DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun...

116
MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eight Parliament PENGGAL PERTAMA First Session Jilid I Bil. 10 Hari Jumaat 22hb Februari, 1991 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang—undang Perbekalan 1991 (Ruangan 39)

Transcript of DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun...

Page 1: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

M A L A Y S I A

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARASenate

PARLIMEN KELAPANEight Parliament

PENGGAL PERTAMAFirst Session

Jilid I Bil. 10 Hari Jumaat 22hb Februari, 1991

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang—undang Perbekalan 1991 (Ruangan 39)

Page 2: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Jumaat, 22hb Februari, 1991

Mesyuarat dimulakan pada pukul 3.00 petang

D 0 A

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

POLARISASI KAUM

1. Tuaa C. Krishnan minta Menteri Perpaduan Negara danPembangunan Masyarakat menyatakan apakah langkah-langkah positif di-ambil ataupun akan diambil oleh Kerajaan untuk meredakan suasanapolarisasi kaum yang menjadi buruk berikutan dengan kempen kurangsihat parti Pembangkang dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini.

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato'

Napsiah binti Omar]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang

Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

sentiasa berusaha untuk mengawal polarisasi kaum. Polarisasi kaum

sungguhpun wujud tetapi ianya tidaklah di tahap yang membimbingkan.

Untuk mencegah serta mengatasi dan mengawasi kejadian ini, rakyat

digalakkan mengainal nilai-nilai perpaduan yang tinggi dengan menanam

semangat persandaraan dan semangat kewarganegaraan dan menolak

kepentingan perkauman yang sempit . Nilai-nilai perpaduan ini di-

terapkan melalui program dan akt ivi t i penggalakan yang d i j a l ankan

oleh j en te ra masyarakat seper t i Rukun Tetangga. Rakyat dari

Page 3: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22. 2.91 - 2 -

berbagai keturunan digalakkan bergaul dan berinteraksi melalui

aktiviti penggalakan yang meliputi berbagai bidang seperti sukan,

rekreasi, sosial, kebajikan dan sebagainya.

Antara program-program lain yang dijalankan. termasuk ceramah,

dialog, seminar dan khemah kerja kejiranan.

Satu lagi langkah yang sedang dilaksanakan ialah Sistem

Pengurusan Perhubungan Sosial. Sistem ini cuba mengesan corak serta

pola perhubungan di antara kaum dan agama di sesuatu daerah. Apa-

bila sesuatu isu atau konflik berlaku di sesuatu daerah dan dianggap

mempunyai potensi untuk merebak dengan meluas maka pegawai

Kementerian di peringkat daerah akan menolong menyelesaikan masalah

sedemikian melalui kaedah intervensi krisis dan pengurusan konfl ik

mengikut sistem ini.

Tuan Chong Chi Siong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Saya cuma

ada dua soalan tambahan. Nombor satu, selain daripada Rukun

Tetangga, apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk

memupuk perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum?

Kedua, fungsi Rukun Tetangga nampaknya t idak begitu berkesan untuk

memupuk perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Apa-

kah tindakan yang akan diambil untuk taemulihkan prestasinya?

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, lain-lain badan

yang ada di dalam Kementerian ialah seperti Jiran Muda dan Jiran

Wanita di mana kita wujudkan supaya dapat juga memupuk semangat

kejiranan ini di dalam masyarakat k i ta .

Page 4: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 3 -

Berkenaan dengan Rukun Tetangga yang dikatakan oleh Yang

Berhormat tadi, sejak tahun 1983 Skim Rukun Tetangga ini menekankan

penupukan semangat kejiranan ini. Sehubung dengan ini, beberapa

bidang aktiviti telah dikenalpastikan sepertimana yang saya sebutkan

tadi - sosial, rekreasi, sukan dan sebagainya. Untuk mempertingkat-

kannya lagi supaya lebih berkesan, saya juga memikirkan adalah perlu

bagi kaum kita orang-orang masyarakat seperti pemiinpin-panirnpin

masyarakat, seperti Ahli Yang Berhormat juga untuk bersama

berganding bahu untuk menjalankan tanggungjawab kita bersama.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua,

saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri . Satu

daripada aktiviti-aktiviti perpaduan ialah mengadakan kelas tadika

perpaduan. Apakah tujuan kelas ini diadakan dan adakah setakat

kelas tadika itu sahaja digalakkan untuk kanak-kanak semua bangsa

itu bergaul dan selepas itu mereka pergi ke sekolah rendah dan t idak

berjumpa lagi dengan rakan-rakannya itu? Apakah satu langkah untuk

meneruskan usaha perpaduan ini bukan sahaja di peringkat tadika

tetapi juga di peringkat yang lebih tinggi lagi?

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, sepert i yang

saya sebutkan tadi, mananglah dari awal lagi daripada kalangan

kanak-kanak kita adakan kelas tadika perpaduan dan diharap di sini-

lah benih-benih perpaduan dapat kita semai dan snemupukkan. Bila

mereka keluar pula daripada sini ke sekolah-sekolan dan seterusnya

ke masyarakat umum, di situlah sepertimana saya sebutkan tadi, kita

sanua termasuk Ahli Yang Berhormat sendiri per lu berusaha supaya

dapa t kita tnerhupukkan semangat perpaduan ini di kalangan masyarakat

kita.

Page 5: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 4 -

Tuan Frankie Chong Yu Chee: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya

ada berkaitan dengan soalan asal. Adakah Kerajaan sedar bahawa

pihak Kerajaan Barisan Nasional juga ada membangkitkan isu-isu agama

dan juga isu-isu kaum di media-media masa terutama sekali di TV dan

suratkhabar semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Sekiranya sedar,apa-

kah penjelasan sepatutnya yang akan diambil oleh pihak Kerajaan

kepada rakyat jelata?

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, di sinilah saya

rasa tanggungjawab kita bersama supaya jangan lagi perkara yang ber-

lalu sudah berlalulah, tidak usahlah ungkit-ungkit lagi, kita

bangkit-bangkitkan kerana ini akan menimbulkan lebih banyak lagi

konflik. Tujuan, tugas dan tanggungjawab kita bersama-sama untuk

tnengadakan aktiviti-aktiviti yang akan memupuk lagi semangat per-

paduan.

PETI CADANGAN

2. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta PerdanaMenteri menyatakan berapa peratuskah syor-syor atau cadangan yangditerima dari kotak-kotak cadangan di seluruh negara tiap-tiaptahun. Berapa peratus pula syor-syor atau cadangan-cadangan inidapat dilaksanakan. Bagaimanakah seorang itu dapat mengetahui samaada syornya itu diterima atau tidak.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Othman

bin Abdul]: Tuan Yang di-Pertua, kotak atau peti cadangan disediakan

untuk, memberi peluang kepada pekerja di semua peringkat dalam

organisasi dan orang awam menyampaikan aduan atau cadangan dalam apa

Page 6: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.9i - 5 -

jua aspek yang berkaitan dengan sesebuah Jabatan/Kementerian/

Pejabat. Pada masa ini semua cadangan yang diterima oleh sesebuah

agensi melalui peti cadangan akan dikendalikan sendiri oleh agensi

berkenaan. Tinjauan ke atas pelaksanaan program ini di beberapa

agensi menunjukkan kesan yang positif. Beberapa agensi terutamanya

yang menyediakan perkhidmatan kaunter telah menyediakan kemudahan

awam yang disyorkan oleh orang ramai melalui peti cadangan. Ini

dapat dilihat daripada pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan

oleh agensi-agensi berkenaan.

CAJ PENDARATAN DI LAPANGAN TERBANG

3. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pengangkutan menyatakanberapakah nilai bayaran yang dikenakan kepada pendaratan danpenerbangan kapal-kapal dari luar dan dalam negeri mengikut kategoridi semua lapangan terbang seluruh negara pada masa kini.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajah Zaleha binti

Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, kapal terbang yang membuat pendaratan

di lapangan-lapangan terbang Malaysia dikenakan caj pendaratan

mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan di bawah Peraturan-

peraturan Caj Mendarat, Memakir dan Menempat, Perkhidmatan Penumpang

dan Kemudahan Pemaliman Udara 1975. Berdasarkan Peraturan ini,

kadar caj mendarat yang dikenakan mengikut berat pesawat . Oleh

kerana berat bagi setiap pesawat adalah berbeza di antara satu

dengan lain, caj mendarat sebenar yang dikenakan juga berbeza.

Namun demikian, caj yang dikenakan atas kategori—kategori pesawat

adalah secara purata seperti ber ikut :

Page 7: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 6 -

Boeing 747 - $3,300DCIO - $2,100Tristar 1011 - $1,700Airbus - $1,200Boeing 757 - $1,100Boeing 737 - $ 400Fokker 27 &

Fokker 50 - $ 127Donier - $ 31Twin Otter - $ 31

Perlu dijelaskan bahawa caj mendarat yang saya sebutkan tadi

termasuk pemakiran, dengan izin, parking secara percuma bagi 3 jam

pertama. Setelah 3 jam pertama sehingga 12 jam kemudian, caj

pemakiran seperti berikut dikenakan:

Boeing 747 - $140DCIO - $100Tristar 1011 - $ 90Airbus - $ 80Boeing 757 - $ 80Boeing 737 - $ 34Fokker 27 &

Fokker 50 - $ 29Donier - $ 11Twin Otter - $ 11

Bagi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) potongan kadar caj

sebanyak 50% diberikan bagi setiap pendaratan yang dilakukan di

lapangan-lapangan terbang domestik di Malaysia.

Tuan Dahalan bin Embun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Soalan saya ada berkaitan dengan soalan asal. Memandangkan bahawa

Kerajaan bercadang membina sebuah lagi lapangan terbang untuk meng-

gantikan Subang, apakah kriteria unuuk pilihan tempat yang baru ia-

itu sama ada Kerajaan pentingkan pembangunan luar bandar dan dalam

Page 8: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 7 -

hal ini memandangkan Subang tidak lagi sesuai oleh sebab masalah kos

gantirugi yang tinggi, kos pembinaan yang tinggi, pencemaran bunyi,

masalah program pembesaran selepas 10 tahun dan limitations yang

lain seperti tempoh perlaksanaan yang lebih panjang serta masalah-

masalah sosio ekonomi yang agak rumit untuk diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan yang asal itu

berkenaan nilai bayaran pendaratan. Maka soalan tambahan ini tidak

berkaitan.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, saya faham.

Sebab itu saya sebut tadi ada kaitannya.

Tuan Yang di-Pertua: Terpulang kepada Timbalan Menteri yang

berkenaan untuk menjawab atau tidak.

Datin Paduka Hajah Zaleha blnti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

sukacita saya menyatakan segala faktor dan kriteria yang disebutkan

oleh Yang Berhormat itu tadilah asas membina lapangan terbang baru

ataupun mencari tempat ganti.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr. Nordin Selat.

Tuan C. Krishnan; Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan

No. 4.

SEKOLAH SWASTA - PENGAWASAN

4. Tuan C. Krishnan [di bawah S.O. 23(2)] minta Menteri Pen-didikan menyatakan sejauhmanakah pengawasan dilakukan terhadapsekolah-sekolah swasta di seluruh negara. Tidakkah sekolah-sekolahini bercanggah dengan dasar pendidikan negara.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dr. Fong Chan Onn]: Tuan Yang

di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian

Pendidikan sentiasa mengawalselia perjalanan dan pengendalian

sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan swasta di seluruh

negara. Berbagai jenis pengawasan dan kawalselia d i lakukan ,

antaranya:

Page 9: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 8 -

(a) memastikan semua sekolah dan insti tusi swasta

yang hendak ditubuhkan didattar oleh Pendaftar

Sekolah-sekolah; dan

(b) melakukan lawatan-lawatan pemeriksaan ke

sekolah-sekolah dan institusi-institusi swasta

bagi menentukan syarat-syarat penubuhan dan

pendaftaran dipatuhi serta untuk mengawasi m u t u

pendidikan yang disampaikan.

Oleh kerana Kementerian Pendidikan mengawal penubuhan dan

pendattaran dan seterusnya mengawalselia sekolah-sekolah dan

institusi-institusi pendidikan swasta adalah tidak timbul per-

canggahan di antara pendidikan swasta dengan dasar pendidikan

negara.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Adakah pihak Kementerian Pendidikan bercadang pada masa-masa akan

datang peringkat universiti, kolej dan sekolah akan diswastakan

separuh daripadanya?

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun Kementerian

Pendidikan sedang mengkaji beberapa aspek berkenaan pendidikan

tinggi yang sesuai untuk ditanggungjawabkan oleh pihak swasta, ingin

saya terangkan di sini apa yang Kementerian Pendidikan bermaksud di

sini ialah beberapa aspek, fungsi pendidikan tinggi termasuk aspek-

aspek penyelidikan, aspek-aspek berkaitan dengan latihan, kursus dan

aspek-aspek berkaitan dengan pendidikan yang ki ta boleh laksanakan

untuk memenuhi keperluan pihak swasta terutamanya pihak perindustri-

an. Semua ini dalam perhatian dan dalam kajian Kementerian

Pendidikan.

Page 10: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 9 -

Tuan Hasaan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin tahu daripada Timbalan Menteri berkenaan sejauh manakah

Kerajaan mengenakan kawalan kepada program-program "twinning" yang

dibuat di Malaysia terutamanya peringkat Post Graduate, Masters

Degree dan sebagainya yang sedang dengan hebatnya diperluaskan

khidmatnya di Malaysia sekarang?

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan

merasa bahawa oleh kerana keperluan sektor perindustrian dan sektor

perkhidmatan untuk tenaga mahir khususnya tenaga dengan kemahiran

dan pengalaman di bidang pengurusan adalah begitu penting,

Kementerian Pendidikan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam

bidang pendidikan. Namum demikian untuk menjamin bahawa pendidikan-

pendidikan tersebut khasnya program-program "twinning",dengan izin,

adalah seimbang, bernilai dan bermutu tinggi, tetapi seperti yang

saya telah terangkan tadi semua program sebelum ia boleh dilaksana-

kan patut dan harus diberi pendaftaran oleh Kementarian Pendidikan.

Dalam proses pendaftaran program tersebut Kementerian Pendidikan

mempastikan bahawa program tersebut adalah bermutu tinggi dan

program adalah memenuhi keperluan negara dari segi kemahiran, dari

segi program dari dari segi mutu dan sebagainya. Selepas Kementerian

Pendidikan sudah mempastikan bahawa program-program tersebut adalah-

bermutu tinggi dan adalah untuk memenuhi keperluan negara, kita

boleh bagi pendaftaran. Selepas itu juga Kementerian Pendidikan

selalu memeriksa dan mengawal supaya program-program t e r t en tu dapa t

dilaksanakan dengan sempurnanya dan mereka yang mengiku t i program

tersebut dapat lah pendidikan yang bermutu tinggi.

Page 11: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 10 -

PERHUBUNGAN KERAJAAN NEGERI-PERSEKUTUAN - PERUNTUKAN KEWANGAN

5. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah kaedah pentadbiran Kerajaan Pusat ter-hadap Kerajaan Negeri dalam pemerintah pem-bangkang; dan

(b) apakah bentuk bantuan Kerajaan Pusat terhadapKerajaan Negeri pembangkang yang mengalamikesukaran kewangan.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Othman

bin Abdul]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Sukalah ditegaskan bahawa kaedah pentadbiran Kerajaan

Pusat terhadap Kerajaan-Kerajaan Negeri yang diperintah

oleh parti-parti Pembangkang adalah menurut lunas-lunas

yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan undang-undang

negara. Kerajaan Pusat sentiasa mengutamakan keamanan dan

kesejahteraan rakyat tanpa mengira di mana mereka ber-

mastautin. Sehubungan dengan ini, segala tindakan

Kerajaan Pusat termasuk dalam hal perhubungan dengan

Kerajaan-kerajaan Negeri adalah secara adil dan saksama

dengan kepentingan rakya t , pembangunan dan perpaduan

negara sebagai matlamat-matlamat terpenting untuk negara.

Bagi mempastikan projek-projek pembangunan Persekutuan

Page 12: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 11 -

berjalan dengan lancar lagi, Kerajaan Pusat telah menubuh-

kan Majlis Pembangunan Persekutuan. Seterusnya Kerajaan

Pusat telah mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan

yang akan berfungsi untuk merancang dan melaksanakan

projek-projek pembangunan Persekutuan di negeri-negeri

berkenaan.

(b ) Kerajaan Pusat akan terus menyalurkan peruntukan kewangan

kepada Kerajaan-kerajaan Negeri yang diperintah oleh parti

Pembangkang sepertimana yang diperuntukkan dalam Per-

lembagaan dan undang-undang, iaitu seperti pemberian meng-

ikut bilangan penduduk (capitation grant) , pemberian

penyelenggaraan jalan-jalan negeri, pemberian khas (kepada

Negeri Sabah) di bawah Perkara 112C(i)(a) Perlembagaan,

pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi dan

kesejahteraan hidup, caruman bantu kadar mengenai harta

(di bawah Perkara 156), pemberian pertambahan hasil , pem-

berian tahunan kepada penguasa-penguasa tempatan , dan

sebagainya.

Sumbangan Kerajaan Pusat untuk tujuan-tujuan lain akan di-

pertimbangkan menurut keperluan dan justifikasi.

Ingin dijelaskan juga bahawa Kerajaan Pusat akan tetap

meneruskan pemberian bantuan-bantuan khas seperti bantuan

buku kepada murid-murid sekolah, bantuan kepada orang-

orang miskin dan sebagainya.

Page 13: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 12 -

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kagum

dan rasa syukur dengan jawapan Setiausaha Parlimen yang menunjukkan

betapa adilnya Kerajaan Barisan Nasional. Saya ulang sekali lagi,

betapa adilnya Kerajaan kita walaupun kita mengadakan Jabatan

Pembangunan tetapi kita tetap memberikan peruntukan-peruntukan yang

menjadi hak kepada negeri-negeri walaupun banyak perkara telah

diselewengkan termasuk sebahagian daripadanya menindas rakyat .

Soalan tambahan saya, kalau sudah begitulah keadaannya apa

perlunya diwujudkan Jabatan Pembangunan ini dan peruntukan dari

manakah yang akan dialirkan ke Jawatankuasa Khas ataupun ke Jabatan

khas ini.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, Majlis Pembangunan

Persekutuan dan juga Jabatan Pembangunan Persekutuan ini telah saya

jelaskan tadi ialah bagi merancang dan melaksanakan program-program

pembangunan di negeri-negeri yang diperintah oleh parti-parti

Pembangkang. Sudah pastilah kewangannya itu datangnya daripada

Kerajaan Pusat yang mana projek-projek itu akan ditimbangkan oleh

Kerajaan Pusat dan disalurkan melalui Majl is Pembangunan Persekutuan

dan Jabatan Pembangunan Persekutuan ini.

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan

saya ialah saya ingin tahu daripada Setiausaha Parlimen di Jabatan

Perdana Menteri, sejauh manakah Kera jaan Persekutuan sanggup menimba

semula bantuan-bantuan atau rancangan-rancangan yang disebutkan tadi

sekiranya ada di antara Kerajaan-kerajaan di bawah parti pemerintah

ini menunjukkan sikap anti-Kerajaan Persekutuan.

Page 14: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 13 -

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, saya telah men-

jelaskan tadi bahawa Kerajaan Persekutuan adalah mementingkan soal

kesejahteraan rakyat, ketenteraman dan juga kehidupan yang selesa

bagi rakyat. Jadi dengan itu jika sekiranya Kerajaan memikirkan

pemberian peruntukan itu untuk kepentingan rakyat yang perlu dibela,

maka Kerajaan akan terus memberi bantuan mengikut keputusan yang

akan dibuat oleh pihak Kerajaan Pusat memandangkan bahawa sudah

pastilah tidak keseluruhannya rakyat di sebuah negeri yang dipimpin

oleh Pembangkang itu kesemuanya atau 100% menyokong Pembangkang.

Jadi kita tidak boleh mengambil tindakan bagi memberhentikan

keseluruhan bantuan pembangunan bagi negeri-negeri berkenaan.

Pertimbangan akan diberikan oleh Kerajaan Pusat.

KAMPUNG BARU DI BANDAR DAN LUAR BANDAR

6. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan:-

(a) bilangan kampung di (i) kawasan bandar;(ii) kawasan luar bandar;

(b ) kadar pertumbuhan penduduk di kampung-kampungitu dalam sepuluh tahun yang lalu; dan

(c) usaha-usaha Kerajaan untuk membaiki sistem peng-aliran, bekalan air dan e lekt r ik , jalan rayayang kurang dan sempit dan juga kawasan rumahyang terkongkong di kampung-kampung itu.

Page 15: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 14 -

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dr. Ting Chew Peh]:

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Bilangan kampung baru yang terletak di kawasan bandar

ataupun di bawah pentadbiran Pihakberkuasa Tempatan adalah

sebanyak 419 buah, manakala jumlah bilangan kampung yang

terletak di kawasan luar bandar ataupun di luar pentadbir-

an Pihakberkuasa Tempatan adalah sebanyak 33 buah.

(b) Berkaitan kadar pertumbuhan penduduk, banci penduduk

kampung-kampung baru yang dimaksudkan tidak dijalankan

pada tiap-tiap tahun. Walau bagaimanapun, kadar per-

tumbuhan penduduk di kampung-kampung itu yang meliputi

tempoh tahun 1970 - 1985 secara puratanya ialah sebanyak

4.2% setahun.

(c) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, salah satu daripada

matlamat program kemajuan perkampungan adalah untuk

menyediakan serta memperbaiki kemudahan asas dan infra-

struktur di kampung-kampung itu. Ke arah mencapai

matlamat ini, Kerajaan di peringkat Pusat dan peringkat

Negeri serta agensi-agensi Kerajaan Tempatan telah

menyalurkan peruntukan kewangan setiap tahun untuk

melaksanakan projek-projek intrastruktur dan kemudahan

asas yang diperlukan oleh penduduk-penduduk kampung-

kampung itu. U n t u k makluman Ahii Yang Berhormat,

sebahagian besar daripada peruntukan pembangunan tahunan

di bawah Program Kemajuan Perkampungan iaitu leb ih kurang

80% adalah diagihkan bagi maksud ini.

Page 16: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 15 -

BAHASA INGGERIS BAGI PELAJAR LUAR BANDAR - PENCAPAIAN

7. Puan Hajah Habidah binti Jusoh minta Menteri Pendidikanmenyatakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar luar bandardalam Bahasa Inggeris adakah Kerajaan telah menyediakan secukup-cukupnya guru Bahasa tersebut untuk berkhidmat di kampung-kampungpendalaman.

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, jumlah guru yang ter-

latih khusus dalam pengajaran Bahasa Inggeris memang belum mencukupi

bagi keperluan seluruh negara. Memandangkan hakikat inilah maka

Kementerian Pendidikan meneruskan usaha untuk menambah bilangan-guru

tersebut. Di samping menambah bilangan pengambilan penuntut di

bidang Latihan Perguruan Asas pengajaran Bahasa Inggeris dan Kursus

Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan,

Kementerian Pendidikan juga menyediakan peluang untuk guru terlat ih

mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan iaitu di bawah program Kursus

Diploma Keguruan TESL dan Kursus Sijil Perguruan Khas TESL di

maktab-maktab tersebut.

SeLain daripada itu, program Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai

Bahasa Kedua (Teaching of English as a Second Language (TESL) juga

dijalankan di ITM, UKM, UPM dan UM bagi melatih bakal-bakal guru

yang ditaja oleh Kementerian ini.

