DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA...

194
DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS Pada PADA 15 DAN 16 JULAI 2019 bersamaan 12 DAN 13 ZULKAEDAH 1440 Dikeluarkan oleh: Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu

Transcript of DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA...

Page 1: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI

KEEMPAT BELAS

Pada

PADA 15 DAN 16 JULAI 2019

bersamaan

12 DAN 13 ZULKAEDAH 1440

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu

Page 2: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

daripada:

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI

TERENGGANU

Page 3: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

MESYUARAT YANG KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 DAN 16 JULAI 2019

KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

ISNIN, 15 JULAI 2019

1. Nama Ahli-ahli. 1

2. Doa. 5

3. Ucapan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. 5

4. Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan. 8

5. Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:

4.1. Soalan-soalan Bertulis. 8 4.2. Soalan-soalan Lisan. 9

6. Rang Undang-Undang:

(i) Enakmen Taman Negara (Terengganu) (Pindaan) 2019.

53

(ii) Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019.

59

Page 4: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

SELASA, 16 JULAI 2019

1. Nama Ahli-ahli. 73

2. Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:

- Soalan-soalan Lisan. 77

3. Tangguhan. 119

4. Lampiran [Soalan-soalan dan Jawapan-jawapan Bertulis]

120

Page 5: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

PERSIDANGAN

PADA HARI ISNIN, 15 JULAI 2019

Page 6: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

1

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA

PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR:

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA

Haji Yahaya bin Ali, PJC.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU

Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

WAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat

WAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak

WAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah

WAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim

WAKIL JABI

Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.

WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin Deraman

WAKIL ALUR LIMBAT

Page 7: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

2

Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah

WAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh

WAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman

WAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim

WAKIL TEPOH

Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi

WAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik

WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim

WAKIL BULUH GADING

Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun

WAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin Harun

WAKIL RANTAU ABANG

Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong

WAKIL PENGKALAN BERANGAN

Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed

WAKIL BANDAR

Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim

WAKIL AIR PUTIH

Page 8: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

3

Yang Berhormat Maliaman bin Kassim

WAKIL AJIL

Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili

WAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor

WAKIL Wanita

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.

WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.

WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.

WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.

WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, KMN.,AMZ.,PPN.

WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.

WAKIL JERTIH

Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.

WAKIL LANGKAP

Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.

WAKIL BATU RAKIT

Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.

WAKIL KUALA BESUT

Page 9: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

4

Yang Berhormat Dato’ Halim bin Jusoh, DPSM.

WAKIL PERMAISURI

TIDAK HADIR:

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat

WAKIL CUKAI

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI

KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN

Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI

Dato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI

Tuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azahar, SMT.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI

Encik Zulkifly bin Isa, PJK.

Page 10: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

5

PUKUL 9.30 PAGI

SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat

Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita

memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca

Ummul Kitab Al-Fatihah. ….(Al-Fatihah) ….

Perkara pertama di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.

DOA

Dibaca oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.

UCAPAN YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA

SETIAUSAHA DEWAN: Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat

Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah ucapan Yang

Berhormat Yang di-Pertua Dewan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Assalamu’alaikum warahmatullahi

ta’ala waabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-

ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua

Jabatan Negeri dan Persekutuan, para Pemerhati, tuan-tuan, puan-puan yang

dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan

taufiq dan inayah-Nya kita dapat bersama lagi bagi menjayakan Mesyuarat Kedua

Penggal Kedua Bagi Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. Sidang kita pada kali

ini hanya selama 2 hari sahaja. Walau pun begitu, saya berharap mesyuarat kita

dapat berjalan dengan lancar dalam suasana perbincangan yang baik. Lebih-lebih

Page 11: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

6

lagi pada minggu lepas Ahli-ahli Yang Berhormat baru saja mendapat suntikan

semangat dan ilmu pengetahuan selepas mengikuti program Bengkel Literasi ADUN

Dan Ahli Parlimen yang memberi pendedahan tentang peranan Ahli-ahli Yang

Berhormat sebagai Legislator. Saya yakin pengisian dan pengalaman Mantan

Speaker Parlimen Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ahli Parlimen Dewan

Rakyat, Yang Berhormat Dato' Takiyuddin Hassan, Mantan Timbalan Speaker

Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-

Undang Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Fathi Yusof sangat baik untuk

dimanfaatkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, sesiapa sahaja yang diberi kuasa memerintah

sama ada sekarang atau akan datang mestilah mempunyai keazaman politik

(political will) bagi melaksanakan tugas sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi

ini sebagaimana yang diperintahkan:

Yang bermaksud: "Mereka yakni (umat Islam) yang jika kami memberikan mereka

kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang,

menunaikan zakat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari perbuatan

yang mungkar dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

Justeru, semua pihak harus memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab ini

termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah kiri saya untuk berperanan secara

konstruktif. Peranan Ahli-ahli Yang Berhormat bukan Kerajaan tidak kurang

pentingnya bagi menghidupkan suasana perbahasan yang sihat dan lebih

bermakna. Sebagai Wakil Rakyat, sudah tentu Ahli-ahli Yang Berhormat akan

mengambil kesempatan, Sidang tiga atau empat bulan sekali ini untuk

menyuarakan kepentingan rakyat. Saya juga yakin semua pihak seiring dan

sepakat bagi menjadikan Negeri kita sebagai Negeri Maju, Berkat, Sejahtera. Bagi

merealisasikannya setiap kita ada peranan masing-masing. Nabi Salallahu Alaihi

Wassalam bersabda:

Page 12: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

7

ولكتابھ ین النصیحة . قلنا لمن ؟ قال : � الد

تھم ة المسلمین وعام ولرسولھ وألئم(Rawahul Muslim)

Yang bermaksud: “Agama itulah nasihat, tanya kami nasihat bagi siapa Ya

Rasulullah? Jawab beliau: Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi para

pemimpin kaum muslimin dan bagi orang ramai.”

Oleh sebab itu kita tidak boleh berada dalam zon selesa (comfort zone) dan mesti

sentiasa bermuhasabah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Yang

Berhormat perlu memainkan peranan yang berkesan termasuk peranan semak dan

imbang (check and balance) kepada segala perancangan dan pelaksanaan

kegiatan Kerajaan.

Apa yang penting ialah usaha untuk meningkatkan diri setiap Ahli-ahli Yang

Berhormat bagi memainkan peranan secara berkesan. Usaha untuk meningkatkan

diri bukan sahaja dari segi kemahiran bercakap, tetapi juga dari aspek ilmu

pengetahuan dan penguasaan dalam memahami urusan pentadbiran Kerajaan

termasuk aspek kewangan, pengurusan sumber manusia, pembangunan dan

sebagainya.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, walaupun kita bersidang dua hari sahaja,

sebagai Yang di-Pertua Dewan saya kena berlaku adil untuk memberi peluang

kepada Ahli-ahli Yang Berhormat menyuarakan kepentingan rakyat. Oleh itu, dalam

persidangan kali ini, saya bersetuju untuk melanjutkan masa sesi soal jawab

Soalan Lisan, saya akan beri tambahan masa dan menyambung sesi ini selepas

waktu rehat nanti, insya-Allah. Selamat bersidang. Siru‘ala Barakatillah.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Page 13: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

8

KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN

SETIAUSAHA DEWAN: Perkara seterusnya dalam tertib Kerajaan Dewan ialah

kertas-kertas kerja dan laporan-laporan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kertas kerja dan laporan yang

dibentangkan pada kali ini hanya satu iaitu:-

1. Penyata Kewangan Tahun 2017 Lembaga Tabung

Amanah Warisan Negeri Terengganu.

(DUN Bil.7/2019)

SOALAN-SOALAN YANG TELAH DIBERI NOTIS

SOALAN-SOALAN BERTULIS

[LAMPIRAN]

SETIAUSAHA DEWAN: Perkara berikut ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:

1. Soalan-soalan Bertulis.

2. Soalan-soalan Lisan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Jawapan-jawapan kepada Soalan-

soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang

Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:-

1. Yang Berhormat Wakil Tepoh.

2. Yang Berhormat Wakil Batu Burok.

3. Yang Berhormat Wakil Bukit Besi.

4. Yang Berhormat Wakil Sura.

5. Yang Berhormat Wakil Kuala Besut.

6. Yang Berhormat Wakil Buluh Gading.

7. Yang Berhormat Wakil Manir.

Page 14: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

9

8. Yang Berhormat Wakil Rantau Abang.

9. Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan.

10. Yang Berhormat Wakil Bandar.

11. Yang Berhormat Wakil Air Putih.

12. Yang Berhormat Wakil Ajil.

13. Yang Berhormat Wakil Kemasik.

14. Yang Berhormat Wakil Wanita.

SOALAN-SOALAN LISAN

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan iaitu:

1. Yang Berhormat Wakil Tepoh.

2. Yang Berhormat Batu Burok.

3. Yang Berhormat Wakil Telemong.

4. Yang Berhormat Wakil Sura.

5. Yang Berhormat Wakil Bukit Besi.

6. Yang Berhormat Wakil Buluh Gading.

7. Yang Berhormat Wakil Batu Rakit.

8. Yang Berhormat Wakil Manir.

9. Yang Berhormat Wakil Kuala Besut.

10. Yang Berhormat Wakil Rantau Abang.

11. Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan.

12. Yang Berhormat Wakil Bandar.

13. Yang Berhormat Wakil Air Putih.

Page 15: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

10

14. Yang Berhormat Wakil Ajil.

15. Yang Berhormat Wakil Kemasik.

16. Yang Berhormat Wakil Wanita.

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Tepoh untuk mengemukakan

soalan.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya

nombor satu -

Apakah perancangan pihak Kerajaan terhadap

Pembangunan Pulau Bayas, Kenyir dan berapakah

perbelanjaan semasa yang telah dibelanjakan dari jumlah

peruntukan keseluruhan?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Tuan Yang

di-Pertua Dewan, ADUN Tepoh telah mengemukakan soalan yang pertama

berbunyi: Apakah perancangan pihak Kerajaan terhadap Pembangunan Pulau

Bayas, Kenyir dan berapakah perbelanjaan semasa yang telah dibelanjakan

daripada jumlah peruntukan keseluruhan?

Jawapannya: Perancangan pihak Kerajaan terhadap Pembangunan Pulau Bayas,

Kenyir adalah dalam pertimbangan untuk menyiapkan projek ini dengan

menggunakan beberapa pilihan cadangan penyelesaian. Perbelanjaan semasa yang

telah dibelanjakan adalah berjumlah RM188,117,514.63 (Seratus Lapan Puluh

Lapan Juta) daripada kos keseluruhan projek yang bernilai RM243,555,183.35 sen

bagi kesemua 6 pakej yang terlibat dalam Pembangunan Bebas Cukai Pulau Bayas.

Sekian.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Tuan

Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Berapakah pakej yang

mengalami kelewatan dan jumlah denda yang dikenakan sehingga kini?

Page 16: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

11

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Tuan Yang

di-Pertua Dewan dan seluruh Ahli Dewan, Pakej Pembangunan Pulau Bayas ada

enam - 1, 2, 3, 4, 5, 6. Pakej 4 dan 6 telah siap sepenuhnya. Pakej yang lewat

adalah Pakej 1, 2, 3 dan 5.

Jumlah denda yakni LAD sehingga 30 hari bulan April tahun 2019, saya sebut

perlahan-lahan ni sebab angka supaya mungkin wartawan ke siapa-siapa yang

untuk kod dia.

Pakej yang pertama: RM10,790.94 (Sepuluh Ribu Tujuh Ratus Sembilan Puluh dan

Sembilan Puluh Empat Sen) sehari dengan jumlah dendanya RM4,003,438.74

(Empat Juta Tiga Ratus Empat Puluh Lapan Dan Tujuh Puluh Empat).

Pakej yang kedua: RM8,808.48 (Lapan Ribu Lapan Ratus Lapan Empat Puluh

Lapan) sehari dengan jumlah denda RM3,866,922.72.

Pakej yang ketiga: RM1,355.08 sehari dengan jumlah denda RM1,340,174.12.

Pakej yang kelima: RM2,019.03 sehari dengan jumlah keseluruhan denda sehingga

30.4.2019 - RM1,221,513.13. (RM1.2 juta).

Dan jumlah keseluruhannya RM10,432,098.70. Jadi ini keseluruhan jumlah denda.

Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, penjelasan.

...[Bangun serentak bersama-sama Y.B. Wakil Tepoh] .....

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):

Habiskan dulu, lepas ini kita.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila, sila Yang Berhormat Kijal.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, kebanyakan Ahli Dewan ni tak tahu pakej-pakej ni.

Page 17: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

12

Boleh tak Yang Berhormat ADUN Alur Limbat menjelaskan pakej satu apa dia,

pakej dua apa dia supaya dapat dengar semua oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan

Ahli Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Okey, terima

kasih. Pakej yang dah siap tu tak apalah, saya sebut pakej yang tergendala. Yang

pertama sekali …

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

Berhormat Yang di-Pertua yang dah siap tu kena sebut juga sebab tak tahu pakej-

pakej tu benda apa.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Okey, okey.

Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Bangunan Terminal Utama, Jeti Penumpang,

Jeti Servis Dan Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre Di

Pulau Bayas, Tasik Kenyir Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman itu yang

pakej yang pertama. Pakej yang kedua, Kerja Membina Dan Menyiapkan Kompleks

Membeli Belah Dan Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre Di

Pulau Bayas Tasik Kenyir. Pakej yang ketiga adalah Kerja Membina Dan

Menyiapkan Pencawang Elektrik, Sistem Agihan Bekalan Voltan Tinggi Dan Rendah

Serta Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre. Pakej yang kelima

.....

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, boleh jelas sikit lagi tak, lepas sebut tu status nya, siap

lapan puluh peratus, tujuh puluh peratus ke.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Ya, ya, boleh,

boleh, boleh, panjang pulok kan. Okey, saya sebut semula:-

Pakej yang pertama: Membina Dan Menyiap Bangunan Terminal Utama dan

seterusnyalah Jeti Penumpang, Jeti Servis harga kontrak dia RM70 juta,(RM70,993

030.30). Sekarang ini peratus kemajuannya 80.84%. LAD dia RM10 juta

sebagaimana yang RM10,000 sehari sebagaimana yang saya sebut. LAD ini

bergantung kepada jumlah kontrak.

Page 18: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

13

Pakej yang kedua: Kerja Membina Dan Menyiapkan Kompleks Membeli Belah Dan

Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas Tasik

Kenyir. Harga kontraknya RM57,955,500 percentagenya 55.04% sehingga Mei

2019. Dendanya RM8,808.00 sehari.

Pakej yang ketiga: Kerja Membina Dan Menyiapkan Pencawang Elektrik, Sistem

Agihan Bekalan Voltan Tingi Dan Rendah Serta Kerja-Kerja Berkaitan Untuk

Pembangunan Kenyir Trade Centre, peratus kemajuan 73.45% sehingga Mei 2019,

yang jumlah denda RM1,355.08.

Pakej yang kelima: Kerja Membina Dan Menyiapkan Sistem Rawatan Air, Sistem

Rawatan Kumbahan Dan Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre

di Pulau Bayas, peratus kemajuannya 79.90% dengan denda RM2,019.00 sehari.

Sekian.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila, saya nak persilakan tuan punya asal

soalan. Yang Berhormat Tepoh.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga Kijal yang ambil kesempatan untuk

tambah soalan tadi. Saya berhasrat untuk mengemukakan satu lagi soalan yang

terakhir, ekoran daripada berlaku extension of time yang agak tinggi enam hingga

tujuh, yang saya difahamkan dulu ketika mana Persidangan yang lalu dan sekarang

ini saya tak tahulah berapa jumlah extension of time yang berlaku kepada semua

projek-projek yang tergendala ini yang kelewatan. Soalan saya apakah

perancangan Kerajaan untuk menangani isu kelewatan penyiapan kerja-kerja untuk

Projek Pulau Bebas Cukai ini, untuk diselesaikan dalam kadar segera kerana

perbezaan jumlah di antara yang disebut tadi, sekitar RM55 juta sahaja lagi yang

masih berbaki. Jadi pohon penjelasan pihak Kerajaan untuk tujuan ini?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang di-Pertua

Dewan, isu yang berlaku sekarang ini adalah pihak kontraktor sehingga hari ini

tidak menjalankan kerja mereka, lalu pihak Kerajaan ada berapa mekanismelah

yang kita cadangkan. Yang pertama, kontrak diteruskan dengan tarikh penyiapan

baru melalui perjanjian tambahan kepada pihak kontraktor asal, supplementary

agreement dan dia ada kelebihannya, ada kelebihan dan kelemahanlah. Hari ini

Page 19: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

14

saya sebut kelebihan sahaja. Kos pembinaan sebagaimana kontrak asal iaitulah

kadar harga asal. Yang kedua, tarikh penyiapan baru melalui perjanjian tambahan

yang mengambil kira faktor kelewatan penerimaan bayaran dan faktor lain

berkaitan. Dan yang ketiga, pembekal sedia ada dan warranty pembinaan dapat

diteruskan, itu yang pertama.

Kemudian yang kedua, Penamatan Kontrak Secara Persetujuan Bersama (Mutual

Termination) dengan izin, melalui Perjanjian Tambahan (Supplementary

Agreement) antara kelebihannya rundingan antara pihak kontraktor dan Kerajaan

boleh dibuat untuk mencapai persetujuan bersama bagi penyelesaian sebarang

tuntutan.

Kemudian yang ketiga, Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor boleh dibuat

berdasarkan Klausa 51, disebabkan kemungkiran-kemungkiran oleh pihak

kontraktor sebagaimana yang disenaraikan dalam Klausa 51(A), dan kelebihannya

proses penamatan kontraktor boleh dibuat mengikut tatacara yang telah ditetapkan

mengikut amaran-amaran kemungkiran dan notis yang dikeluarkan oleh pihak

Pegawai Penguasa. Kontraktor baru yang berkemampuan dapat dilantik untuk

menyiapkan baki projek.

Jadi dengan masalah yang ada ini, pihak Kerajaan sedang menimbangkan

beberapa perkara tentang projek Pulau Bayas yang pertama sekali, projek ditender

semula untuk kerja-kerja penyiapan oleh pihak kontraktor yang layak, dengan skop

dan rekabentuk bangunan asal yang pertama sekali kita cadang mengikut

rekabentuk bangunan asal. Yang kedua, projek ditender semula untuk kerja

penyiapan dengan membuat perubahan rekabentuk dan spesifikasi pembinaan bagi

membolehkan projek dapat disiapkan dan digunakan dengan kos yang lebih rendah

berbanding skop kerja dan rekabentuk asal. Kalau kita lihat, oleh kerana projek ini

tertangguh, kosnya sebenarnya meningkat dari setahun ke setahun walaupun kita

buat perubahan rekabentuk ataupun pengurangan (reduce) dengan izin,

rekabentuk asalnya, mungkin bagi tujuan yang berbeza, masih lagi pada

pandangan kami, masih lagi kosnya lebih tinggi daripada kos asal.

Cadangan yang ketiga, alternatif bagi penyiapan bagi pihak pelabur swasta dengan

mengambil kira faktor dan kajian yang lebih menyeluruh berkaitan hala tuju projek.

Page 20: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

15

Inipun sedang kita pertimbangkan. Allahua’alam. Assalamu’alaikum warahmatullahi

ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Wakil Alur

Limbat. Sebelum pada itu, saya ingin mengalu-alukan, kehadiran adik-adik kita,

anak-anak kita iaitu daripda Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin

(SMAAZA) Kuala Terengganu seramai 64 orang. Yang lain, daripada yang biasa

hadir daripada Khairunnisa’ dan juga daripada Majlis Tindakan DUN.

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Wakil Batu Burok mengemukakan

soalan.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1 -

Apakah perancangan jangka masa panjang dan menyeluruh

daripada Pihak Kerajaan Negeri dan JPS untuk menangani

banjir kilat yang kerap berlaku dalam Daerah Kuala

Terengganu?

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Yang Berhormat

Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-

Yang Berhormat, Ketua Jabatan dan wakil-wakil Pemerhati, tuan-tuan dan puan-

puan sekalian. Soalan dari Wakil Batu Burok tadi, berbunyi: Apakah perancangan

jangka masa panjang dan menyeluruh daripada pihak Kerajaan Negeri dan JPS

untuk menangani banjir kilat yang kerap berlaku dalam Daerah Kuala Terengganu?

Jadi soalan ini khusus untuk Daerah Kuala Terengganu dan berkaitan dengan

banjiir kilat.

Takrif banjir kilat ialah hujan yang lebat dan berlaku dalam tempoh kurang dari

tiga jam dan akan surut dalam tempoh kurang dari enam jam. Kalau lebih daripada

itu dikira banjirlah bukan banjir kilat lagi. Jadi berkaitan dengan persoalan ini dia

ada dua perkaralah yang perlu kita lihat untuk jangka masa yang panjang.

Pertama, Kerajaan Negeri hendaklah menyiapkan satu master plan untuk

mengurangkan masalah banjir ini.

Page 21: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

16

Jadi Negeri Terengganu telah pada tahun 2016 telah membuat dan menyediakan

master plan atau pun pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam

dan dijangka pelan induk ini akan siap pada akhir tahun ini dengan belanjanya

RM1.2 juta plus. Dan apabila master plan ini siap, ia bolehlah dijadikan rujukan

kepada semua jabatan termasuklah JPS, JKR, PBT dan yang lain-lain.

Keduanya, Kerajaan Negeri hendaklah membina sistem-sistem saliran yang baru

untuk menangani masalah banjir ini. Jadi untuk pengetahuan kita semua pada

tahun lepas kita telah menyiapkan satu sistem saliran di Padang Negara dengan

kos RM15.8 juta kemudian dalam pembinaan sekarang ini dan masih belum siap

iaitu Sistem Saliran di Tok Jiring bahagian Utara Kuala Terengganu dan insyaAllah

akan ditender pada akhir tahun ini Tebatan Banjir di Gong Kiat dan akan

mengalirkan airnya ke Sungai Ibai. Pada tahun ini juga Kerajaan Negeri telah

memperuntukkan sejumlah RM30 juta untuk kerja-kerja mendalam, membaikpulih

sungai dan saliran. Terima kasih.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Yang pertamanya, terima

kasih kepada Exco, Yang Berhormat Kuala Berang yang telah memberikan jawapan

di atas soalan yang dikemukakan tadi. Soalan saya ialah memandangkan kita

melihat banjir kilat ini satu fenomena yang tidak dijangka bukan sahaja ia berlaku

pada musim tengkujuh bahkan pada musim-musim lain memandangkan isu yang

besar yang dibicarakan pada hari ini di peringkat global antaranya adalah Climate

Change. Jadi soalan saya ialah adakah dengan pembinaan kolam tadahan

membantu untuk mengatasi masalah banjir kilat ataupun di sana ada mekanisma-

mekanisma lain?

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, kalau kita lihat bahawa masalah di Kuala

Terengganu ini secara keseluruhannya saliran air sungai atau pun parit adalah

akan mengalir ke Sungai Ibai. Di sana kita lihat ada tiga cabang anak sungai,

kalau kita google tiga cabang anak sungai daripada Tok Adis bergerak ke Padang

Negara satu dan keduanya sehinggalah ke Taman Pusara Jalan Kamarudin, yang

ketiganya sehingga melalui sekitar Pasir Panjang dan Panji Alam. Jadi keseluruhan

kawasan-kawasan ini akan mengalirkan alirannya ke Tok Adis dan seterusnya ke

Sungai Ibai. Itu secara umum.

Page 22: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

17

Kemudian kalau semulajadi kita lihat kalau zaman dahulu tidak ada pembangunan

di kawasan-kawasan tanah rendah hanya ada kawasan pertanian padi dan

sebagainya tetapi apabila ada pembangunan, mereka-mereka menambun,

menimbus tanah mana-mana tempat yang agak rendah dinaikkan untuk

menghalang atau pun mengurangkan banjir, jadi kawan yang datang kemudian ini,

dia tambun lagi tinggi itulah jadi masalah. Kemudian kita lihat bahawa masing-

masing untuk mengalirkan cepat atau pun deras longkang-longkang di rumah ini

kalau boleh dibuat dari simen dan sebagainya nak dialirkan air ini secara cepat

supaya tidak banjir di sekitar rumah mereka. Apabila air ini sampai ke longkang

yang lebih besar jadi isipadu air di kawasan alur yang lebih besar ini akan

bertambah dengan cepat dan sehinggalah sampai ke satu kawasan kita panggil

bottle neck iaitu kawasan yang agak sempit sebagaimana kalau di sini Kuala

Terengganu bottle necknya ialah di pintu air di Tok Adis.

Kemudian kita perlu kaji bagaimanakah kalau kita tanya pihak JPS, kita tanya

orang lama dari Kuala Besut tu Tengku Zaihan, Y.B. Tengku Zaihan dari Kuala

Besut, dia orang JPS, kalau kita tanya JPS dia perlu satu kawasan takungan air

yang mana air-air ini akan mengalir ke takungan dan takungan ini kalau boleh

dapat menampung air-air tersebut dan dalam masa yang sama air ini akan

dialirkan secara perlahan ke Tok Adis dan seterusnya Sungai Ibai. Jadi perlu satu

takungan iaitu di kawasan sebelah timur dari Gong Tok Nasik itu dan sebelah barat

daripada Batu Burok. Kawasan itu agak rendah, kawasan pertanian padi. Jadi kita

harap dengan takungan ini akan mengurangkan masalah banjir kilat ataupun banjir

yang lebih besar. Kita lihat contohlah, contoh iaitu takungan yang besar misalnya

Tasik Kenyir itulah, takungan yang besar dengan adanya Tasik Kenyir ini dia dapat

menghalang banjir di sekitar Sungai Terengganu kalau zaman dulu 20-30 tahun

lebih dulu memang kawasan Kuala Berang ini memang dah begitu besar sekali

banjirnya. Dan hari ini kita lihat tidak ada lagi banjir besar kerana adanya kawasan

takungan yang besar iaitu tasik buatan di Tasik Kenyir.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat, ringkaskan.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih.

Seterusnya kita harap takungan yang bakal dibuat di kawasan Tok Adis ini dapat

menampung daripada banjir kilat dan banjir keseluruhan. Terima kasih.

Page 23: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

18

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya, sebab saya jaga masa, ya.

Seterusnya saya nak jemput…

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala

Besut): Tuan Speaker …

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ada lagi?

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala

Besut): Kuala Berang ada sebut nama saya. Saya rasa nak terlibat sekali dalam

soalan yang rasa kita perlu sama-sama tanya pihak Kerajaan. Okey, soalan yang

dibangkitkan oleh Batu Burok tadi berkenaan isu banjir kilat dan saya teringat dulu

difahamkan oleh pihak Kerajaan ada melancarkan satu kaedah, terlalu banyak

kaedah untuk menyelesaikan isu banjir kilat ini iaitu yang dirancangkan oleh pihak

jabatan teknikal melalui Kerajaan dan juga universiti-universiti awam di Malaysia ini

iaitu kaedah untuk mengurangkan banjir kilat iaitu Sistem Mengaplikasikan Sistem

Penuaian Air Hujan atau pun Bahasa Inggeris dia dengan izin Rain Water

Harvesting. Jadi nak tahu setakat manakah di pihak kerajaan khususnya kita di

Negeri Terengganu ini, setakat manakah amalan menggunakan Sistem Penuaian

Air Hujan daripada bumbung lagi sampai ke tangki air ini kita gunakan di Negeri

Terengganu khususnya di jabatan-jabatan Kerajaan dan juga di rumah-rumah

persendirian. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, Yang Berhormat sila, ringkas.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Dia pakar

bahagian JPS nak lawan dengan Doktor Perubatan biasa tak danglah kalau dari

segi bab banjir ini. Tapi tak mengapa, kalau kita lihat bahawa berkaitan dengan

Rain Water Harvesting ini makna kita kena takung air di rumah-rumah, di pejabat-

pejabat kena takung, kemudian air yang ditakung ini boleh diguna untuk kegunaan

kita harian dan juga kalau semuanya takung air secara keseluruhannya dapat

mengurangkan dan membantu untuk mengurangkan banjir kilat. Jadi itu satu idea

yang bagus tetapi kita kena lihat juga di sana ada beberapa kelemahan. Pertama,

di negara kita ini sendiri memang banyak hujan. Sentiasa air tu…dari segi harganya

tidaklah, orang kampung rasa tidaklah amat berharga benda tu, sedangkan untuk

Page 24: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

19

menyediakan takungan-takungan dan sebagainya mungkin dari segi kosnya lebih

mahal. Saya rasa itulah, terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kuala

Berang. Sekarang saya jemput, saya persilakan Yang Berhormat Wakil Telemong.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):

Assalamu’aikum warahmatullahhi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang

di-Pertua, soalan saya yang pertama -

Pengganguran merupakan isu di peringkat nasional dan Negeri

Terengganu juga tidak terlepas pada masalah ini. Statistik

menunjukkan kadar 4.3% pengangguran berlaku di

Terengganu, dan data ini lebih membimbangkan kita kerana

sebahagian besar golongan ini terdiri daripada mereka yang

memiliki tahap pendidikan tinggi. Salah satu faktor yang

menyumbang berlakunya fenomena ini adalah kerana

kehendak pasaran di Negeri Terengganu tidak selari dengan

kebanyakan kelayakan pelajar di Terengganu.

Selain daripada penubuhan THRDC (Pusat Pembangunan

Sumber Manusia Negeri Terengganu) bagi mengatasi masalah

penggangguran, adakah Kerajaan Negeri hari ini mempunyai

perancangan untuk menarik pelabur ke negeri. Ini baru soalan

dia. Bagi mengatasi masalah penggangguran, adakah Kerajaan

Negeri hari ini mempunyai perancangan untuk menarik

pelabur ke Negeri Terengganu bagi memberi ruang pekerjaan

kepada penduduk tempatan?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, soalan bunga panjang, ya.

Bunga soalan tu panjang.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Jawab

pendek jer.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila. …(Sambil gelak)…

Page 25: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

20

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri

Besar dan Ahli-ahli EXCO dan juga Yang Berhormat, dan semua hadirin yang hadir

hari ini.

Soalan daripada Telemong ni, dia macam menjawab dah. Sebab soalan dia

panjang. Ni saya baca soalan dulu, bukan jawapan lagi ni, soalan dulu:

Pengganguran merupakan isu di peringkat nasional dan Negeri Terengganu juga

tidak terlepas daripada masalah ini. Statistik menunjukkan kadar 4.3%

pengangguran berlaku di Terengganu dan data ini lebih membimbangkan kita

kerana sebahagian besar golongan ini terdiri daripada mereka yang memiliki tahap

pendidikan tinggi. Salah satu faktor yang menyumbang berlakunya fenomena ini

adalah kerana kehendak pasaran di Negeri Terengganu tidak selari dengan

kebanyakan kelayakan pelajar di Terengganu. Ni macam jawapan dah ni. Selain

daripada penubuhan THRDC (Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri

Terengganu) bagi mengatasi masalah penggangguran, adakah Kerajaan Negeri

hari ini mempunyai perancangan untuk menarik pelabur ke negeri. Ini baru soalan

dia. Bagi mengatasi masalah penggangguran, adakah Kerajaan Negeri hari ini

mempunyai perancangan untuk menarik pelabur ke Negeri Terengganu bagi

memberi ruang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kalau nak jawab ringkas

boleh sahaja, kata ada.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, saya, saya peringatkan

sahaja. Soalan-soalan seumpama ini jawab sekaligus. Ada soalan sekaligus?

Ataupun untuk soalan ni sahaja?

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Hok ni kita jawab se dulu. Hok lain ada lagi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, sila…

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memang kita ada perancangan

untuk menarik pelaburan dan diharapkan supaya dengan pelaburan ini akan

memberi peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan pengangguran.

Page 26: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

21

Untuk menarik pelaburan ini, kita ada strategi. Pertamanya, kita wujudkan

hubungan baik kita dengan pelabur tempatan dan asing. Dan yang keduanya,

mengadakan promosi pelaburan di luar negara. Di luar negara tu, panggil-panggil

orang mari tu, panggil dan jemput orang datang. Dan ketika bersama dengan

MATRADE, yang mengadakan promosi produk-produk tempatan di Malaysia secara

amnya, dan Negeri Terengganu secara khususnya ke luar negara. Kemudian kita

ada hubungan dengan ECER, MIDA. MIDA ni selalu ajak kita ke luar negara tapi

tahun ni tak ajak lagi, tahun lepas ajak dah. Dan juga ECER membantu kita untuk

mendapatkan pelabur ke negeri ini. Kerajaan Negeri juga menyediakan insentif-

insentif pelaburan yang menarik kepada pelabur. Contohnya diskaun ke atas

premium tanah antara 10 - 50% kepada pelabur yang layak. Kedua, pembiayaan

pembayaran premium tanah secara ansuran selama setahun. Tengok keadaanlah

kita bagi ansuran tu. Kemudian, rebate sehingga 30% ke atas premium tanah

kepada pelabur yang laksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan. Kemudian

membantu pelabur untuk menerima menikmati skim galakan pelaburan yang

menarik daripada agensi-agensi pelaburan seperti MIDA dan ECER. Kemudian kita

membaiki sistem delivery kita untuk memastikan permohonan pelaburan dapat

diluluskan dengan cepat. Kita juga menyediakan kawasan-kawasan industri yang

mencukupi dan dilengkapi dengan infrastruktur asas. Itu jawapan pertama. Terima

kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Yang

Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada

pihak Kerajaan atas usaha yang dilaksanakan untuk menarik pelabur ke Negeri

Terengganu. Walau bagaimanapun, saya ingin mendapat penjelasan, sehingga kini

banyak-banyak perancangan yang kita buat, ataupun apa yang telah kita

laksanakan itu, telah banyak mana yang kita bawa masuk ke Terengganu dan

betul-betul confirmed bahawa mereka ini akan melabur di Terengganu setakat ini?

Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Untuk makluman kepada Dewan, kita banyak menjemput mereka datang

daripada luar tapi yang kita pergi ni, yang besar-besar. Misalnya kita pergi ke

Taiwan Glass, Taiwan baru-baru ini. Dia tu adalah untuk projek silika. Dia salah

satu player terbesar di dunia dan dia cuma menjanjikan untuk datang. Dia kata

biasanya kita akan memberikan masa lebih kurang tiga tahun dari mula bersetuju,

Page 27: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

22

sehingga kita buat tu, tiga tahun. Jadi maksudnya, panjang masa yang diperlukan.

Pada perjumpaan yang lepas, mereka bersetuju untuk datang. Kita pergi tu pada

bulan Mac, dia kata bulan lapan (8) nak mari pulak. Lepas tu bulan sepuluh (10)

kalau jadi nak buat MoU. Itu baru nak mari, dok mari lagi. Jadi ke dok pun,

wallahua’lam tak tahu lagi. Begitu juga kita pergi ke Negeri China. Mereka baru-

baru ini, yang terakhir kita pergi ialah 27 Jun yang lepas. Kita pergi 27 Jun, balik

2 Julai, 5 hari kemudian dia terus datang untuk meninjau keadaan yang kita sebut

tadi betul ke dok. Dia mari, dia melawat daripada Kemaman sampai ke Bari, dia

tengok apa-apa yang kita sebut tadi betul ke tak. Dia sudah datang dan balik, dan

insya-Allah akan datang balik membawa spesifik pelaburan yang mereka mahu

buat di sini. Jadi kalau pelaburan yang besar-besar ini, dia bukan mudahlah untuk

menarik mereka. Namun, ada yang memberi komitmen untuk datang terutamanya

di Kerteh contohnya. Kerteh itu ada pelaburan-pelaburan yang sudah ada dan ingin

membesarkan lagi pelaburan mereka. Misalnya yang buat glove, apa orang

panggil, sarung tangan tu…dah ada dah tapi nak besarkan lagi. Dan peluang

pekerjaan yang insya-Allah yang dijangka boleh, kalau saya boleh jawab selalulah,

pekerjaan yang ada sehingga 2019 ini terkumpul 7,057 orang, dan kita anjurkan

ataupun unjurkan pada 2024, jumlah pekerjaan yang insya-Allah yang kita dapat

janakan ialah lebih kurang 16,720 orang. Jadi manifesto kita untuk mengadakan

peluang pekerjaan dapat disediakan 20,000 orang itu insyaAllah tercapai. Terima

kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Yang

Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, yang menjadi kerisauan di peringkat akar umbi

sekarang ini adalah berkaitan dengan pengangguran. Dan kalau pengganguran

di peringkat rendah itu merupakan satu fenomena yang agak sudah lamalah,

zaman-zaman kita dulu pun ini yang menimbulkan isu. Tapi sekarang ini Dato’

Yang di-Pertua, pengangguran ini adalah di peringkat mereka yang mempunyai

pendidikan yang tinggi, terutamanya lepasan-lepasan ijazah, dan ini yang kita

menerima feedback daripada perjumpaan-perjumpaan antara kita dengan anak-

anak muda sekarang ini. Yang menjadi masalah Dato’ Yang di-Pertua,

di Terengganu ini ramai lepasan yang berpendidikan tinggi sebagaimana yang saya

maklum tadi, tapi tidak sesuai dengan kehendak pasaran kerja di Terengganu. Jadi

adakah usaha Kerajaan Negeri, kita bermula untuk menyediakan platform yang

kedua kepada pelajar-pelajar kita atau lepasan-lepasan pelajar kita yang lepas

ijazah dan pendidikan tinggi ini, platform yang kedua untuk sesuaikan dengan

Page 28: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

23

pekerjaan yang ada di Terengganu ini khususnya di TATI ke, di TESDEC ke, sebab

banyak yang kita juruskan adalah kepada dalam bidang-bidang petroleum sahaja di

situ. Jadi pasaran kita sudah terhad. Sebagaimana Yang Berhormat kata tadi, tarik

pelabur, sarung getah, tangan apa gitu-gini, dok sesuai di Terengganu, dok secure

dengan pendidikan mereka, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Pelaburan ini ada pelbagai jenis. Ada yang perlukan skill workers.

