Dialek n.sembilan

12
Pemerian Semula Dialek Negeri Sembilan: Satu Laporan Awal Norsimah Mat Awal, Mohamad Fadzeli Jaafar, Idris Aman & Zaharani Ahmad Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA [email protected] Dialek Negeri Sembilan adalah salah satu dialek utama di Malaysia. Penelitian awal secara formal mengenai dialek Negeri Sembilan ialah kajian Hendon (1966) yang mengkaji aspek fonologi dan morfologi dan kawasan kajiannya ialah mukim Ulu Muar di daerah Kuala Pilah. Walau bagaimanapun, kertas kerja ini akan membentangkan dapatan awal kajian kami mengenai dialek Negeri Sembilan yang menggunakan pendekatan dialektologi sosial bandar. Dengan memilih daerah Rembau sebagai kawasan penggumpulan data, kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu senarai kata archaic dialek Negeri Sembilan dan seterusnya mengguji kelangsungan penggunaannya. Di tahap membangunkan senarai kata, kaedah yang digunakan ialah temubual dan penceritaan dari informan yang terdiri daripada warga emas. Dapatan awal menunjukkan banyak leksikal dari kategori kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang boleh dimasukkan dalam senarai kata archaic dialek Negeri Sembilan. PENDAHULUAN Negeri Sembilan terkenal sebagai sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang mengamalkan adat perpatihnya iaitu adat yang berlandaskan sistem matrilineal (Khoo Kay Kim, 1994). Sebagai satu masyarakat yang berpegang pada budaya dan adat, adat perpatih dijadikan sebagai satu cara hidup. Keakraban ikatan antara masyarakat Negeri Sembilan dan adat perpatih memang tidak dinafikan lagi dan telah banyak penulisan telah ditulis mengenainya. Di Negeri Sembilan, bukan sahaja sistem budaya dan adat yang diamalkan berbeza dari negeri- negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu tetapi dialek atau variasi bahasa yang digunakan juga berbeza. Dialek Negeri Sembilan telah menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Negeri Sembilan. Perkaitan antara bahasa dan masyarakat dan budaya sesuatu tempat tidak dapat disangkal lagi. Menurut Kramsch (1998) bahasa adalah perantara dalam kehidupan sosial kita. Kata-kata atau ungkapan kita gunakan untuk berkomunikasi bagi menyampaikan maklumat dan

description

n9

Transcript of Dialek n.sembilan

Page 1: Dialek n.sembilan

Pemerian Semula Dialek Negeri Sembilan: Satu Laporan Awal

Norsimah Mat Awal, Mohamad Fadzeli Jaafar, Idris Aman & Zaharani Ahmad

Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[email protected]

Dialek Negeri Sembilan adalah salah satu dialek utama di Malaysia. Penelitian awal secara formal mengenai dialek Negeri Sembilan ialah kajian Hendon (1966) yang mengkaji aspek fonologi dan morfologi dan kawasan kajiannya ialah mukim Ulu Muar di daerah Kuala Pilah. Walau bagaimanapun, kertas kerja ini akan membentangkan dapatan awal kajian kami mengenai dialek Negeri Sembilan yang menggunakan pendekatan dialektologi sosial bandar. Dengan memilih daerah Rembau sebagai kawasan penggumpulan data, kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu senarai kata archaic dialek Negeri Sembilan dan seterusnya mengguji kelangsungan penggunaannya. Di tahap membangunkan senarai kata, kaedah yang digunakan ialah temubual dan penceritaan dari informan yang terdiri daripada warga emas. Dapatan awal menunjukkan banyak leksikal dari kategori kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang boleh dimasukkan dalam senarai kata archaic dialek Negeri Sembilan.

PENDAHULUAN

Negeri Sembilan terkenal sebagai sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang

mengamalkan adat perpatihnya iaitu adat yang berlandaskan sistem matrilineal (Khoo Kay Kim,

1994). Sebagai satu masyarakat yang berpegang pada budaya dan adat, adat perpatih dijadikan

sebagai satu cara hidup. Keakraban ikatan antara masyarakat Negeri Sembilan dan adat

perpatih memang tidak dinafikan lagi dan telah banyak penulisan telah ditulis mengenainya. Di

Negeri Sembilan, bukan sahaja sistem budaya dan adat yang diamalkan berbeza dari negeri-

negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu tetapi dialek atau variasi bahasa yang digunakan juga

berbeza. Dialek Negeri Sembilan telah menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Negeri

Sembilan. Perkaitan antara bahasa dan masyarakat dan budaya sesuatu tempat tidak dapat

disangkal lagi. Menurut Kramsch (1998) bahasa adalah perantara dalam kehidupan sosial kita.

