Diana

21
Sekapur Sirih Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan kekuatan yang diberikanNya dapat juga kerja kursus ini dilaksanakan berdasarkan tajuk dan spesifikasi yang dikehendaki. Walaupun terdapat kekangan masa, namun saya bersyukur kerana kerja kursus ini dapat juga disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Maznah binti Saidin pensyarah kursus EDU 3103 ‘Murid dan Alam Belajar’ kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi bantuan, teguran dan sokongan bagi melancarkan lagi proses penyediaan tugasan ini. Begitu juga dengan suami serta anak-anak yang amat memahami tentang tugasan yang perlu disiapkan . Semoga hasil kerja ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya dan semoga mendapat keberkatan daripada Allah swt. Disediakan oleh : ………………………………

Transcript of Diana

Sekapur Sirih

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan kekuatan yang

diberikanNya dapat juga kerja kursus ini dilaksanakan berdasarkan tajuk dan spesifikasi

yang dikehendaki. Walaupun terdapat kekangan masa, namun saya bersyukur kerana kerja

kursus ini dapat juga disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Maznah binti Saidin

pensyarah kursus EDU 3103 ‘Murid dan Alam Belajar’ kerana telah memberi bimbingan dan

tunjuk ajar sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi

bantuan, teguran dan sokongan bagi melancarkan lagi proses penyediaan tugasan ini.

Begitu juga dengan suami serta anak-anak yang amat memahami tentang tugasan yang

perlu disiapkan . Semoga hasil kerja ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang

membacanya dan semoga mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Disediakan oleh :

………………………………

Ammriza binti Ahmad

( No K/P : 701025-02-5530 )

BMM 2A

Pendahuluan

Pendekatan pembelajaran adalah ilmu yang menyeluruh dan bersepadu sifatnya.

Proses perlaksanaannya memerlukan kelembutan dan kebijaksanaan yang tinggi. Sejak dari

zaman Greek hinggalah ke hari ini, pendekatan pembelajaran sentiasa terus berkembang.

Mengikut pendapat Ahmad Mohd. Salleh dalam bukunya yang bertajuk : Pendidikan Islam :

Falsafah Pedagogi dan Metodologi (1997). Pendekatan pembelajaran bertujuan untuk

memudahkan pelajar menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Dengan adanya pendekatan, guru akan membuat tanggapan asas yang akan dijadikan

prinsip dan amalan di bilik darjah. Pendekatan Pembelajaran adalah satu set andaian yang

saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur

aksiomatik. Pendekatan pembelajaran haruslah berlandaskan kepada model prinsip atau

teori pembelajaran ( Sumber: Edward M. Anthony : 1963)

Dalam memilih kaedah dan strategi mengajar seorang guru yang bijak tidak boleh

sama sekali memilih secara rawak. Ini kerana sebarang pendekatan yang digunakan

haruslah pendekatan yang dirancang mengikut pertimbangan perbezaan individu di antara

pelajar-pelajar. Pendekatan yang digunakan haruslah berkemampuan memberi maklum

balas dan inisiatif kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang

dipelajari. Namun begitu keberkesanan pembelajaran bergantung kepada efektif kaedah

dan pendekatan yang digunakan oleh guru. (Sumber: PortalUniversiti Gunaderma Indonesia)

Walau apapun dapatan yang diperolehi daripada kajian oleh tokoh-tokoh pendidikan

namun daripada hasil pengamatan didapati kaedah pembelajaran secara konvesional yang

selama ini digunakan oleh seorang guru, di dapati bahawa hasil pembelajaran yang

diperoehi belum lagi mencapai tahap yang optimum. Ini kerana pelajar belum diberi

kesempatan secara meluas untuk mengembangkan bakat dan juga kemampuan. pelajar.

2.0 Pendekatan Pembelajaran Induktif dan Deduktif

2.1 Pendekatan Induktif

Model pendekatan ini dirancang dan dibangunkan oleh Hilda Toba dengan tujuan

untuk mendorong para pelajar mencari dan mengorganisasikan maklumat, kemudiannnya

pendekatan induktif telah dikembangkan oleh Ahli Falsafah Perancis iaitu Bacon. Mengikut

pendekatan ini proses pembelajaran bermula dengan memberikan berbagai contoh,

Daripada contoh –contoh tersebut pelajar akan dapat memahami peraturan dan

kemudiannya mengambil atau membuat keputusan

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-

maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan

pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu

prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing

memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-

contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar

yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya

Matematik, Sains dan Bahasa. yang bersifat umum.

2.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan pembelajaran ini juga dikenali sebagai pendekatan cerakinan.

