Definisi Eksperimen (sains)

12
Definisi Eksperimen: Pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. (Esai Sulaiman, 2003) Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam subjek sains. Di antaranya ialah eksperimen, ‘hands-on’, inkuiri penemuan, sains projek, kerja kumpulan, simulasi, kerja lapangan, aktiviti merentas kurikulum dan eksplorasi aktif. Berikut adalah definisi bagi eksperimen: "Eksperimen dijalankan dalam persekitaran di mana penyelidik memerhati fenomena yang wujud akibat daripada sesuatu tindakan dalam situasi yang terkawal." (Kerlinger, 1973) "An experiment is an investigation or test that is required to either prove or disprove a hypothesis (an educated guess or a thought anwer to a question that is unproven)". "The class experiment teaching method involves supervised learning activities with students doing practical work individually or in groups". (Das, 1985)

description

Kaedah eksperimen dalam P & P. Untuk Kanak-kanak masalah pembelajaran.

Transcript of Definisi Eksperimen (sains)

Page 1: Definisi Eksperimen (sains)

Definisi Eksperimen:

Pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti

pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan

berpusatkan bahan. (Esai Sulaiman, 2003)

Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan

kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri

bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan.

Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam subjek sains. Di

antaranya ialah eksperimen, ‘hands-on’, inkuiri penemuan, sains projek, kerja

kumpulan, simulasi, kerja lapangan, aktiviti merentas kurikulum dan eksplorasi

aktif.

Berikut adalah definisi bagi eksperimen:

"Eksperimen dijalankan dalam persekitaran di mana penyelidik

memerhati fenomena yang wujud akibat daripada sesuatu tindakan

dalam situasi yang terkawal." (Kerlinger, 1973)

"An experiment is an investigation or test that is required to either

prove or disprove a hypothesis (an educated guess or a thought anwer to a question that is

unproven)".

"The class experiment teaching method involves supervised

learning activities with students doing practical work individually or

in groups". (Das, 1985)

Page 2: Definisi Eksperimen (sains)

Langkah-langkah Untuk Membuat Eksperimen:

1. Membuat hipotesis

2. Mengumpul data

3. Merekod data

4. Menganalisis & mentafsir data

5. Membuat inferens

6. Membuat kesimpulan

7. Komunikasi

Page 3: Definisi Eksperimen (sains)

1. Membuat Hipotesis

Lazimnya, masalah yang hendak dikaji dinyatakan dalam bentuk soalan yang dikenali

sebagai pernyataan masalah.

Membuat hipotesis ialah satu proses menghasilkan satu kenyataan umum yang

difikirkan benar berdasarkan inferens, untuk menerangkan suatu perkara atau

peristiwa.

Secara terperinci, kemahiran membuat hipotesis adalah kebolehan:

i. Memberi cadangan penerangan berasaskan pemerhatian awal mereka.

Contoh :Murid-murid memerhati ketul-ketul garam melarut dalam air.

Hipotesis:Saiz bahan larut mempengaruhi masa dikehendaki untuk bahan itu larut

dalam air.

ii. Membuat deduksi logik berasaskan kefahaman atau pengetahuan sedia ada.

Contoh :Kefahaman bahawa udara lembab mengandungi lebih banyak wap air.

Hipotesis:Kain kering lebih cepat pada keadaan kering daripada keadaan lembab.

iii. Membuat kenyataan dalam bentuk yang boleh diuji.

Hipotesis : Jika suhu bertambah, lebih banyak bahan larut melarut di dalam air.

Penguasaan kemahiran membuat hipotesis adalah penting kerana ia:

i. Menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis semasa memilih antara

beberapa cadangan penerangan.

ii. Membolehkan penerangan peristiwa atau kejadian yang berlaku di

persekitaran.

iii. Memberi kesedaran bahawa terdapat pelbagai penerangan bagi pemerhatian.

iv. Memberi kesedaran bahawa kenyataan dalam bentuk yang boleh diuji

diperlukan apabila mencari jawapan kepada sesuatu.

Page 4: Definisi Eksperimen (sains)

2. Mengumpul Maklumat

Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian

atau semua deria. Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif.

Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

i) Pemerhatian Kualitatif merupakan pengumpulan maklumat menggunakan

deria sahaja.

ii) Pemerhatian Kuantitatif adalah pemerhatian untuk memperolehi maklumat

secara perbandingan yang lebih tepat di mana ukuran, anggaran atau

instrumen digunakan.

iii) Pemerhatian Perubahan merupakan pemerhatian berdasarkan fenomena

yang mengalami perubahan fizikal atau kimia dan dapat diperhatikan

secara kualitatif dan kuantitatif. Perubahan yang berlaku perlu dinyatakan

samada sebelum, semasa dan selepas.

