Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

18
Definisi Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat. Konsep PDK Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disishkan daripada keluarga dan komuniti Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU Objektif PDK Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap bertanggungjawabmasyara kat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU. Mengembleng sumber tempatan untuk pemuliahn sumber tempatan untuk pemuliha OKU Menggunakan insfrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan. Falsafah PDK Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh; ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, komuniti tempatan dan tenaga kerja tempatan digunakan secara optimum Ciri-ciri PDK Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan.

Transcript of Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

Page 1: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

Definisi Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.

  Konsep PDK

Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan

Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti

Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disishkan daripada keluarga dan komuniti

Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka

Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU

Objektif PDK

Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap bertanggungjawabmasyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya.

Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.

Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.

Mengembleng sumber tempatan untuk pemuliahn sumber tempatan untuk pemuliha OKU

Menggunakan insfrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.

Falsafah PDK

Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh; ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, komuniti tempatan dan tenaga kerja tempatan digunakan secara optimum

Ciri-ciri PDK

Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan.

Ibu bapa atau ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan penting

Menggunakan teknologi dan kos yang rendah

Kaedah dijalanan secara di pusat dan seliaan di rumah

Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada

Faedah penubuhan PDK

Membantu golongan ibu bapa untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih terperinci mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa ini.

Ibu bapa dapat berkongsi masalah yang duhadapi dengan ibu bapa yang mempunyai anak seperti mereka.

Kanak-kanak istimewa ini mendapat pendidikan yang sesuai dengan keadaan mereka dan dapat meminimumkan kecacatan

Page 2: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

yang dialami oleh kanak-kanak ini.

Dapat meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa kanak-kanak juga mempunyai kebolehan sekiranya diberi peluang untuk mendapat bimbingan.

Sejarah penubuhan PDK

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil insiatif dengan kerjasama Kementeria Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU)

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

Model PDK

Program PDK berteraskan kepada 3model iaitu :

a) Home Based (PDK di rumah)

Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.

Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas selama 4jam sehari.

Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan.

b) Center Based (PDK di pusat)

Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari.

OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan.

c) Center Home Based (PDK di pusat dan di rumah)

Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam sehari.

Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.

PRINSIP DAN ETIKA KERJA SOSIAL

TEORI SOSIAL

Teori Ekologikal

a) Dipelopor oleh Bronfenbenner 1979b) Perkembangan organisma dipengaruhi oleh persekitaranc) Interaksi berlaku antara hubungan 2 ekologikal

d) Terbahagi kepada lima sistem iaitu :

Mikrosistem Mesosistem Ekosistem Mikrosistem Kronosistem

Page 3: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

Teori Pembelajaran Sosial

Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan

Orang diperhatikan sebagai model

Proses pembelajaran elalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan

Terdapat 4 unsur utama iaitu :

perhatian  mengingat reproduksi peneguhan

Prinsip pelaksanaan

Menentu dan menggunakan model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial

Memastikan proses pemerhatian dilakukan mengikut prosedur

Memupuk kecekapan meniru dan reproduksi dengan latihan secara sistematik daripada mudah kepada kompleksdan demonstrasi berulang-ulang

Memupuk konsep kendiri positif supaya pelajar memperoleh kayakinan terhadap tingkah laku yang ditirunya

Ciri-ciri teori

Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan

Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan

Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model

Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan,peniruan dan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif

Implikasi teori

Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar

Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat

Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model

Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan Pengenalan Kepada Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pengenalan

PDK merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri.

Ia merupakan satu lagi pekhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat selain dari perkhidmatan untuk kanak-kanak, warga tua dan sebagainya.

PDK menyediakan tempat dan memberi peluang kepada orang kurang upaya menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra 3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.

Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat.

Ianya dianggotai oleh ibubapa atau penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian

Page 4: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).

Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh Pemulihan Dalam Komuniti yang berhampiran.

Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di Pemulihan Dalam Komuniti melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain.

Secara keseluruhannya Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga Pemulihan Dalam Komuniti ini.

Jabatan ini yang bertanggungjawab dan  berperanan seperti berikut :

Bayaran sewa premis.  Saguhati Penyelia PDK-

RM1,200.00 sebulan.  Saguhati Petugas PDK-

RM800 sebulan.  Peralatan.  Utiliti.  Program / aktiviti  Elaun Khas RM150 bagi OKU

yang mengikuti Program PDK.  Latihan kepada Penyelia dan

Petugas PDK.  Kerjasama dengan

JICA (Japan International

Cooperation Agency) melalui Sukarelawan JOCV

 Kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.

