Diari Ibu Hamil Bhg 1

48
PANDUAN UNTUK IBU HAMIL Dr Mohamad Hussaini Razali, MD Editor Dr Zainab Yahya, MOG Dr Zainur Rashid, MRCOG

description

Sebuah diari yang amat berguna untuk bakal ibu yang menjalani proses kehamilan. Menyingkap rahsia-rahsia kehamilan, panduan dan nasihat berguna untuk bakal ibu. Bakal ibu boleh mencatat sejarah kehamilan untuk jadi tatapan anak yang bakal dilahirkan. Type face: Century Gothic (install font ini untuk dapatkan layout sebenar)Diari yang lengkap (200 m/surat) dijual dengan harga RM40 (termasuk harga pos) dan boleh dihantar secara pos ke seluruh Malaysia.Untuk download Diari Ibu - soft copy (lengkap), sila e-mail: [email protected]

Transcript of Diari Ibu Hamil Bhg 1

Page 1: Diari Ibu Hamil Bhg 1

PANDUAN UNTUK IBU HAMIL

Dr Mohamad Hussaini Razali, MDEditor

Dr Zainab Yahya, MOGDr Zainur Rashid, MRCOG

Page 2: Diari Ibu Hamil Bhg 1

DIARI IBUPANDUAN UNTUK

IBU HAMILDr Mohamad Hussaini

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila matiseseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali pada

tiga perkara: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya),ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu

yang dimanfaatkan sesudah itu"

Page 3: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Diterbitkan oleh:TAAWUN MEDI RESOURCES (TMR)No. 6, Jalan Angsana 2,Taman Pinggiran Golf,70400 Seremban, N. Sembilane-mail: [email protected]

©TMR

®TMRHak Cipta TerpeliharaMelainkan dengan kebenaran pengarang dan penerbit, mana-manabahagian dari buku ini tidak boleh dihasilkan semula dalam apa juabentuk sekalipun.

Printer and Sole Distributor:

DIARI IBUPANDUAN UNTUK

IBU HAMIL

Page 4: Diari Ibu Hamil Bhg 1

EDITOR:

DR ZAINAB YAHYAPakar Perbidanan dan Sakit Puan

Hospital Seremban

DR ZAINUR RASHID ZAINUDDINPakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan

IMU, Seremban

DR FADILAH ASHARIKlinik Iman

DIARI IBUPANDUAN UNTUK

IBU HAMIL

Page 5: Diari Ibu Hamil Bhg 1

PENDAHULUAN

Ingin saya ambil peluang yang masih ada ini untukmemanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat AllahSWT yang telah memberikan kesempatan untuk saya

menyusun ‘Diari Ibu’ ini. Salawat dan salam ke atas Ar-RasulSAW, keluarga baginda, para sahabat dan mereka yangmengikut jejak langkah baginda SAW sehinggalah ke harikiamat. Saya berdoa semoga usaha kecil ini mendapatkeberkatan dan memberi manfaat kepada kita semua.

Cetusan semangat dan ilham untuk menyusun diari initimbul setelah acapkali bertemu pesakit dan para ibu yangmasih kurang memahami sekitaran fisiologi wanita sendiridan kehamilan. Ibu-ibu muda terutamanya, masih tercari-cari jawapan bagi pelbagai persoalan tentang kehamilan.Mereka seolah-olah menerima sahaja proses kehamilanbagai satu fitrah alam, seperti mana bumi menerima hujan.Sedikit sekali yang mereka fahami tentang proses yang unikdan hebat ini. Satu proses yang telah di atur oleh Allah swt,Tuhan Maha Pencipta dengan begitu teliti dan teratur.Proses yang akan melahirkan makhluk terhebat di mukabumi yang ditugaskan sebagai pemimpin dan penerajukehidupan di muka bumi.

Apakah kita hanya berserah kepada fitrah untuk kelahiranpenting ini? Kelahiran zuriat yang bakal meneruskanperjuangan dan cita-cita kita. Bukankah Allah swtmemberikan kita segala jalan dan peluang untuk kitaberusaha bagi mendapatkan natijah yang terbaik?Kehamilan dan kelahiran boleh dirancang dengan sebaikmungkin agar setiap peringkat proses ini dilalui dalamsekitaran yang terbaik dan selamat. Semoga bayi yangbakal lahir bakal menjadi insan sihat dan kuat bagimeneruskan generasi yang unggul dan cemerlang.Wallahua’lam

Dr Hussaini

i

"Ajarkan anak tiga hubungan: SOLAT sebagai pengubung dengan Allah, SELAWAT sebagai penghubung denganNabi, serta SILATURRAHIM sebagai penghubung sesama manusia".

Page 6: Diari Ibu Hamil Bhg 1

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi perhargaan ingin saya tujukankepada isteri-isteri dan anak-anak yang banyakmemberikan dorongan dan semangat dalamsetiap usaha yang saya lakukan. Semogabantuan kalian diberkati dan dirahmati Allahswt.

Penghargaan istimewa untuk sahabat-sahabatsaya Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, DrZainab Yahya dan Dr Zainur Rashid atassuntingan yang dilakukan.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepadakakitangan Klinik Iman Bukit Changgang,terutama Puan Norlizan yang membantu dalammenyemak ejaan.

ii

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

Page 7: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Kandungan Muka surat

Saya sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu 1Fahami struktur dan organ kehamilan anda 5Ovulasi 6Kitar Haid 7Persenyawaan 8Penentuan Seks Bayi 9Trimester pertama Minggu 1 hingga Minggu 12 11Tanda-tanda (simptom) awal kehamilan 12Carta Jangkaan Tarikh Bersalin

(Expected Date of Delivery - EDD) 13Bagaimana mengesahkan kehamilan anda? 14Anda dan Doktor - Semak 15Doktor dan

Bersiap sedia untuk soalan 16Bersiap sedia untuk pemeriksaan 17Bagaimana pemeriksaan pelvis dilakukan? 18Ujian-ujian darah yang perlu di lalui 19Air kencing akan diuji 20

Ujian yang mungkin perlu 21Berweaspada dan jauhi perkara-perkara terlarang 23Hadapi Cabaran Mengandung 25Kehamilan Bermasalah 27Plasenta 30Embrio 31Rekod Perubatan - Menemui Doktor Kali Pertama 32Rekod Perubatan 33Diari trimester pertama 36Trimester Kedua - Minggu 13 hingga Minggu 28 61

