DEFINISI MENGGAMBAR

63
DEFINISI MENGGAMBAR •Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. •Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. •Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek •Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. •Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi •Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek ALAT , MEDIA DAN TEKNIK Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas

description

psV

Transcript of DEFINISI MENGGAMBAR

DEFINISI MENGGAMBAR

Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objekGambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensiGambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objekALAT , MEDIA DAN TEKNIK

Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.TUJUAN MENGGAMBAR Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukisdan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.

(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi(b) Aras Aplikasi dan Analisa

Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual denganperasaan gembira Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif(c) Aras Sintesis dan Penilaian

Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatifKEGIATAN DALAM BIDANG MENGGAMBAR LUKISAN CATAN KOLAJ MONTAJ CETAKAN RESIS GOSOKAN STENSILAN PERCIKAN GURISAN CAPAN MOZEK POSTER

LUKISAN

PENGENALAN LUKISAN1.Lukisan dalam bahasa inggeris di sebut drawing ia adalah peringkat awal untuk menghasilkan catan.Melukis dikatakan memberi kesan keindividuan dan memberi kesan keaslian pada karya. Lukisan juga dijadikan medium untuk meluahkan pendapat dan perasaan.

DEFINISI LUKISANLukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta menggunakan campuran warna yang terhad.

TEKNIK-TEKNIK LUKISANTeknik pointilisme Membuat titik-titik ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej. Ketebalan tititk dapat menghasilkan ton.

Teknik gosokan Menggosok media dia atas permukaan bagi menghasilkan ton dan membentuk imej.

Teknik hatching- Melorek-lorek media ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej dan ton.

Teknik cross hatching- Melorek secara bersilang bagi menghasilkan ton.

MEDIA LUKISAN DAN CIRI-CIRINYA

PENSEL-Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan kuantitit campuran arang yang dicampur ke dalamnya.-Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan dakwat pensil.-Pensil yang keras ditandakan dengan nilai H dan pensel yang lembut ditandakan dengan nilai B.

PENSEL WARNA-Mempunyai pelbagai warna pilihan.-Boleh digosok untuk mencampurkan warna.-Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna yang terang dan legap akan terhasil

PEN-Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup (mapping pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen teknikal.-Memberi kesan tajam dan kemas.-Ketebalan saiz mata menentukan ketebalan saiz garisan semasa melukis.

CHArCOAL-Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis agung semasa abad ke-18.-Memberi kesan hitam dan legap.-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

SOFT PASTEL-Mempunyai pelbagai warna.-Kesan yang lebut jika ia digunakan sedikit dan member kesan yang terang jika banyak digunakan.-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

OIL PASTEL-Mempunyai pelbagai warna.-Kesan yang tebal.- Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agarMemerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

CONTOH LUKISAN MEDIA :OIL PASTEL

CONTOH LUKISAN MEDIA :PENSEL WARNA

CONTOH LUKISAN MEDIA :PENSEL

CONTOH LUKISAN MEDIA : PEN

CATAN

DEFINISI CATAN-Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di atas permukaan.- Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus.

SEJARAH CATANoSeni catan bermula pada zaman Yunani purba lagi. Pada masa itu media yang digunakan ialah fresco dan mozek. Ia dapat dilihat di dinding-dinding bengunanterutamanya gereja. Subjek matter pada ketika itu ialah sesuatu yang berkaitan dengan istiadat dan agama. Contoh-contoh pelukis terkenal pada masa itu ialah polygnotos, Zeuxis, Apelles.oZaman kemuncak lukisan seni di Eropah adalah pada zaman Renaisance atau zaman pembaharuan pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Pada masa itu media yang digunakan ialah fresco, cat tempera, cat minyak, cat air. Subjek matter yang digunakan ialah kitab suci agama kristian, potret dan peperangan. Gaya catan pada ketika itu bersifat realistik. Pelukis pada ketika itu ialah Leonardo da Vinci dan Albrecht Durer.oPada abad ke17 dan 18, munculnya stail kesenian Barok (Baroque) dan Rococo yang mengutamakan sifat indah dan riang. Media yang digunakan ialah fresko dan cat minyak. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan dan potret. Gaya catan bersifat realistik dan dekoratif.. Contoh-contohnya pelukis ialah Hermenz van Rijin Rembrant (Belanda 1606-1669), Jean Antoine Watteau (Perancis 1684-1721)oPada abad ke-19 dan 20, muncul aliran catan baru gaya semi abstrak dan abstrak. Media yang digunakan ialah cat enamel, cat aluminium dan cat campuran. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan atau landskap, kegiatan manusia, objek yang tidak ada kaitan di dalam satu situasi yang tidak dijangka.

