DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0...

82
2018 Bil. 16 Isnin 10 Disember 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA

Transcript of DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0...

Page 1: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

_________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018

Bil. 16 Isnin 10 Disember 2018

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA

Page 2: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme
Page 3: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

_________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018

K A N D U N G A N

MENGANGKAT SUMPAH DUA ORANG AHLI (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

- Mengalu-alukan Pelantikan Dua Orang Ahli Baharu (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 2)

URUSAN MESYUARAT (Halaman 2) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 19) Kajian Separuh Penggal

Rancangan Malaysia Kesebelas (2018 – 2020) (Halaman 20)

Page 4: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran

2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin

3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad

4. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan (Perlis)

6. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim

7. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh

8. “ Tuan Aknan a/l Ehtook

9. “ Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram

10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

11. “ Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

12. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun

13. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias

14. “ Puan Bathmavathi Krishnan

15. “ Dato’ Chai Kim Sen

16. “ Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah (Selangor)

17. “ Datuk Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan

18. “ Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

19. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu)

20. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin

21. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

22. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat

23. “ Dato’ Indera Hoh Khai Mun (Pahang)

24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung

25. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah

26. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid

27. “ Datuk Jamilah Sulaiman

28. “ Datuk John Ambrose

29. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

30. “ Dato’ Sri Khairudin Samad

31. “ Tuan Khairul Azwan Harun

32. “ Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Kewangan

Page 5: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

ii DN 10.12.2018

33. Yang Berhormat Datuk Lee Tian Sing

34. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

35. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah)

36. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin

37. “ Datuk Mohan a/l Thangarasu

38. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B)

39. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor)

40. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

41. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak - Menteri Komunikasi dan Multimedia

42. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah

43. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa

44. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff

45. “ Datuk Ng Chiang Chin

46 “ Dato’Ong Chong Swen

47. “ Dr. Nuing Jeluing

48. “ Datuk Paul Igai

49. “ Datuk Lim Pay Hen

50. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

51. “ Datuk Rabiyah binti Ali

52. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris

53. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad

54. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis)

55. “ Datuk Sambathan a/l Manickam

56. “ Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff

57. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian

58. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang)

59. “ Puan Sopiah binti Sharif

60. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee

61. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong

62. “ Datuk Ir. Yong Wui Chong

63. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas

64. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor)

65. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak)

Page 6: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara

Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan

Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain

Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin

Siti Norlina binti Ahmad

Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan

Sherliza Maya binti Talkah

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad

Noor Afiza binti Mohd Fadzi Herdawati binti Mohd Amir Abbu

Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid

Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim

Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya

Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed

Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim

Hizamihatim Maggisa bin Juarah

Page 7: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme
Page 8: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT KEDUA

Isnin, 10 Disember 2018

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

MENGANGKAT SUMPAH DUA ORANG AHLI

LANTIKAN BAHARU

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah.

1. Yang Berhormat Datuk Donald Peter Mojuntin

2. Yang Berhormat Puan Nuridah binti Mohd. Salleh

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN PELANTIKAN DUA ORANG AHLI BAHARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Salam Sejahtera. Di kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan Dewan yang mulia ini mengalu-alukan pelantikan dua orang Ahli baharu mengikut Perkara 45(1)(a), Perlembagaan Persekutuan iaitu, Yang Berhormat Senator Datuk Donald Peter Mojuntin dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah, dan... [Tepuk] Yang Berhormat Senator Puan Nuridah binti Mohd Salleh dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu... [Tepuk]

Pada masa yang sama, saya difahamkan Yang Berhormat Senator Datuk Donald Peter Mojuntin, pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat dari tahun 2004 sehingga 2008. Maka selamat kembali ke Parlimen Malaysia kepada Yang Berhormat Senator.

Adalah menjadi harapan saya, agar kedua-dua Ahli Yang Berhormat akan mematuhi ikrar taat setia seperti mana yang dilafazkan sebentar tadi terutamanya kepada prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara yang menekan antara lain, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta keperibadian mulia yang menjiwai amalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Selanjutnya saya juga percaya bahawa pelantikan Ahli-ahli Yang Berhormat pada pagi ini sebagai Ahli badan legislatif tertinggi negara, akan membantu ke arah memperkasakan imej Parlimen kita sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabangsa.

Page 9: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

2 DN 10.12.2018

■1010

Akhir sekali, saya amat berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan sentiasa mendukung visi rakyat ke arah membina sebuah negara yang maju dan progresif dalam semua aspek pembangunan.

PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membaca Perutusan]

“6 Disember 2018

Perutusan Daripada Dewan Rakyat kepada Dewan Negara

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,

Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:

1. (D.R. 21/2018) Rang Undang-undang Perbekalan 2019

Yang Ikhlas,

t.t

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT”

URUSAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut peraturan mesyuarat 66(2), saya mohon memaklumkan supaya rang undang-undang yang tersebut di dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, sejauh manakah kerajaan telah mampu mengawal kenaikan harga barang yang membebankan rakyat seperti yang terkandung dalam manifesto, Janji No.2: menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Page 10: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 3

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Chong Chieng Jen]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersekali dengan soalan yang lain iaitu daripada Yang Berhormat Senator Puan Razmuni binti Sabu bertarikh 12 Disember 2018; dan juga soalan Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid juga bertarikh 13 Disember 2018 kerana menyinggung perkara yang sama iaitu berkenaan pengawalan kenaikan harga barangan bagi meringankan beban hidup rakyat.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa peka dan prihatin terhadap isu kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat. Bagi mengawal kenaikan harga barangan daripada terus menerus membebankan rakyat, beberapa langkah proaktif dan inisiatif telah diambil bagi membantu rakyat berhadapan dengan kesulitan ini. Langkah pertamanya adalah menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan GST sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan SST, dengan izin.

Berpandukan pada indeks harga pengguna, dengan izin, consumer price index (CPI) yang merupakan kayu pengukur utama bagi kadar inflasi juga menunjukkan perubahan yang ketara iaitu jika kita membandingkan CPI untuk bulan-bulan yang selepas penghapusan GST dengan bulan-bulan yang sebelumnya di dalam tahun 2017. CPI untuk bulan Julai 2017 adalah 3.1 peratus.

Manakala CPI untuk Julai 2018 adalah 0.9 peratus. CPI untuk Ogos 2017 adalah 3.6 peratus. Manakala CPI untuk bulan yang sama iaitu Ogos tahun 2018 adalah 0.2 peratus. Untuk September 2017 CPI nya adalah 4.2 peratus manakala September 2018 CPI nya kenaikan adalah 0.3 peratus sahaja. Untuk Oktober 2017 kenaikan CPI adalah 3.7 peratus. Manakala untuk Oktober 2018, CPI nya adalah 0.6 peratus sahaja.

Langkah kedua yang kita implementasikan adalah terus mengawal harga barangan keperluan utama pengguna seperti minyak petrol, diesel, gas cecair petroleum LPG, minyak masak, gula pasir, tepung gandum dan beberapa barangan lain bagi memastikan barang-barang keperluan utama dijual dengan harga yang tidak membebankan pengguna.

Langkah ketiga adalah mengaktifkan majlis tindakan kos sara hidup negara yang terbahagi kepada beberapa pecahan kluster penting seperti pendidikan, pengangkutan, perumahan dan lain-lain yang bertindak sebagai platform bagi membincangkan isu-isu berkaitan kos sara hidup secara holistik dan seterusnya mencari penyelesaian yang bertepatan.

Langkah keempat adalah melaksanakan dan menyemak semula keberkesanan program penyeragaman harga dan pemberian subsidi agar ianya lebih telus serta dapat membantu dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat khususnya kepada masyarakat di luar bandar. Peruntukkan dalam buku Bajet 2019 bagi program penyeragaman harga juga mencatatkan peningkatan daripada tahun 2018.

Untuk tahun 2018, peruntukkan yang diluluskan adalah hanya RM80 juta. Manakala untuk tahun 2019, peruntukkan sebanyak RM150 juta telah diperuntukkan dan kebanyakan daripada peruntukkan itu akan digunakan untuk Sabah dan Sarawak di mana kawasan pedalamannya amatlah luas. Oleh itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Sabah dan Sarawak.

Langkah kelima, memperkasakan dan menambah baik Suruhanjaya Persaingan Malaysia bagi mempergiatkan usaha dalam menghapuskan kartel dan monopoli dalam beberapa bidang industri yang menyebabkan berlakunya eksploitasi dan membebankan kepada rakyat.

Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah tahun 2018) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi mengawal pengambilan keuntungan tinggi secara tidak munasabah oleh peniaga. Sekian terima kasih.

Page 11: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

4 DN 10.12.2018

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Laksamana.

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya menyamakan diri saya sebagai petani, peladang dan juga penoreh getah. Saya tidak peka dengan keadaan CPI atau apa. Kami tidak faham, orang kampung. Apa yang kami rasa harga getah turun, harga padi pun tidak seberapa dan juga harga sawit rendah.

Jadi rakyat melihat tindakan kerajaan ini agak perlahan untuk memenuhi keperluan rakyat. Sepatutnya kalau getah turun harga, sawit turun harga, kita hendak harga barangan pun turun juga mengikut harga barang. Itu merupakan tindakan kerajaan yang betul-betul prihatin hendak membantu rakyat khususnya rakyat di luar bandar.

Jadi kami ingin melihat tindakan kerajaan khususnya kementerian mengambil peka dengan rintihan rakyat supaya harga-harga barang benar-benar diturunkan khususnya minyak petrol. Kita kalau boleh kita hendak harga kurang daripada RM2 khususnya RON95 dan juga diesel. Kami harap kerajaan akan pertimbangkannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Pertimbangan.

Tuan Chong Chieng Jen: Tuan yang di-Pertua, itu penetapan harga petrol itu bukan di bawah bidang kuasa kementerian ini. Oleh itu saya tidak boleh buat apa-apa perjanjian, ia tertakluk kepada keputusan Kabinet untuk menentukan harganya. Terima kasih.

■1020

Tuan Adrian Banie Lasimbang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih atas jawapan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ingin bertanya, apakah strategi kementerian khasnya untuk memastikan bahawa penguatkuasaan di kawasan luar bandar khasnya kawasan terpencil seperti di Sabah dan Sarawak? Sebab apa yang saya lihat, walaupun banyak program-program yang dijalankan oleh kerajaan, khasnya untuk membawa subsidi-subsidi ini ke kawasan yang terpencil tetapi masih banyak didapati berlaku salah guna subsidi ini.

Subsidi ini sebenarnya bukannya sampai kepada rakyat yang sepatutnya menerima tetapi telah disalahgunakan oleh peniaga-peniaga tertentu untuk menjual barangan ini kepada harga yang lebih tinggi. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah tindakan penguatkuasaan khasnya di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak ini untuk memastikan subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan ini dapat dinikmati oleh rakyat yang sepatutnya menerima subsidi ini? Terima kasih.

Tuan Chong Chieng Jen: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, kita memang sedar bahawa ada ketirisan dalam program penyeragaman harga yang dahulu dilaksanakan oleh pentadbiran sebelum ini. Oleh itu kita ada buat pengubahsuaian pada program ini dan salah satu langkah yang akan dilaksanakan adalah kita sudah berbincang dengan beberapa syarikat minyak supaya mewujudkan mini station ataupun Portable Container System (PCS) di kawasan pendalaman dan akan diuruskan oleh oil company itu.

Ini adalah salah satu langkah untuk memastikan bahawa ketirisan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator tadi itu tidak akan terus dilanjutkan, supaya rakyat dan penduduk di pendalaman akan dapat membeli minyak petrol, minyak diesel dan barangan dengan harga yang sama dengan penduduk di bandar. Saya rasa langkah itu akan mengubah kesalahan yang dilakukan sebelum ini. Terima kasih.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Soalan saya mudah sahaja, kalau tadi Yang Berhormat Laksamana telah membangkitkan isu pengguna iaitu di kalangan pekebun-pekebun kecil dan sebagainya, saya ingin membangkitkan isu di kalangan peniaga kecil, seperti penjual sayur di gerai kecil dan juga peniaga-peniaga yang kecil.

Page 12: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 5

Mereka ini menghadapi tekanan yang hebat kerana margin keuntungan itu sangat

kecil tetapi pada masa yang sama mereka mesti meneruskan kehidupan.

Dalam masa yang sama, selain daripada margin keuntungan kecil mereka juga terpaksa bersaing dengan peniaga-peniaga asing. Apakah insentif kerajaan untuk golongan peniaga-peniaga kecil ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Chong Chieng Jen: Saya rasa ini adalah dalam Kementerian Pembangunan Usahawan. Akan tetapi secara amnya, penetapan harga itu adalah terpulang kepada permintaan supply and demand di market. So, apa yang kita praktik adalah free market mechanism kecuali untuk barang-barang keperluan, beberapa sahaja yang ditetapkan. Oleh itu, yang lain itu kebanyakannya faktor yang mempengaruhinya berasaskan kepada demand and supply factor, market factor. Sekian, terima kasih.

2. Datuk Lim Pay Hen minta Menteri Industri Utama menyatakan, berapa peruntukan kerajaan baharu di dalam Bajet 2019 bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah untuk menghadapi musim tengkujuh yang kerap memberi impak kepada hasil penorehan getah.

Timbalan Menteri Industri Utama [Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia baharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Senator Datuk Lim Pay Hen di atas soalan yang penting.

Tuan Yang di-Pertua, seperti sedia maklum, berdasarkan pengumuman bajet ataupun Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 2 November 2018 yang lepas, tiada peruntukan bagi bantuan musim tengkujuh. Namun kerajaan terus komited melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah dengan paras harga pengaktifan RM2.20 sekilogram bagi harga getah sekerap di peringkat ladang.

Memandangkan harga getah yang terus merudum serta keprihatinan kepada kebajikan dan sumbangan pekebun dan penoreh getah kepada negara, kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) ini pada 21 November 2018 yang lepas. Dengan kenaikan paras harga pengaktifan daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram getah sekerap.

Selain itu, bagi membantu pekebun kecil juga Lembaga Getah Malaysia mempunyai beberapa teknologi yang sedia ada untuk diguna pakai. Contohnya, alat pelindung hujan ataupun rain gutter. Alat pelindung hujan ini merupakan antara teknologi yang akan membolehkan aktiviti menoreh getah diteruskan selepas panel itu kering kerana ia dapat mengurangkan panel torehan daripada basah sepenuhnya sewaktu hujan yang tidak terlalu lebat.

Oleh demikian, pendapatan pekebun kecil tidak terputus sepenuhnya sewaktu musim tengkujuh. Di samping itu, berdasarkan kepada statistik pengeluaran getah asli negara di dapati bahawa trend ataupun pattern pengeluaran, dengan izin, pada suku tahun keempat iaitu semasa musim tengkujuh bagi tempoh tahun 2015 hingga tahun 2017, pengeluaran getah telah meningkat secara purata 14 peratus berbanding suku tahun ketiga tempoh tersebut. Ini menunjukkan produktiviti pengeluaran getah yang tinggi di samping sebahagian daripada kawasan getah di negara ini masih boleh ditoreh walaupun semasa musim tengkujuh berikutan taburan hujan yang berbeza. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Datuk Lim Pay Hen, soalan ini baru kementerian dan Yang Berhormat Menteri menjawab minggu yang lalu dan jawapan dia sama juga. Sila ambil maklum Setiausaha. Soalan yang telah dibangkitkan jangan pula diulang balik.

Datuk Lim Pay Hen: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk kongsi bersama harga getah dengan kelapa sawit pada minggu lepas.

Harga getah pada minggu lepas untuk sekerap RM1.90 sekilogram. Manakala untuk kelapa sawit RM274 satu tan. Kalau untuk pekebun kecil yang jual kepada pembeli dan minta cash in return, dia cuma dapat RM240 atau RM250 sahaja.

Page 13: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

6 DN 10.12.2018

Jadi, walaupun soalan telah dikemukakan dan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri

tetapi tetap saya hendak bangkitkan soalan ini. Saya hendak kemukakan soalan tambahan saya. Tanpa peruntukan bantuan musim tengkujuh, kementerian telah memperkenalkan teknologi penuaian lateks atau Sistem Torehan Berintensiti Rendah (LITS).

Alat pelindungan hujan atau rain gutter melaksanakan aktiviti ekonomi sampingan seperti integrasi tanaman, ternakan dan sebagainya. Keadaan ini juga jelas memberi kita gambaran bahawa nasib pekebun kecil dan penoreh getah di negara kita dengan pepatah Melayu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Maka soalan tambahan saya ialah pertama, apakah kementerian akan mengambil cadangan pekebun kecil dan penoreh getah untuk mewujudkan harga dan lantai bagi harga getah dan kaedah stok penimbang?

Kedua, apakah kementerian akan mewujudkan satu pelan transformasi industri getah dengan bantuan peruntukkan yang lebih tinggi untuk menganjakkan pekebun kecil dan penoreh getah kepada tanaman lain seperti bijirin jagung, pisang dan lain-lain? Keadaan ini lebih bermakna apabila hasil tanaman ini boleh dibekalkan sebagai makanan ternakan kepada ternakan seperti ayam dalam negara bagi mengurangkan kebergantungan pengimportan makan ternakan yang kini semakin mahal akibat pertukaran mata wang asing.

■1030

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Terima kasih Yang Berhormat Senator di atas dua soalan yang penting.

Walaupun seperti yang dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua, saya telah ulas sebahagian besar daripada isu yang dibangkitkan. Akan tetapi, untuk dua soalan yang penting ini pertama soal- saya hendak sentuh soal pelan transformasi. Saya setuju bahawa kita mesti elakkan pendekatan budaya tokenism ataupun runcit-runcit. Di mana waktu ada masalah kita bagi runcit RM200, RM200 dan RM200. Ini kerana kita sudah menjangkakan untuk getah misalnya bulan 10, 11 dan 12 memang akan ada masalah sebab hujan. Oleh sebab itu kita kena ada satu pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif.

Buat masa sekarang, kita menggunakan pendekatan integrasi iaitu ternakan dan juga tanaman. Seperti mana Yang Berhormat bangkitkan tadi ialah ada beberapa success story. Misalnya, saya turun ke Kuala Krai dua minggu lepas ada di kalangan pekebun kecil yang menanam nanas misalnya. Jadi, itu menambahkan pendapatan. Waktu saya turun bertemu dengan pekebun kecil di Sungai Sari di Kedah mereka buat tanaman limau dan sebagainya, ada ternakan ayam kampung. Ini integrasi ternakan dan tanaman ini boleh membantu pekebun kecil dan ia bukan terikat dengan budaya tokenism ataupun runcit sewaktu datang masalah yang mana kita boleh jangka masalah itu akan datang.

Soal harga lantai, saya telah berikan penjelasan di dalam Dewan ini bahawa ketika ini kemampuan kewangan negara tidak mampu untuk menunaikan cadangan harga lantai yang meletakkan cadangan RM3 ke RM4. Buat masa sekarang ini, kita memberikan tumpuan kepada harga RM2.50, di mana kita akan bantu daripada segi insentif pengeluaran getah.

Itu pun untuk pengetahuan Yang Berhormat, ketika harga insentif IPG ini pada RM2.20 pun yang menuntut itu hanya 15 peratus pekebun kecil. Jadi sekarang kementerian sedang melakukan berbagai-bagai program di bawah iaitu di grassroot untuk memastikan pekebun-pekebun kecil ini buat tuntutan. Kalau tidak ada tuntutan, bagaimana kita hendak manfaatkan inisiatif yang telah pun disediakan oleh kerajaan untuk membantu mereka dalam waktu-waktu yang kritikal ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, berkenaan dengan tanaman lain, Yang Berhormat? Rancangan untuk menolong.

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Ya, saya- minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Tanaman lain, dia membabitkan cross ministries Tuan Yang di-Pertua. Kita ada Kementerian Industri dan Asas Tani untuk bekerjasama termasuk juga hal ehwal ekonomi iaitu RISDA dan sebagainya. Di sini apa yang sedang dilakukan ialah kerjasama di antara ketiga-tiga kementerian ini untuk memastikan iaitu apa yang saya sebutkan tadi cash crop yang boleh dibagi bantuan kepada pekebun kecil. Terima kasih.

Page 14: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 7

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang

Berhormat Senator Datuk Mohan a/l Thangarasu.

3. Datuk Mohan a/l Thangarasu minta Perdana Menteri menyatakan, penjelasan berkenaan status dan perincian peruntukan sebanyak RM4 bilion yang dikhaskan untuk pembangunan masyarakat India yang telah dinyatakan di Parlimen tetapi tidak diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut.\

Seperti mana yang Yang Berhormat sedia maklum, RM4 bilion seperti mana yang dinyatakan dalam Manifesto Pakatan Harapan iltizam khusus untuk masyarakat India merupakan satu dana khas yang dicadangkan untuk pembangunan sosial dan ekonomi warga India untuk tempoh masa 10 tahun pertama. Dana ini adalah dikhaskan untuk membantu membangunkan masyarakat India dengan cara yang saksama.

Seperti yang telah saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini pada 6 September 2018, modal awal dana ini dicadangkan akan dikumpulkan daripada sumbangan kerajaan serta syarikat-syarikat milik kerajaan GLC dan syarikat swasta. Hasrat murni kerajaan dalam meningkatkan status sosioekonomi masyarakat India memang terserlah dalam Manifesto Pakatan Harapan. Malah, perkara ini diperkukuhkan lagi melalui Belanjawan 2019 di mana kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi membangunkan masyarakat India secara saksama.

Berdasarkan prestasi dan keupayaan kewangan kerajaan masa kini akibat daripada pengurusan kewangan kerajaan terdahulu, saya juga memohon Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh warga Malaysia khususnya kaum India untuk memberi peluang kepada kerajaan untuk memenuhi agenda atau iltizam khas ini. Apa yang penting ialah kerajaan akan memastikan wang tersebut benar-benar sampai ke peringkat akar umbi demi memastikan taraf hidup dan sosioekonomi masyarakat India dapat dipertingkatkan setanding dengan kualiti kehidupan masyarakat-masyarakat lain di negara ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Mohan a/l Thangarasu: Soalan tambahan saya. Saya ingin tahu, apakah mekanisme yang akan diguna pakai oleh kementerian dalam memastikan peruntukan RM4 bilion yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri sampai ke akar umbi masyarakat India, serta apakah jangka masa seluruh bajet yang disalurkan kepada masyarakat.

Soalan tambahan saya satu lagi, saya cuma hendak tanya lagi pada Yang Berhormat. Yang Berhormat pernah kata di Dewan yang mulia ini iaitu pengagihan RM400 million setiap tahun yang diagih. So, maka saya dapat tahu pembentangan Bajet 2019 saya tidak nampak angka RM400 juta itu di dalam bajet. So, jadi saya minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy: Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya dalam jawapan tadi, saya menyatakan kerajaan buat masa kini tidak dapat komited untuk RM4 bilion. Akan tetapi, cuma RM4 bilion itu adalah untuk sejumlah masa 10 tahun.

Jadi, untuk tahun 2019, sejumlah RM100 million telah pun diperuntukkan. Jadi menjawab soalan tadi, apakah mekanisme yang akan digunakan untuk memastikan supaya jumlah peruntukan wang tersebut sampai ke peringkat akar umbi. Saya ingin menyatakan di sini bahawa SEDIC telah membuat kajian secara keseluruhan dan juga telah mengadakan sesi-sesi engagement dengan pihak-pihak berkepentingan dan sejumlah enam sesi telah dijalankan setakat ini iaitu berkenaan dengan pendidikan, meningkatkan peluang pekerjaan, menangani isu-isu yang berkaitan dengan belia dan juga social well-being, ekonomi dan sebagainya.

Page 15: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

8 DN 10.12.2018

Terakhir iaitu sesi yang terakhir akan diadakan pada 15 Disember ini. Jadi, SEDIC

akan memastikan bahawa NGO-NGO yang memohon untuk peruntukan adalah benar-benar layak, benar-benar akan melaksanakan program-program dan benar-benar mampu melaksanakan program-program yang dicadangkan oleh mereka dan juga pemantauan juga akan dijalankan dengan lebih terperinci terhadap aktiviti-aktiviti pembangunan yang dijalankan oleh NGO-NGO tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan.

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Barisan Nasional telah merangka satu pelan pembangunan yang komprehensif iaitu Malaysian Indian Blueprint, dengan izin, bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat India. Soalan saya, apakah status pelaksanaan pelan pembangunan oleh Pakatan Harapan dan juga penjelasan terperinci mengenai rancangan dalam pemilikan tiga peratus ekuiti masyarakat India. Sekian, terima kasih.

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy: Terima kasih atas soalan tersebut. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat berkenaan dengan Kerajaan Barisan Nasional yang telah pun mengemukakan satu pelan pembangunan Malaysian Indian Blueprint, saya sekali lagi ingin menyatakan jawapan yang telah saya berikan kepada Dewan yang mulia ini terdahulu daripada ini bahawa pelan tersebut adalah hasil daripada kegagalan bekas Perdana Menteri yang telah tidak melaksanakan MOU yang ditandatangani dengan pihak HINDRAF pada tahun 2013.

Walau bagaimanapun, kerajaan terkini komited untuk melaksanakan segala program-program yang akan menambah baik keadaan sosioekonomi masyarakat India di negara ini. Secara dasarnya, Malaysian Indian Blueprint tersebut boleh diterima kerana ia juga merangkumi segala apa yang telah pun dicadangkan terdahulu daripada itu.

Jadi, mengenai rancangan kerajaan untuk menambahkan ekuiti di kalangan masyarakat India. Saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa sejumlah RM100 juta yang telah pun dikemukakan dalam bajet bagi tahun 2019 akan diguna pakai dengan secara optimum bagi menambahkan ekuiti masyarakat India di negara ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah binti Haji. Md Nordin.

4. Dato' Fahariyah binti Haji Md Nordin minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, bagaimanakah langkah yang boleh diambil kerajaan untuk menarik minat belia menyertai sektor pekerjaan perikanan dan sejauh manakah perancangan kerajaan dalam memastikan penyertaan belia yang berkecimpung di sektor perikanan ini dilipatgandakan jumlahnya menjelang

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Tuan Sim Tze Tzin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Fahariyah binti Haji Md Nordin, kawan saya daripada Johor.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengambil inisiatif dalam rangka pelan serta langkah-langkah strategik untuk menarik penglibatan lebih ramai golongan muda dalam sektor perikanan.

Antara program yang telah dirangka termasuklah Program Agroprenuer Muda- program ini khusus kepada belia berumur 18 tahun sehingga 40 tahun sebagai galakan dalam bidang keusahawanan pertanian. Program ini turut memberi manfaat kepada golongan nelayan muda dan usahawan yang berminat memajukan sektor perikanan negara.

Kedua, Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) - program ini menawarkan latihan kemahiran pertanian kepada semua generasi muda yang berkelayakan bagi peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran di tiga buah pusat pentauliahan.

Page 16: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 9

Salah satu bidang yang ditawarkan ialah Teknologi Perikanan Tangkapan. Belia

yang berminat untuk menyertai sektor pekerjaan perikanan khususnya boleh mengikuti latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma kemahiran dalam bidang Akuakultur Air Tawar, Akuakultur Marin, Teknologi Perikanan Tangkapan, Pemprosesan Makanan dan Pemasaran di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN).

Ketiga, ada program sijil perikanan- program ini dikhususkan kepada belia lepasan SPM yang berumur 18 hingga 40 tahun. Program selama dua tahun ini menggabungkan tiga bidang utama dalam perikanan iaitu bidang perikanan iaitu bidang perikanan tangkapan, bidang akuakultur dan bidang pemprosesan produk perikanan. Berdasarkan penemuan Kajian Bancian Sosial Ekonomi Nelayan dan Isi Rumah (CENSUS SENDI 3), penglibatan nelayan yang berumur di bawah 40 tahun iaitu belia nelayan hanya sebanyak 24.98, peratus- lebih kurang 25 peratus.

Tidak dinafikan pekerjaan sektor perikanan adalah dalam kategori 3 D’s- “dirty”, “dangerous”, dan “difficult” iaitu “kotor”, “bahaya” dan “sukar”. Oleh itu, kerajaan sentiasa mengambil perhatian agar golongan belia nelayan ini terus diberi galakan.

Kementerian ini melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga telah menubuhkan Kumpulan Belia Nelayan iaitu (KUBENA). Sehingga bulan Oktober 2018, terdapat 17 KUBENA, dengan keahlian seramai 976 belia.

Buat permulaan, belia-belia ini didedahkan dengan latihan-latihan keselamatan melalui Kumpulan Keselamatan Nelayan agar dapat membantu mereka membiasakan diri dengan suasana dan aktiviti-aktiviti di laut. Melalui pelbagai program yang dirangka tersebut, kerajaan yakin golongan belia akan dapat ditarik untuk berkecimpung dalam industri perikanan yang boleh memberi pendapatan yang lumayan sekiranya dilaksanakan dengan secara bersungguh-sungguh. Terima kasih.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada rakan saya yang menjawab dengan begitu detil jawapan berkenaan dengan perikanan dan beliau.

Tuan Yang di-Pertua semalam saya berkesempatan pergi ke Pasar Borong Selangor dan dalam keadaan ke pasar itu, saya lihat- pertama, harga barang ikan itu memang tidak dapat dikatakan lagilah. Ikan kembong sampai RM12 sekilo, bawal hitam RM27 sekilo, selar kuning sampai RM18 sekilo. Agak mahal, Tuan Yang di-Pertua dengan keadaan pasar yang saya kira dengan bau yang kurang menyenangkan, dan sebagainya.

Maka saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri. Pertama, sejauh manakah kerajaan menangani monopoli pasaran perikanan negara seperti pemberian lesen secara monopoli, mengurangkan orang tengah dan rantaian pasaran yang menjadikan harga ikan mahal dengan menggalakkan belia-belia menceburi bidang perindustrian khususnya industri penghiliran. Bagaimanakah belia direkrut oleh kerajaan untuk dijadikan nelayan profesional agar industri perikanan dapat ditransformasikan dan dimodenkan dan membawa hasil tangkapan ke seluruh negara?

Oleh sebab kita tahu, kekangan belia ini adalah modal dan juga vessel- pembelian vessel, pembelian modal dan sebagainya. So apakah galakan-galakan kerajaan untuk memberi sokongan terhadap kekangan-kekangan yang mereka hadapi. Sekian Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih, soalan tambahan yang sangat luas. Sebenarnya untuk- saya kena jawab satu persatu ya.

Lesen monopoli. Tidak ada lesen monopoli. Lesen boleh didapatkan oleh sesiapa sahaja yang layak dan mereka boleh meminta daripada Jabatan Perikanan. Tidak ada isu tentang monopoli ya. Cuma kita bekukan lesen yang baharu sebab kita sedang buat pemutihan.

Page 17: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

10 DN 10.12.2018

Sememangnya dia ada isu jumlah nelayan yang terlampau banyak dan kita ada

masalah daripada segi sumber. Sumber semakin berkurangan terutamanya di sekitar lima nautical mile daripada pesisir pantai. Memang sumber kita menunjukkan bahawa ia semakin menurun. Jadi isunya adalah, kita menggalakkan lebih kepada akuakultur, supaya itu lebih menguntungkan...

