DEFINISI TAMADUN

32
DEFINISI TAMADUN Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah , madaniyah . Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar.

Transcript of DEFINISI TAMADUN

Page 1: DEFINISI TAMADUN

DEFINISI TAMADUN Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang

mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan

kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama

pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah

culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization

dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar.

Page 2: DEFINISI TAMADUN

BAHASA ARAB

Terdapat empat empat istilah yang pernah digunakan untuk membincangkan tentang konsep pembangunan , kemajuan dan pencapaian manusia.

# hadarah #Madaniyyah #umran #tamaddun

Hadarah mengandungi dua pengertian:

a) pengertian objektif: suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik , keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan daripada satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat.

b) Pengertian subjektif: suatu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi,yang berlawanan dengan kehidupan yang liar atau ganas,atau digambarkan sebagai kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai.

Page 3: DEFINISI TAMADUN

BAHASA INGGERIS Dalam bahasa inggeris, civilization

ialah terjemahan yang paling meluas penggunaanya bagi merujuk maksud tamadun.Semasa perkataan umran dibahaskan oleh ibn khaldun pada abd ke14, perkataan civilization masih belum wujud lagi di dalam bahsa inggeris.Selain civilization, beberapa perkataan lain yang pernah digunakan tetapi tidak begitu meluas ialah seperti culture, urbanization dan renaissance.

Page 4: DEFINISI TAMADUN

CIRI-CIRI TAMADUN

1. Kemajuan Teknologi Pada peringkat awal manusia

menggunakan batu sebagai alat penting.

Kemudian digunakan berleluasa maka zaman itu dikenali sebagai Zaman Batu.

Zaman BatuZaman Batu dibahagikan kepada:

• Zaman Paleolitik• Zaman Mesolitik

Zaman Neolitik

Page 5: DEFINISI TAMADUN

Zaman Neolitik: lebih tinggi teknologinya.penggunaan batu lebih sempurna

memasuki era pertanian dan kerja2 kraftangan dan tembikar.

penciptaan bajak untuk pertanian dan roda untuk pengangkutan pembuatan tembikar dan pengairan

Page 6: DEFINISI TAMADUN

Zaman Logam Manusia menggunakan alatan diperbuat

daripada logam. Di Asia Tenggara, muncul era Dongson

dengan penggunaan Gendang Gangsa. Orang yan memiliki alatan gangsa

mempunyai kekayaan dan ketinggian martabatnya.

Manusia lebih selesa dan produktif. Ada usaha meningkatkan keperluan

masyarakat dalam bidang ekonomi. Wujud perdagagan dan penaklukan. Di Eropah, wujud Era Revolusi membawa

kepada sektor industri diwujudkan dan membawa kepada era imperlialisme.

Page 7: DEFINISI TAMADUN

2. Sistem Pemerintahan Mempunyai pembahagian tertentu dalam

pentadbiran dan fungsi-fungsi pentadbiran. Memberi tanggungjawab kerajaan dan

rakyat. Dalam tamadun klasik, raja merupakan

tiang utama kuasa pemerintahan. Dia adalah wakil Tuhan dalam Tamadun

China, Mesir dan Mesopotamia. Dia adalah anak syurga di China dan

Devaraja dalam Kerajaan Khmer. Raja mendapat anugerah dari Tuhan atau

langit untuk memerintah dunia. Dalam Tamadun Melayu, raja2 Melaka

adalah keturunan Iskandar Zulkarnain.

Page 8: DEFINISI TAMADUN

3. Ekonom i Kemajuan ekonomi membawa kemakmuran kepada

sesuatu tamadun. Pada awalya terlibat dengan aktiviti pertanian, kemudian

pertukangan dan perdagangan dan kemudian diperluaskan ke peringkat antarabangsa.

Kemudian membawa kepada perkembangan sistem sukat dan ukur serta penciptaan wang kertas dan duit syilling.

Dalam tamadun Melayu ada hasta, jengkal dan depa. Sistem pembelian berubah dari sistem barter kepad

sistem wang. Tamadun Barat mencipta falsafah ekonomi seperti

kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Kapitalisme mula-mula diutarakan oleh Bapa Ekonomi

Moden iaitu Adam Smith pada 1776 dalam bukunya The Wealth of nations.

Katanya pasaran bebas tanpa gangguan kerajaan akan membawa kepada kemakmuran maksimum bagi sesebuah negara.

Page 9: DEFINISI TAMADUN

4. Urbanisasi Bandar adalah pusat kegiatan tamadun yang

utama seperti bidang agama, pemerintahan, ekonomi atau pelbagai pusat.

Kerana bandar sebagai pusat pertemuan penduduk dan orang asing, ini membantu proses urbanisasi.