Contoh:

i. Pemerhatian Kualitatif

Daun berwarna hijau. (penglihatan)

Ia berbau wangi. (bau)

Ia berasa masam. (rasa)

Daunnya berlilin dan licin. (sentuhan)

Semua penonton bertepuk tangan. (pendengaran)

ii. Pemerhatian Kuantitatif

Sehelai daun 10 cm panjang dan 6 cm lebar. (pembaris meter)

Jisim sehelai daun ialah 5g. (alat timbang)

Suhu air mendidih ialah 100°C. (termometer)

iii. Pemerhatian Perubahan

Page 5: Definisi Eksperimen (sains)

Warna air bertukar menjadi merah.

Saiz gula-gula semakin kecil.

3. Merekod Data

Data yang diperolehi melalui pemerhatian atau eksperimen perlulah direkod dalam

bentuk tertentu supaya mudah difahami dan diolah. Lazimnya, data daripada

eksperimen direkodkan dalam bentuk jadual.

4. Menganalisis Dan Mentafsir Data

Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau pola

berdasarkan maklumat atau data yang dikumpul. Data yang dikumpul mungkin dalam

pelbagai bentuk seperti jadual, gambarajah, graf, gambar dan lain-lain lagi.

Kemahiran mentafsir maklumat penting kerana ia akan membolehkan kita:

i. Mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada jadual, graf dan

gambarajah.

ii. Melihat perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat.

iii. Membuat sesuatu rumusan.

Contoh :

Page 6: Definisi Eksperimen (sains)

1. Rajah di atas menunjukkan terdapat empat jenis pencemaran iaitu pencemaran

air, udara, bunyi dan alam sekitar.

2. Pencemaran air disebabkan oleh pembuangan sisa kilang dan sampah sarap

serta pengaliran air yang mengandungi racun serangga dan baja kimia ke

sungai, tasik dan laut yang berhampiran.

3. Pencemaran udara pula disebabkan oleh gas dan asap beracun dari kilang dan

eksos kenderaan.

4. Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sampah sarap dari

rumah, kedai dan pasar, serta gas dan asap dari kilang ke merata-rata tempat.

5. Pencemaran bunyi pula disebabkan oleh bunyi kuat dari kenderaan dan alat-alat

elektronik seperti radio dan televisyen.

 

Page 7: Definisi Eksperimen (sains)

5. Membuat inferens

Membuat inferens adalah membuat kesimpulan awal yang logik, yang mungkin

benar atau tidak benar, untuk menerangkan peristiwa atau pemerhatian tentang

sesuatu perkara atau eksperimen yang dijalankan.

Contoh:

Kenyataan B menerangkan kenyataan A. Kenyataan B adalah inferens.

Kenyataan A Kenyataan B

1. Daun bewarna hijau dan mempunyai tompok-tompok coklat.

1. Tompok –tompok coklat ini mungkin disebabkan oleh racun.

2. Terdapat beberapa lubang pada daun. 2. Lubang-lubang ini hasil gigitan serangga atau ulat.

Data yang telah dianalisis atau diolah seterusnya dibincangkan. Perbincangan

mestilah berasaskan data yang diperolehi, walaupun secara teorinya data berkenaan

kurang tepat ataupun tidak menepati jangkaan. Ini dikenali sebagai ‘membuat inferens’.

Dalam perbincangan ini dinyatakan juga punca-punca yang menyebabkan data yang

diperolehi tidak tepat, misalnya ketidaktepatan pemerhatian, pengukuran, atau alat

kajian yang digunakan.

Di peringkat yang lebih tinggi, perbincangan sering dikaitkan dengan dapatan kajian-

kajian yang lain atau dengan teori-teori yang berkaitan.

Page 8: Definisi Eksperimen (sains)

6. Membuat Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan inferens, kesimpulan dibuat sama ada menerima atau

menolah andaian (hipotesis) yang dibuat sebelum eksperimen atau kajian dijalankan.

7. Berkomunikasi

Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku.

Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh

dipercayai.

Maklumat dan idea boleh dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf, gembarajah,

model atau jadual. Apabila menerangkan sesuatu objek, anda akan berkomunikasi

secara berkesan jika anda:

i. Hanya menghuraikan apa yang diperhatikan bukan apa yang diinferenskan.

ii. Membuat keterangan ringkas menggunakan bahasa yang tepat.

iii. Menyampaikan maklumat dengan tepat.

iv. Pertimbangkan pandangan lain dan pengalaman masa lalu.

v. Dapatkan maklum balas.

Page 9: Definisi Eksperimen (sains)

Contoh:

AB

C D

Page 10: Definisi Eksperimen (sains)