Biasanya yang kalau di Kerteh tu, di Biopolimer Park tu, dia nak orang yang mahir

dalam bidang-bidang tertentu. Dan begitu juga kalau kita lihat di Eastern Steel

contohnya, dia nak workers tu yang biasa dan jugak ada peringkat teknikal yang

lebih tinggi, jadi kita bekerjasama dengan pihak-pihak institusi pendidikan yang

ada di Terengganu seperti yang di sebut oleh Yang Berhormat sendiri seperti

TESDEC, TATI dan sebagainya untuk membolehkan kita memenuhi keperluan yang

ada di Terengganu ini, peluang-peluang pekerjaan yang mungkin wujud. Saya fikir

itu sahaja untuk ini, sebab ada lagi soalan-soalan yang berkaitan dengan pelaburan

yang saya akan jawab kemudian tentang banyak lagilah tentang pekerjaan dan

sebagainya. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Ladang. Saya

persilakan Yang Berhormat Sura untuk mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Bismillahir

Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kepada

yang di-Pertua, soalan saya pertama -

Berapakah jumlah nilai pelaburan dalam sektor

perindustrian bermula dari Jun 2018 - Jun 2019?

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Terima kasih Sura. Soalan satu tu Yang di-Pertua ialah tentang:

Berapakah jumlah nilai pelaburan dalam sektor perindustrian bermula dari Jun

2018 – Jun 2019?

Jadi jumlah nilai pelaburan dalam sektor industri bermula dari Jun 2018 sehingga

Jun 2019 bermakna setahun ialah RM801,546,578.00. Terima kasih.

Page 29: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

24

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Soalan

tambahan saya yang pertama ialah: Daripada jumlah RM801 juta lebih itu,

berapakah jumlah pelaburan yang datang dari pelabur tempatan ataupun domestik

dan jugak daripada pelabur asing, dan apakah jenis-jenis industri yang melibatkan

pelaburan itu? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Jumlah pelaburan domestik ialah RM320,000,924.00. Pelabur asing pula

dia mari melabur lebih kurang RM480,622,000.00. Peluang pekerja lebih kurang

2,096 orang. Jenis tu macam-macamlah jenis pelaburan itu, kalau saya sebut tadi

kalau di Kerteh itu dia lebih kepada soal biochemical, kalau di sebelah Kemaman

itu oil and gas dan juga steel. Dan ada permohonan yang kita masih lagi

pertimbangkan ialah tentang pelaburan dalam bidang plastik dan copper iaitu

mungkin kita tolak tapi ada permohonan seperti itu dan ada satu lagi berdasarkan

kepada wood base ataupun berunsurkan kayu iaitu di Wakaf Tapai. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Tuan Yang

di-Pertua soalan tambahan saya yang kedua ialah: Saya ingin mendapatkan

maklumat daripada pihak Kerajaan berhubung kait dengan kawasan industri

Batu 7 di Dungun yang mana isu ini telah lama dibangkit dan sehingga hari ini,

saya melihat seolah-olah kawasan itu tidak dibangunkan untuk industri dan juga

untuk memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Terima kasih. Saya sebutkan statusnya dahulu macam mana yang di Batu

7 ini. Batu 7 ini orang tidak berapa nak mari, saya pun tak berapa faham, dulu kita

buat untuk plastik tapi tidak ada orang mari gok. Sekarang ini ada lot yang kita

sediakan 184 lot dan 44% daripadanya 81 lot tidak beroperasi yang 17 lot sahaja

10% yang aktif beroperasi. Dan 86 lot industri 46% belum diberi milik dan tidak

beroperasi. Yang tidak beroperasi sebenarnya lebih kurang 90% maknanya 10%

sahaja yang beroperasi, apa masalah dia, kita pun tidak tahu, ini business dia

orang tidak mahu datang nak buat macam mana kita sediakan apa yang boleh.

Cuma masalah kerana lama tidak mari itu dia ada masalah infra di situ tidak

sempurna jalan masuk, air, api, ada masalah sebab tidak ada permohonan untuk

ke situ, jadi kita tidak memberikan priority untuk itu. Tanah ini telah banyak kali

Page 30: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

25

diberi milik maknanya telah ada title tapi dia tidak mari, tanah tu tanah dia dah,

jadi wallahua’lam, kita duk panggil sokmo mari tapi dia nak pilih lebih kepada

Kerteh, Paka, Kemaman sana tidak sampai ke Dungun. Kita akan cuba lagi

insyaAllah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Ladang. Saya

persilakan Yang Berhormat Wakil Bukit Besi.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Assalamu’alaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan di-Pertua, soalan

saya, soalan nombor satu -

Sila nyatakan jumlah penerima Dana Hari Raya yang telah

dikeluarkan dari senarai penerima yang digunapakai

sebelum 2018 dan apakah kriteria mereka yang telah

digugurkan itu serta berapa ramai pula jika ada yang layak

tetapi tidak menerima bantuan tersebut pada tahun ini?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bismillahir

Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat

Yang di-Pertua, saya mohon untuk jawab sekalilah soalan ADUN Bukit Besi dan

juga Batu Rakit, insyaAllah.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Okey saya

boleh terima, soalan tambahan mungkin boleh tambah sedikit.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Hok tu, atas

Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan yang pertama yang ditanya oleh ADUN

Bukit Besi: Sila nyatakan jumlah penerima Dana Hari Raya yang telah dikeluarkan

dari senarai penerima yang diguna pakai sebelum 2018 dan apakah kriteria mereka

yang telah digugurkan serta berapa ramai pula jika ada yang layak tetapi tidak

menerima bantuan tersebut pada tahun ini? Dan soalan Yang Berhormat Batu

Rakit: Berapakah peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk

Bantuan Dana Raya 2019?

Page 31: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

26

Jumlah penerima Dana Raya pada tahun 2019 adalah 79,085 orang yang

berjumlah RM15,000,817.00. Jadi tidak timbul angka mereka yang digugurkan,

sebab ini bukan penerima wajib jadi kita buka untuk pendaftaran dan mereka

mendaftar dengan syarat-syarat yang kita tetapkan dan senarai tersebut yang kita

beri daripada mereka yang layak. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Soalan saya yang

pertama, ialah pada pandangan kita pada peringkat bawah ini memang rasa

tercicirlah. Jadi saya nak tanya pihak Kerajaan: Apakah kaedah yang terbaik

ataupun mekanisma-mekanisma yang boleh digunapakai untuk masa yang akan

datang dalam menangani masalah ini bagi memastikan mereka yang layak sebab

kita di peringkat kampung ini ialah rungutan masih terdengar tentang bantuan

dana ini. Jadi apakah mekanisma yang boleh pihak kerajaan buat agar tidak tercicir

untuk masa-masa yang akan datang? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, Dana Raya ini bukan penyelesai masalah, bukan dia

ada masalah kita pun nak selesai kita beri dana raya. Ini hanya sebagai apa yang

dipanggil ehsan Kerajaan sempena menghadapi hari raya. Kalau mereka

merupakan daripada golongan miskin mereka boleh mendaftar e-Kasih dan

sebagainya ataupun Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk kita beri secara tetap

bulanan dan sebagainya, jadi saya rasa tidak berbangkit isu itulah. Cuma

mekanisma yang kita gunakan pada tahun ini, sebelum daripada ini syarat yang

mereka beri kepada dana raya ini berdasarkan kepada pendapatan KIR (Ketua Isi

Rumah) yang tidak melebihi RM2,500 sebulan. Jadi tahun ini kita mengguna pakai

apa yang garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat selaras iaitu KIR

tidak melebihi RM1,100 sebulan. Jadi bagi KIR pendapatan yang kurang RM1,500

di bandar ataupun RM1,000 di luar bandar dia boleh berdaftar dengan e-Kasih

dan kita ada group focus di daerah-daerah akan merancang untuk menyelesaikan

masalah-masalah kemiskinan yang berbangkit dan kita tengok data-data, saya

ucap terima kasihlah Kerajaan dulu kerana berjaya mengurangkan kadar

kemiskinan yang banyak di Terengganu ini, miskin tegar kata 35 orang saja. Jadi,

kita beri ini pun RM78,000 dah, RM79,000. Jadi, saya rasa benda ini boleh

dikurang, dikurang, dikurang demi tahun demi tahun dan kita rasa sebagaimana

hasrat Kerajaan Negerilah kita “takmboh bagi ikan lagi doh, kita beri kail untuk

mereka cari ikan esok”. Terima kasih.

Page 32: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

27

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Soalan

tambahan saya, cara EXCO kabor tu berasa dok berapa jijok sikit, dok berapa

nyangkut sikit sebab di kalangan rakyat memang rasa tidak puas hati kerana EXCO

kata ini bukan jalan penyelesaian masalah. Memang kita akui, tetapi ini sebagai

bantuan kepada rakyat. Jadi, kita tengok di bawah baru-baru ini memang rakyat

tidak puas hati. Jadi, tindakan kita juga terkebelakanglah kerana kita buat secara

manual dan ….

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang

Berhormat, dia tidak puas hati nape tu, cer kabor?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Dia rasa

dia layak, tetapi tidak dapat kerana peruntukan yang diberi hanya RM500,000 atau

setengah juta 1 DUN dan sama banyak setiap DUN. Adakah orang di bandar

dengan orang di kampung yang RM1,100 ke bawah ini sama ramai setiap DUN,

sudah tentu tidak sama ramai dan kenapa tidak secara online? Haa, dua soalan

situ, sila jawablah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Macam sesi

Q&A pulak dah. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya sebut tadi dah. Ini bukan

sebagai penyelesai masalah. Ini macam duit raya, macam kita pergi rumah orang

memanglah kadang-kadang orang …..

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (WAKIL BATU RAKIT): Betul

dah duit raya tapi dia rasa dia layak, dia naklah …..

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Satu per satu Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Tapi

ramai yang tercicir ni.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Kalau kita gi,

tuan rumah ni, dia beri RM5, hok ni RM2.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):

Maknanya, sekampung hak dalam 60 orang …..

Page 33: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

28

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Atas tuan

rumah tu, jangan ....

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Hok dulu,

100 lebih setiap kampung. Jadi, ramai yang tertinggal.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Kalau dia nok

beri duit raya banyak, dia pergi rumah Yang Berhormat Batu Rakit. Kalau dia pergi

rumah orang kampung RM0.50, RM1.00.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Dia bukan

soal duit raya, dia rasa dia layak. Jangan main wak lari gitu, jawablah soalan tu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Doh, saya

kabor doh syarat kelayakan …..

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Bakpe,

kalau online, automatik semua orang boleh buat, ini bila bagi borang …..

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Ya.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Bila bagi

borang, dipilih-pilih. Rase nak beri, beri. Berase takmboh beri, dok beri.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Siapa pulok

kata dok pakai online? Semua online belaka. Kita tolong orang hok dok pandai

masuk online tu, jabat tolong masuk online.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Dok, jelas

dulu sebab apa tidak guna online macam biasa, sekarang bagi borang?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bakpe dok

online, online lah tu. Laa ila ha illallah Yang Berhormat .....

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Ini, saya

dapat info daripada orang kampung.

Page 34: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

29

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Salah infolah

tu. Yang Berhormat dok teliti molek.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Cer cerita,

cerita kaedah dia tu lagu mana, ceritalah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dia isi boring

…..

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, biar se-se. Biar teratur

sikit. Tanya, lepas tu, jawab. Dang simbung, payoh.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dok dang

jawab, marah.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Sebab dia

cara tu dok jawab soalan, jawab dulu soalan. Dia bahang kita dulu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhomat kena sabar, Yang Berhomat

kena sabar. Lepas itu, celah balik.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dok dang

nak jawab lagi.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Sebab

dok puas hati ni.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Dok puas

hati, duduklah dulu, biar giliran aku jawab dulu.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Sebab dia

duk haruk ke Wakil Rakyat sebenarnya.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Laa ila ha

illallah. Doh nok pitih banyok, memang doh kena gi rumah Wakil Rakyat. Saboh sungguh.

Page 35: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

30

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, okey, sila. Bertenang, bertenang.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Okey Yang

Berhormat. Lama dah dok panas Dewan ini, sedap juga sekali sekala. ...(Sambil

gelak).... Jadi, sebenarnya sebagaimana kita maklum, sama jer. Kita menggunakan

apa orang panggil, sistem yang sama. Cuma, orang panggil ada kampung-

kampung, tempat-tempat dokleh nok isi, dok pandai nak isi borang online. Jadi, dia

mari isi jabat. Dia key-in, masuk online belaka dan pejabat yang keluarkan …..

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):

….[Bangun untuk mencelah] ….

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Biar dia beri penjelasan dulu, biar selesai

dulu, selesai dulu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bayaran

tersebut berdasarkan orang panggil data yang diperolehi di peringkat Kerajaan

Negerilah, berpusat. Sistem i-DANA kita pakai sama jer. Sistem i-DANA, nama dok

tukar lagi, takut orang lama berasa hati.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, sila Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Err …..

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Nanti dulu,

dok habis lagi, baru soalan hok bobok tu, nanti nak terang …..

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, perhabis dulu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jadi, saya

sebut dah tadi kriteria, syarat dia…

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Perhabis dulu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Berdasarkan

KIR, RM1,100. RM1,100 ini bukan Kerajaan Negeri buat, Kerajaan Pusat buat. Jadi,

Page 36: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

31

kita selaras jerlah. Jadi, pendapatan yang lebih daripada itu, tidak layak walaupun

dia guling bating kata layak pun.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Dia, tahap

ini atas Kerajaan Negeri masing-masing nak buat, kalau kita nak buat RM2,500 pun

boleh, tidak ada masalah, jangan kata Kerajaan Pusat tetap.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Doh,

Kerajaan Negeri sekarang ambil keputusan buat keluar yang ini.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Doh, dok

apalah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Takdok

masalah.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Tak

apalah, dia ambil keputusan RM1,100.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yalah, betul.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Tapi,

ramai lagi di antara RM1,100 ini tercicir dan yang tercicir ini tidak puas hati. Apa

tindakan Kerajaan, buka balik ke, lagu mana ke, dan dari segi peruntukan saya

kata tadi sama jer RM500 setiap DUN, tidak munasabah, takkan sama ramai jer

setiap DUN.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jangan kata

dok munasabah, orang bandar ini ada miskin juga dipanggil miskin bandar. Rakyat

pun ramai lagi.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Saya

faham tetapi, kalau kita check betul-betul, tidak sama.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Duduklah.

Banyak dah soalan tu Yang Berhormat, saya beri 10 dah tu.

Page 37: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

32

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Benda

yang sama, soalan yang sama, tetapi EXCO tidak menjawab soalan.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Apa dok

jawab soalannya, jawablah tu.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Duduk

nak bahang orang, jawab dulu soalan tu.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jangan

banyak soal, nok jawab.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Yang

Berhormat, saya yang jadi banyak soal sebab EXCO tidak menjawab soalan.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Laa ila ha

illallah. Orang jawab belaka dah ni. Duduklah. ....(Dewan ketawa)....

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Jawab

hok dok tanya.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): ...(Gelak)....

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Bahang

rambang.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, Yang Berhormat,

bertenang, bertenang.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Saya jawab

hok ditanyalah ni. Buat apa jawab hok dok tanya.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya terpaksa gunakan Peraturan .....

Page 38: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

33

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Dia nak

suruh panas Dewan, jadi panaslah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Nanti dulu, nanti dulu. Saya nak jelaskan

Peraturan. Peraturan Dewan Perkara 26: Soalan-soalan tidak boleh dijadikan helah

bagi satu perbahasan. Jadi, jangan panjang sangat. Ambil hak asas jer dulu. Hok

dok puas hati tu, bukan semesti di dalam Dewan, kita selesai di luar.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit) Sekarang

ini, Yang Berhormat Speaker, EXCO yang buat helah, saya tidak buat helah.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang

Berhormat antara kategori, bila soalan tu jadi hok Dewan, kita pihak Kerajaan

jawablah ni.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Yalah

jawab, tapi cara jawab tu helah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Takpe Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Helah guaner

pulok? Astaghfirullah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dia zaman masing-masing.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Yang

Berhormat Speaker tuduh saya helah, EXCO hok helah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya kata siapa dia, saya sebut umum tadi.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Okey, okey.

Nanti Yang Berhormat.

Page 39: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

34

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Peraturan Dewan, Peraturan Dewan, itu

maksud saya dalam soalan jangan jadikan perbahasan.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, saya nak sebut kategori dia. Jadi, antara penerima yang

boleh dana baru ini antaranya ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga

emas, penerima yang belum berkahwin dan berumur 41 tahun ke atas. Jadi, kita

rasa ini golongan penerima berpendapatan rendah dan penerima berkeluarga. Jadi,

ini kategori-kategori yang kita beri. Keutamaan biasa OKU apa sebagai warga emas

itu pun mereka-mereka yang tidak mendapat apa orang panggil bantuan-bantuan

lainlah dan boleh membuktikan bahawa pendapatan dia, KIR dia tidak melebihi

RM1,100 sebulan. Terima kasih Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli

Yang Berhormat, oleh kerana kena kita panas sekejap, kita sejuk balik. Jadi, saya

tangguhkan sementara Dewan ini dan kita sambung semula pukul 11.00 pagi.

Page 40: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

35

PUKUL 11.10 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Assalamu’alaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat

sekalian. Mesyuarat disambung semula dan sebagaimana yang saya janjikan,

Dewan masih lagi dalam sesi Soalan-soalan Lisan. Sebelum pada itu, saya ingin

hendak mengingatkan kepada Yang Berhormat bagi menjaga kemuliaan Dewan

supaya apabila ada soalan-soalan yang berbangkit yang melibatkan perbahasan

untuk kita merujuk kepada Peraturan Dewan, Perkara 47(A) iaitu “Seseorang Ahli

Yang Berhormat yang berucap boleh diganggu oleh Ahli Yang Berhormat yang lain

dengan syarat Ahli Yang Berhormat yang sedang berucap sanggup beralah dan

duduk sementara ADUN yang hendak berucap akan dipanggil oleh Yang di-Pertua

Dewan”. Ini sebagai hendak menjaga ketertiban Dewan. Ini penting supaya

dalam Dewan kita, kalau kita bersemangat, bersungguh macam mana sekalipun,

Peraturan Dewan jangan kita tinggalkan.

Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya saya ingin mempersilakan Yang

Berhormat Wakil Buluh Gading untuk mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat

Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, nombor satu –

Berapakah jumlah penerima bantuan pinjaman melalui

Tabung Usahawan (TUGAS) yang telah diluluskan sehingga

Jun 2019 dan berapakah jumlah keseluruhan?

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala

wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan

EXCO seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang hadirin-hadirat yang

dirahmati Allah sekalian. Soalan daripada Yang Berhormat Buluh Gading berbunyi:

Berapakah jumlah penerima bantuan pinjaman melalui Tabung Usahawan (TUGAS)

yang telah diluluskan sehingga Jun 2019 dan berapakah jumlah keseluruhan?

Page 41: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

36

Alhamdulillah, TUGAS ataupun Tabung Usahawan Sejahtera telah menerima

sambutan baik daripada usahawan-usahawan dan menjawab persoalan yang

ditanya, berapakah yang telah diluluskan ialah berjumlah RM4,486,939.20 yang

melibatkan seramai 528 usahawan dan peniaga kecil. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Sehingga

kini, berapakah jumlah permohonan yang telah diterima oleh pihak YPU dan

berapakah anggaran jumlah pembiayaan yang akan diluluskan dalam masa

terdekat ini. Dan di waktu yang sama, sejauh manakah pemantauan yang dibuat

oleh pihak Kerajaan khususnya YPU bagi memastikan pembiayaan yang diluluskan

ini benar-benar dimanfaatkan oleh usahawan kita dan bagi memastikan kejayaan

dalam bidang keusahawanan yang mereka cuba? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading. Tuan Yang di-Pertua,

jumlah permohonan yang diterima untuk permohonan dalam tabung TUGAS

melalui YPU, kita telah menerima permohonan sebanyak 642 dan dalam masa

terdekat ini, insyaAllah 80 kita sedang dalam peringkat akhir untuk kita luluskan

dan berdasarkan kepada jumlah permohonan itu, anggaran yang kita jangkakan

akan dikeluarkan lagi adalah berjumlah lebih kurang RM1.2 juta. Berkenaan

dengan soalan seterusnya, berkenaan untuk memastikan usahawan-usahawan kita

berjaya, ini kita di peringkat YPU mempunyai kaedah-kaedah yang tersendirilah

antaranya kita menjalinkan hubungan baik dengan peminjam-peminjam tersebut

dan memastikan peminjam-peminjam menggunakan pinjaman yang mereka dapat

itu bersesuaian ataupun bertepatan dengan hasrat sebenar.

Yang keduanya, pihak YPU sendiri sentiasa memantau mereka ini dan meminta

laporan-laporan yang berkaitan. Dan yang seterusnya, untuk usahawan-

usahawan, kita menggalakkan mereka ini mengikuti kursus-kursus bukan sekadar

apabila mereka usahawan ini buat kerja semata-mata untuk mengeluarkan produk-

produk mereka, mereka perlu hadir ataupun masuk ke dalam program-program

yang kita anjurkan khususnya YPU dan begitu juga ada agensi-agensi kita dibawah

PEUTER yang banyak membantu usahawan ini, jadi kita menggalakkan mereka

untuk sama-sama mengikuti kursus itu untuk menambahkan pengetahuan dalam

dia hendak merancang urusan perniagaan dia. Wallahua’lam.

Page 42: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

37

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua: Tadi dalam

jawapan Yang Berhormat EXCO kepada soalan asal saya, ada menyebut jumlah

penerima bantuan pinjaman TUGAS yang diluluskan sehingga Jun 2019 seramai

528 usahawan dan peniaga kecil. Daripada jumlah ini, ada tidak di kalangan OKU,

Orang Kelainan Upaya yang berjaya menerima wang pinjaman ini dan kalau ada

berapa jumlah mereka dan biasanya bidang apa penglibatan mereka dalam

keusahawanan ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Tuan Yang di-Pertua, ya, alhamdulillah, dalam TUGAS kita telah

memperincikan lagi kepada tabung-tabung dan salah satu dari tabungnya kita

namakan Tabung D-Hati (Dana Prihatin Terengganu) yang khusus untuk Orang

Kelainan Upaya. Sejak ianya dilancarkan, alhamdulillah kita ada menerima dan kita

telah meluluskan 100% tetapi jumlahnya iaitu 2 orang. Dalam Dewan yang mulia

ini, saya ingin menarik perhatian supaya golongan OKU ini mengambil kesempatan

atas tawaran Kerajaan ini untuk membantu mereka melicinkan lagi perniagaan

atau pun bidang keusahawanan yang mereka ceburi. Jadi sekarang hari ini hanya

dua lah yang kita menerima dan alhamdulilllah kedua-duanya kita lulus. Dalam

bidang apa yang mereka ceburi kedua-dua ini adalah dalam bidang pembuatan

batik dan satu laginya urut. Apa ni, urut tradisional. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya saya menjemput Yang

Berhormat Wakil Manir.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Assalamu’alaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua soalan saya nombor

satu -

Apakah peranan yang dimainkan oleh Pusat Pembangunan

Sumber Manusia Negeri Terengganu (THRDC) dalam

pengurusan sumber tenaga manusia?

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB.RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Yang

Berhormat, seterusnya sidang hadirin sekalian. Terima kasih kepada Y.B. Manir

Page 43: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

38

yang bertanya berkenaan dengan soalan nombor satu yang berbunyi: Apakah

peranan yang dimainkan oleh Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri

Terengganu (THRDC) dalam pengurusan sumber tenaga manusia?

Peranan yang dimainkan oleh Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri

Terengganu iaitu dengan nama (THRDC) adalah bagi menjadikan platform

penyelarasan dan perundingan yang lebih efektif ke arah mencapai hala tuju serta

pelaksanaan program dan aktiviti sumber manusia negeri meliputi peluang

pekerjaan, mengurangkan kadar pengangguran negeri. Begitu juga bagi membantu

Kerajaan Negeri untuk membentuk kaedah dan pendekatan yang lebih holistik

dalam pembangunan sumber manusia negeri pada masa hadapan.

THRDC akan menjadi badan yang membantu mengumpulkan maklumat bagi usaha

pelaksanaan, pemantauan dan penilaian pencapaian prestasi Program

Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Juga ianya mengenal pasti

sumber bagi mengoptimumkan tenaga kerja dalam peluang pekerjaan terutama

pada para belia lepasan sekolah.

Dan yang akhirnya adalah iaitu mengenal pasti tenaga kerja bersesuaian dengan

kemahiran dan kehendak pasaran sepertimana persoalan yang ditimbulkan oleh

Wakil Telemong tadi berkenaan dengan THRDC. Itulah secara keseluruhan fungsi

dan tugas THRDC. Sekian terima kasih.

Page 44: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

39

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang

di-Pertua, soalan tambahan saya ialah apakah beza Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia yang ada di bawah SUK dan THRDC ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Tuan Yang Di-Pertua, perbezaannya jelas sekali iaitu THRDC memberi

fokus yang lebih holistik untuk menangani isu pengangguran seperti kenal pasti

punca pengangguran, mengurangkan kadar pengangguran dan kenal pasti

langkah-langkah yang mengimbangi kadar-kadar pengangguran untuk pada rakyat

keseluruhan. Apa yang pada bahagian yang di bawah Sumber Manusia di bawah

SUK, lebih fokus kepada kepentingan kebajikan kakitangan Kerajaan, GLC semata-

mata. Jadi kita ada dua saling lengkap-melengkapilah untuk sumber manusia

di negeri ini. InsyaAllah. Wallahu’alam.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang

di-Pertua Dewan, kalau mengikut pembentangan dan kefahaman kita tentang

THRDC ini, ianya baru ditubuhkan. Jadi bagaimana sebenarnya pihak Kerajaan

sebelum ini menguruskan sumber manusia di peringkat negeri sebelum ini? Terima

kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB.RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada Y.B. Manir. Itulah

persoalan kita apabila kita diberi tanggungjawab untuk melaksanakan khususnya

saya untuk melaksanakan sumber manusia, kita sentiasa sepertimana cadangan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya looking forward lah untuk melihat ke

depan apa yang kita boleh menambah baikkan lagi sektor-sektor ataupun portfolio

yang kita hadapi. Cuma untuk pengetahuanlah saya tidak dapat menjawab secara

spesifik bagaimana Kerajaan atau pun orang terdahulu melaksanakan sumber

manusia ini, pengurusan sumber manusia, cuma sekadar makluman ketika saya

diberi tanggungjawab ini diambil alih tanggungjawab ini antara fail yang saya

dapat adalah fail Sumber Manusia. Tetapi bila saya buka fail itu terus nampak kulit

belakang, jadi tak ada apa-apa walaupun sehelai kertas di belakangnya

menyebabkan situlah kita memulakan, menggarapkan langkah kita untuk

bagaimana menyusun strategi untuk memastikan portfolio ini berjalan dengan

lancar.

Page 45: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

40

Alhamdulillah lebih kurang hampir setahun kita dapat melahirkan THRDC ini untuk

memastikan portfolio ini ditangani dengan baik dan insyaAllah akan menjadi pusat

data kepada Kerajaan Negeri berkenaan dengan sumber manusia negeri ini.

Wallahu’alam.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Saya persilakan Yang

Berhormat Wakil Kuala Besut.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala

Besut): Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, soalan saya nombor satu -

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB.RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Tuan Yang Di-Pertua …..

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala

Besut): Tuan Yang Di-Pertua, silap silap. Soalan saya nombor dua –

Berapakah jumlah hasil pelaburan yang dibawa oleh Pihak

Kerajaan Negeri, hasil lawatan pihak Kerajaan Negeri

keluar negara pada Mei 2018 hingga Mei 2019?

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB.RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Nombor dua? Haa .... Okey, ingatkan hatrik tadi.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada Kuala Besut

yang bertanya tentang: Berapakah jumlah hasil pelaburan yang dibawa oleh Pihak

Kerajaan Negeri, hasil lawatan pihak Kerajaan Negeri keluar negara pada Mei 2018

hingga Mei 2019?

Jumlah pelaburan yang kita terima, diperoleh kita Negeri Terengganu daripada Jun

2018 sehingga Mei berjumlah RM801,546,578.00. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Jawapan ni berulang dah Yang

Berhormat.

Page 46: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

41

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Takpelah dia nak tahu kita jawab jer.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala

Besut): Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya

yang pertama: Saya tertarik akan kandungan Bajet yang diumumkan yang

dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada November tahun lalu

iaitu berkenaan Terengganu Silicon Valley yang mana pelaburan yang dijangkakan

di Taman Industri Silika Valley ini yang seluas hampir 4,000 hektar dan jumlah

pelaburan yang dijangka bernilai RM13 bilion yang mana juga memberi peluang

pekerjaan hampir 7,600 orang pekerja di Taman Industri itu. Jadi boleh tak pihak

Kerajaan sampaikan status terkini kepada Dewan untuk kita rakyat mengetahui

status terkini tentang pelaburan yang dijangkakan di TSV tersebut? Terima kasih

Tuan Yang di Pertua.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, sebahagian daripada

jawapan tadi dah disampaikan cuma mungkin ada benda baru yang Yang

Berhormat Ladang nak tambah kot.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Ya, terima kasih. Tentang TSV ini sebenarnya kita dah jawab pada sesi

yang lepas. Sebagai refresh balik apa yang berlaku, TSV ini ataupun Terengganu

Silicon Valley ini letaknya di Jambu Bongkok, luasnya lebih kurang 4,000 hektar.

Statusnya sekarang ini kita sudah baru menerima laporan kajian ataupun yang

kajian tentang TSV oleh consultant, kita baru terima dan kita ada milestone kita

untuk melaksanakan TSV tadi. Memang kita anggarkan pelaburan yang pelabur

yang akan datang tu besar dan peluang pekerjaan juga besar cuma dia ambil masa

yang panjang untuk tujuan ini. Contoh, kita dah ada kawasan kemudian salah satu

komponen besar dalam Industri Silika ini ialah selain daripada silika ialah gas. Gas,

PETRONAS telah memberi persetujuan dasar untuk membina paip gas daripada

Santong hingga ke TSV dan gas ini cuma boleh sampai ke TSV ini pada tahun

2023.

Cuma kita sedang rancak mencari pelabur kerana pelabur mempunyai perlu masa

yang panjang untuk menubuhkan kilang-kilang di situ maksudnya bukan kita

datang hari ini, tahun depan dia terus bina tidak, macam yang saya sebut tadi

Taiwan Glass memerlukan masa tiga tahun kata dia untuk membina dan Taiwan

Glass contohnya dia nak bina tu kilang berkenaan dengan pakaian silika, baju

Page 47: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

42

silika, seluar silika, dia kata sebab glass-glass ini dah penuh dah dalam market

dunia ni kita nak beralih kepada itu tapi dia perlu masa untuk mengkaji dan melihat

kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk datang ke TSV ini.

Jadi, kesimpulannya memang kita ada dapat menerima banyak pertanyaan tentang

silika ini, tentang TSV tapi yang lebih ramai lagi yang bertanya adakah kita boleh

bawa pasir keluar, itu yang ramai orang bertanya. Ambil pasir tu buat keluar

daripada Negeri Terengganu, pasir silika maksud saya. Setakat ini kita tak

benarkan pasir-pasir ini dibawa keluar kecuali kepada mereka yang telah

dilesenkan sebelum daripada ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala

Besut): Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, kita di Besut kawasan yang tapak yang

digazzettkan sebagai kawasan perindustrian iaitu di Kawasan Perindustrian

Kampung Gong Medang, jadi kita nak tahu jugalah perancangan usaha pihak

Kerajaan Negeri khususnya untuk merancakkan lagi di kawasan perindustrian di

kawasan Gong Medang itu, nak tambah infra ke nak bawa mari pelabur-pelabur ke,

khususnya untuk kita di Besut? Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ini soalan lain dah Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala

Besut): Dia sabit dengan pelaburan itu juga Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Sabit belaka kalau nak sabit sebenarnya. Gong Medang tu dia jauh sikit

dari port daripada Kemaman, jadi orang tak berapa nak mari juga ke Besut ni, tak

tahu. Besut, kita memang sentiasa menambahbaik keadaan Taman Industri situ,

tapi akhirnya pelabur yang akan membuat keputusan nak mari ke tak, kita

memang mencari pelabur, apa jenis pelabur yang nak datang mari, sehingga ada

pelabur yang nak datang ke Terengganu ini, nak extract gula daripada pokok, nak

ambik gula daripada pokok Akasia dan gula itu saya dah rasa manis tapi dia baik

untuk kencing manis, orang yang hidap kencing manis tapi dia akan diproses lagi

menjadi barang medical, itupun ada orang datang bertanya kita sedang menilai

semuanya ini tapi bukan Gong Medang tapi di sebelah Kemaman, Paka, di Gong

Medang ini mungkin kita kena ajak juga Yang Berhormat Kuala Besut melawat-

Page 48: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

43

melawat ke luar negara untuk sesama cuba menarik pelabur mari ke Gong Medang

la khususnya. Sebab setakat ini tak berapa berjaya lagi kita mari panggil. Okey

terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih. Saya jemput Yang

Berhormat Rantau Abang.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Guaner nak

bawak Kuala Besut semacam.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Kebetulan baik dengan dia nok buat guaner.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat Rantau Abang.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Okey, Yang

Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu -

Berapakah jumlah lot tapak rumah permohonan ‘terkilan’

yang telah berjaya diselesaikan sehingga Mei 2019 di setiap

Daerah?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang

di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat

Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, Pemerhati

sekalian, kekanda saya daripada Rantau Abang ingin tahu berapakah jumlah ‘Lot

Tapak Rumah Permohonan Terkilan’ yang telah berjaya diselesaikan sehingga Mei

2019 di setiap daerah.