 PDKNet www.pdknet.com.my

Carta organisasi Pemulihan Dalam Komuniti

Penasihat Wakil Jabatan Kebajikan

Masyarakat Daerah Wakil  Pejabat Pendidikan Wakil Pejabat Kesihatan  Wakil  Pasukan Polis Diraja

Malaysia Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatan kuasa

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),   Jabatan Pembangunan Masyarakat,  Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah mula dijalankan pada tahun 1988. Tujuan program Pemulihan dalam komuniti ini diadakan adalah untuk membantu orang-orang berkeperluan khas dalam pemulihan yang mana mereka tidak dapat  mengikuti latihan atas sebab yang tertentu.

Pentadbiran PDK  sentiasa berusaha menjadikan PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti  di setiap daerah dan negeri.

Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

Peranan PDK 'One Stop Centre'' :

Pusat Intervensi Awal OKU.

Pusat Sumber maklumat OKU.

Pusat Rujukan OKU.

Pusat Pendaftaran OKU.

Pusat Advokasi.

Sebagai sebuah pusat pentadbiran  pertubuhan  sosial semua yang terlibat seharusnya mengetahui dan memahami akta pekerja sosial bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan sesebuah Pusat Pemulihan Komuniti.

Akta Pekerja Sosial ialah suatu perundangan yang bertujuan untuk meningkatkan profesion kerja sosial  secara menyeluruh, melalui pendaftaran dan pelesenan pekerja

Page 5: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

sosial yang berkelayakan dan terlatih untuk mengamal kerja sosial.

Pekerja sosial yang berlesen adalah ahli profesional yang membantu orang menangani masalah harian mereka yang disebabkan oleh perubahan dalam masyarakat yang memberi kesan terhadap kehidupan dan perhubungan  mereka dalam komuniti.

Pekerja sosial telah dilatih serta mempunyai kemahiran khusus untuk melaksanakan intervensi dan mengendalikan isu-isu serta cabaran spesifik yang dihadapi oleh golongan yang bermasalah.

Akta ini adalah satu strategi penting dalam inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan era baru dalam profesionalisme kerja sosial.

Akta ini juga menetapkan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja sosial, mendefinisikan pelbagai kategori pekerja sosial, serta menggariskan fungsi dan struktur organisasi untuk pelaksanaan akta.

Akta ini akan memberi jaminan kepada  orang ramai bahawa pekerja sosial di Malaysia adalah ahli profesional yang kompeten dan berkelayakan untuk melaksanakan kerja sosial dalam pelbagai bidang yang berkeperluan.

Orang ramai juga akan diberi ruang untuk membuat aduan mengenai ketidakpuasan mereka terhadap amalan kerja sosial yang tidak profesional dan tidak beretika kepada Majlis Kerja Sosial Malaysia dan ini, pada keseluruhannya, akan dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap pekerja sosial dan profesion kerja sosial.

Penubuhan PDK

Syarat penubuhan PDK

Untuk membuka atau menubuhkan pdk baru perlu membuat permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon

Proses penubuhan PDK

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) menerima permohonan menubuhkan pdk daripada ibubapa oku/komuniti/pemimpin tempatan melalui surat, faks, telefon atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat DaerahPKMD akan mengatur perjumpaan dengan komuniti setempat termasuk ibu bapa oku dan pemimpin tempatan.  PKMD akan menerangkan mengenai konsep Program PDK dan cara perlaksanaannya.  Komuniti diminta

berbincang dan memberi maklum balas kepada PKMD dalam tempoh 2 minggu dari tarikh perjumpaan.

PKMD mendapatkan maklum balas daripada komuniti berhubung dengan persetujuan untuk menubuhkan pdk.  Sekiranya komuniti bersetuju, ahlijawatankuasa (ajk) pdk perlu dibentuk yang terdiri daripada :-

ibu bapa oku komuniti setempat pemimpin tempatan wakil jabatan kesihatan wakil jabatan pendidikan khas wakil pertubuhan sukarela

kebajikan/agensi kerajaan atau swasta yang berkaitan

AJK PDK mengenalpasti sebuah bangunan yang sesuai untuk dijadikan premis pdk dan membuka akaun pdkSetiausaha PDK perlu mengisi Borang Permohonan Geran Tahunan Penubuhan PDK Baru (JKMM.PDK 2/2003) yang diperolehi daripada Pejabat PKMD dan diserahkan kembali kepada PKMD untuk tindakan selanjutnya.

PKMD menyemak pengisian borang tersebut dan sekiranya lengkap, PKMD menghantar permohonan kepada Jbtn Kebajikan Msykat Malaysia (JKMM) melalui Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).

