Definisi Pentadbiran Islam

3
Sistem Pentadbiran Islam Jika pentadbiran melibatkan aspek keislaman atau disebut sebagai sistem pentadbiran Islam, ianya perlulah memenuhi keperluan utama bagi membentuk satu pentadbiran yang menyeluruh dengan mengaplikasikan aspek syariat. Dengan kata lain pentadbiran Islam bertujuan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi masyarakat manusia berpandukan al-Quran dan Sunnah.Oleh itu, definisi pentadbiran Islam bolehlah diperhatikan antaranya seperti berikut: - Al-Buraey menyatakan bahawa Al-Quran tidak menyebut secara khusus tentang apa itu pentadbiran namun ia menggunakan bahasa Arab iaitu ‘yudabbiru‘ bermakna mengarah, memimpin, mengendali, mengurus, merancang, mengemudi, mengatur, mengawal, bertugas, mengurus dengan baik, berekonomi, buat perancangan dan perniagaan.Menurut beliau lagi, pentadbiran Islam perlulah beroperasi menerusi persefahaman atau yang lebih dikenali sebagai demokrasi sebagai asasnya. Oleh itu pemimpin atau pentadbir yang diktator dan autokratik tidak mempunyai tempat dalam sistem pentadbiran Islam. Saari Sungip mendefinisikan sistem pentadbiran Islam sebagai salah satu bahagian daripada bahagian-bahagian yang tercantum erat dan terbina di atasnya Islam itu sendiri sebagai satu cara hidup yang kuat dan kukuh. Oleh itu apa yang menjadi asas kepada Islam mestilah juga menjadi asas kepada bahagian yang lain. Mohd Affandi Hassan menyatakan bahawa pentadbiran Islam ialah penyempurnaan amanah yang diterima manusia daripada Allah sebagai hamba dan khalifahnya di dunia, dengan mengerjakan amal salih secara syura (perundingan dan kerjasama) dalam organisasi. M.A Niaz pula dalam mendefinisikan maksud sistem penadbiran Islam menyatakan bahawa pentadbiran Islam ialah satu model yang berorientasikan nilai (value-oriented model) bertujuan untuk memaksimumkan nilai keislaman dan standard etika. Keadilan sosial dan kebebasan adalah antara matlamat yang perlu dicapai oleh pentadbir dalam sistem pentadbiran Islam. Meskipun terdapat beberapa aspek nilai yang mempunyai persamaan dengan model dan budaya lain, keunikan model sistem pentadbiran Islam ialah pada : i) Keesahan dan kepatuhan kepada tuhan

description

Perbincangan Definisi Pentadbiran Islam

Transcript of Definisi Pentadbiran Islam

Page 1: Definisi Pentadbiran Islam

Sistem Pentadbiran Islam Jika pentadbiran melibatkan aspek keislaman atau disebut sebagai sistem pentadbiran Islam, ianya perlulah memenuhi keperluan utama bagi membentuk satu pentadbiran yang menyeluruh dengan mengaplikasikan aspek syariat. Dengan kata lain pentadbiran Islam bertujuan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi masyarakat manusia berpandukan al-Quran dan Sunnah.Oleh itu, definisi pentadbiran Islam bolehlah diperhatikan antaranya seperti berikut: -

Al-Buraey menyatakan bahawa Al-Quran tidak menyebut secara khusus tentang apa itu pentadbiran namun ia menggunakan bahasa Arab iaitu ‘yudabbiru‘ bermakna mengarah, memimpin, mengendali, mengurus, merancang, mengemudi, mengatur, mengawal, bertugas, mengurus dengan baik, berekonomi, buat perancangan dan perniagaan.Menurut beliau lagi, pentadbiran Islam perlulah beroperasi menerusi persefahaman atau yang lebih dikenali sebagai demokrasi sebagai asasnya. Oleh itu pemimpin atau pentadbir yang diktator dan autokratik tidak mempunyai tempat dalam sistem pentadbiran Islam.

Saari Sungip mendefinisikan sistem pentadbiran Islam sebagai salah satu bahagian daripada bahagian-bahagian yang tercantum erat dan terbina di atasnya Islam itu sendiri sebagai satu cara hidup yang kuat dan kukuh. Oleh itu apa yang menjadi asas kepada Islam mestilah juga menjadi asas kepada bahagian yang lain.

Mohd Affandi Hassan menyatakan bahawa pentadbiran Islam ialah penyempurnaan amanah yang diterima manusia daripada Allah sebagai hamba dan khalifahnya di dunia, dengan mengerjakan amal salih secara syura (perundingan dan kerjasama) dalam organisasi.

M.A Niaz pula dalam mendefinisikan maksud sistem penadbiran Islam menyatakan bahawa pentadbiran Islam ialah satu model yang berorientasikan nilai (value-oriented model) bertujuan untuk memaksimumkan nilai keislaman dan standard etika. Keadilan sosial dan kebebasan adalah antara matlamat yang perlu dicapai oleh pentadbir dalam sistem pentadbiran Islam. Meskipun terdapat beberapa aspek nilai yang mempunyai persamaan dengan model dan budaya lain, keunikan model sistem pentadbiran Islam ialah pada :

i) Keesahan dan kepatuhan kepada tuhan

ii) Lebih mengutamakan perpaduan dan kerjasama berbanding persaingan

iii) Sikap dan kelakuan yang sederhana dan ringkas

iv) Wujudnya prinsip syura yang merupakan nadi kepada pentadbiran Islam.

Ibrahim Abu Sin menyatakan pentadbiran Islam merupakan satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang untuk menjadi pengurus.

Page 2: Definisi Pentadbiran Islam

Ibn Khaldun menafsirkan pentadbiran Islam sebagai satu kegiatan kemasyarakatan bagi menguruskan usaha-usaha kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat. Beliau berpendapat pentadbiran adalah dilihat sebagai satu konsepsi kemasyarakatan yang berasaskan kepada peranan manusia itu sendiri sebagai pemimpin organisasi kemasyarakatan.

Rumusan Apa yang dapat dirumuskan berdasarkan pelbagai pandangan di atas ialah sistem pentadbiran Islam perlulah dibezakan dengan pentadbiran moden kerana sistem pentadbiran Islam berpaksikan kepada semangat syariat dalam merealisasikan matlamat dan objektifnya. Malah, sistem pentadbiran Islam adalah berdasarkan dua prinsip yang penting iaitu Syariah berasal daripada tuhan dan ianya bebas untuk semua umat, beri kelonggaran kepada setiap individu untuk melaksanakannya berdasarkan kesedaran nurani dan keimanan.Apa yang penting meskipun terdapat pelbagai definisi tentang sistem pentadbiran Islam, namun yang paling utama ia mestilah memenuhi sekurang-kurang lima aspek utama iaitu :

i) Syura iaitu perundingan secara muhibah sebelum keputusan dibuat. ii) Keadilan kerana berasaskannya sahaja kesejahteraan manusia dan masyarakat

dapat diwujudkan dan terjamin kesinambungannya.iii) Kebebasan dalam batas-batas yang ditentukan oleh hukum iaitu kebebasan

untuk menegakkan masyarakat yang adil yang setiap anggotanya menyuruh berbuat baik dan mencegah kejahatan.

iv) Persamaan hak dalam mendapat keadilan dan kebaikan samaada dari segi undang-undang mahupun pembahagiaan kekayaan negara.

v) Untuk memastikan keempat-empat aspek ini dapat dilaksanakan, Islam menetapkan aspek kelima iaitu kebebasan rakyat untuk mendakwa pemimpin yang menyelewen