Untuk makluman Yang Berhormat Rantau Abang dan tuan-tuan dan puan-puan

sekalian, jumlah ‘Permohonan Lot Tapak Rumah Yang Terkilan’. Yang ‘terkilan’ ini

mungkin ada Ahli Dewan yang tak faham apa yang ‘terkilan’ ini. Yang ‘terkilan’

ialah pemohon-pemohon yang telah kita luluskan pada tahun 1999 hingga 2004

ada yang telah diambil balik oleh Kerajaan selepas Pilihan Raya 2004. Semuanya

ada sehingga Mei 2019 terdapat sejumlah 2,934 permohonan yang telah diluluskan

ataupun yang diproses dan diluluskan. Pecahan mengikut Daerah adalah seperti

berikut: Daerah Kuala Terengganu sebanyak 40 lot, Daerah Kemaman 588 lot,

Daerah Dungun 10, ini mungkin yang ADUN Rantau Abang tanya ni, Dungun 10

Page 49: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

44

sahaja lambat. Besut 841, Hulu Terengganu 83, Marang 218, Setiu 1,154, Kuala

Nerus - 0, buat masa inilah yang telah diluluskan jadi jumlahnya 2,934 lot. Terima

kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Soalan

tambahan saya yang pertama: Pertama, saya mengucapkan banyak terima kasih

kepada Kerajaan baru kerana peka kepada rakyat yang sebelum ini diberi

permohonan tapak rumah tetapi disebabkan oleh perubahan semasa disebabkan

tanah mereka ditarik balik dan alhamdullilah dengan Kerajaan baru ini mengambil

langkah supaya membela balik orang-orang yang tidak mendapat pembelaan. Dan

soalan saya yang pertama ialah daripada 2,934 permohonan yang telah

dikeluarkan yang telah diluluskan, saya kira akan diberi Borang 5A untuk mereka

melunaskan premium kepada tanah yang diberi milik ini. Berapakah pemohon yang

berjaya melunaskan bayaran premium? Sebab rata-rata masyarakat bukan

berpendapatan sama rata, ada yang susah, jadi kita nak tahulah daripada 2,934

yang telah diambil oleh tindakan Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk meluluskan

ini dan akan diberi borang 5A dan daripada jumlah ini berapa yang telah ataupun

yang mampu menjelaskan premium ini?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima

kasih Wakil Rantau Abang, soalan yang dikemukakan ialah ingin mengetahui

berapa pula yang telah selesai membayar. Kita sebenarnya memberi tempoh,

dalam tempoh 3 tahun untuk menyelesaikan bayaran ini dan setakat ini untuk

dapatkan maklumat itu kita perlu notislah berapa yang sebenarnya daripada 2,900

lebih tadi, 2,934 yang benar-benar telah selesai bayaran. Tempoh kita beri belum

tamat lagi, jadi insyaAllah kita boleh bagi notis tentang perkara itu.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang di-Pertua

Dewan, soalan seterusnya ialah adakah Kerajaan bercadang melanjutkan tempoh

bayaran bagi yang tidak mampu ini?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Ada

pembetulan sikit tadi. Saya jawab yang ini dulu. Bagi yang tidak mampu ataupun

golongan yang berpendapatan rendah khususnya yang berpendapatan kurang

rendah RM1,750.00 sebulan, kita beri tempoh 3 tahun bayar secara ansuran. Inilah

antara satu usaha kita untuk bagi meringankan beban pada mereka yang

Page 50: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

45

berpendapatan kurang daripada RM1,750.00 tempoh bayaran secara ansuran

dalam tempoh 3 tahun. Tapi yang mampu tadi sebenarnya 3 bulan, dia kena

selesaikan dalam masa 3 bulan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

Berhormat Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, sila.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Terima Kasih

Yang Berhormat Yang di-pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan. Satu,

masalah istilah atau penggunaan terkilan itu sendiri. Di bawah seksyen berapa

dalam Kanun Tanah Negara? Yang kedua, sebenarnya setiap permohonan

hendaklah diisi dengan Jadual 1 dan kita dapati tidak ada permohonan di Jadual 1

di Pejabat-pejabat Tanah. Jadi kalau permohonan ditolak apa yang boleh dilakukan

ialah buat rayuan. Istilah sendiri tak betul dah. Saya harap Datuk Tengku Hassan

sebagai PTG boleh perbetulkan dalam permohonan ini kerana tidak ada Jadual 1.

Di Pejabat Tanah macam-macam sebut ada RM40,00.00 ada RM30,000.00. Kerana

ketika itu saya melihat bahawa pengagihan dibuat oleh pihak-pihak tertentu tanpa

merujuk pihak Pejabat Tanah. Saya nak betulkan ini kadangkala gambaran yang

dibuat seolah-olah Kerajaan Negeri dahulu zalim, rampas tanah dan sebagainya.

Soal rampasan tanah tidak timbul. Saya harap perbetulkan istilah ini dan

sebagainya kerana tak pernah dikeluarkan borang yang telah diisi Jadual 1 Pejabat

Tanah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Boleh

dapatkan pengesahan di Pejabat-pejabat Tanah, D.O-D.O Pejabat Tanah tidak ada

Jadual 1 dikeluarkan. Cuma ada satu kawasan tu ada kata 1,000 ada 500 sebab

itulah saya mintalah perkara itu diperbetulkan Dato’ Tengku Hassan dengan PTG

kalau ada Jadual 1 di Pejabat Tanah saya minta lepas ini, keluarkan kenyataan

secara bertulis iaitu Pejabat Tanah Kemaman contohnya ada 20,000 permohonan

atau 5,000 permohonan yang telah ditolak atau sebagainya.

Page 51: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

46

Begitu juga dengan Jadual 5A, bila turun Jadual 5A dia ada 4 perkara yang perlu

diselesaikan. Pertama, harga tanah, upah ukur, cukai tahun pertama dan pasang

batu. Walaupun Jadual 5A telah dikeluarkan tidak lazim jadi hak rakyat lagi

walaupun telah dibayar. Selepas dibayar tercatat geran atas nama pemohon

barulah boleh dianggap. Sebab itu Kerajaan boleh batal bila-bila masa kepada tuan

tanah. Saya harap perkara ini diperbetulkan dari segi kenyataan-kenyataan dari

semasa ke semasa. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima

kasih Kijal. Sebenarnya istilah terkilan ini, kerana kita hendak menganugerahkan

semula kepada mereka antaranya yang telah dikeluarkan Jadual 5A dahulu.

Memang hak Kerajaan sebelum dapat geran memang belum hak pemilik lagi. Tapi

oleh kerana keprihatinan kita, kerana mereka dalam proses untuk mendapatkan

hak milik pada ketika itu, selesai Jadual 5A, mereka rasa terkilanlah sebab tunggu-

tunggu tidak dapat. Itu satulah. Yang kedua, sudah ada MS, beri tempoh 3 tahun

MS, tiba-tiba sudah buat sebahagian dari rumah dia dan dibatalkan MS itu.

Memang hak Kerajaan nak batalkan, kita tahu. Tetapi itulah rasa terkilan sebab dia

rasa tidak puas hati. So, Kerajaan yang prihatin ni beri semula. Tidak ada salah apa

Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, kita hentikan perbahasan ini.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Masalahnya

sebut yang 4,000 lebih. Jadi kita minta supaya .....

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Memang

betul yang terkilan senarai bilangan yang mohon, 5,186 tapi setakat ini kita dapat

selesai 2,934. Ada lagi yang belum itu, dalam tempoh kita sehingga .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, okey.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Sehingga

29 Ogos dan 29 Oktober 2019.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kerajaan dah jawab tadi. Saya hendak kita

berhenti dulu setakat tu sahaja.

Page 52: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

47

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Tak, Yang

di-Pertua, saya minta penjelasan sebab itu saya suka untuk rujuk kepada Tengku

Hassan sebab dia Pegawai PTG. Saya pun kerja di Pejabat Tanah, jadi saya tahu

peraturan undang-undang. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tak apa. Tak apa.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Jadi saya nak kena jawab ke guaner?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya rasa semua orang tahu perkara ini.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (WAKIL

LADANG): Kita bincang kat luar kekgilah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya jemput Wakil Pengkalan Berangan.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan):

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua soalan

nombor satu -

Berapakah jumlah pemain industri di dalam Kawasan

Perindustrian Wakaf Tapai?

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan

daripada Wakil Pengkalan Berangan. Soalan mudah, dia tanya: Berapakah jumlah

pemain industri (industry player) bukan pemain bola ni, pemain industri dalam

Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai? Merujuk apa yang ada sekarang ini, dan di

sana setakat ini ada 24 pemain industri dalam Kawasan Industri Wakaf Tapai

sekarang ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Terima

kasih kepada Yang Berhormat Ladang, di atas jawapan yang diberikan. Soalan

tambahan saya yang pertama: Daripada 24 pemain industri ataupun Industry

Player yang terdapat di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai, berapakah jumlah

peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan?

Page 53: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

48

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Tuan Yang di-Pertua, peluang pekerjaan yang ada itu, kita tidak ada

bilangan tepat. Cuma saya ada lebih penting kepada apa yang hendak dibuat lagi

di situ untuk tambah apa yang ada. Kita mempunyai perancangan segera, untuk

mewujudkan lebih kurang 1,000 hingga 1,500 lagi pekerjaan di sana melalui

pewujudan tambahan kepada Wakaf Tapai Industrial Park itu tadi. Kita ada satu

lagi cadangan segera iaitu kita namakan Wakaf Tapai Inovation Park, yang insya

Allah akan menempatkan lebih kurang 10 pemain industri baru yang dianggarkan

pelaburannya lebih kurang, daripada RM150 juta yang melibatkan 10 lot. Dan

pelaburan ini, masih berasaskan kepada perkayuan, pengurusan tanah,

pengurusan sisa dan penggunaan pengurusan sisa dan teknologi hijau.

Kita kali ini kita buat bersama dengan Dewan Perniagaan Melayu, Dewan

Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India. Kita gabungkan sekali dengan

kerjasama mereka, mereka akan keluarkan modal asas untuk membina kawasan

baru yang termasuk pembinaan sebuah jambatan untuk ke tanah itu. Dan

insyaAllah perancangan berjalan dengan baik dan mudah-mudahan awal tahun

hadapan kita akan mula melihat ada industri yang dibina di situ. Dan pemain ini

setakat ini datang dari luar negara dan daripada tempatan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya sila.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Terima

Kasih di atas penjelasan yang telah diberikan dan kita doakan supaya hasrat dan

cita-cita pihak Kerajaan untuk membangunkan Wakaf Tapai sebagai sebuah

kawasan industri dapat dilaksanakan. Soalan tambahan saya yang kedua ialah

berkenaan dengan: Kita dapati dalam maklumat yang ada daftar 2016 menyatakan

Negeri Terengganu mempunyai 25 kawasan perindustrian dan mempunyai

keluasan sebanyak 4419.41 hektar. Daripada jumlah tersebut sebanyak 410.04

hektar yang belum dibangunkan. Jadi soalan saya apakah langkah-langkah yang

diambil oleh Kerajaan bagi membangunkan kawasan-kawasan perindustrian yang

ada di seluruh Negeri Terengganu bagi kita menjana ataupun memberi impak

kepada satu peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu? Allahu wa’alam.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Ya, terima kasih. Kita dapati Kawasan industri ini bertaburan di

Terengganu terutamanya di Kemaman. Di Kemaman tu, kalau ikut on paper kita

Page 54: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

49

tu semua dah penuh tapi on the ground hampir separuh orang tak kerja atas tanah

dan sebenarnya sudah diberi milik tanah. Kita sedang menimbang untuk membuat

pemutihan di kawasan itu supaya mereka yang dapat tanah itu membangunkan

tanah untuk perkara yang dipohon. Kita sedang meneliti tentang implikasi undang-

undang kalau kita tamatkan mereka atau kita rampas balik tanah mereka.

Yang kedua, ialah kawasan-kawasan baru seperti di Perasing misalnya, Perasing di

sempadan Pahang, Perasing Jabor. Kawasan itu belum dibuat apa-apa tetapi kita

telah kita tetapkan zonkan untuk kawasan industri dan kita bekerjasama dengan

pihak swasta, paling kurangnya sekarang sudah ada dua cadangan daripada pihak

swasta untuk membangunkan secara private tanah-tanah di kawasan itu.

Maksudnya Kerajaan tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk

membina kawasan-kawasan itu untuk bekerjasama dengan swasta.

Kawasan-kawasan lain kita melihat keadaan sekarang ini yang kita juga berterima

kasih kepada pihak Kerajaan Pusat yang meluluskan setiap tahun satu peruntukan

untuk maintainance, ia tak banyak tapi ada. Yang itu kita gunakan untuk

maintainance kawasan-kawasan yang sedia ada supaya lebih baik keadaannya

supaya lebih selesa kepada pelabur-pelabur yang nak datang.

Satu lagi ialah di kawasan Paka, Biopolimer Park, kawasan itu diselenggara

bersama atau diurus bersama oleh ECER bersama kita dan kawasan itu sudah

hampir penuh dan kita sedang melihat kawasan baru untuk ditambah lagi. Itulah

yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pelaburan datang

ke Terengganu. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat, saya

persilakan Wakil Bandar.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Yang Berhormat

Yang di-Pertua, soalan saya yang kedua -

Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan suasana

selamat untuk meyakinkan pelabur asing melabur di Negeri

Terengganu?

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi

Page 55: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

50

wabarakatuh. Hari ini hari industri nampaknya. Wakil Bandar nak tahu tentang:

Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan suasana selamat untuk

meyakinkan pelabur asing untuk datang ke Terengganu?

Dalam usaha kita untuk menarik pelaburan, kita selalu nyatakan pada mereka

bahawa mereka selamat untuk datang ke Terengganu. Mengapa selamat? Kerana

memang kita selamat dari segi politik, saya rasa tidak ada masalah di Terengganu

melainkan kita buat masalah. Sekarang ini tiada masalah lagi. Dari segi

keselamatan tempat kerja, alhamdulillah mereka memenuhi kriteria-kriteria yang

diperlukan oleh Kerajaan untuk membina kawasan ini. Dan dari segi hubungan kita

dengan pelabur-pelabur yang sudah ada contohnya, bagaimana kita hendak

mempercepatkan proses permohonan mereka. Saya beri contoh misalnya, di

Eastern Steel Kemaman, kilang besar besi waja, mereka perlukan satu rumah

pekerja yang juga disebut sebagai hostel pekerja. Kalau mengikut asalnya, mereka

sukar untuk membuat bangunan itu kerana dia tidak memenuhi kehendak EIA

awalnya kerana mereka perlukan buffer zon yang luas. Tapi setelah berbincang

dan meneliti segala aspek, akhirnya dengan segera kita membenarkan mereka

untuk membina rumah pekerja atau hostel pekerja ini dan mereka mengucapkan

terima kasih kepada kita kerana membenarkan mereka untuk membawa pekerja-

pekerja luar datang dan tinggal ke satu-satu tempat. Itu yang kita sedang lakukan

sekarang ini.

Dari segi mereka juga bertanya tentang kemudahan-kemudahan lain yang perlu

kita upgradekan contohnya pelabuhan kita. Pelabuhan yang ada ini tidak

mempunyai kemudahan untuk contena service. Jadi kita sedang melihat kita dah

minta agensi kita melihat semula keadaan pelabuhan itu kerana kemungkinan akan

datang ini akan ada barang-barang yang akan dikeluarkan ke luar negara melalui

pelabuhan ini dan perlu ada kemudahan perkhidmatan kontena.

Rata-ratanyalah secara kesimpulannya kalau kita pergi ke luar negara itu mereka

tidak persoalkanlah tentang keselamatan, mereka nak datang cuma mereka lebih

tumpu pada business model ataupun dari segi kiraannyalah sama ada

menguntungkan atau tidak. Mengapa di Terengganu, mengapa tak tempat lain?

Kita kaborlah bahawa kita lebih baik dari tempat lain. Jadi tak tahulah dia dengar

ke tak tapi contohnya, contoh yang terakhir ini bila kita pergi ke China baru-baru

ini, mereka terus datang cepat. Respon dia seminggu selepas kita pergi terus

Page 56: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

51

datang. Maknanya ada respon yang baik daripada mereka untuk melabur

di Terengganu ini. Kita seronok melihat mereka bila cepat begitu. So, insyaAllah

kita akan teruskan usaha-usaha ini lagi untuk memberikan keadaan yang kondusif,

yang selamat untuk mereka datang melabur ke sini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Tuan Yang

di-Pertua, saya ada soalan tambahan yang pertama: Boleh tak Yang Berhormat

nyatakan nilai pelaburan yang telah masuk ke Negeri Terengganu bermula pada

tahun 2014, 2015 sehingga pada tahun 2018?

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): 2014 tu kita tak perintah lagi tapi pada 2014 ada masuk lebih kurang

RM1.5 bilion pelaburan ke Negeri Terengganu, 2015 lebih kurang sama maintain

RM1.4 bilion, 2016 lebih kurang RM2.1 bilion tapi dia menurun pada 2017, RM73

juta, jauh beza tu, daripada bilion kepada milion. Pada 2018 naik lagi pula jadi

RM4.9 bilion lebih kurang RM5 bilion. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Tuan Yang

di-Pertua, saya nak tanya sikit lagi soalan tambahan. Angka yang telah diberi oleh

Yang Berhormat EXCO tadi melihat kepada tahun 2017 itu terlalu jauh beza dengan

tahun-tahun yang lain sehingga tahun 2018, RM4 bilion, RM4.9 bilion sedangkan

tahun 2017, RM73 juta sahaja. Boleh tak Yang Berhormat tolong jelaskan sedikit

apakah sebab berlakunya penurunan yang begitu ketara dan kenapa pula pada

tahun 2018 tu meningkat yang begitu ketara? Sekian.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Terima kasih. Saya tidak ada sebab khusus untuk memberitahu mengapa

turunnya 2017 tapi saya mengandaikan bahawa ketika itu suasana pelaburan di

seluruh negara memang turun dan juga Terengganu terkesan. Cuma bila tahun

2018 ini, dia naik kepada RM4.9 bilion ataupun hampir RM5 bilion itu kerana ada

satu pelaburan besar di Kemaman iaitu untuk memulihkan kembali besi kilang besi

waja yang dimiliki oleh PERWAJA dahulu. Itu sahaja telah disebut pelaburannya

berjumlah lebih pada RM4 bilion. Itu yang telah menyebabkan pelaburan itu

meningkat dan insyaAllah kita rasa pelaburan ini akan terus meningkat dengan

adanya kegiatan-kegiatan yang kita buat untuk menarik pelaburan ke Terengganu.

Terima kasih.

Page 57: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

52

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada semua Ahli Yang

Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Soalan-soalan Lisan. Saya kira

saya telah bermurah hati untuk menambahkan masa soal jawab Soalan Lisan

selama satu jam satu pendekatan barulah untuk memberikan kepuasan kepada

Dewan bersidang tiga empat bulan sekali, jadi saya minta maaf saya tidak boleh

melanjutkan masa seterusnya oleh kerana kita ada Tertib Peraturan Dewan

seterusnya.

Page 58: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

53

RANG UNDANG-UNDANG

ENAKMEN TAMAN NEGARA (TERENGGANU) (PINDAAN) 2019

Bacaan Kali Yang Pertama

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Berhormat

Yang di-Pertua Dewan, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-

Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara

(Terengganu) 1939 [Enakmen No. 6 Tahun 1939], dibaca bagi kali yang pertama.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, saya memohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN

UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGARA

(TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1939],

DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA.

Bacaan Kali Yang Kedua

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Berhormat

Yang di-Pertua Dewan, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-

Undang bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Taman Negara

(Terengganu) 1939 [Enakmen Nombor 6 Tahun 1939], dibaca bagi kali yang

kedua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, tujuan Rang Undang-Undang ini ialah

untuk meminda Enakmen Taman Negara (Terengganu) 1939 (“Enakmen

terpinda”).

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Enakmen yang dicadangkan.

Page 59: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

54

3. Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 8 Enakmen terpinda untuk

memasukkan peruntukan kesalahan dan penalti bagi pelanggaran

subseksyen (i).

4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Enakmen untuk

memasukkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di bawah

subseksyen (i), (ii) atau (iii).

5. Fasal 4 bertujuan bagi menggantikan seksyen 11 Enakmen

terpinda yang sedia ada dengan yang baru berkaitan dengan penalti

am.

6. Fasal 5 bertujuan menggantikan seksyen 12 Enakmen terpinda

yang sedia ada dengan yang baru berkaitan dengan perbicaraan dan

pengkompaunan kesalahan.

7. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 13 Enakmen terpinda

dengan menggantikan perkataan “miles” dengan perkataan

“kilometer” dan memasukkan perkataan “without warrant” dan

selepas perkataan “arrest”.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa

perbelanjaan wang tambahan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat

sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka kepada Ahli Yang

Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Enakmen ini.

Dipersilakan.

Page 60: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

55

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin.

Wassolatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi

ajmain. Amma ba’d.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang

Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-

ketua jabatan para hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, cadangan

pindaan Enakmen Taman Negara Terengganu 1939 [Enakmen No. 6 1939]

merupakan langkah yang tepat dan mesti disokong demi kepentingan khazanah

Negeri dan Negara.

Sebagaimana yang diketahui, Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938 ataupun

1939 sebagai Taman Negara King George V, ia kemudian dinamakan sebagai

Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan sebenar kawasan Taman Negara

ialah 4,343 kilometer persegi. Taman Negara terletak di antara sempadan tiga

Negeri; Pahang, Terengganu dan Kelantan. Masing-masing memiliki kawasan milik

sendiri iaitu di Pahang, Terengganu dan juga Negeri Kelantan. Masing-masing juga

memiliki Enakmen yang tersendiri. Pahang telahpun melakukan pindaan sebelum

daripada ini, 2018 dan kini mengorak langkah adalah Negeri Terengganu.

Semakan yang saya buat pada 26 November 2015, Majlis Fatwa Negeri

Terengganu telah mengisyhtiharkan pemburuan haram binatang liar adalah haram.

Fatwa ini bagi menegaskan usaha pencegahan kepupusan spesis binatang dan

melindungi alam. Tetapi fatwa semata-mata tanpa memiliki suatu kaedah untuk

melakukan pencegahan kepupusan spesis ini, ia tidak akan memberikan suatu

kesan yang cukup besar kepada pencegahan.

Oleh kerana itu, sepatutnya pada tahun 2015, kita telahpun mengorak langkah

lebih serius untuk melakukan pindaan Enakmen ini supaya kita mampu untuk

mengekang mana-mana aktiviti pemburuan haram yang telah dilakukan sama ada

oleh warga tempatan ataupun daripada kalangan warga asing. Justeru itu, usaha

Kerajaan untuk memperkenalkan pindaan ini, kita memuji dan kita dapat melihat

gambaran usaha yang lebih serius untuk memastikan kepupusan spesis kehidupan

liar mampu dihalang dan proses pemuliharaan akan dapat dijalankan dengan baik.

Page 61: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

56

Contoh suasana kritikal, hidupan liar sekarang ini adalah Harimau Malaya. Harimau

Malaya adalah salah satu daripada enam spesis harimau di dunia dan ia hanya

berada di Semenanjung Malaysia. Kini Harimau Malaya telah disenaraikan sebagai

sangat teracam, memiliki risiko yang sangat tinggi untuk pupus. Harimau dilindungi

di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716, sebagai spesis yang

dilindungi sepenuhnya. Survey Harimau Kebangsaan kini yang dijalankan oleh

pakar-pakar, mengangggarkan bahawa terdapat lebih kurang 200 ekor sahaja

Harimau Malaya. Malahan saya yakin, ia telah jauh berkurangan daripada angka

200 ekor yang pernah diisytiharkan oleh pihak Kerajaan. Ancaman yang paling

besar adalah aktiviti pemburuan haram. Ancaman paling kritikal untuk Harimau

Malaya adalah pemburu-pemburu warga asing daripada Indo-China telah mula

masuk dalam kawasan hutan kita bagi mengaut keuntungan lumayan daripada

aktiviti pemburuan ini. Perdagangan hidupan liar dengan pelbagai elemen yang ada

pada binatang-binatang ini, mendapat permintaan tinggi dari Negara Asing

sehingga menyebabkan mereka sanggup untuk bermukim di dalam Hutan Taman

Negara bagi meraih hasil yang cukup lumayan.

Saya sekadar menyebut beberapa perkara ini, untuk memastikan rakaman

sokongan ini berada dalam Dewan Yang Mulia, bagi memberikan bukti kepada

seluruh masyarakat di dunia ini bahawa kita sangat serius untuk menangani dan

juga kita sangat serius untuk mengekang aktiviti pemburuan haram sehingga

semua spesis binatang hidupan liar akan pupus daripada negara ini.

Kesempatan perbahasan sokongan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah

di dalam Dewan yang mulia buat semua Warga Perhilitan Terengganu yang telah

berjaya melumpuhkan sindiket pemburuan haram Warga Vietnam pada April

tempohari melalui Ops Belang. Kegigihan Warga Perhilitan dalam mendepani

pemburu haram bersenjata ini amat wajar diberikan pujian.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan

Terengganu kerana telah mewartakan Taman Negeri Lawit Cenana di Kenyir

sebagai tempat yang juga diisytiharkan sebagai Taman Negeri untuk diteruskan

pemeliharaan dan kesinambungan daripada usaha tersebut hari ini kita

memperkenalkan pula Enakmen untuk meminda walaupun dalam aspek hukuman

dan penguatkuasaan, ia merupakan langkah pertama yang wajar disokong dan

wajar untuk diberikan sepenuhnya perhatian oleh semua masyarakat di Negeri

Page 62: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

57

Terengganu. Dengan ucapan ini saya menyokong pindaan Enakmen yang

dicadangkan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih pada Yang Berhormat Wakil

Tepoh yang telah mengambil bahagian, saya persilakan mana-mana lagi Ahli Yang

Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam Rang Undang-Undang, Pindaan

Enakmen ini. Tidak ada? Sekarang saya buka untuk undian -

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang

kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui

dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN

UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGARA

(TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1939],

DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN

UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGARA

(TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1939],

TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU

FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA

PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Berhormat

Yang di-Pertua saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan

dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon

mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan

diluluskan.

Page 63: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

58

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang

Berhormat Yang di-Pertua saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat

sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang

ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui

dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU

ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN

NEGARA (TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6

TAHUN 1939].

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA

UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

SEPERTI YANG BERIKUT:-

1. (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN

ENAKMEN TAMAN NEGARA (TERENGGANU)

(PINDAAN) 2019.

(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA

BERKUAT KUASA PADA TARIKH IANYA DISIARKAN

DALAM WARTA.

YANG BERHORMAT DI-PERTUA: Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi

Enakmen Taman Negara (Terengganu) (Pindaan) 2019.

Page 64: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

59

ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI

(SARAAN) (PINDAAN) 2019

Bacaan Kali Yang Pertama

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi

wabarokatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang

Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota

Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 [Enakmen Bil. 9

Tahun 1980], dibaca bagi kali yang pertama.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Yang Berhormat Yang

di-Pertua saya mohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN

UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN

DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980

[ENAKMEN BIL. 9 TAHUN 1980], DIBACA KALI YANG

PERTAMA.

Bacaan Kali Yang Kedua

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota

Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 [Enakmen Bil. 9

Tahun 1980], dibaca lagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, tujuan Rang Undang-Undang ini adalah untuk

meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri

(Saraan) 1980 [En.Tr.9/1980].

Page 65: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

60

1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Enakmen yang dicadangkan.

2. Fasal 2 bertujuan untuk meminda tafsiran “Ahli atau Anggota”

adalah yang termasuk Ahli yang dilantik di bawah Fasal 27(2)

Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang

Pertama).

3. Fasal 3 bertujuan untuk meminda Seksyen 3 dengan

memasukkan saraan elaun bulanan bagi Ahli yang dilantik

di bawah Fasal 27 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan

Terengganu (Bab Yang Pertama).

4. Fasal 4 bertujuan untuk meminda Seksyen 8 bagi

memperuntukkan bahawa Ahli yang dilantik di bawah Fasal 27 (2)

Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang

Pertama) adalah tidak berhak untuk mendapat pencen.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam perbelanjaan

wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (WAKIL AJIL): Yang Berhormat Yang

di-Pertua saya memohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat

sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasaan.

Sila Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat

Yang di-Pertua, saya bukan nak berbahas cuma saya nak bagi pandangan sedikit

jer. Apakah Kerajaan terikat dari segi elaun, perkara kedua ini kerana kalau ikut

sini, kalau ikut cadangan dalam RM7,000.00 tak padan Yang Berhormat, sikit

Page 66: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

61

sangat. Nak bagi ke Yang Berhormat juga tapi sikit sangat Yang Berhormat second

hand. Kalau nak beri berilah RM10,000.00 ke, berapa ribu ke, RM12,000.00 ke, ke

ada halangan tak boleh, syarat dia kata gitu? Minta LA beri nasihatlah. Saya

cadang RM10,000.00 paling kurang. Terima kasih Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat ini cadangan sahaja

bukan?

YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Macam saya kata

tadilah sebab sikit do’oh lalu. Wakil Rakyat biasa berapa belas ribu, Yang

Berhormat juga walaupun lantik tak dilantik pun tugas serupa jer. Macam D.O.lah

D.O. daerah kecil, daerah besar sama ramai jer, bermesyuarat. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana

tiada lagi perbahasan ke atas Enakmen yang dikemukakan ini .....

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, naikkanlah sikit.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Itu saya tunggu tadi, saya tunggu tapi tak

ada respon.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Kita ke

Jawatankuasa, nanti kita bincang baliklah, insyaAllah. Itu cadangan kan? Boleh

dipertimbangkan cadangan DUN Kijal tu. Bagus Abang Mat. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Setuju lalu,

angkat tangan, RM10 ribu, setuju dok? Angkat tangan selalu. Ni enakmen kan ni,

bukan main-main, boleh balik mesyuarat baliklah, bila pulak? Ni Enakmen.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kita ada pilihan Yang Berhormat. Sama ada

kita nak kekalkan apa yang ada ataupun kalau kita nak buat pindaan bukan pada

kali ini.

Page 67: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

62

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

di-Pertua, pindaan, dipinda daripada RM7,000 kepada RM10,000, itu aje. Setuju

dok setuju, angkat tangan belaka. Setujulah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya serah kepada pihak Kerajaanlah.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Setuju

dengan pindaan, jumlah elaun.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Nanti cokmar

turun dulu. Kekgi kita itulah. Dia ada se-se kekgi kan. Masa Jawatankuasa kekgi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang ini kita dalam perbahasan umum,

belum lagi peringkat Jawatankuasa.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Jangan

gaduh Abang Mat.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Okey, okey.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey ...(Sambil Gelak) ....

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Balloh agi

lening.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih. Ahli Yang Berhormat

sekalian, saya rasa tidak ada lagi perbahasan ke atas Enakmen yang dikemukakan

ini, maka saya teruskan ke peringkat undian -

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang

kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui

dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN

UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN

DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980

Page 68: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

63

[ENAKMEN BILANGAN 9 TAHUN 1980], DIBACA BAGI

KALI YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN

UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN

DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980

[ENAKMEN BILANGAN 9 TAHUN 1980], TELAH

DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN

TELAH DIPERSETUJUI DIBUAT PINDAAN PADA FASAL 3

– SEKSYEN 3(B) SUBSEKSYEN TAMBAHAN (2)

“HENDAKLAH DIBERI ELAUN BULANAN SEBANYAK

TUJUH RIBU RINGGIT DIPINDA KEPADA SEPULUH RIBU

RINGGIT”, DENGAN SEBULAT SUARA.

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen

ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan

pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali

yang ketiga dan diluluskan.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Yang Berhormat Yang

di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat

sokongan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Page 69: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

64

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang

ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui

dengan pindaan dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU

ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN

ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN

UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980 [ENAKMEN

BIL. 9 TAHUN 1980].

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA

UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

SEPERTI BERIKUT:-

1. (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN

ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI

DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN)

(PINDAAN) 2019.

2. (2) ENAKMEN INI DISIFATKAN TELAH MULA

BERKUAT KUASA PADA 4 APRIL 2019.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi

Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Udangan Negeri

(Saraan) (Pindaan) 2019.

Page 70: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

65

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

(TERENGGANU) (PINDAAN) 2019

Bacaan Kali Yang Pertama

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang

di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu

Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu)

2017, dibaca bagi kali yang pertama.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN

UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG

KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, DIBACA BAGI

KALI YANG PERTAMA.

Bacaan Kali Yang Kedua

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-

Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Terengganu) 2017, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk

meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017

(“Enakmen”).

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan

kuatkuasa enakmen yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 27 dengan

memasukkan selepas perkataan Ketua Pendaftar, perkataan

Timbalan Ketua Pendaftar. Bagi mewujudkan jawatan

Page 71: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

66

Timbalan Ketua Pendaftar, bagi melaksanakan tugas-tugas

Ketua Pendaftar, tertakluk kepada syarat.

4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 52 dengan

memasukkan subseksyen 6 selepas subseksyen 5 bagi

membolehkan Timbalan Ketua Pendaftar bertindak sebagai

Ketua Pendaftar khusus dalam hal mendaftarkan penceraian

dan mengeluarkan surat perakuan cerai. Pindaan ini sangat

mustahak dan penting kerana kuasa mendaftarkan penceraian

dan mengeluarkan surat perakuan cerai adalah kuasa eksklusif

Ketua Pendaftar, sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen

52(5) dan 53 Enakmen ini.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa

perbelanjaan wang tambahan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat

sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya persilakan Ahli-ahli Yang

Berhormat untuk sesi perbahasan sekiranya ada.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Bismillahir

Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir rabbil alamin. Wassolatu wassolamu’ala asyrafil

anbiya iwal mursalin. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang

Berhormat Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-

ketua Jabatan, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.

Page 72: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

67

Berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Terengganu antara Kuasa

Ketua Pendaftar adalah mendaftarkan penceraian dan mengeluarkan Surat

Perakuan Cerai ataupun pembatalan. Perkara ini jelas dinyatakan dalam

Subseksyen 52(5) Enakmen Ibu yang membutuhkan sebagaimana berikut:-

Apabila mendaftarkan sesuatu talak ataupun perintah penceraian

ataupun pembatalan itu dan apabila dibayar kepadanya fi yang telah

ditetapkan, Ketua Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Pengakuan

Cerai Dan Pembatalan Borang yang ditetapkan kepada kedua-dua

pihak tersebut. Dalam Borang 14 pula menyatakan bahawa kaedah-

kaedah Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Borang dan Fi

1987 ruang tandatangan telah diletakkan sebagai tandatangan Ketua

Pendaftar dan ini bermakna peruntukan enakmen hanya membenarkan

Ketua Pendaftar sahaja mengeluarkan Surat Perakuan Cerai dan

Pembatalan Nikah.

Hal ini menyebabkan Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal

Agama Terengganu menghadapi masalah mengeluarkan Surat Perakuan Cerai,

apatah lagi secara purata sebanyak 10 permohonan cerai dikemukakan di negeri ini

setiap hari. Ini termasuk permohonan-permohonan cerai taklik dan kes penceraian

di luar mahkamah yang sebahagian besarnya membabitkan pasangan yang

berumur 30 hingga 50 tahun. Sudah pasti akan menjadi situasi lambakan dokumen

yang perlu diuruskan dengan segera terutamanya, apabila kemungkinan keuzuran

dan ketidakupayaan Ketua Pendaftar untuk menandatangi dokumen yang

berkaitan. Dalam hal ini juga, tidak ada peruntukan dalam enakmen ibu yang

memberi kuasa kepada Ketua Pendaftar untuk menurunkan kuasanya kepada

orang lain.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, saya memberi beberapa contoh.

Contoh yang pertama, tempoh masa lantikan Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan

Rujuk Negeri Terengganu, tarikh tamat tempoh lantikan Dato’ Hajah Samsiah binti

Dato’ Haji Awang tarikh tamatnya ialah pada 3.7.2018 dan lantikan semula kepada

Haji Mohd Noor Bin Muhammad ialah pada 20.9.2018. Masa yang tertangguh

adalah sebanyak 78 hari. Kesan daripada tangguh masa yang lama itu, sebanyak

200 ratus keping Surat Akuan Cerai yang tertunggak yang tidak dapat dikeluarkan,

itu contoh yang pertama.

Page 73: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

68

Begitu juga contoh yang kedua, apabila berlaku pertukaran Haji Mohd Noor bin

Muhammad kepada Yang Mulia Syed Nazri bin Tuan Taufik yang mengambil masa

23 hari tempoh lantikan semula itu menyebabkan hampir 90 keping Surat Perakuan

Cerai tidak dapat dikeluarkan dan tertunggak.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, terdapat beberapa kesan yang besar daripada

berlakunya tunggakan pengeluran Surat Perakuan Cerai kepada orang awam

antaranya adalah yang pertama pemohon tidak dapat memohon untuk berkahwin

semula ataupun berkahwin lain memandangkan proses memohon kebenaran

berkahwin bagi duda ataupun janda perlu dilampirkan bersama dengan Surat

Perakuan Cerai. Perkara ini penting untuk dikepilkan bersama kerana melibatkan

perakuan status bilangan talak dan tempoh idah yang menglibatkan Hukum

Syarak.

Dan yang kedua, pemohon tidak dapat memohon Bantuan Sara Hidup

memandangkan pihak LHDN menghendaki lampiran Surat Perakuan Cerai ini jika

pemohon berstatus ibu ataupun bapa tunggal memandangkan Bantuan Sara Hidup

ini terdapat tarikh tutup permohonan untuk membuat permohonan, maka perkara

ini amatlah menyukarkan orang awam apabila membuat permohonan tersebut.

Dan yang ketiga, pemohon tidak dapat memohon bantuan JKM ataupun MAIDAM

memandangkan pihak-pihak berkenaan menghendaki lampiran Surat Perakuan

Cerai jika pemohon berstatus ibu ataupun bapa tunggal, maka perkara ini amatlah

menyukarkan orang awam membuat permohonan mereka.

Dan yang terakhir juga melibatkan urusan .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, Peraturan Dewan Perkara

46, sewaktu Ahli Yang Berhormat berucap jangan pandang orang lain, pandang

saya sahaja.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Minta maaf

Tuan Yang di-Pertua .... (Sambil gelak) ....

Page 74: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

69

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Hok lain

tak pesan lagu tu, kena hok puan, pesan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila teruskan.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Dan yang

terakhir kesannya adalah ialah apabila urusan persekolahan anak-anak juga akan

terkesan jika ibu bapa ataupun penjaga membuat permohonan pertukaran sekolah

dan bantuan sekolah kerana perkara ini hendaklah dikepilkan bersama dengan

Surat Perakuan Cerai. Dan justeru itu, bagi memastikan urusan Pendaftaran Cerai

dan pengeluaran Surat Perakuan Cerai di Negeri Terengganu berjalan lancar, saya

menyokong supaya Pindaan Rang Undang-Undang ini diterima.