Page 6: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

JKMM akan memproses permohonan daripada JKM Negeri.  Kelulusan diberi berdasarkan kedudukan kewangan pada tahun  memohon.

JKMM akan memaklumkan kepada PKMN mengenai status permohonan (lulus/ditangguhkan kelulusan).  PKMN memaklumkan kepada PKMD.

Sekiranya lulus, PKMD mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa PDK mengenai :-

perlantikan penyelia dan petugas pdk

pendaftaran oku yang akan mengikuti kelas pdk

akaun jawatankuasa pdk yang perlu dibuka (sekiranya belum ada akaun)

Jawatankuasa pdk membuat iklan jawatan penyelia/petugas pdk (rujuk syarat lantikan dalam garis panduan pengurusan  pdk dan garis panduan pemantapan program pdk)

Temuduga bagi jawatan penyelia/petugas pdk akan dijalankan oleh Panel Temuduga yang dipengerusikan oleh PKMD dan dianggotai oleh jawatankuasa pdk.  Surat lantikan akan disediakan oleh jawatankuasa pdk.

Kelas pdk akan dibuka setelah tarikh ditetapkan oleh Jawatankuasa PDK

PENEMPATAN OKU DI PDK

JENIS & TAHAP  KECACATAN / MASALAH

Masalah fizikal- celebral palsi

Ceberal bermaksud otak. Manakala ‘palsy’ membawa erti kurang atau tidak berupaya mengawal pergerakan otak.

 Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan.

Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu

Palsi selebral athetiod palsi selebral ataxia palsi serebral gabungan  Palsi Selebral spastik

Ciri-ciri fizikal

masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot

tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.

Bagi palsi selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.

Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

Masalah pembelajaran

Masalah emosi-hiperaktif 

tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu

mempunyai tumpuan yang singkat.

Ia dikenali sebagai Attention –Hyperactivity Disorder (ADHD).

Page 7: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit. 

Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD

Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan,

kerap membuat kesalahan akibat kecuaian

gagal menyiapkan kerja sekolah

tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya

sukar mengatur tugasan tidak suka dan enggan

melakukan tugasan.

Ciri-ciri sosial kanak-kanak

tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima

mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.

TERENCAT AKAL

Ciri-ciri tingkah laku :

Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus.

 Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk member tumpuan atau fokus kepada proses P&P didalam kelas

 sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian

sering menunjukkan tingkahlaku yangsering mengganggu rakan.

Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan,mereka kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri

kurang matang mempunyai masalah dalam

menguasai kiu-kiu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain.

menarik rambut menggigit kuku tabiat suka mencederakan diri meminta ganjaran apabila

diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti P&P,guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti.

SINDROM DOWN

Ciri-ciri tingkah laku :

Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan, sederhana,teruk dan sangat teruk.

Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh dididik.

Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah pendengaran.

Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja

memerlukan perhatian seperti suka dipeluk.

hiperaktif dan masalah tumpuan singkat.

AUTISMA

Autism adalah keadaan di mana kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.

istilah autisme adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran.

Perkembangan fizikal kanak-kanak autism sama seperti kanak-kanak normal dan kelihatan seperti mempunyai

Page 8: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

masalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan orang lain.

Daripada segi emosi pula ianya sukar diramal kerana ia sering berubah-ubah.

Sering ketawa, menangis dan marah tanpa sebab

Mengamuk tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuan atau melarang daripada melakukan sesuatu yang mereka ingini

Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosi terganggu

Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosi terganggu

Ada kalanya mencederakan diri sendiri

  LEMBAM (SLOW LEARNER)

Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. 

Ciri-ciri tingkah laku :

keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan.

 mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

 mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian

 sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan

 Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.

sukar memproses maklumat sukar menyiapkan tugasan dan

lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi.

Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

DISLEKSIA

Disleksia didefinasikan ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat.

Ciri-ciri tingkah laku:

Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan mengeja (Sanders dan Myers.1996).

Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu disleksia visual melibatkan deria penglihatan, disleksia melibatkan pendengaran dan disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran.

Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh.

Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang.

mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan penglihatan yang lemah.

Kekeliruan di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.

Semasa membaca pula, mereka sering berpua-pura membaca dan menunjukkan teks semasa membaca.

Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah;

 - Keliru kedudukan perkataan  - Pembalikan perkataan  - Keliru b.inggeris dengan b.melayu  - Penambahan huruf  - Kependekan perkataan  - Pembalikan huruf dalam perkataan

Page 9: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

Masalah pendengaran

Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.

Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.

Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi.

Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.

