DAWAI MAUT

5
DAWAI MAUT TEMA Cerpen ini bertemakan isu kemasyarakatan iaitu jenayah penyeludupan emas antara kumpulan penyeludup dan kumpulan Lebah Suasa. Permusuhan kian meruncing apabila kumpulan Lebah Suasa berjaya mencuri emas yang diseludup oleh sekumpulan penjenayah di dalam 30 biji tayar kereta seberat 750 kilogram. Anggota kumpulan Lebah Suasa ini diketuai oleh Yahya. Hal ini menyebabkan Yahya menjadi buruan sekumpulan penyeludup untuk membalas dendam. PERSOALAN P ersoalan tentang membalas dendam. Persoalan ini jelas melalui sikap sekumpulan pemuda yang ditugaskan untuk menangkap dan membunuh Yahya iaitu ketua kumpulam Lebah Suasa yang telah mencuri emas mereka. Persoalan membalas dendam ini juga ditemui dipenghujung cerpen ini iaitu Yahya telah dibunuh dengan kejam sebagai membalas dendam kerana Yahya tidak mahu menyerahkan emas seberat 750 kilogram yang dicurinya. Persoalan tentang tanggungjawab. Persoalan ini jelas digambarkan oleh watak Serang Rifin yang amat bertanggungjawab menjaga keselamatan Yahya. Serang Rifin telah membuat pelbagai strategi bagi mengelakkan Yahya ditangkap oleh musuh. Persoalan ini juga turut dibawa oleh watak ‘boy’ yang bertanggungjawab membunyikan loceng genta di seluruh lorong kelas satu, dua dan tiga untuk panggilan makan tengah hari. Tanggungjawab ini sentiasa dipatuhi oleh watak ‘boy’ dan sebagai pekerja yang bertanggungjawab, dia akan melaporkam kepada ‘chef boy’ sekiranya ada penumpang yang tidak ada di meja makan ketika waktu makan.

description

ppg ulasan cerpen

Transcript of DAWAI MAUT

Page 1: DAWAI MAUT

DAWAI MAUT

TEMA

Cerpen ini bertemakan isu kemasyarakatan iaitu jenayah penyeludupan emas antara

kumpulan penyeludup dan kumpulan Lebah Suasa. Permusuhan kian meruncing apabila

kumpulan Lebah Suasa berjaya mencuri emas yang diseludup oleh sekumpulan penjenayah

di dalam 30 biji tayar kereta seberat 750 kilogram. Anggota kumpulan Lebah Suasa ini

diketuai oleh Yahya. Hal ini menyebabkan Yahya menjadi buruan sekumpulan penyeludup

untuk membalas dendam.

PERSOALAN

Persoalan tentang membalas dendam. Persoalan ini jelas melalui sikap sekumpulan

pemuda yang ditugaskan untuk menangkap dan membunuh Yahya iaitu ketua kumpulam

Lebah Suasa yang telah mencuri emas mereka. Persoalan membalas dendam ini juga

ditemui dipenghujung cerpen ini iaitu Yahya telah dibunuh dengan kejam sebagai membalas

dendam kerana Yahya tidak mahu menyerahkan emas seberat 750 kilogram yang dicurinya.

Persoalan tentang tanggungjawab. Persoalan ini jelas digambarkan oleh watak Serang

Rifin yang amat bertanggungjawab menjaga keselamatan Yahya. Serang Rifin telah

membuat pelbagai strategi bagi mengelakkan Yahya ditangkap oleh musuh. Persoalan ini

juga turut dibawa oleh watak ‘boy’ yang bertanggungjawab membunyikan loceng genta di

seluruh lorong kelas satu, dua dan tiga untuk panggilan makan tengah hari. Tanggungjawab

ini sentiasa dipatuhi oleh watak ‘boy’ dan sebagai pekerja yang bertanggungjawab, dia akan

melaporkam kepada ‘chef boy’ sekiranya ada penumpang yang tidak ada di meja makan

ketika waktu makan.

Persoalan kasih sayang iaitu kasih sayang sesama sahabat. Serang Rifin dan

kumpulannya sanggup mengatur pelbagai strategi untuk mengelakkan Yahya daripada

dibunuh oleh musuh demi kasih sayang seorang sahabat sejati kepada sahabatnya. Contoh

lain ialah Yusuf yang menitiskan air mata kerana sedih atas kematian sahabatnya yang

dikasihi iaitu Yahya.

Page 2: DAWAI MAUT

PLOT

Plot cerpen ini adalah mengikut kronologi iaitu mengikut rajah segitiga plot. Plot dimulakan

dengan sekumpulan 4 orang pemuda dan seorang perempuan menunggu tetamu di

Dermaga Pelabuhan Belawaa dan seorang musuh untuk dibunuh. Plot dikembangkan

dengan kegagalan 4 orang pemuda tersebut mencari dan menangkap Yahya untuk dibunuh.

