Definisi Negara Islam
Click here to load reader
Transcript of Definisi Negara Islam
PENGENALAN
Negara Islam ialah sebuah negara ideologi yang ditegakkan dengan
berpandukan kepada asas akidah Islam (Abdul Karim Zaidan, Majmu’ah Buhuth
Fiqhiah). Di samping itu, negara Islam atau “Dar al-Islam” dapat diperjelaskan
lagi sebagai negara yang melaksanakan undang-undang dan hukum-hukum
Islam serta berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan orang Islam. Ini
termasuklah menjamin wilayah yang bebas dan selamat untuk seluruh
rakyatnya. Oleh yang demikian, pemerintahan adalah satu cara yang terbaik
dalam menyempurnakan kebajikan manusia melalui pengurusan dan
pentadbiran yang cekap dan telus.
Secara rasionalnya, matlamat negara Islam adalah untuk:
Melaksanakan undang-undang Islam di atas muka bumi ini. Firman Allah
dalam surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud:
“Maka demi tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu
sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka
tiada merasa keberatan dalam diri mereka terhadap apa yang telah kamu
putuskan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”
Walau bagaimanapun, hukum-hukum Islam ini tidak dapat dilaksanakan
sehinggalah wujudnya sebuah negara Islam. Ibnu Taimiyah pernah menyatakan:
“Mendirikan negara adalah kewajipan manusia yang besar terhadap agama
malah tidak dapat ditegakkan agama melainkan dengannya kerana Allah
mewajibkan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan
segala kewajipan berkaitan jihad, menegakkan keadilan dan melaksanakan
hukum-hukum Islam tidak akan sempurna kecuali dengan adanya kekuasaan
(kekuatan) dan negara.”
1
Menegakkan syiar Islam dalam kehidupan seharian masyarakat. Firman
Allah dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud:
“Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya
mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh yang makruf dan
mencegah yang mungkar dan kepada Allahlah segala urusan.”
Ayat ini memberi gambaran bahawa orang Islam yang hidup di atas muka bumi
Allah perlu sentiasa menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan,
mengeluarkan zakat sambil menyeru ke arah kebaikan dan mencegah
keburukan.
Membawa keadilan kepada seluruh umat manusia dan alam sejagat. Ini
kerana pemerintahan Islam merupakan sistem pemerintahan yang adil
dan saksama tanpa mengira bangsa mahupun warna kulit. Ini
menunjukkan bahawa semua aspek yang berkaitan dengan manusia
tertakluk kepada undang-undang dan hukum-hukum Islam. Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri nescaya aku akan potong tangannya.”
Melahirkan masyarakat yang penyayang dan bersaudara. Ini merangkumi
hubungan yang akrab dan baik sesama sendiri. Segala pergaduhan,
persengketaan, hasad dengki dan dendam hendaklah dijauhi. Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Antara orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah
bangunan, mereka menguatkan antara satu sama lain.”
Mengembang dan menyebarkan agama Islam kepada semua manusia di
seluruh pelusuk dunia serta berjihad pada jalan Allah dalam
mempertahankan kesucian agama Islam daripada serangan musuh-
musuh Islam.
2
PRINSIP DALAM PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM
a) Tauhid
Tauhid bermaksud mengakui bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa
dan hanya Dia yang layak disembah dan ditaati secara lahiriah mahupun
batiniah. Ini kerana prinsip tauhid ini merupakan paksi kepada kehidupan
seorang Islam yang bertitik tolak daripada mengucap dua kalimah syahadah
seperti yang terdapat dalam Rukun Islam yang pertama iaitu:
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”
Prinsip tauhid juga mencerminkan satu teras utama dalam sistem pemerintahan
dan pentadbiran negara Islam. Ia mestilah diselaraskan melalui pelaksanaan
peraturan-peraturan, hukum-hukum, undang-undang dan sebagainya seperti
mana yang telah digariskan oleh Allah SWT. Pada masa yang sama, segala
tindakan yang diambil bagi memenuhi agenda negara mestilah bermatlamat
untuk mencapai keredaan dan keberkatan Allah.
b) Risalah
Risalah ialah mengakui dan mengiktiraf kenabian dan kerasulan Rasulullah SAW
sebagai panduan utama dalam membangunkan negara. Ini kerana Rasulullah
merupakan contoh dan teladan yang terpuji sebagai ketua negara Islam sewaktu
era pemerintahan dan pentadbirannya di Madinah. Misalnya, baginda telah
menerapkan hukum-hukum Allah SWT dalam semua bidang seperti yang
terkandung dalam kitab Al-Quran dan Al-Sunnah.
