Destinasi Extrovert Reader

2
DESTINASI VERSI ASAL: THE STRAIGHT PATH SYED ALWI AL ATTAS GALERI ILMU 241 M/S NOVEL Buku ini secara kasarnya menceritakan mengenai kisah golongan al- haq. Kisahnya bermula dengan pelayaran segolongan orang yang keluar dari tempat asalnya yang telah rosak kepercayaan fitrah. Perjalanan tersebut dikemudi oleh seorang alim, yang dipanggil Guru. Sampai di satu daratan, mereka meneruskan perjalanan di mana syarat perjalanan tersebut ialah ‘jalan lurus’. Pelbagai dugaan cubaan yang hadir untuk menguji keteguhan kepercayaan serta mehnah yang bisa merobek keyakinan. Ada yang utuh teguh berpegang kepada ajaran Guru, akan tetapi ada juga yang tersungkur, memilih jalan lain. Dalam rombongan tersebut, terdapat juga beberapa orang yang bersikap ‘munafiq’, sentiasa ingin menecahbelahkan rombongan ini, dan bersikap sentiasa mempertikaikan setiap kata-kata guru. Pesan Guru sentiasa ialah agar para rombongan berpegang kepada ajaran Kitab. Cerita ini digarap dengan baik, mengadunkan mengenai keyakinan, kefahaman, thiqah, wala’, bagaimana adab berhadapan musuh (baik musuh nyata atau tidak) , keteguhan iman, apa balasan pada orang yang isti’jal, sikap manusia yang suka bertanya, bagaimana orang yang awalnya sesat kembali kepada fitrah, ukhuwwah, pertolongan kepada golongan yang bertawakkal, ilmu orang a’lim ulama’. Semuanya dalam kisah perjalanan golongan al-haq, menuju ke negeri abadi. Cerita yang sangat santai tetapi padat membawa makna. Satu penceritaan analogy kepada kehidupan kita menuju negeri abadi. Baca, dan alamilah, anda berada dalam perjalanan menuju destinasi.

description

ok

Transcript of Destinasi Extrovert Reader

DESTINASIVERSI ASAL: THE STRAIGHT PATHSYED ALWI AL ATTASGALERI ILMU241 M/SNOVEL

Buku ini secara kasarnya menceritakan mengenai kisah golongan al-haq. Kisahnya bermula dengan pelayaran segolongan orang yang keluar dari tempat asalnya yang telah rosak kepercayaan fitrah. Perjalanan tersebut dikemudi oleh seorang alim, yang dipanggil Guru. Sampai di satu daratan, mereka meneruskan perjalanan di mana syarat perjalanan tersebut ialah jalan lurus.Pelbagai dugaan cubaan yang hadir untuk menguji keteguhan kepercayaan serta mehnah yang bisa merobek keyakinan. Ada yang utuh teguh berpegang kepada ajaran Guru, akan tetapi ada juga yang tersungkur, memilih jalan lain. Dalam rombongan tersebut, terdapat juga beberapa orang yang bersikap munafiq, sentiasa ingin menecahbelahkan rombongan ini, dan bersikap sentiasa mempertikaikan setiap kata-kata guru. Pesan Guru sentiasa ialah agar para rombongan berpegang kepada ajaran Kitab.Cerita ini digarap dengan baik, mengadunkan mengenai keyakinan, kefahaman, thiqah, wala, bagaimana adab berhadapan musuh (baik musuh nyata atau tidak) , keteguhan iman, apa balasan pada orang yang istijal, sikap manusia yang suka bertanya, bagaimana orang yang awalnya sesat kembali kepada fitrah, ukhuwwah, pertolongan kepada golongan yang bertawakkal, ilmu orang alim ulama. Semuanya dalam kisah perjalanan golongan al-haq, menuju ke negeri abadi.Cerita yang sangat santai tetapi padat membawa makna. Satu penceritaan analogy kepada kehidupan kita menuju negeri abadi. Baca, dan alamilah, anda berada dalam perjalanan menuju destinasi.

ketika perilaku masyarakat sudah jauh menyimpang, saat pergerakan zaman terhenti oleh kejumudan tradisi yang tidak mendasar, sebuah revolusi baharu pun merentas jalan, menghidupkan kembali jalan yang lurus.

Nabihah FauziKelantanDN