DI PERPUSTAKAAN
description
Transcript of DI PERPUSTAKAAN
DI PERPUSTAKAAN
SHAFIE ABU BAKAR
Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati
Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.
Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan ku petik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman
Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mungkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.
Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
di dada manudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah
Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diteroka.
TEMA
Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.
PERSOALAN1. Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di
perpustakaan dan perlu dimanfaatkan
2. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.
3. Persoalan cinta akan ilmu pengetahuan
NILAI1. Kerajinan – rajin menuntut ilmu
2. Ketekunan – tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan
3. Bertanggungjawab – berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan
PENGAJARAN1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu
2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu
3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mengejar ilmu.
4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan
SOALAN1. Mengapakah penyajak berasa kagum apabila melangkah
ke ruang perpustakaan?
2. Nyatakan kepentingan perpustakaan kepada masyarakat?