Definisi Buli

22
Definisi Buli Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing- masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal(mental) yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain. 1

description

PPISMP

Transcript of Definisi Buli

Page 1: Definisi Buli

Definisi Buli

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau

maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung,

menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.

Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif

sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal(mental) yang dilakukan secara

berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak

selesa, aman, tenteram dan harmoni.

Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak

baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh

mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Rajah 1 Menunjukkan maksud perlakuan buli di kalangan pelajar

1

Page 2: Definisi Buli

Pernyataan Masalah

Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar

dan keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi serangan suatu pihak

di mana penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau

merasa untuk membalas semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung

atau tidak langsung memberi impak negatif kepada pertumbuhan dan

perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga kepada mereka yang

terlibat dalam melakukan tingkah laku ini.Persepsi yang tepat tentang akibat dan

kesan perlakuan buli ini dapat membantu sama ada pembuli dan mangsa buli

mendapatkan bantuan pemulihan. Adalah jelas sejak beberapa dekad kebelakangan

ini, perlakuan buli merupakan masalah yang memerlukan pencegahan dan

intervensi (Greenbaum, Turner, dan Stephens,1989; Wilson, 1992). Pihak sekolah

terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini di sekolah.

Persepsi serta kepirihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda-

tanda awal perlakuan buli adalah amat penting untuk merangka strategi pencegahan

dan intevensi bagi menangani masalah perlakuan buli di sekolah.Sekolah

seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan

anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak

selamat di kalangan pelajar akibat daripada masalah perlakuan buli ini sedikit

sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.Sehubungan daripada pernyataan-pernyataan di atas maka kajian ini akan

mengkaji dan meneroka kekerapan perlakuan buli di kalangan pelajar lelaki dan

perempuan di sekolah menengah. Di samping itu juga kajian ini akan mengkaji

apakah persepsi guru dan pelajar tentang perlakuan buli di sekolah menengah?

Kajian ini juga akan meneliti jenis perlakuan buli serta program-program intervensi

menangani perlakuan buli di sekolah menengah. Persepsi pelajar tentang

keselamatan di sekolah juga akan dikaji dalam kajian ini.

2

Page 3: Definisi Buli

Dapatan Kajian

Kekerapan dan Kategori Perlakuan Buli Yang Dilaporkan Oleh Pelajar-Pelajar

Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan

kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan oleh pelajar sekolah menengah di Negeri

Sembilan secara keseluruhannya berada pada tahap membimbangkan dengan

rekod, kira-kira 500 kes buli direkodkan di negeri ini di mana 140 kes buli di daerah

Tampin, 80 kes buli di Jempol/Jelebu; Kuala Pilah, Rembau, Seremban, dan 40 kes

buli di Port Dickson.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa mengejek pelajar lain dengan panggilan

nama yang buruk merupakan kategori perlakuan buli secara verbal yang paling

kerap dilihat berlaku di ikuti dengan perlakuan menyinggung perasaan,

mempersendakan, mencemuh, mengajak untuk bergaduh dan mengancam untuk

memukul dan mencederakan pelajar lain.

Menolak pelajar lain merupakan jenis perlakuan buli secara fizikal yang paling

kerap dilihat berlaku di sekolah-sekolah menengah daerah Tampin dengan140 kes

buli.

3

Page 4: Definisi Buli

Persepsi Pelajar Tentang Perlakuan Buli di Sekolah.

Dapatan kajian menunjukkan, pernyataan `kerana mereka meyakitkan hati

saya’ merupakan alasan buli yang paling uta dilaporkan oleh para pelajar sekolah

menengah daerah Seremban. Ini diikuti dengan alasan untuk membalas semula,

kerana orang lain melakukannya, untuk suka-suka, untuk mendapatkan sesuatu

atau wang, untuk menunjukkan kekuatan dan akhir sekali kerana mereka (mangsa

buli) adalah pengecut. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi pelajar

terhadap alasan untuk membuli pelajar lain berada pada tahap sederhana. Pelajar-

pelajar sekolah menengah daerah Seremban mempunyai persepsi yang tinggi

terhadap keupayaan mereka untuk menentang dan menghentikan pelajar sebaya

mereka daripada membuli mereka. Secara keseluruhannya persepsi pelajar

terhadap pencegahan buli berada pada tahap yang. Majoriti pelajar percaya bahawa

guru dan pelajar perlu disedarkan tentang menghentikan perlakuan buli di sekolah.

Mereka juga bersetuju bahawa guru dan pelajar perlu saling bekerjasama bagi

menghentikan perlakuan buli ini.

Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap isu-isu keselamatan di

sekolah berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan wujudnya kesedaran dan

sikap pelajar terhadap isu keselamatan persekitaran dan tingkah laku di sekolah. Ini

selari dengan dapatan kajian. Terdapatnya peningkatan kesedaran pelajar yang

signifikan terhadap keselamatan persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas

di sekolah.