Kegagalan tersebut berpunca daripada kelicikan Yahya dan kumpulannya menyembunyikan

diri di dalam kapal. Plot dikembangkan lagi dengan teknik suspen iaitu peristiwa demi

peristiwa pembunuhan berlaku di dalam kapal tersebut.Selain itu teknik ini juga ditemui

semasa watak Yahy adihimpit oleh dinding sangkar kurungan.Pembaca tertanya-tanya

sama ada Yahya akan mati atau diselamatkan oleh rakan-rakannya. Kemuncak cerita

ialah apabila Yahya ditangkap kemudiannya diseksa dan dicabut kukunya serta matanya

dicungkil sebelum akhirnya dibunuh dengan kejam iaitu kepalanya dibelah dengan kapak.

Peleraian plot cerpen ini ialah semua ahli kumpulan Lebah Suasa merasa sedih dengan

pembunuhan Yahya tetapi tidak mematahkan semangat mereka untuk menyusun strategi

baru bagi mengerakkan kumpulan mereka dengan nama baru daripada Lebah Suasa

ditukarkan kepada Syarikat 47.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama ialah Yahya iaitu ketua kumpulan Lebah Suasa yang telah mencuri emas

daripada kumpulan penyeludup. Yahya merupakan seorang watak yang sangat bijak

mengatur strategi sehingga berjaya menemui emas seberat 750 kilogram. Beliau merupakan

seorang watak yang sangat berhati-hati dalam tindakan dan sangat disayangi oleh ahli

kumpulan. Watak-

watak lain ialah Serang Rifin, seorang pengikut yang sangat setia dan sangat

bertanggungjawab. Beliaulah yang sangat mengambil berat akan keselamatan Yahya.

Beliau seorang yang bijak mengatur strategi sehingga musuh-musuhnya berjaya ditewaskan

semasa berada di atas kapal. Tindakan bijaknya juga telah berjaya menyelamatkan nyawa

Yahya semasa bersembunyi di atas kapal.

Watak seterusnya ialah Mustati yang merupakan watak antagonis. Mustati merupakan salah

seorang daripada kumpulan 4 orang pemuda yang ditugaskan untuk menyambut 12 orang

tetamu dan membunuh Yahya. Namun hasrat mereka tidak terlaksana kerana 12 orang

tetamu dan Yahya tidak muncul-muncul. Watak-watak sampingan lain seperti Syarif,

Jurumudi Junaidi, Osman, ‘boy’, chef boy dan lain-lain.

Page 3: DAWAI MAUT

LATAR

Latar cerpen ini sangat terhad. Permulaan dan perkembangan cerita banyak berlegar di atas

kapal yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Singapura. Latar lain ialah di Dermaga

Pelabuhan Belawa iaitu tempat sekumpulan 4 orang pemuda dan seorang perempuan

menunggu untuk membunuh Yahya. Latar seterusnya ialah di Polonia iaitu tempat Yahya

diculik sebelum menaiki kapal terbang ke Singapura. Seterusnya ialah sangkar besi iaitu

tempat di mana Yahya telah dikurung dan disiksa sebelum dibunuh.

SUDUT PANDANGAN

Sudut pandangan cerpen ini melibatkan sudut pandangan orang pertama iaitu pengarang

sendiri yang menggambarkan dan menceritakan sesuatu kejadian melalui gambaran secara

langsung. Contohnya ‘‘Barangkali kawalan atas diri aku tidak perlu terlalu ketat. Seluruh

emas dalam 30 buah tayar itu sudah selamat dalam kawalan Lebah Suasa’’. Selain itu

pengarang juga menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Melalui sudut pandangan ini,

contoh lain ialah penghuni kapal dikejutkan daripada tidur lena. Letupan bergema dari suatu

arah tembakan. Seluruh pegawai dan kelasi kapal gempar dan membuak amarah setelah

diketahui Junaidi, pasangan Jurumudi Kanan Osman, tebus jantung, mati tersungkur. Dia

ditembak dari belakang pada hulu tangga dari dek naik ke salun kelas dua. Plot cerita

dikembangkan melalui dialog antara watak-watak yang terdapat dalam cerpen ini.

GAYA BAHASA

Cerpen ini banyak menggunakan gaya bahasa Inggeris sama ada melalui gambaran pengarang atau dialog antara watak-watak yang terlibat. Antara contohnya ialah perkataan ‘Longside, Manifest Bill of Loading, Foldbed, Chief, Chief Marconi, Bridge, Second mate, Portside, Port, Coil, Chartroom, Winch, Firstmate dan lain-lain. Selain itu terdapat juga penggunaan kosa kata bahasa Indonesia seperti kantor, tamu, mobil dan lain-lain.

TEKNIK PLOT

Tidak banyak teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini. Antara teknik plot yang banyak digunakan dalam cerpen ini ialah teknik dialog. Plot cerita ini berkembang melalui teknik dialog antara watak-watak yang terlibat. Contohnya dialog antara Mustati dan pegawai kapal, dialog antara Serang Rifin dan Yahya, dialog antara Yahya dan seorang perempuan dan lain-lain. Selain itu, pengarang juga menyelitkan sedikit teknik suspen dalam cerita ini iaitu detik Yahya dihimpit dinding sangkar. Pembaca tertanya-tanya sama ada Yahya akan mati atau diselamatkan oleh rakan-rakannya. Kekurangan teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot cerita cerpen ini menjadikan cerpen ini bersifat sterotaip dan hambar serta tidak menarik minat pembaca untuk membaca cerpen ini.. Pembaca juga kurang teruja untuk mengikuti kesudahan cerpen ini.