Di samping itu, baginda turut menjelaskan contoh-contoh yang praktikal dalam
melaksanakan hukum-hukum Allah agar diikuti oleh semua manusia. Contohnya,
dalam Al-Quran terdapat ayat yang menyuruh kita sembahyang, tetapi tidak
diterangkan caranya. Maka Rasulullah akan menerangkan satu persatu cara
untuk bersembahyang. Firman Allah dalam surah al-Azhab, ayat 21 yang
bermaksud:
3
“Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah itu suatu contoh teladan yang
baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Hari Akhirat.”
c) Khalifah
Khalifah ialah wakil Allah di bumi dalam mengurus dan mentadbir alam semesta
yang berpandukan kepada hukum-hukum Allah. Ini termasuklah soal politik,
ekonomi, sosial dan sebagainya. Menurut Ibnu Khaldun, khalifah wajib
menegakkan agama dan mentadbir dunia mengikut hukum syarak demi
mencapai kebaikan di dunia dan di Akhirat (Mahayudin, 1998).
Terdapat empat ciri penting dalam sistem khalifah, antaranya :
Kuasa mutlak adalah hak milik Allah SWT sepenuhnya.
Manusia hanyalah sebagai pemegang amanah dan pentadbir.
Pentadbiran undang-undang yang dilaksanakan dalam negara hendaklah
berpandukan kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT.
Manusia hendaklah memenuhi matlamat dan objektif seperti yang
ditentukan dalam undang-undang Allah.
Terdapat tiga cara bagi melantik khalifah, antaranya:
Cadangan daripada seseorang dan kemudiannya dipersetujui oleh orang
ramai. Contohnya, cadangan Umar Al-Khattab yang memilih Abu Bakar
As-Siddiq sebagai khalifah dipersetujui orang ramai.
Cadangan daripada bekas khalifah dan dipersetujui orang ramai.
Contohnya, cadangan Abu Bakar As-Siddiq yang memilih Umar Al-
Khattab sebagai khalifah dan dipersetujui orang ramai.
Mengemukakan beberapa orang calon oleh bekas khalifah bagi memilih
salah seorang dari mereka sebagai khalifah dalam Majlis Syura.
4
Pemilihan cara ini berlaku pada era perlantikan Uthman bin Affan dan Ali
bin Abi Talib sebagai khalifah. (Dusuki, 1980)
DASAR DALAM PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM
a) Pembentukan Sistem Syura
Syura ialah permesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama
dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan, kebajikan dan masalah
mereka berdasarkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Majlis syura
merupakan salah satu mekanisme pembuat keputusan utama dalam negara.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 159 yang bermaksud:
“Urusan negara hendaklah dimesyuaratkan sesama mereka.”
Tambahan pula, sistem syura telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW
lagi dan diikuti oleh khalifah-khalifah seterusnya. Oleh itu, pelaksanaan sistem
syura ini hendaklah berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan
berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Berdasarkan kenyataan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah bin Mohd Zin menjelaskan bahawa
kerajaan telah memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari bertujuan
membangkitkan kesedaran umat Islam di negara ini supaya menggunakan
pendekatan Islam dalam menyelesaikan segala isu yang berlaku dalam
kepentingan masyarakat. Ini kerana keupayaan Islam tidak dapat dipertikaikan
dan terbukti berjaya menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi umat
Islam di seluruh dunia sejak pembangunan tamadun lagi.
Di samping itu, mereka yang dipilih menganggotai majlis syura hendaklah
terdiri daripada golongan yang berilmu, warak, adil, bijaksana dan sebagainya
serta dapat menyempurnakan pelbagai bidang yang berkaitan dengan umat
Islam.
Justeru, fungsi utama sistem syura adalah untuk mencalon dan melantik
Ketua Negara serta menasihati setiap peringkat struktur organisasi negara
5
supaya pemerintahan dan pentadbiran negara dapat berjalan dengan lebih
lancar dan berserah kepada Allah.
b) Keadilan
Secara amnya, keadilan bermaksud pemberian yang saksama kepada
semua orang. Keadilan menurut Islam pula ialah mengatasi semua kepentingan
peribadi, kelompok dan sebagainya. Sebagai contoh, pendekatan Islam Hadhari
yang dilaksanakan di Malaysia pada hari ini merupakan salah satu usaha untuk
memajukan rakyat Malaysia dengan adil dan saksama seiring dengan tuntutan
Islam itu sendiri. Usaha ini dijangka dapat menyusun semula masyarakat
Malaysia supaya berada pada satu landasan hidup beragama yang betul tanpa
mengetepikan semangat muhibah yang telah dipupuk oleh masyarakat berbilang
kaum di negara ini (Datuk Dr Abdullah bin Mohd Zin, 2006). Justeru, dasar
keadilan ini akan menjadi asas dalam sistem pemerintahan Islam yang mana
melibatkan semua golongan dalam masyarakat.
c) Kebebasan
Kebebasan merupakan satu amalan asas dalam pemerintahan Islam.
