Demokrasi Dan Malaysia
-
Upload
hanif-yusuf -
Category
Documents
-
view
126 -
download
4
description
Transcript of Demokrasi Dan Malaysia
-
Demokrasi & Malaysia Erfan Yusabra
-
1
PENDAHULUAN
Malaysia secara teori dan falsafahnya boleh dianggap sebagai
sebuah negara demokrasi kerana memenuhi tujuh ciri-ciri utama
negara demokrasi iaitu kebebasan bersuara; media massa yang
bebas dan berkecuali; pilihan raya diadakan secara konsisten,
bebas dan adil; kebebasan berorganisasi dan berpersatuan;
pemerintahan berasaskan majoriti; hak golongan minoriti
dihormati; dan badan kehakiman yang bebas dan berkecuali. 1
Terdapat juga kritikan terhadap amalan demokrasi di Malaysia yang
dilabel antaranya seperti demokrasi tanpa konsensus,2 demokrasi
palsu dan separuh, 3 dan demokrasi terhad 4 walaupun Malaysia
telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen semenjak
kemerdekaannya pada tahun 1957 sehingga sekarang.
Menurut D. Robertson, kerajaan berparlimen ialah satu
sistem kerajaan yang mana Eksekutif bertanggungjawab kepada
Parlimen yang dibentuk susulan pilihan raya umum. Parlimen pula
berfungsi membuat undang-undang atau akta dan mengawasi serta
mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan.5Pilihan raya umum
juga telah diadakan secara tetap dan konsisten sepanjang 56 tahun
kemerdekaan Malaysia dan ia merupakan elemen penting dalam
1Zaini Othman. 2006. Demokrasi di Negara Sedang Membangun: Pengalaman Asia
Tenggara. Dlm.Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud & Zaini Othman (pnyt.) Demokrasi
Kepimpinan dan Keselamatan Dalam Politik Malaysia, hlm. 26-49. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
2 Von Vorys, K. 1975. Democracy Without Consensus: Communalism and Political
Stability In Malaysia. Princeton: Princeton University Press. 3Case, W. 1993. Malaysia: The Semi Democratic Paradigm. Asian Studies Review.17(1):
75-82. 4 Crouch, H. 1996. Government and Society in Malaysia. Singapore: Talisman
Publishing. 5Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (pnys.). 1997. Kenegaraan Malaysia.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
-
2
sistem demokrasi Malaysia kerana menjadi pengukur paling unggul
kepada penglibatan rakyat di dalam sesebuah negara. Penglibatan
rakyat perlu ada di dalam sebuah sistem demokrasi melalui proses
pengundian serta kempen pilihan raya. Pilihan raya memberikan
rakyat hak secara langsung untuk terlibat menentukan parti atau
pemimpin yang akan memegang kuasa. Calon-calon yang
bertanding dalam pilihan raya juga dapat bersaing antara satu sama
lain tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Kerajaan juga
menghormati dan mengiktiraf hak sivil dan kebebasan politik
rakyat.
Sehubungan itu, esei ini akan membincangkan mengenai
perkembangan dan amalan demokrasi Malaysia serta keunikan
sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang
diamalkan di Malaysia.
LATAR BELAKANG
Dalam kemajuan dan perubahan sistem pentadbiran serta tatacara
bermasyarakat, demokrasi diterima sebagai satu sistem politik
terbaik yang sesuai untuk kehidupan manusia. Bermula dari
pemikiran Socrates hinggakini, demokrasi berkembang selari
dengan konsep negara bangsa, kontrak sosial, aspirasi umum,
penyertaan rakyat, hak rakyat dan sebagainya. Kesemua konsep ini
mengikat demokrasi dengan kehendak majoriti rakyat terhadap
pemerintah. Dengan itu, demokrasi dapat ditakrifkan sebagai
sebuah negara atau kerajaan yang terhasil daripada kehendak dan
aspirasi kelompok masyarakat majoriti. Pemerintah yang dibentuk
daripada pilihan ramai itu bertujuan memberi perkhidmatan terbaik
dan memastikan kehidupan rakyat terjamin.Walaupun ia adalah
milik masyarakat paling ramai, namun demokrasi menentang
penindasan terhadap kelompok masyarakat minoriti di dalam
sesebuah negara. Ciri-ciri demokrasi yang merangkumi pilihan
-
3
raya, parti politik, kebebasan media, hak asasi manusia,
pembahagian kuasa, dan masyarakat sivil menjadi mekanisme yang
mengimbangi kekuatan kerajaan, bertujuan supaya kepentingan
masyarakat majoriti terpelihara.
Dalam sistem demokrasi, pihak yang menerima paling
banyak undi semasa pilihan raya akan membentuk kerajaan. Untuk
membolehkan demokrasi terus subur, ia memerlukan partisipasi
politik secara menyeluruh oleh rakyat sesebuah negara. Partisipasi
politik pula tidak boleh membezakan kelompok-kelompok
masyarakat kerana mereka berhak terhadap proses demokrasi dan
pemilihan kerajaan serta pembuatan keputusan. Bermula daripada
perbincangan Socrates sehingga Revolusi Perancis seterusnya
revolusi industri memperlihatkan bahawa demokrasi wujud selepas
adanya pertembungan antara rakyat dengan pemerintah. Rakyat
yang semakin tinggi ilmu pengetahuan dan melihat keburukan
pemerintah mula bangkit mendapatkan kuasa.Dalam konteks ini,
demokrasi dinilai sebagai sistem terbaik bagi masyarakat kerana
mereka yang menentukan pemerintah dan kerajaan.
Definisi Istilah demokrasi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu dmokrata, yang bermaksud kekuasaan rakyat. Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan, iaitu dmos bermaksud rakyat dan Kratos bermaksud kekuasaan. Ia merujuk pada sistem politik yang muncul pada pertengahan abad ke-5 dan ke-4 Sebelum Masihi di
negara kota Yunani Kuno khususnya Athens susulan revolusi rakyat
pada tahun 508 SM. Istilah demokrasi diperkenalkan pertama
kalinya oleh Aristoteles sebagai suatu bentuk pemerintahan yang
menggariskan bahawa kekuasaan berada di tangan rakyat. Negara
yang mengamalkan sistem demokrasi dikenali sebagai negara
demokratik. Kekuasaan tertinggi dalam sistem demokrasi terletak
di tangan rakyat kerana rakyat mempunyai hak dan suara yang
sama dalam mengatur pemerintahan sesebuah negara.
-
4
Dalam Ucapan Gettysburg pada tahun 1863, Abraham
Lincoln mendefinisikan demokrasi sebagai;...and that government of the people, by the people, for the people.... William Godwin dalam bukunya, An Enquiry Concerning Democracy menyatakan
bahawa Democracy is a system of government according to which every member of a societyis considered as a man and nothing
more6. Dalam sistem demokrasi, keputusan yang diambil adalah berdasarkan suara terbanyak. Sistem demokrasi memberikan
kebebasan bersuara kepada rakyat sesebuah negara demokratik.
Namun pada awal terbentuknya sistem ini di Athens, hanya lelaki
sahaja yang dibenar mengambil bahagian untuk bersuara di dewan.
Demokrasi merupakan sebuah bentuk kerajaan di mana kuasa
tertinggi diserahkan pada rakyat dan dilaksanakan oleh mereka
secara langsung atau tidak langsung melalui sistem perwakilan
yang biasanya melibatkan pilihanraya yang bebas secara
berkala.
Prinsip-prinsip Demokrasi
Perlembagaan Perlembagaan bermaksud prinsip asas yang memperkenalkan
sistem pemerintahan sesebuah negara.Perlembagaan adalah
undang-undangserta peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasa
untuk mengawal kerajaan dan rakyat. Perlembagaan sesebuah
negara adalah prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting
berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan
diisytiharkan, sama ada dibentuk dalam undang-undang adat
kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.7
6 Pickles, D. 1970.Democracy. London: Methuen & Co Ltd. 7Leeds, C.A. 1981. Politics Studies. Plymouth: Macdonald and Evans.
-
5
Pengasingan kuasa. Perlembagaan merupakan medium yang mengehadkan kuasa dan
kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara
norma atau gabungan kedua-duanya.Lazimnya, Perlembagaan
akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan
satu cabang kerajaan itu tidak diberi lebih dari satu kuasa. Struktur
pemerintahan di Malaysia telah diasingkan kepada tiga badan
bagi menjamin pemerintahan yang cekap dan telus. Badan
tersebut ialah Badan Perundangan (Legislatif), Badan
Pemerintahan (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).
Pengasingan kuasa dalam sesebuah pemerintahan ini dikenali
sebagai Doktrin Pengasingan Kuasa.Sistem Semak dan Seimbang pula mengiktiraf setiap cabang kerajaan akan kuasa untuk
mengehadkan kuasa cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya,
tiada cabang kerajaan yang boleh mempunyai kuasa yang mutlak
dalam pentadbiran sesebuah negara.
