sejarah2arif.wikispaces.comsejarah2arif.wikispaces.com/file/view/Penentangan+Dato.docx · Web...

17
Penentangan Dato’ Maharaja Lela Di Pasir Salak Latar Belakang Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri. Seorang yang berketurunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

Transcript of sejarah2arif.wikispaces.comsejarah2arif.wikispaces.com/file/view/Penentangan+Dato.docx · Web...

Penentangan Dato Maharaja Lela Di Pasir Salak

Latar Belakang

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesarkelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yangbertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan olehraja dan bangsanya sendiri.

Seorang yang berketurunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anakRaja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasapemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dandilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja LelaTan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai

perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama denganpemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja(lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliaumerancang dan membuat pakatan untuk membunuh James WhellerWoodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat yang berlangsung di DurianSebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri olehpembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapatibersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14Disember hingga 22 Disember 1876 diMatang, Perak. Beliaudijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

Perjanjian Pangkor

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani

pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat SirAndrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasadi Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yangmenyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang KayaMenteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor.Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusannegeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullahdan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalamurusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di ataskapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasanperairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarkeberani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasadi Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripadapangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran

"Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan.Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Sebab Berlakunya Perjanjian Pangkor

Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih timah utama yangmendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris,yang pada masa itu sudah mendapat PulauPinang,Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai satu negeriyang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti PerangLarut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina menggangguperniagaan bijih timah ketika itu.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagaisultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacarapengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. RajaBendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadatpertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah olehkerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja. Baginda berkuasadan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak.

Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.

Perjanjian Pangkor 1874

Antara syarat-syarat perjanjian ialah :

1. Raja Abdullah diiktiraf sebagai sultan Perak

2. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda

3. Sultan menerima seorang Residen British yang akan menasihati baginda

dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat

istiadat Melayu.

4. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak.

5. Residen , Penolong Residen , sultan dan pembesar dibayar gaji daripada

daripada pungutan hasil mahsul Perak.

6. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong

Residen

7. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan

keamanan di Perak

Kesan Perjanjian Pangkor

Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut tetapi nasi sudahmenjadi bubur. Raja Abdullah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan SirJames W.W. Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak.Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalamurusan pentadbiran negeri Melayu.

Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senangdi kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasakuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yan g membukajalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar,mereka telah berpakat membunuh Birch yang berjaya dilakukan padatahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siripeperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.

Ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telahditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja Lela, DatukSagor, Si Puntum, Pandak Endut, LaksamanaMohamad Amin, NgahIbrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke PulauSeychelles.

Peristiwa Perjuangan

Dato' Maharaja Lela bersama-sama Raja Abdullah dan Raja Ismail serta Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja Ngah Kamdin (Dato' Sagor) dan pembesar-pembesar negeri lain telah bermesyuarat di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 untuk merancang perjuangan dan pembunuhan JWW Birch. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Raja Abdullah sendiri.

Pada 15 Oktober 1875 Gabenor Negeri Selat William Jervois telah mengishtiharkan pemerintahan ke atas negeri Perak. Dato Maharaja Lela telah membina kubu di Pasir Salak dan bersedia untuk berperang. JWW Birch dan askar-askar termasuk jurualih bahasa iaitu Mat Arshad telah ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk melaksanakan pengishtiharan tersebut. Mat Arshad dan pengikutnya yang diarahkan oleh JWW Birch untuk menampal pengishtiharan di Pasir Salak telah membangkitkan kemarahan penduduk Pasir Salak dan Kampung Gajah. Pandak Indut ( bapa mertua Dato Maharaja Lela) telah membunuh Mat Arshad dan seterusnya penduduk Pasir Salak telah mengamuk dan menyerang JWW Birch dan askarnya. Melalui serangan tersebut JWW Birch telah ditetak Sepuntum (orang suruhan Dato' Maharaja Lela yang di percayai orang asli).

Berikutan peristiwa tersebut Dato' Maharaja Lela telah diburu dan setelah setahun akhirnya Dat' Maharaja Lela berjaya ditangkap oleh British. Dato Maharaja Lela telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 kerana merancang pembunuhan tersebut.

