Dialog Boneka (Gng Raja Sulaiman)
-
Upload
hanif-yasin -
Category
Documents
-
view
24 -
download
5
description
Transcript of Dialog Boneka (Gng Raja Sulaiman)
2.0DIALOG
(Gong Raja Sulaiman)Harimau :Aku lapar. Aku nak makan kau.Arnab :Tolong jangan makan aku. Tolong... Tolong.... jangan makan aku..
Harimau :Ah! Aku lapar aku tetap nak makan kau arnab.
Arnab :Pak Belang tolong jangan makan aku. Tolonglah lepaskan aku. Aku merayu...
Harimau :Aku makan kau sekarang jugak. Kau ne rezeki aku. Rezeki jangan ditolak.
Hahhhaha...
Kancil :Pak Belang Hentikan!
Arnab :Pak cik tolong saya pak cik. Tolong saya. Tolong saya. Hukhukhuk...
Kancil :Hei! Pak Belang lepaskan arnab itu.
Harimau :Hoi! Kancil kau jangan nak mengajar aku. Kalau aku lepaskan mereka apa
yang aku dapat ha? Aaaaauuuuuuuuummmmmmm (Pak Belang mengaum).
Aku dah lapar sangat ni. Arnab :Jangan Pak Belang. Pak cik tolong.Kancil :Apa yang perlu aku buat. Ya aku ada satu rancangan.
Harimau :Ha, mana kau nak pergi tu?
Kancil :Hei, Pak Belang sebelum kamu makan arnab itu, aku ada perkara penting
yang hendak disampaikan kepada kau.
Harimau :Apa dia kancil. Kau jangan nak ganggu aku. Kalau tidak kau juga akan
menjadi mangsa aku.
Kancil :Begini Pak Belang. Aku datang kemari kerana mendapat utusan daripada
Raja Sulaiman supaya engkau jangan membuat kacau dikawasan ini.
sebabnya kau lihat gong itu, gong itu milik Raja Sulaiman.Harimau :Apa? Milik Raja Sulaiman?
Kancil :Ya. Ia dimiliki oleh Raja Sulaiman dan aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman
supaya memberitahu kau yang beliau telah melantik engkau supaya memukul
gong tersebut. Raja Sulaiman berkata lagi, jika kau mengetuknya berkali-kali
sehingga gong itu menghasilkan bunyi yang amat kuat sehingga dapat
didengari oleh setiap pelusuk hutan ini, kau pula akan mendapat darjat yang
tinggi dan kehormat di dalam hutan ini.
Harimau :Kau jangan nak menipu aku kancil. Kau tahukan apa akibatnya nanti.
Kancil : Buat apa aku nak menipu kau. Ini adalah amanat daripada Raja Sulaiman.
Kalau kau tidak mahu mengikut perintahnya, baginda akan murka. Kau
tahulah apa akibatnya.Harimau :Yelah. Amanat baginda perlu dilaksanakan segera kalau tidak aku akan
mampus... Tidak..
Kancil :Kau dengar tak degungan dari gong itu? Ini tandanya, kau perlu memukulnya
dengan segera.
Harimau :Tapi aku lapar lah.
Kancil :Ha, aku rasa baik kau laksanakan amanat Raja Sulaiman ini dengan segera
dan kemudian kau lepaskan arnab itu. Supaya aku dan arnab itu berdiri jauh
dari gong Raja Sulaiman ini. supaya memastikan bunyi gong tersebut dapat
didengari hingga disetiap pelusuk hutan belantara ini. betul tak begitu Pak
Belang?
Harimau :Nah, ambil arnab ini.Arnab :Yah yah yah... Pak cik...
Harimau :Betul juga kata kau tu kancil. Kalau tidak dilaksanakan dengan cepat maut
pasti akan menunggu aku.
Kancil :Kau dah bersedia ke untuk mengetuk gong Raja Sulaiman itu Pak Belang?
Harimau :Dah. Baiklah bagi tahu baginda aku akan laksanakannya sekarang.
Kancil :Ha, dengar ne...( kancil membisikkan ke telinga arnab supaya arnab melarikan
diri sekuat hati).
Arnab :Ya, saya bersetuju.
Harimau :Hei, apa yang kamu bisikkan ha?
Kancil :Tak ada apa-apa. Aku hanya memberitahu mereka jika mereka mendengar
pukulan kau itu, cepat bagi tahu aku segera.
Arnab :(Arnab terus melarikan diri) hahahahahahahahhaha padan muka kau Pak
Belang.Kancil :Kamu dah bersedia Pak Belang?
Harimau :Ya, aku dah bersedia. Yahhhhhhh!!!!! (Pak Belang Memukul sarang tebuan itu
sekuat-kuat hatinya).
Kanci :Sembunyikan diri....
Arnab :Ya...
Harimau :Ha? Apa? Tebuan?Ahhhhh tidak.. tidak... matilah aku...
Kancil :hahahahahahhahahhaha
Arnab :hahahhahahhahahaha kan dah kena.
Tebuan :Sengat dia. Serang dia cepat....
Harimau :Ah, tolong aku. Tolong aku.
Kancil :Ya adik-adik. Kita mesti berfikir dengan bijak ketika kita menghadapi
kesusahan supaya kesulitan yang kita hadapi dapat kita selesaikan dengan
mudah. Ingat adik-adik. Bye....