Tanda-tanda:

 - masalah pendengaran adalah kurang member perhatian di dalam kelas  - kelihatan selalu berkhayal  - percakapannya tidak jelas  - terkejut apabila dihampiri daripada belakang  - tidak memahami arahan yang diberikan  - pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa.  - Bagi perkembangan fizikal, motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal.  - Perkembangan kognitif adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa.

 - Bagi perkembangan sosial, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.

Masalah penglihatan

Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat

Menurut Heward (1996), seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah

Masalah penglihatan terbahagi kepada dua :

rabun atau kurang nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan </60)

 buta adalah bagi mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca

Tanda-tanda fizikal

mempunyai masalah penglihatan adalah bebola mata yang selalu berputar

matanya sensitif terhadap cahaya

bahagian tepi mata kelihatan merah

kelopak mata bengkak, mata selalu berair dan terdapat bintik-bintik ditengah mata

mengadu tidak dapat melihat dengan jelas

sakit kelapa apabila membuat sesuatu kerja

pandangan kabur dan kadang kala objek dilihat menjadi dua imej

mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu semasa melihat objek

selalu mengerut atau mengecilkan mata

kerap berkelip

PENINGKATAN KUALITI PROGRAM PDK

Objektif

Membolehkan OKU hidup berdikari

Meningkatkan penglibatan masyarakat luar

Dapat berkembang supaya dapat menghadapi cabaran dan keperluan yang baru mengikut keperluan semasa

Page 10: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

Strategi-strategi

a) Meningkatkan pelaksanaan Program Pemulihan Dalam  Komuniti (PDK) di negeri dan daerah:

Mewujudkan PDK baru mengikut keperluan di peringkat daerah

Meningkatkan latihan dan kualiti perkhidmatan di PDK dengan menganjurkan kursus mengikut zon dengan kerjasama

Jawatankuasa Penyelarasan Pemulihan Dalam Komuniti

Kebangsaan untuk pekerja PDK dan Kursus untuk ibubapa dan  Ahli Jawatankuasa PDK.

Meningkat dan memperluaskan pelaksnaan Rumah Kelompok.

Pendaftaran orang kurang upaya.

b) Meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesukarelaan:

Masyarakat digalakkan untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bagi membantu kanak-kanak OKU

c) Meningkatkan penglibatan NGO:

Dapat membantu kerajaan menangani masalah sosial semasa dan memenuhi keperluan sosial khusus bagi masyarakat yang berkeperluan.

Melaksanakan pelbagai aktiviti dengan semangat kesukarelaan untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan.

Contoh aktiviti adalah seperti berikut:-

- sumbangan kewangan, peralatan, aset untuk kumpulan sasar. - perkongsian bijak antara Jabatan dan korporat dalam melaksanakan program. - Pembangunan Kesukarealaan

d) Menyediakan Garis Panduan Pengurusan PDK untuk membantu Pegawai dan Kakitangan JKMM dalam memantau PDK bagi memastikan pelaksanaannya menepati objektif penubuhannya :

Cara menguruskan Pusat PDK serta memberi panduan secara menyeluruh dalam pelaksanaan program PDK.

e) Pertambahan tenaga pekerja selaras dengan kadar nisbah pekerja dan OKU yang baru iaitu 1 pekerja : 5 OKU berbanding 1 pekerja : 10 OKU sebelum ini.

 f) Latihan Bagi Pekerja PDK untuk memastikan kualiti pembelajaran dan program pemulihan di PDK:

Menepati keperluan semasa dan berada ditahap yang tinggi

Contoh : JKMM telah menjalinkan kerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) dimana sukarelawan JOCV (Japan Overseas Cooperation Volunteers) ditugaskan di negara ini untuk membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di PDK khususnya dalam bidang Jurupulih Anggota, Jurupulih Cara Kerja dan Guru Pendidikan Khas

g) Menggunakan PDK Net :

Sebagai sumber informasi, saluran komunikasi, pendaftaran OKU, khidmat nasihat dan bimbingan, kaedah pembelajaran dan pemulihan serta promosi dan publisiti bagi PDK

mewujudkan saluran rangkaian yangberkesan yang membolehkan ibubapa, pekerja PDK dan komuniti untuk berkongsi maklumat dalam pemulihan dan pembangunan OKU

Page 11: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

h) Menganjurkan pelbagai kursus, latihan dan bengkel untuk pekerja PDK, ibubapa dan masyarakat tempatan.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan OKU

KHIDMAT PELBAGAI DISIPLIN

PIHAK YANG TERLIBAT

IBU BAPA

Ibu apa dan keluarga OKU memainkan peranan penting dalam PDK

Ibu bapa dan keluarga boleh membantu menjayakan dan melancarkan perjalanan PDK

Dengan memberikan bantuan kepada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan tugas-tugas  di PDK. Oleh itu hanya ibu bapa dan ahli keluarga OKU sahaja yang faham dan mengerti bagaimana hendak menguruskan dan mengendalikan anak-anak mereka