Pada Tamadun Lembah Indus, terdapat tinggalan bangunan besar, bilik air, limbah, pmebentungan, longkang, dan palung di kaki2 atap.

Di Mohenjo-daaro, terdapat kolam besar (great bath) dibina untuk upacara agama.

Semasa Dinasti Tang, Changan ialah bandar yang mempunyai penduduk ramai iaitu 1,960,186 orang, serta datang dari pelbagai tempat di Asia.

Page 10: DEFINISI TAMADUN

5. Struktur Sosial Peringkat pertama, wujud masyarakat petani. Wujud pemimpin atau ketua agama, kemudian

menjadi ketua penduduk tempatan dan seterusnya muncul golongan pemerintah.

Pada masa ini, wujud tiga kelas masyarakat: pemerintah, rakyat dan hamba.

Wujud dominasi individu atau kumpulan ke atas segolongan petani oleh tuan tanah.

Revolusi pertanian ini membawa kepada pengkhususan pekerjaan seperti pedagang, peniaga, artis, tukang dsb.

Tamadun Islam tidak membahagi-bahagikan penganutnya. Semua penganut Islam adalah sama antara satu sama lain.

Page 11: DEFINISI TAMADUN

6. Kepercayaan dan Agama Elemen-elemen ghaib dan berkuasa menjadi kepercayaan biasa

bagi manusia sejak dulu lagi. Pada peringkat awal, pokok, batu, matahari dan sungai serta laut

dipercayai mempunyai semangat dan harus dipuja kerana memberi rezeki kepada mereka.

Ribut, gempa bumi dan gunung berapi ditakuti dan dilihat  sebagai satu fenomena yang sangat marah.

Ini dipanggil kepercayaan animisme. Upacara korban dibuat untuk mengelakkan segala kecelakaan. Pemimpin agama dipanggil syaman akan mengurus soal-soal

ghaib dan penyakit dan mengetuai upacara agama dan memberi restu kepada apa juga aktiviti rakyat.

Mereka dihormati dan ada juga dijadikan pemimpin. Kemudian kepercayaan ini ditukar dengan kepercayaan kepada

tuhan2 atau dewa2. Kehadiran Islam

membantu mencipta Tamadun arab lebih gemlang. Maysarakat Arab terus bersatu untuk membna kegemilangan Empayar

Islam sehingga ke Eropah dan India

Page 12: DEFINISI TAMADUN

7.Budaya Merupakan cara atau gaya hidup sesebuah

masyarakat atau bangsa. Meliputi semua aktiviti harian manusia. Membezakan antara bangsa-bangsa tertentu. Dalam aspek makanan:

Masyarakat China - sayuran Masyarakat Timur Tengah dan India - gandum iaitu roti masyarakat Kepulauan Melayu - nasi

Dalam aspek pakaian: Tamadun Melayu - baju Melayu Tamadun Jepun - kimono Tamadun India - sari dan dhoti

Dalam aspek minuman keras:Tamadun Jepun – sake, Tamadun China - wain China, Sabah dan Sarawak – tuak

Page 13: DEFINISI TAMADUN

8.Kesenian

Seni melambangkan kegemilangan dan keunggulan tamadun seperti: Binaan - Taj mahal, Piramid, Tembok Besar China

dan Taman Tergantung Babylon. Lukisan, sastera dan ukiran.

Karya - Hikayat Seribu Satu Malam

Page 14: DEFINISI TAMADUN

9.Tulisan dan Bahasa Tulisan:

membantu manusia menyimpan rekod, menulis undang2, sastera, bidang intelektual.

dikri2 raja dapat disampaikan kepada rakyat. urusan perdagangan dapat dijalankan. berkembangnya bidang penulisan dan ilmu pengetahuan. Masyarakat Sumeria mencipta tulisan cuneiform pada 3100

S.M. - 1399 S.M. Bahasa:

penting dalam perhubungan. Tamadun China mempunyai bahasa Mandarin. Usaha penyatuan bahas ibuat oleh Raja Shih Huang-Ti (221-

210 S.M.). Tetapi bahasa2 berlainan tidak menghadkan perhubungan

antara tamadun. Pelbgai bahasa seperti Tamadun Barat mempunyai bahasa

Inggeris, Peranchis, Jerman, sepanyol dan sebagainya, tetapi bahasa tidak membataskan tamadun tersebut.

Page 15: DEFINISI TAMADUN

CIRI-CIRI TAMADUN BARAT ATAU LAIN

Page 16: DEFINISI TAMADUN

5 jenis pemerintahan di kota Greek: Oligarki, Plutokrasi dan Aristokrasi - kuasa dipegang oleh

sebilangan penduduk. Tyrant Demokrasi

Sistem pemerintahan dibentuk oleh sarjana-sarjana klasik seperti pada Tamadun Greek memaparkan ahli falsafahnya seperti Socrates, Plato dan Aristotle.

