Definisi & Peranan Pengangkutan
-
Upload
filzah-omar -
Category
Education
-
view
11.951 -
download
0
description
Transcript of Definisi & Peranan Pengangkutan
Berdasarkan Video
Apakah yang kamu dapat lihat?dan
Apakah yang kamu faham?
Apakah definisi pengangkutan?
Definisi Pengangkutan
Pengangkutan merupakan satu cara memindahkan barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Sila lihat dan fahami gambar yang akan
dipaparkan selepas ini
Peranan Pengangku
tanMenggalakkan pergerakan
tenaga buruh
Mengelakkan lebihan dan kekurangan
barang
Meluaskan pasaran dan
menggalakkan perniagaan
antarabangsa
Menggalakkan pengeluaran secara
besar-besaran
Mengurangkan kos penyimpanan stok
Mempelbagaikan pilihan pengguna
Membantu pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan negara
Menyebarkan hasil ciptaan
dan sains teknologi
Mengelakkan pembaziran
Menggalakkan pengaliran modal
dan industri pelancongan
AKTIVITI BERKUMPULAN
Soalan:
Sekiranya sistem pengangkutan tidak cekap, apakah masalah yang akan timbul?
JAWAPAN
• Berlaku lebihan dan kekurangan barang di pasaran.
• Tidak dapat meluaskan pasaran.• Pengeluaran tidak dapat
dilakukan secara besar-besaran.• Meningkatkan kos penyimpanan
stok.• Menghadkan pilihan pengguna
• Membantutkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
• Hasil ciptaan dan sains teknologi tidak dapat diperluaskan.
• Menghadkan pergerakan tenaga buruh.
• Menggalakkan pembaziran.• Menyekat pengaliran modal dan
industri pelancongan.
SOALAN
Apakah kesimpulan yang dapat kamu buat?
Pengangkutan memainkan peranan yang penting dalam aktiviti perdagangan
pada masa kini.
TERIMA KASIH
Jangan lupa bersedia untuk kelas akan datang!
Mengelakkan lebihan dan kekurangan barang di pasaran
• menghantar barang dari tempat yang mempunyai lebihan ke tempat yang mengalami kekurangan
• dengan ini permintaan dan penawaran dapat diselaraskan maka harga barang dapat distabilkan
Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan
antarabangsa• barang boleh diagihkan ke merata
tempat termasuk pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa
• maka banyak barang boleh dijual dan dapat menambahkan keuntungan
Menggalakkan pengeluaran secara
besar-besaran• pasaran yang luas, membolehkan
pengeluaran secara besar-besaran dilakukan
• ini akan menjimatkan kos pengeluaran dan menurunkan harga barang
Mengurangkan kos penyimpanan stok
• peniaga dapat mengurangkan kos penyimpanan stok/kos pergudangan
• peniaga tidak perlu menyimpan stok yang banyak
• jika berlaku kekurangan stok, bekalan baru boleh dapat dalam masa yang singkat
Mempelbagaikan pilihan pengguna
• pelbagai jenis barangan dapat diimport dari seluruh pelusuk dunia
• maka ini dapat mempelbagaikan pilihan pengguna
Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara
• sistem pengangkutan yang cekap dapat menggalakkan perkembangan pelbagai aktiviti ekonomi seperti pertanian, perkilangan dan perlombongan
Menyebarkan hasil ciptaan sains dan
teknologi• pembaharuan dan penemuan
dalam bidang sains dan teknologi dapat disebarkan antara sebuah negara dengan negara lain
• ini akan dapat mempertingkatkan taraf teknologi dan hasil pengeluaran negara
Menggalakkan pergerakan tenaga
buruh• membolehkan pekerja mahir,
separuh mahir dan tidak mahir dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat lain mengikut permintaan pasaran
• maka tenaga buruh dapat digunakan sepenuhnya dan membawa faedah kepada negara yang terlibat
Mengelakkan pembaziran
• membolehkan barang yang mudah rosak seperti sayuran, ikan, buah-buahan dipasarkan dengan segera untuk elak kerosakan
Menggalakkan pengaliran modal dan industri pelancongan
• sistem pengangkutan yang lengkap dan cekap dapat menggalakkan kemasukan pelaburan asing
• ini dapat menambahkan pendapatan negara dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
• ia juga membolehkan kemasukan pelancong dan memudahkan pergerakan mereka untuk ke pusat pelancongan
• ia juga dapat menambahkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing