Di Sebalik Teka Teki Voynich

3
Di Sebalik Teka Teki Voynich Sekitar tahun 1912,seorang pengumpul barangan antic,Wilfrid M. Voynich menemui senaskah manuskrip bertulisan ganjil.Naskhah setebal 140 halaman itu dianggap sesuatu yang luar biasa oleh Wilfrid Voynich kerana dia tidak pernah jumpa tulisan sebegitu.Usaha menjejak tulisan sebegitu.Usaha menjejak tulisan sebegitu akhirnya manjadi satu teka teki dalam hidup Wilfrid.Kemudian teka teki itu terus menjadi satu daripada benda paling misteri di dunia pada hari ini.Ini kerana,tidak ada seorang manusia tahu apakah yang ditulis dalam manuskrip berkenaan.Disebabkan perkara itu,lalu masyarakat dunia menamakannya sebagai Voynich. Di percayai,manuskrip itu berasal dari Eropah.Berkemungkinan ia ditulis pada abad ke 15 ataupun 17.Tapi semua pengkaji setuju,mereka tidak tahu siapa yang menulisnya.Inilah teka teki yang masih berlegar di fikiran ahli Kriptologi(bidang kajian tulisan kuno).Mereka bingung dan hairan kenapa huruf-huruf yang terdapat dalam buku tersebut tidak pernah ditemui dalam mana-mana tamadun silam sebelum ini.Lebih pelik lagi apabila ahli sejarah membuktikan,pada abad ke 15 hingga 17,sistem tulisan moden yang menggunakan huruf roman telah digunakan di Eropah dan Semua manuskrip yang ditulis mempunyai nama penulisnya.Fakta itu benar-benar membingungkan pakar Kriptologi. Selain mempunyai muka huruf yang sukar difahami,terdapat juga beberapa ilustrasi yang meninggalkan pelbagai tanda Tanya.Salah satu daripadanya adalah ilustrasi yang memaparkan beberapa jenis spesies tumbuhan,lakaran peta seperti benua Antartika,planet-planet,galaksi dan sekumpulan wanita yang sedang berendam di sebuah kolam. Mengikut kajian,manuskrip ini mengandungi 170 000 patah perkataan.Setiap patah perkataan itu mempunyai 20 hingga 30 jenis muka hruf yang berbeza.Uniknya,setakat ini belum satu huruf pun yang mempunyai kesamaan dengan huruf tulisan kuno di Eropah. Sebelumitu,pada tahun 1921,seorang profesordari Universiti Pennsylvania,Amerika Syarikat,Wiliam R.Newbold mendakwa,setiap patah perkataan yang terdapat dalam manuskrip Voynich merupakan penemuan sains yang ditulis pada abad ke-13.Bentuk tulisan itu hanya boleh

description

misteri

Transcript of Di Sebalik Teka Teki Voynich

Page 1: Di Sebalik Teka Teki Voynich

Di Sebalik Teka Teki Voynich

Sekitar tahun 1912,seorang pengumpul barangan antic,Wilfrid M. Voynich menemui senaskah manuskrip bertulisan ganjil.Naskhah setebal 140 halaman itu dianggap sesuatu yang luar biasa oleh Wilfrid Voynich kerana dia tidak pernah jumpa tulisan sebegitu.Usaha menjejak tulisan sebegitu.Usaha menjejak tulisan sebegitu akhirnya manjadi satu teka teki dalam hidup Wilfrid.Kemudian teka teki itu terus menjadi satu daripada benda paling misteri di dunia pada hari ini.Ini kerana,tidak ada seorang manusia tahu apakah yang ditulis dalam manuskrip berkenaan.Disebabkan perkara itu,lalu masyarakat dunia menamakannya sebagai Voynich.

Di percayai,manuskrip itu berasal dari Eropah.Berkemungkinan ia ditulis pada abad ke 15 ataupun 17.Tapi semua pengkaji setuju,mereka tidak tahu siapa yang menulisnya.Inilah teka teki yang masih berlegar di fikiran ahli Kriptologi(bidang kajian tulisan kuno).Mereka bingung dan hairan kenapa huruf-huruf yang terdapat dalam buku tersebut tidak pernah ditemui dalam mana-mana tamadun silam sebelum ini.Lebih pelik lagi apabila ahli sejarah membuktikan,pada abad ke 15 hingga 17,sistem tulisan moden yang menggunakan huruf roman telah digunakan di Eropah dan Semua manuskrip yang ditulis mempunyai nama penulisnya.Fakta itu benar-benar membingungkan pakar Kriptologi.

Selain mempunyai muka huruf yang sukar difahami,terdapat juga beberapa ilustrasi yang meninggalkan pelbagai tanda Tanya.Salah satu daripadanya adalah ilustrasi yang memaparkan beberapa jenis spesies tumbuhan,lakaran peta seperti benua Antartika,planet-planet,galaksi dan sekumpulan wanita yang sedang berendam di sebuah kolam.

Mengikut kajian,manuskrip ini mengandungi 170 000 patah perkataan.Setiap patah perkataan itu mempunyai 20 hingga 30 jenis muka hruf yang berbeza.Uniknya,setakat ini belum satu huruf pun yang mempunyai kesamaan dengan huruf tulisan kuno di Eropah.

Sebelumitu,pada tahun 1921,seorang profesordari Universiti Pennsylvania,Amerika Syarikat,Wiliam R.Newbold mendakwa,setiap patah perkataan yang terdapat dalam manuskrip Voynich merupakan penemuan sains yang ditulis pada abad ke-13.Bentuk tulisan itu hanya boleh dilihat di bawah kanta pembesar kerana ia adalah perkataan daripada tulisan Yunani kuno.Bagaimanapun,New-bold memberitahu,manuskrip berkenaan telah ditulis oleh seorang ahli falsafah Inggeris yang bernama Roger Bacon.Namun penjelasan penjelasan Newbold tidak diterima komuniti akademik kerana tidak ada pembuktian yang jelas dan nyata.Apa yang dikemukakan Newbold hanya andaian beliau semata-mata.

Kemudian pada tahun 1940,dua orang pemecah kod amatur yang bernama Joseph M Freely dan Leo nell C. Strong telah menggunakan kaedah penggantian tulisan untuk menggantikan tulisan untuk mengkaji Voynich.Melalui kaedah itu,mereka telah gantikan muka huruf manuskrip itu kepada tulisan Rumi dan mendapati ia adalah sebuah karya tulisan Anthony Ascham yang bertajuk ‘A little Herbal’.Karya ini telah diterbitkan pada tahun 1550.

Page 2: Di Sebalik Teka Teki Voynich

Bagaimanapun,para saintis berpendapat,penyelidikan yang dilakukan dua orang pemecah kod ini hanya berdasarkan imaginasi saja.Ini kerana,tidak mungkin tulisan yang tidak diketahui makna alfabetnya dapat memberikan makna apabila ditukarkan ke alphabet tulisan yang bermakna.Ini jelas menunjukkan,suatu yang tidak lojik apabila ia diterjemahkan sebagai sesuatu yang bermakna.

Selepas itu,padatahun 1945,sekumpulan pemecah kod rahsia professional pula mencuba nasib menterjemahkan manuskrip itu.Malangnya,kumpulan rahsia yang pernah memecah kod rahsia tentera Jepun ketika perang dunia kedua itu,turutgagal menyingkap misteri Voynich.

Pada tahun 1987,seorang pakar Fizik yang bernama Leo Levitov menyatakan bahawa manuskrip tersebut dihasilkan oleh kaum Cathar.Menurut Levitov,huruf yang digunakan itu adalah campuran daripada bahasa Belanda,Jerman dan Perancis kuno.Walaupun jawapan itu seperti masuk akal,namun terjemahan yang dihasilkan Levitov langsung tidak boleh dibaca.Malah sejarah dan teologi kaum Cathar juga bertentangan dengan dakwaan Levitov.

Setelah berpuluh-puluh tahun manuskrip ini diteliti,muncul satu teori yang dianggap paling diterima akal iaitu manuskrip Voynich adalah ‘hoax’ atau tipu helah.Teori ini dikemukakan oleh seorang pakar psikologi yang bernama GordonRugg di dalam jurnal Kriptologi pada tahun 2004.

Menurut Rugg,selama tiga bulan dia meneliti manuskrip tersebut,hasilnya,manuskrip itu tidak mengandungi apa-apa maklumat.Ia hanya tulsian palsu yang mengaburi mata orang.Justeru,Rugg melabelkan manuskrip berkenaan sebagai tipu helah.Kata Rugg,pada tahun 1550,terdapat sejenis alat yang dicipta khusus untuk melakukan penipuan sebagai Carden Grille.Alat ini dicipta oleh rakyat Perancis yang bernama Girolamo Cardano.

Jelas Rugg,apabila menggunakan alat tersebut,seorang yang pintar mampu menulis satu halaman manuskrip Voynich dalam tempoh masa satu atau dua jam.Dan,sekiranya untuk menyiapkan keseluruhan halaman manuskrip ini,ia hanya memerlukan masa tiga atau empat bulan termasuk ilustrasinya.Dia turut mendakwa,manuskrip itu telah ditulis oleh seorang ahli kimia Inggeris bernama,Edward Kelly.

Persoalannya,sekiranya manuskrip ini hanyalah sebuah tipu helah,mengapa penulisnya bersusah payah menghasilkannya?Jawab Rugg,ia hanyalah disebabkan wang.Mengikut sejarah,sewaktu zaman pemerintahan Rudolph II,manuskrip itu telah dibeli dengan harga 600 dukat emas atau $50 dolar pada zaman sekarang.Kemudian nilainya terus meningkat hinggalah menjadi pada tahun 1964,nilainya telah mencecah 24 ribu dolar dan ia telah dibeli oleh H.P Kraus.Selepas itu,Kraus telah menggandakan harganya menjadi 160 ribu dollar kerana nilai rahsia yang ada padanya.