Berat anda sudah mula meningkat 62Berwaspada dengan tekanan darah anda 64Rahim dan abdomen anda 64

iii

Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

Page 8: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Kandungan Muka surat

Mendengar bunyi jantung bayi 64Ujian air kencing 65Paras hemoglobin darah 65Oedema atau bengkak di kaki dan tangan 65Ultrasound (USG) 65Suntikan toksoid tetanus 66Zat besi dan kalsium 66Ujian-ujian makmal yang mungkin dilakukan 66Diet anda 67Adakah hubungan seks boleh dilakukan ketika mengandung? 68Bolehkah anda bersenam? 68Menjaga postur badan anda 70

Mari memulakan program senaman antenatal 73Bagaimana untuk bersantai dan berehat 76Bagaimana anda mengatasi masalah ini 78

Gusi berdarah 78Sembelit 78Buasir 78Masalah tidur 79Berpeluh 79Jangkitan candida/keputihan 79Vena Varikos 80Anemia 80Kehamilan kembar 80

Rekod Perubatan - LAWATAN ANTENATAL 82Diari Trimester Kedua 86Trimester Ketiga Minggu 29 hingga Minggu 40 119Lawatan Antenatal 120Bagaimana melakukan hubungan seks 123Bermusafir atau mengembara 124

iv

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Page 9: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Kandungan Muka surat

Pemberian Gas 171Pethidine 171

Kelahiran abnormal 172Pembedahan Caesarean 172Kelahiran Forcep / vakum 173Penjagaan selepas bersalin 174

Diet 174Penjagaan episiotomi 174Sakit bahagian abdomen 175Rehat 175Lelehan genital 175

Bayi anda 177Adakah dia bayi saya 177Rupa bayi ketika lahir 177Pemeriksaan bayi oleh doktor selepas lahir 181Menguji tindakan refleks bayi 182Skor Apgar 183Susu ibu susu yang terbaik 184Bengkak payu dara 186Puting yang merekah 187Bersendawa 187Tumbesaran dan penjagaan bayi 188Imunisasi 189Pergigian 193Perkembangan penting 193Nasihat pencegahan kehamilan 194Halaman untuk bayi anda 195Foto bayi anda 196

vi

Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

Page 10: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Saya sudah BERSEDIA

untuk menimangCAHAYA MATA

1

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan didalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

Page 11: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Senarai Semakan Untuk Kehamilan :

Umur anda?Umur yang paling sesuai untuk hamil ialah antara 20 hingga 35

tahun. Mengandung dalam usia belasan tahun atau lebih dari 35tahun akan mengundang risiko kepada kandungan. Walaubagaimanapun di zaman yang serba moden ini, terdapat ramaiwanita yang hamil kandungan pertamanya di usia melebihi 35tahun. Penjagaan yang teliti harus diberikan kerana penyakitkencing manis dan darah tinggi adalah lebih kerap pada usiasebegini.

Adakah anda atau pasangan anda mempunyai masalahpenyakit keturunan ?

Beberapa masalah perubatan, contohnya Hemofilia,thalasaemia dan kekurangan “G6PD” diwarisi secara keturunan.Sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai saudara rapatyang mengidap penyakit keturunan, maka ada kemungkinanpenyakit itu akan diwarisi kepada bayi anda.

Rujuklah kepada doktor atau kaunselor genetik yang bolehmenjangka tahap risiko yang mungkin anda hadapi.

Adakah anda imun terhadap Rubela ? Jangkitan Rubela atau German Measles boleh

mengakibatkan kecacatan pada bayi dalam kandungan,terutama pada awal kehamilan ketika organ dalaman bayisedang berkembang. Oleh itu sebelum hamil, mintalah doktormenjalani pemeriksaan darah terhadap anda untuk memastikananda mempunyai imunisasi terhadap penyakit Rubela. Jika tidakada, doktor boleh memberikan anda vaksin ( suntikan pelalianRubela ).

Anda dinasihatkan agar tidak hamil sekurang-kurangnya 3bulan dari tarikh suntikan tersebut kerana ia boleh membawarisiko kepada janin.

2

"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atauperkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

Jika anda sudah mengambil keputusan untuk menjadi seorangibu maka semaklah perkara-perkara di bawah:

Page 12: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Adakah anda mengambil atau pernah mengambil pilperancang ?

Sekiranya anda ada mengambil pil perancang makadinasihatkan berhenti mengambilnya untuk suatu jangka masayang panjang sebelum anda bercadang untuk hamil supayabadan anda mempunyai masa untuk kembali ke kitarannormalnya. Seelok-eloknya, berhenti selama 3 kitaran haidsebelum anda cuba untuk hamil. Ini akan dapat membantudalam pengiraan masa kandungan dengan tepat.

Adakah anda mempunyai masalah kesihatan kronik?Sekiranya anda mempunyai penyakit kencing manis, darah

tinggi atau Epilepsi, anda sepatutnya berbincang dengan doktoranda sebelum cuba hamil. Doktor anda mungkin akanmengubah rawatan anda kerana ubat yang anda ambilmungkin boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandunganatau mengakibatkan kesukaran waktu hamil.

Bagi penyakit kencing manis contohnya, paras gula darahharuslah terkawal terutamanya beberapa bulan sebelum andahamil. Paras gula darah yang tinggi pada sebelas minggupertama kehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.Anda dinasihatkan mengamalkan perancang keluarga supayaanda tidak hamil ketika paras gula di dalam darah tidakterkawal. Dalam sesetengah kes memerlukan suntikan insulinbeberapa bulan sebelum anda dibenarkan untuk hamil.Berbincanglah dengan doktor anda.

Adakah kerja anda memungkinkan anda menghadapisebarang risiko ?

Jika kerja anda terdedah kepada bahan kimia, plumbum,ubat bius atau sinar-X, ini mungkin mempengaruhi peluang andauntuk hamil atau mendatangkan risiko kepada bayi. Dapatkannasihat doktor. Adalah lebih baik anda bertukar pekerjaansebelum hamil. Anda juga boleh berbincang dengan majikananda sekiranya pekerjaan anda melibatkan kerja berat danmembebankan yang mungkin boleh memudaratkan kesihatananda dan bayi.

3

"Anak sepatutnya dididik dengan kaedah 80% belaian positif dan 20% belaian negatif. Malangnya ibubapakerap menggunakan kaedah negatif yang membenamkan kehebatan anak.

Page 13: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Berapakah berat badan anda ?Sebaik-baiknya berat badan anda berada pada paras

normal, iaitu bersesuaian dengan ketinggian anda (berat badanunggul), selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum andahamil. Dapatkan nasihat doktor bagi mencapai berat badanyang sesuai. Jangan sekali-kali berdiet sewaktu hamil, kecualianda menghadapi masalah berat badan yang serius, kerana inimungkin menyebabkan badan anda kekurangan zat penting.