BAHANBAHANCIRI-CIRI

Cat air-Bersifat lutisnar, lembut, boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiup. Cat cair akan tebal jika disapu berlapis-lapis di atas permukaan kertas.-Bahantara ialah air-Pengilat Gam arab

Cat minyak-Teknik yang serbaguna, lambat kering. Boleh bersifat nipis , tebal dan legap. Sesuai digunakan dia atas permukaan kanvas.-Bahantara ialah turpentine.-Pengilat minyak linsid

Cat tempera-Agak lutsinar tetapi tidak seperti cat air. Satu teknik yang tertua. Sesuai di atas permukaan kertas dan kanvas.-Bahntara ialah telur kuning.-Pengilat ialah air.

Cat Gouce-Sama seperti cat air, tetapi bersifat legap. Sesuai atas permukaan kertas.-Bahantara air dan pengilat gam arab.

Akrilik-Boleh menggunakan pelbagai teknik. Bersifat seperti cat air dan cat minyak boleh dibuat tebal, nipis dan legap.-Cepat kering. Sesuai atas permukaan kertas dan kanvas.-Bahantara ialah air.

Fresko-Bancuhan pewarna dan air disapukan ke dinding ketika kapur plaster masih lembab.-Bahantara kapur. Pengilat air atau air kapur.

TEKNIK- TEKNIK CATAN CAT AIR

TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT MINYAK

KOLAJ

DEFINISI

Kolaj berasal dari perkataan perancis yangiaitu 'coller' yang bermaksud menampal dan gam. Akitiviti kolaj ialah aktiviti menampal kertas atau kain perca di atas permukaan 2 dimensi. Aktiviti kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan. Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindan tindih dan mengikut corak yang ingin dihasilkan.

ALAT DAN BAHAN

ALAT: Pembaris, pensil, gunting, pisau.BAHAN: Kertas, perca kain, tali, kadbod, gam dan sebagainya.

TEKNIK-TEKNIK KOLAJ Koyakan atau potongan kertas- Kertas dikoyak, disusun dan ditampal. Asemblaj - bahan sedia ada disusun menjadi kolaj timbulan. Jahitan - Kolaj dibuat secara sulaman atau dengan bahan lain secara sulaman. Papier Colle-Kolaj timbulan yang ditampal lapis demi lapis. Kolaj Fabrik- Ditampal menggunakan jenis-jenis fabrik. Fotomontaj- Daripada foto yang diperolehi dan ditampal. Media campuran- pelbagai jenis bahan yang disusun dan ditampal.

TOKOH DAN KARYA

Tokoh : Pablo picassoTajuk : Bottle, glass, violinTeknik : kolajMedia : Kertas warna, kertas akhbar, arang dan pensil

Tokoh : Goerges BraqueTajuk : Musical FarmTeknik : KolajMedia : Kertas warna, arang dan pensil

CONTOH-CONTOH KARYA KOLAJ

MONTAJ

PENGENALANMontaj menggunakanpotongangambar-gambaryangberkaitanuntukmenghasilkansatutajukatautema.Dalamkerja-kerjasenimontaj,beberapagambarfotodicantumkanuntukmenjadisatuilutrasi.Hasilsenimengandungisebahagiandaripadaimejyangadasepertifoto-fotoyangdisusunsupayabercantum,bertindihdandiubahsuaiuntukmenghasilkansuatuimej.DEFINISI Aktiviti menampaldanmelekatkanbahanpadapermukaanuntukmenyampaikantema danmesejpengajaran,kecintaan,kecuaian,peperangandanalamsekitar. Komposisigambardisusunmengikuttekniksuperimposedenganmenyusunpelbagaisusunangambarsecarakreatif. Warna-warnaharmonidanwarna-warnakontradigunakandalammontajuntukmenarikperhatianpemerhati. Garisangrid yangdigunakandalammontajadalahsebagairangkapanduanuntukmerekaletaksubjekdalamsesebuahgubahan. Aktivitimontajyangmenggunakanimage editing softwaredapatmenarikminatmuridmenghasilkanmontaj.ALAT DAN BAHAN UNTUK MEMBUAT MONTAJ