Terima kasih dan saya mohon sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih pada yang Berhormat Wakil

Wanita kita. Saya persilakan lagi kalau ada Yang Berhormat lain yang ingin

mengambil bahagian.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua,

saya akan mengambil masa sedikit dan sebut dua point sahaja.

Yang pertama, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan

Negeri atas cadangan Pindaan Enakmen ini kerana sekiranya cadangan ini

diterima oleh Dewan, bererti Negeri Terengganu ini merupakan negeri yang

pertama berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia yang memperuntukkan

ataupun yang mewujudkan jawatan Timbalan Ketua Pendaftar ini yang tujuannya

seperti mana yang kita sedia maklum yang dibincangkan ataupun yang disebutkan

tadi.

Yang kedua, apa yang dilakukan ini menggambarkan betapa Kerajaan Negeri

sendiri sangat serius dan menunjukkan komitmen yang begitu tinggi ke arah

memperkasakan pelaksanaan hukum-hakam syariah dan undang-undang

khususnya yang berkait dengan Undang-Undang Keluarga Islam.

Page 75: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

70

Jadi sekali lagi saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan syabas dan

tahniah dan saya rasa, kita semua boleh menyokong cadangan Pindaan Enakmen

ini. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Wakil Buluh

Gading. Sekarang saya buka kepada undian -

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang

kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui

dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG YANG BERNAMA SUATU

ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG

KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, DIBACA BAGI

KALI YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG YANG BERNAMA SUATU

ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG

KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, TELAH

DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN

TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN

SEBULAT SUARA.

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah

ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan.

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca pada kali yang

ketiga dan diluluskan.

Page 76: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

71

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat

sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang

ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui

dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU

ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-

UNDANG KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017.

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA

UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

SEPERTI YANG BERIKUT:-

1. (1) ENAKMEN INI BOLEH DINAMAKAN

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

(TERENGGANU) (PINDAAN) 2019.

(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH DISIFATKAN

TELAH MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI

2019.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) (Pindaan) 2019.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, Tertib

Perkataan Dewan kita pada hari ini setakat itu sahaja. Saya berhasrat untuk

menangguhkan sidang dan sebelum saya menangguhkan sidang, jemputan ke

Jamuan Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri

Besar, seperti biasa Ahli Yang Berhormat di Damai Lounge manakala Ketua-ketua

Jabatan dan Pemerhati di Perkarangan U2 Dewan Undangan Negeri.

Page 77: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 Julai 2019

72

Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Persidangan Dewan sehingga hari

esok, Selasa, 16 Julai 2019, jam 9.30 pagi dan marilah sama-sama kita

menangguhkannya dengan Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.45 TENGAH HARI.

Page 78: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

PERSIDANGAN

PADA HARI SELASA, 16 JULAI 2019

Page 79: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

73

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA

PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR:

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA

Haji Yahaya bin Ali, PJC.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU

Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

WAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat

WAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak

WAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah

WAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim

WAKIL JABI

Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.

WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin Deraman

WAKIL ALUR LIMBAT

Page 80: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

74

Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah

WAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh

WAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman

WAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim

WAKIL TEPOH

Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi

WAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik

WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim

WAKIL BULUH GADING

Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun

WAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin Harun

WAKIL RANTAU ABANG

Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong

WAKIL PENGKALAN BERANGAN

Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed

WAKIL BANDAR

Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim

WAKIL AIR PUTIH

Page 81: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

75

Yang Berhormat Maliaman bin Kassim

WAKIL AJIL

Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili

WAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor

WAKIL Wanita

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.

WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.

WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.

WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.

WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, KMN.,AMZ.,PPN.

WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.

WAKIL JERTIH

Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.

WAKIL LANGKAP

Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.

WAKIL BATU RAKIT

Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.

WAKIL KUALA BESUT

Page 82: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

76

Yang Berhormat Dato’ Halim bin Jusoh, DPSM.

WAKIL PERMAISURI

TIDAK HADIR:

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat

WAKIL CUKAI

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI

KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN

Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI

Dato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI

Tuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azahar, SMT.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI

Encik Zulkifly bin Isa, PJK.

Page 83: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

77

PUKUL 9.30 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat

Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula.

Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah sebagai

mengambil berkat persidangan kita ini, kita mulakan dengan Ummul Quran,

Al-Fatihah. …..[Al-Fatihah]…..

Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan Lisan pada

hari ini, 16 Julai 2019 adalah sebagaimana berikut:

1. Yang Berhormat Wakil Tepoh

2. Yang Berhormat Wakil Batu Burok

3. Yang Berhormat Wakil Telemong

4. Yang Berhormat Wakil Sura

5. Yang Berhormat Wakil Bukit Besi

6. Yang Berhormat. Wakil Buluh Gading

7. Yang Berhormat Wakil Batu Rakit

8. Yang Berhormat Wakil Manir

9. Yang Berhormat Wakil Kuala Besut

10. Yang Berhormat Wakil Rantau Abang

11. Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan

12. Yang Berhormat Wakil Bandar

13. Yang Berhormat Wakil Air Putih

14. Yang Berhormat Wakil Ajil

15. Yang Berhormat Wakil Kemasik

16. Yang Berhormat Wakil Wanita

Sebelum kita pergi kepada sesi soal jawab Soalan Lisan, saya hendak

peringatkan satu-dua perkara berkait dengan Peraturan-Peraturan Dewan

ataupun Standing Orders supaya kita boleh menguruskan perjalanan sidang kita

secara yang lebih teratur.

Page 84: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

78

Yang pertama sekali berkait dengan tertib soal jawab Soalan Lisan, saya

mengharapkan kerjasama daripada Yang Berhormat apabila berlaku

umpamanya soal jawab lebih-lebih lagi perbahasan supaya dibuat secara

teratur biar satu-satu. Apabila umpamanya Wakil Kerajaan menjawab, biar

habiskan dulu, baru kalau ada soalan tambahan yang dibenarkan dalam

Peraturan Dewan yang dikemukakan oleh pihak Ahli Yang Berhormat. Ini

penting supaya kita tidak jadi bolo’ apabila dalam sesi soal jawab.

Yang kedua, saya nak peringatkan juga kepada Ahli Yang Berhormat yang kita

nak uruskan dalam sidang ini ialah ada soalan, ada jawapan. Sejauh mana

jawapan itu kepada pihak Yang Berhormat, puas hati atau tidak, saya fikir

perkara ini tidak perlu dibahaskan panjang lebar. Dalam Peraturan pun

menyebut supaya ia mestilah diuruskan dengan penjelasan daripada pihak

Kerajaan. Dalam mana-mana persidangan, Badan Perundangan, kita tak boleh

dapat yang kita katakan 100% kita puas hati apa yang nak dijawab, yang

penting ada pertanyaan ada jawapan.

Yang Berhormat sekalian, sekarang kita pergi kepada Soalan Lisan, saya nak

mulakan sesi Soalan Lisan kali ini dengan satu pantun:

Sireh berlipat menjadi azimat,

Sireh dari Pulau Mutiara,

Suara rakyat suara keramat,

Wakil Air Putih pembuka bicara.

Dipersilakan Wakil Air Putih.

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih):

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang

di-Pertua, soalan saya nombor satu –

Apakah Dasar Tanah Kerajaan sekarang berhubung dengan

Tanah Pertanian Rintahan Secara Haram oleh rakyat

Terengganu sebelum ini?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Assalamu’alaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang

Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli

Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati yang dihormati sekalian.

Page 85: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

79

Terima kasih kepada kekanda Yang Berhormat Air Putih yang mengajukan

soalan berkaitan dengan Dasar Tanah Kerajaan sekarang berhubung dengan

Tanah Pertanian Rentahan Haram.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya masukkan sedikit dalam penjelasan

jawapan ini juga berkaitan dengan Tanah Rentahan Haram kategori lain

daripada pertanian kerana ada info yang saling berkaitan. Yang Berhormat

Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membuka semula

Permohonan Tanah Rentahan Haram Kategori Pertanian bermula daripada 7

Mei 2019 sehingga 31 Disember 2020 dalam tempoh setahun lebih.

Untuk makluman Dewan, Permohonan Tanah Haram Kategori Pertanian

sebelum ini telah ditutup pada 31 Disember 2012. Di antara syarat-syarat

untuk permohonan tanah haram ialah yang pertama, rentahan tanah tersebut

mestilah sebelum daripada 31 Disember 2004 iaitu kira-kira 14 tahun lebih

kurang. Yang kedua, Permohonan Tanah Jadual 1 mestilah diterima dan

didaftarkan sebelum daripada 31 Disember 2020. Yang ketiga, bagi Tanah

Rentahan Haram Kategori Pertanian, isipadu tanaman mestilah tidak kurang

daripada 15% keluasan tanah yang dimohon. Maknanya bukan mohon tanah

seekar, pokok getah ada 2 pokok jer atas tanah tu. Yang keempat, sekiranya

tanah rentahan tersebut mempunyai isipadu tanaman yang kurang daripada

15% tetapi terdapat rumah di atasnya, maka ianya boleh dipertimbangkan

untuk tapak rumah ataupun pertanian yang bersesuaian dengan keluasan tanah

yang dimohon. Yang kelima, sekiranya ada rumah, maka rumah tersebut

mestilah didiami oleh pemohon. Dan yang keenam, pertimbangan permohonan

ini hanyalah diberi kepada peneroka asal ataupun waris yang berhak sekiranya

peneroka asal telah meninggal dunia. Akhir sekali, semua permohonan ini

mestilah mematuhi syarat umum Dasar Tanah Negeri Terengganu Tahun 2013

di antaranya berkaitan dengan umur pemohon mestilah 21 tahun ke atas,

kelahiran atau kerakyatan Negeri Terengganu, belum menerima tanah kategori

Pemberian Kerajaan dan juga berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu.

Dari segi had keluasan maksimum yang boleh dimohon untuk getah ataupun

kelapa sawit, keluasan maksimum yang boleh dimohon 2 hektar lebih kurang

5 ekar. Yang kedua, untuk kategori kelapa, padi dan buah-buahan seluas 0.8

hektar kira-kira 2 ekar. Dan yang ketiga, untuk tanah tapak rumah bagi

kediaman tak lebih daripada 1,000 meter persegi. Dan untuk makluman Dewan,

Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk menaikkan tempoh pajakan bagi

Tanah Pertanian daripada 60 tahun sebelum ini kepada 99 tahun menyamai

tempoh pajakan untuk tanah kategori kediaman. Terima kasih.

Page 86: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

80

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, penjelasan. Saya rasa Yang Berhormat Exco ada

tertinggal satu syarat. Tidak disebutkan had umur pokok. Kalau tidak orang

buka hari ini baru angkat. Dia mesti ada had umur dia. Umur dia sekurangnya

mesti 10 tahun ke, dah berbuah ke, ada tertinggal satu tu. Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Baik terima kasih

Yang Berhormat Kijal. Saya ingat nak masuk dalam penjelasan tambahan

berkaitan dengan had umur pokok. Jadi had umur tanaman mestilah tidak

kurang daripada 14 tahun dan kalau sekiranya berlaku tanam semula macam

tanah semula getah atau tanam semula sawit mestilah berumur 6 tahun ke

atas. Ya, terima kasih.

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Tuan Yang di-

Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Berapakah kadar premium tanah

dikenakan pada pemohon Tanah Rentahan Haram?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih sekali

lagi Yang Berhormat Air Putih. Untuk kadar bayaran Jadual 5A bagi kategori

tanah haram; tanah yang terletak di kawasan desa atau di kawasan kampung

untuk kategori pertanian tidak kurang daripada 15%. Bagi kategori kediaman;

tidak kurang daripada 15%. Dan yang ketiga, bagi tanah kategori perniagaan;

tidak kurang daripada 25%. Dan bagi premium tanah untuk kategori tanah

yang berada di kawasan bandar atau di kawasan pekan, untuk kategori

perniagaan tidak kurang daripada 40%. Dan bagi kategori kediaman tidak

kurang daripada 20%. Dan sekiranya pemohon ialah pewaris yang menerima

penolakan daripada peneroka asal maka tambahan 10% premium akan

dikenakan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Oleh kerana

tadi Tuan Yang di-Pertua ada beri pantun, saya cuba jawab pantun.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Balas pantun Yang Berhormat?

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Ya?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Nak balas pantun?

Page 87: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

81

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Ya.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih):

Ikan Kembung Ikan Aya,

Dimasak oleh seorang pria,

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

Soalan saya pembuka bicara.

Soalan saya yang kedua: Apakah langkah yang di ambil oleh Kerajaan untuk

meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan membayar premium

tanah tersebut?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Yang

Berhormat Air Putih. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Isu

ketidakmampuan di kalangan rakyat kebanyakan kita untuk menjelaskan Jadual

5A memang berada dalam perhatian Kerajaan Negeri dan kita telah mengambil

beberapa langkah supaya isu ini boleh diselesaikan secara harmoni sesuai

dengan kemampuan rakyat kita. Di antaranya kita memberikan peluang untuk

rakyat menjelaskan bayaran premium tanah secara ansuran dan kelayakan

untuk memohon bayaran secara ansuran kita telah naikkan daripada asalnya

rakyat yang berpendapatan RM700.00 kebawah layak memohon, sekarang ini

kita telah naikkan kepada yang berpendapatan RM1,700.00 ke bawah layak

memohon bayaran ansuran untuk tempoh tiga tahun dengan syarat mereka

menjelaskan bayaran pendahuluan 20% daripada nilai premium dan bakinya

bolehlah disempurnakan dalam masa tiga tahun.

Yang kedua, bagi pemohon yang berada dalam kategori rakyat termiskin atau

berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka boleh memohon

premium tanah pada kadar nominal hanyalah RM1,000.00 sahaja tanpa

mengira berapakah nilai yang sebenar tanah berdasarkan kepada kadar semasa

dan dengan beberapa kelonggaran ini, Kerajaan mengharapkan semoga kita

boleh memberikan kelapangan dan keluangan kepada rakyat kita menjelaskan

Jadual 5A dan seterusnya mereka berhak untuk memiliki Geran Hak Milik.

Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

Page 88: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

82

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI SABRI BIN MOHD NOOR (Wakil Langkap):

Yang Berhormat Yang di-Pertua, berapa lama masa yang diberikan untuk

menjelaskan premium ini? Biasanya enam bulan. Adakah Kerajaan bercadang

untuk beri setahun, dua tahun, tiga tahun? Lagi lama lagi baik untuk rakyat

menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Untuk kadar

premium biasa diberi tempoh tiga bulan. Bagi bayaran ansuran diberi sehingga

tiga tahun. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum

saya teruskan saya nak maklumkan kita ada Pemerhati, anak-anak kita

daripada Sekolah Maahad Darul Quran Rusila seramai 46 orang. Seterusnya

saya menjemput Yang Berhormat Wakil Kemasik.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik):

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang

di-Pertua, soalan saya yang ketiga -

Apakah usaha Kerajaan untuk menambah nilai projek ECRL

kepada Kerajaan Negeri dan rakyat setempat?

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Assalamu’alaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli-ahli Yang

Berhormat, rakan-rakan Yang Berhormat, Tahalluf Siasi Kerjasama Politik,

seluruh pegawai-pegawai dan para Pemerhati sekalian. Soalan yang

dikemukakan yang ketiga adalah berkenaan dengan apakah usaha Kerajaan

untuk menambah nilai projek ECRL kepada Kerajaan Negeri dan rakyat

setempat?

Usaha pihak Kerajaan Negeri bagi menambah nilai projek ECRL kepada Negeri

Terengganu dan rakyat setempat adalah dengan merancang pembangunan

tanah di sepanjang koridor ECRL dan sekitar tapak stesen ECRL selari dengan

kegunaan stesen sebagai Pusat Transit Perhubungan Pengangkutan Awam

utama. Beberapa konsep pembangunan yang dikenalpasti yang disebut

dengan Transit Oriented Development (TOD) dengan izin, untuk kawasan

pembangunan kawasan-kawasan industri dan hub logistik.

Page 89: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

83

Antara langkah yang telah dan sedang diambil oleh pihak Kerajaan dalam

memastikan supaya kesan secara maksima diperolehi oleh Kerajaan dan rakyat

Negeri Terengganu. Yang pertama, kita telah mengadakan perbincangan

dengan pihak Malaysia Rail Link iaitu pada 25 Julai 2018 dalam satu

pembentangan daripada pihak MRL kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri, 23 April 2019 pertemuan antara Menteri Besar dengan CEO dan

pasukan MRL di Terengganu. Yang ketiga, pada 17 Julai 2019,

pertemuan antara Menteri Besar dengan CEO MRL yang dijadualkan pada esok

hari dan antaranya juga ialah pertemuan dan perbincangan antara Menteri

Besar dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga dengan utusan-

utusan khas Perdana Menteri bagi rundingan semula projek ECRL iaitu Yang

Amat Berbahagia Tun Daim Zainuddin.

Objektif tambah nilai yang ingin kita capai hasil daripada kaedah-kaedah

perundingan dan pertemuan serta perbincangan tadi adalah yang pertama bagi

menggalakkan pembangunan kawasan-kawasan industri baharu di sepanjang

Jajaran Koridor ECRL dan berhampiran stesen ECRL di samping menarik

pelaburan baru di sepanjang koridor jajaran. Yang kedua, menggalakkan

peluang perniagaan dari segi hartanah atau perumahan, makanan dan

perkhidmatan-perkhidmatan lain serta tambahan pendapatan kepada

penduduk-penduduk setempat. Yang ketiga, pembangunan projek ECRL akan

menggalakkan perkembangan bandar sedia ada serta potensi pembangunan

akan datang khususnya di kawasan sekitar tapak ECRL serta mengurangkan

ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan. Yang keempat, projek ECRL

akan menyediakan pelbagai jenis pekerjaan kepada penduduk tempatan dan

seterusnya akan membantu mengurangkan kadar pengangguran serta migrasi-

migrasi keluar penduduk ke bandar utama. Di samping itu kesan langsung

adalah memberi nilai tambah kepada rakyat setempat dengan peningkatan nilai

hartanah khususnya di kawasan sekitar tapak-tapak stesen ECRL dan sepanjang

Koridor Jajaran ECRL. Sekian.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan pertama saya berbunyi:

Memandangkan ada stesen penumpang dan kargo di Kemaman dan kita lihat

juga ada spurline ke Kemaman, kita dapati EPIC ataupun port di KSB adalah

salah satu daripada kawasan industri yang sangat bakal memberi dapat

menerima impak yang besar daripada kehadiran ECRL tersebut. Jadi apakah

usaha Kerajaan bagi memastikan EPIC mendapat manfaat yang sepenuhnya

dengan kehadiran ECRL tersebut?

Page 90: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

84

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada Wakil

Kemasik. Memang kita menyedari bahawa Kerajaan perlu melakukan sesuatu

dengan lebih serius bagi memastikan kita mendapat keuntungan sepenuhnya

daripada pelaksanaan projek ECRL ini terutama kepada Negeri Terengganu dan

dalam masa yang sama, kita mempunyai syarikat-syarikat di bawah Kerajaan

Negeri yang boleh memainkan peranan dan turut sama terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam merancakkan perkembangan ekonomi hasil daripada

kewujudan projek yang sebegini besar skalanya. Sebagaimana yang telah saya

jelaskan sebentar tadi bahawa besok hari akan ada perbincangan yang khusus

yang akan menyentuh tentang jajaran-jajaran baharu ECRL. Dan yang kedua,

pada 26hb Julai ini akan dilancarkan kembali oleh Menteri Pengangkutan dan

akan dimaklumkan tentang di manakah sebenarnya jajaran yang terbaharu.

Pihak Kerajaan telah mengenalpasti beberapa inisiatif untuk memastikan

syarikat yang disebut oleh Yang Berhormat Kemasik tadi iaitu EPIC, salah

sebuah syarikat di bawah Terengganu Incorporated kepunyaan Kerajaan Negeri

agar dapat menjana keuntungan dengan kewujudan projek ECRL ini. Antaranya

ialah yang pertama, berbincang dengan pihak Kerajaan Pusat dengan

mewujudkan spurline dari Hentian Cukai terus ke Pelabuhan Kemaman, dengan

adanya spurline, ianya akan dapat memangkinkan pembangunan Pelabuhan

Kemaman dengan lebih pesat lagi dengan kenaikan kuantiti kargo, keuntungan

kos pengendalian pelabuhan dan kadar kepenggunaan pelabuhan yang

maksimum dan efektif.

Pihak Kerajaan Negeri juga yakin melalui penambahan spurline ini akan dapat

meningkatkan minat pelabur-pelabur baharu ke Negeri Terenganu dan

menambahkan keyakinan pelabur sedia ada untuk mengembangkan lagi

perniagaan mereka. Dalam masa yang sama pihak Kerajaan Negeri dan EPIC

juga mengkaji jajaran yang terbaharu yang akan dimaklumkan kepada Kerajaan

Negeri dalam tempoh seminggu yang akan datang ini untuk kita dapat kita

rangkakan kembali apakah peluang-peluang ekonomi yang dapat membantu

menaikkan taraf status sosial ekonomi penduduk setempat termasuklah

pembinaan kawasan industri baru yang sememangnya kita mengadakan

perbincangan yang khusus sebagaimana yang dimaklumkan oleh semua

bahawa kita mengadakan, kita mempunyai perbincangan yang khusus dengan

ECERDC dalam mengenalpasti dan mengembangkan kawasan industri yang

baharu hasil daripada kewujudan jajaran baharu ECRL ini. Sekian terima kasih.

Page 91: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

85

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang

Berhormat Yang di-Pertua soalah tambahan kedua saya, sebagaimana jawapan

yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan

industri hiliran. Terdahulu pakej sebelum ini kita lihat ada tiga stesen yang

menyediakan servis kargo dan penumpang, namun yang terkini hanya pada di

Dungun dan di Kemaman, yang lain-lain hanya penumpang. Justeru, kita lihat

untuk memastikan berlakunya pengembangan sektor hiliran, kewujudan

infrastrutur bagi menyokong sebagai contoh land port ataupun kawasan port

di sekitar bagi memastikan produk-produk atau barang-barangan untuk

didagangkan boleh ready lah, sedia. Justeru, sebagaimana disebut Yang Amat

Berhormat Menteri Besar sekarang masih lagi di peringkat rundingan dan juga

dalam proses rekabentuk, saya yakin masa sekarang adalah masa yang sesuai

untuk kita nego ataupun kita timbang kepada pihak Pusat bagi menyediakan

prasarana-prasarana bagi menyokong industri hiliran tersebut.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada maklumbalas

tambahan daripada Yang Berhormat Kemasik yang berupa cadangan-cadangan

yang boleh kita ambil dalam memastikan Negeri Terenganu memperolehi

keuntungan yang maksimum daripada projek ECRL. Sememangnya memanglah

pada saat ini kita masih lagi belum mendapat kepastian akan jajaran baharu

yang tepat. Selepas berlaku perubahan jajaran yang telah berlaku sebelum ini

tetapi kita difahamkan prinsip yang diambil oleh pihak MRL bersama dengan

CCCC adalah untuk merubah laluan ataupun jajaran daripada kawasan yang

berhampiran dengan pantai kepada kawasan yang lebih jauh daripada pantai di

atas pertimbangan untuk menjimatkan kos kerana apabila melibatkan kawasan

yang berhampiran dengan pantai maka soil treatment dengan izin, dan lain-lain

civil work atau kerja awam akan melibatkan kos yang lebih besar, itu

maklumbalas yang disampaikan oleh pihak mereka. Dalam masa yang sama

kita juga masih lagi berusaha untuk memastikan supaya kewujudan stesen-

stesen sama ada kargo atau penumpang sebagaima yang telah pernah

dibentangkan pada peringkat awal dahulu sebelum daripada perberhentian

projek ECRL ini supaya dipertimbangkan kembali kerana kita difahamkan

daripada ada satu jajaran baharu yang lama itu, yang baharu itu berkurangan

daripada yang baharu tapi kita tidak henti bertemu dengan pihak Kerajaan

untuk memastikan supaya dipertimbangkan kembali jajaran stesen-stesen yang

telah ditiadakan sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri sebelum ini.

Page 92: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

86

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

Berhormat Yang di-Pertua penjelasan, pertama, saya ingin tahu berapakan

pengurangan stesen di Negeri Terengganu pada yang asal. Yang kedua, saya

minta Kerajaan Negeri merayu pihak Kerajaan Pusat supaya jajaran itu

dihampir dengan kawasan bandar jangan pergi jauh sebagaimana berlaku

kepada highway kita sebab kita rugi, dulu highway pun kita bergaduh dah,

itupun nasib baik hok tengah, kalau ikut cadangan asal nak gi besarkan

Jerangau Jabor sebab tidak menguntungkan kita. Seterusnya, kita lihat contoh

yang paling jelas lebuh raya kita sendiri tak macam Lebuh Raya Pantai Barat,

kalau kita pergi Kedah tu dekat dengan bandar-bandar dia, kita kat jin tendang

lalu, malam pun takut nak lalu, jadi takut ini juga yang berlaku yang

menyusahkan kita. Kita perlu fight benda ini. Sebab dulu pun kita fight dulu

lebuh raya sebab itu kita pilih alternatif, itu dia beri kita alternatif tapi alternatif

pun tak sesuai dengan apa yang berlaku, kita terus ketinggalan di anak tirikan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Saya

mintaklah supaya perkara ini dirunding semula supaya mendekatkan kita

dengan laluan yang ada kerana kita dah tak ada jalan kereta api, keretapi ini

yang kita harapkan sekurangnya-kurangya walaupun orang kata 30% untuk

penumpang dan 70% untuk kargo dan kargo kita rasa tak banyak Pantai Timur

kargo ini, jadi takpa makna besar impak besar kepada Terengganu. Saya harap

Yang Berhormat Menteri Besar Kerajaan Negeri berbincang balik untuk merayu

supaya jajaran ini menghampiri bandar-bandar utama kita. Terima kasih Yang

di-Pertua.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih di atas pandangan

Yang Berhormat Kijal. Memang kita sebenarnya dalam proses tarik tali di

antara Kerajaan Negeri dengan pihak Kerajaan Pusat, agensi dan syarikat

berkenaan dan untuk memudahkan pemahaman kita panggil jajaran asal itu

adalah Versi 1 iaitu 8 stesen, Versi Kedua selepas penangguhan berlaku maka

dibuat satu pembentangan baru untuk menjimatkan kos versi kedua itu 6

stesen, pada peringkat ini kita cuba supaya Versi Ketiga itu tercapai iaitu tidak

sebagaimana Versi Kedua. Jadi sebagaimana saya kata tadi kita dalam proses

tarik tali dan insyaAllah kita akan ambil maklum di atas pandangan daripada

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.

Page 93: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

87

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Amat Berhormat

Menteri Besar di atas penjelasan diberikan. Sekarang saya persilakan Yang

Berhormat Wakil Wanita.

YANG BERHORMAT ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Bismillahir

Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua soalan saya soalan dua -

Apakah usaha pihak Kerajaan atau pakej rangsangan bagi membantu industri kecil yang boleh menarik pelancong seperti industri seni halus, pembuatan tembaga,batik, perusahaan rumah bot Tasik Kenyir, perusahaan bot candat sotong dan sebagainya?

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala

wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Wanita. Soalan

yang dikemukakan berbunyi: Apakah usaha Kerajaan atau pakej rangsangan

bagi membantu industri kecil yang boleh menarik pelancong seperti industri

seni halus, pembuatan tembaga, batik, perusahaan rumah bot Tasik Kenyir,

perusahaan bot candat sotong dan sebagainya?

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat soalan ini ada kaitan dengan soalan nombor

2 daripada ADUN Bandar. Saya mengharapkan saya boleh menjawab

sekaliguslah ke atas dua-dua soalan yang dikemukakan. Soalan nombor 2

daripada Yang Berhormat ADUN Bandar berbunyi: Bagaimanakah usaha

Kerajaan Negeri untuk menyuburkan semua industri tradisional seperti

kraftangan, songket, tembaga, bot dan sebagainya?

Tuan Yang di-Pertua, usaha pihak Kerajaan atau pakej rangsangan bagi

membantu industri kecil yang boleh menarik pelancong seperti industri seni

halus, pembuatan tembaga, batik adalah: Yang pertamanya, melalui (YPU)

Yayasan Pembangunan Usahawan. Kerajaan Negeri telah mendaftarkan

Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) di bawah Geographical Indication (Petunjuk

Geografi) bagi produk tembaga, ukiran kayu, batik dan songket. YPU juga telah

mengadakan kerjasama dengan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) bagi

mencari pelapis pengusaha tembaga dan melalui YDSM juga telah ditubuhkan

satu persatuan iaitu Persatuan Tembaga Terengganu bagi memudahkan

penyelarasan pengurusan tembaga. Bagi industri bot, rumah bot di Tasik

Kenyir, perusahaan bot candat sotong sebagainya adalah kita akan

Page 94: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

88

bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan Negeri bagi mengadakan promosi

dan trade show. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Sejauh

manakah keberkesanan program-program yang dimaklumkan oleh Yang

Berhormat tadi dan apakah indikator keberkesanan tersebut. Macam mana kita

nak menilai program itu ataupun sesuatu projek itu berjaya ataupun tidak?

Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Terima Kasih ADUN Wanita. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini

sejujurnya kita masih belum kelihatan hasil keberkesanan kerana kami di

peringkat YPU sendiri masih dalam pelaksanaan program-program untuk

memastikan perkara itu berjaya dan dapat hasil yang lebih baiklah. Tapi, untuk

makluman Yang Berhormat, di peringkat YPU, kami sedang merealisasikan

definisi sebenar usahawan di mana kalau sebelum daripada ini agak narrow

down dengan izin, definisi usahawan itu hanya kepada perusahaan-perusahaan

PKS sahaja dan saya melihat perkara ini perlu dikembangkan kepada sektor-

sektor lain merentasi beberapa portfolio, EXCO sendiri. Contoh yang saya

jelaskan ataupun yang saya ambil sebagai kes study iaitu kalau sebelum pada

ini, bila datang kepada YPU, yang berkaitan dengan pelancongan kita akan

terus serah kepada EXCO Pelancongan. Begitu juga dalam sektor pertanian dan

penternakan. Sebenarnya, kita di usahawan sepatutnya merangkumi ada

perkara-perkara sedemikian dan kita telah buat satu town hall YPU dengan

inisiatif unit YPU, kita telah buat town hall, kita panggil player-player travel-

travel agensi ni, kita bertanya kepada mereka sebenarnya apakah kehendak

mereka terhadap keusahawanan ini dan mereka memberi contoh yang jelas.

Contohnya bagi mereka, dia kata, kalau kita pergi kepada pelancongan tidak

dapat bantuan-bantuan kecil. Contoh yang diberikan snorkelling set, kalau di

pulau-pulau sekarang ini ataupun di pantai-pantai, snorkelling set itu satu

keperluan dan mereka-mereka ini, agensi-agensi pelancongan ini perlukan

bantuan itu dan harga dia sebutkan pada saya satu snorkeling set itu harga

RM120. Kalau dia perlukan 40 ataupun untuk sebuah bas, maknanya dia

perlukan modal lebih kurang RM5,000.00 ataupun hampir RM6,000.00. Ini

memerlukan satu bantuan tapi kalau dia datang ke YPU, kita tengok dalam

sektor pelancongan, kita terus bagi pergi kepada EXCO Pelancongan, perkara

ini tidak ada di dalam kategori bantuan di peringkat pelancongan. Jadi, di

situlah kita sedang merangka semula definisi ini supaya usahawan itu dilihat

Page 95: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

89

lebih menyeluruh. Tapi kita tidaklah memberi bantuan yang core. Contoh, kalau

nak bela lembu, kita tak bagilah bela lembu, itu kosnya. Tapi, mesin untuk

membela lembu yang significant ataupun yang downstream daripada perkara

tersebut. Jadi, perkara inilah selepas kita mendefinisikan semula keusahawanan

ini …..

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang di-

Pertua, penjelasan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, sila.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Mesin

bela lembu ke mesin proses makanan lembu?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ada pencelahan.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Mesin

bela lembu ke mesin proses makanan lembu?

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Ya, silap. Mesin proses makanan lembu. …..(Dewan gelak) …..

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Macam sebut

masak nasilah, lebih kuranglah tu, faham sendirilah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Teruskan, teruskan.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Terima kasih. Okey, jadi, itulah selepas daripada kita mendefinisikan

usahawan ini, insyaAllah daripada tahun hadapan kita cuba dapatkan bajet-

bajet yang tertentu dan kita akan realisasikan dan insyaAllah selepas pada itu,

kita akan lihat hasil keberkesanan dia, insyaAllah. Sekian.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua: Kami

ucapkan tahniah kepada Yayasan Pembangunan Keluarga khususnya kerana

mengambil langkah yang sangat baik untuk meningkatkan industri kecil yang

melibatkan pelancongan dan saya juga ingin sedikit penjelasan. Sebenarnya,

Page 96: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

90

dalam pakej rangsangan ini, berapakah nilai pelaburan yang disasarkan serta

berapakah jumlah peluang pekerjaan yang bakal dihasilkan? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Terima kasih kepada ADUN Wanita. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan

dengan soalan tadi itu, berkenaan dengan nilai pelaburan dan peluang

pekerjaan. Saya cuba menjawab dalam ruang lingkup keusahawanan dan

mungkin dalam bidang sumber manusia, cuma dari segi pelaburan itu, saya

rasa mungkin kalau ada tambahan daripada EXCO Pelaburan, lebih baik.

Langkah-langkah bagi untuk meningkatkan industri ini, kita lebih pada nak

exposekan mereka-mereka ini kepada peluang-peluang yang ada. Kita

pertamanya, kita berikan peluang kepada mereka untuk mengikuti kursus-

kursus ataupun kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak YPU ataupun PEUTER

sendiri dalam meningkatkan pemahaman mereka kepada sektor yang mereka

ceburi, di mana juga kita menggalakkan mereka ini menyertai ekspo-ekspo di

peringkat dalam negeri dan luar negeri untuk membuka minda mereka dengan

perkara tersebut.

Yang seterusnya, bagaimana untuk kita menyedarkan mereka ini dengan

mewujudkan bantuanlah, bantuan baru untuk menggalakkan lagi kepada untuk

menghasil, mereka kena lebih maju dan dengan itu, akan menghasilkan

peluang pekerja yang lebih baik dan kita di YPU ini lebih kepada membantu

setakat ini. Kita membantu dari segi khidmat nasihat dan bantuan kewangan.

Dan alhamdulillah, rentetan daripada itu, kerjasama baik antara agensi-agensi

PEUTER ini, kita dengan salah satu agensi PEUTER adalah SME Corp bersetuju

untuk memberikan bantuan perniagaan kepada golongan ini yang berjumlah

lebih kurang dalam RM2.5 juta dan insyaAllah bantuan ini akan dilancarkan

pada bulan Ogos ataupun awal September nanti, insyaAllah.

Berkenaan dengan jumlah pekerjaan yang bakal diwujudkan, jumlah ini satu

benda yang subjektif lagi apabila setakat ini saya tidak ada jawapan yang

tuntas berkenaan dengan perkara tersebut, cuma anggaran kita setiap kalau

segi pelancongan kita tengok ada potensi yang besar kerana kita terkenal

dengan negeri pelancongan, apabila kita perkasakan sektor ini kita akan dapat

menyediakan peluang pekerjaan yang besar. Begitu juga kalau di peringkat

tembaga, yang hampir kita katakan hampir pupus sekarang ini, kita galakkan

kembali contohnya related dengan tembaga adalah batik cetak di mana bingkai

batik cetak itu adalah daripada tembaga dan kos untuk buat batik cetak ini

agak tinggi dan kita di YPU memberi bantuan khusus kepada pengusaha-

Page 97: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

91

pengusaha batik cetak yang nak mengusahakan batik cetak tu kita ada bantuan

khusus untuk menyedia dan membeli blok- blok itu daripada tembaga. Jadi

itulah kesinambungan daripada apabila kita galakkan tu akan mewujudkan

peluang-peluang pekerjaan kepada sektor-sektor yang disebutkan. Terima

kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih, Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput ADUN Tepoh untuk kemukakan soalan.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Yang di-

Pertua, boleh celah sikit?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Panjang dah Yang Berhormat?