Adakah anda makan dengan sempurna ?Amalkan tabiat pemakanan yang sihat yang banyak

mengandungi makanan segar, ini akan meningkatkan peluanganda untuk hamil dan mendapatkan bayi yang sihat.

Adakah anda merokok atau minum minuman keras?Anda dan pasangan anda patut berhenti merokok sebaik

sahaja anda ingin hamil kerana tembakau mempengaruhikesuburan lelaki dan wanita di samping boleh memudaratkanbayi sebelum dan selepas bersalin.

Adakah anda banyak melakukan senaman ?Untuk memastikan badan anda sentiasa sihat dan cergas,

anda perlu bersenam, contohnya berjalan atau berenangselama 20 minit setiap hari.

4

"Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yangterguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya."

Page 14: Diari Ibu Hamil Bhg 1

FAHAMI STRUKTUR DAN ORGAN KEHAMILAN ANDA

Dengan memahami struktur dan fisiologi organ pembiakananda, akan menolong menyingkirkan segala ketakutan dansalah faham. Anda akan lebih bersedia dalam meneruskankehamilan anda.

Sistem pembiakan anda terdiri dari rahim (uterus), ovari, tiubfallopian, serviks dan faraj.

Rahim adalah tempat di mana bayi membesar dan dilindungisehinggalah dia dilahirkan. Di dalam bidang perubatan ianyadinamakan uterus. Uterus adalah sebuah organ berbentuk pirdan terletak di bahagian bawah abdomen. Jika tidak hamil,saiznya hanyalah 3” X 2” X 1”. Uterus boleh terus mengembangperlahan-lahan untuk memuatkan seorang bayi.

Bahagian bawah uterus yang sempit dipanggil serviks. Bahagianini mempunyai bukaan dihujungnya yang dipanggil “os” (pinturahim). Bahagian bawah serviks bercantum dengan faraj.Semasa persenyawaan, cecair semen yang mengandungisperma mengalir melalui faraj, serviks, uterus dan menuju ke tiubfallopian.

Tiub fallopian adalah dua tiub panjang di kiri dan kanan yangakan bercantum dengan bahagian atas uterus. Setiap tiub akanberakhir di bukaan yang berbentuk jari dan dipanggil fimbria. Iaberdekatan dengan ovari kiri dan kanan. Ovari adalah organyang berbentuk oval dan mempunyai saiz seperti walnut. Ovarimenghasilkan hormon yang mengawal kitaran haid wanita danjuga mengeluarkan telur yang dipanggil ovum. Ovari jugamengeluarkan hormon yang penting untuk kehamilan.

5

"Malu Itu Tidak Datang Kecuali Dengan Membawa Kebaikan" Al Hadis

Fahamilah bagaimana organ dalaman anda bersedia danberfungsi untuk kehamilan. Ketahuilah bagaimana hebatnyaAllah swt menjadikan bayi yang bernyawa dari dua jenis sel

(ovum dan sperma) yang amat kecil yang bercantum danbertemu dalam tiub fallopian.

Page 15: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Ovulasi

Setiap wanita dilahirkan dengan ovari yang berisi beribu folikel.Setiap folikel berupaya mengeluarkan sebiji telur matang (ovum).Sepanjang usia subur wanita, setiap ovari hanya akanmengeluarkan 400 ovum. Ovum hanya akan mula dikeluarkanapabila seorang wanita itu mencapai baligh. Setiap bulan, sebijifolikel matang dan sebiji ovum akan dikeluarkan melaluipemecahan lapisan luar ovari. Ini dipanggil ovulasi. Ovum akanbergerak ke tiub fallopian dan kemudian ke rongga uterus.Ovulasi berlaku di pertengahan kitar haid iaitu lebih kurang harike 14 selepas haid pada wanita yang mempunyai kitaran haid 28hari.

Fakta di atas penting untuk menentukan waktu subur anda bagimenambahkan lagi kebarangkalian untuk mengandung.

6

"Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu"

Page 16: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Kitar Haid

Kitar haid adalah satu proses yang berlaku setiap 28 - 30 hari.Kitar haid yang pertama biasanya berlaku di antara umur 11 - 15tahun. Kitar haid akan terus terjadi kecualil semasa kehamilansehingga masa putus haid.

Haid adalah aliran darah yang terjadi pada masa tertentuberlaku setiap bulan. Aliran darah ini biasanya berlaku selama 3hingga 8 hari. Pada separuh pertama kitaran haid, iaitu semasafolikel matang, ovari akan mengeluarkan hormon estrogen.Hormon ini akan merangsang dinding dalam rahim/uterus(endometrium) untuk menjadi tebal dan berongga bagipersediaan proses kehamilan.

Setelah berlaku ovulasi, ovum yang matang akan melalui fimbriamasuk ke dalam tiub fallopian. Folikel yang mengandungi ovumini akan menghasilkan hormon progestron. Hormon ini akanmengekalkan ketebalan dinding dalam uterus. Jika tiadapenghamilan berlaku, kedua-dua paras hormon estrogen danprogestron akan menurun. Di akhir kitaran haid apabila parashormon-hormon tadi benar-benar turun, terjadilah pendarahandan penyingkiran dinding dalam rahim sebagai darah haid.Inilah yang dikatakan ‘rahim yang tidak hamil akan menangissetiap bulan’

7

"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan.Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

Page 17: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Persenyawaan

Persenyawaan adalah percantuman satu ovum yang matangdengan satu sperma. Jika persetubuhan terjadi dalam masa 12 -24 jam semasa ovulasi, maka salah satu daripada berjuta spermayang dimasukkan ke dalam faraj akan bergerak melalui saluran‘os’ dan rongga uterus sehingga tiba di tiub fallopian di mana iaakan bersatu dengan ovum untuk mempersenyawakannya.

Ovum yang telah disenyawakan ini akan bergerak sepanjangtiub fallopian ke rongga uterus. Di sini ia akan terbenam di dalamlapisan dinding rahim. Kehamilan terjadi dan penghasilanhormon estrogen dan progestron terus berlaku. Dinding dalamuterus akan menjadi lebih kukuh dan tiada berlaku pendarahan.

8

"Layanilah anak-anak sebagai kanak-kanak. Usah mengharapkan mereka melakukan kerja atau tugas sehebatprestasi ibu-bapa. Nilai kemampuan mereka sesuai dengan peringkat umur."

Page 18: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Haid tidak terjadi dan wanita tersebut dikatakan mengandung.Ovum yang telah disenyawakan ini akan terus membesarmenjadi fetus.

Soalan: Kenapa terjadi pendarahan di awal-awal kehamilan? Ianyasering dikelirukan sebagai turun haid.