Dengan melibatkan diri di dalam PDK, ibu bapa boleh belajar kaedah-kaedah membantu mengawal dan mengasuh anak-anak supaya dapat diintegrasikan dalam masyarakat

Kehadiran ibu bapa juga adalah untuk sama-sama belajar atau mendapatkan

latihan daripada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan atau meneruskan sesi pembelajaran dan latihan yang dijalankan di PDK setelah pulang ke rumah

KOMUNITI

Memberikan motivasi kepada mereka yang mempunyai anak yang kelainan upaya

Tidak memandang serong kepada golongan OKU

Tidak meminggirkan golongan OKU

Memberi khidmat secara sukarela untuk membantu golongan OKU di PDK

Membantu untuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri golongan OKU

BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang keperluan golongan OKU

Memberikan perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan terapi kepada golongan OKU

Membantu dari segi kepakaran tentang proses pemulihan golongan OKU dalam kalangan petugas PDK

Memberikan bantuan kewangan

Contoh badan bukan kerajaan

Persatuan kanak-kanak spastik Pusat bimbingan sinaran

matahari Pusat harian kanak-kanak

istemewa Yayasan sindrom down kiwanis

KEMENTERIAN KESIHATAN

Perkhidmatan : penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, pemulihan cara kerja, pemulihan anggota, pemulihan pertuturan, pemulihan pendengaran, rawatan susulan, penilaian pemakanan dan rawatan psikologi

Carta alir perkhidmatan kesihatan :a) Langkah 1 : Penilaian awal

dilakukan oleh doktor pakar untuk mengenal pasti jenis ketidakupayaan kanak-kanak.

b) Langkah 2 : Pengesahan ketidakupayaan

Pengesahan dalam "Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-kanak Dengan Keperluan Khas"

Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya perlu daftar dengan Jabatan Kebajikan

Page 12: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

Masyarakat bagi tujuan mendapat bantuan atau perkhidmatan kebajikan

c) Langkah 3 : Penilaian khusus oleh pasukan multidisiplin

Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya dirujuk ke unit multidisiplin dan dibuat penilaian bersama untuk rawatan selanjutnya.

Pasukan multidisiplin terdiri daripada pakar fisioterapi, jurupulih carakerja, pegawai pemulihan pertuturan, pegawai pemuligan pendengaran dan pegawai pemakanan

d) Langkah 4 : Perancangan rawatan

e) Langkah 5 : Perlaksanaan rawatan

f) Langkah 6 : Rawatan susulan dan penilaian semula

penilaian semula bagi penempatan sebenar prasekolah atau sekolah khas atau sekolah vokasional

g) Langkah 7 : Langkah selanjutnya

kanak-kanak yang disyaki layak syarat kemasukan boleh daftar

dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan memasuki Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

kanak-kanak yang mempunyai masalah serius atau gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KMN akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Pendaftaran dan kad pengenalan diri

tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistik bagi maksud perancangan perkhidmatanatau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal

kad kenal diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan

Bantuan alat tiruan atau otortik

bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli

peralatan tiruan atau sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU

dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian

Elaun pekerja cacat (EPC)

skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain dan sebagai penyelenggaran pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan

Bengkel terlindung

jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta atau menempatkan OKUdi Bengkel Terlindung seperti bengkel daya klang, bengkel daya sungai petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela

Pemulihan dalam komuniti (PDK)

Page 13: Definisi Pemulihan Dalam Komuniti

pdk satu strategi alam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat

aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, sukan dan rekreasi

AGENSI-AGENSI KERAJAAN LAIN

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

a) pengecualian cukai jalan

b) kemudahan pengangkutan awam

potongan harga sebanyak 25% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua bas ekpress

MAS 50 % penerbangan domestik

KTM 50% bagi semua kelas

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

bantuan kewangan pelajar OKU IPT

diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa(diploma ke atas)  di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti

bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan sepenuh masa meliputi perbelanjaan bagi yuran pengajian dan wang saku yang kedua-duanya diberi pada kadar tidak melebihi rm5000 setahun atau rm20000 bagi sepanjang tempoh pengajian

bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan separuh masa atau pengajian jarak jauh diberi pada kadar tidak melebihi rm5000 setahun atau rm20000 bagi sepanjang tempoh pengajian meliputi perbelanjaan yuran pengajian sahaja