Kata-kata atau ungkapan kita gunakan untuk berkomunikasi bagi menyampaikan maklumat dan

Page 2: Dialek n.sembilan

idea yang boleh dikongsi bersama dan di samping itu kata-kata yang digunakan juga

mencerminkan sikap, kepercayaan dan pandangan seseorang. Dengan yang demikian, bahasa

mencerminkan identity budaya seseorang. Sama seperti bahasa, dialek juga berupaya

memainkan peranan sedemikian kerana dialek adalah variasi sesuatu bahasa dan makalah ini

membentangkan dapatan awal kajian mengenai dialek Negeri Sembilan dan penggunaannya

oleh masyarakat di Negeri Sembilan.

Dialek Negeri Sembilan

Mengikut Asmah Hj Omar (2008), di Semenanjung Malaysia terdapat tujuh kumpulan dialek.

Pembahagian dialek ini adalah berdasarkan perbandingan aspek-aspek fonologi. Dialek-dialek

yang telah dikenalpasti adalah:

(i) Dialek yang letaknya di barat laut yang meliputi kawasan Perlis, Kedah (termasuk Pulau

Langkawi), Pulau Pinang dan Perak Utara sehingga Taiping. Dialek ini lebih dikenali

umum sebagai dialek utara atau dialek Kedah.

(ii) Dialek Perak yang meliputi kawasan Perak Tengah.

(iii) Dialek selatan yang meliputi Perak Selatan, Selangor, Melaka dan Johor.

(iv) Dialek Kelantan yang kawasannya ialah negeri Kelantan dan juga meliputi juga kawasan-

kawasan sempadan Pahang dan Terengganu.

(v) Dialek Terengganu yang terletak di bahagian timur Semenanjung.

(vi) Dialek Pahang yang terdapat di negeri Pahang.

(vii) Dialek Negeri Sembilan yang terdapat di Negeri Sembilan.

(Asmah Haji Omar 2008: 153-154)

Seperti yang telah dinyatakan di atas, pembahagian dialek-dialek ini adalah berasaskan aspek-

aspek fonologi dan bagi dialek Negeri Sembilan tinjauan awal mengenai berasaskan aspek

fonologi dan morfologi dijalankan oleh Hendon (1966). Kajian beliau dijalankan di kawasan Ulu

Page 3: Dialek n.sembilan

Muar, daerah Kuala Pilah dan berpandukan hanya pada seorang informan. Arbak Othman

(1994) juga menjalankan kajian fonologi dialek Negeri Sembilan tetapi majoriti data beliau

adalah data sekunder (dari tesis pengkaji-pengkaji lain). Walau bagaimanapun, makalah ini

tidak akan memperincikan aspek-aspek fonologi dan morfologi dialek Negeri Sembilan seperti

yang biasa dilakukan dalam kajian dialektologi tradisional. Sebaliknya, fokus makalah ini untuk

melaporkan usaha membangunkan senarai kata archaic dialek Negeri Sembilan dan menguji

kelangsungan penggunaannya mengikut mengikut acuan dialektologi sosial bandar.

Menurut Yeop Johari Yaakob (1994) dialek Negeri Sembilan petani dan juga sebagai

salah satu ciri budaya yang mencerminkan keunikan masyarakat adat perpatih dan ini dapat

dilihat dari kosa kata yang berkaitan tegur sapa, istilah kekerabatan pertalian darah dan

pekerjaan yang berkaitan dengan aktiviti bersawah. Berikut adalah beberapa contoh kosa kata

tersebut:

1. Kata ganti diri:

Orang pertama: awak, ese (halus), eden (kasar)

Orang kedua: ekau (kasar)

