DEDIKASI

3
DEDIKASI Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah meletakkan Latihan Industri sebagai satu program pra-syarat yang wajib ke atas semua pelajarnya sebelumn membolehkan seseorang pelajar itu memperolehi Sijil atau Diploma setelah tamat pengajian di Politeknik. Latihan Industri ini juga telah dikira sebagai satu semester dengan 10 jam kredit bagi pelajar-pelajar politeknik. Saya juga telah terlibat dengan program ini dan telah selesai menjalani tempoh Latihan Industri selama enam bulan bermula pada 12 JANUARI 2008 sehingga 12 JUN 2008 di sebuah firma swasta iaitu Syarikat Dunco Sdn Bhd. Program ini merupakan salah satu pendekatan terbaik yang digunakan oleh pihak Politeknik untuk memberikan pengalaman kerja serta yang memberikan suasana sebenar pekerjaan kepada pelajar-pelajar untuk membiasakan diri dengan alam pekerjaan yang realiti. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan pelbagai perkara baru yang secara tidak langsung memberikan saya pengalaman yang berguna apabila saya menempuh alam pekerjaan kelak. ii

Transcript of DEDIKASI

Page 1: DEDIKASI

DEDIKASI

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah meletakkan Latihan

Industri sebagai satu program pra-syarat yang wajib ke atas semua pelajarnya sebelumn

membolehkan seseorang pelajar itu memperolehi Sijil atau Diploma setelah tamat

pengajian di Politeknik. Latihan Industri ini juga telah dikira sebagai satu semester

dengan 10 jam kredit bagi pelajar-pelajar politeknik. Saya juga telah terlibat dengan

program ini dan telah selesai menjalani tempoh Latihan Industri selama enam bulan

bermula pada 12 JANUARI 2008 sehingga 12 JUN 2008 di sebuah firma swasta iaitu

Syarikat Dunco Sdn Bhd.

Program ini merupakan salah satu pendekatan terbaik yang digunakan oleh pihak

Politeknik untuk memberikan pengalaman kerja serta yang memberikan suasana sebenar

pekerjaan kepada pelajar-pelajar untuk membiasakan diri dengan alam pekerjaan yang

realiti. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan pelbagai

perkara baru yang secara tidak langsung memberikan saya pengalaman yang berguna

apabila saya menempuh alam pekerjaan kelak.

Oleh yang demikian, pihak Politeknik telah mewajibkan pelajar-pelajarnya yang

sudah tamat menjalani Latihan Industri untuk menyediakan sebuah buku Laporan

berdasarkan Latihan Industri yang telah tamat dijalani. Buku laporan ini akan digunakan

untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan serta

pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di firma Syarikat

Putra Jaya Sdn Bhd. Penyediaan buku laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting

untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya

membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan

mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.

ii

Page 2: DEDIKASI

Akhirnya dapat juga saya menyiapkan buku Laporan Industri ini setelah tamat

menjalani Latihan Industri selama enam bulan. Dengan terhasilmya buku laporan ini

maka lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa untuk

ditemuduga sahaja sekembalinya ke Poloteknik Kota Kinabalu untuk menyambung

pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya berharap buku Laporan yang saya hasilkan ini

dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang.

iii