Pilihan Raya Bebas Pilihan raya merupakan satu kaedah untuk memilih calon bagi
jawatan atau kerusi tertentu.8 Pilihan raya juga merupakan satu
kaedah berwibawa bagi memilih pemimpin-pemimpin politik
dan ketua negara. Pilihan raya boleh diadakan dengan pelbagai
kaedah. Ia adalah pemilihan umum ke atas seseorang untuk
sesuatu jawatan dan pemilihan tersebut dibuat menerusi undi
sesebuah perkumpulan.9 Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah
dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam
pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang
dipilih dan kumpulan pemilihnya. Tujuan mengadakan pilihan
raya adalah untuk memilih orang atau orang-orang yang akan
mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak
di bawah bidang kuasa organisasi tertentu, di mana orang atau
individu-individu berkenaan dipilih untuk bertugas.10
8 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (pnys.). 1997. Kenegaraan
Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 9Ibid,92. 10Ibid, 92.
-
6
Perwakilan Berinstitusi Parti adalah mana-mana kumpulan yang berusaha untuk memilih
pemegang-pemegang jawatan kerajaan di bawah sesuatu label
tertentu. Parti politik pula ialah satu pertubuhan politik di mana
ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri.
Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan supaya ideologi
mereka dapat dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat
jelata. Oleh itu, ahli-ahli politik biasanya akan bertanding di dalam
pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak berpengaruh
akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar
dan menjadi sebuah barisan parti politik. Bermula dengan
penubuhan dewan perwakilan, penubuhan parti telahberkembang
akibat ketidakmampuan dewan perwakilan menampung jumlah
keahlian yang semakin bertambah. Maka wujudlah perkumpulan
parti-parti politik yang semakin besar dan mampu menampung
jumlah ahli yang lebih ramai. Di Malaysia, parti-parti politik
dapat dibahagikan kepada dua yang utama iaitu parti pencadang
(Barisan Nasional), yang menyokong penuh kerajaan dan juga parti
pembangkang (Pakatan Rakyat).
Kebebasan bersuara Kebebasan bersuara merujuk kepada hak seseorang individu
untuk mengekspresikan idea-ideanya tanpa campur tangan
kerajaan. Hak kepada kebebasan bersuara adalah, sebenarnya suatu
kesinambungan kepada hak terhadap kebebasan. Jika seorang
manusia itu mempunyai hak berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk
menggunakan mindanya semahunya, maka dia juga haruslah
mempunyai hak untuk mengekspresikan buah fikirannya dan idea-
idea dalam bentuk yang konkrit sama ada dalam bentuk penulisan
ataupun lisan.
Kebebasan Mengkritik (media massa) Kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan
dengan kebebasan akhbar. Definisi kebebasan adalah berbeza
dari suatu negara dengan negara yang lain mengikut keadaan
setempat. Sebenarnya tidak ada kebebasan akhbar secara mutlak.
Kebebasan akhbar di Malaysia ialah kebebasan yang disertai
-
7
dengan tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat, sesuai
dengan prinsip dan semangat Rukun Negara.
Hak asasi manusia terjamin Demokrasi mempunyai hubungan yang erat dengan Hak Asasi
Manusia karena demokrasi berkait dengan kedaulatan rakyat,
rakyatlah sebagai pemegang kekuasaan politik tertinggi dalam
sesuatu negara demokratik. Rakyat mempunyai kehendak dan
keupayaan untuk menjayakan demokrasi bagi menjaga hak mereka
untuk hidup, memperoleh pendidikan, hidup bersama-sama seperti
orang lain, mendapatkan perlakuan yang sama dan mendapatkan
pekerjaan.
Persamaan dan keadilan dalam semua aspek Sistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat
disatukan walaupun terdiri daripada pelbagai latar belakang
agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem demokrasi
tidak mungkin akan berjalan dengan lancar jika terdapat
perselisihan dalam masyarakat majmuk, yang kemudian mampu
melahirkan golongan yang suka menimbulkan masalah. Malah,
lebih teruk lagi jika terdapat golongan yang ingin meruntuhkan
sistem demokrasi dalam sesebuah negara. Justeru, menjadi
kepentingan kepada sesebuah kerajaan untuk memberi
kesaksamaan dan keadilan kepada rakyat agar sesebuah negara
demokratik itu sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.
Bentuk demokrasi
Demokrasi langsung Demokrasi langsung merupakan suatu bentuk demokrasi di mana
setiap rakyat memberikan suara atau pendapat dalam menentukan
suatu keputusan. Dalam sistem ini, setiap rakyat mewakili
dirinya sendiri dalam memilih suatu kelebihan sehingga mereka
memiliki pengaruh langsung terhadap keadaan politik yang
terjadi. Sistem demokrasi langsung digunakan pada masa awal
-
8
terbentuknya demokrasi di Athens, di mana ketika itu terdapat suatu
permasalahan yang harus diselesaikan, seluruh rakyat akan
berkumpul untuk membahasnya. Di era moden sistem ini tidak
dipraktikkan kerana secara umumnya populasi suatu negara
adalah cukup besar dan mengumpulkan seluruh rakyat dalam satu
forum merupakan perkara yang agak mustahil. Selain daripada itu,
sistem ini menuntut penyertaan yang tinggi dari rakyat.
Demokrasi perwakilan Dalam demokrasi perwakilan, seluruh rakyat memilih perwakilan
melalui pemilihan umum untuk menyampaikan pendapat dan
mengambil keputusan bagi mereka. Hampir keseluruhan negara
di dunia mengamalkan demokrasi sebegini.Dalam konteks ini
wujudnya instrumen yang menjadi medium kepada pembentukan
sesebuah kerajaan iaitu parti politik. Melalui parti ini akanada
calon-calon yang dilantik dan rakyat akan memilih caloncalon yang telah dipilih dalam sesuatu parti yang bertanding dalam pilihan
raya. Konsep demokrasi secara perwakilan wujud sebahagian
besarnya dari idea dan institusi yang dibangunkan semasa
Zaman Pertengahan Eropah dan Zaman Pencerahannya dan
dalam Revolusi Amerika dan Perancis. Demokrasi
melambangkan kesejagatan, persaingan untuk jawatan, kebebasan
bersuara dan akhbar, dan kedaulatan undang-undang. Contoh
negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah seperti Afrika
Selatan, Amerika Syarikat, Australia, India, dan Malaysia.
Demokrasi berparlimen Demokrasi yang memisahkan antara institusi ketua negara dengan
ketua kerajaan.Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang
raja atau presiden (bukan eksekutif) manakala ketua kerajaan ialah
perdana menteri. Perdana menteri dilantik daripada parti atau
kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi
mendapat sokongan majoriti parlimen. Kerajaan dan kabinet ini
dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua
mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan
menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada
dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.Antara negara yang
-
9
mengamalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun,
Thailand, dan New Zealand.
Demokrasi berpresiden Sistem demokrasi yang presidennya berkuasa dalam pemerintahan
mengikut corak pemerintahan Amerika Syarikat. Sistem demokrasi
in berbeza daripada sistem demokrasi berparlimen seperti yang
diamalkan oleh Great Britain. Dalam sistem ini, presiden menjadi
ketua negara dan juga ketua kerajaan serentak. Presiden dan ahli
kabinetnya tidak menganggotai dewan perundangan atau kongres,
walaupun begitu semua keputusan kongres perlu mendapat
perakuan presiden sebelum dilaksanakan. Presiden melantik
anggota kabinet atas nama setiausaha seperti setiausaha pertahanan
dan pelajaran. Dalam maksud lain, beliau merupakan seorang yang
sangat berkuasa dalam pemerintahan negaranya. Contoh negara
yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat dan Filipina.
Demokrasi liberal Sistem demokrasi yang terbuka tanpa sekatan tetapi masih tertakluk
kepada perlembagaan, undang-undang dan suara majoriti. Kerajaan
dalam sistem demokrasi ini tidak meletakkan berbagai-bagai
sekatan atau peraturan ketat kepada individu atau kelompok yang
bergerak dalam apa jua bidang sama ada ekonomi, politik, dan
sosial. Ia membenarkan persaingan politik yang bebas, kegiatan
ekonomi yang terbuka dan hubungan social tanpa sempadan.
Melalui pilihan raya, rakyat menyuarakan pilihan mereka dan
keputusan majoriti akanmembentuk kerajaan dan mempengaruhi
penggubalan dasar negara. Kebanyakan negaraEropah Barat
mengamalkan demokrasi liberal dan kelihatan kerajaannya sering
bertukar gantimenurut kehendak rakyat.
Demokrasi sosial Sistem demokrasi yang terpengaruh dengan unsur sosialisme.
Demokrasi ini memelihara dan memperbaik kedudukan buruh
secara perlahan-lahan dan bukan secara revolusi. Kedudukan buruh
tidak semestinya terhapus tetapi penderitaan mereka yang perlu
dihentikan. Sistem ini menghalang buruh untuk menentang dan
menguasai kerajaan. Sistem ini juga mendukung pemikiran bahawa
-
10
kerajaan hanya berperanan mengawal ekonomi dan kedudukan
buruh. Pada asalnya, sistem ini dipengaruhi dari idea sosialis dan
komunis Marx, namun lama-kelamaan berkembang sendiri dan
menolak idea Marx khususnya yang berhubung dengan revolusi dan
perubahan sosial secara kekerasan. Demokrasi sosial kemudian
berkembang pesat di Eropah Barat sehingga mendorong kepada
pembinaan Negara Kebajikan. Kerajaan memainkan peranan
penting dalam memastikan kebajikan dilaksanakan, sementara itu
golongan atasan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk
membantu kelasbawahan.