Menurut Kamarudin Haji Husin (1988) : pendekatan ini merupakan satu pendekatan

mengajar yang memulakan satu kajian dengan melihat secara menyeluruh aspek

pembelajaran sebelum membuat kesimpulan. Pendekatan ini memerlukan pelajar membuat

satu cerakinan daripada yang umum kepada yang spesifik, Ditakrifkan sebagai sesuatu

pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum,

teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan.

Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru

daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.

Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang

kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif

dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau

peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh

yang khusus.

3.0 Perbandingan/Perbezaan Pendekatan Induktif dan Deduktif

3.1 Konsep

Mencuba Generalisasi

Membuat Generalisasi Pendekatan Induktif

Membuat Konsep Binaan/Jumpaan

___________________________________________________________________

Mencuba Generalisasi

Membuat Generalisasi Pendekatan Deduktif

Membuat Konsep Cerakinan

3.1.3 Perbezaan Kedua-dua Pendekatan Dari Segi Konsep

3.1.1 MODEL INDUKTIF

Merancang Aktiviti Pelaksanaan Penilaian

Kenalpasti Maklumat

Sediakan Contoh

Membuat Kesimpulan

Memberikan contoh- ontoh-kan sepuktifi

yang hampeMemberikan contoh

3.1.2 MODEL DEDUKTIF3.1.2 MODEL DEDUKTIF

Merancang Pelaksanaan Penilaian

Kenalpasti Maklumat

Sediakan Contoh

Menjelaskan

Definisi/Konsep Atau Generalisasi Ilustrasi/Contoh-contoh

Dari segi kerangka konsep kedua-dua model ini mempunyai proses aliran yang

hampir sama. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang jelas di antara kedua-dua

model. Khususnya pada peringkat perlaksanaan.

INDUKTIF DEDUKTIF

Model induktif menghendaki pelajar

memberikan contoh-contoh sebelum

membuat atau memberi penjelasan

Model deduktif memerlukan pelajar

memberikan definisi konsep atau membuat

generalisasi melalui contoh-contoh atau

ilustrasi barulah pelajar membuat

penjelasan masalah.

3.2 Prinsip

3.2.1 induktif

Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus

menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid

membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk

membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.

Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan

dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk

mendapat kesimpulan diri sendiri.

Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri

yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.

Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.

Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan

memberi contoh-contoh yang serupa.

Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan

yang berkenaan.

Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik

kepada umum.

3.2.2 Deduktif

Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.

Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem

atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang

telah didedahkan.

Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau

membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.

Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan

tepat. Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak

terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus, hukum atau teori yang

telah dipelajari.

Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan

cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab

sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

(Sumber : Blog Sport Priority : Pendekatan Deduktif)

3.2.3 Perbezaan dari segi Prinsip

INDUKTIF DEDUKTIF

Model induktif menghendaki guru

menyediakan soalan-soalan dan contoh-

contoh spesifik kepada kesimpulan umum.

Melibatkan deria murid khasnya lihat,

dengar, hidu dan sentuh.

Model deduktif memerlukan hipotesis atau

masalah didedahkan terlebih dahulu.

Pemilihan generalisasi, prinsip atau teori

haruslah difahami untuk penyelesaian

masalah atau membuktikan hipotesis.

3.3 Ciri

3.3.1 INDUKTIF

i. Penekanan adalah diberikan kepada kemahiran berfikir dan mempunyai

tujuan yang efektif

ii Pendekatan ini bersturuktur rendah

iii Dari segi penggunaan masa kurang berkesan – adakalanya terlalu lama dan

adakalanya terlalu singkat

iv Banyak memberi peluang dan juga kesempatan kepada pelajar untuk belajar

secara sendiri

v Proses pembelajaran bermula dengan konvesional dan perbincangan secara

terbuka

vi Penutup pembelajaran dan pelajar mengaplikasikan dapatan.

3.3.2 DEDUKTIF

i Berorientasikan kepada pembelajaran masteri

ii Berstruktur tinggi

iii Penggunaan masa yang lebih panjang

iv Lebih efesiensi

v Kurang memberi kesempatan untuk pelajar belajar secara bebas.

vi Proses pembelajaran bermula dengan pelajar menyatakan abstrak membuat

rumusan secara menyeluruh, mengaplikaskan dalam pembelajaran dan seterusnya

berlaku penutupan pembelajaran

(Sumber : Blog Pengajaran Portal Komuniti Universiti Gunaderma Indonesia)

3.3.3 Perbezaan dari segi ciri

Melihat kepada ciri kedua-dua pendekatan ini jelas terdapatnya perbezaan yang amat

ketara. Pendekatan deduktif adalah model pembelajaran yang merupakan imbangan yang

sangat dekat dengan model pendekatan Induktif. Kedua-dua pendekatan di reka untuk

mengajar pelajar membuat generaslisasi dan memahami sesuatu konsep. Tahap kefahaman

pelajar bergantung kepada penglibatan guru secara aktif dalam membimbing pelajar.