Tuan Yang di-Pertua: Sumber apa itu?

Tuan Sim Tze Tzin: Sumber perikanan, sumber laut yang semakin menurun sebab overfishing. Jadi ia semakin menurun dan kita menggalakkan orang muda menceburi akuakultur yang lebih menguntungkan sebenarnya dan less dangerous.

Daripada segi bagaimana galakan insentif-insentif, kita sebenarnya ada banyak program seperti Skim Pinjaman Nelayan Komersial yang memberikan pinjaman kadar faedah rendah sebanyak dua peratus sahaja setahun dengan boleh meminjam daripada RM10 ribu hingga RM3 juta.

Skim Pinjaman Nelayan Enjin Dalam- skim ini adalah pinjaman kepada nelayan bagi membiayai aktiviti sektor perikanan untuk bot-bot enjin mengikut Zon A, B dan C dengan kadar faedah sebanyak dua peratus setahun. Had minimum RM5,000 hingga RM70 ribu.

Skim Pinjaman Nelayan Pantai juga memberi pinjaman RM1,000 hingga RM25 ribu tanpa faedah.

Jadi ada banyak program yang membantu menggalakkan nelayan untuk orang-orang muda menceburi sektor perikanan. Jadi tidak ada masalah dan mereka boleh menghubungi Jabatan Perikanan atau LKIM bila-bila masa kalau mereka memerlukan bantuan. Terima kasih.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak tanya- ini saya hendak bawa suara daripada orang kampung, daripada kampung saya di Kelantan, Kampung Tok Bali.

Kronologinya lebih kurang macam ini Tuan Yang di-Pertua. Dia ada Bot Kelas A, tetapi dipukul ribut, tenggelam. Dia bina bot baharu- 70 kaki panjang. Panjang 70 kaki atau 70 sentimeter...? Saya pun tidak pasti... [Dewan ketawa] Ya, 70 kaki panjangnya.

Kita buat permohonan sudah tiga tahun, daripada Kerajaan Barisan Nasional sampai ke hari ini, tidak dapat-dapat. Menangis orang kampung. Perbelanjaan untuk membuat bot sudah sejuta lebih perbelanjaan. Yang tenggelam, yang dapat hanya sauh sahaja. Badan tidak dapat.

Kita buat permohonan hendak tukar daripada Kelas A sebab bot kita buat panjang, besar, RM1 juta lebih Kelas C. Sepatutnya dia pergi Kelas B. Akan tetapi kita minta Kelas C. Kelas C2, bukan laut dalam tetapi Kelas C. Jadi keadaan sekarang tergantung, tidak boleh buat apa-apa. Bot pun masih ada di daratan, tidak boleh turun ke air, sebab kalau turun sahaja kena saman ke Jabatan Perikanan dan sebagainya. Walaupun ada kawan-kawan suggest kepada saya, bot itu susah apa letak roda sahaja- berjalan atas jalan. Tidak payah turun air dia kata, sebab lesen tidak dapat.

■1050

Jadi, saya minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolonglah kalau boleh, ini suara orang kampung ini bukan saya, ini orang kampung. Dia hendak- pekerjaan dia hanya nelayan daripada kecil sehingga ke hari ini.

Jadi kalau boleh, Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong-tolong tengok. Sudah banyak kali saya jumpa Tuan Pengarah, saya jumpa Yang Berhormat Menteri yang dahulu, saya jumpa dengan tuan- ada Chinese, seorang Pegawai Perikanan. Itu pun tidak boleh selesai. Mungkin disebabkan atas dasar, menyalahi dasar dan sebagainya.

Akan tetapi saya mohon ihsan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri agar dapat diselesaikan perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Yang Berhormat Senator ini bukan soalan, ini minta pertolongan.

Page 18: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 11

Jumpa Yang Berhormat Timbalan Menteri dekat luar sahajalah Yang Berhormat...

[Dewan Ketawa] Silakan Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris.

5. Datuk Razali bin Idris minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan, langkah pendek dan panjang kementerian untuk membina usahawan tulen dan menghapuskan usahawan Alibaba.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Razali kawan lama.

Pertamanya isu yang dibangkitkan dalam soalan ini iaitu usaha-usaha untuk menghapuskan usahawan Alibaba ini Tuan Yang di-Pertua. Begitu penting telah menarik perhatian Perdana Menteri dalam ucapan dan perbahasannya di Konvensyen Usahawan Bumiputera beberapa bulan yang lalu membangkitkan isu bahawa usahawan Alibaba ini adalah pengkhianat pada negara. Jadi begitu sekali besarnya.

Memang setiap pembahas ketika itu menolak unsur-unsur Alibaba ini di dalam perniagaan dan juga usahawan-usahawan kita. Jadi langkah yang boleh kita ambil- boleh kita bahagikan kepada langkah jangka panjang dan langkah jangka pendek. Akan tetapi sebelum masuk ke jawapan yang sebenarnya, saya rasa kita harus membina jati diri usahawan-usahawan kita, membina semangat perniagaan mereka, dan maruah mereka daripada awal lagi, sebab itu kita mengharapkan pendidikan usahawan ini, pembangunan usahawan, pembangunan kontraktor ini, jiwa yang ditanam daripada muda lagi supaya tidak mengandaikan maruah mereka hanya untuk mendapatkan satu keuntungan yang kecil.

Mungkin kita ada membangunkan program-program usahawan di kalangan pelajar-pelajar melalui Koperasi Sekolah ataupun belia-belia kita di dalam program-program pembangunan usahawan belia, saya rasa perlu ditanamkan semangat sedemikian supaya tidak terfikir untuk mereka mengamalkan kaedah perniagaan ataupun keusahawanan Alibaba ini yang boleh kita bahagikan dalam konteks Malaysia ini dua senario perniagaan Alibaba ini iaitu satunya syarikat bumiputera yang mendapat kerja- job contract tetapi menyerahkannya kepada syarikat yang lain yang bukan bertaraf bumiputera untuk menjalankan kerjanya, untuk mendapatkan untung atas angin yang sedikit. Memang ini payah juga kita hendak kesan.

Keduanya ialah, individu-individu bumiputera yang meletakkan diri mereka sebagai penama-penama dalam syarikat-syarikat untuk membolehkan syarikat sedemikian mendapat taraf bumiputera dan boleh mendapatkan kerja-kerja ataupun kontrak yang dikhususkan untuk bumiputera. Itu pun kita anggap juga sebagai Alibaba walaupun daripada segi legal-nya masih mengikut undang-undang tetapi daripada segi moralnya ianya adalah satu usaha-usaha untuk menggagalkan program pembangunan usahawan dan juga kontraktor bumiputera. Jadi kedua-duanya kalau boleh kita hendak cuba kurangkan dan hapuskan.

Bagi langkah jangkah masa pendek Tuan Yang di-Pertua, mengetatkan tapisan yang dibuat oleh agensi yang dibuat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sebelum pengagihan sebarang intensif yang diberikan kepada mana-mana syarikat, ertinya kita buat sedikit tapisan. Melalui tapisan yang dibuat, MED dapat mengenal pasti sama ada syarikat yang memohon merupakan usahawan yang tulen atau sebaliknya, dengan cara ini hanya usahawan dan syarikat yang benar-benar layak akan diberikan bantuan dalam bentuk insentif atau pembiayaan bagi membantu kementerian untuk mengenal pasti mana-mana usahawan Alibaba ini. Itu langkah jangkah pendeknya.

Begitu juga dengan menggunakan pejabat-pejabat agensi MED, ada banyak agensi kita di seluruh negara untuk mengenal pasti syarikat-syarikat yang tulen untuk dibangunkan dan diperkembangkan.

Manakala untuk langkah panjang Tuan Yang di-Pertua, agensi di bawah MED yang menyediakan latihan khidmat nasihat seperti Maktab Koperasi Malaysia (MKM), INSKEN dan MaGIC sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan ujian psikometri ke atas para-para peserta latihan bagi mengukur tahap pengetahuan keusahawanan mereka terhadap bidang-bidang yang diceburi sebelum menghadiri kursus.

Page 19: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

12 DN 10.12.2018

Melalui ujian ini, kementerian sedikit sebanyak dapat memastikan kesesuaian dan

kesungguhan peserta tersebut untuk menjadi usahawan. Kita boleh dapat tapis di peringkat awal sebelum mereka terus memperdayakan diri di dalam bidang ini, memperkasakan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan oleh agensi-agensi yang meluluskan lesen kepada usahawan-usahawan dan peniaga. Antaranya dengan memastikan usahawan dan peniaga yang diberikan lesen perlu menyediakan laporan secara berkala mengenai prestasi dan kewangan syarikat. Dengan cara ini kementerian dapat memastikan tahap kualiti dan kepatuhan operasi para usahawan.

Apabila kita menyebut juga tentang syarikat Alibaba ini Tuan Yang di-Pertua, ia sering dikaitkan dengan syarikat kontraktor kerjalah kebanyakannya, syarikat bekalan dan perkhidmatan bumiputera. Pengauditan secara berpusat kepada syarikat yang telah mendapat sijil taraf bumiputera perlu dilaksanakan bagi memastikan tiada penyelewengnya dan penyalahgunaan berlaku di kalangan kontraktor tempatan, terutamanya yang mendapat projek-projek kerajaan.

Ini dapat memastikan hasrat dan matlamat penganugerahan projek kerajaan kepada kontraktor Bumiputera tercapai serta menangani isu sabotaj ekonomi, pemantauan kepada amalan-amalan negatif seperti amalan Alibaba, penjualan lesen, penggunaan lesen kontraktor bumi kepada syarikat bukan bumi untuk mendapatkan projek kerajaan dan pemalsuan dokumen perlu dipertingkatkan dan diperkukuh supaya tidak lagi berlaku di peringkat akar bumi.

Bagi tujuan tersebut, Kementerian MED melalui bahagian pembangunan kontraktor yang diletakkan di bawah kementerian ini akan mengenakan tindakan tegas kepada semua kontraktor yang didapati telah melanggar syarat-syarat taraf bumiputera ini. Ini termasuk menyenaraikan hitamkan kontraktor bumiputera yang terlibat dan menggantung sijil taraf syarikat bumiputera tersebut.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kementerian kini sedang menyediakan satu pengekalan data yang berpusat sebagai rujukan kepada kementerian, agensi dan juga jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, bagi mendapatkan senarai kontraktor bumiputera. Pangkalan data ini boleh membantu kerajaan untuk mengurangkan masalah syarikat Alibaba ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan yang terperinci. Silakan Yang Berhormat Senator Datuk Razali.

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan sudah cukup cuma sedikit sahaja tambahannya. Usahawan yang Alibaba sebenarnya sudah berlaku begitu lama. Perlakuan sebegini tidak semestinya daripada kontraktor daripada Kelas ‘F’ dan ataupun kontraktor Kelas ‘A’. Ia berlaku di mana-mana, termasuk pembahagian ataupun pengagihan geran daripada pihak kerajaan. Apabila mereka mempunyai satu lesen ia akan dapat peluang akan mendapat geran daripada kerajaan.

Jadi soalan saya, setiap lessen ataupun setiap anugerah yang diberikan daripada kerajaan kepada mereka, maka dia mempunyai satu tempoh setahun ataupun dua tahun akan diperbaharui lesen ataupun kemudahan tersebut. Jadi soalan saya, apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk menambah lagi syarat-syarat yang ketat, supaya mereka pemegang lessen ataupun kemudahan yang diberikan oleh kerajaan itu tidak dilakukan secara berkali-kali.

■1100

Jadi maksud saya, apakah tindakan kerajaan untuk memasukkan beberapa perkara lagi dalam sambungan lesen tersebut supaya perilaku tersebut tidak akan berulang daripada semasa ke semasa? Terima kasih.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Razali.

Page 20: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 13

Seperti yang kita sebutkan tadi, insentif-insentif yang diberikan oleh kerajaan

kepada usahawan-usahawan dan kepada kontraktor-kontraktor kita ini memang terus berjalan. Apa yang dipertikaikan ialah apabila kerja-kerja yang diberikan itu di Alibaba kan dan bantuan-bantuan itu disalahgunakan.

Oleh sebab itu kita tadi menyebut tentang tapisan-tapisan. Saya rasa kaedah tapisan itu mencukupi sama ada kita melakukan dengan serius atau tidak yang menyebabkan masih ada berlaku lagi seperti yang disebutkan, dicontohkan tadi itu, geran-geran yang berulang-ulang yang didapati oleh syarikat tanpa kita dapat mengawal outcomenya.

Jadi yang saya sarankan di akhir jawapan awal tadi iaitu pangkalan data yang lebih lengkap, yang lebih menyeluruh supaya kita dapat memantau dan kalau perlu cadangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu kaedah-kaedah yang lebih ketat. Kita tidaklah juga hendak menyusahkan syarikat-syarikat hendak berniaga ini, kita kena bagi ruang. Kalau terlalu ketat pun mungkin menimbulkan masalah. Akan tetapi kalau ada unsur-unsur penyelewengan, saya rasa syarat-syarat itu boleh dikemas kini untuk diperketat. Terima kasih.

Tuan Nga Hock Cheh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jack Ma pun ada mempunyai syarikat Alibaba yang memang menguntungkan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah cadangan meminta beliau berkongsi kebijaksanaan dan kepakaran dia dalam usaha niaga, membolehkan kita membentuk Alibaba yang serupa, yang boleh membawa keuntungan kepada semua pihak yang berniaga sebagai Alibaba Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua: Jack Ma itu Alibaba tulen. Silakan Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Nga Hock Cheh. Ini senior saya di SCS, Setiawan. A runner, lawyer, hebat ya tetapi dia lebih tua daripada sayalah ya.

Tuan Yang di-Pertua, Alibaba sebenarnya bukan dimulakan oleh Jack Ma. Dia pun ambil nama cerita “Ali Baba”, P. Ramlee itu ya...

Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa]

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: ...Jadi sebenarnya dia pun meniru cerita Malaysia ya.

Akan tetapi dia pandai menggunakan nama “Ali Baba” itu. “Ali Baba...” ini cerita dengan 40 orang pencuri ya. Sampai kaya raya ya. Anyway, kita sudah pun, Malaysia sudah pun berinteraksi dengan Jack Ma ini dalam urusan pembangunan perniagaan yang besar dan kita telah berkongsi dengan beliau. Malah cadangan-cadangan beliau pun sebelum ini pun telah dibawa ke Malaysia.

Kita ada Digital Free Trade Zone kita, dan sudah banyak syarikat-syarikat kita yang mengambil contoh-contoh perniagaan terbuka yang dibuat oleh Alibaba dan syarikat-syarikat di bawahnya. Saya rasa pengalaman tersebut pada hari ini memang menjadi ikutan dan hasrat ramai usahawan kita. So, kita alu-alukan dan kerajaan boleh membimbing dan memudah cara mana-mana usaha untuk meniru ataupun mengambil contoh daripada Jack Ma dan perusahaannya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Dato’ Sri Ti Lian Ker.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sering kali kita melihat ataupun mendengar masalah dari satu perseptif. Fenomena Alibaba ini tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan dalam konvensyen bumiputera adalah satu pengkhianatan. Akan tetapi, adakah kita kerajaan membuat kajian, apakah sebabnya wujud fenomena Alibaba, di mana ramai lagi kontraktor-kontraktor bukan bumiputera yang kerana perlunya survival terpaksa menerima kerja yang diserah.

Kita perlu juga selain daripada usaha untuk mewujudkan usahawan-usahawan bumiputera, perlulah kerajaan juga sensitif pada masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan-usahawan bukan bumiputera yang juga tengah atau kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Page 21: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

14 DN 10.12.2018

Jadi saya ingin menanya, adakah kerajaan berhasrat untuk memberi sebahagian

kuota dan bukan dimonopoli seluruhnya kepada kontraktor bumiputera sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker. Memang sesuatu perkara itu berlaku mesti ada sebabnya ya. Kenapa syarikat bumiputera Alibaba kan kerja-kerja mereka kepada syarikat-syarikat yang lain. Kalau mereka serius, mereka mendapat kerja, memberikan subkontrak, itu biasa ya tetapi menyerahkan seluruh kelulusan kontrak itu kepada syarikat lain, ini yang menimbulkan masalah dan tidak ada kemajuan bagi syarikat berkenaan.

Mungkin masalah modal ataupun mungkin masalah bekalan barang-barangan yang terlalu mahal, ada kartel tertentu yang menguasai bekalan, keperluan-keperluan barangan kontrak industri misalnya. Jadi menyebabkan usahawan-usahawan ini dengan modalnya yang tidak seberapa, tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut maka berlakulah Alibaba.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, bukan pendapat Yang Berhormat Menteri. Ada tidak kajian dibuat oleh kementerian?

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Ya, memang daripada Jabatan Pembangunan Kontraktor kita memang ada maklumat-maklumat ini bahawa berlaku keadaan sedemikian ya kerana itulah ada insentif-insentif untuk memberikan bantuan modal, geran dan sebagainya kepada syarikat-syarikat ini. Kalau ditapis dengan baik in syaa Allah perkara ini dapat dikurangkan dan dihapuskan...

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Soalan saya...

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Mengenai kuota, ya?

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Sama ada yang...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Ya?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Menteri belum habis lagi.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Ya, mengenai kuota yang disebutkan tadi itu, saya rasa kerja-kerja ini mesti diberi kepada syarikat-syarikat yang mampu, berdaya mampu. Itu yang pentingnya ya. Kuota bumiputera ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk membangunkan usahawan-usahawan bumiputera. Jadi mereka masih mendapat kemudahan-kemudahan tersebut.

Akan tetapi salah guna ini yang menyebabkan kita perlu mengkaji semula sama ada kita kena rigid kan lagi ataupun kita tubuh badan pemantau yang lebih baik supaya tidak berulang perkara macam ini dan tidak perlu kita menjawab berulang kali dalam hal ini ya. Jadi kuota itu masih terpakai.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Datin Rahimah binti Haji Mahamad.

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya kemukakan soalan, saya ingin mengalu-alukan pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali, Selangor ke Dewan Negara... [Tepuk]

6. Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan, apakah status kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mengenai bahaya gempa bumi di negeri-negeri berisiko tinggi diancam kejadian ini serta apakah persediaan yang diambil kerajaan dalam menetapkan standard baharu yang mengutamakan keselamatan orang awam dan harta benda.

Page 22: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 15

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datin Rahimah. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah menjalankan kajian penilaian dan pemantauan bahaya gempa bumi di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Kawasan Risiko Gempa Bumi yang dilaksanakan pada tahun 2016 sehingga 2020. Projek ini merangkumi keluasan keseluruhan hampir 10 ribu kilometer persegi di kawasan seperti berikut, ada tujuh ya, iaitu:

(i) Ranau dan Lahad Datu, Sabah;

(ii) Niah, Sarawak;

(iii) Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang;

(iv) Batang Kali, Ulu Yam, Selangor;

(v) Kuala Pilah, Negeri Sembilan;

(vi) Kenyir, Terengganu; dan

(vii) Manjung dan Temenggor, Perak.

Melalui projek tersebut, garis-garis sesar aktif yang dikenal pasti telah menyebabkan gempa bumi akan dicirikan, dinilai dan dipantau melalui kajian pemetaan lapangan.

■1110

Kajian subpermukaan melalui kaedah geofizik perparitan dan pembinaan penanda aras gempa bumi iaitu PAG. PAG yang terdiri daripada PAG aktif yakni pengukuran secara langsung dan PAG pasif, pengukuran secara manual adalah untuk memantau kadar gerakan di sepanjang garis-garis sesar aktif. PAG tersebut akan diukur secara berkala iaitu selama sebanyak empat kali setahun.

Sehingga kini, JMG telah melaksanakan pemetaan, pencirian dan penilaian garis-garis sesar aktif serta telah melaksanakan pemasangan 39 PAG dengan perincian seperti berikut:

(i) 27 PAG di Kundasang Ranjau;

(ii) 10 PAG aktif di Lahad Datu, Sabah; dan

(iii) 2 PAG di Bukit Tinggi, Pahang.

Kerja-kerja pemantauan PAG ini sedang dilaksanakan dan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Hasil kajian projek ini telah digunakan dalam penghasilan peta bahaya seismik bagi menunjukkan kawasan yang dijangka akan mengalami kesan atau bahaya terhadap kajian gempa bumi yang berlaku sama ada dari dalam atau luar negara. Hasil kajian dan pemantauan pergerakan garis-garis sesar ini juga akan digunakan dalam mengemas kini maklumat alam peta tersebut pada masa akan datang.

Untuk mengurangkan bahaya gempa bumi dan mengelakkan kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda apabila berlaku gempa bumi, kempen kesedaran awam serta latihan amal mengenai gempa bumi harus dilaksanakan di kawasan-kawasan yang berisiko dan pihak-pihak yang berkaitan adalah Agensi Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama-kerjasama agensi-agensi yang berkaitan. Pihak JMG juga telah pun melaksanakan beberapa siri kesedaran awam bahaya gempa bumi di kawasan Kundasang, Ranau, Kota Belut dan Kota Marudu pada tahun 2017 dan 2018 dengan memberi penumpuan kepada pemahaman terhadap bahayanya kesan gempa bumi ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat.

Page 23: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

16 DN 10.12.2018

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima

kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab saya kira dengan begitu detail jadi soalan yang saya akan tanya itu saya rasa sudah pun terjawab oleh Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

7. Tuan Ismail bin Yusop minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah perancangan untuk mengatasi masalah tahap pengguna yang rendah terhadap Mass Rapid Transit (MRT3) berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Center for Governance and Political Studies (Cent-GPS).

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato’ Kamarudin Jaffar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Ismail. Assalamualaikum salam sejahtera.

Rangkaian MRT memainkan peranan penting terutama sekali dalam mewujudkan ke saling hubungan dengan perkhidmatan rel lain yang sedia ada di kawasan Lembah Klang. Bilangan purata penumpang harian yang direkodkan sepanjang fasa pertama operasi iaitu daripada bulan Januari hingga Jun 2017 adalah seramai 15,700 orang sehari.

Laluan fasa pertama dari Sungai Buloh ke Semantan adalah melibatkan 11 stesen. Selepas pelancaran fasa keseluruhan MRT SBK dari Sungai Buloh ke Kajang yang melibatkan penambahan 31 stesen purata bilangan penumpang harian yang direkodkan antara bulan Julai dan Disember 2017 adalah seramai 115 ribu orang sehari.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa purata bilangan penumpang laluan MRT SBK ini di antara bulan Januari dan September 2018 pula telah meningkat kepada 157 ribu orang sehari iaitu peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding pencapaian tahun 2017. Pertambahan bilangan penumpang ini menggambarkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan dan kecekapan perkhidmatan rel bandar yang semakin meningkat.

Selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai mode pengangkutan utama pilihan rakyat, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk meningkatkan lagi bilangan penumpang MRT. Antaranya sistem tiket bersepadu di antara perkhidmatan rel. Pengguna hanya perlu mengakses ke satu perkhidmatan rel seperti MRT dan boleh bertukar dengan perkhidmatan rel yang lain dengan menggunakan tiket yang sama.

Selain itu, perkhidmatan sokongan bantuan awal dan akhir, dengan izin, first and last mile melalui bas pengantara, feeder buses, dengan izin, juga disediakan bagi memudahkan akses penumpang ke stesen MRT yang berhampiran dengan kawasan kediaman dan komersial masing-masing. Kekerapan operasi perjalanan MRT juga telah ditetapkan setiap empat minit pada waktu puncak pagi dan petang berbanding antara 7 hingga 15 minit pada waktu bukan puncak.

Pada 1 Disember 2018 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pula melancarkan pas pengangkutan awam perjalanan tanpa had selama 30 hari yang dinamakan MY100 dan MY50- MY100 akan membolehkan pengguna warganegara Malaysia menaiki LRT, MRT, Monorel, BRT Sunway dan bas RapidKL tanpa had selama 30 hari berturut-turut daripada hari penggunaan pas tersebut. Manakala MY50 pula adalah untuk menaiki RapidKL, bas tanpa had selama 30 hari berturut-turut. Pas ini akan boleh digunakan bermula 1 Januari 2019.

Dengan adanya bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini, pengguna mampu menggunakan pengangkutan awam pada kadar yang berpatutan. Sehubungan itu, melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, adalah dijangka ia mampu menarik minat lebih ramai beralih menggunakan pengangkutan awam termasuk perkhidmatan MRT dan seterusnya dapat meningkatkan perkongsian mod perkhidmatan awam pada masa hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan.

Page 24: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 17

Saya membangkitkan persoalan ini kerana setelah saya membaca kajian yang

dibuat oleh Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS), dengan izin. Salah satu finding, dengan izin, dapatan yang diperoleh daripada kajian tersebut ialah tahap penggunaan yang rendah ini berkait rapat dengan isu mereka dalam golongan M40 dan B40. Ini kerana pengangkutan awam ini adalah untuk sasarannya ialah kepada pengguna-pengguna ini.

Akan tetapi menurut dapatan kajian ini didapati tahap penggunaan yang rendah ini berkait rapat dengan isu hal tanah dan juga facilities umpamanya dalam perjalanan itu hanya ada satu hospital sahaja yang difahamkan satu hospital within yang berdekatan dengan stesen dan juga tidak ada perumahan PR1MA yang terdapat dalam lingkungan satu kilometer daripada stesen-stesen yang berkenaan.

Jadi soalan tambahan saya kepada kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri ialah apa usaha yang boleh dibuat oleh pihak kementerian untuk membolehkan supaya pengguna yang sasaran yang besar ini menggunakan perkhidmatan MRT ini kerana kita percaya setelah banyak pelaburan yang dibuat untuk pembinaan MRT3 ini sudah tentulah kita hendak melihat ia diguna pakai oleh rakyat yang sebenarnya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat ini MRT yang sudah dibina atau yang hendak bina?

Tuan Ismail bin Yusop: Yang sudah dibina, Tuan Yang di-Pertua. Sebab kajian ini daripada 35 stesen Tuan Yang di-Pertua. Daripada 35 stesen, kajian ini dibuat melibatkan 25 stesen MRT. So, daripada 25 yang dibuat dalam kajian ini mendapati bahawa kumpulan sasaran M40 dan B40 ini mereka adalah yang tidak berada di kawasan berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Agak soalan yang susah sedikit.

■1120

Dato' Kamarudin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Kami di kementerian dimaklumkan bahawa secara umumnya sama ada LRT, MRT atau ERL memang ia mengambil masa untuk mencapai ridership yang munasabah ataupun yang disasarkan.

Akan tetapi, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, kami dilaporkan bahawa dalam kes MRT ini sebenarnya, sasaran untuk tahun 2018 ini ialah 150 ribu orang penumpang sehari. Akan tetapi pada bulan Oktober baru-baru ini, kita sudah pun mencapai 178 ribu orang penumpang sehari. Maknanya sudah melepasi sasaran yang ditetapkan. Pada hari Sabtu yang lalu sudah tentu tinggi Tuan Yang di-Pertua, sebab ada perhimpunan ICERD di Kuala Lumpur ini. Akan tetapi tidaklah sampai satu juta orang, tidak sampai. Tidaklah sampai 500 juta orang, tidak sampai. Tidaklah sampai 100 ribu orang, tidak sampai. Akan tetapi adalah penambahan orang penumpang-penumpang hari Sabtu yang lalu dan oleh sebab itu, bulan Disember ini kadar penumpangnya akan meningkat lagi.

Begitu juga kami dinasihatkan bahawa, dalam kes-kes misalnya ERL, apabila dimulakan pada 20 tahun yang lalu, hariannya hanya untuk ERL Transit 2,700 orang penumpang sehari. Sekarang ini sudah 19,500 orang penumpang sehari. ERL Ekspres pada permulaannya tahun 2003, seramai 4,600 orang penumpang, sekarang ini 6,300 orang penumpang sehari. Jadi ini, keadaan yang dialami dalam perkhidmatan-perkhidmatan MRT, LRT, ERL iaitu pada tahun-tahun awal, ia tidak akan mendapatkan penumpang kadarnya yang tinggi sebagaimana yang disasarkan.

Akan tetapi, untuk MRT ini dalam tidak sampai dua tahun, sasaran kita untuk mendapatkan 150 ribu orang penumpang sehari sudah pun tercapai. Jadi, saya rasa suatu pencapaian yang baik dan pandangan daripada Yang Berhormat Senator itu sudah tentu kita berikan perhatian, khususnya untuk memastikan perjalanan feeder bus ini, dengan izin, bertambah baik lagi.

Untuk memastikan bahawa perkhidmatan ini dapat dirasai, khususnya kepada M40 dan B40 yang disebutkan tadi. Oleh sebab itulah, program My100 dan My50 ini dilancarkan dengan peruntukan oleh kerajaan sekitar RM250 juta untuk tahun 2019 ini untuk kita memberikan subsidi kepada penumpang-penumpang yang menggunakan My100 dan My50 itu.

Page 25: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

18 DN 10.12.2018

Pada jangkaan, kita ramalkan untuk My100 ini kita yakin akan mencapai minimumnya 100 lebih pembeli-pembeli, kerana mereka ini adalah pengguna harian MRT, LRT dan mereka akan dapat menjimatkan daripada perbelanjaan bulanan RM250 untuk pengangkutan awam dapat diturunkan dengan pembelian pas ini kepada hanya RM100 sebulan, itu hasrat kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Ismail, perhimpunan itu bukan untuk menggalakkan menambah- silakan Yang Berhormat.

Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat Menteri, kita tahu kesesakan lalu lintas memang kita hadapi setiap pagi waktu puncaklah dan juga waktu petang. Saya tengok, pengangkutan MRT, LRT dan ERL ini sangat baik, cuma ada tidak kementerian bercadang untuk menambah jumlah parking di tempat-tempat, di stesen-stesen MRT dan LRT. Ada atau tidak dimasukkan dalam pembinaan MRT yang ketiga ini untuk menambah jumlah parking khususnya untuk parking bertingkat.

Oleh sebab ramai yang ingin untuk naik MRT ini, tetapi tempat parking kadang-kadang tidak ada. Mereka tidak cukup tempat parking dan sesetengah mereka parking di tepi-tepi jalan. Ini menyebabkan kereta mereka kena clamp dan juga kadang-kadang kena saman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Kamarudin Jaffar: Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Manolan. Saya menerima pandangan dan pemerhatian tersebut bahawa salah satu isu yang mesti dihadapi dan cuba dikurangkan masalahnya berkaitan dengan parking untuk pengguna-pengguna MRT dan LRT ini.

Walaupun usaha-usaha telah diambil, termasuklah rang undang-undang yang akan dibentangkan pindaannya di Dewan Rakyat selepas ini, untuk memberi kuasa kepada pengawalan juga parking di bandar-bandar khususnya di Kuala Lumpur ini untuk memastikan bahawa perjalanan parking khususnya kali ini untuk penumpang LRT dan MRT ini dapat kita cuba laksanakan dengan lebih baik daripada tahap yang ada sekarang ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Memandangkan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sudah siap sedia untuk menjawab, soalan akhir, silakan Yang Berhormat Datuk Haji Ismail bin Ibrahim.