Falsafah cina pula seperti Lao Tze, Konfusius dan meng-Tze.

Sesebuah tamadun mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.

Conohnya, tamadun China: semasa pemerintahan Dinasti Tang, empayarnya

dibahagikan kepada 10 wilayah (tao) dan menjadi 15 wilayah pada abad ke 8 yang ditadbir oleh pengawas pentadbiran, kewangan dan kehakiman.

Page 17: DEFINISI TAMADUN

kepercayaan   Tamadun Greek Klasik :-

ada pelbagai tuhan seperti Poseidon, Aphrodite, Ares, Artemis, Apollo, Zeus, Athena dan Demeter.

Tamadun India :- percaya matahari, api, angin, sungai an gunung

ada semangat, oleh itu dipuja. Oleh itu mereka mengkategorikan tuhan2 mereka

seperti Dyaus (dewa langit), Varuna (dewa aturan duniawi), Surya (dewa matahari), Saraswaati (dewi Sungai Saraswati), dan Prthvi (bumi).

Kemudian mereka percaya ada satu kuasa agong yang membawa kepercayaan kepada dewa2 Brahma (pencipta), Visnu (memelihara) dan Siva (pemusnah).

Page 18: DEFINISI TAMADUN

Agama ini berperanan sebagai pembentuk masyarkat bersatu dan mengajar mereka mengenai cara-cara mengorganisasikan masyarakat serta mendisiplinkan diri hawa nafsu ajaan Buddha dan Hindu, dan mengajak ke arah kebaikan bagi mencapai Nirvana.

Agama dijadikan alat penenang. Apabila kejatuhan Dinasti Han pad 220s.M. berlaku

huru-hara dan kacau-bilau, rakyat mencari ketenangan dari agama dengan menerima ajaran Buddha.

Buddha juga memperkayakan ciri2 ketamadunan China dalam bidang seni dan pengetahuan dan perubatan.

Manakala Tamadun Barat kontemorari tidak berpaksikan agama tetapi berfahaman sekular.

Page 19: DEFINISI TAMADUN

Struktur sosial   Tamadun China dibahagikan oleh Konfusius

kepada :- cerdik pandai petani buruh pedagang

Tamadun India dibahagikan kepada :- Bahmin (golongan sami-sami) Ksyatria (hulubalang dan tentera, bangsawan dan

pahlawan) Vaisya (pedagang dan petani) Sudra (hamba abdi) Paria - golongan paling bawah.

Page 20: DEFINISI TAMADUN

Tamadun Jepun dibahagikan oleh Syogun Tokugawa (1603-1867) kepada :- Samurai (pahlawan) Nomin (petani) Shonin (tukang) Chonin (Saudagar)

Tamadun lain pula dibahagikan kepada :- kumpulan pemerintah ahli agama cedik pandai rakyat biasa hamba.

Page 21: DEFINISI TAMADUN

Sumbangan Tamadun Islam kepada Tamadun Barat.

Page 22: DEFINISI TAMADUN

 Dalam bidang falsafah dan pemikiran :-  1.Orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi

dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan

2. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah.

3. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan se takat menterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoe yang dihasilkan pada abad ke 18M.

  4. Begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah

sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan, telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.

 

Page 23: DEFINISI TAMADUN

Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan :-

  1.Hak individu serta penyertaan rakyat

memberi pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan pe rang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka.

2. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali.

Page 24: DEFINISI TAMADUN

Dalam bidang ekonomi :-

1.Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipe lajari daripada orang Islam.

2. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiqi.

Page 25: DEFINISI TAMADUN

Dalam bidang perubatan :-

1. Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi.

2. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah.

Page 26: DEFINISI TAMADUN

Dalam bidang matematik :-

1.ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain.

2. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus

3. Karya- karya beliau antaranya Liberab’ci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.

Page 27: DEFINISI TAMADUN

Dalam bidang astronomi :-

1.Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel).

2.Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.

3. Dalam bahasa Eropah ter dapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari).

Page 28: DEFINISI TAMADUN

 Dalam bidang botani :-

1.Umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah.

2. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani.

3. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuh¬tumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian

Page 29: DEFINISI TAMADUN

 Dalam bidang seni muzik :-

1.pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo.

2. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik.. Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab.

Page 30: DEFINISI TAMADUN

Dalam bidang bahasa :-

1.Banyak karya bahasa dan sas tera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah.

2. Istilah- istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan ba nyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah al-Mas’udi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah.

Page 31: DEFINISI TAMADUN

Dalam bidang ketenteraan :-

1.Taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan strategi peperangan pada zaman moden.

2. Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi ta¬madun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata.

3.Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.

Page 32: DEFINISI TAMADUN