Penentuan Seks Bayi

DNA dari sperma suami akan menentukan seks bayi anda. Ianyaditentukan ketika proses persenyawaan dan ianya tidak bolehditukar lagi selepas dari ini.

Setiap sel badan manusia mempunyai 46 kromosom. Sel-selpembiakan seperti sperma dan ovum hanya mengandungiseparuh dari bilangan kromosom ini. Kromosom mempunyai kodgenetik atau maklumat yang menentukan ciri-ciri yang akandiwarisi oleh individu tersebut. Maklumat mengenai seks bayiterkandung di dalam kromosom seks. Dua jenis kkromosom seksadalah kromosom X dan kromosom Y. Semasa persenyawaan,satu sperma akan bersatu dengan satu ovum untukmenghasilkan satu sel yang mengandungi bilangan kromosom

9

"Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkansuami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga."

Page 19: Diari Ibu Hamil Bhg 1

yang lengkap. Semua ovum membawa kromosom X tetapisperma mungkin membawa kromosom X atau koromosom Y.Maka, seorang wanita sentiasa menyumbangkan kromosom Xtetapi seorang lelaki boleh menyumbangkan kromosom X atau Y.

Sekiranya satu ovum berpadu dengan sperma membawakromosom Y, anaknya menjadi lelaki. Sebaliknya satu ovum yangberpadu dengan satu sperma membawa kromosom X akanmelahirkan anak perempuan.

Sperma dan ovum bertemu

Ovum lima hari selepas persenyawaan

10

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" AlHadis

Page 20: Diari Ibu Hamil Bhg 1

TRIMESTER PERTAMAMinggu 1 hingga Minggu 12

11

"Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya"

Page 21: Diari Ibu Hamil Bhg 1

TANDA-TANDA (SIMPTOM) AWAL KEHAMILAN

Jika kitar haid anda tetap setiap bulan, simptom paling awalkehamilan adalah tiadanya haid pada bulan tersebut.Kebanyakan wanita mengalami sekurang-kurangnya beberapasimptom awal kehamilan, bermula dari minggu pertama selepashaid berhenti atau 5 minggu selepas haid yang terakhir.

Perhatikan simptom-simptom di bawah. Tidak semua wanitahamil akan mengalami simptom yang sama:• Payu dara yang lembut dan membesar• Rasa mual dan loya• Rasa keletihan dan lesu• Pening kepala• Lelehan faraj• Perubahan rasa pada makanan tertentu• Kerap buang air kecil• Emosi yang tidak menentu

Hormon seperti progestron dan human chorionic gonadotrophin(HCG) bertanggungjawab di atas gejala/simptom di atas.Hormon-hormon ini dihasilkan oleh badan untuk menyokongkehamilan dan menjaga pertumbuhan embrio.

12

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan danemosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

“Senggugut boleh dikurangkan dengan

mengandung dan melahirkananak”

Page 22: Diari Ibu Hamil Bhg 1

13

CARTA JANGKAAN TARIKH BERSALIN (EXPECTED DATE OF DELIVERY - EDD)

Untuk menentukan tarikh kelahiran, pastikan hari pertama turun haid yang terakhir (LastMenstrual Period). Tarikh di bawahnya adalah tarikh EDD. Sebagai makluman, bayi yang cukupbulan boleh dilahirkan 2 minggu sebelum atau selepas EDD.

"Suami yang tidak m

ahu terima isteri, seadanya akan m

udah mem

benci dan menyalahkannya w

alaupunperkara rem

eh. Berlapang dada dan terim

alah isteri sebagai teman untuk segala-galanya"

Page 23: Diari Ibu Hamil Bhg 1

14

Selepas haid anda tidak datang, walaupun anda tidak pasti anda telahhamil:• Jangan ambil apa-apa ubat tanpa nasihat doktor• Jangan melakukan ujian x-ray• Jika berjumpa doktor untuk apa-apa tujuan, maklumkan kepada

doktor tersebut anda tidak didatangi haid pada tarikh yangsepatutnya.

BAGAIMANA MENGESAHKAN KEHAMILAN ANDA?

Sekiranya haid anda masih tidak datang selepas seminggu daritarikh yang sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kencingbagi mengesan kehadiran hormon HCG yang mengesahkananda telah mengandung.

Ujian ini boleh dilakukan oleh anda sendiri di rumah tetapisekiranya ianya di lakukan oleh doktor di klinik akanmemudahkan anda mendapat nasihat dari doktor anda.

Apabila menjalankan ujian ini sendiri, anda mesti mengikutiarahan yang diberikan dengan betul dan berhati-hati. Airkencing pertama di awal pagi paling baik digunakan untuk ujiankencing. Ujian yang positif adalah dikira hampir tepat. Ujiannegatif mungkin disebabkan ianya dilakukan terlalu awal darihaid terakhir.

Selepas sahaja ujian kehamilan anda didapati positif makapergilah berjumpa dengan doktor anda.

UPTSalah satu jenis alat ujian

kencing bagi mengesan HCG

"Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandaibuat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial."

Page 24: Diari Ibu Hamil Bhg 1

15

"Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang Islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepadasaudara Islam yang lain" Al Hadis

ANDA DAN DOKTORSEMAK SENARAI BERIKUT SEBELUM ANDA MEMILIH KLINIK UNTUKPEMERIKSAAN ANTENATAL ATAU HOSPITAL UNTUK BERSALIN• Jarak klinik dari rumah anda serta hospital di mana anda

akan bersalin• Masa rawatan klinik tersebut dan kemudahan ketika

kecemasan• Sama ada doktor ini menjalankan operasi klinik secara

sendiri atau secara berkumpulan. Dapatkan jugapengalaman mereka yang pernah menggunakanperkhidmatan klinik atau hospital tersebut.

• Sama ada kemudahan yang ada cukup sempurna untukpemeriksaan antenatal, bersalin dan post natal

• Kemampuan anda untuk menanggung segalapembayaran pemeriksaan kesihatan dan bersalin

• Sama ada dalam kes yang rumit, klinik atau hospital tersebutmempunyai doktor pakar yang boleh dirujuk pada bila-bilamasa.

Temujanji pertama bersama doktor penting untuk menilaikesihatan dan persediaan anda untuk meneruskan kehamilananda. Pemeriksaan antenatal sebenarnya boleh dilakukanselepas 12 minggu kehamilan.