Sebab-sebab Penentangan

1. Kelemahan Perjanjian Pangkor

Kelemahan Perjanjian Pangkor adalah sebab utama membawa kepada pembunuhan Birch pada tahun 1875. Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raj Yusof. Pembesar Perak dan ramai rakyat Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan kerana baginda tidak dilantik mengikut adat resam. Di samping itu, Raja Abdullah tidak mempunyai alat-alat kebesaran yang diperlukan dalam perlantikan Sultan. Ramai pembesar dan rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail sebagai Sultan kerana baginda dilantik sebagai Sultan Perak pada tahun 1871 selepas kemangkatan Sultan Ali. Selain itu, Raja Ismail masih lagi menyimpan alat-alat kebesaran diraja yang diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871.Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch dilantik sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874, iaitu 10 bulan kemudian. Dalam tempoh tersebut, Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran Perak. Kehadiran Birch dirasai oleh Sultan dan pembesar-pembesar yang British cuba mengambil alih semua kuasa pentadbiran Perak. Perlaksanaan sistem Residen juga mendapat tentangan dari Menteri Larut (Ngah Ibrahim). Beliau tidak lagi bebas mentadbir Larut seperti sebelumnya. Semua urusan pentadbiran terpaksa merujuk kepada Kapten Speedy yang dilantik sebagai Penolong Residen.Bagi British, perlantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai satu kesilapan kerana Raja Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal pentadbiran moden. Raja Abdullah dianggap tidak menerima pembaharuan yang cuba dilaksanakan di Perak. Kelemahan Perjanjian Pangkor juga terbukti kerana perjanjian ini tidak mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat berpengaruh ketika itu.

2. Kelemahan Birch

Kelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting yang membawa kepada berlakunya Perang Perak pada 1874-1875. British menganggap perlantikan Birch sebagai Residen lebih-lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu kesilapan. Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami dan menghormati adat resam orang Melayu. Birch merupakan seorang yang degil dan tidak berganjak dari kemahuannya. Beliau tidak berdiplomasi dan tidak bertolak-ansur. Birch mahu melaksanakan pembaharuan secara tergesa-gesa tanpa memikirkan kepentingan Sultan dan pembesar. Kelemahan peribadi Birch ternyata dari peristiwa Ogos 1875 bila Sultan Abdullah serta pembesar-pembesar mengunjungi tempat kediaman dengan tujuan untuk mendapat ganti rugi akibat penghapusan beberapa keistimewaan. Birch dengan biadap menegaskan ganti rugi akan dibayar sekiranya Sultan dan pembesar berhenti memungut cukai di kawasan masing-masing. Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata pada Disember 1874 bila beliau membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar kerana mereka terus memungut cukai walaupun ditegah oleh Birch. Kennedy dalam bukunya: History of Malaya menganggap Birch sebagai ??an idealist in a hurry? kerana mahu melaksanakan pembaharuan secara terburu-buru tanpa memikirkan itu dianggap radikal oleh Sultan dan para pembesar.

3. Pembaharuan-pembaharuan Birch

Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dilaksanakan oleh Birch telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.

a. Politik

Dari segi politik, Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Birch. Keadaan ini menunjukkan Residen lebih berkuasa dari Sultan. Sultan Abdullah yang menganggap kehadiran Birch sebagai Penasihat mendapati Birch bukan menasihatinya tetapi mengeluarkan arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan dan pembesar-pembesar. Sultan Abdullah yang tidak berpuas hati dengan tindakan Birch telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke meminta kuasa Residen dihadkan ataupun ditukar. Jawapan yang diterima amat mengecewakan Sultan Abdullah kerana bukan sahaja suratnya tidak mendapat layanan, malah Andrew Clarke telah arahkan bahawa hubungan antara Sultan dan pembesar dengan Gabenor mesti dibuat melalui Residen. Keadaan ini menunjukkan bahawa Residen lebih berkuasa dari Sultan. Kehadiran Birch menjejaskan kuasa-kuasa pembesar daerah kerana Birch telah melantik pegawai-pegawai British untuk menjalankan pentadbiran daerah. Selain itu, Sultan dan pembesar dilarang menjatuhkan hukuman, lebih-lebih lagi hukuman mati, lebih-lebih lagi kepada orang-orang Melayu. Arahan ini mendapat bantahan Sultan dan pembesar-pembesar kerana ini menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan mereka serta kuasa tradisional. Kerajaan British telah mengarahkan bahawa hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh hakim-hakim yang dilantik oleh British.