Penghantaran penuntut-penuntut TESL ke luar negeri juga masih

berterusan, dan sebahagian daripada mereka telahpun kembali u n t u k

Page 17: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 16 -

bertugas di sekolah-sekolah di mana dasar penempatannya mengutamakan

sekolah-sekolah Luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Asmah binti

Haji Ismail.

Puan Hajah Asmah binti Eaji Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

sebelum soalan saya ingin meminda satu perkataan iaitu "Perbadanan"

kepada "Bahagian". Tuan Yang di-Pertua, soalan No.8.

FELDA - SISTEM HAKMILIK KUMPULAN

8. Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri PembangunanLuar Bandar menyatakan bolehkah Kementerian ini memperbanyakkanperuntukan kepada 'sistem saham' daripada sistem Bahagian UrusLadang (BUL) di rancangan-rancangan tanah FELDA di seluruh Malaysia,

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Tuan Mohd. Yasin bin

Kamari]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan telah memutuskan bahawa semua rancangan-rancangan tanah

FELDA yang telah ditempatkan peneroka akan diurustadbirkan secara

Sistem Hakmilik Individu dan sistem-sistem yang dipraktiskan sebelum

ini seperti Sistem Hakmilik Kumpulan dan Sistem Saham dimansuhkan.

Tarikh kuatkuasa pelaksanaan ini adalah mulai Oktober 1988.

Walau bagaimanapun, bagi rancangan-rancangan tanah FELDA yang

masih belun ditempatkan peneroka, Kerajaan telah memutuskan bahawa

mulai dari Januari 1990, tanah-tanah rancangan FELDA ini akan di-

urustadbirkan secara Sistem Ladang Syarikat yang dikenali sebagai

kaedah "Pengurusan Baru Rancangan FELDA".

Page 18: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 17 -

Di bawah kaedah ini, peserta-peserta akan diambil sebagai

pekerja dan tidak lagi sebagai peneroka. Walau bagaimanapun,

pekerja-pekerja akan diberi kesempatan memiliki saham dalam syarikat

sehingga ke tahap 50% tolak 1 saham.

PENGEMIS ASING

9. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta MenteriPerpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan kenapakahmasih terdapat pendatang tanpa izin ingin merayau-rayau di bandar-bandar sambil meminta sedekah terutama wanita-wanita yang mendukangbayi-bayi yang masih kecil dan kanak-kanak. Tidakkah mereka diberiapa-apa nasihat atau garis panduan semasa mereka berada di sini,kerana perbuatan meminta sedekah ini mencemarkan keadaan di negarakita.

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, kegiatan

pengemis asing masih berlaku oleh kerana rakyat Malaysia sangat ber-

murah hati serta tidak keberatan untuk memberi sedekah dan amalan

ini menggalakkan lagi untuk mereka berbuat demikian.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan-Jabatan Kebajikan

Masyarakat sentiasa membuat serbuan dan apabila pengemis-pengemis

asing ini ditangkap mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen

untuk dihantar kembali ke negara asal mereka.

Page 19: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.21.2.91. - 18 -

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua,

saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, dari negara manakah

kebanyakan pengemis luar negeri itu datang ke negara kita ini?

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, payah saya

hendak menjawabnya kerana tidak ada surat-surat yang mengatakan

daripada negara mana mereka ini datang. Selalunya mereka mengatakan

mereka ini datang daripada negeri Thai. Tetapi apabila kami hantar

di sana tidak ada surat-surat perakuan. Jadi, mereka ini tidak di-

terima pula oleh pihak berkuasa di sebelah sana.

Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-

Pertua, soalan tambahan. Didapati bahawa pengemis-pengemis ini

mempunyai surat-surat tauliah daripada Jabatan Agama dan sebagai-

nya. Jadi, siapakah sebenarnya yang mengeluarkan surat tauliah itu?

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya

saya pun tidak tahu surat-surat tauliah ini, rasa saya adalah

surat-surat yang palsu.

Page 20: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DR.S2.2.91 - 19 -

JANGKA HAYAT - KESAN KEMUDAHAN PERUBATAN

10. Tuan David Yeoh Eng Hock minca Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) sama ada umur hidup purata rakyat Malaysia telah bertambah

berikutan dari usaha Kerajaan untuk mempertingkatkan

kemudahan-kemudahan perubatan dan jenis perombakan utama

yang akan dilakukan ke atas sistem kemudahan perubatan

kita dalam tempoh 5 tahun yang akan datang; dan

(b) sama ada Kerajaan bercadang untuk menggalakkan rakyat

Malaysia makan makanan yang mengandungi kalori rendah

setiap hari demi memperlanjutkan umur hidup berikutan dari

cadangan saintis luar negeri bahawa makanan sedemikian

boleh memanjangkan umur hidup. Apakah pandangan perubatan

Kementerian terhadap cadangan ini.

Timbalan Menteri Kesihatan [Tuan Mohamed Farid bin Ariffin:

Tuan Yang di-Pertua, jawapan bagi soalan:

(a) Pihak Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang kesihatan

Page 21: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 --20 -

rakyat. Dari segi taraf kesihatan, jangka hayat bagi

Malaysia telah bertambah dari tahun ke tahun. Sebagai

contoh, dalam tahun 1957 jangka hayat bagi wanita ialah

58.2 tahun dan lelaki 55.8 tahun. Sementara dalam tahun

1970 ianya ialah 65.6 tahun bagi wanita dan 61.6 tahun

bagi lelaki. Dalam tahun 1988, jangka hayat ini bertambah

baik lagi menjadi 73 tahun bagi wanita dan 68.6 tahun bagi

lelaki. Nampaknya kaum wanita mempunyai jangka hayat yang

lebih panjang daripada lelaki. Peningkatan jangka hayat

ini adalah disebabkan program sosio-ekonomi Kerajaan yang

berjaya, teristimewanya perkhidmatan kesihatan.

Dalam 5 tahun akan datang, Kementerian Kesihatan akan

memperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan kesihatan di

semua peringkat serta mempertingkatkan lagi mutu

perkhidmatannya. Di samping itu, Kementerian Kesihatan

akan meningkatkan aktiviti-aktiviti pencegahan dan promosi

kesihatan, misalnya kempen Penggalakan Cara Hidup Yang

Sihat yang bertujuan untuk mendidik masyarakat menjaga

kesihatan mereka dari penyakit-penyakit jantung, kencing

manis, barah, penyakit kelamin atau STD (sexualy)

transmitted disease termasuk AIDS, keracunan makanan dan

penyakit kanak-kanak.

(b ) Adalah t idak wajar bagi Kerajaan un tuk menggalakkan semua

rakyat Malaysia makan makanan yang mengandungi kalori yang

rendah. Ini adalah kerana keperluan kalori seseorang

Page 22: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 21 -

bergantung kepada beberapa fak tor , termasuk umurnya,

jantina, jenis pekerjaan, berat badan, cari hidup dan

perbezaan biologik individu. Dengan itu, beberapa

golongan rakyat, khasnya mereka yang menjalankan aktiviti

harian yang berat memang memerlukan kalori yang secukup-

nya. Anggapan bahawa makanan yang mengandungi kalori

rendah boleh memanjangkan umur hidup hanyalah betul bagi

golongan masyarkat yang mempunyai masalah obesiti, dengan

izin, penyakit gemuk, (berat badan yang berlebihan). Ini

adalah kerana masalah obesiti diketahui ada berkaitan

rapat dengan beberapa penyakit seperti penyakit darah

tinggi dan diabetes' (kencing manis) . Cadangan saintis

luar negeri seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang

Berhormat, mungkin sekali benar bagi golongan masyarakat

yang mempunyai masalah obesiti. Dalam konteks kumpulan

masyarakat ini, cadangan itu adalah cepat sekali.

Sebenarnya, Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengadakan

program-program untuk menasihatkan golongan masyarakat

yang tertentu ini supaya mengurangkan pengambilan kalori

demi mengawal berat badan mereka. Akan tetapi nasihat

seperti i tu tidak wajar diberikan secara menyeluruh kepada

semua lapisan masyarakat .

Tuan Mustafa bin Awang: Soalan tambahan, Tuan yang di-Pertua.

Saya min ta penjelasan daripada Timbalan Menteri Kesihatan yang

berkenaan . Perbezaan lanjut umur antara lelaki dan perempuan di

negara Malaysia ini apakah kerana wani ta pada set iap bulan dia ada

pembuangan ataupun cara pusingan haid ataupun ia melahirkan anak

Page 23: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 22 -

yang menyebabkan perbezaan umur yang banyak antara lelaki dan

perempuan? [Ketawa]

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya

tidak tahu adakah perhubungan atau correlation di antara haid wanita

dengan panjang umurnya, tetapi jika sekiranya Yang Berhormat ada

bukti, kita boleh buat siasatan selanjutnya. [Ketawa] Tetapi pada

umumnya bolehlah kita anggap bahawa daripada data-data yang ada yang

menunjukkan secara konsisten bahawa hayat umur lelaki adalah lebih

rendah daripada hayat umur perempuan. Mungkin ini boleh disebabkan

oleh kerana kaum lelaki banyak stress agaknya dan banyak risau dan

banyak lain-lain lagi.

Tuan David Yeoh Eng Hock: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan

menyatakan jenis-jenis kawalan yang dijalankan ke atas kebersihan

makanan, dengan izin, health food dan menjamin boleh menambahkan

umur hidup yang boleh diperolehi di pasaran.

Soalan yang kedua, apakah jenis-jenis program kesihatan yang

boleh dinikmati oleh golongan pendapatan rendah supaya mereka juga

boleh menikmati jangka hayat yang lebih baik dan kadar kematian di

kalangan kanak-kanak juga dapat dikurangkan.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua ( saya

meminta maaf kerana jika sekiranya saya bercakap berkenaan program-

progam dan jenis-jenis kawalan, mungkin akan mengambil masa yang

panjang. Sebab program ini ter lalu banyak. Tetapi kalau sekiranya

perlu, saya boleh memberi secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Tetapi ingin saya tegaskan di sini, program-program untuk kes iha tan

Page 24: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 23 -

adalah untuk semua lapisan rakyat dan kita ada mempunyai program-

program khusus untuk orang-orang yang berpendapatan rendah. Satu

daripadanya ialah yang dinamakan Program KZM (Khasiat Zat Makanan).

KAWASAN PERUMAHAN - KEINDAHAN DAN KEBERSIHAN

11. Tuan Haji Dol bin Dolah minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan apakah tindakan yang akan diambil di seluruhbandar-bandar di negara ini supaya dapat membersihkan dan mengindah-kan kawasan di sekitar kawasan perumahan dan bandar-bandar di bawahkuasa Kerajaan Tempatan itu.

Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan sedang melaksanakan satu program yang

menyeluruh, berintegrasi dan berkesinambungan bagi menjamin

kebersihan dan mutu alam sekitar yang baik dan berkekalan. Program

ini dikenali sebagai Program Bersih dan I n d a h .

Pada peringkat pertama perlaksanaannya yang bermula pada tahun

1990, program ini ianya tertumpu kepada 21 buah Pihakberkuasa

Tempatan. Peringkat kedua program ini yang dijangka bermula pada

tahun 1992 akan melibatkan semua Pihakberkuasa Tempatan di

Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak iaitu sebanyak 142 buah

Pihakberkuasa Tempatan lagi.

Page 25: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.1.91. -23A-

Sebanyak 15 aktiviti telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di

bawah program ini Aktiviti berkenaan adalah:

Kebersihan tandas awam.

Kebersihan pengendalian makanan.

Kebersihan pantai dan tempat pelancongan.

Kebersihan longkang dan parit.

Mengangkut kenderaan terbuang, besi buruk dan bangkai bot.

Kebersihan kampung tradisi.

Kebersihan dan pengindahan kampung baru.

Kebersihan dan pengindahan taman-taman perumahan.

Kebersihan dan pengindahan kawasan perusahaan kecil.

Kebersihan dan pengindahan sekolah.

Pembersihan dan pemungutan sampah.

Kebersihan dan pengindahan kawasan setinggan.

Sistem sanitasi yang lebih baik.

Kesedaran kebersihan.

Pengindahan bandar.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempat-

an dengan kerjasma Kementerian Penerangan, Jabatan dan Agensi Kera-

jaan serta pihak swasta telah mengadakan program publisiti dan kese-

daran untuk memberitahu orang ramai tentang pentingnya kebersihan

dan keindahan dalam kehidupan seharian.

Program publisiti ini dibuat melalui televisyen, radio, papan-

tanda, gotong-royong, ceramah, pameran dan lain-lain lagi.

Perlu ditegaskan di sini bahawa tanpa penglibatan dan kerjasama

orang ramai, program kebersihan dan keindahan yang di lancarkan t idak

akan berjaya. Oleh itu, penglibatan dan kerjasama daripada Ahli-

ahli Yang Berhormat sekalian adalah dialu-alukan bagi men jayakan

lagi program ini.

Page 26: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 24 -

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, Saya

difahamkan kebersihan dan kutipan sampah di Pekan Sungai Pilih

telahpun diswastakan oleh Majlis Daerah Sepang. Adakah cadangan

dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya semua

Majlis-majlis Daerah atau Majl is-majl is Perbandaran akan diswastakan

kemudian?

Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua, memang menjadi dasar

jangka panjang Kerajaan untuk menswastakan setengah-setengah

aktiviti di bawah pihak berkuasa tempatan.

KANSER - PENCEGAHAN DAN KAWALAN

12. Tuan Foo Boon Liang minta menteri Kesihatan menyatakan adakahKementeriannya menyimpan satu dattar yang lengkap mengenai kes-keskanser tertentu mengikut jantina, umur, keturunan bagi sesuatutempoh di mana data-data ini boleh menolong pihak berkenaan membuatrancangan untuk melaksanakan program kesedaran dan didikan pelbagaiperingkat itu.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, un tuk

makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan telahpun

menubuhkan satu Daftar Kanser Kebangsaan pada tahun 1987. Sebagai

contoh, saya ada di sini "A Guideline Manual-National Cancer

Register, Malaysia" yang telahpun dibuka dalam tahun yang saya

sebutkan tadi.

Daftar Kanser ini d i tubuhkan bertujuan untuk mendapatkan

maklumat-maklumat terperinci berkenaan dengan kanser di negara ini.

Maklumat-maklutnat tersebut termasuklah maklumat-maklumat berkenaan

dengan kematian, kadar insiden serta - prevalennya, pola kejadian,

penyebaran geografinya, ataupun geographical dis t r ibut ion, dengan

izin, serta kadar survivalnya.

Page 27: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 25 -

Maklumat-maklumat tersebut dapat membantu di dalam perancangan

serta penilaian program-program pencegahan dan kawalan kanser. la

juga dapat digunakan sebagai data asas bagi kajian-kajian mendalam

dan seterusnya serta membantu di dalam pendidikan kesihatan

berkenaan dengan kanser di kalangan kakitangan perubatan dan orang

awam.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yaag di-Pertua,

soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat

Timbalan Menteri, adakah usaha dibuat oleh Kementerian Kesihatan

bagi memberi peluang kepada rakyat negara ini bagi satu masa yang

ditentukan untuk memeriksa diri mereka sama ada mereka terlibat

ataupun sedang menghidap kanser. Kemudian, apakah ada risalah-

risalah ataupun penerangan-penerangan yang lebih meluas kepada

rakyat negara ini mengenai cara mana untuk mengelak daripada terkena

penyakit kanser ini.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, program-

program untuk membenarkan orang ramai memeriksa diri mereka u n t u k

menentukan lama ada mereka mempunyai penyakit tersebut selalu sahaja

diadakan. Jika sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin memeriksa,

terus sahaja pergi ke hospital ataupun mana-mana t empa t yang

berkenaan untuk mendapatkan diri tuan-tuan dan puan-puan diperiksa.

Tetapi mungkin Yang Berhormat telahpun mendengar pengumuman mengata-

kan pada pertengahan tahun ini bahawa kita akan melancarkan satu

program yang saya sebutkan tadi yang bernama 'Hea l t hy Life S t y l e '

termasuk kanser dan saya jawab sekali gus risalah-risalah ini

terdapat di semua pusat-pusat kesihatan dan juga hospital dan akhir-

akhir ini kita telah membuat kempen mengenai dengan kanser buah dada

dan cervix.

Page 28: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 26 -

KILANG DAN PEKERJA KILANG

13. Tuan P. Balaram minta Menteri Perdagangan Antarabangsa danIndustri menyatakan:-

(a) berapa banyakkah kilang-kilang yang didattarkandi negara kita;

(b ) berapa ramaikah pekerja yang bekerja dalamkilang-kilang tersebut .

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri [Dato' Dr. K . S . Nijhar]: Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan

kepada angka-angka yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan, terdapat

sebanyak 26,854 kilang-kilang pembuatan yang telah didattarkan

dengan Pendaftar. Syarikat dan Pendaftar Perniagaan yang sedang ber-

operasi setakat Disember 1988. Projek-projek pembuatan ini dianggar

sedang menggaji seramai 827,553 pekerja.

Sebagai penjelasan lanjut, daripada bilangan kilang-kilang yang

didattarkan dan sedang beroperasi, ada yang telah dilesenkan di

bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 kerana syarikat-syarikat

ini berada di atas tahap pengecualian pelesenan sama ada dari segi

dana pemegang saham atau bilangan pekerja. Tetapi kilang-kilang

yang di bawah tahap pelesenan tidak perlu dilesenkan oleh

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri .

Bagi projek-projek yang telah dilesenkan di bawah Akta ter-

sebut, dari t a h u n 1980 sehingga kini, sebanyak 6 ,597 projek telah

diluluskan lesen perkilangan oleh Kementerian Perdagangan Antara-

bangsa dan Industri yang mel ibatkan peluang-peluang pekerjaan

sebanyak 883,346. Berasaskan bancian yang telah d i j a l ankan oleh

MIDA, setakat Disember 1989, sebanyak 3,521 projek yang sedang ber-

operasi dan menggaji seramai $39,301 pekerja .

Page 29: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 27 -

LESEN BAS KILANG

14. Tuan P. Balaram minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan:-

(a) berapa banyakkah permit bas-bas kilang dikeluar-kan untuk mengangkut pekerja-pekerja itu; dan

(b) adakah permit-permit yang dikeluarkan itu men-cukupi untuk mengangkut bilangan pekerja-pekerjayang bertambah ramai dan apakah langkah seterus-nya Kementerian mengenai hal ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam [Dato' Dr Siti Zaharah binti

Haji Sulaiman]: Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan (a) , sehingga

akhir Disember 1990 Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan telah

mengeluarkan sebanyak 3,659 lesen bas kilang di seluruh negara bagi

mengangkut pekerja-pekerja kilang.

Untuk soalan (b ) , pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan

sentiasa peka kepada perkembahgan semasa dan sentiasa menimbang

untuk meluluskan lesen bas kilang kepada pemohon-pemohon yang layak

jika ada keperluan.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan kepada

Yang Berhormat Timbalan Menteri Perusahaan Awam. Apakah syarat dan

kategori sesebuah kilang yang memerlukan bas kilang untuk mengangkut

pekerja-pekerja itu boleh memohon untuk mendapatkan permit?

Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-

Pertua, syarat-syarat bagi memohon lesen bas kilang adalah seperti

berikut:

(i) lesen bas kilang itu boleh dikeluarkan kepada

orang perseorangan, perkongsian atau koperasi,

persatuan atau syarikat berhad, ataupun

syarikat sendirian berhad;

Page 30: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 28 -

(ii) bagi permohonan daripada syarikat berhad dan

sendirian berhad perlu berdattar sekurang-

kurangnya tiga bulan dan hendaklah mengemuka-

kan Memorandum and Articles of Association

serta borang maklumat berhubung dengan ekuiti

dan borang berhubung dengan partnership;

(iii) mengemukakan senarai pekerja-pekerja kilang

terbaru dan disahkan oleh pengurus kilang ber-

kaitan; dan

(iv) mengemukakan salinan surat kontrak ataupun

surat tawaran daripada pihak pengurusan kilang

dan juga mengemukakan bukti modal yang men-

cukupi seperti akuan surat penyata bank dan

sebagainya untuk menyempurnakan permohonan

itu.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu apabila

seseorang membuat permohonan untuk lesen bas kilang, bilakah jangka-

masa pemohon itu boleh mendapat tahu daripada masa permohonan i tu

dan bagaimanakah cara proses untuk memberitahu pemohon sama ada per-

mohonannya ditolak ataupun di luluskan?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Mengikut amalan

yang biasa dilakukan adalah dalam masa antara tiga hingga enam

bulan. Bagi kes yang agak jelas, iaitu didapati bahawa keperluan-

keperluan itu t idak perlu kerana sudahpun ada syarikat ataupun peng-

usaha yang sedia ada, maka t e m p o h masanya kurang daripada tiga

bulan . Tetapi bagi kes yang memerlukan maklumat t ambahan a taupun

kajian untuk membolehkan keputusan itu menentukan sama ada pemohon

itu boleh dapat, masa itu tidak menentu, tetapi da lam jangkamasa

Page 31: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 29 -

empat bulan. Tetapi dalam kes permohonan lesen ini, ingin saya

maklumkan di sini bahawa mengikut sistem baru, untuk membolehkan

pihak Lembaga memberi tumpuan kepada soal-soal perancangan dan

urusan pembangunan dengan bekerjasama secara menyeluruh untuk men-

dapatkan maklumat balas dari seluruh negeri mengikut zon-zon tentang

kedudukan lesen-lesen di seluruh negara, proses permohonan itu telah

diselaraskan secara masa yang berjadual (scheduled) iaitu di

peringkat jangkamasa awal tahun daripada Januari hingga April adalah

di peringkat proses menyelaraskan semua permohonan-permohonan

melalui proses memberi pertimbangan, di peringkat Mei sehingga Julai

adalah dibuka kepada permohonan baru dan di peringkat September

hingga Oktober akan diselaraskan pertimbangan kepada permohonan itu

dan seterusnya di bulan Oktober akan dibuka semula un tuk diuruskan

permohonan-permohonan baru.

Page 32: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 30 -

Jadi, ini adalah dengan tujuan untuk menyelaras dan juga untuk

mengelakkan daripada kelambatan yang berlaku berasaskan kepada

peningkatan jumlah permohonan yang berlaku di seluruh negara dan

juga untuk memberi gambaran kepada pemohon-pemohon asas penolakan

kepada permohonan-permohonan itu.

Tuaa Ng Peng Hay: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Adakah Kementerian Perusahaan Awam berhasrat untuk menggalakkan

pihak pengurusan kilang mengadakan permit bas kilang sendiri untuk

mengangkut pekerja-pekerja kerana di setengah-setengah tempat, kami

dapati aduan daripada operacor-operator bas-bas kilang telah men-

jalankan ugutan meningkatkan bayaran sehingga sesuatu kilang itu

tidak dapat mengadakan perkhidmatan bas kilang.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-

Pertua, pada asasnya Kementerian menggalakkah mana-mana pihak untuk

menjalankan usaha pengangkutan ini tetapi untuk mengagihkan peluang

dari segi penglibatan dalam urusniaga adalah digalakkan supaya lain

daripada pengusaha kilang itu memohon lesen-lesen, dengan syarat

mereka mendapat seperti yang saya katakan tadi dalam salah sa tu

daripada syarat-syaratnya, surat akuan kontrak dan mengemukakan

syarat-syarat yang lain.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua,

soalan tambahan. Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Yang

Berhormat Timbalan Menter i , bagi syarikat yang besar-besar saya rasa

yang mempunyai modal bolehlah mereka mengusahakan dengan bas-bas

Page 33: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 31 -

yang besar yang muatannya 44 orang. Begitu juga dengan orang per-

seorangan yang mempunyai modal. Tetapi bagi setengah-setengah peng-

usaha yang modalnya kecil dan mengusahakan dengan secara van dan

muatannya di antara 8 ke 12 orang termasuk pemandu, adakah

Kementerian bercadang untuk melesenkan kenderaan-kenderaan serupa

ini dan kalau ada bagaimanakah caranya untuk memudahkan mereka yang

berkenaan ini bagi mendapatkan lesen untuk mengusahakan dalam bentuk

bas kilang.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-

Pertua, Kementerian tidak menyekat mana-mana petnohon berasaskan

kepada keperluan termasuk pemohon-pemohon kecil yang mempunyai modal

yang kecil iaitu kalau yang menggunakan van-van juga boleh digunakan

dengan syarat mendapat permit dan pada badan van kilang itu boleh

dicetak perkataan 'bas ki lang ' , walaupun di atas van.

DASAR PEMBERIAN SUBSIDI BAJA

15. Tuan Hassan bin Harun minta Menteri Pertanian menyatakan dasarpemberian subsidi seperti ba ja kepada kaum tani di Kelantan.

Menteri Pertanian [Datuk Seri Sanusi bin Junid]: Tuan Yang di-

Pertua, tidak ada perbezaan dasar mengenai pemberian subsidi ba ja

bagi negeri Kelantan ataupun mana-mana jua negeri di dalam negara

ini. Jika ada perbezaan ialah perbezaan sikap Kerajaan Negeri

Kelantan itu sendiri. Apabila mereka menang di dalam pil ihanraya

yang lalu, antara tugas mereka yang pertama ialah memecat Penghulu-

penghulu dari mempunyai kuasa untuk mengedarkan ba ja . Mereka

Page 34: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 32 -

lupa bahawa baja-baja ini adalah baja Kerajaan Pusat dan jika mereka

ingin memecat Penghulu-penghulu, mereka perlu terlebih dahulu

berunding dengan Kerajaan Pusat kerana baja itu baja Kerajaan Pusat

dan bukan baja mereka. Oleh kerana di dalam pilihanraya yang lalu,

mereka telah menjanjikan akan meneruskan pemberian baja , maka perlu-

lah ada sedikit persiapan baru apabila nanti kita mengedarkan baja

kita.

Maka Kementerian telah memutuskan untuk mengadakan perkataan

'Baja Subsidi Kerajaan Persekutuan' pada guni baja dan menukarkan

cap baja itu daripada cap dahulu kepada 'cap dacing'. Memberi cap

dacing bukan bermakna baja itu baja Barisan Nasional sebagaimana

juga ubat nyamuk cap ayam bukan bererti ubat itu ayam punya. la se-

kadar untuk membezakan antara baja yang diedarkan dari Kerajaan

Pusat sebagai perbezaan kepada apa yang dijanjikan oleh Kerajaan PAS

di dalam pilihanraya, Sejak itu kita telah meminta Kerajaan PAS

untuk berunding dengan wakil Kerajaan Pusat iaitu Yang Berhormat

Senator Tuan Haji Haji Annuar bin Musa dalam urusan untuk membantu

masyarakat tani. Tetapi kerana kesombongan mereka, mereka t e l a h -

memilih jalan lain yang merugikan mereka dan merugikan pak tani,

Mereka telah membiayakan wang yang boleh mereka biaya untuk meng-

gunakan wang, yang boleh mereka gunakan untuk tu juan lain, untuk

membekalkan ba ja sendiri dan mereka telah mengazabkan masyarakat

tani dengan mengenakan bayaran $3 bagi tiap-tiap sa tu kampit.

Keadaan sekarang sudah berubah daripada Kerajaan Pusat menjadi

pembekal baja Kerajaan Negeri Kelantan membekal ba ja dengan harga

$3 sekampit.

Page 35: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 33 -

Kerajaan Pusat pula sekarang ini memain peranan sebagai

pengawas supaya baja-baja ini diedar dengan adil. Sekiranya

Kerajaan PAS di Kelantan tidak mengedarkan baja ini dengan adil maka

Kerajaan Pusat akan bertindak.

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Men te r i , pertamanya sekira-

nya Kerajaan Persekutuan akan terus memberi ba ja , bagaimanakah

kaedah peraberiannya dengan tidak ada Penghulu yang disetujui oleh

Kerajaan Persekutuan?

Soalan yang kedua, apakah pemberian subsidi ini akan diteruskan

juga memandangkan Kerajaan Kelantan sudahpun memberi subsidi alanya

yang berharga $3 satu kampit tadi? Dan nampaknya kalaulah ini me-

rupakan pilihan yang dipersetujui oleh petani-petani Kelantan, apa-

kah ini tidak membantu mengurangkan sikap subsidy men ta l i ty dalam

penerimaan subsidi keseluruhannya?

Ketiga, saya ingin tahu juga kalaulah Kerajaan Pusat akan terus

memberinya, apakah ini tidak akan menjadi penduaan (duplication) dan

merugikan dan membazirkan baja?

Datuk Seri Sanusi bin Junid: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana

saya tekankan tadi, bahawa tindakan Kerajaan PAS telah merugikan

Kerajaan sendiri dan juga merugikan masyarakat tani. Apakah

Kerajaan Pusat akan mengadakan rancangan lain ataupun rancangan

mengeluarkan subsidinya bergantunglah kepada kesudian Kerajaan

Kelantan untuk mengiktiraf wakil Kerajaan Pusat dalam perundingan

dengan mereka.

Page 36: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

ON.22.2.91 - 34 -

Tuan Azman Atar bin Othman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian,

apabila Kerajaan Pusat t idak ada langsung niat berdendam kepada

Negeri. Kelantan walaupun tidak menyokong kepada Barisan Nasional,

adakah rancangan daripada Kementerian Pertanian atau idea Yang

Berhormat Datuk sebagai Menteri yang berkenaan, melalui ba ja itu

bila digunakan oleh petani apabila tumbuh-tumbuhan sudah menghasil-

kan buah-buahan, kemudian siapa makan sahaja buah-buahan itu maka

dia teringat budi baik Kerajaan Barisan Nasional. Ada atau tidak

idea daripada Yang Berhormat Datuk?

Datuk Seri Sanusi bin Junid: Tuan Yang di-Pertua, idea begini-

lah yang paling di takuti oleh Kerajaan PAS. Mereka takut kalau-

kalau apabila baja cap dacing ditanggung oleh masyarakat tani di

Kelantan dan guninya dijadikan penyidai dan sebagainya, ianya akan

mengingatkan terus ingatan masyarakat tani di Kelantan kepada

Barisan Nasional dan mereka bimbang akan kalah dalam pilihanraya

akan datang.

Puan Hajah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang ,di-Pertua, soalan

tambahan. Tadi Yang Berhormat Datuk Sanusi ada mengatakan yang

Kerajaan kita akan mengambil tindakan. Apakah tindakan yang akan

diambil memandangkan kemerosotan tanaman padi pada tahun ini di-

sebabkan ketiadaan subsidi baja daripada pihak Kerajaan Pusat?

Datuk Seri Sanusi bin Junid: Tuan Yang di-Pertua, k i ta t idak

boleh cerita awal sangat, k i ta takut nanti PAS t ahu rahsia Barisan

Nasional. [Ketawa]

Page 37: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 35 -

LANGKAH KEMENTERIAN UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PERTANIAN

16. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Pertanian menyatakan:-

(a) tentang suasana ekonomi yang meningkat ini, apakahlangkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untukmempertingkatkan produktiviti pertanian, contoh -penghasilan sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan lain-lain; dan

(b) apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk melatihpetani-petani agar mereka dapat mempelajari teknik-teknikmoden dan setakat manakah langkah-langkah yang diambiluntuk mengubah sikap petani-petani kita agar merekamenjadi petani komersial.

Dato' Seri Sanusi bin Junid: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana

yang saya pernah katakan dalam perhimpunan Agung UMNO pada tahun

1977, masyarakat tani, masyarakat luar bandar ataupun masyarakat

miskin di negara ini dapat dibandingkan dengan segolongan masyarakat

yang berada di puncak sebuah gunung yang tandus, yang mengharapkan

penghidupan daripada air hujan yang turun dari langit. Air yang

kemudiannya mengalir melalui sungai-sungai menerusi air-air te r jun

dan air selebihnya turun ke dataran melalui sungai dan tali air.

Air yang melimpah ke laut dihisap oleh matahari naik menjadi awan.

Awan dipukul angin dan setengah daripada awan pecah di dataran

sebagai hujan. Selainnya pecah digunung sebagai hujan.

Gunung itu ialah kuasa pol i t ik , gunung itu tandus. Tandus itu

adalah kemiskinan, air hujan yang turun adalah perbelanjaan

Kerajaan. Sungai-sungai ialah saluran-saluran perniagaan dan

kewangan. Air yang turun di puncak gunung selaku subsidi Kera jaan ,

perbelanjaan Kera jaan , projek Kerajaan dan ga j i Kerajaan. Akhirnya

turun ke dataran sebagai kota-kota besar. Air di dataran melalui.

Page 38: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 36 -

net work kewangan akhirnya lebih melimpah ke laut sebagai

keuntungan. Di laut air dihisap kerana kepanasan matahari iaitu

melalui cukai pendapatan yang memanaskan naik ke langit menjadi

awan. Awan inilah Perbendaharaan. Awan ini dipukul oleh angin,

iaitu keputusan politik untuk menentukan di mana perbelanjaan

Kerajaan itu

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk membantu masyarakat

tani, pendekatan yang diambil ialah bagaimana supaya air di dataran

mengalir semula ke puncak gunung. Walaupun ada orang dari puncak

gunung yang turun ke dataran melalui urban-migration, dengan izin,

tetapi kita juga dapat memasarkan barang-barang daripada luar

bandar, dari puncak gunung supaya laris di dataran. Maka

Kementerian melancarkan berbagai-bagai macam kempen untuk melakukan

barang-barang yang tidak laku, untuk memperkenalkan barang-barang

yang orang tidak kenal supaya pendapatan itu naik ke puncak gunung

yang tandus.

Sementara itu kita juga mempunyai program un tuk membawa orang-

orang daripada dataran dari kota untuk mengunjungi ke desa-desa

sama ada selaku pelancong tempatan ataupun pelancong luar negeri

dengan memperindahkan kampung menjadi taman, sama ada di tepi pantai

ataupun di hutan belantara.

Tuan Yang di-Pertua, semua usaha ini dapat dicapai dengan ada-

nya perubahan sikap masyarakat tani dan juga ilmu-ilmu yang banyak

dalam bidang p e r t a n i a n . O l e h kerana ilmu pada seseorang pakar itu

biasanya out-of date 6 bulan atau satu tahun setelah beliau

meninggalkan bangku persekolahan a tau universi t i , maka satu sekolah

yang terbuka secara ber terusan, satu institusi pengaj ian yang

terbuka secara berterusan yang dapat mendidik masyarakat tani dalam

Page 39: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 37 -

teknologi moden untuk menghadapi cabaran ekonomi sezaman perlu di-

wujudkan. Dalam konteks inilah Taman Pertanian Malaysia telah di-

wujudkan. Insya Allah, jika semua program berlaku, maka usaha jihad

untuk membasmi kemiskinan akan berjaya peringkat demi peringkat.

Tuan Yang di-Pertua: Satu soalan sahaja. Yang Berhormat Tuan

Chong Chi Siong.

Tuan Chong Cho Siong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua,

Soalan tambahan. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri

atas jawapannya tadi yang begitu menunjukkan prestasi kebijaksanaan,

berpengalaman dan berpengetahuan yang luas. [Tepuk] Jadi, saya cuma

ada satu soalan tambahan sahaja. Adakah Kementerian Pertanian co-

ordinate dengan Kementerian-kementerian lain seperti Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Kementerian Pengangkutan sebab ada satu

sungutan yang sering di dengar ialah petani belimbing besi tidak

dapat mengeksport buan-buahan mereka pada masa yang cepat kerana

ruang kapalterbang tidak mencukupi. Satu lagi, penternak arnab

mengadu bahawa hasil ternak tidak dapat dijual di dalam pasar.

Dato' Seri Sanusi bin Junid: Kementerian Pertanian memang ada

penyelarasan dengan Kementerian-kementerian yang lain dan masalah

Yang Berhormat nyatakan tadi adalah masalah yang timbul daripada

kejayaan. Daripada tidak ada langsung eksport belimbing besi ,

sekarang ini, sudah ada eksport belimbing besi, dan walaupun masih

ada lagi permintaan kepada eksport belimbing besi, t e tap i banyak

yang sudah dieksport hasil daripada penyelarasan. Saya berharap

masalah ini akan terus wujud selagi ada perkembangan dalam bidang

import-eksport. Walau bagaimanapun, semuanya Ini sedang

diselesaikan, malahan pagi tadi pun ada brief ing daripada MAS dan di

dalam br ie f ing itu juga telah t imbul masalah Yang Berhormat sebutkan

tadi.

Page 40: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 38 -

Mengenai arnab, arnab adalah satu binatang yang dahulunya kita

tidak makan sangat kerana kita merasa arnab itu macam kucing dan

rasa j i j ik hendak makan. Saya sendiri tidak makan arnab walaupun

saya kempen supaya orang makan arnab. [Ketawa] Kalau dahulunya kita

sembelih arnab 10,000 ekor sebulan, sekarang ini kita sudah sembelih

sampai 200,000 ekor sebulan. Kementerian tidak pernah kempen untuk

memelihara arnab, Kementerian hanya kempen untuk makan arnab. Kalau

kita kempen pelihara arnab, kita akan menghadapi masalah seperti

Yang Berhormat sebutkan tadi. Oleh itu pendekatan ki ta ialah kempen

supaya makan arnab. Apa yang menjadi masalah ialah orang yang

memelihara arnab tanpa memikirkan dahulu siapa yang hendak makan.

Oleh itu, seseorang yang ingin memelihara arnab perlulah menyelaras-

kan aktivitinya dengan pihak FAMA kerana FAMA telah dipertanggung-

jawabkan untuk memasarkan arnab.

Jika ada penyelarasan begini maka pemeliharaan arnab dapat di-

buat peringkat demi peringkat supaya arnab ini tidak beranak dan

besar sekali gus, pada hari arnab itu hendak disembelih, hari itu

tidak ada orang yang hendak makan. Tetapi kalau kita space-out,

dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, maka dapatlah kita jual arnab yang

kita keluarkan. Pasaran untuk arnab saya yakin akan ber tambah,

lebih-lebih lagi oleh kerana arnab ialah satu binatang yang bersih,

lebih vegetarian daripada Brahmin, dia tidak makan tahi seperti

ayam, kolesterolnya rendah dan lemaknya juga adalah yang terendah

dah rasanya juga mengikut kata orang sedap. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat , hari ini semua

soalan telah dijawab dan masa pun sudah cukup, maka sekarang k i ta

terus pergi kepada perkara yang lain.

Page 41: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 39 -

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1991

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-

undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." 21hb Februari,

1991.

Tuan Yang di—Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya

menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah untuk

menyambung ucapannya, di sini saya hendak mengingatkan bahawa hari

ini ialah masa untuk jawapan daripada Kementerian-kementerian. Maka

pada masa sekarang kita masih ada 4 orang yang hendak berucap dan

tiap-tiap seorang barangkali akan mengambil masa lebih kurang 15

minit. Tetapi yang lewat sekali pada pukul 5.00, saya akan mulai

menjemput Kementerian untuk memberikan jawapan. Maka cubalah

memberikan ucapan dengan ringkasnya. Pada masa sekarang saya

menjemput sekali lagi Yang Berhormat Tuan Ha j i Abdul Majid bin

Abdullah menyambung ucapan.

4.09 ptg.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua. Bagi menyambung ucapan saya semalam, iaitu saya

telah menyentuh kepada Maksud B.52 - Kementerian Kerja Raya. Saya

sampai kepada tanda-tanda jalan. Tanda-tanda jalan ini hendaklah

dibuat lebih teratur kerana kita tahu satu daripada sebab-sebab

kemalangan jalan raya ialah kerana tidak adanya tanda-tanda ja lan .

Page 42: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 40 -

Saya ingin memaklumkan kepada Kementerian Kerja Raya iaitu sepanjang

jalan dari Jalan Keluang menuju ke Jalan Kulai - Kota Tinggi kerap

berlaku kemalangan. Saya dimaklumkan sudah lebih daripada 30

kemalangan berlaku, ini disebabkan kerana tanda-tanda jalan di situ

tidak begitu jelas dan ada satu atau dua yang agak kecil. Saya

mencadangkan supaya tanda-tanda jalan ini dibuat paling kurang 1,000

meter ataupun 500 meter daripada kawasan kejadian.

Page 43: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 41 -

Dahulu kawasan ini merupakan kawasan selamat dengan sebab ada-

nya satu pos keselamatan FELDA atau FELSCO di tepi jambatan dan

waktu itu semua kenderaan berhenti dan selepas itu baru bergerak

dalam keadaan yang lajunya begitu terhad, kira-kira dalam 20 km

sejam. Tetapi hari ini dengan tidak adanya pegawai keselamatan di

situ, kenderaan yang" datang arah daripada Kluang begitu la ju dan

keadaan simpang ini terlindung dan bila kawasan ini telah hampir

dalam keadaan laju, tidak dapat berbuat apa-apa terpaksa merempuh

tebing di hadapan dan inilah selalunya berlaku kemalangan.

Satu lagi, di situ juga ada sebuah jambatan dan tidak ada tanda

daripada mana-mana arah pun mengatakan di hadapan ada jambatan,

Pernah sekali kereta daripada arah Kluang yang saya katakan tadi

telah terpaksa menghalakan ke sungai. Nasiblah dia tidak masuk ke

air tetapi ke seberang. Dia hanya mengalami kecederaan ringan dan

kenderaannya rosak teruk.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini penting kerana selama ini

berlaku kemalangan ini bukanlah orang tempatan kerana orang tempatan

sudah tahu dan biasa dengan kawasan itu. Biasanya berlaku daripada

orang yang datang daripada arah utara yang hendak ke Johor Bahru

yang tidak hendak lalu Jalan Air Hitam/Johor Bahru yang selalu

kemalangan dan mereka mencari jalan yang lebih selamat te tapi

nampaknya juga tidak selamat.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada i tu, mengenai tanda ja lan

juga saya ingin menyatakan terdapat di kawasan yang saya sebutkan

ini, yang sekitarnya Kota Tinggi, Kulai dan juga Johor Bahru,

k e h i l a n g a n t a n d a jalan dengan sebab dicuri oleh orang yang t idak

bertanggungjawab. Saya ingin penjelasan daripada Kementerian yang

berkenaan, berapakah anggaran kerugian yang ditanggung oleh

Kementerian ini dengan sebab kehilangan papan-papan tanda yang di-

Page 44: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 42 -

buat daripada aluminium? Saya mencadangkan kalau boleh jangan buat

daripada bahan ini, lebih baik daripada plywood. Walaupun dia mudah

rosak tetapi tidak banyak duit untuk mengganti atau daripada zink

yang tidak menjadi kegemaran pencuri-pencuri ini untuk memusnahkan

tanda-tanda jalan yang saya rasa dibuat bukan dengan harga yang

murah, mungkin mencapai angka beribu ringgit.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya beralih kepada perkara lain,

sekali lagi saya ingin menegaskan daripada apa yang saya katakan

semalam iaitu jalan-jalan yang dibuat di FELDA ini saya rasa masih

tidak memuaskan dan saya harap peruntukan yang memakan berpuluh ju ta

itu tidaklah akan menjadi peruntukan membazir seperti yang saya

katakan semalan dan jalan yang sudah elok ditambak balik dengan ba tu

dan diturap dengan cara tar simbah yang mutunya begitu rendah. Yang

elok apa yang sudah sedia ada jangan diubah lagi dan yang betul-

betul tanah merahlah yang naikkan taraf. Ini saya katakan di

sekitar kawasan di Johor termasuklah yang sekarang ini FELDA ada

menjalankan kenaikan taraf jalan kepada rancangan-rancangan FELDA

dalam daerah Johor Bahru, Kluang dan juga Kota Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada Kementerian Pertanian,

Maksud B.19, saya ingin merayu kepada Kementerian ini supaya

meneruskan latihan-latihan kepada anak-anak nelayan dalam lat ihan

jentera-jentera berat yang mana supaya anak nelayan yang kelulusan-

nya setakat SRP ataupun SPM ini t idak hanya terus menganggur dan

daripada latihan ini akan dapat membantu mereka untuk mengusahakan

berbagai usaha yang da tang daripada hasil daripada nelayan. K i t a

harus menanamkan semangat kepada anak-anak nelayan ini supaya

latihan itu bukan untuk mereka beker ja makan ga j i sahaja.

Page 45: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 43 -

Yang kedua ,saya minta juga Kementerian ini menggalakkan orang-

orang kampung menternak ayara daging dan ayam telur terutama di-

rancangan FELDA. Saya kira ini satu usaha yang baik kerana harga

telur begitu meningkat dalam "keadaan-keadaan tertentu, lebih-lebih

lagi kalau tnasa cuti sekolah kerana pada masa cuci sekolah, inilah

biasanya orang kita membuat program hendak kahwinkan anak. Dengan

itulah juga harga telur melambung-lambung naik dengan berbagai-bagai

alasan.

Kepada B.22 - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,

saya berharap satu pesta budaya akan dapat diadakan di negara ini

sepertimana yang telah diadakan pada tahun-tahun 50an dahulu selepas

kita baru merdeka. Saya rasa pesta ini akan menguntungkan

Kementerian ini dari segi pelancongan kerana kita akan dapat meng-

utarakan kebudayaan kita yang datang daripada istana, daripada suku

kaum, daripada adat sesuatu kaum dan saya kira itu juga harus di-

ambil perhatian oleh Kementerian ini mencungkil bakac-bakat kesenian

atau kebudayaan yang ada di kampung-kampung yang dibawa daripada

tanah seberang oleh penduduk negara ini yang masih lagi segar, yang

kita tidak tahu bahawa masih terpendam.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh

Kementerian Penerangan iaitu dalam Maksud B.44 berhubung dengan

masalah gaji dan juga ganjaran kepada pegawai-pegawai luar.

Saya pernah menyebutkan hal ini di Dewan ini pada dua, t iga

tahun lepas pada mula saya berada di Dewan ini dan saya d i fahamkan

usaha-usaha telah dibuat tetapi hingga hari ini tidak ada keputusan

lagi. Pegawai-pegawai luar kita ini tidak diberi perhatian sungguh-

pun saya rasa tugas mereka untuk negara ini amat penting. Merekalah

jadi nadi saluran menerangkan segala usaha-usaha Kerajaan atau

Page 46: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .9I - 44 -

program-program Kerajaan di seluruh negara dan mendidik rakyat un tuk

memberi sokongan padu, lebih-lebih lagi dalam masa pilihanraya,

Kalaulah umpamanya OWG (Operator Wayang Gambar), dia juga kena jaga

kenderaan, dia juga kena jaga mesin wayang gambar dan dia juga kena

jaga pembesar suara. Kalau ada majlis dan kalau pembesar suara itu

tidak elok, dia yang kena marah. Kadang-kadang orang lain pasang,

Jabatan Penerangan yang kena tuduh. Ini saya rasa tidak adillah

sedangkan mereka bertugas teruk-teruk, pendapatan ataupun ganjaran

yang mereka terima tidak setimpal dengan mana jawatan-jawatan lain

yang kita sedia maklum banyak ganjaran-ganjaran yang telah diberi

kepada pegawai-pegawai yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan masalah siaran

televisyen. Kita ada TV1, TV2 dan TV3. Ada ki ta dengar satu

syarikat yang hendak memohon satu stesen baru, kalau tidak silap

saya, Melawar Corporation t e t ap i sehingga hari ini nampaknya

Kerajaan masih bertahan dan tidak membenarkan. Saya rasa kalaulah

banyak sangat masalah TV yang dirungutkan oleh pendengar-pendengar

tidak puas hati itu, tidak puas hati ini, apalah salahnya kalau k i ta

beri sahaja satu peluang lagi untuk TV4 umpamanya untuk dapat

memenuhi selera orang ramai kerana di dalam hal ini, saya rasa

mungkin daripada saudara k i t a keturunan Cina minta TV3 adakan siaran

bahasa Tionghua, begitu juga orang-orang Tamil. Tetapi Kera jaan

tidak berbuat apa-apa. Kalau begitu berikan sahaja peluang kepada

satu stesen lagi diadakan. Biarlah mereka dapat menikmati apa yang

mereka suka, saya rasa ini swasta, dia berniaga, dia hendak cari

untung, biarlah dia jalankan cara perniagaan yang pulangannya saya

rasa Kerajaan akan dapat daripada stesen TV yang baru ini, macam

mana ki ta adakan daripada TV3.

Page 47: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 45 -

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Kementerian Perusahaan Awam,

Maksud B.33 ini, fasal meluluskan permit A selama 6 bulan. Saya

rasa kalau 6 bulan, ini adalah satu jangka masa yang singkat. Mana

pengusaha hendak mendapatkan pinjaman bank dan yang lebih merumitkan

ialah mendapatkan kenderaan itu sendiri. Kalau Kerajaan ada jaminan

bahawa kenderaan itu boleh keluar dalam masa 6 bulan, saya rasa

tidak ada masalah. Kadang-kadang duit sudah ada kenderaan tidak

dapat, sampai dua tahun pun ada. Jadi, kalau hendak turun naik

pejabat minta sambung, saya rasa apalah salahnya dibuat cara lama.

Kalau setahun itu, saya rasa adalah sedikit dapat mereka mencari

kenderaan-kenderaan itu lebih selesa lagi, kerana sekarang ini saya

rasa memang masalah mendapat kenderaan ini satu masalah besar pada

pengusaha-pengusaha lori sama ada lari kargo ataupun lari tanker.

Ada syarikat-syarikat yang membekal kenderaan ini t idak dapat

menampung permintaan-permintaan yang begitu meningkat daripada

pengusaha-pengusaha.

Page 48: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22.2.91 - 46 -

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya pergi kepada Kementerian

Tanah dan Pembangunan Koperasi, pada Maksud B.53, di mana kita tahu

ada tabung modal pusingan yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan

Koperasi, tetapi setakat mana sahaja koperasi yang tahu hal ini

kerana tidak ada pendedahan kepada mereka. Jadi, saya harap supaya

penerangan yang luas diberi kepada koperasi-koperasi yang mereka

boleh meminjam dari tabung modal pusingan ini, itupun setakat ini

saya ditahamkan tidak lebih $100,000 kepada koperasi yang hendak

mengusahakan usaha-usaha termasuklah perusahaan lori pengangkutan

tadi, dan yang lebihnya diberi kepada pengusaha-pengusaha untuk

projek perumahan.

Saya ingin mencadangkan kepada koperasi yang ingin menjalankan

usaha-usaha seperti pengangkutan lori ini biarlah diberi pinjaman

sekurang-kurangnya kepada $500,000.

Seterusnya mengenai Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Maksud

B.54. Sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan

Menteri tadi, FELDA tidak ada lagi mengambil para peneroka untuk di-

tempatkan di rancangan FELDA.

Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian ataupun FELDA

sendiri supaya tanah-tanah yang ada di kawasan FELDA yang berjumlah

lebih kurang 200-500 ekar itu, dimasukkan para peneroka memandangkan

kalau ini diusahakan secara ladang ataupun estet oleh FELDA tidak-

lah begitu ekonomik, dan begitu janggal sekali kerana kawasan

Page 49: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22.2.91 - 47 -

ini telah didiami oleh peneroka lebih 20 tahun, dan ada pula satu

kawasan untuk peneroka dan ada satu kawasan lagi pula untuk ladang

FELDA. Saya mencadangkan supaya tanah ini diberi kepada anak-anak

peneroka ataupun tanah peneroka untuk generasi kedua supaya dapat

mengusahakan kawasan ini, yang kadang-kadang kawasan ini bukanlah

kawasan yang ekonomik sangat. Jadi kalau kita beri kepada mereka

dengan tidak payah mendirikan rumah, rumah boleh didirikan oleh

peneroka itu sendiri dan beban hutang tidaklah tinggi kepada mereka

untuk membayar balik kepada pihak FELDA.

Begitu juga dengan Perbadanan Niaga FELDA ( P N F ) . Saya rasa

sudah sampai masanya Perbadanan ini mengembangkan sayapnya membual

perniagaan besar-besaran keluar daripada FELDA di bandar-bandar

besar yang berhampiran, misalnya di Johor, Johor Bahru, Kota Tinggi,

Kluang, Batu Pahat, Muar dan lain-lain. Begitu juga di rancangan-

rancangan lain di negeri Pahang umpamanya yang begitu luas dengan

Rancangan Jengkanya, Cini dan Karatong.

Saya rasa sudah sampai masanya dia tampil membuka perniagaan

ini di Kuantan umpamanya, jadi dapatlah Perbadanan Niaga FELDA ini

berkembang lebih dalam daripada Rancangan FELDA sendiri yang

kadang-kadang bersaing pula dengan peneroka, peneroka pun hendak

berniaga, PNF juga hendak berniaga dan perniagaan itu berkisar di

dalam tempat yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Minta m a a f , Yang Berhormat. Yang

Berhormat telah mengambil masa lebih daripada 15 minit, kerana masih

ada Yang Berhormat Tuan Isli, Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay dan

barangkali kalau ada masa Yang Berhormat Tuan Saidin hendak berucap,

jadi boleh selesaikan.

Page 50: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22.2.91 - 48 -

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Sedikit sahaja. Tuan

Yang di-Pertua, kalau begitu saya terus kepada Kementerian Dalam

Negeri iaitu berhubung dengan masalah dadah.

Merujuk kepada kenyataan Pengarah Pasukan Petugas Anti Dadah

Majlis Keselamatan Negara menunjukkan 600 orang penagih dadah baru

dikesan setiap bulan, tarikan mencuba yang belum menagih lebih

kuat. Saya mengesyorkan supaya Kerajaan terus membina lebih banyak

Pusat Serenti dan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras

pengedaran dadah di seluruh negara. Saya juga mencadangkan tumpuan

khas hendaklah juga diberi kepada Rancangan-rancangan FELDA.

Xuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya

dengan ini mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Isli.

4.25 ptg.

Tuan Isli bin Haji Siput: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kerana memberikan

kesempatan bagi saya untuk membuat ucapan membahas Rang Undang-

undang Perbekalan dan Belanjawan 1991.

Terlebih dahulu saya juga memohon maaf oleh kerana suara saya

tidak begitu selesa.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana memandangkan masa bagi saya

hanya 15 minit , yang mana sepatutnya saya pada hari ini ingin

Page 51: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22.2.91 - 49 -

menghujahkan selama 2 jam, tetapi hanya 15 minit saya diberikan.

Saya rasa lebih baik saya rumuskan merangkumi segala hujah-hujah

yang saya hendak hujahkan pada hari ini. Tetapi sebelum daripada

itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri

Kewangan kita yang telah dapat menunjukkan prestasi yang begitu

baik sekali, yang bolehlah dikatakan bukan hanya negara kita yang

memuji tetapi juga negara-negara lain dalara bentuk pencapaian

ekonomi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan teruskan. Saya juga ingin

memuji kepada semua Yang Berhormat Menteri-menteri yang telah men-

capai satu tahap prestasi yang sangat mengembirakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh terus kepada B.19 -

Kementerian Pertanian. Kalau kita lihat daripada Menteri Pertanian

yang telah bahyak memberikan sumbangan-sumbangan, idea yang bernas

dan juga kempen-kempen bagi rakyat kita di negara ini untuk memaju-

kan buah-buahan tempatan dan berbagai-bagai kempen lagi. Daripada

segi ini saya telah dapat melihat bahawa prestasi Kementerian ini

amatlah layak diberi kepujian.

Sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, sesuai dengan

Pulau Labuan yang telahpun diisytiharkan sebagai IOFC, dan juga

lautan yang begitu meluas, dan saya katakan bahawa, dengan izin, is

a rich sea, perlulah Kementerian Pertanian dan juga Jabatan Per-

ikanan membuat satu kajian yang mendalam bagi mewujudkan suatu Badan

ataupun LKIM patut diwujudkan di Pulau Labuan kerana memandangkan

bahawa betapa pentingnya rakyat di Pulau Labuan akan terus bersama

menikmati daripada hasil tangkapan laut dalam.

Page 52: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22.2.91 - 50 -

Tuan Yahg di-Pertua, saya juga ingin menyentuh Maksud B .20 -

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga Maksud

B.21 sekaligus. Dalam soal ini, sekali lagi saya ingin menyatakan

bahawa Labuan telah diisytiharkan sebagai IOFC beberapa bulan yang

lalu tetapi apakah dan berapa banyakkah permohonan-permohonan

daripada negara luar untuk melahir di Wilayah Persekutuan Labuan,

supaya ianya selaras dengan taraf IOFC?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh Maksud B.26 -

Kementerian Pendidikan, yang mana Kementerian Pendidikan telahpun

banyak memberikan peluang-peluang kepada anak tempatan untuk me-

lanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pelajaran tinggi, dan

begitu juga dengan prestasi-prestasi yang telah dapat kita lihat

daripada keputusan pelajaran anak-anak kita. Di samping kita mem-

berikan pelajaran bermutu tinggi kepada anak-anak kita, kita juga

ingin menitikberatkan ke atas keselamatan anak-anak kita di dalam

sekolah.

Page 53: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 51 -

Kalau kita t injau sekolah-sekolah di seluruh negara ini, tetapi

saya tidak mempunyai kesempatan untuk meninjaunya, saya hanya dapat

meninjau satu sekolah iaitu sekolah di Pulau Labuan yang berasrama

penuh, saya telah mendapati bahawa kesemua cermin-cermin telahpun

pecah. Ini juga mengakibatkan pelajaran anak-anak kita. Daripada

segi keselamatannya harus kita fikirkan sama dengan taraf dan

prestasi pelajaran anak-anak kita. Saya ingin mencadangkan agar

Kementerian Pendidikan dapat membuat satu penelitian dan meninjau

supaya perkara ini dapat diuruskan dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh B.34 iaitu

Kementerian Kesihatan. Beberapa pelabur-pelabur yang ingin cuba

melabur di Pulau Labuan juga ingin melihat dan meninjau keadaan

hospital kita di PuLau Labuan yang mana keadaan hospital kita cukup

menyedihkan. Saya ingin mencadangkan agar Kementerian ini akan

dapat membina satu hospital yang sudah diluluskan, kalau saya tidak

silap, supaya ianya dapat disegerakan agar pengunjung-pengunjung

kita dan juga pelabur-pelabur asing senang untuk melabur kerana

keselamatan mereka juga diambil kira.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyentuh B.44 berkenaan dengan

Kementerian Penerangan. Kita mempunyai satu pejabat Kementerian

Penerangan di Labuan, tetapi saya difahamkan bahawa Kementerian

Penerangan ini adalah masih di bawah jagaan Sabah. Saya suka men-

cadangkan di sini agar pejabat ini dapat di letakkan di bawah jagaan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , memandangkan bahawa Labuan ada lah

sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.

Page 54: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 52 -

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyentuh B.22 Kementerian

Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Kalau kita lihat daripada

segi prestasi dan kemampuan Kementerian ini, patut diberi "pujian

daripada segi ekonomi dan juga pertambahan ekonomi dan sumber-

sumber ekonomi negara. Saya ingin mencadangkan agar Kementerian ini

membuka satu cawangan di Pulau Labuan kerana memandangkan bahawa

satu negara luar iaitu Brunei Darussalam adalah berdekatan dengan

Pulau Labuan. Kalau kita lihat, kalau kita baca dan kalau kita

benar-benar meneliti, kalau Singapura dan Johor dan orang-orang

Singapura dapat berkunjung ke Johor setiap hari, begitu juga keadaan

saudara-saudara kita dari Brunei Darussalam dapat berulang-alik

setiap hari memandangkan ekspres dari Labuan ke Brunei dan juga

daripada Brunei ke Labuan boLeh dikatakan tiap-tiap hari ada dua

ekspres yang berulang-alik. Maka dengan itu Labuan juga mempunyai

satu potensi yang amat baik. sekali di segi pelancong daripada

Brunei DarussaLam.

[Tuan Adam bin Kadir mempengerusikan mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa dan saya tidak begitu

sihat memandangkan suara saya susah hendak keluar, saya dengan ini

menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 1991.

Tuan Adam bin Kadir: Saya menjemput Yang Berhormat Ng Peng Hay.

4.35 ptg.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima

kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian

dalam perbahasan dan seterusnya menyokong Rang Undang-uudang

Perbekalan 1991.

Page 55: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 53 -

Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai seorang Ahli Dewan yang mul i a

ini mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Yang Berhormat Dato' Paduka Daim Zainuddin sebagai Menteri

Kewangan yang akan meletakkan jawatan mulai 15hb Mac akan datang.

Kita masih ingat lagi, semasa Dato' Paduka Daim mengambi la l ih

Kementerian Kewangan sebagai Menteri Kewangan, keadaan ekonomi dunia

khasnya negara-negara membangun seperti Malaysia mengalami

kemerosotan ekonomi yang paling teruk. Hutang negara agak begitu

tinggi tetapi ketabahan dan sikap berhati-hati Dato' Paduka Daim

menghadapi cabaran dengan sokongan yang padu dari Kabinet , dapat di-

lalui dengan penuh semangat dan Belanjawan Negara dapat dibentangkan

dengan memberi kepuasan kepada semua pihak. Hutangnegara telah

dapat dibayar balik sebelum tempoh yang dijangkakan. Inilah satu

kecekapan beliau semasa menjadi Menteri Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya terus akan menimbulkan perkara B.7

berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri dan ini adalah berkaitan

dengan krisis air yang telah dihadapi di negeri Melaka dan saya ber-

pendapat sekiranya seorang Wakil dari negeri Melaka tidak menimbul-

kan masalah air di negeri Melaka, maka kemungkinan saya akan di tuduh

oleh rakyat negeri Melaka. Oleh yang demikian, saya suka menarik

perhatian Dewan ini berhubung dengan krisis air di negeri Melaka.

Kerajaan Negeri bersama-sama dengan pihak Lembaga Air telah berusaha

mengatasi masalah krisis air sama ada untuk keperluan orang ramai

ataupun untuk kegunaan kilang-kilang di Melaka.

Saya mengucapkan terima kasih sebagai wakil bagi pihak semua

rakyat negeri Melaka kepada Kerajaan Pusat di atas tindakan segera

Page 56: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 54 -

yang dibuat melalui lawatan segera Yang Amat Berhormat Timbalan

Perdana Menteri yang mengeluarkan bantuan sejumlah $8 juta dan juga

pihak Kabinet yang telah meluluskan peruntukan $25 juta dalam usaha

mengatasi krisis air di Melaka. Kerajaan Negeri Melaka telahpun

menubuhkan satu jawatankuasa penyiasat seperti yang diarahkan oleh

Kabinet untuk menyiasat sebab musabab kekeringan air di Empangan

Durian Tunggal di Melaka itu yang mana kenapa boleh berlaku.

Jawatankuasa ini telah diketuai oleh Yang Berhormat Penasihat

Undang-undang Negeri. Syor-syor dan langkah-langkah perlu akan

menjadi panduan Kerajaan Negeri untuk bertindak selanjutnya.

Tuan Yang di-Pertua, krisis air yang telah berlaku ini adalah

kerana bencana kemarau dan kerana krisis air ini telah diberi

liputan yang meluas oleh press media, maka telah menjadikan satu isu

yang besar dan ada setengah-setengah press media yang saya berasa

kecewa, telah membuat beberapa Laporan yang tidak benar yang tidak

ada berkaitan dengan air telah menyalahkan pihak Lembaga Air. Apa

yang saya ingin membetulkan ialah, dalam satu kenyataan, satu

gambaran yang sebenarnya berlaku di Melaka ialah, contohnya, pada

bulan yang lalu ada lapan kes yang terlibat dengan kes demam

typhoid yang berlaku baru-baru ini yang telah disahkan oleh

Kementerian Kesihatan kerana ke lapan-lapan kes demam typhoid t idak

ada kena-mengena dengan krisis air. Tetapi ada setengah-setengah

press media telah membesarkan isu ini dengan mengatakan bahasa demam

typhoid ini adalah kerana air.

Page 57: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 55 -

Maka ia telah dengan secara tidak langsung menjejaskan imej negeri

Melaka sehingga industri pelancongan telah dijejaskan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi kerumitan yang dihadapi oleh

pekilang-pekilang dan Kerajaan Negeri Melaka telah berusaha

membantu mereka untuk mengatasi kerumitan yang dihadapi. Untuk

makluman Dewan yang mulia ini, sehingga hari ini walaupun krisis air

di negeri Melaka telah hampir enam minggu te tapi keadaan masih

terkawal dan industri perkilangan dan perhotelan masih berjalan

seperti biasa.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya suka menarik perhatian bahawa

Melaka bersama Kerajaan Pusat telah berusaha untuk menarik lebih

ramai pelabur-pelabur asing dan pelabur-pelabur tempatan dan juga

cuba menjadikan Melaka sebagai satu destinasi pelancongan. Saya

suka membuat satu kenyataan di sini bahawa walaupun Melaka sedang

menghadapi kekurangan air tetapi industri pelancongan dan

perkilangan tidak terjejas. Maka oleh yang demikian saya berharap

semua press-media akan bekerjasama dan jangan mengelirukan orang

ramai atau orang awam tentang krisis air yang dihadapi.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada bencana kerana kemarau

yang menjadikan Melaka kekurangan air, tidak dapat dinafikan dan

saya berpendapat bahawa kelemahan dalam pengurusan pihak Lembaga Air

dan kelemahan pentadbiran Lembaga Air adalah satu daripada

sebab-sebab yang menyebabkan kekurangan air di Melaka. Walaupun

siasatan masih di jalankan tetapi mengikut apa yang saya berpendapat

kerana pentadbiran Lembaga Air sehingga hari ini masih tidak dapa t

memberikan satu jawapan yang tepat kenapa empangan di Durian Tunggal

itu kering sahaja.

Page 58: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 56 -

Tuan Yang di-Pertua, walaupun laporan awal krisis air di Melaka

ini yang sedang dijalankan siasatan belum dapa t satu keputusan,

tetapi yang saya timbul di dalam Dewan ini ialah adalah berkaitan

dengan air yang digunakan oleh pengguna-pengguna di negeri Melaka.

Oleh yang demikian saya suka menarik perhatian Kementerian

Perusahaan Utama ini adalah kerana baru-baru ini saya telah melawat

ke Empangan Durian Tunggal dan saya telah dapati dan saya berasa

sangat munasabah dan lojik kerana untuk memindahkan dua buah kilang

kepunyaan Kementerian Perusahaan Utama iaitu kilang MARDEC dan

kilang MARFEC Fertilizer yang berhampiran dengan Empangan Durian

Tunggal.

Sisa air dua kilang tersebut, dengan izin, eff luent discharge

dialirkan ke sungai Melaka bersebelahan dengan pump house Lembaga

Air Melaka iaitu tempat menyedut air untuk bekalan air di Melaka.

Apa yang terkejut kepada saya, dan saya telah menyediakan gambar-

gambar yang saya ambil semasa saya membuat lawatan ke Empangan

Durian Tunggal dan Tuan Yang di-Pertua, kalau mengizinkan saya, saya

sedia menyerahkan gambar-gambar ini kepada Kementerian Perusahaan

Utama dan juga kepada pihak DOE untuk menyiasat terus. Kerana dari

kajian saya didapati bahawa kedua-dua kilang ini iaitu kilang MARDEC

dan juga kilang MARFEC Fertilizer ini adalah di sebelah pump house,

dengan izin, Lembaga Air di Empangan Durian Tunggal. Dan yang

menjadikan tanda tanya ialah bahawa kenapa MARFEC Fertilizer hanya

didirikan pada tahun 1989 di sebelah pump house Lembaga Air. Sisa

air buangan kedua-dua kilang hanya disekatkan oleh empangan ja ja r

dan pada satu-satu masa, sisa air buangan kedua-dua empangan

tersebut. . .

Page 59: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 57 -

Tuan Adam bin Kadir: Hanya disekat oleh empangan apa?

Tuan Ng Peng Hay: Empangan jajar, pintu empangan jajar.

Jadi, apa yang saya sebutkan ini, Tuan Yang di-Pertua, pada satu-

satu masa sisa air buangan kedua-dua kilang tersebut telah melimpah

masuk ke sungai Melaka di mana airnya disedut untuk kegunaan orang

ramai.

Dalam tinjauan saya, kesan-kesan dan guni-guni pasir masih lagi

terdapat mengikut gambar yang saya ambil dan keadaan akan lebih

dahsyat lagi manakala air sungai Melaka cetek. Saya sebut demikian

kerana menurut apa yang saya dapat tahu daripada technician-

technician pihak Lembaga Air, satu daripada sebab yang mana pihak

Lembaga Air tidak dapat membekalkan air yang mencukupi untuk rakyat

negeri Melaka ialah kerana bila sungai. Melaka ini cetek, sisa air

yang dibuangkan oleh kedua-dua kilang ini telah melimpah masuk ke

dalam sungai Melaka. Maka pihak Lembaga Air terpaksa memberhentikan

menyedut air untuk kegunaan orang ramai. Walaupun perkara ini

pernah dibawa kepada perhatian pihak-pihak yang tertentu, tetapi

tidak ada tindakan diambil.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya berharap

Kementerian yang berkenaan akan mengambil satu tindakan yang serius

terhadap aduan saya. Saya berharap agar kedua-dua kilang ini mesti

dipindahkan supaya kawasan tadahan air Durian Tunggal ini dapat

menakung air yang mencukupi un tuk dibekalkan kepada

pengguna-pengguna tanpa sebarang pencemaran daripada kedua-dua

kilang ini.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan sehingga hari ini, jumlah air yang

dapat dibekalkan oleh pihak Lembaga Air kepada semua rakya t negeri

Melaka ialah lebih kurang 15 juta gelen sehari dan ini telah dapat

dibekalkan untuk mencukupi dan mengatasi kegunaan orang ramai dan

Page 60: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 58 -

juga dibekalkan untuk kegunaan pekilang-pekilang dan hotel-hotel,

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada masalah air yang telah

saya timbulkan, seterusnya saya menimbulkan perkara berkenaan B.37

iaitu ada berkaitan dengan Jabatan Imigresen.

Baru-baru ini saya telah mendapat aduan daripada beratus-ratus

orang pemegang pasport Malaysia yang baru balik daripada Taiwan

kerana apa yang saya difahamkan melalui pegawai MFTC, (Malaysian

Friendship Trading Centre) bahawa ada sejumlah lebih kurang 16,000

rakyat Malaysia duduk di Taiwan pada masa kini telah melebihi tempoh

yang dibenarkan oleh pihak Kerajaan Taiwan. Baru-baru ini beratus-

ratus rakyat Malaysia yang pulang daripada Taiwan untuk merayakan

Tahun Baru Cina dan buku pasport mereka telah ditahan di lapangan

terbang Subang dan di lain-lain pintu masuk ke negara kita kerana

duduk di Taiwan melebihi had masa yang dibenarkan.