Page 25: Diari Ibu Hamil Bhg 1

DOKTOR DAN ANDA

BERSIAP SEDIA UNTUK SOALAN-SOALAN INI:

1. Tarikh hari pertama kitar haid terakhir. Doktor akanmembantu menentukan tarikh anda dijangkakan bersalin.(Rujuk mukasurat 13 - Carta Jangkaan Tarikh Bersalin)

2. Tempoh kitar haid terakhir, jumlah pendarahan, jangkamasahaid.(Contoh catatan doktor: 4 / 30 bermakna pendarahan

selama 4 hari dan setiap kitar haidmengambil masa 30 hari)

3. Tempoh perkahwinan4. Bilangan kehamilan sehingga kini5. Cara pencegahan kehamilan yang digunakan, jenisnya,

masa mula pakai dan masa berhenti.6. Sejarah kehamilan yang sebelum ini:

• Tarikh kelahiran• Cara kelahiran dan tempat bersalin• Masalah ketika mengandung dan bersalin.• Berat dan jantina bayi serta tempoh penyusuan• Keguguran

7. Sekiranya pernah menjalani pembedahan atau sedangmenjalani apa-apa rawatan

8. Sejarah kesihatan anda - jika anda mengidap kencingmanis, darah tinggi, lelah, epilepsi atau penyakit jantung.Anda mungkin ditanya sejarah kesihatan ahli keluarga anda.

9. Jika anda atau suami mengalami apa-apa penyakitketurunan

10. Jika anda terdedah kepada dadah, x-ray atau radiasi

Jika doktor anda tidak bertanya isu-isu yang anda rasa pentingberitahu doktor dan jelaskan keraguan anda.

16

"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan"

Page 26: Diari Ibu Hamil Bhg 1

DOKTOR DAN ANDA

BERSIAP SEDIA UNTUK PEMERIKSAAN DOKTOR

1. Ketinggian: Ketinggian anda akan dicatitkan padahari pertama lawatan anda ke klinik. Jikaanda mempunyai ketinggian kurang dari145cm, anda mungkin mempunyairongga pelvis yang kecil, menyukarkananda untuk bersalin normal. Bersiap sediauntuk kemungkinan pembedahanCaesarean ketika bersalin nanti.

2. Berat: Berat anda akan dicatitkan secaraberkala pada setiap kali lawatanantenatal. Peningkatan berat yang sesuaipenting bagi gambaran tumbesaran bayidi dalam kandungan

3. Nadi: Kadar nadi anda akan dikira

4. Tekanan darah: Dalam setiap lawatan antenatal, tekanandarah akan diambil. Tekanan darahmelebihi 140/90 amat membahayakananda juga kandungan anda. Keadaan iniakan menyebabkan pre-eclampsia.Ikutilah nasihat doktor dengansepenuhnya.

5. Pemeriksaan Lain:Kebersihan mulutTanda anaemiaJantung dan paru-paruPayu daraSekiranya ada bengkak kaki atau tangan

6. Pemeriksaan Uterus:12 minggu pertama kehamilan, uterus

17

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganyadengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan"

Page 27: Diari Ibu Hamil Bhg 1

tidak boleh dirasa melalui pemeriksaanabdomen. Bagaimanapun pemeriksaandalaman pelvis boleh dilakukan untukmemastikan kehamilan atau menentukanjangkamasa kandungan berdasarkan saizuterus. Ini paling baik dilakukan dalamminggu keenam hingga minggu kesepuluh.

Bagaimana pemeriksaan pelvis dilakukan?

Berbaring di atas katil pemeriksaan dengan membengkokkankaki dan tapak kaki mendatar di atas katil. Doktor anda akanmemasukkan satu alat (spekulum) ke dalam faraj anda. Bernafassecara perlahan dan mendalam dengan merehatkan bahagianpelvis sebanyak yang boleh. Spekulum ini tidak akanmencederakan anda. Alat ini memegang dinding faraj danmembukanya supaya saluran faraj boleh diperiksa untukmemastikan tiada keabnormalan.

Alat spekulum kemudiannya ditanggalkan dan doktor akanmemasukkan dua jari tangan yang telah dipakai sarung tanganke dalam faraj anda. Dia akan menekan abdomen andadengan satu lagi tangan untuk merasai uterus dan menentukansaiz uterus anda.

18

"Antara umur satu hingga tujuh belas tahun, setiap anak akan terima sekitar148 000 kali teguran negatif.Teguran tersebut akan memberi kesan buruk pada perlakuan anak kelak."

Berapa kerap saya perlu berjumpa doktor?

Untuk 28 minggu pertama kehamilan, anda perlu berjumpa doktorsekali setiap bulan. Untuk 8 minggu seterusnya, perlu berjumpadoktor sekali setiap 2 minggu. 4 minggu terakhir, anda perluberjumpa doktor setiap minggu. Jika perlu, doktor akan memintaanda datang lebih kerap.

Page 28: Diari Ibu Hamil Bhg 1

DOKTOR DAN ANDA

UJIAN-UJIAN DARAH YANG PERLU DILALUI:

1. Paras Hemoglobin (Hb)

untuk mengesan sebarang kekurangan zat besi. Ujian akandiulang jika perlu.

2. Kumpulan Darah (A, B, O, Rh)

untuk menentukan kumpulan darah anda. Penting bagipersediaan kelahiran. Adalah sangat penting untuk andamengetahui sama ada anda Rhesus positif atau Rhesusnegatif. Tidak mencukupi dengan hanya mengetahuikumpulan darah sahaja. (Rujuk m/s 28). Sekiranya andamempunyai Rhesus negatif, kehamilan anda akanmemerlukan perhatian yang khusus

3. VDRL

ujian untuk mengesan sebarang penyakit bawaan seksyang boleh mengancam bayi anda jika tidak dirawatdalam masa 20 minggu kehamilan. Ujian ini akan dilakukanoleh doktor sekali sepanjang kehamilan. Jika positif ujianakan diulang selepas menjalani rawatan.

4. Ujian Gula

(dua jam selepas makan) membantu mengesahkanpenyakit kencing manis bagi mereka yang mempunyaiparas gula darah yang tidak normal.

4. MGTT (Modified Glucose Tolerance Test)

Ia dilakukan untuk mengenalpasti sama ada anda

19

"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalahdalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan."

Page 29: Diari Ibu Hamil Bhg 1

mengidap penyakit kencing manis semasa hamil. Lazimnya iadilakukan pada wanita yang berisiko tinggi. Ia boleh dilakukanwalaupun pada trimester pertama. Anda akan dinasihatkanberpuasa selama 10 jam dari malam sebelumnya. Di pagi harikeesokannya darah anda akan diambil. Anda akan diberiminuman glukos dan selang 2 jam darah anda akan diambilsemula. Selepas itu barulah anda boleh makan ataupun minum.

DALAM SETIAP LAWATAN ANTENATAL, AIR KENCING AKAN DIUJIUNTUK:

1. Kehadiran Protein

boleh mengesahkan kehadiran jangkitan kuman pada salurkencing. Jika kehadiran protein amat tinggi disamping andamempunyai tekanan darah yang tinggi, anda mengalamikeadaan bahaya yang dipanggil pre-eclampsia.