Perbezaan terletak kepada urutan proses pembelajaran sesuatu kemahiran, di mana

pelajar lebih berpeluang untuk meningkatkan tahap kefahaman melalui proses berfikir, juga

cara guru memotivasikan pelajar dari semasa ke semasa. Apabila menggunakan

pendekatan deduktif seorang guru harus lebih aktif membimbing pelajarnya. Pembelajaran di

lakukan dengan menggunakan kaedah ceramah, soal jawab dan juga simulasi.

3.4 Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

3.4.1 Pendekatan Induktif

Dalam pendekatan ini guru akan memberi beberapa contoh yang kesemuanya

mempunyai konsep dan peraturan yang sama. Walau bagaimanapun peraturan konsep tidak

dinyatakan. Murid akan cuba mencarinya melalui contoh-contoh yang diberi. Pendekatan ini

banyak menggunakan teknik penyoalan di mana guru akan cuba mencungkil attribute kritikal

dan bukan kritikal yang merupakan ciri-ciri penting dan tidak penting konsep yang dipelajari.

Melalui latihan sedemikian murid akan mulai faham akan konsep yang sama yang terdapat

dalam semua contoh. Melalui pendekatan ini guru akan menunjukkkan beberapa contoh-

contoh dan bukan contoh konsep yang dipelajari.

3.4.2 Pendekatan Deduktif

Dalam pendekatan ini guru akan memberi generalisasi kepada murid-murid diseertai

dengan beberapa contoh tertentu. Murid dikehendaki memahami generalisasi dan contoh-

contoh tersebut dan kemudian mencari contoh-contoh lain untuk diaplikasikan dalam situasi

lain yang hamper sama. Dalam konteks pengajaran, guru boleh memulakan pelajaran

dengan mengemukakan rumusbeserta dengan contoh-contoh yang sesuai. Kemudian guru

meminta murid memberikan contoh-contoh lain berpandukan rumus tersebut.

3.4.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

n INDUKTIF

Peringkat Aktiviti Guru Aktiviti Murid

ISet Induksi

(Pendedahan)

Guru meletakkan kad-kad ayat satu demi satu pada carta poket.

Amin termakan racun. Abu terpijak sekeping kaca. Ali terambil buku Mat. Kereta terlanggar seekor kerbau.

Murid-murid membaca ayat-ayat daripada kad-kad ayat yang ditunjukkan.

II

(Pembentukan Konsep)

Guru mengemukakan soalan-soalan tersebut

Adakah Amin hendak makan racun ? Adakah Abu sengaja pijak kaca ? Adakah Ali sedar ambil buku Mat ? Adakah kereta itu sengaja melanggar

seekor kerbau?

Murid-murid menjawab soalan guru. Tidak. Tidak sengaja. Tidak sedar. Tidak sengaja.

III

(Pembentukan Kesimpulan)

Murid-murid telah faham maksud termakan, terpijak, terambil dan terlanggar. Apakah maksud ‘ter’ dalam perkataan makan, pijak, ambil dan langgar ?

Bolehkah murid menerangkan maksud imbuhan ‘ter’ dalam perkataan-perkataan perbuatan itu?

“Cikgu, ‘ter’ membawa maksud tidak sengaja atau tidak sedar.”

“Imbuhan ‘ter’ di sini membawa maksud tidak sengaja.”

IV

Penutup

(Pembentukan Pengukuhan)

Guru mempamerkan kad kenyataan yang menerangkan maksud imbuhan ‘ter’.

Kemudian, guru menyuruh murid membacanya dan memberi beberapa

Murid-murid membawa kesimpulan dalam kad kenyataan.

Murid-murid memberi contoh ayat yang

contoh ayat yang mengandungi imbuhan ‘ter’.

mengandungi imbuhan ‘ter’.

Sumber : Mok Soon Sang : Psikologi Pendidikan dan Pedagogi

Murid dan Alam Belajar (2010)

3.4.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

DEDUKTIF

Peringkat Aktiviti Guru Aktiviti Murid

ISet Induksi

(Pendedahan)

Guru meletakkan kad-kad gambar (kelawar, burung merpati dan kupu-kupu) satu demi satu pada carta poket.

Guru membimbing murid dengan soalan

i. “Mengapakah haiwan-haiwan ini boleh terbang?”

ii. “Apakah kesimpulan terhadap haiwan yang ada sayap?”

iii. Adakah semua haiwan yang ada sayap boleh terbang?”

Murid disuruh mengenal pasti dan menyebut nama haiwan-haiwan itu.