Baru-baru ini saya dapati bahawa ada lebih kurang 60 orang

penuntut, peniaga, pekerja dan juga murid-murid yang sedang

melanjutkan pelajaran dan pengajian tinggi di Taiwan juga terkandas

dan tidak dapat pulang semula ke Taiwan untuk melanjutkan pengajian

mereka. Apa yang saya mendapat aduan iaitu bahawa setengah-setengah

pemegang pasport ini telah dimaklumkan oleh pegawai Imigresen bahawa

pasport mereka kemungkinan akan dirampas kerana telah mencemar dan

menjejaskan imej negara kita di luar negeri. Oleh yang demikian

saya berharap Jabatan Imigresen dan juga Kementerian Dalam Negeri

dapat mengkaji semula dan dapat mengaji satu demi satu kes pasport

yang telah digantung ini dan sekiranya didapati pemegang pasport ini

tidak terl ibat dengan apa-apa kes jenayah di luar negeri maka saya

merayu dan berharap Jabatan Imigresen akan memulang semula

pasport-pasport mereka demi peri kemanusiaan.

Page 61: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 59 -

Tuan Yang di-Pertua, kerana setahu saya pihak Kerajaan Taiwan

telah memberi satu kelonggaran, satu tempoh sehingga hujung bulan

ini iaitu sehingga 28hb Februari tahun ini kepada semua penduduk-

penduduk sementara yang duduk melebihi had masa yang diizinkan.

Maka rakyat-rakyat Malaysia yang pulang pada tempoh ini sepatutnya

diberi kelonggaran oleh Kerajaan kita juga.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mencukupi, maka

dengan ini saya sekali lagi suka mengucapkan terima kasih kepada

Dewan ini, kerana memberi saya peluang untuk berucap dan terus

menyokong Rang Undang-undang Perbekalan, 1991. Terima kaish.

Tuan Adam bin Kadir: Terima kasih. Sebenarnya wak tu sudah

cukup, Ahli Yang Berhormat hendak berhenti cepat. Tak mengapalah.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan Saidin untuk menyampaikan

ucapan.

5.41 ptg.

Tuan Saidin bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Rang

Undang-undang Pembekalan 1991.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam menyokong Rang Undang-undang yang

bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan

Page 62: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 60 -

Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1991 dan bagi memper-

untukkan jumlah wang itu dan apa-apa jumlah wang lain yang telah di-

benarkan sebagai perbelanjaan untuk perkhidmatan bagi sebahagian

daripada tahun itu atau ringkasnya Akta Perbekalan 1991. Maka saya

sukalah menyentuh beberapa perkara terutama dalam soal pemerhatian

pihak pemerintah mengenai kampung baru di bandar-bandar di mana amat

perlu suatu tumpuan bagi membangunkan mereka telah mendapat pemer-

hatian daripada pihak Kerajaan dan tindakan segera telah diambil.

Kampung baru di bandar-bandar adalah merupakan imej bagi negara kita

ataupun bagi Kerajaan kita. Pelancong ataupun para pelawat sering

melihat dalam perjalanan mereka mengenai keadaan kampung-kampung

baru di bandar-bandar. Apabila di sekelilingnya ada bangunan-

bangunan yang tersergam indah dan sudah pasti ternampaklah keadaan

ketinggalan yang terdapat di kampung-kampung baru.

Begitu juga dalam soal-soal lain, di mana dalam sesuatu hal itu

telah ketinggalan jauh, sedangkan ada pihak-pihak yang ketinggalan

ataupun sukar untuk mendapat maklumat, t iba-tiba kita dapat ketahui

bahawa alangkah sedihnya, sedangkan orang lain telah begitu jauh

mencapai apa yang telah diketahuinya.

Dalam hal ini, saya suka menyentuh mengenai peranan MARA. MARA

adalah satu-satunya badan Kerajaan yang mana penduduk luar bandar

telah kenal. Terkenalnya MARA kerana MARA dapat memberikan pin jaman

wang untuk peniaga-peniaga atau untuk penja ja-penja ja . Tetapi

malangnya, masih ramai penduduk-penduduk luar bandar yang t idak tahu

Page 63: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 61 -

lebih lanjut aktiviti MARA yang lain. Penduduk luar bandar menge-

tahui peranan MARA iaitu adanya perkhidmatan kenderaan. Sedikit

sahaja yang mengenai aoal pendidikan, soal-soal pembangunan usahawan

dan pelaburan, sedangkan ramai di kalangan belia-belia tidak membuat

apa-apa kegiatan ataupun tidak dapat menerokai apa-apa kegiatan,

sedangkan belia-belia inilah yang perlu diberikan latihan bagi mem-

bolehkan mereka mencapai penghidupan yang lebih cemerlang.

Justeru itu, MARA amatlah penting memainkan peranan di dalam

memperjelaskan tentang aktiviti MARA. Penjelasan aktiviti MARA ini

perlulah diberikan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat, sama ada

JKKK, RELA dan sebagianya.

Belia-belia masih muda, tidak banyak pengalaman dan jika

sekiranya kursus-kursus tentang peluang-peluang yang mereka boleh

ambil diberi kepada mereka sahaja, tidak banyak memberi manfaat

ataupun faedah kepada Kerajaan. Oleh itu, badan-badan sukarela yang

saya sebutkan tadi adalah penting yang boleh memainkan peranan di

dalam menasihatkan belia-belia untuk memilih jalan untuk mereka tu ju

bagi mencapai arena penghidupan mereka pada masa yang akan datang.

Bila memperkatakan peluang untuk belia-belia mencapai Lat ihan

bagi penghidupan yang baik, bermaknalah kita mempersoalkan

kesejahteraan, keamanan dan punca pencapaian segala-galanya itu.

Dengan sebab itu, kita rakyat Malaysia menyokong penuh pendirian

negara kita dalam mencapai Kete tapan 678 Maj l i s Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Perang menggunakan senjata ,

Page 64: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 62 -

bermakna melakukan permusnahan. Siapa yang untung, kerana kedua-dua

pihak, kalah menjadi abu, menang menjadi arang. Kenapakah pihak

Amerika sahaja yang membuat ketetapan untuk melakukan serangan,

tidak merujukkan kepada Majlis Keselamatan PBB? Kemudian terus me-

lakukan serangan dan tiba-tiba 32 negara yang lain, negara-negara

bersekutu yang lain turut sama berperang. Bukankah keputusan

muktamad terletak kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Ini ber-

makna sebarang apa sahaja di dalam menentukan keputusan PBB adalah

hak kuasa-kuasa besar. Kalau Amerika dan Yahudi satu haluan, ber-

muafakat untuk memusnahkan negara Islam, kenapakah negara-negara

Islam lain tu ru t menyokong atau sekurang-kurangnya memberikan

sokongan moral?

Kita sedar bahawa negara-negara yang cintakan keamanan

menyedari bahawa Iraq tidak memulakan serangan dan tidak membunuh

orang-orang awam. Tetapi serangan Amerika yang bertubi-tubi itu

telah membunuh beribu-ribu orang awam. Siapakah.. . . . .

Tuan Adam bin Kadir: Yang Berhormat, saya ingin memberikan

ingatan, masa Yang Berhormat tinggal dua minit sahaja lagi. Kalau

panjang, harap ringkaskan.

Tuan Saidin bin Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, di dalam soal ini, siapakah yang dapat menghukum Amerika

sedangkan Amerika adalah kuasa besar me lakukan serangan sewenang-

wenangnya. Jadi, dengan demikian, tiada sesiapapun yang dapat mem-

buat apa-apa kepada negara-negara kuasa besar ini.

Page 65: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 63 -

Tuan Yang di-Pertua, bagi kita Malaysia suatu perangan "Jihad"

ialah membasmikan kemiskinan. Usaha-usaha Kerajaan kita ke arah

untuk mencapai ke tahap yang mengkagumkan telah banyak dijalankan.

Dengan sebab itu, walaupun dasar Kerajaan tidak sesiapapun dapat

menafikan tentang kebaikannya bagi mencapai ke tahap kekaguman itu,

namun demikian terdapat perlaksanaannya yang melibatkan jentera

Kerajaan masih perlu dikemaskinikan.

Dalam memperkatakan soal itu, hasrat Kerajaan menyusun semula

masyarakat, terutama melibatkan masyarakat luar bandar, kampung

hala cara baru yang tidak begitu berfungsi harus digembelingkan

tenaga semua pihak. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama di turuni ,

bagi tujuan yang satu iaitu untuk menimbulkan kesedaran supaya men-

capai tahap masyarakat berdikari di dalam kampung hala cara baru.

Masyarakat kampung hala cara baru ini perlu diingat di dalam

membantu bagi mencapai keadaan ekonomi yang stabil, mengajar

memancing ataupun mengail adalah lebih baik daripada memberikan ikan

walaupun ikan itu besar kerana bagaimana besarnya ikan itu akan

habis di makan.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam menyokong Rang Undang-undang ini,

setakat itulah sahaja ucapan saya. Sekian, terima kasih.

Page 66: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 64 -

Tuan Adam bin Kadir: Ahli-ahli Yang Berhormat , sampailah

giliran Kementerian-kementerian memberi balasan dan jawapan kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat setelah membincangkan beberapa hari.

Tetapi sebelum saya menjemput untuk memberi jawapan, saya ingin

menyatakan ada sedikit perubahan iaitu giliran yang ketiga yang

sepatutnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar kita gantikan dengan

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat . Maka

nombor empat akan diambil oieh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Jadi, dengan ini saya menjemput Menteri di Jabatan Perdana

Menteri untuk memberi jawapan.

5.00 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Abang Abu Bakar bin

Datu Bandar Abang Haji Mustapha]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih

dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan a tas dasar-dasar am

Belanjawan 1991 dan seterusnya memberi cadangan, teguran dan syor-

syor mengenai perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana

Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang

Berhormat Senator Ainon binti A r i f f i n yang menyentuh mengenai Badan

Pencegah Rasuah memilih bulu dan mengambil tindakan terhadap ikan-

ikan bilis sahaja dan tidak terhadap mereka yang terlibat dengan

rasuah-rasuah besar.

Tuan Yang di-Pertua, perlu ditegaskan di Dewan yang mulia ini

bahawa Badan Pencegah Rasuah tidak pernah memilih bulu dalam

melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Badan Pencegah

Rasuah akan menangkap mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan

rasuah jika ada bukti sama ada orang kenamaan, Ahli-ahli Yang

Page 67: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 65 -

Berhormat, orang-orang besar ataupun orang biasa. Beberapa per-

kembangan terbaru kebelakangan ini adalah bukt i jelas yang Badan

Pencegah Rasuah tidak memilih bulu dalam melaksanakan tugas-

tugasnya.

Suka saya mengambil kesempatan di sini memaklumkan bahawa

usaha-usaha membanteraskan rasuah akan menjadi lebih berkesan

sekiranya orang-orang berpengaruh seperti Ahli-ahli Yang Berhormat

sekalian dan orang ramai sanggup tampil ke hadapan memberikan

maklumat-maklumat yang bermutu yang akan membantu urusan-urusan

penyiasatan dan seterusnya tangkapan.

Yang Berhormat Senator Mustafa bin Awang pula membangkitkan

empat perkara yang menyentuh bidangtugas Badan Pencegah Rasuah.

Pertama beliau meminta agar Badan Pencegah Rasuah menghantar

pegawai-pegawainya ke luar negeri kerana beliau raendakwa taukeh-

taukeh dan mereka yang berkemampuan sering melakukan rasuah di luar

negeri. Beliau mendakwa ada projek yang sepatutnya bernilai $150

ju ta tetapi dicadangkan bernilai $650 juta.

Perkara yang ketiga kononnya terdapat orang yang sanggup men-

jual orang kepada orang yang ada kuasa menandatangani kontrak.

Perkara yang keempat, Yang Berhormat berkenaan mendakwa Badan

Pencegah Rasuah tidak merapati orang yang bertaring.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dakwaan tersebut, saya min ta -

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya mempunyai apa-apa maklumat

tentang rasuah atau penyalahgunaan kuasa, silalah laporkan perkara

itu kepada Badan Pencegah Rasuah untuk maksud tindakan sewajarnya.

Kepada dakwaan Yang Berhormat yang menyatakan Badan Pencegah Rasuah

tidak berani merapati orang bertaring, saya ingin menyatakan bahawa

dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali. Sepanjang rekodnya,

Page 68: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 66 -

Badan Pencegah Rasuah telah membuktikan bahawa ia telah melaksanakan

tugasnya tanpa memilih bulu atau pilih kasih ke atas mereka yang

terlibat.

Yang Berhormat Senator Ainon binti Ar i f f in ada membangkitkan

dua perkara mengenai Suruhanjaya Pilihanraya iaitu:

(a) tingkahlaku kakitangan pilihanraya sama ada kaki-

tangan tetap atau sementara sewaktu mengendalikan

pilihanraya; dan

(b ) latihan un tuk kakitangan pilihanraya.

Mengenai dengan tingkahlaku kakitangan, suka saya memaklumkan

bahawa walaupun terdapat tohmahan-tohmahan yang menyatakan berlaku-

nya penyelewengan dalam mengendalikan pilihanraya di negeri- negeri

Kelantan dan Terengganu, dukacita dimaklumkan sehingga hari ini, SPR

tidak menerima sebarang aduan rasmi dan spesifik mengenai dengan

kejadian penyelewengan itu.

Ingin saya memaklumkan bahawa SPR tidak dapat mengambil

tindakan hanya berdasarkan kepada berita-berita dari media massa.

Jika ada mana-mana pihak tertentu termasuk Yang Berhormat sendiri

yang mempunyai bukti-bukti mengenai dengan tingkahlaku kakitangan

yang mengendalikan pilihanraya tidak menjalankan tugas dengan j u j u r ,

aduan-aduan rasmi hendaklah dikemukakan kepada SPR dan saya percaya

SPR akan mengambil tindakan sewajarnya. Sehingga hari ini SPR tidak

dapat mengenalpasti kakitangan yang menyeleweng bagi membolehkan

tindakan diambil kerana tidak ada bukti-bukti yang jelas yang di-

kemukakan.

Mengenai dengan latihan kakitangan pilihanraya, ingin saya me-

maklumkan bahawa ketika pengambilan kakitangan-kakitangan bagi mem-

bantu pengendalian pi i ihanraya, SPR sentiasa menentukan bahawa

Page 69: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2,91 - 67 -

kakitangan-kakitangan itu tidak terdiri daripada mereka yang aktit

dalam mana-mana parti politik. Mereka telah juga diberi arahan dan

panduan supaya menjalankan urusan pilihanraya secara adil dan

saksama. Kakitangan-kakitangan ini juga telah diberi latihan-

Latihan yang intensif terutama berkaitan dengan undang-undang dan

peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perjalanan pilihanraya.

Apa yang saya tahu, mereka telah menjalaukan tugas dengan baik

dan amanah dalam pilihanraya umum yang lalu. Bukti ini adalah ber-

dasarkan kepada kecilnya jumlah petisyen-petisyen pilihanraya yang

telah didattarkan di Mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan persempadanan semula yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Mustafa bin Awang, perkara

itu t idak berapa jelas. Walaupun di peringkat awal Yang Berhormat

itu ada menyentuh tentang urusan persempadanan semula bahagian-

bahagian pilihanraya, tetapi sebahagian besar isu yang dibangkitkan

adalah menyentuh perkara-perkara seperti banci penduduk dan ke-

masukan pendatang haram yang merupakan perkara-perkara di luar

bidangkuasa SPR.

Menyentuh tentang urusan persempadanan semula bahagian-bahagian

pilihanraya, ingin saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa

urusan itu akan bermula pada tahun 1992. Ketika menjalankan urusan

tersebut , SPR a k a n mematuhi prinsip-prinsip yang diberikan dalam

Seksyen 2, Bahagian 1, Jadual Ketigabelas, Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berhormat Senator Dato ' Azumu bin Tak telah meminta SPR

mengemaskini kelemahan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk-

lah menentukan t idak ada nama yang tercicir dari dat tar pemilih.

Dalam hal ini, ingin saya memaklumkan bahawa SPR memang mengambil

tindakan secara berterusan u n t u k membaiki kelemahan-kelemahan yang

Page 70: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 68 -

terdapat dalam dattar pemilih. Di antara aktiviti-aktiviti yang di-

lakukan ialah menghapuskan pergandaan nama dan nombor kad pengenalan

dan juga mengeluarkan nama orang-orang yang telah meninggal dunia.

Oleh sebab jumlah pemilih dalam dattar pemilih adalah besar iaitu

kira-kira 8 ju ta nama, maka urusan ini perlu mengambil masa.

Mengenai dengan dakwaan kononnya berlaku keciciran nama dari

daftar pemilih, setakat ini belum lagi dikemukakan secara spesitik

oleh mana-mana pihak yang membolehkan SPR menjalankan siasatan yang

teliti. Suruhanjaya Pilihanraya percaya bahawa nama-nama pemilih

yang kononnya tercicir itu sebenarnya ada dalam dattar pemilih.

Kemungkinan yang berlaku ialah pemilih itu tidak menjumpai nama

mereka di satu-satu tempat mengundi disebabkan tempat-tempat meng-

undi telah dipindahkan berikutan dengan urusan belah-bahagi daerah

meugundi yang dilakukan oleh SPR. Masalah ini mungkin tidak t imbul

j ika pemilih-pemilih itu telah menyemak tempat-tempat mengundi

mereka lebih awal melalui perkhidmatan yang disediakan oleh SPR.

Yang Berhormat Senator Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh

telah mencadangkan supaya anak-anak kapal dagang diberi peluang

mengundi secara pos kerana mereka adalah rakyat Malaysia yang layak

mengundi. Untuk makluman Yang Berhormat, golongan pengundi-pengundi

yang layak mengundi secara pos telah disenaraikan dalam Peraturan-

peraturan Pilihanraya Undi Pos Tahun 1959.

Page 71: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 69 -

Mengikut peraturan tersebut hanya beberapa golongan sahaja yang

diberikan keistimewaan untuk mengundi secara pos. Di antara mereka

ialah anggota-anggota pasukan bersenjata dan isteri, anggota-anggota

polis termasuk anggota-anggota polis hutan dan isteri, kakitangan di

Kedutaan Malaysia di luar negeri dan pelajar-pelajar Malaysia yang

menuntut di luar negeri. Setakat hari ini anak-anak kapal dagang

tidak disenaraikan sebagai mereka yang layak mengundi secara pos.

Walau bagaimanapun, ingin saya maklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan-

raya sedang dalam proses untuk mengkaji semula peraturan tersebut

dan cadangan Yang Berhormat itu akan diberi pert imbangan ketika

kajian itu dibuat nanti.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Yang Berhormat Senator

Puan Ainon bin Ariffin supaya Pusat Islam membeli dan menyibarkan

seluas-luasnya buku karangan Al-Ustaz Mohd. Rushdi Yusof yang ber-

tajuk "Darul Arqam Antara Kebenaran dan Kekeliruan" akan diambil

perhatian.

Yang Berhormat Senator Tuan Mustafa bin Awang dan Yang

Berhormat Senator Puan Hajah Salbiah binti Mohd. Akim te lah mem-

bangkitkan, antara lain, meminta Bahagian Hal Ehwal Islam memberi

penerangan kepada orang ramai seluas-luasnya mengenai apa yang di-

maksudkan dengan ajaran sesat dan senaraikan jenis-jenis a jaran

sesat yang dikenalpasti serta t indakan yang sesuai diambil ke

Page 72: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 70 -

atas orang yang menyibar ajaran sesat seperti penjara, sebat atau

buang negeri.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Bahagian Hal Ehwal

Islam, Jabatan Perdana Menteri telahpun menerbitkan buku kecil dan

menyibarkan kepada orang ramai secara percuma menjelaskan mengenai

ajaran sesat sebagai panduan kepada umat Islam di negara ini. Nama-

nama ajaran yang d i f a t w a sebagai sesat juga disenaraikan dalam buku

tersebut. Mengenai tindakan ke atas orang yang menyibar ajaran

sesat, undang-undang mengenai perkara ini diperuntukkan dalam

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan pihak berkuasa agama

Islam dari semasa ke semasa menghadapkan ke mahkamah "orang-orang

yang disyaki melakukan kesalahan dan mengenakan hukuman bagi mereka

yang didapati sabit kesalahan.

Berhubung dengan saranan Yang Berhormat Senator Puan Ainon

binti Ariffin supaya Jabatan Kastam meningkatkan lagi usaha-usaha

penguatkuasaan u n t u k mencegah penyeludupan dadah ke dalam negara,

sukacita dimaklumkan bahawa di bawah Rancangan Bertindak Lima Tahun

Kedua Anti Dadah negara tahun 1991-1995 yang diselaraskan oleh

Pasukan, Petugas Anti Dadah, Majl is Keselamatan Negara, usaha-usaha

semua agensi pelaksana anti dadah di negara ini termasuklah Jabatan

Kastam akan diper t ingkatkan dalam semua bidang termasuklah pen-

cegahan penyeludupan dadah ke dalam negara. U n t u k menjayakan usaha-

usaha ini sokongan dan kerjasama orang ramai adalah sangat pent ing

sekali.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Law Jack Yoon

telah menyarankan supaya Kerajaan melaksanakan program pembangunan

sosio-ekonomi yang sama sepert i yang dinikmati oleh rakyat termiskin

Page 73: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 71 -

di kampung-kampung tradisional di dalam kawasan-kawasan yang dahulu-

nya dipanggil kampung baru. Adalah menjadi dasar Kerajaan bahawa

usaha membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum dan oleh

itu semua rakyat termiskin di mana sahaja mereka tinggal akan diberi

perhatian yang saksama.

Yang Berhormat Senator Tuan V.K. Sellappan telah mencadangkan

supaya kemiskinan mutlak dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia

Keenam. Dalam hal ini perlu dinyatakan bahawa adalah menjadi

matlamat Kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan terutamanya

kemiskinan mut lak secepat mungkin. Kerajaan telah menyediakan be-

berapa program untuk mengatasi masalah kemiskinan dan usaha ini

perlu diteruskan di masa-masa akan datang.

Kerajaan percaya dengan perkembangan ekonomi yang pesat usaha

ini akan menjadi lebih mudah. Selaras dengan ini usaha yang me-

lahirkan masyarakat penyayang akan terus dilaksanakan. Adalah di-

harapkan dengan cara ini semua ahli masyarakat daripada berbagai

golongan akan dapat memberi sumbangan untuk sama-sama membangunkan

negara.

Yang Berhormat Senator Tuan Mus ta fa bin Awang menyentuh tentang

bidang kuasa Jabatan Audit . U n t u k makluman Yang Berhormat, tugas

dan tanggungjawab Jabatan Audi t Negara adalah berdasarkan kepada

Akta Audit 1957. Pada umumnya Jabatan ini mengaudit dengan tujuan-

tu juan seperti berikut:-

(a) sama ada langkah berjaga-jaga yang munasabah telah

diambil untuk memelihara keselamatan pemungutan dan

penjagaan wang awam atau wang lain yang di takluk

kepada auditnya;

Page 74: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN/22 .2 .91 - 72 -

(b ) sama ada pengeluaran dan pembayaran wang yang ter-

takluk kepada auditnya telah dibuat mengikut kuasa

yang sepatutnya dan pembayaran telan dipertanggung-

kan sepatutnya dan disokong dengan baucer atau bukt i

pembayaran yang cukup.