2. Sel nanah

jika positif anda sah mengalami jangkitan di saluran kencing

3. Gula

Jika gula positif dalam dua kali ujian air kencing, satu ujianyang lebih terperinci (ujian glukosa darah) perlu dilakukan.

________________________________* Apabila mengumpul sampel air kencing, pastikan aliran

tengah diambil (beberapa saat selepas aliran bermula) dantakung adalah bersih, tidak disentuh bahagian dalamnya.

20

"Puasa adalah sebagai perisai, selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut". Al Hadis

Page 30: Diari Ibu Hamil Bhg 1

UJIAN YANG MUNGKIN PERLU

1. ULTRASOUND / USG (Ultrasonography)

Kebanyakan doktor akan menasihati anda untukpemeriksaan ultrasound sebagai rutin dalam tempohantenatal. Selepas dilakukan pemeriksaan ini pada awaltrimester kedua (16 -20 minggu) ianya boleh diulangiapabila menghampiri akhir kehamilan. Banyak kajianmenunjukkan pemeriksaan ultrasound ini tidakmembahayakan bayi malah memberikan banyakmaklumat yang berfaedah.

Pemeriksaan ini selamat dan tidak menyakitkan ibumengandung. Ianya berdasarkan gelombang bunyiultrasonik (gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dan tidakboleh didengar oleh manusia) yang dihantar bergerakmasuk ke dalam abdomen dan kemudian dipantul semuladari pelbagai permukaan. Gelombang yang dipantul balikkemudian diterima dan dipancarkan ke atas sebuahmonitor.

Doktor anda mungkin memperolehi maklumat berguna

21

"Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik"

Janin

Page 31: Diari Ibu Hamil Bhg 1

mengenai bayi anda seperti tahap tumbesarannya,kedudukan bayi, kedudukan plasenta, cecair mentubandan lain-lain lagi.

Sebab-sebab ujian ini dilakukan pada awal trimesterpertama adalah

1. wanita tersebut tidak pasti akan kitar haidnya yangterakhir.

2. dalam kes pendarahan atau kesakitan di bahagianbawah abdomen. USG boleh membantu mengesankeadaan kehamilan.

3. bukti klinikal mengesyaki akan berlakunya kandungan diluar rahim (kandungan ektopik)

4. pemeriksaan pelvis menunjukkan uterus besar dari yangsepatutnya.

Bagaimana pemeriksaan ultrasound dilakukan

Anda akan diminta untuk memenuhkan pundi kencing andasupaya rahim anda akan dapat dilihat dengan jelas denganUSG. Anda mesti minum banyak air dan jangan membuangair kencing untuk 2 - 4 jam sebelum USG. Pemeriksaan inihanya mengambil masa 10 - 15 minit. Selepas menyapulapisan gel di atas abdomen anda, sejenis alat kecil (prob)akan dilalukan secara perlahan di atas abdomen anda.Gelombang yang dipancarkan boleh diimbas di atas skrinmonitor.

22

"Janganlah suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun.Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak-budakkan isteri"

Page 32: Diari Ibu Hamil Bhg 1

BERWASPADA DAN JAUHI PERKARA-PERKARA TERLARANG

1. Menghisap RokokIni boleh mengancam bayi anda. Lebih kerap menghisaprokok maka kesannya lebih buruk ke atas bayi dalamkandungan.Apakah kesannya?• Berat bayi anda berkurangan• Bayi mungkin mengalami kecacatan• Pertumbuhan bayi di peringkat awal kanak-kanak akan

terganggu.

2. Hubungan seksHubungan seks boleh diteruskan sepanjang masamengandung. Namun ianya perlu dielakkan bagi wanitayang kerap mengalami keguguran, pendarahan dari farajatau sakit di bahagian abdomen

3. Pergerakan Yang Tersentak-sentakMesti dielakkan

4. Perjalanan JauhPerjalanan yang tersentak-sentak mesti dielakkan.Perjalanan yang licin dalam jarak yang berpatutan tidakakan mengancam kehamilan. Sekiranya terjadipendarahan dari faraj, anda mungkin mengalamikeguguran oleh itu anda perlu berehat di atas katil.

5. X-rayAdalah membahayakan dalam trimester pertama dankedua. Kalau ianya sangat-sangat diperlukan maka‘abdominal shield’ akan digunakan untuk mengelakkankandungan dari terkena sinaran.

23

"Nyatakan rasa sayang pada anak supaya mereka yakin bahawa mereka dicintai walaupun ketika dimarahi.Usah timbulkan rasa ketakutan yang berpanjangan dalam diri mereka."

Page 33: Diari Ibu Hamil Bhg 1

6. Ubat dan dadahMesti berhati-hati terutamanya dalam tiga bulan pertamakehamilan di mana segala sistem organ bayi anda dalamproses pembentukan. Kesan dari ubat dan dadah padaperingkat ini akan menyebabkan kecacatan. Sesetengahubat mesti dielakkan. Dapat nasihat dari doktor andatentang ubat-ubat ini.

Berhati-hati dengan ubat-ubatan ini:

• antibiotik - tetracycline, doxycycline dal sulphas yangmempunyai jangkahayat yang panjang dalam badankita

• Sesetengah ubat yang menghalang pembekuan darahseperti warfarin

• Anti-thyroid• Anti-diabetic• Anti-epileptic• Pil tidur• Anti-kanser• Steroids• Narcotics (LSD, Cocaine, Heroin - boleh menyebabkan

kecacatan yang serius ke atas bayi)• Ubat Migraine• Ubat tahan sakit (NSAIDS)• Hormon• Ubat bius

7. Sentuhan dengan binatangTerutamanya kucing dan burung. Binatang ini mungkinmengalami penyakit tooxoplasmosis. Mungkinmenyebabkan keguguran atau kelahiran awal.

8. Rehat dan tidurDapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.

24

"Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malahmendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah."

Page 34: Diari Ibu Hamil Bhg 1

HADAPI CABARAN MENGANDUNG

1. Rasa mual dan muntah (Morning Sickness)

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami keadaan ini.Dikenali sebagai ‘morning sickness’ walaupun ianya berlakujuga pada waktu lain dalam sehari. Ianya merupakankeadaan meloya dan diikuti muntah tanpa amaran.Selepas berhenti, seseorang itu akan berasa baik semulasehingga rasa mual kali kedua muncul. Rasa mual dan loyaini akan berkurangan di trimester kedua.