Orang ketiga: dio, si polan

2. Istilah kekerabatan:

Ayah: apak/ bah/ yah

Ibu: omak/ incik

3. Istilah pekerjaan bersawah:

Menaikkan air: naekan ae

Menutup empangan naekan ompang

Membuat taliair muek bonda

Meratakan sawah moluluk

Merumput ngumput

Page 4: Dialek n.sembilan

Menanam di tempat-tempat mati nyulam

Arbak Othman (1994) juga ada menyenaraikan kosa kata dialek Negeri Sembilan yang terbahagi

kepada dua iaitu:

i. Kosa kata asli (NS) dan konsep yang sama telahpun terhurai dalam Kamus Dewan (cth: penganan = dodol, koca = menjala, biak = becak, molilaw = curi tulang, tak senereh = tak cantik dll)

ii. Kosa kata asli (NS) yang sangat khusus (cth: menonoi = keadaan kudis yang berair, ketuntang = mengempas kesakitan, lari bertempiaran, baloi = pulang modal, bongek = degil dll.)

Berdasarkan senarai ringkas yang dipaparkan di atas yang dipetik dari Yeop Johari Yaakob dan

Arbak Othman jelas menunjukkan bahawa dialek Negeri Sembilan mempunyai keunikannya

yang tersendiri dan makalah ini akan membentangkan dapatan awal kajian mengenai pemerian

semula dialek Negeri Sembilan.

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

i. Mendapatkan dan mengenal pasti senarai kata archaic dari golongan warga emas.

ii. Menguji penggunaan dan tahap kefahaman kata-kata tersebut pada beberapa golongan

sosial.

iii. Mendokumentasi senarai kata acrhaic dialek Negeri Sembilan yang boleh dijadikan

rujukan oleh sesiapa yang berminat.

Kerangka kajian

Kajian ini adalah kajian sosiosemantik – gabungan subdisiplin semantik dan sosiolinguistik.

Kajian ini berasaskan pendekatan dialektologi sosial bandar. Pendekatan yang berbeza ini

Page 5: Dialek n.sembilan

dianggap penting kerana kajian ini adalah satu kajian pemerian semula ke atas dialek Negeri

Sembilan. Dengan kepesatan pembangunan sekarang, salah satu kesan yang dapat dilihat ialah

penhijrahan ke bandar, perbezaan taraf sosio-ekonomi dan taraf pendidikan. Perubahan-

perubahan sedemikian sedikit sebanyak akan mempengaruhi dialek dan ini mewajarkan kajian

ini menggunakan pendekatan sociological urban dialectology.

Ciri penting dialektologi sosial ialah kajian yang memanfaatkan metod, dapatan atau

persoalan sains sosial. Tegasnya, dialektologi sosial mengkaji ragam bahasa masyarakat

menggunakan kaedah saintifik. Dengan kata lain, pendekatan ini berusaha memastikan kajian

yang terhasil itu dilihat bersifat sains (Trudgill, 1974). Di samping itu, dialektologi sosial juga

sentiasa peka akan faktor konteks sosial di dalam kajian-kajian bahasa atau dialek. Bagi

pendekatan ini, unsur linguistik bukan sahaja bervariasi tetapi juga berkaitan dengan beberapa

unsur angkubah bebas luar linguistik seperti jantina, umur, gaya berbahasa, kelas sosial penutur

dan sebagainya.

Selain itu, oleh kerana dialektologi sosial mengiktiraf perbezan-perbezaan dalam

berbahasa di kalangan penutur, maka lazimnya tumpuan kajian adalah masyarakat

kontemporari terbanyak, khususnya di bandar. Dengan kata lain, dialektologi sosial tidak

berhasrat untuk membuat peta isoglos seperti yang sering dilakukan dalam dialektologi

tradisional tetapi untuk memerihal bahasa masyarakat semasa di sesuatu kawasan (lazimnya

bandar) dengan tujuan untuk menyelesaikan permasalahan semasa bahasa (Idris Aman,1995).

Kaedah kajian

Terdapat dua peringkat dalam kajian ini. Peringkat pertama ialah membangunkan senarai kata

archaic dialek Negeri Sembilan. Senarai kata archaic yang dimaksudkan ialah kata-kata yang

tidak digunakan atau tidak difahami oleh masyarakat kontemporari terutamanya golongan

muda kerana perkataan-perkataan tersebut tidak berkaitan dengan kehidupan semasa

mereka. Senarai kata yang akan dibangunkan dan dicungkil dari responden warga emas dan

Page 6: Dialek n.sembilan

tidak hanya bertumpu pada mereka dalam kategori NORM (non-mobile, old, rural & male). Ini

kerana menurut Ajid Che Kob (1993), masyarakat timur, khususnya di Malaysia, informan

perempuan lebih ‘asli’ pertuturan mereka jika dibandingkan dengan informan lelaki. Para

informan ditemubual dan temubual itu dirakamkan.

Peringkat kedua pula ialah menguji senarai kata yang telah dibangunkan ke atas

beberapa kategori penutur berasaskan beberapa angkubah sosial iaitu jantina, usia dan status

sosioekonomi (SSE). Di peringkat ini maklumat akan didapati mengenai kelangsungan

penggunaan dialek Negeri Sembilan. Pengujian kelangsungan penggunaan dialek Negeri

Sembilan ini dijalankan melalui soal-selidik kepada kumpulan-kumpulan yang telah

dikenalpasti iaitu golongan muda (15 – 25 tahun), awal dewasa (26 – 35), dewasa (36 – 55

tahun) dan tua (55 tahun ke atas). Oleh yang demikian,kajian ini yang menerapkan kerangka

dialektologi sosial bandar dapat memberikan pemerian baru kepada dialek Negeri Sembilan

yang mengambilkira aspek sosial yang berkait.

Kawasan kajian

Untuk peringkat pertama kajian ini iaitu untuk membangunkan senarai kata archaic, temubual

dengan informan telah dijalankan di daerah Rembau. Rembau adalah sebuah daerah di Negeri

Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan negeri Melaka. Keluasan daerah

Rembau ialah 402.76 kilometer persegi dengan penduduk seramai 38,325 orang (tahun 2000)

yang mendiami 17 mukim dan mengandungi 204 buah kampung. Penduduk daerah ini

majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan dan pekerja kilang di kawasan perindustrian

daerah atau di Seremban. Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat

terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Mereka membuka perkampungan di sini dan

ramai yang berkahwin dengan penduduk asli di daerah ini. Yang DiPertuan Besar Negeri

Sembilan yang pertama, Raja Melewar, ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis dan

bersemayam di Kampung Astana Raja. (http://www.mdr.gov.my).

Page 7: Dialek n.sembilan

Informan kajian

Untuk peringkat pertama, kami telah menemubual empat informan dari Kampung Rendah,

Rembau. Mereka terdiri dari tiga lelaki dan seorang perempuan dan dua dari informan lelaki

adalah ketua lembaga. Mereka terdiri dari:

i. Tok Niko Raja Hj Kasim Hj Kasah

ii. Tok Jelelo Yusuf bin Husin

iii. Encik Razali Pilus

iv. Puan Hjh Siti Amanah Hj Yusuf

Informan (i), (ii) dan (iv) adalah warga emas dan sangat arif berkenaan perkara-perkara

berkenaan adat perpatih dan menetap di Rembau sepanjang hayat mereka. Informan (i) dan (ii)

banyak memberikan maklumat berkaitan adat perpatih, manakala informan (iv) banyak

memberi maklumat mengenai dialek Negeri Sembilan yang berkaitan kegiatan harian.

Sementara informan (iii) tidak tinggal di Rembau kerana bekerja sebagai pemberita bersama

BERNAMA dan berperanan sebagai perantara kami.

Senarai kata yang dibina

Berikut adalah senarai kata yang sedang dibina. Ianya masih belum mantap dan akan

diperkemaskan lagi memandangkan kajian ini masih di peringkat permulaan. Pengkelasan kosa

kata ini adalah berasaskan pengkategorian Arbak Othman (1994). Walau bagaimanapun, kami

menambah satu lagi kategori (kategori a (ii)) iaitu kosa kata yang disenaraikan dalam Kamus

Dewan tetapi mempunyai penggertian lain dalam dialek Negeri Sembilan.

(a) Kosa kata NS yang dihurai dalam Kamus Dewan:

(i) Makna sama:

Page 8: Dialek n.sembilan

Dalam kategori ini, leksikal yang disenaraikan ada dihuraikan dalam Kamus

Dewan dan makna yang dihuraikan sama maknanya dalam penggunaan dialek

Negeri Sembilan.

Kosa kata NS Makna

pundong pondok kecil

ran rumah atas pokok

simpai pengikat

balun pukul

melewa-lewa tidak bersungguh-sungguh menggerjakan sesuatu

siahkan jauhkan

gahar gosok

(ii) Makna berbeza:

Dalam kategori ini pula, makna yang dihuraikan dalam Kamus Dewan adalah

berbeza dari makna yang digunakan atau difahami dalam dialek Negeri Sembilan.

Kosa kata NS Makna

angka tidak sihat

bega degil

joran serik

jalang cair/ tidak pekat

Page 9: Dialek n.sembilan

menculin tinggi

(b) Kosa kata NS yang sangat khusus:

Kosa kata dalam kategori ini adalah sangat khusus dan tidak terdapat dalam Kamus

Dewan.

Kosa Kata NS Makna

hongeh senak

mantai hari sebelum Ramadhan & Hari Raya Aidil Fitri untuk membuat persedian menyambut kedua-dua hari tersebut.

rgobeh hujan renyai

Kolopai/ kopai beg

keloncot beg plastik

hipung menggigit

kokeh kikis

tekyan sumbangan (selalunya wang) serba-sedikit dari kawan-kawan atau saudara-mara

ginco menggaul

hobin memukul

menebeng duduk di satu tempat tanpa tujuan

Page 10: Dialek n.sembilan

Kesimpulan

Dialek seringkali dianggap sebagai variasi bahasa yang sub-standard dan oleh yang demikian

sering dipinggirkan. Akan tetapi pandangan yang sedemikian perlu ditukar kerana

dialek/bahasa yang digunakan oleh satu-satu komuniti bahasa mencerminkan pemikiran

komuniti tersebut. Selaras dengan itu kajian ini yang meneliti dialek Negeri Sembilan bukan

sahaja memberi maklumat tambahan mengenai dialek Negeri Sembilan tetapi juga senarai kata

yang dibina juga boleh menyumbang kepada usaha untuk menggembangkan dan

memperkayakan Bahasa Melayu dengan merujuk pada dialek (Negeri Sembilan) jika sesuatu

konsep itu tidak terdapat dalam bahasa Melayu baku.

Page 11: Dialek n.sembilan

RUJUKAN

Ajid Che Kob. 1993. Dialektologi di Malaysia: Retrospeksi dan Prospek. Dlm. Ajid Che Kod & Nor

Hashimah Jalaluddin (pnyt.) Teori Linguistik dan Bahasa Melayu. Bangi: Jabatan

Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arbak Othman. 1994. Fonologi Dialek Negeri Sembilan: Satu Teknik Pengesahan Kosa Kata untuk Leksigrafi Standard. Dlm. A. Samad Idris, Norhalim Hj Ibrahim, Haji Muhammad Tainu & Dharmala N.S. (selenggara) Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram: Adat Merentas Zaman. Sremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.

Asmah Haji Omar. 2008. Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hendon, R.S. 1966. The Phonology and Morphology of Ulu Muar Malay (Kuala Pilah District, Negeri Sembilan, Malaya). New Haven: Yale University.

Holmes, J. 2001. An Introduction to Sociolinguistics. London: Longman.

Idris Aman. 1995. Kelainan Sosial Bahasa Melayu di Shah Alam: Satu Dialektologi Sosial Bandar. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Khoo Kay Kim. 1994. Adat dan Perkembangan Politik: Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan. Dlm. A. Samad Idris, Norhalim Hj Ibrahim, Haji Muhammad Tainu & Dharmala N.S. (selenggara) Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram: Adat Merentas Zaman. Sremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.

Kramsch, C. 1998. Language and Culture. Oxford: Oxford University Press.

Norsimah Mat Awal & Kalthum Ibrahim. 2005. Dialek Atau Baku: Konflik antara Jati Diri dan Negara Bangsa. Dlm. Khazriyati Salehuddin, AAzhar Jaludin & Nor Hashimah Jalaluddin (pnyt.) Pembinaan Negara Bangsa: Persepsi, Reaksi & Manifestasi. Bangi: Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik, UKM.

Trudgill, P. 1974. The Social Differentiation of English in Norwich. Cambridge: Cambridge University Press.

Yeop Johari Yaakub. 1994. Dialek Negeri Sembilan: Suatu Lambang Ciri Budaya Negeri Sembilan. Dlm. A. Samad Idris, Norhalim Hj Ibrahim, Haji Muhammad Tainu & Dharmala N.S. (selenggara) Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram: Adat Merentas Zaman. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.

Page 12: Dialek n.sembilan