(c ) sama ada perhatian yang sewajarnya telah diambil

untuk mengambil kira dan untuk memastikan penggunaan

pengawalan, penyelenggaraan dan pelupusan yang

sepatutnya bagi segala setor awam yang t e r t ak luk

kepada auditan;

(d ) sama ada segala akaun dan rekod lain telah dan

sedang diselenggara dengan betul dan tepat;

(e) sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan un tuk

maksud-maksud ianya diperuntukkan atau dibenarkan

dan aktiviti-aktiviti perhubungan dengan maksud-

maksud i tu telah dijalankan atau diaruskan dengan

cara yang cekap, dengan memberi perhatian sewajarnya

terhadap ekonomi dan pengelakan daripada pembaziran

atau pemborosan; dan

( f ) sama ada peruntukan - Perlembagaan Persekutuan dan

Akta Prosedur Kewangan tahun 1957 dan mana-mana

undang-undang bertulis lain berhubung dengan wang

atau sektor yang tertakluk kepada auditnya telah di-

patuhi dalam segala aspek.

Page 75: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - - 73 -

Kenyataan yang memberi gambaran bahawa ada akaun Kerajaan

Negeri yang tidak di audit adalah tidak tepat kerana Jabatan Audit

menjalankan auditan ke atas Kerajaan Negeri pada tiap-tiap tahun.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang terdapat kelewatan mengaudit

kerana sebab-sebab tertentu seperti akaun lambat dikemukakan kepada

Jabatan Audit un tuk diaudit.

Mengenai perkara Commonwealth Parliamentary Association (CPA) ,

dengan izin, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan P.

Balaram. Untuk makluman Yang Berhormat, keahlian Parlimen Malaysia

adalah berasingan daripada keahlian Dewan-dewan Undangan Negeri di

Malaysia di dalam CPA. Dewan-dewan Undangan Negeri adalah menjadi

ahli terus kepada CPA sama seperti Parlimen Malaysia. Dan ini ber-

makna CPA Cawangan Negeri-negeri ini mempunyai hak yang sama dalam

CPA dan mereka bukanlah di bawah naungan Parlimen Malaysia. Yang

Berhormat mempersoalkan layanan istimewa wakil-wakil Sabah di

Mauritius. Untuk makluman Yang Berhormat, itinerary, dengan izin,

perjalanan ke persidangan-persidangan CPA adalah diuruskan sendiri

oleh Dewan-dewan Undangan Negeri.

Sekiranya wakil Negeri Sabah diberi layanan yang lebih istimewa

di Mauritius, ini bermakna mereka telah membuat persiapan yang lebih

awal dengan memaklumi Kerajaan Mauritius tentang status ketibaan

orang-orang kenamaan Sabah kepada Mauricius. Sekiranya, Timbalan

Menteri Besar Selangor t idak diberi layanan yang begitu baik, ini

bermaknalah sekretariat CPA Negeri Selangor tidak mengambil t indakan

yang sewajarnya un tuk meminta keutamaan di Lapanganterbang

Mauritius. Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada Kerajaan

Mauritius untuk memberi apa-apa keistimewaan oleh kerana ini adalati

pentadbiran dalaman Mauritius dan bukanlah soal kita untuk memper-

Page 76: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 74 -

tikaikan sesuatu layanan yang diberikan oleh sebuah negara lain yang

berdaulat.

Mengenai hadiah pewter plaque, dengan izin, sumbangan Malaysia

kepada CPA setiap tahun seperti yang diterangkan oleh Yang

Berhormat, amalan ini dimulakan oleh Yang Berbahagia Dato ' Musa

Hitam semasa beliau menjadi Pengerusi CPA dan sekiranya Yang

Berhormat tidak bersetuju dengan pemberian pewter plaque, dengan

izin, sewajarnya perkara ini boleh dibangkitkan dalam Mesyuarat

Agung CPA Cawangan Malaysia baru-baru ini ataupun pada nahun

hadapan.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah

ada menyentuh tentang urusan pentadbiran ASN tidak licin.

Tuan Yang di-Pertua, Amanah Saham Nasional Berhad telah

menyediakan kemudahan pertukaran automatik unit-unit Amanah Saham

Nasional ke Amanah Saham Bumiputera berasaakan harga ASN pada 2hb

Januari, 1991. Kemudahan ini telah disediakan daripada bulan

September hingga 30hb November tahun lalu. Lebih 1.23 ju ta per-

mohonan telah diproses yang melibatkan 8,138 ju ta unit. Bagaimana-

pun, terdapat pelabur-pelabur yang memohon kemudahan ini tetapi

tidak dilaksanakan. Antara sebab kenapa urusniaga pelabur t i d a k di-

laksanakan ialah:-

(1) Ibu Pejabat ASNB terima borang permohonan lewat dari

ejen-ejen. Tarikh tu tup kemudahan ini ialah 30hb

November tahun lalu.

(2) Kemudahan pertukaran automatik tidak boleh dilaksana-

kan sekiranya akaun pelabur tidak tera tur .

Page 77: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 75 -

Sebagai contoh, akaun pelabur mungkin t e rgan tung

kerana baki akaunnya di Ibu Pejabat tidak sama

dengan baki yang tercatat dalam buku pelaburan.

Antara sebabnya ialah Ibu Pejabat ASNB lewat

menerima borang urusniaga yang dibuat di agen-agen

kerana agen-agen masih belum mempunyai talian terus

ke Ibu Pejabat ASNB.

(iii) Terdapat juga kes-kes di mana pelabur berkenaan

t idak mempunyai akaun Amanah Saham Bumiputera.

Oleh itu, urusniaga pertukaran tergendala.

Bagi pelabur-pelabur yang boleh membuktikan kesahihan per-

mohonan pertukaran automatik, ASN ke ASB iaitu menerusi keratan

borang pertukaran lengkap dengan cop agen dan bertarikh sebelum atau

pada 30hb November , 1990, urusniaga pertukaran dilaksanakan di Ibu

Pejabat ASNB.

Bagi pelabur yang tidak menyimpan keratan, mereka dikehendaki

memberikan surat sumpah sebagai bukti kesahihan permohonan mereka.

Keratan borang atau surat sumpah berserta buku pelaburan ASN dan ASB

perlu diserahkan kepada Ibu Pejabat ASNB sebelum 20hb Februari ini.

Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan teguran, pandangan

serta syor-syor menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab

Page 78: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 76 -

Jabatan Perdana Menteri di mana saya tidak dapat menjawab atau

menyentuhnya dengan menyebut Ahli-ahli Yang B e r h o r m a t yang mem-

bangkitkannya, saya mohon maaf. Walaupun begitu, perkara—perkara

yang ditimbulkan itu telah dicatat dan akan diberi perhatian.

Terima kasih.

Tuan Adam bin Kadir: Terima kasih. Sekarang dijemput Yang

Berhormat Timbalan Menteri Da lam Negeri.

5.23 ptg.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Megat Junid bin Megat

Ayob]: Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Yang Amat Berhormat Menteri

Dalam Negeri, sukacita saya mengucapkan terima kasih kepada semua

Yang Berhormat Senator yang telah memberi pandangan dan teguran ke

atas dasar dan masalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam

Negeri. Di antara perkara-perkara yang t e l ah disentuh oleh Yang

Berhormat Senator ialah mengenai penyeludupan dan penyalahgunaan

najis dadah, penerbitan buku-buku seks dan majalah-majalah lucah,

urusan penapisan f i lem, pendaftaran pertubuhan, pendatang tanpa

izin, pakaian seragam polis wanita, penambahan ahli-ahli Pasukan

Pertahanan Awam dan kebajikan anggota berpakaian seragam di Jabatan

Penjara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Law Jack Yoon

membangkitkan masalah najis dadah yang masih diseludupkan ke negara

ini walaupun berbagai tindakan telah diambil oleh Kerajaan untuk

membanteras kegiatan tersebut. Beliau menyarankan supaya pihak

Kerajaan mengambil langkah dengan lebih tegas untuk menyekat.

penyeludupan tersebut dan dengan itu dapat melumpuhkan kegiatan

pengedar-pengedar naj is dadah negara ini.

Page 79: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2 .91 - 77 -

Seperti Ahli-ahli Dewan sedia maklum, Kerajaan sentiasa men-

jalankan berbagai tindakan dari segi penguatkuasaan undang-undang,

pencegahan dan penulihan supaya ancaman najis dadah ini dapat

dihapuskan sepenuhnya di dalam negara ini. Walau bagaimanapun,

Kerajaan mengakui bahawa kesalahan-kesalahan ini masih di lakukan dan

sindiket-sindiket pengedar masih ada yang beroperasi. Untuk itu,

Kerajaan dari satu masa ke semasa sentiasa memper t ingka tkan usaha

untuk membanteras dan membasmikan sepenuhnya pengedaran dan

penyalahgunaan najis dadah di dalam negara ini. Langkah-langkah

yang lebih serius yang te lah dijalankan oleh Kerajaan ialah mengada-

kan rondaan-rondaan yang lebih kerap di kawasan-kawasan sempadan

untuk menghalahg kemasukan najis dadah dari luar dan merampas

harta-benda dan wang yang diperolehi dari kegiatan terseSut.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator

Tuan Mustata bin Awang yang t e l ah mencadangkan supaya Kerajaan

menurunkan berat minima dadah yang dimiliki dari 15 gram sekarang

kepada 10 gram sahaja bagi membolehkan seseorang itu dikenakan

hukuman mati mandatori . Cadangan ini, walaupun satu cadangan yang

kecil, akan diberi perhatian sewajarnya kerana Kerajaan ingin meng-

ambil tindakan yang paling berkesan terhadap pengedar-pengedar ini.

Dengan pindaan seperti ini, kita akan d a p a t mempertingkatkan keber-

kesanan kita te rhadap pesalah-pesalah yang tidak bertanggungjawab

itu.

Sebentar tadi Yang Berhormat Tuan Haj i Abdul Maj id bin H a j i

Abdul lah telah membangkitkan bahawa Yang Berhormat sungguh merasa

t e rke ju t bahawa penagih pertama satu bulan negara ini ialah 600

orang. Ini bukan satu perkara yang menakutkan kalau kita bandingkan

Page 80: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 78 -

pada tahun 1983 dan 1984 hampir 1,000 penagih pertama diperolehi

pada satu bulan. Alhamdul l i lah , keadaan ini telah beransur ber-

kurangan iaitu di antara 500 orang dan 600 orang pada setiap bulan.

Itu bermakna antara 5,000 ke 6,000 orang setahun. Dan Yang

Berhormat juga meminta supaya pusat-pusat pemulihan harus ditambati.

Saya merasakan bahawa kalau kita membesarkan lagi atau

menambahkan lagi pusat-pusat pemulihan bermakna kita menggalakkan

lagi orang penagih dadah. Sepatutnya tindakan yang harus kita

lakukan ialah meningkatkan projek-projek pendidikan pencegahan. Ini

adalah lebih penting dan apabila kita tingkatkan program-program

pendidikan pencegahan, rakyat dan ibu-bapa serta masyarakat memahami

masalah dadah ini maka lama-kelamaan pusat-pusat pemulihan ini dar i -

hari ke hari akan ber tambah kecil. Dan saya ingat cogankata kita

mencegah sebelum parah juga harus difikirkan oleh Yang Berhormat ,

tidak guna kita hendak cegah kalau sudah parah. Mungkin kita tukar

dicegah sebelum kena, kerana kalau kita kata mencegah sebelum parah,

makna dalam erti-kata kita menggalakkan juga seseorang itu menagih

dadah hanya setakat jangan parah. Jadi, ini juga harus kita f ikir-

kan dan tindakan-tindakan yang lebih positif ke arah menentukan

bahawa masyarakat kita bebas daripada gejala dadah ini dapat kita

wujudkan pada masa-masa yang akan datang.

Yang Berhormat Senator Puan Ainon binti A r i f f i n menimbulkan

perkara-perkara yang menyentuh kegiatan-kegiatan Al-Arqam.

Berhubung dengan ini sukalah saya memaklumkan bahawa pihak

Kementerian sentiasa mengawasi kegiatan pertubuhan tersebut.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya Kementerian ini mendapati

kegiatan-kegiatan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman

awam negara ini.

Page 81: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 79 -

Mengenai kebimbingan Yang Berhormat Senator itu terhadap

sebaran majalah-majalah, buku-buku dan video yang berunsur seks,

Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengawal penerbitan-penerbitan

sedemikian dan telahpun mengambil tindakan dengan menggantung dan

membatalkan majalah-majalah tersebut mengikut lunas undang-undang,

khususnya di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kadang-kadang, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat

sekalian, saya terpaksalah melihat buku-buku ini sebelum saya

tandatangani bertambun-tambun. Kadangkala oleh kerana niat saya

itu elok, tidak kiralah apa yang saya lihat itu tetapi saya ter-

paksalah menjalankan tugas saya. Dan ini memang dilakukan oleh

pegawai-pegawai Kementerian Da lam Negeri.

Sehingga hari ini, Kementerian ini dengan kerjasama pihak Polis

telah merampas sejumlah besar buku-buku yang berunsur seks dan yang

tidak sesuai untuk bacaan murid-murid sekolah khususnya. Namun

demikian, pihak-pihak yang t idak bertanggungjawab iaitu segolongan

penerbit telah menggunakan kaedah pemasaran di sebelah malam dengan

mengedarkan buku-buku tersebut di pasar-pasar malam. Jadi, saya

minta sangatlah Yang Berhormat-Yang Berhormat, saudara-mara

masyarakat kalaulah terjumpa buku-buku tersebut , tolonglah membuat

Laporan supaya dapat kita mengambil tindakan untuk menyekat

penyibaran rbuku-buku tersebut .

Menyedari hakikat ini, selain daripada m e r a m p a s mengkaji dan

mengharamkan buku-buku yang berunsur seks, pihak Kementerian ini

juga bersama-sama dengan pihak Polis D i r a j a Malaysia sedang mem-

pergiatkan penguatkuasaan di semua peringkat, iaitu di peringkat

Page 82: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 80 -

pengimport, penerbit dan pencetak dan penjualan bahan-bahan ber-

kenaan. Penjualan buku-buku berkenaan bukan sahaja menjadi satu

kesalahan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tetapi juga

menjadi kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Kesiksaaan oleh kerana

ianya memudaratkan moral, mereka yang disabitkan kesalahan akan di-

dakwa di mahkamah.

Adalah menjadi harapan Kementerian ini sekiranya Yang Berhormat

Senator dan orang ramai memberi kerjasama dengan menyampaikan

maklumat-maklumat yang terperinci kepada Kementerian ini untuk

tindakan-tindakan cegas seperti yang saya sarankan sebentar tadi.

Mengenai filem-filem yang ditayangkan, Lembaga Penapisan Filem

menapis semua fi lem-filem dan pita video yang disubmitkan mengikut

garispanduan yang tertentu dan sentiasa peka atas perlunya memotong

bahan-bahan atau adegan-adegan seks, ganas dan yang tidak bermoral.

Aktiviti-aktiviti pirate masih berlaku untuk mendapatkan keuntungan.

Tindakan penguatkuasaan oleh pegawai-pegawai penguatkuasa dijalankan

dari masa ke semasa. Selain daripada Pegawai Lembaga Penapisan

Filem, penguatkuasa juga dibuat oleh FINAS, Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Polis, aktivit i pencegahan akan terus dijalankan.

Page 83: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 81 -

Yang Berhormat Senator Mustafa Awang membangkitkan masalah

pendatang tanpa izin yang menjalankan berbagai kegiatan jenayah yang

telah dilakukan oleh kumpulan tersebut. Beliau menyarankan supaya

diperketatkan lagi kawalan di semua pintu masuk dan lain-lain

kawasan bagi menyekat kemasukan pendatang tanpa izin ini.

Berhubung dengan perkara ini Kementerian Dalam Negeri sedar

kehadiran-kehadiran pendatang tanpa izin termasuk dari Thailand yang

menimbulkan bermacam-macam masalah sosial dan keselamatan tetapi

belumlah sampah ke tahap yang mengancam negara. Kerajaan akan terus

berusaha mengatasi termasuk melancarkan operasi dari masa ke semasa.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator dari tahun 1981 hingga

September 1990, bilangan pendatang tanpa izin dari Thailand yang di-

tangkap ialah seramai 5,235 orang dan bilangan yang diusir ialah

seramai 32,493 orang. Mengenai perangkaan pendatang tanpa izin,

sukalah saya memaklumkan kepada Yang Berhormat Senator berkenaan

bahawa Kementerian ini tidaklah dapat mengeluarkan sebarang angka

mengenai bilangan mereka. Kalau adapun ianya adalah anggaran yang

dikeluarkan oleh pihak-pihak lain. Bilangan sebenar mereka memang

tidak diketahui dengan tepat kerana mereka masuk secara sembunyi-

sembunyi dan tidak melalui pintu masuk yang di te tapkan. Kawalan di

sepanjang sempadan Malaysia Thailand memang dibuat oleh agensi-

agensi di bawah Kementerian ini. Namun begi tu , kawalan setiap inci

tidaklah dapat dibuat kerana masalah kekurangan tenaga yang dihadapi

oleh Jabatan yang berkenaan.

Page 84: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 82 -

Yang Berhormat Senator Hajah Rosnah bint i Haji Mohd. Salleh

telah mencadangkan supaya pakaian seragam anggota polis wanita tugas

am dipadankan dengan pakaian seragam anggota polis t ra f ik wanita.

Sepertimana jawapan yang telah saya berikan di Dewan ini pada

19/2/91 yang lalu, Kerajaan masih mengkaji tentang cadangan untuk

menukarkan pakaian seragam polis khususnya anggota polis wanita

supaya ianya lebih sesuai dengan keadaan semasa serta bersesuaian

dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam,

Yang Berhormat Senator Abdul Rashid bin Ismail mencadangkan

supaya kebenaran pembakaran mercun bagi apa jua upacara hendaklah

dikaji semula kerana ianya mendatangkan lebih banyak keburukan

daripada kebaikan.

Berhubung dengan mercun, sukalah saya tegaskan di sini bahawa

Kerajaan masih lagi mengekalkan dasar pengharaman pembakaran mercun

kecuali beberapa hari ter tentu pada musim-musim perayaan tempatan.

Perayaan-perayaan yang dimaksudkan itu ialah Hari Raya Puasa, Hari

Raya Haj i , Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Krismas, Hari Gawai

dan sebagainya. Kalau t idak silap malam ini ialah malam kelapan

bagi perayaan kaum Hokkien. Ini adalah berasas kepada sikap adil

dan toleransi yang sentiasa menjamin hak kebebasan beragama dan

mengamalkan tradisi terutamanya dilihat dalam konteks masyarakat

Cina. Pada masa kelonggaran pembakaran mercun diberikan, Kera jaan

akan mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menjamin supaya

pembakaran mercun sentiasa dapat dikawal dan t idak mendatangkan

kemudaratan sama ada kepada orang awam mahupun harta-benda.

Page 85: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 83 -

Antara langkah-langkah tersebut ialah dengan mengenakan

beberapa syarat tertentu sebagaimana berikut:

(i) memberikan kebenaran membakar mercun pada

masa-masa tertentu di ancam jam 12 hingga jam

12.30 tengah malam dan dari jam 7 pagi hingga

10 malam;

(ii) melarang pembakaran mercun di tempat-tempat

awam seperti tempat membeli-belah, di pasar-

pasar ataupun di tempat-tempat perhentian

awam;

(iii) melarang pembakaran mercun dan bunga api dari

jenis yang merbahaya iaitu yang mengeluarkan

letupan yang kuat , mengeluarkan asap yang

banyak dan bergerak-gerak ataupun tidak dapat

dikawal pergerakannya.

Ini diikuti dengan langkah-langkah menjalankan penguatkuasaan

sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan peraturan-

peraturan yang berkaitan dengan mercun. Kerajaan juga sentiasa peka

dengan pandangan dan aduan orang ramai mengenai masalah mercun ini.

Oleh itu dasar pembakaran mercun sentiasa dikaj i dari masa ke se-

raasa. Sekiranya mendapati keadaan tidak sesuai, Kerajaan tidak akan

memberi kelonggaran pembakaran mercun itu sepertimana yang telah di-

buat pada Hari Raya Puasa dan Hari Deepavali pada tahun 1989 yang

lalu.

Yang Berhormat Senator yang berkenaan juga telah membangki tkan

kes penyeludupan dadah ke dalam penjara yang melibatkan beberapa

orang pegawai penjara sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar

tempatan pada tahun lalu. Kerajaan telah dan sedang menjalankan

beberapa langkah bagi mencegah pegawai-pegawai p e n j a r a menyeludup

dadah ke dalam ataupun di dalam penjara . Di antaranya:

Page 86: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 84 -

( i) mengeluarkan perintah-perintah te tap dan arahan-arahan

dari masa ke semasa bagi membanteras penyeludupan dadah

ke penjara dan di dalam penjara;

(ii) bekerjasama dengan Jabatan Kastam dengan menggunakan

anjing-anjing bagi mengesan dadah dalam penjara;

(iii) bekerjasama dengan Jabatan Polis Cawangan Anti Dadah di

setiap negeri bagi mengenalpasti pengedar-pengedar dadah

dari kalangan pegawai dan kakitangan penjara;

(iv) melakukan pemeriksaan yang rapi ke atas pegawai dan

kakitangan penjara yang keluar masuk penjara supaya

tidak menyeludup dadah;

(v) mengambil tindakan tegas ke a tas pegawai dan kakicangan

penjara yang telah terbabi t dengan penyeludupan dadah di

penjara sama ada dikenakan tindakan ta ta ter t ib ataupun

dihadapkan ke mahkamah mengikut pembekalan undang-undang

yang ada;

(vi) pemeriksaan kawasan di dalam penjara;

(vii) mengadakan upacara ikrar oleh pegawai dan kakitangan

penjara.;

(viii) mengadakan syarahan bulanan kepada pegawai dan

kakitangan di mana nasihat dan amaran diberi mengenai

naj is dadah;

(viiii) melekatkan poster-poster anti dadah di seluruh pelusuk

bangunan penjara;

(x) memberi pendidikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan

berkenaan;

Page 87: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 91 - 85 -

(xi) menguji air kencing;

(xii) penubuhan unit anjing;

(xiii) menyediakan pera la tan mengesan dadah; dan

(xiv) mendedahkan pegawai dan kakitangan penjara kepada bahaya

dadah melalui Program Drugs Education, dengan izin.

Sejak 1987 hinggga 1990 seramai 18 orang pegawai penjara te lah

dibuang kerja kerana telah melakukan kesalahan bersabit dengan

dadah. Tahun 1987 - 2 orang; tahun 1988 - 6 orang; tahun 1989 - 6

orang; dan 1990 - 4 orang.

Yang Berhormat Senator Hajah Salbiah Mohd. Akim memohon pihak

Kerajaan supaya memberi perhatian sewajarnya terhadap kebajikan

anggota-anggota berpakaian seragam di Jabatan Penjara terutama dari

segi urusan kenaikan pangkat anggota-anggota tersebut.

Dalam perkara ini Kerajaan sememangnya sentiasa memberi per-

hatian yang sewajarnya terhadap kebajikan anggota berpakaian seragam

di Jabatan Penjara terutama sekali dari segi kenaikan pangkat .

Sebagai bukti baru-baru ini beberapa urusan kenaikan pangkat

telahpun dijalankan, antaranya:

(i) urusan kenaikan pangkat dari yayasan Ketua Pegawai

Penjara ke Ketua Besar Pegawai Penjara ; dan

(ii) urusan kenaikan pangkat dari jawatan Pegawai Penjara

Kanan ke Ketua Pegawai Penjara.

Sebanyak 4 kenaikan pangkat telah dirancang untuk dilaksanakan

pada 1991. Urusan-urusan kenaikan pangkat tersebut ialah:

(i) Penolong Penguasa Penjara Tingkatan Biasa ke Penolong

Penguasa Penjara Tingkatan Kanan;

Page 88: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 86 -

( i i ) Penguasa Penjara Tingkatan Biasa ke Penguasa Penjara

Tingkatan Kanan;

( i i i ) Pegawai Penjara Tingkatan I ke Pegawai Penjara Tingkatan

Kanan; dan

(iv) Pegawai Penjara Tingkatan II ke Pegawai Penjara

Tingkatan I.

