
Pejabat Tenaga Hijau (GEO) yang dirasmikan serentak dengan
pelancaran dasar ini dibina dengan unsur-unsur kecekapan tenaga
dan tenaga boleh diperbaharui (RE). Bangunan itu mempunyai
keunikan tersendiri kerana dilengkapi dengan sistem Fotovoltaik
Bersepadu Bangunan (BIPV) yang berfungsi sebagai sel menyimpan
tenaga solar (suria) 93kwP (kilowatt peak).
Bangunan ini juga unik kerana susunan plat silikon (sistem
fotovoltaik) kelihatan dari jauh seolah-olah menjadi simbol
penggunaan tenaga solar yang maksimum sebagai identitinya.
Selain itu, bangunan pejabat ini juga diiktiraf sebagai GEO atau
bangunan hijau pertama di negara ini. Bangunan hijau merujuk
kepada aplikasi-aplikasi Malaysia Green Index yang dibangunkan
oleh Green Building Index Sdn. Bhd. di bawah seliaan Pertubuhan
Arkitek Malaysia (PAM) dan Persatuan Perunding Jurutera Malaysia
(Acem)
Posted by Norlida at Selasa, Ogos 03, 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Links to this post