b. Ekonomi

Dari segi ekonomi, pembaharuan British juga telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar. Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai seperti sebelumnya. Arahan ini menjejaskan pendapatan Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat penghapusan keistimewaan tersebut. Dalam masyarakat tradisional Melayu, cukai adalah penting bagi Sultan dan pembesar-pembesar. Birch telah mengarahkan bahawa kutipan cukai hanya boleh dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen. Kemarahan Sultan Abdullah bertambah apabila Birch membatalkan pajakan memungut cukai kastam bernilai $26 ribu setahun yang diberikan oleh Sultan Abdullah kepada seorang saudagar Cina dari Singapura iaitu Lee Cheng Tee. Sebaliknya, Birch telah memberikan pajakan baru ke atas minuman keras dan candu bernilai $6 ribu sebulan kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya kerana salah seorang rakannya telah memberi hutang dengan jumlah yang besar kepada Birch. Tindakan Birch bukan sahaja mendapat tentangan Sultan dan pembesar, tetapi juga gabenor dan pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat kerana ia bertentangan dengan arahan. Selain itu , Birch juga telah bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan beberapa cukai baru seperti cukai padi , perahu , atap , senjata dan bayaran permit untuk membalak. Malah setiap isi rumah dikehendaki membayar dua dollar sebagai cukai kelamin

c. Sosial

Dari segi sosial, Birch telah campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Apabila beliau cuba menghapuskan perhambaan yang merupakan adat tradisional orang Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, perhambaan merupakan lambang status yang menentukan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Birch hanya membebaskan hamba-hamba perempuan sahaja. Tindakan beliau melindungi hamba-hamba perempuan di kemudiannya yang terdapat ramai tentera telah mencurigakan Sultan dan para pembesar. Perasaan curiga mereka bertambah apabila Birch menyeludup 2 orang hamba perempuan berketurunan Melayu, berpakaian Cina ke Pulau Pangkor. Hubungan Sultan Abdullah dan Birch bertambah runcing apabila Birch enggan memulangkan 2 orang hamba perempuan Sultan Abdullah yang malarikan diri ke kediaman Birch pada Oktober 1875. Kemarahan Sultan terhadap tindakan Birch bukan sahaja kerana mereka menjadi tuan kepada hamba tetapi kerana tindakan Birch bertentangan dengan syarat Perjanjian Pangkor yang berkaiatan dengan adat resam orang Melayu.

4. Tindakan Sir William Jervais

Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya Perang Perak 1875. Selepas melawat Perak, William Jervois tidak puas hati terhadap pentadbiran Birch secara tidak langsung di Perak. Beliau mahukan pentadbiran British dijalankan secara langsung di Perak di mana pentadbiran dijalankan oleh pegawai-pegawai British. Beliau mahukan Sultan dan pembesar dibayar wang persaraan supaya menyerahkan kekuasaan kepada British. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian menyerahkan pentadbiran kepada British. Beliau telah mengugut sekiranya beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut, Sultan Abdullah akan disingkirkan dan Raja Yusof akan dilantik sebagai Sultan. Akibatnya, Sultan Abdullah terpaksa menandatangani persetujuan tersebut.