CONTOH-CONTOH GAMBAR MONTAJ

CETAKAN

PENGENALAN CETAKAN Seni cetakialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan. Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisanyang mencipta satu karya seni asli yang unik. Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut sebagai matrik. Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk turisanatau goresanbatu untuk litografiblok kayu untuk toreh kayu, linoleum untuk torehan linodan plat fabrik untuk percetakan. Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan di zaman mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik.

JENIS-JENIS CETAKAN

(a) Cetakan Timbulan (Relief) Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Cetakan Kayu(b) Cetakan Lino(c) Cetakan Kolograf(d) Cetakan Kolaj(b) Cetakan Stensil atau Skrin Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu. Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua(b) Kaedah Filem Leker(c) Kaedah Skrin Foto(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakanlukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.(d) Cetakan Benaman (Intaglio) Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej. Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Kaedah Turisan (engraving)(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)(c) Kaedah Akuantin (aquantint)(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)(e) Cetakan Gurisan Asid Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam. Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka. Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid. Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam. Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.(f) Cetakan Kayu Kaedah yang paling awal digunakan. Muncul di Negeri China pada kurun ke-8. Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian. Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah. Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung. Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati. Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin. Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini.(g) Cetakan Lino Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul. Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.(h) Cetakan Lithografi Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder. Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec. Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.(i) Cetakan Sutera Saring Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini. Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi. Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang. Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto. Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas. Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua(b) Kaedah Filem leker(c) Kaedah Lilin(d) Kaedah Sutera Saring(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas PenduaKaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem LakerLangkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa.

cetakan lino

cetakan lino

cetakan lino

cetakan ubi kentang

Cetakan lino

RESIS

PENGENALAN Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yangtelah dilukis dengan lilin, krayon atau oil pastel. Lilin digunakan untuk menutup permukaan kertas atau kain bagi tujuan mendapatkan corak warna. Hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan corak yang menarik. Resis boleh dihasilkan melalui tindihan lilin dan menyapu warna dari terang ke warna gelap.

DEFINISI

Resis ialah teknik menggambar yang menggunakan bahan air dan lilin dua bahan yang berbeza untuk mendapatkan hasil penolakan warna. Resis menyebabkan bahagian yang diliputi lilin tidak menyerap air dan dalam keadaan asal.

CONTOH GAMBAR RESIS

video membuat resis

GOSOKAN

PENGENALAN Gosokan adalah teknik yang mudah dalam pendidikan seni visual kerana ianya menggunakan jalinan yang terdapat di sekeliling. Pelbagai jalinan di sekeliling mampu mewujudkan kesan corak yang menarik pada permuakaan yang digosok.

DEFINISIGosokan ialah kesan jalinan yang terhasil pada kertas hasil daripada pelbagai kertas yang diwarna di atas pelbagai permukaan.

ALAT DAN BAHAN

Bahan - kertas dan warna pensilAlat- Kulit siput, duit syiling, tayar kereta, dinding dan pelbagai permukaan yang berjalinan.

CONTOH-CONTOH KARYA GOSOKAN

pelbagai permukaan jalinan

contoh gosokan yang menggunakan duit syiling

video teknik gosokan

STENSILAN

PENGENALAN Stensilan merupakan teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan untuk menghasilkan corak pada sesuatu permukaan. Kelebihan stensilan ialah acuan yang digunakan boleh dipakai banyak kali bagi menghasilkan imej dan corak.

DEFINISIStensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Rupa yang terhasil daripada acuan stensilan menghasilkan imej yang menarik.

ALAT DAN BAHAN

Alat : Gunting , pisau.Bahan : Pensil warna, warna air, krayon, oil pastel, warna poster.

CONTOH-CONTOH KARYA STENSILAN

PERCIKAN

PENGENALAN

Satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan speckled granite. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata.Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan.

DEFINISI

Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.

ALAT DAN MEDIA

ALAT: Berus.MEDIA: Warna air, warna poster, cat emulsi.