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Sikit jer,

boleh?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ringkas sahaja.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Terima kasih

Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan perbincangan yang tadi, cuma saya rasa

kita bukan sahaja perlu kepada menguatkan proses ataupun pengeluaran

produk seni ataupun tradisional ini, kita pihak Kerajaan juga perlu melihat

kepada bagaimana nak merangsang permintaan. Contoh, umpamanya Perdana

Menteri yang kelima, isteri dia bekas Perdana Menteri yang kelima, kita dulu

pakaian batik dah tenggelam tetapi suatu ketika apabila pakaian batik ini ia jadi

sudah keperluan pada hari Khamis orang pakat pakai batik belaka dan menjadi

peraturan, jadi batik menjadi hidup balik. Jadi begitu juga dengan industri kita

yang lain tradisional yang lain kalau kita ada suatu perancangan yang rapi

merangsang permintaan kepada produk ini contohnya, Kerajaan menggaris-

pandu cenderamata-cenderamata yang diberi kepada majlis-majlis

menggunakan produk tradisional dia akan merangsang. Kalau tidak ada garis

panduan dia akan kekal macam tu, kita sedia produk banyak tapi tidak ada

permintaan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI MMOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Terima kepada ADUN Bandar. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Page 98: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

92

ya, terima kasih satu cadangan yang diberikan dan kita di peringkat usahawan

ada idea tersebut untuk menekankan kembali pemakaian khususnya pada hari

Khamis pakaian batik untuk merangsang pakaian batik. Cuma kita melihat

secara detail lagi, pemakaian itu kerana pengusaha industri batik sendiri datang

jumpa kita menyatakan bahawa banyak daripada batik-batik dari luar, daripada

Indonesia daripada India yang datang masuk ke dalam negara kita. Jadi

sebelum kita nak galakkan itu, kita nak buat dulu satu garis panduan supaya

kita lancarkan kempen itu boleh betul-betul memanfaatkan usahawan kita

insyaAllah. Dan di samping itu, untuk merangsangkan permintaan ini, saya

secara tidak rasmi saya telah berjumpa dengan EXCO Usahawan Selangor

kerana permintaan kita mungkin terbatas, kalau kita boleh bawa barang-

barang, produk-produk kita ke Negeri Selangor di mana di sana permintaan

agak tinggi untuk kita jadikan hub kita di sana. Kerajaan Selangor, melalui

EXCO Usahawan Selangor menyambut baik hasrat kita dan insyaAllah kita akan

mulakan langkah-langkah ke arah itu. Wallahu a'lam.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih, Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tepoh.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-

Pertua, soalan saya nombor satu -

Berapakah jumlah terimaan wang oleh Kerajaan Negeri

Terengganu berdasarkan peruntukan perlembagaan

daripada pihak Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018 dan

Jun 2019 dan berapakah pula jumlah hutang Kerajaan

Persekutuan yang masih belum dijelaskan kepada Kerajaan

Negeri sehingga Jun 2019?

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Assalamu’alaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Wakil Tepoh yang

mengemukakan soalan yang penting dan menarik minat ramai di kalangan

Kepimpinan Negeri dan juga rakyat Negeri Terengganu. Soalan ini ada dua

kompenan. Yang pertama ialah berapakah terimaan wang oleh Kerajaan Negeri

Terengganu berdasarkan Peruntukan Perlembagaan daripada pihak Kerajaan

Persekutuan bagi tahun 2018 dan sehingga Jun 2019? Dan komponen yang

kedua pula ialah berapakah pula jumlah hutang Kerajaan Persekutuan yang

masih belum dijelaskan kepada Kerajaan Negeri sehingga Jun 2019?

Page 99: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

93

Ingin saya jelaskan bahawa jumlah terimaan wang oleh Kerajaan Negeri

Terengganu berdasarkan kepada Peruntukan Perlembagaan daripada pihak

Kerajaan Persekutuan adalah merangkumi enam pecahan yang berjumlah

RM295,965,711.22 bagi tahun 2018 dan RM180,171,669.00 sehingga Jun 2019.

Berdasarkan kepada perincian berikut: Yang pertama, Pemberian-pemberian

Mengikut Hitung Kepala untuk tahun 2019 adalah berjumlah RM19 juta. Yang

kedua, Pemberian Pertumbuhan hasil 2018 berjumlah RM16.67 juta. Yang

ketiga, pemberian 50% Perbelanjaan Mengurus Jabatan di bawah Senarai

Bersama sebanyak RM50.3 juta. Yang keempat, Pemberian Tahap

Pembangunan Ekonomi 2018 berjumlah RM27.735 juta. Yang kelima,

Pemberian Caj Perkhidmatan Projek Persekutuan berjumlah RM10.5 juta untuk

tahun 2018 dan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri atau

MARRIS yang berjumlah RM171.6 juta pada tahun 2018.

Komponen yang kedua dalam soalan ini adalah bedasarkan merujuk kepada

hutang Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Ingin saya jelaskan

bahawa berdasarkan kepada penyata Memorandum di dalam Penyata

Kewangan Negeri, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hutang dengan

Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, terdapat bayaran balik yang masih

belum dijelaskan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri atau

dalam bahasa orang pada rakyat kita, hutang jugalah. Cara sebutannya yang

berbeza dalam bahasa kita kepada rakyat masih lagi hutang yang berjumlah

RM1.65 bilion sebagaimana pecahan berikut:-

i) Bayaran balik Pembinan Lebuh Raya Pantai Timur LPT 2 -

Berdasarkan surat yang diterima daripada Kementerian Kewangan yang

bertarikh 15 Mac 2018 yang berjumlah dengan jumlahnya RM1.4315

juta.

ii) Bayaran balik Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP)

Berdasarkan Minit Mesyuarat Dana Khas Kerajaan Persekutuan Bil. (1)

Tahun 2012 yang bertarikh 15 Januari 2012 dengan jumlah RM220 juta.

Jumlah sebenar yang penggunaan wang Kerajaan Negeri bagi

pembinaan LPT 2 adalah sebanyak RM1.85 bilion. Jumlah yang telah

disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi

melunaskan pembayaran ‘code uncode’ hutang tadi sehingga Jun 2019

adalah berjumlah RM418,500,000,00. Oleh yang demikian, baki yang

belum dilunaskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

Page 100: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

94

bagi pembinaan LPT 2 adalah sebanyak RM1,431,500,000.00.

Manakala bagi bayaran balik Dana Khas Kerajaan Persekutun yang

dipersetujui melalui Keputusan Jemaaah Menteri dan Mesyuarat DKKP

Bil. (1) pada tahun 2012 yang telah diadakan pada 15 Januari 2012,

jumlah keseluruhan bayaran balik DKKP adalah sebanyak

RM2,169,898,400.00 di mana setiap tahun Kerajaan Negeri

menerima bayaran balik DKKP berjumlah RM220 juta bermula tahun

2011 dan akan berakhir pada tahun 2020.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Kerajaan Negeri masih belum menerima

bayaran tersebut yang hanya berbaki untuk tahun 2019 dan juga 2020. Untuk

tahun 2019, dengan merujuk kepada surat yang dihantar oleh Kementerian

Kewangan kepada Kerajaan Negeri bertarikh 28 Februari 2019, Menteri

Kewangan menyatakan penangguhan bayaran tersebut. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Rhu

Rendang yang telah memaklumkan kepada kita berkenaan dengan terimaan

wang untuk Kerajaan Negeri Terengganu. Soalan tambahan saya yang

pertama: Berapakah jumlah hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat dan

dengan pemotongan 25% wang petroleum seperti yang telah disebut sebelum

daripada ini, sehingga bilakah pemotongan ini berlaku dan boleh dilangsaikan

keseluruhan hutang tersebut? Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih di atas soalan

tambahan Yang Berhormat Tepoh. Jumlah pemotongan pinjaman Kerajaan

Negeri kepada Kerajaan Persekutuan adalah yang sebanyak 25% daripada

DKKP ini, telah dipotong sebanyak dua kali iaitu pemotongan pertama terimaan

baki DKKP bagi tahun 2018 dengan pemotongan berjumlah RM64,388,360.00.

Dan pemotongan yang kedua bagi pemotongan terimaan DKKP tahun 2019

iaitu dengan pemotongan sebanyak RM189,036,668.00 dan jumlah keseluruhan

yang dipotong daripada DKKP bagi Kerajaan Negeri Terengganu bagi

melunaskan pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan adalah

sebanyak RM253,425,028.00. Kita menjangkakan bahawa dengan pemotongan

25% terhadap DKKP yang diterima oleh Kerajaan Negeri, baki hutang yang

pada waktu ini adalah berjumlah RM481,236,930.60 akan berakhir kurang

daripada dua tahun. Walaupun begitu, kita mengambil pendekatan berbincang

dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan, supaya kadar

25% pemotongan terhadap DKKP bagi melunaskan hutang Kerajaan Negeri ini

Page 101: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

95

dikaji semula dan kita telah beberapa kali cuba berunding tetapi tidak ada

ketetapan sehingga kini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, penjelasan. Yang pertama, saya ingin tahu iaitu

bayaran yang diberi balik, dipotong kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM418

juta. Pertama, Kerajaan Pusat ambil duit kita untuk LPT 2 - RM1.850 bilion dan

katanya, kita dah terima balik RM481 juta. Senaraikan apakah bentuk

penerimaan balik itu, ada projek ke, atau peruntukan?

Yang kedua, bagi saya Kerajaan Pusat berlaku tidak adil terhadap kita, kerana

yang sepatut dibayar RM220 juta dah dua tahun tak bayar, jadi RM440 juta.

Patut setiap Januari dia bayar, dia hantar surat ke kita supaya minta tangguh

tetapi yang kita dia candat, 25%. Saya minta supaya kalau boleh, Kerajaan

Negeri boleh berunding sekali lagi iaitu kita one shot habiskan. Hutang kita

masih baki katakan dalam RM400 juta lebih. Duit kita ada dengan dia lebih

kurang RM1.8 bilion lagi, RM1.6, RM1.8 bilion, okey tolak sekaligus, yang lebih

bagi kita barulah fair. Okey, you ambik RM400 juta lebih. Yang kita RM1.8 tu

tolak, tinggal RM1.4 bayar one shot. Kalau itulah cara untuk menyelesaikannya.

Kalau dia nak main hutang sangat. Dia berhutang tapi dia malu nak sebut.

Macam Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut tadilah, yang kita dia panggil

hutang, bahagian hak dia, dia tak panggil hutang.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat, jelas dah tu.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Pelik, jadi saya

mintalah supaya dapat dirundingkan semula, demi kepentingan rakyat

Terengganu. Kalau tidak kita, macam saya sebut dululah dalam Dewan ni, kita

shortage tahun ni RM600 juta daripada bajet kita. Nak cari mana kita. Terima

kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila…sila, Yang Amat Berhormat.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang di-Pertua, terima kasih

kepada Wakil Kijal. Memang antara option yang kita berikan, kita lontarkan

kepada pihak Kerajaan Persekutuan adalah untuk accept dengan hutang

daripada Kerajaan,‘code uncode’ hutang daripada pihak Kerajaan Pusat kepada

Kerajaan Negeri, boleh set terus daripada baki hutang kita dan mereka hanya

perlu membuat pembayaran kepada baki yang tinggal lebih kurang RM1.4 bilion

Page 102: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

96

tadi. Itu antara option yang telah kita nyatakan kepada mereka tetapi sehingga

kini belum ada keputusan di pihak Kerajaan Pusat.

Dan juga, soalan yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada

Kijal tadi adalah jumlah yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan

kepada Kerajaan Negeri sehingga Jun 2019 adalah berjumlah

RM418,500,000.00 untuk tiga projek utama iaitu yang pertama, Naiktaraf Jalan

Marang ke Awana Kijal yang berjumlah RM118,500,000.00. Yang kedua,

bayaran pendahuluan yang tidak dibayar balik sejumlah RM200 juta. Dan yang

ketiga ialah pembinaan Rumah Mampu Milik berjumlah RM100 juta dengan

memberikan keseluruhan totalnya RM418,500,000.00. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima Kasih kepada Yang Amat

Berhormat Menteri Besar. Ada soalan tambahan lagi?

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):

Ada satu lagi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

balik ke tempat kita ini, dalam suasana yang tidak menentu dengan kewangan

yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi, kita

juga dimaklumkan berlaku beberapa perkara yang agak terbeban untuk

Kerajaan Negeri iaitu kita akan memulakan proses bayaran bertangguh dan

bayaran berjadual yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri pada hari ini.

Oleh kerana itu, saya pohon Yang Amat Berhormat dapat menyatakan

berapakah jumlah pembayaran bertangguh dan bayaran berjadual yang telah

pun dimeterai kepada pihak-pihak kontraktor yang terbabit bermula daripada

tahun ini? Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada Yang

Berhormat Tepoh. Memang ini antara perkara yang menjadi komitmen pihak

Kerajaan Negeri untuk meneruskan apa yang disebut sebagai deferred payment

dengan izin dan scheduled payment kerana projek-projek yang dirangkakan

dan sedang berjalan dan telah siap itu adalah projek yang memberi

kepentingan kepada rakyat secara keseluruhannya. Terdapat dua projek yang

terlibat dalam kategori deferred payment dengan izin, dan empat projek di

bawah scheduled payment, dengan izin. Kos untuk enam projek ini adalah

berjumlah RM2.966 bilion dan telah terdapat projek yang perlu dibayar bermula

daripada tahun 2016 sehingga pembayaran terakhir pada tahun 2032. Untuk

rekod, izinkanlah saya menyebut beberapa keperluan peruntukan bagi

pembayaran kerana ini antara perkara yang selalu disalahtafsir di peringkat

Page 103: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

97

Persekutuan bahawa kononnya kita apabila diberikan, apabila kita menerima

DKKP, maka selalu disebut di belakang-belakang bahawa kita memperolehi duit

itu dan kita boleh berjoli sakan. Saya ingin tegaskan bahawa apa yang

keperluan yang perlu kita laksanakan dengan DKKP itu pelbagai termasuklah

projek-projek yang masuk dalam kategori deferred payment dan scheduled

payment. Bermula daripada tahun 2016 untuk projek keseluruhan RM2.966

bilion tadi, Kerajaan Negeri perlu menyediakan pembayaran sebanyak RM70

juta. Manakala ianya akan meningkat pada 2018 pada RM101.2 juta dan pada

tahun ini, sebanyak RM156.57 juta dan akan terus meningkat sehingga sampai

ke peaknya ataupun puncaknya pada tahun 2021 dengan pembayaran

sebanyak RM387 juta, lepas itu akan berkurang sehinggalah pembayaran yang

terakhir untuk tempoh 2026 hingga 2031 sebanyak RM108.82 juta setiap tahun

dan bayaran terakhir pada tahun 2032 sejumlah RM45.40 juta.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih pada Yang Amat

Berhormat Menteri Besar, tanpa prejudis kepada soalan-soalan lain saya fikir

semua pihak dapat satu gambaran jelas berhubung dengan kedudukan

kewangan negeri sama ada peringkat Ahli Yang Berhormat, peringkat para

pegawai dan juga rakyat keseluruhan. Seterusnya saya jemput Wakil Batu

Burok.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):

Yang Berhormat Yang di-Pertua soalan saya nombor satu -

Apakah perkembangan terkini projek memperdalamkan

Pelabuhan Chendering?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat

Yang di-Pertua Dewan, terima kasih Yang Berhormat Batu Burok yang

mengajukan soalan berkaitan dengan perkembangan terkini projek

memperdalamkan kawasan Pelabuhan Chendering.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, masalah utama Pelabuhan Chendering ialah

pemendapan pasir yang mengakibatkan air jadi cetek dan menyukarkan bot

untuk berlabuh terutamanya bot laut dalam Kelas C2. Dan breakwater dengan

izin, atau benteng pemecah ombak yang sedia ada telah dilepasi oleh ombak

bila ada mendapan pasir mengakibatkan benteng pemecah ombak tu jadi

rendah dan kecetekan pelabuhan ini dia mengakibatkan pemilik bot

terutamanya Kelas C2 terpaksa mengalihkan operasi mereka sama ada ke Tok

Page 104: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

98

Bali di Kelantan ataupun Pelabuhan Perikanan Kuantan di Pahang. Saya

kemukakan kepada Dewan statistik ringkas bagaimana penurunan jumlah

pendaratan ikan dalam metrik tan. Untuk tahun 2016 jumlah pendaratan ikan di

Pelabuhan Chendering 4,826 metrik tan menurun secara mendadak pada tahun

2017 kepada 2,170 metrik tan sahaja. Ada sikit kenaikan pada 2018 kepada

2,700 metrik tan lebih kurang dan untuk enam bulan pertama bagi tahun 2019

hanyalah sekadar 540 metrik tan sahaja.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Mesyuarat Portfolio Pertanian, Industri Asas

Tani dan Pembangunan Desa pada 21 Mei baru ini telah mendapati bahawa kos

untuk mendalamkan dan menaiktaraf Pelabuhan Chendering memerlukan kos

yang agak besar sebanyak kira-kira RM23 juta di luar daripada kemampuan

kewangan Kerajaan Negeri buat masa ini. Maka sehubungan dengan itu,

cadangan telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk buka tawaran bagi

pengalihan pasir kepada pihak-pihak yang berminat dengan syarat kajian

hidrologi disempurnakan terlebih dahulu oleh JPS dan juga kajian struktur

pelabuhan disempurnakan oleh pihak JKR. Jadi melalui langkah yang diambil ini

kos kepada Kerajaan Negeri akan dapat dijimatkan dan dalam masa yang sama

boleh menambah hasil negeri dalam bentuk cukai pengalihan pasir. Terima

kasih.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):

Soalan tambahan saya yang pertama: Bolehkah Yang Berhormat Jabi nyatakan

dari segi timeline kepada perancangan-perancangan yang dibuatkan tadi?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dari segi untuk nak

mendalamkan Pelabuhan Perikanan Chendering, timeline kita sebelum daripada

musim tengkujuh ini kerja-kerja mendalamkan perlu dimulakan terutama bila

kita melihat kepada trend penangkapan ikan dan bot-bot yang mendarat di

Pelabuhan Chendering biasanya dia akan meningkat sekitar bulan 9 dan bulan

10 ketika itu biasanya hasil tangkapan ikan lebih tinggi daripada biasa.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):

Soalan tambahan yang kedua, yang pertamanya saya ucap terima kasih kepada

pihak Kerajaan yang telah memikirkan inisiatif-inisiatif untuk kita memajukan

balik Pelabuhan Chendering yang kita tahu masalah-masalah yang telah

dinyatakan tadi sehingga saya menerima aduan banyak daripada nelayan-

nelayan kita Pelabuhan Chendering sekarang ini sudah tidak bau hanyir, bau

wangi kerana ikan tidak banyak diturunkan di situ. Jadi soalan tambahan saya

yang kedua: Apakah Kerajaan memikirkan perancangan-perancangan lain untuk

Page 105: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

99

kita memajukan balik Pelabuhan Chendering ini di samping apa yang

disebutkan tadi?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Sebelum itu Yang

Berhormat Yang di-Pertua, suka saya maklumkan bahawa Pelabuhan

Chendering ini sebenarnya berada di bawah seliaan LKIM atau seliaan Kerajaan

Pusat tetapi oleh kerana yang mengambil manfaat ialah rakyat negeri kita dan

kita terpaksa mengambil tindakan apabila dia tidak ada satu tindakan drastik

daripada pihak Kerajaan Pusat untuk mendalamkan dan juga menaiktaraf.

Infrastruktur-infrastruktur lain di antara yang menjadi sungutan nelayan seperti

kilang air batu yang tidak mampu memberikan bekalan yang mencukupi kepada

nelayan dan kita dah turun bincang dengan pihak Persatuan Nelayan, kalau

boleh saya simpulkan dia timbul isu macam mana dulu ayam dengan telur?

Orang kilang air batu kata kita nak buat macam mana kilang kita bot tak ada.

Bot kata kami nak mari air batu tak ada. Jadi dia jadi saling berkait di antara

satu sama lain tapi secara kesimpulan boleh kita putuskan core business di

Pelabuhan Perikanan Chendering ialah ikan, jadi bila ikan mendarat yang lain-

lain itu akan dengan sendirinya boleh dimajukan sama ada kilang air batu,

kantin, chalet dan kemudahan-kemudahan lain yang akan boleh dimajukan bila

Pelabuhan Chendering kembali bau hanyir sebagaimana yang diistilahkan oleh

Yang Berhormat Batu Burok. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada Yang Amat

Berhormat Menteri Besar, Ahli Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara

Sidang ini sehingga pukul 11.00 pagi.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.40 PAGI.

Page 106: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

100

PUKUL 11.10 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat

Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung

semula. Kita masih lagi dalam sesi soal jawab Soalan Lisan, sebagaimana yang

saya janjikan dalam ucapan kelmarin, sekarang saya persilakan Wakil Sura

untuk mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Ahli-ahli

Yang Berhormat, Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu –

Bagi mewujudkan suasana persekitaran yang bersih dan

sihat, apakah mekanisme yang digunakan Pihak Berkuasa

Tempatan dalam pemerkasaan aspek ini?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan

Page 107: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

101

Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan, para Pemerhati yang dikasihi

sekalian. Wakil Sura ingin tahu, bertanya: Bagi mewujudkan suasana

persekitaran yang bersih dan sihat, apakah mekanisme yang diguna, yang

digunakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memperkasakan aspek ini?

Pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mencapai objektif kita di bandar

yang ceria, yang gembira, kita mengamalkan Konsep 6K1P iaitu Kebersihan,

Kesihatan, Keindahan, Keceriaan, Keselamatan, Kesedaran Dan

Penguatkuasaan. Untuk makluman Ahli Dewan, Ahli Yang Berhormat dan para

Pemerhati sekalian, kalau saya sebut tajuk macam tu, mungkin tak berapa

jelas, jadi supaya jelas kita pergi satu-satu:

‘K’ yang pertama - Kebersihan ini melibatkan tiga aktiviti utama iaitu kutipan

sampah tong sampah awam, pembersihan kawasan atau potong rumput dan

sebagainya dan juga kutipan sampah dari rumah ke rumah, ini memang

merupakan core business dengan izin, yang utamalah bagi PBT kita. Kutipan

sampah dibuat sebanyak dua kali sehari, pada keadaan biasa dan bila pada

keadaan tertentu, musim perayaan dan sebagainya dengan kawasan-kawasan

yang agak padat penduduk kita buat tiga kali sehari. Juga untuk memastikan

tong-tong sampah kita itu, taklah berbau sangat, tong sampah awam jugak

dibasuh, dibersihkan dan juga kita ada juga untuk kebersihan ini yang topik

utama juga ialah tentang kebersihan tandas-tandas awam. Ini kita ada buat

gred, bintang tandas-tandas awam kita untuk memastikan ia mencapai tahap

kebersihan yang kita kehendaki.

Dari segi kesihatan ‘K’ yang kedua - melibatkan aktiviti pencegahan dan

kawalan penyakit berjangkit serta vektor. Vektor ini nyamuk, lalat dan

sebagainya. Ini sangat penting sebab itu ada buat pemeriksaan untuk

mendapat lesen perniagaan makanan khususnya kita ada buat pemeriksaan

iaitu cucuk ubat untuk mencegah ataupun mengawal pengendali-pengendali

makanan ini daripada mempunyai penyakit berjangkit yang boleh berjangkit

kepada pelanggan-pelanggan melalui makanan atau minuman yang disediakan.

Juga ada kawalan mutu makanan, mutu makanan yang dijual oleh pengendali

makanan, selepas itu buat spot-check mungkin jual makanan basi yang boleh

menyebabkan berlaku food poisoning keracunan makanan dan sebagainya, itu

tanggungjawab kita bagi memastikan rakyat kita dan pelancong-pelancong

datang ke Terengganu ini, datang balik, datang sihat balik jadi tak sihat, kerana

makan makanan yang tidak dikawal, itu ada unit kita mengawal mutu makanan

kita.

Page 108: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

102

Yang ketiga, ialah menjaga keindahan, keindahan ini disebabkan tanaman

pokok-pokok hiasan, landskap di atas pembahagi jalan, di pulau dan taman-

taman awam. Banyak kerja PBT.

Yang keempat, bukan sahaja indah dan keceriaan itu dengan mengecat semula

bangunan-bangunan lama, mewarna-warnikan gerai majlis, lampu-lampu

hiasan dan juga menyeragamkan, kita memang hasrat kita nak

menyeragamkan warung-warung kita ini supaya teratur dan juga ceria tapi

juga ada halangan-halangan yang tertentulah tapi di dalam usaha

meningkatkan keadaan keceriaan premis-premis di seluruh Negeri Terengganu.

Juga tidak ketinggalan mengecat lori sampah dengan motif mural yang dengan

warna yang ceria, walaupun sampah, kita cat dengan mural-mural yang

menarik.

Yang kelima dari segi keselamatan, dengan menempatkan semula gerai-gerai

penjaja di tepi jalan yang boleh membahayakan lalu lintas. Ini kita mintak

kerjasama bukan sahaja pada pengusaha-pengusaha gerai-gerai, supaya

tidaklah membina gerai di rezab jalan yang boleh mendatangkan bahaya

kepada pengguna jalan raya, ialah kadang-kadang terpaksa jugak

penguatkuasaan bagi mengelakkan tumbuh gerai-gerai haram ini di jalan-jalan

utama khususnya. Juga kepada kita semua yang sama ada yang ada di dalam

Dewan atau di luar Dewan bekerjasama, kalau nak beli makanan di gerai pun,

parkinglah di tempat yang selamat, jangan kira nak mudah jer parking atas

jalan. Bukan sahaja membahayakan kita sendiri tapi boleh menghalang laluan

orang lain yang nak cepat kadang-kadang takut terlanggar, ataupun terbabas,

mungkin yang boleh membawa kepada kecederaan yang parah ataupun maut

sekali, itu kadang-kadang ialah bila kita buat penguatkuasaan perkara ini, ada

yang tidak setuju sedangkan kita sudah buat kajian bahawa perkara itu perlu

dikuatkuasakan supaya tidak membahayakan nyawa pengguna-pengguna jalan

raya dan juga kepada pengendali-pengendali gerai-gerai tersebut.

Juga kita menempatkan dan menukarkan tong sampah dengan yang lebih

bersesuaian di tempat yang selamat di tepi jalan dan sesuai dengan tempat

dan keluasan jalan tersebut. Juga memastikan lalu lintas bandar-bandar kita

lebih tersusun, walaupun kita lihat memanglah pihak PBT berbagai-bagai

pindaan kita buat untuk pastikan tidak ada kesesakan, malangnya oleh kerana

bandar kita bandar berpusat semua nak mari meniaga di bandar sahaja dan

kita lihat kenderaan masuk begitu banyak tidak cukup dengan parking dan juga

Page 109: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

103

jalan-jalan yang kita ada. Semua ini dalam usaha kita untuk meningkatkan dari

semasa ke semasa tentang keselamatan lalu lintas kita.

Yang keenamnya kesedaran, yang kita buat pelbagai kempen kesedaran

tentang menjaga kebersihan persekitaran kita. Hebahan dan usaha dengan

warga kota, Datuk Bandar giat dilaksanakan bersama-sama dengan PBT kita

dan baru-baru ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah

melancarkan satu Kempen Kebersihan Pantai di Pantai Teluk Ketapang. Itu

menunjukkan bahawa betapa Kerajaan mengambil berat, bukan sahaja pihak

Kerajaan, pihak Duli-duli Yang Mulia Tuanku jugak mencemar duli untuk

memastikan negeri kita ini bersih dan ceria apatah lagi di tempat-tempat yang

boleh menarik pelancongan.

Bila pelancong datang bukan sahaja dapat hasil kepada Kerajaan juga kepada

pengusaha-pengusaha, pengendali-pengendali, warung-warung kita, kedai-

kedai kita dan sebagainya. Jadi sama-sama kita mengambil kesedaran menjaga

kebersihan dapat menarik pelancong dengan lebih ramai maka insyaAllah

keuntungan itu akan kita dapat pada kita semua juga.

Dan yang akhir yang memang orang tak berapa suka, ‘P’ yang terakhir tapi ini

terpaksa juga kita lakukan sekali sekala, dah kita dah buat kempen, kesedaran

sama ada di sekolah ataupun secara umum secara awamnya tapi ada juga

mereka yang degil yang tak patuh pada peraturan-peraturan kita, maka tak

dapat tidak penguatkuasaan juga terpaksa kita jalankan dan mengambil

tindakan pada mereka-mereka yang degil. Antaranya bagi mereka yang buang

sampah merata-rata, tong sampah dah ada masih kosong tapi ambil mudah

di mana dia makan di situlah sampah ditinggalkan. Ini amalan yang patut kita

tinggalkan. Kita buang jauh-jauh, kita ambil sampah itu buanglah di dalam tong

sampah yang disediakan, di merata-rata tempat disedia di tempat-tempat

awam ini.

Juga masalah binatang-binatang berkeliaran juga perlu kerjasama daripada

penternak-penternak kita. Malangnya ada yang menternak, tindakan ini

khususnya musim-musim Raya Haji ini, ada yang menternak di kawasan

perumahan, kalau nak berniaga nak jual untuk korban Raya Haji yang dekat ini,

ini satu cabaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Begitu juga yang menternak

melepaskan ataupun membiarkan binatang berkeliaran yang boleh membawa

pada kemalangan jalan raya. Maka ini, tindakan-tindakan telah dan insyaAllah

akan terus kita ambil tentang penguatkuasaan.

Page 110: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

104

Juga, tentang anjing-anjing liar yang terbiar dan sebagainya dalam proses

ataupun kita memang dari masa ke semasa kita ambil tindakan untuk

memastikan keadaan bandar kita teratur dan bersih. Juga penguatkuasaan

tentang pembuangan sisa-sisa kebun, sisa-sisa binaan di bahu jalan, tempat

awam dan sebagainya. Ini semualah antara inisiatif-inisiatif yang kita jalankan

dari semasa ke semasa untuk memastikan sebagaimana yang disoal oleh Wakil

Sura tadi apakah usaha Kerajaan untuk pastikan persekitaran kita bersih dan

sihat. Terima kasih Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama di mana

Negeri Terengganu kita ini terkenal dengan slogan “Negeri Cantik Budaya

Menarik Rakyatnya Cantik-cantik” tetapi semenjak beberapa bulan yang lalu

kita telah dicemari sedikit suasana ini dengan diviralkan bahawa rakyat

Terengganu ini adalah orang-orang yang tidak tahu menjaga kebersihan

sebagaimana yang diviralkan di persekitaran jambatan Drawbridge kita yang

menggambarkan rakyat kita seolah-olah tidak mengambil berat tentang

kebersihan ini. Jadi persoalannya ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang

Berhormat EXCO sebentar tadi antaranya, ialah aspek kesedaran. Jadi saya

melihat seolah-olahnya pendidikan kita di peringkat sekolah hingga seterusnya

seolah-olahnya menampak kegagalan kita untuk melahirkan masyarakat dan

rakyat yang boleh menjiwai tentang konsep kebersihan ini. Jadi, saya kira perlu

lagi peningkatan kesedaran ini kepada masyarakat kita melalui agensi-agensi

yang ada seperti MPKK, jawatankuasa surau, masjid, jabatan-jabatan supaya

kesedaran terhadap menjaga kebersihan ini suatu perkara yang sangat penting

untuk melahirkan sebuah masyarakat dan juga negeri yang cantik, indah, yang

secara tidak langsungnya menggamit pelancong datang ke negeri kita.

Persoalannya ialah apakah lagi usaha-usaha untuk kita meningkatkan lagi

kesedaran kepada rakyat kita berkaitan dengan aspek kebersihan ini. Terima

kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima

kasih Wakil Sura. Tuan Yang di-Pertua, walaupun ini zaman viral semua orang

nak viral. Kes-kes yang diviralkan antaranya yang buang sampah merata

sebenarnya tidak banyak di Terengganu. Oleh itulah kita walaupun kita tak

puas hati memanglah tidak pernah berpuas hati kita nak meningkatkan lagi

pengurusan kita. Namun begitu, dari segi pentakrifan bandar yang ceria atau

bandar yang gembira untuk didiami, di Terengganu ini masih lagi bandar-

bandar kita ataupun bawah PBT kita mendapat penakrifan yang agak baik

Page 111: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

105

khususnya malalui penarafan MURNInet ataupun Malaysian Urban Rural

National Indicators Network On Sustainable Development. Masih mengarahkan

kita sebahagian besar bandar-bandar kita mendapat markah 90% ke atas dan

Menteri Wilayah telah membuat kenyataan dalam bulan Mac yang lalu

Bandaraya Kuala Terengganu antara kesepuluh bandar raya yang terbaik di

dalam negara kita yang mendapat penarafan 90% ke atas. Kalau nak kira

macam tu maknanya kita dah top ten, bandar-bandar lain masih teruk lagi pada

kita, tapi itulah kita dah puas hati kita ucap tahniahlah pada pihak PBT yang

telah bekerja keras bagi memastikan bandar-bandar kita ini dalam keadaan

yang bersih dan ceria. Jutaan tahniah patutnya tepuk tangan pada PBT kitalah.

….(Tepukan) …. Takpelah meja pun. Dan juga pihak Dungun, Dungun telah

mendapat suatu Anugerah Tandas Terbersih Seluruh Negara baru-baru ini,

inilah kerja-kerja yang dibuat. Dan baru-baru ini pun cerita bulan puasa, bulan

Ramadhan baru-baru ini kita biasalah bulan Ramadhan, Bazar Ramadhan atau

pun jualan lelong dibuat malam raya, malam raya sampai pukul 3.00 - 4.00 pagi

masih lagi orang nak habiskan stok jualan mereka. Maka selepas itu sampah-

sampah tadi diselerakkan begitu sahaja dengan perkara yang kita rasa sedihlah

atas sikap yang disebutkan oleh Sura tadi masih ada lagi, tak ramai tapi masih

ada. Dan pekerja-pekerja kita, Majlis Bandaraya kita khususnya terpaksa

bekerja hingga pagi, hingga subuh sehinggakan mengganggu juga mereka nak

Solat Aidilfitri, nak bersama keluarga di pagi raya walaupun sebelum itu kita

buat pertemuan demi pertemuan minta kerjasama peniaga-peniaga kita supaya

tolonglah paling tidakpun kalau tak mampu nak buang dalam tong sampah, ikat

dalam plastik hitam tu senang diangkat oleh petugas-petugas kebersihan, tapi

tu dia tak berlaku mereka sepahkan saja. Maka dan itulah masa untuk sapu

sampah lagi, nak masuk dalam bekas, nak buang dalam tong sampah dan nak

hantar kepada lori sampah itu perlu satu kerja rugikan masa sebab sehinggalah

akhirnya kerja ini sehingga Solat Aidilfitri pun tak selesai lagi.

Jadi saya haraplah untuk masa-masa yang akan datang kita beri kerjasama

sepenuhnya kepada pihak pekerja-pekerja atau petugas-petugas kebersihan

kita ini sebab yang akan menikmati keselesaan pun kita bersama bila ada tolak

ansur, kesedaran antara rakyat dan juga petugas, insyaAllah bandar raya kita

akan dapat meningkat lagi markah 90 hingga 99% insyaAllah. Memang cita-cita

kita tinggi. Untuk kesedaran ini banyak yang kita telah sebut tadi, antara

kempen-kempen yang dibuat sama ada oleh NGO ataupun oleh Kerajaan

sendiri yang menganjurkan Kempen Kebersihan, juga melalui pendidikan-

pendidikan di sekolah. Memanglah pentarbiahan pendidikan ini memerlukan

masa hendak mengubah manusia, sikap sesuatu perkara yang sungguh, yang

Page 112: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

106

bukan mudah yang perlukan masa yang panjang. Tapi kita berdoalah semoga

anak-anak kita yang akan lahir nanti, yang akan membesar nanti tidak lagi

mengamal sikap-sikap yang tidak berapa baik yang berlaku pada hari ini. Juga

melalui Jabatan Agama melalui khutbah-khutbah Jumaat dimasukkan juga

tentang kepentingan menjaga kebersihan dan sebagainya. Dari segi semua

saluran yang ada kita cuba gunakan. Tapi sebagaimana yang kita sedia

maklum, bagaimana banyak kita buat kempen kesedaran, memang manusia ini

ada yang degil, yang tidak bertanggungjawab itu tetap ada. Ia tidak dapat kita

dinafikan, sebab itu kita di sana ada penguatkuasaan yang kita jalankan dari

masa ke semasa di mana sudah dididik tidak berjaya, maka tiada ada apa yang

boleh kita buat melainkan menggunakan undang-undang untuk memastikan

perkara-perkara yang negatif itu tidak diulangi oleh mereka-mereka yang degil

ini. Sekian.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat. Ini Yang

Berhormat Rantau Abang, panjang dah tadi. Dari segi jawapan EXCO panjang.

Kesian kepada Ahli Yang Berhormat yang lain.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Satu lagi

soalan tambahan. Pendek saja.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Kalau berlingkar dalam isu yang sama

saya ingat cukup dululah.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Bukan,

isu yang lain pula.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ada yang lain pula?

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Isu lain

berkait dengan penguatkuasaan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Soalan tambahan ini atas saya.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Saya nak

dapat penjelasan Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya ingat cukup dulu. Cukup dulu

sebab nak bagi peluang kepada Yang Berhormat lima-enam orang lagi.

Sekarang saya …..

Page 113: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

107

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Bagilah

satu lagi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang saya …..

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang):

Pembetulan, DUN Sura bukan DUN Rantau Abang.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Minta maaf. Minta maaf Yang

Berhormat. Sebelum saya teruskan, Yang Berhormat Wakil Bukit Besi, kelmarin

Yang Berhormat Ladang jawab sekaligus dah kan? Padan dah kan? Ke berasa

macamana? Saya rasa macam cover sekali dah. Kalau kata tak padan saya

persilakanlah. Saya persilakan Wakil Bukit Besi untuk kemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi):

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Memanglah kalau ikut dari segi tentang

mengenai pelaburan ini memang dah luas dah bincang pagi tadi dan kelmarin.

Tapi saya rasa kalau boleh untuk makluman rakyat di luar sana juga untuk

mendapat maklumat-maklumat yang belum lagi dikenalpasti jadi soalan saya

yang satu-satunya itulah -

Sila nyatakan nilai pelaburan swasta yang masuk ke

Terengganu sejak Mei 2018 hingga kini mengikut pecahan

Daerah dan sejauh mana ia telah menyediakan peluang

pekerjaan kepada penduduk tempatan?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat Ladang, kalau ada

tambahanlah. Kalau boleh tidak diulang benda yang sama.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat

Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, Pemerhati serta

pegawai. Kalau ikut tu jadi dah jawapan tu banyak dah, cuma mungkin tidak

catat kot, jadi kita ulang lagi. Ulang itu sebab dia tanya, Bukit Besi tanya: Sila

nyatakan nilai pelaburan swasta yang masuk ke Terengganu, sejak Mei 2018

hingga kini, hingga ke hari ini mengikut pecahan daerah, itu lain sikit, daerah

ni. Jadi saya boleh baca tapi panjang sikit, dan bagaimana dan setakat mana

peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kalau hendak catat saya

bacalah panjang ini. Kemaman sekian, Dungun sekian. Nak dengar yang tu ke?

Ke tak? Ke tak payahlah tak?

Page 114: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

108

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Padan Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Panjang tu, cuma saya boleh ulang, pekerjaan tu memang jumlah

pelaburan RM801 juta, pekerjaan tempoh pendek tu lebih kurang 600 peluang

pekerjaan dan kalau ikut daripada dulu sampai sekarang 2019 ini pekerjaan dia

ada lebih kurang yang kita wujud lebih kurang 7,057 peluang pekerjaan

sehingga Julai ini. Jadi saya ingat tak payah tanya pakai yang tu dah. Ke nak

juga?

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Pecahan tulah.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Pecahan hendak juga. Kemaman RM661,729,087. Saya baca angkalah

senang catat. Kemaman tadi RM661,729,087 macam nombor telefon, Dungun

RM35,797,732. Nak buat benda tak tahu ini.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ini hak dia Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Ya betul. Saya tanya jer hendak buat benda tak tahu. Marang

RM44,24,165, Kuala Terengganu RM15,486,520, Hulu Terengganu

RM49,391,647, Kuala Nerus RM980,000, Besut RM33,73,427. Jumlah angka

besarnya RM801,546,578. Boleh belaka tu? Kalau tidak mintak dengan saya

lepas pada inilah, kita bagi. Okey terima kasih banyak.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Satu lagi sikit

jer. Soalan tambahan saya ialah sebab kalau kita tengok pencapaian kita untuk

dari segi peluang pekerjaan ini, yang kita jangkakan, yang kita anggarkan

20,000 peluang pekerjaan dengan kehadiran pelabur yang dimaklumkan oleh

Wakil Kerajaan iaitu setiap hari pelabur mari. Tetapi itu angka-angka yang telah

diberitahu tadi. Tapi apakah strategi Kerajaan Negeri sebab pencapaian kita itu

tak sampai lagi 20,000. Bila anggaran dari segi kajianlah? Itu soalan sikit.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Saya nak maklumkan juga bahawa peluang pekerjaan ini bukan

hanya di bidang industri, pertanian, keusahawanan dan pelbagai lagi. Yang

sebut ini hanya di sektor industri. Kalau ikut-ikutnya, kalau ikut unjuran kitalah,

kalau unjuran kita sehingga tahun 2024 itu kita akan ada 16,750 orang di

sektor industri saja. Termasuk yang silika nanti kalau ada pelaburan yang

Page 115: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

109

besar. Peluang pekerjaan dijangka 7,200 orang. Jadi kalau nak dapat 20,000

itu mudahlah sahajalah, insyaAllah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua penjelasan, daripada RM600 juta pelaburan

yang akan datang ke Kemaman, apakah industri yang terbesar daripada RM600

juta itu, adakah melibatkan Eastern Steel dari segi pembesarannya atau yang

lain-lain? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil

Ladang): Terima kasih. Ya, sebahagiannya daripada Eastern Steel yang akan

memberikan peluang pekerjaan yang besar sehingga 2,500 orang insyaAllah.

Dia tak berapa nak release lagi sebab dia kata dia Listed Company tak boleh

nak kabo banyak lagi, dia bimbang. Tapi memang Eastern Steel saya dah

melawat hari khamis baru ini dan memang ada pembesaran yang telah dibuat.

Satu lagi ialah tentang pemulihan Kilang Perwaja, dia panggil apa tu Affluent

Oasis tapi ada masalah sikit dengan ini. Dia kata dia hendak melabur RM4

bilion, tapi dia kena bayar hutang-hutang lepas itu dulu, itu syarat kita. Dia tak

bayar habis lagi dan dia cuba alih pula nak jadikan Perwaja itu, nak buat benda

lain. Ini sedang dalam pemerhatian kita dan kita minta supaya dibuat betul-

betul, dia nak apa sebenarnya. Lepas itu baru kita check sebab payah juga, dia

ini sudah beritahu merata buat iklan sampai ke Negeri China, dalam Bahasa

China tetapi sampai kita, bahawa dia hendak buat kilang-kilang untuk copper,

untuk aluminium, untuk plastik dan macam-macam. Dan itu semua tertakluk

kepada kelulusan Federal kebanyakannya. Jadi kita nak tanya dia betul-

betullah, tanya dah tapi tak jawab betul-betul lagi, sungguh ke tak hendak buat

besi Perwaja ini ke buat lolok saja. Jadi itulah cara kita, insyaAllah kita akan

tanya balik dia. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima Kasih Yang Berhormat. Saya

persilakan Wakil Buluh Gading.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima Kasih Yang Berhormat

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1 -

Berapakah jumlah penerima yang menerima manfaat

daripada skim bantuan modal tani Skim Bantuan Modal

Tani dan apakah sektor utama yang menjadi tumpuan

pemohon?

Page 116: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

110

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Assalamu’alaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih Yang Berhormat Buluh Gading yang mengajukan soalan yang berkaitan

dengan jumlah penerima yang telah menerima manfaat daripada Skim Bantuan

Modal Tani (SBMT) dan apakah sektor utama yang menjadi tumpuan

pemohon.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sejak dilancarkan pada 29 Januari 2019,

seramai 106 orang pemohon telah diluluskan permohonan mereka untuk

menerima manfaat daripada SBMT yang melibatkan dana berjumlah RM2.82

juta. Jumlah RM2.82 juta ini sudah melebihi separuh daripada keseluruhan

peruntukan SBMT tahun ini sebanyak RM5 juta yang diperuntukkan untuk

manfaat golongan petani, nelayan dan penternak bagi tahun 2019.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sektor utama yang menjadi tumpuan pemohon

ialah yang pertama, pertanian dengan kaedah fetigasi. Yang kedua,

penternakan yang meliputi penternakan lembu, kerbau, kambing, ayam dan

juga itik. Yang ketiga, penternakan akuakultur sama ada melalui kaedah kolam

ataupun melalui kaedah sangkar dan juga hatchery iaitu pembenihan ikan

khususnya ikan kerapu hybrid. Dan yang keempat, peralatan dan kelengkapan

untuk nelayan. Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) menawarkan kepada rakyat

pinjaman patuh syariah tanpa faedah dengan had pembiayaan sehingga

RM50,000.00. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Apakah

langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh pihak Kerajaan bagi

memastikan SBMT ini benar-benar mampu membantu masyarakat tani,

penternak dan nelayan bagi mengatasi masalah kekangan modal yang dihadapi

oleh mereka? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Yang

Berhormat Buluh Gading. Yang Berhormat Yang di-Pertua, isu utama yang

menjadi fokus kepada Urus

Setia SBMT ialah maklumat daripada kewujudan dana ini perlu sampai kepada

rakyat. Dengan makna rakyat perlu tahu bahawa masalah kekangan modal

yang mereka hadapi untuk memulakan projek dalam sektor pertanian,

penternakan dan perikanan ada dana daripada Kerajaan Negeri. Kerana itulah,

setelah dilancarkan pada 29hb Januari yang lepas, Urus Setia SBMT telah turun

ke serata negeri sebanyak 22 lokasi dalam Program Jelajah SBMT, kita buat

Page 117: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

111

billboard, kita buat siaran media, pemakluman di masjid dan di surau termasuk

juga kita memanfaatkan ruang-ruang yang ada dalam media baru supaya

maklumat ini sampai kepada rakyat. Ini kerana kita belajar daripada

pengalaman DUTA (Dana Usahawan Tani) yang diperuntukkan sebanyak

RM500,000.00 tetapi tidak mampu dihabiskan dalam tempoh masa 3 tahun.

Di antara isu utamanya ialah kerana rakyat tidak pernah dengar perkataan

DUTA, biarlah kelompok masyarakat tani kita dapat maklumat dan mereka

boleh pergi kepada channel-channel yang betul untuk memohon. Yang kedua,

SBMT memperuntukkan bantuan dalam bentuk inkind contribution dengan

makna kita tidak bagi duit tunai tapi kita bagi dalam bentuk barangan

kelengkapan, peralatan, kemudahan untuk memulakan suatu projek. Kerana

kajian kita daripada beberapa kes skim pinjaman mudah yang disediakan oleh

pihak Kerajaan, di antara punca kegagalan ialah salah guna, dalam borang isi

hendak pelihara kambing bila kita bagi duit tunai, tengok rumah dia ada motor

baru. Bukan kita marah rakyat beli motor tapi ia tidak sampai matlamat untuk

kita bantu rakyat kita memulakan projek pertanian. Urus Setia SBMT akan

membekalkan barang-barang yang diperlukan dalam bentuk kelengkapan

peralatan persiapan dan sebagainya sehingga rakyat kita boleh bekerja. Dan

yang terakhir sekali di antara langkah yang kita ambil untuk menjamin kejayaan

SBMT sedaya yang kita mampu ialah pasukan teknikal daripada jabatan-jabatan

berkaitan melakukan lawatan tapak, turun padang, supaya kita pastikan betul-

betul ada tapak untuk nak diusahakan dan pemohon ada keupayaan, ada

kemampuan, ada minat, ada kesungguhan, walaupun mereka ini mungkin tidak

memiliki kertas dan dokumen yang mencukupi yang dia perlukan kalau mereka

nak pergi ke institusi-institusi kewangan untuk memohon bantuan. Bagi pihak

kita Kerajaan Negeri, tak cukup kertas tak apa, tak cukup dokumen tak apa.

Kita permudahkan yang penting rakyat nak berusaha dan mereka bersungguh-

sungguh nak berusaha dan tanggungjawab kita Kerajaan untuk membantu.

Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya mempersilakan Wakil Batu Rakit.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala

wabarakatuh. Saya tengok Yang Berhormat Speaker, tadi ADUN Wanita dok

tengok Yang Berhormat Speaker.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat.

Page 118: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

112

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):

Soalan saya nombor satu –

Adakah Kerajaan Negeri meneruskan peruntukan baikpulih

rumah seperti sebelum ini?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala

wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri

Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai

Kerajaan yang dihormati sekalian. Wakil Batu Rakit ingin tahu: Adakah

Kerajaan Negeri menguruskan peruntukan baikpulih rumah seperti sebelum ini?

Kerajaan Negeri masih lagi meneruskan peruntukan baikpulih rumah bukan

sahaja baikpulih, kita juga menguruskan juga projek kalau dulu dipanggil PPRT

sekarang kita panggil PPTS (Program Perumahan Terengganuku Sejahtera)

yang mana dalam Bajet yang lepas telah diperuntukan sebanyak RM30 juta

untuk 2 program ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):

Soalan tambahan saya: Berapakah jumlah nilai yang diberi dalam ringgitlah

maksud saya kepada setiap penerima?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima

kasih. Setiap pembaikian, baikpulih rumah kita beri maksimum RM11,000.00

untuk sebuah membaikpulih rumah mengikut kriteria RM3,000.00, RM6,000.00

mengikut syarat-syarat ataupun sebanyak mana yang perlu dibaikpulih. Terima

kasih.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):

Soalan tambahan saya, saya mendapat maklumat bahawa ada setengah-

setengah orang mendapat peruntukan lebih kurang RM3,000.00 tetapi dengan

keadaan hari ini, RM3,000.00 ini saya rasa tidak patutlah, tidak padan nak baiki

apa dengan RM3,000.00? Adakah Kerajaan bercadang untuk menetapkan satu

nilai minimum yang sesuai bagi mencapai matlamat bantuan ini? Terima kasih.

,

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Untuk

perhatian Dewan, Tuan Yang di-Pertua, kita letak nilai maksimum RM11,000.00

Page 119: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

113

dan banyak mana diperlukan bergantung pada apa yang kita nak baiki,

baikpulih, itu pegawai kita akan buat penilaian seadil-adilnyalah. Jadi kalau

kata tak cukup itu mungkin kena runding balik dengan pegawai penilai tu

supaya dia boleh ada maksimum sebanyak RM11,000.00. Saya ingat tidak, nak

letak minimum ini payah. Ada yang nak cuma atap 2 keping ataupun dinding

sedikit, itu sudah tentulah kos dia sangat rendah. Kalau yang dinding 4 keping

kita bagi RM3,000.00, saya rasa itu tidak adil juga. Itu untuk makluman Yang

Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):

Siapakah pegawai penilai ini? Saya difahamkan kita tidak mengguna juruteknik

untuk menilai, kadang-kadang kita beri lump-sum begitu jer. Jadi, ialah macam

saya kata tadilah, memang rungutan daripada rakyat yang menerima ini tidak

cukup kadang-kadang nilai yang diberi itu tidak munasabah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Buat

masa ini kita mengguna kaedah yang biasalah ia dinilai oleh pegawai dan

juruteknik dari Pejabat Daerah yang berkenaan. Sebelum pemilihan itu, ada

persetujuan di antara Pejabat ADUN atau Penyelaras DUN dan segala penilaian

dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Daerah yang berkenaan. Saya rasa

sekiranya ada yang tidak berpuas hati atas penilaian ini dan bayaran yang

dibuat kita boleh berunding melalui Pejabat Wakil Rakyat, Pejabat Penyelaras

dan juga Pejabat Daerah yang berkenaan. Saya ingat masalah boleh selesai.

Terima kasih di atas peringatan dan beberapa perkara yang kita memang tidak

sepatutnya berlaku. Kita akan perbetulkan insyaAllah. Terima kasih kepada

Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya persilakan Wakil Kuala Besut.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala

Besut): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua –

Berapakah bilangan GLC yang telah ditutup?

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

kepada soalan daripada Kuala Besut. Soalan yang sangat ringkas tapi sungguh

bermakna iaitu: Berapakah bilangan GLC atau Government Link Company yang

telah ditutup?

Page 120: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

114

Jawapannya ialah jumlah syarikat yang telah ditamatkan operasi di bawah

Kumpulan Terengganu Inc Sdn. Bhd. bagi tahun 2019 ialah dua buah syarikat.

Manakala jumlah syarikat yang sedang proses dibatalkan pendaftarannya

ataupun dalam bahasa mudahnya ialah ditutup juga ialah berjumlah 8 buah

syarikat. Sekian terima kasih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala

Besut): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bila

melibatkan jumlah yang disebutkan oleh pihak Kerajaan tadi, jumlah GLC yang

telah ditutup itu, boleh tak maklumkan kepada kita sebenarnya berapa ramai

kakitangan dan juga staf yang terlibat yang kehilangan pekerjaan apabila GLC

ini ditutup dan adakah pihak Kerajaan telah merancang penyusunan semula

ataupun nak bagi kerja lain pula kepada staf atau kakitangan GLC yang telah

ditutup ini? Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih di atas soalan

tambahan Kuala Besut. Jumlah kakitangan yang terlibat dalam penutupan GLC

dan nasib mereka setakat ini terdapat 32 orang kakitangan yang terlibat dalam

penutupan dua GLC iaitu 17 orang dari Permint Bina Bahan Sdn. Bhd. dan

15 orang dari TI Food Ventures Sdn. Bhd. Di bawah Permint Bina Bahan Sdn.

Bhd. iaitu sebuah syarikat yang merupakan pengeluar bata merah

menggunakan kaedah tradisional, jumlah kakitangan yang telah ditamatkan

perkhidmatan pada Februari 2019 adalah seperti berikut iaitu staf yang

berstatus tetap seramai 5 orang, berstatus sementara seramai 12 orang,

kesemuanya 17 orang. Dan kesemua mereka ini telah diberi bayaran

pemberhentian pekerjaan di mana jumlah bayaran pemberhentian pekerjaan

kepada staf tetap 5 orang itu berjumlah sebanyak RM40,450 dan sementara

berjumlah RM35,539.00 dengan jumlah keseluruhan RM75,989.00. Manakala

yang di bawah TI Food Ventures Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat yang

mengendalikan Outlet Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam Kuala Terengganu,

tarikh akhir operasi outlet adalah pada 15 Julai 2019 baru-baru ini. Manakala

pekerja syarikat yang telah dirasionalisasikan seramai 15 orang itu telah

ditawarkan ke dalam syarikat-syarikat GLC yang lain iaitu 10 orang untuk yang

tetap itu di mana 2 orang telah ditawarkan dengan pekerjaan baru dengan

syarikat lain di bawah Terengganu Inc., satu orang telah ditawarkan pekerjaan

baru oleh EPIC Bhd. dan satu orang lagi telah ditawarkan dalam TI Properties

Sdn. Bhd. Lapan orang yang tetap tadi akan dipinjamkan secondment ke entiti

berikut- Terengganu Inc. - 2 orang, TI Properties Sdn. Bhd. - 2 orang,

Page 121: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

115

Permai Hotel - 2 orang, manakala TD 1303 seramai 2 orang. Manakala 5 orang

staf kontrak, 1 orang ditawarkan pekerjaan baharu dengan TI Properties Sdn.

Bhd. dan 4 orang akan dipinjamkan secondment ke entiti di Permai Hotel

seramai 1 orang dan Primula Beach Hotel seramai 3 orang. Manakala syarikat

yang menguruskan Chicken Cottage iaitu di bawah TI Global Food Management

Limited yang beroperasi di Kuala Lumpur, syarikat ini akan diberhentikan

operasinya pada 31 Julai atau akhir bulan ini, di mana jumlah pekerja yang

terlibat dengan pemberhentian pekerjaan adalah seperti berikut iaitu staf tetap

seramai 6 orang dengan anggaran jumlah bayaran pemberhentian pekerjaan

RM142,000.00

Manakala jumlah GLC lain yang masih dalam penilaian untuk ditutup saya ambil

kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia adalah

antaranya ialah GLC yang domain dan tidak beroperasi yang sedang dalam

proses penilaian sama ada akan mengalami proses winding up dengan izin

atau digunakan sebagai SPV atau Special Purpose Vehicles dengan izin bagi

perniagaan baru yang berjumlah 39 buah syarikat keseluruhannya. Sekian

terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Sekarang saya persilakan Wakil Rantau Abang, cuma saya minta oleh kerana

soalan ini melibatkan banyak sektor dapat diringkaskan jawapannya.

Dipersilakan.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Yang

Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya ialah soalan nombor satu –

Apakah bentuk bantuan Kerajaan dalam usaha memajukan

sektor pertanian, perikanan dan penternakan kepada

pengusaha-pengusaha temaptan Negeri Terengganu?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Yang

Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rantau Abang. Soalan

yang umum dan sebahagian daripada bantuan kepada sektor pertanian,

penternakan perikanan sudah dijawab beberapa kali dalam sesi-sesi yang

sebelum ini dalam jawapan ini saya fokus kepada satu yang belum disentuh

iaitu Pembangunan Tanah Terbiar. Sebagaimana yang kita maklum,

Terengganu mempunyai lebih daripada 10 ribu hektar lagi tanah terbiar dan

sebenarnya kita mempunyai insentif dari segi Pembangunan Tanah Terbiar

Page 122: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

116

sebanyak kadar maksimumnya RM20,000.00 untuk satu hektar yang boleh

digunakan untuk tujuan pembersihan kawasan, penyediaan sistem perparitan,

membeli utiliti sama ada baja, racun, anak pokok dan sebagainya sehinggalah

kepada peringkat pemasaran. Dan untuk tahun 2019, Jabatan Pertanian

memperuntukkan sebanyak RM410,000.00 bagi Program Pembangunan Tanah

Terbiar dan untuk makluman Dewan yang mulia, Bahagian Perancangan

Strategik, Jabatan Pertanian Malaysia memaklumkan bahawa negeri kita

Terengganu memiliki seramai 1,051 orang pengusaha tanah terbiar dan kita

merupakan negeri yang kedua dari segi kejayaan membangunkan tanah terbiar

selepas daripada Negeri Pahang yang memiliki seramai 1,130 orang. Terima

kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Soalan

tambahan saya yang pertama ialah saya nak fokus kepada tanaman nanas MD2

yang menjadi fokus kepada pertanian Kerajaan Negeri terutama sekali kepada

anak muda. Jadi soalan sayanya ialah apakah insentif disediakan yang boleh

membantu penanam nanas variety premium ini?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih sekali

lagi Yang Berhormat Rantau Abang, tanya lepas ini balik kena tanamlah jangan

tanya sahaja. Untuk industri Nanas MD2 itu tadi…..

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Cabaran itu Yang Berhormat. Cabaran

kepada Yang Berhormat Rantau Abang tadi.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Tanam lima pokok

jer dulu takpe. Untuk tanaman Nanas MD2, bantuan kita bagikan kepada dua

kategori. Yang pertama, untuk pengusaha komersial. Pengusaha komersial

sama ada melibatkan orang perseorangan, koperasi, kelompok ataupun syarikat

dengan keluasan maksimum 10 ekar. Jadi untuk pengusaha kategori komersial,

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia menyediakan bantuan dalam bentuk

sulur. Sulur untuk Nanas MD2 ini, harga dia agak mahal berbanding dengan

sulur biasa sekitar RM1.50 untuk satu sulur berbanding dengan sulur nanas

biasa sekitar 20 sen, 30 sen sahaja. Dan untuk keluasan 10 hektar, Lembaga

Nanas menyediakan bantuan sulur sebanyak 200,000 sulur bermakna dengan

makna satu ekar 20,000. Cuma pengusaha perlu deposit sebanyak RM15,000

untuk jaminan pemulangan benih dan apabila pokok Nanas MD2 ini

mengeluarkan sulur, biasanya untuk satu pokok boleh dikeluarkan antara 5

hingga 7 sulur. Satu daripada sulur perlu dipulangkan kembali kepada Lembaga

Page 123: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

117

Perindustrian Nanas dalam konsep pawah dan apabila dipulangkan, wang

jaminan RM15,000 akan dikembalikan.

Bagi kategori pengusaha kecil yang melibatkan orang perseorangan atau

kelompok dengan keluasan di antara 1 hektar hingga 3 ekar, jumlah sulur yang

dibekalkan bagi setiap 1 ekar 17,000. Dia ada sikit beza dari segi kepadatan

untuk komersial, kita padatkan sikit. 20,000 untuk 1 ekar untuk pengusaha

kecil, 17,000 sahaja dan bantuan sulur ini dia akan diberikan tanpa perlu

cagaran dan tak perlu dipulangkan. Ambil saja bukan pawah. Okey, terima

kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Cukup Yang Berhormat deh. Saya nak

persilakan apa nama ini, oleh kerana DUN Bandar telah dijawab sekaligus oleh

Yang Berhormat Ladang tadi, saya nak persilakan Wakil Pengkalan Berangan.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Cukup dah

satu soalan tadi?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Padan dah sebab masa tidak

mengizinkan.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan):

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang

di-Pertua, soalan nombor dua -

Berapakah jumlah pekerjaan yang diwujudkan oleh

Kerajaan Negeri bermula dari bulan Jun 2018 hingga Mei

2019?

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota

Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala

wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN

Pengkalan Berangan yang bertanya soalan yang berbunyi: Berapakah jumlah

pekerjaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bermula Jun 2018 sehingga

Mei 2019?

Sebenarnya soalan ini telah terkandung dalam jawapan pada EXCO

Perindustrian tadi. Sebanyak 581 peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada

Jun 2018 sehingga Mei 2019. Terima kasih.

Page 124: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

118

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan):

Terima kasih kepada jawapan daripada Yang Berhormat Kota Putera. Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah: Kita sedia

maklum bahawa Negeri Terengganu ini antara negeri yang sumber pendapatan

terbesar ialah dari hasil daripada petroleum dan mutakhir ini kita mendapati

bahawa banyak industri-industri hiliran yang berasaskan petroleum ini telahpun

orang kata pindah keluar daripada Terengganu sehinggakan ramai di kalangan

anak muda kita terpaksa berhijrah daripada bumi Terengganu mencari peluang-

peluang pekerjaan di tempat-tempat lain. Jadi kita mohon kepada pihak

Kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang tertentu bagi memastikan

Kerajaan Negeri ataupun bagi memastikan pihak Kerajaan dapat mengambil

tindakan yang lebih drastik untuk membangunkan industri hiliran berasaskan

petroleum bagi menyediakan peluang-peluang pekerjaan khususnya kepada

anak muda Negeri Terengganu. Sekian.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Yang Berhormat, tak ada

apa kan?

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Tak

ada apa. Sebagai maklumanlah,makluman. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli

Yang Berhormat sekalian, saya kira untuk soalan-soalan yang dikemukakan

pada hari ini saya telah dapat melengkapkan semua atau telah dijawab oleh

pihak Kerajaan melainkan yang lebih daripada satu soalan, ini akan dijawab

secara bertulis dan saya ingat amalan kita menambahkan masa Soalan Lisan ini

bukan semestinya menjadi satu precedent, ini tertakluk kepada urusan kerajaan

dan juga pertimbangan-pertimbangan yang lain, tapi sekurang-kurangnya apa

yang kita buat pada hari ini ialah bagi memberikan peluang kepada Yang

Berhormat tidak terkilan setiap kali persidangan boleh mengemukakan soalan

secara yang teratur.

Yang Berhormat sekalian, saya berhasrat untuk menangguhkan Sidang Dewan

Undangan Negeri kita ini. Sila Setiausaha.

Page 125: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 16 Julai 2019

119

TANGGUHAN

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI: Perkara berikut ialah Tangguhan.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang

di-Pertua Dewan, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan

ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Menteri Besar

dan Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan Sidang Dewan kita ini,

saya terlebih dahulu mengambil peluang dan kesempatan untuk mengucapkan

terima kasih di atas kerjasama Yang Berhormat menjayakan Sidang kita. Saya

juga pohon maaf di atas apa-apa kekurangan.

Dan sebelum Persidangan Dewan kita ini ditangguhkan, saya ingin

memaklumkan iaitu suatu Majlis Pelancaran Kad Sejahtera Terengganu yang

akan diadakan sebaik sahaja Sidang Dewan ini ditangguhkan di Perkarangan

U2, satu lagi projek ataupun program sebagaimana dalam Manifesto dapat

dilaksanakan. Semua Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dijemput hadir

ke majlis tersebut.

Sebaik sahaja selesai Majlis Pelancaran semua Ahli Yang Berhormat dan Ketua-

ketua Jabatan dijemput untuk Jamuan Makan Tengahari yang dihoskan oleh

Yang di-Pertua Dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput macam biasa di Damai

Lounge dan Ketua-ketua Jabatan di Perkarangan U2.

Sekarang saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh

yang akan ditetapkan kemudian dan marilah sama-sama kita tangguhkannya

dengan membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.05 TENGAH HARI.

Page 126: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

LAMPIRAN

Page 127: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGI

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS

PADA 15 DAN 16 JULAI 2019

Page 128: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

120

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.1

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM ADUN TEPOH

SOALAN 1 : Pohon dinyatakan jumlah hutang Kerajaan Negeri dengan

Kerajaan Persekutuan bagi tahun kewangan yang berakhir

2017, 2018 dan status baki hutang semasa?

JAWAPAN : Jumlah hutang Kerajaan Negeri dengan KerajaanPersekutuan bagi tahun kewangan berakhir 2017 adalah berjumlah RM906,942,517.85 manakala tahun 2018 berjumlah RM733,129,563.52. Status baki hutang semasa sehingga 31 Mei 2019 adalah berjumlah RM480,820,855.97.

SOALAN 2 : Pohon dinyatakan jumlah pelaburan di setiap daerah sejak tahun 2017 hingga sekarang dan senarai nama syarikat pelabur (asing dan tempatan) serta insentif galakan yang ditawarkan Kerajaan Negeri?

JAWAPAN : Jumlah pelaburan di setiap daerah sejak tahun 2017 hingga Mac 2019 dan senarai industri (asing dan tempatan)

No Daerah Pelaburan Domestik

(RM) Pelaburan Asing

(RM) JumlahPelaburan

1 Kemaman 208,109,710 4,668,108,377 4,876,218,087

2 Dungun 35,797,732 0 35,797,732

3 Marang 4,424,165 0 4,424,165

Page 129: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

121

4 Kuala Terengganu 18,281,136 0 18,281,136

5 Hulu Terengganu 49,391,647 0 49,391,647

6 Kuala Nerus 980,000 0 980,000

7 Besut 53,187,527 0 53,187,527

8 JUMLAH 370,171,917 4,668,108,377 5,038,280,294

Bil Jabatan/Agensi Jumlah Perbelanjaan (RM)

1 SUK ( Kerajaan Tempatan ) 13,920,288.00

2 Ketengah 145,776.48

3 JKR Negeri 64,223,156.27

4 JKR Besut 1,087,847.31

5 JKR Dungun 991,107.19

6 JKR Hulu Terengganu 995,811.63

1. Kerajaan Negeri memperkenalkan insentif-insentif pelaburan yang menarik kepada pelabur;

i) Diskaun ke atas premium tanah antara 10% - 50% ke atas pelabur yang layak.

ii) Pembayaran premium tanah secara ansuran selama setahun.

iii) Rebat sehingga 30% ke atas premium tanah kepada pelabur yang melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan.

SOALAN 3 : Pohon dinyatakan senarai perbelanjaan MARRIS mulai Januari 2018 - Jun 2019 dan sila nyatakan jumlah pecahan perbelanjaan mengikut daerah?

JAWAPAN : Perbelanjaan MARRIS mulai Januari hingga Disember 2018 adalah berjumlah RM162,041,896.11 seperti mana pecahan berikut:

Page 130: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

122

7 JKR Kemaman 969,141.61

8 JKR Kuala Terengganu 4,615,583.57

9 JKR Marang 1,767,743.72

10 JKR Setiu 1,113,886.69

11 Pejabat Daerah Besut 8,321,2166.29

12 Pejabat Daerah Dungun 5,421,268.68

13 Pejabat Daerah Hulu Terengganu 7,012,286.99

14 Pejabat Daerah Kemaman 7,041,076.08

15 Pejabat Daerah Kuala Terengganu

7,495,571.68

16 Pejabat Daerah Marang 3,266,575.61

17 Pejabat Daerah Setiu 4,126.385.38

18 Pejabat Daerah Kuala Nerus 27,988,608.75

19 JabatanPengairan dan Saliran 1,538,514.18

JUMLAH 162,041,896.11

Bil Jabatan/Agensi Jumlah Perbelanjaan (RM)

1 SUK ( Kerajaan Tempatan ) 7,238,807.57

2 Ketengah 0.00

3 JKR Negeri 39,281,017.89

4 JKR Besut 111,702.50

5 JKR Dungun 488,734.50

6 JKR Hulu Terengganu 84,984.24

7 JKR Kemaman 232,001.20

8 JKR Kuala Terengganu 558,741.95

9 JKR Marang 204,420.00

10 JKR Setiu 225,701.00

11 Pejabat Daerah Besut 1,959,847.95

Perbelanjaan MARRIS sehingga 31 Mei 2019 adalah berjumlah RM64,968,563.09 seperti mana pecahan berikut:

Page 131: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

123

12 Pejabat Daerah Dungun 815,820.99

13 Pejabat Daerah Hulu Terengganu

1,032,221.03

14 Pejabat Daerah Kemaman 2,242,738.34

15 Pejabat Daerah Kuala Terengganu

3,820,096.53

16 Pejabat Daerah Marang 2,068,069.19

17 Pejabat Daerah Setiu 1,149,080.91

18 Pejabat Daerah Kuala Nerus 2,937,787.05

19 JabatanPengairan dan Saliran 516,790.25

JUMLAH 64,968,563.09

SOALAN 4 : Pohon dinyatakan berapakah jumlah pengunjung Muzium Negeri bagi tahun 2017, 2018 dan sehinggan Jun 2019? Apakah pula usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan fungsi Muzium Negeri?

JAWAPAN :

STATISTIK KUNJUNGAN KE KOMPLEKS MUZIUM NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017-2019

BULAN TAHUN

2017 2018 2019

JAN 11540 4956 12928

FEB 6423 13772 10474

MAC 15728 18096 29408APRIL 10397 8297 9434

MAY 9623 4866 4328

JUN 4509 7406 -

JULAI 7606 12332 -

OGOS 11109 14410 -

SEPT 8334 21445 -

OKT 13960 16635 -

NOV 12098 17464 -

DIS 19220 19958 -

KESELURUHAN 130,547 159,637 66,572

Page 132: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

124

USAHA UNTUK MENINGKATKAN FUNGSI MUZIUM

Dalam usaha meningkatkan fungsi muzium, pelbagai

pemerkasaan dalam aspek bidang permuziuman seperti

etnologi, maritim, sejarah dan konservasi sedang dan telah

dilaksanakan seperti meningkatkan kemahiran para

penyelidik, pengumpulan data yang lebih lengkap dan

efisyen serta mendekatkan muzium dengan orang ramai

dalam usaha untuk menanam dalam jiwa dan hati setiap

rakyat Terengganu khususnya agar mencintai sejarah

bangsa dan budaya sendiri.

SOALAN 5 : Pohon dinyatakan statistik aduan yang diterima pihak MBKT

bagi tahun 2018 mengikut jenis aduan dan cara

penyampaian aduan ini diketengahkan serta SOP (Standard

of Procedure) MBKT dalam menanggani aduan tersebut?

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(b) Peraturan-Peraturan

dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri

Terengganu

Page 133: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

125

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.2.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI ADUN BATU BUROK

SOALAN 1 : Apakah status terkini projek perumahan terbengkalai Kampung Tok Adis, Batu Buruk dan adakah kerajaan berhasrat untuk membina rumah mampu milik dalam DUN Batu Buruk pada masa akan datang?

JAWAPAN : Projek Perumahan Tok Adis akan dilaksanakan semula dengan kaedah pembangunan bercampur termasuk Rumah Mampu Milik. Status terkini adalah pemaju yang dilantik dalam proses untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Projek ini dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2020.

Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan untuk pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) dalam kawasan berkenaan sekiranya tanah kerajaan yang bersesuaian dapat dikenal pasti.

SOALAN 2 : Berapakah jumlah anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dan apakah prestasi dan keuntungan dalam tempoh 2017-2019?

JAWAPAN : 1. Jumlah anak syarikat di bawah Kumpulan Terengganu

Inc ialah 81 buah anak syarikat dimana kepentingannya

melebihi 50% pegangan ekuiti termasuk pegangan di

dalam Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad

(EPIC) dan anak syarikatnya.

Page 134: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

126

2. Prestasi Kumpulan Terengganu Inc bagi tahun 2017

hingga Mac 2019 berdasarkan penunjuk kewangan

utama adalah seperti berikut:

Tahun

FY2017

(Dinyatakan

semula)

(RM ‘000)

FY2018

(RM ‘000)

2019

(RM ‘000)

(Jan-Mac)

Pendapatan 1,019,328 974,430 231,323

Keuntungan kasar 366,480 253,816 65,808

(Kerugian)/ Keuntungan

sebelum cukai 27,300 (49,344) 21,085

(Kerugian)/keuntungan

bersih (30,869) (64,865) 14,075

Kerugian bersih berjumlah RM64.8 juta berikutan

penurunan dalam hasil sebanyak 4.4% atau RM44.9

juta dari RM1.0 billion kepada RM974.4 juta dalam

tahun 2018. Selain daripada itu, terdapat juga

peningkatan dalam perbelanjaan operasi sebanyak

RM10.0 juta dan peningkatan dalam kos pelunasan

(impairment cost) sebanyak RM37 juta dalam tahun

2018.

Hasil utama Kumpulan Terengganu Inc adalah

disumbangkan oleh sektor perladangan. Sektor

perladangan secara umumnya mengalami penurunan

dalam harga CPO pada tahun 2018.Harga purata CPO

pada tahun 2018 ialah RM2,225/MT berbanding dengan

RM2,749/MT harga purata tahun 2017. Kesan

penurunan harga CPO ini turut sama dialami oleh

syarikat dalam sektor perladangan yang lain seperti

FGV Holding Berhad dan TH Plantation Berhad.

Page 135: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

127

TAHUN

TUNGGAKAN BAYARAN BALIK

POKOK (RM) FAEDAH (RM) JUMLAH (RM) (RM)

2014 398,899,321.85 24,432,531.51 423,331,853.36

61,047,512.77

2015 439,888,926.97 25,541,817.95 465,430,744.92

9,333,649.28

2016 477,345,641.07 25,010,296.44 502,355,937.51

15,097,485.04

2017 512,022,118.45 24,059,524.00 536,081,642.45

14,704,254.89

2018 396,265,021.97 25,859,650.33 422,124,672.30

176,689,437.27

2019 (SEHINGGA

MEI) 174,929,716.44 1,116,320.45 176,046,036.89

253,425,028.00

JUMLAH 530,297,367.25

Walaubagaimanapun, penurunan dalam sektor

perladangan sebanyak RM84 juta pada tahun 2018,

ditampung oleh kenaikan positif oleh sektor penjagaan

kesihatan (healthcare) sebanyak RM26 juta, sektor

perkayuan sebanyak RM8.4 juta dan pendapatan dari

sektor yang lain.

SOALAN 3 : Sila senarai berapakah jumlah tunggakan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan sejak 5 tahun yang lalu dan nyatakan jumlah tunggakan hutang yang telah berjaya dibayar sehingga 2019?

JAWAPAN : Jumlah tunggakan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan sejak 5 tahun yang lalu dan jumlah tunggakan hutang yang telah berjaya dibayar sehingga 2019 adalah seperti berikut:-

Page 136: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

128

SOALAN 4 : Apakah KPI yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan pertanian Terengganu?

JAWAPAN : KPI yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dalam

pembangunan pertanian Negeri Terengganu adalah melalui

Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Terengganu 2019-2023.

Ini bagi mentransformasikan pertanian Terengganu ke arah

pemerkasakan sumber baharu, peningkatan hasil keluaran

Negeri dan Negara secara holistik bagi menjamin

keselamatan makanan serta menjadikan pertanian sebagai

perniagaan berdasarkan kepada 6 teras strategik

sebagaimana berikut:

1. Mengukuhkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri

Kasar (KDNK) sektor pertanian, penternakan dan

perikanan secara komprehensif dan mampan.

2. Memperkasakan produk pertanian Terengganu yang

berkualiti dan berpotensi tinggi

3. Teknologi dan inovasi sebagai pemangkin produktiviti

dan peningkatan kualiti hasil.

4. Merekayasa industri asas tani dalam mengoptimumkan

penghasilan produk yang berdaya saing.

5. Memacu sektor penternakan sebagai satu bidang

kerjaya.

6. Memperkukuh masyarakat yang saksama melalui

program secara inklusif.

Enam (6) teras strategik sebagaimana di atas akan

dilaksanakan melalui sektor dan kluster yang telah

dikenalpasti dengan sasaran sebagaimana yang berikut:

Page 137: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

129

Bil. Sektor Kluster Sasaran Indikator Sasaran

Tahun Sasaran

1. Pertanian Padi Keluasan kawasan bertanam dua kali

setahun bertambah dengan adanya

pembinaan dan penyelenggaraan

infrastruktur sistem pengairan dan saliran.

10,000 ha bertanam

dua kali setahun

(7,417 ha bertanam

2 kali setahun

semasa

2019- 2023

2. Pertanian Lebah dan

Kelulut

Penternakan dibuat mengikut SOP

Amalan Pertanian Baik (MyGAP) yang

betul.

200 orang 2021-2023

3. Pertanian Tanaman

Buah, Sayur

dan Kontan

Menyediakan dan Menaiktaraf

infrastruktur ladang dan insentif input

pertanian

keluasan 150 (Ha) 2020-2022

4. Pertanian Melon Manis

Terengganu

(MMT)

Pengeluaran 48,000

49,000

50,000

51,000

52,000

(tan)

2019

2020

2021

2022

2023

5. Pertanian Terengganu

Golden Corn

Menambah usahawan dan mepelbagai produk hiliran TGC

5 orang usahawan 2019-2023

1. Kordial

2. Krim

3. Kuih-muih

6. Penternakan Unggas Pengwujudan Ladang Ternakan Unggas Yang Lebih Mesra Alam Dan Mesra Pengguna melalui Kempen Kesedaran Dan Perlesenan Ladang Unggas

9 kali

141 BuahLadang

2019-2023

7. Penternakan Kambing

Tenusu

Meningkatkan Populasi Ternakan

Kambing Tenusu Di Negeri Terengganu

melalui Perolehan Induk Dan Pejantan

Kambing Tenusu Sannen Kacukan

500 Ekor Induk

/setahun

25 ekor pejantan

setahun

2019-2023

Page 138: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

130

8. Penternakan Burung walit Meningkatkan pengeluaran sarang 50 buah 2019-2023

9. Penternakan Rusa Meningkatkan Baka Rusa Berkualiti Dan

Membangun-kan Industri Rusa dengan

membangunkan rezab penternakan rusa

Membangun Kan

250 Ekar Rezab

2019-2023

10. Penternakan Lembu Sado Meningkatkan Pengeluaran Daging Dan

Meningkatkan Pendapatan Pengusaha

Menerusi Penternakan Lembu Sado

dengan Perolehan Induk Pengganda

200 ekor/tahun

10 orang/ daerah

2019-2022

11. Penternakan Arnab Peningkatan Populasi Induk Baka 4 Pengeluar Baka

Arnab

2019

12. Penternakan Puyuh Pembangunan Kawasan Padang Ragut

Untuk Penternakan Puyuh

20 Ekar (4

Penternak)

2019-2020

13. Perikanan Benih ikan air

tawar

Meningkatkan kapasiti pengeluaran benih

ikan air tawar Pembangunan pusat

pembenihan dan asuhan ikan air tawar

1 buah, 5 juta ekor 2020

14. Perikanan Ikan marin

(Siakap dan

Kerapu

hybrid)

Meningkatkan kapasiti pengeluaran benih

ikan marin (Siakap dan Kerapu hybrid)

dengan pembangunan induk Siakap

berkualiti kepada pengusaha hatchery

sedia ada.

3 orang 2020

15. Perikanan Meningkatka

n sumber

perikanan

Pembangunan tukun tiruan 5 tapak 2019-2023

SOALAN 5 : Berapakah jumlah Dana Usahawan Belia yang telah dibelanjakan dalam tempoh 2018-2019 dan senaraikan usahawan yang telah dibantu oleh Kerajaan Negeri mengikut DUN?

JAWAPAN : DITOLAK menurut perkara 26 (4A)(b) Peraturan-Peraturan

dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri

Terengganu.

Page 139: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

131

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.3.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI ROSLEE BIN DAUD WAKIL BUKIT BESI

SOALAN 1 : Sila nyatakan jumlah mereka yang mendapat manfaat melalui “Tabung Darul Iman” sejak Mei 2018 sehingga kini dan berapa nilai peruntukan yang telah digunakan?

JAWAPAN : Jumlah mereka yang mendapat manafaat melalui Tabung Darul Iman sejak Mei 2018 sehingga kini adalah berjumlah 6,146 orang penerima, manakala nilai peruntukan yang telah digunakan adalah sebanyak RM 7,176,313.73. Pecahan penerima bantuan Tabung Darul Iman bagi setiap kategori bantuan yang ditawarkan:

BIL KATEGORI BANTUAN JUMLAH

PENERIMA

JUMLAH PERBELANJAAN

(RM)

1 Bantuan Musibah 628 2,029,214.31

2 Bantuan Sara Diri Tahunan 3774 2,385,500.00

3 Bantuan Perubatan 601 1,395,135.27

4 Bantuan Susu Dan Lampin

Pakai Buang 1143 1,366,464.15

JUMLAH KESELURUHAN 6,146 7,176,313.73

Page 140: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

132

SOALAN 2 : Isu kenaikan harga barang nampaknya berlarutan terutama pada musim perayaan Aidilfitri yang lalu.

a) Berapa banyakkah peniaga yang telah dikenakan tindakan kerana kesalahan yang berkaitan kenaikan harga barang sepanjang musim perayaan yang lalu.

b) Apakah langkah-langkah kerajaan dalam menangani masalah tersebut.

c) Menurut kerajaan, apakah punca kepada berlakunya kenaikan tersebut seperti ikan dan sayur-sayuran.

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Page 141: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

133

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 JULAI HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.4

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK ADUN SURA

SOALAN 1 : Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan

dalam membudayakan kehidupan bersyariat kepada

masyarakat Islam di Negeri Terengganu?

JAWAPAN : Berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil oleh

Kerajaan dalam membudayakan kehidupan bersyariat kepada

masyarakat Islam di Negeri Terengganu oleh agensi-agensi

yang terlibat :

a. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh

Kerajaan dalam membudayakan kehidupan bersyariat

kepada masyarakat Islam di Negeri Terengganu

adalah:

a) Mengadakan majlis-majlis ilmu dimasjid dan surau;

b) Mengadakan kempen solat sunat dhuha;

c) Mengadakan kempen galakan berpuasa;

d) Mengamalkan kehidupan patuh syariah; dan

e) Membudayakan ilmu di peringkat pra-sekolah, sekolah Rendah islam Darul Iman (SRIDI), sekolah-sekolah tahfiz, pondok dan madrasah.

Page 142: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

134

b) Yayasan Islam Terengganu

Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan

Negeri Terengganu dalam membudayakan kehidupan

bersyariat kepada masyarakat Islam di Negeri Terengganu

ialah sepertimana berikut:

1) Menyemarakkan kegiatan keilmuan melalui pelbagai keagamaan seperti Bulan Penghayatan Ibadat Solat,Program Madinah Ramadan, Itqan Muluk bi Ta’dil As Suluk, Penghayatan Hari Arafah dan lain-lain.

2) Memperluas jaringan kerjasama antara agensi dan badan bukan kerajaan NGO, iaitu pelbagai program usahasama dalam memartabatkan syariat Islam seperti Street Dakwah dan lain-lain.

3) Mewujudkan kesatuan ummah melalui program yang mengikat silaturrahim antara masyarakat tanpa mengira fahaman seperti Karnival Sejahtera.

4) Mengukuhkan hubungan antara Ulama’ dan

Umara’ serta masyarakat setempat dengan

program bicara tokoh agama dan lain-lain.

5) Pasakkan tarbiyyah ruhiyyah dikalangan penjawat awam melalui program tazkirah bulanan disemua pejabat kerajaan dengan pengamatan solat sunat Dhuha dan tazkirah.

SOALAN 2 : Berapakah jumlah sukarelawan penguatkuasa jabatan agama

yang dilantik oleh Kerajaan mengikut pecahan Daerah dan

bilakah ianya akan berkuatkuasa?

JAWAPAN : Berdasarkan peruntukan Seksyen 56 (1A) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001:-

Page 143: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

135

56. (1A) Walau apa pun yang diperuntukkan di dalam subseksyen (1), Majlis boleh, jika perlu, melantik mana-mana orang sebagai Pegawai Penguatkuasa Syariah untuk menjalankan tangkapan tetapi pegawai tersebut tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun- rukun Agama Islam.

Setakat ini, JHEAT telah melantik seramai 95 orang Pegawai

Penguatkuasa Syariah (Sukarela) mengikut pecahan daerah.

DAERAH JUMLAH

KUALA TRG 22

KEMAMAN 19

DUNGUN 13

BESUT 12

HULU TRG 4

MARANG 19

SETIU 6

JUMLAH 95

Lantikan ini telah pun berkuatkuasa pada 1 Julai 2019 yang

lalu.

SOALAN 3 : Berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri

bagi kerja-kerja pembaikian masjid-masjid mengikut pecahan

Daerah bagi tahun 2018 dan 2019?

JAWAPAN : Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja pembaikian masjid-masjid mengikut pecahan daerah bagi tahun 2018 dan 2019 adalah sepertimana di Lampiran A. Peruntukan yang diterima bagi tahun 2019 adalah sehingga Jun 2019 sahaja.

Page 144: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

136

LAMPIRAN A

PERUNTUKAN P02-30930 (PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN MASJID/SURAU)

Bil. Daerah Peruntukan (RM)

2018 2019

1. Kuala Terengganu

337,000 100,000

2. Kemaman 100,000 20,000

3. Dungun 100,000 -

4. Besut 255,000 250,000

5. Hulu Terengganu 70,000 -

6. Marang - -

7. Setiu 420,000 -

8. Kuala Nerus 50,000 -

JUMLAH 1,332,000 370,000

SOALAN 4 : Apakah pihak Kerajaan telah mengenalpasti masalah-masalah

utama dikalangan Belia remaja Negeri Terengganu (Dadah,

rempit, pergaulan bebas, khalwat dan lain-lain) dan apakah

usaha-usaha mengatasinya?

JAWAPAN : Kerajaan Negeri telah mengenalpasti masalah-masalah utama

dikalangan Belia Remaja Negeri Terengganu. Oleh itu, Kerajaan

Negeri telah berusaha mengatasi masalah-masalah tersebut

dengan mengambil langkah berikut :

A. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT):

i) Memberi pendidikan kepada belia remaja :

a) Memberi penerangan Enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kepada pelajar

sekolah, IPT, pengusaha hotel dan komuniti.

Page 145: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

137

b) Mengadakan kempen pencegahan Jenayah Syariah

melalui papan tanda, pamphlet, flyers dan hebahan di

masjid-masjid (diedar dan dilaksanakan oleh unit

Penguatkuasaan Daerah).

c) Mengadakan pecegahan dan khidmat nasihat bagi

memberi kesedaran kepada golongan yang terlibat

dalam kesalahan jenayah syariah.

ii) Melaksanakan penguatkuasaan dengan :

a) Mengadakan operasi Penguatkuasaan bersama

agensi terpilih dilokasi ‘hotspot’.

b) Mengadakan rondaan pemantauan dan pencegahan

dari masa ke semasa (dilaksanakan oleh unit

Penguatkuasaan daerah).

B. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) :

i) Menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan secara

sukarela di AADK.

ii) Mengadakan pemeriksaan urin mengejut setiap tahun di

sekolah menengah yang telah ditetapkan oleh JPNT.

iii) Mengadakan program Sayangi Hidup Elak Dadah

Selamanya (SHIELDS) selama empat (4) hari untuk

memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan

dadah.

Page 146: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

138

C. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

(YPKT) :

i) Program “TAKLIF” (Pemantapan Tanggungjawab

Ibubapa & Anak-anak)

Tujuan program ini adalah bertujuan untuk memberi

kesedaran kepada anak-anak tanggungjawab sebagai

khalifah pewaris legasi anak Terengganu. Program ini

telah dijalankan semenjak tahun 2007 dengan jumlah

pelaksanaan program 333 kali. Pada tahun ini,

program “TAKLIF” telah dijalankan di 10 buah sekolah

dan akan baki 22 buah sekolah akan dilaksanakan dalam

masa terdekat.

ii) Program Generasi Islah Falah Terengganu

“Ingat Sebelum Terkena”

Program ini dilaksanakan bertujuan adalah sebagai

langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya

kes-kes salah laku dan member panduan kepada remaja

/ pelajar dari mudah tertipu. Program ini telah bermula

semenjak tahun 2009 dengan pelaksanaan keseluruhan

adalah sebanyak 1,420 program. Bagi tahun 2019,

program ini akan dilaksanakan pada bulan Ogos dengan

pendekatan secara motivasi kepada pelajar sekolah

tingkatan 1 oleh kaunselor sekolah / penceramah dari

agensi /Jabatan.

D. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :

i) Tempat perlindungan :

Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.

Page 147: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

139

ii) Pusat advokasi :

Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada

masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.

iii) Pusat sumber :

Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.

iv) Pusat Pembelajaran :

Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.

v) Pusat Intervensi Krisis :

Menyediakan sesi kaunseling.

vi) Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi :

Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.

Page 148: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

140

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.5

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD RAHMAN ADUN KUALA BESUT

SOALAN 1 : Apakah usaha pihak Kerajaan untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Kenyir?

JAWAPAN : Di antara usaha pihak kerajaan untuk meningkatkankedatangan pelancong ke Kenyir adalah sebagaimana berikut :

1. Mewujudkan signature event contohnya Festival Kenyir, Kenyir Bird & Nature Quest, ASEAN Monsoon Casting Tournament, International Fly Fishing dan lain-lain.

2. Memperkasakan produk sediaada dan membangunkan produk baru seperti pokok melunak, Gua Bewah, Kenyir Island Hopping, Kenyir Hornbill Valley dan lain-lain.

3. Promosi melalui media cetak (akhbar, majalah, langganan keluaran khas ) dan elektronik.

4. Promosi melalui media sosial - Instagram & facebook: Beautiful Terengganu Malaysia dan Tourism Ketengah, web dan lain - lain.

5. Mengadakan familiarisation trip secara berkala yang melibatkan agensi pelancongan, media cetak dan elektronik, bloggers, insta famous, badan2 korporat dan lain - lain.

Page 149: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

141

6. Pembangunan pakej-pakej pelancongan yg kreatif, inovatif dan value for money seperti pakej santai bersama ikan kelah, pakej abseiling & flying fox, meeting in the jungle, company retreat dan lain-lain.

7. Tasik Kenyir sebagai lokasi acara oleh pihak swasta, membuat penggambaran filem dan lain-lain.

8. Meningkatkan kolaborasi di antara agensi kerajaan, Persatuan, dan badan-badan NGO serta penggiat-penggiat pelancongan.

SOALAN 2 : Apakah perancangan pihak Kerajaan dalam meningkatkan peluang pekerjaan di Negeri Terengganu?

JAWAPAN : Kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu. Ini dapat dilihat dengan pengwujudan manifesto negeri yang akan menyasarkan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 4 tahun sehingga tahun 2023. Semua sektor yang terdiri daripada Kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta perlu menyumbang untuk bersama menjayakan manifesto ini. Untuk ini, satu jawatankuasa kerja khas (task force) diwujudkan untuk mengenalpasti peluang dan ruang yang ada bagi Kerajaan Negeri menyediakan peluang pekerjaan ini samada di sektor kerajaan atau pun swasta. Berikut adalah industrI dan juga pelaburan baharu yang dijangka akan menyumbang peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu:

BIL INDUSTRI PEMBUATAN PELUANG

PEKERJAAN JANGKAAN OPERASI

1 Kimia Produk Bioteknologi 600 Telah beroperasi

2 Pertanian Jagung Hybrid 200 Telah beroperasi

3 Polimer Sarung Tangan NBR (Nitrile Butadine Rubber)

4,000 Telah beroperasi

4 Silika Produk berasaskan silika 7,200 Jun 2023

JUMLAH 12,000

Page 150: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

142

SOALAN 3 : Rakyat Terengganu ramai mempunyai pelbagai kepakaran tetapi berkhidmat di luar Negeri Terengganu, apakah usaha pihak kerajaan untuk memberi ruang dan peluang mereka berkhidmat di negeri kelahiran mereka iaitu Terengganu Darul Iman?

JAWAPAN : Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai rakyat Terengganu yang mempunyai pelbagai kepakaran dan berkhidmat di luar negeri. Mereka berkhidmat di dalam sektor kerajaan persekutuan mahupun sektor swasta yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.

Untuk memberikan peluang kepada mereka berkhidmat di negeri ini, Kerajaan Negeri mengenalpasti salah satu daripada langkah yang boleh diambil adalah dengan mengawal dan memantau keseluruhan rantaian ekonomi bagi mana-mana industri yang berpotensi di negeri Terengganu.Sebagai contoh, bagi industri petroleum dan gas, Kerajaan Negeri dengan kerjasama PETRONAS sentiasa berusaha memastikan rantaian ekonomi sehingga kepada produk akhir berasaskan petroleum dan gas dihasilkan di dalam negeri Terengganu. Produk-produk lain yang mengguna pakai bahan mentah dari petroleum dan gas juga boleh berkembang seperti yang kita dapat lihat di Taman Biopolimer Kertih yang terletak bersebelahan dengan Loji Pemprosesan Minyak dan Gas di Kertih.

Usaha lain yang sedang dijalankan adalah usaha untuk mewujudkan pelabuhan kontena di negeri Terengganu yang mampu mengubah lanskap ekonomi negeri kerana dengan wujudnya sebuah pelabuhan kontena, lebih banyak kilang dan aktiviti perdagangan dapat dijalankan. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan sebuah pelabuhan, industri-industri ini perlu berkembang terlebih dahulu dan mewujudkan keperluan terhadap sebuah pelabuhan baru di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Page 151: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

143

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.6

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI RIDZUAN BIN HASHIM ADUN BULUH GADING

SOALAN 1 : Mohon disenaraikan projek-projek terbengkalai yang dibina oleh kerajaan terdahulu bermula tahun 2004 sehingga 2018. Berapakah kos yang terlibat pada setiap projek tersebut dan apakah perancangan kerajaan terhadap projek-projek tersebut?

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(b) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu

SOALAN 2 : Berapakah jumlah pengangguran terkini Negeri Terengganu sehingga Jun 2019?

JAWAPAN : Statistik rasmi bagi jumlah pengangguran tahun 2018

dijangka akan diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

pada Julai 2019.

Berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) yang dijalankan oleh jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di Terengganu adalah 4.5 peratus bagi tahun 2017 dengan jumlah 20,500 orang yang menganggur.

Page 152: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

144

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.7

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI HILMI BIN HARUN ADUN MANIR

SOALAN 1 : Nyatakan :

- Kos pembinaan Drawbridge - Kos selenggara Drawbridge per / service - Berapakan kekerapan selenggara yang diperlukan bagi

Drawbridge - Kos buka dan tutup @ angkat dan turunkan drawbridge

JAWAPAN :i. Kos pembinaan Drawbridge adalah RM248 juta.

ii. Kos penyelenggaraan Drawbridge adalah berjumlah RM454,304.00 bagi tempoh servis 3 bulan sekali. Jumlah tersebut adalah penyelenggaraan bagi unit bascule jambatan dan kos-kos lain bagi keseluruhan penyelenggaraan.

iii. Penyelenggaraan terbahagi kepada beberapa segmen iaitu bagi setiap hari (wear and tear), bulanan, setiap 3 bulan, setiap 6 bulan, tahunan, 2 tahun (Minor Servis) dan setiap 5 tahun (Major Servis) berdasarkan komponen tertentu. Kekerapan penyelenggaraan yang diperlukan bagi bascule jambatan adalah mengikut Jadual penyelenggaraan iaitu setiap 3 bulan sekali. Walaubagaimanapun, jadual tersebut akan berubah berdasarkan kepada frekuensi pembukaan dan penutupan bascule.

Page 153: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

145

iv. Kos bagi pembukaan dan penutupan bascule jambatan adalah termasuk di dalam kos penyelenggaraan dan operasi oleh operator yang juga melibatkan kakitangan serta pengawalan trafik.

SOALAN 2 Nyatakan kos sebenar yang telah dibelanjakan bagi projek Taman Ilmu di Kampung Tembila. Apakah perancangan Kerajaan bagi projek tersebut?

JAWAPAN : Jumlah perbelanjaan bagi projek Taman Ilmu di Kampung Tembila adalah sebanyak RM338,076,164.63.

Kerajaan Negeri berusaha memulihkan semula Taman Ilmu yang akan melibatkan Agensi Kerajaan dan pihak swasta.

SOALAN 3 : Berapakah permohonan rumah mampu milik, yang dipohon oleh rakyat mengikut pecahan pengundi bagi setiap dun-dun yang ada sebanyak 32 dun di Terengganu?

JAWAPAN : Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Terengganu melalui sistem atas talian menerusi pautan eperumahan.terengganu.gov.my adalah mengikut pilihan daerah. Sehingga 23 Jun 2019, bilangan permohonan yang diterima adalah sebagaimana berikut :

DAERAH BILANGAN

PERMOHONAN PERATUSAN

KUALA TERENGGANU 35,746 27.3%

KEMAMAN 27,193 20.8%

DUNGUN 19,288 14.7%

BESUT 16,767 12.8%

HULU TERENGGANU 8,643 6.6%

Page 154: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

146

MARANG 9,804 7.5%

SETIU 3,645 2.8%

KUALA NERUS 9,688 7.4%

JUMLAH PERMOHONAN

130,774 100%

Page 155: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

147

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.8.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH

Y.B. HAJI ALIAS BIN HARUN ADUN RANTAU ABANG

SOALAN 1 : Berapakah jumlah hasil yang diterima oleh kerajaan daripada Syarikat Veolia Water dari Mei 2018 sehingga Mei 2019?

JAWAPAN : Syarikat Veolia Water merupakan vendor yang dilantik oleh Syarikat Bekalan Air KIPC Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Kemudi, Dungun, Terengganu. Tiada sebarang hasil diterima kerajaan daripada Syarikat Veolia Water.

SOALAN 2 : Berapakah jumah keluasan kawasan pembalakan yang telah diluluskan oleh kerajaan dari Mei 2018 hingga Mei 2019 dan berapakah jumlah hasil yang telah diterima oleh kerajaan dalam tempoh tersebut?

JAWAPAN : Jumlah keluasan kawasan pembalakan yang telah diluluskan

oleh Kerajaan dari Mei 2018 hingga Mei 2019 adalah seluas

±4,535.64 hektar (±11,203.04 ekar) termasuk hutan simpan

dan tanah Kerajaan.

Sementara itu, jumlah kutipan hasil daripada aktiviti pembalakan di Negeri Terengganu bagi tempoh Mei 2018 hingga Mei 2019 adalah seperti di bawah :

Page 156: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

148

Jenis Hasil Diperolehi

2018 (Mei – Dis)

2019 (Jan – Mei)

JUMLAH

1. Premium 23,141,283.32 10,187,380.00 33,328,663.32

2. Royalti 5,990,643.03 2,795,501.41 8,786,144.44

3. SES Pembangunan Hutan

7,130,001.85 2,873,809.77 10,003,811.62

4. Lain-Lain Fee 554,322.35 1,185,983.74 1,740,306.09

JUMLAH BESAR 53,858,925.47

SOALAN 3 : Senaraikan jumlah Padang Ragut di seluruh Daerah Negeri Terengganu dan berapakah yang masih beroperasi?

JAWAPAN : Jumlah padang ragut di seluruh daerah Negeri Terengganu

adalah 91 kawasan.dan padang ragut yang masih beroperasi

sebanyak 54 kawasan.

SOALAN 4 : Nyatakan jumlah perceraian dikalangan pasangan orang Islam dari Mei 2018 sehingga Mei 2019 di Negeri Terengganu dan nyatakan sebab utama berlaku penceraian?

JAWAPAN : a) Jumlah perceraian dikalangan pasangan orang Islam dari Mei 2018 sehingga Mei 2019 di Negeri Terengganu adalah seperti berikut:-

Jenis Pemohonan Daftar Dalam

ProsidingSelesai

014 - Tuntutan Fasakh 563 123 440

054 - Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai

1,607 091 1,516

055 - Tuntutan Perceraian 2,133 110 2,023

056 - Tuntutan Khuluk/Tebus Talaq

13 0 13

Page 157: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

149

057 - Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik

511 118 393

JUMLAH 4,827 442 4,385

* Data pada 25 Jun 2019

b) Antara sebab-sebab berlakunya penceraian adalah seperti berikut:-

1. Tiada persefahaman

2. Faktor ekonomi / masalah kewangan;

3. Pengaruh media sosial:- berjumpa kawan/kekasih lama atau kenalan

baru; - menghabiskan masa dengan media sosial

sehingga mengabaikan tanggungjawab

4. Suami/isteri tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya (termasuk nafkah zahir dan batin);

5. Campur tangan keluarga / bekas pasangan;

6. Kehadiran orang ketiga;

7. Kegagalan berkomunikasi dengan baik di antarapasangan;

8. Ketidakadilan dalam berpoligami;

9. Masalah kesihatan – adakalanya sehingga gagal menunaikan tanggungjawab secara zahir dan batin terhadap pasangan dan masalah tersebut tidak boleh diterima oleh pasangan;

10. Masalah ketagihan dadah/pil kuda atau bahan-bahan yang berkaitan dengannya;

Page 158: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

150

11. Pasangan di dalam penjara;

12. Kegagalan mengawal emosi dengan baik sepertiterlalu mengikut hati, panas baran dan tidak berfikir panjang;

13. Keganasan rumahtangga sama ada penderaan secara mental atau fizikal;

Faktor personaliti (sikap negatif yang ada dalam diri individu seperti cemburu yang melampaui, ego dan terlalu mengokong pasangan);

15. Kurangnya penghayatan agama Islam dalamhidup;

16. Ditinggalkan pasangan.

*Kelazimannya pihak-pihak hanya menyatakan alasan tiada persefahaman di dalam permohonan perceraian kerana ada yang tidak mahu mendedahkan punca sebenar kepada umum. Alasan lain di atas didedahkan semasa soal siasat hakim dalam Kamar Bicara atau Pegawai Sulh.

Page 159: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

151

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.9

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. SULAIMAN BIN SULONG ADUN PENGKALAN BERANGAN

SOALAN 1 : Berapakah jumlah kes kesalahan jenayah syariah yang dihadapkan ke Mahkamah Syariah sepanjang bulan Jun 2018 hingga Mei 2019 dan sila pecahkan mengikut kesalahan yang dilakukan?

JAWAPAN : Kesalahan Jenayah syariah yang dilakukan oleh orang awam di Negeri Terengganu tertumpu kepada kesalahan yang diperuntukkan dalam tiga enakmen yang sedang berkuat kuasa iaitu Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir (Terengganu) 2001, Enakmen Undang-UndangKeluarga Islam (Terengganu) 2017 dan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam (Terengganu) 2001.

Jumlah kes kesalahan jenayah syariah yang dihadapkan ke Mahkamah syariah sepanjang bulan Jun 2018 hingga mei 2019 adalah sebanyak 1248 kes.

Pecahan mengikut kesalahan yang dilakukan adalah sebagaimana lampiran.

SOALAN 2 : Berapakah indeks jenayah Negeri Terengganu sepanjang tempoh Jun 2018 hingga Mei 2019 dan nisbah bandingan berdasarkan tarikh yang sama bagi Jun 2017 hingga Mei 2019?

JAWAPAN : Jumlah indeks jenayah Negeri Terengganu sepanjang tempoh Jun 2018 hingga Mei 2019 adalah sebanyak 1916 kes jenayah yang merangkumi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Manakala nisbah bandingan berdasarkan tarikh yang sama bagi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda dari Jun 2018 hingga Mei 2019 adalah 1.4 peratus.

Page 160: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

152

Lampiran soalan 1

Page 161: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

153

JENAYAH KEKERASAN DARI 1 / 6 / 2017 SEHINGGA 31 / 5 / 2018

DAERAH

JENAYAH KEKERASAN

BESUT DUNGUN HULU

TERENGGANU

KUALA

TERENGGANU

MARANG SETIU KEMAMAN JUMLAH

BUNUH 3 0 0 1 0 0 0 4

ROGOL 11 10 5 19 4 7 8 64

SAMUN BERKAWAN

BERSENJATA API

0 0 0 0 0 0 0 0

SAMUN BERKAWAN

TANPA SENJATA API

17 4 1 18 2 4 18 64

SAMUN BERSENJATA

API

0 0 1 0 0 0 0 1

SAMUN TANPA

SENJATA API

12 1 3 24 9 2 10 61

MENCEDERAKAN 24 27 14 29 11 12 15 132

JUMLAH 67 42 24 91 26 25 51 326

Page 162: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

154

JENAYAH KEKERASAN DARI 1 / 6 / 2018 SEHINGGA 31 / 5 / 2019

DAERAH

JENAYAH KEKERASAN

BESUT DUNGUN HULU

TERENGGANU

KUALA

TERENGGANU

MARANG SETIU KEMAMAN JUMLAH

BUNUH 0 0 0 0 1 0 0 1

ROGOL 15 3 7 15 9 4 16 69

SAMUN BERKAWAN BERSENJATA

API

0 0 0 0 0 0 1 1

SAMUN BERKAWAN TANPA

SENJATA API

8 5 5 19 5 5 7 54

SAMUN BERSENJATA API 0 0 0 0 0 0 0 0

SAMUN TANPA SENJATA API 8 6 4 15 5 3 10 51

MENCEDERAKAN 32 28 8 25 11 8 7 119

JUMLAH 63 42 24 74 31 20 41 295

Page 163: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

155

JENAYAH HARTA BENDA DARI 1 / 6 / 2017 SEHINGGA 31 / 5 / 2018

DAERAH

JENAYAH HARTA BENDA

BESUT DUNGUN HULU

TERENGGANU

KUALA

TERENGGANU

MARANG SETIU KEMAMAN JUMLAH

CURI 28 70 25 121 34 17 55 350

CURI MOTOKAR 34 7 3 43 1 11 19 118

CURI MOTOSIKAL 169 101 36 235 34 23 130 728

CURI VAN/LORI/

JENTERA BERAT

2 1 3 5 0 1 1 13

CURI RAGUT 0 0 0 0 0 0 0 0

PRC 83 60 33 110 59 19 43 407

JUMLAH 316 239 100 514 128 71 248 1616

Page 164: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

156

JENAYAH HARTA BENDA DARI 1 / 6 / 2018 SEHINGGA 31 / 5 / 2019

DAERAH

JENAYAH HARTA BENDA

BESUT DUNGUN H. TRG K.TRG MARANG SETIU KEMAMAN JUMLAH

CURI 64 66 36 186 18 38 66 474

CURI MOTOKAR 22 5 1 36 1 1 11 77

CURI MOTOSIKAL 146 94 27 145 48 28 93 581

CURI VAN/LORI/

JENTERA BERAT

1 4 1 2 2 1 4 15

CURI RAGUT 0 0 0 0 1 0 0 1

PRC 117 74 20 133 50 17 62 473

JUMLAH 350 243 85 502 120 85 236 1621

JUMLAH INDEKS

JENAYAH

2017 – 2018 2018 – 2019 BANDINGAN NISBAH BANDINGAN

1942 1916 26 26/1916 x 100 = 1.4%

Page 165: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

116

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.10

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. AHMAD SHAH BIN MUHAMED ADUN BANDAR

SOALAN 1 : Berapakah jumlah (RM) biasiswa atau pinjaman yang telah diberi oleh Kerajaan Terengganu kepada pelajar yang sedang belajar di pusat-pusat pengajian tinggi mengikut bidang-bidang yang diikuti sejak dari Jun 2018 sehingga Jun 2019?

JAWAPAN : Bermula Jun 2018 sehingga Jun 2019, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu telah membelanjakan sebanyak RM 7,269,735.00 bagi membiayai pelajar-pelajar yang sedang belajar di pusat-pusat pengajian tinggi melalui skim Pinjaman/Biasiswa dan pinjaman one-off Perincian perbelanjaan adalah sebagaimana lampiran.

Page 166: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

117

LAMPIRAN

Biasiswa/Pinjaman Yayasan Terengganu

Bermula Jun 2018 – Jun 2019

Pinjaman One-Off (Kadar Yuran)

Bil Sesi

Tawaran Program Bil

PelajarJumlah (RM)

1 Dis 2018 Program Pergigian Timur Tengah 2 60,000.00

Program Perubatan Timur

Tengah 9 270,000.00

2 April 2019

Program Perubatan Timur

Tengah 13 416,000.00

Program Perubatan Ireland 1 21,000.00

Program Perubatan Bangalore 1 12,000.00

JUMLAH 26 779,000.00

Biasiswa Saintis Islam

Bil Sesi Tawaran Program Bil Pelajar

Jumlah (RM)

1 Mac 2019 Kejururteraan - Jepun 2 180,000.00

A-Level - KYUEM 1 46,985.00

JUMLAH 3 226,985.00

Page 167: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

118

Pinajaman/Biasiswa (Dalam Negara)

Bil Peringkat Institusi Bil

Pelajar

Jumlah (RM)

1 Program Asas TATIUC & TESDEC 37 201,630.00

Program Diploma Pelbagai IPTA 5 5,300.00

TATIUC, TESDEC & KQT 133 1,131,420.00

2 Program Ijazah Pelbagai IPTA 12 27,000.00

TATIUC & TESDEC 17 63,000.00

3 Program Kemahiran 445 4,835,400.00

JUMLAH 649 6,263,750.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 7,269,735.00

SOALAN 2 : Berapakah bilangan permohonan tanah untuk kediaman oleh rakyat dan berapakah permohonan yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Terengganu sejak dari Jun 2018 sehingga Jun 2019?

JAWAPAN :

1) Jumlah keseluruhan permohonan tanah untuk tapak

bangunan kediaman yang diterima bermula Jun 2018

sehingga Jun 2019, adalah sebanyak 5,257

permohonan.Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,925

permohonan telah diluluskan. Berikut adalah pecahan

permohonan tanah tapak bangunan kediaman berdasarkan

kategori pemprosesan:-

I) Permohonan oleh individu melalui Sistem e-Mohon

adalah sebanyak 4,104 permohonan dan yang telah

diluluskan adalah sebanyak 1,215 permohonan.

Page 168: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

119

II) Permohonan oleh individu melalui Rancangan Tanah

Berkelompok (RTB) sebanyak 1,143 permohonan dan

yang telah diluluskan adalah sebanyak 700

permohonan.

III) Kelulusan oleh Pentadbir Tanah bagi pengeluaran

suratan hakmilik untuk tanah-tanah yang asalnya

diluluskan secara Lesen Menduduki Sementara

(permohonan lama) adalah sebanyak 10 permohonan.

(MMKN dalam Mesyuarat Kali ke-6 Tahun 2019 pada 13 Februari 2019 bersetuju Pentadbir Tanah diperturunkan untuk meluluskan permohonan mendapatkan suratan hakmilik bagi tanah yang asalnya diluluskan secara Lesen Menduduki Sementara (LMS).

2) Terdapat sebanyak tujuh puluh tujuh (77) Rancangan Tanah

Berkelompok (RTB) Tapak Bangunan Kediaman yang terlibat

bagi kelulusan semula bagi peserta-peserta terkilan dengan

jumlah keseluruhan kosong lot adalah sebanyak 7,071 lot.

Sehingga kini jumlah peserta terkilan yang telah

mengemukakan permohonan semula adalah sebanyak 4,595

dan dari jumlah tersebut sebanyak 2,934 permohonan telah

dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah

(JKTD).

3) Jumlah keseluruhan bilangan permohonan tanah untuk

kediaman bermula Jun 2018 sehingga Jun 2019 sebanyak

9,852 lot. Manakala pemohonan yang diluluskan sebanyak

4,859 lot.

SOALAN 3 : Berapakah jumlah (RM) pelaburan asing yang telah berjaya dibawa masuk ke Negeri Terengganu dan nyatakan bidang pelaburan tersebut sejak Jun 2018 sehingga Jun 2019?

Page 169: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

120

JAWAPAN : Jumlah (RM) pelaburan asing yang telah berjaya dibawa masuk ke Negeri Terengganu dan bidang pelaburan tersebut sejak Jun 2018 sehingga Mac 2019 adalah sebanyak RM468,883,077.

SOALAN 4 : Berapakah keluasan konsesi balak yang telah diluluskan oleh Kerajaan Terengganu untuk dikeluarkan hasilnya dan nyatakan pihak-pihak yang telah berjaya mendapat konsesi tersebut berserta keluasannya serta berapakah hasil (RM) yang telah diperolehi oleh kerajaan hasil dari pembalakan sejak Jun 2018 sehingga Jun 2019?

JAWAPAN : Kawasan Konsesi Balak bermaksud kawasan kelulusan

pengusahasilan hutan oleh Kerajaan Negeri kepada beberapa

pihak di bawah perjanjian melebihi tempoh 10 tahun. Keluasan

yang diluluskan tersebut seperti berikut :

Bil. Pihak Yang Diluluskan Konsesi Pembalakan

Keluasan

(Ha)

Tempoh Perjanjian (Tahun)

1. Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Negeri Terengganu (KPKKT)

108,900 25

2. PESAMA Timber Corporation Sdn. Bhd.

20,243 25

3. Asrama Raya Sdn. Bhd. 10,000 13

Sementara itu, jumlah kutipan hasil daripada aktiviti

pembalakan di Negeri Terengganu bagi tempoh Jun 2018

hingga Jun 2019 adalah seperti di bawah :

Page 170: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

121

Jenis Hasil Diperolehi

2018

(Jun – Dis)

2019

(Jan – Jun)

JUMLAH

1. Premium RM19,296,643.32 RM10,187,380.00 RM29,484,023.32

2. Royalti RM4,530,506.94 RM2,795,501.41 RM7,326,008.35

3. SES Pembangunan Hutan

RM5,371,147.13 RM2,873,809.77 RM8,244,956.90

4. Lain-Lain Fee RM241,774.51 RM1,185,983.74 RM1,427,758.25

JUMLAH RM46,482,746.82

SOALAN 5 : Berapakah baki tunai yang ada pada MAIDAM dan berapakah perbelanjaan yang telah dilakukan serta jenis perbelanjaan sejak Jun 2018 sehingga 2019?

JAWAPAN : i. Sehingga berakhir 31 Disember 2018, jumlah wang tunai yang ada pada MAIDAM terdiri daripada berikut;

- Deposit Perbankan Islam RM 344,172,631 -Tunai di Tangan dan di Bank RM 62,638,827

JUMLAH RM 406,811,458

ii. Pendapatan dan Perbelanjaan MAIDAM bagi tempoh Januari sehingga Disember 2018 adalah sebagaimana Lampiran A.

Page 171: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

122

LAMPIRAN A

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU (Ditubuhkan Di Dawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu)

1422H/2001M) PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF

BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018 **************************************************************************************

********

2018 (RM)

PENDAPATAN

Pendapatan Zakat 160,718,726 Perolehan Pendaftaran 229,344 Perolehan Perkhidmatan 7,431,215 Perolehan Jualan 1,032,411 Pendapatan Sewaan 4.241,776 Perolehan dan Keuntungan Pelaburan 13,180,886 Hibah 238,790 Perolehan Denda dan Hukuman 2,700 Pelbagai Terimaan dan Caruman 20,750,114 Pelunasan Pemberian Agensi Lain 76,164 Hutang Ragu Terpulih 7,418 Keuntungan Pelupusan Aset 27,363 Keuntungan Perubahan Nilai Saksama Pelaburan Saham -

207,936,907 TOLAK : PERBELANJAAN

EMOLUMEN Gaji dan Upahan 5,016,634 Elaun dan Lain-Lain Habuan Wang 2,008,405 Tambahan Kos Kakitangan Awam 19,668 Elaun & Faedah Kewangan 554,406

PERKHIDMATAN DAN BEKALAN Perjalanan dan Sara Hidup 368,794 Pengangkutan Barang-Barang 4,487 Perhubungan dan Utiliti 852,960 Sewaan 406,411 Bekalan Bahan Mentah 119,823 Bekalan dan Bahan-Bahan Lain 354,527 Penyelenggaraan dan Pembaikian Kecil Yang Dibeli 939,103 Perkhidmatan Iktisas dan Perkhidmatan Lain Yang Dibeli dan Hospitaliti 6,219,677 Aset 726,834 Pemberian Dalam Negeri 2,376,790 Pencen 849,899

Page 172: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

123

Ganjaran 47,200 Gantian Cuti Rehat 23,355 Pelbagai Bayaran 1,485,528

SUSUT NILAI DAN LAIN-LAIN Susut nilai 1,429,338 Agihan Zakat 188,510,054 Belanja Hutang Ragu 3,825 Kerugian Perubahan Nilai Saksama Pelaburan Saham 63,916 Sumbangan Wakaf - Kerugian Pelupusan Aset -

212,381,634

LEBIHAN/(KURANGAN) PENDAPATAN (4,444,727)

Page 173: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

124

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS

PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

BILANGAN 4.1.11

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH

Y.B. AB. RAZAK BIN IBRAHIM

ADUN AIR PUTEH

SOALAN 1 : Apakah kriteria kerajaan melalui PERMINT untuk membina

Rumah Mampu Milik di sesuatu kawasan?

JAWAPAN : Untuk pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM), Kerajaan akan

mempertimbangkan kriteria-kriteria sebagaimana berikut:

i) Tanah kerajaan

ii) Tiada rintahan haram

iii) Kawasan bebas banjir

iv) Terdapat kemudahan infra asas yang berdekatan

v) Bentuk muka bumi yang bersesuaian

vi) Lokasi yang strategik serta bersesuaian dan mendapat

permintaan yang tinggi di kalangan penduduk setempat

SOALAN 2 : Projek naik taraf jalan LPT@ exit Chukai, nampaknya pemilik

rumah yang duduk di atas tanah ROW mempunyai masalah

untuk pindah, walaupun usaha kerajaan untuk memberi lot

penempatan untuk mereka kebanyakan terdiri daripada orang

susah. Apakah kerajaan bersedia untuk memberi saguhati

kepada mereka sebagai persediaan untuk mereka pindah?

Page 174: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

125

JAWAPAN : Berdasarkan kepada skop projek naik taraf jalan tersebut, tiada

peruntukan pemberian saguhati kepada setinggan atau apa-apa

struktur yang terlibat dalam rezab jalan. Kerajaan Negeri tidak

bersedia untuk menyediakan saguhati kepada binaan/struktur di

atas ROW tersebut.

SOALAN 3 : Adakah pihak kerajaan akan mengadakan prasarana (jalan,

perparitan, api dan air) di kawasan RTB tapak perumahan untuk

orang yang terkilan, begitu juga dengan RTB perumahan yang

baru?

JAWAPAN : Pihak Kerajaan akan mengadakan prasarana tersebut

berdasarkan kepada keperluan dan kedudukan kewangan

semasa.

SOALAN 4 : Adakah kerajaan masih meneruskan lagi sumbangan tahunan

daripada wang zakat (MAIDAM) kepada pelajar anak

Terengganu yang sedang belajar di universiti tempatan

(IPTA/IPTS) atau pun luar negeri seperti tahun – tahun lepas?

JAWAPAN : Ya, MAIDAM masih meneruskan sumbangan tahunan daripada

wang zakat kepada pelajar anak Terengganu yang sedang

belajar di universiti tempatan (IPTA/IPTS) atau pun luar negeri

seperti tahun-tahun sebelum ini.

SOALAN 5 : Ada kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan

sebagai kawasan ternakan ikan air tawar & ternakan lembu.

Apakah langkah-langkah yang perlu dibuat sekira ada pihak

yang berminat untuk melaksanakan aktiviti tersebut?

JAWAPAN : Pihak berminat hendaklah menyemak status kawasan tersebut

dengan Pejabat Tanah Daerah. Sekiranya kawasan tersebut

bebas daripada sebarang bebanan, pihak berkenaan boleh

berhubung dengan Pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri

Terengganu (UPEN) untuk membuat permohonanan bagi

melaksanakan aktiviti tersebut.

Page 175: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

126

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS

PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

BILANGAN 4.1.12.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH

Y.B. HAJI MALIAMAN BIN KASSIM

ADUN AJIL

SOALAN 1 : Apakah masalah utama yang dihadapi di kawasan Skim

Pengairan Jelapang Langkap sehingga menyebabkan tanah

sawah masih terbiar dan usaha serta perancangan Kerajaan

Negeri untuk memastikan pesawah dapat memanfaatkan tanah

sawah terbabit?

JAWAPAN : Antara isu / masalah utama yang dihadapi di kawasan Skim

Pengairan Jelapang Langkap ini sehingga menyebabkan tanah

sawah masih terbiar adalah sepertimana berikut :

i) Tanah lembut (hardpan tidak kuat) menyebabkan jentera

mudah tenggelam ketika membajak. Puncanya adalah

disebabkan kadar air yang terlalu tinggi dalam tanah.

ii) Masalah tanah paya yang agak dalam memerlukan parit

jejari dan kerja-kerja cuci gali parit sedia ada untuk

mengalirkan air keluar daripada sawah (melibatkan Blok

A, B, C dan D).

iii) Jentera sukar masuk untuk membajak kerana tiada

lintasan antara petak sawah. Memerlukan pemasangan

culvert bersaiz 2 kaki untuk membuat lintasan jentera

terutama bagi Blok D.

Page 176: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

127

iv) Sebahagian tanah lot di Skim Pengairan Jelapang masih

berstatus TOL menyebabkan pihak BERNAS tidak boleh

membayar subsidi peningkatan hasil padi (RM300.00 /

mt) kepada pesawah atau pengusaha.

Manakala, antara usaha serta perancangan Kerajaan Negeri

untuk memastikan pesawah dapat memanfaatkan tanah terbiar

tersebut adalah sepertimana berikut :

i) Mengadakan ‘Majlis Dialog YB Pengerusi Jawatankuasa

Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa

Bersama Petani’ di Kampung Jelapang yang turut dihadiri

oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan

Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Beras

Nasional (BERNAS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan

Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Setiu.

Bagi menyelesaikan masalah pemilikan tanah sawah

Kampung Jelapang tersebut, sistem pengairan sedia ada

dan cadangan penyelesaian akan dijalankan secara

berperingkat di mana proses pemutihan pemilikan tanah

akan dilakukan terlebih dahulu.

ii) Selain itu, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu juga

telah diberi kebenaran oleh Jabatan Pertanian untuk

mengusahakan kawasan padi di bawah Skim Pengairan

Jelapang seluas 400 hektar melalui surat kelulusan JP IP

23/859/4 Jld 8 (56) bertarikh 6 Jun 2016.

Secara dasarnya pembangunan pemulihan adalah

mengikut sebagaimana spesifikasi yang telah ditetapkan

oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. PPK Setiu juga

memberi jaminan akan meneruskan projek tanaman padi

di Kampung Jelapang setelah kerja pembersihan dan

pembaikan struktur telah disempurnakan oleh pihak

kontraktor serta masih dalam proses untuk mengadakan

perbincangan bersama dengan Kerajaan Negeri

Page 177: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

128

Terengganu bagi memajukan kawasan tersebut.

////

SOALAN 2 : Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap permohonan

tukar syarat tanah padi kepada tanah bangunan di kawasan

jelapang padi seperti KETARA?

JAWAPAN : 1. Kawasan jelapang padi KETARA berkeluasan 10,769

hektar merangkumi dua fasa iaitu Fasa pertama

di Daerah Besut seluas 5,235 ha dan Fasa kedua

yang meliputi daerah Setiu seluas 5,530 hektar. KETARA

telah membelanjakan lebih daripada RM450 juta bagi

penyediaan infrastruktur seperti sistem pengairan di

Paya Peda, Besut dan Che Mohid, Setiu yang menjadi

tunjang utama kepada pengairan kawasan jelapang

padi.

2. Tukar syarat tanah padi kepada bangunan untuk tujuan

pembangunan secara tidak terancang akan menjejaskan

sistem pengairan sedia ada. Pengairan kawasan jelapang

padi akan terganggu dan tidak dapat beroperasi secara

komprehensif serta memberi impak negatif kepada

keseluruhan kawasan jelapang padi sedia ada yang

ditanam secara berkelompok. Pengelompokan kawasan

jelapang padi dengan sistem pengairan yang dibina

secara bersepadu bagi memudahkan kerja pengurusan

dan mengelakkan kerosakan akibat daripada serangan

haiwan perosak seperti tikus dan serangga perosak yang

lain.

3. Dasar Kerajaan Negeri adalah untuk mengekalkan

kawasan jelapang padi (KETARA) dan kawasan tanaman

padi yang diwartakan (luar skim KETARA), iaitu

sebarang permohonan pembangunan fizikal tidak

Page 178: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

129

dibenarkan termasuklah permohonan tukar syarat tanah

pertanian (padi) kepada bangunan.

4. Pengekalan kawasan tanaman padi ini telah dipersetujui

dan diwartakan di Negeri Terengganu iaitu:

4.1 Dizonkan sebagai kawasan pengekalan pertanian

mengikut Rancangan Tempatan Daerah Besut

2020 (no warta: 1466, Tarikh Warta : 31 Disember

2009);

4.2 Dizonkan sebagai kawasan pengekalan pertanian

mengikut Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2020

(No. Warta: 1211, Tarikh Warta: 20 Disember

2012); dan

4.3 Cadangan pengezonan semula kawasan tanaman

padi oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

sebagaimana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa

Perancang Negeri Terengganu Bil. 3/2017 yang

telah bersidang pada 21 November 2018.

5. Berdasarkan Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan

dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

(GPPPP KSAS), Kawasan jelapang padi merupakan salah

satu daripada ketegori KSAS Kawasan Pertanian

Makanan yang perlu dikekalkan dan tidak dibenarkan

menjalankan sebarang aktiviti pembangunan di atasnya

kerana berkepentingan nasional.

6. Selain itu, data daripada Jabatan Pertanian

menunjukkan keluasan pasel padi semakin berkurangan

dari tahun ke tahun. Jabatan Pertanian akan

mengekalkan keluasan sedia ada sama ada jelapang

atau luar jelapang dan akan melaksanakan penambahan

keluasan pasel jelapang padi sebagai Makanan

Keselamatan Negara untuk rakyat.

Page 179: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

130

SOALAN 3 : Berapakah jumlah penerima Lesen Motosikal percuma untuk

warga belia dan berapakah jumlah peruntukan yang

dibelanjakan?

JAWAPAN : Jumlah peserta bagi program Lesen Motosikal Percuma atau

dikenali Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera @ LMTS bagi

tahun 2019 adalah seramai 25,000 orang dengan

perbelanjaan sebanyak RM 6,646,975.00.

SOALAN 4 : Sejauh manakah usaha kerajaan untuk merealisasikan institusi

yang memainkan peranan dalam pemulihan akidah dan akhlak

di Negeri Terengganu?

JAWAPAN : Berikut adalah antara usaha kerajaan untuk merealisasikan

institusi yang memainkan peranan dalam pemulihan akidah

dan akhlak di negeri Terengganu oleh agensi-agensi yang

terlibat :

a) Jabatan Mufti Terengganu

1. Sepertimana amalan dan tindakan yang telah

diambil sebelum ini, Jabatan Mufti Negeri

Terengganu akan mewartakan setiap fatwa yang

diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri

Terengganu berkaitan dengan akidah dan akhlak

bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang.

Tindakan tersebut merupakan salah satu langkah

bagi menjaga akidah dan akhlak masyarakat di

negeri Terengganu daripada terus merebak dan

berleluasa.

2. Jabatan Mufti Negeri Terengganu juga dalam usaha

Page 180: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

131

untukmenyiapkan bahan bacaan seperti buku-buku

yang berkaitan dengan akidah dan akhlak untuk

diedarkan kepada setiap masyarakat di seluruh

Negeri Terengganu.

3. Antara aktiviti Jabatan Mufti Negeri Terengganu

yang sedang berjalan ialah mengeluarkan Kalam

Jabatan Mufti Negeri Terengganu. Maka dalam isu

ini, pihak jabatan akan mengeluarkan Kalam

Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang berkaitan

dengan akidah dan akhlak bagi mendidik

masyarakat negeri Terengganu melalui hebahan dan

sebaran di seluruh masjid di Negeri Terengganu.

4. Untuk di masa-masa akan datang, pihak jabatan ini

juga bersedia untuk mewujudkan panel akidah bagi

memberi khidmat nasihat kepada sesiapa yang

mempunyai masalah dalam kekeliruan akidah.

b) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu

- Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Pusat

Rehabilitasi dan Pusat Pemulihan Akidah di negeri

Terengganu melalui pembentangan bajet di dalam

Sidang Dewan Undangan Negeri Kali Ke 14 pada

25 hingga 29 November 2018 yang lalu dan telah

meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta. Lokasi

bagi menubuhkan Pusat Rehabilitasi dan Pusat

Pemulihan Akidah adalah di Daerah Marang dan

pihak kerajaan sekarang sedang merekabentuk

bangunan dan penyusunan perjawatan.

Page 181: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

132

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS

PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

BILANGAN 4.1.13.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH

Y.B. IR SAIFUL AZMI BIN SUHAILI

ADUN KEMASIK

SOALAN 1 : Adakah dalam makluman kerajaan negeri tentang bangunan

peninggalan bersejarah di Bukit Tampin, Kemasik yang

dimaklumkan dahulunya merupakan bangunan mahkamah

bagi Daerah Kemasik (daripada Paka ke Chendor)?

i) Adakah ia mempunyai nilai untuk diwartakan sebagai

tempat bersejarah bagi tujuan pembangunan

pelancongan sejarah?

ii) Apakah ada usaha daripada mana-mana sektor atau

agensi kerajaan negeri agar satu pemuliharaan dapat

dilakukan terhadap tempat-tempat bersejarah ini

memandangkan ianya mempunyai nilai sejarah kepada

Page 182: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

133

pembentukan pentadbiran daerah satu masa dahulu?

(Rekod JKR ia beroperasi sekitar tahun 1924, tetapi

tiada maklumat lanjut dari sumber muzium dan arkid

diterima)

iii) Bagaimanakah penumpuan kerajaan untuk

mengenalpasti dan membangunkan kembali saki baki

tinggalan perkampungan tradisi melayu dan tanah milik

orang melayu sekitar bandar Kuala Terengganu

seterusnya dijadikan pusat pelancongan sejarah orang

melayu Terenganu sebagaimana yang dilakukan untuk

Kampung Cina?

iv) Apakah dasar kerajaan bagi membela perkampungan

dan tanah-tanah tradisi orang melayu di Bandaraya

Kuala Terengganu sebagaimana dipertahankan

kampung tradisi Cina?

SOALAN 2 : Sektor perikanan, penternakan dan pertanian di

Terengganu; Bagaimana statistik keterlibatan golongan

muda dalam sektor-sektor ini?

i) Apakah perancangan kerajaan supaya ianya terus

relevan dan menjadi pilihan orang muda untuk

menceburi bidang ini sebagai satu pilihan kerjaya

mereka setelah menamatkan pengajian sama ada di

peringkat sijil, diploma juga ijazah?

ii) Apakah langkah yang dirancang kerajaan untuk

mempertingkatkan hasil perikanan, penternakan dan

pertanian sebagai keluaran dalam negeri bagi

menampung peningkatan permintaan disamping

kebergantungan kepada sumber-sumber luar?

Page 183: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

134

JAWAPAN (i) : 1. Statistik penglibatan golongan muda dalam sektor

pertanian, perikanan dan penternakan di Negeri

Terengganu adalah sebagaimana berikut:

Bil. Sektor Bilangan

1. Pertanian 1372

2. Perikanan 2283

3. Penternakan 123

2. Antara usaha kerajaan dalam memastikan sektor

perikanan, penternakan dan pertanian terus relevan dan

menjadi pilihan orang muda untuk menceburi sektor

pertanian, perikanan dan penternakan ini sebagai satu

pilihan kerjaya adalah dengan menyediakan bantuan-

bantuan khas sebagaimana berikut.

a. Skim Bantuan Modal Tani (Kerajaan Negeri)

b. Program Agropeneur Muda (Kerajaan

Persekutuan)

c. Bantuan Khidmat Nasihat dan Kursus

JAWAPAN (ii) : Langkah yang dirancang kerajaan untuk mempertingkatkan

hasil perikanan, penternakan dan pertanian sebagai keluaran

dalam negeri bagi menampung permintaan di samping

kebergantungan kepada sumber-sumber luar sebagaimana

berikut:

1. Pertanian

a. Khidmat Pengembangan dengan penekanan untuk

melengkapkan infrastruktur yang diperlukan dan

pembajaan yang diperlukan.

Page 184: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

135

b. Pemberian bantuan dan insentif :

i. Bantuan tanam semula buah-buahan yang

memfokuskan tanaman Durian dan buah-buahan

lain. Kadar Insentif yang ditawarkan ialah

RM6,000/ha untuk penyediaan kawasan,

penyediaan infrastuktur ladang dan input

Pertanian lain.

ii. Kluster Durian yang memfokuskan Dusun Durian

Kampung di sulam dengan Durian Klon terkini

(D197 dan D200). Kadar Insentif yang di

tawarkan ialah RM20,000/ha untuk penyediaan

kawasan, Penyediaan infrastruktur Ladang dan

input Pertanian lain.

iii. Kluster Tembikai merupakan tanaman utama

Negeri Terengganu. Kadar Insentif yang di

tawarkan ialah RM20,000/ha untuk penyediaan

kawasan, Penyediaan infrastruktur Ladang dan

input Pertanian lain.

iv. Kluster Pisang memfokuskan pisang Berangan

dan pisang Nangka dan pisang Tanduk. Kadar

Insentif yang ditawarkan ialah RM20,000/ha

untuk penyediaan kawasan, Penyediaan

infrastruktur Ladang dan input Pertanian lain.

v. Kluster Betik memfokuskan Betik Eksotika dan

Betik Sekaki. Kadar Insentif yang ditawarkan

ialah RM20,000/ha untuk penyediaan kawasan,

Penyediaan infrastruktur Ladang dan input

Pertanian lain.

vi. Kluster Tanaman Kontan bagi Terengganu

Page 185: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

136

memfokuskan Tanaman Labu, Jagung Manis dan

Ubi Keledek. Kadar Insentif yang ditawarkan ialah

RM15,000/ha untuk penyediaan kawasan,

Penyediaan infrastruktur Ladang dan input

Pertanian lain.

vii. Pertanian Bandar memfokuskan penanaman

sekitar rumah untuk tujuan Sara Diri. Kadar

Insentif yang ditawarkan Komuniti dan Individu

RM150/peserta.

c. Jabatan Pertanian juga berkerjasama dengan institusi

penyelidikan untuk membuat produk Industri Asas

Tani berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran

yang mempunyai nilai pendapatan yang lebih baik.

d. Menekankan pengeluaran hasil tanaman melalui

Amalan Pertanian Baik dengan Persijilan My GAP dan

juga pengeluaran hasil tanaman secara organik

dengan Persijilan My Organik.

2. Perikanan

a. Melaksanakan program Sistem Penyampaian &

Khidmat sokongan Akuakultur dengan memberi

bantuan kepada mereka yang layak bagi

membolehkan pengusaha/penternak menaiktaraf

atau meningkatkan hasil pengeluaran produk

akuakultur.

b. Program meningkatkan pendapatan dengan melantik

syarikat peneraju untuk mengoperasikannya kerana

peserta tidak mempunyai kemahiran dan

pengalaman dalam bidang akuakultur serta kekangan

modal. Namun peserta tetap mendapat manfaat

daripada projek ini.

Page 186: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

137

c. Program Usahawan Agropreneur Muda telah

diperkenalkan bagi melahirkan usahawan yang

progresif, berdaya saing, kreatif, inovatif dan

berpendapatan tinggi. Program ini memberi peluang

kepada golongan di antara 18 hingga 40 tahun untuk

menceburi bidang pertanian. Di bawah Jabatan

Perikanan seramai lebih 30 orang telah diluluskan

dibawah program UAM.

d. Program Touch Point terbuka kepada semua

usahawan perikanan bagi mengurangkan kos

operasi. Bagaimanapun keutamaan diberikan kepada

golongan belia bawah 40 tahun yang berpotensi.

Bantuan-bantuan ini diberikan dalam bentuk

sumbangan bukan wang (in kind) samada peralatan

yang diperlukan atau bantuan input seperti benih

ikan, induk atau makanan ikan. Bantuan dalam

bentuk perkhidmatan pengembangan seperti khidmat

nasihat teknikal atau program latihan secara intensif

oleh jabatan/agensi teknikal berkaitan projek juga

disediakan.

3. Penternakan

a. Program penternakan Lembu SADO di mana

ternakan lembu kacukan atau hidrid dilaksanakan di

Negeri Terengganu dengan peruntukan yang telah

digunakan adalah RM 268,769.40 dari tahun 2014-

2017. Seramai 6234 penternak diseluruh Negeri

Terengganu daripada tahun 2014 sehingga 2017

telah menerima manfaat daripada program tersebut.

Untuk tahun 2017, sebanyak 1896 ekor anak lembu

di lahirkan daripada program tersebut dengan

melibatkan baka lembu Chalolais, Bergian Blue,

Limousaine, Blonde d Aquitane dan Angus.

Page 187: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

138

Pembangunan industri ini telah meningkatkan

pendapatan penternak dengan anggaran anak lembu

SADO berharga RM 6000, 00 hingga RM 7,000.00

pada umur 7-8 bulan. Permintaan dan pasaran lembu

SADO terus berkembang di Negeri Terengganu,

bahkan telah mendapat sambutan di kalangan

golongan muda untuk bidang ternakan lembu SADO.

b. Program ternakan kambing susu telah dijalankan

oleh penternak di Negeri Terengganu. Seramai 151

penternak kambing tenusu yang berdaftar dengan

pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

Terengganu dengan anggaran ternakan kambing

tenusu sebanyak 2,660 ekor. Purata penghasilan

susu kambing adalah sebanyak 500 liter sehari.

SOALAN 3 : Sektor keusahawanan, Apakah tindakan yang lebih signifikan

yang perlu dijalankan oleh pihak kerajaan dalam memastikan

pembinaan dan pembangunan usahawan baharu dapat

dilahirkan dan apakah indikator (KPI) yang ditetapkan dalam

tempoh empat tahun ini?

JAWAPAN : Pihak Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan

Usahawan (YPU) telah melaksanakan beberapa program bagi

membina dan membangunkan usahawan baru melalui

pelaksanaan program berikut :-

i. Usahawan Graduan Terengganu (PUGT)

ii. Usahawan Graduan Terengganu (U-GATES)

iii. Usahawan Belia Sejahtera (U-BES)

Indikator atau KPI yang dilihat bagi menilai pencapaian mereka

dalam tempoh empat tahun ini ialah dari sudut tahap

pencapaian jumlah jualan dan bilangan pekerja yang mereka

Page 188: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

139

Jadual Bilangan Peserta Yang Terlibat Serta Pencapaian Hasil Jualan &

Bilangan Pekerja

BIL KUMPULAN

SASARAN

JANTINA JUMLAH

PESERTA BIL PEKERJA

HASIL JUALAN -

SETAHUN (RM) L P

1 PUGT 4.0 10 10 20 85 RM4.3 JUTA

2 PUGT 5.0 11 7 18 64 RM3 JUTA

3 UGATES 1.0 18 12 30 24 RM108,935.00

4 UBES 1.0 14 25 39 40 RM1.4 JUTA

JUMLAH KESELURUHAN 53 54 107 213 RM8.8 JUTA

lahirkan hasil daripada pelaksanaan program tersebut.

Pencapaian dan keberhasilan mereka ini dapat dilihat melalui

jadual berikut :-

Dalam tempoh empat tahun ini, antara pencapaian

pembangunan usahawan baharu yang dapat dilihat adalah

berdasarkan peluang pekerjaaan dan juga hasil peningkatan

jualan tahunan iaitu untuk keempat - empat program dapat

mengurangkan pengangguran dengan memberi peluang

pekerjaan kepada 213 orang penduduk dengan hasil jualan

tahunan sebanyak 8.8 juta.

SOALAN 4 : Apakah kerajaan berhasrat untuk menetapkan keutamaan

peluang pekerjaan kepada penduduk dan syarikat anak

tempatan dalam sektor-sektor perniagaan yang dibangunkan

dalam negeri ini sebagai contoh keutamaan pekerjaan kepada

penduduk dan syarikat tempatan dalam sektor perindustrian

minyak dan gas oleh PETRONAS?

Page 189: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

140

JAWAPAN : Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan rakyat tempatan di

dalam mana-mana entity perniagaan yang boleh dipengaruhi

oleh keputusan Kerajaan. Kerajaan Negeri menetapkan syarat

sebanyak 70% dari pekerja di dalam mana-mana perusahaan

di dalam Kawasan Perindustrian di dalam negeri ini perlulah

terdiri daripada rakyat negeri Terengganu. Untuk di peringkat

syarikat anak tempatan pula, Kerajaan telah berjaya

menggunakan Terengganu Petroleum Council (TPC) untuk

membida tender-tender yang dikeluarkan oleh pihak

PETRONAS. Sebagai rekod, TPC diwujudkan dibawah seliaan

Terengganu Inc yang menjadi payung kepada syarikat-syarikat

yang dimiliki oleh anak-anak negeri Terengganu dan saling

bekerjasama untuk mendapatkan kerja-kerja kontrak yang

ditawarkan.

Page 190: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

141

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS

PADA 15 HINGGA 16 JULAI 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

BILANGAN 4.1.14

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH

Y.B. HAJAH ZURAIDA BINTI MD NOOR

ADUN WAKIL WANITA

SOALAN 1 : MBKT telah membelanjakan RM24 juta untuk pengurusan

sampah. Terkini penguatkuasaan saman juga telah

dilaksanakan. Bagaimanakah langkah kerajaan bagi

menjimatkan kos pengurusan sampah dan sejauh mana

keberkesanan saman memberi sampah kepada kesedaran

rakyat? Apakah indikator kepada keberkesanan ini?

JAWAPAN : Untuk menjimatkan kos pengurusan sampah Majlis

Bandaraya Kuala Terengganu telah merangka untuk

Page 191: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

142

penggunaan teknologi terkini seperti lori kompaktor

mekanikal dengan hanya menggunakan seorang pemandu

sahaja untuk menguruskan sisa pepejal, berbanding lori

sediada yang memerlukan pemandu dan minimum 2 orang

krew boleh menjimatkan kos tenaga kerja.

Mengadakan kempen-kempen untuk meningkatkan

kesedaran rakyat tentang kepentingan penjagaan kebersihan.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu juga telah merancang

untuk projek penswastaan tapak pelupusan sisa pepejal serta

menjadikan sisa pepejal sebagai sumber tenaga yang boleh

diperbaharui dengan menggunakan konsep waste to wealth.

Penguatkuasaan undang-undang merupakan langkah terakhir

yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

memandangkan tujuan tindakan penguatkuasaan bukanlah

sekadar menghukum pesalah yang membuang sampah

merata-rata semata-mata, namun lebih kepada memberi

kesedaran dan mendidik sikap masyarakat agar menjaga dan

membantu memelihara alam sekitar ke arah lebih bersih dan

ceria.

SOALAN 2 : Berapakah jumlah penerima terkini (mengikut pecahan

jantina) skim usahawan seperti Skim Pinjaman Atas Talian

Terengganu (SPINT), Program Usahawan Graduan

Terengganu Sejahtera (U-Gates), Tabung Siti Khadijah dan

Tabung Usahawan Sejahtera ( TUGAS)?

JAWAPAN : Jumlah penerima sehingga 31 Mei 2019 mengikut pecahan

jantina sebagaimana berikut :-

1) Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT)

Page 192: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

143

Jumlah : 3 ( Lelaki 2, wanita 1 )

2) Program Usahawan Graduan Terengganu Sejahtera

(U- GATES)

Jumlah : 30 ( Lelaki 18, wanita 12 )

3) Tabung Siti Khadijah (TSK)

Jumlah : 10 ( Lelaki 0, wanita 10 )

4) Usahawan Belia Sejahtera (U-BES)

Jumlah : 39 ( Lelaki 14, wanita 25 )

5) Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS).

Jumlah : 528 ( Lelaki 125, wanita 403)

SOALAN 3 : Berapakah jumlah pelancong setakat suku kedua tahun

2019?

JAWAPAN : Sehingga 31 Mei 2019 jumlah pelancong adalah sebanyak 2.3

juta.

SOALAN 4 : Apakah usaha-usaha pihak kerajaan untuk mengurangkan

‘cost of doing business’ bagi menarik pelaburan pihak

swasta?

JAWAPAN : Faktor ‘cost of doing business’ yang rendah adalah salah satu

faktor tarikan kepada pelabur untuk melabur di negeri ini.

Kerajaan Negeri telah memainkan peranan yang baik dalam

usaha membantu pelabur untuk mengurangkan kos

pelaburan mereka.

Page 193: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

144

Kerajaan Negeri telah menawarkan insentif-insentif pelaburan

yang menarik di mana insentif-insentif ini juga akan

mengurangkan kos pelaburan mereka:-

i. Diskaun ke atas premium tanah antara 10% - 50% ke

atas pelabur yang layak.

ii. Pembayaran premium tanah secara ansuran selama

setahun.

iii. Rebat sehingga 30% ke atas premium tanah kepada

pelabur yang melaksanakan projek dalam tempoh yang

ditetapkan.

Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah menawarkan

kawasan industri yang lengkap dengan infrastruktur asas

seperti jalan, longkang, sistem saliran, lampu jalan dan

sebagainya. Ini adalah salah satu langkah untuk

mengurangkan ‘cost of doing business’ di mana kos telah

ditanggung oleh kerajaan.

Masa juga akan dikaitkan dengan ‘wang’ kepada para pelabur

di mana kelewatankelulusanatau tindakan yang ambil oleh

pihak kerajaan akan merugikan perniagaan mereka. Oleh itu,

Kerajaan Negeri sentiasa menambahbaik ‘delivery system’

dengan mempercepatkan proses kelulusan permohonan dan

bertindak dengan kadar bersegera terhadap aduan yang

diterima daripada pelabur.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga membantu pelabur

swasta dalam mempromosikan produk dan perniagaan

mereka sama ada di dalam atau ke luar negeri melalui

promosi pelaburan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Terkini, Kerajaan Negeri sedang mengadakan perbincangan

dengan Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi Kerajaan

Page 194: DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT KEDUA …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m2p2d14.pdf · Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang

145

Persekutuan yang terlibat dalam membangunkan laluan East

Coast Rail Link (ECRL) dari pantai barat ke pantai timur yang

melalui negeri ini. Ia bagi memastikan ECRL melalui kawasan

industri dan membina stesen barangan di kawasan industri

tersebut. Ini akan membantu pelabur mengurangkan kos

pengangkutan mereka pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri sentiasa membantu

pelabur swasta dalam mengurangkan ‘cost of doing business’

untuk menarik pelabur ke negeri ini dan menggalakkan

pelabur mengembangkan perniagaannya.