Kesan Penentangan

Peristiwa Pembunuhan J.WW. Birch

Kemarahan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar sampai kemuncaknya menjelang akhir tahun 1875 dan keputusan diambil untuk membunuh Birch. Pada 20 Julai 1875, satu perjumpaan telah diadakan di Durian Sebatang yang dihadiri oleh pembesar-pembesar Perak atau wakilnya kecuali Raja Yusof. Dalam pertemuan itu, Dato Maharaja Lela dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Raja Ismail menyatakan persetujuannya untuk membantu Dato Maharaja Lela. Sebagai persiapan, Raja Abdullah dan Raja Ismail telah menyediakan alat-alat senjata yang dibeli dari Pulau Pinang.

Selepas beberapa hari dari peristiwa perjumpaan di Durian Sebatang, hubungan Sultan Abdullah dengan British menjadi genting. Pada 24 Julai 1875, pihak British mengugut Raja Abdullah jika baginda tidak mengikut arahan mereka. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa untuk menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British. Birch ditugaskan untuk mengumumkan perubahan sistem pentadbiran tersebut. Beberapa hari selepas persetujuan itu, Sultan Abdullah memerintah Dato Maharaja Lela membunuh Birch.

Sungguhpun telah diketahui adanya komplot membunuh Birch, namun rancangan tetap dilaksanakan. Swettenham ditugaskan untuk membantu Birch dan beliau bertolak dari Singapura pada 23 Oktober 1875. Swettenham ditugaskan di bahagian Hulu Perak sementara Birch di Hilir Perak. Mereka bertolak dari Bandar Bahru dan akan bertemu di Pasir Salak pada 30 November 1875.

Pada 27 Oktober 1875, Birch telah menampal pengisytiharaan itu di rumah dan kemudian belayar ke Pasir Salak. Pada 1 November 1875, Birch bersama keraninya Mat Arshad telah tiba di Pasir Salak. Ketibaan beliau mendapat tentangan hebat daripada Dato Maharaja Lela. Pada 2 November 1875, Birch ditikam oleh orang suruhan Dato Maharaja Lela, iaitu Pandak Induk dan Seputum ketika Birch mandi di Sungai Pasir Salak.

4 November 1875, Swenttenham di Blanja menerima peristiwa pembunuhan. Dengan pertolongan beberapa orang Melayu, beliau berjaya menyelamatkan diri.

Perang Perak 1875-1876

Pembunuhan Birch telah mengemparkan pihak British.

15 November 1875, tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak. Dato Maharaja Lela mengundurkan diri ke Blanja. Kemudian, tentera tambahan British dari Hong Kong di bawah perintah Major Jeneral Calalborne menawan Pasir Salak. Dari India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose menawan Kuala Kangsar.

Sebelum tentera British menawan Blanja, Dato Maharaja Lela dan Raja Ismail berundur ke Kinta. Dari Kinta mereka bergerak menuju Kota Lama. British menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menangkap orang yang dikehendaki iaitu $6 ribu untuk Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Dato Sagor dan Pandak Induk.

Pada pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah. Pada akhir bulan Mac, baginda menyerah diri dan dihantar ke Singapura kemudian Johor. Dalam bulan yang sama, Dato Sagor ditawan di Bandar Bahru sementara pada Julai 1876, Dato Maharaja Lela menyerah diri. Dengan ini semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap.

Dengan itu, suatu perbicaraan diadakan dan keputusannya ialah:a. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Induk dan Seputum dihukum gantung sampai mati di Matang pada 20 Januari 1877.b. Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.c. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato Laksamana dan Dato Syahbandar dibuang ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi.d. Raja Ismail dipindah ke Johor.e. Raja Yusof dilantik sebagai Sultan.

Perang Perak ini akhirnya berkesudahan dengan kemenangan British. Kemenangan ini membolehkan British meneruskan sistem Residen dan memajukan ekonomi Perak tanpa halangan.

Gambar :

= Pasir Salak

Laman2 web:

i) http://www.youtube.com/watch?v=KJI2CRPDD8s

ii) http://www.youtube.com/watch?v=DBSCULiXpMM

iii.a) http://www.youtube.com/watch?v=-rPYtZWZ1go&feature=related

iii.b) http://www.youtube.com/watch?v=d8q3-Y6h0Dc&feature=related

(III.a+iii.b)