Murid menjawab : i. “Ia ada sayap.”ii. “Haiwan yang ada

sayap boleh terbang.”

iii. “Ya / Tidak.”

II

Aplikasi

Guru menunjukkan kad-kad gambar angsa, itik dan burung unta.

Guru kemudian membimbing murid dengan aktiviti soal jawab hingga mereka membentuk generalisasi baru.

Murid disuruh mengenal pasti dan menyebut nama haiwan itu.

Murid menjawab soalan guru sehingga mereka boleh merumuskan bahawa : “Bukan semua haiwan yang ada sayap boleh terbang”

III

(Pembentukan Kesimpulan)

Guru membimbing murid membuat generalisasi baru melalui aktiviti soal jawab.

Murid akhirnya boleh menyebut dan mnerangkan bahawa “Haiwan yang ada sayap dan badannya ringan boleh terbang.”

IV

Penutup Guru menyuruh murid sebut : i. 4 jenis haiwan yang boleh terbang.

Murid memberikan contoh haiwan bersayap

(Pengukuhan)

ii. 4 jenis haiwan yang ada sayap tetapi tidak boleh terbang.

Guru membimbing murid menjalankan aktiviti pengukuhan.

yang boleh terbang dan yang tidak boleh terbang.

Murid merekod dan melukis haiwan-haiwan itu dalam buku nota.

3.5 Implikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah

Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif

Dapat meransang kebolehan mental dan

dapat melibatkan pelajar aktif dalam

pengajaran dan pembelajaran

Ia merupakan cara yang mudah bagi guru

untuk menyampaikan isi pelajaran.

Pelajar boleh berdikari dalam usaha

mempelajari dan memahami sesuatu

konsep.

Dapat menjimatkan masa dan tenaga

kerana guru tidak perlu membuat banyak

persediaan.

Pelajar dapat belajar bagaimana menghadapi

sesuatu masalah, merancang strategi

penyelesaian sehingga mencapai tahap

Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan

oleh sebab secara tradisinya guru patut

memberikan penerangan sebelum

membuat keputusan. memulakan pengajaran dan pembelajaran.

4.0 Refleksi

Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah terpilih untuk mengikuti Program

Pensiswazahan Guru anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui tugasan dan kerja

kursus yang diberi oleh pensyarah, saya dapat mengingati semula ilmu pendidikan yang

saya pelajari di maktab perguruan enam belas tahun yang lalu.

Apabila saya membaca secara terperinci dan mengakses internet untuk mendapat

pelbagai maklumat tentang tajuk tugasan iaitu ‘Pendekatan Pembelajaran’, saya amat

bersyukur kerana pelbagai pendekatan yang boleh saya gunakan bagi menyampaikan isi

pelajaran kepada murid-murid saya supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Daripada pelbagai pendekatan yang dipelajari, saya sememangnya banyak

mengaplikasikan pendekatan deduktif terhadap anak didik saya. Ini adalah kerana anak didik

saya tinggal di daerah Baling dan mempunyai latar belakang yang berbeza taraf pendidikan.

Ini memerlukan saya menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang mudah untuk mereka

fahami dengan memberi penerangan terlebih dahulu. Setelah mereka faham, barulah saya

meminta mereka memberi contoh berdasarkan kefahaman dan pengetahuan sedia ada.

Setakat ini murid-murid saya memang memberi respon yang baik dalam

pembelajaran mereka dan objektif pembelajaran memang tercapai. Melalui pendekatan

deduktif ini saya juga dapat menjimatkan masa dalam penyediaan bahan. Oleh itu saya

dapat menumpukan perhatian saya kepada murid-murid yang memerlukan bimbingan

secara individu. Saya harap pengetahuan dan ilmu ini akan kekal dalam ingatan dan saya

akan memperbaiki segala kekurangan, seterusnya ilmu ini akan diaplikasikan sepanjang

kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan terbilang.

5.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Siri Diploma Perguruan : Pendidikan Islam (Falsafah,

Pedagogi dan Metalogi). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1997). Siri Diploma Perguruan : Pedagogi II (Pelaksanaan Pengajaran). Shah

Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://community.gunadarma.ac.id/

http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-deduktif.html

http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-teknik-dan-strategi

Kamarudin Hj. Husin. (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Shah Alam : Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1995). Siri Pendidikan Perguruan : Matematik KBSR dan Strategi

Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1996). Siri Pendidikan Perguruan : Pedagogi 2 (Pelaksanaan Pengajaran).

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Siri Pengajian Profesional : Psikologi Pendidikan dan Pedagogi

(Murid dan Alam Belajar). Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Siri Pengajian Bahasa Melayu : Kaedah Pengajaran Bahasa

Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.