8. Datuk Haji Ismail bin Ibrahim minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, bagaimana FAMA menangani isu penglibatan warga asing di pasar-pasar tani di seluruh negara dan bagaimana kerajaan memastikan penguatkuasaan lebih tegas dan ketat bagi membendung masalah penglibatan warga asing di sektor ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Tuan Sim Tze Tzin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pasar tani yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merupakan satu platform untuk petani dan usahawan tempatan memasarkan hasil pertanian mereka secara terus kepada pengguna.

FAMA sentiasa memantau operasi pasar tani di seluruh negara dan akan memastikan garis panduan dipatuhi dengan tegas bagi membendung penglibatan warga asing di pasar tani. Dalam hal ini, FAMA mengguna pakai dan menegaskan garis panduan permohonan pasar tani yang menyediakan peraturan-peraturan perniagaan yang menetapkan bahawa hanya Warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon. Selain itu, usahawan pasar tani juga tidak dibenarkan untuk menggaji pekerja warga asing. Bagi memastikan peraturan ini dipatuhi, program naziran pasar tani dilakukan ditapak-tapak pasar tani di seluruh negara.

Bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh petani atau usahawan, mata demerit akan dikenakan. Kesalahan berulang yang mengumpulkan 51 mata demerit hingga 95 mata demerit boleh menyebabkan permit pasar tani digantung manakala 100 mata demerit pula akan menyebabkan permit pasar tani dibatalkan.

Page 26: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 19

Sebagai contoh, kesalahan menyewa, memajak dan menyerah atau menjual lot

perniagaan kepada pihak lain, khususnya warga asing akan dikenakan 100 mata demerit dan secara automatik pasar tani akan dibatalkan. Terima kasih.

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu di peringkat pelaksanaan, pelbagai agensi penguatkuasaan boleh mengambil tindakan. Kalau dia hendak mengambil tindakan secara bersepadu bagi mengatasi masalah ini.

So, soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah gandingan usaha melalui satu platform penguatkuasaan bersepadu secara digital di mana maklumat pemilik pasar tani ini boleh diambil dan mematuhi perundangan yang boleh dikongsi secara bersama antara PBT, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan juga Kementerian Pertanian Industri Asas Tani sendiri yang mana ia tidak menyewakan kepada pihak ketiga, supaya menjadikan barangan dia dijual di pasar-pasar tani ini akan menjadi lebih murah dan tidak mahal. Terima kasih.

Tuan Sim Tze Tzin: Buat masa ini kita memang membuat pemantauan secara iaitu program naziran, maksudnya monitoring. Kita ada kumpulan untuk pergi ke tapak untuk- ada sekretariat ia di bawah satu group untuk meronda. Jadi ini adalah cara yang lebih efektif sebab kita boleh tengok dengan sendiri, adakah itu orang asing kah atau orang tempatan. Saya tidak pasti dengan cadangan digital, bagaimana ia boleh dilaksanakan. Akan tetapi secara- kita we go on the ground, kita identify dan kita akan buat semakan dan pemeriksaan.

Selain daripada itu, ada agensi lain seperti KDN dan juga Imigresen. Kalau ada isu orang asing, dia memang boleh buat tindakan juga. Untuk sewa, meaning memajak atau sublet. Sublet itu kita akan ambil tindakan dengan serius. Jadi isu ini kita memang kena pergi on the ground untuk kita identify pemajakan, sublet dan isu-isu yang berbangkit tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan selesai.

[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN

DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.30 pg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri seperti yang tertera di nombor sebelas dalam senarai susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 10 Disember 2018.”

Tuan Yang di-Pertua: Seorang yang menyokong?

Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Liew Chin Tong]: Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Page 27: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

20 DN 10.12.2018

USUL

KAJIAN SEPARUH PENGGAL

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2018-2020)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa Dewan ini

menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas;

merestui usaha kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020;

meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD. 22 Tahun 2018; dan

bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama.” [6 Disember 2018]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.

11.31 pg.

Menteri Belia dan Sukan [Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, yang mengambil bahagian dalam sesi-sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal dan telah pun banyak memberikan cadangan dan kritikan membina kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, sebentar.

[Timbalan Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ada tiga soalan yang perlu dijawab, yang pertama cadangan pembinaan kemudahan facility sukan di kawasan luar bandar di Sabah terutamanya di Pekan Sook Keningau.

Page 28: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 21

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan akan terus

menyediakan platform untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, KBS sebelum ini telah pun membina beberapa futsal di Pekan Sook sendiri iaitu kawasan Kampung Tulip, Kampung Mansiat, Kampung Bomboi, Kampung Menawo dan Kampung Magatang. Jumlah gelanggang futsal yang telah dibina oleh KBS ini adalah sebanyak enam buah.

Manakala untuk cadangan membina kompleks sukan untuk rakyat, KBS akan mengkaji dan memperhalus kemudahan sediakan sebelum membuat sebarang keputusan. Ini kerana KBS ingin memastikan bahawa kita ikut sistem yang lebih ekonomik. Kalau sudah ada kita hanya perlu membaik pulih jika dibandingkan hendak dibina yang baharu. Saya dimaklumkan kita ada kompleks sukan yang sedia ada iaitu Kompleks Sukan Keningau 45 kilometer daripada Pekan Sook dan juga Mini Kompleks Nabawan 30 kilometer daripada Pekan Sook.

Justeru itu, KBS akan menyediakan kerangka kemudahan sukan negara yang merupakan satu garis panduan dan dokumen rujukan untuk kementerian menilai dan menjustifikasikan pembinaan dan penyelenggaraan ataupun menaik taraf sesebuah kemudahan sukan. Antara kemudahan-kemudahan sukan yang tertakluk di bawah kerangka ini adalah kompleks sukan, gelanggang sukan, gimnasium, dan yang lain. Dengan kerangka ini, segala pelaksanaan projek akan ditentukan tahap klasifikasi projek tersebut sama ada perlu dilaksanakan, dalam perhatian ataupun tidak perlu dilaksanakan,

Antara-antara faktor yang diambil kira menentukan klasifikasi projek itu ialah lokasi projek, densiti kepadatan penduduk, kewujudan kemudahan sukan sedia ada, kesediaan tapak tanah, pelan jangka panjang, penyelenggaraan termasuk pihak yang akan bertanggungjawab ke atas kemudahan sukan tersebut serta impak kepada masyarakat persekitaran. Dengan wujudnya kerangka ini, maka justifikasi pelaksanaan projek akan dibuat secara objektif tanpa dipengaruhi oleh campur tangan politik semata-mata atau berdasarkan keputusan populis.

Pertimbangan politik di dalam projek lazimnya menyebabkan pembaziran sumber kerajaan dan juga menyumbang kepada timbulnya kesan-kesan negatif selepas pembinaannya kelak seperti kualiti pembinaannya yang kurang baik, tahap penggunaannya rendah akibat lokasi yang tidak sesuai, serta mewujudkan pertikaian sepertinya hanya golongan tertentu yang boleh menggunakan kemudahan tersebut. Dengan ini, kerangka yang baharu ini akan memastikan bahawa pembinaan projek-projek baharu dapat dilakukan secara adil dan saksama dengan tidak sahaja dipusatkan di beberapa kawasan ataupun di beberapa negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, KBS melihat tanggungjawab kemudahan sukan bukan hanya perlu dipikul oleh KBS sahaja. Sehubungan itu KBS amat mengalu-alukan daripada pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, pihak swasta dan NGO, untuk membantu dalam usaha untuk merakyatkan sukan dan membudayakan sukan untuk semua.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencelah sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya, dalam proses hendak membina kerangka tersebut, apakah wujud proses engagement, dengan public, dan juga certain stakeholders, dengan izin? Apakah ia sudah dimulakan atau akan dimulakan? Kalau boleh berkongsi sedikit dengan kita timeline proses membina kerangka tersebut. Terima kasih.

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Memang kita perlu mengambil pandangan seramai pemegang taruh yang mungkin. Berkenaan timeline yang kita ketengahkan setakat ini belum diputuskan lagi. Ia masih dalam proses kajian. Kita perlu, sebelum kita muktamadkan kita akan bincang segala pemegang taruh sedia ada untuk memastikan bahawa kerangka yang kita keluarkan adalah kerangka yang adil dan saksama.

Untuk pergi soalan kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah Program Rakan Muda. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, Program Rakan Muda telah dilancarkan pada 29 Oktober 1994 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kerusi program ini sehingga hari ini adalah menjangkau 24 tahun.

Page 29: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

22 DN 10.12.2018

Saya percaya kebanyakan dari kita yang telah mencecah umur 40 tahun begitu

dekat sekali dengan Program Rakan Muda yang menunjukkan impak rakan muda yang begitu menyeluruh bukan sahaja kepada golongan generasi saya pada hari ini tetapi juga kepada mereka yang lebih berusia.

Atas sebab itu, kementerian tetap akan meneruskan Program Rakan Muda sebagai satu jenama yang telah sinonim dengan belia serta akan melaksanakan penambahbaikan bagi menyerlahkan potensi anak muda ke arah pemerkasaan anak muda.

Dalam isu ini juga, KBS telah pun menubuhkan satu jawatankuasa dalaman di peringkat kementerian untuk mencari jalan penyelesaian menyeluruh untuk mengembalikan semula gahnya Program Rakan Muda itu kerana pelaksanaannya yang baik dan yang memberi impak kepada semua kawasan daerah sampai ke peringkat Persekutuan dapat membaiki kedudukan anak muda khususnya anak muda bawah 25 tahun dalam menyerlahkan kepimpinannya, kesukarelawannya jika hendak dibandingkan anak muda secara keseluruhan, kalau ikut dasarnya di mana mereka berumur 40 tahun ke bawah. Anak muda juga perlu diambil kira mereka yang berumur 25 tahun ke bawah. Justeru Rakan Muda meliputi lima gaya hidup iaitu:

(i) Rakan Muda Inovasi;

(ii) Rakan Muda Seni Budaya;

(iii) Rakan Muda Kecergasan;

(iv) Rakan Muda Cinta Alam; dan

(v) Rakan Muda Masyarakat.

Berkenaan pelan menyeluruh ia akan dibentangkan dalam tempoh masa terdekat.

Tuan Yang di-Pertua, program baharu menggantikan program BTM dan PLKN. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan kini sedang merangka program baharu bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara dan Biro Tatanegara.

Datuk Razali bin Idris: Yang Berhormat Menteri mencelah sedikit. Tadi dalam agenda rakan muda, saya rasa saya nampak dekat situ satu tertinggal rakan masjid. Adakah pihak kerajaan dan pihak kementerian memperluaskan lagi rakan masjid dalam konteks Program Rakan Muda? Terima kasih.

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Ada beberapa cadangan untuk memperluaskan bukan sahaja pada rakan masjid tetapi untuk ambil kira juga perkembangkan semasa sebab ini merupakan modul yang lepas. Sambil kita merangka model yang baharu, memang kita akan ambil kira kemasukan beberapa lagi kategori rakan muda untuk pastikan bahawa ia mengikut cita rasa semasa. Terima kasih.

Berkenaan BTN dan PLKN, program baharu ini telah dirangka secara holistik dengan mengambungkan aktiviti indoor dan outdoor yang pasti untuk anak muda bagi menyerlahkan potensi mereka sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Program baharu ini akan dijalankan mengikut tier yang membentuk kesinambungan kepada program pembangunan belia daripada peringkat asas sehinggalah peringkat tertinggi.

Seperti saya sudah maklumkan kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat minggu lepas tetapi saya akan ulang lagi sekali berkenaan program baharu ini. Ia ada empat tier. Tier yang pertama melibatkan mereka yang datang daripada umur 15 tahun. Kedua bagi mereka yang berumur 17 tahun, iaitu melihat PT3 dan SPM. Secara keseluruhan bagi tier satu ia akan melibatkan satu juta orang.

Seramai 500,000 orang bagi mereka yang berumur 15 tahun di sekolah manakala lagi 500,000 orang bagi mereka yang berumur 17 tahun. Konsep digunakan sama seperti Duke of Edinburgh di mana kita akan bekerjasama dengan pihak sekolah memilih the best of the best, the cream of the crop di antara satu juta ini terbaik di sekolah tersebut akan diberikan tempat untuk masuk ke tier yang kedua di mana kita mengikut modul yang dekat Outward Bound School (OBS) yang terletak di Lumut yang ada International Certification-nya

Page 30: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 23

■1140

Pada masa yang saya cita rasa tempatan yang tersendiri, di mana mereka akan melalui kursus-kursus dalam tempoh masa 10 ke 14 hari kursus kepimpinan yang menyeluruh. Dalam kursus tersebut daripada satu juta hanya dalam 28 ribu ke 70 ribu akan dipilih mengikut peruntukan yang sedia ada. Dalam 28 ribu ke 70 ribu tersebut mereka akan melalui tier two iaitu Outward Bound School dan juga kem-kem BTN yang sedia ada yang akan dinaiktaraf untuk melatih belia yang berwawasan.

Tier yang ketiga, mereka yang datang dari golongan yang terbaik daripada tier yang kedua. Iaitu daripada 28 ribu ke 70 ribu hanya dalam 200 di antara mereka akan dipilih, the best of the best melalui sistem penilaian merit dalam kem OBS dan BTN yang akan kita laksanakan dalam tempoh masa 10 ke 14 hari tersebut and the best of the best, dengan izin, akan dipilih untuk melalui the final process iaitu The Malaysian Future Leaders School yang dah nak mirip dengan Japanese Future Leaders School. Di mana mereka akan didedahkan dengan pimpinan politik dan akan didedahkan kepada pimpinan korporat. Akan didedahkan kepada tokoh-tokoh negara di mana mereka akan dilatih untuk menjadi pimpinan negara yang akan datang.

Terakhir sekali, kita akan salurkan mereka untuk menyertai program-program kepimpinan berkualiti tinggi seperti Program Felo Perdana di mana mereka yang dipilih akan diletakkan di bawah mentorship atau menteeship Menteri-menteri yang sedia ada dan juga Program Felo Korporat yang kita laksanakan pada tahun depan di mana lebih 20 CEO dan Chairman yang terbaik, yang terkemuka di Malaysia dan di dunia untuk melatih anak muda yang berwawasan ini. Empat tier ini, akan memastikan bahawa belia ada tempat bukan sahaja dalam merangka masa depan negara tetapi juga ada tempat dalam memainkan peranan pada hari ini. Itu yang kedua.

Terakhir sekali, saya ingin- dan kalau ada soalan tambahanlah. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja maklum balas dan jawapan ke atas cadangan, pandangan dan pertanyaan yang telah dikemukakan mengenai KBS. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman yang telah menjawab kita punya perbahasan tadi.

Sekarang saya jemput pula kepada Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan. Dipersilakan.

11.43 pg.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menggulung perbahasan bagi Kementerian Pembangunan Usahawan bagi dua orang Ahli Yang Berhormat yang telah turut sama membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan kepada usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang baru lalu.

Yang Berhormat yang telah menyentuh kementerian ialah Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul dan Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan ini ditubuhkan untuk menyelaraskan keseluruhan aktiviti keusahawanan dan ini disentuh oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul yang ingin bertanya atau mencadangkan supaya kelompok-kelompok usahawan yang ramai ini iaitu enterprises yang banyak ini bergabung membentuk kelompok besar dengan semua pihak kementerian, badan berkanun dan badan bukan kerajaan.

Langkah pertama yang dibuat oleh kerajaan dalam konteks menyelaraskan usaha kesemua usahawan-usahawan ini adalah dengan membentuk kementerian itu sendiri. Kementerian ini baru bermula pada 2 Julai setelah dijumudkan semenjak tahun 2009 yang lalu.

Page 31: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

24 DN 10.12.2018

Pada ketika itu, untuk makluman kita semua, Tuan Yang di-Pertua, urusan

pembangunan usahawan ini berlaku di merata-rata tempat dibawa semua kementerian, malah ya dan pelbagai agensi. Jadi, sebagai langkah untuk menyelaraskannya supaya kita dapat menyusun pembangunan usahawan ini supaya sumbangannya kepada ekonomi dan Keluaran Dalam Negara Kasar akan dapat dipantau dan dipertingkatkan.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul ingin bertanyakan mengenai usaha-usaha untuk membangunkan usahawan luar bandar dan ini adalah antara keutamaan kementerian pada masa ini iaitu untuk membangunkan pertamanya, kelompok B40 daripada berbagai-bagai kaum.

Untuk makluman Yang Berhormat, MED nama ringkas bagi kementerian kami ini melalui agensi-agensi yang berkaitan telah menyediakan pelbagai inisiatif yang terbuka kepada semua usahawan sama ada di bandar atau di luar bandar. Tidak ada sekatan bagi mana-mana pihak untuk mencapai akses kepada mana-mana usaha daripada berbagai-bagai agensi. Antara agensi yang agak aktif dalam pembangunan usahawan ini di kementerian kami ialah SME Corp. Malaysia yang memberikan bantuan yang banyak kepada usahawan-usahawan termasuk yang di luar bandar melalui berbagai-bagai program mereka.

Antara yang ingin saya sebutkan di sini di bawah SME Corp. Malaysia ialah Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) dan juga Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB). Ini juga melibatkan usahawan luar bandar yang kecil, yang mikro dan juga yang sederhana. Usaha-usaha ini adalah bagi membantu usahawan menambah baik produk mereka, perkhidmatan sedia ada, perolehan dan pematuhan terhadap pensijilan dan standard tempatan dan antarabangsa serta meningkatkan keupayaan syarikat mereka untuk memenuhi permintaan dalam konteks memenuhi permintaan-permintaan- Tuan Yang di-Pertua, ia melibatkan bantuan-bantuan seperti pinjaman-pinjaman dan juga geran untuk meningkat modal pusingan mereka.

Di bawah program BEEP ini bagi tempoh lima tahun 2013 hingga 2018, sebanyak 1,097 kelulusan telah diberikan dengan geran berjumlah RM157 juta. Antara kelulusan yang diberikan termasuklah membantu PKS kita meningkatkan pembungkusan produk, mengubahsuai kilang bagi tujuan pensijilan, membeli mesin dan peralatan dan melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran serta menyewa premis bagi usahawan belia.

Bagi program GEB pula, sehingga September 2018 sejumlah 37 permohonan telah diluluskan dengan nilai geran, juga geran ya dan juga pinjaman berjumlah RM38.15 juta. Permohonan yang diluluskan merangkumi antaranya aktiviti promosi dan pemasaran di luar negara, peningkatan pembungkusan, pembangunan jenama, pensijilan bagi mematuhi piawaian antarabangsa, pembelian mesin dan modal kerja. Ertinya Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan proses industri kecil ini boleh mendapat bantuan daripada pihak SME Corp ini.

Tuan Adrian Banie Lasimbang: Mohon, minta laluan sedikit.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Sila. Sila.

Tuan Adrian Banie Lasimbang: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin bertanya adakah program-program bantuan yang diberikan kepada usahawan-usahawan ini juga merangkumi usahawan sosial ataupun social enterprise sebab buat masa ini trend social enterprise ini adalah satu trend yang sedang berkembang di Malaysia. Adakah kementerian ada menyediakan satu program khas untuk memastikan usahawan sosial ini ataupun social entrepreneur ini dapat juga bantuan untuk memastikan social enterprise yang mereka sediakan ini juga dapat berkembang seperti usahawan-usahawan lain. Terima kasih.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang. Social enterprise ini memang menjadi salah satu daripada sasaran pembangunan yang di bawah kementerian ini. Program khusus untuk social enterprise itu belum ada tetapi mereka boleh terlibat dalam semua urusan yang diberikan bantuan ataupun bimbingan oleh semua agensi yang kita ada.

Secara khusus, kita belum lagi mengemukakan sebagai satu program. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, social enterprise ini adalah mereka yang terlibat bukan sekadar untuk keuntungan tetapi di dalamnya ada aspek-aspek sosial, kebajikan dalam urusan perniagaan mereka dan ini merupakan salah satu sudut keusahawanan yang semakin meningkat, yang menarik minat khususnya anak-anak muda kita, in syaa Allah.

Page 32: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 25

■1150

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, SME Corp tadi tambahan lagi turut melaksanakan program yang dikenali sebagai Skim Peningkatan Keupayaan Kapasiti Perusahaan Kecil dan Sederhana 2.0. DI bawah program ini, usahawan yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan boleh mendapat bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mudah bagi menerapkan elemen Industri 4.0. Antaranya melalui penggunaan teknologi baru serta meningkatkan tahap automasi.

Skim pembiayaan bagi tujuan ini dikendalikan oleh SME Bank, salah satu lagi agensi di bawah kementerian ini. Jadi ini harap maklumat sebegini dapat sampai kepada usahawan-usahawan dan bakal usahawan yang ada di luar sana. SME Corp juga turut menganjurkan program capaian dan seminar serta bengkel untuk meningkatkan kesedaran mengenai Industri 4.0 dan kesan terhadap perniagaan. Tahun lepas sahaja, 2017 sebanyak enam sesi seminar diadakan bagi 990 PKS seluruh negara.

Masih lagi di bawah SME Corp Tuan Yang di-Pertua. Bagi mempertingkatkan aktiviti e-dagang, SME Corp bekerjasama dengan MDEC bagi mewujudkan program Go eCommerce. Program ini berfungsi sebagai platform pembelajaran dan hab aktif yang bertindak sebagai panduan komprehensif untuk semua PKS.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, SME Corp Malaysia telah melaksanakan program Tunas Usahawan Belia Bumiputera, satu program yang sangat popular. Satu program bimbingan daripada awal sampailah mereka ini betul-betul dapat berdikari sebagai seorang usahawan. Ini adalah bertujuan untuk membantu dan menggalakkan keusahawanan bagi membantu meningkatkan pendapatan isi rumah khususnya di luar bandar dan golongan berpendapatan 40 peratus terendah ataupun B40.

Program in turut menyediakan latihan bagi memberikan pendedahan berkenaan kepentingan pengurusan akaun, sumber manusia, inventori dan stok serta adaptasi teknologi dalam perniagaan seperti perniagaan secara online. Untuk menggerakkan aktiviti mereka ini, mereka dibimbing dengan pakar-pakar dan juga dengan bantuan modal awal dan dinilai pencapaian mereka untuk dilayakkan mendapat peruntukan-peruntukan tambahan jika berjaya.

Di samping itu, berdasarkan keberhasilan program yang diperoleh, program yang dilaksanakan di seluruh negara telah memperkukuhkan dengan penyertaan belia daripada golongan orang kurang upaya, orang Asli dan kerjasama kebajikan masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga di Jabatan Orang Asli di bawah Kementerian Luar Bandar.

Kesimpulan dalam bab ini Tuan Yang di-Pertua, kita membangunkan satu pangkalan data supaya- atas tajuk-tajuk kumpulan-kumpulan minoriti yang ada ini dapat diberikan tumpuan khusus supaya mereka dapat menjadi usahawan-usahawan yang berjaya juga.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan pembudayaan keusahawanan bermula daripada peringkat awal anak-anak kita khususnya pelajar universiti dan kolej, pelbagai program untuk anak-anak luar bandar juga diadakan mengikut topik-topik yang bersesuaian berdasarkan trend terkini. Kita ada program Youth Go Digital yang dijalankan di kolej-kolej ini. Selain itu, ia memberi pendedahan kepada peserta tentang perniagaan digital yang hari ini merupakan antara trend di dalam perniagaan-perniagaan dan kalau anak-anak kita ketinggalan dalam program ini mungkin akan menyusahkan mereka untuk terlibat sepenuhnya dalam program keusahawanan.

Di samping itu, untuk memodenkan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian kerajaan serta menggalakkan penglibatan usahawan generasi baharu dan PKS pintar digital, aplikasi mudah alih rasmi di SME Corp juga telah dibangunkan dikenali sebagai SME Hub App yang boleh digunakan sekarang.

Untuk maklumat ahli Yang Berhormat Senator, platform mudah alih ini membolehkan PKS dan masyarakat awam untuk memperoleh berita dan acara terkini berkaitan inisiatif dan aktiviti pembangunan PKS serta maklumat mengenai pelbagai program pembangunan dan bantuan kewangan.

Page 33: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

26 DN 10.12.2018

Di samping itu- tidak habis lagi dengan soalan pertama sebagai melengkapkan

jawapan. kita juga melalui INSKEN dan TEKUN- di sinilah program yang betul berakar umbi ya, TEKUN ini serta Amanah Ikhtiar Malaysia yang walaupun bukan berada di Kementerian Ekonomi telah melaksanakan program INSKEN Business Seminar. Ada satu contoh yang dibawa di Sook, Keningau Sabah dan mendapat sambutan yang baik.

TEKUN ini seperti Tuan Yang di-Pertua pun sedia faham, merupakan antara agensi yang banyak membantu pembangunan di luar bandar. Saya hendak menggalakkan kepada usahawan-usahawan kita untuk mendapatkan akses kepada TEKUN.

Kalau dahulu TEKUN ini mungkin ada halangan-halangan untuk aksesnya berdasarkan kepada beberapa masalah politik, tetapi hari ini kita telah membukanya kepada mana-mana usahawan kecil dan mikro yang memerlukan bantuan modal asas. Daripada sekecil-kecil seribu, sampailah sebesar-besarnya RM100 ribu. Kita tidak mengenakan syarat melainkan kesungguhan dan minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan dan mereka boleh mendapat bantuan TEKUN ini. Kelulusannya akan dibuat di peringkat nasional. Jadi tidak ada napoleon-napoleon kecil di peringkat akar umbi yang boleh menghalang pembangunan industri melalui program TEKUN ini.

Untuk lebih menggalakkan kejayaan mereka, TEKUN memperkenalkan apa yang disebut sebagai Teman TEKUN iaitu suatu kerja berkumpulan. Ini cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator dalam ucapannya- bagaimana kita hendak menyatukan mereka? Kita bergerak secara berkumpulan. Teman TEKUN menggalakkan mereka bekerja dalam kumpulan lima orang dan masih-masing lima orang ini mesti menyempurnakan bayaran balik pinjaman mudah ini secara bersama supaya rakan-rakan yang terus mendapat pinjaman. Kalau ada yang sangkut maka ia akan memberikan kesan kepada rakan-rakan kita yang lain.

Begitu juga Suruhanjaya Koperasi Tuan Yang di-Pertua- ini juga satu agensi yang penting di bawah kementerian ini dan kita di bawah RMKe-11 ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan tiga program khusus untuk koperasi dan untuk orang luar bandar iaitu program pembangunan perniagaan melalui koperasi.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sekalian, kalau boleh galakkanlah anak-anak buah kita di tempat kita untuk menyertai program perniagaan seperti ini yang mana memberikan bantuan pembangunan melalui koperasi membangunkan perniagaan sedia ada, yang sudah ada. Ia lebih kepada penyediaan infrastruktur kalau hendak buka kedai ini seperti menyediakan premis, menyediakan peralatan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, mesin-mesinnya dan juga pembungkusan serta sistem point of sales.

Kedua, program pembangunan kapasiti modal insan dan pendidikan melalui mentoring dan coaching di bawah SKM. Program in merupakan pemindahan pengetahuan, pengalaman, kepakaran oleh established player- orang yang sudah lama dalam industri, kepada koperasi. Koperasi tanggung urusan ini kepada anggota-anggota koperasi bagi melaksana dan memantapkan perniagaan yang mereka ceburi.

Ketiga...

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya mencelah?

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Boleh saya complete-kan ketiga dahulu? Terima kasih. Ketiga, program pembangunan kedai harga patut. Ini juga kalau boleh kita galakkan di kawasan luar bandar- yang bertujuan bagi pembangunan kedai serbaneka koperasi yang menjual barangan keperluan harian yang berkualiti dengan harga yang berpatutan bagi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat yang berpendapatan rendah B40 serta juga yang sederhana M40 di semua kawasan Parlimen di Malaysia, meliputi kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar yang mana antara bantuan diberikan ialah pinjaman sehingga RM300 ribu. Sila.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, dalam pembangunan koperasi yang kita maklum bahawa suatu entiti yang bukan berasaskan keuntungan semata-mata.

Page 34: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 27

Namun dalam menubuhkan koperasi, kita lihat perlunya sokongan kerajaan.

Sebelum ini penubuhan koperasi yang baharu didaftarkan dan bergerak dengan baik ada geran pembangunan awal iaitu RM30 ribu. Adakah sekarang ini terdapat lagi geran pembangunan untuk koperasi memulakan aktiviti di peringkat awal ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk program permulaan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator tadi, memang program tersebut masih berjalan.

■1200

Ada bantuan sehingga mencapai RM30 ribu. Jadi terus berurusan dengan SKM.

Tuan Yang di-Pertua ada soalan yang kedua dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Rabiyah binti Ali yang telah membangkitkan isu berkaitan dengan peranan, tanggungjawab dan perancangan Suruhanjaya Koperasi (SKM) secara khususnya. Selain itu perkara yang dibangkitkan adalah masalah mengenai bagaimana bank komersial dapat membantu untuk memberikan pinjaman mudah bagi memulakan perniagaan pada golongan belia agar isu menangani kemampuan menyediakan cagaran atau jaminan kolateral dapat diminimumkan semasa permohonan dibuat.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, SKM telah pun menjalankan kerja strategik bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mempromosi dan menggalakkan penubuhan koperasi dalam kalangan belia melalui MOU yang telah ditandatangani pada 2015. Melalui MOU ini, beberapa program penerangan, pendedahan koperasi kepada belia telah dijalankan terutamanya pada golongan siswa termasuk penuntut di IKBN-IKBN dan lepasan siswazah.

Dalam bidang peruncitan pula, SKM telah membangunkan tiga ribu lebih koperasi pengguna termasuk koperasi sekolah di IPT, koperasi komuniti sehingga hari ini. Kedai-kedai koperasi ini boleh dimanfaatkan oleh golongan belia untuk disertai atau sebagai platform untuk pembangunan budaya keusahawanan. Di samping itu sebanyak 44 buah pusat pengedaran- distribution center, di bawah koperasi yang telah sedia ada bagi koperasi belia mendapatkan bekalan barangan pada harga berpatutan.

SKM sentiasa menguar-uarkan aktiviti koperasi melalui rancangan di media elektronik, cetak dan media sosial dan Instagram dan Facebook bertujuan untuk mempromosi aktiviti perniagaan koperasi. Bagi meningkatkan lagi keupayaan koperasi belia, program pembangunan seperti latihan, seminar serta peningkatan sumber pembiayaan terus diberikan oleh kementerian kepada mereka agar koperasi-koperasi ini terus berdaya saing dalam era digital pada masa akan datang.

Untuk tujuan memprofesionalkan latihan dalam bidang koperasi ini Tuan Yang di-Pertua, kementerian sedang meminda akta-akta yang berkaitan untuk memastikan satu pusat latihan koperasi iaitu Maktab Koperasi Malaysia (MKN) dapat di terjemahkan kepada tahap yang lebih baik dengan profesionalisme nya, dengan pengkhususannya dan menjadi pusat kecemerlangan pembangunan koperasi yang rang undang-undangnya akan lalu di Dewan ini kalau sempat dalam tempoh mesyuarat ini juga ya.

Tuan Yang di-Pertua, pembiayaan merupakan salah satu aspek penting dalam ekosistem pembangunan usahawan. Kami di kementerian antara soalan utama yang ditanya sama ada pembiayaan masih ada, jumlahnya dan bagaimana untuk mendapatkannya. Institusi kewangan yang merangkumi institusi perbankan dan institusi kewangan pembangunan atau DFI merupakan sumber utama penyediaan pembiayaan dan ini merangkumi 97 peratus daripada pinjaman oleh usahawan.