4

Page 5: Definisi Buli

Kekerapan DiBuli dan Pengalaman Mangsa Buli.

Daripada 10 orang responden yang dikaji, hanya 5 orang responden

menyatakan bahawa mereka pernah dibuli. Dapatan jelas menunjukkan tahap

kekerapan perlakuan buli di sekolah menengah daerah Seremban berada pada

tahap yang rendah. Tahap kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan ini jauh lebih

rendah daripada dapatan kajian yang dijalankan oleh Smith dan Sharp (1994), di

United Kingdom yang mendapati 4 peratus daripada pelajar yang disoal selidik

melaporkan bahawa mereka telah dibuli sekurang-kurangnya 1 kali seminggu.

Berdasarkan laporan mangsa buli, dapatan kajian ini juga mendapati bahawa

perlakuan buli secara verbal merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami

oleh mangsa buli berbanding perlakuan buli secara fizikal. Berbeza dengan laporan

pelajar yang melihat perlakuan buli, mangsa buli melaporkan bahawa perlakuan buli

secara verbal yang paling kerap dialami oleh mereka adalah mereka sering

disinggung perasaan, diikuti dengan cemuhan, diejek dengan panggilan nama yang

buruk, dipersendakan, diajak untuk bergaduh dan akhir sekali diancam untuk

dicederakan. Mangsa buli juga melaporkan bahawa ditolak oleh pelajar lain

merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mereka. Ini diikuti dengan

dikasari, dipukul, ditendang dan akhir sekali ditampar.

Rakan sebaya merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh mangsa buli

berkenaan perlakuan buli yang telah dialami. Ini diikuti dengan ibu, bapa, guru,

kaunselor dan akhir sekali pengetua sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan

bahawa mangsa buli kurang yakin terhadap keupayaan pihak sekolah untuk

menyelesaikan masalah perlakuan buli yang dialami oleh mereka. Ini mungkin

disebabkan guru kurang atau tidak pernah membincangkan tentang permasalahan

perlakuan buli kepada pelajar mereka di dalam bilik darjah. Kekerapan Perlakuan

Buli Di kalangan Pelajar Yang Dilaporkan Oleh Guru-Guru Sekolah.

Ini diikuti dengan mencemuh, menyinggung perasaan, mengejek dengan

panggilan nama yang buruk, mengajak untuk bergaduh dan akhir sekali mengancam

untuk memukul dan mencederakan. Berkenaan perlakuan buli secara fizikal, guru-

guru melihat perlakuan mengasari pelajar lain sebagai perlakuan buli yang paling

kerap berlaku di sekolah,diikuti dengan perlakuan menolak, memukul,menendang

dan akhir sekali menampar.

5

Page 6: Definisi Buli

Sependapat dengan pelajar, para guru melihat bahawa dalam kelas

merupakan lokasi di mana perlakuan buli paling kerap berlaku. Ini diikuti semasa

rehat dan dalam perjalanan dari sekolah.

Siapakah yang sering membuli dan dibul i.

Pembuli

Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan

enam.Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.Melibatkan sekumpulan pelajar dan

biasanya usia mereka adalah sebaya.Membuli satu cara untuk menghilangkan

perasaan bosan di sekolah.Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan

mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.

Dibuli

Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar

menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah

rendah.mereke yang bertubuh kecil.Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi

sasaran.Pelajar baru di sekolah.

6

Page 7: Definisi Buli

Kenapakah mereka sering membuli?

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara

sebabnya adalah:

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah

tingkah laku pelajar.Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa

tidak puas hati mereka.Mereka pernah menjadi mangsa buli.Gangguan personaliti

seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat

kesilapan.Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini

biasanya terdapat pada kanak-kanak cergas yang melampau yang sering bersikap

tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah

disiplin.Akibat perceraian ibu bapa.Terlalu dimanja oleh ibu bapa.Sekadar mahu

berseronok.Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan

salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.Marah dan benci pada

mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa

Inggeris.Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media

massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang

ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-

olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

7

Page 8: Definisi Buli

Rajah 2 Menunjukkan faktor-faktor mereka sering di buli

8

Page 9: Definisi Buli

Jenis-jenis buli

Buli fizikal

Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik

rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan

kecederaan.Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Buli mental

Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa

pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang

membuli.Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia

sebenarnya serius berlaku di sekolah.

9

Page 10: Definisi Buli

Kesan buli

Pembuli

Kesan luaran:

Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.Bertindak

agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera

terhadap isteri.

Dibuli

Kesan luaran

Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk

mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.Mereka akan mengalami

kecederaan dan mungkin juga kematian.

Kesan dalaman

Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup

melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan

sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana

merasakan diri mereka tidak berguna.

10

Page 11: Definisi Buli

Kenapakah mereka sering membuli?