Demokrasi terpimpin Sistem demokrasi yang kuat dipengaruhi oleh pemimpin negara
yang biasanya terdapat dinegara yang sedang membangun.
Demokrasi ini dikatakan terpimpin kerana masyarakat negara yang
baru merdeka dianggap tidak cukup matang untuk mengamalkan
demokrasi liberal. Dalam demokrasi ini, kebebasan politik seperti
bersuara, menubuhkan organisasi, menerbitkan akhbar dan buku
serta kebebasan pembangkang terhad.Tokoh yang memperkenalkan
idea ini di Indonesia ialah Sukarno ekoran daripada kegagalan
demokrasi liberal yang diamalkan di negara tersebut sebelum itu.
Beliau kemudiannya melancarkan zaman demokrasi terpimpin
dengan mengimbangi kuasa tentera dan Parti Komunis dalam
jentera pemerintahannya serta menolak peranan modenis Islam.
Dalam sistem ini, Sukarno menggantung parlimen dan pilihan raya,
memilik negarakan pelbagai perusahaan besar terutamanya milik
Belanda dan menahan penentang politiknya secara menghantar
mereka ke pulau buangan. Beliau juga percaya bahawa hanya
dengan campur tangan pemerintahakan memungkinkan
pertumbuhan demokrasi bagi negara yang baru merdeka.
CIRI-CIRI DEMOKRASI MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan
-
11
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Parlimen Malaysia terkandung dalam Bahagian 4, Bab 4,
Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan ia merupakan
lambang demokrasi yang berjalan di Malaysia. Selain itu, ciri-ciri
demokrasi di Malaysia adalah kuasa pemerintahan (pengasingan
kuasa) yang terbahagi kepada tiga iaitu Badan Perundangan (Ahli
Parlimen-Dewan Negara dan Dewan Rakyat), Badan Kehakiman
(Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Persekutuan dan Rayuan) dan
Badan Eksekutif (Jemaah Menteri/Kabinet).
Pilihan raya jelas menjadi indikasi asas melihat sesebuah
negara untuk dilabelkan sebagai demokrasi atau tidak demokrasi.
Dianggap sebagai penzahiran mutlak kepada konsep kebebasan
bersuara, pilihan raya dianggap sebagai mekanisme utama dalam
mengkaji penglibatan masyarakat dalam politik sesebuah negara. Di
Malaysia, pilihan raya turut diadakan di peringkat parlimen dan
negeri setiap lima tahun bertujuan memilih wakil rakyat dan
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) berfungsi memastikan
pilihan raya yang dijalankan mengikut prosedur undang-undang
yang diperuntukkan. Proses penggubalan dan pengesahan undang-
undang pula dibuat di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara
manakala pemilihan keanggotaan dalam kedua-dua institusi
tersebut dilakukan secara pilihanraya dan perlantikan.
Perlembagaan Malaysia jelas melindungi hak setiap individu di
negara ini dengan ciri-cirinya yang khusus. Pada masa yang sama,
Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan setiap
warganegara mempunyai hak dan kebebasan tertentu seperti
kebebasan beragama, bercakap, berhimpun dan berpersatuan,
kebebasan bergerak, larangan buang negeri dan sebagainya.11
Demokrasi di Malaysia: Warisan penjajah Walaupun Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara
demokrasi berikutan kesemua ciri-ciri wajib demokrasi yang
11 Alagappa, Muthiah. 2013. Deepening Democracy. The Edge Malaysia.
(Februari 18)
-
12
dinyatakan itu wujud secara teori dan falsafahnya namun, hal ini
berbeza dari segi amalannya di Malaysia.Sekiranya diteliti,
demokrasi di Malaysia hanya bersifat penyamaran sahaja
(camouflage). Asasnya kerana, amalan demokrasi di Malaysia
berlainan daripada teorinya yang asal.Justeru itu tidak hairan
beberapa sarjana telah menggelar amalan demokrasi di Malaysia
dengan beberapa gelaran antaranya demokrasi tanpa consensus 12
menurut Von Vorys, demokrasi palsu dan separuh13, dan demokrasi
terhad seperti yang dinyatakan oleh Crouch dalam penulisannya
yang berjudul Government and Society in Malaysia 14. Ini tidak
menghairankan kerana sistem politik dan pentadbiran moden di
Tanah Melayu sebenarnya diwarisi dan diubah suai dari penjajah
Inggeris yang juga melibatkan idea demokrasi. Sebelumnya, sistem
politik Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh corak sosio-budaya
masyarakat Melayu yang feudal menerusi autonomi dan kuasa yang
dinyahpusatkan antara sultan dan pembesar.15
Sistem ini didapati agak kondusif untuk perkembangan demokrasi.
Apabila Inggeris tiba di Tanah Melayu, sistem ini dikekalkan oleh
Inggeris kerana dua sebab, untuk memastikan tiada penentangan
terhadap pentadbiran Inggeris dan memudahkan proses transisi
sistem pentadbiran tradisional ini kepada sistem pentadbiran yang
lebih moden dan sistematik. Di peringkat permulaan, strategi ini
berjaya mengawal politik Tanah Melayu disebabkan kepintaran
Inggeris untuk tidak menghapuskan terus sistem politik tradisional
yang sedia ada, sebaliknya disesuaikan dengan sistem pemerintahan
Inggeris mengikut acuan dan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu
ketika itu.
12 Von Vorys, K. 1975. Democracy Without Consensus: Communalism and
Political Stability in Malaysia. Princeton: Princeton UniversityPress. 13 Case, W. 1993. Malaysia: The Semi Democratic Paradigm. Asian Studies
Review. Vol. 17, No. 1, 75-82. 14 Crouch, H. 1996. Government and Society in Malaysia.Singapore: Talisman
Publishing 15 Gullick, J. M. 1972. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
-
13
Dilihat kejayaan sistem politik dualiti Inggeris ini berkait
rapat dengan asas ini, keberkesanan Inggeris dalam mengawal
golongan Istana dan Pembesar Melayu menerusi pemberian kuasa
autonomi dalam hal ehwal agama dan adat resam Melayu, serta
dasar pecah dan perintah yang berjaya memisahkan masyarakat di
Tanah Melayu secara total dalam segenap aspek. Ketika itu, dasar
pemisahan Inggeris ini tidak dianggap sebagai sesuatu yang salah,
malah dianggap sebagai satu dasar yang sepatutnya berlaku
disebabkan oleh perkauman yang tinggi di kalangan penduduk
Tanah Melayu.16
Sistem politik ini bertahan sehinggalah Perang Dunia Ke-2
meletus. Sekembalinya Inggeris pasca perang, legasi politiknya di
Tanah Melayu telah berubah wajah. Apabila cadangan Inggeris
untuk menyatukan pentadbiran Tanah Melayu di bawah gagasan
Malayan Union tahun 1946 ditolak oleh majoriti orang Melayu,
Inggeris seakan menyedari bahawa masa mereka di Tanah Melayu
semakin hampir ke penghujungnya, sama seperti di India, Sri Lanka
dan lain-lain. Demi menjaga kepentingan Inggeris di Tanah Melayu
sekiranya ia merdeka dari jajahannya, pengekalan sistem politik
sedia ada dianggap penting dalam mencapai matlamat itu. Hal ini
berlaku setelah Inggeris melihat sistem feudal kesultanan Melayu
sebagai pusat kuasa dalam struktur politik orang Melayu tidak lagi
sekukuh sebelumnya. Dalam masa yang sama, kesedaran politik
orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina dan India sudah mula
meningkat berbanding dahulu yang lebih pasif dan bersifat ekonomi
dan sosial.17 Kesedaran politik kaum Cina dan India tidak begitu
ketara sebelum perang dunia ke-2. Ketika itu, kaum Cina dan India
hanya menumpukan perhatian mereka terhadap politik tanah asal
mereka di China dan India. Terdapat beberapa pertubuhan yang
16 Muzaffar, Chandra. 1979. Protector? An Analysis of the Concept and Practice
of Loyalty in leader-led Relationships Within Malay Society. Penang:ALIRAN. 17Means, G. P. 1976.Malaysia Politics.London: Hodder and Stoughton.
-
14
bersifat sosial, ekonomi dan agama umpamanya Chinese Chambers
of Commerce dan TheStraits Chinese British Association untuk
kaum Cina manakala The Indian Chamber of Commerce, Young
Mens Indian Asscoiation (YMIA), dan The Central Indian
Association of Malaya (CIAM) untuk kaum India.18
Amalan demokrasi permuafakatan Demokrasi permuafakatan dibentangkan pertama kali oleh Arendt
Lijphart 19 dalam menerangkan kejayaan beberapa negara
bermasyarakat majmuk di Eropah seperti Belanda, Austria dan
Switzerland yang berjaya membentuk sebuah negara demokrasi
berasaskan kerjasama elit setiap kaum dengan berkongsi kuasa
dalam pemerintahan negara-negara tersebut. Asasnya, negara-
negara tersebut mempunyai struktur masyarakat majmuk yang
bersifat bersegmen (terpisah) hingga amat sukar membentuk
kerajaan dan keputusan kerana setiap kaum itu memiliki kekuatan
yang sama, pendapat yang berbeza, terlalu mempertahankan nilai
kelompok atau kaum masing-masing dan memperolehi peratus undi
yang sama banyak ketika pilihan raya.