Diaamping itu juga beberapa langkah telah dijalankan bagi men-

jaga kebajikan mereka seperti:

(i) mewujudkan Persatuan Pegawai-pegawai Penjara;

(ii) mewujudkan Koperasi Penjara;

(iii) menyediakan Akaun Amanah Penjara;

( iv) menyediakan Tabung Derma Khairat Kematian;

(v) mewujudkan Majlis Sukan Penjara;

(vi) mengadakan Tabung Bantuan Penjara Tan Sri Murad iaitu

bantuan kepada anak-anak Pegawai Penjara; dan

(vi i ) menubuhkan Persatuan Isteri-isteri Pegawai Penjara.

Yang Berhormat Senator Dato' Azumu Tak telah mencadangkan

supaya lebih ramai belia-belia diambil untuk menganggotai Pasukan

Pertahanan Awam serta elaun yang diberi ditambah sebagai satu

galakan kepada mereka. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang

Berhormat Senator kerana menyentuh mengenai Jabatan Pertahanan

Awam.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini Jabatan Pertahanan

Awam sedang berkempen untuk mengambil ahli-ahli baru bagi meng-

anggotai Pasukan Perkhidmatan Awam. Oleh itu, belia-belia yang ber-

minat bolehlah menyertai pasukan tersebut.

Mengenai dengan cadangan menaikkan kadar elaun untuk pasukan

tersebut , un tuk makluman Yang Berhormat , Kera jaan sedang mengkaji

cadangan tersebut .

Page 89: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 87 -

Sebentar tadi Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay te lah mem-

bangkitkan masalah rakyat kita yang pulang dari Taiwan. Perkara ini

akan diambil perhatian oleh Kementerian terutama Jabatan Imigresen

di mana kes-kes mereka akan dikaji dengan teliti mengikut kes demi

kes dan akan dipastikan tiada siapa yang teraniaya.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua

Yang Berhormat Senator yang telah mengemukakan pandangan dan teguran

masing-masing mengenai pelbagai isu dan masalah di bawah bidang

Kementerian Dalam Negeri.

Saya telahpun memberikan penjelasan-penjelasan di atas beberapa

perkara yatig telah dibangkitkan dan bagi pandangan dan teguran yang

tidak sempat dijawab di Dewan ini, saya memberi jaminan bahawa ianya

insya Allah akan diberi perhatian sewajar oleh Kementerian. Terima

kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Adam bin Kadir: Dijemput Menteri Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat.

Page 90: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 88 -

5.40 ptg

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato'

Napsiah binti Omar]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya meng-

ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh tentang perkara-

perkara di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat . Memandangkan bahawa Kementerian ini baru d iwujudkan,

segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli

Yang Berhormat adalah sangat dihargai dan akan diberi perhatian yang

serius dan diambil-kira dalam menjalankan tugas, tanggungjawab dan

amanah yang telah diberikan kepadanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

Ahli Yang Berhormat yang telah mencadangkan supaya memperluaskan dan

memperbaiki program-program perpaduan, khususnya, di bandar-bandar

besar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Perpaduan

Negara dan Pembangunan Masyarakat senantiasa memberi perhatian

kepada kawasan-kawasaa bandar, khususnya dari segi memperluaskan

pengwujudan jawatankuasa-jawatankuasa Rukun Tetangga di kawasan-

kawasan perumahan. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat berpendapat bahawa Rukun Tetangga merupakan salah satu

institusi sosial yang penting dalam usaha Kerajaan un tuk meningkat-

kan lagi perpaduan di kalangan masyarakat kita.

Page 91: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 89 -

Pada tahun 1990, bilangan kawasan Rukun Tetangga adalah

sebanyak 1,067, iaitu tambahan sebanyak 33 kawasan jika dibanding

dengan tahun 1989. Bagi tahun 1991 pula, Kementerian Perpaduan

Negara dan Pembangunan Masyarakat sedang merancang untuk menambah

lagi sebanyak 20% daripada jumlah kawasan Rukun Tetangga yang sedia

ada. Kementerian juga sedang berusaha untuk mempastikan bahawa

jawatankuasa-jawatankuasa Rukun Tetangga akan bergerak dengan lebih

aktif lagi. Untuk tujuan ini jawatankuasa-jawatankuasa tersebut

akan diberi garispanduan tentang program dan perkhidmatan yang boleh

diusahakan di dalam bidang-bidang ter tentu seperti sosial, rekreasi,

sukan, kebajikan, kebudayaan, ekonomi, kesihatan, alam sekitar dan

pendidikan tidak normal.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan orang-orang tua, adalah

benar bahawa hubungan kekeluargaan adalah semakin renggang pada masa

ini. Ini adalah disebabkan bahawa sistem kekeluargaan lanjutan

telah semakin berkurangan dengan munculnya keluarga nuklear di

bandar-bandar akibat dari golongan muda berhijrah ke bandar-bandar

untuk mencari pekarjaan. Namun demikian, kajian yang dibuat

menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu-bapa

masih terjalin iaitu dengan adanya sumbangan kewangan dari anak-anak

kepada ibu-bapa dan juga anak-anak sering melawat ibu-bapa mereka di

kampung-kampung.

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat juga

sedang berusaha u n t u k memelihara kebaj ikan orang-orang tua yang

t idak berwaris atau miskin. Salah satu daripada perkhidmatan yang

diberi ialah pemberian skim-skim bantuan kewangan seperti Bantuan

Page 92: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 90 -

Orang Tua. Tujuan utama bantuan orang tua soalan bagi membolehkan

orang-orang tua yang tidak mempunyai sanak-saudara tinggal di dalam

masyarakat mereka di kampung-kampung. Di samping itu, Kementerian

ini juga mengendalikan beberapa Rumah Orang-orang Tua. Dari segi

jangka masa panjang, Kementerian berpendapat bahawa masyarakat kita,

khususnya jenerasi muda perlu dididik tentang budaya ikram supaya di

antara lain nilai-nilai tradisi masyarakat kita tentang hubungan

kekeluargaan antara anak dan ibu-bapa tidak terjejas. Ke arah

tujuan ini, kempen "Keluarga Bahagia" telah dilancarkan dalam tahun

1990 dan akan diusahakan secara berterusan.

Berhubungan dengan penganiayaan kanak-kanak, saya ingin meng-

ucapkan terima kasih atas sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap

langkah-langkah yang sedang diusahakan, khususnya perkhidmatan

tal idera. Tentang cadangan supaya diadakan hukuman yang lebih bera t

terhadap mereka yang menganiaya kanak-kanak, suka saya menjelaskan

bahawa walaupun hukuman yang berat adalah penting dan akan diberi

tumpuan oleh Kementerian, yang sama penting ialah perkhidmatan

pemulihan seperti kaunseling, bantuan kewangan dan sebagainya yang

harus diberi kepada mereka yang terl ibat dalam masalah ini. Oleh

yang demikian pendekatan Kementerian ini terhadap masalah peng-

aniayaan kanak-kanak adalah secara Lebih keseluruhan dan merangkumi

bukan sahaja langkah-langkah pencegahan tetapi juga langkah-langkah

pemulihan.

Berhubung dengan Pertubuhan Kebaj ikan Orang-orang Cacat pula,

untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam tahun 1990 Kementerian

telah memberi grant sebanyak $1.4 ju ta kepada 47 buah Pertubuhan

Page 93: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 91 -

Orang Cacat. Pembayaran grant tersebut juga adalah selaras dengan

dasar Kerajaan bahawa kebajikan adalah tanggungjawab bersama dan

tujuan grant tersebut ialah untuk membantu Pertubuhan-pertubuhan

tersebut menjalankan perkhidmatannya.

Mengenai perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat untuk orang-orang cacat, suka saya menjelaskan secara

ringkas bahawa golongan ihi diberi beberapa jenis bantuan seperti

grant pelancaran untuk menjalankan perusahaan kecil, elaun pekerja

cacat untuk membantu mereka kekal di dalam pekerjaannya dan mereka

juga diberi alat-alat tiruan dan alat-alat orthopaedic. Kerajaan

juga telah mengadakan dasar di mana 1% peluang pekerjaan di sektor

awam telah dikhaskan untuk golongan ini. Kementerian Perpaduan

Negara dan Pembangunan Masyarakat juga sedang mengkaji kemudahan-

kemudahan yang diperlukan oleh orang-orang cacat di bangunan-

bangunan awam, tempat-tempat umum dan pengangkutan awam. Tujuan

semua usaha ini ialah untuk membolehkan orang-orang cacat lebih ber-

dikari dan lebih berintegrasi dengan masyarakat umum.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengucapkan setinggi-

tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas segala

ulasan dan cadangan yang te lah dikemukakan berkaitan dengan per-

untukan bagi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat. Terima kasih.

Tuan Adam bin Kadir: Saya menjemput Timbalan Menteri

Pembangunan Luar Bandar.

5.48 ptg.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Tuan Mohd. Yasin bin

Kamari]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Yang

Amat Berhormat Menter i Pembangunan Luar Bandar ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

membangkitkan perkara-perkara di bawah bidang kuasa

Page 94: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22.2.91 - 92 -

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam perbahasan mengenai

dasar-dasar Am Belanjawan 1991 yang telah dibentangkan oleh Yang

Berhormat Menteri Kewangan pada 18hb Februari, 1991 yang lalu.

Saya suka memberikan penjelasan ke atas perkara-perkara yang

dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya mengenai

infrastruktur luar bandar, program pemulihan rumah bagi golongan

termiskin, peranan Bahagian Kemajuan Masyarakat atau KEMAS dan

perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Lembaga Kemajuan Tanah

Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah (RISDA) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator P. Balaram telah

menyentuh mengenai peranan yang sepatutnya dijalankan oleh Bahagian

kemajuan Masyarakat atau KEMAS. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat,

izinkan saya menjelaskan bahawa adalah tidak benar sama sekali

bahawa KEMAS hanya bekerja kuat dan bergiat usaha menjelang pilihan-

raya sahaja dan selepas itu kurang bergiat. Sebenarnya KEMAS pada

sepanjang masa bekerja untuk mencapai objektifnya, iaitu bagi

meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, terutamanya rakyat luar

bandar di dalam bidang sosio-ekonomi melalui pengubahan sikap ke

arah berdikari, penambahan pengetahuan, kemahiran dan ekonomi untuk

mencapai matlamat membangunkan manusia ke tahap kecemerlangan.

Sehubungan. dengan kelas-kelas pra-sekolah, KEMAS akan mendirikan

kelas-kelas tersebut di ladang-ladang atau di estet-estet di mana

terdapat bilangan murid yang mencukupi setelah mendapat peruntukan

daripada Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Mustafa bin Awang

membangkitkan pula masalah mengenai Program Pemulihan Rumah (PPR)

yang memberi bantuan bagi membaik pulih rumah kepada rakyat ter-

miskin dan perhubungan yang lebih baik di antara Kementerian ini

dengan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Page 95: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN. 22 .2 .91 - 93 -

Berhubung dengan masalah ini, saya ingin menyatakan bahawa

sehingga saat ini pihak Kementerian tidak menerima sebatang aduan

mengenai diskriminasi dalam pemilihan peserta-peserta di bawah.

Program Pemulihan Rumah. Oleh yang demikian, sekiranya Yang

Berhormat mempunyai maklumat mengenai perkara ini dan tempat

berlakunya, saya pohon dapat kiranya dimaklumkan ke Kementer ian .

Pihak Kementerian juga telah memberi garis panduan kepada Kerajaan

Negeri supaya di peringkat kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan

Keselamatan Kampung turut terlibat sama dalam mengenalpasti

keluarga-keluarga termiskin dalam kampung-kampung masing-masing yang

perlu mendapat bantuan pemulihan rumah. Saya juga menyambut seruan

Yang Berhormat agar kerjasama yang lebih erat d i ja l in di antara

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan Kementerian Perpaduan

Negara dan Pembangunan Masyarakat . Sebenarnya sudah menjadi dasar

semua agensi Kerajaan untuk bekerjasama dan bersefahaman dalam

melaksanakan projek-projek pembangunan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator V.K Sellappan, Yang

Berhormat Senator - I t am Wali dan Yang Berhortnat Sena to r H a j i Abdul

Majid bin Haji Abdul lah telah menyentuh mengenai pengl ibatan kaum

India, kaum Orang Asli di rancangan-rancangan tanah FELDA dan usaha

naik ta raf ja lan- ja lan di kawasan-kawasan rancangarr-rancangan F E L D A .

Saya ingin menjelaskan bahawa di rancangan- rancangan tanah FELDA,

memang terdapat kaum India sebagai peneroka dan permohonan mereka

menang d iper t imbangkan untuk menjadi peneroka FELDA. Pada masa ini

terdapat seramai 1830 keluarga keturunan India di rancangan-

rancangan tanah FELDA iaitu merupakan 1 . 5 % daripada jumlah bilangan

keluarga peneroka yang ada. Kekurangan penyertaan kaum bukan bumi-

putera adalah disebabkan kurangnya permohonan yang di ter ima dar ipada

Page 96: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2.91 - 94 -

kaum-kaum tersebut di peringkat awal penubuhan FELDA dan juga oleh

kerana sebahagian daripada kawasan tanah rancangan adalah terletak

di dalam kawasan simpanan Melayu. 0leh yang demikian, soal jumlah-

di sesuatu rancangan itu dan jauh dekatnya daripada tempat asal

mereka adalah satu perkara yang berasingan.

Untuk makluman Yang Berhormat , kaum-kaum lain sepert i kaum

Melayu dan kaum Cina yang menduduki rancangan tanah FELDA di

sesebuah negeri itu kadang-kadang berasal dari negeri lain seperti

peneroka Kelantan yang menduduki rancangan tanah di Pahang.

Kerajaan juga buat masa ini t idak bercadang untuk mengadakan

rancangan-rancangan. khas bagi mana-mana kaum kerana ini adalah

bertentangan dengan Dasar Integrasi Nasional.

Mengenai usul mengambil Orang Asli awam dan Orang Asli bekas

pera jur i t secara khusus sebagai peneroka, Kerajaan tidak dapat

menerima cadangan ini kerana pemilihan peserta rancangan adalah

tertakluk kepada syarat kelayakan seperti had umur dan keupayaan

f iz ikal untuk mengendalikan kerja-kerja di ladang.

Mengenai sistem pengurusan rancangan cara baru, langkah

pelaksanaannya telahpun pengambilan mulai 1 Januari 1990 dan peng-

ambilan peserta akan dimulakan pada pertengahan tahun 1991 ini .

Mengikut kaedah pengurusan tanah yang baru ini, kawasan ladang ada-

lah diuruskan oleh sebuah syarikat dan peserta-pesertanya adalah

sebagai pekerja yang dibayar upah bagi jumlah dan jenis kerja yang

di ja lankan. Selain dari itu, mereka juga adalah sebagai pemegang

saham yang memiliki t idak lebih dari 50% saham dalam syarikat .

Sistem baru ini akan dapa t mengatasi masalah-masalah seper t i masalah

pendapatan yang turun naik dan berbeza-beza mengikut harga pasaran

dan p r o d u k t i v i t i . la juga dapat memberikan jaminan pendapatan yang

stabil dan baik sepanjang masa.

Page 97: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 . 2.91 - 95 -

Tuan Yang di-Pertua, berkai tan dengan naik taraf ja lan di

rancangan tanah FELDA, saya ingin menjelaskan bahawa FELDA mengada-

kan program ini ke atas jalan-jalan yang belum diturap tar sahaja.

Bagi jalan-jalan yang sudah elok ianya bukanlah dalam program naik

taraf jalan tetapi merupakan kerja penyelenggaraan oleh Jabatan

K e r j a Raya .

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Chong Chi Siong

telah membangkitkan isu bantuan tanam semula pekebun kecil di

kawasan Jempol yang terletak di bawah bidang kuasa RISDA yang telah

t idak mendapat jawapan selepas 2 tahun membuat permohonan.

Berhubung dengan isu yang dibangkitkan ini, insya Allah, pihak

Kementerian saya akan menyiasat kedudukan yang sebenarnya. Jika

perlu saya akan meminta RISDA mengambil t indakan untuk membuat

keputusan segera mengenai perkara ini. Saya ingin mengambil peluang

ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang

Berhormat dari Jempol di atas usul tersebut yang mana amat menarik

perhatian saya. Memanglah menjadi tujuan saya agar RISDA menyegera-

kan bantuan- bantuan tanam semula kepada pekebun-pekebun kecil getah

yang memerlukan. Bagi pihak Kementerian, memang menggesa supaya

apa-apa t indakan untuk memperbaiki kegiatan ekonomi penduduk luar

bandar dilaksanakan dan ia adalah satu perkara yang amat penting,

Tuan Yang di-Per tua, Yang Berhonnat Senator Itam Wali telah

menyentuh dengan panjang lebar mengenai rnasyarakat dan kawasan Orang-

Asli yang masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan. Terlebih

dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas perhatian Yang

Berhormat dalam hal-hal yang berkaitan dengan Orang Asl i . Sebagai

warganegara Malaysia, mereka juga memang harus mendapat faedah dari

Page 98: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 96 -

pembanganan negara dan seperti yang termaklum, memang menjadi tugas

Kerajaan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Rancangan-rancangan pembasmian kemiskinan menang terus dijalan-

kan dan akan terus diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan.

Berhubung dengan status tanah kediaman dan tempat menjalankan

kegiatan ekonomi yang dikatakan menimbulkan kurang minat agensi

pembangunan tanah dan sering diminta keluar daripada kawasan masing-

masing, saya suka menjelaskan bahawa di dalam banyak aktiviti-

aktiviti ekonomi seperti pembangunan tanah yang telah diluluskan

bagi Orang Asli , agensi-agensi pembangunan tanah di bawah

Kementerian seperti FELCRA memang terl ibat bagi membangunkan

kawasan-kawasan ini . Banyak penglibatan FELCRA dalam pembangunan

kawasan Orang Asli yang telahpun dirizab untuk pembangunan Orang

Asli seperti di. Perak, di Kelantan dan di Pahang. Walau bagaimana-

pun, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli pada masa ini sedang mengkaj i

semula Akta Orang Asli 1954 dan mengambil kira perkara-perkara yang

berhubungan dengan tanah.

Dari segi soal Orang Asli disuruh keluar daripada kawasan

mereka yang menyebabkan mereka terpaksa berpindah randah , soal ini

di t imbulkan ialah atas perizaban kawasan t e r sebu t . Kementerian

melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ataupun JHEOA akan terus

menerus merundingkan dengan Kerajaan Negeri di atas pewartaan

kawasan-kawasan ini dan apabi1a ianya te1ah diwartakan , maka JHEOA

bolehlah mengambil langkah-langkah membangunkannya dengan mengguna-

kan agensi pembangunan tanah yang lain seperti FELCRA dan badan-badan

lain yang berkai tan.

Page 99: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22.2.91 - 97 - .

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kawasan Hulu Kelantan adalah

merupakan salah satu kawasan yang mempunyai banyak pembangunan dan

sana ada masyarakat Orang Asli di sana terlalu terpengaruh dengan

wang bagi maksud memancing undi sukar untuk dikaitkan dengan

kedudukan kemiskinan.

Yang Berhormat juga adalah diharapkan untuk sama-sama memberi-

kan kerjasama bagi menentukan hala pemikiran mereka dan seharusnya

menunjukkan kesyukuran keatas pembangunan yang dijalankan di

kawasan masing-masing.

Mengenai potensi membangunkan kawasan-kawasan Orang Asli dan

masyarakatnya sebagai tu juan istirehat, mendapatkan pengalaman

adventure, dengan izin, dan memperkenalkan alat-alat perburuan

mereka, usaha-usaha seumpama ini sememangnya sudah dijalankan .

Sebagai contohnya , Koperasi Kijang ada menjalankan expedisi-expedisi

membawa pelancong dari satu tempat ke satu tempat dan ini mendapat

sambutan yang amat menggalakkan dari pelancong-pelancong.

Tuan Yang di-Pertua, demikianlah sahaja jawapan saya ke atas

perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang berhormat yang

menyentuh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Suka juga saya menegaskan di sini bahawa Kementerian

Pembangunan Luar Bandar akan terus berusaha bagi mencapai objekt i f-

nya u n t u k meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk kawasan luar-

bandar di nega ra ini.

T u a n Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Bagi perkara-perkara lain yang tidak sempat d i jawab di sini

Kementerian saya insya Allah akan mengambil perhatian dan tindakan

yang sewajarnya.

Page 100: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22.2.91 - 98 -

Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menbangkitkan perkara-perkara

yang menyentuh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Menteri daripada

Kementerian Pengangkutan untuk memberi jawapan.

6.05 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajah Zaleha binti

Ismail] : Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya bagi pihak Menter i

Pengangkutan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Ahli-ahli ,Yang Berhormat yang telah mengemukakan

pandangan-pandangan, teguran-teguran dan syor-syor rnereka mengenai

perkara-perkara di bawah bidangkuasa Kementerian. Pengangkutan,

sepanjang perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan 1991 di

Dewan yang mulia ini.

Sukalah saya memberikan jaminan bahawa segala pandangan,

teguran dan syor yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat akan d i k a j i dengan teliti dan diberikan pertimbangan yang

sewajarnya oleh Kementerian Pengangkutan. Bagaimanapun izinkanlah

saya memberikan penjelasan dan jawapan kepada perkara-perkara yang

telah dibangkitkan.

Yang Berhormat Senator Tuan Musta ta bin Awang telah mengucapkan

tahniah kepada Kementerian Pengangkutan kerana telah membina jet i di

pulau-pulau untuk kemudahan perhubungan orang awam. Walau bagai-

manapun beliau meminta agar lebih banyak lagi je t i di pulau-pulau

yang tidak mempunyai jeti itu d ib ina .

Page 101: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22. 2.91 . - 99 -

Untuk makluman, sehingga akhir tahun 1990 Jabatan Laut telah

menbina 6 jeti di beberapa tempat di seluruh Semenanjung Malaysia di

bawah Rancangan Malaysia Keempat dan Kelima. Tempat-tempat

tersebut adalah Pulau Dayang Bunt ing, Langkawi, Kuah, Pulau

Langkawi, Kedah, Teluk Eva, Pulau Langkawi, Lumut, Perak, Pulau

Pangkor, Perak, dan Kuala Kedah, di Kedah. Sementara itu terdapat

pula 12 lagi jet i yang masih dalam peringkat pembinaan. Jeti-jeti

tersebut adalah seperti berikut iaitu:

(1) Pulau Ketam, Selangor;

( 2 ) Pulau Lumut, Selangor;

(3) Pelabuhan Kelang, Selangor iaitu Jeti Shah Bandar;

(4 ) Bagan Datuk , Perak;

(5 ) Kukup, Johor;

(6) Johor Bahru, Johor jeti Shah Bandar;

( 7 ) Mersing, Johor;

( 8 ) Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang;

(9) Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang;

(10) Kuala Besar, Kelantan;

(11) Pulau Besar, Melaka; dan

(12) Kuala Terengganu, di Terengganu iaitu jeti Shah Bandar,.

Di bawah Rancangan Malaysia Keenara pula terdapat juga

perancangan bagi. membaikpulih dan membina beberapa lagi jeti-jeti .

Walaupun terdapat banyak tempat yang memerlukan jet i dan juga

beberapa jet i yang memerlukan pembaikan, hanya jet i- jet i yang

terpenting dari segi keperluan dapat diberi keutamaan. Ini adalah

Page 102: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22 .2 .91 - 100 -

kerana kos bagi pembinaan jet i adalah amat tinggi dan begitu juga

kos pembaikan. Pada amnya kos bagi pembinaan jeti di pulau te lah

meningkat hampir kepada S3 ju ta hanya untuk seruan jeti asas.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rosnah binti H a j i Mohd.