Justeru dalam memastikan pembiayaan ini diberikan kepada golongan usahawan yang berkelayakan, MED akan terus membantu usahawan melalui pembiayaan kewangan yang bersesuaian berasaskan merit serta berdasarkan milestone yang ditetapkan. Kementerian akan memastikan pemantauan yang lebih teliti ke atas semua perniagaan dan memastikan dana atau bantuan yang diperuntukkan akan digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan keupayaan mereka.

Page 35: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

28 DN 10.12.2018

Ada agensi kita, bukan bank tapi agensi yang mempunyai kadar hutang tidak

berbayar yang tinggi kerana pemantauan tidak lengkap sehingga ada pinjaman-pinjaman yang tidak digunakan untuk membangunkan perniagaan tapi untuk tujuan lagi. Maka, proses pembayaran balik juga gagal dan mereka menambahkan ataupun menambahkan lagi NPL atau NPF kepada agensi-agensi yang berkenaan.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif dalam memastikan akses kepada pembiayaan secara cepat dan mudah tanpa sebarang cagaran bagi mengatasi masalah yang menjadi penghalang kepada perusahaan mikro untuk mendapatkan pinjaman. Ini yang saya sebutkan dalam TEKUN Nasional di mana pembiayaan ditawarkan adalah antara RM1,000 hingga RM100 ribu dalam tempoh pembiayaan enam bulan hingga 10 tahun.

Sektor utama perniagaan dibiayai adalah perkhidmatan, pembuatan, peruncitan serta kontraktor kecil. Bagi tempoh 2013 hingga 2018 Tuan Yang di-Pertua, sebanyak RM2.77 bilion pembiayaan telah disalurkan kepada 175,445 usahawan. Ini di bawah TEKUN. Selain itu terdapat pelbagai program pembiayaan mikro kredit yang lain seperti di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia yang berada di bawah Bank Negara serta institusi perbankan yang lain.

Ertinya secara kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian, kemudahan itu masih ada. TEKUN contohnya dalam belanjawan yang terbaharu menyediakan RM100 juta. Walaupun jauh lebih rendah daripada RM500 juta sebelumnya tetapi TEKUN telah memutuskan untuk menambah lagi peruntukan melalui dana dalaman mereka sebanyak RM250 juta sehingga menjadikannya RM350 juta. Kalau kita manage dengan baik, menapis permohonan dengan lebih teliti, maka jumlahnya walaupun kecil, akan memberikan impak yang lebih besar kepada ekonomi rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas peluang untuk memberikan penjelasan ini dan kita sentiasa terbuka mendengar dan mengalu-alukan apa-apa cadangan kemudian daripada ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih pada Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli dan kita nampak jelas bahawa dia telah menerangkan kepada kita cara-cara hendak menjadi usahawan yang berjaya. Jauh sekali menjadi usahawan penjual ibarat buluh kasap. Untung tiada, modal lesap. Itu dia nampaknya. Jadi terima kasih Yang Berhormat, nasihat dan pandangan yang baik tadi. Sekarang saya jemput pula kepada Yang Berhormat Menteri Air, Tenaga dan Sumber Asli. Silakan.

12.17 tgh.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sepanjang perbahasan Kajian Separuh Penggal Ke-11, ada lebih kurang lapan orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan isu berkaitan dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, dan soalan boleh dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu biodiversiti, air dan banjir. Terdapat lebih kurang dalam 10 soalan.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan soalan dengan biodiversiti ya, dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Monalan, ada dua. Tidak ada dekat sini? Saya boleh pergi tempat lain, yang lain ya. Ada dua soalan sebenarnya. Saya pergi kepada isu air, daripada Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen, ada? Tidak ada juga.

Timbalan Yang di-Pertua: Pindah.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Ada dua soalan. Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang. Tidak ada juga.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada, ada Yang Berhormat.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Ada, okey. Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie memohon penjelasan kementerian mengenai strategi yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar non-revenue water (NRW), dan berapakah untuk memperbaiki sistem-sistem agihan air terawat.

Page 36: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 29

Tuan Yang di-Pertua, pengurangan kadar NRW melibatkan peranan semua pihak

dan merupakan usaha yang perlu dilakukan secara berterusan. Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.9 bilion bagi melaksanakan program-program NRW. Ada dua pendekatan iaitu pendekatan pertama dan pendekatan kedua bagi membantu operator mengurangkan NRW bagi mencapai sasaran 31 peratus pada tahun 2020.

Di bawah pendekatan satu, Kerajaan Persekutuan membiayai secara langsung melalui geran sebanyak RM535.5 juta bagi membantu tujuh operator air di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perlis, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan yang mempunyai kadar NRW melebihi 40 peratus daripada purata nasional. Di samping itu, dua projek perintis di Pekan, Pahang dan Kota Marudu, Sabah telah mula dilaksanakan pada Disember 2017 dan tempoh penyiapan selama 24 bulan.

■1210

Bagi pendekatan kedua, ia merupakan galakkan kesinambungan program pengurangan NRW melalui konsep pemberian Geran Sepadan bagi operator yang layak. Melalui konsep ini, Kerajaan Persekutuan akan membiayai 50 peratus daripada peruntukkan tahunan bagi pelaksanaan program pengurangan NRW sekiranya sasaran NRW disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dicapai.

Sekiranya operator air menggandakan sasaran NRW dan sasaran tersebut disahkan oleh SPAN dicapai, Kerajaan Persekutuan akan membiayai 75 peratus daripada peruntukkan bagi pelaksanaan program pengurangan NRW. Negeri-negeri yang terlibat dalam pendekatan dua ini adalah Melaka, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Selangor dan kadar NRW kurang daripada 40 peratus daripada purata nasional. Sebanyak RM1.37 bilion diperuntukkan bagi program NRW pendekatan kedua.

Merujuk kepada kenyataan bahawa pembinaan empangan akan menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar. Kementerian telah memperkenalkan kaedah alternatif menyimpan air mentah untuk jaminan bekalan air terawat negara. Dalam hal ini, semua projek sumber air mentah akan dibina di hiliran lembangan sungai separti off-river storage, barrage, costar surveyor dan merupakan minimum impak kepada alam sekitar berbanding pembinaan empangan di hulu lembangan sungai.

Tuan Adrian Banie Lasimbang: Menteri, saya ingin meminta laluan sekejap. Terima kasih atas jawapan itu. Berkenaan dengan approach pertama iaitu memberikan bantuan kepada operator air. Akan tetapi saya ingin bertanya adakah terangkum dalam bantuan ini adalah untuk meningkatkan proses penguatkuasaan kerana kebanyakan daripada non-revenue water, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, adalah kerana paip-paip pecah ataupun kecurian air juga menjadi penyebab utama non-revenue water ini.

Jadi adakah selain dalam RM535 juta yang dinyatakan oleh Menteri tadi itu merangkumi proses untuk meningkatkan penguatkuasaan dalam memastikan bahawa kecurian air ini, dan juga bagaimana industri ataupun menggunakan air untuk bekalan domestik. Terima kasih.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Terima kasih Senator. Perlu di faham di sini ada empat negeri yang belum migration, dengan izin. Ini tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Sebab Sabah dan Sarawak tidak dikawal oleh SPAN di Semenanjung. Itu kena jelas. Di mana kalau di bawah kawalan SPAN yang telah migrate itu, kita akan bersama-sama dengan negeri untuk memastikan pencapaian target kita iaitu 31.0 peratus untuk mengurangkan NRW. Maknanya kita akan bersama-sama mereka, negeri ini memastikan peruntukkan itu untuk mengurangkan NRW ini tercapai.

Saya teruskan Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada?... Ada. Ada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Ada. Okey, memohon kerajaan untuk memastikan isu bekalan air bersih di setiap negeri diselesaikan dengan segera. Kementerian di bawah RMKe-11 ke sebelas menyasarkan 99 peratus penduduk di Malaysia menerima air terawat.

Page 37: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

30 DN 10.12.2018

Manakala Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan melaksanakan projek-

projek pembinaan infrastruktur air di kawasan luar bandar di seluruh Malaysia melalui Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB).

Bagi negeri-negeri yang telah menerima pakai penstrukturan semula industri perkhidmatan air, Kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan membaiki CAPEX bagi membina atau menaik taraf infrastruktur air.

Setakat ini negeri-negeri yang masih belum menerima pakai penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah negeri Perlis, Kedah, Pahang dan Terengganu. Manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak, mereka tidak tertakluk kepada penstrukturan semula industri perkhidmatan air kerana tidak menerima pakai Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 iaitu Akta 655 yang lama.

Bagi negeri Kelantan, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM121.7 juta bagi tiga projek secara pinjaman termasuk satu projek kajian pembangunan sumber air bagi negeri Kelantan. Memandangkan kerajaan negeri Kelantan telah pun menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air pada 14 September 2016, maka pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah memohon kepada PAAB bagi membiayai projek-projek infrastruktur bekalan ari bagi mengembangkan sistem rangkaian paip air di seluruh negeri Kelantan secara berperingkat.

Bagi kawasan Tumpat, tahap perkhidmatan air akan bertambah baik dengan pelaksanaan projek naik taraf LRA Kelar yang dilaksanakan di bawah East-Coast Economic Region Development Council yang dijangka siap pada tahun Jun 2019.

Bagi negeri Perlis, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM41.1 juta secara langsung bagi membiayai projek langkah mitigasi jangka pendek perkhidmatan bekalan air negeri Perlis di bawah RP3 RMKe-11. Pelaksanaan pembinaan projek ini dijangka akan dapat dimulakan pada pertengahan 2019.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan tiga projek secara pinjaman di bawah RP4 RMKe-11 dengan peruntukkan sebanyak RM105.6 juta bagi membiayai projek seperti berikut. Ada tiga projek, iaitu:

(i) menaik taraf loji Arau Fasa 4;

(ii) menaik taraf pam air mentah dan air bersih di loji Arau Fasa 1, 2, 3 serta intake Guar Sanji; dan

(iii) program peningkatan bekalan air terawat di LRA Timah Tasoh.

Ketiga-tiga projek ini dijangka akan dimulakan pembinaan pada awal tahun 2020 dan dijangka dapat menyelesaikan bekalan air bersih di seluruh Perlis termasuk Kampung Belukar Lenga.

Manakala bagi Kedah, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.085 bilion di bawah RP3 RMKe-11 secara pinjaman bagi membiayai lapan projek termasuk satu kajian. Daripada lapan projek tersebut, tiga projek telah disiapkan iaitu LRA Kulim Hi-Tech, LRA Pokok Sena dan juga Kajian Pembangunan Skim Bekalan Air Langkawi. Manakala lima lagi projek menaik taraf loji rawatan air dijangka akan dimulakan pelaksanaan pembinaan seawal pertengahan tahun 2019 iaitu LRA Jenun Baru, LRA Pelubang, LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau dan LRA Lubuk Buntar Lama.

Bagi menangani isu bekalan air mentah di Langkawi pula, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi membiayai pembinaan off-river storage pada Matsirat. Selain itu, peruntukkan sebanyak RM8 juta di bawah RP4 RMKe-11 juga telah diluluskan secara pinjaman untuk kerja-kerja menaik taraf sistem pengepaman di Parit Matsirat.

Saya beralih kepada isu banjir lebih kurang ada lima soalan di sini. Yang Berhormat Tuan Aknan mohon kerajaan untuk menjalankan kajian sosial dalam suatu projek yang dilaksanakan seperti contoh isu banjir di Kelantan.

Page 38: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 31

Bagi pelaksanaan projek kerajaan yang bernilai melebihi RM50 juta, projek tersebut

perlu melaksanakan makmal pengurusan nilai iaitu VM dilaksanakan bagi membincangkan penetapan konsep dan kaedah dalam satu projek dengan melibatkan semua pihak yang berkepentingan.

■1220

Terdapat dua makmal yang diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi iaitu Makmal Pengurusan Nilai dan Makmal Pengurusan Kejuruteraan di peringkat reka bentuk. Pelaksanaan makmal ini melibatkan semua pihak berkepentingan, wakil penduduk dan agensi kerajaan. Segala komponen projek yang dirancang telah dibincangkan dan dipersetujui. Pihak kementerian telah mengambil kira semua aspek iaitu kejuruteraan dan sosial bagi memenuhi kehendak majoriti pihak yang terbabit.

Bagi projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sungai Golok Fasa 1, pelaksanaan VM dan beberapa siri perbincangan dan pembentang mengenai skop jajaran projek dan impak sosial telah diadakan melalui makmal mesyuarat dan juga stakeholder engagement yang telah diadakan seperti berikut:

(i) pada 14 Julai 2016, mesyuarat persediaan bagi Bengkel Kajian Nilai di Kota Bharu, Kelantan. Tujuan mesyuarat adalah untuk mendapatkan maklum balas jabatan, agensi, stakehoders atas arahan pihak EPU dan telah dihadiri oleh 30 orang peserta yang turut dihadiri oleh wakil kerajaan negeri;

(ii) pada 26 Julai 2016 hingga 29 Julai 2016, Makmal Pengurusan Nilai di Kota Bharu yang turut dihadiri oleh wakil kerajaan negeri;

(iii) pada 13 Jun 2017 hingga 16 Jun 2017, Makmal Kejuruteraan Nilai di Kota Bharu yang turut dihadiri oleh wakil kerajaan negeri;

(iv) pada 11 Mac 2018, pembentangan projek PLSB Sungai Golok Fasa I kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed di ICU, Kelantan yang turut dihadiri wakil kerajaan negeri; dan

(v) pada 3 Mei 2018, stakeholders engagement di Sekolah Kebangsaan Simpang, Jajahan Tumpat.

Satu perbincangan di antara Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Utiliti negeri Kelantan telah diadakan pada 28 November 2018 bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan KATS di negeri Kelantan. Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan pelaksanaan projek PLSB Sungai Golok Fasa 1. Kerajaan negeri Kelantan dipohon untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan dengan pihak yang berkenaan, stakeholders dan mohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Pusat. Saya rasa yang detailed saya akan sertakan secara bertulis sebab panjang.

Tuan Aknan a/l Ehtook: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sedikit, dalam senarai engagement tadi yang telah dibuat dengan pihak kerajaan negeri dan sebagainya, adakah penduduk setempat dilibatkan dalam sesi-sesi libat urus tersebut? Terima kasih.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Seperti mana yang saya telah maklumkan tadi, kita kena faham apa maksud stakeholders itu, maknanya yang setempat, yang terlibat berkenaan dengan kawasan tersebut. Yang Berhormat Senator Datin Rahimah...

Timbalan Yang di-Pertua: Ada.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Memohon kerajaan untuk mengambil tindakan lebih komprehensif dalam meningkatkan dan menaik taraf sistem perparitan dan bantuan kewangan kepada PBT yang berkaitan. Bagi membantu pihak berkuasa tempatan iaitu PBT dalam menangani isu berkaitan sistem perparitan di seluruh negara, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), telah menyiapkan kajian komprehensif penyelesaian jangka panjang memerangi banjir kilat pada tahun 2013.

Page 39: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

32 DN 10.12.2018

Laporan status tahun 2017 isu banjir kilat. Laporan berkenaan telah menyarankan

langkah-langkah penyelesaian yang terperinci kepada dua pendekatan iaitu penyelesaian secara struktur dan bukan struktur seperti berikut. Pendekatan secara struktur, ada empat, iaitu:

(i) melaksanakan kerja-kerja pembinaan infrastruktur kawalan bagi mengatasi punca disebabkan oleh fenomena di luar kawalan. Kementerian mengesyorkan manual saliran mesra alam diguna pakai secara menyeluruh kerana manual ini diperkenalkan dengan hasrat kawalan di punca bagi mengurangkan impak pertambahan jumlah air larian selepas pembangunan dilaksanakan seperti keutamaan pembinaan kolam tadahan;

(ii) penggunaan kaedah kolam takungan untuk meminimumkan banjir kilat kesan dari perubahan pola taburan hujan lebat ekstrem melalui pendekatan menakung seketika dan mengalirkan perlahan-lahan air ke kawasan hilir;

(iii) menaik taraf sistem saliran dengan meningkatkan kapasiti air larian dan memastikan kecerunan sistem saliran yang bersesuaian, seterusnya mengurangkan halangan aliran dengan membesarkan saiz dan mendalamkan kedalaman pembetung bagi mengelak berlakunya bottleneck dan air balik atau flow back, dengan izin; dan

(iv) pemasangan pintu kawalan air pasang surut serta pam di hilir bagi memastikan air laut tidak memasuki sistem saliran sedia ada untuk kawasan-kawasan yang berhampiran dengan persisiran pantai.

Pendekatan bukan struktur adalah seperti berikut:

(i) menjalankan program public outreach dan kempen kesedaran alam sekitar di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) agar masyarakat berdisiplin terhadap kebersihan bandar demi mengelakkan longkang dan parit tersumbat;

(ii) menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam dan Reka Bentuk Terperinci mengikut garis panduan MSMA untuk diserah kepada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan, memandangkan tanggungjawab melaksanakan penyediaan atau menaik taraf sistem saliran bandar adalah di bawah fungsi dan tanggungjawab PBT;

(iii) memantau pematuhan garis panduan MSMA di peringkat pihak berkuasa tempatan, kawalan di punca;

(iv) menguatkuasakan dengan lebih tegas pengawalan hakisan dan kelodak semasa kerja-kerja tanah, fasa pembinaan untuk mengurangkan hakisan tanah, mengelak pemendapan banjir kilat dan aliran lumpur. Jabatan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar yang terlibat; dan

(v) melaksanakan perancangan pembangunan dan zon guna tanah yang lebih teratur dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerajaan Tempatan, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Reka bentuk sistem perparitan dan penggunaan tanah mestilah bersesuaian dengan aliran larian permukaan dan yang terakhir pemakaian Rang Undang-undang Sumber Air atau RUU SA antara kaedah dari segi perundangan dan meminimumkan kejadian dan kesan banjir kilat di Malaysia.

JPS juga sedang melaksanakan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam di beberapa kawasan dan bandar seluruh negara dalam RMKe-11 bagi membantu PBT dan perancangan pembangunan agar dapat menangani isu banjir kilat pembangunan tidak terkawal.

Page 40: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 33

Sebanyak- pelan induk saliran mesra alam telah siap dilaksanakan sehingga 2010,

manakala 16 lagi pelan saliran mesra alam telah, sedang dan akan dilaksanakan pada RMKe-11 ini.

Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah, tidak ada.

Yang Berhormat Senator Puan Asmak? Tidak ada juga.

Yang Berhormat Senator Ir. Md. Nasir bin Hashim?...

Timbalan Yang di-Pertua: Ada.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Okey. Yang Berhormat Senator Ir. Md. Nasir memohon kerajaan untuk melantik perunding bagi mengorek dan membina breakwater di muara Sungai Mersing bagi tujuan pelancongan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kawasan yang dinyatakan bukanlah kawasan banjir. Pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk mendapatkan peruntukan bagi tujuan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji yang telah menjawab perbahasan kita tadi dengan baik dan teratur. Sekarang saya jemput pula Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Silakan.

■1230

12.30 tgh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Chong Chieng Jen]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dua orang Ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyentuh perkara di bawah kementerian saya dalam perbahasan mereka, mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas.

Kedua-dua isu itu adalah pertamanya mengenai impak penstrukturan harga minyak petroleum kepada kenaikan kos barangan kepada pengguna dan isu kedua adalah mengenai penguatkuasaan di dalam membanteras isu rokok tidak sah.

Tuan Yang di-Pertua, antara faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kos barangan kepada pengguna adalah seperti berikut:

(i) faktor permintaan dan penawaran, demand and supply, dengan izin;

(ii) kegiatan manipulasi harga oleh orang tengah;

(iii) peningkatan kos logistik dan pengangkutan;

(iv) kelemahan nilai mata wang Ringgit Malaysia berbanding mata wang utama dunia;

(v) peningkatan harga minyak mentah dunia terutamanya petroleum;

(vi) sikap sesetengah peniaga yang tamak dan mementingkan keuntungan serta; dan

(vii) kegiatan kartel dan monopoli.

Bagi mengukur trend perubahan harga barangan dan perkhidmatan di seluruh negara, pengukuran inflasi melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) atau Consumer Price Index, dengan izin, telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Terdapat pelbagai komponen yang mempengaruhi perubahan inflasi pada sesuatu tempoh iaitu kategori makanan dan minuman bukan alkohol, perumahan dan utiliti serta pengangkutan yang kesemuanya menyumbang hampir 70 peratus pada keseluruhan perubahan inflasi di Malaysia.

Page 41: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

34 DN 10.12.2018

Dalam hal ini, harga jualan runcit petrol RON95 dan RON97 dan diesel merupakan

salah satu komponen yang menyumbang kepada perubahan inflasi dalam kategori pengangkutan. Sehubungan itu sekiranya perubahan harga bagi petrol dan diesel adalah signifikan, ini juga akan menyebabkan berlakunya perubahan pada nilai IHP tersebut.

Oleh yang demikian, kementerian ini berpandangan semasa penstrukturan harga petrol yang akan dilakukan pada suku kedua tahun 2019, perubahan tersebut akan dibuat secara berperingkat atau berfasa bagi meminimumkan kesan jika terdapat perubahan peningkatan kepada IHP.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga akan terus mempergiatkan strategi dan langkah-langkah bagi membendung tekanan inflasi yang membebankan rakyat seperti berikut:

(i) mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melalui Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 bagi membendung aktiviti membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah dan mencatut dengan sengaja;

(ii) mengkaji dan menyemak semula peraturan bagi membenarkan peniaga mengadakan jualan murah melalui notis jualan murah yang pada masa ini ditetapkan sebanyak empat kali setahun iaitu tiga tarikh yang ditetapkan oleh kementerian dan satu tarikh pilihan sendiri oleh peniaga. Dengan membuat pindaan kepada peraturan ini, ia akan memberikan ruang lebih fleksibel kepada pihak peniaga untuk menentukan tarikh bagi mengadakan jualan murah supaya dapat menawarkan harga barangan yang lebih murah dan berpatutan agar rakyat dapat menikmati manfaatnya;

(iii) menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas di seluruh negara di bawah program pemantauan harga oleh pegawai pemantauan harga kementerian;

(iv) melaksanakan program penyeragaman harga yang boleh tertumpu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan pemberian subsidi yang lebih bersasar agar dapat membantu dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya melibatkan harga barangan khususnya kepada masyarakat di luar bandar;

(v) menyemak semula dasar kerajaan berkaitan monopoli dan kartel dalam beberapa sektor dan industri yang menyebabkan berlakunya eksploitasi harga dan membebankan kepada rakyat;

(vi) mengaktifkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara yang terbahagi kepada beberapa kluster penting dan bertindak sebagai platform membincangkan isu berkaitan kos sara hidup secara holistik; dan

(vii) mengadakan kerjasama strategik melalui rundingan dan libat urus bersama pihak hypermarket terpilih agar dapat menawarkan harga berpatutan bagi barangan keperluan utama pengguna yang popular, essential items.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu pembanterasan rokok tidak sah, kementerian ini akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku kesalahan-kesalahan seperti berikut:

(i) penggunaan cap dagang palsu;

(ii) penggunaan sistem setem cukai Kastam palsu;

(iii) peletakan perihal dagangan palsu; dan

(iv) rokok yang tidak ada alamat pengeluar, pengedar atau pengilang pada label kotak rokok.

Page 42: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 35

Tindakan-tindakan yang diambil oleh anggota penguat kuasa KPDNHEP adalah

berdasarkan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Perintah Kawalan Harga (Pelabelan Oleh Pengilang, Pengimport, Pengeluar atau Penjualborong) 1980.

Dalam usaha membanteras pengedaran rokok tidak sah di pasaran, kementerian saya mengadakan jaringan kerjasama dengan pihak agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak swasta seperti British American Tobacco dan Japanese Tobacco International dengan bertujuan untuk perkongsian maklumat risikan kepada kementerian saya berhubung aktiviti pengedaran rokok tidak sah di pasaran.

Tindakan penguat kuasa dijalankan serta-merta sebaik sahaja maklumat yang diperoleh telah lengkap sepenuhnya. Berdasarkan statistik tahun ini, kementerian saya telah membuka empat kertas siasatan yang membabitkan rampasan rokok tidak sah bernilai RM17 ribu.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna dalam menjawab perbahasan kita dengan baik.

Dan sekarang saya menjemput pula Kementerian Kerja Raya, dipersilakan.

12.39 tgh.

Menteri Kerja Raya [Tuan Baru Bian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, yang turut menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Segala cadangan, pandangan dan teguran mengenai isu-isu yang dibangkitkan itu amatlah dihargai dan akan diambil perhatian di bawah kementerian ini.

■1240

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang akan disentuh adalah dengan kemudahan lampu jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, syarikat konsesi ANIH Berhad telah melaksanakan obligasi mereka untuk pemasangan lampu seperti mana yang terkandung dalam perjanjian konsesi. Bagi pemasangan lampu di Jajaran Gombak ke Terowong Genting Sempah, kerajaan telah membelanjakan RM18 juta untuk pemasangan lampu. Bagi jajaran dari kilometer 39 hingga 41 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Senator, setakat ini masih belum ada perancangan untuk melaksanakannya.

Namun ia akan dipertimbangkan sekiranya terdapat peruntukan bagi melaksanakannya. Sebagai makluman juga, sekiranya kerajaan mengarahkan syarikat konsesi untuk memasang kemudahan lampu jalan di lokasi-lokasi lain daripada yang termaktub dalam perjanjian konsesi, maka ia adalah merupakan kerja-kerja tambahan yang melayakkan syarikat konsesi membuat tuntutan kerja tambahan daripada pihak kerajaan.

Selain itu, pihak konsesi juga telah mengambil pelbagai langkah proaktif meningkatkan ciri-ciri keselamatan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, iaitu seperti mana berikut:

(i) membuat turapan menggunakan kaedah microsurfacing, di lokasi berselekoh bagi mengurangkan terbabas, khususnya ketika jalan basah;

(ii) memasang rumble strips di lokasi berselekoh bagi tujuan memperlahankan kenderaan;

Page 43: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

36 DN 10.12.2018

(iii) memasang pemantul cahaya, dengan izin, reflective stripper di setiap empat meter pengadang jalan lebuh raya;

(iv) memasang blinking chevron bersaiz besar yang berfungsi sepanjang masa di kawasan berselekoh tajam bagi memberi amaran kepada pemandu; dan

(v) menaik taraf ketinggian pembahagi jalan daripada 700 mm kepada 1070 mm di sepanjang Jajaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak bagi mengurangkan pantulan cahaya silau daripada kenderaan arah bertentangan. Skop ini adalah kerja naik taraf terbaharu yang mana dahulunya di kawasan ini dipasang pemantul cahaya- anti-glare.

Isu seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad, dan Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook mengenai penggunaan getah untuk membuat jalan raya.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menjalankan kajian terhadap kesesuaian untuk menggunakan- I quote here, “cup lump modified asphalt” di dalam pembinaan jalan dan mendapati bahawa ia sesuai untuk digunakan.

Mengenai kualiti adalah dimaklumkan JKR sedang dalam penyediaan spesifikasi bagi membolehkan pengguna CMA ini dan juga beberapa jenis bahan tambah lain berasaskan getah di dalam bancuhan asphalt concrete, dengan izin, untuk digunakan sebagai turapan di dalam pembinaan jalan.

Namun begitu, kementerian mendapati penggunaan CMA ini akan menyebabkan kos keseluruhan pembinaan meningkat di antara 5 peratus hingga 10 peratus. Maka dengan sebab itu, penggunaan bahan ini dengan secara meluas adalah agak terhad.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya oleh Yang Berhormat Senator Ir. Md. Nasir bin Hashim, ada? Terima kasih. Mengenai keperluan menarik taraf jalan-jalan yang menghala ke Mersing.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, berdasarkan semakan bancian dan Isi Padu Trafik Lalu Lintas Terkini Laluan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing mendapati bahawa tahap perkhidmatan jalan atau level of service, dengan izin, berada pada tahap LOSA yang mana aliran masih lancar. Sehubungan dengan itu, tiada keperluan untuk menaik taraf jalan tersebut pada masa kini.

Di samping itu juga kementerian ini mengambil akan pelebaran jambatan merintangi Sungai Mersing. Walau bagaimanapun, kementerian ini bersedia mempertimbangkan cadangan projek tersebut daripada kerajaan negeri sekiranya memenuhi keperluan teknikal untuk dinaik taraf kelak.

Isu terakhir oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad bin Mustafa. Ada dalam? Terima kasih. Mengenai kesesakan jalan raya daripada Kota Bharu ke Tumpat. Berdasarkan semakan oleh Kementerian Kerja Raya dari Kota Bharu ke Tumpat adalah merupakan jalan negeri. Oleh yang demikian, peruntukan dan pelaksanaan naik taraf jalan-jalan tersebut adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Tuan Yang di-Pertua setakat ini sajalah penjelasan yang saya dapat berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya. Kementerian ini akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Mana-mana pertanyaan yang tidak sempat dijawab dalam Dewan akan diambil perhatian untuk diambil tindakan susulan selanjutnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 44: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 37

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri Tuan Baru Bian

mewakili Menteri Kerja Raya telah menjawab dengan baik dan tepat. Sekarang kita ada- Kementerian Luar Negeri, tidak payah sebab tiada isu hendak dijawab.

Saya pergi kepada Kementerian Dalam Negeri, dipersilakan.

12.48 tgh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Mohd Azis bin Jamman]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salah sejahtera.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tujuh Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan yang Mulia ini daripada 3 hingga 5 Disember 2018 dan telah menyentuh portfolio Kementerian Dalam Negeri.

Saya akan menggulung perbahasan tersebut berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator. Pertama, mengenai isu pembangunan dan infrastruktur, Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, ada? Nama lain [Ketawa]

Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili bertanyakan sama ada kerajaan akan meneruskan projek pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Tebedu, Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian Dalam Negeri mempunyai cadangan untuk membina Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Tebedu yang baharu. Keperluan projek ini adalah bagi memastikan kemudahan keluar masuk penumpang dan barangan melalui pintu masuk ini disediakan dengan komprehensif bagi menyokong pembukaan semula aktiviti perdagangan di Tebedu, susulan daripada Border Trade Agreement (BTA), dengan izin, dan Border Crossing Agreement (SCA) yang akan ditandatangani.

■1250

Walau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri telah difahamkan bahawa aktiviti perdagangan antara Tebedu-Entikong masih menghadapi masalah disebabkan pihak Indonesia sehingga kini masih enggan mewartakan Entikong sebagai legal landing port. Oleh itu, kementerian berpandangan bahawa buat masa ini adalah memadai dengan menaik taraf kompleks ICQS sedia ada menggunakan peruntukan pembangunan ataupun Development Expenditure (DE), dengan izin, sebanyak RM10 juta yang telah diluluskan sebelum ini.

Sekiranya terdapat perkembangan yang positif dan komitmen terbaru berkaitan dengan pembukaan semula perdagangan melalui pintu masuk Tebedu-Entikong, kementerian akan mempertimbangkan untuk memohon kelulusan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk pembinaan kompleks ICQS baharu di bawah Rolling Plan berikutnya.

Kedua, berkenaan dengan keselamatan dan kepolisan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, ada?

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah?

Dato' Mohd Azis bin Jamman: Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah ada?

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Ada?

Dato' Mohd Azis bin Jamman: Saya akan bagi jawapan secara bertulis. Kemudian Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram, ada?

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidak ada.

Dato' Mohd Azis bin Jamman: Tidak ada. Ia juga akan dijawab secara bertulis.

Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin...

Page 45: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

38 DN 10.12.2018

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin,

ada.

Dato' Mohd Azis bin Jamman: Okey. Beliau bertanyakan mengenai langkah-langkah kementerian untuk menangani masalah persaraan awal di kalangan anggota PDRM.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas di Bukit Aman untuk meneliti serta mengkaji punca yang mendorong pegawai kanan dan pegawai rendah memilih untuk bersara awal.

Keadaan ini jika diambil tindakan yang drastik boleh menyebabkan pasukan polis akan kehilangan pegawai-pegawai yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam tugas-tugas kepolisan. Bagi tahun 2017 sehingga Oktober 2018, seramai 169 orang dari kalangan pegawai kanan dan seramai 4,259 daripada kalangan pegawai rendah polis telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal. PDRM akan mengemukakan hasil kajian tersebut dalam tempoh yang terdekat ini.

Selain daripada itu, Ahli Yang Berhormat turut bertanya mengenai kaedah dan mekanisme yang digunakan oleh kementerian untuk menarik minat masyarakat bukan Melayu menyertai perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pasukan Polis dan PDRM telah menggunakan kaedah dan mekanisme yang berikut bagi menarik minat masyarakat bukan Melayu untuk menyertai Polis Diraja Malaysia.

Pertama, membuka permohonan jawatan melalui portal rasmi SPA secara online mulai 20 Mac 2012. Calon-calon yang berminat boleh memohon jawatan yang ditawarkan mengikut kelayakan akademik dan fizikal yang ditetapkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.

Kedua, membuat hebahan melalui radio, dan TV termasuk radio di negeri-negeri seluruh negara melalui saluran berbahasa Melayu, Cina, Tamil dan pelbagai kaum.

Ketiga, membuat hebahan melalui balai-balai polis di seluruh negara.

Keempat, mengarahkan ketua-ketua polis daerah seluruh negara agar sentiasa berhubung dengan persatuan-persatuan masyarakat Cina, India dan pelbagai kaum bagi membantu menghebahkan, menggalakkan belia-belia mereka untuk memohon jawatan di dalam Polis Diraja Malaysia.

Kelima, menyertai roadshow yang dijalankan oleh kerajaan ataupun NGO persatuan-persatuan di dalam memberi penerangan berkaitan kerjaya di dalam Polis Diraja Malaysia.

Keenam, daripada semasa ke semasa, menjalankan kajian dan mengemukakan cadangan yang munasabah bagi mendapatkan kenaikan gaji dan elaun-elaun ke satu tahap yang berpatutan mengikut keadaan semasa untuk semua peringkat pangkat anggota polis bagi menarik minat mereka.

Dalam isu ketiga pula, hal ehwal imigresen. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin, ada?

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Senator.

Dato' Mohd Azis bin Jamman: Yang Berhormat juga tiada. Saya akan jawab secara bertulis.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Baik.

Dato' Mohd Azis bin Jamman: Isu kewarganegaraan dan pendaftaran oleh Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong. Yang Berhormat juga tidak ada, dan saya akan jawab secara bertulis.

Page 46: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 39

Oleh itu, saya tutup perbahasan saya pada hari ini Tuan Yang di-Pertua dengan

penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri... [Disampuk]

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Dato' Mohd Azis bin Jamman: Sila.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri ada menyebut berhubung dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk membina ICQS kalau tidak silap saya tadi.

Dalam hal ini, setujukah Yang Berhormat Menteri sekiranya kita lihat Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ini, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mewujudkan tujuh tonggak untuk mengatasi masalah ekonomi ataupun menentukan sasaran ekonomi kita sepanjang Rancangan Malaysia Kesebelas dicapai.

Jadi, soalan saya Tuan Yang di-Pertua. Saya ada cadangkan supaya elemen ataupun unsur-unsur keselamatan itu juga dijadikan tonggak dalam Kementerian Hal Ehwal Ekonomi merancang pembangunan ekonomi bagi mencapai sasaran Rancangan Malaysia Kesebelas. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Dato' Mohd Azis bin Jamman: Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya kurang faham soalan yang di- boleh ulang sekali lagi.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua sebelum ini, saya bangkitkan tujuh tonggak. Saya percaya Yang Berhormat Menteri juga telah meneliti kajian KSP ini. Dalam tonggak, enam tonggak tersebut tiada tonggak yang membangkitkan isu keselamatan dalam negara.

Saya beranggapan, keselamatan dalam negara juga- kestabilan dalam negeri juga perlu diambil kira dalam membangunkan ekonomi negara. Maka, sebab itu saya mohon supaya ia dimasukkan dalam rancangan ekonomi untuk Rancangan Malaysia Kesebelas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Mohd Azis bin Jamman: Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, baru saya faham. Terima kasih dengan soalan pencelahan tadi. Sebenarnya, saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Sebenarnya dalam Dewan Parlimen sebenarnya iaitu dalam Dewan Rakyat saya sering membangkitkan soal isu keselamatan. Isu keselamatan ini, walaupun kita- saya sebut ini in fact dengan Kementerian Kewangan pun bahawa kalau kita memperkasakan faktor keselamatan di negara kita, kita rapatkan pintu-pintu masuk kita, perairan kita dan keselamatan dalam negara kita mungkin kita berbelanja banyak.

Akan tetapi, dari sudut lain kita akan berbelanja kurang dari segi contoh penjara, contohnya. Kalau keselamatan di pintu-pintu masuk dapat kita memperketat mungkin bilangan orang yang duduk dalam penjara itu berkurangan. Bila ianya berkurangan, belanja untuk bagi makan pun mungkin kurang.

Jadi, sebab itu, di samping daripada itu juga, jika keadaan keselamatan kita di dalam negara kita ini terkawal dan terjamin, keyakinan pelancong-pelancong daripada luar negara juga akan meningkat. Ini akan menambah sektor ekonomi pula. Jadi, dia akan menambah bilangan pelancong yang masuk ke negara kita. Demikian juga, dari sudut ekonomi. Bila negara kita dalam keadaan yang selamat, pelabur-pelabur mungkin akan berani datang ke negara kita untuk melabur. Contohnya, di negeri Sabah hari ini isu berkaitan dengan pelanunan tidak pernah selesai.

Saya telah nyatakan ini di Dewan Rakyat di dalam Parlimen menyatakan bahawa kalau boleh benar kementerian lain juga memerlukan bajet. Akan tetapi, faktor keselamatan adalah something yang kita tidak boleh kompromi Tuan Yang di-Pertua.

Page 47: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

40 DN 10.12.2018

Kita perlu memperkasakan keadaan ekonomi kita sebab dia akan menyumbang iaitu

dia punya chain reaction banyak. Itu yang saya sebutkan tadi. Contoh di Sabah, bila mana ada isu pelanunan di sana, tidak ada ramai yang datang syarikat-syarikat daripada luar ingin melabur di negeri Sabah. Ini kerana mereka takut isu-isu keselamatan tidak terjamin di kawasan pantai timur negeri Sabah. Demikian juga pelancong, dengar sahaja isu pelancong ada penculikan di pantai timur, pelancong daripada China datang ke Sabah berkurangan.

Jadi, inilah di antara perkara-perkara yang sering saya bangkitkan di dalam Dewan Rakyat dan saya setuju apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Isu dan faktor keselamatan ini adalah perkara yang perlu dimasukkan dalam apa juga perancangan negara. Ini kerana ianya bukan hanya melihat kepada imej negara kita di pintu muka dunia tetapi juga sebagaimana saya sebutkan tadi ia akan dapat membantu mempergiatkan lagi ekonomi-ekonomi yang lain khususnya dalam sektor pelancongan dan pelaburan bagi memastikan negara kita terus maju ke hadapan.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya tutup perbahasan saya pada hari ini dengan membaca- saya ingin menegaskan bahawa kementerian dalam negeri akan terus komited untuk menjayakan matlamat Rancangan Malaysia Kesebelas seperti yang telah diungkapkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Mohd Azis bin Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri kita yang telah menjawab dengan teratur dan kemas. Sekarang saya- Ahli-ahli Yang Berhormat, pukul satu. Sekarang saya tangguhkan mesyuarat Dewan hingga jam 2.30 petang. Sekian dan terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

■1430

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Ahli Yang Berhormat, kita sambung kepada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Dipersilakan Yang Berhormat.

2.32 ptg.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim [Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam usul perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah membangkitkan isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu MESTECC.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, Yang Berhormat Tuan Adrian Banie Lasimbang dan Yang Berhormat Datuk Rabiyah binti Ali yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan bekalan tenaga elektrik, tenaga boleh baharu dan teknologi hijau.

Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili ada memohon Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga Kementerian Pendidikan menyenaraikan dan memperincikan pelan tindakan affirmative pada tahun 2019 dan juga tahun 2020 bagi pembangunan dan naik taraf skim bekalan air dan elektrik di Sarawak.

Page 48: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 41

Untuk makluman Yang Berhormat, Sarawak tidak tertakluk kepada Akta Bekalan

Elektrik 1990 berkuat kuasa 1 September 1990 sebagaimana PU(A) 272/1990. Walau bagaimanapun dimaklumkan bahawa peruntukan bagi pembangunan infrastruktur bekalan elektrik luar bandar disediakan oleh kerajaan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang turut meliputi penyambungan grid, kaedah alternatif penjanaan elektrik seperti solar hibrid dan mikro hidro serta pemasangan lampu jalan kampung.

MESTECC walau bagaimanapun sedang bekerjasama dengan KPLB untuk memberi input teknologi yang sesuai dan bantuan teknikal dalam membangunkan bekalan elektrik luar bandar. Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang ada membangkitkan apakah tindakan dan juga apakah peruntukan yang disediakan untuk menaik taraf sistem bagi agihan elektrik supaya kadar SAIDI di Sabah dapat dikurangkan memandangkan kebanyakan kes gangguan bekalan elektrik di Sabah adalah kerana masalah pada sistem pengagihan kepada pengguna khasnya pada talian 33 kilowatt dan juga 11 kilo watt yang mana sudah banyak uzur.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), sejumlah RM2.3 bilion dalam bentuk geran telah diperuntukkan kepada kementerian untuk melaksanakan 57 projek menaik taraf infrastruktur bekalan elektrik di negeri Sabah termasuk meningkatkan kapasiti talian dan penggantian kabel serta peralatan yang telah uzur.

Peruntukan ini adalah untuk membantu usaha yang sedang dilakukan oleh Sabah Electricity Sdn. Berhad dalam memberikan bekalan elektrik yang berdaya harap kepada pengguna di negeri Sabah. Pelaksanaan projek-projek menaik taraf infrastruktur bekalan elektrik ini dilaksanakan oleh pasukan khas bekalan elektrik Sabah yang meliputi 17 projek talian penghantaran dan 27 projek pembahagian.

Sehingga tahun 2018, kadar System Average Interruption Duration Index ataupun SAIDI telah berjaya dikurangkan kepada 241 per minit, per pengguna per setahun berbanding 371 minit per pengguna per setahun pada tahun 2015. Kerajaan turut menyasarkan bahawa SAIDI pada tahun 2020 akan dapat dikurangkan kepada 100 per minit, per pengguna, per setahun.

Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang juga telah membangkitkan sama ada kerajaan menyediakan pusat latihan khusus untuk melatih anak-anak muda kita untuk menjadi tenaga kerja kompeten dalam teknologi hijau dan berapakah peruntukan untuk R&D dalam membangunkan teknologi hijau di Malaysia. Pembangunan modal insan dan teknologi hijau telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada lima teras strategik Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN 2009). Pelan Induk Teknologi Hijau atau Green Technology Master Plan (GTMP) yang dibangunkan pada 2017 bagi menyokong pelaksanaan DTHN 2009 juga menekankan aspek pembangunan modal insan bagi memastikan agenda teknologi hijau negara tercapai.

Pada masa ini tidak ada satu pusat latihan khusus ditubuhkan bagi melatih anak-anak muda dalam bidang teknologi hijau. Walau bagaimanapun, kerajaan sedang melaksanakan pelbagai program latihan dan pembangunan kompetensi jangka pendek di pusat-pusat latihan dan agensi-agensi sedia ada. Antara program latihan yang dilaksanakan termasuklah Energy Management Gold Standard, yang pertama ASEAN Energy Management Scheme yang dikendalikan oleh Malaysian Green Technology Corporation.

Yang kedua, Energy Management Training Courses oleh Pertubuhan Syarikat-syarikat Perkhidmatan Tenaga Malaysia, Malaysia Association of Energy Service Companies.

Ketiga Program Pembangunan Berterusan Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar (CPD) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Keempat, program latihan berkaitan kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu dan pengauditan tenaga yang dikendalikan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) dan

Page 49: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

42 DN 10.12.2018

Kelima, Energy Manager Training Course, Certified Professional in Measurement

and Verification dan Energy Auditor Training Course oleh Malaysian Green Technology Corporation.

Di samping itu Malaysian Green Technology Corporation juga bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi membangunkan National Occupational Skills Standard dalam bidang teknologi hijau sebagai sebahagian daripada silibus bagi kursus-kursus yang ditawarkan di bawah Sijil Kemahiran Malaysia.

Sehingga kini sebanyak 67 NOSS atau National Occupational Skills Standard dalam bidang teknologi hijau telah dibangunkan dalam kategori yang berikut:

(i) anaerobic digestion biogas plant;

(ii) Bio-CNG;

(iii) landfill gas;

(iv) Biomass Energy Generation Plan;

(v) Waste and Water Related Skill; dan

(vi) green building related skill.

Berkaitan dengan dana bagi penyelidikan R&D teknologi hijau, suka saya maklumkan bahawa bagi tahun 2019, MESTECC telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi membiayai projek-projek R&D bermula dari penghasilan proof of concept sehingga pra pengkomersialan produk.

■1440

Permohonan adalah terbuka kepada pelbagai bidang R&D termasuk teknologi hijau. Bermula tahun 2019 juga, MESTECC akan menawarkan pembiayaan secara co-funding dengan nisbah 70 kerajaan 30 entiti dan sumbangan pembiayaan dari kerajaan adalah sehingga RM5 juta. Tawaran akan dilaksanakan melalui call for proposal meliputi bidang yang diperlukan oleh pihak industri termasuk teknologi hijau sekiranya ada. Pembiayaan ini juga menyasarkan projek R&D bermula pada peringkat penghasilan proof of concept sehingga pra pengkomersilan.

Dengan pelaksanaan pembiayaan secara call for proposal ini, kerajaan berhasrat untuk menumpu kepada usaha meningkatkan pengkomersilan projek-projek R&D yang mempunyai keperluan strategik dengan jangkaan bahawa hasil penyelidikan dapat menyelesaikan isu nasional dan membawa pertubuhan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali ada membangkitkan mengenai isu sama ada akan berlaku kenaikan asas elektrik bagi tahun 2019. Berdasarkan prestasi semasa, harga pasaran bahan api yang diunjurkan pada tahun 2019 dan bagaimana kerajaan menangani kejatuhan nilai ringgit berbanding USD bagi mengimbangi kos perolehan bahan api seperti arang batu dan gas agar tarif elektrik ini tidak membebankan pengguna domestik dan pengguna komersial.

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan unjuran global dijangka akan berlaku kenaikan harga bahan api, arang batu dan gas di pasaran pada tahun 2019. Sebarang kenaikan harga bahan api tersebut dan kesannya ke atas kos penjanaan elektrik di Semenanjung akan disemak setiap enam bulan dan hanya dilepaskan kepada pengguna elektrik pada enam bulan berikutnya, lag in effect of six months. Sebagai contoh kenaikan harga bahan api bagi tempoh Januari-Jun 2019 akan hanya dikenakan kepada pengguna elektrik pada Julai hingga Disember 2019.

Dalam hal ini, pihak kementerian sedang menyediakan kalkulator Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang dijangka boleh digunakan oleh pengguna bermula pada Januari 2019. Dengan menggunakan kalkulator ICPT tersebut, pengguna boleh memasukkan harga bahan api di pasaran dan melihat impaknya ke atas bil elektrik mereka.

Page 50: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 43

Penggunaan kalkulator ICPT akan membantu pengguna merancang penggunaan

elektrik dan bil bulanan mereka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar tarif asas elektrik di Semenanjung tidak berubah sebagaimana yang telah ditetapkan pada 39.45 sen per kilowatt jam secara purata pada tempoh 2018 sehingga 2020 di bawah mekanisme Incentive-Based Regulation atau IBR.

Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali juga ada membangkitkan mengenai isu bagaimana perancangan kerajaan dalam menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu atau TBB kepada pengguna lain dan pemain industri bekalan elektrik TBB. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan melakukan pembidaan terbuka bagi projek tenaga solar dan pemain industri yang berminat boleh menyertai proses pembidaan tersebut selepas pengumuman request for proposal dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga pada bulan Januari 2019.

Kerajaan juga sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik atau solar PV di rumah-rumah kediaman. Kementerian kini memberikan tumpuan kepada perluasan pelaksanaan net energy metering atau NEM untuk pemasangan solar PV di rumah kediaman serta premis bangunan komersial. Memandangkan mekanisme NEM sedia ada kurang berjaya menarik penyertaan yang menggalakkan, kerajaan telah menambah baik mekanisme tersebut dan bermula pada 1 Januari 2019 lebihan tenaga yang dijana dan dieksport ke grid akan menggunakan kaedah one-to-one off set berbanding menggunakan kadar displaced cost seperti yang diguna pada masa ini.

Hasil daripada lebihan eksport tenaga elektrik ini akan dikreditkan ke dalam bil pengguna dan boleh disimpan selama 24 bulan oleh pengguna sebagai pengurangan dalam bayaran bil elektrik. Kerajaan percaya melalui penambahbaikan ini lebih ramai individu dan pemilik bangunan komersial akan memasang solar PV untuk penjanaan tenaga.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan sains, teknologi dan inovasi yang juga merupakan fungsi utama kementerian ini. Saya ingin menjawab berhubung isu bagaimana cara yang paling realistik dalam membangunkan sistem bersepadu dalam pengurusan risiko bencana banjir dengan mengintegrasikan data ramalan cuaca dan hebahan amaran kepada orang awam melalui media sosial digital.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, peranan untuk memantau cuaca dan meramalkan banjir adalah di bawah dua agensi yang berbeza. Jabatan Meteorologi Malaysia ataupun MMD sebuah jabatan di bawah MESTECC adalah bertanggungjawab dalam memantau serta mengeluarkan nasihat dan amaran hujan lebat.

Manakala ramalan banjir adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran yang diletakkan di bawah Kementerian Air, Tenaga dan Sumber Asli. Nasihat dan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh MMD akan disampaikan kepada agensi yang terlibat secara langsung dengan pengurusan bencana banjir termasuk JPS. Nasihat dan amaran cuaca buruk juga turut disebarkan kepada orang awam melalui siaran TV, laman web www.met.gov.my, media sosial Facebook Malaysian Met, Twitter @malaysianmet dan juga WhatsApp dan media massa dalam aplikasi mobil myCuaca.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, dalam komponen utama program ramalan dan amaran banjir yang kini sedang dilaksanakan oleh JPS, peranan MMD adalah membekalkan input berkaitan ramalan hujan iaitu jumlah hujan yang dicerap melalui imej radar dan produk ramalan cuaca numerical yang dijana oleh high performance computing MMD untuk diintegrasikan bersama sistem ramalan dan amaran banjir. Perkongsian data di antara MMD dan JPS ini telah dimulakan sejak tahun 2014. Manakala parameter lain bagi program ramalan dan amaran banjir seperti kelembapan tanah, cerapan aras air dan kadar alir air pasang dan surut, profil sungai, topografi dan guna tanah adalah di bawah JPS dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya mengucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan alam sekitar dan perubahan iklim.

Page 51: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

44 DN 10.12.2018

Berhubung dengan isu penguatkuasaan pemeliharaan alam sekitar, kementerian

mendapati bahawa punca isu-isu pelanggaran kepada undang-undang berkaitan alam sekitar ini adalah berkaitan dengan 3E iaitu enforcement, engagement dan juga education.

Berkaitan dengan penguatkuasaan, kementerian telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan 100 peratus bilangan operasi penguatkuasaan Akta Alam Sekeliling 1974 dan mengkaji semula akta-akta berkaitan dalam pengawalan pencemaran serta environmental impact assessment (EIA) dalam tempoh dua tahun akan datang.

Kementerian juga akan menambahkan peralatan teknologi dan memperbaiki sistem dengan agresif untuk memastikan penguatkuasaan pencemaran dan aktiviti-aktiviti menjejaskan alam sekitar dengan tegas, telus dan efektif. Aktiviti pembangunan yang berpotensi menyebabkan pencemaran dan impak ke atas alam sekitar boleh dikawal dan dicegah bukan sahaja melalui kaedah penguatkuasaan dan pemantauan malahan melalui pendekatan elemen perancangan dan juga pencegahan.

Kementerian ini melalui jabatan alam sekitar menguatkuasakan seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekeliling) 2015 yang mengehendaki EIA bagi aktiviti yang ditetapkan dijalankan dan laporan dikemukakan kepada JAS untuk kelulusan sebelum projek boleh dijalankan. Di peringkat pelaksanaan projek, penguatkuasaan dijalankan oleh JAS bagi memastikan pematuhan kepada syarat kelulusan EIA.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016. Justeru itu, kementerian akan meneruskan komitmen Malaysia dalam Paris Agreement melalui pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi bagi menyumbang kepada sasaran Paris Agreement.

Bagi memenuhi komitmen perubahan iklim di bawah Paris Agreement, Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan agensi di bawahnya telah dan akan terus melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di bawah sektor-sektor utama GHG di negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut:

■1450

(i) menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu melalui mekanisme feed-in tariff;

(ii) menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme FiT;

(iii) menggalakkan loji biogas;

(iv) menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;

(v) mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;

(vi) membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;

(vii) menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;

(viii) membangunkan program bio diesel B5;

(ix) mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;

(x) menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga- energy efficient vehicle (EEV);

(xi) menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga lima peratus dari bangunan-bangunan kerajaan; dan

Page 52: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 45

(xi) menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program green

technology financing scheme.

Kerajaan telah mula melaksanakan langkah-langkah mitigasi tambahan seperti berikut:

(i) pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga sebagai pemangkin kepada penggunaan tenaga yang lestari;

(ii) pelaksanaan program Large Scale Solar yang memanfaatkan status Malaysia sebagai salah satu peneraju industri solar; dan

(iii) menumpukan usaha kepada sektor sisa sebagai sektor yang berpotensi menyumbangkan kepada sumber tenaga boleh baharu dan kitar semula buangan.

Kerajaan juga telah melaksanakan langkah-langkah adaptasi bagi menghadapi impak perubahan iklim seperti berikut, Pelancaran Dasar Sumber Air Negara 2012 untuk mengukuhkan pengurusan sumber air negara secara bersepadu yang memfokuskan kepada jaminan dan kelestarian sumber air termasuk inisiatif bagi menghadapi bencana berkaitan air, banjir dan cuaca kering disebabkan perubahan iklim.

Pelancaran Dasar Agromakanan Negara yang turut memfokuskan inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan kerentanan tanaman, pembangunan teknologi bagi meningkatkan hasil produktiviti dan kerentanan tanaman komoditi, ternakan dan sektor akuakultur, pembangunan kapasiti komuniti nelayan dan pesisir pantai, program pemuliharaan hutan, tanah gambut dan kawasan bakau serta ekosistem marin, penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pengukuhan sistem infrastruktur kesihatan, bekalan tenaga dan air, pengurusan sisa jaringan pengangkutan bagi menghadapi bencana dan pembangunan kapasiti dan kemudahan infrastruktur serta pengukuhan penyampaian perkhidmatan kesihatan bagi menghadapi penyakit-penyakit yang dipengaruhi oleh perubahan iklim.

Kementerian akan meningkatkan usaha dalam menyediakan negara untuk mencapai sasaran Paris Agreement dan menghadapi impak perubahan iklim, sama ada dari segi adaptasi atau mitigasi. Usaha ini termasuk meningkatkan usaha meningkatkan kerjasama dalam pembangunan kapasiti, pemindahan teknologi dan penyaluran dana.

Sekian sahaja maklum balas saya tentang isu-isu di bawah MESTECC yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas. Terima kasih.

2.54 ptg.

Menteri Wilayah Persekutuan [Tuan Khalid bin Abd. Samad]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

Kementerian Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator Dewan Negara yang telah menyentuh secara khusus berkaitan bidang kuasa kementerian ini semasa sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas tempoh hari. Terdapat hanya tiga isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua mengenai permasalahan yang berlaku di Bandaraya Kuala Lumpur.

Pertama adalah soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris. Saya tidak tahu dia hadir atau tidak hadir...

Seorang Ahli: Dia keluar sekejap.

Tuan Khalid bin Abd. Samad: Ya? Dia keluar sekejap. Okey alhamdulillah, kalau dia tidak hadir pun saya hendak jawab, fasal soalan dia menarik.

Tuan Yang di-Pertua, Datuk Razali menimbulkan persoalan perhimpunan pada ketika itu dipohon untuk diadakan pada 8 Disember, 2018 yang telah diadakan, dan dia memohon supaya ia dibenarkan kerana kita merupakan demokrasi.

Page 53: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

46 DN 10.12.2018

Dia kata himpunan biarlah tertib, mereka hendak berjalan beramai-ramai sambil

memakan popcorn dan berbual di antara satu sama lain. Maklumlah sudah lama berkelahi, tiba-tiba hendak berbaik-baik.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang diketahui umum, perhimpunan itu telah pun dibenarkan. Bukan sekadar ia dibenarkan, tetapi telah diberikan kerjasama yang sepenuhnya oleh pihak Kementerian Wilayah, oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, oleh pihak polis dan sebagainya. Oleh sebab itu, maka ia telah berjalan dengan baik dan aman.

Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada pihak penganjur kerana seperti mana yang telah dijanjikan ia merupakan perhimpunan yang aman dan mereka juga telah menentukan bahawa semua kawasan-kawasan telah pun dibersihkan, sebelum mereka berundur daripada tapak itu. Seperti mana yang kita tahu, perhimpunan itu telah diadakan daripada jam 2 petang dan sepatutnya sehingga 6 petang. Akan tetapi oleh sebab cuaca tidak mengizinkan, maka didapati mereka telah berakhir agak awal. Mungkin sebelum pukul 6 petang itu lagi.

Namun demikian, oleh kerana kerjasama yang sepenuhnya diberikan, maka boleh dikatakan tidak ada apa-apa insiden. Tuan Yang di-Pertua bukan sekadar kita berikan kebenaran untuk mereka berhimpun, yang itu pun sudah menjadi satu tindakan yang agak bersejarah. Kita telah memberikan liputan terus- live coverage, melalui TV3, Astro Awani dan sebagainya yang seperti mana tidak pernah dilakukan oleh pentadbiran ataupun oleh kerajaan yang sebelum ini.

Hanya ada beberapa perkara yang perlu saya tegur. Pertama, dikatakan ia merupakan majlis kesyukuran atas sebab kerajaan tidak meratifikasikan ICERD itu. Malangnya, ia tidak menjadi sebagai satu majlis kesyukuran dan lebih merupakan ucapan-ucapan yang mengutuk kerajaan. Sedangkan kalau kesyukuran itu sepatutnya kita sama-samalah mengucapkan terima kasih termasuklah kepada kerajaan yang telah bersetuju untuk tidak meratifikasi perjanjian itu.

Pada penghujung perhimpunan itu, siap diadakan doa yang memohon supaya dipendekkan hayat Kerajaan Pakatan Harapan. Bagi saya ini adalah bukti bahawa Kerajaan Pakatan Harapan begitu mantap dan teguh sehingga diakui bahawa tidak ada cara untuk menjatuhkannya melainkan melalui divine intervention, Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita tahu, kita boleh doa, tetapi sama ada Allah memakbulkan atau tidak, itu hak Allah.

Akan tetapi usaha untuk Pakatan Harapan untuk kekalkan dirinya sebagai kerajaan akan terus dilakukan termasuklah dengan mengamalkan prinsip adil yang tidak memilih bulu. Bukan sekadar kerajaan sahaja yang dibenarkan untuk mengadakan program-program, tetapi pembangkang sekalipun dibenarkan juga.

■1500

Hasil daripada perhimpunan itu ada banyak juga isu-isu yang telah ditimbulkan. Pertama, dikatakan bahawa yang kehadirannya mencecah 500,000 orang, mencecah 1.2 juta orang dan sebagainya. Saya rasa itu hanya mampu tercapai sekiranya mereka berdiri bertindih 10 orang, seorang atas seorang.

Ini kerana kita kalau kita buat anggaran yang waras kita akan dapati bahawa satu kilometer jalan, kalau ada jalan sepanjang satu kilometer dan lebarnya 100 kaki kita akan- kalau kita buat kira-kira lah, kita akan dapati bahawa maksimum yang boleh muat dalam jalan yang satu kilometer dan 100 kaki lebar adalah di antara hanya 15 ribu orang hingga 20,000 orang. Kalau hendak lebih daripada itu semua kena peluk-peluklah. Akan tetapi, kalau berdiri biasa maka seorang itu akan ambil ruang lebih kurang dalam lima ataupun enam kaki persegi.

Kalau lima ataupun enam kaki persegi, maka dalam kawasan luas satu kilometer kali 30 meter iaitu 100 kaki, kita akan dapat hanya muatkan di antara 15 ribu orang hingga 20 ribu orang. Kalaulah 20 ribu orang maka kalau kita hendak satu juta orang, kita perlu 50 kilometer. Walaupun Jalan Raja depan Dataran Merdeka itu panjang tetapi tidak sampai 50 kilometer.

Page 54: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 47

Tahun lalu, saya haraplah pihak-pihak yang mengeluarkan andaian-andaian dan

anggaran-anggaran yang sebegini biarlah lebih saintifik dan jangan bercakap mengikut semangat dan main tembak ikut suka.

Kalau ‘tuan-tuan’- maaf. Ini macam ceramah pula. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat Senator perlu penjelasan yang lebih jelas berhubung dengan jumlah orang yang boleh muat dalam satu kilometer kali 30 meter, in syaa Allah lepas Dewan ini saya boleh memberikan kira-kiranya untuk membuktikan bahawa dalam satu kilometer panjang 30 meter lebar jalan, 15 ribu orang hingga 20 ribu orang sahaja. Kalau hendak sampai 200 ribu orang perlu 10 kilometer. Kalau hendak sampai satu juta orang perlu 50 kilometer. Itu saya punya anggaran kecuali dibuktikan sebaliknya.

Yang Berhormat Senator, ada jua yang mengeluarkan kenyataan bahawa konvensyen- konvensyen antarabangsa ini merupakan campur tangan golongan Zionis ataupun pihak antarabangsa yang hendak merampas kembali kedaulatan negara kita. Saya kena memberikan sedikit penjelasan walaupun ini bukan, saya bukan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi, konvensyen antarabangsa ini merupakan satu konvensyen yang mana kita tandatangan bersama dengan negara-negara yang lain untuk kita berpegang pada prinsip-prinsip yang tertentu. Kita sama-sama setuju. Maka, apa yang terkandung dalam konvensyen itu bukan wajib atas diri kita sahaja tetapi ianya juga wajib atas negara-negara lain yang menandatangani konvensyen itu.

Ada yang dicadangkan, “Oh, kita jangan lagi tandatanganlah. Semua konvensyen antarabangsa ini campur tangan dalam kedaulatan negara dan sebagainya”. Saya merasakan itu satu hujah yang agak keterlaluan. Ini kerana kita hendak negara-negara lain ikut seperti kita. Kita tidak amalkan diskriminasi ras, kita tidak mengamalkan penindasan terhadap wanita, kita tidak mengamalkan penindasan ataupun diskriminasi seks dan sebagainya. Maka, kita hendak negara-negara lain ikut kita untuk kita sama-sama mengamalkan prinsip-prinsip keadilan itu.

Maka, kalau kita buat konvensyen antarabangsa, ianya merupakan satu usaha untuk menentukan- sebagai contoh bagi orang Islam, kita hendak supaya umat Islam di Perancis mereka tidak di diskriminasi. Maka, Perancis pun kita jemputlah tandatangan. Kita hendak umat Islam di England iaitu di United Kingdom jangan diskriminasi terhadap orang Islam. Maka, kita buat konvensyen antarabangsa yang menolak diskriminasi ras. Maka, dia pun tandatangan.

Lalu, saya tidak faham hujah yang mengatakan bahawa konvensyen antarabangsa ini adalah merupakan satu usaha untuk merampas kedaulatan negara. Apa yang perlu kita lakukan ialah untuk kita kaji konvensyen ini sama ada ia menguntungkan selari dengan nilai-nilai kita ataupun tidak. Kalau kita merasakan bahawa negara kita... [Disampuk]

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua saya minta mencelah sedikit. Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd. Samad: Ya. Baik.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila duduk dahulu. Saya dengar panjang lebar syarahan Yang Berhormat Menteri mengenai ICERD ini. Jadi, saya hendak tanyalah Yang Berhormat Menteri setuju tidak tempoh hari apabila Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat menolak usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk membahaskan isu ratifikasi ICERD di Dewan Rakyat tempoh hari. Saya hendak tahu pandangan peribadi Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. Samad: Terima kasih. Mungkin kali pertama ada soalan tambahan. Saya rasa saya telah berjayalah menghidupkan suasana dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa alasan kenapa ia tidak di bahas ialah kerana tidak ada orang yang hendak ratifikasinya pun.

So, itu adalah atas kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua yang memandangkan bahawa sekarang ini hanya ada dua hari sahaja lagi. Hari ini dan esok. Oleh sebab, masa agak terhad maka untuk mengadakan satu perbahasan yang mungkin merupakan perbahasan yang panjang lebar sedangkan tidak ada orang hendak ratifikasi pun.

Page 55: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

48 DN 10.12.2018

Maka, dianggap oleh Tuan Yang di-Pertua ianya satu perkara yang agak luxurious

dan membuang masa. Oleh sebab itu, maka Tuan Yang di-Pertua atas kebijaksanaannya telah menolak. Akan tetapi, kalau masa yang mengizinkan in syaa Allah saya merasakan ianya satu perbahasan yang cukup bermakna dan perlu diadakan. Mungkin kita boleh buat selepas ini, in syaa Allah.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, satu lagi sahaja. Cuma saya hendak tanya satu lagi Yang Berhormat Menteri. Setuju tidak kalau saya nyatakan di sini apabila Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bagus kalau boleh diadakan perbahasan pada waktu lain bahawa pendirian Kabinet dan pendirian legislatif ke atas proses ratifikasi yang telah dibuat keputusan oleh Kabinet itu perlu dibuat di peringkat legislatif juga supaya dilihat cabang legislatif dan cabang eksekutif itu seia sekata menolak proses ratifikasi tersebut. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. Samad: Ianya hanya relevan kalau pihak legislatif ada yang ingin menandatanganinya. Kalau Yang Berhormat Senator merasakan bahawa ianya perlu untuk diratifikasi maka saya rasa ia satu usul yang boleh dibawa oleh parti ataupun yang pihak yang bersama dengan Yang Berhormat Senator.

Lalu dalam soal yang sebutkan tadi, konvensyen antarabangsa ini janganlah kita anggap sebagai hilangnya kedaulatan. Kalau kita setuju dengan sesuatu maka kita hendak. Kita hendak supaya tidak ada diskriminasi ras, kita tidak mahu adanya diskriminasi berdasarkan jantina, kita tidak mahu penindasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak, maka kita tandatanganlah konvensyen itu. Ini supaya di seluruh negara ataupun di seluruh dunia semua pegang kepada nilai-nilai dan prinsip-prinsip seperti itu.

Lalu untuk melihat Tuan Yang di-Pertua, satu-satu konvensyen antarabangsa itu sebagai hilangnya kedaulatan negara adalah satu pembohongan ataupun- maaflah saya tarik balik. Satu kesilapan yang teramat-amat silaplah. Kita harap bahawa anggota dalam Dewan Negara dan dalam Dewan Rakyat kita tidaklah mempunyai sikap yang sebegitu.

Berhubung dengan himpunan kelmarin itu, saya ingin menegaskan pada semualah supaya jangan kita rasa gentar ataupun takut. Saya yakin bahawa masyarakat Melayu tidak rasis. Tidak rasis.

■1510

Akan tetapi perhimpunan itu telah mendapat sambutan yang begitu ramai oleh kerana digambarkan bahawa ICERD itu akan diratifikasi dan ia akan menyebabkan Perlembagaan negara kita dirombak kembali. Atas kejayaan pihak-pihak yang mengelirukan rakyat jelata khususnya masyarakat Melayu di kampung yang bila kita tanya ICERD itu apa? Dia pun tidak tahu. Akan tetapi dia hadir juga, dia bukan hadir kerana dia benci kepada masyarakat Cina ataupun masyarakat India ataupun orang bukan Melayu.

Akan tetapi mereka hadir atas sebab mereka dikelirukan sama ada dengan sengaja ataupun tidak sengaja dan diberikan gambaran bahawa ada usaha untuk hendak bubarkan Perlembagaan Negara dan hendak jadikan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri. Maaf ya Tuan Yang di-Pertua, yang last statement itu saya tarikh balik lah ya [Ketawa]

Sambil itu ada juga soalan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad yang bertanya mengenai- Yang Berhormat Senator ada?... Ada.

Timbalan Yang di-Pertua: Dua-dua ada.

Tuan Khalid bin Abd Samad: Yang Berhormat Senator telah bertanya...

Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua, tadi sudah habis? Saya hendak minta pencerahan sedikit Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd Samad: Baik Yang Berhormat.

Datuk Razali bin Idris: Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd Samad: Ramai pula yang tanya sudah.

Page 56: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 49

Seorang Ahli: Semangat sudah.

Datuk Razali bin Idris: Semangat sudah [Ketawa] Saya rasa jawapan tadi itu agak detil. Cuma saya tidak tahu sama ada soalan saya ini lari daripada tajuk ataupun tidak. Akan tetapi berkaitan dengan ICERD. Kita di fahamkan ada sebilangan ibu bapa yang hadir dalam perhimpunan tersebut membawa anak kecil. Jadi apakah tindakan daripada pihak kerajaan? Itu yang pertama.

Soalan kedua, apakah pihak kerajaan akan membuat satu Akta Perhimpunan Aman yang mana kanak-kanak ataupun yang di bawah umur tidak dibenarkan hadir? Dua soalan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd Samad: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Soalan itu memang cukup relevan ya, Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris kerana sebenarnya Akta Perhimpunan Aman dan juga Akta Pelindungan Kanak-kanak sememangnya telah melarang membawa kanak-kanak di bawah umur untuk hadir dalam perhimpunan aman seperti mana yang telah diadakan.

Oleh sebab adanya akta itu, maka itulah sebabnya mengapa pihak polis sedang berusaha untuk mengambil tindakan untuk mengenal pasti ibu bapa yang mana yang telah melakukan kesalahan itu. Ini merupakan mungkinlah hasil daripada kejahilan tentang wujudnya akta-akta sedemikian. Akan tetapi saya dimaklumkan bahawa pihak polis telah pun memaklumkan terlebih dahulu bahawa kalau ada yang membawa kanak-kanak kecil dan sebagainya, mereka dikehendaki untuk meninggalkan anak-anak mereka di Balai Polis Dang Wangi untuk dijaga oleh pihak polis dan selepas itu bila balik boleh ambil baliklah.

Akan tetapi saya rasa oleh sebab kebiasaan selama ini orang sudah buat begitu dan orang pun tidak mahu tinggalkan anak dekat balai polis, nanti masuk jel lah, apalah, simpan dalam jel kah [Ketawa] Susah, wallahuaklam. Maaf, tarik balik Tuan Yang di-Pertua. Allah, marah polis kepada aku nanti, tarik balik. Maka mereka tidak sanggup buat begitu- dia bawa juga pergi ke perhimpunan dan ini memang satu kesalahan berdasarkan kepada akta yang sedia ada. Akta itu memang sudah sedia ada. Terima kasih.

Saya teruskan kepada soalan kedua berhubung dengan pemanduan kenderaan berat yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad yang mana ditanyakan bagaimana hendak tentukan bahawa pemandu lori kenderaan ini mematuhi had laju dan ikut laluan yang dikhaskan, hukuman yang lebih berat ke atas pemandu-pemandu yang mengakibatkan kes-kes kemalangan dan bagaimana PBT hendak- agar operasi kendalian kenderaan berat diharamkan dan beroperasi semasa waktu puncak, ketika pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya.

Saya ucapkan terima kasih atas soalan itu. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad telah membangkitkan mengenai permasalahan kenderaan-kenderaan berat.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Perintah Pengangkutan Jalan (Kenderaan Bergerak Perlahan) (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan) (Bandaraya Kuala Lumpur) 1994 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam perintah ini mana-mana kenderaan bergerak perlahan seperti lori tangki minyak, lori balak, traktor, trailer, jengkaut, jentolak dan kenderaan berat dengan muatannya melebihi lima tan dilarang melalui jalan-jalan di pusat bandar dan jalan-jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur pada masa waktu puncak pagi, iaitu dari jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam pada waktu puncak petang kecuali hari Ahad dan cuti kelepasan.

Selain dari itu, kenderaan Kerajaan Persekutuan atau negeri atau PBT dan badan berkanun dikecualikan. Sebagai langkah berterusan bagi mengehadkan kenderaan bergerak perlahan memasuki kawasan pusat bandar, DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi yang menjadi tumpuan kenderaan berat seperti di Jalan Kuching, Lebuhraya Bukit Jalil, Jalan Klang Lama, Jalan Loke Yew dan Lebuhraya Sungai Besi.

Page 57: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

50 DN 10.12.2018

DBKL juga telah bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik, PDRM, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan memprogramkan Operasi Bersih secara berkala yang bermula dari jam 7 pagi hingga 9.30 pagi. Dari jam 4.30 petang hingga 7 petang iaitu tindakan penguatkuasaan ke atas lori-lori yang membawa, menjatuhkan tanah, simen, pasir, batu-batu yang tidak mengambil langkah-langkah keselamatan kepada pengguna jalan raya serta menyebabkan kekotoran jalan.

Sepanjang tahun 2017, sebanyak 44 siri operasi dengan 1,189 Notis Kompaun telah dikeluarkan. Manakala bagi bulan Januari hingga Oktober tahun 2018, sebanyak 35 siri operasi dengan 770 Notis Kompaun telah dikeluarkan. Tindakan penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan daripada semasa ke semasa. Pada masa ini penguatkuasaan dibuat secara manual oleh DBKL di jalan-jalan masuk utama ke pusat bandar raya melalui kaedah menahan lori terbabit dan mengeluarkan saman.

Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak sesuai dilaksanakan pada setiap hari dengan mengganggu aliran trafik di jalan-jalan tersebut dan menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai apabila ia menjadi punca kesesakan terutama waktu masuk kerja pagi dan balik kerja petang. Bagi mengatasi masalah ini DBKL merancang untuk melaksanakan pemantau dan penguatkuasaan melalui Integrated Transportation Information System (ITIS).

Namun begitu, pengawal seliaan lalu lintas menggunakan Heavy Vehicle Classification System (HVCS) di jalan-jalan adalah tertakluk kepada peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].

Pada masa ini peruntukan undang-undang yang membolehkan penguatkuasaan kesalahan yang dirakam melalui kamera hanya diberikan kepada pegawai polis dan pegawai pengangkutan jalan sahaja, sebagai mana yang di peruntukan di bawah seksyen 53A, Akta 333 dan Kaedah-kaedah Pengangkutan (Jalan Kesalahan yang Dirakam Melalui Kamera) 2012. Kita akan cuba pohon supaya yang dirakam oleh pihak PBT termasuklah DBKL akan turut diiktiraf dan boleh digunakan sebagai bukti oleh menyaman.

Berkaitan persoalan bagaimana bentuk hukuman yang lebih berat diambil ke atas pemandu-pemandu yang menyebabkan kes-kes kemalangan maut, perkara tersebut adalah di bawah bidang tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM). DBKL melalui kementerian Wilayah Persekutuan sentiasa membincangkan perkara ini bersama PDRM dan JPJ bagi mencari jalan yang terbaik dalam menguatkuasakan perintah larangan kenderaan bergerak perlahan melalui jalan-jalan di Bandaraya Kuala Lumpur pada waktu puncak.

■1520

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL sedia maklum dengan kemasukan kenderaan-kenderaan berat dalam kawasan pusat bandar Kuala Lumpur pada waktu puncak. Perkara ini berlaku disebabkan keperluan bagi pembangunan projek-projek mega yang sedang berlangsung dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaras dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia ataupun world class city. Namun demikian, ia akan tetap dikawal dan dipantau untuk menentukan bahawa ia tidak akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang keterlaluan.

Tuan Yang di-Pertua, ada soalan yang terakhir iaitu soalan yang ketiga, yang- itu sahaja fasal soalan yang telah dikemukakan oleh seorang Yang Berhormat Senator berhubung dengan crypto-currency telah dikatakan akan dijawab oleh pihak MOF secara bertulis. Hanya saya hendak minta izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjelaskan bahawa pelancaran Harapan Coin itu telah dilakukan oleh diri saya sebagai individu dan ia telah dilakukan sebelum pilihan raya dan ia tidak ada kena mengena dengan Kementerian Wilayah.

Selepas saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, persoalan ini telah saya serahkan kepada pihak Bank Negara dan MOF untuk mempertimbangkan, ia dilancarkan dengan tujuan untuk mengutip sumbangan daripada mereka-mereka yang telah pun dalam pasaran crypto, yang ada duit bitcoin, yang ada duit ethereum yang ingin memberikan sumbangan, maka mereka boleh memberikan sumbangan dalam bentuk crypto-currency untuk dimanfaatkan untuk menghadapi pilihan raya.

Page 58: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 51

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, saya

mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator Dewan Negara berkaitan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-11 melibatkan bidang kuasa dan tanggungjawab kementerian ini. Segala teguran, pandangan, cadangan, ulasan mahupun kritikan yang membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua amatlah kami hargai dalam usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan awam sedia ada khususnya kepada rakyat dan negara secara menyeluruh. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Khalid bin Abdul Samad Menteri Wilayah Persekutuan telah menjawabnya tadi dalam perbahasan kita ya. Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri dan sekarang saya menjemput pula Kementerian Kesihatan, dipersilakan.

3.23 ptg.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia dan memang ada lapan isu-isu utama yang telah dibangkitkan iaitu berkenaan dengan:

(i) kempen kesedaran mendapatkan vaksin untuk pelancong;

(ii) pengawalan kos rawatan hospital swasta;

(iii) nisbah doktor kepada pesakit, nisbah katil kepada pesakit dan respons kecemasan;

(iv) Kempen Makan Sihat;

(v) peningkatan kualiti pendidikan pegawai perubatan;

(vi) penambahbaikan Pelan Transformasi Kesihatan;

(vii) isu penutupan Klinik Komuniti Kuala Lipis; dan

(viii) penambahbaikan mutu perkhidmatan kesihatan negara.

Terdapat lapan Yang Berhormat Senator yang mengambil bahagian dan saya akan menjawab mengikut giliran berkenaan. Senator-senator yang terlibat adalah:

(i) Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen;

(ii) Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili;

(iii) Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang;

(iv) Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing;

(v) Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen;

(vi) Yang Berhormat Senator Puan Siti Fatimah binti Yahya;

(vii) Yang Berhormat Senator Ir. Md. Nasir bin Hashim; dan

(viii) Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah.

Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen?... Ada, ada dalam Dewan?

Timbalan Yang di-Pertua: Ada.

Dr. Lee Boon Chye: Ada, sorry. Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen telah membangkitkan beberapa isu berkenaan dengan penambahan hospital, penambahan katil hospital, kos rawatan di hospital swasta dan juga Pelan Transformasi Kesihatan.

Page 59: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

52 DN 10.12.2018

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, nisbah katil pesakit untuk setiap seribu

penduduk, dengan izin, iaitu bed population ratio bagi negara Malaysia adalah 1.9 pada tahun 2017 dan ini meliputi katil yang disediakan oleh semua hospital kerajaan iaitu hospital Kementerian Kesihatan dan hospital bukan Kementerian Kesihatan serta hospital swasta. Hasrat supaya BPR dapat dicapai kepada 2.0 dijangka boleh diperoleh menjelang tahun 2020.

Seperti mana yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, penambahan bilangan katil ini adalah melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan hospital baharu ataupun naik taraf yang dibina oleh Kementerian Kesihatan oleh hospital-hospital universiti dan juga hospital swasta.

Pada masa ini, terdapat sebanyak 145 buah hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang diklasifikasikan mengikut fungsi iaitu 14 buah hospital negeri, 28 buah hospital berpakar major, 18 buah hospital berpakar minor, 75 buah hospital tanpa pakar, dan 10 buah hospital ataupun institusi khas. Kesemua fasiliti Kementerian Kesihatan ini menyumbang sebanyak 41,995 buah katil dengan nisbah katil kepada populasi 1.3 per 1,000 penduduk.

Nisbah ini meningkat kepada 1.9 per 1,000 penduduk sekiranya keseluruhan jumlah katil di semua hospital swasta serta hospital bukan milik Kementerian Kelihatan diambil kira. Bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti dapat diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia, Kementerian Kesihatan di dalam Pelan Induk Pembangunan Hospital telah menyasarkan pencapaian nisbah 2.5 katil kepada 1,000 orang penduduk menjelang tahun 2030.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11, pelbagai strategi telah dirancang yang merangkumi perancangan pembinaan 16 buah hospital baharu dan gantian serta menaik taraf fasiliti hospital sedia ada berdasarkan pertumbuhan penduduk yang diunjurkan oleh negeri dan daerah. Perancangan ini dilakukan secara berfasa namun bergantung kepada sumber kewangan serta tenaga kerja yang mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung kawalan ke atas kos rawatan perubatan hospital swasta, Kementerian Kesihatan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam membuat pemantauan dan kawal selia ke atas fi profesional pengamal perubatan swasta atau pergigian swasta dengan pelbagai cara dan ini termasuk, pertama memberi peringatan kepada hospital swasta supaya mematuhi Jadual Ketiga Belas, Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2013 di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta [Akta 586] yang mengawal selia caj perundingan dan caj tatacara pengamal perubatan di hospital swasta.

Kedua, memastikan ketidakpuasan hati atau aduan daripada pelbagai pihak mengenai fi disemak dan disiasat.

Ketiga, meminta hospital swasta mengadakan prosedur ketidakpuasan hati ataupun grievance procedure, dengan izin, ke atas aduan.

■1530

Keempat membenarkan pesakit untuk mengetahui kos sebelum rawatan melalui financial counselling, dengan izin, yang diadakan oleh pihak hospital swasta dan membolehkan pesakit membuat pemantauan ke atas fi yang dikenakan dengan membandingkan caj keseluruhan yang dibilkan kepada pesakit dengan anggaran kos yang telah diberikan kepada pesakit seperti yang diperuntukkan di bawah perenggan 27, Fasal 1(A), Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006.

Di bawah peruntukan tersebut, pihak hospital swasta perlu memastikan bahawa seseorang pesakit sebagai haknya diberikan maklumat termasuk kos yang mungkin dikenakan bagi rawatan, penyiasatan atau prosedur yang hendak dijalankan.

Selain itu di bawah Perenggan 26(1)(A), peraturan-peraturan yang sama, pesakit di atas permintaan juga mempunyai hak untuk diberitahu caj yang dianggarkan bagi perkhidmatan bersesuaian dengan diagnosis awal yang dibuat sebelum memulakan jagaan atau rawatan.

Page 60: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 53

Namun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi kesukaran untuk

mengawal kos-kos hospital kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kos operasi hospital, kos tatacara kejururawatan, kos peralatan perubatan, kos alat buang seperti jarum, syringe, gauze dan lain-lain kos ujian makmal dan kos ubat-ubatan yang ditentukan oleh harga pasaran. Kos operasi hospital juga sukar dikawal kerana dipengaruhi oleh lokasi hospital, kos pemasaran, pengendalian dan penyelenggaraan hospital dan juga tahap perkhidmatan klinikal yang disediakan dan kos sumber manusia yang ditentukan oleh harga pasaran.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat perancangan kesihatan termasuklah Pelan Transformasi Kesihatan yang diterapkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Melalui tonggak dua, memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.

Terkini dalam pada 18 Oktober 2018, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas yang turut menggariskan reformasi kesihatan untuk dilaksanakan di mana telah dinyatakan secara kukuh untuk Pelan Kesihatan yang lebih menyeluruh. Pelan kesihatan ini diubahsuai dengan mengambil kira isu dan hala tuju terkini dan Manifesto Kerajaan Baharu melalui tonggak dua iaitu memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. Melalui tonggak ini, terdapat empat inisiatif yang perlu dilaksanakan iaitu:

(i) mewujudkan sistem kesihatan yang mampan;

(ii) mengoptimumkan sumber kewangan untuk penjagaan kesihatan;

(iii) memperkukuh kesihatan penduduk dan

(iv) mempererat kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan.

Selain dari tonggak dua, terdapat tonggak lain yang secara tidak langsung turut berkaitan dengan Pelan Hala Tuju Kesihatan iaitu tonggak kita menuju Ke Arah Pembangunan Wilayah Seimbang. Tonggak lima, Mempertingkat Kemapanan Alam Sekitar Melalui Pertumbuhan Hijau dan keenam, Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi dan ini merupakan bidang kuasa di bawah kementerian yang lain.

Kesimpulan berkenaan dengan Pelan Transformasi, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah menggariskan beberapa dasar baru khususnya memberi penekanan kepada aspek preventive dan promotive care, dengan izin, dan juga penjagaan di peringkat premier dan juga khususnya untuk mereka yang berpendapatan rendah iaitu golongan B40.

Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi bin Haji Suhaili telah membangkitkan beberapa aspek berkenaan dengan kemudahan perkhidmatan kesihatan di negeri Sarawak. Untuk maklumat Yang Berhormat Senator, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha menambah baik kemudahan di hospital-hospital di negeri Sarawak bagi meluaskan perkhidmatan kepakaran.

Di antara perancangan yang sedang dilaksanakan ialah penggantian Hospital Sri Aman yang dijangka akan siap pada tahun 2019. Selain daripada itu terdapat perancangan pembinaan bangunan blok klinikal baru di Hospital Mukah dan Hospital Limbang. Hospital-hospital di negeri Sarawak turut terlibat dalam pelaksanaan konsep hospital kluster bermula tahun 2018.

Pelaksanaan hospital kluster di negeri Sarawak melibatkan dua buah kluster iaitu lima hospital di zon selatan yang melibatkan Hospital Umum Sarawak, Pusat Jantung Sarawak, Hospital Bau, Hospital Serian dan Hospital Royal Charles Brooke Memorial. Di zon tengah melibatkan empat buah hospital iaitu Hospital Sibu, Hospital Sarekei, Hospital Mukah dan Hospital Kanowit. Melalui pelaksanaan hospital kluster, sumber-sumber termasuk kepakaran sumber manusia, fasiliti dan lain-lain dapat dioptimumkan dan dilaksanakan bagi menambah baikkan perkhidmatan kepakaran di hospital-hospital di negeri Sarawak. Kementerian Kesihatan Malaysia turut berusaha untuk memantapkan perkhidmatan pre hospital care, di semua hospital Kementerian Kesihatan termasuk di negeri Sarawak dengan penambahan ambulans baru.

Page 61: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

54 DN 10.12.2018

Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan turut menyediakan perkhidmatan bas

klinik katarak bergerak bagi memantapkan perkhidmatan pembedahan katarak di negeri Sarawak. Program kesihatan awam juga melaksanakan beberapa program outreach. Ini termasuk perkhidmatan kesihatan bergerak, perkhidmatan bas X-ray bergerak, flying doctor service, dengan izin, dan komuniti sihat pembina negara ataupun KOSPEN. Kementerian Kesihatan Malaysia turut merancang untuk menambah bilangan katil di negeri Sarawak bagi meningkatkan nisbah katil kepada populasi.

Di antara rancangan penambahan katil di hospital-hospital kementerian di negeri Sarawak adalah pertama, bangunan baru Hospital Miri yang akan menambah 324 katil, Hospital Sri Aman Baru 108 katil, Hospital Petra Jaya 300 katil dan Hospital Lawas Baru 76 katil. Jumlah katil sedia ada di Sarawak pada tahun 2018 ialah 4,066 buah katil. Manakala jumlah populasi di negeri Sarawak pada 2018 ialah 2.79 juta.

Jadi nisbah katil kepada 1,000 populasi adalah 1.45. Inisiatif-inisiatif yang dijalankan adalah bagi meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kepakaran di hospital-hospital Kementerian Kesihatan di negeri Sarawak. Pada masa ini perkhidmatan kesihatan disampaikan secara program outreach juga dari klinik kesihatan untuk kawasan pedalaman di Sarawak.

Setakat ini terdapat sebanyak 103 pasukan klinik bergerak beroperasi di negeri Sarawak melalui darat iaitu pacuan empat roda dan bas, melalui air iaitu bot dan udara untuk memberikan perkhidmatan kesihatan. Perkhidmatan klinik bergerak ini diketuai oleh seorang pegawai perubatan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu sebulan sekali atau dua minggu sekali ke lokasi yang dikenal pasti.

Skop perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada perkhidmatan rawatan pesakit luar termasuk bantuan kecemasan, perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak, perkhidmatan warga sihat, rawatan susulan kes penyakit kronik, membuat rujukan kes, melakukan prosedur rawatan ringan, membuat notifikasi penyakit berjangkit dan perkhidmatan sokongan asas makmal patologi.

■1540

Perkhidmatan yang disediakan adalah percuma. Dengan pelaksanaan perkhidmatan ini ia dapat meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dari segi ke mudah capaian kepada perkhidmatan kesihatan bagi masyarakat luar bandar. Dengan ini dapat mengurangkan masa dan kos perjalanan yang tinggi serta memberi impak kepada peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan penduduk di luar bandar.

Bilangan personel kesihatan yang berkhidmat di Sarawak sehingga 31 Oktober 2018 adalah seperti berikut:

(i) untuk Pegawai Perubatan Pakar adalah 388 orang dan di antaranya 329 orang adalah pakar klinikal;

(ii) untuk Pegawai Perubatan seramai 2,305 orang;

(iii) untuk jururawat seramai 5,620 orang; dan

(iv) bilangan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu di negeri Sarawak pula adalah seramai 3539.

Untuk makluman Yang Berhormat, perhubungan sasaran masa respons kecemasan. Sasaran masa respons ambulan untuk kementerian kesihatan Malaysia adalah 15 minit bagi kes kecemasan prioriti satu iaitu kes yang mengancam nyawa. Walaupun sasaran masa respons lapan minit adalah menepati piawaian antarabangsa, namun terdapat kekangan bagi Kementerian Kesihatan untuk mencapai masa respons tersebut di mana lokasi ambulan adalah difacility kesihatan dan tidak diletakkan di kawasan yang strategik seperti yang dilakukan oleh negara luar.

Perkara ini berlaku disebabkan oleh kekurangan sumber manusia yang menjalankan perkhidmatan pra hospital dan ambulan. Buat masa ini perkhidmatan tersebut dijalankan oleh kakitangan yang bertugas di jabatan kecemasan dan trauma di mana kakitangan yang sama juga menjalankan tugas di jabatan.

Page 62: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 55

Beberapa langkah juga telah diambil oleh kementerian untuk penambahbaikan

perkhidmatan pra hospital dan ambulan bagi memastikan sasaran masa respons tercapai antaranya:

(i) mewujudkan pusat koordinasi perubatan kecemasan di mana pusat ini akan mengkoordinasi pergerakan ambulan mengikut persempadanan yang telah ditetapkan;

(ii) pusat koordinasi perubatan kecemasan ini dilengkapi dengan perisian Professional Questions and Answers (ProQA), dengan izin, di mana perisian ini akan membuat saringan semua panggilan kecemasan untuk menentukan tahan ketenatan pesakit. Di samping itu juga memberi nasihat perubatan kepada mereka yang memerlukan bantuan;

(iii) membuat perolehan ambulan secara berkala setiap tahun untuk menggantikan ambulan yang beyond economic repair, dengan izin, dan meningkatkan bilangan ambulan yang sedia ada;

(iv) meningkatkan lagi penglibatan klinik kesihatan dalam menjalankan perkhidmatan pra hospital dan ambulan di seluruh negara;

(v) menjalankan kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan hospital universiti dalam menjalankan perkhidmatan ini; dan

(vi) menjalankan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan seperti Bulan Sabit Merah Malaysia dan juga St. John Ambulan Malaysia dalam menjalankan perkhidmatan pra hospital dan ambulan.

Untuk makluman Yang Berhormat senator juga, bagi pertanyaan berkenaan mengenai projek pembinaan sebuah klinik kesihatan untuk kawasan Matang di Kuching. Kawasan Matang terletak di dalam Bahagian Kuching yang telah pun terdapat dua buah klinik iaitu Klinik Komuniti Matang dan Klinik Kesihatan Petrajaya yang terletak tujuh kilometer daripada Matang. Klinik Kesihatan Petrajaya yang mampu menampung kedatangan sebanyak 500 orang hingga 800 orang sehari, buat masa ini hanya menerima kedatangan 450 orang sehari.

Selain itu, Hospital Umum Sarawak pula terletak hanya 10 kilometer dari Matang. Sehubungan ini, Kementerian Kesihatan berpendapat kemudahan-kemudahan klinik sedia ada masih mampu menampung keperluan penduduk Kuching termasuk penduduk-penduduk dari kawasan Matang dan Petrajaya.

Saya akan balik ke isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang yang membangkitkan isu berkenaan dengan langkah-langkah diambil oleh kementerian untuk mengatasi kekurangan doktor-doktor yang berkhidmat di Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pada tahun 2017 nisbah Doktor Perubatan kepada penduduk adalah satu Doktor Perubatan kepada 554 penduduk Malaysia. Manakala bagi Sabah, nisbah ini adalah satu doktor kepada 1,029 penduduk Sabah.

Walau bagaimanapun, nisbah ini menunjukkan penambahbaikan berbanding 16 tahun sebelum ini. Ratusan doktor perubatan berbanding keseluruhan Doktor Perubatan yang berkhidmat di Sabah meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, pada tahun 2017, 84.3 peratus Doktor Perubatan yang berkhidmat di Sabah adalah terdiri daripada doktor kerajaan.

Bagi tempoh lima tahun di negeri Sabah terdapat peningkatan Pegawai Perubatan sebanyak 70 peratus berbanding seramai 1,677 pada tahun 2013. Manakala bagi Pegawai Perubatan Pakar turut menunjukkan peningkatan mendadak apabila bilangan Pegawai Perubatan Pakar telah meningkat sebanyak 114 peratus daripada 145 orang kepada 310 orang dalam tempoh masa yang sama.

Page 63: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

56 DN 10.12.2018

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, penentuan bilangan doktor yang

ditempatkan di negeri Sabah adalah berdasarkan perjawatan yang diluluskan mengikut keperluan setiap facility kesihatan. Oleh yang demikian, bilangan doktor yang ditempatkan dapat memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di setiap facility berkenaan.

Di samping itu, secara umumnya taburan facility adalah berbeza di setiap negeri bergantung kepada faktor geografi populasi serta perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan. Bagi memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh negara termasuk kepada penduduk di Sabah, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menambahbaikkan bilangan Pegawai Perubatan. Antara langkah yang telah diambil adalah seperti berikut:

(i) menggalakkan lebih ramai Pegawai Perubatan Pakar di tempatkan di pedalaman khususnya di Sabah dan mengikut giliran di mana mereka selepas dapat pengiktirafan sebagai Pegawai Perubatan Pakar akan ditempatkan selama satu tahun di kawasan berkenaan;

(ii) menggalakkan lebih ramai Pegawai Perubatan melanjutkan pengajian dalam program saujana kepakaran melalui peningkatan slot tajaan hadiah latihan Persekutuan daripada 800 slot pada tahun 2014 dan dijangka akan meningkat sehingga 1,100 slot pada tahun hadapan; dan

(iii) menggalakkan Pegawai Perubatan yang berminat untuk menjadi pakar menjalani latihan kepakaran melalui program laluan parallel.

Selain itu, bagi menarik minat Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang berkhidmat di Sabah, insentif dan elaun khas yang disediakan kerajaan ialah bayaran insentif wilayah bagi pegawai di Sabah atas kadar peratusan 12.5 peratus hingga 25 peratus daripada gaji bulanan. Kementerian juga beri elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan kepada Pegawai Perubatan yang berkhidmat difasiliti kesihatan di kawasan pedalaman Sabah.

■1550

Di samping itu, Pegawai Perubatan juga diberi bayaran insentif pendalaman bagi pegawai di Sabah dan Sarawak atas kadar 10 peratus dari gaji bulanan. Bayaran insentif Pegawai Perubatan Pakar di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa pada 1 Julai 2016. Kementerian juga beri bayaran insentif penempatan Pakar Perubatan Pergigian difasiliti kesihatan di Sabah dan Sarawak dan juga mereka yang berkhidmat di Sabah diberikan merit lima peratus markah tambahan dalam markah keseluruhan bagi pemilihan calon yang akan menjalani latihan kepakaran untuk Program Sarjana Perubatan.

Saya akan beralih kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing yang membangkitkan soal isu klinik kesihatan di Bandaraya Miri. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Kesihatan telah meluluskan pembinaan projek klinik kesihatan jenis dua Bandaraya Miri di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh pada tahun 2014, dengan jumlah kos projek yang diperuntukkan RM35 juta. Agensi pelaksana bagi projek ini adalah JKR Sarawak.

Projek ini akan dilaksanakan secara dua fasa di mana fasa pertama ialah kerja tanah yang telah selesai pada 16 Jun 2017. Manakala fasa kedua ialah kerja pembinaan yang masih di peringkat penyediaan lukisan dan dokumen tender. Projek ini, dijangka di tender pada bulan ini dan tempoh pelaksanaan projek mengambil masa selama 30 bulan dan dijangka siap pada Oktober 2021. Di samping itu, bangunan baru seperti mana yang saya telah sebutkan sebentar tadi, bangunan baru untuk Hospital Miri yang diluluskan akan di tender semula untuk tahun hadapan.

Untuk isu seterusnya, saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen berkenaan dengan kempen makan sihat melalui media sosial. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian memandang serius berkenaan dengan masalah obesiti ataupun berat badan yang berlebihan khususnya di kalangan remaja.

Page 64: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 57

Di mana mengikut kajian tahun 2017 sehingga 30.4 peratus di kalangan remaja

berumur 10 tahun hingga 17 tahun adalah sama ada mereka obes ataupun berat badan tinggi. Jadi Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menjalankan kempen dan aktiviti promosi pemakanan sihat menggunakan pelbagai platform bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak berkenaan dengan kepentingan makanan secara sihat.

Terbaru, pada tahun 2017, kementerian telah mula memperkenalkan konsep pinggan sihat Malaysia melalui Kempen Suku, Suku, Separuh yang telah dijalankan secara intensif di seluruh nagara. Kempen ini menyasarkan semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Antara bahan promosi yang telah dibentuk bagi menarik minat kanak-kanak adalah video animasi pendek berbentuk doodle, mesej berbentuk infografik dan lagu Suku, Suku, Separuh.

Bagi membantu penyebaran mesej yang lebih meluas, bahan promosi pendidikan tersebut telah dimuat naik menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Tweeter dan YouTube. Selain itu satu peraduan selfie and wefie bagi menggalakkan rakyat mengambil buah dan sayur turut dijalankan di kalangan netizen. Video berkenaan menunjukkan cara menyediakan makanan yang lebih sihat dan video lain berkaitan pemakanan sihat turut dimuat naik dan boleh diakses melalui portal atau Facebook bahagian pemakanan.

Satu lagi kempen yang telah dilaksanakan sejak tahun 1997 adalah Kempen Cara Hidup Sihat. Bagi meneruskan kempen ini, kementerian juga telah memfokuskan mesej hidup aktif dan makan secara sihat dalam bentuk infografik melalui media sosial. Mesej ini turut disalurkan melalui program TV segmen kanak-kanak menerusi Program Doktor Muda.

Kementerian juga dalam perancangan untuk mengeluarkan video bertemakan mesej ini khususnya kepada kanak-kanak yang akan disiarkan melalui media sosial. Untuk tahun hadapan fokus kementerian adalah khususnya kepada kempen untuk makanan sihat dan menambah sayur-sayuran dan kurangkan gula. Ini sekali gus melengkapi usaha kerajaan untuk melaksanakan cukai ke atas minuman bergula khususnya untuk kanak-kanak.

Saya juga ingin menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Siti Fatimah binti Yahya berkenaan dengan Klinik 1Malaysia ataupun Klinik Komuniti di Kuala Lipis, Pahang yang telah ditutup.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat semakan dan mendapati bahawa Klinik 1Malaysia Plaza Alamanda, Kuala Lipis adalah tidak kos efektif untuk diteruskan sebagai klinik komuniti. Ini adalah kerana kedatangan pesakit harian adalah rendah iaitu purata kedatangan kurang daripada 40 orang sehari. Klinik ini juga sangat berdekatan dengan fasiliti kesihatan lain iaitu hanya 400 meter daripada Jabatan Pesakit Luar Hospital Lipis, dan satu kilometer daripada Klinik Kesihatan Jenis Tiga, Bandar Lipis.

Namun, begitu penduduk di daerah Lipis tidak akan diabaikan kerana masih ada lagi beberapa kemudahan yang lain yang boleh memberikan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat di situ. Selain daripada apa yang saya sebutkan sebelum ini terdapat juga lapan buah klinik kesihatan, satu klinik kesihatan ibu dan anak, 23 buah klinik desa serta sembilan pasukan kesihatan bergerak dengan kos yang minimum untuk kawasan yang berdekatan.

Saya ingin alih kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Ir. Md. Nasir bin Hashim berkenaan dengan cadangan untuk naik taraf Hospital Mersing. Hospital Mersing merupakan hospital tanpa pakar yang mempunyai kapasiti sebanyak 70 buah katil. Bed occupancy rate- BOR, dengan izin, di Hospital Mersing dari tahun 2015 sehingga 2018 adalah dalam lingkungan 63 hingga 70 peratus.

Di mana kebanyakan kes yang dirawat merupakan kes-kes perubatan dan pediatrik. Kementerian juga telah menaik taraf kemudahan sedia ada di Hospital Mersing dengan membina sebuah bangunan tambahan yang menempatkan dewan bedah, klinik pakar wad kelas satu, wad kelas dua serta CSSD. Bangunan tambahan ini telah pun beroperasi pada Mac 2016.

Page 65: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

58 DN 10.12.2018

Kementerian Kesihatan turut mempunyai perancangan untuk menggantikan

kuarters lama di Hospital Mersing dengan membina kuarters baru di tapak sedia ada. Hospital Mersing merupakan salah satu komponen dalam Hospital Kluster Johor Timur yang terdiri daripada Hospital Kota Tinggi, Hospital Mersing dan Hospital Sultan Ismail sebagai lead hospital. Melalui konsep hospital kluster, hospital-hospital yang terlibat akan beroperasi sebagai satu unit di mana sumber-sumber sedia ada akan diguna pakai bersama dan di optimumkan secukupnya bagi meningkatkan kualiti rawatan serta akses penduduk di kawasan Ipoh Timur kepada perkhidmatan kepakaran.

■1600

Melalui konsep ini juga, laluan klinikal bagi pesakit akan lebih jelas dan cost efficient di mana kes-kes kritikal akan dirawat di lead hospital iaitu Hospital Sultan Ismail yang mempunyai perkhidmatan kepakaran dan fasiliti lengkap, manakala kes-kes yang kurang kritikal akan dialihkan ke non-lead hospital iaitu Hospital Mersing dan Hospital Kota Tinggi yang lebih dekat dengan pesakit.

Buat masa ini, Hospital Mersing menyediakan perkhidmatan klinik pakar bagi 12 bidang kepakaran. Di samping itu, Hospital Mersing juga menerima lawatan pakar perubatan dan pakar kecemasan dan trauma dari Hospital Sultan Ismail secara bergilir setiap hari. Pakar-pakar tersebut bertanggungjawab melakukan ward round serta latihan kepada staf perubatan di Hospital Mersing. Melalui pendekatan ini, kompetensi staf perubatan di non-lead hospital akan meningkat dan secara langsung akan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit di Hospital Mersing.

Akhir sekali, saya ingin menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Suhaimi bin Abdullah, berkenaan dengan nisbah doktor dengan latihan pegawai perubatan dan juga berkenaan dengan vaksin untuk pelancong...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, maaf sekejap ya.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Suhaimi, tidak ada dalam Dewan.

Dr. Lee Boon Chye: Saya mohon untuk jawab dalam bentuk bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dr. Lee Boon Chye: Jadi dengan itu setakat yang- penggulungan saya dan terima kasih kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dipersilakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Yang Berhormat Menteri.

4.02 ptg.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya [Datuk Mohamaddin bin Ketapi]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sesejahtera, selamat petang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab atau membuat penggulungan, izinkan saya bertanya dulu sama ada kehadiran dua Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali dan Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad hadir di Dewan ini?

Page 66: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 59

Tuan Yang di-Pertua: Datin Rahimah, ada?

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, ada?

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada.

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Tiada. Okey. Untuk pertanyaan Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab secara bertulis.

Untuk Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad saya akan menjawab dalam penggulungan saya ini.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Senator Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat Senator tetapi saya menjawab satu, yang telah membangkitkan secara langsung perkara-perkara di bawah tanggungjawab kementerian ini sepanjang perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) di Dewan Negara pada Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 ini.

Untuk perancangan pekerjaan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi terutamanya sektor pelancongan kepada golongan B40 di Pantai Timur, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad meminta kementerian untuk menyatakan apakah perancangan Kerajaan Pakatan Harapan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi ini dapat meningkatkan mobiliti sosial mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan meneruskan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016 hingga 2025 sebagai hala tuju dalam memperkukuhkan pembangunan dan memastikan kelestarian produk ekopelancongan di seluruh negara di samping menyumbang kepada pertumbuhan sosioekonomi komuniti setempat.

Bagi negeri-negeri di Pantai Timur, kementerian telah mengenal pasti tiga kluster ekopelancongan di negeri Kelantan, tujuh kluster ekopelancongan di Terengganu dan enam kluster ekopelancongan di Pahang yang mempunyai potensi untuk dibangunkan. Menerusi pembangunan kluster-kluster ini, aktiviti ekopelancongan berasaskan komuniti atau community-based tourism terutamanya program homestay diberi fokus untuk diperkembangkan secara holistik dan dipromosikan secara bersepadu dengan destinasi-destinasi pelancongan lain yang berada dalam kluster yang sama. Pembangunan pakej-pakej pelancongan secara kluster oleh agensi-agensi pelancongan juga berupaya untuk menarik lebih ramai pelancong untuk tinggal lebih lama di sekitar kluster tersebut.

Antara program kementerian yang dapat membantu golongan B40 adalah inisiatif Program Pengalaman Homestay Malaysia. Sehingga bulan Oktober 2018 iaitu tahun ini, seramai 660 pengusaha homestay yang menawarkan 819 buah bilik di negeri-negeri Pantai Timur telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun 2018, seramai 84,619 orang pelancong telah menyertai program homestay di Pantai Timur yang telah menjana pendapatan sebanyak RM8.54 juta.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan dan akan diteruskan oleh kementerian dalam membantu mengembangkan program homestay di Pantai Timur adalah seperti berikut. Menganjurkan kursus dan latihan bagi memastikan kualiti perkhidmatan homestay yang optimum dan pakej-pakej yang menarik ditawarkan.

■1610

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2018, seramai 269 peserta homestay negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah mengikuti kursus dan latihan seperti Kursus Asas Homestay, Kursus Kesedaran Pelancongan dan Sesi Libat-Urus Homestay.

Page 67: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

60 DN 10.12.2018

Kedua, menyediakan platform promosi yang melibatkan pengusaha homestay yang

dilaksanakan di peringkat kebangsaan dan negeri sepanjang tahun 2018 seperti berikut:

(i) Program Serumpun Sejagat atau Kubang Depu, Besut, Terengganu pada 9 hingga 11 Mac 2018;

(ii) Karnival Usahawan Wanita, and Road to Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) 2018, dengan izin, di Terengganu pada 5 hingga 7 April 2018;

(iii) Karnival Bentong pada 2018 di Pahang pada 15 April 2018;

(iv) Program Kapas Marang International Swimathon 2018, pada 22 April 2018;

(v) Visit My Kampung sempena Kursus Ekopelancongan Negeri Kelantan pada 1 Ogos 2018; dan

(vi) Karnival Citarasa Homestay di Pahang pada 19 hingga 21 Oktober 2018.

Menggalakkan pengusaha homestay menjadi usahawan desa dan terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti perusahaan kraftangan, makanan dan produk-produk nilai tambah lain untuk meningkatkan lagi pendapatan kepada masyarakat luar bandar.

Pada masa yang sama bagi membantu memperkasakan industri pelancongan di Pantai Timur, kementerian juga telah memperuntukkan sejumlah RM27.7 juta bagi Projek-projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan dan Pembangunan Ekopelancongan di Kelantan, Terengganu dan Pahang di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Selain itu, kementerian menerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia juga komited membangunkan industri kraf tempatan di pantai timur melalui pemerkasaan komuniti kraf sebagai salah satu usaha mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan komuniti setempat. Antara inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan adalah:

(i) Projek Kraf Komuniti di Pekan, Pahang yang melibatkan seramai 12 orang usahawan Kraf Tenun Pahang di Raja pada tahun 2017 dan 2018. Sehingga Oktober tahun 2018, sebanyak RM1 juta nilai jualan telah berjaya dijana hasil daripada projek ini;

(ii) Projek Kraf Komuniti di Besut, Terengganu yang melibatkan seramai 36 orang usahawan hasil rimba pada tahun 2018 sehingga 31 Oktober tahun 2018 sebanyak RM1.9 juta nilai jualan telah berjaya dijana hasil daripada ini; dan

(iii) bagi tahun 2019, iaitu tahun hadapan- Kraftangan Malaysia akan mengadakan Festival Tekstil Pantai Timur yang bertujuan untuk memasarkan dan mempromosikan batik, songket serta tenunan yang dihasilkan oleh usahawan Kelantan, Terengganu dan Pahang. Program ini akan diadakan pada 25 hingga 29 Januari tahun hadapan iaitu tahun 2019 bertempat di Dataran Al-Quran, Kota Bharu, Kelantan dengan penglibatan daripada seramai 60 orang usahawan kraf. Pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan sepanjang program ini yang berlangsung antaranya jualan kraf, pameran evolusi batik, demonstrasi dan interaktif kraf, makmal pembangunan produk baru dan Anugerah Adiguru Kraf.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sentiasa komited bagi memastikan program-program homestay dan pemerkasaan komuniti di negeri-negeri Pantai Timur diteruskan bagi memajukan industri pelancongan di samping memperkasakan ekonomi komuniti setempat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali ada sekarang dalam Dewan.

Page 68: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 61

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Eh.

Tuan Yang di-Pertua: Ada kah?

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Ya, soalan?

Tuan Yang di-Pertua: Tidak yang soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali sudah dijawab kah? Tadi Yang Berhormat... [Disampuk]

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Saya ingat tiada kesilapan tadi. Saya bertanya kehadiran dua Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, tadi.

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Tadi yang satu hadir dan yang satu lagi tidak hadir. Hadir?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sekarang Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali ada dalam Dewan.

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Oh, sudah masuk. Okey.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dah masuk [Ketawa]

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Tadi, saya bertanya, belum masuk.

Tuan Yang di-Pertua: Tiada. Tiada.

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua untuk tidak menjawab. Okey, dah masuk, saya jawab. Okey.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Terima kasih. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, meminta kementerian menyatakan, apakah usaha kerajaan bagi membantu penggiat seni dalam membuat persembahan seni dan budaya mereka agar dapat digunakan untuk menarik kehadiran pelancong ke Malaysia menjelang tahun 2020. Ini soalannya kan Yang Berhormat?

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sentiasa berusaha membantu penggiat seni mengadakan persembahan seni dan budaya. Antara usaha dan galakkan yang dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertama, kementerian ini telah mewujudkan bantuan pentadbiran dan kegiatan Persekutuan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu pentadbiran dan kegiatan Yayasan Persatuan Kesenian dan Kebudayaan serta institusi pendidikan yang berdaftar.

Kedua, kementerian ini melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) juga telah mewujudkan Jawatankuasa Pemberian Bantuan Kebudayaan Bagi Penyaluran Bantuan Kewangan kepada NGO Seni dan Budaya dalam membantu melaksanakan serta menyemarakkan program dan aktiviti seni dan budaya bersama JKKN.

■1620

Program-program yang dilaksanakan termasuklah di peringkat negeri dapat membantu merancakkan lagi aktiviti-aktiviti seni bagi menarik minat pelancong untuk menikmati persembahan berkenaan.

Ketiga, mulai tahun 2017, kementerian ini telah diberi mandat oleh Kementerian Kewangan untuk memberi potongan cukai penajaan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967, subseksyen 34(6)(k) iaitu potongan cukai penajaan kepada syarikat korporat yang menaja aktiviti seni budaya dan warisan. Potongan cukai ini akan memberi peluang kepada penggiat-penggiat seni budaya mencari sebanyak mungkin penajaan bagi melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti mereka.

Page 69: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

62 DN 10.12.2018

Selain itu kementerian ini sentiasa memberi peluang kepada penggiat dan kumpulan

seni budaya tempatan menyertai program-program anjuran kementerian seperti berikut:

(i) program Myseni Budaya, seperti Pesta Angin Timur di Perlis, Pesta Chenor di Pahang, Festival Kesenian Rakyat Kelate di Kelantan, Festival Permainan Malaysia Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Temasya Budaya Melaka di Bandar Hilir Melaka, Ritma Kinabalu di Sabah, dan Festival Gendang Sarawak di Sarawak;

(ii) program Panggung Seni Tradisional (PST) yang merupakan pementasan kesenian tradisional yang semakin dilupakan seperti pementasan Mak Yong, Mek Mulung, Opera Cina, persembahan alat muzik tradisional seperti Sitar dan Sape;

(iii) pementasan berkala teater bangsawan oleh kumpulan-kumpulan teater negeri;

(iv) program Outreach Gallery dengan kerjasama hotel-hotel di seluruh Malaysia dengan melibatkan penggiat seni setempat bagi memperkenalkan serta menjual alat muzik, busana dan kraf tangan kepada pelancong dari dalam dan luar negara;

(v) persembahan berkala kumpulan kesenian JKKN yang menonjolkan seni tarian tradisional negeri-negeri di semua pintu masuk Malaysia dan tempat tumpuan pelancong seperti di kompleks ICQS Rantau Panjang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, KLIA 2 dan pusat-pusat membeli belah; dan

(vi) tarian tradisional Malaysia turut dipersembahkan oleh penggiat-penggiat seni tempatan di pameran-pameran yang disertai oleh Tourism Malaysia seperti di ITB Berlin, World Travel Mart (WTM) di London dan China International Travel Mart (CITM) di China.

Tarikan-tarian tradisional Malaysia yang dipersembahkan di peringkat antarabangsa ini bukan sahaja akan memberikan peluang kepada penggiat seni negara untuk menonjolkan bakat yang dimiliki malah ianya berupaya menjayakan publisiti dan mempertingkatkan imej negara sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya yang merupakan aset-aset pelancongan negara.

Tourism Malaysia akan sentiasa meneruskan inisiatif penglibatan penggiat-penggiat seni tempatan ini di program-program pelancongan antarabangsa. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Kementerian Industri Utama.

4.25 ptg.

Timbalan Menteri Industri Utama [Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia baharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad; Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun; Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker; dan Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook yang telah memberikan cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Industri Utama semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin mengalu-alukan kedatangan Persatuan Kebajikan dan Sosial warga Jelutong, Pulau Pinang ke Dewan Negara... [Dewan Tepuk] Di harap lawatan ini akan dapat memberi manfaat kepada tetamu-tetamu kita yang hadir pada hari ini.

Page 70: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 63

Saya akan memberikan penjelasan terhadap empat isu yang dibangkitkan oleh Ahli-

ahli Yang Berhormat Senator dalam perbahasan ini mengikut aturan seperti berikut:

(i) langkah-langkah menangani kejatuhan harga komoditi sawit dan getah;

(ii) bantuan kepada pekebun kecil sawit mendapatkan Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO);

(iii) langkah-langkah menangani kempen anti minyak sawit oleh kesatuan Eropah; dan

(iv) pelaksanaan pembinaan jalan raya rubberized road, dengan izin menggunakan cup lump modified bitumen.

Isu yang pertama Tuan Yang di-Pertua, iaitu langkah-langkah menangani kejatuhan harga komoditi sawit dan getah. Isu pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad, Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun dan Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker mengenai langkah-langkah proaktif kementerian dalam menangani kejatuhan harga komoditi getah dan juga sawit.

Kementerian peka dan prihatin terhadap masalah dihadapi pengusaha dan pekebun kecil sawit yang terkesan dengan penurunan harga sawit pada ketika ini. Beberapa tindakan segera sedang diambil bagi menangani kejatuhan harga komoditi ini.

Antaranya dengan meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam negara melalui peningkatan adunan bio bahan api sawit dengan diesel petroleum, Program B10 yang akan dilaksanakan secara mandatori mulai 1 Februari tahun hadapan bagi sektor pengangkutan dan Program Biodiesel B7, adunan tujuh peratus biodiesel sawit dan 93 peratus diesel petroleum yang akan dilaksanakan secara wajib ataupun mandatori mulai 1 Julai tahun hadapan bagi sektor industri.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan Negara, Majlis Pelancaran Program Biodiesel B10 bagi sektor pengangkutan akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari esok iaitu 11 Disember di Dataran Putra, Putrajaya. Implementasi Program B10 atau dikenali sebagai program biodiesel negara untuk sektor pengangkutan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri akan tentunya membantu meningkatkan penggunaan minyak sawit domestik dan seterusnya dapat memberikan impak yang positif kepada harga minyak sawit tempatan.

Kedua-dua program ini dijangka akan menggunakan sebanyak 761,000 tan minyak sawit setahun. Kerajaan percaya program ini dapat membantu mengurangkan stok minyak sawit seterusnya membantu meningkatkan harga minyak sawit pada tahun harapan. Ini adalah berdasarkan pendekatan penawaran dan permintaan, supply and demand, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Selain itu kementerian akan terus menjalankan misi-misi ekonomi dan lawatan teknikal bagi mengukuhkan hubungan dengan negara-negara pengimport utama produk-produk sawit Malaysia. Kementerian yakin hubungan mesra dan akrab dengan negara-negara ini akan memudahkan produk-produk sawit mendapat akses pasaran yang lebih meluas di negara-negara tersebut. Sebagai contoh pertemuan antara kerajaan Malaysia dengan China semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuahkan hasil yang cukup positif dan inisiatif penting kepada Malaysia untuk mengeksport produk-produk sawit dalam jumlah yang lebih besar ke negara China.

■1630

Dalam masa yang sama kementerian juga akan meneruskan strategi jangka masa panjang bagi mengukuhkan harga sawit yang merangkumi tindakan-tindakan berikut:

(i) memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya dengan negara Kesatuan Eropah, China, India, Pakistan dan Amerika Syarikat serta mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baru seperti Filipina dan negara-negara Afrika Utara;

Page 71: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

64 DN 10.12.2018

(ii) meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam

penghasilan produk-produk yang baru serta memberikan nilai tambah kepada produk hiliran komoditi. Antara produk sawit yang telah diperkenalkan adalah seperti produk santan sawit dan snek serta bijiran sarapan yang telah diperkaya dengan bahan tocotrienol;

(iii) melaksanakan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia yang akan dijadikan mandatori pada Januari 2020 sebagai satu langkah penjenamaan minyak sawit Malaysia yang diterima secara global dan menjadi pilihan utama pengguna. MSPO akan membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit Malaysia di negara-negara pengimport yang mengutamakan minyak sawit yang mampan; dan

(iv) meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan perjanjian perdagangan bebas dua hala dan perundingan pelbagai hala ataupun serantau.

Tuan Yang di-Pertua, harga pasaran getah yang lemah sejak kebelakangan ini sememangnya mendapat perhatian yang meluas dan hangat dibincangkan di Dewan yang mulia ini. Kementerian tentunya amat menghargai keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara langkah segera yang diambil bagi menangani kejatuhan harga getah adalah dengan meningkatkan penggunaan getah sekerap dan cup lump melalui teknologi cup lump modified bitumen (CMB).

Untuk tujuan ini, kerajaan melalui Belanjawan 2019 telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi penggunaan teknologi CMB atau cup lump modified bitumen, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat. Penggunaan adunan getah dengan bitumen dalam pembinaan jalan raya akan meningkatkan penggunaan dan permintaan getah tempatan dan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan harga getah di peringkat ladang.

Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia bersama-sama dengan Thailand dan Indonesia di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sedang melaksanakan beberapa tindakan bagi mengimbangi pengeluaran dan permintaan getah di pasaran dunia dan menstabilkan harga getah melalui mekanisme-mekanisme seperti berikut:

(i) Supply Management Scheme ataupun SMS untuk melaksana dan memantau pengurusan pengeluaran getah asli negara-negara anggota ITRC bagi mengimbangkan penawaran dan permintaan getah di pasaran dunia dalam tempoh jangka panjang;

(ii) Agreed Export Tonnage Scheme (AETS) untuk mengurangkan impak pergolakan harga bagi mengelakkan harga merudum secara drastik atau mengalami trend penurunan harga getah asli yang berlaku di pasaran dunia secara mendadak;

(iii) Demand Promotion Scheme Committee telah menyasarkan penggunaan getah asli domestik di negara-negara ITRC sehingga 10 peratus setahun. Pada tahun 2017 penggunaan domestic natural rubber telah mencatatkan peningkatan sebanyak 0.057 peratus di Malaysia, 5.26 peratus di Thailand dan 4.18 peratus di Indonesia. Dalam pada itu negara-negara ITRC juga turut bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta pertukaran maklumat terutamanya mengenai penggunaan teknologi getah termaju; dan

(iv) Startegic Market Operation akan dilaksanakan dengan persetujuan Menteri-menteri negara anggota ITRC untuk membantu menangani kejatuhan harga getah melalui penglibatan pembelian dan penjualan getah dalam pasaran fizikal ataupun pasaran hadapan.

Page 72: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 65

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada.

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Tidak ada. Mohon izin untuk jawapan bertulis.

Seterusnya sekali lagi Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker. Saya akan memberikan jawapan bertulis dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya ialah bantuan kepada pekebun kecil sawit mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad mengenai bantuan pensijilan MSPO kepada pekebun kecil.

Tuan Yang di-Pertua: Ada.

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta dalam Belanjawan 2019 bagi membantu pekebun kecil mendapatkan pengiktirafan pensijilan MSPO. Dana ini merangkumi yuran pensijilan, pembelian peralatan perlindungan diri dan pembinaan rak bahan kimia.

Selain itu, kerajaan turut menanggung kos latihan dan taklimat yang akan diberikan kepada pekebun kecil sawit di seluruh negara. Bagi memudahkan proses pensijilan mampan ini, pekebun kecil akan dikumpulkan di bawah kelompok minyak sawit mampan untuk mendapatkan pensijilan MSPO.

Melalui kelompok minyak sawit mampan ini, pekebun-pekebun kecil yang menjadi peserta akan diberikan latihan dan tunjuk ajar teknikal oleh pegawai TUNAS Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dari semasa ke semasa. Penerangan dan libat urus, engagement, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sedang dilaksanakan oleh kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia dengan mengadakan sesi latihan dan taklimat kepada pekebun kecil sawit di seluruh negara mengenai MSPO. Jadi Yang Berhormat boleh mendapatkan manfaat daripada bajet yang telah pun kita luluskan di Dewan Rakyat.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, perkara juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker mengenai langkah-langkah menangani kempen anti minyak sawit oleh EU. Insya-Allah saya akan jawab secara bertulis.

Dan saya percaya yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook...

Tuan Yang di-Pertua: Ada.

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: ...Mengenai usaha dan kajian berkaitan pelaksanaan pembinaan jalan raya menggunakan getah.

Tuan Yang di-Pertua, teknologi penurapan jalan raya dan jalan ladang menggunakan CMB atau cup lump modified bitumen ini telah bermula pada tahun 2014 dengan pembinaan pertama sepanjang 1 kilometer jalan secara turapan di Kota Tinggi, Johor. Pada tahun 2015, Lembaga Getah Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya untuk menilai prestasi jalan getah ini bagi tujuan pengkomersialan teknologi tersebut.

Bermula dari tahun 2016 hingga 2018 terdapat lima kilometer jalan perintis melibatkan jalan-jalan persekutuan telah diturap menggunakan teknologi CMB ini bagi tujuan kajian penilaian di Negeri Sembilan, di Kedah, Pahang dan juga Kelantan. Jalan-jalan tersebut masih lagi di bawah pemantauan bersama LGM dan JKR sekurang-kurangnya dua tahun bagi menentukan prestasi jalan tersebut. LGM telah berkolaborasi, bekerjasama dengan empat buah syarikat kecil dan sederhana bagi pengeluaran CMB untuk kegunaan turapan jalan getah.

Kolaborasi ini dijalankan di bawah projek pembangunan RMKe-11 bagi menyediakan pengeluaran skala pra pengkomersialan teknologi CMB pada peringkat kebangsaan menjelang 2019.

Page 73: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

66 DN 10.12.2018

Kualiti modified bitumen yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut mempunyai kualiti

yang setanding dengan kualiti polimer modified bitumen berasaskan getah sintetik yang sudah ada di pasaran sejak 30 tahun yang lalu. LGM telah bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti FELDA, FELRCA, RISDA dan juga secara khusus Pejabat Daerah Teluk Intan bagi mengembangkan penggunaan teknologi CMB ke jalan-jalan luar bandar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daerah Teluk Intan telah dipilih untuk melaksanakan penurapan menggunakan CMB di tiga buah kampung di Teluk Intan iaitu Kampung Laici sepanjang 1.5 kilometer, Kampung Sungai Kerawai 1 kilometer dan Kampung Esso, stesen minyak Esso itu, Kampung Esso sepanjang 0.7 kilometer.

Penurapan ini telah dilaksanakan oleh pihak LGM, dan lokasi ini dipilih sebagai projek rintis di bawah kepimpinan mantan Yang Berhormat Menteri MPI yang lalu iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Mah Siew Kiong. Sehingga tahun 2018, sepanjang 46 kilometer jalan telah pun diturap menggunakan teknologi CMB meliputi beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Kelantan dan juga Perak.

LGM yang bertindak sebagai agensi penyelidikan bagi pembangunan CMB bersama JKR, sebagai agensi yang bertanggungjawab bagi pembinaan jalan raya di Malaysia akan menyediakan laporan dan cadangan kepada kerajaan bagi tujuan pengkomersialan teknologi CMB ini.

Cadangan tersebut akan merangkumi spesifikasi dan prosedur penggunaan CMB dan keperluan berkaitan penggunaan bagi peringkat komersial yang disasarkan pada tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, dengan jawapan ini saya kira semua isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas pada Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas, Dewan Negara yang mulia ini yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Industri Utama telah pun in syaa Allah saya jawab dan kementerian sangat-sangat menghargai setiap saranan, cadangan, pandangan, teguran dan kritikan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Sehubungan itu saya bagi pihak Kementerian Industri Utama mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan sesungguhnya pihak kementerian akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap semua isu, saranan dan cadangan yang dibangkitkan dalam perbahasan ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dipersilakan Kementerian Pertahanan, Yang Berhormat.

4.39 ptg.

Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Liew Chin Tong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya ingin menyatakan penghargaan kepada Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili yang telah mengambil bahagian semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 yang menyentuh isu Kementerian Pertahanan berkaitan pembinaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.

■1640

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dr. Zaiedi Haji Suhaili bertanyakan projek pembinaan pangkalan TLDM akan mendapat kelulusan di bawah RMKe-11 serta status terkini pembinaannya.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, sememangnya Tentera Laut Diraja Malaysia merancang untuk membina bangunan operasi Markas Wilayah Laut 4 di Pelabuhan Bintulu. Namun begitu, sehingga kini projek berkenaan masih belum mendapat kelulusan di bawah RMKe-11 kerana ia masih di peringkat perbincangan di antara pihak TLDM, Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Kerajaan Sarawak bagi mendapatkan tanah di kawasan berkenaan.

Page 74: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 67

Pemilihan Pelabuhan Bintulu ini kerana lokasi strategik dari segi kedudukan serta

pemusatan operasi maritim di Laut China Selatan. Sebagai permulaannya, Tim ‘Nukleas’ Mavila 4 telah ditempatkan di Bintulu mulai bulan Februari 2017. Kehadiran TLDM meneruskan pewujudan Mavila 4 di dalam kawasan Pelabuhan Bintulu pada masa akan datang akan memberikan jaminan keselamatan kepada komuniti maritim setempat dan akan menjurus kepada impak yang positif kepada peningkatan sosioekonomi di Bintulu bagi jangka masa panjang. TLDM akan terus bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat bagi mempercepatkan pembinaan Mavila 4 di Bintulu tertakluk kepada kemampuan kewangan negara pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa ada lagi sedikit saya ingin mengambil peluang ini untuk turut memaklumkan Dewan ini bahawa pada tahun ini peruntukan pembangunan Kementerian Pertahanan telah bertambah sebanyak 10.64 peratus berbanding dengan tahun 2018. Sejumlah 50 projek sedia ada akan diteruskan malah akan ditambah 24 lagi projek baharu dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM3.8 bilion dan aliran tunai tahun 2018 sebanyak RM3.6 bilion.

Dalam 74 projek tersebut, 40 merupakan projek pembinaan, 31 adalah projek kelengkapan, manakala tiga adalah projek penyelidikan. Salah satu fokus pembangunan kami pada tahun ini ialah pembinaan dan penyelenggaraan rumah keluarga anggota tentera. Selain itu, kami juga akan menaik taraf infrastruktur perubatan angkatan tentera. Kesejahteraan warga ATM dan veteran adalah keutamaan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pertahanan akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan kualiti kehidupan anggota-anggota.

Kerajaan juga telah meluluskan beberapa projek perolehan dan penyelenggaraan aset bagi memastikan kesiap siagaan ATM sentiasa di tahap optimum. Salah satu projek baharu merupakan perolehan mobiliti tentera darat fasa 2, satu peralatan yang basic tetapi cukup penting untuk semangat atau moral tentera darat. ATM juga mesti berlatih untuk perang dan bersiap siaga untuk menangani ancaman-ancaman masa hadapan terutamanya dalam situasi geopolitik yang begitu tidak menentu.

Kerajaan telah pun meluluskan projek untuk tujuan ini termasuk perolehan peralatan kriptografi ATM, pembinaan kolam menyelam tempuh dan perolehan peralatan closed quarter battles bagi group gerak khas dan perolehan material pertahanan yang lain.

Demikian sahaja penjelasan yang dapat diberikan oleh pihak kementerian dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Akhir sekali dipersilakan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

4.44 ptg.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11). Ini jelas membuktikan minat dan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap dokumen perancangan yang menyentuh pelbagai aspek pembangunan negara ini.

Saya percaya hampir kesemua pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa berbahas telah pun dijawab oleh 24 kementerian yang lain sebelum penggulungan perbahasan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ini.

Page 75: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

68 DN 10.12.2018

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi semasa menyampaikan usul

pembentangan KSP RMKe-11 di Dewan yang mulia ini pada 3 Disember 2018 telah menyeru agar kita semua berganding bahu dan bersatu untuk mencipta masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Yang Berhormat Menteri telah membentangkan satu dokumen penting pembangunan negara yang menggariskan keutamaan ekonomi dan memberikan penekanan baru supaya Malaysia, in syaa Allah muncul kembali sebagai Harimau Asia. Dokumen ini menterjemahkan iltizam kerajaan untuk melaksanakan amanah rakyat yang menuntut reformasi total terutama reformasi institusi dan penyusunan semula keutamaan ekonomi agar lebih mampan dan peduli rakyat.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dipertanggungjawabkan untuk merancang ekonomi bagi jangka sederhana dan panjang. KSP mengemukakan anjakan bermakna dalam haluan pembangunan negara. Kerajaan membuat pengubahsuaian semula atau recalibrate, dengan izin, ekonomi negara berdasarkan keperluan mengimbangi konsolidasi fiskal dan pertumbuhan ekonomi. Sementara menilai prestasi ekonomi dalam dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesebelas, KSP memperkenalkan dasar dan strategi baharu untuk meletakkan kembali ekonomi Malaysia di atas landasan yang lebih kukuh.

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 15 perkara telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membahaskan usul separuh penggal dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Saya teruskan dengan jawapan. Pertama, mengenai isu kedudukan ekonomi negara. Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang, ada ya?

Tuan Yang di-Pertua: Ada.

Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Menyentuh tentang program yang akan diambil oleh kerajaan untuk memulihkan keadaan dan pembangunan negara dalam jangka masa pendek dan sederhana. Tumpuan dasar kerajaan dalam tempoh 2018 sehingga 2020 adalah untuk mengimbangi objektif pengukuhan kedudukan fiskal dan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi.

Penekanan khusus turut akan diberi untuk mereformasi institusi bagi menambah baik tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam, menambah baik sistem belanjawan dan pengurusan perolehan serta mengukuhkan agenda pencegahan rasuah.

Untuk mengukuhkan asas ekonomi dan meningkatkan daya saing negara, kerajaan memperkenalkan lima strategi jangka sederhana ekonomi makro seperti berikut:

(i) memacu produktiviti pada peringkat nasional, sektor dan perusahaan bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dan inklusif;

(ii) menggalakkan pelaburan berkualiti bagi pertumbuhan ekonomi;

(iii) melaksana inisiatif untuk beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi;

(iv) mengukuhkan eksport dan mengurus import untuk menambah baik imbangan pembayaran negara; dan

(v) memberi penekanan kepada langkah pengukuhan fiskal untuk memastikan kemapanan dalam jangka sederhana.

Bagi memastikan ekonomi berkembang selari dengan sasaran jangka pendek dan sederhana, penumpuan perbelanjaan pembangunan akan diberi kepada projek dan program bernilai tambah tinggi dan projek mesra rakyat. Dalam masa yang sama, program yang membantu meningkatkan pendapatan isi rumah serta peningkatan peluang pekerjaan kepada rakyat seperti pembinaan rumah mampu milik dan bantuan kewangan kepada perusahaan mikro yang dimiliki oleh kumpulan sasar seperti wanita dan isi rumah miskin akan terus diberi perhatian.

Page 76: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 69

Seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abidullah bin Salleh ingin tahu,

adakah kerajaan masih meletakkan Wawasan 2020 sebagai relevan dalam mencapai impian untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Semangat dan kandungan Wawasan 2020 masih relevan sebagai visi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan acuan sendiri.

■1650

Wawasan yang dilancarkan pada tahun 1991 dahulu merupakan satu visi menyeluruh dan merangkumi kedua-dua aspek pembangunan ekonomi dan sosial. Dalam konteks pembentukan sebuah negara maju, pencapaian pertumbuhan ekonomi mestilah seiring dengan pembangunan yang bersifat inklusif dan mampan supaya kesejahteraan rakyat meningkat setanding dengan peningkatan ekonomi. Malah, apa yang sama penting ialah aspek insaniah seperti nilai-nilai murni serta mempunyai sikap dan pemikiran sebagai sebuah masyarakat yang progresif.

Di samping itu, kerajaan telah menggariskan strategi dan inisiatif bagi mengukuhkan pertubuhan sektor dan mereformasi struktur seperti mana yang digariskan dalam enam tonggak dasar KSP RMK-11. Ini termasuk usaha untuk meningkatkan produktiviti buruh, memastikan pelaburan dan inovasi berkualiti, menyediakan infrastruktur berkualiti, mempercepat penerima gunaan teknologi serta mendorong industri untuk meningkatkan rantaian nilai. Ini turut disokong oleh pembentukan modal insan yang memiliki pengetahuan kemahiran dan sikap yang bersesuaian.

Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun, tidak ada? Saya berikan jawapan bertulis.

Seterusnya isu kemiskinan dan jurang pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad telah meminta penjelasan tentang kaedah yang digunakan untuk menentukan pendapatan per kapita dan pendapatan isi rumah dalam mengenal pasti golongan sasar.

Untuk makluman Yang Berhormat, antara kaedah untuk mengukur pendapatan per kapita, ialah melalui pengukuran pendapatan negara kasar atau PNK yang dibahagikan dengan anggaran populasi semasa dan keadaan ini diterima dan diguna pakai di peringkat antarabangsa.

Walau bagaimanapun, pendapatan kasar per kapita lebih sesuai digunakan di peringkat makro sebagai perbandingan antara negara ataupun perbandingan dari satu tahun ke tahun yang lain. Dari segi perancangan di peringkat mikro, data yang diguna pakai adalah daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIRNKA) yang dilaksanakan secara berkala, dua kali dalam tempoh lima tahun.

Penyiasatan tersebut sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa melalui penambahbaikan soal selidik dan meluaskan liputan penyiasatan sehingga ke peringkat daerah pentadbiran. Data ini lebih menggambarkan pendapatan sebenar isi rumah yang lebih terangkum dan bersasar. Penyiasatan terkini yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan adalah pada tahun 2016, manakala penyiasatan seterusnya akan diadakan pada tahun hadapan iaitu 2019.

Secara umumnya, pendapatan isi rumah yang mengguna pakai konsep pendapatan kasar ini merangkumi empat punca pendapatan iaitu pertama, pekerjaan bergaji; kedua, bekerja sendiri; ketiga, pendapatan daripada harta dan pelaburan; dan keempat, pindahan semasa yang diterima cash transfer, dengan izin. Oleh itu, maklumat berkaitan dengan pendapatan isi rumah yang diperoleh melalui penyiasatan ini termasuklah maklumat berkaitan dengan isi rumah B40. Berdasarkan penyiasatan isi rumah dan kemudahan asas tahun 2016, had bulanan isi rumah di peringkat nasional adalah RM4,360 yang merangkumi 2.78 juta isi rumah.

Selain maklumat pendapatan isi rumah, penyiasatan ini turut membolehkan kerajaan memperoleh maklumat lain berkaitan isi rumah seperti demografi corak, perbelanjaan dan lokasi.

Page 77: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

70 DN 10.12.2018

Dengan ini, kerajaan dapat merangka perancangan yang lebih bersasar dalam

membantu meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan semua rakyat terutamanya golongan B40.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyiasatan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas tahun 2016 yang telah saya sebut sebentar tadi turut digunakan dalam merangka KSP RMK-11. Penyiasatan ini dilaksanakan secara sample meliputi negeri, daerah pentadbiran serta kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar. Ia dilaksanakan melalui temu ramah bersemuka, yang mana pegawai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia akan melawat isi rumah di tempat kediaman terpilih bagi mengumpul maklumat berkaitan demografi, pendapatan dan kemudahan asas dengan menggunakan borang soal selidik penyiasatan ini.

Konsep dan definisi pendapatan yang diguna pakai adalah sejajar dengan amalan antarabangsa iaitu berdasarkan manual, “Canberra Group Handbook on Household Income Statistics”- Second Edition, dan juga System National Account (SNA) 1993/2008 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu- United Nations.

Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen, ada? Tidak ada. Saya akan berikan jawapan secara bertulis.

Dan saya kepada- seterusnya Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook, ada? Bertanya mengenai perhatian kerajaan terhadap pembangunan ekonomi masyarakat Siam di Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan tanpa mengira gender, etnik, status sosial ekonomi dan kedudukan geografi melalui prinsip berasaskan keperluan, ketulusan, menyokong pertumbuhan dan kemapanan bagi mendukung dasar pembangunan yang inklusif.

Semua rakyat akan mempunyai peluang untuk menyertai dan mendapat manfaat dari pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara termasuklah golongan minoriti termasuklah masyarakat Siam. Kerajaan cakna dengan pembasmian kemiskinan dalam kalangan masyarakat minoriti melalui penyaluran pelbagai bantuan berdasarkan kepada taburan kemiskinan termasuklah dalam kalangan masyarakat Siam terutamanya di Kedah, Kelantan dan Perlis.

Anggaran peruntukkan untuk pelaksanaan program atau bantuan melibatkan masyarakat siam di ketiga-tiga negeri bagi tahun 2016 hingga tahun 2018 adalah sekitar RM3.5 juta yang melibatkan sekitar 269 orang di Kedah, 1,972 orang di Kelantan dan 3,280 orang di Perlis. Seperti kumpulan sasar yang lain, masyarakat Siam juga diberikan akses kepada pendidikan dan latihan berkemahiran tinggi sebagai inisiatif utama dalam meningkatkan mobiliti sosial bagi membangunkan kapasiti dan keupayaan mereka. Di antara bantuan pendidikan yang diberikan adalah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan Rancangan Makanan Tambahan yang terus diperluaskan terutama bagi meringankan beban isi rumah miskin dan berpendapatan rendah.

Kerajaan juga memperluaskan penglibatan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah dalam kalangan masyarakat Siam menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan termasuk secara atas talian ataupun online. Ini dilaksanakan dengan meningkatkan akses dan peluang kepada bantuan pembiayaan kredit mikro, khidmat nasihat dan latihan keusahawanan, pembinaan premis perniagaan dan program sokongan perniagaan mikro serta perniagaan kecil dan sederhana.

Bagi meningkatkan produktiviti dan menjana pendapatan dalam aktiviti pertanian kepada masyarakat Siam, Amalan Pertanian Terbaik atau Good Agriculture Practices, dan penggunaan teknologi moden akan terus digalakkan. Sementara itu penggabungan aktiviti menerusi pengurusan berasaskan komuniti, akan terus digalakkan bagi menjamin jualan secara pukal untuk menikmati faedah ekonomi bidangan.

Seterusnya adalah topik berkaitan dengan jurang pembangunan antara wilayah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff, tidak ada. Saya skip.

Page 78: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 71

Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili di sini telah bertanyakan, tentang

sejauh mana kerajaan atau kementerian memantau taburan pelaburan dalam negara dan mencadangkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa untuk memantau supaya pelaburan yang seimbang di antara wilayah-wilayah.

■1700

Untuk makluman Yang Berhormat, telah ada jawatankuasa di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) iaitu jawatankuasa nasional mengenai pelaburan yang akan menilai segala bentuk pelaburan domestik dan asing di Malaysia. Kerajaan tidak menetapkan kawasan tertentu pada pelabur kerana lokasi pelaburan adalah bergantung kepada keputusan pelabur itu sendiri berdasarkan keperluan mereka. Walau bagaimanapun dapat insentif cukai di sediakan pada pelabur yang memilih untuk melabur di kawasan yang kurang membangun.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi lebih menumpukan kepada penyediaan infrastruktur di seluruh wilayah khususnya projek-projek berimpak tinggi bagi menarik lebih banyak pelaburan kawasan tersebut. Antara projek yang kini sedang dalam pelaksanaan adalah seperti pembangunan hab halal Tanjong Manis di Sarawak, Taman Industri Halal Pasir Mas di Kelantan, Taman Biopolimer Putih di Terengganu, Kedah Rubber City di Kedah dan pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Cuping (CVIA) di Perlis. Pelaksanaan projek-projek ini bakal menarik lebih banyak pelaburan berkualiti serta merangsang pertumbuhan dan meningkatkan daya saing ekonomi di negeri-negeri tersebut,

Yang Berhormat Senator Dr. Zaedi bin Haji Suhaili juga telah memberi cadangan supaya Sekretariat BIM Niaga di perkasa selain ingin tahu sejauh manakah BIMP-EAGA ini telah memberi manfaat pelaburan kepada wilayah Sarawak, Sabah dan Labuan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philipines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) yang ditubuhkan semenjak 1994 telah berjaya membawa pelbagai penggunaan kepada negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi merupakan Sekretariat Kebangsaan. Untuk kerjasama BIMP-EAGA ini sebagai Sekretariat Kebangsaan, MEA sentiasa bekerjasama merapat dengan Unit Perancang Ekonomi Sabah, Unit Perancang Ekonomi Sarawak dan Perbadanan Labuan.

Melalui platform BIMP-EAGA sama antara negara anggota akan dipergiat dalam pelbagai bidang kerjasama antaranya pelaburan, perdagangan dan pelancongan. Kawasan BIMP-EAGA mempunyai potensi pertumbuhan ekonomi yang tinggi untuk dibangunkan dengan adanya RM32.5 juta ataupun 18.2 peratus tenaga pekerja aktif.

Selain daripada itu, bilangan penduduk yang tinggi iaitu seramai 73.1 penduduk pada tahun 2015 turut menawarkan pasaran ekonomi yang luas. Semasa Sidang Kemuncak Ke-12 BIMP-EAGA yang diadakan di Manila Filipina pada 29 April 2017, ketua-ketua negara atau ketua-ketua kerajaan BIMP-EAGA telah menerima dana memperakui dokumen BIMP-EAGA Vision 2025 (BEV 2025).

Dokumen ini menjelaskan perancangan dan pelaksanaan program serta projek yang memberi kesan terhadap pertumbuhan di kawasan BIMP-EAGA. Perancangan dan peranan setiap sektor kerjasama turut diperkukuh dan sasaran ditetapkan bagi menjadikan BIMP-EAGA sebuah wilayah yang berdaya saing dan mampan. Penekanan telah diberikan kepada teknologi hijau sektor agropertanian dan perikanan serta pelancongan premium. Usaha-usaha ini juga merupakan kesinambungan penambahbaikan daripada perancangan terdahulu.

Negara-negara anggota BIMP-EAGA juga bersetuju dan memperakui kepentingan ke saling hubungan atau connectivity, dengan izin, sebagai pemangkin aktiviti perdagangan di wilayah BIMP-EAGA. Sehubungan itu beberapa projek telah disenaraikan di bawah Projek Infrastruktur Utama atau PIP di bawah BEV 2025 dengan anggaran kos sebanyak USD21 bilion US Dollar dan akan dilaksanakan oleh keempat-empat negara anggota BIMP-EAGA.

Page 79: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

72 DN 10.12.2018

Antara projek yang telah dilaksanakan di bawah kerjasama ini adalah projek

Kelompok Industri Kelapa Sawit di Lahad Datu, projek pembesaran Pelabuhan Kontena Sepanggar Bay serta projek Perkhidmatan Feri Roll-On-Roll-Off antara Sabah dan Palawan di Filipina. Bagi memastikan penyelarasan perancangan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di dalam BEV 2025, MEA juga sentiasa bekerjasama rapat dengan kementerian-kementerian di Sabah dan Sarawak yang turut terlibat secara langsung dalam lapan kluster dan 10 kumpulan kerja yang ada di dalam BIMP-EAGA.

Seterusnya, topik berkaitan pelaksanaan dan perancangan Rancangan Malaysia Kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Muhammad Imran bin Abdul Hamid meminta penjelasan mengenai peranan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam perancangan dan pelaksanaan RMKe-11 serta sejauh mana pengurusan peruntukkan bagi pelaksanaan dasar-dasar negara dilaksanakan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, fungsi utama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi adalah untuk merangka dasar pembangunan sosioekonomi negara melalui penyediaan rancangan Malaysia setiap lima tahun. MEA juga bertanggungjawab memperakui projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kementerian-kementerian berkaitan. Setiap projek pembangunan akan di bawah ke Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan akan di analisa oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sebelum diperakukan untuk dilaksanakan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan.

Bagi tahun 2019, sejumlah RM54.7 bilion peruntukkan pembangunan telah diagihkan kepada setiap kementerian bagi melaksanakan 4,820 projek di seluruh negara. Daripada jumlah peruntukkan tersebut, sebanyak RM2.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Jadi kita perlu ingat peruntukkan yang diberikan sebanyak RM54.7 bilion untuk peruntukkan pembangunan adalah keseluruhannya, sebahagian daripada itu sebanyak RM22.5 bilion adalah untuk Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan selebihnya adalah untuk kementerian-kementerian lain. Akan tetapi sebarang projek pembangunan akan dibawa kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk dikaji dan di analisa.

Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid juga telah mencadangkan supaya satu tonggak tambahan dibuat bagi KSP RMKe-11 iaitu tonggak ketujuh meningkat keupayaan pertahanan dan keselamatan negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun tiada tonggak yang khusus berkaitan isu keselamatan dan pertahanan negara, isu ini telah disentuh secara langsung seperti dalam tonggak dua KSP RMKe-11 iaitu memperkukuh pembangunan inclusive dan kesejahteraan rakyat di bawah strategi menjadikan negara lebih selamat dan terjamin.

Isu keselamatan dan pertahanan negara termasuklah extremism dan terrorism terlah disentuh secara langsung dan tidak langsung melalui pengukuhan agensi penguatkuasaan dan keselamatan. Sejumlah RM3.6 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan melalui belanja pembangunan tahun 2019 termasuklah untuk perolehan kelengkapan pertahanan.

Seterusnya isu berkaitan Taman Industri Halal...

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kajian Separuh Penggal yang kita lakukan sebelum ini daripada tahun 2016 hingga tahun 2018, pertengahan tahun 2018, dan kita tahu semasa pelancaran Rancangan Malaysia Kesebelas, kita telah peruntukkan sejumlah ratusan bilion Ringgit untuk dibelanjakan dalam lima tahun tersebut.

Page 80: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 73

Jadi saya ingin tahu selepas Kajian Separuh Penggal dilakukan berapa bilion Ringgit

kita telah dapat belanjakan sehingga dapat kita keluarkan hasil ataupun Kajian Separuh Penggal ini dan pencapaian yang kita telah ukur?

Sebenarnya pencapaian Kajian Separuh Penggal semuanya berdasarkan kepada pelancaran program, betul? Oleh sebab kita lihat ada ketempangan semasa separuh penggal yang pertama maka sebab itu Kajian Separuh Penggal ini di datangkan dengan enam tonggak ini. Maka sebab itu saya ingin tahu berapakah baki peruntukkan yang akan dibelanjakan untuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Kita tahu tahun ini ada RM57 bilion untuk dibelanjakan peruntukkan pembangunan. Kalau boleh dapat penjelasan saya mohon. Terima kasih.

■1710

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Terima Kasih Yang Berhormat Senator.

Pertamanya- seperti mana yang Yang Berhormat Senator sebut tadi, Perancangan Lima Tahun RMKe-11 daripada tahun 2016 hingga tahun 2020, dan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, dia agak unik sedikit kali ini, memandangkan di tengah-tengah itu berlaku pertukaran. Jika sebelum ini banyak menjelaskan apa yang telah dilakukan sebelum ini dalam KSP RMKe-11, Bahagian Pertama menceritakan apa yang telah berlaku, apa yang telah dilakukan, dan bahagian kedua menceritakan tentang hala tuju kerajaan yang baharu. Tentang baki peruntukan yang ada untuk selebihnya, baki bagi RMKe-11 ini saya akan berikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Senator kerana saya tidak mempunyai data tersebut bersama saya.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu Taman Industri Halal. Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad telah meminta penjelasan, apakah perancangan kerajaan dalam memulihkan pelaburan asing atau tempatan di hab halal Kelantan agar pelaburan pembinaan infrastruktur oleh ECER di Lubok Jong Pasir Mas dimanfaatkan segera dan tidak menjadi projek ‘gajah putih’?

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Taman Industri Halal Pasir Mas di Kelantan merupakan satu inisiatif untuk memajukan industri halal dengan menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana tempatan menerusi penyediaan fasiliti-fasiliti seperti Pusat Komersial dan Kompleks Perniagaan Usahawan. Taman industri halal ini menumpulkan kepada beberapa subsektor pembuatan seperti penghasilan produk-produk makanan dan minuman, barang gunaan, barang ramuan dan produk penjagaan kesihatan. Pembangunannya di lokasi yang strategik berhampiran dengan kawasan sempadan Malaysia-Thailand Wilayah Selatan, telah memudahkan para pengusaha untuk mendapatkan bekalan sumber bahan mentah yang diperlukan.

Selain itu, ia juga menawarkan lot-lot industri yang dilengkapi dengan kemudahan asas infrastruktur seperti akses kepada bekalan elektrik, air, telekomunikasi, jalan masuk dan lain-lain pelaburan.

Sehingga tahun 2017, terdapat tiga syarikat yang komited dalam menjalankan peniagaan mereka di taman industri ini dengan nilai pelaburan sebanyak RM30 juta. Usaha menggalakkan pelaburan ke dalam Taman-taman Industri Halal kini sedang giat dipertingkatkan melalui program-program promosi yang diadakan dengan kolaborasi beberapa agensi kerajaan dan negeri.

Namun antara cabaran utama dalam mempromosikan projek ini termasuk persaingan pasaran di antara syarikat mahupun kawasan perindustrian berdekatan, serta jurang akses atau connectivity, dengan izin, yang besar terhadap kemudahan infrastruktur dukungan berkaitan. Sebagai contoh, jarak akses logistik bagi kemudahan pelabuhan yang bersesuaian adalah sejauh 300 kilometer iaitu Pelabuhan Kuantan di Pahang. Ia secara tidak langsung meningkatkan rantaian kos pengangkutan terhadap rancangan pelaburan oleh para pelabur.

Page 81: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

74 DN 10.12.2018

Seterusnya isu pembayaran tunai hasil petroleum. Tuan Yang di-Pertua saya ingin

beralih kepada isu pembayaran tunai hasil petroleum negeri Kelantan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin, dan Yang Berhormat dan Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif dalam rundingan dan perbincangan mengenai pembayaran tunai supaya memberi keputusan menang-menang atau win-win, dengan izin, bagi penagihan yang lebih adil di antara negeri-negeri yang layak mendapat bayaran tunai.

Saya menyambut baik- kerajaan menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri Kelantan melalui kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kepada pihak media untuk menarik balik saman yang dikemukakan terhadap PETRONAS dan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pembayaran tunai. Namun begitu, pengesahan rasmi tentang penarikan saman ini masih belum diterima oleh Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas- tiada ya?

Tuan Yang di-Pertua: So, pendirian kerajaan- supaya menarik balik saman tersebut?

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Kerajaan mengalu-alukan tindakan sebab selagi kes ada di mahkamah- kita tidak boleh berbincang. Prejudis terhadap kes di mahkamah dan Kerajaan Negeri maklumkan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut kepada media, namun kita masih menunggu makluman rasmi daripada pihak yang berkaitan tentang hal tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas...?

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Tidak ada.

Saya rasa setakat ini sahaja penjelasan saya Tuan Yang di-Pertua terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan...

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sekejap ada dua orang- Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris, tetapi biar Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin dahulu.

Puan Asmak binti Husin: Woman- first-lah.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari itu saya ada bangkitkan berkaitan dengan projek-projek di negeri Kelantan pada RMKe-11, apakah projek-projek yang telah ditangguhkan? Senarai projek. Contohnya, saya bertanya tentang projek tebatan banjir. Jadi saya mohonlah- senaraikan projek-projek di Kelantan yang telah ditangguhkan pada RMKe-11, dan dibawa ke RMK seterusnya. Sekian, terima kasih.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Izinkan saya berikan jawapan bertulis kepada persoalan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris.

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya pendek sahaja. Apakah sasaran Wawasan 2020 masih menjadi agenda utama kerajaan ataupun sudah tidak relevan lagi.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Saya rasa saya sudah jawab tentang hal tersebut tadi Yang Berhormat Senator.

Page 82: DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL … · Langkah keenam, melaksanakan Operasi Catut 5.0 dan menguatkuasakan peraturan-peraturan kawalan harga dan anti pencatutan (mekanisme

DN 10.12.2018 75

Tuan Yang di-Pertua: Dah jawab. Yang Berhormat Senator boleh tengok Hansard.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Ada, saya telah jawab tadi.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkenaan perkara-perkara di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan agensi di bawahnya, dan akan mengambil perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan dan dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memajukan negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 11 Disember 2018.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.17 petang]