Secara umumnya, ramai sarjana yang mengkaji politik Malaysia
bersetuju bahawa sistem demokrasi yang mendasari politik
Malaysia bersifat permuafakatan. Hakikat latar belakang politik
Malaysia yang masyarakatnya bersifat majmuk, terpisah, dan
sentiasa bersaing menepati ciri-ciri yang digambarkan oleh Lijphart
sebagai bermasalah. Sungguhpun kewujudan masyarakat majmuk
tidak boleh dijadikan alasan utama menghalang perkembangan
demokrasi, kemajmukan sekurang-kurangnya telah menyukarkan
dan memperlahankan demokrasi.
18 Funston, N. J. 1995. Malay Politics in Malaysia: A
History of the MCA. Singapore: Oxford University Press. 19 Lijphart, Arendt. 1968. Democracy in Plural Society: A Comparative
Exploration
-
15
Dalam kes Malaysia, kemajmukan ini memperlahankan
pendemokrasian. Justeru itu, aplikasi politik permuafakatan dilihat
sebagai jalan yang terbaik. Hal ini kerana pengaruh perkauman yang
kuat menyebabkan perkembangan nilai demokrasi turut dipengaruhi
aspek ini. Perkauman warisan penjajah ini telah mencipta sebuah
masyarakat majmuk tanpa sebarang usaha mengintegrasi secara
serius. Malah, hal ini dijadikan teras pembentukan negara dan
diterima pakai sebagai sesuatu yang sepatutnya dan mana-mana
pihak yang mempersoalkannya secara terbuka dianggap sebagai
pesalah perkauman.
Menyorot kembali sejarah, proses pendemokrasian di
Malaysia yang diperkenalkan Inggeris, ia bermula pada era
masyarakat yang masih feudal dan tradisional 20 . Justeru itu
demokrasi di Malaysia bolehlah disifatkan sebagai pra-matang pada
waktu itu. Hal ini kerana demokrasi yang diperkenalkan ketika itu
dipinjam dan diubah suai untuk memenuhi latar belakang
masyarakat Malaysia yang rata-ratanya memiliki taraf pendidikan
yang rendah, ekonomi yang masih mundur, elemen feudal yang
masih menebal serta budaya politik yang masih bersifat parochial.21
Maka dilihat perlaksanaan demokrasi di Malaysia agak terburu-
buru dengan latar belakang masyarakatnya yang masih belum
bersedia untuk demokrasi. Kejayaan Tunku membentuk satu
pakatan yang bersifat longgar menjadikan demokrasi
permuafakatan sesuai pada zaman pemerintahannya. Menyedari
bahawa komposisi masyarakat yang diwarisinya bersifat majmuk
dan bersegmen, Tunku menjadikan demokrasi sebagai sistem
membentuk permuafakatan longgar disamping mengekalkan status
quo. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, mengekalkan
20 Sulaiman, Ahmad Nidzamuddin. 2002. Budaya Politik
Dalam Masyarakat Majmuk Malaysia. Dlm. Abdul Monir Yaacob
& Suzalie Mohamad (pnyt.) Etika dan Budaya Berpolitik dari
Perspektif Islam.Kuala Lumpur: IKIM. 21 Jesudason, J. V. 1995. Statis democracy and the Limits to
Civil Society in Malaysia.Journal Commonwealth & Comparative
Politics.Vol. 33, No. 3, 335-356.
-
16
keharmonian kaum dijadikan agenda utama dalam perlaksanaan
demokrasi di Malaysia.Justeru, demokrasi permuafakatan
menyediakan platform terbaik untuk tujuan tersebut.
Memahami kelemahan dan kekurangan ini menyebabkan
Tunku Abdul Rahman lebih bijak mencatur strategi. Mengguna
pakai konsep asas demokrasi permuafakatan, Tunku menjadikan
teras elitis untuk membentuk kompromi bergabung dengan elit
kaum yang lain. Dalam hal ini, gabungan berasaskan elit kaum ini
akan kekal dengan identiti mereka yang tersendiri tanpa perlu
mengorbankan kepentingan kaum masing-masing. Gabungan ini
bermula sejak dari Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur 1952
dengan kerjasama UMNO-MCA. Kejayaan gabungan ini
memenangi pilihan raya tersebut memikat MIC untuk menyertainya
pada tahun 1954, di mana gabungan ini terus dikenali sebagai Parti
Perikatan (kini Barisan Nasional) yang muncul sebagai parti yang
sangat dominan dalam politik Malaysia sejak merdeka hinggalah
sekarang.
Hujah Horowitz menyatakan bahawa agak sukar untuk
menubuhkan institusi yang kondusif dengan kemunculan demokrasi
multi-etnik22 . Hal ini kerana, kerencaman etnik akan membawa
kepada konflik etnik yang ketara, apatah lagi etnik yang berbeza itu
mempunyai kedudukan ekonomi, pengkhususan dan penempatan
yang berbeza. Malah, lebih serius lagi apabila sesuatu etnik dilihat
sebagai menindas etnik yang lain.
Namun, kegagalan Tunku untuk melihat hubungkait
demokrasi dengan pertumbuhan ekonomi menyebabkan perjalanan
demokrasi permuafakatan itu terganggu. Pemupukan demokrasi
berasaskan perkauman yang hanya melibatkan kerjasama politik
dikalangan elit kaum telah menenggelamkan kesedaran kelas.
Hakikat bahawa keterpisahan masyarakat dari segi ekonomi akan
membantutkan proses pendemokrasian yang seterusnya menjadi
22 Horowitz, D. 1993. 'Democracy in divided societies : The challenge
of ethnic conflict', Journal of Democracy, 4.
-
17
ancaman kepada permuafakatan longgar antara kaum. Apatah lagi
dalam kes Malaysia, jurang ekonomi yang melebar terutamanya
dikalangan majoriti Melayu sebagai penduduk asal sudah tentu akan
memburukkan lagi keadaan. Ini berlaku di Fiji, Rwanda, Afrika
Selatan dan sebagainya apabila ekonomi dikuasai kaum minoriti
mencipta jurang yang besar dengan kaum asal majoriti dan
seterusnya mencetuskan pertelagahan kaum23.
Pertelagahan kaum 1969 menjadi titik perubahan dalam
perjalanan demokrasi di Malaysia. Menyedari hakikat bahawa
masyarakat pra-merdeka sudah tidak lagi melihat kepada perlunya
kerjasama politik yang bersifat top-down disebabkan tuntutan
ekonomi yang mendesak, Tun Abdul Razak menggunakan
pendekatan ekonomi untuk mencapai matlamat politik menerusi
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pendekatan ekonomi ini dikenal pasti
sebagai jalan keluar kepada apa yang dimaksudkan Crouch sebagai
high expectation, high frustration. Hubungan kaum yang rapuh
menyebabkan kerajaan agak berhati-hati dengan setiap tindakan dan
sikap mereka. Bagi memastikan kelangsungan politik Malaysia,
kepimpinan Tun Abdul Razak secara perlahan-lahan bergerak ke
arah yang lebih bersifat authoritarian memaksa dan hegemoni
Melayu24.
Walaupun ciri-ciri muafakat masih lagi dikekalkan dalam
pemerintahan hegemoni Melayu, ianya lebih bersifat kawalan
(control) yang boleh diistilahkan, ambil apa yang di mahu, beri apa
yang perlu. Hal ini dilihat bagaimana UMNO muncul sebagai parti
yang dominan dalam gagasan BN. Sungguhpun elemen perkongsian
masih dikekalkan terutamanya dalam konteks politik, ianya lebih
23 Abd Muis, Mujibu & Hj. Hussin, Zaliha Mohamed @ Bakar & Badrul
Azmier .2010. Perubahan generasi dan perkembangan demokrasi di Malaysia
pasca pilihan raya umum ke-12. dlm Proceedings Seminar on Nasional
Resilience (SNAR 2010) "Political Managements and Policies in Malaysia", 13-
15 July 2010, Bayview Hotel Langkawi. Institute of Tun Dr. Mahathir
Mohamads Thoughts, Universiti Utara Malaysia, Sintok
24 Mauzy, D. K.1993. Malay Political Hegemony and Coercive Consociational
-
18
bergantung kepada apa yang diputuskan oleh Presiden UMNO
sebagai ketua BN. Sebagi contoh, permuafakatan dalam BN pasca
13 Mei 1969 lebih dikawal dan ditentukan oleh UMNO berbanding
sebelumnya. Ini berkait rapat dengan strategi Tun Abdul Razak
yang berjaya mencipta parti saingan kepada kaum lain dalam BN
apabila menyerap parti Gerakan untuk mengimbangi parti MCA
yang mewakili kaum Cina25. Begitu juga yang berlaku kepada MIC
malah mengembangkan konsep permuafakatan BN ke Sabah dan
Sarawak menjadikan BN satu-satunya parti yang menggabungkan
hampir kesemua kaum dalam satu parti.