Salleh telah bertanya mengenai Akademi Laut Malaysia (ALAM). Yang

Berhormat bertanya apakah taraf kelulusan setelah menamatkan kursus

Akademi Laut, adakah ianya sana taraf dengan Sarjana Muda dari

Universiti atau Diploma ataupun Sijil dari Politeknik? Adakah

sijil-sijil dari ALAM ini diiktiraf di Malaysia sahaja atau juga di

1uar Malaysia?

Untuk makluman Dewan ini , ALAM menyediakan Kursus-kursus

Persediaan Pra-Pelayaran dan bagi memperolehi Sijil Kecekapan a tau ,

dengan izin, Competency Cer t i f ica te yang dikeluarkan oleh Jabatan

Laut bagi pihak Kera jaan Malaysia. Selain dari itu ALAM turut

mengendalikan dan mengeluarkan Sijil bagi kursus-kursus pendek atau

Modular Courses, dengan izin, serta Sijil bagi kursus-kursus Pra-

Laut. Terdapat 49 jenis kursus di bawah bidang-bidang tertentu.

Misalnya kursus Pra-Laut Rating dan kursus Pra-Laut Marine Radio,

Kursus Persediaan Notical, Kursus Persediaan Kejuruteraan Marine dan

Modular Courses, dengan izin, iaitu kursus-kursus yang t e r t en tu bagi

subjek-subjek yang khusus.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajah Habidah binti

Jusoh telah menyentuh mengenai pembangunan pesat industr i di negeri

Terengganu yang memerlukan rangkaian pengangkutan yang mencukupi

iaitu dara t , udara dan laut . Yang Berhormat juga mencadangkan

supaya Kementerian Pengangkutan mengadakan rangkaian keretapi di

negeri Terengganu agar perhubungan dengan Kuala Lumpur dan Pantai

Barat Semenanjung menjadi lebih mudah .

Page 103: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22. 2.91 - 101 -

Sebenarnya Kerajaan pada masa ini belum bercadang untuk

mengadakan rangkaian keretapi di negeri Terengganu. Bagaimanapun

pada masa ini terdapat keadaan rangkaian perhubungan ja lan raya yang

baik di antara negeri Terengganu dan negeri-negeri lain dan didapati

bahawa setakat ini ianya adalah memadai.

Yang Berhormat juga telah menyentuh mengenai keselamatan jalan

raya di mana beliau mengatakan terdapat pemandu-pemandu t idak

berhati-hati , mabuk, memotong di tempat yang tidak dibenarkan,

membawa lebih muatan dan kenderaan tidak diselenggarakan dengan

betul. Di samping itu beliau juga menyentuh mengenai keadaan

fizikal jalan raya terdapat selekoh-selekoh sempit dan tidak ada

papantanda, dan meminta Kementerian Pengangkutan supaya mengambil

tindakan untuk mengatasi masalah ini dengan mengkaji semula uj ian

memandu menambah penguatkuasaan dan menambah alat pengesan

kelajuan yang mudah bergerak.

Sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat dan juga Dewan yang

mulia ini, Kementerian Pengangkutan sentiasa memberikan perhatian

yang serius mengenai keselamatan jalan raya, bahkan Kerajaan sendiri

iaitu Kabinet sendiri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet

mengenai keselamatan jalan raya yang dipengerusikan oleh Yang Amat

Berhonnat Perdana Menteri sendiri dan Jawatankuasa ini yang ditubuh-

kan dalam bu lan April 1990 telah menetapkan satu mat lamat iaitu

mengurangkan kemalangan jalan raya hingga ke tahap 30% pada tahun

2000. Usaha-usaha sedangpun di ja lankan iaitu Akta Pengangkutan

Jalan 1987 telah memasukkan segala perkara yang bersabit dengan

yang telah disentuh oleh Yang Berhormat dan juga langkah-langkah

lain, misalnya pindaan kepada Akta dan juga peraturan-peraturan

Page 104: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN 22.2.91 - 102 -

lalulintas, mengadakan kaedah-kaedah. bagi setiap perkara yang

dimaksudkan, meningkatkan denda dan kompaun dan juga mengadakan

melalui Majl is Keselamatan Jalan Raya, kempen-kempen ,

ceramah-ceramah mengenai keselamatan jalan raya bermula dari

peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah kepada

kumpulan-kumpulan sasar , misalnya pemandu-pemandu kenderaan awam dan

juga pemandu-pemandu dari Kementerian-kementerian, agensi-agensi

Ke rajaan dan swasta .

Baru kelmarin saya telah menjawab soalan mengenai keselamatan

jalan raya di mana saya telah menyebut 10 langkah bagi menentukan

dan mengurangkan kemalangan di jalan raya.

Yang Berhormat Puan Hajah Habidah juga menyentuh mengenai

penguatkuasaan supaya meningkatkan penguatkuasaan. Sebenarnya pihak

Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga pihak Polis te lahpun berusaha

meningkatkan penguatkuasaan. Dari angka-angka yang saya akan beri

ini, iaitu perbandingan 1989 dengan 1990 kita akan dapat melihat

peningkatan penguatkuasaan sebanyak purata 30%, iaitu misalnya

bilangan kenderaan yang diambil t indakan tahun 1989 - 47,144, tahun

1990 - 62,749 meningkat 33.1% iaitu tindakan yang kita ambil kepada

kenderaan-kenderaan yang ditahan kerana melakukan kesalahan-

kesalahan satu atau lebih kesalahan.

Page 105: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D R . 2 2 . 2 . 9 1 - 103 -

Keduanya, bilangan kesalahan yang di lakukan iaitu 54,594

kesalahan dilakukan pada tahun 1989 yang telah dapat kita ambil

tindakan dan tahun 1990 - 69,380 kesalahan. Bilangan kes

keseluruhannya ialah 52,523 kes bagi tahun 1989 dan 64,087 kes bagi

tahun 1990. Ini bererti bahawa Jabatan Penguatkuasaan telahpun

meningkatkan tugas dan kerja masing-masing untuk membanteras gejala-

gejala yang menyebabkan kemalangan jalan raya yang seringkali saya

sebutkan berpunca sebenarnya daripada kecuaian manusia.

Kementerian Pengangkutan juga telah mengambil tindakan untuk

menguatkuasakan Kurikulum Baru Sekolah Memandu iaitu mulai 1hb

Februari, 1991. Di bawah Kurikulum Baru Sekolah Memandu ini , di-

t i t ikbera tkan pemanduan berhemat atau, dengan izin, defens ive

driving, iaitu untuk melahirkan pemandu-pemandu yang cekap, berhemat

iaitu boleh menjangka jarak jauh antaranya dengan kenderaan yang

lain dan dapat mengelakkan kanalangan, iaitu berhemat dengan dapat

mengelakkan kemalangan dan bertanggungjawab apabila memandu.

Sering dikatakan bahawa orang Malaysia ini semuanya baik-baik

belaka, lembut-lembut dan sebagainya, t e t ap i bila di belakang

steering, mereka menjadi ganas. Ada di dalam beri ta suratkhabar di-

ka takan , "the ugly Malaysian" . Itu pandangan daripada pelawat dari

luar negeri. Untuk mengelakkan supaya imej pemandu di Malaysia ini

tidak dianggap sedemikian oleh orang luar, maka kita telahpun

menguatkuasakan Kurikulum Baru Sekolah Memandu ini dan ki ta juga

mahukan pemandu-pemandu yang di lahirkan itu pertimbangrasa kepada

pengguna-pengguna jalan raya yang lain, kerana saya sendiri sering

mendapat aduan daripada orang ramai, kata mereka pemandu-pemandu

terutamanya pemandu-pemandu kenderaan berat kadang-kadang cuba bul ly

Page 106: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN. 22.2.91 - 104 -

kenderaan-kenderaan kecil tidak boleh hendak memotong, dia tidak

beri memotong dan sebagainya. Jadi, inilah yang kita hendak supaya

pemandu-pemandu kita ini bertimbangrasa kepada pengguna-pengguna

jalan raya yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya itulah sahaja perkara-perkara

yang telah disentuh yang berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian

Pengangkutan dan saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terirna

kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi teguran dan

syor-syor kepada perkara-perkara yang saya sebutkan tadi dan saya

memberikan jaminan sekali lagi bahawa semua yang telah disebutkan

itu akan terus diambil tindakan. Terima kasih,

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Menteri dari

Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos untuk memberi jawapan.

6.14 ptg.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' S. Samy Vellu]: Tuan

Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang te lah mengambil bahagian dalam

perbahasan atas dasar-dasar Belanjawan 1991 dan seterusnya memberi

cadangan, teguran dan syor-syor mengenai perkara-perkara di bawah

tanggungjawab Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Dalam tempoh

perbahasan selama empat hari , Ahli-ahli Yang Berhormat telah

menyentuh mengenai penswastaan pos , masalah te le fon dan perkembangan

Tenaga Nasional Berhad.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator P. Balaram telah

menyentuh Tenaga Nasional Berhad yang baru d iperbadankan. U n t u k

makluman Ahli Yang Berhormat , Tenaga Nasional Berhad adalah

bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan e lektr ik ke

Page 107: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 105 -

seluruh Semenanjung Malaysia dengan mencukupi, selamat dan dengan

harga yang munasabah. Tanggungjawab ini adalah termaktub dalam

syarat lesen TNB. Di samping itu, TNB juga disyaratkan dengan

Program Bekalan Elektrik Luar Bandar atau lebih dikenali sebagai

PELB seperti yang dipersetujui oleh Kerajaan pada 31hb Ogos 1990.

Program PLB di seluruh Semenanjung Malaysia akan diselesaikan dalam

tempoh Rancangan Malaysia Keenam dari tahun 1991 sehingga 1995.

Oleh itu perkhidmatan bekalan elektrik ke luar bandar dan kawasan

pendalaman akan dilaksanakan oleh TNB.

Ahli Yang Berhormat yang berkenaan juga telah menimbulkan

perkara-perkara mengenai kelambatan menyediakan kemudahan telefon di

kawasan taman-taman perumahan, Memang diakui perkara seumpama ini

berlaku di beberapa kawasan, tetapi ia bukanlah kerana pihak STM

tidak peka kepada keperluan rakyat dan sengaja tidak mahu mengeluar-

kan belanja bagi menyediakan kemudahan itu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat , Telekom Malaysia telahpun

menyediakan satu rancangan yang konkrit bagi pembangunan

telekomunikasi di negara ini khususnya rancangan pembangunan

telekomunikasi luar bandar. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam,

Telekom Malaysia telah memperuntukkan sejumlah 31.72 bilion atau 16%

daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan modal syarikat sebanyak

$10.7 bilion untuk pembangunan kemudahan telekomunikasi luar bandar

dan kawasan pinggir bandar . Pembangunan kemudahan telekomunikasi

adalah satu urusan yang berterusan. Untuk rnakluman Ahli Yang

Berhormat, saya sendiri akan memast ikan bahawa Telekom Malaysia

t idak mengabaikan tanggungjawab sosial mereka kepada masyaraka t luar

bandar.

Page 108: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22. 2.91 - iOb -

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Mustafa Awang telah

membangkitkan masalah perlaksanaan Rancangan Telefon Awam Luar

Bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian

dengan Telekom Malaysia telah menerima cadangan Rancangan Telefon

Awam Luar Bandar dari semua negeri dan suka saya memaklumkan bahawa

setelah dikaji, pihak Kementerian telah meluluskan rancangan untuk

memasang sebanyak 1,975 buah telefon awam di seluruh negara. Jumlah

ini merupakan peningkatan sebanyak tiga kali ganda dari jumlah bagi

rancangan dalam tahun-tahun sebelumnya. Pihak Telekom Malaysia akan

melaksanakan pemasangannya secara berperingkat-peringkat mulai bulan

April ini.

Mengenai masalah kedengaran perbualan orang-orang lain semasa

menggunakan telefon, saya percaya ini berlaku semata-mata akibat

apa yang dipanggil "cross-talk" atau "cross-line" dan tidak ada kena

mengena dengan perbuatan tapping sepertimana yang disebutkan oleh

Ahli Yang Berhormat dalam ucapan beliau. Fenomena ini berlaku

bukan sahaja di negara ini tetapi juga di semua pentadbiran

telekomunikasi di negara-negara yang lain dari masa ke semasa.

Pihak Telekom Malaysia sedia maklum tentang kejadian ini dan akan

sentiasa mengambil tindakan untuk mengatasinya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator M u s t a f a Awang juga

telah menyentuh berkenaan dengan penswastaan Jabatan Perkhidmatan

Pos. Suka saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Jabatan

Perkhidmatan Pos adalah sebuah jabatan yang menguntungkan. Anggaran

keuntungan untuk tahun 1990 ialah $15.9 ju ta . Untuk makluman Ahli

Yang Berhormat , Jaba tan Perkhidmatan Pos akan diswastakan melalui

Page 109: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 107 -

peringkat perbadanan terlebih dahulu sebelum diswastakan sepenuhnya.

Melalui penswastaan, Kera jaan yakin keuntungan syarikat pengganti .

kepada Jabatan Perkhidmatan Pos akan lebih meningkat lagi dan

syarikat berkenaan akan dapat bergerak sebagai sebuah badan

komersial. Syarikat pengganti akan lebih berdaya saing dan dapa t

meneroka dan memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan baru.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha ke arah penswastaan Jabatan

Perkhidmatan Pos telah berpandukan kepada garispanduan Dasar

Penswastaan Kerajaan. Dalam hubungan ini, Kerajaan telah mengambil

kira kepentingan kakitangan Jabatan Pekhidmatan Pos yang akan di-

swastakan. Kerajaan juga memastikan kepentingan orang ramai. Dalarn

perlaksanaan penswastaan ini, pandangan kakitangan adalah diambil-

kira dan Kerajaan akan menentukan bahawa kakitangan tidak akan

kehilangan sebarang faedah yang telah mereka nikmati semasa

berkhidmat dengan Kerajaan.

Page 110: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 108 -

Penswastaan Jabatan Perkhidmatan Pos juga telah dapat memenuhi

objekt i f utama dasar penswastaan terutamanya untuk menggalakan per-

tandingan, meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran, mempercepat-

kan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan saiz dan penglibatan

sektor awam dalam ekonomi selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi proses ke arah perlaksanaan pen-

swastaan itu sendiri, Jabatan Perkhidmatan Pos kini telahpun meng-

amalkan sistem perakaunan perdagangan mulai tahun 1985 dan ia me-

rupakan asas yang kukuh ke arah penswastaan.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih

kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah mengemukakan

pandangan am, teguran masing-masing mengenai pelbagai isu dan

masalah di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Saya telahpun memberikan penjelasan saya ke atas beberapa pandangan

dan teguran yang tidak sempat di jawab di Dewan yang mulia ini. Saya

meraberi jaminan bahawa ianya akan diberi perhatian yang sewajarnya

oleh Kementerian saya. Teritna kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Kementerian

Perusahaan Utama untuk memberi jawapan.

6.22 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Dato' Haji Tengku Mahmud

bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Yang Berhormat

Menteri Perusahaan Utama sukalah saya mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh serta

memberi pandangan terhadap perkara-perkara yang terletak di bawah

Page 111: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 109 -

bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Perusahaan Utama se-

panjang perbahasan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Terengganu, Yang

Berhormat Senator Mustafa bin Awang telah mencadangkan supaya

Kementerian Perusahaan Utama menitik-beratkan serta menggalakkan

eksport barangan siap dari minyak kelapa sawit dan kayu-kayan.

Sukacita dimaklumkan bahawa hal ini memang telah menjadi dasar

Kerajaan di mana Kerajaan telah mengecualikan duti eksport minyak

sawit yang diproses sebagai langkah menggalakkan eksport bahan-bahan

tersebut. Kadar pengecualian duti eksport adalah bergantung kepada

tahap pemerosesan yang dilalui oleh minyak sawit itu sebelum ianya

dieksport.

Dalam pada itu, sebagai strategi pemasaran adalah baik jika

kita membekalkan apa yang diminta oleh para pembeli . Jika para

pembeli luar negeri ingin membeli minyak sawit mentah atau minyak

sawit separuh proses, pengeksport Malaysia haruslah bersedia mem-

bekalkan barangan jenis vang dikehendaki itu. Jika tidak, maka pem-

bekal-pembekal dari negara lain akan meragut pasaran yang berkenaan

dari pengusaha Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telahpun merancang dan mengambil

tindakan bagi menggalakkan pengeksportan barangan siap kayu-kayan

dengan memastikan pertumbuhan dan perkembangan sektor industri kayu

hiliran secara teratur dan mempermudahkan prosedur untuk peng-

eksportan.

Page 112: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 110 -

Langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Kementerian bagi

maksud ini adalah seperti berikut:-

(1) Melalui Dasar Pengawalan Eksport bahan mentah seperti:-

(a) mengharamkan eksport balak dan rotan mentah dari

Semenanjung Malaysia;

(b) Mengenakan levi ke atas eksport kayu gergaji yang ter-

pilih dan juga veneer;

( 2 ) Mengenalpasti tindakan-tindakan bagi menghadapi saingan

dari pengeluar barangan siap kayu tropika yang lain.

Rancangan dan tindakan-tindakan tersebut adalah seperti

berikut:-

(a) Bekerjasama dengan Kerajaan-kerajaan Negeri bagi

mewujudkan pemusatan perkampungan perabot di pekan-

pekan kecil di beberapa buah negeri yang mempunyai

bahan-bahan mentah terutamanya untuk mengurangkan

kos tanah dan mengelakkan - daripada kekurangan

buruh-buruh yang sedang dihadapi oleh kilang-kilang

perabot di kawasan-kawasan perindustrian pada masa

ini.

(b) Kerajaan telah mempelbagaikan dan mengenalpasti

pasaran-pasaran baru yang berpotensi , meyakinkan

pembeli-pembeli terhadap mutu barangan kayu negara

di samping mengenalpasti saluran pasarannya.

Page 113: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 111 -

(c) Penekanan keluaran barangan kayu, mengutamakan

pilihan pengguna dari segi reka bentuk, pe-

masaran dan kemas-siapannya.

(d) Memastikan industri pemerosesan hiliran mem-

perolehi bekalan bahan mentah yang mencukupi

dengan harga yang munasabah supaya kos barangan

kayu yang dihasilkan dapat bersaing di pasaran

antarabangsa. Kajian-kajian sedang dijalankan

dengan pihak Kerajaan-kerajaan Negeri bagi rae-

lipatgandakan tanaman getah untuk balak, rotan

dan buluh di kawasan-kawasan hutan simpan

kekal.

(e) Mempergiatkan aktiviti penyelidikan pasaran

supaya maklumat mengenai pasaran dan kegiatan

pembekal saingan dapat dikenalpasti dengan

mengedar penerbitan mengenai maklumat-maklumat

pasaran kepada pengeksport barangan pemerosesan

kayu.

(f) Mewujudkan Tabung Pembangunan Industri Kayu

yang salah satunya adalah bertujuan untuk mem-

bantu-menggalakkan pertumbuhan industri hiliran

dan pemerosesan barangan siap kayu ke luar

negara.

Page 114: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 112 -

Menyentuh tentang apa yang telah dikeluarkan oleh Yang

Berhormat Tuan Ng Peng Hay dari Melaka tentang masalah sisa buangan

dari dua buah kilang getah iaitu MARDEC dan MARFEC, maka pihak

Kementerian akan terus membuat kajian supaya perkara-perkara yang

telah ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat yang berkenaan akan dapat

dikurangkan dari semasa ke semasa, Insya Allah sisa-sisa kilang

tersebut akan dapat kita mengurangkan daripada mengalir ke dalam

sungai menerusi perparitan yang sedang disiapkan oleh kedua-dua

kilang itu.

Jadi itulah sahaja jawapan yang dapat diberikan oleh saya.

Walau bagaimanapun, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tetah memberi pandangan terhadap

Kementerian ini. Insya Allah, apa juga pandangan yang akan diberi,

akan dibuat kajian dan diambil tindakan oleh Kementerian ini.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Yang Berhormat

Menteri Kerja Raya untuk berucap selama dua, tiga minit sahaja.

6.28 ptg.

Menteri Kerja Raya [Datuk Leo Moggie anak Irok]: Tuan Yang

di-Pertua, saya suka mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat, yang telah memberi pandangan terhadap perkara-perkara di

bawah bidang tugas Kementerian Kerja Raya.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat menyentuh

soal infrastruktur di negara kita ini. Suka saya mengambil ke-

sempatan untuk menegaskan sekali lagi bahawa Kerajaan memang dan

Page 115: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

DN.22 .2 .91 - 113 -

akan terus memberi tumpuan untuk menentukan infrastruktur di negara

kita ini dibangunkan dengan secepat mungkin yang boleh. Tindakan

ini diambil kerana Kerajaan berpendapat sekiranya infrastruktur

tidak mencukupi ianya akan mengurangkan pencapaian pembangunan di

negara ini. Kerajaan berpendapat infrastruktur ialah pengasas atau

catalyst yang dapat mendorong pembangunan negara. Selain dari itu

ianya juga memberi kemudahan asas yang akan meningkatkan kehidupan

sosio-ekonomi rakyat je la ta .

Selari dengan dasar i tu, Kerajaan senantiasa mencari jalan

untuk mempergiatkan perlaksanaan kemudahan-kemudahan infrastruktur,

termasuk memulakan pembangunan infrastruktur-infrastruktur yang baru

dan juga membaiki dan menyelenggara infrastruktur- infrastruktur yang

sedia ada. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan yang diuruskan dan

dibinakan oleh pihak swasta, dijangka dapat disiapkan pada ke-

seluruhannya pada penghujung tahun 1993 ataupun awal tahun 1994,

iaitu kira-kira l 1/2 tahun lebih awal dari jadual asalnya. Begi tu

juga dengan kemudahan-kemudahan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, bersabit dengan soal keselamatan jalan,

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan sebentar tadi telah

menjelaskan dengan panjang lebar tindakan yang telah diambil oleh

Kerajaan. Saya suka menyambung dan mengambil kesempatan untuk

menerangkan tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan yang ada

Page 116: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my fileada dua soalan tambahan. Nombor satu, ... apa lagi badan berkanun di dalam Kementerian untuk ... Apa-kah tindakan yang akan …

D N . 2 2 . 2 . 9 1 - 114 -

bersabit dengan physical cond i t ion , dengan izin, j a lan- ja lan di

negara ki ta ini. Sebenarnya, K e r a j a a n memang menyediakan p e r u n t u k a n

khas bagi membaiki keadaan ja lanraya- ja lanraya di seluruh negara d i

bawah kerja-kerja penyenggaraan . Sebagai sa tu langkah u n t u k memper-

tingkatkan keselamatan ja lanraya di kawasan-kawasan yang d ianggapkan

merbahaya, Kera jaan sedang melaksanakan Program Keselamatan j a l a n -

raya yang mempunyai dua komponen. Komponen yang pertama ia lah

projek m e m p e r e l o k k a n . . .

Tuan Yang di-Pertua: Minta m a a f , Yang Berhormat , b o l e h k a h

sambung pada hari Isnin?

Datuk Leo Moggie anak Irok: Terima k a s i h , Tuan Yang d i -Per tua .

Tuan Yang di-Pertua: Ahl i -ah l i Yang Berhormat , M a j l i s

Mesyuara t ini d i t angguhkan sehingga hari I sn in , 25hb Februar i , pada

pukul 2.30 pe t ang .

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.