Diabetes

16
Kencing Manis (Diabetes Mellitus) Apakah diabetes mellitus? Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi. Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus? Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus o Diabetes mellitus jenis 1. o Diabetes mellitus jenis 2. Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis. Adakah penyakit ini sering berlaku? Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %. Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini. Kanak-kanak obesiti Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus? Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui. Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran. Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu- tisu dan organ badannya sendiri. Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.

description

Kencing manis

Transcript of Diabetes

Page 1: Diabetes

Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Apakah diabetes mellitus?

Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah

disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.

Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.

Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke

dalam sel.

Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah

dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?

Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus

o Diabetes mellitus jenis 1.

o Diabetes mellitus jenis 2.

Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing

manis.

Adakah penyakit ini sering berlaku?

Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.

Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh

dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.

Kanak-kanak obesiti

Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus?

Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui.

Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.

Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan

"antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.

Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami

peningkatan kadar kegemukan/obesiti.

Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika

seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).

Apakah gejala penyakit diabetes mellitus?

Page 2: Diabetes

Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak

tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:

Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).

Rasa haus yang amat sangat.

Berat badan menurun.

Rasa letih lesu dan kurang tenaga.

Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai

"secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.

Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:

Sakit perut dengan atau tiada muntah.

Sakit kepala.

Masalah tingkah laku.

Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.

Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis"

(DKA).

Apakah "diabetic ketoacidosis"?

Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan

pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.

Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu

dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.

Diabetes mellitus jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibu bapa mungkin tidak

mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan diabetes

mellitus jenis 1.

Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?

Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan

berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus

anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.

Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang

melibatkan organ-organ berikut:

Ginjal: kegagalan ginjal.

Mata: kebutaan.

Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.

Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).

Sistem saraf: masalah deria.

Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).

Page 3: Diabetes

Kaki: masalah kaki (diabetic foot)

Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.

Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah

dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.

Apakah hipoglisemia dan bagaimana anda mengenalinya?

Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang dia mungkin menghadapi hipoglisemia (tahap

glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki

keadaan.

Tanda dan gejala hipoglisemia:

Berpeluh sejuk/berpeluh banyak.

Menggeletar.

Letih dan lesu.

Perubahan tingkahlaku/tidak sedar diri.

Tahap glukos rendah semasa pemantauan di rumah.

Bagaimana merawat diabetes mellitus dikalangan kanak-kanak?

Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan diabetes dellitus hospital (hospital diabetes team)

seperti Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Fisioterapi, Terapi Carakerja, Pakar Otopedik, Pakar Psikologi,

Pegawai Pendidikan Diabetes dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan tertentu.

Sekiranya anak anda mempunyai diabetes mellitus jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat.

Dalam diabetes mellitus jenis 2, ubat secara oral (makan) dan suntikan insulin diberi untuk menurunkan tahap

glukos dalam darah.

Untuk kedua-dua jenis diabetes mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut

sukatan dan melakukan senaman.

Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di rumah (home blood glucose

monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang digunakan ialah glukometer.

Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta hari bulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos

insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu.

Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai diabetes mellitus.

Pegawai Dietetik akan kerap kali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat mengenai pemakanan

yang sesuai supaya dapat mengawal tahap glukos dalam darah.

Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap kerana ini boleh membantu mengurangkan tahap

glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih efisyen dan membantu mengawal berat badan.

Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan diabetes dari masa ke

semasa untuk rawatan atau nasihat.

Kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara berkala dan

dipantau oleh doktor.

Apakah yang perlu dilakukan untuk kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus?

Page 4: Diabetes

Anak anda mungkin mengalami masalah untuk memahami keadaannya dan menyesuaikan dirinya. Kemungkinan dia

juga akan mengalami masalah untuk menerima rawatan (terutama rutin suntikan insulin). Kaunseling dan sokongan

psikologi adalah penting untuk anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi.

Bolehkah diabetes mellitus dicegah?

Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat diabetes mellitus jenis 1.

Untuk diabetes mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat.

Pemulihan

Kanak-kanak yang tidak mengawal diabetes mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk dalam jangka masa

panjang. Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi

carakerja.

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes

mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi

kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada

penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin

Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan

kegagalan penghasilan insulinoleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis

pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh

kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari

luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu

badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh

kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara

pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan

ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya

pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada

pesakit).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Page 5: Diabetes

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh

tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti

dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus

pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada

dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani

(Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya

ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau

secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih

sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah

mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut.

Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897,

apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar

pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan

anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang

berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai

fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

Pengawalan diabetes[sunting | sunting sumber]

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang

dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

Penjagaan pemakanan dan berat badan

Kerap bersenam

Pengubatan

Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan

betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan

menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada

ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa

pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :

Page 6: Diabetes

Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?

Jenis rawatan yang diterima?

Dimana hendak mendapat ubat?

Mengelak Kencing Manis

Perubahan cara hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaann merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul. 

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -

Pemakanan

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar Kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

Senaman

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.

Page 7: Diabetes

Penjagaan berat badan

Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula didalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan diri sendiri

Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan.  Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.

Masalah pengidap Kencing Manis

Page 8: Diabetes

Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :- 

Kegagalan buah pinggang  Serangan jantung  Kebutaan / Katarak  Koma (hilang kesedaran)  Angin ahmar (strok)  Sakit saraf atau "mati pucuk"  `gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk 

Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :-

1. Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin

2. Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.

Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah:  

o Cemas.o Berdebar-debar.o Berpeluh.o Menggeletar.o Terasa lapar.o Terkeliru.o Penglihatan kabur.o Pening lalat.o Tidak sedarkan diri.

Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah:  

o Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.o Kerap terasa haus.o Muntah-muntah.o Badan semakin kurus.

Page 9: Diabetes

o Koma.o Sukar bernafas.o Sakit perut.

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.

Masalah yang sering dihadapi ibu bapa

Apabila anak semakin dewasa dan mencapai usia akil baligh, mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan. Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa perlu bijak untuk memahami keadaan anak mereka. Sebaik-baiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu.

Dalam tempoh ini juga, ibu bapa perlu mengambil berat dan mengawasi diet anak mereka itu untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti individu normal.

Datuk atau nenek juga kadangkala menimbulkan masalah kepada ibu bapa. Ini kerana, golongan itu akan memberi apa saja yang dikehendaki anak berpenyakit diabetes atas alasan kasihan.

Justeru, ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan anak mereka dan mengetepikan perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan paras gula di dalam tubuh tidak terus meningkat, sekali gus memendekkan tempoh masa kanak-kanak itu menjadi mangsa serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi strok, rosak penglihatan dan buah pinggang.

Golongan berisiko tinggi.

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-

Page 10: Diabetes

Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)

Mereka yang berat badan agak tinggi Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil. Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada

semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Mengesan kencing manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

Jenis-jenis kencing manis (Diabetes mellitus)

Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :-

1. Diabetes bersandar insulin  - jenis pertama (Type 1 diabetes)

Diabetes jenis pertama (Type 1 diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. 

Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.

Page 11: Diabetes

Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.

Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.

Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebalinnya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.

2. Diabetes bebas insulin - jenis kedua. (Type II diabetes)

Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam.

Page 12: Diabetes

Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia.

3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)

Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.

4. Diabetes bentuk lain

Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.