Pada awal kehamilan, morning sickness adalah disebabkanoleh kenaikan paras hormon yang tertentu (hCG) danpengurangan pergerakan perut dan usus dalam abdomen.Walaupun kebanyakan wanita hamil tidak rasa terganggu,namun sesetengahnya mengalami gejala yang teruk.

Biasanya mual berlangsung dari minggu ke 5 hingga mingguke 12 dan berakhir pada minggu ke 14. Jika ia sangat teruk,doktor mungkin memberikan ubat tahan muntah yang jikaboleh, baik dielakkan.

Kemasukan ke hospital dan rawatan glukos secaraintravenous mungkin diperlukan jika muntah berterusan dananda kehilangan banyak cecair dalam badan. Di antarasebab-sebab lain berlakunya gejala loya dan muntah yangteruk adalah kandungan anggur (molar) dan kandungankembar.

Kemungkinan juga anda bernasib baik dan tidak berasamual atau muntah sepanjang tempoh kehamilan anda.

25

"Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bilahatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah." Al Hadis

Page 35: Diari Ibu Hamil Bhg 1

2. Lesu dan Keletihan

Kelesuan dan keletihan adalah biasa dalam peringkat awalkehamilan. Ini adalah tindak balas ke atas perubahanhormon untuk menolong anda mempunyai rehat yangcukup. Ini akan berkurangan setelah memasuki trimesterkeduaCara mengatasinya:Pastikan tidur secukupnya; selalu rehatkan kaki denganmeletakkannya pada paras pinggang dan elakkan berdiriterlalu lama.

26

"Perancangan yang teliti memainkan peranan penting dalam hidup manusia anda harus merancangnya denganteliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH

• Makan lebih kerap, kurangkan kuantiti makanan daripadakuantiti biasa. Jika perlu makan 5 hingga 7 kali sehari denganmakanan yang seimbang.

• Ambil beberapa minit masa untuk bangun dari katil.

• Tarik nafas secara mendalam untuk menyedut udara bersih

• Jangan minum banyak kopi dan teh

• Jauhkan dari benda yang berbau kuat

• Tambahkan pengambilan makanan yang sesuai dengan seleraanda.

• Minum air limau atau teh cair tanpa susu mungkin bolehmenolong

• Elakkan memakai baju ketat

• Kurangkan makan makanan berlemak dan berminyak

Page 36: Diari Ibu Hamil Bhg 1

KEHAMILAN BERMASALAH

1. Keguguran10 - 15% daripada kebanyakan kehamilan berakhir dengankeguguran. Kebanyakannya berlaku dalam masa tigabulan pertama. Di antara penyebab utama adalah keranafetus yang tidak normal.

Tiga jenis keguguran utama:

a. Keguguran Yang Mengancam (ThreatenedMiscarriage)Ini berlaku apabila terdapat sedikit pendarahan dipembukaan rahim dengan atau tanpa rasa sakit diabdomen. Pendarahan ini boleh dihentikan denganrehat dan sedikit sedatif

b. Keguguran yang tidak boleh dielakkan (InevitableMiscarriage)Ini berlaku apabila pendarahan dari rahim terjadiberterusan dan sakit abdomen bertambah sehinggalahkeguguran lengkap berlaku (kandungan gugur dengansepenuhnya)

c. Keguguran yang tidak lengkap (IncompleteMiscarriage)Berlaku apabila rahim cuba mengosongkankandungannya tetapi ada sebahagian darikandungannya (tisu dari fetus) tertinggal di dalamrahim. Perdarahan berterusan akan berlaku. Dalam kessebegini, pesakit perlu menjalani D&C (Dilatation &Currettage). Bahagian dalam dinding rahim dicuciperlahan-lahan untuk mengeluarkan sebarang tisuyang tinggal.

2. Kehamilan Luar Rahim / Kehamilan EktopikKehamilan ektopik berlaku apabila ovum yangdisenyawakan tidak berjaya melekat ke dinding rahim.

27

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawalmungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya.

Page 37: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Sebaliknya ianya mungkin tertanam di tiub fallopian, dalamovari atau kadang-kadang di ruang abdomen. Dalamkebanyakan kes, oleh kerana tiub fallopian tidak bolehmenampung tumbesaran fetus akhirnya ia pecah danberlaku pendarahan di bahagian dalam abdomen.

Sakit abdomen yang amat sangat diikuti rasa pening danwajah menjadi pucat akibat kehilangan darah merupakantanda penting masalah kehamilan ektopik ini. Pesakit perlumendapatkan rawatan segera, dan pembedahan perludilakukan untuk membuang kandungan di luar rahim ini disamping menghentikan pendarahan dalaman. Sekiranyadarah yang hilang banyak, transfusi darah mungkin perludilakukan.

3. Kehamilan Rhesus NegatifJika darah anda mempunyai antigen Rhesus (sejenis proteinkhusus darah) anda dilabel sebagai Rhesus positif. Sekiranyatiada, anda adalah Rhesus negatif. Jika anda mempunyaiRhesus negatif dan suami anda Rhesus positif, bayi andamungkin mewarisi Rhesus negatif atau Rhesus positif.

Masalah akan timbul sekiranya anda mempunyai darahRhesus negatif dan bayi anda mempunyai darah Rhesuspositif. Dalam kes ini, apabila sedikit darah daripada bayianda memasuki sistem darah anda ketika bersalin, sistempertahanan badan anda akan membentuk sejenis antibodiyang akan bertindak ke atas mana-mana darah Rhesuspositif. Ini adalah kerana badan anda mengenali proteinRhesus positif sebagai benda asing. Antibodi ini bolehmerosakkan darah fetus dalam kandungan.

Kehamilan pertama mungkin tidak menimbulkan masalahkerana bayi anda sudah dilahirkan ketika antibodi baruhendak terbentuk. Masalah akan timbul dalam kehamilanyang berikutnya. Antibodi ini akan memasuki darah fetusRhesus positif dan merosakkan darahnya. Ini akanmenyebabkan gejala anemia, penyakit kuning (jaundice)

28

"Sekali-sekala jika anak-anak bertengkar atau berbalah sebaiknya usah campurtangan. Biar mereka cubaselesaikan sendiri supaya kepimpinan dapat dipupuk sejak kecil lagi."

Page 38: Diari Ibu Hamil Bhg 1

atau kecacatan otak. Dalam kes yang serius, bayi mungkinmati dalam kandungan.

Untuk mengelak dari terjadinya kes sebegini, anda perlumengetahui kumpulan darah anda dan jenis Rhesus andasemasa mengandung. Jika kumpulan darah anda Rhesusnegatif sama dengan suami anda maka tidak perlubimbang. Jika suami anda Rhesus positif dan bayi anda jugaRhesus positi, anda boleh mendapat suntikan anti-Dgammaglobulin yang akan melindungi kehamilanberikutnya. Suntikan ini perlu diberikan secepat mungkinselepas bersalin (dalam tempoh 72 jam).