Demokrasi di era Tun Dr. Mahathir lebih menonjolkan sifat
hegemoni itu. Demokrasi di Malaysia ketika itu banyak dicorakkan
mengikut gaya dan acuan Tun Dr. Mahathir yang sangat kritis
terhadap demokrasi acuan Barat. Tun Dr. Mahathir lebih melihat
demokrasi sebagai alat berbanding yang sepatutnya.Ini berbeza
dengan pemimpin sebelumnya yang lebih berkompromi dan
demokrasi.Hampir keseluruhan landskap politik Malaysia di
dominasi oleh Tun Dr. Mahathir sehinggakan era beliau di kenali
sebagai Mahathirism. Beberapa tindakan Tun Dr. Mahathir yang
dianggap anti-demokrasi dan autoritarian seperti Operasi Lalang
1987, pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998, penahanan
aktivis-aktivis reformasi 1998-99, pengawalan penerbitan Harakah
2000 memperlihatkan ciri-ciri Mahathirism yang mengawal sistem
politik Malaysia menerusi penggunaan alat dan jentera pentadbiran
negara. 26Pandangan secara umum amalan-amalan ini dalam politik
Malaysia juga digarap oleh beberapa sarjana dalam kajian mereka.
Penghujahan Crouch tentang ciri-ciri tekan dan respons (repressive & responsive) yang diamalkan dalam demokrasi politik
permuafakatan di Malaysia dapat menerangkan elemen kontrol
25 Hwang, I. W. 2003. Personalized Politics The Malaysian State under
Mahathir.Singapore: Institute of South East Asian Studies.
26 Boo Teik, Khoo. 1995. Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual
Biography of Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Oxford University Press
-
19
itu27. Ini diperincikan oleh beliau bahawa demokrasi Malaysia itu
ada elemen yang demokratik seperti adanya institusi parlimen dan
pilihan raya dan tidak demokratik seperti pengenalan akta-akta
kawalan dan keselamatan dalam negeri seperti ISA, OSA, AUKU
dan sebagainya bagi menghadkan penglibatan dan pergerakan
pembangkang atau mahasiswa dalam politik dalam masa yang sama
yang diamalkan untuk mengawal isu-isu sensitif seperti isu
perkauman dalam mengekalkan permuafakatan dan kestabilan
politik. Amalan-amalan yang bersifat autoritarian itulah yang dapat
dilihat sebagai kontrol dalam permuafakatan terutamanya ketika
pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Crouch melihat tindakan Tun Dr.
Mahathir menahan beberapa penunjuk perasaan dari Parti Tindakan
Rakyat (DAP) yang berhimpun bagi membantah kenaikan tol
Lebuhraya Utara Selatan pada 1990 bertujuan untuk
memperlihatkan kuasa kerajaan dan mengawal isu ini dari merebak.
Walaupun kerajaan menggantung keputusannya untuk menaikkan
harga tol, tindakan ini dilihat sebagai satu mesej bahawa kerajaan
sebenarnya bersimpati dengan rakyat terhadap isu ini tetapi tidak
mahu dilihat seperti lemah kerana berdiam diri dengan bantahan itu.
Ini dinyatakan dalam kajian Milne & Mauzy yang melihat
demokrasi Malaysia sebagai demokrasi terhad (limited democracy)
yang diamalkan sejak tahun 197128. Pengenalan beberapa akta dan
undang-undang seperti ISA, OSA, AUKU dan sebagainya
mengecilkan ruang amalan demokrasi di Malaysia malah semua itu
digunakan sebagai senjata sulit pemimpin terutamanya Tun Dr.
Mahathir untuk mengawal kestabilan politik dan meredakan
perasaan perkauman dengan memberi contoh penahanan beberapa
pemimpin pembangkang pada tahun 1987 melalui Operasi Lalang
di bawah ISA. Ia sebagai satu tindakan yang tidak demokrasi dalam
27 Crouch, H. 1996. Government and Society in Malaysia.Singapore:
Talisman Publishing 28 Milne, R. S. & Mauzy, D. K. 1978. Politics and Government in
Malaysia.Singapore: Times Books International.
-
20
konteks politik kerana pandangan Tun Dr. Mahathir berbeza dengan
amalan demokrasi sebenar.
Begitu juga dengan kajian Khoo Boo Teik yang mengatakan
politik permuafakatan yang bersifat kontrol itu sebagai double
edged democracy di mana ada yang demokrasi dan tidak demokrasi
wujud secara serentak dalam politik di Malaysia. Khoo menjelaskan
yang tidak demokrasi itu seperti penyekatan konflik kelas,
pengurusan konflik etnik dan peningkatan atau perkembangan
kapitalisme, manakala yang demokrasi pula ialah adanya pilihan
raya secara tetap dan peluang parti pembangkang untuk turut serta
dalam pilihan raya itu.
Ini turut diperincikan oleh Case yang melihat politik
permuafakatan yang bersifat mengawal ini sebagai separuh
demokrasi (semi-democracy) 29 . Beliau menjelaskan bahawa ini
dapat dilihat menerusi tindakan kerajaan yang tidak menyekat
kebebasan rakyat tetapi mengawal elemen-elemen utama yang
boleh mempengaruhi rakyat seperti kebebasan akhbar dan media,
institusi-institusi masyarakat sivil (NGO), kesatuan sekerja dan
sebagainya.Walaupun ada parti pembangkang yang bebas bergerak
tetapi ianya dipastikan supaya tidak sampai mengancam
pemerintah. Ini dapat dilihat menerusi tindakan kerajaan di
Malaysia yang memperkenalkan pelbagai akta untuk menyekat dan
mengawal aktiviti dan pergerakan parti pembangkang tersebut.
Elemen kontrol seakan-akan menutup kelemahan demokrasi
permuafakatan. Kadang-kadang amat sukar untuk membuat sesuatu
keputusan dalam sesuatu perkara terutamanya dalam masyarakat
majmuk. Oleh itu, elemen kontrol ini membantu dalam proses
membuat keputusan terutamanya dalam isu-isu yang penting.
Kejayaan Tun Dr. Mahathir dalam mencorakkan politik Malaysia
daripada sebuah negara yang bersifat perkauman kepada sebuah
negara membangun kerana amalan-amalan autoritariannya berkait
rapat dengan amalan ini.Tindakan-tindakan Tun Dr. Mahathir yang
29 Case, W. 1993. Malaysia: The Semi Democratic Paradigm. Asian
Studies Review.
-
21
bersifat memaksa (coercive) dan dominan (dominion) menerusi
penggunaan undang-undang bersifat autoritarian telah berjaya
mengurangkan masalah perkauman dalam pentadbiran negara.
Gelombang demokrasi baru Proses globalisasi pertengahan 1980an dan 1990an memberi faedah
kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Ekonomi Malaysia
membangun dengan pesat menerusi pelaburan terus asing (FDI)
yang dipangkin oleh sektor industri dan semi-industri. Faktor buruh
yang murah, infrastuktur yang baik, tawaran insentif dan percukaian
yang kompetitif dan dasar kerajaan yang mesra pelabur menjadikan
Malaysia diantara negara sedang membangun yang paling diminati
pelabur. Walaupun menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat,
hal yang sama tidak berlaku dalam perlaksanaan demokrasi di
Malaysia.
Demokrasi seringkali dikatakan akan berkembang sejajar
dengan perkembangan ekonomi. Hal ini kerana, perkembangan
ekonomi sering membawa kepada perluasan peluang untuk
pendidikan, lebih terdedah kepada maklumat dan membentuk
budaya masyarakat industri. Kajian yang dibuat oleh Lerner, D.
yang bertajuk The Passing of Traditional Society menerangkan
perkara ini dengan berhujah bahawa kawasan bandar lebih terdedah
kepada empat perkara yang menjamin proses pendemokrasian dan
membentuk pemikiran massa iaitu; proses urbanisasi, literalisasi,
pendedahan kepada media massa dan wujudnya ruang penyertaan30.
Ini kerana masyarakat di kawasan bandar lebih membentuk satu
hubungan sosial yang berkongsi tarap hidup dan cita rasa yang
sepunya.
Junaidy merungkaikan konsep asas Lerner dengan
mengemukakan konsep masyarakat industri. Menurutnya, proses
perindustrian sesebuah negara menjadikan hubungan sosial sama
30 Lerner, D. 1958. The Passing of Traditional Society: Modernizing the
Middle East. Glencoe ILL.: The Free Press.
-
22
ada secara formal atau tidak formal dimana perhubungan ini akan
berlaku melalui organisasi sosial yang terbentuk dengan sendiri atau
secara terancang. Selalunya, masyarakat industri memperjuangkan
budaya sekular yang toleran kepada pelbagai kepercayaan dan nilai
serta masyarakat yang mengembangkan kebebasan individu,
kesamarataan sosial and demokrasi politik.31 Justeru itu, elemen
perkauman akan secara tidak sedar akan dilenyapkan perlahan-
lahan dan akan digantikan dengan satu nilai sepunya yang dikongsi
bersama oleh setiap kaum. Amerika Syarikat, Britain, German dan
Kanada adalah contoh negara industri yang berjaya membentuk
masyarakat plural berasaskan nilai sekular dan individualisme
dengan menghapuskan nilai perkauman. Malah, penerimaan Barack
Obama sebagai Presiden berbangsa Afrika-Amerika yang pertama
di Amerika menggambarkan bagaimana penerimaan itu.