CONTOH GAMBAR KARYA PERCIKAN

GURISAN

DEFINISI

Teknik yang menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut pada sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau lidi boleh digunakan untuk mengguris pada krayon yang tebal bagi menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi belbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.ALAT DAN BAHAN

Alat : Pembaris, pensil , pen , gunting dan lidi (alat untuk mengguris).Bahan : Krayon dan oil pasttel.

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN GURISAN

1.Warnakankertaslukisandenganwarnakrayon.Andabolehmewarnakannyasecaraspontan.Tidaksemestinyakrayonitudiwarnakanberbarissepertigambardiatas.Apayangpentingadalahkertaslukisanitudipenuhidenganpelbagaiwarnakrayon

2.Apabilakertaslukisansudahdipenuhidenganpelbagaiwarna,andaperlumewarnakankertastersebutdenganwarnahitamhinggakertastersebutmenjadihitam.

3.Akhirsekaliandabolehmulamelukispadapermukaankertastersebutdenganmenggunakanobjektajamsepertibatanglidi,hujungpembarisdanapasahajayangdifikirkansesuai.

CONTOH-CONTOH KARYA GURISAN

CAPAN

PENGENALANPenggunaan alam semula jadi untuk membentuk imej dihasilkan melalui teknik capan. Teknik mengecap sesuatu permukaan menggunakan bahan semula jadi adalah mudah kerana ia tidak memerlukan blok cetakan.

DEFINISICapan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

CONTOH BAHAN SEMULA JADI YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT TEKNIK CAPAN.

CONTOH-CONTOH CAPAN

video membuat capan

MOZEK

SEJARAH MOZEK Satubentuksenidimanakepinganbahansemulajadiataubahanbuatanmanusiayangberwarnadisusunbersebelahantidakditindihdiataspermukaanratauntukmenghasilkangambarataucorak. MengikutsejarahlamamozektelahdiperkenalkanolehorangGreek. Padaasalnyamerekamenciptamozekuntuktujuanmenghiaspermukaanlantai. OrangRoman pulamenghiasbatu,marmar,seramikmenggunakanteknikmozekpadapermukaandindingdanlantai.ManakalaorangKristianOrthodokByzantinepadaabadke16menghiasigerejamerekadenganteknikmozek.Kiniteknikmozekluasdigunakandalampembinaanbangunandanaktivitisenidisekolah.

DEFINISI MOZEK

GlosariSeniLukis,mozekbolehdidefinisikansebagaisaturekabentukataugambaryangdibuatdaripadaserpihankaca,kayu,marmarataupecahantembikar. Sebuahgambarataucorakhiasandibuatdenganmenyusuncarikankecilbahan-bahansepertikaca,marmardanseramik(tessera),disusundiatasdinding,lantaiataupermukaanyangtidakratadanmenghasilkanpantulandankilauan. Satuimejyangberasingandantidakbertindih,disusunsecarabersebelahan. Terdapattigajenisteknikmenghasilkanmozekiaitusecaradirectmethode,indirectmethodedandoubledirectmethode. Setiapteknikdalamaktivitimempunyaiperbezaandarisegipenggunaanalatan,bahandanmedia. Potongankertasbolehdijalankandenganberbagaibentukdantidakterhadkepadasatubentuksahaja. Penyesuaianwarnauntukmozekperludibuatdengantelitiuntukmenampakkanprinsipkontrapadaobjekyangdihasilkan. Teknikmozektimbul(relief)lebihsesuaimenggunakanbahan-bahantimbul.

CONTOH-CONTOH KARYA MOZEK

POSTER

DEFINISI

Poster ialah reka bentuk grafik yang bertujuan untuk memberi maklumat, berkomunikasi, memberi peringatan dan promosi barangan.

CIRI-CIRI POSTER

Berupaya menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui maklumat lanjut. Berupaya menyampaikan mesej dengan cepat dan berkesan. Huruf, muka taip dan ilustrasi berkaitan dengan maklumat utama yang ingin disampaikan, dinyatakan dalam bentuk ringkas dan jelas.

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM POSTER Tajuk utama. Penerangan yang ringkas atau cogan kata. Ilustri gambar.

CONTOH KARYA POSTER