Definisi[1]Quality(Penyertaan Pekerja)

9
PENYERTAAN PEKERJA DAN PENINGKATAN KUALITI Pengenalan Salah satu cabaran utama dalam pengurusan ialah melaksanakan strategi pembangunan manusia yang berkesan untuk meningkatkan prestasi organisasi dan akuntabiliti. Sebagai hasil dari penekanan pada prestasi, penyelidik dalam pengurusan sumber manusia telah menekankan strategi berkesan sumber manusia seperti kepuasan kerja, memberikan kuasa kepada pekerja, pengurusan penglibatan pekerja, dan perancangan strategik. Tugasan ini mengupas perkaitan di antara penyertaan pekerja dan peningkatan kualiti dalam organisasi pendidikan. Oleh yang demikian, cabaran utama dari aspek pengurusan sekolah adalah adalah pembangunan guru dan kakitangan akademik lain untuk meningkatkan prestasi sekolah, prestasi murid dan kemenjadian murid. Pekerja Seorang pekerja boleh ditakrifkan sebagai: "Seseorang di dalam perkhidmatan yang terikat kontrak yang tersurat atau

Transcript of Definisi[1]Quality(Penyertaan Pekerja)

Page 1: Definisi[1]Quality(Penyertaan Pekerja)

PENYERTAAN PEKERJA DAN PENINGKATAN KUALITI

Pengenalan

Salah satu cabaran utama dalam pengurusan ialah melaksanakan strategi

pembangunan manusia yang berkesan untuk meningkatkan prestasi organisasi dan

akuntabiliti. Sebagai hasil dari penekanan pada prestasi, penyelidik dalam pengurusan

sumber manusia telah menekankan strategi berkesan sumber manusia seperti

kepuasan kerja, memberikan kuasa kepada pekerja, pengurusan penglibatan pekerja,

dan perancangan strategik. Tugasan ini mengupas perkaitan di antara penyertaan

pekerja dan peningkatan kualiti dalam organisasi pendidikan. Oleh yang demikian,

cabaran utama dari aspek pengurusan sekolah adalah adalah pembangunan guru dan

kakitangan akademik lain untuk meningkatkan prestasi sekolah, prestasi murid dan

kemenjadian murid.

Pekerja

Seorang pekerja boleh ditakrifkan sebagai: "Seseorang di dalam perkhidmatan

yang terikat kontrak yang tersurat atau tersirat, lisan atau bertulis, di mana majikan

mempunyai kuasa atau hak untuk mengendalikan dan mengarahkan pekerja tentang

bagaimana pekerjaan yang akan dilakukan oleh pekerja (Kamus Hukum Black,1979

dipetik dari Anon , t.t ).

Seorang pekerja mampu memberikan sumbangan tenaga kerja dan kemahiran

untuk menjayakan sesebuah organisasi. Secara khusus, seorang pekerja adalah setiap

Page 2: Definisi[1]Quality(Penyertaan Pekerja)

PENYERTAAN PEKERJA DAN PENINGKATAN KUALITI

orang yang digajikan oleh majikan untuk membuat kerja (Anon,t.t). Dari aspek

pendidikan, pekerja di sekolah merupakan kakitangan guru dan bukan guru.

Penyertaan Pekerja

Menurut Locke dan Schweiger(1979) dan Wagner (1994) dalam Komal dan Tahir

(2007), penyertaan pekerja umumnya ditakrifkan sebagai suatu proses di mana

pengaruh antara individu-individu dari hirarki yang berbeza amalan pengurusan yang

menglibatkan pengurus dan pekerja bawahan dalam memproses maklumat, membuat

keputusan dan usaha penyelesaian masalah .

Menurut Komal dan Tahir (2007), Coch dan French (1949) merupakan pelopor

dalam kajian penyertaan pekerja di tempat kerja. Mereka membangunkan konsep

produktiviti dan kecekapan dengan andaian bahawa terdapat hubungan langsung

antara penglibatan pekerja dalam membuat keputusan dan hasil kerja seperti

peningkatan kepuasan kerja dan produktiviti. Penyertaan dalam membuat keputusan

dapat memuaskan keperluan aktualisasi diri pekerja dan, dengan demikian dapat

meningkatkan motivasi pekerja dan prestasi kerja (Likert, 1961).

Page 3: Definisi[1]Quality(Penyertaan Pekerja)

PENYERTAAN PEKERJA DAN PENINGKATAN KUALITI

Kualiti

Kualiti adalah satu istilah yang relatif iaitu memberikan maksud yang berlainan

kepada orang dan situasi yang berbeza (Mohd Khalit, 2002). Terdapat pelbagai definisi

yang telah diberikan oleh guru-guru kualiti, daripada negara Amerika Syarikat dan

Jepun, seperti Deming, Crosby, Garvin, Juran, Imai, dan Kanji.