4. Penyakit Darah TinggiPada kebanyakan wanita, buat pertama kalinya, tekanandarah akan diperiksa dengan lebih kerap semasa hamil.Anda mungkin mengidap penyakit darah tinggi tanpapengetahuan anda. Ketika pemeriksaan doktor di trimesterpertama dan tekanan darah anda didapati tinggi, andaakan dinasihatkan supaya dimasukkan ke wad untukpemeriksaan lanjut. Anda mungkin sememangnyamengidap penyakit darah tinggi yang tidak dipengaruhioleh kehamilan seperti disebabkan oleh sebab-sebabsekundar atau keturunan. Biasanya penyakit ini tidakmemudaratkan kehamilan anda jika dibandingkan denganpre-eklampsia (rujuk ms 64)

4. Penyakit Kencing ManisBagi wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakitkencing manis, ujian MGTT (rujuk ms 19) akan dilakukanpada awal kehamilan. Penyakit kencing manis semasakehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada bayiterutamanya apabila paras gula darah terlalu tinggi ditrimester pertama. Ia juga boleh menyebabkan saiz bayianda lebih besar dari biasa.

29

"Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akanmenyebabkan suami rasa kurang dihargai."

Page 39: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Plasenta (Uri)

Plasenta adalah umpama sebuah stesyen pertukaran di antarafetus dan ibunya. Di sini fetus menerima makanan berkhasiat daridarah ibunya dan membuang bahan buangan kembali kedalam darah ibu. Plasenta yang melekat di dinding rahimdihubungkan kepada fetus melalui tali pusat (umbilical cord).Satu lapisan membran melindungi darah ibu dan fetus daripadabercampur tetapi hanya membenarkan pergerakan masuk dankeluar bahan-bahan berkhasiat dan bahan buangan.Sesetengah bahan berbahaya dan dadah boleh melaluimembran ini dan masuk ke dalam darah fetus.

Plasenta dipenuhi oleh salur-salur darah dan terbentuk dari tisurahim dan tisu fetus. Pembentukannya akan sempurna padaminggu ke 4. Ia juga menghasilkan hormon yang perlu semasakehamilan. Selepas bayi dilahirkan, plasenta akan terpisah daridinding rahim dan keluar selepas keluarnya bayi anda.

30

"Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur" Al Hadis

Page 40: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Embrio

Ovum yang tersenyawa bergerak sepanjang tiub fallopian dantertanam ke dalam dinding rahim. Pada minggu ke 6, embrioadalah 1.25cm panjang dan tidak kelihatan seperti bayi. Walaubagaimanapun satu kepala yang besar, ekor dan tonjolan matasudah kelihatan.

Pada minggu ke 12, bayi anda adalah:• 9 cm panjang dan 9 gram beratnya• kelihatan seperti manusia• Kebanyakan organ dalam terbentuk dan berfungsi• Mempunyai kelopak mata• Mempunyai cuping telinga, tangan dan kaki• Mempunyai kuku jari• mempunyai otot yang sedang membesar dan boleh

bergerak.

31

"Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian"

Page 41: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Rekod PerubatanMenemui Doktor Kali Pertama

(Anda boleh meminta bantuan doktor anda untuk mengisi dan mencatatkan

maklumat di rekod anda ini)

32

" Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya.Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

Page 42: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Rekod Perubatan

Nama :

No I/C :

Umur :

Pekerjaan :

Alamat :

Nama Suami :

No I/C :

Umur :

Pekerjaan :

Tempoh Perkahwinan :

Kitar Haid Terakhir (LNMP) :

Jangkaan Tarikh Bersalin (EDD) :

Gravida(Hamil kali ke..) :

Para (Bersalin kali ke..) :

Sejarah KehamilanTahun Hasil kandungan Jantina Komplikasi

Rungutan kehamilan semasa:Mual Masalah buang air kencing

Keletihan Sebarang kesakitan

Muntah Discaj/Pendarahan

33

"Anak-anak yang kurang bijak sebenarnya bukan kerana sifat mereka, tetapi kerana mereka melakukan perkarayang kurang bijak. Samalah seperti anak yang bijak melakukan perkara yang bijak."

Page 43: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Sejarah Kesihatan Masa LaluDarah Tinggi Pembedahan

Diabetik Alergi

Cacat Keturunan Sakit jantung

Merokok Alkohol

Ubat yang sedang diambil

Sejarah Kesihatan KeluargaDatuk nenek Ibu Ayah Adik Beradik

Alergi

Barah

Diabetik

Darah Tinggi

Sakit Jantung

Sakit Buah Pinggang

Sakit keturunan

Kelahiran Kembar

Kematian bayi sewaktu lahir

Penggunaan Kaedah Perancang KeluargaKaedah

Mula digunakan

Tarikh Berhenti

34

"Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda dan perasaansuami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya."

Page 44: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Pemeriksaan Fizikal

Pemeriksaan UmumTinggi Berat

Nadi Tekanan Darah

Kepucatan

Kebersihan Gigi

Oedema

KardiovaskularParu-paruAbdomen

Pemeriksaan Pelvis

Pemeriksaan Makmal

HemoglobinKumpulan Darah ABO

RhesusVDRL

Ujian UrinGula Protein

35

Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yang menyambungku makaAllah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya. AlHadis

Page 45: Diari Ibu Hamil Bhg 1

Diari Trimester Pertama

(Alangkah indahnya kiranya kita dapat menuliskanpengalaman kehamilan kali ini untuk tatapan di masa

hadapan. Ianya menjadi kenangan 10 tahun akandatang bila bayi kita telah meningkat usia)

36

"Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu"

Page 46: Diari Ibu Hamil Bhg 1

37

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja,kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

Minggu: Bulan:ISNIN Tarikh:

SELASA Tarikh:

RABU Tarikh:

KHAMIS Tarikh:

Page 47: Diari Ibu Hamil Bhg 1

38

"Biarkan anak berdikari. Kalau anak silap memakai kasut, puji dahulu kemudian beritahu akan kesilapannya.Gunakan hikmah dalam teguran supaya mereka boleh terimanya."

Minggu: Bulan:JUMAAT Tarikh:

SABTU Tarikh:

AHAD Tarikh:

NOTA

Page 48: Diari Ibu Hamil Bhg 1

39

"Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akantercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya".

Minggu: Bulan:ISNIN Tarikh:

SELASA Tarikh:

RABU Tarikh:

KHAMIS Tarikh: