DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my · untuk melindungi kepentingan nyawa dan harta benda...

14
DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN MALAYSIA PENGGAL YANG KEDUA ATURAN URUSAN MESYUARAT HART ISNIN, 2OHB JULAI, 1992, PUKUL 2.30 PETANG Bil. 18 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BALI JAWAB MULUT *1. Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap minta Menteri Undang-undang menyatakan apakah apa-apa cadangan untuk mengadakan suatu mahkamah khas untuk mendengar kes-kes kesalahan perdagangan memandangkan kes-kes perdagangan pada masa ini bertambah rumit dan melibatkan amaun wang yang besar dan memerlukan hakim-hakim dan pendakwa-pendakwa raya yang pakar. *2. Tuan Hj . Buniyamin b . Yaakob minta Perdana Menteri menyatakan bahawa berikutan dengan penguatkuasaan sistem kuota oleh Kerajaan Arab Saudi: (a) berapa ramaikah jemaah haji Malaysia yang mendaftar dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) dapat menunaikan ibadah haji; (b) berapa ramaikah yang terkandas melalui LUTH; (c) jumlah yang terkandas melalui syarikat swasta; dan (d) apakah langkah untuk mengatasi masalah ini bagi musim-musim yang akan datang. *3. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Luar Negeri menyatakan: (a) hasil kejayaan Malaysia yang paling berkesan di dalam Persidangan Bumi di Rio De Janeiro, Brazil; dan (b) seterusnya apakah usaha lanjutan yang akan diteruskan oleh negara bagi memastikan supaya cadangan bagi menghijaukan bumf diterima oleh semua pihak. *4. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah peruntukan yang telah diberi kepada kolej TAR setiap tahun dari 1982 hingga 1992. Apakah sebabnya peruntukan ini tidak boleh ditambahkan. Sila senaraikan jenis diploma dan ijazah yang boleh didapati di kolej itu. Berapa sijil, diploma dan ijazah kolej tersebut telah diiktirafkan oleh Kerajaan berbandingkan dengan kelayakan yang diperolehi dari ITM. Apakah pengiktirafan itu termasuk ACCA, LIMA, ICSA dan CABC. Apakah bilangan pelajar di kolej itu masa kini, dan apakah yang dianggarkan bagi 1995 dan 2000.

Transcript of DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN - parlimen.gov.my · untuk melindungi kepentingan nyawa dan harta benda...

DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN

MALAYSIA

PENGGAL YANG KEDUA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HART ISNIN, 2OHB JULAI, 1992, PUKUL 2.30 PETANG

Bil. 18 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BALI JAWAB MULUT

*1. Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap minta Menteri Undang-undangmenyatakan apakah apa-apa cadangan untuk mengadakan suatu mahkamah khas untukmendengar kes-kes kesalahan perdagangan memandangkan kes-kes perdagangan padamasa ini bertambah rumit dan melibatkan amaun wang yang besar dan memerlukanhakim-hakim dan pendakwa-pendakwa raya yang pakar.

*2. Tuan Hj . Buniyamin b . Yaakob minta Perdana Menteri menyatakan bahawaberikutan dengan penguatkuasaan sistem kuota oleh Kerajaan Arab Saudi:

(a) berapa ramaikah jemaah haji Malaysia yang mendaftar dengan LembagaUrusan dan Tabung Haji (LUTH) dapat menunaikan ibadah haji;

(b) berapa ramaikah yang terkandas melalui LUTH;

(c) jumlah yang terkandas melalui syarikat swasta; dan

(d) apakah langkah untuk mengatasi masalah ini bagi musim-musim yang akandatang.

*3. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) hasil kejayaan Malaysia yang paling berkesan di dalam Persidangan Bumi diRio De Janeiro, Brazil; dan

(b) seterusnya apakah usaha lanjutan yang akan diteruskan oleh negara bagimemastikan supaya cadangan bagi menghijaukan bumf diterima oleh semuapihak.

*4. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah peruntukanyang telah diberi kepada kolej TAR setiap tahun dari 1982 hingga 1992. Apakahsebabnya peruntukan ini tidak boleh ditambahkan. Sila senaraikan jenis diploma danijazah yang boleh didapati di kolej itu. Berapa sijil, diploma dan ijazah kolej tersebuttelah diiktirafkan oleh Kerajaan berbandingkan dengan kelayakan yang diperolehi dariITM. Apakah pengiktirafan itu termasuk ACCA, LIMA, ICSA dan CABC. Apakahbilangan pelajar di kolej itu masa kini, dan apakah yang dianggarkan bagi 1995 dan

2000.

3

*11. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapakah jumlah bilangan dan nilai cek pemulangan permohonan sahamTNB yang dikirimkan oleh MIDFCCS kepada pemohon-pemohon yang tidakberjaya tetapi telah dicuri dan ditunaikan dengan menggunakan kadpengenalan palsu;

(b) bagaimanakah cek-cek yang hilang itu akan dikembalikan kepada pemilik-pemiliknya; dan

(c) sejauh manakah siasatan dan tindakan polls ke atas mereka yang melakukankesalahan mi.

*12. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan blue printPEMADAM dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi mengatasi masalah penagih-penagih dadah di Kuala Lumpur khasnya dan seluruh negara amnya. Nyatakan juga:

(a) masalah sebenar penagih -penagih sama ada aspek didikan, aktiviti sosial ataupencemaran budaya; dan

(b) langkah berkesan mengatasinya sama ada melalui undang-undang, aktivitisosial dan sebagainya.

*13. Tuan Chian Heng Kai minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) adakah beliau sedar bahawa peristiwa penghalangan Ketua PembangkangY.B. Tuan Lim Kit Siang untuk menghadiri Mesyuarat Parlimen sehingga3lhb Disember tahun ini yang diluluskan oleh Dewan Rakyat Malaysia padaMei 1992 merupakan suatu bahan ketawa dikalangan rakyat. Jika ya, sama adabeliau bercadang supaya penghalangan ini ditarik balik serta-merta untukmenjaga imej baik Dewan Rakyat kita. Jika tidak mengapa;

(b) adakah beliau sedar bahawa penghalangan tersebut adalah berpunca dari fiatjahat Timbalan Tuan Yang Di Pertua Dewan Rakyat juga Ahli Parlimen bagiAmpang Jaya oleh kerana Yang Berhormat itu menganggap KetuaPembangkang adalah musoh No: 1 bagi M.C.A. Jika ya, sama ada beliaubercadang supaya Y.B. dari Ampang Jaya dipecatkan jawatan Timbalan TuanYang Di Pertuanya. Jika tidak, mengapa; dan

(c) siapakah mengarah Menteri Undang-undang mengemukakan usul tersebuttiba-tiba dalam Dewan Rakyat pada bulan Mei 1992.

*14. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) sejauh manakah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berjaya mengatasimasalah hakisan pantai di seluruh Negara;

(b) nyatakan jumlah pantai-pantai yang terlibat dan jumlah kes yang terbabit;dan

(c) apakah tindakan Kementerian dan JPS untuk mengatasi masalah hakisanpantai di Kampuing Tepi Sungai Kuala Sungai Muda, Kota Kuala Muda,Kedah.

5

*22. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Kewangan menyatakan sama adaKementeriannya bercadang mengadakan Skim Pinjaman membeli tanah/dusun bagi

semua pegawai Kerajaan.

*23. Dato ' Haji Mohd . Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta Menteri

Pengangkutan menyatakan:

(a) sama ada beliau sedar bahawa kemalangan, kegelinciran keretapi telahberlaku begitu kerap sekali sehingga orangramai mulai ragu keselamatanmereka dan hilang kepercayaan kepada kenderaan keretapi;

(b) apakah hasil dari penyiasatan-penyiasatan yang dijalankan dan apakahtindakan-tindakan yang diambil untuk memperbaiki perkhidmatan keretapi;

dan

(c) apakah benar sesetengah kemalangan keretapi adalah daripada tindakan-tindakan khianat. Sila beri penjelasan dan sebab-sebab perkara ini berlakudengan bukti-buktinya sekali.

*24. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Luar Negeri

menyatakan apakah sikap Kerajaan Malaysia terhadap tindakan Parlimen Jepun yangmeluluskan rang undang-undang bagi menghantar tenteranya untuk menyertai sebarangpenyelesaian sesuatu konflik di peringkat antarabangsa.

*25. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Pertanian menyatakan perkara-perkarayang telah dibincangkan dalam pertemuan antara YB. Menteri dengan pengilang-pengilang beras pada 18hb. Jun 1992 di Anak Bukit, Kedah dan apakah hasil ekoran dari

pertemuan tersebut.

*26. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) berapakah bilangan sekolah-sekolah menengah berasrama penuh setakat hariini dan bilangan yang akan diujudkan sehingga akhir Rancangan MalaysiaKeenam mengikut negeri-negeri; dan

(b) apakah Kerajaan telah menjalankan kajian semula secara terperinci ke atasKBSR dan KBSM. Jika sudah, apakah kelemahan-kelemahan yang terdapatdalam kedua-dua program tersebut dan apakah tindakan-tindakan yangdiambil oleh Kementerian untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.

*27. Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Menteri Luar Negeri menyatakan

apakah usaha-usaha susulan yang akan dijalankan oleh Malaysia untuk memansuhkankuasa-kuasa pembatal (veto powers) Amerika Syarikat, Britain, Russia, Perancis danRepublik Rakyat China di Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu.

*28. Tuan Haji Nik Abdullah bin Nik Arshad minta Menteri Pertanian

menyatakan:

(a) bilangan binatang korban mengikut jenis seperti lembu, kerbau, kambing danbini-bin i di seluruh negara dan butirkan mengikut tahun bagi tiga tahun yang

lalu;

7

*33, Tuan Wee Choo Keong minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah beliausedar bahawa dalam masa duapuluh empat tahun yang lalu kapalterbang tentera udaranegara asing telah terhempas di Johor dan baru-baru ini terdapat juga dua buahkapalterbang tentera udara terhempas di Johor. Adakah Perdana Menteri bercadanguntuk menghadkan kegunaan kawasan udara untuk kapalterbang komersial sahajauntuk melindungi kepentingan nyawa dan harta benda rakyat Malaysia.

*34, Tuan Abdol Mulok Awang Damit minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) hasil Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janeiro;

(b) daripada anggaran peruntukan kira-kira AS$125 Billion yang diperlukanuntuk melaksanakan Agenda 21 bagi membersihkan bumf daripadapencemaran, berapakah sumbangan Malaysia atau sumbangan yang akanditerima melalui tabung ini; dan

(c) apakah yang diharapkan atau yang akan disumbangkan oleh Malaysia melaluiPerjanjian Konvensyen Biodiversiti yang telah ditandatangani.

*35, Tuan Wong Wing On minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan HalEhwal Pengguna menyatakan peranan, fungsi dan bidangkuasa Majlis KebangsaanPerlindungan Pengguna, dan juga nyatakan secara terperinci:

(a) senarai ahli-ahli Majlis tersebut;

(b) cara-cara dan kriteria-kriteria untuk melantik ahli-ahli Majlis;

(c) jenis dan kadar elaun yang dinikmati oleh ahli-ahli Majlis; dan

(d) tarikh dan sebab-sebab Majlis tersebut ditubuhkan.

*36. Tuan Lau Dak Kee minta Perdana Menteri menyatakan di dalam KonvensyenCuepacs baru-baru ini, bahawa beliau tidak berpuas Kati terhadap perkhidmatansekumpulan kakitangan Kerajaan:

(a) adakah sikap kakitangan Kerajaan berkenaan bercanggah dengan sloganbeliau "Cekap, Bersih dan Amanah";

(b) sejauhmanakah, slogan beliau "Cekap, Bersih, Amanah" telah dicapai setakathari ini;

(c) adakah beliau ingin menukarkan slogan "Cekap, Bersih, Amanah" kepadaslogan yang lebih balk, jika ya, apanya;

(d) apakah tindakan Kerajaan yang diambil atas kakitangan yang kurang giatdalam perkhidmatan;

(e) sebutkan langkah-langkah yang berkesan Kerajaan akan mengambil untukmeninggikan taraf perkhidmatan kakitangan Kerajaan.

*37, Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Pertanian menyatakan apakah kesan baikdan buruk terhadap kaum nelayan sekiranya cadangan pembinaan sebuah TamanLautan di Pulau Sembilan itu dilaksanakan. Sama ada kesan alam sekitar itu dijalankanatas projek tersebut.

9

*43. Tuan Mohamed Khaled bin Nordin minta Perdana Menteri menyatakanberapa ramaikah kakitangan Kerajaan yang memohon untuk persaraan lebih awalsebelum tempuhnya. Sila nyatakan bilangannya mengikut kaum dan jantina.

*44. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Pengangkutan menyatakan tragedi letupankapal Choon Hong III dan kebakaran depot bahan kimia Shell di Pelabuhan Kiang pada20-6-1992:

(a) mengapa Kabinet mengambil keputusan tidak mahu menubuhkanSuruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat tragedi dan membuatrekomendasi;

(b) apakah basil siasatan Pasukan Penyiasat Khas untuk menyiasat tragedi;

(c) apakah langkah-langkah keselamatan yang sudah diambil untukmempastikan kejadian tidak berulang lagi;

(d) adakah cadangan untuk memindahkan depot bahan kimia dan mullah meletupdari kawasan pelabuhan;

(e) berapakah jumlah pampasan yang sudah dikeluarkan untuk mangsa tragedi;dan

(f) apakah langkah-langkah keselamatan di pelabuhan-pelabuhan lain seluruhnegara telah diambil supaya pelabuhan lain juga dijamin terselamat.

*45. Puan Hajah Ilani binti Dato' Haji Isahak minta Menteri Kewanganmenyatakan:

(a) per kapita rakyat Malaysia yang terkini; dan

(b) per kapita mengikut negeri.

*46. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) kesan daripada cadangan Malaysia terhadap Tabung Kebangsaan bagimelindungi alam sekitar (International Fund for protecting environment) di`Earth Summit' di Rio De Janeiro;

(b) kenapa Malaysia masih dianggap sebagai kawasan alam sekitar yang keempat paling teruk di dunia;

(c) sejauh manakah delegasi kita berjaya memberitahu cerita daripada bahagiankita akan pengurusan hutan di Malaysia, terutama sekali di negeri Sarawak di`Earth Summit' di Rio De Janeiro; dan

(d) adakah benar ada di antara rakyat Malaysia kita yang ke seberang lautdigunakan oleh pencinta alam untuk berkempen menentang negara merekasendiri, Malaysia, terutama sekali terhadap kempen anti-kayu tropika. Kalaubenar, siapakah mereka itu.

*47. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) bilangan hari Y.A.B. Perdana Menteri berapa di luar negeri sejak tahun 1986hingga tahun 1992 mengikut pecahan tahun; dan

11

*52. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah langkah Kementerian bagi melahirkan tenaga pengajar yang lebihprofesyenal dalam bidang pendidikan ke arah pencapaian matlamat Wawasan2020; dan

(b) adakah Kementerian bercadang untuk mengujudkan sebuah UniversitiPendidikan di negara ini;

*53. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah berkesan yang telah, sedang dan akan diambilmemandang `derailment' dan `sabotage' lintasan keretapi untuk keselamatandan memulihkan kepercayaan penumpang-penumpangnya;

(b) sebutkan sebab-sebabnya kemalangan keretapi di Kuang yang berlaku pada19hb. Jun 1992 di mana seorang penumpang terkorban.

*54. Tuan Karpal Singh minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada laporanpenyiasatan ke atas kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada bulanApril, 1992 akan diketahui awam. Jika tidak, beri sebab-sebabnya.

*55. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutan menyatakan, memandangpelaksanaan sistem berkongsi kereta secara paksa ke atas kakitangan Kerajaan akanmembawa pelbagai kerumitan, adakah beliau bercadang menarik balik cadangannyauntuk mengwajibkan kakitangan Kerajaan untuk berkongsi kereta.

*56. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan kenapakahkeadaan trafik di Kuala Lumpur begitu sesak dan apakah langkah-langkah yang telahdiambil oleh Kerajaan untuk meringankan kesesakan trafik dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam masa yang akan datang. Sila berikanbutir-butir, pelan-pelan dan tindakan-tindakannya.

*57. Tuan Mohamad bin Sabu minta Menteri Luar Negeri menyatakan pendiriandan reaksi Kerajaan berhubung dengan usaha yang dijalankan oleh Kerajaan ChinaKomunis dengan kerjasama sebuah syarikat Amerika untuk mencarigali minyak diKepulauan Spratly dan bagaimanakah tindakan China itu tidak menjejaskan tuntutanMalaysia ke atas Kepulauan tersebut.

*58. Dr . Kua Kia Soong minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitarmenyatakan perubahan yang konkrit di dalam polisi Kerajaan sejak Kerajaanmenandatangani konvensi Bio-diversiti dan Agenda 21 di Rio.

*59. Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim minta Menteri Sains, Teknologi danAlam Sekitar menyatakan:

(a) sama ada Kerajaan sudah mengadakan penghebahan standard mutu alamSekitar dan pengawalan dan keperluannya dan keperluan penguatkuasaanyang lebih ketat; dan

13

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARATMENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

1. Menteri Kewangan

*Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) (No. 2).

2. Menteri Dalam Negeri:

*Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan).

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat mi.

15

KERTAS PEMBERITAHU

Menteri Kewangan akan mencadangkan;

Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4 (3) Akta KumpulanwangPembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahansebanyak lapan puluh satu juta, satu ratus tiga belas ribu, satu ratus empat puluhringgit ($81,113,140) diperuntukkan daripada Kumpulanwang Pembangunanbagi tahun kewangan 1992, untuk menampung sejumlah lapan puluh satu juta,satu ratus tiga belas ribu, satu ratus empat puluh ringgit ($81,113,140) bagiMaksud-Maksud dan Butiran-Butiran (Projek-Projek) seperti yang dinyatakandalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan PembangunanTambahan Kedua, 1992 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 15 Tahun1992 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-Maksud dan Butiran-Butiran(Projek-Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut.

17

Tahun 1992 Tarikh dibentang

ST. 51 Laporan Tahunan 1988-89Lembaga Pelesenan KenderaanPerdagangan Sarawak

20hb Julai, 1992

ST. 57 Penyata Keluaran Wang Daripada 20hb Julai, 1992Simpanan Luar Jangka Bagi TempohDari 12 Mac 1992 Hingga 27 Mei 1992Menurut Seksyen 6 (3) Akta KumpulanWang Pembangunan, 1966

19

6. Tuan George Sangkin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada semuatahanan-tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang berasal dari NegeriSabah yang sudah pun genap tempoh tahanan mereka selama dua tahun akan dibebaskanataupun bagaimana.

7. Tuan George Sangkin minta Menteri Luar Negeri menyatakan segala langkah-langkah diplomatik yang telah diambil untuk menyelesai masalah Tuntutan Filipina keatas Negeri Sabah dan apakah Kementeriannya akan terus berunding dengan PresidenBaru Negara Filipina agar tuntutan tersebut akan diselesaikan. Dan tidakkah KerajaanMalaysia berhasrat untuk membawa perkara tuntutan ini ke Forum Bangsa-bangsaBersatu.

8. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna menyatakan berikutan meningkatnya jenayah kolar putih dalam negara sejakakhir-akhir ini:

(a) berapakah jumlah dan lokasi kelab rekreasi, kelab golf dan penganjur sekimkongsi masa percutian dan peranginan yang beroperasi di negara ini setakat30-6-1992;

(b) berapkah jumlah kutipan wang keahlian yang dipungut setakat 30-6-1992;

(c) berapkah jumlah aduan yang diterima oleh Kementerian tentangpenyelewengan oleh kelab -kelab tersebut; dan

(d) apakah langkah yang Kerajaan ambil untuk mengelakkan orang ramai danahli daripada tertipu seperti keperluan mengadakan pemegangan amanah.

9. Tuan Fong Kui Lun minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan harta wakafdalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari jumlah nilai wakaf, bentuk danbagaimana harta itu ditadbirkan termasuk pendapatan dan perbelanjaannya setakat30-6-1992.

10. Tuan Fong Kui Lun minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan harta pesakaAllahyarham Ahmed Dawjee Dadabhoy @ Ahmad Dawjee Dadbhoy yang ditadbir olehMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, iaitu butir-butir harta, nilai, pendapatan danperbelanjaan yang tertanggung sepanjang tahun 1987, 1988, 1989, 1990 1991 dan 1992dan siapakah wakil Majlis yang menguruskan pentadbiran harta pesaka itu.

11. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapakah jumlahwang yang diperuntukkan untuk membuat kempen berhati-hati yang ditayangkan olehRTM, apakah nama syarikat yang dilantik membuat kempen tersebut dan sejauhmanakah kesan kempen ini untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingankeselamatan jalan raya dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

12. Tuan Fong Kui Lun minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlahkeluasan dan lokasi tanah dalam Kuala Lumpur yang menjadi milik PerbadananKemajuan Negeri Selangor, rakyat negeri Selangor Berta orang asing dan sejauh mana

tanah-tanah itu telah dimanfaatkan.

21

18. Dr . Kua Kia Soong minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) bilangan kecederaan semasa bekerja bagi setiap tahun sejak 1980; dan

(b) rekod kemalangan industri di setiap jenis industri.

19. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jumlah profesional Malaysia, mengikut kaum, yang telah berpindah ke luarnegeri sejak tahun 1970 dan pembahagiannya bagi tahun-tahun 1980 dan1990; dan

(b) negara-negara yang mereka pilih untuk berpindah.

20. Tuan Lim Guan Eng minta Perdana Menteri menyatakan bilakah pengswastaanPelabuhan Tanjung Beruas, Melaka akan dilaksanakan, apakah sebab kelambatannya,bila is akan habis serta butir-butir mengenai syarikat yang terlibat dan kosnya.

21. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) sama ada pihak Kementerian bercadang mengeluarkan Wang kertas $2 ringgituntuk memberikan keselesan kepada para pengguna, kalau tidak mengapa;dan

(b) sebab mengapa setem hasil 5 sen tidak dikeluarkan lagi dan apakah jumlahtambahan pendapatan yang diperolehi mi.

22. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Kewangan menyatakanjumlah belanjawan negara yang diperuntukkan untuk sektor-sektor berikut dari tahun1981-1991:

(a) Pertahanan;

(b) Pembangunan;

(c) Pendidikan; dan

(d) Kesihatan,

sila bandingkan angka-angka tersebut dengan negara-negara ASEAN yang lain. Apakahkomen Kerajaan terhadap perbezaan -perbezaan tersebut.

23. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Pengangkutanmenyatakan sejarah kemalangan-kemalangan yang pernah berlaku di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara sejak Tanya memulakan operasi; Nyatakan:

(a) jenis-jenis kemalangan;

(b) pihak-pihak yang terlibat;

(c) jumlah kematian dan kecederaan;

(d) tindakan susulan dari segi undang-undang yang diambil;

(e) jumlah kerugian yang dialami; dan

(f) langkah-langkah pencegahan.

23

(ii) kawasan hutan (2000 ekar dengan kira-kira 1500 metrik tan balak)yang dipohon dijadikan Hutan Simpan Kampong dan tadahan airuntuk sumber paip air mereka dicerobohi masuk oleh kompenitersebut; dan

(iii) kerosakan ke atas tanah temuda dan kebun-kebun mereka akibatkegiatan kompeni tersebut;

(c) adakah pihak polls telah menyiasat; apakah hasil siasatan dan apakahtindakan yang telah sedang dan akan diambil atas aduan-aduan mereka itu;dan

(d) mengapakah tindakan diambil ke atas pihak yang mengadu dan yang jadimangsa kerosakan dan pencerobohan dan bukan ke atas pihak yangmelakukan kerosakan dan pencerobohan.

28. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh KementerianDalam Negeri untuk mengenalpasti semua pendatang haram yang telahmemasuki Negeri Sarawak dan untuk menghantarkan semua mereka balik kenegara asal mereka; berapa ramai mereka yang:

(i) dikenalpasti oleh Kerajaan setakat ini;

(ii) yang telah dihantar balik ke negara asal mereka; dan

(iii) masih dalam tahanan/belum dihantar balik;

(b) adakah beliau sedar bahawa kebanyakan pendatang haram yang telahmemasuki Negeri Sarawak telah pergi ke kawasan pendalaman untuk bekerjadengan Syarikat-syarikat balak; ladang-ladang swasta dan berniaga seperti dipasar tamu di bandar Miri Sarawak;

(c) apakah tindakan Kerajaan terhadap pendatang haram yang sudah lama tinggaldi negeri Sarawak dan berkahwin dengan orang tempatan serta mempunyaianak; jika Kerajaan menghantar balik mereka-mereka ini, bagaimanakahdengan isteri dan anak-anak mereka; dan

(d) antara semua pendatang haram yang telah dikenalpasti di negeri Sarawak,berapa ramai mereka yang mempunyai Kad Pengenalan merah dan biru; yangsah dan palsu.

29. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlahmereka-mereka yang telah dilantik sebagai Pendaftar Hal Ehwal Beranak di seluruhkawasan P. 179 BARAM (Daerah Baram), Sarawak:

(a) berapa ramai Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang bertugas di kawasanP. 179 BARAM. Adakah Jabatan Pendaftaran Negara bercadang untukmenambah pegawai yang bertugas di Long Lama dan menempatkan pegawaiuntuk bertugas di pekan Beluru, untuk kawasan Bakong; di Long Akah untukkawasan Baram tengah; di Lio Mato di kawasan Ulu Baram; di Long Loyanguntuk kawasan Ulu Tinjar dan di Bario untuk kawasan Bario sendiri; Jikasedar, mengapa;

25

(b) mengapa paspot pelancong-pelancong perlu difotostat untuk siasatan danrekod polis walaupun pihak immigresen sudah membenar mereka memasukiNegeri Sarawak dan Kerajaan sendiri sudah membuat kenyataan serta berjanjibahawa sesiapa yang ingin melawat ke Sarawak mereka bebas sahaja pergi kemana-mana kerana kita tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan dari

sesiapa; dan

(c) adakah Kerajaan bercadang untuk menyediakan dan memberi kepada Agensi-agensi Pelancongan senarai nama rakyat-rakyat asing yang tidak dibenarkanmemasuki Negara Malaysia supaya Agensi-agensi berkenaan tidak susah

payah menerima penempahan dan mengatur program lawatan mereka ituyang sangat merugikan kedua-dua pihak apabila mereka itu tiba-tiba tidakdibenarkan memasuki Malaysia atau melawat ke tempat -tempat yang tidak

dibenarkan.

32. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Kewangan menyatakan berkaitan dengan

kes penipuan dan perdagangan dalam saham secara haram di Tampin:

(a) apakah tindakan yang diambil ke atas dua firma broker saham yang terlibat,

yakni Syarikat Tan, Chow & Loh Securities Sdn. Bhd. dan Chuaco Securities(Melaka) Sdn. Bhd. yang kini dikenali sebagai Straits Securities;

(b) pernahkah kedua-dua Syarikat atau remisier dan pengarahnya dikenakantindakan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Pendaftar Syarikat atau

di mahkamah dan kalau is sila nyata butir-butir seperti bila dan tindakan yang

dikenakan;

(c) mengapakah Menteri Kewangan enggan menunaikan janji kepada mangsa-mangsa saham penipuan ini di lobi Bangunan Parlimen pada pukul 4 petang20-12-1991 bahawa belaau akan mengarahkan Pendaftar Syarikat

menasihatkan kedua-dua firma broker saham membayar pampasan kepada

mereka;

(d) bagaimanakah Menteri Kewangan akan menunaikan janjinyamempertahankan kepentingan pelabur kecil dalam BSKL; dan

(e) adakah Pendaftar Syarikat bercadang tidak membaharui lesen kedua-duasyarikat tersebut seperti yang telah dilakukan ke atas Syarikat Leong & Co di

Kuala Lumpur sebagai tekanan ke atasnya.

33. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) Purata masa memproses dan meluluskan lesen kapal tunda yang baru dan

memperbaharuinya . Adakah berlaku sebarang kelewatan, kalau ya, apakah

langkah - langkah yang akan diambil untuk memperbaikinya;

(b) adakah benar kapal tunda yang dibahagikan di bawah C dengan muatan 70metrik dan secara langsung ditukar kepada Kelas D semasa pemindahan

lesen . Kalau ya, mengapa;

27

Kementerian telah membuat kontrak lain bagi melengkapkan sistempertahanan negara dengan sistem pengawasan radio. Jika ada, bilakah sistemitu hendak dibekalkan atau mengapa is tidak diperlukan;

(c) sebab-sebab alat itu tidak dipasang dan tidak diuji pada ketika is diterimaoleh Kementerian dalam tahun 1980. Mengapa Kementerian menunggusehingga sampai tahun 1983 untuk mengujinya;

(d) adakah Kerajaan telah membuat semua persiapan dan telah berpuashatidengan alat-alat itu pada ketika is membuat ikat kontrak membelinya. Jika ya,mengapa tapak bagi lima stesen kekal ditetapkan setelah hampir semuaperalatan dibekalkan dalam bulan November 1980;

(e) bangunan untuk menempatkan alat-alat stesen kekal itu dijadualkan slap danditauliahkan dalam bulan Februari 1981 tetapi mengapa is hanya slap antaratahun 1985 hingga tahun 1987. Mengapa tempat alat-alat yang tidak dipasangitu tidak dibekalkan dengan sistem hawa dingin hingga is diserang anai-anaidan tidak boleti digunakan sepenuhnya;

(f) adakah Kementerian mempunyai ahli-ahli yang mengetahui tentang alattersebut atau siapakah yang menasihatkan tentang penggunaannya. Jika ada,mengapa kenderaan yang digunakan untuk sepuluh stesen bergerak tidak darijenis yang paling sesuai. Mengapa Kementerian tidak membuat persetujuansegera bagi meminda perjanjian supaya pembekal dapat menukar kenderaanyang tepat; dan

(g) mengapa alat-alat itu tidak diuji bersama pembekal ketika is diterima tahun1980.