Menurut, Deming (tt): tahap kepiawaian dan kebergantungan terhadap kos yang

rendah untuk disesuaikan bagi tujuan pasaran. Crosby (1979): menepati kehendak

pelanggan (conformance to requirements) tetapi pada tahun 1992, beliau mentafsir

kualiti sebagai apa yang telah dipersetujui oleh semua individu. David Garvin (1988):

ciri-ciri yang dinyatakan seperti bagus, berdasarkan produk, pengguna, pengeluaran

atau nilai. Menurut Garvin lagi, ciri-ciri kualiti boleh dikenalpasti daripada lapan dimensi

iaitu: kebolehpercayaan (reliability), penepatan (conformance), ketahanan (durability),

keupayaan perkhidmatan (serviceability), estetik, persembahan, ciri-dri asas produk

atau perkhidmatan dan kualiti yang dijangka (perceived quality). Imai (1986): apa-apa

sahaja yang boleh diperbaiki. Juran (1988): kesesuaian dalam penggunaan (fitness for

use). Kanji (1998): satu konsep yang relatif di mana orang yang berbeza mempunyai

tanggapan yang berlainan.Secara ringkasnya, setiap definisi yang diberikan oleh guru

kualiti berbeza memberi takrifan kualiti yang berbeza tetapi pada asasnya, ia

memfokuskan kepada memenuhi kehendak pelanggan.

Ini bermakna, kualiti boleh ditakrifkan dalam pelbagai ciri bergantung kepada

kehendak-kehendak pelanggan yang berbeza terhadap produk atau perkhidmatan yang

Page 4: Definisi[1]Quality(Penyertaan Pekerja)

PENYERTAAN PEKERJA DAN PENINGKATAN KUALITI

mereka ingini. Sekiranya organisasi dapat memenuhi kehendak mereka dan

memastikan kualiti dipertingkatkan, hasilnya ialah kepuasan dan kesetiaan pelanggan

yang tidak berbelah bagi.Selain itu, kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat

sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan

atau yang tersirat. Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi produk ialah, mudah diperoleh,

tahan lama, bersih, selamat, boleh diuji, boleh dikesan dan mudah diangkut (Sifoo

Sidee, 2009)

Contoh ciri-ciri kualiti bagi sesuatu perkhidmatan adalah seperti keselesaan,

kesopanan, kecekapan, keberkesanan, jujur, kebolehpercayaan, cepat, responsif dan

keselamatan (Hairuddin Mohd Ali et. al, 1999)

Peningkatan Kualiti

Peningkatan Kualiti pula bermaksud penambahan reputasi atau dikaitkan dengan

piawai yang boleh diterima umum, memenuhi dan menepati selera pengguna atau

pelanggan pada keadaan yang dikatakan lebih berkualiti, tahap terbaik yang boleh

dicapai , menepati spesifikasi iaitu konsep yang relatif mengikut masa dan keadaan

peningkatan di sepanjang masa.

Menurut Department of Community and Family Medicine (2005), peningkatan

kualiti adalah pendekatan formal untuk analisis prestasi dan usaha sistematik untuk

memperbaikinya. Dalam konteks pendidikan di negara kita peningkatan kualiti

pendidikan diberikan perhatian oleh pihak Kementerian. Antara langkah-langkah yang

Page 5: Definisi[1]Quality(Penyertaan Pekerja)

PENYERTAAN PEKERJA DAN PENINGKATAN KUALITI

dilakukan ialah kajian semula kurikulum kebangsaan bagi memastikan ia memenuhi

harapan dan tuntutan pendidikan berkualiti. Ia membabitkan penerapan elemen

kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup kepada aspek pengajaran dan pembelajaran

(Tan Sri Muhyiddin Yassin, 2010).

Penyertaan Pekerja dan Peningkatan Kualiti

Ada pelbagai model yang digunakan untuk melihat peningkatan kualiti dalam

sesebuah organisasi yang melibatkan penyertaan pekerja, tetapi untuk tugasan ini

model yang dipilih adalah pengurusan kualiti menyeluruh (TQM :Total Quality

Management) berdasarkan Teori Deming dan dilihat dalam sektor pendidikan.

Page 6: Definisi[1]Quality(Penyertaan Pekerja)

PENYERTAAN PEKERJA DAN PENINGKATAN KUALITI

Bibliografi

Anon. Employment Retrieved 23 Julai 2010, from

http://en.wikipedia.org/wiki/Employment

Komal Khalid Bhatti &Tahir Masood Qureshi (2007). Impact of employee participation

on job satisfaction, employee commitment and employee productivity

International Review of Business Research Papers 3(2), 54-68.

Kamus Hukum Black Laman 471 (ed 5 1979)

Likert, R. (1961). New Patterns of Management: McGrawHill.

Wagner, A. J. (1994). Participation‟s effects on performance and satisfaction: A

reconsideration of research evidence. Academy of Management Review, 19,

312-330.

Sifoo Sidee (2009). Kualiti dalam pendidikan Dimuatturun pada 22 Julai, 2010, daripada

http://www.mudahbelajar.com/?p=160

Mohd Khalit Othman (2002). Aspek-aspek yang menyokong pengurusan kualiti dalam

perkhidmatan teknologi maklumat: fokus kepada bahagian perkhidmatan

pengguna sektor awam. Jurnal Antarabangsa (Teknologi Maklumat), 3, 33-52.

Department of Community and Family Medicine (2005). Quality improvement

Dimuatturun pada 23 Julai, 2010, daripada http://

patientsafetyed.duhs.duke.edu/module_a/ introduction/ introduction.html

Page 7: Definisi[1]Quality(Penyertaan Pekerja)

PENYERTAAN PEKERJA DAN PENINGKATAN KUALITI

Peningkatan kualiti guru keperluan mendesak (2010, 25 Mei 2010). Utusan Malaysia. Retrieved 23 Julai 2010, from http://skesda.net/index.php?option=com_content&view=article&id=81&catid=45&Itemid=1&lang=en