Hal ini tidak berlaku dalam konteks Malaysia, sekiranya
diteliti, proses demokrasi di Malaysia mahupun di negara-negara
Asia tidak dipangkin menerusi kerancakan pembangunan dan
ekonomi negara. Berbeza dengan Barat di mana proses
pendemokrasian adalah hasil daripada perkembangan ekonomi,
sebaliknya yang berlaku dengan pendemokrasian di Asia. Tuntutan
demokrasi hanya akan berlaku sekiranya krisis ekonomi muncul.
Hal ini berlaku di negara-negara seperti Korea Selatan, Thailand,
Taiwan dan juga Indonesia. Di Malaysia umpamanya, proses
pendemokrasian dikatakan muncul apabila krisis kewangan 1997
melanda ekonomi Asia Tenggara. Isu pemecatan Datuk Seri Anwar
Ibrahim ketika itu memberikan ruang kepada proses
pendemokrasian itu berlaku. Buat kali pertama, didapati isu
pemecatan itu telah menyatukan semua kaum menerusi gerakan
reformasi yang mendukung isu-isu sejagat yang bersifat universal
berbanding ianya dilihat dari perspektif perkauman.
31 Abu Bakar, Junaidy. 2002. Teori Masyarakat Industri dlm. Ghazali
Mayudin. Politik Malaysia Perspektif Teori dan Praktik. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
-
23
Arena baru pendemokrasian itu telah dimanifestasikan menerusi
aktiviti-aktiviti yang menuntut kepada hak asasi manusia, keadilan
sejagat, kesamarataan yang seterusnya diinstitusikan menerusi
penubuhan beberapa NGO. Kemuncaknya, Barisan Alternatif (BA
yang kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2008) ditubuhkan pada
tahun 1999 menyaksikan gabungan parti-parti pembangkang yang
berlainan ideologi dan matlamat perjuangan untuk menyaingi BN.
Isu Anwar seakan-akan berjaya mengakomodasi BA untuk
melupakan seketika perbezaan yang ada. Asasnya, gabungan BA ini
mengetahui berdasarkan pengalaman mereka adalah sukar untuk
mengalahkan BN secara bersendirian dalam suasana masyarakat
yang majmuk dan sistem yang berat sebelah. Justeru, bergabung
menentang BN secara kolektif adalah alternatif yang terbaik.
ANALISA Terdapat sarjana yang menganggap Malaysia sebuah negara separa demokrasi kerana masih belum mengamalkan demokrasi sepenuhnya. 32 Pandangan tersebut turut disokong parti politik
pembangkang Malaysia antaranya atas alasan bahawa Kerajaan
Malaysia menguatkuasa pelbagai undang-undang menzalimi rakyat,
mengadakan pilihan raya yang tidak bebas, serta mewujudkan
institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi sepenuhnya. Ini
kerana perkara-perkara seperti undang-undang, pilihanraya, serta
institusi yang wujud di dalam sesebuah negara itu seringkali
dikaitkan dengan tahap demokrasi yang diamalkan negara
tersebut.Parti pembangkang di Malaysia mahukan kebebasan
mutlak dan kerajaan dituduh menjadi penghalang. Berikut adalah
antara kelemahan amalan demokrasi dari sudut pandang parti
pembangkang Malaysia dan perspektif kerajaan Malaysia
mengenainya.
Di peringkat antarabangsa, hak kebebasan bersuara diiktiraf
sebagai hak asasi manusia di bawah Perkara 19 Perisytiharan Hak
32Bridget Welsh, 1996, hlm. 884.
-
24
Asasi Manusia Sejagat 33 serta dalam Perkara 19 Perjanjian
Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal [International
Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR)]. 34 Walaupun
demikian, parti pembangkang di Malaysia mengatakan bahawa
kerajaan telah mencemar demokrasi apabila kebebasan bersuara dan
hak memberi pendapat dibataskan dengan sekatan-sekatan tertentu
selain proses pilihanraya yang dikatakan tidak adil dan insitusi
kehakiman yang dituduh tidak bebas.
Bagi Ketua Umum Parti Keadilan Datuk Seri Anwar
Ibrahim, kelemahan utama demokrasi tempang Malaysia ialah proses pilihanraya yang tidak bebas mahupun adil sekaligus
menyebabkan tahap demokrasi Malaysia merosot jika dibanding
dengan negara-negara seperti India, Indonesia, Turki, dan negara-
negara membangun yang lain maka beliau menilai bahawa
demokrasi di Malaysia perlu diperbaharui bagi mengembalikan
kepercayaan terhadap demokrasi Malaysia.35 Dalam hal ini, Anwar
Ibrahim juga turut menyaran supaya kerajaan Malaysia mempelajari
sistem demokrasi Indonesia yang lebih baik berbanding Malaysia
dengan berkata bahawa hak memberikan pendapat dan pandangan
lebih terbuka di Indonesia berbanding di Malaysia.36
Bagi parti pembangkang, walaupun Perkara 10(1)(a)
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap warganegara
berhak kepada kebebasan bercakap dan berhimpun secara aman
33 United Nations.The Universal Declaration of Human
Rights.http://www.un.org/en/documents/udhr/ [10 Disember 2013]. 34 Office of the High Commissioner for Human Rights.International
Covenant on Civil and Political Rights.
http://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/ccpr.aspx [10 Disember
2013]. 35 Anwar Ibrahim. 2006. Pilihanraya seharusnya bebas dan adil! Anwar
Ibrahim Blog.com.25 Ogos
.http://anwaribrahimblog.com/2006/08/25/pilihanraya-seharusnya-bebas-adil/
[10 Disember 2013]. 36Anon. 2013.Kerajaan Malaysia perlu pelajari demokrasi Indonesia
Anwar. 6 November. Keadilan Daily.http://www.keadilandaily.com/kerajaan-
malaysia-perlu-pelajari-demokrasi-indonesia-anwar/[ 13 Disember 2013].
-
25
tetapi keperluan memohon permit polis dibawah Seksyen 27 Akta
Polis 1967 dikata telah menggugat kebebasan berhimpun. Kerajaan
dituduh dengan sewenangnya tidak mengeluarkan permit
mengadakan ceramah politik atau demonstrasi aman di jalanan serta
dikata menggunakan polis untuk menyurai pendemonstrasi secara
zalim menggunakan tembakan air asid dan gas pemedih mata.
Selain itu, kerajaan turut dituduh menyekat kebebasan
media dengan memonopoli media cetak dan media elektronik arus
perdana serta menyiar laporan berat sebelah dengan hanya
memaparkan kebaikan parti pemerintah dan menonjolkan
keburukan pembangkang.Ucapan pemimpin pembangkang juga
tidak dibenar untuk disiar.Kerajaan juga dituduh menekan penerbit
akhbar dan majalah melalui keperluan mendapatkan lesen rasmi
setiap tahun selain turut berkuasa menggantung lesen tersebut jika
didapati menerbitkan rencana kurang menyenangkan. Kerajaan juga
dituduh menyekat penyebaran maklumat oleh parti pembangkang
dengan cara mengehadkan penjualan suratkhabar pembangkang
hanya kepada ahli parti sahaja.
Sebenarnya adalah tidak wajar bagi pembangkang
mencemuh kerajaan mengamalkan demokrasi tempang dengan
menuduh pilihanraya Malaysia tidak bebas.Ini kerana Perkara 119
Perlembagaan Persekutuan menjamin hak dan kebebasan kepada
rakyat untuk bertanding sebagai calon dan hak mengundi dalam
pilihan raya.37Tohmahan mengenai pilihanraya Malaysia yang tidak
adil juga adalah tidak berasas terutama apabila sistem dan proses
pilihan raya yang adil yang diterajui Suruhanjaya Pilihanraya
Malaysia (SPR) telah turut memberikan kemenangan besar kepada
parti-parti pembangkang di Malaysia selain isu-isu yang berbangkit
37Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.Perlembagaan Persekutuan
Bahagian VIII Pilihanraya Perkara 119: Kelayakan Pemilih.
http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=80&
Itemid=141 [10 Disember 2013].
-
26
serta kecaman pembangkang terhadap SPR adalah semata-mata
berasaskan andaian dan tuduhan yang tidak terbukti di mahkamah.38
Bagi Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pula,
dakwaan yang mengatakan institusi kehakiman dipengaruhi pihak
luar adalah tidak benar dan hanya merupakan persepsi masyarakat
yang perlu ditangani. Beliau turut memberikan jaminan bahawa
semua hakim di Malaysia adalah bebas daripada sebarang pengaruh
atau campur tangan mana-mana pihak termasuk kerajaan atau badan
politik.39Mantan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim juga telah menyatakan bahawa keputusan
Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 untuk melepas dan
membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas
pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuktikan bahawa
Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan
tersebut juga menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai
pengaruh ke atas keputusan hakim.40
Dari perspektif kerajaan, kebebasan bersuara dan
meluahkan pendapat sebenarnya bukanlah mutlak dan sekatan yang
dikenakan adalah wajar demi menjaga keharmonian dalam negara
yang masyarakatnya berbilang bangsa dan agama.Malah Perkara
19(3) Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa
memperuntukkan bahawa hak kebebasan bersuara dan kebebasan
meluahkan pendapat boleh dihadkan oleh undang-undang dan
pertimbangan untuk menjaga reputasi orang lain, keselamatan
38Datuk Wan Ahmad Wan Omar. 2011. Golongan tuduh tidak adil,
sebenarnya telah menang pilihan raya. Utusan Online, 8 November.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0811&pub=Utusan_M
alaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm [10 Disember 2013]. 39Anon.2013.Institusi kehakiman bebas pengaruh politik - Tun Arifin.
Utusan Online, 4 Oktober.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131004/dn_25/Institusi-
kehakiman-bebas-pengaruh-politik---Tun-Arifin [10 Disember 2013]. 40Anon. 2012.Keputusan bukti badan kehakiman negara bebas: Rais.
Berita Harian Online, 9 Januari.
http://www.bharian.com.my/articles/Keputusanbuktibadankehakimannegarabeb
as_Rais/Article/ [10 Disember 2013].
-
27
negara, ketenteraman awam dan prinsip moral.41 Sehubungan itu,
meskipun Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan
secara jelas dan nyata mengenai jaminan kebebasan setiap
warganegara untuk bercakap, berhimpun, dan berpersatuan, namun
ianya adalah terhad dan tertakluk kepada fasal-fasal lain di dalam
Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Parlimen Malaysia
menyekat hak-hak berkenaan melalui undang-undang seperti Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta
Hasutan 1948 (Telah diganti dengan Akta Keharmonian Nasional),
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, serta Akta Keselamatan
Dalam Negeri 1960 (Telah diganti dengan Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA 2012)).
Berkenaan kebebasan media pula, bekas Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Musa Hitam
berpandangan bahawa tidak wujud apa yang dikenali sebagai
kebebasan media yang mutlak. Beliau mengatakan bahawa
kebebasan media harus diikat dengan tanggungjawab dalam
menyampaikan laporan dan penghasilannya. Jika media serta
pengamalnya saling melagakan masyarakat yang berbilang kaum,
maka penduduk di Malaysia akan berada dalam keadaan tidak aman
serta rakyat akan menjadi keliru dan hidup dalam kebencian. 42
Walaupun beliau berpandangan sedemikian dan walaupun ucapan
parti pembangkang di Malaysia tidak disiar di media kerajaan,
namun parti pembangkang masih dibenar menerbitkan akhbar
sendiri di media sosial dan internet seperti Roketkini.com, Keadilan
Daily, dan Harakah Daily yang boleh dicapai oleh setiap lapisan
masyarakat pada setiap masa dan tidak terhad kepada ahli parti-parti
tersebut sahaja.
41Anon. 2011.Kebebasan bersuara: Malaysia patuhi piawaian
aantarabangsa. Malaysiakini.13 Ogos.
http://www.malaysiakini.com/news/172884 [10 Disember 2013].
42Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. 2013. Perlu dan Wajarkah
Kebebasan Bersuara Tanpa Sempadan. 7 Ogos.The Star
Online.http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2013/8/7/mstar_kolum_d
arirantau/20130807131657&sec=mstar_kolum_darirantau [10 Disember 2013].
-
28
Perlu diingat bahawa penyalahgunaan kebebasan bersuara
seperti fitnah, ancaman, dan hasutan boleh menimbulkan
kegemparan dan ketegangan dalam masyarakat berbilang kaum di
Malaysia sekaligus boleh mengancam keselamatan negara.
Undang-undang yang diwujudkan adalah bertujuan memastikan
kebebasan bersuara di Malaysia tidak disalahguna.Mantan Perdana
Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan antara
tokoh yang lantang mempertahan pengehadan kebebasan bersuara.
Menurut beliau, perlu ada had terhadap semua jenis kebebasan dan
kerajaan yang dipilih rakyat berhak menguatkuasakan had
tersebut.43Tun Dr Mahathir juga merumuskan bahawa negara Barat
tidak boleh memaksakan budaya mereka terhadap masyarakat Asia
yang mempunyai nilai-nilai tersendiri.44Menurut beliau kebebasan
bersuara perlu dihadkan supaya hak tersebut tidak diguna oleh
sesetengah pihak untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.
Dalam pada sesetengah anggota masyarakat ingin mempertahankan
hak mereka untuk bersuara, maka mereka juga seharusnya tidak
mengganggu hak keamanan dan kedamaian yang dituntut pihak
lain.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara berbilang
kaum dan agama maka kerajaan sewajarnya mempunyai
tanggungjawab melindungi rakyat daripada sebarang kejadian yang
boleh menggugat keselamatan negara.Malangnya, ramai di antara
pendukung kebebasan bersuara gagal memahami impak yang boleh
berlaku sekiranya kebebasan tersebut tidak dikawal.Mereka hanya
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat
sehingga menyebabkan berlakunya keretakan perpaduan.Jangan
pula kita lupa pada peristiwa sejarah yang membuktikan bahawa
43 Dr Mahathir Mohamad, 2004,hlm. 52. 44Anon. 2012. Dr M: Kebebasan bersuara boleh, kebebasan menghina
tidak. The MalaysianInsider. 18 September.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-kebebasan-bersuara-
boleh-kebebasan-menghina-tidak/ [10 Disember 2013].
-
29
kebebasan bersuara melulu boleh menimbulkan rusuhan kaum
seperti peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia.
Ironinya, hak kebebasan bersuara tidak pernah bersifat
mutlak di mana-mana negara sekalipun di dunia ini yang mana
lazimnya hak kebebasan bersuara tersebut juga dihadkan hatta di
negara Barat sekalipun.Umum mengetahui bahawa prinsip dan
falsafah kebebasan bersuara di negara Barat dijunjung tinggi
sehinggakan seseorang individu boleh menyatakan sebarang
perkara secara terbuka.Walau bagaimanapun, menafikan peristiwa
holocaust semasa Perang Dunia Ke-2 yang dilakukan pemimpin
Nazi Jerman Adolf Hitler dianggap sebagai perbuatan jenayah di
banyak negara Eropah dan boleh dihukum penjara.45 Mempertikai
perkara berkaitan bangsa Yahudi dan negara Israel pula akan
dikutuk sebagai anti-Semitik.
Namun, tindakan menyerang dan membunuh umat Islam
seperti dilakukan tentera Amerika Syarikat di Afghanistan, Iraq, dan
Libya tidak pula dilabel sebarang gelaran manakala penerbitan buku
tulisan Salman Rushdie The Satanic Verses, penyiaran karikatur
menghina Nabi Muhammad s.a.w, serta penyiaran filem Innocence
of Muslim yang kesemuanya menghina agama Islam oleh media
Barat dipertahan atas prinsip kebebasan bersuara. Jelas, kebebasan
bersuara dan kebebasan media yang diamalkan di negara Barat
bersikap double standard terhadap agama Islam dan kebebasana
bersuara yang dilaungkan Barat adalah sebenarnya juga terhad.
Dari perspektif Islam pula, hak asasi bukanlah hak mutlak
manusia kerana manusia bukanlah menjadi pemilik ke atas dirinya
tetapi hanya selaku amanah yang diberikan Allah SWT kepada
manusia untuk menjaganya. Manusia dimiliki oleh Allah SWT dan
oleh yang demikian, maka diharamkan membunuh diri dan
walaupun nyawa manusia itu duduk di dalam dirinya namun
45Abdul Latif Abu Bakar. 2013. Kebebasan bersuara pembangkang
acuan ala Barat. Berita Harian Online.21
Mei.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kebebasanbersuarapembangka
ngacuanalaBarat/Article [10 Disember 2013].
-
30
manusia tidak bebas melakukan apa saja menurut mahunya kerana
nyawa dan diri seseorang manusia itu bukan milik mutlaknya tetapi
milik Allah.46 Oleh itu, tidak semua hak asasi mempunyai nilai
kesejagatan kerana ia tetap tertakluk kepada nilai tempatan dan
sempadan moral kerana aspek nilai dan moral adalah berbeza antara
sekelompok manusia dengan kelompok yang lain, termasuk antara
negara, maka tidak semua konsep serta prinsip hak asasi Barat boleh
diterima di Malaysia kerana kemahuan serta pengalaman
masyarakat kedua-dua rantau tersebut adalah berbeza. Walaupun
secara prinsipnya hak asasi sejagat mungkin boleh diterima, namun
ia tetap berbeza kerana bergantung kepada penilaian seseorang
individu di mana walaupun seseorang individu itu bebas bersuara
dan memberikan pandangan, namun pendapatnya itu masih
tertakluk kepada kesannya terhadap orang lain.