Kebebasan juga mempunyai kaitan dengan falsafah, sistem politik dan sistem
perundangan negara. Di samping itu, kebebasan turut diberikan kepada semua
rakyat, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya yang sama-
sama berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam. Sebagai contoh, Islam
menjamin kebebasan beragama, mengamalkan budaya, memiliki harta dan
mengeluarkan pendapat. Pada masa yang sama, Islam telah meletakkan syarat
terhadap kebebasan-kebebasan tersebut iaitu mestilah tidak mencabuli undang-
undang syarak, melampaui batas dan menggoyah ketenteraman awam.
d) Persamaan
Persamaan merujuk kepada hak, kebebasan dan tanggungjawab setiap
kaum dan bangsa adalah sama sebagai rakyat dalam sesebuah negara. Dalam
hal ini, kerajaan Islam haruslah menjamin persamaan semua kaum termasuklah
6
umat Islam itu sendiri dengan melaksanakan segala pembangunan yang
berteraskan keimanan dan mendapat keredaan Allah. Di samping itu, kerajaan
Islam perlulah mengagihkan sumber ekonomi dan pendapatan yang sama rata
kepada semua golongan, khususnya golongan minoriti dalam negara. Firman
Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud:
“Hai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan
perempuan. Kami jadikan kamu dari berbagai bangsa dan suku kaum supaya
kamu berkenalan, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Tuhan
ialah mereka yang bertaqwa.”
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa semua manusia tidak mempunyai
perbezaan dalam penilaian Allah termasuklah aspek keturunan, warna kulit,
bahasa, harta dan kebudayaan, tapi perbezaannya hanyalah terletak pada
sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya.
STRUKTUR DALAM PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM
1) Ketua Negara
Ketua Negara merupakan seorang pemimpin yang agung dalam
sesebuah negara. Ini kerana ketua negara bertindak sebagai ketua agama Islam
dan ketua tentera yang tertinggi dalam negara. Tugas utama ketua negara ialah
memimpin urusan kaum muslimin dan muslimat melalui penerapan hukum-
hukum dan undang-undang Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran
negara.
2) Naib Ketua Negara
Naib Ketua Negara pula berfungsi memangku tugas-tugas ketua negara
apabila tiba keadaan yang memerlukannya. Contohnya, Rasulullah pernah
melantik seseorang untuk menggantikan sementara kedudukan baginda dalam
kerajaan bagi menguruskan hal ehwal negara dan rakyat di Madinah.
7
3) Muawin
Muawin bertindak sebagai pembantu ketua negara dalam hal ehwal yang
berkaitan pemerintahan dan pentadbiran negara. Pada zaman Nabi, mereka ini
dikenali sebagi wazir. Tugas mereka ialah menasihati dan memberi pandangan
kepada pemerintah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran. Secara
tidak langsung, mereka turut menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan bidang
kehakiman, peperangan dan urusan umum yang lain.
4) Setiausaha
Setiausaha atau “Bitanah” merupakan pegawai paling kanan dalam
pentadbiran negara. Setiausaha berfungsi sebagai pencatat maklumat-maklumat
penting mengenai negara apabila berdampingan dengan ketua negara ataupun
wakilnya. Pada masa yang sama, setiausaha akan menguruskan dokumen-
dokumen penting negara, surat-menyurat dan majlis-majlis mengikut keperluan
semasa pemerintah.
5) Angkatan Bersenjata
Angkatan bersenjata dalam negara Islam adalah askar-askar, pejuang-
pejuang atau skuad-skuad yang bertanggungjawab mempertahankan negara
daripada ancaman musuh. Pada zaman Rasulullah SAW, baginda telah menjadi
Panglima Perang yang sangat digeruni oleh musuh-musuhnya. Bagi melicinkan
lagi hal ehwal ketenteraan, baginda telah melantik ketua pasukan perang atau
komando tertinggi untuk mengetuai angkatan bersenjata walaupun tanpa
kehadiran baginda. Mereka telah diberikan kuasa untuk mengerahkan askar
pada bila-bila masa. Selain itu, Rasulullah juga telah menguruskan hal-ehwal
pentadbiran ketenteraan seperti persediaan logistik, latihan ketenteraan,
persenjataan, panji-panji dan sebagainya.
6) Wali
Wali ialah individu yang memimpin sebuah daerah atau wilayah kecil.
Mereka juga dikenali sebagai para ‘Amil. Misalnya pada zaman Rasulullah SAW,
8
apabila negara Islam berkembang meluas, baginda telah membahagikan
daerah-daerah seperti Syam, Madinah dan lain-lain kepada struktur pentadbiran
yang lebih kecil. Ini bertujuan memudahkan pentadbiran negara di peringkat
pusat seperti pengagihan peruntukan dalam membangunkan setiap daerah.
