DEMAM DENGGI

3
DEMAM DENGGI Demam denggi merupakan penyakit yang berpunca daripada nyamuk aedes betina. Penyakit berjangkit ini jika tidak dirawat dengan segera boleh membawa maut. Di Malaysia, jumlah kes yang berpunca daripada penyakit denggi dilaporkan meningkat saban tahun dan telah meragat banyak nyamuk. Faktor yang menyebabkan penyakit demam denggi ini merebak ialah melalui gigitan nyamuk aedes yang membawa kuman demam denggi. Selain itu, penyakit ini juga berpunca melalui jangkitan daripada manusia yang mempunyai kuman demam denggi di dalam badannya kepada manusia lain. Terdapat beberapa tanda serangan pada seseorang yang dijangkiti penyakit demam denggi. Antaranya ialah, demam kuat yang mengejut dan berterusan, bintik-bintik merah pada kulit seta sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi biji mata, dan kepala. Sekiranya seseorang itu didapati menghidap penyakit demam denggi, rawatan utama adalah mengelakkan pesakit tersebut minum air. Pesakit juga hendaklah dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sebenarnya penyakit demam denggi ini dapat dicegah sekiranya masyarakat prihatin tentang kebersihan dan kesihatan mereka. Hal ini didemikin kerana kebanyakkan kes demam denggi yang dilaporkan, berpunca dari rumah dan juga halaman rumah yang kotor. Justeru, amalan gaya hidup bersih dan sihat mestilah dipratikkan supaya kes penyakit berbahaya ini dapat dikurangkan ke tahap minimum. kita hendalah sentiasa beringat dan berwaspada dengan kebersihan persekitaran dan kediaman kita agar tidak menjadi tempat pembiakan.

description

DEMAM DENGGI

Transcript of DEMAM DENGGI

Page 1: DEMAM DENGGI

DEMAM DENGGI

Demam denggi merupakan penyakit yang berpunca daripada nyamuk

aedes betina. Penyakit berjangkit ini jika tidak dirawat dengan segera boleh

membawa maut. Di Malaysia, jumlah kes yang berpunca daripada penyakit

denggi dilaporkan meningkat saban tahun dan telah meragat banyak nyamuk.

Faktor yang menyebabkan penyakit demam denggi ini merebak ialah

melalui gigitan nyamuk aedes yang membawa kuman demam denggi. Selain

itu, penyakit ini juga berpunca melalui jangkitan daripada manusia yang

mempunyai kuman demam denggi di dalam badannya kepada manusia lain.

Terdapat beberapa tanda serangan pada seseorang yang dijangkiti

penyakit demam denggi. Antaranya ialah, demam kuat yang mengejut dan

berterusan, bintik-bintik merah pada kulit seta sakit teruk pada tulang-tulang,

otot-otot, sendi-sendi biji mata, dan kepala.

Sekiranya seseorang itu didapati menghidap penyakit demam denggi,

rawatan utama adalah mengelakkan pesakit tersebut minum air. Pesakit juga

hendaklah dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan

lanjut.

Sebenarnya penyakit demam denggi ini dapat dicegah sekiranya

masyarakat prihatin tentang kebersihan dan kesihatan mereka. Hal ini

didemikin kerana kebanyakkan kes demam denggi yang dilaporkan, berpunca

dari rumah dan juga halaman rumah yang kotor.

Justeru, amalan gaya hidup bersih dan sihat mestilah dipratikkan supaya

kes penyakit berbahaya ini dapat dikurangkan ke tahap minimum. kita hendalah

sentiasa beringat dan berwaspada dengan kebersihan persekitaran dan

kediaman kita agar tidak menjadi tempat pembiakan.

Page 2: DEMAM DENGGI

Langkah-Langkah Mencegah Demam Denggi

Demam denggi penyakit yang disebabkan oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini

sangat berbahaya kerana boleh membawa maut. Oleh itu, kita harus mengambil

langkah-langkah untuk mencegah demam denggi.

Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Barang

buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastic yang

menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan. Pasu bunga, bekas air

dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau

ditukar airnya secara kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Selain itu, kita hendaklah melindungi diri daripada gigitan nyamuk. Nyamuk

biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang. Oleh itu, pakailah pakaian yang

menutupi kebanyakkan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu.

Pada bahagian tubuh yang terdedah, sapukan krim penghindar nyamuk.

Di samping itu, kita boleh memasang jarring nyamuk pada tingkap rumah.

Jaring ini dapat menhalang nyamuk daripada memasuki rumah. Di dalam rumah pula,

gunakan ubat lingkaran nyamuk untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu

malam.

Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh

menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah.

Di luar rumah pula, minta pihak berkuasa mengadakan semburan kabus untuk

membunuh nyamuk.

Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan

pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota mayarakat hendaklah

bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.

Page 3: DEMAM DENGGI

Cara-cara membasmi pembiakan nyamuk Aedes

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya.

Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Peyakit ini

sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana kematian akibat nyamuk Aedes di

negara ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Antara cara

untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan yang

boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat tersebut seperti di dalam tempayan, pasu-pasu

bunga, dan kolam mandi.  Pastikan nyamuk tidak membiak di dalam tempat-tempat ini

dengan menyalinkan airnya pada setiap minggu dan dibasuh sehingga bersih untuk

memusnahkan telur nyamuk.

Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk

daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke

dalam tong sampah atau ditanam.

Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat pembiakan

nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan

daun yang menyekat air daripada mengalir.

Di samping itu, jika menggunakan  takungan air untuk memerangkap semut daripada

naik ke meja atau almari, air takungan itu perlulah dimasukkan garam sebanyak 2 sudu teh

untuk mencegah pembiakan nyamuk.

Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana ikan seperti

ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. Oleh itu, peliharalah ikan-ikan ini dalam

tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes ini. Jika tidak, masukkan ubat

pembunuh jentik-jentik dengan mengikut sukatan yang betul ke dalam semua bekas

menyimpan air, tiga bulan sekali.

Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi  pembiakan nyamuk

Aedes. Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh menjadi

tempat pembiakan nyamuk. Ambillah tindakan yang sewajarnya jika mendapati tempat

tersebut boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.