KESIMPULAN Walaupun parti politik pembangkang menyatakan kononnya terlalu
banyak kepincangan yang menunjukkan Malaysia bukan sebuah
negara demokratik kerana tidak mengamalkan konsep sebenar
demokrasi, namun nyata sekali kebebasan bersuara bagi
pembangkang adalah bersuara menyatakan sokongan kepada
mereka.Bagi pembangkang, jika seseorang menyatakan sokongan
kepada kerajaan maka itu bukan kebebasan bersuara, tetapi dilabel
pengkhianat rakyat.Jelas pembangkang memperjuangkan kebebasan bersuara ala Barat dan pembangkang semestinya
mempunyai agenda tersendiri mengekalkan pemahaman kebebasan
bersuara dan kebebasan akhbar mereka yang berbeza. Jika ini
bentuk kebebasan bersuara yang dilaungkan pembangkang, maka
titik pertemuan sukar ditemui dan pembangkang akan sentiasa
menyalahkan kerajaan atas semua perkara sebagaimana tuduhan
46 Mohd Shauki Abd Majid. 2013. Tidak semua hak asasi manusia
bersifat sejagat. 22 November. Utusan
Online.http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131122/re_06/Tidak-
semua-hak-asasi-manusia-bersifat-sejagat [10 Disember 2013].
-
31
mereka terhadap SPR yang dikatakan berat sebelah walaupun parti
politik pembangkang telah menang dalam beberapa edisi
pilihanraya yang disertai.
Bukan semua hak dan kebebasan adalah bersifat sejagat
kerana selagi hak dan kebebasan tersebut tidak melanggar hak serta
kebebasan orang lain, maka selagi itulah ia boleh diterima sebagai
sejagat. Dalam Islam juga, kebebasan wajib bertunjangkan
tanggungjawab kerana kebebasan mutlak sebenarnya tidak dimiliki
oleh manusia.Namun bagi kerajaan, kebebasan bersuara di
Malaysia adalah kebebasan dalam acuan sendiri yang sebenarnya
mematuhi piawaian antarabangsa. 47 Oleh yang demikian,apa jua
sekatan yang dikenakan kerajaan adalah dikira wajar dan hanya
bertujuan melindungi perpaduan dan keharmonian rakyat serta
menjamin keselamatan negara. Maka, ternyata Malaysia sebuah
negara demokrasi kerana mempunyai ciri-ciri asas yang digariskan
oleh sarjana-sarjana utama yang mempelopori konsep demokrasi
seperti kebebasan bersuara, kebebasan media, pilihanraya yang adil,
serta institusi kehakiman yang bebas.
47Anon. 2011.Kebebasan bersuara: Malaysia patuhi piawaian
antarabangsa. Malaysiakini.13 Ogos.
http://www.malaysiakini.com/news/172884 [10 Disember 2013].
-
32
RUJUKAN
Abu Bakar, Junaidy. 2002. Teori Masyarakat Industri dlm. Ghazali Mayudin. Politik Malaysia
Perspektif Teori dan Praktik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Latif Abu Bakar. 2013. Kebebasan bersuara pembangkang acuan ala Barat. Berita Harian
Online, 21 Mei. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KebebasanbersuarapembangkangacuanalaB
arat/Article [10 Disember 2013].
Abd Muis, Mujibu & Hj. Hussin, Zaliha Mohamed @ Bakar & Badrul Azmier 2010. Perubahan
generasi dan perkembangan demokrasi di Malaysia pasca pilihan raya umum ke-12. dlm
Proceedings Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) "Political Managements and Policies in Malaysia", 13-15 July 2010, Bayview Hotel Langkawi. Institute of Tun Dr.
Mahathir Mohamads Thoughts, Universiti Utara Malaysia, Sintok. Alagappa, Muthiah. 2013. Deepening Democracy. The Edge Malaysia, 18 Februari.
Anon. 2011.Kebebasan bersuara: Malaysia patuhi piawaian antarabangsa. Malaysiakini, 13 Ogos. http://www.malaysiakini.com/news/172884 [10 Disember 2013].
Anon. 2012. Dr M : Kebebasan bersuara boleh, kebebasan menghina tidak. The Malaysian Insider, 18 September. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-kebebasan-
bersuara-boleh-kebebasan-menghina-tidak/ [10 Disember 2013].
Anon. 2012.Keputusan bukti badan kehakiman negara bebas: Rais. Berita Harian Online, 9 Januari.
http://www.bharian.com.my/articles/Keputusanbuktibadankehakimannegarabebas_Rais/Article/ [10 Disember 2013].
Anon. 2013.Institusi kehakiman bebas pengaruh politik - Tun Arifin. Utusan Online, 4 Oktober. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131004/dn_25/Institusi-kehakiman-
bebas-pengaruh-politik---Tun-Arifin [10 Disember 2013].
Anon. 2013.Kerajaan Malaysia perlu pelajari demokrasi Indonesia Anwar.Keadilan Daily, 6
November. http://www.keadilandaily.com/kerajaan-malaysia-perlu-pelajari-demokrasi-
indonesia-anwar/ [10 Disember 2013].
Anwar Ibrahim. 2006. Pilihanraya seharusnya bebas dan adil! Anwar Ibrahim Blog.com, 25 Ogos.
http://anwaribrahimblog.com/2006/08/25/pilihanraya-seharusnya-bebas-adil/ [10
Disember 2013].
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (pnys.). 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Boo Teik, Khoo. 1995. Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Bridget Welsh. 1996. Attitudes toward Democracy in Malaysia: Challenges to the Regime. Asian Survey. 36(9): 882-903. University of California. http://www.jstor.org/stable/2645537
[10 Disember 2013].
Case, W. 1993. Malaysia: The Semi Democratic Paradigm. Asian Studies Review. 17(1): 75-82.
-
33
Crouch, H. 1996. Government and Society in Malaysia.Singapore: Talisman Publishing.
Datuk Wan Ahmad Wan Omar. 2011. Golongan tuduh tidak adil, sebenarnya telah menang pilihan
raya. Utusan Online, 8 November.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm [10 Disember 2013].
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. 2013. Perlu dan wajarkah kebebasan bersuara tanpa sempadan. The Star Online,7 Ogos.
http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2013/8/7/mstar_kolum_darirantau/201308
07131657&sec=mstar_kolum_darirantau [10 Disember 2013].
Dr Mahathir Mohamad. 2004. Racial politics. Encyclopedia of Dr Mahathir bin Mohamad Prime
Minister of Malaysia. Vol.5. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Hlm. 36-54.
Funston, N. J. 1995. Malay Politics in Malaysia: A History of the MCA. Singapore: Oxford
University Press.
Gullick, J. M. 1972. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Horowitz, D. (1993) 'Democracy in divided societies : The challenge of ethnic conflict', Journal of
Democracy, 4.
Hwang, I. W. 2003. Personalized Politics The Malaysian State under Mahathir.Singapore: Institute
of South East Asian Studies.
Jesudason, J. V. 1995. Statis democracy and the Limits to Civil Society in Malaysia.Journal Commonwealth & Comparative Politics.33(3): 335-356.
Leeds, C.A. 1981. Politics Studies. Plymouth: Macdonald and Evans.
Lerner, D. 1958. The Passing of Traditional Society: Modernizing the Middle East. Glencoe ILL.:
The Free Press.
Lijphart, Arendt. 1968. Democracy in Plural Society: A Comparative Exploration
Means, G. P. 1976.Malaysia Politics.London: Hodder and Stoughton.
Mauzy, D. K. .1993. Malay Political Hegemony and Coercive Consociational
Milne, R. S. & Mauzy, D. K. 1978. Politics and Government in Malaysia. Singapore: Times Books
International.
Mohd Shauki Abd Majid. 2013. Tidak semua hak asasi manusia bersifat sejagat. Utusan Online, 22 November. http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131122/re_06/Tidak-semua-
hak-asasi-manusia-bersifat-sejagat [10 Disember 2013].
Muzaffar, Chandra. 1979. Protector? An Analysis of the Concept and Practice of Loyalty in leader-
led Relationships Within Malay Society. Penang:ALIRAN.
-
34
Office of the High Commissioner for Human Rights.International Covenant on Civil and Political
Rights. http://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/ccpr.aspx [10 Disember 2013].
Othman, Zaini. 2006. Demokrasi di Negara Sedang Membangun: Pengalaman Asia Tenggara. Dlm. Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud & Zaini Othman
(pnyt.)DemokrasiKepimpinan dan Keselamatan Dalam Politik Malaysia, hlm. 26-49.
Bangi: Penerbit UKM.
Pickles, D. 1970.Democracy. London: Methuen & Co Ltd.
Sulaiman, Ahmad Nidzamuddin. 2002. Budaya Politik Dalam Masyarakat Majmuk Malaysia. Dlm.
Abdul Monir Yaacob & Suzalie Mohamad (pnyt.) Etika dan Budaya Berpolitik dari
Perspektif Islam.Kuala Lumpur: IKIM.
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Bahagian VIII Pilihanraya Perkara
119: Kelayakan Pemilih. http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=80&Itemid=1
41 [10 Disember 2013].
United Nations.The Universal Declaration of Human Rights. http://www.un.org/en/documents/udhr/
[10 Disember 2013].
Vasil, R. K. 1980. Ethnic Politics in Malaysia.New Delhi: Radiant Publishers.
Von Vorys, K. 1975. Democracy Without Consensus: Communalism and Political Stability in Malaysia. Princeton: Princeton UniversityPress.
Zaini Othman. (2006). Demokrasi di Negara Sedang Membangun: Pengalaman Asia Tenggara.
Dlm.Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud & Zaini Othman (pnyt.)
Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan Dalam Politik Malaysia, hlm. 26-49. Bangi: Penerbit UKM.