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara

sebabnya adalah:

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah

tingkah laku pelajar.Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa

tidak puas hati mereka.Mereka pernah menjadi mangsa buli.Gangguan personaliti

seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat

kesilapan.Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini

biasanya terdapat pada kanak-kanak cergas yang melampau yang sering bersikap

tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah

disiplin.Akibat perceraian ibu bapa.Terlalu dimanja oleh ibu bapa.Sekadar mahu

berseronok.Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan

salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.Marah dan benci pada

mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa

Inggeris.Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media

massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang

ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-

olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

11

Page 12: Definisi Buli

APAKAH FAKTOR MENYEBABKAN BULI ?

Faktor keluarga:

1. Kurangnya kemesraan dan kasih

sayang daripada ibu bapa

2. Cara disiplin yang tegas

3. Kurang perhatian ibu bapa

4. Sikap ibu bapa yang mendera

Faktor remaja:

1. Sikap yang mendesak

2. Sikap panas baran

3. Tekanan atau kemarahan

dengan keadaan yang berlaku di

rumah atau sekolah

4. Menjadi mangsa penderaan

fizikal - didera atau dibuli

Faktor sekolah:

1. Tiada campur tangan dalam

mengatasi kes buli

2. Tidak cukup pengawasan untuk

mengenal pasti pembuli

3. Kurang kawalan terhadap pelajar

yang terlalu ramai

4. Moral yang rendah di kalangan

guru-guru

12

Page 13: Definisi Buli

13

Page 14: Definisi Buli

Cara-cara mengatasi masalah buli disekolah.

14

Page 15: Definisi Buli

Cadangan

Berdasarkan dapatan, perbincangan dan rumusan daripada kajian yang dijalankan,

penyelidik ingin memberi beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh

pihak Kemeterian Pelajaran, JPN, PPD, pengetua, guru-guru dan ibu bapa

khususnya di daerah Batu Pahat.

Oleh kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan

yang sederhana antara program intervensi dengan kekerapan buli di sekolah maka

dicadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran dapat merangka dan

mewujudkan model program anti buli yang khusus bagi mencegah dan menangani

masalah perlakuan buli di sekolah-sekolah. Model ini dapat dijadikan rujukan

dan panduan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Ianya dapat dijadikan

sebagai asas kepada pembentukan program anti perlakuan buli yang disalurkan

melalui kurikulum sekolah. Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis panduan

umum kepada semua sekolah tentang perlakuan buli serta bagaimana pihak

sekolah dapat menangani masalah tersebut di sekolah.

Dapatan kajian juga mendapati pelajar merasakan pihak guru kurang

meyokong dan memberi perhatian terhadap masalah perlakuan buli yang dialami

oleh mereka maka dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran merangka serta

membentuk program latihan kepada guru-guru tentang bagaimana untuk

mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli di kalangan pelajar

sekolah.

Memandangkan perlakuan buli tidak hanya berlaku di dalam kawasan

sekolah sahaja maka kerjasama pihak luar seperti komuniti, pihak Polis dan Pihak

Berkuasa Tempatan adalah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama

sekali semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah.

15

Page 16: Definisi Buli

Bibliografi

Buku / Media Cetak

Aisyah, Y. (2009). Buli. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn Bhd.

Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad, Zurhana Muhamad. (2007). Buli.

Kuala Lumpur: UTM Press.

Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, Zurhana Muhamad.

(2007). Tip Menangani Buli Di Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn Bhd.

Laman Web

Vagobot. (2011, November 24). Wikimedia Foundation. Retrieved March 10, 2012,

from wikipedia web site: http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli

http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli

http://beritasemasa.com/kes-buli-di-sekolah-dikalangan-pelajar-pelajar

Idris, U. P. (2010, 2009). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Retrieved March 19, 2012, from Universiti Pendidikan Sultan Idris web site: http://ebuli.upsi.edu.my/

16

Page 17: Definisi Buli

REFLEKSI

Konklusinya, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat

dan kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini bagi semester satu. Saya berasa

berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri walaupun ianya kurang terperinci tetapi

sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari maklumat yang terbaik bagi

menyiapkan kerja kursus ini. Sedikit sebanyak, kerja kursus ini telah memberikan

saya tentang konsep profession keguruan dan kod etika keguruan, tugas dan

tanggungjawab untuk meningkatkan profession perguruan ini.

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih

mendalam mengenai objektif sebenar tugasan ini. Dengan bantuan pensyarah yang

berkaliber. Saya telah banyak mempelajari dan melalui pelbagai dugaan untuk

menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi

pelbagai masalah seperti dalam mencari maklumat untuk diletakkan di dalam

tugasan ini. Walau bagaimanapun, semuanya membuatkan saya menjadi lebih

matang untuk menjadikan seorang guru yang baik masa hadapan.

Bahan yang saya dapati cuma daripada tiga sumber sahaja iaitu daripada

bahan ilmiah seperti buku rujukan di pusat sumber dan sebagainya. Sumber kedua

pula adalah melalui internet dan yang terakhir ialah rujukan daripada kawan saya

sendiri. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada Allah dan disandarkan

kepada saya, dan yang baik itu datang daripada Allah S.W.T.

Sekian terima kasih…..

17