7) Kehakiman
Sistem kehakiman telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Pada
zaman tersebut, baginda sendiri telah mengetuai urusan kehakiman. Ini meliputi
kes-kes seperti persengketaan rakyat pelbagai kaum, penindasan, dan jenayah-
jenayah yang menganggu ketenteraman negara. Pada kebiasaannya, undang-
undang Syariah akan digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.
Antaranya penggunaan hukum Hudud, Qisas dan Takzir. Contohnya, hukuman
rejam akan dilaksanakan kepada pasangan yang didapati bersalah kerana
berzina.
8) Jabatan Pentadbiran Awam Negara
Rasulullah SAW telah menubuhkan Jabatan Pentadbiran Awam Negara
untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kemaslahatan rakyat.
Walau bagaimanapun, hukum-hukum Allah tidak diabaikan dalam setiap
pelaksanaannya. Oleh itu, seorang penulis dan seorang pemantau akan dilantik
untuk setiap urusan berkenaan bagi melicinkan lagi struktur pentadbiran awam
tersebut.
9) Majlis al-Ummah
Majlis al-Ummah merupakan sebuah majlis yang mempunyai wakil-wakil
kaum atau kelompok untuk duduk semeja dan bermuzakarah antara satu sama
lain tentang kepentingan dan tuntutan masing-masing. Majlis ini seakan-akan
sama dengan majlis syura dan memainkan peranan besar dalam mempengaruhi
urusan pemerintahan dan pentadbiran negara, perlantikan para wali dan juga
pegawai-pegawai kerajaan.
9
10) Diwan
Diwan bertanggungjawab untuk mencatat surat-menyurat yang
dipertanggungjawabkan pemerintah, surat perjanjian negara, dokumen hutang-
piutang, dokumen jual beli, keuntungan, pembayaran cukai, pembayaran gaji
dan sebagainya. Selepas itu, Diwan akan menyimpan dan merekod semua
dokumen-dokumen berkenaan ke dalam fail sulit negara yang mana ia
merupakan pendapatan atau aset utama negara.
MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM
Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang moden kerana majoriti rakyatnya
beragama Islam, pengalaman lampau, kedudukan undang-undang, pemimpin-pemimpin
dan agama Islam itu sendiri sebagai agama rasmi di negara. (Muhamad Abu Zahrah,
2002).
Dari pengalaman lampau, selepas kedatangan Islam ke Melaka, kerajaan Melayu
Melaka telah menerapkan hukum-hukum Islam dalam sistem pemerintahan dan
pentadbiran di negeri Melaka. Contohnya, kewujudan Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka bagi menjaga keselamatan dan keamanan di negeri Melaka.
Di samping itu, perubahan dalam bidang sosio-budaya juga turut berlaku di mana orang
Melayu telah menghayati dan mengaplikasikan nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan
seharian mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan lain-lain lagi.
Pada masa yang sama, pemerintah dianggap sebagai pengantara Allah bagi memelihara
agama Islam dan memakmurkan bumi mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.
Ini dicapai menerusi pertabalan Yang Di Pertuan Agung sebagai Ketua Negara. Baginda
adalah tunggak dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan memakmurkan
negara. Rakyat pula hendaklah berfikiran positif serta berani membuat kritikan yang
membina bagi memastikan pembangunan dan kemajuan negara selaras dengan tuntutan
Islam.
10
PENUTUP
Pembentukan sesebuah negara Islam tidak wajar dipisahkan dalam arus
permodenan yang sedang membangun. Ini kerana prinsip, dasar dan struktur
negara Islam adalah ketetapan Allah dan ia merupakan aspek-aspek syariat
Islam yang lengkap dan syumul untuk dilaksanakan tidak kira masa, tempat dan
sesiapa pun. Oleh yang demikian, negara Islam berperanan besar dalam
menentukan hala tuju dan masa depan negara di samping membentuk
masyarakat yang mempunyai keseimbangan antara tuntutan ukhrawi dan
tuntutan duniawi.
11
BIBLIOGRAFI
Buku :
i. Prof.Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad (2006). Modul Pengajian Islam (MPW
2143). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd
ii. Mohd Nasrul al-Hadri (2001). Pembangunan Negara Islam. Selangor: PTS
Publications Sdn. Bhd
iii. Mustafa Haji Daud (1991). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd
iv. Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd
Laman Web:
1. http: //www.islam.gov.my/e-rujukan/nislam.pdf
2. http: //www.freewebs.com/hmnur1/nur69.htm
3. http: //www.alahkam.net/home/modules.php?op= article&sid=15337
4. http://www.abim.org.my/minda_madani/modules/news/article.php? =82
12
13